The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by IIUM Breastfeeding Support Group (IBSG), 2024-05-08 00:15:40

MANUAL PEMBIMBING PENYUSUAN SUSU IBU

pdf&rendition=1

36 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Rajah 7.3: Kedudukan jari ketika memerah susu 7.3. Kaedah Pemberian Susu Perahan Susu perahan boleh diberikan dengan kaedah berikut: 7.3.1. Menggunakan cawan atau sudu yang tidak tajam dan mudah dibersihkan. i. Dudukkan bayi dalam keadaan menegak atau condong ke belakang sedikit di atas riba ibu. ii. Ampu belakang bayi, kepala, leher dan punggung. iii. Sentuhkan bibir cawan atau sudu di bibir bawah bayi sehingga susu mencecah bibir bayi. iv. Pegang cawan atau sudu dan biarkan bayi menjilat atau mengecap sendiri. v. Biarkan bayi mengambil susu sedikit demi sedikit. Jangan tuangkan terus ke dalam mulut bayi. vi. Bayi akan berhenti sendiri apabila kenyang. 7.2.3. Tatacara memerah susu i. Cuci tangan dan bekas penyimpanan susu terlebih dahulu. ii. Letakkan ibu jari dan jari telunjuk secara bertentangan pada bahagian tepi areola. Jari yang lain mengampu payudara. iii. Tekan ibu jari dan jari telunjuk serentak ke arah dada untuk menekan saluran susu, diikuti dengan pergerakan tekan dan lepas tanpa mengalihkan kedudukan jari. iv. Ulang pergerakan langkah 7.2.3 (ii) dan 7.2.3 (iii) beberapa kali mengikut pusingan di semua bahagian payudara (Rajah 7.3). Rajah 7.4: Kaedah memberi susu menggunakan cawan


37 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 7.3.2. Pemberian susu secara berdikit dengan menggunakan botol (paced bottle feeding). Rajah 7.5: Posisi bayi ketika minum susu menggunakan botol ii. Ampu belakang bayi, kepala, leher dan punggung. iii. Sentuh puting tiruan pada bibir atas bayi dan tunggu sehingga bayi membuka mulut. iv. Masukkan puting tiruan ke dalam mulut menyentuh lelangit bayi. v. Pegang botol dalam posisi mendatar dengan memastikan susu memenuhi ruang puting tiruan. vi. Untuk menyesuaikan dengan rentak penyusuan ibu, hentikan seketika aliran susu dengan merendahkan sedikit posisi botol sambil puting tiruan masih di dalam mulut bayi. vii. Ulang langkah 7.3.2 (v) dan 7.3.2 (vi) ini sehingga bayi menolak untuk menyusu lagi. viii. Elakkan memaksa bayi menghabiskan susu. Nota: • Cara lain pemberian susu perahan adalah menggunakan picagari dan tiub nasogastrik tetapi kaedah ini perlu mendapatkan khidmat nasihat dari pengamal perubatan. PERINGATAN: Penerangan pemberian susu melalui botol BUKAN bertujuan menggalakkan penggunaan botol dan puting. Sebaliknya penerangan ini sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan kejadian tersedak susu dan pemberian susu berlebihan. Berikut adalah kaedah penggunaan botol: i. Dudukkan bayi dalam keadaan menegak atau condong sedikit di atas riba ibu (Rajah 7.5).


38 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 7.4. Nota Penting • Memerah susu menggunakan tangan adalah kemahiran asas yang perlu dipelajari oleh semua ibu. • Ibu yang tidak dapat menyusui bayinya masih boleh memberi susu perahan. • Susu perahan boleh diberikan secara berdikit kepada bayi dengan menggunakan cawan, sudu atau botol. 7.5. Rujukan • Kementerian Kesihatan Malaysia. Panduan penilaian Panduan Ringkas Pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi Kriteria Baru WHO/ UNICEF, 2009. • United Nation High Commisioner for Refugees.Infant Feeding In Emergencies, Module 2 and Version 1.0 for Health and Nutrition Workers In Emergency Situation, August 2004.


Bagaimana Mengenalpasti Dan 8 Mengatasi CabaranPenyusuan? tajuk


40 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 8. Bagaimana Mengenalpasti Dan Mengatasi Cabaran Penyusuan? 8.1. Pengenalan Terdapat beberapa keadaan pada puting dan payudara ibu yang mungkin boleh mengganggu penyusuan susu ibu. Persepsi ibu terhadap sesuatu keadaan atau situasi juga boleh mempengaruhi keyakinan ibu untuk menyusu. Ibu masih boleh berjaya menyusukan bayinya sekiranya keadaan tersebut dapat dikesan dan diatasi dengan baik. Bab ini menerangkan cabaran yang biasa dialami ibu, cara mengatasinya dan kaedah menangani persepsi ibu. 8.2. Cabaran, Penyebab, Tanda Dan Gejala Dan Cadangan Tindakan Jadual 8.1 menerangkan beberapa cabaran penyusuan susu ibu dan cadangan tindakan yang boleh diambil untuk mengatasinya. Jadual 8.1: Cabaran penyusuan susu ibu dan tindakan Cabaran Penyebab, tanda dan gejala Cadangan tindakan Payudara bengkak Penyebab: • Lakukan urutan perlahan. Rujuk • Lambat memulakan penyusuan. bahagian 7.2. • Teknik penyusuan tidak berkesan. • Tuam payudara dengan tuala • Susu tidak dikeluarkan secara efektif. suam untuk melancarkan aliran • Bayi kurang menyusu. susu. • Bayi menyusu mengikut jadual. • Perah susu sedikit untuk • Bayi diberi susu gantian. mengurangkan ketegangan sebelum menyusukan bayi. Tanda dan gejala: • Pastikan teknik penyusuan • Ibu rasa seram sejuk. berkesan untuk mengelakkan • Susu tidak mengalir. payudara bengkak semula. • Payudara rasa panas, sakit dan berdenyut. • Susukan bayi dengan kerap • Payudara bengkak, berkilat, tegang dan mengikut kehendak bayi untuk keras. mencegah bengkak susu. • Tuam payudara dengan tuala sejuk untuk mengurangkan kesakitan.


41 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Cabaran Penyebab, tanda dan gejala Cadangan tindakan Saluran susu Penyebab: • Tuam payudara dengan tuala tersumbat • Keadaan bengkak susu yang tidak suam. dirawat. • Urut perlahan di kawasan yang • Tekanan pada bahagian payudara tersumbat ke arah puting (tekanan jari, posisi penyusuan atau sebelum dan semasa bayi pakaian yang tidak sesuai). menyusu. • Susu tidak dikeluarkan dengan sebaiknya • Posisikan bayi agar dagunya dari sebahagian payudara. mencecah bahagian yang • Kecederaan pada tisu payudara. tersumbat. • Bukaan liang pada puting yang tersumbat • Pastikan pakaian ibu terutama kerana susu kering, kulit nipis atau kuping coli tidak ketat. luka menutup liang pada puting. • Jika ada liang pada puting tersumbat (bleb/ blister), tuam Tanda dan gejala: kawasan itu dengan tuala suam • Ketulan pada payudara, atau minyak sayuran seperti • Rasa sakit pada ketulan tersebut. minyak kelapa, minyak sawit, • Ibu selalunya rasa sihat dan tidak demam. minyak zaitun atau minyak jagung beberapa kali. Ini akan melembutkan kawasan tersebut dan liang terbuka semula. Radang/ jangkitan Penyebab: • Nasihatkan ibu untuk berjumpa payudara (mastitis) • Keadaan bengkak susu atau saluran pengamal perubatan dengan tersumbat yang tidak dirawat. segera. • Jangkitan kuman dari puting luka dan • Tuam payudara dengan tuala merekah yang tidak dirawat. sejuk untuk mengurangkan • Kecederaan tisu payudara. sakit. • Pernah menghidap radang payudara • Lakukan urutan ringan sebelum sebelum ini. atau semasa menyusu. • Teruskan menyusu dengan Tanda dan gejala: teknik penyusuan berkesan. • Payudara berasa sakit dan panas. • Rehat dan minum air • Kulit payudara merah pada bahagian secukupnya. bengkak sahaja. • Jika bayi tidak mahu menyusu • Ibu mengalami demam, menggigil dan terus di payudara, perah susu kesakitan. untuk diberikan kepada bayi. sambungan Jadual 8.1


