The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 422-12-aleesa, 2022-10-31 12:55:05

TUGASAN FOLIO PPIM ALEESA

TUGASAN FOLIO PPIM ALEESA

CARTA ORGANISASI PERINGKAT SEKOLAH
50


CARTA ORGANISASI PPIM

Pengarah IPGKRM
Dr. Mazlan Bin Aris

Guru Pemimpin Guru Pemimpin

Pn. Erana Binti Abd Pn. Manoriza Binti
Seman Abdul Malek

Ketua Pasukan 1 Penghuluwati Ketua Pasukan 2
Nur Farhanah Binti
Nur Aleesa Syahida Siti Khadijah Binti
Binti Amri Mohd Tijar Mohamad Nazree

Naib Penghuluwati
Alyaa Shahila Binti

Mohd Ramzi

Setiausaha
Nelly Mahira Binti Mohd Yusoff

Pen. Setiausaha
Siti Nursyahirah Binti Ramlee

Bendahari
Syazwa Nurhanani Binti
Mahamad Muhamejelan

Pen. Bendahari
Nurin Farisya Binti Affandi

Ajk Kerohanian Ajk Sukan & Rekreasi Ajk Kebajikan

Nurul Ikhwanis Binti Nurfarah Nabilah Binti Nur Husna Binti
Hasmadi Ahmad Samhari Hidher

Ajk Majlis/Program Ajk Rencam
Fazliana Asyiqin
Binti Yusuf Nur Natasya Aleya
Binti Yunos
51


CARTA ORGANISASI UNIT KOKURIKULUM IPG KAMPUS RAJA MELEWAR
52


FUNGSI MAJLIS TADBIR
o Memperkasa dan mempertabatkan profesionalisme ahli di dalam bidang masing-
masing dan menjadi contoh kepada semua pihak.
o Menjadi salah satu institusi yang mengerak, mengeratkan dan mengukuhkan
hubungan kebajikan, kerjasama dan kesejahteraan bekerja sesama ahli.
o Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain yang
mempunyai matlamat dan kepentingan yang serupa.
o Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang sesame ahli serta
dengan pihak pengurusan yang berkaitan.

PENDAFTARAN AHLI KUMPULAN

1) Borang kebenaran ibu bapa
- Sebelum didaftarkan kebenaran daripada ibu bapa perlu diperolehi

2) Borang ahli
- Guru pemimpin edarkan borang ahli kepada pelajar untuk diisi dan kemudian
disampaikan kepada Jawatankuasa perhubungan Negeri untuk menfapatkan
Nombor Pendaftaran.

3) Pendaftaran Pensyarah/ Guru pemimpin dan ahli-ahli tidak beruniform mendaftar.
- Mereka perlu mendaftar menggunakan Borang Pemohonan Menjadi ahli dan perlu
disahkan oleh Perhubungan Negeri dan Keratan di hantar ke Ibu Pejabat PPIM.

4) Senarai Nama-nama ahli
Senarai nama-nama ahli hendaklah disediakan dalam 3 salinan untuk dihantar seperti
berikut:
- 1 salinan kepada Setiausaha Kehormat PPIM di ibu Pejabat PPIM Kebangsaan.
- 1 salinan kepada Setiausaha Perhubungan negeri.
- 1 salinan kepada Daerah.

PEMBAHAGIAN AHLI MENGIKUT PASUKAN DAN MENAMAKAN KUMPULAN
o Jumlah ahli setiap pasukan tidak melebihi 40 -50 orang dan terdiri daripada beberapa.
o Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 10 – 15 orang.
o Nama setiap kumpulan adalah terpulang kepada sekolah berkenaan.
o Nama setiap pasukan hendaklah ditentukan oleh negeri masing-masing.

53


KUASA PENGANJUR
o Menyelia dan mengawal kemajuan unit PPIM di tempatnya.
o Salah seorang daripada dua penurunan tanda tangan rasmi bagi akaun simpanan atau
semasa untuk unit PPIM itu.
o Meluluskan pendaftaran tahunan unit PPIM dengan ibu pejabat beruniform
Pergerakan Puteri Islam Malaysia.
o Mengesahkan penyata akauan unit yang disediakan oleh pemimpin PPIM
o Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit PPIM di mana
perlu.
o Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran.

