The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Asyraf Abdullah Zawawi, 2020-10-18 10:44:42

INSPIRASI MENGEJAR IMPIAN

Roslan Osman
Nazirah Ali

1

MENGEJAR IMPIAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KULIM,
KULIM KEDAH

1

MENGEJAR IMPIAN

Roslan Osman | Nazirah Ali


1

HAK CIPTA TERPELIHARA

HAK CIPTA TERPELIHARA. Tidak dibenarkan memetik atau mencetak kembali mana-
mana bahagian isi buku ini dalam apa jua dan dengan cara apapun, baik secara elektronik,
fotokopi, mekanik atau yang lain-lain sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada
Penerbit.

Tidak ada sebarang bahagian dari dalam buku ini yang boleh diterbitkan semula dalam apa
jua bentuk tanpa kebenaran bertulis dari pemegang Hak Cipta buku ini

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Inspirasi MENGEJAR IMPIAN
| Roslan Osman ||Nazirah Ali|

013-4414191
ISBN 978-967-14376-3-6

Buku ini diterbitkan untuk membantu memberi maklumat kepada pembaca. Istimewa juga
penerbitan buku ini khusus untuk mencari dana bagi membantu membangunkan anak-anak
KASEH.

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK KEDAH (KASEH) NGO_KASEH
Diterbitkan Oleh :

Rizq Kaseh
2045, Kulim Utama Fasa 2

09000 Kulim, Kedah
013-441 4191 /019-4754191

1

K Salam Inspirasi 1
A Proses Perancangan Kerjaya 3
N Penggunaan Teknik Psikometrik Dalam Pemilihan Kerjaya 8
D Proses Perancangan Kerjaya 11
U - Langkah 1 ( Kenal Diri )
N Proses Perancangan Kerjaya 17
G - Langkah 2 ( Meneroka Dunia Pekerjaan )
A Kenali Dan Fahami Kerja 25
N 26
- Perakaunan 27
- Kejuteraan 29
- Perubatan 33
- Perguruan 37
- Penerbangan 42
- Perundangan 49
- Teknologi Digital
Proses Perancangan Kerjaya 58
- Langkah 3 ( Membuat Keputusan )
Matlamat Kerjaya 60
Bina Matlamat Kerjaya 61
Pelan Tindakan/ Strategi Untuk Kenalpasti Kerjaya Pilihan 62
Proses Perancangan Kerjaya 69
- Langkah 4 ( Mengambil Tindakan )
Langkah Penting Untuk Pelajar Tingkatan 5
Zoom Hala Tuju Selepas SPM
Penyediaan Markah Merit
Dasar Dan Prosedur Kemasukan Ke Program Pengajian
Asasi, Diploma Dan Sijil Di UA, Politeknik, Kolej Komuniti
Dan Ilka Bagi Lepasan Spm Sesi Akademik

1

Asasi Ipta: 85

Asasi Terbuka

Asasi Tertutup

Asasi Untuk Bumiputera

Asasi Untuk Bumiputra Dan Bukan Bumiputra

Matrikulasi 92

Program Dan Jurusan Ditawarkan

Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi Sistem Dua

Semester

- Jurusan Sains

- Jurusan Kejuteraan
- Jurusan Perakaunan
- Jurusan Perakaunan Profesional
Syarat Kelayakan Minimum Program Matrikulasi Sistem

Empat Semester

Apakah Program Matrikulasi Profesional

Isu Lazim Pelajar Yang Dijawab Oleh KPM

Pra-U (Tingkatan Enam ) 97

Diploma 103

Pengambilan Universiti KeDua 104

( Pengambilan Terus Oleh Pihak Universiti )

1

Salam Inspirasi

A lhamdulillah akhirnya Inspirasi MENGEJAR IMPIAN ( Edisi Khas
SMK Kulim, Kulim Kedah - Kad Inspirasi ) berjaya juga dihasilkan.
Syukur ke hasrat Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang telah
memberi inspirasi kepada kami untuk terus berkarya.

Penghargaan yang tidak terhingga buat kedua ibu dan ayah yang melahir dan
mendidik kami. Teristimewa juga buat anak-anak tersayang, terima kasih atas
pengorbanan masa dan sokongan, Faizah, Faiz, Faris, Farhan, Fikri, Qaseh dan
Rizqi. Kamu semua adalah kekuatan abah dan ibu.

Ucapan terima kasih yang khusus ditujukan kepada YBhg. Profesor Dr Sidek
Mohd Noah, yang banyak memberi tunjuk ajar dalam mempertingkatkan ilmu kami
dalam bidang pendidikan kerjaya dan pembangunan modal insan. Juga jutaan
terima kasih atas doa dan ilmu dari Sifu Kaunseling Dato’ Amir Awang yang sentiasa
memberi dorongan dan peransang untuk kami terus berkarya dan menyiapkan buku
ini.

Adalah diharapkan buku ini dapat membantu anak-anak pelajar melalui
proses perancangan kerjaya yang terancang. Perjalanan hidup ini perlu dirancang
dan teruskan usaha untuk menjadi insan yang bukan sahaja berjaya di dunia, malah
akhirat juga.

Diharapkan buku ini dijadikan panduan oleh pihak sekolah khususnya guru
bimbingan dan kaunseling untuk proses membangunkan anak-anak pelajar.

Semoga buku ini menjadi inspirasi kepada ramai
orang dan memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan
Malaysia mencapai visi seratus peratus (100%) pelajar
sebelum meninggalkan alam persekolahan telah
mempunyai Profil Halatuju Pendidikan
dan Kerjaya yang jelas.

