Modul Kertas 2 HALAMAN
Kandungan
BIL ISI KANDUNGAN
1 Praktis 1
Tingkatan 4 – Tema 7
2 Praktis 2
Tingkatan 4 – Tema 8
3 Praktis 3
Tingkatan 4 – Tema 9
4 Praktis 4
Tingkatan 5 – Tema 7
5 Praktis 5
Tingkatan 5 – Tema 8
6 Praktis 6
Tingkatan 5 – Tema 9
7 Skema pemarkahan / cadangan jawapan
PRAKTIS 1-TINGKATAN 4
TEMA 7
BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 markah]
SOALAN 1: MORFOLOGI
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan empat kata ganda berentak.
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap
perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan
Sekumpulan remaja yang sedang mandi-manda di air terjun yang terletak di kawasan
Gunung Ledang lari lintang-pukang apabila mendengar bunyi ngauman itu. Mereka
bukannya tidak mengetahui haiwan yang menghuni belantara di kawasan gunung-
ganang itu. Meskipun tubuh mereka bertiga sasa-sasa, namun masing-masing kecut
perut mendengar bunyi tanpa diundang itu. Zul Ariffin dan Norman Hakim antara yang
terawal mengheret tubuh mereka meninggalkan tempat itu dengan pantasnya. Cuma
Saharul Ridzwan yang masih tercari-cari jam tangannya. Suasana pada mulanya
yang begitu ceria bertukar menjadi huru-hara dalam sekelip mata.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Menghidu Bahaya”
buku teks tingkatan 4, Halaman 90)
perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
[8 Markah]
SOALAN 2: SINTAKSIS
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti subjek dan predikat
bagi setiap ayat yang bergaris serta dihitamkan.
Dalam kes ini, penyangak digital begitu berani menyamar sebagai pegawai
polis,pegawai mahkamah, pegawai bank, atau pegawai kastam. Mereka nekad
menelefon mangsa dan membawa khabar buruk tentang keterlibatan mangsa
dalam masalah perundangan atau kewangan. Penjenayah ini amat licik dan petah
berkata-kata sehingga mangsa berasa gundah gelana, cemas, kebingungan dan
ketakutan lantas benar-benar percaya bahawa mereka terlibat tanpa berfikir
panjang. Mereka kemudiannya tanpa segan silu menawarkan bantuan untuk
menyelesaikan masalah tersebut dan secara terang-terangan meminta bayaran.
(Dipetik daripada “Kes Penipuan Macau”
buku teks tingkatan 4, Halaman 88)
[6 markah]
SOALAN 3: PENYUNTINGAN
Petikan ini mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sembilan
kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Kumpulan Pengakap itu telah berjaya keluar daripada hutan belantara itu
dengan berpandu kompas dan peta yang tersedia. Kesesatan mereka telah
masuk hari ke 5. Selain daripada kelukaan calar balar, muka mereka juga
kelihatan putih kerana mengalami kelaparan yang serious. Pihak penguatkuasa
telah menghantar 150 orang pasukan keselamatan untuk mengadakan operasi
mencari lima orang mangsa itu. Segala kesilapan yang telah dihadapi oleh
mereka perlu menjadi pengajaran pasukan-pasukan lain..
(Bahan diubahsuai “Gema Belantara”
buku teks Tingkatan 4,Halaman 92)
9 markah]
SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.
Maka Laksamana pun berdatang sembah, “Ya tuanku, adapun penjurit yang
datang ini bukan barang-barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma
kurnia, patik hendak memohon ke bawah duli hendak cuba bermain dengan penjurit
penjurit itu.”
Maka titah raja, “Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita, jikalau
Laksamana pergi berkawal, siapa teman kita di istana ini?” Yang kita harap hanyalah
Laksamana, “Maka Laksamana pun berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu.
Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan
Dalam Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
[8 markah]
SOALAN 5: PERIBAHASA
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian isi tempat kosong dengan
peribahasa yang sesuai.
Sindiket penipuan siber merupakan salah satu jenayah siber yang kian meruncing di
negara kita. Sebagai rakyat, kita seharusnya sentiasa berhati-hati dan
mengamalkan sikap ______________________________________ agar tidak
menjadi mangsa sindiket-sindiket penipuan ini. Sekiranya telah menjadi mangsa,
segala penyesalan tidak berguna lagi kerana
_____________________________________. Namun, sebijak manapun
penjenayah-penjenayah siber ini, lambat-laun pasti akan berjaya diberkas juga
kerana ___________________________________________.
[6 markah]
BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 markah]
SOALAN 6: PETIKAN UMUM
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
GEORGETOWN: Polis yakin dapat melumpuhkan sindiket penipuan gores dan menang
membabitkan kerugian mencecah RM1.5 juta selepas menahan 17 individu pada Mac dan 18
Mei lepas. Hasil serbuan pada 2.50 petang itu, polis menemui senarai invois bayaran yang
dibuat pelanggan, kupon peraduan gores dan menang serta fail mengandungi pelbagai
gambar hadiah yang ditawarkan syarikat itu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa yang
kebanyakan terdiri daripada golongan pesara dipancing dengan hadiah kemenangan kereta
mewah, rumah dan pakej umrah serta percutian ke luar negara. Katanya, sindiket itu bertumpu
di sekitar pusat membeli belah dan bank-bank untuk menarik perhatian pelanggan dan
memujuk pelanggan untuk masuk peraduan tanpa berfikir panjang. Mereka sanggup
mendesak dan mengekori pelanggan mereka ke mesin ATM untuk mengeluarkan atau
memasukkan wang ke akaun syarikat mereka untuk mendapatkan hadiah-hadiah tersebut.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Sindiket Gores dan Menang Babitkan Kerugian RM1.5 juta Tumpuh’
oleh Rudy Syareme Sheriffudin , Berita Harian
Bahan 2
Pada Februari lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,
Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan bahawa golongan yang menjadi mangsa
sindiket penipuan atas talian (scammer) ini bukannya calang-calang orang.
Kajian menunjukkan bahawa kumpulan sindiket penipuan atas talian ini arif dalam
penyamaran untuk mendalami sifat kemanusiaan mangsa sasaran mereka. Mereka tahu
apa yang perlu mereka lakukan untuk mempengaruhi tindak-tanduk mangsa mereka.
Mereka bijak menggunakan emosi untuk mempengaruhi anda dan berupaya mewujudkan
satu r(ai)sa mendesak supaya anda membuat keputusan tanpa berfikir lebih panjang lagi
denga(nii) meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank mereka
untuk(miii)endapatkan sesuatu hadiah atau keuntungan.
S(uivru) hanjaya itu menyatakan bahawa tidak sukar bagi anda untuk mengenal pasti
sindik(evt)penipuan atas talian jika anda sentiasa waspada.
(vi)
(vii) Dipetik dan diubah suai daripada
(viii) ‘Strategi Banteras Jenayah Scammer’
i. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud sentiasa waspada. [2 markah]
ii. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan strategi sindiket
penipuan gores dan menang dan sindiket penipuan atas talian? [3
markah]
iii. Jenayah penipuan seperti di atas semakin berleluasa dan menjejaskan
keharmonian hidup dalam masyarakat.
Pada pendapat anda, apakah punca-punca masyarakat mudah tertipu
dengan jenayah penipuan tersebut?
[3 markah]
iv. Pada suatu hari, anda telah menerima e-mel yang menyerupai laman
sesawang bank yang meminta anda untuk mengemas kini maklumat
akaun. Tanpa rasa ragu-ragu, anda terus bertindak melakukannya.
Beberapa hari kemudian, anda menerima panggilan telefon daripada
pihak bank untuk mengesahkan pengeluaran sejumlah besar wang yang
telah dilakukan dalam akuan anda.