54


STRUKTUR UNIT Tahap Sekolah Menengah
- Puteri kecil
Tahap sekolah Rendah
- Puteri Bongsu - Puteri Tengah
- Puteri Sulong
- Puteri Bongsu Cemerlang - Puteri Sulong Cemerlang

55


PENGURUSAN BUKU LOG/FOLIO/LAPORAN AKTIVITI

I. BUKU LOG/FOLIO
Kandungan buku log atau folio adalah seperti berikut.

7. Doa 1. Doa
8. Lagu Puteri 2. Lagu Puteri
9. Ikrar Puteri 3. Ikrar Puteri
10. Suluh Kata 4. Suluh Kata
11. Struktur organisasi 5. Struktur organisasi
12. Catatan/ laporan 6. Catatan/ laporan

aktiviti aktiviti

CONTOH BUKU LOG PPIM

56


I. FORMAT LAPORAN AKTIVITI
LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI

UNIT BERUNIFORM: ______________________________________________
1. NAMA PROGRAM: ___________________________________________
2. OBJEKTIF PROGRAM:
• _____________________________________________________
3. TARIKH PROGRAM: __________________________________________
4. TEMPAT PROGRAM: _________________________________________
5. SASARAN: __________________________________________________
6. LAPORAN RINGKAS/PENCAPAIAN:
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

7. IMPAK: _____________________________________________________
8. PENAMBAHBAIKAN

Beberapa langkah penambahbaikan perlu diambil pada masa hadapan.
Antaranya:

i.
ii.
9. GAMBAR DOKUMENTASI (2 KEPING)

57


II. FORMAT RINGKASAN LAPORAN
58


TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
PENGERUSI

1. Mempengerusikan Mesyuarat.
2. Bertanggungjawab untuk memastikan segala meyuarat dan aktiviti dijalankan

mengikut perkembagaan.
3. Memberikan arahan jelas dalam menjalankan tugas aktiviti.
4. Mewujudkan semangat dinamika kumpulan.
5. Mempunyai sifat bersih, cekap dan Amanah
NAIB PENGERUSI

1. Mempengerusikan mesyuarat jika diperlukan.
2. Memberikan kerjasama dan pertolongan kepada Jawatankuasa
3. Bersedia mengambil alih sebahagian dari beban kerja pengerusi dan jawatankuasa

jika diperlukan.
4. Bertanggungjawab menandatangi surat-surat rasmi jika pengerusi tiada.
SETIAUSAHA
1. Bertanggungjawab kepada semua rekod-rekod dan fail persatuan.
2. Betanggungjawab terhadap pengurusan harian persatuan, menghadiri setiap

mesyuarat persatuan secara mencatat, menyediakan dan mengedarkan minit-minit
mesyuarat termasuk Mseyuarat Agong dan Laporan Tahunan.
3. Menguruskan surat-menyuarat
4. Menyimpan rekod ahli yang dikemaskini
5. Menyediakan kertas kerja dan bertanggungjawab mengadakan pusat sebaran
maklumat
6. Bertanggungjawab melatih penolong pembantu, menyediakan tempat dan
kemudahan bermesyuarat.
NAIB SETIAUSAHA
1. Membantu tugas-tugas setiausaha
2. Menjalankan tugas-tugas setiausaha ketika ketiadannya

.
59


BENDAHARI

1. Bertanggungjawab mengurus kewangan persatuan, menyimpan buku akauan dan
harta/ alatan/ logo persatuan serta menyimpan buku rekod yang dikemaskini.

2. Bertanggungjawab “menyimpan selamat” resit-resit, baucer-baucer dan menyediakan
kedudukan wang masuk dan keluar setiap kali mensyuarat AJK.

3. Menyediajab Laporan Kewangan Tahunan untuk dikemukakan pada Mesyuarat
Agung Tahunan serta menerima, merekod dan mengerluarkan semua transaksi
kewangan

4. Bertanggungjawab atas pembelian alatan, anggaran belanjawan tahunan.
5. Memungut yuran dan hutang piutang serta menyelesaikan masalah kewangan

persatuan.

NAIB BENDAHARI

1. Membantu tugas-tugas bendahari
2. Menjalankan tugas-tugas bendahari ketika ketiadannnya.

AHLI JAWATANKUASA

1. Bertanggungjawab menghadiri setiap mesyuarat AJK, portfolio (Pengerusi
Jawatankuasa Tetap/ Kecil Sementara)

2. Bertanggungjawab ke atas kelicinan perjalanan persatua, memberi pandangan
membina dan juga dalam penyediaan, perbelanjaan, pelaksanaa, penilaian serta
laporan program.

3. Membuat laporan lengkap setiap aktiviti yang dilaksanakan untuk Mesyuarat Agong
Tahunan

4. Berusaha menambah ahli, meninggikan imej persatuan, memberi kerjasama serta
mengekalkan semangat kelompok dan dinamika kumpulan.

AHLI BIASA

1. Bertanggungjawab memberi kerjasama kepada jawatankuasa dan bersedia menerima
tanggungjawab dan tugas.

2. Bertanggungjawab menghadiri setiap Mesyuarat Agung Persatuan, menyelesaikan
yuran persatuan dan mewujudkan pembangunan dua hala.

3. Berupaya mengemukakan kritikan pandangan/ teguran yang membina dalam
mesyuarat Agun, berusaha menegakkan perjuangan persatuan dan mematuhi sertam
memahami perlembangaan persatuan.

