BAB 2
NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN
Objektif Pembelajaran
Menilai kepentingan mengambil makanan bernutrisi dan mengamalkan
tabiat pemakanan yang sihat
Menganalisis keperluan nutrient oleh tumbuhan
Menganalisis kitar nitrogen dan kepentingannya
Memahami kepentingan amalan pengambilan nutrisi yang baik
2.1 KEPENTINGAN
MENGAMBIL
MAKANAN BERNUTRISI
DAN MENGAMALKAN
TABIAT PEMAKANAN
YANG SIHAT
Apakah nutrisi?
Nutrisi ialah proses suatu organisma memperoleh makanan untuk
menghasilkan tenaga bagi menjalankan proses hidup.
Apakah contoh proses hidup yang anda tahu?
Apakah gizi seimbang?
Adakah pinggan anda disikan Gizi ialah makanan yang dimakan setiap
dengan pembahagian makanan hari.
sebegini?
Gizi seimbang merujuk kepada
pengambilan makanan yang
mengandungi semua kelas makanan
yang diperlukan dalam kuantiti yang
betul.
Suatu hidangan mestilah mengandungi
karbohidrat, protein, mineral dan vitamin
serta pelarut (air).
2.1.1
Nilai Kalori Makanan
Nilai kalori makanan ialah jumlah tenaga yang dibebaskan
apabila 1 gram makanan dioksidakan dengan lengkap.
Nilai kalori mengikut kelas makanan:
Kelas makanan Nilai kalori (kJ g-1)
Karbohidrat 16.7
Protein 16.7
Lemak 37.6
Lemak mengandungi dua kali ganda lebih banyak kalori
berbanding karbohidrat.
Makanan berkarbohidrat
Nasi putih dan makanan yang berasaskan tepung seperti roti, mee dan pasta
Merupakan makanan yang tinggi kandungan karbohidratnya.
Tahukah anda perbezaan kandungan karbohidrat di antara pisang mentah dengan
pisang masak?
Pisang mentah mengandungi kandungan karbohidrat yang lebih tinggi berbanding
pisang masak kerana kandungan kanjinya yang tinggi.
Setelah pisang masak, kandungan kanji dalam pisang mentah akan ditukarkan menjadi gula.
Oleh sebab ini, pisang masak mempunyai rasa yang manis.
Makanan berlemak
Mentega, minyak, makanan berkrim,
makanan bergoreng (kentang goring dan
ayam goreng, kuning telur) adalah
contoh-contoh makanan yang kaya
dengan lemak.
Makanan berprotein
Daging ikan, ayam dan lembu, makanan kekacang, yogurt, kacang edamame,
dan biji chia ialah makanan yang kaya dengan protein.
Tahukah anda perbezaan kandungan kelas makanan
bagi putih telur dan kuning telur?
Putih telur mengandungi 100% protein manakala
kuning telur mengandungi 100% lemak.
Manakah bahagian pada telur yang patut anda ambil sekiranya anda ingin
membina otot? Mengapakah anda memilih bahagian telur tersebut?
2.1.2
Nilai kalori untuk makanan yang dimakan
Alat untuk mengukur nilai kalori dalam makanan ialah kalorimeter bom.
Alat ini penting untuk mengukur nilai kalori makanan dengan tepat.
Nilai kalori makanan disukat mengikut nilai haba yang dibebaskan daripada
sampel makanan apabila dibakar.
Bahagian struktur dalaman Sampel alat kalorimeter bom yang
kalorimeter bom diperbuat daripada cawan kopi
2.1.3
Faktor yang mempengaruhi
keperluan kalori individu
Jantina
Keperluan kalori berbeza Keadaan Faktor Umur
mengikut golongan kesihatan -faktor Saiz badan
individu yang berlainan.
