Buku Pengurusan 2024 ISI KANDUNGAN BIL BUTIRAN MUKA SURAT 1 MAKLUMAT DIRI 1 2 PEMBUKA BICARA TUAN PENGETUA 2 3 STRUKTUR ORGANISASI PENGURUSAN 3 4 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 4 - 12 5 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH 13 6 SEJARAH DAN HALA TUJU SEKOLAH 14 7 LENCANA SEKOLAH 15 8 LAGU SEKOLAH 16 9 VISI, MISI, MATLAMAT & MOTTO SEKOLAH 17 10 PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH 18 11 SENARAI PENGETUA & PEMANGKU 19 12 PELAN KEDUDUKAN KELAS & BILIK 20 13 TAKWIM PERSEKOLAHAN & HARI KELEPASAN AM 21 - 22 14 SENARAI GURU 23 - 26 15 SENARAI ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA 27 16 DASAR-DASAR DAN PERATURAN SEKOLAH 28 - 44 17 JAWATANKUASA PENGURUSAN & PENTADBIRAN 45 - 55 18 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH 56 - 65 19 JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID 66 - 77 20 JAWATANKUASA KOKURIKULUM 78 - 88 21 JAWATANKUASA PENGURUSAN KOMUNITI 89 - 91 22 SENARAI TUGAS ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN 92 - 97 23 TAKWIM PELAKSANAAN /AKTIVITI & GURU BERTUGAS & SOLAT 98 - 113
Buku Pengurusan 2024 1 MAKLUMAT DIRI Nama : ________________________________________________________________ Jawatan dan Gred : _______________ No. Fail Diri : _______________ No. K/P : _______________ Tarikh Lahir : _______________ Alamat Rumah : ____________________________________________________ ___________________________________________________________________________ No Tel (P) : ________________ (R) : _________________ (HP) : ___________________ No. Gaji : __________________________ No.KWSP : ______________ No.Cukai Pendapatan : ____________________________________________________ Nama Bank : __________________________ No.Akaun : _______________ Tarikh Mula Berkhidmat : ______________ Tarikh Sah Jawatan : _______________ Tarikh Lantikan Pertama : ______________ Tarikh Lantikan Sekarang : _______________ Tarikh Masuk Skim Pencen : ______________ Tarikh Pengisytiharan Harta : _______________ Kelulusan Akademik : ____________________________________________________ Kelulusan Ikhtisas : ____________________________________________________ Sekiranya berlaku kecemasan sila hubungi : Nama : ____________________________________________________________________ Alamat : ____________________________________________________________________ No.Telefon : _______________________ Hubungan : _________________________ SESIAPA YANG TERJUMPA BUKU INI SILA KEMBALIKAN KEPADA PENGETUA SMA SULTAN ISMAIL 23000 DUNGUN TERENGGANU TEL: 09-8422400 FAKS: 09-8422402
Buku Pengurusan 2024 2 BICARA TUAN PENGETUA Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. Alhamdulilah, segala puji bagi Allah Yang Maha Esa , selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW .Saya memanjat setinggi-tinggi kesyukuran ke hadhrat Allah S.W.T yang mengurniakan pelbagai nikmat kepada kita untuk meneruskan agenda pendidikan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berpandukan PPPM dan selari dengan agenda pendidikan kerajaan negeri Terengganu iaitu Memperkasakan Transformasi Pendidikan dengan pelancaran Pelan Kecemerlangan Pendidikan Terengganu 2012-2025. Sekalung ucapan tahniah dan syabas saya tujukan kepada pengurusan sekolah, guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail yang berjaya menjalankan tugas dengan baik dan dedikasi. Buku pengurusan ini merangkumi visi, misi, matlamat dan moto sekolah, takwim tahunan, perancangan dan rangka kerja pengurusan sekolah, guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana dalam semua bidang . Job description yang telah terima oleh semua penjawat awam merupakan amanah yang mesti dipikul dan ditunaikan dengan penuh tanggungjawab. Dengan itu, saya menyeru semua guru dan warga sekolah dapat memahami dan menghayati objektif dan dasar sekolah untuk memacu sekolah ke arah lebih cemerlang pada masa akan datang selari dengan moto sekolah ‘SEDERAP SELANGKAH MENCIPTA KECEMERLANGAN’ dengan tagline ‘SENTIASA MEMBUDAYAKAN ADAB SEIRING INTEGRITI DIRI. Adab dan akhlak yang baik perlu kita tekankan kepada semua murid pada masa kini .Tuntutan sifat sopan atau bermoral terhadap kawan-kawan di sekolah atau ketika bersama keluarga, termasuk dalam akhlak yang mulia. Rasulullah s.a.w. adalah contoh terbaik manusia yang beradab dan berbudi pekerti tinggi .Kalimah Ta’dib bermaksud satu proses untuk membentuk keperibadian manusia agar menyedari akan tanggungjawab mereka sebagai khalifah di bumi Allah ini. Warisan yang perlu kita lahirkan adalah melahirkan generasi Anak yang baik lagi cerdik (ABC) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Bila kita bercakap tentang warisan, apa yang kita ingin wariskan adalah Anak yang baik lagi cerdik (ABC) yang menjadi impian setiap ibu bapa dan masyarakat. KPM berharap amanah ini merupakan amanah bersama demi menyediakan pendidikan yang terbaik untuk warisan anak bangsa generasi akan datang. KPM juga akan memberi tumpuan kepada 7 teras utama iaitu isu keciciran pembelajaran, kebajikan guru, komunikasi antara kementerian dan sekolah, isu kemiskinan multidimensi, penekanan aspek karamah insaniah, naik taraf sekolah daif dan meningkatkan pendidikan digital. Semua guru dan warga sekolah mesti bersedia berkhidmat dengan penuh iltizam, rajin, ikhlas, amanah, jujur dan integriti bagi melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Akhir kata, saya berdoa kepada Allah Taala agar kita semua dikurniakan kesabaran dan keteguhan hati untuk mendepani pelbagai cabaran dan mengharapkan Allah S.W.T menerima kerja buat kita sebagai amal soleh dan dikurniakan kebahagiaan di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Sekian, Terima Kasih. (MOHD SABRI BIN ALI) Pengetua SMA SULTAN ISMAIL DUNGUN
Buku Pengurusan 2024 3
Buku Pengurusan 2024 4 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Buku Pengurusan 2024 5 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. KURIKULUM KEBANGSAAN Kurikulum Kebangsaan adalahsuatuprogrampendidikanyang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
Buku Pengurusan 2024 6 11 ANJAKAN TRANFORMASI SISTEM PENDIDIKAN
Buku Pengurusan 2024 7
Buku Pengurusan 2024 8
Buku Pengurusan 2024 9
Buku Pengurusan 2024 10
Buku Pengurusan 2024 11
Buku Pengurusan 2024 12
Buku Pengurusan 2024 13 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
Buku Pengurusan 2024 14 SEJARAH SEKOLAH Sejarah Penubuhan Sekolah SMASID Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun ditubuhkan pada hari Sabtu 26 April 1958 bersamaan dengan 07 Syawal 1377H maka lahirlah sekolah ‘Al-Arabiah’ di daerah Dungun. Dengan kelahiran sekolah agama baru ini, maka bererti satu pusat pengajian Islam bertambah di negeri ini. Sekolah ini ditubuhkan oleh jawatankuasa yang dibentuk dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Dungun pada ketika itu iaitu Yang Berbahagia Tuan Bachik bin Abd Jalil, yang kemudiannya bergelar Dato’ Aria Negara. Apabila kita memperkatakan tentang kemajuan sekolah ini maka sudah tentu kita tidak dapat melupakan usaha-usaha murni pihak tertentu dalam melaksanakan pembinaan sekolah baru ini. Pada peringkat awal sekolah ini hanya mempunyai pelajar seramai 94 orang (48 lelaki dan 46 perempuan) dengan seorang guru merangkap pengetua sekolah ini, iaitu Ustaz Lop Yusof bin A. Rahman. Pada bulan Julai yang bertarikh 24 haribulan, bersamaan dengan 9 Muharram 1378, iaitu setelah 3 bulan sekolah ini menjalankan pentadbirannya, maka satu upacara pembukaan rasmi sekolah ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sultan Terengganu Darul Iman. Sempena nama baginda sendiri, maka pada detik yang penuh bersejarah itu, sekolah ini telah diperkenalkan secara rasminya dengan nama “ SEKOLAH UGAMA SULTAN ISMAIL DUNGUN”. HALA TUJU SMA SULTAN ISMAIL DUNGUN