4. Sentiasa memelihara imej persatuan, mematuhi keputusan dan arahan

60


PENSYARAH PEMMPIN/ KETUA GURU
PEMIMPIN/ GURU PEMIMPIN

• Perlu memberli atau mendapatkan:
i. Buku perlembagaan
ii. Bendera PPIM
iii. Kaset lagu PPIM

iv. Lencana pemimpun dan puteri
v. Kad ahli
vi. Uniform – kain merah jambu, baju putih dan tudung merah

jambu.
vii. Buku panduan pemimpin
viii. Buku pengurusan dan pentadbiran PPIM
ix. Sukatan pelajaran.

• Menyediakan keperluan asas
i. Buku/ Rekod pendaftaran ahli (nama dan butir-butir
peribadi)
ii. Buku/ Rekod kehadiran pasukan
iii. Buku/ Rekod yuran ahli

iv. Buku/ Akauan (penyata kewangan)
v. Lain-lain keperluan

61


PAKAIAN SERAGAM AHLI PPIM
1. BAJU KURUNG

TUDUNG

- Jenis kain lembut
- Bentuk tiga segi atau

bulat
- 5 inci labuh di bawah

pusat

BAJU KURUNG PUTIH

- Berpasak
- Labuh 1 inci bawah

aras lutut
- Labuh tangan sama

dengan buku
pengelangan tangan

KAIN SORONG
BERSUSUN SEBELAH

KIRI

- 3 -4 susunan 3 inci
lebar 1 inci labuh
dibawah buku lali

62


2. PAKAIAN SERAGAM AHLI (BAJU RIADAH)
3. PAKAIAN BAJU SERAGAM AHLI (BAJU KAWAD)

63


4. PAKAIAN UNIFORM PUTERI ISLAM SEKOLAH MENENGAH
5. PAKAIAN UNIFORM PUTERI PELATIH IPT
6. PAKAIAN UNIFORM PEMIMPIN/ JURULATIH

64


65


66


67


68


KRAF PERKHEMAHAN
I. PENGENALAN
a. KONSEP KHEMAH
➢ Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang selamat dan
mempunyai kemudahan asas yang minima.
➢ Tempat perlindungan ialah sebarang jenis dan bentuk tempat perlindungan
sama ada yang diperbuat daripada kanvas, nilon, dedaun, buluh atau kayu
dan batu yang mampu berfungsi sebagai perlindungan daripada huja,
panas, angin dan kesejukan.
➢ Berkhemah pula ialah penghidupan di luar bangunan sama ada di halaman
atau belakang rumah, di dalam hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan
sebagainya.
➢ Aktiviti berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau
berkumpulan.
➢ Aktiviti berkhemah merupakan salah satu daripada cabang ilmu yang
menguji kemampuan mental dan fizikal seseorang dalam menggunakan
sumber-sumber dan kemudahan yang terhad. Berkhemah akan menguji
kesanggupan setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan
dan ketidakselesaan.

b. KONSEP KRAF PERKHEMAHAN
➢ Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk
menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan
luar atau dengan kata lain perkhemahan.
➢ Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan
apabila individu melakukan aktiviti perkhemahan

69


c. RASIONAL
Melatih diri untuk berkeyakinan lebih mahir dan berkeyakinan dalam
menghadapi cabaran alam semula jadi dan habitatnya.

Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri
ciptaan-Nya.

Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati keindahan alam flora
dan fauna yang terdapat di muka bumi ini

d. OBJEKTIF

• Melatih ahli untuk berdikari dan bersedia menghadapi
keadaan serba kekurangan

• Melatih kadet menyelesaikan segala tugasan dengan
penuh tanggungjawab

• Memberi pendekatan tentang kehidupan di luar yang
lebih mencabar

• Merapatkan hubungan silaturrahim antara ahli
• Menanam sikap bekerjasama dalam kalangan ahli
• Memberi peluang kepada semua ahli untuk

mempamerkan kemahiran dan bakat yang terpendam

70


II. PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH

a. JENIS-JENIS KHEMAH

Bil. Nama Khemah Ciri-ciri

1. Ridge Tent • Mempunyai tiang yang melintang di
sepanjang bumbung.

• Diperbuat daripada material nilon yang
ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.

2. Dome Tent • Berbentuk gelembung dan menggunakan
3. Frame Tent material yang sesuai dan fleksibel.

• Ringan, mudah dibawa dan sesuai
digunakan untuk berkelah atau
perkhemahan seperti di sekolah dan
sebagainya.

• Khemah jenis besar yang biasa digunakan
untuk perkhemahan keluarga.

• Rangka khemah akan dipasang dahulu dan
kanvas dipasang kemudian.

