INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI 24-26 JULAI 2023 Tempat: INSTITUT AMINUDDIN BAKI INDUK BANDAR ENSTEK Dirasmikan oleh: YB FADHLINA BINTI SIDEK MENTERI PENDIDIKAN Tarikh:
KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Dirasmikan oleh: YB FADHLINA BINTI SIDEK MENTERI PENDIDIKAN Tarikh: 24-26 JULAI 2023 Tempat: INSTITUT AMINUDDIN BAKI INDUK BANDAR ENSTEK
YB FADHLINA BINTI SIDEK MENTERI PENDIDIKAN 01 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
03 Kata Alufialuan Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI Syabas dan tahniah kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) kerana tetap tekal dalam meneruskan tradisi penganjuran Seminar Nasional ke-30 (SN30) Kepimpinan Pendidikan ke Arah Malaysia MADANI tahun 2023. Medan perkongsian amalan terbaik ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pemimpin pendidikan dalam mengurus organisasi dengan lebih efisien. Segala input terkini perlu diadaptasi dan diaplikasikan bagi menyuntik nafas baharu dalam pengurusan pendidikan. SN30 secara hibrid ini berupaya untuk meningkatkan interaksi dua hala terutamanya sesi Master Class yang membicarakan tentang subtema seminar. Penggunaan aplikasi media sosial seperti YouTube, Facebook, Twitter dan WhatsApp juga membolehkan warga pendidikan mengikuti seminar ini secara live streaming. Dalam usaha menuju ke arah Malaysia MADANI, prinsip keterangkuman dalam pendidikan perlu diterapkan bagi memastikan pendidikan untuk semua terlaksana. Ini bermakna semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, agama atau kebolehan perlu diberi peluang yang adil dan saksama dalam mendapatkan pendidikan yang berkualiti. Bagi memastikan pendidikan negara terus cemerlang, isu keciciran pembelajaran, kebajikan guru, komunikasi, kemiskinan, karamah insaniah, sekolah daif dan pendidikan digital perlu ditangani dengan bijaksana. “Kepimpinan Pendidikan ke Arah Malaysia MADANI” yang menjadi tema SN30 ini amat bertepatan dengan tujuh teras utama pendidikan. Hal ini sejajar dengan usaha meningkatkan kecemerlangan dalam pendidikan dan kesejahteraan negara. Oleh itu, pemimpin pendidikan perlu berkeyakinan dan bergerak sederap dalam mengharungi rintangan dan cabaran menuju kejayaan yang dihasratkan. Selamat berseminar. Sekian, terima kasih. YB FADHLINA BINTI SIDEK MENTERI PENDIDIKAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI 02 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
DATUK HAJI PKHARUDDIN BIN HAJI GHAZALI KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA 03 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
Kata Alufialuan Bismillahirahmanirrahim Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI Tahniah Institut Aminuddin Baki (IAB) atas penganjuran Seminar Nasional ke-30 (SN30) Kepimpinan Pendidikan ke Arah Malaysia MADANI tahun 2023. “Kepimpinan Pendidikan ke Arah Malaysia MADANI” menyeru semua pemimpin pendidikan melaksanakan tanggungjawab dan peranan dalam meningkatkan kecemerlangan organisasi yang dipimpin. Landskap pendidikan kini memerlukan pemimpin yang tangkas dan berkemahiran dalam menguruskan semua aspek pembelajaran sama ada secara konvensional atau digital. Pemimpin organisasi perlu mempunyai daya pemikiran yang lebih kritis dan kreatif serta berinovasi. Pemimpin organisasi pendidikan juga perlu mendepani kepimpinan masa hadapan dengan memastikan inovasi, kreativiti dan komunikasi digital dititikberatkan. Konsep penyampaian pendidikan secara chalk and talk perlu dipertingkatkan kepada corak pembelajaran digital yang lebih tersusun, terancang dan interaktif. Penganjuran seminar ini mampu mengupayakan para pemimpin pendidikan untuk berkongsi pengalaman, ilmu baharu dan amalan terbaik dalam mengurus organisasi. Pemimpin pendidikan juga berupaya melebarkan jalinan dan jaringan profesional dalam kalangan mereka. Input yang diperoleh melalui SN30 ini diharap dapat memperkasakan kompetensi pemimpin bagi mentransformasi pendidikan di Malaysia ke tahap lebih bermakna khususnya dalam mendidik murid dengan berkonsepkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC). Para pemimpin pendidikan juga perlu mengaplikasikan Tadbir Urus Insan dalam amalan kepimpinan sejajar dengan hasrat mencapai karamah insaniah berteraskan konsep Malaysia MADANI. Seminar seperti ini perlu dilestarikan agar pemimpin pendidikan sentiasa peka terhadap perkembangan terkini yang berkaitan isu-isu pendidikan. Semoga usaha murni ini memberi impak positif ke arah kegemilangan pendidikan negara. DATUK HAJI PKHARUDDIN BIN HAJI GHAZALI KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA INSTITUT AMINUDDIN BAKI 04 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
PUAN ROHAYATI BINTI ABD HAMED PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI 05 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
Kata Alufialuan Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI Seminar Nasional ke-30 (SN30) bertemakan “Kepimpinan Pendidikan ke Arah Malaysia MADANI”. Tema ini dipilih bagi mengangkat konsep karamah insaniah. Karamah insaniah menekankan adab dan akhlak. Karamah insaniah juga menekankan pentingnya menghormati, melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia, termasuk hak untuk hidup, kebebasan berfikir demi memartabatkan maruah dan harga diri anak murid serta guru sebagai insan yang beradab mulia dan terpuji. SN30 Kepimpinan Pendidikan ke Arah Malaysia MADANI ini merupakan platform perkongsian pengetahuan dan pengalaman terbaik dalam mengurus organisasi pendidikan khususnya bagi menangani isu-isu dalam organisasi. Melalui seminar ini juga para pemimpin pendidikan berupaya menambah baik peranan dan fungsi mereka bagi melahirkan generasi yang fasih digital dan mengaplikasi tadbir urus insan bagi meningkatkan profesionalisme mereka dalam mendepani cabaran baharu pendidikan. Pembentangan kertas kerja yang merangkumi hasil penyelidikan, kertas amalan terbaik dan kertas konsep dapat mendorong para pemimpin mengorak langkah demi membangunkan kecemerlangan diri, warga dan organisasi ke tahap yang lebih baik. Semoga pelbagai input yang dikongsikan dalam seminar ini berupaya meningkatkan profesionalisme kepimpinan sekolah. Alhamdulillah, penganjuran seminar secara hibrid ini membolehkan pelibatan audien yang lebih ramai sama ada secara bersemuka ataupun secara dalam talian. Diharapkan agar input dan perkongsian ini dapat disebarluaskan dan dimanfaatkan oleh pelbagai peringkat kepimpinan pendidikan. Selamat berseminar. PUAN ROHAYATI BINTI ABD HAMED PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI INSTITUT AMINUDDIN BAKI 06 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
Seminar Nasional ke-30 (SN30) Kepimpinan Pendidikan ke Arah Malaysia MADANI ialah program tahunan yang menonjolkan identiti Institut Aminuddin Baki (IAB) sebagai peneraju latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan di Malaysia. SN30 merupakan wahana penjanaan keintelektualan yang mampu menyumbang terhadap peningkatan kualiti profesionalisme pemimpin pendidikan. Pengisian SN30 dirancang dengan teliti merangkumi sesi ucaptama, forum, perkongsian ilmu dan pembentangan selari bagi memastikan penyampaian informasi, gagasan intelektual dan penyebaran dasar pendidikan dapat memberikan manfaat kepada pemimpin pendidikan. IAB merupakan satu-satunya bahagian KPM yang membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan. Peranan IAB selaku Pusat Repositori ilmu pengetahuan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan turut dapat diperkasakan melalui pelaksanaan seminar ini. Seminar ini juga diharap akan dapat meningkatkan lagi kolaboratif antara pengurus dan pemimpin institusi pendidikan. Segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan oleh pembentang sepanjang Seminar Nasional ini diharap dapat mencetuskan idea-idea baharu untuk diaplikasikan dalam organisasi