Untuk mengelakkan daripada perkara tersebut berlaku, nyatakan
beberapa langkah yang perlu anda lakukan agar anda tidak tertipu?
[4 markah]
SOALAN 7: PETIKAN SASTERA
Baca bahan-bahan di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Dalam seketika sahaja hutan dara itu telah ternoda. Kini, hutan itu telanjang polos,
sedangkan selama ini busana hijau yang menutupinya. Segala-galanya sirna dalam
sekelip mata. Yang tinggal hanyalah serpihan kayu dan tunggul-tunggul mati.
Perasaan kesal telah menggores dada Pak Tua. Beribu-ribu dan mungkin berjuta-juta
iklim alam mengambil masa menenun busana hijau untuk bumi. Tetapi dalam sekelip mata
jentolak yang dipandu oleh Pak Tua telah merobek dan mengoyak habis busana rimba.
Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu 30 tahun yang lalu. Jemari tangannya
terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan memori yang begitu banyak. Setitis
dua air mengalir di sudut kelopak matanya.
“Aku ingin kawasan hutan ini kembali rimbun.” kata Pak Tua sendirian sambil
memejamkan mata.
Dalam layar gelap yang nampak hanya lori-lori balak yang mengaum sombong sambil
mengangkut batang-batang kayu sebesar sepemeluk hingga dua pemeluk orang dewasa.
Timbunan batang-batang kayu itu terikat kemas di atas tubuh sang lori.
(Dipetik daripadaCerpen ‘Hutan Rimba’Oleh Sasjira Dalam antologi Dirgahayu
Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)
Bahan 2
Indah Segar Kehidupan
Terasa suramnya alam Tiada yang terkecuali marilah kita atasi
Dunia kian terancam Alam yang makin terancam
Langit tinggi kesedihan Dunia yang makin kelam
Pohon-pohon kekeringan Atasinya dengan ketakwaan.
Jerebu tebal yang menyesakkan.
Hanyalah buat ingatan
Tiada di sana sini Untukmu insan tersayang
Beburung lagi bernyanyi Indah segar kehidupan
Bebunga hilang ceria Kita yang menentukan
Tiada kedamaian jiwa Hidup ini usah dikorbankan.
Mengingkari nikmat Maha Esa.
Begitu bernilai alam maya ini
Bagi manusia yang tahu mengasihi
Usahlah terdorong oleh ketamakan
Kalau ikutkan hati pudarlah masa depan.
(Dipetik daripada Indah Segar Kehidupan, Buku Teks
Bahasa Melayu Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia)
i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata begitu banyak.
[2 markah]
ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kesan kemusnahan alam
sekitar kepada makhluk di muka bumi. [4 markah]
iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk
mengekalkan ketulenan sumber air di negara kita? [3 markah]
iv) Anda dan rakan-rakan telah mendaki bukit. Apabila tiba di puncak, anda
mendapati terlalu banyak sampah seperti botol air dan bekas makanan
dibuang merata-rata.
Sebagai pencinta alam, apakah yang boleh anda lakukan untuk memastikan
persekitaran di atas bukit tidak lagi tercemar? [4 markah]
SOALAN 8: NOVEL
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
Remaja jadi Pekebun Berjaya di Tenom
Oleh: DANEL WILLIAM
Sinonim sebagai daerah pertanian, Tenom yang terletak di kawasan pedalaman Sabah
sememangnya patut diberikan anugerah kerana memberikan sumbangan besar kepada
negeri Sabah dalam sektor pertanian.
Sehingga kini, Tenom berupaya mengeluarkan hasil pertanian yang bukan sahaja
dapat memenuhi keperluan dalam negeri, bahkan juga dieksport ke luar negara.
Daerah itu pada dasarnya mempunyai kedudukan yang strategik untuk dimajukan
dalam sektor pertanian dengan mengambil kira faktor geografi dan bentuk muka bumi
serta tanah yang subur, sehingga membolehkan semua jenis tanaman tumbuh subur,
termasuklah buah-buahan, getah dan kelapa sawit.
Kesuburan tanah ini menjadikan penduduk Tenom berupaya memperoleh
pendapatan lumayan apabila mengusahakan pertanian.
Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan,
Karya Ruhaini Matdarin, Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i. Nyatakan sebab-sebab daerah Tenom sesuai dijadikan kawasan
pertanian.
[ 4 markah]
ii. Jawab soalan di bawah berdasarkan novel berikut:
(a) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan dua sifat mulia watak utama
yang boleh diteladani.
[ 6 markah ]
BAHAGIAN C: RUMUSAN
[30 markah]
SOALAN 9: RUMUSAN
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1 - Petikan
Pengaruh teknologi maklumat dan komunikasi yang kuat dalam kehidupan pada
zaman millenium ini menyebabkan modus operandi para penjenayah juga semakin
canggih. Kini, jenayah digital yang menggunakan telefon bimbit sebagai saluran
modus operandi semakin berleluasa dan masalah ini mesti dibanteras segera.
Pakar Kriminologi dari Universiti Sains Malaysia, Dr Geshina Ayu Mat Saat
berkata, terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang menjadi mangsa
jenayah digital. Antaranya, mereka mudah tertarik atau tertipu dengan ciri
keuntungan yang banyak dalam masa yang singkat yang diperkenalkan.
“Mangsa juga mudah terjerat dengan umpan penjenayah termasuk kuasa dan
legitimasi yang jelas dipamerkan, daya tarikan produk, servis, atau pulangan, peras
ugut, desakan, tekanan, janji manis, dan mempunyai perhubungan (persaudaraan,
persahabatan, kenalan) dengan penipuan tersebut.
Menurutnya, kebarangkalian untuk jenayah digital ini terus berleluasa juga
tinggi apabila kebanyakannya berlaku dalam talian seperti Facebook dan media
sosial lain. Jenayah penipuan dalam talian merupakan aktiviti penggunaan sistem
berkomputer atau menggunakan akses sistem berkomputer pangkalan data secara
haram untuk tujuan jenayah seperti mencuri atau manipulasi data, sabotaj dan
penipuan.
"Malah, risiko dikesan, ditangkap, dan dibawa ke muka pengadilan dianggap
berbaloi oleh penjenayah apabila dibandingkan dengan potensi dapatan daripada
aktiviti jenayah," katanya. Lebih membimbangkan, jelas Geshina Ayu, kajian Interpol
pada 2015 mendedahkan makin ramai individu mengeksploitasikan kelajuan,
kemudahan, akses, dan kemampuan merahsiakan identiti Internet untuk melakukan
pelbagai jenis jenayah merentasi sempadan, masa, dan kumpulan sasaran.
"Terdapat beberapa bentuk jenayah penipuan dalam talian seperti penipuan
perbankan, sindiket pinjaman wang, penipuan transaksi jual beli, love scam dan
penipuan insuran dan tanah," katanya. Oleh itu, jenayah ini perlu diperangi dengan
sebaik-baiknya dan masyarakat perlu lebih berhati-hati. Janganlah terlalu mudah
meletakkan kepercayaan kepada orang yang baru dikenali. Selain itu, kempen
kesedaran yang dilancarkan oleh kerajaan di media massa juga diharap dapat
membantu mengatasi jenayah ini dari terus berleluasa di negara kita.
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada
Faktor Mudah Menjadi Sasaran Sindiket Penipuan Sinar Harian,19 Mac 2019)
Bahan 2 – Grafik
SKEMA JAWAPAN
SOALAN 1: MORFOLOGI
PRAKTIS 2-TINGKATAN 4
TEMA 8
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 markah]
Soalan 1: Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata tugas. Kemudian
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
“Cis, kau rasakan ini musuh durjana!” Suntong geram. Suntong semakin
bersemangat dan geramnya menggila untuk memusnahkan kubu. Dia berlari sambil
menembak dan berguling-guling berlindung di tanah tinggi rendah. Dengan
semangat dan keberanian di tahap puncak, dia menghampiri kubu dan melontarkan
bom tangan sekuat tenaga.
