The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 422-12-aleesa, 2022-10-31 12:55:05

TUGASAN FOLIO PPIM ALEESA

TUGASAN FOLIO PPIM ALEESA

BANTUAN BENCANA
MASYARAKAT PENYAYANG

HARI PERINGATAN

ALAM SEKITAR
100


IKATAN DAN SIMPULAN
IKATAN SERAYA

⚫ Fungsi: Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.
⚫ Tekni :
a) Dimulakan dengan simpul manuk.
b) Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
c) Seterusnya dililit dicelah kayu.
d) Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.

101


IKATAN SERONG

⚫ Fungsi:
Membuat jambatan, menara, gajet dan menyambung kayu.
Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang
⚫ Teknik:
Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.
Kemudian belitkan membujur dan melintang
Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas.
Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.

102


LILIT KACANG

⚫ Fungsi:
Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gajet.
Digunakan untuk menganyam ranting pada rangka kayu untuk dijadikan papan seperti
pemuka meja
⚫ Teknik:
1. Dimulakan dengan simpul manuk atau lilit balak pada sebatang tiang.
2. Kemudian ikat secara berselang-seli pada kayu atau buluh lantai dari atas ke bawah hingga
selesai.
3. Ikatan lilit kacang ditamatkan dengan simpul manuk.

103


SIMPUL MANUK

⚫ Fungsi:
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.
⚫ Teknik:
a) Mulakan simpul pada kayu.
b) Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
c) Tarik hujung tali.

104


SIMPUL BUKU SILA

⚫ Fungsi:
Menyambung 2 tali yang sama saiz.
Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.
⚫ Teknik
a) Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
b) Masukkan hujung A dibawah B.
c) Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah

105


SIMPUL TINDIH KASIH

⚫ Fungsi :
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.
⚫ Teknik :
a) Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.

106


SIMPUL BUNGA GETI

⚫ Fungsi :
Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
Mengikat tali ke suatu tanjul.
⚫ Teknik :
a) Mulakan simpul.
b) Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul seperti rajah
c) Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.

107


SIMPUL BALAK

⚫ Fungsi :
Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
Untuk memulakan ikatan serong.
⚫ Teknik :
a) Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.
b) Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas.

108


SIMPUL BELIT

⚫ Fungsi:
Kegunaannya adalah untuk mengikat hujung tali pada tiang, pokok, gelung atau tali yang lain
supaya ia tidak mudah terlucut/terungkai.
Simpulan ini juga digunakan untuk mengikat hujung tali khemah atau tali kerubung terbang
⚫ Teknik:
a) Lilit tali pada kayu 2 kali bermula dari bawah
b) Bahagian tali A di bawa ke atas tali B dan ke bawah tali B
c) Ulang langkah b dan kemaskan

109


ASAS KAWAD KAKI
o Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit yang beruniform,
seperti Pergerakan Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah yang melibakan pergerakan
kaki, tangan dan badan secara serentak mengikut arahan yang diberikan oleh ketua
(komender). Berkawad ialah berjalan dengan rentak kaki yang sama atau berbaris
atau mengadakan perbarisan berdasarkan arahan yang diberikan oleh ketua.
o Kawad kaki merupakan sebahagian daripada aktiviti kecergasan dan berpasukan
yang bertujuan untuk membentuk disiplin dan katatatertiban dalam pasukan. Di
samping itu, kawad kaki juga bertujuan untuk membentuk individu yang cergas,
berdisiplin tinggi, berfokus dan taat akan perintah dan arahan ketua.
o Dua bentuk latihan diutamakan iaitu:
❖ Latihan bahasa hukuman/ perintah kawad
❖ Latihan pergerakan
o Objektif kawad kaki adalah untuk
❖ Membentuk peribadi individu
❖ Menyemai semangat taat setia dan mematuhi arahan atau perintah
❖ Menanam perasaan yakin
❖ Membentuk semangat dan peribadi yang cergas, setia dan bertata tertib
❖ Menanam dan menyemai semangat dan sikap kerjasama
❖ Menanam dan menyemai sifat-sifat yang teratur, kemas, berdisiplin dan
berhemah tinggi
o Kawad kaki mengandungi lima elemen utama iaitu:
❖ Kawad statik
❖ Kawad dinamik
❖ Kawad asas
❖ Kawad farmasi
❖ Kawad kehormatan