masing-masing. Seterusnya input tersebut juga diharapkan dapat disebarluaskan ke peringkat sekolah, PPD, JPN dan bahagian KPM. Secara tidak langsung, diharapkan warga pendidik dapat memanfaatkan secara maksimum peluang ini untuk membina jaringan dan jalinan serta berkongsi pandangan secara terbuka. PENGENALAN SN30 Kepimpinan Pendidikan ke Arah Malaysia MADANI merupakan program tahunan IAB yang bertujuan untuk: i. Menyediakan wadah perkongsian pengetahuan dan pengalaman pengurusan perubahan ke arah masyarakat MADANI; ii. mengenal pasti peranan pengurus dan pemimpin pendidikan bagi melahirkan generasi fasih digital; iii. mengaplikasi tadbir urus insan dalam pengurusan pendidikan MADANI; iv. berkongsi amalan terbaik pengurusan dan kepimpinan Pendidikan MADANI; dan v. meningkatkan profesionalisme pengurus dan pemimpin dalam mendepani cabaran baharu pendidikan ke arah pembentukan masyarakat MADANI. OBJEKTIF 07 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI Pendidikan Manusiawi Pemangkin Generasi MADANI; Pengurusan Perubahan ke Arah Masyarakat MADANI; Peranan Pemimpin dalam Melahirkan Generasi Fasih Digital; dan Pembudayaan Adab, Akhlak dan Integriti dalam Pembentukan Karamah Insaniah 1 2 3 4 SUBTEMA TEMA INSTITUT AMINUDDIN BAKI 08 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN 24 JULAI 2023 Auditorium Perdana Institut Aminuddin Baki Induk MASA 10.30 a.m. 10.45 a.m. 10.50 a.m. 11.00 a.m. 1.00 p.m. ATUR CARA Ketibaan dif-dif jemputan Ketibaan YBhg. Datuk Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Ketibaan YB Fadhlina binti Sidek Menteri Pendidikan Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa Ucapan Alu-aluan Puan Rohayati binti Abd Hamed Pengarah Institut Aminuddin Baki Ucapan Perasmian YB Fadhlina binti Sidek Menteri Pendidikan Makan tengah hari Bersurai 09 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
Ucapan Perasmian Penutupan YBrs. Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) Makan tengah hari Bersurai 1.00 p.m. MASA ATUR CARA Ketibaan dif-dif jemputan Ketibaan YBrs. Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) Ucapan Alu-aluan dan Rumusan Seminar YBrs. Puan Rohayati binti Abd Hamed Pengarah Institut Aminuddin Baki 11.30 a.m. 12.00 p.m. 11.50 a.m. Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN 26 JULAI 2023 Auditorium Perdana Institut Aminuddin Baki Induk INSTITUT AMINUDDIN BAKI 10 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI TARIKH MASA PERKARA TEMPAT 9.00 –10.30 a.m. (Live streaming) 10:30 –11:00 a.m. Ucaptama 1 YBhg. Datuk Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Tajuk: Transformasi Kepimpinan Ke Arah Melahirkan Generasi “ABC” 11:00 a.m. –1:00 p.m. (Live streaming) Majlis Perasmian Seminar YB Fadhlina binti Sidek Menteri Pendidikan 2:30 –4:30 p.m. (Live streaming) Pembentangan Selari 1 (5 bilik, 20 kertas) (15+5 minit setiap pembentangan) Auditorium Perdana Auditorium Perdana Sidang Selari 1: S302 Sidang Selari 2: S303 Sidang Selari 3: S304 Sidang Selari 4: U301 Sidang Selari 5: U302 Minum pagi 1:00 –2:30 p.m. Makan tengah hari HARI PERTAMA 24 Julai 2023 (Isnin) 11 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
HARI KEDUA 9.00 –10.30 a.m. (Live streaming) 10:30 –11:00 a.m. Ucaptama 2 YBrs. Dr. Haji Zainal Aalam bin Hassan Mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Tajuk: Pengurusan Perubahan dalam Pembentukan Masyarakat MADANI 11:00 a.m. –1:00 p.m. (Live streaming) 2:30 –3:15 p.m. 3.20 –4.30 p.m. (Live streaming) Pembentangan Selari 2 (5 bilik, 20 kertas) (15+5 minit setiap pembentangan) Pembentangan Selari 3 (5 bilik, 10 kertas) (15+5 minit setiap pembentangan) Auditorium Perdana Sidang Selari 1: S302 Sidang Selari 2: S303 Sidang Selari 3: S304 Sidang Selari 4: U301 Sidang Selari 5: U302 Sidang Selari 1: S302 Sidang Selari 2: S303 Sidang Selari 3: S304 Sidang Selari 4: U301 Sidang Selari 5: U302 Master Class 1: S302 Master Class 2: S303 Master Class 3: S304 Master Class 4: U301 Master Class 5: Balai Wacana Minum pagi 1:00 –2:30 p.m. Makan tengah hari Master Class 25 Julai 2023 (Selasa) YBrs. Prof. Dr. Haslinda binti Abdullah Tajuk: Pendidikan Kewarganegaraan ke arah masyarakat MADANI YBrs. Encik Khairul Arifin bin Mohd Munir Tajuk: Rukun Malaysia MADANI dalam Pendidikan YBrs. Dr. Joohari bin Ariffin Tajuk: Karamah Insaniah: Adab, Akhlak dan Integriti YBrs. Dr. Balasandran A. Ramiah Tajuk: Perancangan Strategik ke Arah Malaysia MADANI YBhg. Dato’ Dr. Mehander Singh a/l Nahar Singh Tajuk: Pengurusan Perubahan dalam Membangunkan Pendidikan Manusiawi 1. 2. 3. 4. 5. TARIKH MASA PERKARA TEMPAT INSTITUT AMINUDDIN BAKI 12 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
HARI KETIGA 10:30 a.m. –12:00 p.m. (Live streaming) 12:00 –1:00 p.m. (Live streaming) Ucaptama 3 YBhg. Datuk Dr. Amin Senin Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) Mengangkat Kemuliaan Insan dan Memantapkan Sistem Penyampaian Dalam Pendidikan Majlis Perasmian Penutupan YBrs. Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Husin Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Auditorium Perdana Auditorium Perdana Auditorium Perdana 10:15 –10:30 a.m. Minum pagi 1:00 –2:30 p.m. Makan tengah hari 26 Julai 2023 (Rabu) 8:15 –10:15 a.m. (Live streaming) Forum YBrs. Dr. Norisah binti Suhaili YBhg. Dato’ Freida binti Pilus YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md. Amin bin Md Taff YBrs. Prof. Madya Dr. Zulkifli bin Hassan 1. 2. 3. 4. Panel: Pendidikan Manusiawi Pemangkin Generasi MADANI TARIKH MASA PERKARA TEMPAT 13 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
SIDANG SELARI 1 TARIKH: 24 JULAI 2023 (ISNIN) MASA: 2.30–4.30 P.M. JADUAL SIDANG SELARI TEMPAT PEMBENTANG TAJUK BILIK S302 BILIK S303 Pn. Norhaiza binti Tahir En. Hanif bin Nor Azahar Meningkatkan Kesejahteraan Murid dan Guru Melalui ‘Happy School Project (HSP)’ En. Kamal bin Abdul Rahman NPQEL: Medan Melahirkan Pemimpin MADANI Cemerlang En. Mahathir Fansuri bin Azizan Program Pembangunan Kompetensi Inovasi Pemimpin Pendidikan Berimpak Tinggi Dr. Nazeri bin Mohammad Orientasi Wawasan Kepemimpinan Insaniah bagi Memacu Kecemerlangan Sekolah ke Arah Malaysia MADANI Dr. Mohd Asnorhisham bin Adam Meningkatkan Akses Penempatan Persekolahan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) dengan Intervensi Lima Langkah di Daerah Pasir Gudang Dr. Shamilati binti Che Seman @Sulaiman Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera Melalui Pelaksanaan Rangka Kerja SWPBIS Dr. Normah binti Karmani Modul ez-AUDITKEWS: Kawalan Pengurusan Kewangan Sekolah dalam Menangani Perubahan Norma Baharu Pn. Valerie Sinti Keperluan Modul i-Smart Muzik Kepada Pemimpin Pertengahan di Sekolah Kurang Murid di Negeri Sabah INSTITUT AMINUDDIN BAKI 14 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
SIDANG SELARI 1 TARIKH: 24 JULAI 2023 (ISNIN) MASA: 2.30–4.30 P.M. JADUAL SIDANG SELARI TEMPAT PEMBENTANG TAJUK BILIK S304 BILIK U301 Pn. Fatimatuzzahrah binti Roslan Kepimpinan Digital dan Komitmen Guru Dr. Sainah Limbasan Kemahiran Kepimpinan dalam Kalangan Pemimpin Pertengahan di Sekolah Pedalaman Sabah Dr. Dexter Silam Model Kepimpinan Pengetua Sekolah Pulau di Negeri Sabah Satu Kajian Kes Dr. Bridget Lim Suk Han The Psyche of Psychometrics: The Stance of an Administrator for Psychometric Assessment En. Shamsul bin Mohamed Yusak Pengaruh Kepimpinan Moral Pengetua/Guru Besar dan Sokongan Ibu Bapa: Faktor Pemacu Kejayaan Akademik Datin Hjh. Zamhirah binti Hj. Osman Iskandar Multimedia Super Corridor The Beginning of a New Legacy dalam Menerajui Kepimpinan Transformasi Sekolah 2025 En. Arman bin Hj. Sani MyLINK SKK1 Pn. Noormawati binti Kamaruddin Peranan Pemimpin dalam Melahirkan Generasi Fasih Digital: Faktor dan Strategi 15 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