Buku Pengurusan 2024 15 LENCANA SMASID LENCANA SMASID BULATAN Bulatan adalah asas pembentukan lencana yang melambangkan ‘permuafakatan’ antara semua penghuni SMASID yang membawa kepada kemajuan BULATAN BAHAGIAN DALAM Bulatan bahagian dalam adalah kerangka bahagian bawah yang melambangkan SMASID yang mula ditubuhkan pada tahun 1958M/1377H LAMBANG OBOR Lambang obor adalah menjunjung tanggungjawab sebagai penyuluh, mendidik anak bangsa menjadi seorang berilmu BULAN SABIT Bulan sabit kuning melambangkan SMASID mendaulatkan raja yang beragama Islam LAMBANG RODA MERAH Lambang roda merah melambangkan membentuk generasi berteknologi LAMBANG BUKU Lambang buku berlatarkan warna hijau, menggambarkan SMASID memberi pendidikan Agama Islam DUA BENDERA Dua bendera adalah bendera negeri dan bendera sekolah
Buku Pengurusan 2024 16 LAGU SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA SULTAN ISMAIL DUNGUN Putra putri warga SMASID Wira dan srikandi sejati Mencari ilmu dunia ukhrawi Mendamba keredhaan Ilahi Ilmu iman amal dimanfaat Demi cita impian yang nyata Pelajar SMASID berjuang sekata Visi Misi Motto dilaksana Quran rujukan Hadis panduan Pedoman hidup berwawasan Kualiti dicari Peribadi terpuji Menyemai budi dan bakti Teguh berikrar dan berjanji Menjunjung syariat Ilahi Azam bertapak Bergerak serentak Mari sepakat menuju puncak Cemerlang gemilang SMASID Terbilang
Buku Pengurusan 2024 17 VISI SEKOLAH Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI SEKOLAH Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara MATLAMAT SEKOLAH Melahirkan murid mutadayyin yang berketerampilan di peringkat global menjelang 2025 Memastikan pendidikan di sekolah ini dilaksanakan dengan berkesan cekap dan amanah Memastikan gerak kerja kakitangan sokongan seiring dengan para pendidik bagi mewujudkan pengurusan sekolah yang cekap , berkesan dan berintegriti Mewujudkan iklim sekolah yang k o n d u s i f untuk merangsang perkembangan potensi setiap murid Memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan di kalangan pendidik, kakitangan sokongan dan murid serta antara pendidikan dengan murid Menggalakkan budaya membaca dan menuntut ilmu dunia dan akhirat MOTTO SMASID SEPAKAT BERKAT HEBAT SLOGAN SEDERAP SELANGKAH MENCIPTA KECEMERLANGAN
Buku Pengurusan 2024 18 PIAGAM PELANGGAN SMASID Kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menumpukan usaha untuk : 1. Semua murid mendapat tempat belajar yang sesuai, kondusif dan selamat sepanjang masa. 2. Semua murid berpeluang mendapat didikan dan bimbingan ke arah melahirkan modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. 3. Komitmen yang tinggi kepada guru-guru dan kakitangan sokongan untuk meningkatkan profesionalisme demi kecemerlangan sekolah. 4. Sentiasa berusaha untuk menyelesaikan semua urusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan sokongan. 5. Memberi layanan yang baik, cekap dan mesra kepada ibu bapa, penjaga dan komuniti setempat ketika berurusan dengan pihak sekolah. 6. Sanggup menerima teguran, pandangan dan cadangan serta bersedia berbincang demi mencapai kegemilangan sekolah. 7. Telus dan bersedia menerima aduan, cadangan dan teguran daripada pihak berkuasa demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah.
Buku Pengurusan 2024 19 SENARAI PENGETUA SEKOLAH MENENGAH AGAMA SULTAN ISMAIL BIL NAMA BERMULA BERAKHIR 1 ENCIK LUD YUSOF BIN AB RAHMAN 26.04.1958 04.04.1969 2 ENCIK AB AZIZ BIN MOHAMAD 05.04.1969 31.12.1971 3 ENCIK WAN SULONG BIN NGAH 02.01.1972 04.01.1976 4 TUAN HAJI MOHD NOOR BIN UMAT 05.01.1976 29.02.1979 5 TUAN HAJI MOHAMAD BIN MOHD ZAIN 01.03.1979 31.12.1981 6 TUAN HAJI YUSOF BIN YATIM 04.01.1982 15.11.1986 7 TUAN HAJI SOLAHUDDIN BIN ALI 16.11.1986 07.07.1988 8 ENCIK JUSOH BIN NGAH (PEMANGKU) 08.07.1989 14.07.1991 9 TUAN HAJI MUHAMMAD BIN HASSAN 15.07.1991 31.03.1995 10 ENCIK MOHD YUSOF BIN OTHMAN (PEMANGKU) 01.04.1995 01.05.1996 11 TUAN HAJI IBRAHIM BIN ABDULLAH 02.05.1996 01.04.2000 12 TUAN HAJI ISMAIL BIN MUDA 02.04.2000 15.03.2001 13 TUAN HAJI IDRIS BIN MAT 16.03.2001 14.06.2004 14 TUAN HAJI MAT ZIN BIN DAUD 15.04.2004. 01.01.2007 15 TUAN HAJI ABDUL RAZAK BIN MAMAT 01.01.2007 31.12.2008 16 PN HJH NORBIATUN BINTI ABU BAKAR (PEMANGKU) 01.01.2009 30.09.2009 17 TUAN HAJI AWANG DAHAN BIN JUSOH 01.10.2009 31.10.2015 18 TUAN HAJI SAIPUL BAHRI BIN ABD GHANI 01.11.2015 01.08.2017 19 PUAN HAJJAH ANISAH BINTI A MUBIN 01.08.2017 03.06.2018 20 ENCIK AHMAD RIDHUAN BIN ABDUL GHANI 07.06.2018 15.08.2020 21 TUAN HAJI ZULKIFLI BIN HAJI HARUN 16.08.2020 01.01.2022 22 PUAN RANIAH BINTI ALIBI (PEMANGKU) 03.02.2022 05.03.2022 23 ENCIK MOHD SABRI BIN ALI 06.03.2022
Buku Pengurusan 2024 20 SMA SULTAN ISMAIL 23000 DUNGUN TERENGGANU BLOK A (ADAB) BENGKEL RBT BLOK B (BAIK) BILIK BOSS B.PENGAWAS TS25 TG 5 F 5 S 4 N 4 S BC KOOP BR 5 B 5 R 5 G 5 N BLOK C (CERDIK) TG 1 G 1 R 1 B 1 F 1 S T BK PERPUSTAKAAN BD T PEJABAT BILIK GURU (L) BILIK MESYUARAT T T BLOK D (DEDIKASI) MAKMAL SAINS KANTIN BLOK E (EFISIEN) 2 N 2 G 2 R 2 B 2 F 2 S BILIK SIDTV BBM BS 4 G 4 R 4 B 4 F BP BKB MAKMAL SAINS MAKMAL SAINS T BLOK F (FOKUS) 3 N 3 G 3 R 3 B 3 F 3 S BILIK KOMPUTER BILIK TAYANG BILIK BAHASA ARAB BILIK GURU (P) B2KK B RBT T T PETUNJUK ; BBBM - BILIK BBM 1 S, 2 S, 3 S, 4 S, 5 S 1 - 5 AS SYATIBI BC - BILIK CETAK 1 F, 2 F, 3 F, 4 F, 5 F 1 - 5 AL FARABI BD - BILIK DISIPLIN 1 B, 2 B, 3 B, 4 B, 5 B 1 - 5 AL BIRUNI B2KK - BILIK KESENIAN 1 R, 2 R, 3 R, 4 R, 5 R 1 - 5 AL RAZI BK - BILIK KAUNSELING 1 G, 2 G, 3 G, 4 G, 5 G 1 - 5 AL GHAZALI BKB - BILIK KETUA BIDANG 2 N 3 N, 4 N, 5 N 1 - 5 AN NAWAWI B RBT - BILIK RBT BP - BILIK PEPERIKSAAN BR - BILIK RAWATAN BS - BILIK SAL KOOP - KOPERASI SEKOLAH T - TANDAS TG - TANGGA PELAN KEDUDUKAN KELAS DAN BILIK SESI 2024
Buku Pengurusan 2024 21 PERINCIAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2024 / 2025 PENGGAL MULA PERSEKOLAHAN AKHIR PERSEKOLAHAN JUMLAH HARI JUMLAH MINGGU 1 10.03.2024 01.04.2024 01.05.2024 31.03.2024 30.04.2024 23.05.2024 16 17 15 11 JUMLAH HARI 48 CUTI PENGGAL 1, SESI 2024 / 2025 1 24.05.2024 - 02.06.2024 10 2 03.06.2024 01.07.2024 01.08.2024 01.09.2024 30.06.2024 31.07.2024 31.08.2024 12.09.2024 18 22 21 10 15 JUMLAH HARI 71 CUTI PENGGAL 2, SESI 2024 / 2025 1 13.09.2024 - 21.09.2024 9 3 22.09.2024 01.10.2024 01.11.2024 01.12.2024 30.09.2024 31.10.2024 30.11.2024 19.12.2024 7 21 20 15 13 JUMLAH HARI 63 CUTI PENGGAL 3, SESI 2024 / 2025 1 20.12.2024 - 28.12.2024 9 29.12.2024 01.01.2025 31.12.2024 16.01.2025 3 12 3 JUMLAH HARI 15 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI 2024 / 2025 4 17.01.2025 - 15.02.2025 30