4. Bell Tent • Mempunyai satu tiang, tinggi di puncak
khemah.

• Jarang digunakan dan digantikan dengan
khemah jenis ‘Dome’

71


b. JENIS-JENIS SHELTER

Bil. Nama Shelter Ciri-Ciri

1. Phonco-Lean-To • Mudah dan cepat dibina

• Diikat pada dua batang pokok

• Shelter tertutup pada satu
bahagian sahaja. Pastikan
shelter tidak menghala arah
angin

2. Phonco Tent • Mudah dibina

• Diikat antara dua batang pokok

• Shelter tertutup pada dua
bahagian kiri dan kanan

3. One Man Shelter • Mudah dibina dan terhalang dari
rintangan angin

• Saiz yang kecil menjadikan ia
lebih sejuk dan nyaman

72


c. PENGURUSAN DAN KESELAMATAN KHEMAH

Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau hampir dengan
khemah.
Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau
binatang lain dari memasuki khemah.
Pastikan khemah ditutup kija tiada orang di dalamnya.
Pastikan diluar dan dalam khemah sentiasa berada dalam keadan
bersih dan kemas.
Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah.
Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk
digunakan.

d. PENJAGAAN KHEMAH

Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau pancang
khemah berada dalam keadaan baik. Letakkan pelincir untuk
memudahkan proses memasukkan dan mengeluarkan tiang atau
pancang.
Letakkan pelincir pada zip untuk memudahkan proses menutup dan
membuka khemah.
Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan
daripada binatang atau serangga seperti semut masuk ke dalam
khemah.
Sentiasa bersihkan khemah setiap kali setelah selesai
menggunakannya dan membuang semua sampah dan kotoran yang
ditinggalkan.
Pastikan khemah betul-betul kering sebelum menyimpannya. Jika
khemah basah, elakkan daripada menekan atau menarik kerana
dikhuatiri khemah akan terkoyak
Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakankuasa bateri di
dalam khemah dalam usaha mengelakkan kejadian yang tidak diingini
berlaku seperti kebakaran.

73


e. PEMILIHAN KHEMAH
Tahan lasak
- Tidak mudah koyak
Keselesaan
- Mempunyai ruang penyimpanan barang
Perlindungan
- Melindungi kadet daripada cuaca dan serangga
Kalis air
- Terlindung daripada air hujan
Ukuran
- Mengikut bilangan orang

f. PEMILIHAN TAPAK PERKHEMAHAN
o Tapak atau tanah rata.
o Berhampiran punca air.
o Tapak lebih tinggi daripada punca air atau tidak terlalu hampir dengan
punca air.
o Mudah mendapat bahan bakar.
o Keselamatan kawasan.
o Sesuai dengan bilangan peserta.
o Tapak perkhemahan sesuai mudah untuk mendapatkan bantuan jika
perlu.
o Jauh daripada dahan mati.
o Terlindungan daripada angin.
o Pandangan persekitaran menarik.
o Mendapat sumber cahaya matahari.
o Mendapat sumber cahaya matahari.
o Mempunyai hubungan dengan frek atau denau untuk bergerak bagi
tujuan kecemasan.

74


III. TUJUAN DAN FAEDAH MEMBUAT GAJET
a. PENGENALAN

Gadjet didefinisikan sebagai perkakasan atau peralatan atau
perabotseperti pagar, kerusi, katil dan sebagainya yang terdapat di
rumah. Gadjet-gadjet ini diperbuat daripada kayu dengan menggunakan
paku dan gam supaya kelihatan kemas dan cantik serta sesuai dengan
situasi tempat.
Gadjet-gadjet dalam aktiviti perkhemahan diperbuat daripada buluh atau
batng kayu yang diikat menggunakan tali dengan simpulan dan ikatan
yang tertentu. Simpulandan ikutan ini amat penting agar gadjet yang
dibina menjadi kukuh dan selamat digunakan.
Gadjet ini dikenali juga sebagai kraf kayu atau wood craft. Gadjet penting
dalam aktiviti luar kerana ia mempunyai pelbagai fungsi antaranya
adalah menggantikan perkakasan dan perabot di rumah, memudahkan
pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan dan menjadikan aktiviti
perkhemahan lebih tersusun, teratur dan menyeronokkan.

b. TUJUAN MEMBUAT GADJET
o Mempraktikkan ilmu simpulan dan ikatan yang telah dipelajari
secara teori dan amali semasa perjumpaan persatuan.
o Membina semangat kekitaan, Kerjasama, bertanggungjawab dan
semangat bergotong-royong dalam kalangan ahli dalam suasana
yang menyeronokkan.
o Membina kekuatan mental dan fizikal kerana memerlukan idea,
kreativiti tenaga dan masa yang lama.
o Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah sepanjang
aktiviti perkhemahan.
o Meninggikan taraf penghidupan di tapak perkhemahan agar
kelihatan kemas, bersih, selesa dan menarik.
o Menentukan keluasan tapak perkhemahan masing-masing
dengan mendirikan pagar mengelilingi tapak perkhemahan.