“Nah, kau rasakan dentuman bom ini!” jeritnya bersemangat.Sasaran tepat,
bom melambung tinggi, dan menjunam di tengah kubu. Hati Suntong puas
melepaskan geram. Dia berundur menghampiri rakan di tebing sungai. Dia tahu
pasukannya kurang peluru. Bom tangan pun sudah habis.
Dipetik dan diubah suai daripada cerpen“Fort Margherita” Oleh Mohd Ali Salim
karya sasterawan 2011,halaman 95-96 2012
Persatuan Penulis Nasional Malaysia.
[6 markah]
Soalan 2:Sintaksis
Berdasarkan petikan dibawah ini, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang
lengkap bagi ayat yang anda pilih seperti yang berikut:
Subjek :……………………………………….
Predikat:………………………………………..
Sejarah dapat mengelakkan diri kita daripada mengulangi sesuatu kesilapan.
Banyak kesilapan manusia berlaku kerana tidak mengambil iktibar daripada sejarah.
Kesilapan yang telah kita lakukan dahulu sepatutnya menjadi pengajaran, manakala
kebaikan dicapai kita teruskan. Sebagai contoh, negara kita pernah dijajah oleh
negara asing sejak tahun 1511 hingga 1957. Kesilapan yang dilakukan ini tidak
harus diulangi oleh generasi kini.
Dipetik dan diubah daripada
Tema 8: Dalam Lipatan Kenangan
Buku teks Tingkatan 4
[6 markah]
Soalan 3 : Penyuntingan
Dalam petikan 1 terdapat lapan kesalahan bahasa, manakala petikan 2 terdapat
lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan
yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin semula petikan-
petikan tersebut.
Petikan 1
Sejarah dapat mengelakan diri kita dari mengulangi satu kesilapan. Banyak
kesalahan manusia berlaku kerana tidak mengambil ikhtibar daripada sejarah.
Kesilapan yang kita lakukan dahulu sepatutnya menjadi pelajaran, manakala
kebaikan yang dicapai kita teruskan. Bak kata pepatah Melayu, yang baik dijadikan
teladan, yang buruk dijadikan sepadan. Sebagai contoh, negara kita pernah dijajah
oleh negara asing sejak tahun 1511 hingga 1957. Kesilapan yang dilakukan ini tidak
harus diulangi oleh generasi kini. Sebaliknya, kita mesti mempertahankan dan
membangun negara.
Petikan 2
Nama asli Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong, manakala
pauh pula adalah sejenis buah mangga yang bersaiz genit. Bandar ini pada mulanya
hanyalah penempatan kecil sebilangan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun,
pertemuan bijih timah di kawasan sekitarnya telah menarik banyak orang asing
datang ke bandar ini.
[13 markah]
Soalan 4: BAHASA MELAYU STANDARD
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.
Maka Kertala Sari pun dalam hatinya hendak mencuri harta raja;apabila habislah
harta raja itu maka ia pun hendak membakar serta mengamuk. “ Adapun bini raja
muda-muda itu kuambil akan biniku”.
Maka Kertala Sari pun sampailah ke istana.Didengar bunyi gemuruh,maka
dihampirinya, maka dilihatnya senjata dan kayu palu-memalu,tikam- menikam dan
radak-meradak.
Maka Kertala Sari pun hairan,berfikir dalam hatinya, “ Adapun hikmat ini bukan
hikmat Melayu,hikmat penjurit Jawa yang tahu-tahu juga.”
Dipetik dan diubah suai daripada Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,Kem.Pend.Malaysia
(6 markah)
Soalan 5: Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan dua peribahasa yang
sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut
Pada zaman penjajahan, semua penduduk bersatu hati berjuang menentang
penjajah sehingga negara mencapai kemerdekaan. Sekalipun mereka menghadapi
pelbagai kesusahan tetapi hal itu tidak melunturkan semangat mereka kerana situasi
itu sudah dilalui mereka sepanjang masa dan menjadi lumrah hidup. Walaupun ada
pejuang yang ditangkap dan dituduh sebagai penderhaka, namun hal itu tidak
melemahkan semangat mereka yang berkobar-kobar itu kerana mereka tidak mahu
tanah air tercinta ini terus dijajah. Malah mereka lebih rela mati daripada hidup
sebagai abdi di tanah air sendiri.
[4 markah]
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[35 markah]
Soalan 6 : Petikan umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Melalui sejarah, rakyat akan lebih memahami bahawa terdapat perlembagaan
dan undang-undang dalam pembentukan negara ini. Oleh yang demikian, mereka
tidak akan bertindak sesuka hati dalam melakukan sesuatu perkara. Mereka tidak
akan melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan nama baik negara Malaysia.
Mereka akan menjauhi perbuatan jenayah dan rasuah kerana tindakan akan diambil
terhadap mereka mengikut lunas undang-undang. Mereka juga tidak akan
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan negara.
Penghayatan terhadap sejarah juga dapat membentuk semangat patriotisme.
Hal ini dikatakan demikian kerana pengetahuan tentang sejarah dapat melahirkan
rasa bangga terhadap negara. Mata pelajaran Sejarah mendedahkan tokoh-tokoh
pejuang tanah air kepada murid. Mereka akan mengenali perjuangan tokoh yang
menentang penjajah yang menindas rakyat di negara ini suatu ketika dahulu. Melalui
sejarah, pengalaman masa lampau merupakan satu rujukan untuk dijadikan teladan
dalam merencanakan masa hadapan.
Bahan 2
Usaha Kementerian Pendidikan memperkenalkan mata pelajaran Sejarah dalam
Kurikulum Sepadu Sekolah Rendah (KSSR) kepada murid tahun empat di sekolah
rendah merupakan suatu usaha melahirkan generasi yang celik sejarah. Dalam
situasi perpaduan nasional serta beberapa isu lain yang mulai timbul belakangan ini,
pengenalan mata pelajaran Sejarah pada peringkat sekolah rendah dan langkah
mewajibkan lulus mata pelajaran ini dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dianggap sesuatu yang sangat rasional dan relevan.
Mata pelajaran Sejarah berfungsi sebagai elemen yang mampu
menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Setiap bangsa mempunyai
sejarahnya yang tersendiri. Tambahan pula, mengkaji sejarah juga secara tidak
langsung membantu kita menyelami budaya atau cara kehidupan sesuatu bangsa.
Perlembagaan negara ini jelas menyebut bahawa kaum Melayu mempunyai hak dan
keistimewaannya. Pada masa yang sama, kaum lain juga tidak dipinggirkan.
Pengetahuan sejarah juga dapat memelihara keamanan dan keharmonian negara
kita kerana dengan mendalami sejarah pembentukan negara ini, pastinya peristiwa
berdarah 13 Mei 1969 tidak berulang lagi.
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud membentuk semangat.
[2 markah]
(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan faedah-faedah mempelajari
sejarah.
[3 markah]
(iii) Semangat cinta akan negara amat penting dipupuk dalam generasi muda
di negara kita.
Sebagai pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan, nyatakan
tindakan-tindakan yang akan anda lakukan untuk menjaga nama baik
negara.
[3 markah]
(iv) Anda merupakan seorang murid yang meminati mata pelajaran Sejarah
dan sering mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran
tersebut.. Anda sedar ilmu dalam mata pelajaran ini membolehkan murid-
murid lebih menghayati sejarah tanah air. Namun begitu, anda mendapati
rakan-rakan anda kurang minat terhadap pembelajaran mata pelajaran ini.