110


BAHASA HUKUMAN KAWAD

1) Tiga asas dalam membina bahasa hukuman kawad
• Ingatan:
Memberi peringatan kepada skuad/ kumpulan apa yang akan mereka buat.
• Harkat/ amaran:
Peringatan yang Panjang terhadap perbuatan atau pergerakan yang akan
dilakukan oleh skuad
• Perbuatan:
Arahan perbuatan yang patut dlakukan oleh skuad (dilafazkan dengan suara
yang amat nyaring oleh komander/ pemimpin kawad

2) Contoh bahasa hukuman kawad:

BAHASA HUKUMAN KAWAD TINDAKAN

BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA INGATAN
KE KANAN… HARKAT/ AMARAN
PERBUATAN
PUSING

3) Latihan asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
• Masuk Baris
• Sedia
• Luruskan barisan
• Paras
• Senang Diri
• Rehatkan Diri
• Keluarkan Baris
• Pusing ke kenan
• Pusing ke kiri
• Pusing/ Menghadap ke belakang
• Pusing/ menghadap ke hadapan
• Kawad jalan kaki
• Berhenti semasa berkawad/ jalan kaki
• Bersuarai

111


KAWAD STATIK DAN DINAMIK

KAWAD TUJUAN ARAHAN

STATIK DAN

DINAMIK

Masuk Baris Hukuman ini diberikan apabila “DENGAR SINI SEMUA SEKALI, APABILA

latihan kawad hormat hendak MENDAPAT HUKUMAN TIGA/DUA.SATU

dimulakan atau selepas skuad BARISAN DI HADAPAN SAYA, SKUAD

berada dalam kedudukan HENFAKLAH SEDIA, BERLARI,

KELUAR BARIS iaitu berehat BERBARIS DALAM TIGA/DUA/SATU
BARISAN DI HADAPAN”

“FAHAM ITU SKUAD”

TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA…

GERAK!

Paraskan Hukuaman ini diberkan sleepas YANG TINGGI KE KANAN, YANG
Skuad
skuad berada dalam kedudukan REKNDAK KE KIEI DALAM SATU

SEDIA BARISAN…. GERAK!

(Skuad akan bergerak dengan cara

berpusing ke kenan selaku KELUAR BARIS

dan terus membentuk satu barisan Panjang

di hadapan pemimpin)

NOMBOR!
(Skuad akan menyebuat nombor masing-
masing secara kuat/nyaring bermula dari
sebelah kanan.)

NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE
HADAPAN, NOMBOR GENAP SATU
LANGKAH KE BELAKANG… GERAK!

ORANG DISEBELAH KANAN SEKALI,
DIAM!

112


(Hukuman ini diberi sebagai tanda orang di
sebelah kenan sekali sebagai PENANDA
KANAN)

NOMBOR GANJIL KE KANAN, NOMBOR
GENAP KE KIRI BARISAN, KANAN DAN
KIRI …PUSING!

Luruskan JADIKAN TIGABARISAN, CEPAT JALAN!
Barisan (Skuad akan berjalan kea rah PENAND dan
mengambil tempat di barisan tengah,
belakang, hadapan dan seterusnya hingga
terbentuk tiga barisan)
Hukuman ini diberikan selepas KE KANAN… LURUS!
berada dalam kedudukan SEDIA (Skuad akan memandang ke kanan sambil
mendepakan tangan kanan merapati bahu
kiri rakan sebelah. Kemudian skuad
menghentikan kaki sambil meluruskan
barisan dan berhenti sebaik barisan telah
diluruskan)