Selamat berinspirasi.

11

Saya bukan

BANGUN belajar berjalan
dan berlari

Sebelum Belajar TERBANG TINGGI
Anda MAMPU
Jika anda MAHU

12

WAJIB BUAT

PERANCANGAN KERJAYA

KENAL DIRI

MENEROKA DUNIA
PEKERJAAN

MEMBUAT KEPUTUSAN

MENGAMBIL
TINDAKAN

PROSES PERANCANGAN KERJAYA

3
1

Adalah Proses Berterusan

Meneroka kehidupan, tempat Fikirkan tentang minat,
nilai, kemahiran dan
kerja dan pilihan tempat kecenderungan
kerja yang bersesuaian

Pastikan kerja itu sesuai
dengan personaliti diri dan
persekitaran

Berterusan mencari keselarasan dan belajar merancang
untuk mengendalikan peluang ke arah perubahan kehidupan

yang lebih baik.

4
1

PERANCANGAN KERJAYA

ADALAH
PROSES

PEMBELAJARAN
SEPANJANG
HAYAT

Berlaku
KETIKA

Masih Bersekolah

Tamat Persekolahan

Sudah Berkerja

Rogers –“MANUSIA SENTIASA TUMBUH DAN BERKEMBANG”

1

KONSEP
PENDIDIKAN

USAHA
TANGGA
KEJAYAAN

RANCANG KERJAYA ANDA

FASA 1 FASA 11 FASA 111 FASA IV FASA V

KENAL DIRI BINA BERI TEKNIK ASAS TEKNIK
MOTIVASI LANJUTAN
MATLAMAT Buat Keputusan Plan Tindakan
Motivasi Kenali Pekerjaan
Motivasi Dalaman Luaran  Membaca  Temuduga
 Membuat Nota  Menulis
Kenali Dunia Pekerjaan  Kem  Menghadapi
 Bengkel Resume
 Minat Plan  Seminar Peperiksaan  Mengurus
 Menjawab
 Personaliti Tindakan Stress
Soalan
 Nilai  Pengurusan

 Pencapaian Masa

( Akademik )

 Kenalpasti
Kekuatan dan
Kelemahan
Diri

MODEL PERKEMBANGAN KERJAYA BERSEPADU
Sumber : Sidek Mohd Noah , 2018 : 156

16

JOM BANTU
DIRI

17

PENGGUNAAN TEKNIK PSIKOMETRIK DALAM
PEMILIHAN KERJAYA

Teknik Psikometrik adalah satu kaedah saintifik yang digunakan kaunselor
dalam membantu pelajar memilih kerjaya selaras dengan ciri-ciri mereka. Teknik
atau pendekatan ini sebenarnya adalah suatu pendekatan yang memerlukan
seorang kaunselor menggunakan ujian psikologi atau inventori yang bertujuan
untuk mengenal diri atau mengenal pasti potensi diri. Ujian seperti ujian minat
kerjaya, ujian personaliti nilai pekerjaan, ujian sikap, ujian konsep kendiri mungkin
digunakan.

Walaupun terdapat banyak jenis ujian, seorang kaunselor hanya perlu
menguasai dan menggunakan sekurang-kurangnya tiga alat ukuran iaitu ujian
minat kerjaya , ujian personaliti dan ujian nilai pekerjaan (Sidek Mohd Noah,
Wan Marzuki W.Jaafar, Johhary Othman, Nabilah Abdullah, Lihana Borhan, &
Abdul Malek Abdul Karim, 2009).

18

APLIKASI UJIAN PSIKOMETRIK DALAM
MEMBUAT PERANCANGAN KERJAYA

Antara Ujian Psikologi Atau Inventori Yang Digunakan Ialah :
1. UJIAN MINAT KERJAYA
Alat pengukuran untuk menentukan minat individu mengenai sesuatu
aktiviti dalam pekerjaan berdasarkan persekitaran kerja ( Nowak, 1986 ).
Ujian minat kerjaya secara umumnya boleh mengenal pasti potensi diri
individu dari sudut minat.
CONTOH:
i. Self- Direction Search ( SDS misalnya boleh digunakan untuk
mengenalpasti minat individu sama ada dalam bidang Realistik (R),
Investigatif, Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Convensional
(C ) ( Sidek Mohd Noah, 2016 ).

2. UJIAN PERSONALITI
Alat ukuran untuk menentukan sajauh mana seseorang itu mempunyai

tret atau ciri lain dengan mengukur sejauh mana persamaan gerak balas yang
diberi dengan kumpulan rujukan yang mempunyai tret atau ciri-ciri
berkenaan ( Shertzer & Linden 1979 ). Ujian personaliti secara umumnya
boleh digunakan untuk mengenal pasti personaliti individu yang berkaitan
dengan personaliti Agresif, Analitikal, Aunotomi, Bersandar, Ekstrovert,
Intelektual, Introvert, Kepelbagaian, Ketahanan, Kritik Diri , Mengawal,
Menolong, Sokongan, Struktur , Pencapaian dan Kejujuran
( Sidek Mohd Noh, 2016 ).
CONTOH :

i. InventorI Personaliti Warna (IPW)

91

3. UJIAN NILAI PEKERJAAN

Ujian nilai merupakan satu alat ukuran yang digunakan untuk mengukur
pelbagai nilai pekerjaan secara positif, negative atau neutral berdasarkan
keutamaan masing-masing. ( Nowak, 1986 ).
Contoh: Inventori Nilai Pekerjaan ( INPS)

4. UJIAN PENCAPAIAN

Ujian Pencapaian adalah satu alat yang digunakan untuk mengukur
pencapaian individu dalam matapelajaran tertentu (Nowak, 1086).
Contoh Ujian yang dikendalikan oleh guru di sekolah:

i. Ujian Bulanan
ii. Ujian Semester
Contoh Ujian Standard:
i. Sijil Pentaksiran Tingkatan Tiga ( PT3 )
ii. Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM )
iii. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

110

RANCANG KERJAYA ANDA
LANGKAH 1: KENALI DIRI

1

Apa yang penting
dalam kehidupan saya?

