Soalan 8: Novel
i. Faktor-faktor yang menyebabkan ‘aku’ berasa gembira:
a. Kerana usahanya sudah membuahkan hasil
b. Kerana sudah menjumpai frekuansi yang betul
c. Kerana tidak memerlukan wayar atau gentian untuk menguasai
Farisha
d. Kerana sudah membuktikan bahawa dia lebih hebat daripada lelaki itu
ii. Dua konflik yang dihadapi oleh watak utama dan cara penyelesaianya:
a. Konflik yang dihadapi oleh Lili dengan ibunya yang mahunya pulang
bercuti ke kampung datuk dan neneknya di Dungun, Terengganu. Lili
berasa sedih kerana dia mahu memanfaatkan cutinya bersama-sama
rakan-rakannya dan ingin menghadiri majlis perpisahan pengetuanya.
Cara penyelesainnya ialah Lili menurut cadangan ibunya untuk pulang
bercuti di kampung datuk dan nenek untuk menjaga hati ibunya. Dia
berpura-pura gembira walaupun hatinya berat untuk pulang ke
kampung.
b. Konflik yang dihadapi oleh Lili ketika dia diculik oleh Haziq dan Rafiq.
Lili telah dikurung dan diikat oleh Haziq dan Rafiq di pondok buruk.
Cara penyelesaiannya ialah Lili cekal menghadapi dugaan semasa
dirinya diculik dan dia memafkan tindakan mereka kerana
beranggapan keluarga tersebut memerlukan bantuan pemulihan.
BAHAGIAN C : RUMUSAN
Pendahuluan
1: Rumusan membincangkan kepentingan / kebaikan / faedah / manfaat / kelebihan /
keistimewaan
industri pelancongan kepada negara, usaha-usaha untuk memajukan industri
pelancongan.
Isi Fokus 1 ( Kepentingan Industri Pelancongan )
Bahan 1 : Petikan
1 Membuka peluang baharu memperkenalkan Malaysia ke peringkat antarabangsa
2 Berjaya menampilkan keunikan, keharmonian dan kepelbagaian budaya di negara
kita.
3 Berupaya memberikan semangat kepada hala tuju Malaysia ke arah pencapaian
wawasan
negara
4 Mampu menarik pelaburan sebanyak RM 19.4 bilion.
5 Mampu mewujudkan sejumlah 1.77 juta peluang pekerjaan kepada rakyat
Malaysia.
6 Sumber pendapatan baharu dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa
7 Dapat membangunkan produk ikonik.
Isi Fokus 2 (Usaha-usaha memajukan industri pelancongan)
Bahan 1 : Petikan
1 pihak kerajaan memperkenalkan Program Transformasi Negara pada tahun 2010
2 Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia yang menjalankan kempen
promosi yang agresif di luar negara
3 peruntukan tambahan RM80 juta untuk memperhebat aktiviti promosi pelancongan
Isi Fokus 2 (Usaha-usaha memajukan industri pelancongan)
Bahan 2 : Grafik
1 meningkatkan prasarana / sistem pengangkutan awam
2 menjual / mempromosi barangan kraf tangan kepada pelancong
3 memperkenalkan keunikan kebudayaan rakyat Malaysia
Penutup
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bersama-sama menyokong industri
pelancongan
agar Malaysia menjadi destinasi utama pelancong asing.
PRAKTIS 6-TINGKATAN 5
TEMA 9
BAHAGIAN A
SOALAN 1 - MORFOLOGI
i. Ilmu – pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; kajian bkn
sesuatu perkara.
ii. Risiko – kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat
bahaya atau kerugian
iii. Konsisten – terus berpegang pada pendirian dsb yg sama, tekal; 2.
secocok, sesuai, sejajar, tidak bertentangan antara satu dgn lain
iv. Dividen – bahagian keuntungan yang dibayar kepada pemegang saham
dalam sesuatu syarikat
v. Minda – akal fikiran, daya berfikir
vi. Masyarakat - kumpulan manusia yang hidup bersama (di sesuatu tempat
dengan aturan dan cara tertentu)
SOALAN 2 – SINTAKSIS
(i) Subjek: Gambar-gambar yang dimuat naik itu
(ii) Predikat: mendatangkan masalah kepada pengguna media sosial
(ii ) Subjek: Konflik yang berlaku ini
Predikat: akan menyebabkan mereka menghadapi tekanan jiwa
(iii) Subjek: Perkongsian secara melampau di media sosial
(iv) Predikat: kadangkala tidak menyenangkan hati kawan-kawan.
SOALAN 3 – PENYUNTINGAN
i. di- dalam
ii. dari- daripada
iii. manakala- jika
iv. perlantikan- melantik
v. pengurusan- berurusan
vi. siapa- Sesiapa
vii. bila- bila-bila
viii. para-para- para
ix. tingkat- meningkat
x. bukan- tidak
xi. sebab- kerana
4. BAHASA MELAYU STANDARD
Lalu baginda terfikir satu cara untuk mendapatkan kata sepakat antara Seri Nara
Diraja dengan Paduka Raja. Selepas itu, baginda pun menitahkan orang memanggil
Seri Nara Diraja untuk menghadap. Seri Nara Diraja datang menghadap baginda.