PANDANG… DEPAN!
(skuad akan memandang ke hadapan
sambil menjatuhkan tangan kanan dan
Kembali dalam kedudukan SEDIA)

Senang Diri Hukuman ini diberikan selepas SENANG… DIRI

skuad berada dalam kedudukan

SEDIA Jika skuad berada dalam kedudukan

REHATKAN DIRI

BARIS!
(skuad akan berada dalam keadaan senang
diri)

113


Rehatkan Diri Hukuman ini diberikan selepas REHATKAN… DIRI!
skuad berada dalam kedudukan
SENANG DIRI

Sedia Hukuman ini diberikan selepas BARIS!
skuad berada dalam kedudukan BARIS… SEDIA!
REHATKAN DIRI

Jika skuad berada dalam kedudukan
SENANG DIRI!

BARIS…SEDIA!

Jika skuad berada dalam kedudukan
SENANG DIRI.

BARIS…. SEDIA!

Buka barisan Hukuman ini diberikan sele[as BUKA BARISAN…GERAK!

skuad berada dalam kedudukan (Barisan hadapan akan bergerak satu atau

SEDIA dua langkah ke hadapan. Barisan belakang

akan bergerak satu atau dua langkah ke

belakang)

Tutup barisan Hukuman ini diberikan selepas TUTUP BARISAN… GERAK!

skuad berada dalam kedudukan (Barisan hadapan akan bergerak satu atau

sedia dua langkah ke belakang. Barisan belakang

akan bergerak satu atau dua langkah ke

belakang)

Pusing ke Hukuman ini diberikan selepas BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA
kanan skuad berada dalam kedudukan KE KANAN…. PUSING!

SEDIA Atau
KE KIRI…. PUSING!

Atau
KE BELAKANG…PUSING!

114


Pusing ke kiri Hukuman ini diberikan selepas BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA
skuad berada dalam kedudukan KE KIRI…. PUSING!

SEDIA Atau
KE KIRI…. PUSING!

Atau
KE BELAKANG…PUSING!

Pusing/ Hukuman ini diberikan selepas BARIS AKAN MENGHADAP KE

menghadap ke skuad berada dalam kedudukan BELAKANG

belakang SEDIA KE BELAKANG….PUSING!

Atau
KE KANAN…. PUSING!

Atau
KE KIRI… PUSING!

Kawad Jalan Hukuman ini diberikan selepas DARI KIRI, CEPAT…JALAN!

Kaki skuad berada dalam kedudukan Atau

SEDIA DARI KANAN, CEPAT…JALAN!

Atau
DARI DEPAN, CEPAT…JALAN!

Berhenti Hukuman ini diberikan selepas BARIS, BERHEN….TI!

semasa skuad berada dalam kedudukan (Hukuman BERHENTI akan dilafazkan

berkawad atau KAWAD JALAN KAKI atau dengan cara suku kata TI disebut sebaik

jalan kaki HENTAK KAKI sahaja kaki kiri skuad mencecah ke tanah

Keluar baris 1.Hukuman ini diberikan selepas KELUAR…. BARIS!

skuad berada dalam kedudukan

SEDIA

2. Hukuman keluar baris akan

diberikan jika skuad hanya

berhenti rehat dan aka nada

perbarisan, kawalan hormat atau

kawad kaki lagi selepas itu.

Skuad 1.Hukuman ini diberikan selepas BERSU….RAI!
Bersurai
skuad berada dalam kedudukan (Pergerakan BERSURAI sama seperti

SEDIA pergerakan ketika KELUAR BARIS)

115


2.Hukuman bersurai akan
diberikan setelah aktiviti
perbarisan, kawalan hormat atau
kawad kaki tamat dan akan
bersambung pada waktu atau
hari yang lain.