75


o Dijadikan tempat untuk menyimpan Menyusun dan
memperagakan perkakasan, peralatan, bahan, maklumat,
pakaian, dan sebagainya.

o Melindungi bahan-bahan makanan sama ada bahan kering atau
basah daripada tercemar.

o Memudahkan sebarang aktiviti dijalankan di dalam kawasan
perkhemahan tanpa sebarang masalah dan gangguan seperti
memudahkan pergerakan, senang mencari maklumat dan
peralatan serta menjamin keselamtan semua ahli.

o Menjadi mercu tanda perkhemahan serta pengalaman dan
kenangan yang tidak mudah untuk dilupakan.

c. FAEDAH MEMBUAT GADJET

Mewujudkan suasana yang tenteram selesa lapang dan
selamat
D

Menjimatkan kos

Alam sekitar menjadi bersih dan nyaman

Barangan dan peralatan mudah disimpan

Memanfaatkan sumber alam persekitaran dengan
sebaik mungkin

76


d. KAEDAH MENDIRIKAN GADJET
o Ringkas dan praktikal dengan penggunaan bahan dan peralatan yang
minimum
o Senang dibina dalam jangka masa yang pendek
o Menggunakan bahan dan alat yang ada dipersekitaran atau yang
dibekalkan tanpa memerlukan kos yang tinggi
o Menggunakan simpulan dan ikatan yang betul dan kemas
o Susun atur mendirikan gajet di tempat yang sesuai di dalam kawasan
perkhemahan
o Jenis dan bilangan yang sesuai dengan bilangan peserta keluasan
tapak.

e. BAHAN-BAHAN UNTUK MENDIRIKAN GADJET

Pisau Gergaji Tali

Buluh Kayu Batu bata

Ranting dan dahan

Zink Dedaun pokok

77


I. JENIS-JENIS GADJET DAN KEGUNAANNYA

Bil. Nama Gadjet Kegunaan
1. Tiang bendera
• Digunakan untuk memasang
bendera persatuan

2. Pagar • Digunakan untuk pusat kawalan
3. Pintu gerbang ahli dan tempat memasang
bendera persatuan

• Pembahagian kawasan
perkhemahan sesebuah persatuan
dengan persatuan lain

• Digunakan sebagai mercu tanda
perkhemahan

4. Papan kenyataan • Digunakan untuk mrmpamerkan
maklumat berkaitan ahli persatuan,
pengumuman pemimpin, pelan
atau gambar rajah kawasan
perkhemahan

78


5. Ampaian • Digunakan untuk menggantung dan
menjemur pakaian di tapak
perkhemahan

6. Pangkin, tempat duduk dan • Digunakan untuk meja makan dan
meja meja persidangan atau
perbincangan antara ahli persatuan.

7. Rak kasut • Digunakan untuk meletakkan kasut-
kasut ahli kumpulan di kawasan
perkhemahan

79


8. Rak dapur atau tempat memasak • Digunakan untuk memasak air
atau makanan sepanjang
perkhemahan.

9. Rak barangan dapur • Digunakan untuk meletakkan
10. Rak menyimpan makanan perkakasan atau perlatan
memasak dan makan setelah
digunakan.

• Mempamerkan peralatan
memasak supaya mudah untuk
dicari.

• Digunakan untuk menyimpan
makanan yang belum atau
telah dimasak daripada
tercemar.

11. Tempat buangan sampah basah • Digunakan sebagai tempat
dan kering pembuangan sampah sisa
makanan sama ada basah
atau kering sepanjang tempoh
perkhemahan

80


IKHTIAR HIDUP
I. PENGENALAN
o Ikhtiar hidup atau lebih dikenali sebagai survival boleh diertikan sebagai suatu
situasi atau keadaan genting serta mengalami kesukatan dalam usaha untuk
meneruskan kehidupan terutamanya semasa mengikut aktiviti perkhemahan di
dalam hutan, bukit dan gunung.
o Ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau sesuatu usaha yang dilakukan untuk
terus hidup atau daya usaha yang diutamakan dalam proses kelangsungan
hidup. Dalam konteks aktiviti luar, ikhtiar hidup merupakan suatu usaha atau
ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang supaya dia terus hidup semasa
menghadapi ancaman semasa menjalani aktiviti lusr seperti perkhemahan.
o Situasi ikhtiar hidup berlaku apabila:
▪ Kehabisan bekalan makanan dan minuman
▪ Ancaman binatang buas
▪ Sesat di dalam hutan
▪ Masalah perlindungan
o Kurang pengetahuan pengalaman dan kemahiran juga akan menyebabkan
situasi ikhtiar hidup

II. PRINSIP IKHTIAR HIDUP
➢ Keselamatan
➢ Usaha
➢ Kawalan diri
➢ Kerjasama

81


III. MASAKAN SOLAR/RIMBA/KELOMPOK
a. MASAKAN SOLAR
▪ Merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan peralatan
dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga
membakar.
▪ Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik.
▪ Periuk diletakkan di kawasan lapang yang ada pancaran cahaya matahari.
▪ Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
➢ Aluminium foil
➢ Periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam
➢ Kertas kadbod yang tebal atau kotak yang besar
➢ Gam
➢ Pelekat kertas
➢ Plastik lut sinar
➢ Tali rapia
➢ Tiga batu kecil diletak di bawah periuk semasa memasak.
▪ Contoh gambar:

82


b. MASAKAN RIMBA
➢ Merupakan satu cara memasak mamakanan semasa di dalam hutan
tanpa menggunakan periuk atau lan-lain peralatan memasak.
➢ Memasak menggunakan kaedah ini adalah lebih sukar berbanding
kaedah masakan solar, namun masakan rimba boleh menjadi aktiviti
yang menyeronokkan sebagai salah satu ikhtiar hidup semasa
berkhemah.
➢ Bahan-bahan yang boleh digunakan dalam masakan rimba:
❖ Buluh
❖ keranjang aluminium
❖ Tanah
❖ Buah kelapa
❖ Daun
➢ Proses masakan rimba menggunakan buluh:
❖ Pilih ruas buluh yang nipis dan besar saiznya
❖ Pastikan buluh yang dipilih tidak retak
❖ Basuh bahagian dalam buluh hingga bersih
❖ Sediakan bahan yang hendak dimasak dalam buluh
❖ Jika memasak nasi di dalam buluh, pastikan sukatan air adalah
sama banyak dengan sukatan beras

83


IV. MEMBUAT PERANGKAP
• Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan
atau binatang ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan
perkhemahan di dalam hutan
• Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:

Jenis Pelanduk Penerangan
Perangkap/Jerat
• Mudah untuk dibuat
• Tali jerut atau alas

pemijak perlu ditutup
dengan menggunakan
daun

Perangkap/Jerat Ayam Hutan • Jenis ini kurang popular

kerana badan ayam

hutan mungkin akan

tersekat oleh kayu

lengkung yang

digunakan.

84


Perangkap/Jerat Herman dan Jerut • Dibuat untuk mencedarakan
binatang

• Mudah dibuat
• Perangkap ini akan memastikan

kaki haiwan terjerut serta
dihempan oleh batang kayu

Perangkap Kurungan • Membolehkan kita untuk
menangkap haiwan secara hidup-
hidup

• Jenis ini kurang popular dan tidak
praktis kerana mengambil masa
yang agak lama untuk disiapkan
dan membazirkan tenaga

• Tiang perangkap perlu ditanam ke
dalam tanah bagi memastikan
perangkap atau jerat tidak terbalik
akibat dirempuh binatang liar

85


KEBUDAYAAN
I. NYANYIAN/LAGU PERKHEMAHAN

Tujuan:

• Melahirkan ahli kadet yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi negara
dan dan negeri mengikut protocol yang betul.

• Menanamkan semangat patriotic dan cintakan negara semasa
menyanyikan lagu patriotik.

• Memastikan ahli kadet tahu menyanyikan dan menghayati seni kata
lagu PPIM dengan baik.

Pelaksanan Aktiviti

a. Panduan mengajar Nyanyian :
i. Lagu yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat lagu

yang pendek, mudah difahami lagu yang berulang, perkataan
dan melodinya yang dan senang diingati.
ii. Para jurulatih perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik lagu yang
dipilih sebelum mengajar kepada para kadet.
iii. Nyanyikan berulang kali untuk para kadet mendengarkannya.
iv. Para jurulatih perlu bernyanyi dalam keadaan menghadap para
kadet supaya mereka dapat memperhatikan cara jurulatih
bernyanyi
v. Nyanyian jurulatih dan para kadet perlu jelas dan teapat nada
sebuatnnya walaupun menggunakan bahasa lain atau dialeh
daerah

b. Lagu-lagu Rasmi Negara
i. Lagu-lagu rasmi negara merupakan lagu-lagu yang wajib, dihafal
dan dihormati oleh setiap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
ii. Para jurulatih harus memastikan para kadet mampu
menyanyikan lagu rasmi negara dan memberi penjelasan
tentang protokol lagu-lagu rasmi negara.

86


Contoh lagu-lagu perkhemahan:
87


II. PERMAINAN ICE BREAKING

API UNGGUN - Bertujuan untuk
membantu kumpulan untuk
- Api unggun dinyalakan di memulakan proses
tempat terbuka dan membentuk diri mereka ke
dinyatakan saat malam dalam pasukan.
hari.
- Cara membakarnya - Permulaan perbuatan
dengan menggunakan biasanya dibentangkan
kayu-kayu kering. sebagai permainan untuk
- Setelah dibakar, duduklah memanaskan kumpulan
bersama-sama mengelilingi dengan membantu ahli-ahli
api unggun itu mengenal satu sama lain.

PERMAINAN SARANG GAGAK
TRADISIONAL
- Permainan tradisional - ini terdiri daripada tiga
seperti 'Batu Seremban' dan orang.
'Congkak' diadakan.
-Semua peserta melibatkan - Pemain mestilah berpusing
diri dengan pertandingan. supaya punggung saling
berhadapan dan memaut
III. MALAM KEBUDAYAAN lengan untuk membentuk
bulatan tiga orang.

-Setelah berada dalam
bulatan, mereka mesti
berpusing perlahan dalam satu
bulatan.