Di mana saya FIKIRKAN
sekarang?
Apa yang saya suka?
Ke mana saya ingin
pergi / berada? Apa kerjaya yang
ingin saya ceburi?

Apakah kekuatan / potensi diri sa

1

Ujian Personaliti

AKTIVITI KENAL DIRI

UJIAN TRET PERSONALITI

Inventori Tret Personaliti Kementerian Pendidikan Malaysia
131

Ujian Personaliti

AKTIVITI KENAL DIRI

Ujian Personaliti Warna

Inventori Personaliti Warna ini adalah inventori mengandungi 100 item yang
mempunyai format jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Respons individu kepada item-item
yang terkandung dalam alat ukuran ini dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri
personaliti individu. Inventori Personaliti Warna atau singkatannya IPW
mempunyai 4 skala iaitu skala Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Inventori Personaliti
Warna adalah satu alat ukuran yang dibina bertujuan untuk mengukur atau
mengenal pasti ciri-ciri personaliti berasaskan personaliti warna iaitu Emas, Hijau,
Biru dan Jingga.

114

Ujian Minat Kerjaya

AKTIVITI KENAL DIRI

Kenali Minat Kerjaya Anda

Setiap individu mempunyai personaliti yang berbeza. Personaliti adalah ciri-
ciri tingkah laku yang ada pada individu .

Melalui Teori Tipologi Kerjaya Holland , terdapat enam jenis trait personaliti
manusia iaitu Realistik (R ), Investigatif ( I ), Artistik ( A ), Sosial(S), Enterprising (
E ) dan Conventional ( C ).

Sekiranya pelajar menjalani ujian minat kerjaya Self Directed Search (SDS).
 Kenalpasti 3 skor yang paling tinggi
 Kod yang paling tinggi markah:

115

Ujian Minat Kerjaya
TAFSIRAN RIASEC

1. Realistik (Realistic) 2. Siasatan (Investigative)

Berkemahiran dalam kerja yang Mereka ini biasanya amat berminat
praktikal dan mekanikal. Mereka ini dengan pemerhatian, mempelajari,
suka bekerja dengan objek, mesin, menyelidik, menganalisa, menilai
peralatan, tumbuh-tumbuhan dan dan menyelesaikan masalah melalui
haiwan. Juga berminat bekerja penyelidikan serta berkemahiran
dalam situasi out door berbanding di dalam bidang saintifik dan
dalam pejabat matematik serta meminati kerjaya
bercorak teknikal
3. Kesenian (Artistic)
4. Sosial (Social)

Mereka yang berada dalam Mereka ini juga suka bekerja dan
kelompok ini memiliki kebolehan
kesenian, sangat kreatif dan berinteraksi sesama manusia. Suka
berinovasi. Juga mempunyai
kebolehan intusi iaitu suka bekerja memberitahu, menolong, melatih,
dalam situasi tidak atau kurang
berstruktur. Tidak minat dan tidak membuat kerja-kerja kebajikan
suka bekerja dalam keadaan yang
rutin atau berulang-ulang. Sentiasa untuk orang lain. Berkemahiran
menggunakan daya imiginasi dan
daya kreativiti. menggunakan tutur kata serta

5. Berdaya Usaha (Enterprising) mahir dalam komunikasi dan

mempunyai matlamat,

terutamanya adalah membuat

kebajikan.

6. Konvensional (Conventional)

Mereka ini amat suka dan minat Suka bekerja dengan data dan

bekerja dan berinteraksi sesama nombor. Mereka ini mempunyai

manusia. Berminat dalam kemahiran dalam bidang

mempengaruhi, mengarah, perkeranian serta mempunyai

memimpin dan menguruskan orang kebolehan dam kemahiran dalam

lain. Juga mahir dalam menggunakan nombor dan

memanipulasi. Namun melakukan sesuatu secara

matlamatnya adalah bagi mencapai terperinci, bersifat akur dan

keuntungan organisasi dan mengikut arahan.

keuntungan ekonomi.

116

LANGKAH 2: KENALI DUNIA PEKERJAAN

1

MENEROKA DUNIA PEKERJAAN 17

 Teroka jenis kerjaya yang anda minati
 Teroka kerjaya yang sesuai dengan kemahiran dan minat
 Kelayakan akademik yang diperlukan
 Apakah halangan yang ada
 Pilihan yang ada untuk kemahiran yang diperlukan untuk kerjaya ( ipt

yang tawarkan program)
 Kemahiran lain yang diperlukan
 Pedapatan/ Gaji dan insentif lain

1

KENALI DAN FAHAMI KERJAYA 18

Contoh: KERJAYA BIDANG KEJUTERAAN
- Kejuteraan atau Kejuteraan Teknologi

Selepas graduasi dari universiti, kemungkinan kedua-dua jenis pelajar ini
akan bekerja bersama-sama di satu tempat kerja yang sama.