42 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Cabaran Penyebab, tanda dan gejala Cadangan tindakan Puting susu luka Penyebab: • Tuam payudara dengan tuala dan/ atau merekah • Pelekapan yang cetek. sejuk untuk mengurangkan • Tongue-tie. sakit. • Bayi menarik atau menggigit puting. • Mulakan menyusu di bahagian • Penggunaan alat pemerah susu yang yang tidak sakit dahulu. tidak sesuai. • Pastikan pelekapan dalam • Jangkitan seriawan (candida). semasa menyusu. • Teruskan menyusu dengan Tanda dan gejala: teknik penyusuan berkesan. • Ibu merasa tidak selesa dan sakit ketika • Selepas menyusu, alihkan bayi menyusu. secara perlahan daripada • Puting ibu merasa pedih. payudara dengan memasukkan • Ibu masih merasa sakit yang berterusan jari kelingking ibu dicelah tepi walaupun pelekapan telah dibetulkan. mulut bayi. • Perahkan sedikit susu dan sapukan di sekitar kawasan yang luka selepas menyusu. • Rujuk kepada pengamal perubatan atau kaunselor laktasi sekiranya luka atau sakit tidak pulih. Puting leper/ Penyebab semulajadi: • Beri sokongan dan bina tenggelam • Puting leper/tenggelam sejak lahir. keyakinan ibu bahawa bayi • Perubahan puting semasa hamil. melekap pada areola bukan pada puting dan mulakan Nota: penyusuan sejurus selepas a. Semasa hamil, bentuk puting boleh bersalin. berubah dan menjadi lebih meregang • Untuk membantu menjayakan (protractile). Oleh itu, tidak perlu untuk penyusuan susu ibu, pastikan merawat puting yang kelihatan leper atau pelekapan yang dalam. Jika tenggelam semasa hamil. masih sukar melekap dengan b. Mulai trimester ketiga sehingga selepas dalam, tonjolkan puting dengan bersalin, puting menjadi lebih mudah menggunakan picagari yang meregang. Oleh itu, apabila terdapat telah diubahsuai (Lampiran B). rangsangan (bayi menghisap/ urutan • Elakkan penggunaan puting pada puting), puting akan lebih menonjol. tiruan atau puting kosong. Penyebab lain: • Kecederaan atau trauma pada kawasan puting. Tanda dan gejala: • Puting tidak menonjol keluar. • Bayi mungkin sukar melekap. sambungan Jadual 8.1


43 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Cabaran Penyebab, tanda dan gejala Cadangan tindakan Tidak cukup susu Penyebab: • Bina keyakinan ibu dengan • Bayi tidak kerap menyusu. memberi maklumat berkaitan • Pelekapan cetek. konsep permintaan dan • Penghisapan bayi yang kurang berkesan. penghasilan susu. Rujuk • Bayi hanya menyusu pada sebelah Bahagian 4.4.3. payudara sahaja. • Galakkan ibu menyusui bayi • Bayi diberi susu gantian. dengan kerap mengikut kehendak bayi. Susu tidak dikeluarkan dengan kerap akibat • Minta ibu menyusukan bayi pada faktor di atas atau ibu dan bayi berjauhan. sebelah payudara sehingga selesai dan teruskan menyusu di Tanda dan gejala: payudara sebelah lagi jika bayi • Berat bayi tidak mengikut lengkuk masih mahu. pertumbuhan normal. • Untuk penyusuan seterusnya, • Bayi kurang buang air kecil. mulakan penyusuan pada • Warna najis bayi tidak berwarna kuning payudara yang sebelah lagi. selepas hari ke lima (5). • Teruskan menyusu dengan teknik penyusuan berkesan. • Ibu perlu tahu tanda bayi dapat cukup susu. Rujuk bahagian 6.5. 8.3. Persepsi Ibu Dan Penerangan Kepada Ibu Persepsi adalah tanggapan ibu terhadap sesuatu keadaan di mana ia boleh mempengaruhi keupayaan dan keyakinan ibu untuk menyusu. Pembimbing boleh membantu ibu: i. mengenal pasti persepsi ibu. ii. membina keyakinan dan memberi sokongan sejurus selepas bersalin. iii. mengamalkan teknik penyusuan berkesan untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Jadual 8.2 menerangkan beberapa salah tanggap yang lazim dalam kalangan ibu. Jadual 8.2: Persepsi ibu dan penerangan yang bersesuaian Persepsi ibu Penerangan kepada ibu Puting kelihatan leper atau • Hanya segelintir sahaja yang benar-benar mengalami masalah tenggelam menyebabkan bayi tersebut. tidak boleh melekap • Ibu yang mengalami masalah tersebut masih boleh menyusukan bayi dengan bantuan dan sokongan. • Terangkan kepada ibu bahawa bayi melekap pada bahagian areola dan bukan hanya bahagian puting sahaja. Susu yang dihasilkan tidak cukup • Tanggapan ini boleh terjadi apabila ibu merasa risau: untuk memenuhi keperluan bayi a. Tidak mengetahui jumlah susu yang diambil oleh bayi. b. Jumlah susu yang diperah sedikit. c. Bayi kelihatan tidak puas dan menangis. • Untuk mengetahui tanda bayi mendapat cukup susu, sila rujuk bahagian 6.5. • Jika ibu menyusu sepenuhnya dan bayi menunjukkan tanda cukup susu, yakinkan ibu bahawa beliau menghasilkan susu secukupnya. Galakkan ibu untuk meneruskan penyusuan. Susu sedikit sebab payudara • Saiz payudara tidak mempengaruhi penghasilan susu. Rujuk kecil bahagian 4.2. sambungan Jadual 8.1


44 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Persepsi ibu Penerangan kepada ibu Susu kurang khasiat kerana cair • Khasiat susu ibu tidak dipengaruhi oleh kepekatan dan warna susu. • Kepekatan susu ibu berubah-ubah mengikut kekerapan, tempoh sesi penyusuan dan waktu menyusu. Susu awal rosak kerana • Kolostrum berwarna kuning kerana ia mengandungi betaberwarna kuning karotene berwarna kuning jingga yang bagus untuk perkembangan mata. Bayi asyik menangis sebab tidak • Bayi menangis boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Rujuk puas menyusu bahagian 9. 8.4. Nota Penting • Keadaan pada puting dan payudara ibu mungkin boleh mengganggu penyusuan susu ibu. • Teknik penyusuan berkesan boleh mencegah dan mengatasi cabaran penyusuan ibu. • Persepsi ibu terhadap sesuatu keadaan atau situasi juga boleh mempengaruhi keyakinan ibu untuk menyusu. • Bantu ibu dengan memberi sokongan dan membina keyakinan diri untuk meneruskan penyusuan. 8.5. Rujukan • Kementerian Kesihatan Malaysia. Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Profesional Ministry of Health Malaysia, 2009. Lampiran B: Teknik picagari yang telah diubahsuai Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia. Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Profesional Ministry of Health Malaysia, 2009. Langkah Pertama Potong sepanjang garisan ini menggunakan pisau Langkah Kedua Masukkan penekan ke dalam picagari (iaitu dalam arah bertentangan) Ibu menarik penekan picagari perlahan-lahan secara berterusan tetapi dengan tekanan lembut Langkah Ketiga sambungan Jadual 8.2


Bagaimana Mengenali Ragam Bayi 9 Dan Cara Mengatasinya? tajuk


46 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 9. Bagaimana Mengenali Ragam Bayi Dan Cara Mengatasinya? 9.1. Pengenalan Setiap bayi yang dilahirkan mempunyai tingkahlaku dan ragam yang pelbagai. Ibu yang memahami bayi mereka akan lebih mudah menguruskan keperluan bayi. Situasi ini akan membantu ibu untuk menyusukan dengan lebih lancar. Terdapat tiga (3) jenis ragam bayi yang boleh dikenali iaitu bayi kerap menangis/ merengek, bayi mudah tertidur (sleepy baby) dan bayi enggan menyusu. 9.2. Bayi Kerap Menangis/ Merengek 9.2.1 Antara sebab bayi kerap menangis/ merengek adalah: i. kelaparan ii. keletihan iii. tidak selesa iv. tidak mendapat perhatian v. kesakitan vi. bayi yang memang kerap menangis Nota: • Ahli keluarga yang kurang sabar dengan tangisan atau kurang mahir dalam mengendalikan keadaan tersebut boleh menyebabkan punca sebenar bayi menangis disalah tafsir. Oleh itu, masalah bayi menangis tidak dapat ditangani. 9.2.2 Cara menangani bayi yang kerap menangis i. Ibu dan ahli keluarga perlu bertenang dan dapatkan bantuan jika perlu. ii. Bayi boleh ditenangkan dengan cara: a) memeriksa lampin bayi untuk memastikan bayi selesa. b) meletakkan bayi di payudara jika bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu. c) mengamalkan sentuhan kulit ke kulit bagi mententeramkan bayi. d) melakukan urutan lembut pada bahagian tangan, kaki dan belakang bayi. iii. Bawa bayi ke klinik sekiranya bayi disyaki tidak sihat atau sakit. 9.3. Bayi Mudah Tertidur (sleepy baby) Lazimnya bayi yang lahir cukup bulan, selepas dilahirkan akan aktif dalam masa dua (2) jam pertama. Justeru itu, penyusuan susu ibu perlu dimulakan seawal satu (1) jam pertama untuk mengelakkan berlakunya masalah penyusuan. Selepas dua (2) jam, corak tidur bayi berbeza-beza mengikut keadaan bayi. 9.3.1. Berikut adalah sebab bayi mudah tertidur: i. jenis ubat penahan sakit yang digunakan semasa proses bersalin ii. bayi pramatang iii. bayi jaundis iv. bayi kurang berat lahir v. bayi yang mengalami masalah kesihatan