Lalu baginda bertitah supaya Seri Nara Diraja berkahwin. Seri Nara Diraja bersetuju
dengan perintah Sultan Mudzaffar Shah untuk beristeri sekiranya itu yang
dikehendaki oleh sultan.
5. PERIBAHASA
1. Membaca jambatan ilmu
2. Ilmu pelita hidup
3. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian.
4. Genggam bara api biar sampai jadi arang
5. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
6. Usaha tangga kejayaan
6. PETIKAN UMUM
i) Maksud pembayaran tertunggak ialah pelunasan yang belum
dijelaskan/diselesaikan.
ii) Dalam Bahan 1, punca berlakunya kebankrapan ialah Encik Ahmad
dihimpit masalah kewangan. Rakan Encik Ahamad tidak menyambung
bayaran kepada pihak bank setelah Encik Ahmad menyerahkan keretanya
kepada seorang rakan tanpa menukar nama pemilik. Dalam Bahan 2, punca
berlakunya kebankrapan ialah disebabkan oleh hutang kereta dan juga
hutang peribadi.
iii) Cara untuk mengatasi masalah
- Mengawal nafsu
- Tidak membeli barangan jika tidak mampu
- Bersabar dan menabung terlebih dahulu sebelum membeli barangan
- Mendapat khidmat nasihat berkaitan kewangan
iv) Saya akan menasihati rakan dengan:
- Menyuruh rakan membuat kos perbelanjaan setiap bulan
- Menasihati rakan supaya tidak membeli kereta yang mahal
- Mengutamakan kepentingan keperluan terlebih dahulu
- Mengutamakan kebajikan ibu bapa dan keluarga
SOALAN 7 – PETIKAN SASTERA
i. Maksud mendepani cabaran – menghadapi/mengharungi/dugaan/risiko
ii. Faktor-faktor kejayaan seorang usahawan
a. Mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi.
b. Mempunyai modal yang cukup
c. Tidak takut dengan persaingan
d. Tidak mudah berputus asa
iii. Persediaan menceburi bidang perniagaan
a. Menanam cita-cita untuk berjaya dalam bidang yang dihajati sejak kecil.
b. Mengikuti jurusan pengajian yang sesuai di IPT
c. Memulakan perniagaan secara kecil-kecilan
d. Mengamalkan disiplin yang tinggi
iv. Bantuan menyelesaikan masalah kekurangan modal
a. Menggunakan wang simpanan untuk memulakan perniagaan secara
kecil-kecilan.
b. Membuat pinjaman daripada keluarga / kawan-kawan.
c. Membuat pinjaman daripada pihak bank
d. Membuat perniagaan secara usaha sama.
SOALAN 8 – NOVEL
i.Pekara-pekara yang difikirkan oleh Dahlia.
1. Sakit emak bila akan sembuh
2. Abah mungkin akan keluar hospital sehari dua ini
3. Abah tidak akan mampu untuk terus bekerja setelah keluar daripada hospital
4. Jika abah tidak dapat bekerja siapa yang akan membiayai makan dan minum
serta perbelanjaan harian
5. Bagaimana hendak menyediakan wang sebanyak RM15 000.00 yang
diinginkan oleh Nek Kiah.
ii. Novel Songket Berbenang Emas
Dua peristiwa yang menunjukkan ketabahan watak utama.
1. Peristiwa Dahlia menuntut ilmu
Dahlia tabah menuntut ilmu walaupun hidup dalam kemiskinan dan
menghadapi masalah keluarga seperti ibunya yang sakit dan ayahnya yang
dipatuk ular.
2. Peristiwa Dahlia menguruskan adik-adiknya
Dahlia tabah memikul tanggungjawab menguruskan adik-adiknya terutama
Anggerik yang masih kecil ketika ibu dan ayahnya dimasukkan ke hospital.
3. Peristiwa Dahlia menerima penghinaan dan kejian daripada masyarakat
sekeliling.
Dahlia tabah menerima tuduhan Aton yang menuduhnya sengaja
menyebabkan Said lemas di dalam sungai.
SOALAN 9 – RUMUSAN
Pendahuluan :
Rumusan membincangkan cara/kaedah mengurus kewangan dan kesan/natijah
pengurusan kewangan yang bijak.
Isi tersurat bahan 1 (Cara mengurus kewangan)
1. Mempunyai matlamat kewangan pada masa hadapan
2. Mempunyai sumber pendapatan yang mengcukupi
3. Menabung dahulu sebelum membelanjakan wang
4. Berbelanja dengan bijak
5. Menyusun keutamaan barangan yang perlu dibeli
Isi tersurat bahan 1 (Kesan pengurusan kewangan yang bijak)
1. Membantu seseorang itu sewaktu mereka menghadapi masalah kewangan
2. Memudahkan mereka menghadapi peningkatan kos sara hidup
3. Membantu bagi menjamin masa hadapan seseorang
Isi tersurat bahan 2 ( Cara mengurus kewangan)
1. Menyediakan bajet bulanan
2. Tidak berhutang
3. Memilih servis yang lebih murah
4. Berbelanja secara tunai