SIDANG SELARI 1 TARIKH: 24 JULAI 2023 (ISNIN) MASA: 2.30–4.30 P.M. JADUAL SIDANG SELARI TEMPAT PEMBENTANG TAJUK BILIK U302 Dr. Majelan bin Sulong Hubungan di antara Kesediaan Memberikan Maklum Balas Prestasi Kerja oleh Pemimpin Sekolah dengan Keberkesanan Amalan Penilaian Prestasi Dr. Ahmad Kamal bin Ariffin Pelaksanaan Penyeliaan Kaunseling di Sekolah dalam Usaha Mencapai Aspirasi Pendidikan Malaysia MADANI Pn. Nik Karimah binti Nik Hassan Membudaya Konsep MADANI Malaysia Melalui Kepimpinan Autentik dan Psikologi Positif: Kepimpinan Pendidikan dalam Menangani Krisis Pn. Siti Norain binti Mohd Hashim Kepimpinan Instruksional Guru Besar dan Hubungannya dengan Pelibatan Ibu Bapa Masyarakat Orang Asli: Kajian Kes di Negeri Perak INSTITUT AMINUDDIN BAKI 16 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
SIDANG SELARI 2 TARIKH: 25 JULAI 2023 (SELASA) MASA: 11.00 A.M.–1.00 P.M. TEMPAT PEMBENTANG TAJUK BILIK S302 BILIK S303 Dr. Aziah binti Adi Standard Kompetensi Pemimpin Sekolah Murid Orang Asli dan Peribumi Dr. Norhisham bin Mohd Kasim The Adaption of Politeness Language among School Leadership YM Raja Azahar bin Raja Sulaiman Pandemik COVID-19 Mendepani Cabaran dalam Memimpin Kecemerlangan Kokurikulum Sekolah-sekolah Daerah Tampin En. Adi bin Hassim Membangunkan Bakat Kepemimpinan Sekolah dalam Era Tanpa Sempadan melalui Pendekatan Coaching dan Mentoring Pn. Jessica Edward Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25): Pemimpin Guru Memangkin Sekolah Berkualiti Dr. Hemathy a/p Kunalan Risk Management Practices and School Well-Being En. Mohd Salahuddin bin Nayan Amalan Transformasi Jaringan dan Jalinan Dapat Menangani Isu Penguasaan 3M dan Peratus Kehadiran Murid yang Sederhana di SK Padang Jawa, Shah Alam Pn. Suzana binti Zakaria Tahap Dimensi Kepimpinan Spiritual Pengetua di Negeri Johor 17 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
SIDANG SELARI 2 TARIKH: 25 JULAI 2023 (SELASA) MASA: 11.00 A.M.–1.00 P.M. TEMPAT PEMBENTANG TAJUK BILIK S304 BILIK U301 Pn. Vishali Gandhi a/p Kunaland Pembelajaran Berasaskan Aplikasi dalam Talian: Kesan Terhadap Pencapaian Pelajar dalam Subjek Matematik Pn. Noor Syahida binti Md Zuki Membina Kepimpinan Inklusif: Peranan Pentadbir Sekolah dalam Menyokong Kesejahteraan dan Kejayaan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Pn. Tuan Zahrah binti Tuan Mat Kekuatan Dalaman dan Kepimpinan Tanpa Sempadan Jurulatih Sukan: Pengaruhnya terhadap Ketahanan Diri Pelajar Berbakat Sukan semasa Pengembangan Bakat Sukan Pn. Azizah binti Ibrahim Tanggungjawab dan Peranan Pengetua-Hubungkait dengan Kepimpinan Pengajaran di Sekolah Menengah Daerah Kubang Pasu, Kedah Dr. Mohd Nadzri bin Ishak Keberkesanan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Dr. Muhammad bin Nordin Peranan Pemimpin dalam Melahirkan Generasi Fasih Digital Pn. Hjh. Khalilah binti Za’aba Peranan Taskforce Media dalam Pendigitalan Warga SHATA En. Mohd Hairil Fitri bin Ja’afar Pemimpin Pendidikan Digital Immigrants Mendepani Cabaran Generasi Digital Natives INSTITUT AMINUDDIN BAKI 18 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
SIDANG SELARI 2 TARIKH: 25 JULAI 2023 (SELASA) MASA: 11.00 A.M.–1.00 P.M. TEMPAT PEMBENTANG TAJUK BILIK U301 Pn. Nur Azwa binti Zynuddin Malaysia dan SEAMEO "Memimpin Melalui Pendidikan" En. Mohd Fuaad bin Mohd Sarmin Amalan Kepimpinan Transformasi Budaya Organisasi Sekolah Fokus SMK Dato’ Syed Esa, Batu Pahat, Johor En. Muhammad Akmal bin Ngadiman Tahap Kapasiti Kepimpinan Guru Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Negeri Pulau Pinang En. Mohd Saharuddin bin Sadali SEMESTI Open Day 19 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
SIDANG SELARI 3 TARIKH: 25 JULAI 2023 (SELASA) MASA: 2.30 P.M.–3.15 P.M. TEMPAT PEMBENTANG TAJUK BILIK S302 BILIK S303 BILIK S304 BILIK U301 BILIK U302 Dr. Abd Hamid bin Abu Bakar Guru Bahagia, Murid Ceria - Cabaran Pemimpin Sekolah Pn. Nor Hamizah binti Daud Guru Insani Memacu Kecemerlangan Organisasi Dr. Aziah binti Adi Kajian Pengetahuan dan Kemahiran Kepimpinan Berdaya Tahan bagi Menghadapi Krisis dalam Kalangan Pemimpin Sekolah Ts. Azri bin Said Pengaruh Amalan Kepimpinan Transformasional Terhadap Pencapaian Prestasi dan Kepuasan Kerja Guru di Kolej Vokasional Miri Dr. Mohamad Rushdan bin Hj. Azizan Memperkasakan Konsep Modal Sosial dalam Pembangunan Kepimpinan Pendidikan Malaysia MADANI Dr. Ghazali bin Sulaiman Peranan Pengetua dan Guru Besar dalam Memperkasakan TVET Pn. Herimah binti Nasip Memperkasa Pengurusan Pemantauan Pencerapan PdP Secara Digitalisasi eRONDA di Sekolah Amanah Negeri Sabah En. Mohd ‘Adlan bin Mohd Shariffuddin Pentadbir Sekolah Sebagai Pemacu Pendigitalan dalam Bidang Pendidikan: Kertas Konsep Dr. Mat Rahimi bin Yusof Revolusi Digital: Membangun Horizon Baharu Kepimpinan Pendidikan Melalui Pengalaman Teknologi dan Literasi Digital En. Tee Tiam Chai MyProfile SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI INSTITUT AMINUDDIN BAKI 20
PEMBENTANG UCAPTAMA 1 YBrs. Dr. Haji Zainal Aalam bin Hassan merupakan mantan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM). Sepanjang perkhidmatan, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah IAB, Pengarah Bahagian Matrikulasi, Timbalan Pengarah BPPDP dan Timbalan Pengarah BPG. Memandangkan kepakaran dan pengalaman yang lama dalam bidang Pendidikan, beliau turut menjadi ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia. PEMBENTANG UCAPTAMA 2 PEMBENTANG UCAPTAMA 3 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI 21 INSTITUT AMINUDDIN BAKI YBhg. Datuk Haji Pkharuddin bin Haji Ghazali ialah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM). YBhg. Datuk telah berkhidmat dalam pelbagai bahagian di KPM sebelum memegang jawatan sebagai KPPM pada 23 September 2022. Sepanjang perkhidmatan, beliau memegang pelbagai jawatan antaranya sebagai Pengarah JPN Negeri Sembilan, Penolong Pengarah Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan dan sebagai Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai. Jawatan terakhir beliau sebelum memegang jawatan sekarang adalah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum). YBhg. Datuk Dr. Amin Senin pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Pengarah Institut Aminuddin Baki dan Timbalan Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengalaman yang ada pada beliau membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).
AHLI PANEL FORUM YBhg. Dato’ Freida binti Mohd Pilus merupakan pengasas Sekolah Cempaka. Beliau pernah berkhidmat di sektor kerajaan selama 13 tahun sebelum mengundur diri dan membuka Sekolah Cempaka pada tahun 1983. Beliau telah berjaya membawa jenama Sekolah Cempaka hingga ke tahap global. SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI INSTITUT AMINUDDIN BAKI 22 YBrs. Dr. Norisah binti Suhaili merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bagi Sektor Operasi Sekolah. Beliau pernah bertugas sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, serta pengetua di beberapa buah sekolah sebelum ini. Antaranya ialah SM Sains Kuching Utara, Sarawak dan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. Beliau yang berasal dari Sarikei, Sarawak ini berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari International Islamic University Malaysia. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff ialah Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). YBhg Prof. berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, pengurusan dan juga konsultasi. Penglibatan beliau di peringkat antarabangsa adalah sebagai Pengarah Pejabat Education Malaysia Washington DC, Amerika Syarikat dan Setiausaha Agung Persekutuan Kanu ASEAN selain terlibat aktif dalam penganjuran Washington International Education Conference. Berkelulusan Master’s in Physical Education dari University of Otago pada 2004 dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), dari Universiti Putra Malaysia pada 2010 dalam bidang Parks & Outdoor.
