86 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 15. Apakah Peranan Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Semasa Bencana? 15.1. Pengenalan Penyusuan susu ibu semasa bencana merupakan tindakan wajar untuk menyelamatkan nyawa bayi. Hal ini kerana, bayi dan kanak-kanak lebih terdedah kepada wabak berkaitan makanan, air atau persekitaran tercemar. Sokongan dan galakan kepada ibu untuk menyusu adalah penting bagi mengurangkan risiko cirit-birit dan jangkitan lain kepada bayi. Bab ini menerangkan cabaran dan kepentingan penyusuan ibu semasa bencana, peranan pembimbing semasa bencana dan kaedah penyusuan semasa bencana. 15.2. Cabaran Dan Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Semasa Bencana 15.2.1 Semasa bencana, ibu dan bayi terdedah kepada ancaman penyakit disebabkan oleh: i. persekitaran yang tercemar. ii. sumber makanan dan minuman bersih terhad. iii. sumber air bersih untuk membersihkan diri dan peralatan terhad. iv. akses kepada bantuan luar yang terhad. 15.2.2 Untuk mengurangkan ancaman penyakit, penyusuan susu ibu penting kerana: i. Sentiasa tersedia dan boleh diberikan kepada bayi pada bila-bila masa. ii. Kandungan nutrien lengkap dalam susu ibu memenuhi keperluan tumbesaran bayi. iii. Susu ibu mengandungi antibodi yang melindungi bayi daripada penyakit seperti cirit birit dan jangkitan pernafasan. iv. Semasa ibu menyusui bayinya, dakapan ibu dapat menstabilkan suhu badan bayi. v. Penghasilan hormon oksitosin semasa menyusu membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan ibu. 15.3 Peranan Pembimbing Semasa Bencana Terdapat empat (4) peranan penting pembimbing semasa bencana iaitu: i. membantu menstabilkan emosi ibu. ii. memberi bantuan praktikal. iii. memberi penjelasan tentang salah tanggap penyusuan semasa bencana. iv. peka terhadap edaran susu gantian semasa bencana. Nota: • Selain daripada ancaman penyakit, ibu dan bayi juga berada dalam keadaan trauma, terkejut dan berkemungkinan menghadapi ketidakstabilan emosi. • Pembimbing boleh menggunakan pendekatan Bantuan Kecemasan Psikologi (Psychological First Aid - PFA) untuk membantu menstabilkan emosi ibu.
87 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Rajah 15.1: Infografik peranan pembimbing sebagai sukarelawan semasa bencana 15.3.1 Membantu menstabilkan emosi ibu Pembimbing boleh menggunakan tiga (3) langkah di dalam pendekatan Bantuan Kecemasan Psikologi (Psychological First Aid) iaitu lihat, dengar dan hubungkan (look, listen, link). Lihat keadaan mereka, dengar masalah atau luahan mereka dan hubungkan mereka dengan individu, kumpulan atau organisasi yang boleh memberi bantuan lanjut. 15.3.2 Memberi bantuan praktikal Pembimbing boleh memainkan peranan sebagai sukarelawan dan memberikan bantuan praktikal seperti: i. yakinkan ibu untuk terus menyusu ii. sediakan tempat menyusu yang sesuai iii. galakkan ibu menyusu kerap iv. galakkan ibu mendakap bayi v. yakinkan ibu untuk terus menyusukan bayinya walaupun bayi mengalami cirit-birit dan dapatkan rawatan daripada pengamal perubatan vi. galakkan ibu makan minum secukupnya vii. galakkan ibu menyusu bayi bayi berumur bawah enam (6) bulan secara eksklusif viii. bantu ibu mengamalkan teknik relaksasi (urutan/ berzikir/ teknik pernafasan)
88 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 15.3.3 Penjelasan tentang salah tanggap penyusuan Salah tanggap masyarakat tentang penyusuan semasa bencana boleh mengganggu amalan penyusuan ibu. Pembimbing berperanan untuk menjelaskan salah tanggap ini sebagaimana diterangkan di dalam jadual 15.1. Jadual 15.1: Salah tanggap penyusuan semasa bencana dan cadangan tindakan Bil Salah tanggap Cadangan tindakan 1. Ibu yang tidak mendapat bekalan • Ibu boleh menyusu walaupun dalam keadaan ini. makanan yang mencukupi atau • Yakinkan ibu bahawa ibu akan menghasilkan susu seimbang tidak boleh menyusu yang mencukupi apabila ibu menyusu dengan lebih kerana susunya kurang berzat dan kerap mengikut kemahuan bayi. tidak mencukupi. • Payudara ibu mungkin kelihatan lembut tetapi susu masih boleh dihasilkan dan berkhasiat. 