Bagaimanakah anda dapat membantu rakan-rakan anda untuk mengatasi
masalah ini?
[4 markah]
Soalan 7: Pemahaman Sastera
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Keusangan Budaya Ketika dulu
Kelihatan sang dara bersimpuh ayu
Bersalut songket tenunan Melayu Kedengaran
Menganyam segar Irama gamat menodai kedamaian
Seruling bambu diam keusangan
Kelihatan Songket dan batik muram disisihkan
Sang teruna menebang ara
Berbaju Melayu warisan bangsa Ayahanda bonda di pondok
Memalu nobat di sisi
Meniup seruling bambu
Merdu dan sayu Melihat sayu Sang Sita dewi
Yang usang tidak bermaya lagi
Ketika ini
Tiada lagi sang dara ayu Oleh:
Tiada juga teruna gagah Roshilawati Razlan
Antologi Harga Sebuah Lukisan
Kini yang ada Cuma Dewan Bahasa dan Pustaka
Tubuh-tubuh lesu
Tubuh-tubuh kaku
Bahan 2
Pantun Budaya dan Warisan
Bunga layu di dalam taman,
Bunga ditanam di kawasan gurun;
Warisan Melayu jangan ditinggalkan,
Menjadi kebanggaan turun-temurun.
Menabur jasa tidak dipinta,
Untuk membela kedudukan diraja;
Berbudi bahasa amalan kita,
Walau berada di mana jua.
Ranting kayu jatuh melata,
Buah peria pahit terasa;
Bahasa Melayu bahasa kita,
Gunakan ia sepanjang masa.
Sungguh cantik kebaya Nyonya,
Walau dipakai ke mana jua;
Puisi tradisional tiada kurangnya,
Menjadi kemegahan kita semua.
Bahan 3
Ibu mahu perkahwinan anak bongsunya itu kalau boleh seratus-peratus
menyerupai majlisnya sendiri lima puluh tahun lalu. Tiga hari tiga malam. Lengkap
dengan kompangnya, silat pulutnya, diarak atas tandunya, berkeris bertengkoloknya,
berbalas pantunnya, bersanding di pelaminnya, perarakan bunga manggarnya, para
gadis pembawa pahar bunga telurnya, kalau boleh semua, lah!
Malam sebelumnya kalau boleh biarlah ada dondang sayang. Lagi bagus
kalau dapat lawankan Pak Murad Kampung Morten dengan Nyonya Tan dari Banda
Kaba. Kumpulan pemain rebana, gong dan biola ini kemudiannya boleh
dipanjangkan sehingga hari majlis. Kita tengok siapa lebih handal berpantun; Pak
Murad atau Nyonya Tan. Lagi seronok kalau dipanggil sekali kumpulan penarinya
pada hari langsung..
Dipetik dan diubah suai daripada
Cerpen “Ala…Emak Kahwinkan Aku!”
Oleh Haizir Othman
Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4.
(i) Berdasarkan bahan 1, nyatakan maksud irama gamat menodai
kedamaian?
[2 markah]
(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan keistimewaan-keistimewaan adat
budaya yang harus kita pertahankan?
[4 markah]
(iii) Kepelbagaian adat istiadat lama haruslah kita pertahankan demi
menunjukkan keutuhan budaya bangsa negara kita.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus kita lakukan
untuk mempertahankan keutuhan adat istiadat warisan budaya lama ini?
[3 markah]
(iv) Anda telah menghadiri satu majlis perkahwinan saudara anda di kampung.
Anda berasa sangat gembira dan teruja menyaksikan majlis tersebut yang
dipenuhi dengan pelbagai upacara adat istiadat lama. Namun begitu,
kakak anda seolah-olah tidak bersetuju dengan majlis tersebut yang
dianggap ketinggalan zaman dan membazir.
Sebagai seorang yang adik, bagaimanakah anda dapat mengatasi
masalah ini?
[4 markah]
Soalan 8 : Novel
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Saleha, bagaimana dengan kesihatan? Baik? Baguslah. Jika kesihatan engkau
sudah pulih, pulanglah. Kita berkumpul anak- beranak. Kasihan Anggerik, waktu-
waktu sedang membesar, dia memang memerlukan perhatian ibunya. Hanya
engkau yang mampu. Aku meskipun boleh, tetapi tidak sama dengan kasih sayang
yang engkau berikan.
Pulang? Ya! Kecuali Abu Bakar, malam ini kita makan bersama-sama. Kita
memang tiada apa-apa yang hendak dibanggakan tetapi keriangan anak-anak
penawar kesusahan yang kita tanggung.
Apa, engkau masih sakit? Bersabarlah. Sehari dua lagi, baiklah. Dengarlah nasihat
doktor. Jika suruh makan ubat, makan. Jangan membantah. Abang tahu engkau
tidak suka akan benda-benda pahit tetapi kali ini, suka atau tidak telan sahaja. Yang
pahit itu mujarab. Suruh makan, makan. Jangan membantah.
Dipetik daripada Novel Songket Berbenang Emas
Karya Khairuddin Ayip
Kementerian Pendidikan Malaysia
i. Nyatakan harapan ‘Si Suami’ kepada isterinya.
[4 markah]
ii. Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan konflik masyarakat yang
terdapat dalam novel tersebut.
[6 markah]
BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 Markah]
Bahan 1 - Petikan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.
Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.
Pelbagai transformasi dilaksanakan oleh kerajaan demi meningkatkan
kredibiliti perkhidmatan awam di negara ini. Perkhidmatan awam yang dianggotai
kira-kira 1.2 juta orang kakitangan tidak terkecuali daripada terlibat dalam
transformasi sejajar dengan tuntutan untuk menzahirkan aspirasi kerajaan. Semua
penjawat awam perlu berganding bahu dan berazam untuk merealisasikan aspirasi
kerajaan yang mengutamakan prestasi dan bertunjangkan keutamaan kepada rakyat.
Peranan penjawat awam amat signifikan dalam melaksanakan agenda
negara. Teguran sering dibuat terhadap sikap negatif kakitangan awam yang kurang
mesra di kaunter-kaunter apabila berurusan dengan pelanggan. Keadaan ini berlaku
disebabkan sikap segelintir kakitangan awam yang tidak bertanggungjawab
sehingga mencalarkan nama baik penjawat awam. Kakitangan awam perlu
membudayakan kreativiti dan inovasi penjawat awam. Sementara itu, dalam usaha
untuk memastikan setiap ringgit yang dibelanjakan mendapat pulangan nilai paling
maksimum kepada kerajaan dan rakyat, amalan nilai untuk wang perlu dilaksanakan.
Hal ini demikian kerana kerajaan telah berbelanja berjuta-juta ringgit setiap tahun
hanya untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam.
Perkara paling penting ialah kakitangan awam sendiri perlu melakukan
anjakan paradigma untuk menghadapi cabaran pada masa depan. Pelbagai
penyelesaian terbaik demi memartabatkan negara ke tahap yang lebih tinggi perlu
dilaksanakan. Mereka hendaklah bersama-sama memberikan sepenuh komitmen
dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Mereka juga
perlu meningkatkan nilai integriti ketika bertugas. Peningkatan tahap integriti ini amat
selari dengan komitmen kerajaan yang mahu mewujudkan sebuah pentadbiran yang
mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.