YBrs. Prof. Madya Dr. Zulkifli bin Hassan merupakan pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia. Beliau memegang pelbagai jawatan akademik lain seperti Editor Bersekutu untuk Jurnal Perakaunan Islam dan Penyelidikan Perniagaan, editor perundangan untuk Jurnal Syariah dan Undang-undang Malaysia, dan panel pakar muamalat dan peraturan halal, JAKIM. Beliau juga memegang jawatan sebagai Lembaga pengarah Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika (MACEE) dan penasihat akademik Kolej Dar al-Hikmah, Selangor. 23 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
ABSTRAK Sub-Tema 1 : Pendidikan Manusiawi Pemangkin Generasi MADANI Sub-Tema 2 : Pengurusan Perubahan Ke Arah Masyarakat MADANI Sub-Tema 3 : Peranan Pemimpin Dalam Melahirkan Generasi Fasih Digital Sub-Tema 4 : Pembudayaan Adab, Akhlak dan Integriti Dalam Pembentukan Karamah Insaniah SEMINAR NASIONAL KE-30 Kepimpinan Pendidikan ke Arah Malaysia MADANI
MENINGKATKAN KESEJAHTERAAN MURID DAN GURU MELALUI “HAPPY SCHOOL PROJECT” (HSP) Norhaiza Tahir Munawarah Sapuan Hanif Nor Azahar Syaidatul Irma Abd. Salam SK Tengku Mariam, Batu Pahat [email protected] Happy School Project (HSP) berusaha untuk membangunkan motivasi melalui sistem pengurusan yang efisien, persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra, selamat, dan gembira untuk guru dan murid bagi meningkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran mereka. HSP ditunjangi oleh TMS Google Site sebagai alat pengurusan sekolah, Smart Clasroom sebagai medium pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang efektif, Smart PBL dan Flipped Classroom yang memberi pengalaman pembelajaran bermakna dan menyeronokan serta TMS Appreciatios yang dapat memotivasikan serta memberi penghargaan kepada warga sekolah. Keberkesanan HSP dilihat melalui pelbagai aspek kesejahteraan, seperti kepuasan pembelajaran, kesihatan emosi, hubungan sosial, dan penglibatan kerja dalam kalangan 4 orang pentadbir, 38 orang guru dan 95 orang murid. Sementara itu, maklumbalas yang diperoleh melalui pemerhatian dan temu bual menawarkan pandangan berharga tentang pengalaman, persepsi dan kesejahteraan subjektif mereka dalam konteks sekolah. Rangka kerja HSP yang mengandungi empat aspek iaitu Happy Learners, Happy Teachers, Happy Classroom & Environment dan Happy School Management telah dijalankan dan dapatan keberkesanan projek menunjukkan peningkatan min sebanyak 8.67% membuktikan HSP mampu mewujudkan persekitaran pendidikan yang positif dan menyokong, memberi manfaat kepada kesejahteraan keseluruhan dan kepuasan kerja guru serta memupuk perkembangan emosi dan sosial murid. Dapatan juga menunjukkan bahawa ibu bapa menghargai hubungan yang dijalinkan oleh anak-anak mereka di sekolah dengan guru dan rakan sambil mempelajari pembelajaran yang berharga. Kata kunci: Selamat, Gembira, Kesejahteraan, Kepuasan Pembelajaran, Kesihatan Emosi, Hubungan Sosial, Penglibatan Kerja ABSTRAK 25 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
KEPERLUAN MODUL i-SMART MUZIK KEPADA PEMIMPIN PERTENGAHAN DI SEKOLAH KURANG MURID DI NEGERI SABAH Valerie Sinti Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah [email protected] Kertas ini dihasilkan secara umumnya bertujuan untuk meninjau keperluan Modul i-SMART Muzik kepada Pemimpin Pertengahan di Sekolah Kurang Murid di negeri Sabah. Modul i-SMART Muzik merupakan bahan bantu mengajar untuk membantu guru-guru sekolah rendah menjana idea, merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik. Modul ini digunakan untuk memenuhi keperluan Pentaksiran Bilik Darjah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Isi kandungan modul adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Panduan Pengajaran Pendidikan Muzik (Bahagian Pembangunan Kurikulum) dan Buku Teks Pendidikan Muzik Sekolah Rendah. Modul iSMART Muzik ini terbahagi kepada dua modul iaitu Modul Tahap Satu (Tahun 1, 2 dan 3) dan Modul Tahap Dua (Tahun 4, 5 dan 6). Modul i-SMART Muzik mengandungi pelbagai aktiviti pengkaryaan, persembahan dan pembudayaan muzik dengan berasaskan kepada empat modul kurikulum iaitu Bahasa Muzik, Kemahiran Muzik, Kreativiti Muzik, dan Apresiasi Muzik. Modul i-SMART Muzik ini boleh dijadikan buku latihan murid semasa PdPc berlangsung yang kemudiannya dipulihkan dan diperkukuhkan dengan aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam modul. Modul i-SMART Muzik ini diharapkan dapat membantu Pemimpin Pertengahan di Sekolah Kurang Murid di negeri Sabah untuk menterjemahkan aspirasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik dan sekaligus memenuhi hasrat dan keutamaan KPM untuk melihat murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera. Kata kunci: Modul i-SMART Muzik, Pendidikan Muzik, Pemimpin Pertengahan, Sekolah Kurang Murid, Bahan Bantu Mengajar. ABSTRAK Syarmila Ab Latiff Institut Aminuddin Baki Induk, Bandar Enstek Chin Siew Moi Anniliza Mohd Isa, PhD Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah INSTITUT AMINUDDIN BAKI 26 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA MELALUI PELAKSANAAN RANGKA KERJA SWPBIS Shamilati Che Seman@Sulaiman, PhD Sekolah Kebangsaan Darat Batu Rakit, Kuala Nerus Terengganu [email protected] Kehadiran, tingkah laku dan pencapaian akademik adalah petunjuk penting kualiti sekolah dan kemenjadian murid. Kehadiran yang belum mencapai KPI kebangsaan dan sekolah menjadi masalah utama yang perlu ditangani. Justeru, kajian dijalankan untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah dengan melaksanakan School-Wide Positive Behavioural Interventions and Supports (SWPBIS), satu rangka kerja berperingkat untuk meningkatkan kecekapan emosi sosial murid, kejayaan akademik, iklim sekolah, kesihatan dan kesejahteraan guru melalui aktiviti kokurikulum. Dapatan menunjukkan SWPBIS telah berjaya meningkatkan peratus kehadiran murid dan mencapai KPI sekolah, seterusnya meningkatkan tahap penguasaan murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah dan prestasi sahsiah murid. Kesimpulannya, murid ceria apabila mereka minat, suka dan bersemangat hadir ke sekolah. Guru bahagia dengan peningkatan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran dan masa instruktional. Sekolah bitara dengan seluruh komuniti sekolah bersama-sama mencipta budaya sekolah dan mewujudkan iklim yang sihat, selamat dan konsisten. negara sejahtera dengan komitmen penambahbaikan berterusan. Kata kunci: School-Wide Positive Behavior Interventions and Supports, kokurikulum, kehadiran ABSTRAK Norjamalullail Mohd Noor PPD Kuala Nerus Terengganu Amran Wahab Sekolah Kebangsaan Pagar Besi, Kuala Nerus Terengganu 27 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
THE ADAPTION OF POLITENESS LANGUAGE AMONG SCHOOL LEADERSHIP Norhisham Mohd Kasim, PhD Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut [email protected] Politeness in language can be seen through a person who uses the form and manner of language that is full of politeness when communicating with others either verbally or in writing. In general, language politeness refers to the use of good, gentle, civilized language that shows respect for the party who is the interlocutor and radiates a noble personality and the delicacy of one's manners when speaking. This politeness in the language is necessary to avoid any disagreements and conflicts of understanding to maintain the well-being of the community that consists of various races, languages, and religions as well as cultures to strengthen unity and harmony in our country. However, there is limited research conducted on language politeness among school leaders. School leaders are individuals who are responsible for directing and organizing activities to achieve specific goals for an organization. Leadership includes all forms of activities that aim to influence knowledge, practice, and motivation as well as being a role model for its members. So, an effective school can be created with a leader who has a high level of language decency. Therefore, this conceptual paper highlights the language politeness among school leaders which includes the theory of language politeness, types of politeness, style of language politeness, and measures of language politeness among school leaders. Keywords: Politeness, Leadership,Community ABSTRACT Salwati Su @ Hassan Institut Aminuddin Baki Induk, Bandar Enstek INSTITUT AMINUDDIN BAKI 28 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