116


KAWAD FORMASI
Kawad farmasi melibatkan pergerakan kawad asas dan juga pergerakan bukan kawad asas
yang diselitkan dengan pelbagai unsur gerak yang menarik. Kawad farmasi dipelajari untuk
menghasilkan kepelbagain gerak kawad yang unik.
Unsur gerak

o Keindahan Gerak
o Kekayaan getak Formasi
o Unsur Penghayatan
o Unsur suara
o Gerakan Penutup
Syarat-syarat kawad formasi
o TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up, atau

“psst”, sama ada oleh individu dalam platun atau luar platun, bagi mengendalikan
platun
o Isyarat memulakan formasi dibenarkan daripada ketua platun sahaja.
o Unsur suara

- Unsur suara yang dibenarkan dalam platun adalah BUKAN bertujuan untuk
memberi hukuman/ arahan kawad formasi.

- contoh unsur suara yang dibenarkan ialah seperti teriakan slogan secara
serentak atau berkumpulan.

o Ketua skuad boleh masuk dalam persembahan formasi.
o Pergerakan setiap formasi hendaklah menghadap ke hadapan dan pengedimulakan

dan ditamatkan dengan 3 barisan rakan ke kanan lurus.
o Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikuti prosedur tabik

yang sah dalam disiplin kawad kaki. Contoh seperti tabik sambil melompat atau
dengan sebelah kaki atau seumpanya tidak dibenarkan sama sekali.

117


Pertolongan Cemas

1. TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS
Menyelamatkan nyawa
- Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa (pendarahan, lecur,

terbakar, pernafasan)
Mengelakkan dari bertambah teruk
- Memberi rawatan yang betul & pantas untuk mengelakkan luka dan keadaan

pesakit bertambah buruk
Mengurangkan kesakitan
- Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberi

kelegaan kepada pesakit

2. PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
Menyelamatan nyawa
Mengurangkan kesakitan
Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
Mendapat bantuan doctor atau menghantar pesakit ke hospital

118


3. ANDUH DAN BALUTAN

Jenis-Jenis Anduh
Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan untuk
mengampu anggota badan yang cedera.

Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti pertolongan
cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dalam pelbagai situasi.
Kain anduh yang baik berukuran satu meter.

1. ANDUH BESAR 2. ANDUH MENAIK

3. ANDUH KECIL 4. ANDUH PERGELANGAN TANGAN

5. PEMBALUT CINCIN
119


Jenis-Jenis Pembalut

Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi sebagai pembalut dan
pengikat di bahagian anggota yang cedera. Pembalut juga berfungi sebagai
pembantu pembebatan. Setelah luka dicuci atau dibersihkan, luka tersebut akan
ditutup dengan pembalut untuk mengelak pendarahan dan jangkitan kuman.

1. PEMBALUT TIGA SEGI 2. PEMBALUT LEBAR

2 PEMBALUT KECIL 4. PEMBALUT GULUNG

120


Pembebatan (Dressing)
Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan diikuti balutan luka
dengan kain kasa atau steril pada kulit yang cedera.
Tujuan:

➢ Mengurangkan kesakitan.
➢ Menggalakkan penyembuhan luka.
➢ Memperbaiki kosmetik kulit.
➢ Mengawal penyebaran mikroorganisme.
➢ Mengawal kontaminasi luka.
➢ Memberi tekanan pada tempat tercedera.
➢ Mengawal pendarahan.
➢ Mengawal kecederaan lanjut.

Pembebatan ada tiga jenis, iaitu:
a. Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan keselamatan;
b. Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka; dan
c. Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm

Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka:
a. Bersihkan tangan terlebih dahulu.
b. Digalakkan memakai sarung tangan.
c. Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat dan membalut

luka. Saiz kain perlulah lebih besar daripada kawasan luka.
d. Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan pembebatan dan

pembalutan.
e. Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian luka.

121


Merawat Luka Dan Gigitan:
Merawat luka:
Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan
berlakunya pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar
atau dalam badan disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.