Buku Pengurusan 2024 22 BIL KELEPASAN HARI TARIKH MASIHI HIJRAH 1 Israk dan Mikraj (Negeri) Khamis 8 Feb 2024 27 Rejab 1445 2 Tahun Baru Cina (Persekutuan & Negeri) Sabtu 10 Feb 2024 29 Rejab 1445 Ahad 11 Feb 2024 1 Syaaban 1445 3 Hari Ulang Tahun Pertabalan Kebawah D.Y.M.M. Sultan Terengganu (Negeri) Isnin 4 Mac 2024 23 Syaaban 1445 4 Hari Nuzul Quran (Negeri) Khamis 28 Mac 2024 17 Ramadhan 1445 5 Hari Raya Puasa (Persekutuan) Rabu 10 April 2024 1 Syawal 1445 Khamis 11 April 2024 2 Syawal 1445 6 Hari Keputeraan Kebawah D.Y.M.M. Sultan Terengganu (Negeri) Jumaat 26 April 2024 17 Syawal 1445 7 Hari Pekerja (Persekutuan) Rabu 1 Mei 2024 22 Syawal 1445 8 Hari Wesak (Persekutuan) Rabu 22 Mei 2024 13 Zulkaedah 1445 9 Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong (Persekutuan) Isnin 3 Jun 2024 25 Zulkaedah 1445 10 Hari Arafah (Negeri) Ahad 16 Jun 2024 9 Zulhijjah 1445 11 Hari Raya Haji (Persekutuan) Isnin 17 Jun 2024 10 Zulhijjah 1445 Selasa 18 Jun 2024 11 Zulhijjah 1445 12 Awal Muharam (Persekutuan) Ahad 7 Julai 2024 1 Muharram 1446 13 Hari Kebangsaan (Persekutuan) Sabtu 31 Ogos 2024 26 Safar 1446 14 Hari Kelepasan Am Negeri Ahad 1 Sept 2024 27 Safar 1446 15 Hari Malaysia (Persekutuan) Isnin 16 Sept 2024 12 Rabiulawal 1446 16 Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Persekutuan) Isnin 16 Sept 2024 12 Rabiulawal 1446 17 Hari Deepavali (Persekutuan) Khamis 31 Okt 2024 28 Rabiulakhir 1446 18 Hari Krismas (Persekutuan) Rabu 25 Dis 2024 23 Jamadilakhir 1446 HARI KELEPASAN AM TAHUN 2024
Buku Pengurusan 2024 23 SENARAI GURU SMA SULTAN ISMAIL DUNGUN 2024 MOHD SABRI BIN ALI DG 54 BAHASA ARAB/ PENDIDIKAN ISLAM FIRDAUS BIN NGAH@SALIM DG 48 BAHASA ARAB CHE KU MADIHA BINTI CHE WAN HAMZAH DG 52 PENDIDIKAN ISLAM HASHIMAH BINTI HASHIM DG 52 KIMIA MUHAMAD SHAFIE BIN TAHAR DG 52 PENDIDIKAN ISLAM HANITA BINTI HASHIM @ ABDULLAH DG 44 SAINS NORAZAH BINTI ISMAIL DG 44 BAHASA MELAYU JAMILAH BINTI MAMAT DG 52 PENGAJIAN ISLAM ROSHANISAH BINTI KAMARUDDIN DG 44 MPT-PERDAGANGAN NOOR AZIMAH BINTI ABDULLAH DG 41 GBKSM NOOR AZIZAH BINTI ABDUL RAHMAN DG 44 GBKSM ABDUL MAJID BIN OMAR DG 32 PENGAJIAN AGAMA ISLAM ABDUL MUHAIMIN BIN MOHD NASIR DG 41 DINI SYARIAH AHMAD SUKRI BIN OMAR DG 44 BAHASA ARAB AINI BINTI OTHMAN DG 48 BAHASA ARAB ASMAA’ SYAHIRAH BINTI AS’ARI DG 41 DINI SYARIAH BASITAH BINTI NAISERONG DG 44 PENDIDIKAN ISLAM CHE NURFARHAN BINTI CHE ANDILAH DG 41 EKONOMI RUMAH TANGGA C W AIMA BINTI ISMAIL DG 44 BAHASA ARAB
Buku Pengurusan 2024 24 FATIMAH NUR RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABDUL MANAN DG 41 GURU DINI SYARIAH HARIATI BINTI YUSOF DG 44 BAHASA MELAYU HAWA BINTI EMBONG DG 48 BIOLOGI KAMARIZA HASNI BINTI SAID DG 52 PQS / PENDIDIKAN AGAMA ISLAM ` LEZAHDIYANA NURHANIE BINTI ABU BAKAR ADLI DG 41 BAHASA MELAYU MARIAH BINTI AZIZ DG 42 PENDIDIKAN ISLAM MAS IDAYATI BINTI ABDULLAH DG 44 BAHASA ARAB MOHAMMAD KAMAL ASHRAF BIN ABDULLAH DG 41 DINI USULUDDIN MOHD ROZI BIN MAT DAHAN DG 44 SEJARAH MOHD FAISAL BIN ABD RAZAK DG 41 DINI USULUDDIN MOHD RAFI BIN BERAHIM DG 44 BAHASA INGGERIS MOHD SUFIAN BIN DAUD DG 48 BAHASA ARAB MOHD YUSOFF BIN OMAR DG 54 SEJARAH MUHAMAD LUKMAN BIN MOHD FAUZI DG 41 DINI BAHASA ARAB KOMUNIKASI NABILAH BINTI MUDA DG 41 DINI SYARIAH NOOR AZIRA BINTI AWANG @ ISMAIL DG 44 MPT- PERDAGANGAN SITI HABSAH BINTI KAMALUDIN DG 41 DINI USULUDDIN NOORSHAZWANIE BINTI JUSOH @ HAMZAH DG 44 SEJARAH NOR AZURA BINTI IBRAHIM DG 32 MATEMATIK NOR HAFIZA BINTI ISMAIL DG 44 BAHASA MELAYU
Buku Pengurusan 2024 25 NORAIDAH BINTI AB RANI DG 44 MATEMATIK NORFAJARIAH BINTI MAT YUSOF DG 44 BAHASA INGGERIS NORHIRINA BINTI A RAHIM DG 44 BAHASA ARAB NORIZA BINTI AWANG DG 44 PENDIDIKAN ALQURAN & AS SUNNAH NORIZA BINTI EMBONG DG 44 MATEMATIK NORLAILA BINTI YUSOF DG 44 BAHASA ARAB NORULIMAN BINTI MOHAMAD DG 41 DINI SYARIAH NUR AFNEE BINTI MOHD ADNAN DG 48 PERDAGANGAN / EKONOMI NUR AINI BINTI ALI DG 41 GURU DINI BAHASA ARAB NUR HAFIZAH BINTI AB HAMID DG 44 MPT-PERDAGANGAN NUR SHAHIDAH BINTI YUSOF DG 44 SAINS NURULFIDA BINTI MUHAMAD KHALID DG 42 SAINS RAZALY BIN GHANI DG41 (KONTRAK) PENGAJIAN SOSIAL ROSLAILY BINTI MOHAMAD DG 44 BAHASA INGGERIS SAIFUL ANUAR BIN ABDUL RAHMAN DG 48 MATEMATIK SAMSIDA BINTI YUSOF DG 44 MPT- PERDGANGAN SHALIHAH BINTI MUSTAFFA DG 32 BAHASA ARAB SHARIFAH NURAH BINTI SAYED DOL ISLAM DG 44 KIMIA SITI FARIDAH BINTI MUDA DG 44 PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH SITI NASUHA BINTI ALI DG 41 DINI USULIDDIN
Buku Pengurusan 2024 26 SUHANA BINTI ABDUL KARIM DG 44 BAHASA MELAYU WAN KAMARIATOM BINTI WAN NAWANG DG 44 SAINS WAN MOHD FAUZI BIN WAN NAWI DG 44 PERDAGANGAN WAN NOR ARINA BINTI WAN AZHA DG 41 PJPK WAN NOR NABIHAH ASMA BINTI WAN ZAINAL ABIDIN DG 44 MPT-PERDAGANGAN ZAILA BINTI MUJI DG 48 PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH ZAINABUN BINTI MUDA DG 54 BAHASA ARAB / PENGAJIAN ISLAM ZATUL IRADAH BINTI MOHAMAD DG 32 BAHASA MELAYU ZAWAWI BIN ABDULLAH DG 44 MATEMATIK ZUMAIRA BINTI MOHD DAUD @ MOHD NOOR DG 44 BAHASA MELAYU ZUNAIDAH BINTI ISMAIL DG 44 B.MELAYU & SEJARAH
Buku Pengurusan 2024 27 SENARAI ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA SMA SULTAN ISMAIL DUNGUN 2024 ZURINA BINTI ZAKARIA N26 KPM KETUA PEMBANTU TADBIR AZHA BIN NGAH N11 JHEAT PEMBANTU OPERASI AZIZI BIN ABD HAMID N14 BPI / KPM PEMBANTU OPERASI HARTINI BINTI AZHAR N19 JHEAT PEMBANTU TADBIR MAHMUD BIN IBRAHIM H11 JHEAT PEMANDU MOHD ARIFFIN BIN MOHD GHAZALI N11 JHEAT PEMBANTU OPERASI MOHD SALLEH BIN MOHAMAD C22(KUP) BPI/KPM PEMBANTU MAKMAL MOHD SUHAIDI BIN SULONG N11 JHEAT PEMBANTU OPERASI NUR SYARAFANA BINTI KAMARUZAMAN N19 KPM PENYELIA ASRAMA NURUL AIN BINTI AZIZ @ ABDUL AZIZ N11 BPI/KPM PEMBANTU OPERASI NURUL SYAHIRA BINTI CHE MAZLAN C19 BPI/KPM PEMBANTU MAKMAL ROSMAWATI BINTI MUHAMAD N19 BPI/KPM PEMBANTU TADBIR SHARIFAH FAWZIYAH BINTI SYED MAHMOOD N19 BPI/KPM PEM PENYEDIAAN MAKANAN N19 BPI/KPM TENGKU ZAWAWI BIN TENGKU BAKAR PEMBANTU OPERASI N11 JHEAT NURUL BAIZURA BINTI A BAKAR @ ZAKARIA PENYELIA ASRAMA N19 KPM
Buku Pengurusan 2024 28 DASAR-DASAR DAN PERATURAN SEKOLAH