1

PELAJAR KEJURUTERAAN: 19

Akan digelar jurutera. Selalu akan kerja yang melibatkan bahagian konsep

serta kajian dan pembangunan. Ramai yang berterusan sebagai jurutera. Ramai lagi

mengambil MBA dan membuka firma mereka sendiri.

PELAJAR TEKNOLOGI KEJURUTERAAN:
Pelajar yang melepasi program selama empat tahun akan digelar pakar

teknologi, manakala yang dua tahun akan digelar juruteknik.Biasanya akan bekerja
dalam sektor pembinaan, sektor pembuatan, iklan produk, ujian, servis teknikal dan
jualan.Boleh meneruskan pengajian ke bidang kejuruteraan, pengurusan fasiliti dan
pengurusan perniagaan. Sepanjang masa mengkaji tentang kemampuan
rekabentuk.

Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan adalah bidang-bidang profesional
yang berasingan tetapi berkait rapat. Program Kejuruteraan lebih memberi
tumpuan kepada teori dan reka bentuk konsep, manakala program Teknologi
Kejuruteraan biasanya memberi tumpuan kepada aplikasi dan pelaksanaan. Selain
itu, program Kejuruteraan biasanya memerlukan Matematik Kejuruteraan,
matematik tahap yang lebih tinggi, termasuk beberapa semester kalkulus dan sains
teori berasaskan kalkulus, termasuk Elektromagnetik dan Getaran. Program
Teknologi Kejuruteraan biasanya memberi tumpuan kepada algebra, trigonometri,
kalkulus gunaan dan kursus-kursus lain yang lebih praktikal daripada teori dalam
alam semula jadi, seperti pengawal mikro, penggerak, peredam, dan pengesan.

Dari segi peluang kerjaya, graduan daripada program kejuruteraan dipanggil
jurutera. Mereka sering mendapat kerja pada peringkat kemasukan yang

1

melibatkan reka bentuk konsep atau penyelidikan dan pembangunan. Siswazah dari
program empat tahun Teknologi Kejuruteraan dipanggil juruteknologi, manakala
graduan program dua tahun Teknologi Kejuruteraan dipanggil juruteknik. Golongan
profesional tersebut biasanya mendapat jawatan dalam sektor-sektor seperti
pembinaan, pembuatan, reka bentuk produk, ujian, atau perkhidmatan teknikal dan
jualan. Sememangnya, terdapat banyak pertindihan antara bidang. Jurutera boleh
meneruskan MBA dan membuka firma perundingan mereka sendiri, manakala
juruteknologi boleh menghabiskan keseluruhan kerjaya mereka dalam kerja-kerja
melibatkan reka bentuk.

1

MEMAHAMI KEPERLUAN BIDANG PEKERJAAN 21
( RUJUK IKLAN PENGAMBILAN )

1

MEMAHAMI KEPERLUAN BIDANG PEKERJAAN 22
( RUJUK IKLAN PENGAMBILAN )

1

KENALI DAN FAHAMI KERJA 23

Kerjaya dalam Bidang utama

1. Perakaunan
2. Kejuteraan
3. Perubatan
4. Perguruan
5. Penerbangan
6. Perundangan
7. Teknologi Digital

1

KENALI DAN FAHAMI KERJAYA 24
PERAKAUNAN

1

KERJAYA BIDANG KEJURUTERAAN

 Kejuruteraan adalah satu bidang professional yang popular dan sedang
berkembang pesat dalam pelbagai sektor di negara ini.

 Bidang kejuruteraan mempunyai pengkhususan tertentu seperti
kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber
asli, mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi
dan pertanian.

 Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia
(IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM).

 Memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf didalam bidang-
bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapatkan tauliah
jurutera professional.

26 1

LALUAN KELAYAKAN
DOKTOR PERUBATAN

27 1

CABANG BIDANG PERUBATAN.

1. Physiology (Fisiologi)
2. Surgery (Pembedahan)
3. Paediatrics (Kanak-kanak)
4. Medicine (Ubatan)
5. Optometri/ Ophtalmology (Mata)
6. Physiotherapy (Fisioterapi)
7. Orthopaedics (Tulang)
8. Oncology (Kanser)
9. Obstectrics & Gynaecology (Perbidanan & Sakit Puan)
10. Anaesthesiology (Bius)
11. Medical Microbiology & Immunology
12. Hematology (Kajian Darah)
13. Radiography / Radiology (X-Ray)
14. Biomedical Science
15. Pharmacy (Farmasi)
16. Otorhinolaryngology
17. Anatomy (Rangka)
18. Nursing Science (Sains Kejururawatan)
19. Pathology (Penyakit)
20. Forensics (Forensik)
21. Dentistry (Pergigian)
22. Prostetics (Anggota Badan Palsu)
23. Health Assistant (Pembantu Kesihatan)
24. Midwifery (Perbidanan)
25. Community Health (Kesihatan Komuniti)
26. Family Medicine (Perubatan Keluarga)
27. Parasitology & Entomology (Parasit / Serangga)
28. Environmental Health / Science (Kesihatan Alam Sekitar)
29. Veterinar (Haiwan)

218

KERJAYA DALAM BIDANG PERGURUAN

LALUAN MENJADI GURU

1. LALUAN SPM - IPG - SK
Ini antara laluan paling mudah bagi menjadi seorang guru. Pelajar lepasan

SPM yang mendapat keputusan cemerlang ( 5A dan ke atas) boleh memohon
kemasukan ke Institut Perguruan Malaysia (IPGM) . Mereka ini akan dilatih
selama 1 tahun persediaan dan 4 tahun tambahan bagi program Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan. Seterusnya akan berkhidmat sebagai guru di Sekolah
Rendah. Malah bagi meningkatkan kualiti pendidikan guru, KPM juga
menyediakan laluan khas terus temuduga kepada pelajar lepasan SPM yang
mendapat straight A yang berminat untuk menjadi guru.