Pendarahan ada tiga jenis, iaitu:
Pendarahan Luaran (external):

 luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti pisau;
 luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau dawai;
 luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang tumpul; dan
 luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum dan tembakan.
Pendarahan Dalaman (internal):
 perut – muntah berdarah;
 rahim – tumpah darah;
 tali usus – darah pada dubur;
 buah pinggang – kencing berdarah;
 paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah; dan
 tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung
Pendarahan Dalaman Tanpa Kesan:
 limpa dan hati pecah
 pendarahan dalam otak.

122


Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
Luka terbuka:
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan
pendarahan atau tumpahan darah yang banyak, renjetan dan jangkitan kuman.

Luka tertutup:
Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan darah berlaku
dalam tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera menjadi lebam.

Cara merawat luka terbuka:
Luka-luka kecil:
(a) Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja;
(b) Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman.
(c) Langkah-langkah rawatan:

1. Bersihkan tangan dengan sabun.
2. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
3. Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
4. Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril.
5. Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
6. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
7. Gunakan pembalut untuk memegang plaster.

123


Luka-luka kecil yang ada benda asing:
Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca atau serpihan
kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana dibimbangi akan
menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan pendarahan.

Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:
1. Bersihkan tangan dengan sabun.
2. Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
3. Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
4. Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala yang sudah
disteril.
5. Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan tekanan yang teguh
ke atas kedua-dua bahagian atau atau persekitaran objek.
6. Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan
kuman.
7. Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan objek.
8. Bawa mangsa/pesakit ke hospital.

Merawat gigitan:
Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan memindahkan kuman ke tisu
badan manusia kerana kuman terdapat pada mulut kebanyakan binatang. Semua gigitan
memerlukan rawatan perubatan dengan segera.

Tanda-tanda gigitan:
➢ Luka yang dalam di daging.
➢ Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.

Kaedah rawatan:
1. Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
2. Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.
3. Balut dengan pembalut steril.
4. Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital
berdekatan.

124


Jika digigit anjing:
1. Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
2. Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan cecair
antiseptik.
3. Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.
4. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

** Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah
daripada anjing yang tidak dikenali.

125


Melecur, Pitam dan Patah:
Melecur:
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap atau minyak panas.
Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada kesakitan dan renjatan yang serius
selepas kemalangan, ia juga akan meninggalkan kesan parut.
Terbakar:
Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena haba kering.
Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api, objek panas, bahan kimia
atau arus elektrik.

Ketenatan mangsa bergantung kepada:
➢ Luas permukaan yang cedera.
➢ Tempat yang terbakar atau melecur.
➢ Tahap terbakar.
➢ Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.

Jenis terbakar atau melecur:
➢ Luar – Terbakar pada bahagian kulit.
➢ Dalam – Terbakar dalam rongga atau perut.

126


JENIS SEBAB-SEBAB SEBAB-SEBAB
JENIS Bahan api atau api.
Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur
PANAS KERING atau
puntung rokok.
PANAS LEMBAB Geseran
BAHAN KIMIA Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak
Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.
RADIASI Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput
atau alkali.
ELEKTRIK Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra
violet)
Terdedah kepada punca-punca radioaktif.
Arus elektrik yang rendah seperti perkakas rumah.
Kilat dan petir.
* Terbakar disebabkan arus elektrik akan melibatkan
dua tempat luka sahaja.

Tahap kecederaan:
Tahap pertama (Superficial burn):
Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ia melibatkan bahagian
epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan kemerah-merahan.
Tahap kedua (Intermidiate burn)
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit kelihatan kemerah-
merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa sakit.
Tahap ketiga (Deep burn):
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau putih kering. Rasa
sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.

127


Tanda-tanda terbakar atau melecur:
➢ Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.
➢ Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerah-merahan pada tahap awal,
merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua.
➢ Pengaliran keluar plasma.
➢ Renjatan.

Tindakan yang perlu diambil:
Tindakan “3B‟

1. Burning stop – Padamkan.
2. Breathing maintain – Periksa pernafasan.
3. Body examine – Periksa tahap terbakar/melecur.

Tindakan “3C‟
1. Cool – Sejukkan.
2. Cover – Tutup bahagian yang terbakar.
3. Carry – Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.