STANDARD KOMPETENSI PEMIMPIN SEKOLAH MURID ORANG ASLI DAN PERIBUMI Azhan Ahmad Aziah Adi, PhD Nor Aiza Zamzam Amin, PhD Norfadhilah Nasruddin, PhD Wan Abdul Aziz Wan Omar Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands [email protected] Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) telah menggariskan lima aspirasi sistem dan salah satu daripadanya adalah kesamarataan iaitu setiap kanak-kanak warganegara Malaysia termasuk murid Orang Asli dan Peribumi berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing seiring dengan murid arus perdana. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk pembangunan standard kompetensi pemimpin Sekolah Murid Orang Asli dan Peribumi (SMOAP) sebagai panduan kepada pemimpin SMOAP. Kajian ini dijalankan menggunakan penyelidikan reka bentuk pembangunan atau design development research (DDR) dengan menggunakan pendekatan tinjauan. Pengumpulan data secara kuantitatif dan kualitatif melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan serta fasa penilaian. Responden yang terlibat secara keseluruhan adalah seramai 45 orang bagi ketiga-tiga fasa. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS, bagi analisis deskriptif (Min dan Sisihan Piawai). Standard kompetensi SMOAP yang dibangunkan mempunyai 5 domain, 26 elemen dan 731 item. Standard SMOAP telah diuji kebolehgunaan berupaya dijadikan sebagai garis panduan kepada pengetua dan guru besar SMOAP, PPD dan JPN bagi meningkatkan kompetensi pemimpin SMOAP. Standard ini akan dapat membantu pemimpin sekolah mengorak langkah ke hadapan dalam menjayakan aspirasi sistem dalam aspek kesamarataan pendidikan negara. Kata kunci: Standard, kompetensi, domain, elemen, item ABSTRAK Jamelaa Bibi Abdullah, PhD Nor Azzam Shah Mohamed, PhD Institut Aminuddin Baki Induk, Bandar Enstek 29 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
TAHAP DIMENSI KEPIMPINAN SPIRITUAL PENGETUA DI NEGERI JOHOR Suzana Zakaria Institut Aminuddin Baki Induk, Bandar Enstek [email protected] Amalan kepimpinan pengetua secara tidak langsung dapat mempengaruhi kepuasan kerja guru dan memberi kesan terhadap komitmen dalam organisasi sekolah. Justeru itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan spiritual pengetua dimensi dalam kepimpinan spiritual. Tahap kepimpinan spiritual pengetua ini dibahagikan kepada 9 dimensi seperti: visi, harapan, cinta altruistik, makna, keanggotaan, kehidupan dalaman, komitmen, produktiviti dan kepuasan kehidupan Metodologi kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan mengukur instrumen dari Spiritual Leadership Theory Revised Version (SLT). Kajian ini melibatkan 377 responden dari kalangan guru yang dipilih secara rawak berstrata yang melibatkan 234 buah SMK di negeri Johor. Dalam kajian ini data statistik deskriptif, pengkaji menggunakan ukuran kecenderungan memusat dan ukuran serakan melalui nilai min dan juga sisihan piawai. Peratusan juga turut digunakan bagi menerangkan tahap dimensi kepimpinan spiritual di sekolah. Sebagai kesimpulan daripada kesemua 9 konstruk tahap kepimpinan spiritual pengetua dapatlah dirumuskan bahawa tahap kepimpinan spiritual pengetua yang sangat tinggi adalah dimensi makna/tujuan (meaning/calling). Manakala 8 konstruk yang lain menunjukkan kepimpinan spiritual pengetua berada pada tahap tinggi Kata kunci: Kepimpinan Spiritual, kepuasan kerja, komitmen organisasi ABSTRAK INSTITUT AMINUDDIN BAKI 30 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
NPQEL: MEDAN MELAHIRKAN PEMIMPIN MADANI CEMERLANG Kamal Abdul Rahman SK Ayer Hitam Labu, Kampar [email protected] Kecemerlangan sesebuah sekolah adalah berkait rapat dengan ketokohan Pengetua atau Guru Besarnya. Kebolehan dan keupayaan mereka mengurus sekolah telah menyebabkan organisasi tersebut kelihatan kemas,bersih,tersusun dan memiliki iklim serta budaya yang baik. Di samping itu, guru-guru dan pelajar kelihatan gembira,ceria dan seronok untuk belajar dan bangga dengan sekolah mereka sendiri. Pada masa yang sama, pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajarnya sentiasa baik dan cemerlang. Justeru, amatlah bersesuaian amanah untuk melahirkan bakal pemimpin-pemimpin cemerlang ini diberikan tanggungjawab kepada Institut Aminuddin Baki. Dapatan daripada pemerhatian dan tinjauan saya, graduan-graduan NPQEL ini telah menjadikan sekolah yang mereka ditempatkan telah menjadi sekolah yang terbaik dalam daerah mahupun negeri masing-masing melalui amalan baik yang telah dikenalpasti. Program-program yang telah mereka laksanakan berjaya mengharumkan nama sekolah, PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri. Penglibatan mereka juga meliputi peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Antara sekolah-sekolah yang boleh dibanggakan ialah seperti SK Kundur, Negeri Sembilan, SK Pauh di Perlis, SK Chopin, Perak, SK Felcra Nasaruddin, Bota Perak, SK Bandar, Kampung Gajah Perak, SK Ayer Hitam Labu, Kampar Perak, SJKT Ladang Dominion, Semenyih Selangor.Kesan daripada kepemimpinan yang berkesan ini, kebanyakkan sekolah tersebut telah menunjukkan peningkatan enrolmen murid, kehadiran semakin baik, guru-guru semakin berani berinovasi. Kata kunci: NPQEL, pemimpin cemerlang, sekolah gemilang, amalan baik dan inovasi. ABSTRAK 31 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
AMALAN TRANSFORMASI JARINGAN DAN JALINAN DAPAT MENANGANI ISU PENGUASAAN 3M DAN PERATUS KEHADIRAN MURID YANG SEDERHANA DI SK PADANG JAWA, SHAH ALAM Mohd Salahuddin Nayan SK Padang Jawa, Shah Alam [email protected] Transformasi Pendidikan, wawasan dan harapan ibu bapa serta pihak sekolah SK Padang Jawa (SKPJ) ialah keinginan melahirkan kualiti murid secara holistik dalam bidang akademik dan kemenjadian murid seiring dengan tema KPM iaitu Murid ceria, Guru bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera dan PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025) iaitu murid cemerlang dalam pelbagai bidang yang disertai amat bersesuaian dengan konsep Malaysia MADANI pada masa kini.Status sekolah harian biasa yang mempunyai tahap sosioekonomi berstatus pendapatan kategori B40 seramai 700 keluarga daripada bilangan murid yang sedia dan tahap pendidikan sederhana ibu bapa merupakan cabaran besar untuk melaksanakan mandat yang diamanahkan serta kesan Pandemik COVID-19 sejak 2 tahun lalu telah memberi impak yang besar kepada tahap kemahiran dan penguasaan murid terutama dalam kemahiran 3M (membaca,menulis dan mengira) sehingga menjejaskan fokus serta kualiti kehadiran murid ke sekolah setiap hari di samping kekurangan dana bagi meningkatkan kemudahan bilik-bilik khas di sekolah ini. Bagi menangani isu yang berlaku di SK Padang Jawa ini, pihak sekolah telah mengambil satu langkah proaktif dengan mewujudkan satu kaedah intervensi khusus bagi menyelesaikan isu yang diketengahkan dengan memperkenalkan Program amalan terbaik iaitu Konsep TJJSKPJ (Transformasi Jaringan jalinan Smart ClassRoom SKPJ) ke arah meningkatkan kemahiran 3M dan menangani isu peratusan ketidakhadiran murid ke sekolah setiap hari dapat ditangani dengan berkesan. Mengikut Modul 8 langkah Dr John kotter-Create a sense of urgency adalah langkah kepada penyelesaian masalah yang terbaik bagi konsep Transformasi Jaringan dan jalinan yang diperkenalkan ini adalah untuk mendapatkan akses dana dengan pihak pemegang taruh (Stakeholder) daripada pihak luar secara tidak langsung akan memberi impak yang positif kepada kemenjadian murid seramai 1370 orang murid dan 79 orang guru di SK Padang Jawa seiring dengan moto TS25 kohort 7 iaitu ”Menjana Tranformasi Impian Direalisasi”. Hasil Jaringan dan jalinan dengan pihak luar ini, SK Padang Jaya telah berjaya mendapat dana pembiayaan projek Khas. SK Padang Jawa yang juga merupakan satu-satunya sekolah bagi kategori sekolah rendah Sekolah Kebangsaan (SK) yang dipilih di negeri Selangor daripada 10 negeri di Malaysia ini bagi kewujudan Smart Classroom di sekolah SKPJ. Tujuannya adalah bagi membantu merealisasikan program ini dengan menganugerahkan dan mewujudkan sebuah bilik Khas yang berkonsepkan Pembelajaran Smart ClassRoom secara interaktif dan digital bermula dari Julai 2022 hingga ke hari ini amat membantu bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid dalam PdPc ABSTRAK INSTITUT AMINUDDIN BAKI 32 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
Kata kunci: Transformasi Smart classroom, penguasaan 3M murid masih sederhana, Isu peratus kehadiran murid, Kekurangan dana, Konsep jaringan dan jalinan. untuk tahap 1 dan tahap 2 secara berimpak positif dan suasana kondusif serta memotivasikan murid untuk hadir ke sekolah setiap hari. Majlis Penyerahan Plak Smart ClassRoom di peringkat Kebangsaan pula telah disempurnakan Oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia Puan Fadzlina Binti Sidek di SK Menkuang, Pulau Pinang pada 26 Mac 2023 yang lalu. Mandat yang diberikan ini akan digunakan secara optimum bagi memastikan konsep amalan baik dibudayakan secara berterusan dan sistematik serta dirancang untuk menghasilkan kualiti murid secara holistik di sekolah ini. Konsep ABC ”Anak yang Baik lagi Cerdik” serta Karamah insaniah akan menghasilkan murid sentiasa gembira dan cakna untuk hadir ke sekolah bagi mengikuti sesi pembelajaran dan keberkesanan program ini dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman baharu yang telah diraih dan diperolehi hasil daripada pelaksanaan program amalan terbaik ini juga memberi nilai tambah dalam meningkatkan kualiti kepimpinan pendidikan tanpa sempadan dan mengurus cabaran baharu dalam sistem pendidikan ketika ini. 33 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