Pembaharuan demi pembaharuan yang dilakukan mampu menutup ruang-
ruang kosong dalam meningkatkan mutu perkhidmatan awam di negara ini. Hasrat
kerajaan untuk mempertingkatkan daya saing negara di persada antarabangsa bakal
menjadi kenyataan tidak lama lagi. Semangat kerja secara berpasukan juga perlu
diterapkan dalam setiap tugas yang dilaksanakan demi mencapai sasaran yang
ditetapkan. Impaknya, pertumbuhan ekonomi negara dapat ditingkatkan di samping
mengurangkan kos pengurusan dan perbelanjaan kerajaan. Dalam pada itu,
keadaan politik negara juga stabil dan kukuh serta dapat meningkatkan imej negara
di persada dunia.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Transformasi Perkhidmatan Awam’
oleh Abd. Kadir Mohd. Ayub Dewan Masyarakat, Februari 2015
Bahan 2 - Grafik
PRAKTIS 3-TINGKATAN 4
TEMA 9
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[ 35 MARKAH ]
SOALAN 1 : MORFOLOGI
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Kad pengenalan pada mulanya diperkenalkan oleh pemerintah Inggeris di
Malaya melalui Emergency [Registration Areas] Regulation 1948 bagi membendung
ancaman pengganas komunis pada tahun 1948. Kad pengenalan ini digunakan
untuk tujuan pengecaman dan pengagihan beras pada zaman darurat. Oleh yang
demikian, kad pengenalan yang pertama ini juga dikenali sebagai “kad beras”
kerana catuan makanan pada zaman darurat memerlukan bukti pengenalan diri
untuk mendapatkan beras. Walau bagaimanapun, kad pengenalan telah melalui
pelbagai perubahan selari dengan peredaran zaman. Kini kad pengenalan
mempunyai pelbagai fungsi dan ciri-ciri keselamatan.
Dipetik daripada
‘Identitiku : Evolusi Kad Pengenalan’
Buku Teks Tingkatan 4
Kementerian Pendidikan Malaysia
[ 6 markah ]
SOALAN 2 : SINTAKSIS
Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan
menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah
bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.
Sharifah Azah binti Mohamad Alsagoff merupakan seorang tokoh yang
disegani dalam bidang budayawan. Azah bergelar anak yatim ketika berusia dua
tahun. Ibunya, Azizah binti Jaafar membawa Azah dan abangnya menetap di Johor
setelah bapanya meninggal dunia. Azah bekerja sebagai wartawan di Berita Harian
selama 12 tahun. Kemudian , Azah menerima pelawaan bertugas di Utusan Melayu
sebagai Pengarang Rencana. Wanita ini menghembuskan nafas pada 9 Julai 2012
ketika berusia 84 tahun. Pemergian Azah Aziz ditangisi ramai kerana negara
kehilangan wanita yang teguh mempertahan nilai budaya.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Azah Aziz : Kartika di Langit Seni’
oleh Zaharah Nawawi
Dewan Bahasa dan Pustaka 2001
[ 6 markah ]
SOALAN 3 : PENYUNTINGAN
Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
tiga belas kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu
menyalin petikan tersebut
Yayasan Salam Malaysia atau ringkasnya SALAM adalah badan bukan
kerajaan. Penubuhannya bertujuan untuk menimbulkan lagi semangat sukarelawan
di kalangan masyarakat. Para sukarelawan SALAM menganjurkan pelbagai jenis
program-program kebajikan. Untuk menjalankan program ini SALAM mendapat
sumbangan dari badan korporat, kerajaan, dan orang ramai.
Sukarelawan SALAM pernah bekerja di Aceh, Nias, dan Sri Langka ketika
Tsunami pada tahun 2004. Sukarelawan SALAM turut menghulur bantuan
kemanusiaan pada mangsa perang di Palestin. Antara sumbangan SALAM dalam
negara termasuklah memberikan bantuan kepada mangsa banjir. Sukarelawan
SALAM juga memaksa mangsa penyalah gunaan dadah agar kembali di pangkal
jalan. Bimbingan pada ibu tungal yang berminat untuk menjadi usahawan kecil turut
diberikan.
( Dipetik daripada Misi Kemanusiaan ‘ Yayasan SALAM’ Buku
Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 KSSM, m.s 124, Kementerian
Pendidikan Malaysia )
[ 13 markah ]
SOALAN 4 - BAHASA MELAYU STANDARD
Baca petikan Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.
Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara
yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih pun hairan.
Maka Patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. 'Adapun negeri Melaka itu sukar
binasa maka puas hatiku. Adapun seperti khabar penjurit tujuh bersaudara yang di
Bukit Cina itu, jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu.'
Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
[ 6 markah ]
SOALAN 5 - PERIBAHASA
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan dua peribahasa
yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Beliau seorang wanita yang pemalu. Setiap butir kata yang terucap di bibirnya penuh
kelembutan. Beliau sangat jelita dan anggun setiap masa. Beliau merupakan
seorang wanita yang sempurna di mata semua orang. Wanita yang dikenali sebagai
Azah Aziz ini telah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Julai 2012 ketika berusia
84 tahun. Pemergian beliau bukan sahaja mengejutkan bahkan ditangisi ramai.
Walaupun beliau sudah tiada, jasa dan bakti beliau terhadap negara tetap dikenang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Azah Aziz : Kartika di Langit Seni’
oleh Zaharah Nawawi ,Dewan Bahasa dan Pustaka 2001,
Buku teks tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia)
[ 4 markah]
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN
[ 35 MARKAH ]
SOALAN 6 - PETIKAN UMUM
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti.kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Yayasan Salam Malaysia atau ringkasnya SALAM ialah badan bukan
kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1997. Penubuhannya bertujuan untuk
menanamkan lagi semangat sukarelawan dalam kalangan masyarakat. Para
sukarelawan SALAM menganjurkan pelbagai jenis program kebajikan. Untuk
menjalankan program ini SALAM mendapat sumbangan dari badan korporat,
kerajaan dan orang ramai.
Sukarelawan SALAM juga memberikan perkhidmatan di dalam dan luar
negara. Mereka pernah bertugas di Aceh, Nias dan Sri Langka ketika Tsunami pada
tahun 2004. Sukarelawan SALAM turut menghulur bantuan kemanusiaan pada
mangsa perang Palestin, Pakistan, Afganistan dan Iran. Antara sumbangan SALAM
dalam negara termasuklah memberikan bantuan kepada mangsa penyalahgunaan
dadah agar kembali ke pangkal jalan. Bimbingan pada ibu tunggal yang berminat
menjadi usahawan kecil turut diberikan. SALAM menganggap berkhidmat sebagai
sukarelawan sebagai kerja amat bermakna berkesan untuk membantu masyarakat
menjalani kehidupan yang lebih baik.
Dipetik daripada‘Misi Kemanusiaan ; Yayasan SALAM’
Buku Teks Tingkatan 4
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahan 2
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) antara agensi yang
berperanan dalam usaha merubah nasib golongan asnaf menjadi individu berjaya
hingga dulunya menjadi penerima zakat dan sekarang menjadi pembayar zakat.
Agensi ini bertanggungjawab dalam menguruskan zakat melalui pelbagai program
dilaksanakan termasuk aktiviti agihan zakat. Agihan zakat dibuat menerusi bahagian
tertentu mengikut kategori.
Baitulmal menerusi 28 skim bantuan zakat yang membantu asnaf daripada
segala aspek merangkumi keperluan asas, tempat tinggal, pendidikan, perniagaan,
kebajikan dan dakwah. Bantuan ini berjalan sepanjang tahun dan bukan pada bulan-
bulan tertentu saja. Keluarga yang dikenal pasti tergolong dalam asnaf miskin akan
dibantu menerusi bantuan kewangan bulanan, bantuan sewa rumah, bantuan
pelajaran anak-anak sehingga pengajian peringkat tertinggi, bantuan perubatan dan
bantuan.
Dipetik dan diubah suai daripada
MAIWP, JKM Agensi Ubah Nasib Asnaf
Harian Metro 4 Mac 2018
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud bantuan kemanusiaan.
[2 markah]
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan peranan
kedua-dua agensi / organisasi ini.