2. Tekanan atau trauma yang dihadapi • Tekanan atau trauma tidak menghalang penghasilan oleh ibu menghalang ibu daripada susu tetapi mungkin akan mengganggu pengaliran menghasilkan susu. susu untuk sementara. • Bantu ibu untuk mendapatkan tempat yang selamat, terlindung dan selesa untuk menyusukan bayi. 3. Ibu perlu memberhentikan penyusuan • Yakinkan ibu agar tidak berhenti menyusui bayinya sekiranya bayi mengalami cirit birit. sekiranya bayi mengalami cirit-birit. Susu ibu membantu bayi pulih daripada cirit-birit. 4. Sekiranya ibu tidak lagi menyusu, • Jika ibu sudah berhenti menyusu, ibu boleh penyusuan tidak boleh dimulakan memulakan semula penyusuan (relaktasi). semula. • Galakkan ibu untuk melakukan sentuhan kulit ke kulit dan cuba pujuk bayi untuk menyusu. • Untuk memahami dengan lebih lanjut proses relaktasi, pembimbing boleh merujuk kepada kaunselor laktasi. Nota: • Jika pembimbing mendapati terdapat inidividu, kumpulan atau organisasi yang mengagihkan susu gantian secara berleluasa sila laporkan hal tersebut kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan lanjut. • Adalah tidak beretika untuk pembimbing bekerjasama dan menerima insentif dalam pengagihkan susu gantian. Selain itu, pembimbing tidak dibenarkan memberi maklumat ibu kepada pengilang dan pengedar produk susu gantian. 15.3.4 Peka terhadap edaran susu gantian semasa bencana Semasa bencana semua penerimaan dan pengagihan sumbangan susu gantian perlu melalui jawatankuasa yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
89 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Ibu bersama anak Ibu tidak bersama anak Ibu menyusukan anak sebelum bencana Ibu tidak menyusukan anak sebelum bencana Penyusuan susu ibu baik Penyusuan susu ibu terganggu/ menurun Ibu boleh menyusukan anak Ibu tidak boleh menyusukan anak Sokong penyusuan susu ibu Sokong relaktasi Susu ibu dermaan ada/ bersesuaian/ diterima Susu ibu dermaan tiada/ tidak bersesuaian/ tidak diterima Sokongan untuk memastikan pemberian susu gantian secara selamat Adaptasi daripada: American Academy of Pediatrics, 2015 15.4.2 Kaedah penyediaan dan pemberian susu gantian Terang dan tunjukkan cara penyediaan dan pemberian susu gantian yang selamat kepada ibu. Sebaiknya, sediakan sudut atau ruang yang khas untuk penyediaan bancuhan susu gantian. Sila pastikan bahawa ruang ini bersih dan bebas dari lalat atau haiwan perosak lain. Ibu tidak sepatutnya menyediakan bancuhan susu di atas lantai atau di tempat tidur. Berikut adalah saranan yang perlu diikuti untuk: i. Penyediaan susu gantian a. Cawan atau sudu digunakan untuk memberi bancuhan susu gantian kepada bayi (digalakkan). b. Jika menggunakan botol susu, gunakan kaedah membersihkan (Rajah 15.3) dan menyahkuman botol susu (Rajah 15.4). c. Susu gantian disediakan mengikut tatacara yang betul (Rajah 15.5). 15.4. Kaedah penyusuan semasa bencana Terdapat garis panduan pemilihan pemakanan bayi semasa bencana iaitu: i. Carta alir pemakanan bayi semasa bencana. ii. Kaedah penyediaan dan pemberian susu gantian. 15.4.1 Carta alir penyusuan bayi semasa bencana Carta ini menerangkan pemilihan pemakanan bayi yang sesuai dengan keadaan ibu dan bayi semasa bencana. Pemberian susu gantian adalah pilihan terakhir apabila semua sokongan penyusuan susu ibu tidak berjaya (Rajah 15.2). Rajah 15.2 : Carta alir penyusuan bayi semasa bencana
90 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Rajah 15.3: Cara membersihkan botol susu Basuh tangan dengan sabun dan air. Kemudian keringkan tangan dengan menggunakan kain lap yang bersih. Langkah 1 Basuh semua peralatan yang digunakan dalam penyediaan susu menggunakan sabun dan air bersih. Bersihkan bahagian dalam dan luar botol serta puting yang susah dibersihkan menggunakan berus yang lembut dan bersesuaian. Langkah 2 Bilas dengan sempurna semua peralatan enggunakan air yang bersih dan selamat. Langkah 3 PERINGATAN: Segala peralatan penyusuan yang telah dibersihkan dan dinyahkuman perlu disimpan dengan baik bagi mengelakkan pencemaran. Penjagaan keselamatan dan pengendalian peralatan penyusuan yang betul juga perlu diajar kepada ibu. Rujuk Lampiran D.