Suhu
persekitaran
Aktiviti fizikal
Jantina
Lelaki Perempuan
1. Keperluan kalori lebih tinggi 1. Keperluan kalori lebih rendah
2. Otot badan lelaki lebih besar dan 2. Otot badan perempuan lebih
kuat kecil
3. Lapisan lemak bawah kulit lebih 3. Lapisan lemak bawah kulit lebih
nipis maka lebih banyak haba tebal maka kurang haba yang
hilang ke persekitaran hilang ke persekitaran
4. Kadar metabolisme lebih tinggi 4. Kadar metabolisme lebih rendah
Keperluan Kalori Individu
Remaja lelaki berusia 17 tahun Wanita yang hamil
Manakah antara dua individu
ini yang memerlukan
kandungan kalori harian
yang lebih tinggi?
Terangkan jawapan anda.
Jawapan
Wanita yang hamil memerlukan kandungan kalori
yang lebih tinggi berbanding remaja lelaki.
Hal ini kerana, bayi dalam kandungan
memerlukan tenaga untuk tumbesaran dan aktiviti
metabolisme.
Oleh itu, keperluan kalori bagi seorang wanita
akan meningkat apabila hamil.
Saiz badan
Individu berbadan besar memerlukan
lebih banyak kalori berbanding individu
berbadan kecil.
Oleh sebab individu berbadan besar ini
mempunyai jumlah sel badan yang
lebih banyak, maka kadar metabolisme
badan mereka lebih tinggi berbanding
individu berbadan kecil.
Umur
Kanak-kanak dan remaja memerlukan kalori yang lebih tinggi berbanding orang
dewasa dan orang-orang tua.
Hal ini kerana kanak-kanak dan remaja masih mengalami pertumbuhan.
Kadar pertumbuhan kanak-kanak dan remaja adalah tinggi.
Keperluan kalori
>
Keadaan kesihatan
Orang sakit memerlukan lebih banyak
tenaga untuk membina semula sistem
ketahanan badan supaya dapat melawan
penyakit.
Badan kita memerlukan tenaga yang
banyak untuk menggantikan sel-sel badan
yang telah rosak ataupun mati akibat
jangkitan penyakit.
Aktiviti fizikal dan pekerjaan
Contoh-contoh aktiviti lasak: Individu yang melakukan aktiviti
lasak dan kerja-kerja berat
memerlukan tenaga yang tinggi
berbanding dengan individu yang
menjalankan aktiviti harian biasa.
Bolehkah anda namakan aktiviti-
aktiviti lasak yang ditunjukkan
dalam lukisan kartun di sebelah?
Berikan dua contoh pekerjaan
berat.
Suhu persekitaran
Individu yang tinggal di kawasan beriklim sejuk memerlukan lebih banyak
tenaga berbanding individu yang tinggal di kawasan beriklim khatulistiwa dan
beriklim panas.
Individu yang tinggal di kawasan beriklim sejuk ini mempunyai kadar
metabolisme badan yang tinggi. Hal ini penting untuk mengekalkan suhu
badan mereka.
2.1.4
Hubungan antara masalah
kesihatan dengan amalan
pengambilan nutrisi dan tabiat
pemakanan
Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku kepada kita
sekiranya tidak mengamalkan pengambilan gizi seimbang secara
berterusan?
Apakah masalah yang mungkin kita hadapi di masa hadapan?
Malnutrisi
Malnutrisi berlaku apabila seseorang individu kekurangan sesetengah nutrien
dalam gizi makanan harian dalam jangka masa yang lama.
Contoh-contoh penyakit yang disebabkan oleh malnutrisi kwasyiorkor, rabun
malam, beri-beri, skurvi, anemia, goiter dan riket.
Kwasyiorkor
Kekurangan nutrien: Protein
Ciri-ciri: Abdomen bengkak,
pertumbuhan badan terbantut,
perkembangan otak terencat
Cara mengatasi: Mengambil makanan
yang kaya dengan protein
Rabun malam
Kekurangan nutrien: Vitamin A
Ciri-ciri: Tidak boleh melihat pada waktu malam
Cara mengatasi: Memakai kaca mata rabun dan mengambil makanan yang
kaya dengan vitamin A seperti lobak merah, ubi manis, labu putih
Beri-beri
Kekurangan nutrien: Vitamin B1
Ciri-ciri: Otot menjadi lemah,
gangguan saraf, kulit menjadi kebas,
edema di bahagian bawah kaki
Cara mengatasi: Mengambil ubat
tiamin dan makanan seperti daging,
hati, oat, kekacang.