[3 markah]
(iii) Program-program yang dijalankan oleh agensi / organisasi ini banyak
memberikan kesan yang besar dalam kehidupan individu.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan tersebut?
[3 markah]
(iv) Keluarga rakan baik anda menghadapi musibah apabila rumah mereka
terlibat dalam kebakaran. Akibat daripada kebakaran itu, mereka sekeluarga
tinggal sehelai sepinggang.
Sebagai seorang rakan, apakah yang akan anda lakukan untuk membantu
mereka?
[4 markah]
SOALAN 7 - PETIKAN SASTERA
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Lagu Pesan Pak Dollah
Negara ini dibina Anak,
bata per bata negara ini pemberi
disimen celik minda yang wajib dikasihi
tapaknya teguh sekata yang tetap tekuh dihati.
tidak saling curiga
tidak saling wasangka.
Anak, Anak,
negara ini milik semua negara ini cinta
siapa pun mereka yang tidak berbelah
yang kuat menggalas usaha kasih yang tidak mungkin
berubah
yang lemah dibantu tenaga
bahan 2
SAJAK GELANGGANG
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
(i) Berdasarkan bahan 2, berikan maksud menangkis tohmahan .
[2 markah]
(ii) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan peranan generasi muda
terhadap negara
[3 markah]
(iii) Semangat cinta akan negara perlu dipupuk di peringkat sekolah. Pada
pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak
sekolah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid ?
[4 markah]
(iv) Seorang rakan anda, sering memburuk-burukkan negara dan pemimpin-
pemimpin negara di media sosial. Tindakan rakan anda itu jelas
menunjukkan bahawa tiada rasa cinta akan negara dalam dirinya.
Sebagai seorang rakan, apakah tindakan yang akan anda lakukan untuk
menanamkan rasa cinta akan negara dalam diri rakan anda itu ?
[4 markah]
SOALAN 8 - NOVEL
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bagi Mak Milah itu bukanlah kali pertama suaminya bercakap mengenai kesultanan
Melayu Melaka yang pernah menjadi kebanggaan orang Melayu itu. Sudah banyak
diperkatakannya. Suaminya bagaikan sengaja mengulang-ngulang cerita itu supaya tidak
luput daripada ingatannya. Bukan di rumah sahaja dia bercerita, malah bila ada
kesempatan dia selalu menceritakannya kepada penduduk kampung itu terutama anak-
anak muda.
Menurut Pak Saidi, punca keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka adalah kerana orang
Melayu tidak lagi bersatu. Para pemimpin pula berebut kuasa. Fitnah dan adu domba
berleluasa. Pahlawan Hang Tuah difitnah. Bendahara Tun Mutahir dihukum bunuh dan
akhirnya Sultan Mahmud Shah hilang taktha dan menjadi pelarian.
“Sekiranya orang Melayu bersatu, maka tanah air kita ini akan merdeka. Tetapi jika
tidak bersatu, sampai bila pun kita akan dijajah,” kata Pak Saidi.
( Dipetik daripada Novel Leftenan
Adnan Wira Bangsa karya Abdul Tatip Talib
Kementerian Pendidikan Malaysia )
(i) Nyatakan punca-punca keruntuhan kesultanan Melayu Melaka .
[4 markah]
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karyaAbdul Latip Talib
b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
f) Tirani, karya Beb Sabariah
g) Silir Daksina, karya Nizar Parman
h) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua teguran dan
kritikan pengarang terhadap masyarakat.
[6 markah]
BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 MARKAH]
SOALAN 9 - RUMUSAN
Baca petikan dan teliti gambar yang disertakan dengan teliti, kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan
gambar.
Bahan 1 – Petikan
Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan
bermasyarakat. Semangat ini perlu diterapkan dalam diri dan masyarakat kerana
semangat ini merupakan salah satu tuntutan dalam agama. Islam telah menekankan
kepentingan menjalin hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling. Dalam
konteks kejiranan, umat Islam perlu sentiasa menghormati, menjaga keselamatan,
dan harta benda jiran tetangga.
Dengan adanya semangat kejiranan ini, sesuatu masalah dapat diatasi
dengan segera. Malahan aktiviti-aktiviti kejiranan juga dapat mengeratkan hubungan
silaturahim antara penduduk di sesebuah kawasan perumahan. Memang tidak dapat
dinafikan lagi pelaksanaan rukun tetangga di bawah jawatankuasa kejiranan
setempat juga dapat melahirkan individu yang bertanggungjawab seterusnya
mampu membentuk masyarakat yang berjiwa murni.
Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri dan sikap tidak
mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah
Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Dalam hal
ini, pengukuhan semangat kejiranan akan melenyapkan sikap buruk ini dan
membentuk semangat bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Oleh itu, dengan
meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah kukuh.
Namun kini di kawasan bandar, semangat kejiranan pudar berikutan gaya
hidup masyarakat yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan masing-masing berikutan
tahap pendidikan yang tinggi dalam kalangan masyarakat bandar. Kemajuan
teknologi seperti telefon bimbit, internet serta faksimili turut menyebabkan anggota
masyarakat kurang berinteraksi antara satu sama lain. Corak kehidupan yang
bersikap individualistik turut menimbulkan tanggapan bahawa hubungan sesama
jiran tidak penting. .
Kesimpulannya, hidup berjiran amat penting dalam kehidupan. Hal ini
dikatakan demikian kerana semangat ini mendatangkan banyak manfaat dan
menyatupadukan seluruh masyarakat. Jelaslah bahawa betapa penting dan
besarnya peranan jiran dalam membentuk kemakmuran dan kesejahteraan
sesebuah negara. Oleh itu, masyarakat haruslah berganding bahu seia dan sekata
dalam usaha menjadikan kehidupan berjiran sebahagian daripada amalan dan
budaya masyarakat di Malaysia.
( Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara
Kekalkan Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,
Utusan Malaysia, Jun 2018 )
Bahan 2 -Gambar
(Dipetik daripada Amalan Hidup Bermasyarakat ‘Kejiranan Alaf Baharu’ Buku Teks
Bahasa Melayu Tingkatan 4 , m.s 120 Kementerian Pelajaran Malaysia )
PRAKTIS 4-TINGKATAN 5
TEMA 7
BAHAGIAN A : SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 Markah]
Soalan 1 - Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata terbitan. Kemudian
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Agrobazaar Online merupakan platform digital untuk usahawan memasarkan
produk dan perkhidmatan hasil pertanian secara maya kepada pengguna. Selaras
dengan perkembangan teknologi dan peningkatan trend pembelian dalam talian,
platform ini menjadi e-pasaran produk agromakanan yang lestari dan berkembang
maju untuk komuniti tempatan dan antarabangsa.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Program-program FAMA’,Buku Teks
Tingkatan 5, Dewan Bahasa dan Pustaka
(6 markah)
Soalan 2 – Sintaksis
Baca petikan di bawah dengan teliti. Bina 6 ayat tunggal berdasarkan ayat majmuk
bergaris di bawah.
Ikan hiasan diletakkan di dalam akuarium atau kolam sebagai penyeri ruang rumah.
Sektor ikan hiasan merupakan industri penting negara kerana berjaya mengeluarkan
325 juta ikan pada tahun 2019. Terdapat 548 pengusaha terlibat dalam industri ini.
Pengusaha ikan hiasan perlu meningkatkan produktiviti bagi memenuhi pasaran
tempatan dan antarabangsa. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh
Jabatan Perikanan untuk memajukan industri ini.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Rona Akuatik’,Buku Teks Tingkatan 5,
Dewan Bahasa dan Pustaka
(6 markah)
Soalan 3 - Penyuntingan
Dalam petikan 1, terdapat lima kesalahan bahasa, manakala petikan 2 terdapat
enam kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan- kesalahan itu. Bagi
setiap petikan, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan
yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.