47 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 9.3.2. Cara menangani bayi yang mudah tertidur i. Buka kain bedung supaya kaki dan tangannya bebas bergerak. ii. Ibu perlu pastikan bayi tidak tertidur semasa menyusui dengan berinteraksi dengan bayi, mengusap dan mengurut perlahan bahagian tapak kaki serta tangannya. 9.4. Bayi Enggan Menyusu Bayi kelihatan seperti ingin menyusu tetapi apabila dimulakan penyusuan, dia menolak atau menangis. Kadangkala bayi hanya menyusu sekejap, menangis dan menolak untuk disusui lagi. Hal ini merunsingkan ibu, walaupun ianya adalah sementara. Oleh itu, ibu perlu sokongan untuk memujuk bayinya dengan penuh kesabaran. 9.4.1 Antara sebab bayi enggan menyusu: i. posisi dan kedudukan ibu dan bayi ketika menyusu tidak selesa. ii. bayi tidak dapat melekap dengan kemas pada payudara. Rujuk bahagian 6.4.2. iii. bayi merajuk kerana aliran susu kurang, tidak lancar atau terlalu laju. iv. bayi keliru puting kerana sudah diberikan susu melalui botol. v. bayi yang tidak selesa seperti tumbuh gigi, kembung perut, selsema (hidung tersumbat). vi. bayi yang tidak sihat seperti demam, sakit mulut, batuk sehingga sukar bernafas dan terdapat kesakitan di bahagian badan. vii. bayi yang sensitif dengan perubahan keadaan sekeliling seperti bunyi bising atau bau-bauan pada ibu seperti menukar minyak wangi. viii. bayi sudah kenyang tetapi ibu merasakan bayi masih lapar kerana bayi memasukkan jari ke dalam mulut atau merengek untuk mendapatkan perhatian. 9.4.2. Cara menangani bayi yang enggan menyusu i. Membetulkan posisi ibu dan bayi serta pelekapan bayi. ii. Ibu perlu memastikan keadaan sekeliling yang selesa dan tidak menggunakan bau-bauan yang berbeza ketika menyusukan bayi. iii. Jika payudara terlalu bengkak, galakkan ibu memerah sedikit susu sebelum menyusukan bayi bagi memudahkan perlekapan. iv. Jika bayi tidak boleh menyusu di payudara, gunakan cawan atau sudu untuk memberi susu perahan. v. Bayi yang kesakitan dan tidak sihat perlu dirujuk kepada pengamal perubatan atau anggota kesihatan untuk rawatan yang diperlukan. vi. Elakkan memaksa bayi menyusu. Ibu perlu memahami kehendak bayinya. vii. Elakkan penggunaan botol susu kerana ini menyebabkan masalah keliru puting. viii. Elakkan pemberian susu formula kerana boleh menyebabkan bayi kekenyangan.


48 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 9.5. Nota Penting • Ibu perlu mengenal pasti sebab bayi kerap menangis dan kaedah menenangkan bayi untuk menjayakan penyusuan susu ibu. • Corak tidur bayi berbeza-beza mengikut keadaan. Namun jika bayi mudah tertidur, ia perlu diatasi untuk melancarkan penyusuan susu ibu. • Ibu memerlukan kesabaran dan sokongan untuk menangani bayi yang enggan menyusu. 9.6. Rujukan • Pusat Laktasi Kebangsaaan. Modul Pengajar Kursus Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Dari Ibu ke Ibu, 2015.


Jaundis Dan Penyusuan 10tajuk


50 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 10. Jaundis Dan Penyusuan 10.1. Pengenalan Jaundis adalah keadaan kuning yang disebabkan oleh bilirubin (sejenis bahan pigmen). Mendapan bilirubin pada tisu badan menyebabkan bahagian mata, dalam mulut dan kulit kelihatan kekuningan. Terdapat beberapa jenis jaundis yang boleh terjadi kepada bayi. Bab ini menerangkan jenis jaundis dan rawatan serta pengendalian penyusuan. 10.2. Jenis Jaundis Terdapat dua (2) jenis jaundis iaitu patologikal dan fisiologikal. 10.2.1 Jaundis patologikal boleh terjadi sama ada: i. bermula dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran, atau ii. berpanjangan melebihi dua (2) minggu dan penyebabnya diketahui melalui ujian tertentu. 10.2.2 Jaundis fisiologikal pula boleh terjadi sama ada: i. bermula hari kedua dan berakhir pada hari ke 14, atau ii. berpanjangan melebihi dua (2) minggu dan bayi disahkan sihat melalui ujian tertentu. Jadual 10.1 menerangkan jenis jaundis dan tindakan yang boleh diambil. Jadual 10.1: Jenis jaundis dan cadangan tindakan Jenis jaundis Penerangan Cadangan tindakan Jaundis patologikal Keadaan ini merupakan situasi yang • Yakinkan ibu untuk membawa memerlukan perhatian dan rawatan bayi berjumpa pengamal segera. Bayi perlu diperiksa bagi perubatan dengan segera. mengetahui punca jaundis tersebut. • Jika bayi didapati mengalami Ianya boleh disebabkan oleh faktor kekurangan enzim G6PD, sila berikut: rujuk senarai makanan, ubat- • Ketidakserasian kumpulan darah ubatan dan bahan-bahan yang antara ibu dan anak. G6PD (Lampiran C). • Kekurangan enzim G6PD. • Nasihatkan ibu untuk menjaga • Jangkitan kuman pada bayi. kebersihan tali pusat dan teruskan • Bayi mengalami lebam kerana penyusuan susu ibu. komplikasi kelahiran. • Paras hormon tiroid bayi rendah. Jaundis fisiologikal • Hampir dua per tiga bayi baru • Yakinkan ibu untuk membawa lahir mengalami jaundis fisiologikal. bayi berjumpa pengamal • Keadaan ini bermula sama ada perubatan untuk menentukan pada hari kedua atau ketiga dan paras bilirubin. memuncak pada hari keempat • Bayi yang mengalami jaundis atau kelima. kebiasaannya sering kelihatan • Jaundis biasanya berkurangan mengantuk. Oleh itu, ibu perlu sekitar hari ke 10 hingga hari mengejutkan bayi untuk menyusu ke 14 untuk bayi yang lahir lebih kerap. cukup bulan, manakala untuk • Elakkan amalan berikut kerana bayi pramatang sekitar minggu kurang bukti saintifik menyokong kedua atau ketiga. keberkesanannya:


51 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Jenis jaundis Penerangan Cadangan tindakan • Bayi mestilah sihat dan tiada a. mendedahkan bayi di bawah sebab lain yang menyebabkan sinar matahari. jaundis. b. memberi cecair lain selain susu • Paras bilirubin yang melebihi ibu (seperti air kosong, susu kadar tertentu mungkin kambing atau susu gantian) memerlukan bayi diberi rawatan c. mandian dan sapuan daun di hospital. atau herba. • Jika jaundis berpanjangan • Jika jaundis berpanjangan lebih melebihi dua (2) minggu, dari dua minggu, yakinkan ibu sila rujuk 10.3.2. untuk membawa bayi berjumpa pengamal perubatan untuk pemeriksaan lanjut. 10.3. Jaundis Yang Dikaitkan Dengan Penyusuan Bayi juga boleh mengalami jaundis yang dikaitkan dengan penyusuan. Berikut adalah keadaan yang boleh berlaku: 10.3.1 Jaundis kekurangan susu i. Terjadi apabila bayi kurang mendapat susu, sama ada susu gantian atau susu ibu. Keadaan ini boleh terjadi seawal hari kedua dan disebabkan oleh penyusuan yang kurang berkesan sejurus kelahiran. ii. Jaundis kekurangan susu gantian terjadi akibat penyediaan dan pemberian yang tidak mengikut sukatan dan kekerapan yang disarankan. Oleh itu, rujuk kepada sukatan dan kekerapan yang disarankan. iii. Breastfeeding jaundice merujuk kepada bayi yang menyusu badan secara kurang berkesan. Oleh itu, ibu dinasihatkan untuk memperbaiki teknik dan meneruskan penyusuan ibu dengan lebih kerap. Nota: • Kebiasannya, kejadian jaundis dikaitkan dengan breastfeeding jaundice. Hal ini adalah salah tanggap kerana jaundis boleh terjadi bukan sahaja oleh kekurangan pengambilan susu ibu tetapi ia juga boleh terjadi kepada bayi yang mengambil susu gantian yang tidak mencukupi. 10.3.2 Jaundis berpanjangan i. Jaundis ini merupakan jaundis fisiologikal yang melebihi dua (2) minggu dan boleh menjangkau sehingga satu (1) ke dua (2) bulan. ii. Secara amnya, bayi yang mengalami jaundis ini adalah bayi yang cukup bulan dan sihat, peningkatan berat badannya normal, tiada masalah penyusuan dan menunjukkan tanda cukup susu. iii. Bayi juga perlu disahkan bebas dari punca jaundis patologikal melalui ujian tertentu. Nota: • Jaundis berpanjangan boleh terjadi kepada bayi yang diberikan sama ada susu gantian atau susu ibu. Bagi bayi yang diberi susu ibu, keadaan ini disebut sebagai jaundis susu ibu (breastmilk jaundice). Ibu tidak perlu bimbang untuk meneruskan penyusuan ibu. sambungan Jadual 10.1