Buku Pengurusan 2024 29 PANDUAN AM UNTUK GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1.0 ARAHAN AM 1.1 Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dan AKP dikehendaki membaca, memahami, mentafsir dan mematuhi Perintah Am tersebut 1.2 Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/ matapencarian. 1.3 Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 1.4 Guru hendaklah meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada diri dalam menjalankan tugas. 1.5 Semua guru bertanggungjawab terhadap masalah disiplin dan akhlak murid. 1.6 Semua guru bertanggungjawab menjaga kepentingan dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.7 Guru dan AKP mestilah mendapat kebenaran pengetua, sekiranya ingin pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan atas urusanrasmi. 1.8 Guru ganti dikehendaki masuk ke kelas yang telahditetapkan. 1.9 Guru hendaklah sentiasa mengamalkan kepimpinan berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 1.10 Guru - guru bertanggungjawab menjaga kepentingan dan menjamin keselamatan murid semasa kegiatan di luar sekolah 1.11 Kawasan sekolah adalah KAWASAN LARANGAN MEROKOK. 2.0 WAKTU BERTUGAS & KEDATANGAN 2.1 Jadual waktu bertugas mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. (Semua guru dan AKP menggunakan e jari) dan punch card 2.2 Guru dikehendaki berada di kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu pdp dan merekodkan kehadiran semasa sampai dan sewaktu pulang dari sekolah. Hari Ahad, Isnin dan Selasa : 7.30 - 2.45 ptg, Hari Rabu dan Khamis : 7.30 - 2.15 ptg. Waktu bertugas AKP adalah sebagaimana berikut : - 7.30 - 4.30 petang - 8.00 - 5.00 petang atau - 8.30 - 5.30 petang 2.3 Guru dan AKP yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang sewajarnya. Guru-guru mestilah memberitahu pihak sekolah secepat mungkin. 2.4 Perhimpunan harian akan diadakan setiap pagi bermula 7.20 - 7.35 pagi 2.5 Perhimpunan rasmi diadakan pada hari Ahad setiap 2 minggu sekali berselang-seli dengan aktiviti SUMUR dan Program Mentor Mentee. 2.6 Aktiviti SUMUR diisi dengan semua aktiviti keagamaan 2.7 Semua urusan peribadi guru/ Anggota Kumpulan Pelaksana hendaklah dibuat di luar waktu sekolah / waktu pejabat kecuali dalam keadaan kecemasan. Guru dan AKP dibenarkan keluar bagi urusan kecemasan / peribadi tidak melebihi dua jam.
Buku Pengurusan 2024 30 Sekiranya urusan berkenaan mengambil masa yang lama, cuti rehat khas / cuti rehat hendaklah dipohon. 2.8 Semua guru hendaklah berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu pdp dan diwajibkan punch kad pada alat perakam dan thumb print pada sistem kehadiran e jari. Kegagalan berbuat demikian akan menyulitkan guru jadual waktu membuat jadual guru ganti. Pihak sekolah juga menganggap guru tersebut tidak hadir bertugas. Harap semua guru dapat memberikan perhatian utama atas perkara ini. Guru juga perlu mengawas murid solat zohor sebelum pulang dari sekolah 3.0 PERKHIDMATAN PELANGGAN 3.1 Semua guru adalah guru disiplin. Adalah menjadi tanggungjawab bersama semua guru terhadap masalah disiplin dan akhlak murid di sekolah. 3.2 Semua guru adalah guru kaunselor. Guru-guru bertanggungjawab mengawasi masalah ponteng, kesihatan, kebajikan dan kebersihan murid. 3.3 Guru-guru dikehendaki sedia mendengar permasalahan murid, bersikap tegas dan elakkan daripada melakukan kekerasan. 3.4 Guru-guru hendaklah sentiasa berkhidmat dengan sebaik-baiknya, mesra dan ikhlas untuk memuaskan hati pelanggan. 4.0 PAKAIAN 4.1 Semua guru hedaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan (bertali leher) dan masyarakat Timur. Setiap hari Khamis semua guru dikehendaki memakai baju batik dan setiap hari Selasa semua guru dikehendaki memakai pakaian seragam KRS atau pakaian seragam pasukan beruniform lain. 4.2 Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 4.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan dan panjang rambut yangsesuai. 4.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai. 4.4.1 Guru Perempuan Seluar trek/ seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau getah tanpa tumit. 4.4.2 Guru Lelaki Seluar trek/ seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi. Kasut sukan atau getah tanpa tumit. 5.0 BILIK GURU 5.1 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda di dalam bilik guru. 5.2 Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru. 5.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana harmoni dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak
Buku Pengurusan 2024 31 6.0 TUGAS PROFESIONAL & TUGAS KHAS LAIN 6.1 Guru akan diberikan tugas-tugas berbentuk kurikulum, HEM, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka mestilah melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan iltizam, dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. 6.2 Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke JPN, ke sekolah lain dan lain-lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa arahan pengetua, jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan sesama sendiri, maka ia mesti dimaklumkan kepada Pengetua. 7.0 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 7.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dimaklumkan kepada pihak sekolah. 7.2 Ketua Panitia / Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain. 8.0 SURAT MENYURAT 8.1 Semua surat rasmi hendaklah melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan. 8.2 Surat yang diterima oleh sekolah yang diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan, hendaklah berbuat demikian dengan segera. 8.3 Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan. 8.4 Jika surat itu dituju kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah : 8.4.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat, jika fail itu tidak ada dalam simpanannya. 8.4.2 Mengambil tindakan yang diperlukan. 8.4.3 Memulangkan semua fail itu ke pejabat dan memastikan surat asal dimasukkan ke dalam fail tersebut. 9.0 PERGI KE JABATAN PELAJARAN/ PEJABAT PELAJARAN DAERAH 9.1 Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk urusan peribadi. 10.0 PELAWAT 10.1 Semua pelawat hendaklah berjumpa dengan Pengetua / Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual kecuali dengan kebenaran pengetua atau wakilnya
Buku Pengurusan 2024 32 11.0 PEMBELIAN BARANG 11.1 Guru-guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang yang diperolehi di pejabat. 11.2 Borang tersebut mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru Kanan / Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua 11.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan tempahan 11.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan segera. 12.0 PERHIMPUNAN SEKOLAH 12.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. 12.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan memakai tanda nama serta berpakaian yang sesuai sebagai seorang guru. 12.3 Guru bersama-sama murid mengalunkan Asma ul Husna, dan menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah. 12.4 AJK Perhimpunan & Guru Bertugas mengetuai perhimpunan dengan kerjasama Guru Disiplin yang bertanggungjwab mengatur dan menjaga disiplin murid semasa perhimpunan. Pastikan murid membawa pen dan buku catatan, berpakaian kemas dan lengkap sebagai seorang murid. 12.5 Acara perhimpunan dijalankan secara formal. 12.6 Laporan perhimpunan hendaklah ditulis dalam Buku Laporan Bertugas. 13.0 MESYUARAT GURU 13.1 Dari masa ke masa Pengetua akan memanggil mesyuarat guru, kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah wajib. 13.2 Guru-guru wajib menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh GuruKanan/ Ketua Panitia/ Pengerusi Jawatankuasa. 13.3 Semua guru hendaklah berpakaian rasmi ‘pakaian kerja’ sewaktu menghadiri mesyuarat guru. 14.0 TANDA NAMA 14.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah / luar sekolah. 15.0 KEAHLIAN KELAB GURU/ PIBG 15.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan PIBG sekolah. 15.2 Jumlah yuran Kelab Guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat AJK Kelab Guru yang dipilih pada tahun berkenaan.