GURU BAHAGIA, MURID CERIA- CABARAN PEMIMPIN SEKOLAH Abd Hamid Abu Bakar Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak [email protected] Sekolah merupakan institusi formal mendidik generasi masa hadapan. Lahirnya generasi MADANI bermula dengan bimbingan guru-guru yang hebat. Kehebatan para guru perlu disokong secara berterusan oleh pemimpin sekolah. Keupayaan pemimpin sekolah membina pasukan guru bahagia dalam konteks di sekolah, akhirnya akan memberi impak yang berkualiti dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum. Impak ini akan melahirkan murid ceria, yang menikmati setiap aspek keseronokan di sekolah. Guru bahagia dan murid ceria yang wujud dan mantap dalam organisasi sekolah merupakan pemangkin yang akan memacu kemenjadian anak bijak lagi cerdik bagi kecemerlangan sekolah itu sendiri. Guru yang bahagia dan berkualiti menjadi tunjang kepada sekolah bagi melahirkan murid ceria yang berdaya saing dalam pendidikan global. Guru bahagia dan murid ceria merupakan aset penting kepada organisasi sekolah. Inilah cabaran pemimpin sekolah dalam mewujudkan situasi bahagia di kalangan guru dan ceria kepada murid yang mana tidaklah semudah seperti diungkapkan dengan kata-kata dalam mengemudikan sesebuah organisasi sekolah. Bahagia perlu dicipta untuk guru, ceria perlu diterjemahkan kepada murid. Bentuk dan cara untuk mewujudkan ruang tersebut perlu diterjemahkan pula oleh para pemimpin sekolah. Sesungguhnya pemimpin sekolah perlu berdaya kreatif memberi sokongan, bantuan, motivasi dan contoh dalam semua aspek di dalam dan luar sekolah agar menjadi suri teladan dan penyuntik semangat kepada semua guru bagi merealisasikan sekolah berkualiti selaras dengan hasrat KPM ke arah Malaysia MADANI. Kata Kunci: guru bahagia, murid ceria, cabaran pemimpin sekolah ABSTRAK INSTITUT AMINUDDIN BAKI 34 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
RISK MANAGEMENT PRACTICES AND SCHOOL WELL-BEING Hemathy Kunalan, PhD Aziah Adi, PhD Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands [email protected] Risk management and well-being cannot be separated from other aspects of school as it is connected with feeling safe. Risk management practices are the most important element in the school to make sure the school conditions are safe and secure spaces for learners, teachers, non-teaching staff and the local community. Therefore, it is necessary to manage school safety and security properly in order to prevent accidents and incidents, creating an environment in which physical, emotional and social well-being is promoted. This is significant in increasing the wellbeing of a school where a safe and healthy population could be developed. The school conditions must be free and safe from incidents that could cause injuries either directly or indirectly. This article aimed to look into and explain how risk management practices through school conditions could help assure and secure the quality and wellbeing of the school. Keywords: Risk management, school well-being, school conditions ABSTRACT SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI 35 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
PROGRAM PEMBANGUNAN KOMPETENSI INOVASI PEMIMPIN PENDIDIKAN BERIMPAK TINGGI Mahathir Fansuri Azizan Institut Aminuddin Baki Induk, Bandar Enstek [email protected] Teras ke-3 visi Malaysia MADANI adalah Daya cipta (inovasi) di mana daya cipta akan dibudayakan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Maka, pemimpin sekolah perlu memainkan peranan menyuburkan budaya inovasi di sekolah. Namun, tidak semua pemimpin sekolah berkebolehan menyuburkan budaya inovasi dengan berkesan. Justeru itu, Program Scholarly Pemimpin Pendidikan dalam Inovasi di bawah Inisiatif PPPM #111: Pemantapan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kompetensi pemimpin pendidikan dalam inovasi. Program tersebut merupakan program pembangunan pemimpin pendidikan dalam inovasi secara intensif yang pertama di Malaysia atas talian sepenuhnya tanpa sebarang kos kewangan. Program ini tidak dapat dijalankan secara bersemuka kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan semasa negara menghadapi ancaman COVID-19. Sebanyak 87 perserta mengambil bahagian yang terdiri daripada Penolong Kanan di sekolah Negeri Johor dan Negeri Sembilan. Program yang dijalankan selama enam bulan ini meliputi Kursus Kepimpinan Inovatif dan Kreatif, pelaksanaan inovasi di sekolah masing-masing dengan bimbingan coach dan pembentangan hasil inovasi di Konvensyen Kaizen. Program ini yang dilaksanakan pada 2021 mencapai objektif iaitu 95% peserta berjaya melaksanakan dan membentangkan inovasi masing-masing. Malahan, program ini berjaya mencapai impak luar jangka apabila terdapat peserta dengan inisiatif kewangan sendiri memperoleh kejayaan dalam pertandingan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kata kunci: Kompetensi, Inovasi, Impak ABSTRAK SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI INSTITUT AMINUDDIN BAKI 36
KAJIAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN BERDAYA TAHAN BAGI MENGHADAPI KRISIS DALAM KALANGAN PEMIMPIN SEKOLAH Aziah Adi, PhD Hemathy Kunalan, PhD Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands [email protected] Dalam dunia pendidikan di Malaysia, pengetua dan guru besar (PGB) telah melalui transformasi yang signifikan dalam peranan dan beban kerja mereka. Ini telah mencabar kemampuan mereka untuk menyesuaikan diri, menjadi fleksibel dan membentuk kepimpinan berdaya tahan. Dalam pengertian ini, kepemimpinan berdaya tahan memerlukan pemimpin untuk memimpin dalam menghadapi apa jua krisis. Tujuan kajian ini adalah mengkaji tahap pengetahuan dan kemahiran kepimpinan berdaya tahan bagi menghadapi krisis dalam kalangan pemimpin sekolah di Malaysia. Satu set soal selidik telah diedarkan bagi mendapatkan data-data melibatkan seramai 500 orang PGB. Kaedah statistik deskriptif dan temubual telah digunakan bagi menganalisis data dan hasil kajian menunjukkan bahawa 30% PGB belum pernah mengambil langkah mewujudkan organisasi berdaya tahan dan 80% pemimpin mengambil tindakan hanya untuk mengatasi risiko banjir dan pandemik COVID-19. 70% pemimpin pula mengambil tindakan disebabkan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan keperluan semasa. Justeru, pemimpin di sekolah perlu memikirkan kaedah untuk memastikan organisasi yang dipimpin mampu berdaya tahan dalam menghadapi apa juga krisis. Kata kunci: Kepimpinan, berdaya tahan, krisis, kemahiran, pengetahuan ABSTRAK 37 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
MENINGKATKAN AKSES PENEMPATAN PERSEKOLAHAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBPK) DENGAN INTERVENSI LIMA LANGKAH DI DAERAH PASIR GUDANG Surieyani Samsudin Mohd Asnorhisham Adam Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang [email protected] Peningkatan orang kurang upaya (OKU) menurut Jabatan Kebajikan Malaysia sangat ketara bermula dari tahun 2017 hingga 2021. Kesan daripada itu menyebabkan peningkatan dan kepadatan daripada permohonan penempatan persekolahan MBPK di sekolah-sekolah harian yang mempunyai program pendidikan khas integrasi (PPKI) terutama dalam negeri Johor dan daerah Pasir Gudang khususnya. Isu kepadatan MBPK yang dihadapi oleh daerah Pasir Gudang telah mencetuskan idea dari pihak pengurusan dan kepimpinan Unit Pendidikan Khas merangka pelan lima langkah intervensi bagi mengatasi isu tersebut. Oleh itu tujuan kajian ini untuk meningkatkan akses pendidikan kepada MBPK menerusi intervensi lima langkah intervensi. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan, kitaran tindakan-refleksi yang melibatkan proses memerhati, mereflek, bertindak, menilai, mengubah suai dan seterusnya merancang tindakan baharu. Data dikumpulkan dan dianalisis secara kuantitatif menerusi semakan laporan dan pengkalan data APDM, tinjauan google form dan maklum balas pelanggan.Intervensi lima langkah ini selaras dengan peraturan-peraturan pendidikan (pendidikan khas) 2013 dan buku pengoperasian PPKI 2015. Lima langkah intervensi tersebut ialah mengetatkan tempoh percubaan tiga bulan kemasukan MBPK, Inklusif dan MBPK, tidak menyambung dua tahun persekolahan MBPK kecuali dengan justifikasi yang kukuh, peluasan fizikal kelas dan sekolah serta pembukaan pengoperasian kelas dua sesi. Intervensi lima langkah ini telah dapat menyelesaikan masalah secara berperingkat dan berimpak kepada pengurusan dan kepimpinan di sekolah dan daerah Pasir Gudang seiring aspirasi pendidikan negara yang berfokuskan sekolah berkualiti. Kata kunci: Intervensi lima langkah, MBPK, Akses pendidikan, pengurusan, kepimpinan ABSTRAK INSTITUT AMINUDDIN BAKI 38 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