52 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 10.4. Bahaya Jaundis Jaundis yang tidak dirawat boleh mendatangkan komplikasi kepada bayi seperti berikut: i. masalah pendengaran ii. kerosakan otak (kernikterus) iii. maut 10.5. Pengendalian Jaundis Pengendalian jaundis bergantung kepada paras bilirubin di dalam darah bayi, umur dan keadaan bayi. 10.5.1 Pemantauan paras bilirubin Setiap bayi yang dikesan mengalami jaundis perlu menjalani ujian darah untuk menentukan paras bilirubinnya. Ibu perlu meneruskan penyusuan dan mematuhi jadual pemantauan paras bilirubin mengikut saranan pengamal perubatan. 10.5.2 Rawatan Terdapat dua (2) jenis rawatan jaundis iaitu fototerapi dan rawatan pertukaran darah yang akan ditentukan oleh pengamal perubatan. i. Rawatan fototerapi Bayi diletakkan di bawah rawatan fototerapi (Rajah 10.1) untuk menurunkan paras bilirubin. Pemantauan paras bilirubin melalui ujian darah perlu dibuat secara berkala untuk memastikan keberkesanan rawatan ini. Sepanjang waktu rawatan ini dibuat, penyusuan ibu boleh diteruskan. Rajah 10.1 : Fototerapi ii. Rawatan Pertukaran Darah Ia adalah rawatan yang diperlukan bagi menghindari komplikasi jaundis terutamanya kerosakan otak.


53 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 10.6. Nota Penting • Terdapat dua (2) jenis jaundis iaitu fisiologikal dan patologikal yang berbeza kaedah pengendaliannya. • Terdapat keadaan jaundis yang dikaitkan dengan penyusuan. • Rawatan jaundis diberikan kepada bayi mengikut paras bilirubin dalam darah. 10.7. Rujukan • Faridah Idris. Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu, 2012. • Ling, LN. Jaundis Neonat., 2001. Dimuat turun daripada Persatuan Pediatrik Malaysia mpaweb.org.my/article.php?aid=104. (Capaian pada 21 Nov, 2016). • Kementerian Kesihatan Malaysia. Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Professional Ministry of Health Malaysia, 2009.


54 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Lampiran C: Senarai makanan, ubat-ubatan dan bahan-bahan yang harus dielakkan oleh penghidap G6PD Sumber : http://www.myhealth.gov.my/kekurangan-enzim-g6pd/ Makanan dan herba yang perlu dielakkan • Kacang parang (fava beans) • Ubat China - Chuen Lin - San Chi - 13 herbs - 12 herbs • Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor) Ubat yang mesti dielakkan • Acetanilide • Doxorubicin • Furazolidene • Methylene Blue • Nalidixic acid • Niridazole • Nitrofurantoin • Phenozopyridine • Primaquine • Sulfamethoxazole • Bactrim Ubat yang boleh diberi dalam dos terapeutik • Paracetamol • Ascorbic acid • Aspirin • Chloramphenicol • Chloroquine • Colchicine • Diphenhydramine • Isoniazid • Phenacetin • Phenylbutazone • Phenytoin • Probenecid • Procainamide • Pyrimethamine • Quinidine • Streptomycin • Sulfisoxazole • Trimethoprim • Tripelennamine • Vitamin K • Mefloquine Bahan lain yang mesti dielakkan • Ubat gegat (moth balls) • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium


11tajuk Bagaimana Membantu Ibu Yang Memerlukan BimbinganKhusus?


56 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 11. Bagaimana Membantu Ibu Yang Memerlukan Bimbingan Khusus? 11.1. Pengenalan Ibu yang memerlukan bimbingan khusus adalah ibu yang mempunyai masalah perubatan atau bayi yang memerlukan perhatian tertentu. Ibu tersebut juga memerlukan sokongan emosi selain sokongan praktikal. Bab ini menerangkan bimbingan penyusuan untuk ibu yang mempunyai masalah perubatan atau bayi yang berkeperluan khas. 11.2. Bimbingan Untuk Ibu Yang Mempunyai Masalah Perubatan Ibu yang mempunyai masalah perubatan perlu mematuhi nasihat dan rawatan yang disarankan oleh pengamal perubatan. Ibu perlu mendapat rehat yang cukup, makan makanan seimbang dan minum air mengikut keperluan untuk membantu proses penyembuhan. Sekiranya ibu perlu diberikan ubat, nasihatkan ibu untuk mendapatkan ubat yang tidak mengganggu penyusuan. Berikut adalah masalah perubatan yang dihadapi oleh ibu dan bimbingan yang diperlukan untuk meneruskan penyusuan (Jadual 11.1). Jadual 11.1: Masalah perubatan ibu dan cadangan tindakan Keadaan ibu Penerangan Cadangan tindakan Meroyan • Meroyan adalah satu situasi • Yakinkan ibu dan keluarganya untuk Postnatal depression perasaan sedih atau pun berjumpa dengan pengamal murung bercampur-baur perubatan untuk pemeriksaan dengan perasaan gembira. lanjut. • Kebiasaannya bermula pada • Galakkan ibu mendapatkan bantuan hari ke dua atau ke tiga daripada ahli keluarga untuk selepas kelahiran. mengurus hal penjagaan bayi. • Antara gejala yang dialami • Galakkan ibu melakukan aktiviti oleh ibu adalah seperti berikut: yang boleh melegakan gejala a. kelesuan/ keletihan yang dihadapinya. b. perasaan sedih c. mudah menangis • Yakinkan ibu untuk meneruskan d. kebimbangan penyusuan. e. perubahan emosi/ keresahan • Memberitahu suami atau orang f. kecelaruan perasaan yang dipercayai mengenai keadaan g. terlalu sensitif ibu. h. susah tidur i. berasa keseorangan. Kemurungan posnatal • Kemurungan posnatal terjadi • Semua nasihat untuk keadaan (Posnatal depression) apabila keadaan meroyan meroyan, sesuai untuk keadaan berterusan melebihi dua (2) kemurungan posnatal. Selain minggu atau tanda-tanda daripada itu, berikut adalah nasihat yang disebut di atas tambahan untuk ibu yang bertambah buruk. mengalami keadaan ini. • Ia sering berlaku pada minggu a. Pastikan ibu mendapatkan ke empat (4) hingga ke lapan rawatan kemurungan daripada (8) selepas bersalin. pengamal perubatan.


57Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Keadaan ibu Penerangan Cadangan tindakan • Jika rawatan tidak diberikan, b. Pastikan ibu mematuhi nasihat kemurungan posnatal boleh dan rawatan yang diberikan. mengganggu kesihatan ibu dan bayi serta hubungan c. Utamakan memberi sokongan dengan orang sekeliling. dengan mendengar keluhan ibu, memberi keyakinan pada ibu, menunjukkan empati dan menyelami perasaan ibu supaya ibu dapat memulihkan emosinya. d. Sekiranya ibu tidak mampu untuk menyusui bayi, galakkan ibu memerah susu untuk mengelakkan bengkak susu. e. Galakkan ahli keluarga menemani ibu pada bila-bila masa Psikosis • Psikosis boleh berlaku • Ibu yang mengalami psikosis perlu sekiranya kemurungan tidak mendapat rawatan khusus dan dirawat dengan sewajarnya. pemantauan rapi oleh pengamal perubatan. • Pesakit psikosis berisiko untuk mencederakan atau • Kebanyakan kes psikosis membunuh diri sendiri dan/ memerlukan rawatan dalam atau bayinya. hospital. • Antara gejala psikosis adalah • Utamakan memberi sokongan seperti berikut: dengan mendengar keluhan ibu, a. halusinasi dan atau delusi memberi keyakinan pada ibu, b. hiperaktif menunjukkan empati dan menyelami c. tidak boleh tidur (insomnia) perasaan ibu supaya ibu d. emosi yang tidak stabil dapat memulihkan emosinya. e. keliru f. tidak boleh menumpukan • Bantuan dan sokongan penyusuan perhatian ibu boleh diberi sekiranya keadaan g. tidak rasional. ibu lebih stabil dan bersedia untuk menyusukan. Diabetes semasa hamil • Diabetes semasa hamil boleh • Galakkan ibu untuk melakukan (Gestational Diabetes mendatangkan risiko kepada sentuhan kulit ke kulit sejurus Mellitus – GDM) bayi seperti: selepas kelahiran. Kaedah ini a. paras glukosa rendah membantu menstabilkan suhu badan dalam darah (hipoglisemia) dan paras glukosa dalam darah bayi. selepas lahir. b. bayi bersaiz besar. • Galakkan ibu untuk memulakan c. kesukaran bernafas. penyusuan awal sejurus selepas kelahiran dan meneruskan • Walau bagaimanapun, ibu penyusuan mengikut kehendak bayi. yang mengidap diabetes masih boleh meneruskan penyusuan. • Bagi bayi yang dipisahkan daripada ibu, nasihatkan ibu untuk meneruskan penyusuan dengan susu perahan. sambungan Jadual 11.1


58Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Keadaan ibu Penerangan Cadangan tindakan Penyakit berjangkit • Bayi berisiko dijangkiti semasa Untuk semua penyakit berjangkit, penyusuan. berikut adalah nasihat umum: • Kesesuaian ibu untuk • Galakkan ibu untuk berjumpa meneruskan penyusuan dengan pengamal perubatan untuk bergantung kepada jenis pemeriksaan lanjut dan penyakit seperti berikut: mendapatkan rawatan. a. contoh penyakit di mana Nasihat umum untuk ibu yang boleh penyusuan ibu boleh meneruskan penyusuan: diteruskan: - jangkitan paru-paru • Ibu meneruskan penyusuan - sakit tekak mengikut kehendak bayi. - cirit birit - tuberkulosis • Ibu perlu menjaga kebersihan diri - Hepatitis B dengan membasuh tangan setiap - Hepatitis C kali sebelum dan selepas - radang payudara menyusukan bayi, memakai penutup - denggi mulut dan hidung sekiranya - cacar air (chicken pox) mengalami batuk dan selsema. b. contoh penyakit di mana • Sekiranya ibu perlu dipisahkan penyusuan ibu boleh sementara, nasihatkan ibu untuk ditangguhkan sementara meneruskan penyusuan dengan ibu menjalani rawatan: susu perahan. - sepsis yang teruk, - Herpes Simplex Virus Untuk penyakit (b), sementara Type 1 (HSV-1). penyusuan ditangguhkan, ibu dinasihatkan untuk meneruskan c. contoh penyakit di mana perahan supaya penghasilan susu dapat penyusuan ibu tidak sesuai dikekalkan. diteruskan: - HIV Untuk penyakit (c), perah sekadar - HTLV-I (Human untuk mengelakkan bengkak susu. T-cell Leukemia Virus) Bagi ibu yang ingin bayinya disusukan dengan susu ibu, ibu susuan merupakan alternatif dalam keadaan ini. Kanser • Rawatan kanser bergantung • Sekiranya penyusuan perlu kepada jenis dan tahap kanser. ditangguhkan semasa menjalani rawatan dan ibu ingin mengekalkan • Jenis rawatan kanser adalah: penghasilan susu, nasihatkan ibu a. pembedahan untuk memerah dan membuangnya. b. rawatan hormon c. kemoterapi d. radioterapi • Bergantung kepada jenis ubatan yang digunakan semasa rawatan, ibu mungkin perlu menangguhkan penyusuan. sambungan Jadual 11.1


59 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 11.3. Bimbingan Untuk Ibu Kepada Bayi Berkeperluan Khas Pembimbing perlu mengutamakan sokongan emosi seperti mendengar keluhan ibu, memberi keyakinan pada ibu, menunjukkan empati dan menyelami perasaan ibu supaya emosi ibu stabil. Penyusuan susu ibu boleh diteruskan untuk semua keadaan bayi berkeperluan khas seperti berikut (Jadual 11.2). Jadual 11.2: Keadaan bayi berkeperluan khas dan cadangan tindakan Bayi Berkeperluan Khas Penerangan Cadangan Tindakan Pramatang, kurang • Penyusuan susu ibu secara terus • Sekiranya bayi tidak boleh disusukan berat lahir atau bayi boleh dilakukan bergantung secara terus, ibu dinasihatkan untuk yang sakit kepada keadaan bayi. memerah dan memberi bayi susu perahan. • Galakkan ibu untuk kerap melakukan sentuhan kulit ke kulit apabila pengamal perubatan membenarkannya. Bibir dan/atau Bayi yang mengalami sumbing • Maklumkan ibu penyusuan untuk bayi lelangit sumbing bibir/ lelangit berisiko mendapat sumbing biasanya mengambil masa yang jangkitan telinga dan jangkitan lama kerana bayi mudah penat. saluran pernafasan. Penyusuan ibu dapat mengurangkan risiko ini. • Bergantung kepada keadaan bayi, penyusuan ibu boleh diberikan dengan cara: a) Menyusu pada payudara. b) Menggunakan cawan atau sudu. c) Menggunakan alat penyusuan khas seperti Haberman feeder. • Untuk bayi yang mengalami sumbing bibir, bahagian sumbing boleh ditutup dengan jari atau payudara atau keduaduanya sekali. • Untuk bayi yang mengalami sumbing lelangit, pastikan posisi bayi tegak semasa menyusu untuk mengelakkan susu termasuk ke rongga hidung. • Galakkan keluarga untuk menyertai program yang dianjurkan oleh CLAPAM (Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia)


60 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 11.4. Nota penting • Ibu yang mempunyai masalah perubatan perlu mematuhi nasihat dan rawatan yang disarankan oleh pengamal perubatan. • Ibu yang mempunyai bayi berkeperluan khas memerlukan sokongan emosi terlebih dahulu sebelum diberikan sokongan praktikal. 11.5. Rujukan • Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Portal Rasmi Pendidikan Pesakit MyHealth. Rawatan untuk Ibu Mengandung dan Ketika Penyusuan.Dimuat turun daripada http://pendidikanpesakit.myhealth.gov.my/rawatan-untuk-ibu-mengandung-danketika-penyusuan. Capaian pada 10 Mei 2016. • Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari. Manual Penjagaan Postnatal Bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal, Edisi Pertama 2015. • Kementerian Kesihatan Malaysia. Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Professional Ministry of Health Malaysia, 2009. Bayi Berkeperluan Khas Penerangan Cadangan Tindakan Sindrom Down Bayi Sindrom Down biasanya • Galakkan ibu untuk memulakan mempunyai otot badan dan penyusuan awal dan kerap. anggota yang lemah. Hal ini boleh menyukarkan proses penyusuan. • Lekapan bayi boleh diperbaiki dengan Akan tetapi dengan galakan dan menggunakan kaedah Dancer Hand sokongan, ibu masih boleh Position untuk menyokong rahang bayi. menyusukan bayi. • Galakkan keluarga untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Persatuan Down Syndrome Malaysia atau Yayasan Sindrom Down KIWANIS. sambungan Jadual 11.2


61Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu


12tajuk Salah TanggapDanKepercayaan Berkaitan PenyusuanSusu Ibu


64 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 12. Salah Tanggap Dan Kepercayaan Berkaitan Penyusuan Susu Ibu 12.1. Pengenalan Kebanyakan komuniti mempunyai kepercayaan dan budaya yang boleh mempengaruhi cara ibu menyusukan bayi. Kepercayaan tersebut diterima pakai berdasarkan pengalaman generasi terdahulu walaupun ada di antaranya yang memberi kesan negatif kepada amalan penyusuan ibu. Bab ini menerangkan beberapa salah tanggap ini mengenai penyusuan ibu dan cara menanganinya. 12.2. Salah Tanggap Masyarakat Terhadap Penyusuan Berikut adalah beberapa salah tanggap berkaitan susu ibu (Jadual 12.1), jaundis (Jadual 12.2) dan ibu (Jadual 12.3). Jadual 12.1: Salah tanggap berkaitan susu ibu dan cadangan tindakan Bil Salah tanggap berkaitan SUSU IBU Fakta sains Cadangan tindakan 1. Payudara yang kecil tidak • Saiz payudara bergantung pada • Terangkan kepada ibu, boleh menghasilkan susu tisu lemak tetapi penghasilan berkenaan konsep permintaan yang cukup. susu bergantung kepada dan penghasilan. Rujuk kekerapan penghisapan, bahagian 4.4.3. pelekapan yang betul dan cara bayi menghisap. Rujuk bahagian 4.2. 2. Tidak ada susu dalam • Kolostrum adalah sedikit, pekat • Maklumkan ibu tidak perlu beberapa hari pertama dan melekit. memerah susu untuk selepas kelahiran. memastikan kewujudan kolostrum. Penghasilan kolostrum yang sedikit sudah mencukupi untuk perut bayi yang masih kecil. 3. Kolostrum dikatakan susu • Kehadiran beta-carotene di • Yakinkan ibu, kolostrum basi kerana warnanya dalam kolostrum menjadikan selamat diberikan kepada bayi kelihatan kekuningan. warnanya kekuningan. Ia baik malah mengandungi khasiat untuk perkembangan mata yang diperlukan oleh bayi. bayi. 4. Susu ibu berwarna putih • Warna susu ibu bergantung • Lazimnya, warna susu ibu yang sahaja yang selamat kepada: pelbagai tidak perlu dirisaukan. diminum. Sekiranya ibu masih risau, rujuk a. fasa penyusuan (kolostrum kepada pengamal perubatan vs susu matang) atau kaunselor laktasi. b. lebih cair di awal penyusuan berbanding di akhir c. diet ibu yang berwarna seperti lobak merah, sayuran hijau d. Rusty pipe syndrome menyebabkan susu warna berkarat.