Petikan 1
Pasar Tani telah memperkenalkan pada tahun 1985 sebagai sebuah institusi
pemasaran bagi membangunkan saluran pemasaran dan menggalakkan penyertaan
usahawan tani memasarkan hasil-hasil pertanian mereka sendiri terus pada
pengguna. Pasar tani ini bercirikan mudahalih, bersuasana karnival dengan identiti
yang tersendiri dan seragam. Pasar tani sebagai pertemuan medan antara
pengeluar dengan pengguna berupaya untuk membantu petani menerima harga
yang munasabah dan menguntungkan. Pengguna juga mendapat bekalan bermutu
dengan harga yang berpatutan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Risalah Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan’ Buku Teks Tingkatan 5
Kementerian Pendidikan Malaysia
(5 markah)
Petikan 2
Berdasarkan hasil kajian MARDI, produk cuka diberikan nafas baru dengan
formulasi yang inovatif dan memberikan manfaat kepada kesihatan dengan
tambahan nilai kefungsian seperti tinggi kandungan anti-oksidan, tiada bahan
pengawet, tiada bahan sintetik pewarna dan tidak toksik. Di samping itu, dari kajian
in vivo, cuka air kelapa matang menunjukkan potensi untuk bertindak sebagai ajen
terapeutik untuk mengawal berat badan dan terbukti menurun lemak dan kolesterol
pada tikus. Kesimpulannya, selain digunakan sebagai ramuan di dalam masakan,
cuka air kelapa matang boleh diambil sebagai makanan tambahan untuk penjagaan
kesihatan diri.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Cuka Air Kelapa Matang’ Buku Teks
Tingkatan 5 Kementerian Pendidikan Malaysia
(6 markah)
Soalan 4 - Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.
Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu.
Maka Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi
bertanyakan anaknya yang bernama Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu,
sudahkah datang dari Daha atau belumkah. Maka orang Patih Gajah Mada pun
pergilah kepada bininya Petala Bumi.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia
( 6 markah)
Soalan 5 - Peribahasa
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan dua peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Walau bagaimanapun, Salleh tidak berputus asa dan mencari jalan untuk mengatasi
kesilapannya. Salleh telah mendapatkan benih anggur yang lebih berkualiti dari luar
negara, iaitu dari negara Ukraine, Rusia, Australia, Perancis, dan Jepun. Usaha
Salleh semakin membuahkan hasil apabila lima pokok terawal yang ditanamnya
mengeluarkan hasil pada setiap bulan Mei dan Jun. Walaupun terpaksa berbelanja
lebih bagi mengusahakan tanaman anggur, tindakannya berbaloi dengan hasil yang
diperoleh.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Bingkisan Anggur Pantai Timur’ oleh
Ahmad Rabiul bin Zulkifli.“Saintis 14 Jenis
Anggur” dlm. Harian Metro, 5 Julai 2019
(6 markah)
BAHAGIAN B: PEMAHAMAN
[35 MARKAH]
Soalan 6 - Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
BERMINAT UNTUK MENJADI PENTERNAK AYAM PIRU?
Banyak kelebihannya. Antaranya termasuklah:
Harga jualan lebih mahal berbanding dengan ayam daging.
Boleh menghasilkan antara 50 hingga 120 biji telur pada musim pertama.
Tempoh masa pembesaran 9-28 minggu.
Boleh diternak di kawasan terbuka atau reban.
Bahan 2
Shaik Mohamad Azmi Md Shariff, 55, nekad untuk mencuba sesuatu yang baru
dengan membuka reban ternakan ayam piru bermula dengan kira-kira 500 ekor
pada tahun 2010.
"Saya memulakan bidang penternakan ini sejak tujuh tahun lalu pada skala kecil
dengan modal RM20,000 bagi membina reban di belakang rumah dan untuk
membeli keperluan-keperluan lain.
“Namun permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan mendorong saya
melebarkan perniagaan kepada skala yang lebih besar ,” katanya.
Beliau berkata, bidang penternakan ayam piru diusahakannya itu kini semakin
menjadi pilihan pelanggan kerana daging ayam piru mempunyai
i. Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud melebarkan perniagaan?
(2 markah)
ii. Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan tentang
keistimewaan daging ayam piru?
(3 markah)
iii. Bidang penternakan semakin menjadi pilihan anak muda untuk diceburi pada
masa ini. Namun, terdapat segelintir anak muda yang suka memperlekehkan
bidang ini kerana dianggap kotor dan bidang kelas kedua.
Pada pendapat anda, mengapakah golongan belia kurang meminati bidang
ini?
(3 markah)
iv. Amir dan adik-adiknya mempunyai sebidang tanah peninggalan ibu dan
bapanya. Amir bercadang untuk menceburi bidang pertanian dengan
menanam kacang bendi secara komersial. Namun, adik-adiknya tidak
menunjukkan minat untuk menceburi bidang pertanian.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk menggalakkan belia
menceburi bidang pertanian?
(4 markah)
Soalan 7 - Petikan Sastera
Baca bahan-bahan dibawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
dengan ayat sendiri.
BAHAN 1
Saling tidak tumpah seperti ibu yang rancak ke sana rancak ke sini seperti
air terjun. Ibu tidak boleh tinggal diam sepanjang hari, sama seperti air Sungai
Ceper yang bergerak bersama ikan, menampar tebing yang berselekoh, memasuki
lubuk-lubuk yang dalam.
Ibu juga bergerak di mana-mana saja dia berada. Kalau di baruh, ibulah
yang menajak dan menyisir selut. Ibulah membanting tulang empat kerat memikul
gemal dan tanam benih-benih itu. Kelak ibulah yang mengejar burung apabila padi
menguning. Dan ibu jugalah yang menuai apabila padi masak sampai habis gemal-
gemal itu dijunjung naik masuk jelapang.
Ceper pun serupa. Ia memancutkan airnya begitu deras bagai anak panah
yang baru saja lepas dari busurnya.
Selesai saja subuh, ibu sudah berada di bumi. Kalau musim bersawah, di
sawahlah. Kalau musim tetak mengkuang, di payalah. Kalau musim berderau di
rumah kenduri atau bersama keluarga menziarahi mayat, ibu ada-ada saja
kerjanya.
Dipetik daripada Cerpen Ibu dan Ceper
dalam Antologi Harga Remaja
Kementerian Pendidikan Malaysia
BAHAN 2
Gurindam Hati Waja
Jika teguh azam dan cita,
Yang dibuat menjadi nyata.
Jika kau asah potensi diri,
Yang diusahakan pasti menjadi.
Jika ilmu penuh di dada,
Idea terbaik sentiasa ada.
Jika semangat tersemat di dada,
Hasil kau dapat berlipat ganda.
Jika tabah juga semangat,
Tidak rugi menumpah keringat.
Jika bekerja utamakan muafakat,
Semua usaha membawa berkat.
Jika idea sungguh kreatif,
Kelak kau dapat pelbagai insentif.
Jika hidup selalu berbakti,
Namamu harum tersemat di hati.
Alias Derais,Shah Alam Selangor
Buku Teks Tingkatan 4, halaman 51
Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud menumpah keringkat.
(2 markah)
(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kegigihan yang dilakukan untuk
mengharungi kehidupan.
(4 markah)
(iii) Industri pertanian, penternakan dan perikanan makin mendapat tempat dalam
jiwa golongan belia, walaupun industri ini makin mencabar seiring dengan
kemajuan teknologi.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan mempelajari dan menguasai
teknologi yang semakin maju dalam bidang pertanian, penternakan dan
perikanan?
(3 markah)
(iv) Rakan anda berhasrat untuk melibatkan diri sebagai petani muda. Rakan
anda berhasrat untuk melakukan penanaman anggur sebagai aktiviti
penanaman utama. Namun begitu terdapat pelbagai kekangan yang dihadapi
untuk memastikan projek penanaman membuahkan hasil kerana rakan anda
baru melibatkan diri sebagai petani.
