The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Asyraf Abdullah Zawawi, 2020-10-18 10:44:42

INSPIRASI MENGEJAR IMPIAN

Roslan Osman
Nazirah Ali

PROGRAM DAN JURUSAN YANG DITAWARKAN:-

a. Program Matrikulasi Sistem Dua Semester
i. Jurusan Sains
ii. Jurusan Kejuruteraan
iii. Jurusan Perakaunan
iii. Jurusan Perakaunan Profesional (Bumiputera sahaja)

b. Program Matrikulasi Sistem Empat Semester
Jurusan Sains (Bumiputera sahaja)

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM MATRIKULASI
SISTEM DUA SEMESTER

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM 2018:

JURUSAN SAINS

C Bahasa Melayu C Bahasa Inggeris B Matematik C Matematik Tambahan
Lulus Sejarah
C Kimia C Fizik atau Biologi

94 1

JURUSAN KEJURUTERAAN

C Bahasa Melayu C Bahasa Inggeris B Matematik C Matematik Tambahan

C Fizik

C dalam satu daripada mata pelajaran berikut:

Biologi/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas Kelestarian/ Sains

Pertanian/ Pertanian/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka

Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/

Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/

Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/ Pengajian Kejuruteraan

Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik

& Elektronik

Lulus Kimia dan lulus Sejarah

JURUSAN PERAKAUNAN

C Bahasa Melayu C Bahasa Inggeris C Matematik C Matematik Tambahan

C dalam dua daripada mata pelajaran berikut:

Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas

Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains

Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains

Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/

Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/

Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan

Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik

& Elektronik Lulus Sejarah

JURUSAN PERAKAUNAN PROFESIONAL

C Bahasa Melayu A Bahasa Inggeris A Matematik C Matematik Tambahan

A dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:

Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/ Asas

Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/ Ekonomi Rumah Tangga/ Sains

951

Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains
Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/
Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/ Perdagangan/ Perniagaan/
Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/ Pengajian Kejuruteraan
Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik
& Elektronik Lulus Sejarah.

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM MATRIKULASI
SISTEM EMPAT SEMESTER

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM 2018
Jurusan Sains

a. Mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam Bahasa Melayu,
Matematik dan Bahasa Inggeris b. Lulus Matematik Tambahan ,
Kimia dan Fizik atau Biologi atau Sains Komputer.

96
1

APAKAH PROGRAM MATRIKULASI PROFESSIONAL

Program Perakaunan Profesional di bawah Matrikulasi (Kementerian
Pendidikan Malaysia) adalah program pertama yang diperkenalkan pada tahun ini.
Cawangan pertama yang menawarkan program ini ialah Kolej Matrikulasi Selangor.

Untuk sesi 2018/2019, Matrikulasi mempunyai 2 program untuk pelajar aliran
bukan Sains:
 Perakaunan (1 tahun)
 Perakaunan Professional (1 tahun)

Ketika sesi pendaftaran di kolej Matrikulasi, pelajar akan menduduki ujian
kelayakan Aptitud, sebelum diterima masuk ke program Perakaunan Profesional.
Jika anda gagal menepati minima markah ujian Aptitud, pelajar akan didaftar di
bawah program Perakaunan. Berikut merupakan ujian Aptitud yang boleh anda
duduki:
 India Bix
 Assessment Day
 Institute of Psychometric Coaching
 Practice Aptitude Tests

Program Perakaunan Professional di Matriklasi adalah bersamaan program
CAT (Certified Accounting Technicians). CAT merupakan program Foundation,
sebelum pelajar menyambung pengajian ACCA.

Program Matrikulasi KPM Perakaunan Profesional hanya untuk pelajar
Bumiputera sahaja. Dan sejurus tamat program Perakaunan Profesional, anda
dikehendaki menyambung pengajian ACCA (Association of Chartered Certified
Accountants) di UiTM sahaja. Tidak boleh masuk IPTA lain.
RINGKASANNYA: Program Perakaunan Profesional -> ACCA di UiTM atau IPTS
 Program Perakaunan biasa -> Ijazah di IPTA atau IPTS

Yuran pengajian untuk program Perakaunan Profesional & Perakaunan
adalah sama iaitu RM446.65

971

PRA-U ( TINGKATAN ENAM )

LATAR BELAKANG

 Tingkatan Enam merupakan laluan pendidikan bagi murid lepasan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).