65 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Jadual 12.2: Salah tanggap berkaitan jaundis dan cadangan tindakan Bil Salah tanggap berkaitan SUSU IBU Fakta sains Cadangan tindakan 5. Pemberian susu formula • Susu ibu cepat dihadamkan • Nasihatkan ibu untuk sebagai tambahan kepada kerana kehadiran enzim menyusukan bayi mengikut penyusuan ibu dipercayai (bahan yang membantu kehendak bayi. Pemberian susu lebih mengenyangkan. pencernaan) dalam susu ibu. formula akan menyebabkan Jadi bayi lebih cepat mahu penghasilan susu semakin menyusu semula. berkurangan. Bil Salah tanggap berkaitan JAUNDIS Fakta sains Cadangan tindakan 1. Ibu memberi cecair • Susu ibu mengandungi bahan • Nasihatkan ibu bahawa tambahan seperti air pelawas (laxative) yang pemberian susu ibu secara masak, gripe water, susu membantu pembuangan najis eksklusif dengan teknik kambing dan lain-lain yang kerap. Bilirubin lebih penyusuan berkesan dapat untuk mengatasi masalah banyak dinyahkan melalui menyahkan bilirubin dengan bayi jaundis. najis berbanding air kencing lebih efektif melalui bayi. pembuangan najis tersebut. 2. Rawatan untuk “jaundis • Jaundis susu ibu tidak • Nasihatkan ibu untuk susu ibu” (breastmilk membawa kemudaratan meneruskan penyusuan ibu. jaundice) adalah berhenti kepada bayi. Diagnosa jaundis Memberhentikan penyusuan menyusu selama 48 jam. susu ibu dibuat selepas ibu dan memberikan susu tumbesaran bayi serta semua formula hanya akan keputusan ujikaji terhadap menyebabkan bayi lebih darah dan kencing bayi adalah meragam, mendedahkan bayi normal. kepada banyak penyakit termasuk jangkitan kuman dan menggagalkan penyusuan ibu. Jadual 12.3: Salah tanggap berkaitan ibu dan cadangan tindakan Bil Salah tanggap berkaitan IBU Fakta sains Cadangan tindakan 1. Ibu yang menyusukan • Colic adalah keadaan di mana • Maklumkan ibu keadaan colic bayi tidak boleh makan bayi meragam tanpa sebab biasanya akan hilang sendiri makanan tertentu untuk yang boleh dikenal pasti. apabila membesar. Ibu mengelakkan penyakit hendaklah mengenal pasti kembung perut (colic) • Kembung perut pula adalah penyebab perut kembung dan pada bayi. keadaan bayi yang tidak selesa cuba menanganinya. apabila perut bayi telah dimasuki angin akibat • Sekiranya ibu mendapati ada menangis berpanjangan, makanan yang mungkin pelekapan cetek, pemberian menyebabkan masalah puting tiruan, pemberian susu tersebut, maka ibu berhenti gantian dan lain-lain. mengambilnya selama seminggu atau lebih sebelum ibu mencubanya semula. sambungan Jadual 12.1


66Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Bil Salah tanggap berkaitan IBU Fakta sains Cadangan tindakan 2. Menyusu badan • Ibu yang baru menimang • Bantu ibu untuk mengenal menyebabkan ibu susah cahaya mata memerlukan pasti bantuan dan sokongan membuat kerja rumah. sokongan dan bantuan untuk yang ada di sekelilingnya untuk menyesuaikan diri dengan meringankan beban kerja rutin yang baru sebagai ibu. rumah. • Perancangan yang rapi • Nasihatkan ibu untuk membuat diperlukan kerana menyusu kerja rumah apabila bayi sudah badan merupakan satu tugas tertidur kekenyangan. yang memerlukan masa dan komitmen yang tinggi. • Untuk bayi yang tidak mahu ditinggalkan, maka ibu boleh melakukan kerja rumah ringan sambil mengendong bayi di dalam alat gendongan. 3. Ibu bekerja sukar untuk • Ibu yang bekerja masih boleh • Galakkan ibu untuk buat meneruskan penyusuan. meneruskan penyusuan dengan persediaan awal sejak dari menyediakan susu perahan. kehamilan. • Perancangan dan persediaan • Rujuk bahagian 14.3 awal penting untuk memastikan (Penjagaan bayi semasa ibu stok susu perahan mencukupi bekerja). apabila ibu kembali bekerja. • Rujuk bahagian 14.4 • Rujuk bahagian 14 (Persediaan (Pemerahan susu di tempat penyusuan susu ibu bagi ibu kerja). bekerja). 4. Ibu yang sakit dan/ atau • Umumnya ibu yang sakit boleh • Nasihatkan ibu untuk mengambil ubat harus menyusukan kecuali ibu tidak berbincang dengan pengamal berhenti menyusu. berupaya atau mengalami perubatan sebelum penyakit yang teruk. meneruskan penyusuan. • Kebanyakan ubat-ubatan yang • Nasihatkan ibu untuk diambil oleh ibu tidak berbincang dengan pengamal mengganggu penyusuan perubatan sebelum mengambil kerana sedikit sahaja ubat sebarang ubat. Jika ibu tersebut yang memasuki susu memerlukan ubat, mohon ibu. preskripsi ubat yang tidak menggangu penyusuan. • Terdapat beberapa ubat yang tidak boleh diambil seperti ubat kemoterapi (rawatan barah), ubat radioaktif dan sebagainya. sambungan Jadual 12.3


67 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Bil Salah tanggap berkaitan IBU Fakta sains Cadangan tindakan 5. Ibu menyusu bayi akan • Proses penghasilan susu ibu • Nasihatkan ibu untuk menyusu cepat menjadi gemuk membakar sebanyak 85 kalori kerap dan makan makanan kerana perlu makan lebih untuk menghasilkan 100 ml seimbang mengikut keperluan banyak untuk susu. Secara purata, seorang ibu dan bukan berlebihan. Sila menghasilkan susu yang akan menghasilkan 750 ml rujuk bab 13 (Pemakanan ibu cukup. susu sehari (550-1200ml), menyusu). bergantung kepada kekerapan hisapan. Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak kalori yang dibakar. 6. Penyusuan menyebabkan • Proses kehamilan dan penuaan • Cadangkan pada ibu untuk payudara akan menjadi adalah faktor payudara menjadi menggunakan pakaian dalam kendur. kendur bukannya proses yang bersesuaian yang boleh penyusuan. menyokong payudaranya. 7. Puting leper dan • Semua bayi menghisap pada • Terangkan kepada ibu, tenggelam menyebabkan areola bukan pada puting pelekapan pada puting sahaja bayi sukar melekap dan sahaja. akan menyebabkan puting luka menghisap. dan sakit. Posisi yang selesa dapat membantu menjayakan penyusuan. 8. Syarikat pengeluar susu • Semasa proses pengeluaran • Nasihatkan ibu agar tidak gantian mendakwa susu gantian, bahan nutrien mudah terpedaya dengan bahawa produk susu dan enzim asli telah termusnah. strategi pengiklanan susu mereka hampir Penambahan bahan yang gantian yang mempamerkan menyerupai susu ibu. diperkaya dalam susu tersebut, kehebatan susu tersebut. tidak dapat dipastikan keberkesanan penyerapannya oleh tubuh bayi. 12.3. Nota Penting • Semua ibu perlu sokongan moral dari keluarga, suami, majikan dan kawan untuk menangani tanggapan dan kepercayaan yang salah dalam penyusuan bagi mengelakkan kegagalan dalam penyusuan susu ibu. 12.4. Rujukan • Pusat Laktasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Peranan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu - Modul Pengajar Kursus Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu dari Ibu ke Ibu, 2012 (terbitan dalaman). sambungan Jadual 12.3


Pemakanan Ibu Menyusu 13tajuk


70 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 13. Pemakanan Ibu Menyusu 13.1. Pengenalan Semua ibu memerlukan makanan dan minuman yang mencukupi dan seimbang supaya sentiasa sihat. Ibu menyusu tidak memerlukan makanan khas atau mengelak dari mengambil makanan tertentu. Bab ini menerangkan keperluan pemakanan ibu menyusu, saiz sajian yang disarankan, contoh menu seharian dan makanan penggalak susu ibu. 13.2. Keperluan Pemakanan Ibu Menyusu Ibu memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu daripada sumber makanan ibu (80%) dan daripada simpanan lemak ibu (20%). Pemakanan seimbang penting untuk memenuhi keperluan zat ibu dan penghasilan susu untuk bayi. Perbezaan diet ibu dari pelbagai latar belakang sosial dan budaya tidak mempengaruhi komposisi nutrien susu ibu yang dihasilkan. Kuantiti dan kualiti susu ibu HANYA akan terjejas apabila ibu mengalami kurang zat makanan yang teruk. Wanita tidak menyusu memerlukan tenaga sebanyak 1800 hingga 2000 kkal sehari. Manakala ibu menyusu memerlukan tenaga sebanyak 2300 hingga 2500 kkal sehari untuk enam (6) bulan pertama usia bayi. Jika ibu berlebihan berat badan atau obes maka tidak perlu ditingkatkan pengambilan kalori tambahan sehingga 500 kkal sehari (Jadual 13.1). Jadual 13.1: Keperluan tenaga dan nutrien untuk ibu menyusu Nutrien Normal Hamil Menyusu Tenaga (Kkal) 2000 2000 – 2470 2500 Protein (g) 55 62.5 75 Kalsium (mg) 800 1000 1000 Vitamin A (mcg) 500 800 850 Vitamin C (mg) 70 80 95 Folate (mcg) 400 600 500 Thiamin, B1 (mg) 1.1 1.4 1.5 Riboflavin, B2 (mg) 1.1 1.4 1.6 Niasin, B6 (mcg) 14 18 17 Rujukan: Recommended Nutrient Intake for Malaysian, 2017.