Sebagai rakan karib, apakah yang anda boleh lakukan untuk membantu
rakan anda mencapai kejayaan dalam aktiviti penanaman anggur?
(4markah)
Soalan 8 - Novel
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Pisang juga memberi manfaat kepada beberapa penyakit jika amalan
pengambilannya dilakukan selalu. Antaranya zat besi yang ada di dalam buah
pisang boleh menstimulasikan hemoglobin dalam darah dan mengurangkan
anaemia. Bagi mereka yang mengalami tekanan darah tinggi digalakkan
makan buah pisang kerana kandungan potasiumnya yang tinggi. Satu kajian
dibuat terhadap 200 pelajar sekolah di Britain yang bakal menduduki
peperiksaan diberi makan pisang waktu sarapan pagi, makan tengah hari dan
malam. Didapati mereka berjaya kerana pisang baik untuk rangsangan otak.
Triptopon, sejenis vitamin yang terkandung dalam pisang juga dikatakan
boleh membuatkan si pemakannya berasa tenang. Selain buah, kulit pisang
juga boleh menyembuhkan bintat atau rasa gatal akibat gigitan nyamuk
dengan menyapukan bahagian kulit di bahagian yang digigit.
Dipetik daripada Novel Jendela Menghadap Jalan
Karya Ruhaini Matdarin Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Nyatakan manfaat-manfaat yang akan diperoleh seseorang yang
selalu mengamalkan pengambilan pisang.
[4 markah ]
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
a) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
b) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari,huraikan peristiwa yang boleh
menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
[6 markah]
Bahagian C : Rumusan
(30 Markah)
Soalan 9 - Rumusan
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah ni. Kemudian buat
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.
Bahan 1 : Petikan
Pembangunan dan kemajuan sektor pertanian yang melibatkan pengeluaran hasil
makanan sentiasa diberikan perhatian oleh pihak kerajaan. Oleh sebab itu, bidang
ini memerlukan anjakan paradigma untuk meningkatkan bekalan makanan negara.
Bagi menjayakan hasrat tersebut, kemajuan dan aplikasi teknologi pertanian moden
wajar dilaksanakan sepenuhnya. Sektor pertanian di negara ini harus berubah ke
arah pengamalan pertanian pintar mendorong agensi pertanian berusaha
membangunkan baka yang berkualiti dan berproduktiviti tinggi supaya mampu
bersaing dengan negara lain dalam bidang yang sama di rantau ini.
Sekalipun untuk menjayakan pertanian pintar penuh onak dan duri tetapi kita
tidak sepatutnya berpaling ke belakang lagi. Masalah besar yang mesti diselesaikan
ialah keengganan golongan muda bergiat secara aktif dalam bidang pertanian.
Sebahagian daripada anak muda sekarang lebih selesa bekerja makan gaji dengan
pendapatan tetap tanpa perlu berpanas dan berhujan. Persepsi mereka seolah-olah
menghampiri kenyataan apabila mereka menyaksikan tiada inisiatif untuk
mengangkat peranan petani dalam aktiviti perniagaan. Hal ini disebabkan peranan
ini dimonopoli oleh orang tengah yang mengaut keuntungan daripada titik peluh
petani.
Apabila ditinjau dengan lebih lanjut, sektor pertanian sendiri pun masih wujud
belenggu yang merantai kemajuannya. Paling ketara sistem pengairan sawah
secara sistematik tidak menyeluruh. Terdapat kawasan tertentu termasuk dalam
projek pengairan dan sebahagian lagi tidak terlibat. Sawah yang teratur sistem
pengairannya lebih banyak hasilnya berbanding dengan kawasan yang bergantung
pada pengairan semula jadi, iaitu air hujan. Kebanyakan petani mengerjakan tanah
milik mereka secara persendirian. Mereka belum bersedia mengurus sawah secara
kelompok atau estet. Sekiranya sesuatu kawasan itu diselenggarakan di bawah
pengurusan yang sama, banyak perkara yang dapat diselesaikan dengan mudahnya
menerusi permuafakatan. Apabila petani bergerak nafsi-nafsi, mereka sukar
menghalang pihak yang melakukan sabotaj dalam pembekalan benih dan baja.
Situasi yang berlaku ini akan memangsakan petani dan usaha mereka tidak setimpal
dengan pendapatan.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Pertanian Pintar Jamin Sekuriti Makanan’
Oleh Azhar Mohd Nadzir
Dewan Ekonomi, Januari 2020
Bahan 2 : Bahan Grafik
PRAKTIS 5-TINGKATAN 5
TEMA 8
BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA
[35 markah]
Soalan 1: Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata terbitan dan dua kata
ganda. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada
setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan
dan menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.
Lembah Lenggong terletak di Hulu Perak, kira-kira 80 kilometer dari bandar Ipoh.
Lembah Lenggong telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 30 Jun
2012 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu yang juga dikenali sebagai United Nations Educational, Scientific
and Cuktural Organization (UNIESCO). Kajian di Lembah Lenggong sejak 30 tahun
yang lalu telah menemukan banyak bukti prasejarah dan kini bukti penemuan ingin
dikongsi dengan segenap lapisan masyarakat dari dalam dan luar negara melalui
program arkeopelancongan. Melalui program ini, para peserta berpeluang khazanah
prasejarah negara yang diiktiraf dunia melalui lawatan berpandu oleh ahli-ahli
arkeologi.
Dipetik dan diubah suai daripada
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5
Ms104
[8 markah]
Soalan 2: Sintaksis
Berdasarkan petikan di bawah ini, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang
lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut:
Subjek :__________________________________
Predikat :__________________________________
Perjalanan dai Bandar baru Bangi ke Pulau Pinang yang dikenali juga sebagai
Pulau Mutiara kali ini sungguh lancar sekali. Pukul 8:30 pagi, kami sudah tiba di
kawasan Rehat dan rawat tapah untuk sarapan dan solat sunat. Pukul 10:30
pagi, kami sudah pun merentas Jambatan Kedua Pulau Pinang. Perjalanan agak
jauh tetapi tidak membosankan. Lagu-lagu daripada stesen radio tempatan
yanag disulami sembang santai bersama-sama keluarga meningkatkan
keterujaan untuk cepat sampai. Tatkala memasuki bandar raya Pulau Pinang,
lagu Boria Pulau Pinang diputarkan.
Dipetik dan diubah suai daripada
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5
Ms 100
[6 markah ]
Soalan 3 :Penyuntingan
Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan Bahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu.Anda tidak perlu menyalin petikan semula.
Pelancongan Malaysia memiliki potensi yang besar sebagai seghmen baharu
dalam agenda pembangunan dan ekonomi negara.Namun begitu ,awas, kerana
dalam sektor ini ada sisi gelapnya iaitu menipuan yang boleh merencatkan
kerancakan perkembangannya.Seorang pesalah telah ditipu oleh sindikit
pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej-pakej yang tidak wujud sedangkan
membawa kerugian 12 juta ringgit.Mereka giat mempromosikan di taman media
sosial untuk mencari mangsa.Oleh yang demikian ,masyarakat masih berhati-hati
dan boleh membuat tuntutan hak secara tebus rugi pada pihak tribunal pengguna
sekirannya ditipu.
(dipetik dan diubahsuai daripada
Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 5)
[ 9markah]
Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.
Akan pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau
sebesar tempurung sekalipun ,negeri namanya; baik juga kepada kami,maka kami
kerjakan,kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami,tiada tahu
akan jahatnya.
(dipetik dan diubah suai daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada
dalam Antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia)
[ 6markah ]