Pengendalian am:
1. Hentikan kebakaran - air.
2. Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan).
3. Tentukan ia bernafas.
4. Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua selama 20 minit atau
sehingga kesakitan berkurangan.
5. Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
6. Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak berlaku
renjatan.
7. Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
8. Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera.

128


Pitam
Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat. Gejala ini terjadi
disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi dengan betul.
Antara penyebabnya ialah:

✓ Kekurangan darah di dalam otak;
✓ Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu;
✓ Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan pengsan.
Cara merawat:
1. Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
2. Longgarkan pakaian ketat.
3. Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan harum

ammonia.
4. Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
5. Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi atau teh

panas.

Patah
Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya secara langsung,
misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah kenderaan yang bergerak ATAU daya tidak
langsung, contohnya jika seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah dan bukannya
bola maka daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung lututnya.

Tanda-tanda patah tulang:
✓ Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang.
✓ Bengkak dan lebam.
✓ Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
✓ Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat ketara jika patah
berlaku di tulang paha atau pelvis.

129


Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah
pergerakan di sekeliling tempat yang terlibat
Cara merawat:

1. Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah pergerakannya
dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam, barulah dia dipindahkan.

2. Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk mencegah
pergerakan.

3. Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak terlalu kuat
kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah.

4. Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas dan bawah
anggota juga harus dicegah pergerakannya.

5. Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
** Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang banyak
dan tidak sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah.

130


Keracunan dan Terseliuh:
Keracunan
Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan terhadap toksik
(bahan-bahan beracun), sama ada berbentuk cecair atau gas yang boleh menyebabkan
penderitaan sementara atau berkekalan.

Tanda-tanda terkena keracunan:
• Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
• Mangsa mengalami sakit abdomen.
• Cirit birit mungkin terjadi.
• Tanda-tanda terkejut.
• Mungkin tidak sedarkan diri.

Arahan merawat
1. Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan bantuan
perubatan. Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan.
2. Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri).
3. Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin muntah).
4. Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR.
5. Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.
6. Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan:
7. Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.

Rawatan kecemasan:
1. Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun.
2. Hirup udara segar di ruang terbuka.
3. Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
4. Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan air.
5. Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan menggunakan air yang banyak.
6. Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat mata bagi setiap mata.

131


Terseliuh
- Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih. Pergerakan yang
melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan kecederaan pada ligamen (tisu
penyambungan antara tulang). Ligamen sama ada boleh meregang dengan
berlebihan, terkoyak atau terputus.
- Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan terseliuh
(sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel dan terseliuh walaupun kedua-
duanya melibatkan kecederaan pada ligamen.
- Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang melebihi
had sehingga menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal dan menjejaskan
struktur ligamen.
- Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi
yang melebihi had sehingga menjejaskan ligamen tetapi tulang tidak beralih dari
kedudukan asal.

Tanda-tanda ligamen terseliuh:
 Sakit-sakit.
 Bengkak.
 Bertambah sakit apabila bergerak.
 Pergerakan yang terhad.

Cara-cara merawat terseliuh:
1. Hadkan pergerakan anggota.
2. Gunakan konsep RICE:
R - Rest (Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa)
I - Ice (Letakkan ketulan [tuamkan dengan] ais pada bahagian yang cedera)
C - Compress (Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang cedera
dengan satu lapisan tebal kapas dan balut)
E - Elevate (Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera)
3. Dapatkan bantuan perubatan.

132


Pemulihan Pernafasan atau Cardio-Pulmonary Resuscitation (CPR):
(Sila rujuk Buku Panduan BSMM No. 7: Peraturan-peraturan dan Undang-undang Kursus,
Peperiksaan dan Persijilan BSMM)
1. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu mengambil

alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya pengaliran oksigen ke otaknya
berterusan.
2. Ingat petua ABC:
A - Saluran Udara (Airway): Pastikan saluran udara terbuka.
B - Pernafasan (Breathing): Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-
parunya dan mengoksigenkan darah.
C - Peredaran (Circulation): Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan
memampatkan dada.