 Murid-murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah
menduduki peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM), layak ditawarkan
untuk meneruskan Pendidikan pasca menengah iaitu Tingkatan Enam, jika
menepati syarat-syarat umum dan khusus bagi jurusan, selama 3 penggal.

 Terdapat dua aliran yang ditawarkan untuk Tingkatan Enam di sekolah
menengah harian iaitu aliran Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan
aliran Sains.

 Semua tawaran kemasukan dibuat secara atas talian dan calon-calon yang
tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan
Negeri masing-masing.

SYARAT KEMASUKAN

Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan
mendapat kepujian matapelajaran Bahasa Malaysia:

i. Aliran Sains Sosial ( Kemanusiaan )
- Jumlah mata unit bagi tiga ( 3 ) mata pelajaran yang terbaik mestilah
tidak melebihi 12 unit

ii. Aliran Sains Sosial ( Agama )
- Jumlah mata unit bagi tiga ( 3 ) mata pelajaran yang terbaik mestilah
tidak melebihi 14 unit

iii. Aliran Sains
- Jumlah mata unit bagi tiga ( 3 ) mata pelajaran yang terbaik mestilah
tidak melebihi 18 unit.

98
1

Pusat Tingkatan Enam Terbahagi Kepada Tiga Mod Iaitu:

Mod 1 - sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang
menempatkan hanya murid-murid Tingkatan Enam sahaja. Mereka diajar oleh
guru-guru akademik yang telah dilantik sebagai guru Tingkatan Enam.

Mod 2 - sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di
sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau
bagaimanapun, Pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama
Penolong Kanan Tingkatan Enam.

Mod 3 - sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang jauh
daripada bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam, dan
beroperasi di sekolah arus perdana.

Kurikulum Tingkatan Enam
Sebanyak 22 mata pelajaran ditawarkan dalam sistem pentaksiran baharu STPM.
Namun begitu, hanya empat atau lima mata pelajaran sahaja yang perlu dipilih
termasuk mata pelajaran Pengajian Am sebagai mata pelajaran wajib. Manakala
mata pelajaran MUET wajib diambil oleh semua murid. Mata pelajaran STPM yang
ditawarkan adalah seperti yang berikut:

Bil Kod Mata Pelajaran Bil Kod Mata Pelajaran
1. 900 Pengajian Am
2. 910 Bahasa Melayu 12. 944 Ekonomi
3. 911 Bahasa Cina
4. 912 Bahasa Tamil 13. 946 Pengajian Perniagaan
5. 913 Bahasa Arab
14. 948 Perakaunan

15. 950 Mathematics (M)

16. 954 Mathematics (T)

6. 920 Literature in English 17. 958 Information and Communications
Technology (ICT)

7. 922 Kesusasteraan Melayu 18. 960 Physics
Komunikatif

8. 930 Syariah 19. 962 Chemistry
20. 964 Biology
9. 931 Usuluddin 21. 966 Sains Sukan
22. 970 Seni Visual
10. 940 Sejarah

11. 942 Geografi

Tiga kemahiran utama yang diterapkan dalam pendidikan Tingkatan Enam ialah
kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah (soft skills).

99 1

SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM
SYARAT AM

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya
kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
2. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun berkenaan.

SYARAT KHAS

1. JURUSAN SAINS
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred
tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang
berlainan seperti berikut:
• Matematik/ Matematik Tambahan • Fizik • Kimia • Biologi • Lukisan
Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan
Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Reka Cipta/ Teknologi
Kejuruteraan/ Information And Communication Technology/ Pengajian
Agroteknologi • Pengurusan Makanan/ Pengajian Pakaian.

100 1

2.JURUSAN SAINS SOSIAL
i. Sekolah Menengah Harian
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred
tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang
berlainan seperti berikut:
• Bahasa Melayu • Bahasa Inggeris • Kesusasteraan Melayu/ Literature in
English • Sejarah • Geografi/ Pendidikan Seni Visual • Komunikasi Visual/
Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari •
Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral • Matematik/ Matematik Tambahan •
Prinsip Perakaunan • Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science • Salah satu
mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV) • Tasawwur Islam/
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah
• Bahasa Cina/ Bahasa Tamil/ Bahasa Arab/ Bahasa Iban/ Bahasa
Kadazandusun/ English for Science and Technology • Sains Pertanian/
Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah
Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

ii. Sekolah Menengah Agama
a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah

Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
Mendapat sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan
Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak
melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan
seperti berikut:
• Bahasa Melayu • Bahasa Inggeris • Kesusasteraan Melayu/ Literature in
English • Sejarah • Geografi/ Pendidikan Seni Visual/ Komunikasi Visual/ Seni
Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari • Pendidikan Islam/
Pendidikan Moral • Matematik/ Matematik Tambahan • Prinsip Perakaunan •
Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV) • Sains/
Sains Tambahan/ Applied Science • Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan

1011

Al-Sunnah • Pendidikan Syariah Islamiah • Bahasa Arab • Sains Pertanian/
Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah
Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan.

b) Di Sekolah Berasrama Penuh
Bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama
Persekutuan (SMAP) Labu Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam
mata pelajaran Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya TIGA
kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata
pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:
• Bahasa Melayu • Bahasa Inggeris • Kesusasteraan Melayu/ Literature in
English 6 • Sejarah • Geografi/ Pendidikan Seni Visual/ Komunikasi Visual/
Seni Halus/ Teater/ Reka Bentuk/ Pendidikan Muzik/ Muzik/ Tari •
Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral • Matematik/ Matematik Tambahan •
Prinsip Perakaunan • Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran
Vokasional (MPV) • Sains/ Sains Tambahan/ Applied Science • Tasawwur
Islam/ Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah • Pendidikan Syariah Islamiah
• Bahasa Arab • Sains Pertanian/ Pengajian Keusahawanan/ Perdagangan/
Ekonomi Asas/ Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan

1418012

DIPLOMA

 Program diploma diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti.
 Program peringkat diploma biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun.
 Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada

bidang-bidang tertentu.
 Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian

diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih
tepat.
 Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma
dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

1013

TERBARU BERMULA TAHUN 2018

Senarai Penuh Universiti Awam yang Buka Permohonan Kedua (Second intake)
2018/2019
FACEBOOK TWITTER GOOGLE+
PERMOHONAN KEDUA UNTUK SIAPA?

Ada pelajar yang tidak berminat dengan kursus pengajian yang ditawarkan
atau ada di antaranya yang gagal dalam permohonan UPU. Kemukakan
permohonan ke universiti awam bagi pengambilan kedua (second intake) yang
melibatkan beberapa buah universiti. Berikut adalah mengenai IPTA yang
membuka pengambilan kedua pada tahun ini.

Gagal Rayuan UPU Fasa 1, Apa Perlu Anda Buat?
CONTOH:
Pihak UPU mengumumkan, keputusan rayuan fasa 2 akan diumumkan pada 14
September 2018. Keputusan berkenaan diumumkan selepas pelajar yang berjaya
ditawarkan dalam ambilan pertama dan rayuan fasa 1 masuk mendaftar. Untuk
makluman anda, permohonan rayuan fasa 2 ini adalah secara automatik.

1014

1

Permohonan pengambilan kedua ini BUKAN permohonan rayuan UPU tetapi
adalah pengambilan kemasukan kedua ke IPTA yang dibuka untuk ambilan bulan
November/Disember 2018 (lepasan SPM) dan kemasukan Februari/Mac 2019 bagi
lepasan STPM/Setaraf.

Kepada anda yang berminat, permohonan perlu dibuat di portal rasmi
pengambilan pelajar setiap universiti. Tarikh permohonan dibuka bagi setiap
universiti juga berbeza. Jadi sentiasa semak di laman rasmi mereka atau terus setia
dengan afterschool.my untuk sentiasa mendapatkan info terkini tarikh
permohonan.

Kepada anda yang sedang menunggu keputusan rayuan FASA 2 UPU, anda
juga boleh terus mengemukakan permohonan. Tidak perlu tunggu keputusan rayuan
UPU kerana keputusan rayuan FASA 2 anda tidak akan mempengaruhi langsung
permohonan pengambilan kedua anda. Anda perlu faham bahawa, permohonan
kedua ini adalah melalui sistem permohonan berbeza. Jadi jangan lepaskan peluang
untuk buat permohonan.

106 1

Pautan Permohonan & Kalendar Pengambilan Pelajar Politeknik
& Kolej Komuniti Sesi Disember

1051

UPSI Buka Pengambilan Kedua (Second Intake)

1106

61

Saya bukan

Yang terbaik.

Namun ,

Saya belajar menjadi yang
terbaik

Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim , Kulim Kedah
Inspirasiku

IKHLAS DARI :
NAZIRAH BINTI ALI

019-4754191

1

1


Click to View FlipBook Version