2. Laluan SPM - Matrikulasi - Universiti - SMK
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi guru di sekolah menengah, ada

laluan lain yang boleh anda cuba. Selepas mendapat keputusan yang baik untuk
SPM, anda boleh memohon masuk ke Kolej Matrikulasi. Secara umumnya,
keputusan SPM anda perlu lah kredit bagi semua subjek. Semasa di Kolej
Matrikulasi, dapatkan keputusan peperiksaan yang bagus untuk memohon
universiti yang menawarkan program bagi perguruan.

291

3. Laluan SPM - STPM - Universiti - SMK
Ada juga pelajar yang mahu menjadi guru sekolah menengah ataupun guru

bagi subjek yang diajar di sekolah menengah, seperti Kimia, Fizik, Biologi,
Ekonomi, Perdagangan dan lain-lain, maka mereka boleh memilih laluan ini.
Iaitu menyambung ke Tingkatan 6, dan seterusnya sambung belajar di
universiti.

4. Laluan STPM - Universiti - SMK
Laluan ini adalah lebih kurang seperti laluan di atas, di mana pelajar

Tingkatan 6 yang mendapat keputusan STPM yang cemerlang, kemudiannya
sambung belajar program perguruan di universiti. Majoriti daripada mereka
akan dipostingkan untuk mengajar di sekolah menengah, kecuali jika
dinyatakan subjek di sekolah rendah.

5. Laluan Diploma - Universiti - SMK
Laluan ini pula adalah laluan bagi mereka yang menyambung pelajaran ke

peringkat Diploma terlebih dahulu. Setelah memiliki Diploma, maka bolehlah
memohon bagi sambung belajar untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda khusus
dalam bidang perguruan di universiti yang menawarkan. Tambahan 4 tahun
lagi bagi menyiapkan pengajian di peringkat ini. Namun ada juga universiti
yang membenarkan beberapa subjek Universiti dikecualikan, maka dapatlah
siapkan ijazah ini dengan tempoh yang lebih pendek.

301

6. Laluan Ijazah - DPLI - SMK
Ini pula adalah laluan bagi mereka yang sudah mempunyai ijazah sarjana

muda, tetapi dalam bukan bidang perguruan. Maka anda bolehlah memohon
kursus DPLI, iaitu Diploma Perguruan Lepasan Ijazah. Bezanya dengan kursus
KPLI yang biasa kita dengar adalah DPLI dilaksanakan di universiti, bukan
di IPG seperti KPLI. Dan juga DPLI adalah bagi guru untuk sekolah
menengah, manakala KPLI adalah bagi guru untuk sekolah rendah.

7. Laluan Ijazah - KPLI - SK
Ini adalah laluan perguruan yang paling biasa kita dengar, iaitu KPLI,

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Kini lepasan KPLI hanyalah untuk bakal
guru yang dipostingkan ke sekolah rendah sahaja. Nak sekolah menengah, anda
boleh cuba DPLI seperti di atas. KPLI dilaksanakan di IPG, selama 1 tahun.
Walau bagaimanapun, atas faktor bilangan guru dan subjek yang tidak
seimbang dan berlebihan, faktor pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan ISMP
yang tidak dapat posting, maka program ini dikurangkan pengambilannya.

Jika ada pun hanya terhad kepada subjek kritikal seperti Bahasa Inggeris,
KHB, Pendidikan Khas dan lain-lain lagi yang diperlukan dalam kadar yang
segera. Jika dibuka pun, saingannya sangat lah sengit. Semoga berjaya!

8. Laluan Ijazah - JQAF - SK
Bagi mereka yang memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam, Bahasa

Arab atau yang berkaitan dengannya, maka anda boleh cuba laluan ini. Mereka
yang memohon dan ditawarkan program ini, diberi peluang untuk terus menjadi
Guru JQAF di sekolah yang ditetapkan. Dalam masa yang sama, pada waktu
cuti sekolah, mereka harus mengikuti pengajian semasa cuti sekolah selama 2
tahun. Selesai saja program JQAF ini, maka akan ada reposting semula.
Bergantung kepada nasib dan kekosongan, tempat posting mungkin boleh jadi
sekolah lama, atau pun sekolah baru.

31 1

9. Laluan Ijazah - MRSM
Selain daripada itu, anda juga boleh cuba nasib untuk menjadi guru MRSM,

Maktab Rendah Sains MARA, terutamanya jika anda pernah ada kena mengena
dengan MARA. Sama ada bekas pelajar, bekas penerima biasiswa MARA atau
apa-apa yang berkaitan dengan pendidikan MARA. Caranya boleh tengok iklan
di MRSM tertentu dari masa ke semasa. Ini bergantung kepada kekosongan
subjek dan keperluan. Seperti guru lain juga, program perguruan bagi guru
sebegini dijalankan semasa cuti sekolah.