Cara-caranya:
A - Saluran Udara Terbuka:

1. Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya dan
bersihkan tempat di sekeliling mulut.

2. Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang perlahan-lahan.
3. Tarik rahangnya ke atas.

133


B - Pernafasan:

1. Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutup dan hembus
ke dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya mengembung. Jika pesakit adalah
seorang bayi atau kanak, letakkan mulut anda di atas hidung dan mulutnya semasa
menghembus.

2. Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus. Kemudian ulang
tindakan menghembus. Jika tiada pertukaran udara, periksa semula kedudukan
kepala dan rahang pesakit serta lihat sama ada lidahnya menghalang saluran udara.
Cuba sekali lagi.

3. Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing pesakit ke
sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali untukmengeluarkan sebarang benda
asing daripada tekak.

4. Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga pesakit mula
bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa beberapa jam sebelum sesorang
pesakit itu pulih.

5. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa hangat dan
baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih semula.

C - Peredaran (Mampatan Luar Dada):

1. Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut, walaupun
hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat dirasai. Jika jantung belum
berdenyut lakukan perkara ini:
I. Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.
II. Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan kanan anda di
atas rawan dengan tangan kiri di atas tangan kanan.
III. Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini (Tekan…
Lepaskan… Tekan… Lepaskan…) Apa yang kita buat ini adalah dengan
menekan jantung mangsa dan memaksa darah mengalir ke seluruh badannya.
Ini menggantikan denyutan jantung.
IV. Selepas 30 mampatan, berikan dua bantuan pernafasan dari mulut ke mulut.
Teruskan dengan ritma 30 kepada dua sehingga jantung mangsa berdenyut
secara normal.

134


CPR untuk Orang Awam

CPR ialah satu teknik, yang boleh menyelamatkan nyawa, tanpa menggunakan alat-alat
yang canggih dan kepakaran yang boleh diperolehi di hospital.

Anda boleh melakukan dengan teknik ini dengan tangan, mulut dan fikiran yang logik.

BILA CPR BOLEH DILAKUKAN?

CPR boleh dilakukan apabila seseorang itu telah

1. Tidak Sedarkan Diri
2. Tiada bernafas
3. Tiada denyutan nadi di karotid

Langkah-langkah CPR

1. Penilaian-Tentukan mangsa tidak sedarkan diri.
2. Cuba dapatkan bantuan dan panggil ambulan.
3. Betulkan kedudukan mangsa.
4. Buka saluran pernafasan-Dongakkan kepala dan angkat dagu.
5. Penilaian Pernafasan-Tentukan mangsa tidak bernafas-Dengan bunyi pernafasan,

rasa haba panas yang keluar dari mulut dan hidung mangsa, lihat pergerakan
dadanya (5-10).
6. Beri 2 kali pernafasan (11/2-2 saat setiap hembusan).
7. Penilaian peredaran darah-Tentukan ketiadaan nadi karotik (5-10).
8. Jika tiada nadi, lakukan pemulihan jantung dengan memberikan 30 kali tekanan
keatas tulang stermum sedalam 1 ½ -2 inchi mengikut kadar 80-100 kali tekanan
seminit di ikuti 2 hembusan pernafasan.
9. Berlakukan CPR sehingga:

a. Sehingga Ambulan sampai
b. Sehingga ada orang yang tahu tentang CPR ambil ahli dari penyelamat
c. Sehingga mangsa ada nafas dan nadi.
d. Sehingga penyelamat keletihan
10. Jika nadi ada, pastikan mangsa bernafas. Jika tiada bernafas-beri bantuan
pernafasan sekali hembusan setiap hembusan setiap 5 saat dengan kadar 12 kali
seminit.
11. Jika mangsa sudah mula bernafas-pastikan tahap kesedaran mangsa semula, jika
12. masih tidak sedar diri, letak mangsa dalam kedudukan kemulihan sehingga Bantu
perubatan tiba. Setiap 5 minit periksa nadi dan pernafasan.

135


Click to View FlipBook Version