-Sekiranya mereka tidak dapat

Tarian Tarian Sketsa Cerita Nyanyian
Bollywood Tradisional Rakyat Kumpulan

• Pakaian • Pilihan muzik • Sketsa cerita rakyat • Pilihan melodi lagu
bertemakan tradisional yang yang berunsurkan yang terkini
Bollywod sesuai dan menarik teladan
• Akitiviti diadakan
• Penggunaan alat • Berpakaian • Boleh diselitkan secara
muzik digalakkan mengikut tema dengan unsur lawak berkumpulan.
tarian Semua ahli terlibat
• Tarian disertai oleh • Contoh: Si
semua ahli • Contoh tarian Tanggang, BAtu • Dengan bantuan
kumpulan tradisional: inang, Belah Batu alat muzik dan
Joget Melayu, Bertangkup, dll. sebagainya.
Zapin, Sumazau,
dll.

88


JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
TUJUAN

o Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan mengikut
prosedur yang ditetapkan.

o Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap.
o Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti.
PERATURAN DAN PERSEDIAAN
1. KEBENARAN

▪ Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat
penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa
ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti
serta tujuannya kepada mereka atau pun orang yang terdekat dengan kita.

2. PERSEDIAAN ALATAN

➢ Titik kawalan (control point)
▪ Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang
perlu dilawati oleh peserta.
▪ Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan
manusia yang jelas.
▪ Titik kawalan bukanlah “check point” kerana ia tiada penjaga dititik.

➢ Penanda Kawalan
▪ Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
▪ Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda
dan putih sebagai tandayang diletakkan di Titik kawalan (dalam
lingkungan 10m).
▪ Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher)
yang unik.

89


➢ Kad Kawalan
▪ Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan
ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
▪ Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula
(start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila
sampai di titik kawalan nanti.
▪ Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan
penamat untuk mencatat masa penamat.

➢ Peta utama
▪ Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan
dengan keterangan kawalan.
▪ Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan.

➢ Keterangan Kawalan
▪ Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description)
kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik
kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenaikedudukan titik
kawalan.
▪ Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk
‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah.

➢ Landasan
▪ Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik
kawalan ke titik kawalanyang lain hingga ke penamat. Landasan
ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalinoleh peserta
kemudiannya.
▪ Tanda yang berkenaan landasan adalah:
❖ Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
❖ Titik kawalan dengan tanda bulatan.
❖ Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
❖ ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

90


PROSEDUR JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
SEBELUM AKTIVITI

o Penyediaan landasan
o Taklimat jurulatih dan peserta
o Semakan alatan dan logistic
o Peralatan kecemasan
o Pengagihan kumpulan/ kategori
SEMASA AKTIVITI
o Peserta dikumpulkan di tempat permulaan aktiviti
o Jurulatih bertugas di lokasi dan stesen sebelum peserta dilepaskan.
o Ketua aktiviti memberi taklimat kepada peserta.
o Peserta diberikan peralatan dan keperluan pandu arah
o Kumpulan peserta awal dibawa ke lokasi permulaan dengan peralatan yang lengkap.
o Memastikan peserta berada dalam kawasan aktiviti dan selamat dan sentiasa

berhubung menggunakan radio dari semasa ke semasa.
o Peserta memulakan aktiviti mengikut prosedur yang dotetapkan.
o Peserta tidak digalakkan mengikut kumpulan lain, masing-masing bergerak mengikut

kemahiran dan kefahaman sendiri secara berkumpulan.
SELEPAS AKTIVITI

o Jurulatih mengumpulkan semua peserta yang terlibat dan memaastikan tahap
kesihatan dan kecergasan peserta.

o Jika terdapat kecederaan mestilah dikembalikan, jika rosak atau hilang sila laporkan
kepada bahagian logistic.

o Sesi renungan/ refleksi.
o Bersalaman antara jurulatih dan peserta.
o Simpan barang di stor.
o Jurulatih aktiviti dengan menggunakan Borang Prosedur Kerja Laporan Ringkas

Aktiviti.

91


MEMBACA KOMPAS/ (GPS)

▪ Kompas adalah alat yang berfungsi untuk
menunjukkan arah mata angin.

▪ Bagi para jungle treker mereka seharusnya
mengetahui cara-cara penggunaan kompas
dan fungsinya.

▪ Mengetahui cara membaca peta dengan
arah kompas, berkemungkinan akan sesat
adalah tipis.

▪ Penting kepada semua penggiat pencinta
alam untuk mengetahui cara penggunaan
dan pemakaian kompas di dalam perjalan di
dalam hutan dan seumpamanya.

92


CARA MEMBACA KOMPAS
93


CARA MEMBACA KOMPAS

• Letakkan kompas di atas permukaan
yang rata setelah jarum kompas tidak
bergerak lagi, maka jarum tersebut
menunjukkan ke arah utara magnet.

• Bidik sasaran melalui Visir dengan kaca
pembesar. Miringkan sedijit latak kaca
pembesar, kira-kira 50 di mana
berfungsi untuk membidik ke arah Visir
dan mengintai angka pada dial.