Buku Pengurusan 2024 33 16.0 PENGGUNAAN ALAT-ALATAN 16.1 Penggunaan alat-alatan hendaklah digunakan dengan betul serta mengikut peraturan. 16.2 Guru-guru mestilah mendapat kebenaran daripada Ketua-Ketua Bahagian atau Penjaga Stok 16.3 Guru-guru bertanggungjawab menggunakan alat-alat tersebut dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera selepas digunakan. 16.4 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi. 16.5 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpan dalam fail khas. 16.6 Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pelajaran / PPD, Guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakandiambil. . 17.0 KUNCI 17.1 Semua kunci alatan kemudahan sekolah mesti disimpan di pejabat dan dilabelkan. 18.0 ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH 18.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah. 19.0 LANGKAH BERJIMAT CERMAT 19.1 Guru hendaklah seringkali mengingatkan murid supaya berhati-hati dan berjimatcermat apabila menggunakan air, elektrik dan perkakas / peralatan sekolah. Guna budi bicara apabila menggunakan kipas bilik darjah / makmal atau ‘air cond’ di perpustakaan, makmal ICT dan lain-lain. 20.0 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGAS MINGGUAN 20.1 Guru bertugas disarankan hadir awal sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu persekolahan bermula mengikut keperluan dan ketetapan pihak pentadbir sekolah 20.2 Mengingatkan warga sekolah bagi memastikan semua lampu, kipas, pili air dan suis elektrik ditutup sebelum meninggalkan kelas 20.3 Mengingatkan guru dan murid supaya menjaga kebersihan, memastikan bilik-bilik darjah disapu, sampah-sampah dibuang serta lampu dan kipas / tingkap ditutup sebelum tamat sesi persekolahan 20.4 Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah (jika perlu) 20.5 Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah 20.6 Memastikan murid mengikut peraturan semasa membeli makanan di kantin 20.7 Menguruskan murid yang sakit dengan memaklumkan kepada ibu bapa untuk mendapatkan rawatan bagi murid tersebut 20.8 Memastikan surat pengesahan murid dan nama murid direkodkan sebelum ke hospital 20.9 Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang dari sekolah serta waktu rehat
Buku Pengurusan 2024 34 20.10 Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah 20.11 Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu persekolahan ke dalam buku laporan bertugas, antara perkara yang di catat ialah : a. Rumusan guru tidak hadir b. Rumusan murid sakit dan murid pulang awal c. Laporan perhimpunan rasmi dan pengumuman dalam perhimpunan harian d. Laporan pemerhatian guru bertugas e. Hal-hal lain 20.12 Mengatur dan mengendalikan Perhimpunan Sekolah bersama dengan jawatankuasa perhimpunan adalah waktu persekolahan (Pengajaran & Pembelajaran). Oleh itu, waktu tersebut hendaklah dikendalikan dengan penuh upacara dan berpatutan supaya menjadi tradisi sekolah yang murni. 20.12.1 Perhimpunan Mingguan (Ahad) : 7.30 - 8.10 pagi i- Pastikan perkara-perkara berikut diambil tindakan : - Persiapan di dewan perhimpunan sebelum 07.25 pagi - Tempat duduk guru disusun dan mencukupi - Peralatan PA berfungsi dengan baik - Aturcara mengikut protokol - Barisan murid mengikut tingkatan - Murid mencatat maklumat perhimpunan - Guru bertugas bersedia menyampaikan laporan ii- Aturcara Perhimpunan Rasmi - Lagu Kebangsaan, Negeri, Sekolah dan Asma Al Husna - Ikrar pelajar / Rukun Negara - Tazkirah atau peringatan peraturan sekolah oleh Guru Disiplin (jika ada) - Laporan bertugas minggu lepas - Pengumuman dan maklumat guru bertugas mingguan - Persembahan ringkas murid (jika ada) - Pengumuman ringkas guru-ucapan Pengetua / Wakil & Doa 21.0 MALAPETAKA 21.1 Hari persekolahan tidak dapat dilaksanakan kerana malapetaka seperti banjir, gempa bumi, darurat dan lain-lain, guru-guru hendaklah datang seperti biasa. Hari sebegini tidak boleh dianggap sebagai hari cuti sekolah kecuali penyataan rasmi dikeluarkan. 22.0 HAL-HAL LAIN Panduan di atas tidak seharusnya dianggap lengkap tetapi hendaklah dijadikan sebagai pegangan dalam kerja-kerja guru setiap hari. 22.1 Arahan-arahan lain akan diberikan dari semasa ke semasa dalam mesyuarat guru dan arahan-arahan ini hendaklah dipatuhi. 22.2 Guru-guru mestilah menghadirkan diri dalam semua upacara yang dianjurkan oleh sekolah seperti Hari Sukan, Hari Kokurikulum, dan Jamuan Tahunan Kelab Guru dan Kakitangan. 22.3 Kita sama-sama bertanggungjawab memastikan kawasan sekolah kita selamat selaras dengan konsep Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) dan 3K. 22.4 Guru-guru tidak boleh membincangkan perkara-perkara yang bersangkutan dengan peribadi guru-guru dan juga kakitangan di dalamkelas. 22.5 Guru-guru Kanan dinasihatkan membantu guru-guru baru dan GSTT dalam semua
Buku Pengurusan 2024 35 aspek dan menunjukan minat mendalam dalam sebarang gerak kerja sekolah 22.6 Sebarang kerumitan permasalahan dalam menjalankan tugas patut dibawa ke pengetahuan pihak pengurusan. 22.7 Guru hendaklah berusaha untuk menyemai di dalam jiwa murid semangat taat setia dan patuh kepada peraturan-peraturan sekolah. 22.8 Tugas-tugas guru dalam cuti penggal sekolah (Pekekliling Ikhtias Bil. 5/1997) Perintah Am : Bab 15 “Seseorang pagawai adalah dikehendaki menjalankan segala tugas jawatan dan lain-lain tugas yang sesuai yang dia mungkin diarahkan untuk menjalankan dari semasa ke semasa”. 23.0 TATAKELAKUAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM 23.1 PENDAHULUAN Kawalan tatatertib merupakan satu alat pengukuran yang penting bagi mewujudkan pentadbiran yang cekap di dalam melaksanakan segala fungsi serta tanggungjawab ke arah pencapaian matlamat dan objektif sesebuah jabatan 23.2 PERATURAN TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB Peraturan mengenai tatakelakuan dan tatatertib bagi anggota perkhidmatan awam adalah diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatertib) 1993. Secara keseluruhannya peraturan-peraturan ini mengandungi peruntukan-peruntukan berikut :- *Peraturan-peraturan mengenai tatakelakuan serta larangan/kesalahan khusus *Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib *Prosedur dan tatacara tindakan tatatertib *Hukuman tatatertib *Peruntukan pelbagai yang berkaitan 23.3 TATAKELAKUAN (CODE OF CONDUCTS) Tatakelakuan bagi anggota perkhidmatan awam adalah seperti diperuntukkan di bawah perturan 4, Peraturan-peraturan tersebut iaitu :- “4.(1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setia kepada yang di- Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan (2) Seseorang pegawai tidak boleh :- a- Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya b- Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya c- Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa :- i- Dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai awan atau ii- Ia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri
Buku Pengurusan 2024 36 d- Berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan / mencemarkan nama perkhidmatan awam e- Kurang cekap atau kurang berusaha f- Tidak jujur atau tidak amanah g- Tidak bertanggungjawab h- Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain i- Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah dan j- Cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya ”4A (1) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu,seseorang pegawai tidak boleh :- (a) Membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual atau meminta layanan seksual daripada orang itu atau (b) Melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadan yang setelah mengambil kira segala hal keadaan,akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut (2) Sebutan dalam subperaturan (1) tentang perlakuan sesuatu perbuatan yang bersifat seksual kepada orng lain; (a) Termasuklah perbuatan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan, orang lain itu sama ada pernyataan itu di buat secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa lain (b) Tidak terhad kepada perlakuan perbuatan itu ditempat kerja atau dalam waktu kerja sahaja selagi perlakuan itu memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam. 23.4 KEWAJIPAN MEMATUHI PERATURAN Seseorang pegawai hendaklah mematuhi peruntukan peraturan-perturan ini dan pelanggaran mana-mana peruntukan tersebut boleh menyebabkab dikenakan tindakan tatatertib Seseorang pegawai dianggap telah melanggar peruntukan peraturanperaturan ini jika didapati telah melakukan apa-apa perbuatan atau salah laku yang bertentangan dengan mana-mana peraturan tetakelakuan berkenaan. 23.5 SURAT AKU JANJI Kegagalan seorang pegawai memberi aku janji sebagaimana dikehendaki atau gagal mematuhi terma-terma aku janji juga merupakan pelanggaran tatatertib