Skurvi
Kekurangan nutrien: Vitamin C
Ciri-ciri: Gusi bengkak dan berdarah
Cara mengatasi: Memakan makanan tambahan
vitamin C dan mengambil makanan seperti jambu
batu, oren, anggur, buah kiwi, sayur kubis bunga
Anemia
Kekurangan nutrien: Ferum / Zat besi
Ciri-ciri: Wajah pucat, mata dan kulit
kekuningan, mudah lesu dan lemah,
pening kepala dan mudah pengsan
Cara mengatasi: Mengambil makanan
tambahan yang berasaskan ferum.
Memakan makanan yang kaya dengan
zat besi seperti hati, sayur bayam
Goiter
Kekurangan nutrien: Iodin
Ciri-ciri: Kelenjar tiroid membengkak, leher
membengkak
Cara mengatasi: Melalui pembedahan,
pendedahan kepada sinar radioaktif iodin dan
melalui ubat-ubatan. Selain itu,
memperbanyak mengambil makanan laut
seperti ikan, udang, sotong, ketam, kerang
Riket
Kekurangan nutrien: Vitamin D1, kalsium, fosforus
Ciri-ciri: Tulang bengkok dan mudah patah,
pertumbuhan terbantut, kaviti gigi, kekejangan
otot
Cara mengatasi: Menggantikan nutrien yang
hilang dalam badan, meminum susu,
pendedahan kepada sinar matahari di waktu
pagi
Obesiti
Berlaku kerana pengambilan kalori yang
berlebihan berbanding keperluan
tenaga harian secara berterusan dalam
tempoh yang lama.
Banyak mengambil makanan yang
berasaskan karbohidrat dan lemak.
Karbohidrat yang berlebihan ditukar
menjadi lemak dan disimpan dalam tisu
adipos.
Obesiti
Klik pada video. Pastikan anda mempunyai sambungan internet ☺
Pada pendapat anda, adakah obesiti mengganggu aktiviti harian kita?
Jika ya, bagaimanakah ia boleh mengganggu aktiviti harian kita?
Bolehkah anda cadangkan cara-cara untuk merawat obesiti?
Jika anda diberikan pilihan, adakah anda akan berkahwin dengan individu yang obese?
Sekiranya anda berkahwin dengan individu yang obese, adakah anda akan
membantunya untuk menurunkan berat badan ataupun menerima pasangan anda
seadanya?
Rawatan obesiti
Mengamalkan amalan pemakanan yang sihat dengan mengurangkan
pengambilan lemak dan karbohidrat
Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
Menukar tabiat pemakanan yang buruk
Menjalani program menurunkan berat badan yang diselia oleh golongan
professional seperti doktor dan pakar pemakanan
Pembedahan bariatrik
Anoreksia nervosa
Penyakit psikologi yang disebabkan oleh perasaan terlalu takut gemuk.
Pesakit anoreksia nervosa enggan untuk makan sehingga menyebabkan
mereka mengalami malnutrisi yang serius.
Penyakit jiwa ini biasanya melanda kaum wanita.
Pesakit anoreksia nervosa mengalami banyak komplikasi kesihatan disebabkan
oleh malnutrisi yang serius.
Pesakit anoreksia nervosa perlu menjalani sesi kaunseling bersama pakar psikiatri
dan mendapatkan bantuan daripada pakar pemakanan untuk membantu
mereka menambahkan berat badan semula.
Imej diri yang dilihat oleh
pesakit anoreksia nervosa
ialah sentiasa melihat
dirinya gemuk.
Antara komplikasi pesakit anoreksia:
1. Bagi wanita, kitar haid terganggu dan paras hormone estrogen
dalam badan menurun
2. Kulit kering
3. Osteoporosis
4. Gastrik
5. Hipotermia
6. Boleh menyebabkan maut
Bulimia nervosa
Sama seperti anoreksia nervosa, pesakit bulimia nervosa merupakan penyakit
psikologi disebabkan oleh perasaan takut gemuk yang melampau.