• Apabila Visir diragukan kerana kurang
jelas dilihat dari kaca pembesar,
luruskan saja garis yang terdapat pada
tutup dial ke arah Visir, mengikut
dengan sasaran tilik agar mudah dilihat
melalui kaca pembesar.

• Kompas bearing sudut diukur mengikut
arah pusingan jarum jam dan jumlah
sudutnya ialah 360 darjah manakala
kompas mata angin berpandukan empat
mata angin yang utama iaitu udara,
timur, selatan dan barat.

94


PERKARA-PERKARA PENTING SEMASA MENGGUNAKAN KOMPAS
- Memeriksa bearing kompas bagi memastikan arah yang betul dan tepat.
- Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya boleh terus menghala kea rah yang
hendak dituju dengan mudah.
- Contoh: pokok besar

AKTIVITI PENGGUNAAN KOMPAS
- Mengenal arah mata angin
- Mencari arah mata angin
- Menggunakan peta
- Merintis hutan
- Aktiviti pandu arah

TIPS (LANGKAH-LANGKAH BAGI MENCARI KEDUDUKAN SESUATU TEMPAT DI
ATAS PETA)

1. Letakkan peta di atas permukaan yang rata.
2. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, contohnya A & B.
3. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. Ini dapat dilakukan dengan

melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran.
4. Sambungkan kedua-dua titik A & B dengan satu garis lurus.
5. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula daru utara mengikut arah

pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik
tersebut.

95


Komunikasi radio amatur/ UHF VHF
o Merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio
dan elektronik
o Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat
digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada sama ada di dalam kawasan
atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada
frekuensi yang tertentu

Membaca peta topo dan kegunaan
Maksud peta:

o Peta merupakan satu gambaran yang dapat dibayangkan seolah-olah kita melihat
sesuatu Kawasan dari udara. Kita dapat mengetahui jenis tanaman, hutan, jalan raya,
sungai, penempatan dan sebagainya dengan melihat peta, kita dapat menceritakan
keadaan sesuatu tempat dan Kawasan. Peta yang sesuai untuk pengembaraan ialah
peta topo

Maksud peta topo:
o Peta topo ialah peta rupa bumi yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur Malaysia
mempunyai berbagai-bagai maklumat. Peta-peta tersebut diwarnakan (sehingga
enam jenis warna) dan mempunyai garis-garis dan symbol-simbol berserta makna
bagi kedua-dua itu dalam petunjuk peta tersebut. Maklumat utama yang boleh
diperolehi daripada peta-peta itu ialah rupa bumi dari garis kontur, bentuk saliran,
tumbuhan semula jadi, jenis-jenis pertanian dan kegiatan ekonomi yang lain, bentuk
petempatan dan perhubungan. Pengetahuan dari segi kaedah dan pendekatan dalam
kajian dan tafsiran peta amat perlu untuk membolehkan maklumat-maklumat dalam
peta tersebut dibaca serta ditafsir.

Contoh peta topo
96


Mengesan tanda dan simbol
Tanda atau symbol digunakan semasa aktiviti jalan lasak dan pandu arah. Tujuan perlu
mempelajarinya supaya apabila sesat di dalam hutan, kitab oleh memberikan isyarat supaya
ahli yang lain boleh menjejaki dengan mudah. Isyarat boleh dibuat menggunakan batu,
rumput, ranting kayu, lorekkan pada tanah dan sebagainya.

Contoh tanda dan simbol

97


Laporan pengembaraan
Disediakan oleh: setiausaha aktiviti
Isi laporan:

o masa, tempat dan aktiviti
o lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan
o catatan perjalanan
o pembahagian tugasan ahli
o gambar-gambar sepanjang aktiviti jalan lasak dan pandu arah disertakan

Contoh laporan pengembaraan

98


KHIDMAT SUKARELAWAN

Kerja sukarela atau khidmat sukarela adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara rela hati,
tanpa paksaan, ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan yang mendatangkan manfaat
kepada sesuatu pihak yang lain. Kegiatan ini banyak melibatkan perkara yang melibatkan
kemasyarakatan.

o Tujuan-tujuan jangka pendek kerja sukarela
i. Kasih sayang
ii. Kerjasama
iii. Keperihatinan sosial
iv. Persaudaraan/persahabatan
v. Menjana modal insan dan modal sosial
vi. Patriotisme
vii. Penupayaan masyarakat
viii. Ketahanan nasional
ix. Perpaduan
x. Nilai-nilai kemanusiaan

o Bentuk-bentuk kerja sukarela
i. Berkongsi idea, fikiran dan ilmu
ii. Menyumbang kebolehan atau kemahiran
iii. Menyumbang tenaga fizikal
iv. Berkongsi pengalaman

o Sasaran
i. Individu
ii. Kumpulan (kanak-kanak, pesakit, OKU, mangsa bencana, remaja, warga tua, pelarian
perang)
iii. Keluarga
iv. Komuniti
v. Pertubuhan (Organisasi)
vi. Alam sekitar
vii. Masyarakat umum

99


Click to View FlipBook Version