Buku Pengurusan 2024 37 23.6 TUGAS KAWALAN TATATERTIB Tiap-tiap pegawai adalah bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera. Kegagalan menjalankan tanggungjawab ini hendaklah disifatkan sebagai cuai dalam melaksanakan tugas serta tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan tatertib 24.0 TATATERTIB JENAYAH TATACARA TINDAKAN TATATERTIB BAGI KES SABITAN/PEGAWAI TERTAKLUK KEPADA PROSIDING JENAYAH 24.1 PENDAHULUAN Tatacara tindakan tatatertib bagi kes sabitan jenayah/pegawai tertakluk kepada prosiding jenayah adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 28, 29 dan 33, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 24.2 TAFSIRAN‘SABITAN’,'KESALAHAN JENAYAH’ DAN ‘MAHKAMAH [PERATURAN 3] *‘Sabitan’ ertinya suatu dapatan oleh mahkamah di bawah mana-mana undangundang bertulis bahawa seseorang itu bersalah atas suatu kesalahan jenayah. *‘Kesalahan Jenayah’ ertinya apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau tingkahlaku keji. *‘Mahkamah’ ertinya mahkamah yang termasuk Mahkamah Syariah. 24.3 PROSIDING JENAYAH DIMULAKAN KE ATAS PEGAWAI Jika prosiding jenayah dimulakan terhadap seseorang pegawai, Pendaftaran Mahkamah hendaklah mengemukakan/Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan laporan yang berkaitan prosiding tersebut. Seterusnya Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan laporan itu kepada (PBT) yang mempunyai bidang kuasa untuk menjatuhkan hukuman buang kerja atau turun pangkat, beserta syor sama ada pegawai itu patut ditahan kerja. Setelah menimbangkan laporan tersebut PBT boleh menahan pegawai daripada menjalankan tugas (TAHAN KERJA) mengikut peraturan 44 (1) (a), Peraturanperaturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Jika prosiding jenayah itu terhadap pegawai berkeputusan dengan pensabitan, PBT hendaklah menggantung pegawai daripada menjalankan tugas (GANTUNG KERJA) di bawah Peraturan 45 (1) (a), berkuatkuasa mulai tarikh sabitan, sementara menunggu keputusan tindakan tatatertib yang berkait daripada sabitan tersebut. Seseorang pegawai yang digantung kerja tidak berhak menerima apa-apa bahagian emolumen sepanjang tahun penggantungan kerja tersebut. Jika prosiding jenayah tersebut berkeputusan dengan pembebasan, pegawai itu hendaklah dibenarkan menjalankan semua tugasnya serta berhak menerima apa-apa emolumen yang tidak dibayar dalam tempoh tahan kerja serta cuti rehat tahunan dan segala kelayakan lain yang pegawai itu berhak.
Buku Pengurusan 2024 38 24.4 TINDAKAN TATATERTIB Mengikut Peraturan 29 iaitu dalam kes di mana pegawai telah disabitkan atas kesalahan jenayah, Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan salinan keputusan mahkamah dan mengemukakannya kepada PBT yang berkenaan beserta rekod perkhidmatan pegawai dan perakuan mengenai tindakan/hukuman yang patut dikenakan ke atas pegawai, bergantung kepada jenis dan seriusnya kesalahan itu berbanding dengan takat mana sabitan itu telah memburukkan nama perkhidmatan awam. PBT yang berkenaan hendaklah menimbangkan laporan, rekod perkhidmatan dan perakuan Ketua Jabatan mengikut Peraturan 33 (1) dan seterusnya membuat keputusan/hukuman terhadap pegawai. Mengikut Peraturan 45A, jika prosiding tatatertib berkeputusan dengan buang kerja, pegawai itu tidak berhak kepada apa-apa emolumen yang telah tidak di bayar kepadanya dalam tempoh tahan kerja atau gantung kerja itu. Sebaliknya jika prosiding tatatertib tersebut berkeputusan dengan suatu hukuman selain buang kerja, pegawai itu berhak menerima semua bahagian emolumen yang berkenaan itu. 24.5 PENGECUALIAN DARIPADA HAK UNTUK DIDENGAR Bagi tujuan mengambil tindakan tatatertib ke atas seseorang pegawai yang telah disabitkan kesalahan jenayah ini, pegawai tersebut tidak perlu dihadapkan dengan apa-apa surat pertuduhan atau diberi hak untuk didengar. Tindakan tatatertib bagi kes sabitan jenayah ini juga tidak melibatkan tindakan bagi penentuan jenis kesalahan serta penentuan kes prima facie yang diperlukan bagi kes-kes tindakan tatatertib biasa. 24.6 KEPUTUSAN TATATERTIB Keputusan/hukuman tatatertib hendaklah diberitahu kepada pegawai dan hendaklah terus dilaksanakan sewajarnya meskipun ada rayuan dibuat terhadap keputusan/hukuman itu. Surat keputusan tersebut hendaklah men gandungi fakta yang tepat serta pernyataan mengenai sabitan yang berkaitan dan kenyataan bahawa pegawai telah memburukkan nama perkhidmatan awam. Surat keputusan juga hendaklah menyatakan peluang bagi membuat rayuan ke atas keputusan tersebut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan,dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan itu. 24.7 REKOD TATATERTIB Semua rekod serta dokumen berkaitan tindakan tatatertib hendaklah dipelihara sewajarnya. Sesuatu keputusan tindakan tatatertib dan keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai dengan menyatakan butir-butir kesalahan yang dilakukan serta hukuman yang dikenakan 24.8 JENIS HUKUMAN TETATERTIB Peraturan 38 (a) Amaran (b) Denda (c) Lucuthak Emolumen (d) Tangguh Pergerakan Gaji (e) Turun Gaji (f) Turun Pangkat (g) Buang Kerja
Buku Pengurusan 2024 39
Buku Pengurusan 2024 40
Buku Pengurusan 2024 41 PENGURUSAN KURIKULUM 1.0 PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN SEKOLAH 1.1 Tujuan peperiksaan ini ialah untuk mengetahui pencapaian murid dalam mata pelajaran tersebut dan keputusan ujian ini haruslah menjadi panduan kepada guru untuk mengatur pelajaran selanjutnya kepada murid-murid masing-masing. 1.2 Guru hendaklah mengatasi kelemahan murid dalam pelajarannya dan sebarang usaha hendaklah diadakan apabila perlu. 1.3 Penyediaan soalan dan pemeriksaan kertas jawapan akan ditentukan oleh penyelaras peperiksaan. 1.4 Semua keputusan peperiksaan hendaklah dicatatkan di dalam e-RPH. 1.5 Format soalan peperiksaan mestilah berdasarkan format peperiksaan awam. 2.0 SUKATAN PENGAJARAN DAN RANCANGAN TAHUNAN 2.1 Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah diikuti serapirapinya. Guru hendaklah memahirkan dengan peraturan terakhir mengenai perubahan terkini dalam peraturan peperiksaan dan sukatan pelajaran. 2.2 Sukatan Pelajaran dan Perancangan Tahunan hendaklah disediakan di dalam e-RPH 3.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 3.1 Guru mata pelajaran Sains, RBT,& ICT serta PJK hendaklah mempamerkan langkah-langkah keselamatan yang mesti dipatuhi oleh semua murid dan guru. 3.2 Guru hendaklah mengawasi murid apabila:- 3.2.1 Mengambil peralatan senaman. 3.2.2 Bersukan dan bermain di padang 3.2.3 Menjalankan kerja-kerja amali. 3.2.4 Kerja-kerja lain yang memerlukan pengawasan rapi 3.3 Langkah keselamatan dan mengelakkan kemalangan perlu diberi keutamaan. 3.4 Jika berlaku kemalangan, laporan kepada Guru Bertugas Harian, Penolong Kanan HEM dan Pengetua dan jika perlu, uruskan dengan segera ke klinik atau hospital dan memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga. 4.0 TUGAS-TUGAS DALAM KELAS 4.1 Guru perlu tepati masa mula dan akhir pengajaran bagi sesebuah kelas. 4.2 Pastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. 4.3 Elakkan diri daripada duduk ketika mengajar. 4.4 Masa ganti (relief period)- bukan waktu bebas tetapi waktu pembelajaran dan guru hendaklah menyampaikan pelajaran yang memberikan manfaat kepada muridmurid. 4.5 Pemeriksaan buku latihan tidak dilakukan di dalam kelas kecuali bagi tujuan pertolongan kepada murid-murid. 4.6 Guru dilarang membuat urusan yang tidak ada hubungan dengan kerja sekolah pada masa persekolahan.