Berbeza dengan anoreksia nervosa, pesakit bulimia nervosa biasanya makan
seperti biasa tetapi akan memuntahkan makanannya semula.
Disebabkan hal ini, pesakit bulimia nervosa biasanya mempunya masalah gigi
rapuh dan terhakis akibat daripada asid hidroklorik dalam perut yang keluar
bersama makanan yang dimuntahkan.
Makan dengan banyak lalu dimuntahkan menyebabkan
pesakit bulimia nervosa mengalami risiko penyakit seperti:
1. Gigi rosak kerana hakisan asid hidroklorik
2. Ulser di bahagian mulut dan organ dalaman
3. Bahagian pipi membesar atau ‘Chipmunk face’ disebabkan
oleh bahagian kelenjar parotid yang membengkak
4. Otot badan lemah
5. Sembelit
Penyakit arteriosklerosis
Mengambil terlalu banyak Salur darah biasa yang normal
makanan berlemak
Salur darah pesakit arteriosklerosis yang sempit
Kolesterol terenap dalam salur disebabkan kolesterol terenap di dalamnya
darah
Menyebabkan salur darah
menjadi sempit dan aliran darah
tersekat
Boleh menyebabkan strok dan
serangan sakit jantung
Diabetes melitus
Mengambil terlalu banyak makanan bergula.
Gula yang berlebihan dalam badan perlu disingkirkan.
Pesakit diabetes berisiko mengalami kerosakan ginjal.
Suntikan insulin digunakan untuk merawat pesakit diabetes.
Pesakit diabetes disaran untuk mengurangkan pengambilan
gula dan karbohidrat.
Tahukah anda? Bukan pesakit diabetes:
4.0 hingga 5.9 mmol/L sebelum makan
Bacaan aras gula yang normal
bagi kita? Pesakit diabetes mellitus:
4.0 hingga 7.0 mmol/L sebelum makan
5.0 hingga 9.0 mmol/L selepas makan
Aditif Makanan
(Bahan Tambah Makanan)
Mengambil aditif makanan secara berlebihan boleh menyebabkan hiperaktif,
alergi dan kanser.
Makanan diproses mengandungi banyak aditif makanan.
Contoh aditif makanan ialah bahan pengawet, pewarna makanan, penstabil,
bahan perisa makanan, pemanis
Apakah ciri-ciri tabiat pemakanan yang baik?
1. Mengamalkan gizi yang seimbang
2. Makan pada waktu yang tetap pada setiap hari
3. Makan sekadar mencukupi sahaja
4. Makan makanan yang berkhasiat dan elakkan makanan ringan
5. Elakkan makan secara berlebihan
2.2
Keperluan Nutrien
oleh Tumbuhan
Makronutrien dan Mikronutrien
Makronutrien ialah unsur-unsur yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti
yang banyak.
Mikronutrien ialah unsur-unsur yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti
yang sedikit
Makronutrien Mikronutrien
Nitrogen, fosforus, kalium, Boron, molibdenum, zink,
karbon, hidrogen, oksigen, mangan, kuprum, ferum
kalsium, magnesium, sulfur
Nitrogen
Fungsi:
1. Mensintesis asid amino, protein, asid nukleik, dan
klorofil
2. Untuk pertumbuhan pokok
Kesan kekurangan:
1. Pertumbuhan terbantut
2. Klorosis
3. Keguguran daun
Klorosis pada daun
Fosforus
Fungsi:
1. Mensintesis asid nukleik, fosfolipid, dan ATP
2. Merangsang pembahagian sel
3. Merangsang kematangan pokok, buah dan akar
Kesan kekurangan:
1. Pertumbuhan terbantut
2. Daun menjadi hijau gelap dengan bintik-bintik merah
3. Percambahan dan pertumbuhan buah perlahan
4. Pertumbuhan akar pokok sedikit