10. Laluan Ijazah - Sekolah Swasta
Jika dah cuba MRSM dan sekolah lain, tapi belum ada rezeki, maka anda

boleh cuba memohon sebagai guru sekolah swasta dan sekolah antarabangsa.
Keperluannya tentulah lebih bersifat memilih pada subjek, kelayakan bakal
guru dan juga kelebihan tertentu. Laluan ini merupakan satu laluan yang baik
bagi mereka yang sentiasa inginkan cabaran dalam bekerjaya. Gaji pun tentu
lebih lumayan jika dibandingkan dengan guru-guru kerajaan. Risikonya
menjadi guru di sekolah sebegini, kontrak takkan disambung jika tidak
menunjukkan prestasi yang membanggakan.

11. Laluan Ijazah - Teach for Malaysia - SMK/ SK
Ini satu lagi laluan baru yang saya dapat tahu. Anda boleh sertai NGO

Teach For Malaysia yang aktif dalam menyediakan guru-guru bagi subjek
kritikal di sekolah-sekolah yang sangat memerlukan guru. Mereka yang
memohon bagi mengikuti program Teach For Malaysia ini akan disaring dan
diberikan sekolah untuk posting. Semasa hujung minggu mereka perlu
menghadiri kursus pemantapan perguruan bersama-sama rakan Teach For
Malaysia yang lain. Kontrak adalah selama 2 tahun, seterusnya mereka boleh
memilih untuk terus menjadi guru atau berhenti.

1 32

KERJAYA DALAM BIDANG PENERBANGAN

Bidang penerbangan bukan sahaja mempunyai publisiti meluas dalam
kalangan masyarakat, malah turut dianggap bidang glamor dan berprestij yang
menjadi impian, terutama ketika zaman kanak-kanak.

Di samping menjanjikan pendapatan tinggi, perubahan demi perubahan
teknologi dalam bidang berorientasikan penerbangan ini turut menjadi daya penarik
untuk seseorang itu mendalami dan menceburinya.

KURSUS-KURSUS DALAM PENERBANGAN

1. Aircraft Maintenance
2. Aviation Safety
3. Cabin Crew
4. Civil Aviation
5. Helicopter Training
6. Jurulatih Penerbangan
7. Kawalan Trafik Udara
8. Kejuruteraan Aeronautik
9. Latihan Juruterbang
10. Pengurusan Penerbangan
11. Transport Aviation

33 1

KURSUS-KURSUS DALAM PENERBANGAN

Kursus individu boleh menjadi cara yang bagus untuk pelajar mempelajari
kemahiran yang berharga dalam tempoh yang lebih singkat. Kedua-dua bidang
tumpuan dan kursus panjang mungkin jauh berbeza, membolehkan pelajar
pendekatan yang fleksibel untuk jadual mereka. Dalam banyak kes, kursus individu
boleh diambil sebagai tambahan kepada jumlah tumpuan akademik seseorang,
dengan itu menyediakan satu latar belakang pendidikan yang sempurna.

APAKAH KURSUS DALAM PENERBANGAN?

Untuk bakal juruterbang, kursus penerbangan boleh menjadi cara yang baik
untuk memulakan kerjaya yang panjang dan berjaya. Kursus ini merangkumi
pelbagai latihan penting untuk juruterbang, termasuk mereka yang mencari
pekerjaan dengan syarikat penerbangan komersial dan persediaan untuk program
pengajar penerbangan. Kursus ini merangkumi pelbagai topik, daripada memulakan
proses pendaftaran untuk latihan penerbangan sebenar. Pelajar boleh mendapatkan
akses kepada wawasan berminat daripada profesional industri, serta mengetahui
lebih lanjut mengenai ilmu penerbangan praktikal.

Pelajar yang mengikuti kursus penerbangan kemungkinan besar akan
mengambil bahagian dengan pelbagai peluang yang menarik di seluruh dunia.
Kursus ini juga memberikan pelajar kemampuan untuk memulakan perniagaan
mereka sendiri dengan menggunakan pengetahuan yang terakru sepanjang tempoh
pengajian mereka, serta bekerja dalam industri penerbangan dalam pelbagai fungsi.

Seperti lain-lain jenis kursus, yuran pengajian boleh dipengaruhi oleh
beberapa faktor. Ini boleh termasuk institusi pendidikan di mana kerja kursus
sedang berlaku, dan panjang keseluruhan kursus yang berkenaan. Setiap pelajar
perlu mengambil faktor-faktor ini kira apabila membuat keputusan.

Bidang penerbangan boleh memberikan pelbagai pilihan kerjaya yang
menarik untuk graduan. Selain daripada latihan penerbangan, pelajar juga boleh

34 1

melanjutkan beberapa jawatan lain yang berjaya selepas tamat pengajian. Ini
termasuk kedudukan sebagai pengirim, pekerjaan dalam bidang kawalan trafik
udara, serta juga prospek penyelenggaraan penerbangan. Bagi mereka yang
berminat dalam kegiatan perniagaan, jawatan pengurusan di syarikat penerbangan
utama juga kemungkinan.

KERJAYA BERORIENTASI PENERBANGAN

Latihan Praktikal Membolehkan Penuntut Lebih Terbiasa Komponen
Dan Bahagian Kapal Terbang.

351

Antara Universiti yang menawarkan berkaitan khususnya penyenggaraan
pesawat ialah UniKL Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL Miat).
Selain penyenggaraan pesawat, ia juga menawarkan kursus peringkat Ijazah
Sarjana Muda Pengurusan Penerbangan khusus untuk bakal pengurus yang akan
menerajui bidang ini secara total dari logistik kargo sehinggalah pengurusan
penumpang dan lapangan terbang.