Buku Pengurusan 2024 42 4.7 Elakkan menggunakan telefon bimbit ketika mengajar. 4.8 Latihan bertulis hendaklah diberikan kepada pelajar-pelajar dan disemak. 4.9 Pemeriksaan buku latihan oleh Pengetua / Penolong Kanan / Ketua Bidang boleh dilakukan pada bila-bila masa dikehendaki (termasuk masa penyeliaan pengajaran & pembelajaran). 4.10 Pelawat / Penjaga tidak dibenarkan masuk ke kelas kecuali pelawat datang dengan Pengetua / Penolong Kanan. 4.11 Pembacaan dari buku teks tidak digalakkan dan pemberian nota dikekalkan pada peringkat minima. 4.12 Guru yang mengajar pada masa akhir bertanggungjawab memastikan palajar beratur dan ke surau untuk solat zohor. 5.0 HAL-HAL LAIN 5.1 Kelas akan bermula pada 7.40 pagi hingga 2.30 petang , guru yang terlibat dengan kelas tambahan / kelas petang / cuti terancang perlu hadir mengikut jadual yang ditetapkan. 5.2 Guru-guru mestilah prihatin terhadap proses pembelajaran murid, agar prestasi kian meningkat. Sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirujuk kepada Ketua Panitia atau Penolong Kanan. 5.3 Guru digalakkan mengadakan kelas tambahan pada waktu luar jadual waktu pembelajaran sebagai usaha membimbing murid mencapai kecemerlangan dalam akademik. 5.4 Semasa cuti, guru hendaklah memberi Latihan / tugasan cuti terancang kepada murid. Bagi kelas-kelas peperiksaan tahun berikutnya, berikan mereka persediaan bahan / kerja untuk tahun berikutnya ketika cuti penggal atau cuti akhir tahun. 5.5 Guru-guru tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, kecuali dalam masa kecemasan. 5.6 Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada suatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan / Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran Pengetua / Penolong Kanan 5.7 Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap ‘non teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan Pengajaran dan Pembelajaran (Pekeliling Ikhtisasbil.3/1981). 5.8 Guru ganti harian hendaklah bertugas mengikut masa yang ditetapkan. 5.9 Tugas guru ganti adalah tugas rasmi. Kegagalan menjalankan tugas ini boleh dianggap sebagai ingkar perintah. 5.10 e-RPH adalah satu penulisan rph online . 5.11 Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa 5.12 Guru Kanan mata pelajaran adalah diberi kuasa untuk menyemak perjalanan mata pelajaran masing-masing seperti yang tercatat dalam e-RPH ini bila diperlukan dan memberikan laporan kepada Pengetua. 5.13 Guru-guru berkewajipan menulis e-RPH ini kerana ia adalah sebagai SKT guru.
Buku Pengurusan 2024 43 PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 1.0 TUGAS GURU TINGKATAN PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS 1.1 Merekod dan mengemaskinikan kehadiran serta butiran peribadi murid 1.2 Memastikan murid membawa surat daripada ibu bapa / penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah 1.3 Melaksanakan tindakan berikut bagi kes-kes ponteng sekolah seperti : a. Surat Amaran Pertama pada hari ke 3 tidak hadir berturut-turut atau pada hari ke 10 tidak hadir bukan berturut-turut b. Surat Amaran Kedua pada 7 hari selepas Amaran Pertama tidak hadir berturutturut atau 10 hari selepas Amaran Pertama tidak hadir bukan berturut-turut c. Surat Amaran Terakhir pada 7 hari selepas Amaran Kedua tidak hadir berturutturut atau 20 hari selepas Amaran Kedua tidak hadir bukan berturut-turut d. Surat Buang Sekolah secara berdaftar pada 14 hari selepas Amaran Terakhir (31 hari) tidak hadir berturut-turut atau 20 hari selepas Amaran Terakhir (60 hari) tidak hadir bukan berturut-turut 1.4 Memaklumkan kepada guru admin APDM untuk mengeluarkan nama murid dari sistem selepas Surat Buang Sekolah dikeluarkan 1.5 Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, perhiasan kelas dan mengurus pertukaran murid 1.6 Mengurus pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada murid 1.7 Membantu dalam pengurusan pendidikan dan kebajikan, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa / penjaga ,sijil-sijil dan surat akuan 1.8 Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu murid 1.9 Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang dan masalah disiplin lain 1.10 Merekod dan mengemaskinikan butiran maklumat murid pindah masuk dan pindah keluar di dalam Sistem APDM dan Buku Daftar Kemasukan Murid 1.11 Mengurus fail peribadi murid yang mengandungi dokumen berikut baharu jika ada pertukaran: a. Rekod Prestasi Murid b. Kad Rawatan Perkhidmatan Perggigian dan Buku Rekod Kesihatan Murid c. Buku maklumat Kokurikulum dan PAJSK d. Laporan SSDM dan Borang Laporan Psikometrik 1.12 Mengisi butiran semua ujian dan pentaksiran dengan lengkapnya dan dianalisis dalam sistem SAPS melalui guru mata pelajaran 1.13 Menyediakan senarai tugas bagi murid di dalam kelas masing-masing untuk tugas pembersihan kelas pada setiap hari persekolahan 1.14 Memastikan sudut info kelas ditampalkan dengan bahan ilmiah yang positif, membina dan terkini 1.15 Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh pentadbir dari semasa ke semasa.
Buku Pengurusan 2024 44 2.0 HAL- HAL LAIN 2.1 Setiap guru tingkatan dikehendaki menanda kehadiran murid pada waktu pertama persekolahan. 2.2 Setiap guru mata pelajaran dikehendaki memastikan bilangan murid mencukupi sebelum pengajaran bermula. 2.3 Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri. 2.4 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. 2.5 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. 2.6 Guru Kanan / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas seperti bengkel, bilik kaunseling, makmal, bilik ICT, bilik SAL, perpustakaan, koperasi dan lain-lain bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut. 2.7 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan, dan murid 2.8 Guru perlu mempunyai disiplin yang unggul kerana guru adalah model bagi murid. 2.9 Semua guru bertanggungjawab terhadap disiplin murid semasa di dalam dan di luar bilik darjah (Pekeliling Ikhtias 10/2001). 2.10 Setiap guru adalah guru disiplin dan guru bimbingan. 2.11 Guru perlu mengambil tindakan sewajarnya kepada murid yang melanggar peraturan sekolah. 2.12 Jangan memerintah murid balik atau keluar kelas atau dilarang mengikut pelajaran atau mengambil ujian sebagai denda. 2.13 Laporan kepada Pengetua / Penolong Kanan HEM bagi murid-murid yang kerap tidak mengikut arahan, tidak membuat kerja dan cuai dalam pelajaran PENGURUSAN KOKURIKULUM 1.0 KEGIATAN KOKURIKULUM 1.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur 1.2 Semua kelab / persatuan atau badan beruniform hendaklah mematuhi jumlah perjumpaan minima iaitu : - 18 kali untuk badan beruniform - 12 kali untuk kelab dan persatuan - 12 kali untuk sukan dan permainan 1.3 Perjumpaan mingguan hendaklah dipatuhi berdasarkan takwim kokurikulum 1.4 Catat kehadiran murid dalam buku kehadiran dan buku penilaian kokurikulum 1.5 Pakaian untuk hari selasa - uniform badan beruniform, sementara untuk hari Rabu - T shirt kokurikulum 1.6 Setiap aktiviti dan program yang dijalankan hendaklah di buat post morterm dan laporan 1.7 Laporan hendaklah dibuat dalam bentuk bertulis dan disertai dengan gambar aktiviti-aktiviti yang dijalankan 1.8 Format laporan hendaklah seragam untuk semua unit 1.9 Laporan hendaklah diserahkan kepada PK Kokurikulum atau Pengetua dalam masa 14 hari selepas sesuatu program dijalankan.