71 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 13.3 Saiz Sajian Yang Disarankan Untuk Ibu Menyusu Lemak, Minyak, Gula, Garam: Makan Sedikit Ikan: 1 Sajian Ayam, Daging, Telur: 1/2 - 1 Sajian Kekacang: 1/2 - 1 Sajian Makan secara sederhana Buah-buahan: 2 Sajian Makan banyak Susu, Produk Tenusu: 1-3 Sajian Makan secara sederhana Sayur-sayuran: 3 Sajian Makan banyak Nasi, Mi, Roti, Bijirin, Produk bijirin, Ubiubian: 4 - 8 Sajian Makan secukupnya Rajah 13.1: Piramid Makanan Malaysia Ibu perlu mengambil makanan seimbang berdasarkan Piramid Makanan Malaysia (Rajah 13.1). Bagi ibu yang menyusu dengan indeks jisim tubuh (IJT) normal, mereka perlu mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan mengikut jumlah saiz sajian yang dicadangkan (Jadual 13.2). Bagi ibu yang mempunyai IJT di luar julat normal, dapatkan nasihat daripada pegawai pemakanan.


72 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Jadual 13.2: Pembahagian setiap saiz sajian sehari Kumpulan makanan Sarapan Minum pagi Makan tengahari Minum petang Makan malam Minum malam Jumlah sajian sehari Bijirin 1 1/2 1 2 1/2 2 18 Buah-buahan 112 Sayur-sayuran 1 113 Daging/ ayam 11 2 Ikan 1 1 Legume 1 1 Susu/ produk tenusu 11 1 3 Terdapat beberapa pilihan makanan dalam setiap kumpulan yang boleh diambil oleh ibu menyusu (Jadual 13.3). Jadual 13.3: Cadangan pilihan makanan dan saiz sajian dalam setiap kumpulan makanan Kumpulan makanan Saiz satu sajian Bijirin • 1 cawan nasi atau (8 sajian sehari) • 2 cawan bubur nasi atau • 11/2 cawan laksa (yang telah direndam) atau • 1 cawan mi basah atau kuey-teaw atau • 2 keping putu mayam atau • 6 keping biskut krim kraker atau • 2 biji kentang atau • 1 cawan keledek, keladi atau ubi kayu Buah-buahan • 1/2 biji jambu batu, pir atau (2 sajian sehari) • 1 potong betik, tembikai, nenas atau • 1 biji oren, (bersaiz kecil atau sederhana) atau • 1 biji epal, lai, mangga, ciku atau • 1 biji pisang berangan (bersaiz sederhana) atau • 2 biji pisang emas atau • 4 biji prun (bersaiz kecil) atau • 8 biji anggur atau • 3 ulas durian atau • 1 sudu besar kismis Sayur-sayuran • 1/2 cawan atau bersamaan sayuran berdaun hijau (telah dimasak) atau (3 sajian sehari) • 1/2 cawan sayuran berbuah (telah dimasak) atau • 1/2 cawan sayuran berakar (telah dimasak) atau • 1 cawan ulam mentah


73 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Kumpulan makanan Saiz satu sajian Daging atau ayam • 1 ketul peha ayam tanpa kulit atau (2 sajian sehari) • 2 ketul saiz kotak mancis daging lembu tanpa lemak atau • 2 biji telur atau • 12 biji telur puyuh atau • 2 ketul hati ayam atau • 2 ekor sotong atau • 1 cawan kerang Ikan • 1 ekor ikan kembong (bersaiz sederhana) atau (1 sajian sehari) • 1 ekor ikan selar atau • 1 ketul ikan tenggiri atau • 1/2 cawan ikan bilis (dibuang kepala) Kekacang • 1 cawan kacang kuda atau kacang dhal atau (1 sajian sehari) • 11/2 cawan kacang hijau atau kacang panggang dalam tin atau • 2 keping tempe atau tau-kua atau tauhu atau • 11/2 gelas susu soya tanpa gula Susu dan produk tenusu • 1 gelas susu rendah lemak atau (3 sajian sehari) • 1 cawan yogurt atau • 1 keping keju atau • 1/2 cawan susu sejat atau • 4 sudu makan susu tepung (membumbung) 13.4. Menu Seharian Untuk ibu Menyusu Ibu digalakkan untuk mempelbagaikan jenis makanan mengikut kumpulan makanan dalam Piramid Makanan Malaysia. Jadual 13.4 menunjukkan contoh menu yang sesuai untuk ibu menyusu. sambungan Jadual 13.3


74 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 13.5. Makanan Penggalak Susu Ibu Penghasilan susu dipengaruhi oleh kekerapan susu dikeluarkan dari payudara. Beberapa jenis makanan dipercayai oleh masyarakat dapat membantu meningkatkan penghasilan susu. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada tindakbalas tubuh ibu terhadap makanan tersebut. Ibu perlu memahami bahawa apa jua makanan, herba atau ubat-ubatan dengan tujuan meningkatkan penghasilan susu bukanlah “makanan ajaib” yang memberi kesan serta-merta. Penghasilan susu lebih ditentukan oleh kekerapan susu yang dikeluarkan dari payudara, bukan bergantung kepada makanan penggalak susu. Rujuk konsep permintaan dan penghasilan di dalam bahagian 4.4.3. Waktu Menu Sarapan 3 senduk paras nasi goreng bersama (8.00 pagi) • Lobak merah (1/2 senduk) • Sawi (1/2 senduk) • Tauhu (1 keping) • Daging (1 ketul) Kopi dan susu rendah lemak (1 cawan) Minum pagi Biskut krim kreaker (6 keping) (10.00 pagi) Minuman coklat dan susu rendah lemak (1 gelas) Makan tengahari Nasi putih (4 senduk paras) (12.30 tengahari) Ayam masak halia (1 ketul) Tempe goreng berempah (1 keping) Bayam rebus (1 senduk) Betik (1 potong) Air kosong (1 gelas) Minum petang Kuih bingka (1 potong) (4.00 petang) Minuman coklat dan susu rendah lemak (1 gelas) Makan malam Nasi putih (4 senduk paras) (6.30 petang) Ikan cencaru goreng berlada (1 ekor saiz sederhana) Sup sayur campur (1 mangkuk kecil) Jambu batu (1/2 biji) Air kosong (1 gelas) Minum malam Roti (2 keping) (9.00 malam) Jem (1 sudu teh) Air kosong (1 gelas) Jadual 13.4: Contoh menu sehari untuk ibu menyusu


75 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Antara makanan dan minuman yang dipercayai dapat meningkatkan penghasilan susu ibu adalah: i. soya dan produk soya (tempe, tauhu) ii. rempah ratus (halba atau fenugreek, jintan) iii. makanan berserat seperti oat iv. semua jenis kurma v. air rebusan barli vi. longan kering vii. jantung pisang viii. lobak putih ix. ulam-ulaman (daun tenggek burung, daun selom, ulam raja, pucuk betik, pucuk cekur manis, daun pegaga) x. durian xi. ikan yu xii. malunggai atau kelo (buah atau daunnya) 13.6. Nota Penting • Ibu menyusu perlu mengambil makanan seimbang secukupnya supaya sihat. • Ambil pelbagai makanan mengikut saiz sajian yang disarankan. • Gunakan contoh menu sebagai panduan untuk menyediakan sajian harian. • Penghasilan susu lebih ditentukan oleh kekerapan susu yang dikeluarkan dari payudara, bukan bergantung kepada makanan penggalak susu. 13.7. Rujukan • Kementerian Kesihatan Malaysia. Malaysian Dietary Guideline, 2010. • Pusat Laktasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Peranan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu - Modul Pengajar Kursus Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu dari Ibu ke Ibu, 2012.