UniKL Miat bukan sahaja mempunyai bengkel sempurna untuk
pembelajaran, tetapi mempunyai hangar berpiawaian industri yang dapat
menampung atau menyimpan pesawat sebesar Boeing B737-XXX. UniKL Miat juga
membenarkan industri seperti Malaysia Helicopter Services (MHS) beroperasi
sepenuhnya di salah sebuah segmen hangar di kampus induk yang mana ia
memberikan manfaat kepada penuntut supaya dapat mengaplikasikan pengetahuan
dipelajari ke atas pesawat sebenar.

1

KERJAYA DALAM BIDANG PERUNDANGAN 36

KERJAYA DALAM BIDANG PERUNDANGAN
 Kerjaya Dalam Bidang Perundangan Negeri
 Kerjaya Dalam Bidang Perundangan Sivil
 Kerjaya Dalam Bidang Perundangan Islam
 Kerjaya Dalam Bidang Perundangan Pendidikan
 Kerjaya Dalam Bidang Perundangan Persekutuan

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN
Pelajar-pelajar boleh memilih beberapa cara untuk mendapatkan Ijazah Sarjana
Muda Undang-undang iaitu:
(i) Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Para pelajar perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk
mengikuti kursus matrikulasi undang-undang dan kemudian mengikuti kursus
sarjana muda undang-undang. Bagi yang memohon UiTM dengan menggunakan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mereka boleh mengikuti Sarjana Muda
Undang-undang.

Bagi mereka yang memiliki Diploma Pentadbiran Awam, Undang-undang
atau Perakaunan dan UiTM, mereka boleh memasuki Universiti Malaya (UM) untuk
mengikuti Ijazah Pertama Undang-undang.

(ii) Matrikulasi
Lepasan SPM boleh mengikuti kursus matrikulasi di UiTM selama satu

setengah tahun. Selepas itu, mereka boleh meneruskan pengajian undang-undang di
peringkat ijazah pertama. Kursus ijazah ini mengambil masa empat tahun.

1

(iii) STPM 37

Dengan menggunakan keputusan STPM, para pelajar boleh meneruskan cita-

cita mereka dalam bidang undang-undang peringkat ijazah di UM, UKM, UIAM dan

UiTM.

(iv) A level
Bagi yang memiliki kelulusan A level, mereka biasanya mengikuti kursus

undang-undang di luar negara seperti di United Kingdom, Ireland, Australia dan
New Zealand. Kursus di Australia dan New Zealand (STPM juga boleh digunakan)
memakan masa 4 tahun sementara di United Kingdom dan Ireland mengambil masa
3 tahun.

SIJIL AMALAN GUAMAN

Para graduan yang mengikuti kursus di United Kingdom dan
Ireland dikehendaki menduduki Bar Course. Peluang ini diberikan kepada
pelajar yang mendapat kelas dua atau kepujian. Bagi mereka yang gagal di
dalam peperiksaan tersebut serta pelajar-pelajar yang lain mereka
bolehlah mengambil ujian untuk Sijil Amalan Guaman (Certificate of Legal Practice)
di Universiti Malaya. Walau bagaimanpun, tanpa sijil ini mereka masih
boleh diterima untuk menjawat pelbagai jawatan di bidang atau jurusan lain seperti
di badan-badan perundangan atau kehakiman kecuali peguam.

1

SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN DALAM BIDANG GUAMAN 38

Pelajar-pelajar boleh memilih beberapa cara untuk mendapatkan Ijazah

Sarjana Muda Undang-undang iaitu :

SPM/SPMV
Lepasan SPM/SPMV boleh mengikuti program tajaan JPA dan MARA di luar

negara. Syarat yang diperlukan adalah lulus tidak kurang tiga kepujian dalam
matapelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik serta subjek sains dan teknikal.

STPM
Dengan menggunakan keputusan STPM iaitu sekurang-kurangnya tiga

prinsipal C, para pelajar boleh meneruskan cita-cita mereka dalam bidang undang-
undang peringkat ijazah di UM, UKM, UIAM dan UUM.

MATRIKULASI
Lepasan SPM boleh mengikuti kursus matrikulasi selama satu tahun. Selepas itu,
mereka boleh meneruskan pengajian undang-undang di peringkat ijazah pertama.
Kursus ijazah ini mengambil masa empat tahun

SOUTH AUSRALIAN MATRICULATION
Kelayakan ini adalah untuk kemasukan ke Australia tetapi boleh digunakan

untuk kemasukan ke United Kingdom dan New Zealand.

1

KERJAYA PEGUAM 39

Seseorang manusia yang lemah dan tidak berdaya untuk mempertahankan

dirinya memerlukan seorang pembela atau wakil bagi menegakkan keadilan di

pihaknya. Seseorang peguam mempunyai obligasi untuk membantu seseorang yang

memerlukan bantuan ini dan akan memberikan khidmat guaman kepada

pelanggannya untuk memenuhi harapan dan permintaannya mereka. Anak guam

biasanya mengharapkan perkhidmatan sepenuhnya daripada peguam agar dia boleh

memenangani kes atau jika disabitkan kesalahan, hukuman diringankan melalui

proses rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi. Peguam juga berperanan membantu

hakim untuk menyelesaikan sesuatu kes berlandaskan kepada prinsip keadilan.