Buku Pengurusan 2024 45 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Buku Pengurusan 2024 KPI PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH 1. Melaksanakan dasar dan Transformasi Pendidikan Negara. 2. Memastikan semua warga sekolah memahami dan menghayati Visi dan Misi. 3. Meningkatkan tahap pencapaian (ranking) NKRA sekolah. 4. Dashboard sekolah yang sentiasa kemas kini dan tepat waktu. 5. Mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dan positif. 6. Pengurusan Kewangan Cemerlang. 7. Mempertingkat profesionalisme guru melalui LADAP berterusan dan berkesan. 8. Berusaha untuk Melindungi Masa Instruksional (MMI). 9. Penglibatan Ibu Bapa adalah untuk empat aktiviti sekolah (Pendaftaran murid, Penetapan Target, Mesyuarat Agung PIBG dan Pelaporan) 10. Hubungan yang baik dengan komuniti dan NGO. 46
Buku Pengurusan 2024 47 1. PENGURUSAN SEKOLAH 1.1 JAWATANKUASA PENGURUSAN SEKOLAH TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Pengetua Pen Kanan Pentadbiran Pen Kanan HEM Pen Kanan Kokurikulum Guru Kanan Bahasa Guru Kanan Sains & Matematik Guru Kanan Votek Guru Kanan Kemanusiaan Guru Kanan PAIBA GBKSM 1 GBKSM 2 : : : : : : : : : : : En Mohd Sabri bin Ali En Firdaus bin Ngah @ Salim Pn Che Ku Madiha binti Che Wan Hamzah Pn Hashimah binti Hashim Pn Norazah binti Ismail Pn Hanita binti Hashim @ Abdullah Pn Roshanisah binti Kamaruddin Pn Jamilah binti Mamat En Mohd Shafie bin Tahar Pn Noor Azizah binti Abdul Rahman Pn Noor Azimah binti Abdullah 1. Menentukan dasar dan hala tuju sekolah 2. Merancang dan mengurus pengoperasian sekolah 3. Merancang dan mengawal pengurusan sumber di sekolah 4. Mengenal pasti dan menyelesaikan isu dan permasalahan di sekolah 5. Merancang, memantau, menilai dan menambahbaik pelaksanaan program dan aktiviti sekolah 6. Membina hubungan seranta dengan ibu bapa, komuniti dan pihak yang berkepentingan 7. Melapor dan mendokumenkan program dan aktiviti sekolah 8. Merancang, menyusun dan melaksanakan program dan aktiviti untuk meningkatkan tahap pencapaian sekolah dalam bidang pengurusan, akademik, kemenjadian murid, kokurikulum dan keceriaan 9. Membuat penilaian kendiri tahap pencapaian sekolah berdasarkan pelaporan PBD 10. Melaksanakan tugas PPS di bawah komponen terlibat untuk mengurus pelaporan SKPM 1.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN KEWANGAN & AKAUN (JPKA) TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Setiausaha Pen. Setiausaha Pemeriksa Kira-kira AJK : : : : : : : : Pengetua GPK Pentadbiran GPK HEM GPK Kokurikulum Ketua Pembantu Tadbir Pn Rosmawati binti Mohamad Pn Zunaidah binti Ismail Semua Guru Kanan Mata Pelajaran Semua Ketua Panitia Semua GBKSM Ketua Warden En Che Wan Mohamad Yusoff bin Che Wan Hussin 1. Menyediakan anggaran perbelanjaan, melaksanakan perbelanjaan dan pemantauan serta mengambil tindakan susulan dengan mematuhi peraturan, mengikut keperluan dan secara menyeluruh 2. Menentukan peruntukan belanjawan mengurus sekolah. 3. Memastikan proses pengurusan kewangan dilaksanakan mengikut prosedur kewangan. 4. Memastikan perbelanjaan berhemat peruntukan oleh semua unit. 5. Berhasrat mengekalkan kecemerlangan pengurusan kewangan cemerlang. 1.3 LEMBAGA TATATERTIB SEKOLAH TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha AJK : : : : : : : : : : : Pengetua GPK Pentadbiran GPK HEM GPK Kokurikulum GKMP Bahasa GKMP Kemanusiaan GKMP Teknik dan Vokasional GKMP Sains dan Matematik GKMP PAIBA GBKSM Ketua Pembantu Tadbir 1. Menentukan dasar-dasar disiplin serta peraturan sekolah berdasarkan Perintah Am dan Arahan Pentadbiran Kerajaan Malaysia. 2. Menjana keutuhan, keharmonian pentadbiran sekolah sebagai institusi bebas daripada SALAH LAKU yang melibatkan guru atau kakitangan seperti penyelewengan wang, masa, mutu kerja dan moral. 3. Menyarankan hukuman ke atas pegawai yang terlibat dengan SALAH LAKU.
Buku Pengurusan 2024 48 1.4 JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH/ EMIS/idMe TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Setiausaha EMIS Setiausaha idMe Setiausaha e-operasi/ HRMIS Penyelaras Pengurusan institusiidme Penyelaras pengurusan murid - idme AJK : : : : : : : : : : Pengetua GPK Pentadbiran GPK HEM GPK Kokurikulum Pn Suhana binti Abdul Karim Pn Mas Idayati binti Abdullah Pn Rosmawati binti Mohamad Pen Kanan Pentadbiran Pen Kanan HEM Pen Kanan Kokurikulum Pn Nor Hafiza binti Ismail En Zawawi bin Abdullah Semua Guru Kanan Mata Pelajaran SU APDM SU SSDM SU UPP Guru Kelas 1. Menyedia dan mengemas kini maklumat dalam EMIS, e-Operasi HRMIS dan SKPM 2. Anggaran belanja mengurus ABM, APDM, e-G Tukar dan maklumat semasa yang diperlukan. 1.5 JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET KERAJAAN (JKPAK) TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Setiausaha Pen Setiausaha (KPT) Peg Penerima Aset Pegawai Pemeriksa 1 Pegawai Pemeriksa 2 Pegawai Pemerksa 3 Pelupusan Aset JPINT Pelupusan Aset JPINT Pemeriksa Pelupusan 1 : : : : : : : : : : : : Pengetua GPK Pentadbiran GPK HEM GPK Kokurikulum Pn Jamilah binti Mamat Ketua Pembantu Tadbir Pn Rosmawati binti Mohamad Pn Roshanisah binti Kamaruddin Pn Norazah binti Ismail Pn Nur Syarafana binti Kamaruzaman Pn Hartini binti Azhar En Razaly bin Ghani En Mohd Shafie bin Tahar Pemeriksa Pelupusan 2 Pemeriksa Pelupusan 3 Peg Pemvevifikasi Stor 1 : : : Pn Noor Azira binti Awang@Ismail Pn Hanita binti Hashim PN Nur Hafizah binti Ab Hamid Peg Pemverifikasi Stor 2 Peg Pemverifikasi Stor 3 AJK : : : : Pn Nurul Syahira binti Che Mazlan En Mohd Salleh bin Mohamad EN Mohd Arifin bin Mohd Ghazali (Blok A (ADAB) Pn Shalihah binti Mustaffa (Blok B (BAIK)) Pn Nurulfida binti Muhamad Khalid (Blok C (CERDIK) : : : : En Abdul Muhaimin bin Mohd Nasir (Blok D (DEDIKASI) Pn Nabilah binti Muda (Blok E (EFISIEN) Pn Hariati binti Yusof (Blok F (FOKUS) Pn Zunaidah binti Ismail (Perpustakaan) Pn Asmaa’ Syahirah binti As’ari (Dewan) 1. Menyedia, mengguna dan menyelenggara aset alih dan aset tidak alih, merekod dan mengambil tindakan susulan terhadap hasil pemeriksaan mengikut prosedur yang ditetapkan, keperluan secara menyeluruh dan berterusan 2. Mengurus semua aset (harta modal dan inventori). 3. Mengenal pasti keperluan perabot. 4. Menguruskan pengagihan perabot. 5. Memastikan keselamatan bangunan dan semua harta benda sekolah. 6. Menguruskan penggantian dan pembaikian perabot yang rosak. 7. Menguruskan harta benda yang hendak dihapuskira / dibuat pelupusan. 8. Memastikan inventori kelas dan setiap bilik ditampal di tempat asalnya dan dipantau dari semasa ke semasa. 9. Memastikan keselamatan penggunaan dan keselamatan harta benda dan lokasi ditempatkan.