Persediaan Penyusuan Susu Ibu 14 Bagi Ibu Yang Bekerja tajuk


78 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 14. Persediaan Penyusuan Susu Ibu Bagi ibu Yang Bekerja 14.1. Pengenalan Ibu yang akan kembali bekerja masih boleh meneruskan penyusuan susu ibu dengan membuat persediaan yang rapi. Bab ini menerangkan bagaimana membantu ibu untuk mengendalikan susu perahan, merancang penjagaan bayi semasa ibu bekerja dan mengatur aktiviti pemerahan susu di tempat kerja. 14.2. Pengendalian Susu Perahan Pengendalian susu perahan termasuk penyediaan peralatan, pemerahan, penyimpanan dan pemberian susu perahan. 14.2.1 Penyediaan peralatan Pastikan ibu menyediakan peralatan dan kemudahan untuk menyimpan susu perahan seperti: i. bekas yang disteril yang diperbuat daripada gelas atau plastik bebas BPA (BPA free). ii. bekas tahan sejuk diperlukan untuk menyimpan susu di tempat kerja dan membawa susu perahan dari tempat kerja balik ke rumah. iii. peti sejuk. 14.2.2 Pemerahan i. Pastikan ibu mahir memerah susu ibu secara berkesan. Kaedah memerah susu dengan menggunakan tangan perlu dipelajari oleh semua ibu sama ada yang bekerja atau tidak. Alat pemerah susu merupakan alternatif jika ibu menghadapi masalah memerah susu dengan menggunakan tangan. Rujuk bahagian 7.2 untuk kaedah memerah susu ibu dengan tangan. ii. Jika ibu memilih untuk memerah susu dengan menggunakan alat pemerah susu, nasihatkan ibu untuk mengambil kira perkara berikut: a. harga peralatan mengikut kemampuan. b. alat ganti mudah diperolehi. c. ianya selamat, selesa dan mudah digunakan. d. bunyinya tidak mengganggu persekitaran. e. mudah difahami tatacara penggunaannya. 14.2.3 Penyimpanan Berikut adalah cadangan penyimpanan susu perahan. i. Simpan susu perahan dalam jumlah yang biasa bayi minum untuk satu kali penyusuan. ii. Pastikan susu yang baru diperah tidak ditambah ke dalam susu yang telah dibekukan.


79 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu iii. Labelkan tarikh, masa dan nama bayi di setiap bekas yang mengandungi susu perahan (Rajah 14.1). Tempat Suhu Tempoh simpanan susu perahan Bayi normal Bayi pramatang/ sakit* Bilik tanpa hawa dingin 25oC hingga 37oC 4 jam Digunakan segera sejurus selepas diperah Bilik berhawa dingin 15oC hingga 25oC 8 jam Peti sejuk (bahagian dingin) 2oC hingga 4oC 3 - 5 hari 2 hari (48 jam) Peti sejuk 1 pintu (bahagian -15oC 2 minggu Tidak disyorkan beku) Peti sejuk 2 pintu (bahagian -18oC 3 bulan 3 bulan beku) Peti sejuk beku (deep freezer) -20oC 6 bulan 6 bulan Susu beku yang dicairkan 24 jam (setelah 12 jam (setelah dicairkan dalam peti sejuk bahagian dicairkan tidak boleh tidak boleh dibekukan dingin dibekukan semula) semula) *Nasihatkan ibu untuk merujuk kepada pengamal perubatan berkenaan pengendalian susu perahan untuk bayi pramatang/ sakit. Sumber: Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Professionals (Adopted from Baby Friendly Hospital Initiative: Revised, updated and expended for integrated Core (Section 3) WHO/UNICEF 2006. Rajah 14.1: Contoh label susu perahan iv. Simpan susu di bahagian paling sejuk di dalam peti sejuk atau sejuk beku (bukan di bahagian pintu). v. Pastikan ibu memahami tempoh masa penyimpanan susu perahan mengikut keadaan bayi dan tempat penyimpanan (Jadual 14.1). Jadual 14.1: Jadual tempoh penyimpanan susu perahan


80 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 14.2.4 Penyediaan susu perahan Cara menyediakan susu perahan bergantung kepada bagaimana ia disimpan. i. Susu perahan yang disejuk beku Berikut adalah dua (2) cara menyahbekukan susu beku. a. Memindahkan susu beku dari bahagian sejuk beku kepada bahagian sejuk dingin semalaman. b. Meletakkan bekas susu beku di bawah aliran air paip sehingga susu mencair sepenuhnya. Susu yang telah dinyahbeku perlu digunakan dalam tempoh 24 jam dan tidak boleh dibekukan semula. ii. Susu perahan yang disejuk dingin. Berikut adalah tatacara untuk menggunakan susu yang disejuk dingin atau dinyahbekukan. a. Letakkan bekas susu ke dalam mangkuk yang mengandungi air suam untuk mencapai suhu badan. Jangan panaskan susu di atas dapur atau menggunakan ketuhar gelombang mikro. b. Uji suhu susu dengan menitiskan beberapa titis pada pergelangan tangan. Ia sepatutnya rasa suam (Rajah 14.2). Rajah 14.2: Cara menguji suhu susu c. Susu yang telah disuamkan perlu digunakan dalam masa satu jam. Nota: • Susu perahan yang belum dibekukan mengandungi sel-sel hidup yang bernilai untuk bayi. Oleh itu, utamakan susu ini berbanding susu yang telah dibekukan. • Susu perahan yang disimpan akan membentuk lapisan lemak di bahagian atas. Apabila ini terjadi, goyang bekas susu perlahanlahan dan elakkan menggoncang bekas untuk mencampurkan semula lemak dengan bahagian susu yang lain (Rajah 14.3).


81 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Tempoh Kekerapan memberi susu perahan Hari 1 - 3 Sekali sehari Hari 4 - 6 Dua kali sehari Hari 7 - 10 Tiga kali sehari Hari 11 - 14 Empat kali sehari iv. Beri susu perahan hanya semasa ibu tiada bersama bayi. Galakkan ibu meneruskan penyusuan apabila bayi bersama ibu. 14.3. Penjagaan Bayi Semasa Ibu Bekerja Berikut adalah perkara yang ibu dan keluarga perlu pertimbangkan untuk memilih pengasuh dan tempat penjagaan bayi: i. Mengambil pengasuh yang berpengalaman mengendalikan susu perahan. Jika pengasuh tiada pengalaman, beri latihan pengendalian susu perahan. ii. Memilih pusat jagaan bayi yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. iii. Memberi keutamaan tempat yang berdekatan agar ibu boleh menyusukan bayi pada masa rehat. Rajah 14.3: Cara betul mencampurkan lapisan susu yang terpisah 14.2.5 Memberi susu perahan kepada bayi i. Bayi memerlukan sedikit masa menyesuaikan diri untuk minum menggunakan cawan. ii. Pastikan ibu melatih bayi minum susu perahan sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum ibu kembali bekerja. Rujuk bahagian 7.3. iii. Ibu boleh menambah kekerapan pemberian susu perahan secara berperingkat (Jadual 14.2). Jadual 14.2: Latihan memperkenalkan susu perahan kepada bayi


82 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 14.4. Pemerahan Susu Di Tempat Kerja Ibu boleh mendapatkan sokongan daripada majikan mengenai amalan penyusuan susu ibu. Ibu boleh merujuk kepada panduan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik 2/2011 Suruhanjaya Syarikat Malaysia. 14.4.1. Terangkan kepada majikan manfaat yang diperolehi apabila ibu meneruskan penyusuan susu ibu selepas kembali bekerja seperti: i. ibu kurang mengambil cuti kerana bayi yang menyusu jarang sakit. ii. ibu boleh menumpukan perhatian kepada tugas kerana bayi yang menyusu jarang sakit. iii. majikan boleh mengekalkan pekerja yang berkemahiran. iv. pekerja wanita akan lebih berminat untuk bekerja dengan majikan yang menyokong amalan penyusuan susu ibu di tempat kerja. v. keluarga dan masyarakat akan menghargai majikan yang menyokong amalan penyusuan susu ibu di tempat kerja. vi. majikan menyumbang kepada pembentukan generasi yang sihat. 14.4.2. Cadangan memerah susu di tempat kerja i. Gunakan tempat yang bersih, selamat, selesa dan ada privasi. ii. Perah susu bersama rakan sekerja jika ada untuk sokongan sosial. iii. Galakkan ibu untuk memerah susu ibu sekurang-kurangnya setiap tiga (3) jam untuk mengekalkan penghasilan susu. iv. Untuk melancarkan aliran susu, rujuk bahagian 7.2.2.


83 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 14.5. Nota Penting • Pengendalian susu perahan termasuk penyediaan peralatan, pemerahan, penyimpanan dan pemberian susu perahan. • Penting untuk memilih pengasuh dan tempat penjagaan bayi yang menyokong penyusuan susu ibu. • Sokongan majikan dapat membantu ibu meneruskan penyusuan selepas ibu kembali bekerja. 14.6. Rujukan • Kementerian Kesihatan Malaysia. Breastfeeding Promotion and Support: A Training Course for Health Profesional Ministry of Health Malaysia, 2009. • Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan UNICEF. Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik 2/2011, Mewujudkan Persekitaran Kerja Yang Kondusif Bagi Wanita: Program Penyusuan Susu Ibu Di Tempat Kerja, 2011.


Apakah Peranan Pembimbing Penyusuan SusuIbu 15 Semasa Bencana? tajuk


Click to View FlipBook Version