Seseorang peguam ditugaskan untuk membela anak guamnya di mana-mana

mahkamah dalam kes yang mana mahkamah tersebut mempunyai bidang kuasa

terhadap kes yang akan dibicarakan.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG PERLU ADA PADA SEORANG PEGUAM

 Jujur
 Optimistik
 Berminat dengan profesion ini
 Menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
 Memiliki kemahiran berkomunikasi
 Berkebolehan menilai,meneliti dan berpandangan jauh
 Suka membaca
 Mengikuti perkembangan semasa
 Berdisiplin dan berfikiran matang

1

SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN SEORANG PEGUAM

40
Untuk menceburi bidang ini, pelajar harus memiliki sekurang-kurangnya
Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (L.L.B) serta perlu mengikuti sekurang-

kurangnya 9 bulan chambering sebelum diterima/melayakkan diri sebagai
peguam. Syarat-syarat kelayakan bagi rakyat Malaysia untuk melayakkan diri
dalam bidang kerjaya peguam adalah di bawah seksyen 10 dan 11 Akta dan
tertakluk di bawah seksyen 14 Akta, iaitu "orang layak" dan boleh diterima menjadi
seorang peguambela dan peguam cara di Malaysia perlu memenuhi syarat-syarat
berikut:

 Calon tersebut telah berumur 18 tahun pada tarikh permohonan
 Mempunyai keperibadian yang baik
 Sama ada warganegara atau seorang pemastautin tetap Malaysia
 Berada di Malaysia mengikut tempoh yang ditetapkan dalam latihan untuk

melayakkan diri.
 Telah menjalani atau dikecualikan daripada Bahasa Malaysia Qualifying

Examination yang dikendalikan oleh Lembaga.
Untuk melayakkan diri dalam bidang undang-undang sebagai peguam, dan
sebelum diterima menjadi peguam (called to bar), calon tersebut mestilah
membuat chambering iaitu kursus dan latihan kelayakan selama 9 bulan dengan
mana-mana firma guaman yang dikendalikan oleh peguam yang telah diiktiraf
sebagai peguam sekurang-kurangnya tujuh tahun. Sepanjang tempoh itu, mereka
akan menjalani latihan untuk mempelajari pelbagai ilmu serta aspek yang berkaitan
dengan amalan guaman khususnya perkara-perkara praktikal yang tidak diajar di
universiti. Mereka juga dikehendaki lulus Bahasa Malaysia Qualifying
Examination yang dijalankan oleh badan penilaian seperti yang tertera di
bawah Legal Profession Act. Pengecualian menduduki peperiksaan ini biasanya
diberikan berdasarkan keputusan Bahasa Melayu peringkat SPM. Bahasa Malaysia
Qualifying Examination di bawah seksyen 5(f) dan 11(2). Peperiksaan ini

1
41

mengandungi satu ujian lisan untuk menguji kemahiran dalam Bahasa Malaysia
sebelum dibenarkan menyertai kerjaya ini.

KERJAYA DALAM BIDANG TEKNOLOGI DIGITAL

PELUANG DI BIDANG DIGITAL

Teknologi digital ini sangat luas bidangnya dan sangat bermanfaat dalam
berbagai bidang kehidupan manusia, untuk membantu pekerjaan supaya menjadi
lebih ringkas.

1

13 INSTITUSI PENDIDIKAN YANG MENAWARKAN KURSUS
42
TEKNOLOGI DIGITAL DIBAWAH PROGRAM MDEC

Untuk para pelajar lepasan SPM, MDEC kini telah melancarkan satu program
baru untuk mereka yang mempunyai minat terhadap pembelajaran digital,
dinamakan sebagai Premier Digital Tech IHLs Initiative.

Program ini bertujuan untuk memupuk dan membimbing bakat anak muda
agar menjadi lebih keatif dan inovatif terhadap minat mereka dengan dunia
teknologi. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengenal pasti pelajar yang
berbakat dan berkelayakan untuk melanjutkan pengajian dalam kursus berkaitan
teknologi.

Bagi menjayakan program ini, MDEC telah bekerjasama dengan pihak
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk menganugerahkan 13 institusi
pendidikan yang terdiri dari 8 universiti tempatan dengan anugerah Premier Digital
Tech University dan 5 politeknik di Malaysia dengan anugerah Preferred Digital
Tech Polytechnic. Institusi-institusi ini dipilih untuk memberikan latihan secara
teori dan praktikal kelas pertama selain menjadi penanda aras agar menjadi contoh
untuk institusi-institusi lain. Selain itu, mereka juga dipilih dengan harapan dapat
memberi kesedaran terhadap kepentingan teknologi digital dan menjadi lebih yakin
dengan kerjaya mereka pada masa akan datang dan seterusnya dapat membentuk
komuniti yang berbakat dengan dunia teknologi masa hadapan.

Melalui inisiatif ini juga, kini pelajar lepasan SPM boleh membuat
permohonan untuk melanjutkan pengajian mereka di institusi-institusi terpilih
tersebut. Keistimewaan akan diberi kepada pemohon dimana ia membolehkan
pemohon untuk memilih 3 pilihan terbaik daripada senarai IHL Premier. Namun,
program ini bukan sahaja ditujukan kepada pelajar lepasan SPM, malah pelajar
lepasan Matrikulasi, Diploma, STPM dan Asasi juga boleh membuat permohonan

1

dan segala keputusan permohonan adalah tertakluk kepada syarat kemasukan
minimum yang ditetapkan oleh sesebuah institusi itu sendiri.

43

Institusi Tersebut Adalah
 Universiti Malaya
 Universiti Teknologi Malaysia
 Universiti Teknologi Mara
 Taylor’s University
 Multimedia University
 Asia Pacific University Of Technology & innovation
 Sunway University
 Tunku Abdul Rahman University College

1


Click to View FlipBook Version