MODUL ez-AUDITKEWS: KAWALAN PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH DALAM MENANGANI PERUBAHAN NORMA BAHARU Normah Karmani, PhD Darliana Nordin Siti Anidah Mahadi Thanabal M. Palanisamy Rahayati Mohd Ramli Heilman Zulkifli Zakiah Ahmad Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands [email protected] Anjakan ke-10 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 adalah untuk memaksimumkan setiap ringgit yang dibelanjakan melalui pengurusan kewangan sekolah yang cekap. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab Pengurus Sekolah untuk memastikan pengurusan kewangan sekolah dilaksanakan dengan cekap dengan mengikuti peraturan kewangan sedia ada. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kawalan pengurusan kewangan sekolah dengan menggunakan Modul ez-AUDITKEWS. Modul ez-AUDITKEWS merupakan alat yang dapat dijadikan panduan dalam menjalankan kawalan pengurusan kewangan sekolah dengan mengupayakan juruaudit dalaman sekolah menjalankan tanggungjawab mereka. Modul ini telah diwujudkan dan digunakan ketika pandemik COVID-19 dan terus digunakan selepas waktu krisis ini. Implikasi kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat tambahan dalam teori berkaitan kepimpinan pengurusan kewangan sekolah dalam menangani perubahan yang berlaku dalam era pendidikan ketika ini. Dapatan kajian juga dapat memberikan garis panduan program peningkatan latihan dan profesionalisme yang jelas untuk pemimpin pengetua dan guru besar, sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kata kunci: Kepimpinan, Pengurusan Kewangan, norma baharu, ez- AUDITKEWS ABSTRAK 39 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
PANDEMIK COVID-19 MENDEPANI CABARAN DALAM MEMIMPIN KECEMERLANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH TAMPIN Raja Azahar Raja Sulaiman Pejabat Pendidikan Daerah Tampin [email protected] Pandemik COVID-19 di Malaysia sebahagian daripada pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) yang melanda seluruh dunia. Ekoran peningkatan jumlah kes, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa mulai 18 Mac 2020 di seluruh negara. Pandemik ini mengubah segalanya ; sosial, ekonomi, politik termasuk bidang pendidikan. Lanjutan penutupan sekolah dan pelaksanaan kawalan PKP, aktiviti bersemuka kokurikulum di sekolah akan ditangguhkan. Walau bagaimana pun KPM melalui surat siaran memaklumkan Seksyen 18 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) aktiviti kokurikulum adalah wajib dan akta ini tidak terbatal walaupun negara berlaku pendemik. Sehubungan itu satu dimensi baru dalam pengurusan kokurikulum termasuk aktiviti kokurikulum, perjumpaan mingguan, pertandingan serta pentaksiran kokurikulum (PAJSK) berubah. Pembentangan ini mengketenghkan pola baharu yang digunakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Tampin dalam memacu kecemerlangan kokurikulum, menyesuaikan antara cabaran dan peluang baru yang wujud dalam meningkatkan pencapaian PAJSK di kalangan murid-murid sewaktu berlakunya pendemik. 3 aspek teras yang diberi tumpuan adalah mekanisme pengurusan kokurikulum, program aktiviti dan pertandingan serta pengurusan pentaksiran kokurikulum. Penyelarasan dalam pengurusan kokurikulum melalui beberapa siri bengkel dan latihan dijalankan secara online. Analisis Pencapaian, penetapan KPI dan Dialog prestasi dijalankan secara sistematik dan berkala. Selain itu bagi meningkatkan pencapaian murid-murid dalam PAJSK, beberapa pertandingan secara online diwujudkan di peringkat daerah, dengan ini dapat memberi peluang seramai mungkin murid-murid mengambil bahagian. Pertandingan peringkat tinggi; Peringkat Kebangsaan dan antarabangsa juga dikenalpasti dan diwar-warkan kepada semua sekolah untuk turut serta. Kejayaan dalam memperkukuhkan 3 aspek ini membolehkan pencapaian GPS Sekolah Rendah Daerah Tampin mengingkat daripada 1.54 kepada 1.47 (% GPS 86.5 kepada 88.25); dan peningkatan untuk Sekolah Menengah daripada 1.77 kepada 1.67 (% GPS daripada 80.75 kepada 82.25) menjadikan PPD Tampin meneruskan pencapaian terbaik PAJSK Negeri Sembilan. Kata kunci: Pandemik COVID-19 , Perintah Kawalan Pergerakan, PAJSK, Dialog Prestasi ABSTRAK INSTITUT AMINUDDIN BAKI 40 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
KEPIMPINAN DIGITAL DAN KOMITMEN GURU Fatimatuzzahrah Roslan SK Kundang Ulu, Tangkak, Johor [email protected] Perubahan drastik dalam pendidikan menunjukkan perubahan pengurusan dari segi kepimpinan yang selari dengan PPPM 2013-2025 yang kini telah memasuki gelombang ketiga PPPM (2021-2025). Responden kajian terdiri daripada 400 orang pentadbir yang bertugas di 100 buah sekolah yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian menunjukkan tahap komitmen bagi responden adalah tinggi. Dalam kajian ini, instrumen yang diguna pakai adalah soal selidik dan menggunakan perisian Statistic Packages for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan data yang lebih jelas dan mudah difahami. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap pengetahuan responden dalam kepimpinan digital berada pada tahap sederhana. Manakala dari aspek komitmen guru tahap responden adalah sederhana. Dari dapatan kajian juga, terdapat perkaitan antara komitmen responden dengan kepimpinan digital di sekolah-sekolah harian. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, Ujian-t berpasangan, ANOVA Sehala dan Dua Hala, dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian juga turut menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan secara signifikan tahap kepimpinan digital dalam membuat keputusan berdasarkan lokasi dan gred sekolah. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa sokongan organisasi menjadi moderator terhadap hubungan antara kepimpinan digital dan komitmen guru. Kata kunci: Pemimpin Digital, Komitmen Guru, Transformasi, PPPM 2013-2025 ABSTRAK 41 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
PERANAN PEMIMPIN DALAM MELAHIRKAN GENERASI FASIH DIGITAL: FAKTOR DAN STRATEGI Noormawati Kamaruddin SK Kampung Jawa, Batu Pahat, Johor [email protected] Faridah Ngadim SK Tanjong Gading, Tangkak, Johor Dalam era teknologi digital, kepakaran digital menjadi perkara yang penting bagi generasi masa depan. Generasi muda saat ini perlu fasih digital untuk menghadapi persaingan global dan memanfaatkan peluang yang ada. Oleh yang demikian, pemimpin sekolah hendaklah memainkan peranan dalam menghadapi cabaran ini serta perlu mempersiapkan generasi muda mencapai fasih dan terampil dalam dunia digital. Dalam konteks ini, peranan pemimpin sekolah dalam membentuk generasi yang terampil dalam teknologi digital menjadi sangat penting. Bagaimanakah pemimpin boleh mempengaruhi dan memudahkan pembelajaran digital yang berkesan? Bagaimanakah pemimpin boleh membantu golongan muda membentuk sikap positif dan bertanggungjawab untuk menguasai teknologi? Kertas konsep ini mengupas secara mendalam peranan pemimpin sebagai penggerak dalam mengukuhkan kemahiran digital generasi muda dan mengatasi halangan sedia ada. Selain itu, kertas konsep ini juga bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan bagi mengukuhkan kemahiran digital dalam kalangan generasi muda, serta meneroka strategi dan tindakan yang boleh diambil oleh pemimpin sekolah untuk memudahkan pembangunan fasih digital generasi muda. Secara keseluruhannya kertas konsep ini dihasilkan dengan harapan dapat memberikan sumbangan yang signifikan dalam memahami pentingnya peranan pemimpin dalam usaha mencipta dan membentuk generasi yang fasih digital serta memberi panduan kepada pemimpin dalam menghadapi tuntutan dunia digital yang sentiasa berubah. Kata Kunci: Peranan Pemimpin, Generasi fasih digital, faktor kejayaan, strategi dan tindakan ABSTRAK INSTITUT AMINUDDIN BAKI 42 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
ISKANDAR MULTIMEDIA SUPER CORRIDOR THE BEGINNING OF A NEW LEGACY DALAM MENERAJUI KEPIMPINAN TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 Zamhirah Osman SMK Tunku Mahmood Iskandar, Johor [email protected] Iskandar Multimedia Super Corridor ‘The Beginning of a New Legacy, Iskandar The Great’ merupakan satu metamorphosis yang berlaku di STMI pada tahun 2020 iaitu perubahan secara total ‘new facelift’ bermula dari pagar sekolah hingga ke hujung padang. Transformasi meliputi semua bilik darjah menjadi bilik darjah bertema dan dilengkapi dengan kemudahan akses internet, bilik-bilik khas menjadi studio eksklusif, perpustakaan, ruang interaktif iaitu Iskandar Celebrity Studio (Iskandar fm dan Iskandar TV), ruang legar, taman sumber, surau, koperasi, kantin ,tandas dan bilik guru. IMSC dengan tagline iPower menepati matlamat TS25 iaitu penyediaan suasana pembelajaran bermakna ,kemenjadian murid dan sekolah kualiti dalam menghadapi dunia VUCA. IMSC ini telah memberi impak maksima apabila buat pertama kalinya STMI mencatat peratus kehadiran murid tertinggi di daerah Batu Pahat pada Mac 2021 iaitu 99.89% kehadiran pada pembukaan sekolah selepas menghadapi pandemik COVID-19. Pengwujudan Iskandar Digital Area (IDEA) telah menyebabkan berlaku peningkatan kemahiran teknikal ICT dan keyakinan diri murid berbual bicara dengan tetamu VIP dan tetamu VVIP melalui saluran Iskandar FM dan Iskandar TV yang dikenali sebagai Iskandar Celebrity Studio. Selain itu IMSC telah meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti ko-akademik serta meningkatkan bilangan bahan bacaan dalam kalangan murid dengan adanya 15 lokasi “Books On The Move Library. Tambahan lagi IMSC telah meningkatkan hubungan dua hala sekolah dengan berkolaboratif dengan sekolah dari daerah dan negeri lain, badan-badan kerajaan serta masyarakat setempat. Impak maksima IMSC juga menyebabkan LMS SPM 2022 meningkat iaitu daripada 91.75 % kepada 100 % pencapaian terbaik untuk tempoh 20 tahun dan berlaku peningkatan GPS sekolah dari 4.71 kepada 4.44 dalam SPM 2022 iaitu pencapaian terbaik dalam tempoh 10 tahun. IMSC juga menepati enam aspirasi murid dan terkandung dalam sebelas anjakan utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kata kunci: IMSC- Iskandar Multimedia Super Corridor, STMI –SMK Tunku Mahmood Iskandar ABSTRAK SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI 43 INSTITUT AMINUDDIN BAKI
MyLINK SKK1 Abd Mohmin bin Kadir Arman bin Saini Sekolah Kebangsaan Kunak 1, Kunak [email protected] MyLink SKK1 merupakan satu sistem yang digunapakai oleh semua warga Sekolah Kebangsaan Kunak 1, di daerah Kunak yang terletak di negeri Sabah. Sistem ini merupakan satu sistem pelaporan digital yang merekodkan hampir keseluruhan aktiviti yang berlaku di peringkat sekolah ini. Sistem ini pada dasarnya dibina semasa musim pandemik bermula dengan e-SUHU SKK1 yang merekodkan suhu murid sebelum masuk ke kawasan premis sekolah. Kemudian, sistem ini dikembangkan kepada bahagian pengurusan dan pentadbiran sekolah ini. Oleh itu, wujudlah satu sistem yang merangkumi keseluruhan aktiviti sekolah yang melibatkan unit pentadbiran, unit kurikulum, unit hal ehwal murid, unit kokurikulum sehinggalah sistem perekodan kejohanan sukan sekolah dan perekodan aktiviti NILAM oleh murid. Dengan menggunakan satu platform sahaja, semua warga sekolah boleh mengakses maklumat yang dikehendaki di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja dengan hanya menggunakan telefon pintar sendiri. Inovasi ini menggunakan model penyelidikan tindakan Lewin (1946) bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Kaedah pemerhatian, temu bual, penilaian digunakan bagi mengumpul data dalam inovasi ini. Hasil daripada inovasi ini, semua warga sekolah boleh mendapatkan maklumat dihujung jari sahaja, sistem pengurusan semakin teratur dan sistem pendigitalan telah menjadi satu budaya baharu di sekolah ini. Kata Kunci: MyLink, NILAM ABSTRAK SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI INSTITUT AMINUDDIN BAKI 44
PEMBELAJARAN BERASASKAN APLIKASI DALAM TALIAN: KESAN TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM SUBJEK MATEMATIK Vishali Gandhi a/p Kunaland SJK(T) Lorong Java, Seremban [email protected] Pembelajaran berasaskan aplikasi dalam talian merupakan suatu proses pengadaptasian teknologi digital terkini. Pengaplikasian teknologi digital ini memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Kajian ini cuba mengkaji kesan kaedah pembelajaran berasaskan aplikasi dalam talian terhadap pencapaian murid sekolah rendah dalam subjek matematik. 60 orang murid dari kelas tahun 5 di sebuah sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Seremban, Negeri Sembilan dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen ujian pra dan ujian pasca digunakan dalam kajian ini. Ujian ini digunakan sebagai alat untuk menguji tahap pencapaian murid bagi kumpulan kawalan yang menjalani kaedah pembelajaran tradisional dan kumpulan rawatan yang menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan permainan. Persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah pembelajaran aplikasi dalam talian diukur melalui temubual separa berstruktur. Peratus dan min skor digunakan untuk menyediakan analisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang didedahkan kepada pembelajaran berasaskan aplikasi dalam talian memperoleh kesan positif dari segi pencapaian dalam subjek matematik. Melalui kajian ini, dapat membuktikan bahawa pembelajaran berasaskan dalam talian meningkatkan hasil pembelajaran matematik justeru melahirkan generasi celik digital. Kata kunci: Pembelajaran berasaskan aplikasi dalam talian, Kumpulan rawatan, Tahun 5, Dapatan, Kesan positif ABSTRAK 45 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
PERANAN PEMIMPIN DALAM MELAHIRKAN GENERASI FASIH DIGITAL Norhidayah Osman Muhammad Nordin SMK Pasir Panjang, Negeri Sembilan [email protected] Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) yang kian rancak dibahaskan dalam pelbagai medium sejak tahun 2020 lagi sekaligus memberikan isyarat kepada kita bahawa sistem pendidikan perlu dihalakan ke arah keperluan revolusi tersebut demi melahirkan generasi yang seiring dengan perkembangan global. Cabaran ini telah disahut dengan pantas oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di mana sebuah dasar digubah untuk memastikan generasi yang lahir seawal di peringkat sekolah adalah generasi fasih digital dengan hasrat untuk menyediakan kelompok yang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital serta berupaya menghasilkan inovasi teknologi digital. Dasar Pendidikan Digital yang telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan pada tahun 2021 dirangka bagi memupuk bakat digital yang berpengetahuan, berkemahiran dan beretika dalam penggunaan teknologi digital. Ianya bertepatan dengan keperluan semasa kerajaan dalam memfokuskan pemerkasaan ekonomi digital di mana ianya untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan. Menjelang tahun 2025, ekonomi digital dijangka akan menyumbang 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Justeru itu, penghasilan generasi fasih digital memerlukan sebuah ekosistem yang terancang bagi memastikan perkembangan potensi mereka dipupuk serta disalurkan dengan sebaiknya. Selaku pemimpin yang menerajui penghasilan generasi fasih digital di peringkat sekolah, peranan serta kemahiran pemimpin dalam pelaksanaan kepimpinan digital yang cekap dan berkesan perlu dihadamkan bagi mencapai kompetensi digital pemimpin pendidikan. Hal ini bagi memacu perubahan bagi meningkatkan kualiti, kecekapan serta keberkesanan kepimpinan pendidikan digital. Justeru itu, artikel ini merupakan kertas konsep yang membincangkan tentang isu-isu yang berkaitan dengan peranan pemimpin di sekolah dalam usaha melahirkan generasi fasih digital. Perkara yang dibincangkan ini juga selari dengan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) melalui Modul 2 di mana modul kepimpinan ini memberi penekanan kepada pembinaan keupayaan dan kapasiti pemimpin sekolah untuk mengupayakan pemimpin sekolah dalam menggerakkan program transformasi sekolah masing-masing. Artikel ini turut juga mengemukakan beberapa cadangan bagi penambahbaikan kualiti dalam pentadbiran di sekolah bagi merealisasikan keberhasilan modal insan yang memahami dasar pendidikan digital negara agar mampu berdaya saing di peringkat negara mahupun antarabangsa. Kata kunci : Kepimpinan Pendidikan, Generasi Fasih Digital, Dasar Pendidikan Digital Negara ABSTRAK INSTITUT AMINUDDIN BAKI 46 SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI
PERANAN TASKFORCE MEDIA DALAM PENDIGITALAN WARGA SHATA Khalilah Za’aba Nurhanizah Asraf Ali SMK Dato’ Haji Mohd Taib, Chemor [email protected] Pemimpin menjadi titik mula kepada kecemerlangan sesebuah sekolah kerana di bahu merekalah hala tuju dan perancangan strategi yang mampan bakal dilaksanakan bagi mencapai matlamat dan kejayaan. Amalan kepimpinan pengetua selaras dengan Transformasi Sekolah 2025 (TS25) pastinya akan mempengaruhi budaya kerja warga sesebuah sekolah untuk mencapai sasaran dan kejayaan. Pengetua yang berinspirasi berupaya memacu perubahan positif terhadap orang bawahannya dan menjadikan mereka lebih fokus dan terarah. Bagi merealisasikan Transformasi Sekolah 2025 (TS25) sekolah telah menggerakkan satu pasukan guru melaksanakan satu strategi iaitu menubuhkan team Taskforce Media dalam pendigitilan warga SHATA. Penubuhan Taskforce Media selari dengan hala tuju SHATA 2025 dalam pelestarian data, melahirkan 80% guru kreatif dan inovatif serta meningkatkan penggunaan ICS secara menyeluruh. Hal ini secara tidak langsung telah meningkatkan keberkesanan sekolah dan memberi motivasi warga sekolah untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Selain itu, hasil daripada pendigitalan warga SHATA telah meningkatkan kompetensi pemimpin pertengahan (MLT) dalam pengurusan sistem pemfailan dan juga dalam bidang IT. Perubahan yang dilakukan ini telah membawa kepada transformasi budaya kerja secara sistematik dan holistik. Kesannya, transformasi dalam budaya kerja telah berjaya mempengaruhi organisasi melahirkan pemimpin yang berkesan, guru berkualiti dan sokongan PIBG yang tidak berbelah bahagi. Kata kunci: TS25, taskforce media, pelestarian data, guru kreatif dan inovatif, ICS, IT ABSTRAK 47 INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEMINAR NASIONAL KE-30 KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE ARAH MALAYSIA MADANI