91 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Rajah 15.4: Cara menyahkuman botol susu Isi periuk besar dengan air. Gunakan periuk yang khas untuk merebus botol susu. Langkah 1 Letakkan botol susu dan peralatannya yang telah dibersihkan ke dalam air. Pastikan bahawa botol susu dan peralatannya benar-benar tenggelam agar tiada gelembung udara yang terperangkap. Langkah 2 Tutup periuk dengan penutup. Panaskan air sehingga mendidih. Pastikan air tidak mendidih sehingga kering. Langkah 3 Padamkan api dan biarkan periuk sentiasa bertutup untuk mengelakkan pencemaran. Langkah 4
92 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Basuh tangan dengan sabun dan air. Kemudian keringkan tangan dengan menggunakan kain lap yang bersih. Langkah 1 Cuci tangan dengan sabun dan air, dan keringkan dengan kain bersih atau kertas dapur (kitchen towel). Langkah 2 Masak air yang selamat. Jika anda menggunakan cerek automatik, tunggu sehingga suis cerek ditutup. Jika anda menggunakan periuk untuk mendidihkan air, pastikan air mendidih sehingga menggelegak. Langkah 3 Baca arahan pada label susu rumusan bayi untuk mengetahui sukatan air dan susu yang diperlukan. Penggunaan susu rumusan bayi yang berlebihan atau kurang daripada arahan sukatan di label boleh membuat bayi sakit. Langkah 4 Tuangkan air mendidih yang telah dibiarkan sejuk selama lebih kurang 20 minit supaya suhu air berada tidak kurang dari 70ºC ke dalam botol susu yang telah dibersihkan dan disterilkan mengikut sukatan yang betul. *Suhu air panas akan berbeza bergantung kepada cara penyediaan setiap susu rumusan bayi. Rujuk arahan pada label susu. Langkah 5 Tambah susu rumusan bayi dalam sukatan yang betul ke dalam botol susu yang telah berisi air sebelum ini. Langkah 6 AMARAN: Jangan menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave) untuk menyediakan atau memanas semula susu. Pemanasan ketuhar gelombang mikro yang tidak sekata boleh menyebabkan 'titik panas’ (hot spots) dalam susu. Keadaan ini akan menyebabkan kelecuran berlaku pada mulut bayi.
93 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Goncang botol susu untuk memastikan susu dan air bercampur dengan sekata. Langkah 7 Turunkan suhu susu dengan memegang botol susu di bawah air paip yang mengalir, atau meletakkan ia dalam bekas air sejuk atau ais. Untuk mengelakkan bancuhan susu dicemari, pastikan paras air untuk menyejukkan bancuhan susu berada di bawah paras penutup botol susu. Langkah 8 Keringkan bahagian luar botol susu dengan kain bersih atau kertas dapur (kitchen towel). Langkah 9 Label botol dengan maklumat seperti jenis rumusan bayi, nama bayi, tarikh dan masa disediakan atau nama penyedia. Langkah 10 Semak suhu susu dengan menitiskan sedikit ke pergelangan tangan anda. Susu seharusnya suam dan tidak panas. Jika susu masih terasa panas, sejukkan lagi sebelum diberi kepada bayi. Langkah 11 Beri susu kepada bayi. Langkah 12 Buang lebihan susu atau susu yang terdedah ke udara lebih daripada dua (2) jam. Langkah 13 Rajah 15.5: Cara menyediakan susu gantian
94 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu ii. Pemberian susu gantian a. Menggunakan cawan. Rujuk bahagian 7.3.1. • Pemberian susu menggunakan cawan sesuai untuk bayi yang boleh menelan. • Bayi yang lahir pada 30 hingga 32 minggu usia kandungan boleh mula diberi susu menggunakan cawan. • Kebaikan pemberian susu menggunakan cawan: - memberi keselesaan kepada bayi kerana tiada sebarang tiub/ alat. - memberi peluang kepada bayi menggunakan lidah untuk merasa susu. - merangsang sistem penghadaman bayi. - menggalakkan koordinasi bernafas, menghisap dan menelan. - bayi dapat mengawal amaun dan kadar penyusuan. - bayi dapat dipegang rapat dan memudahkan pandangan mata. - cawan lebih mudah dibersihkan berbanding botol dan puting. b. Menggunakan botol susu. Rujuk bahagian 7.3.2 • Posisi bayi yang betul adalah penting sewaktu memberi minuman atau susu dengan menggunakan botol susu bagi mengelakkan risiko tercekik dan jangkitan telinga kepada bayi. Kejadian tercekik atau tersedak yang serius boleh membawa maut. • Pemberian susu yang berlebihan boleh juga menyebabkan bayi tersedak dan tercekik. • Ketidakselesaan kepada bayi akan berlaku sekiranya posisi bayi adalah tidak betul. • Sukatan susu yang disarankan pada label produk adalah sebagai panduan sahaja. Nota: • Setelah mencedok susu, simpan pencedok dalam bekas yang bersih dan kering. Jangan masukkan semula pencedok ke dalam bekas simpanan susu, kerana ia mungkin akan menyebabkan kontaminasi pada susu gantian dalam bekas simpanan susu. Bekas tersebut mesti ditutup rapat. • Jangan biarkan bayi menyusu tanpa pengawasan. Rujuk bahagian 7.3. • Baki susu yang tidak dihabiskan oleh bayi perlu dibuang. • Penyediaan yang tidak bersih dan bancuhan yang dicairkan boleh mengakibatkan bayi sakit.
95 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu 15.5. Nota Penting • Semasa bencana, ibu dan bayi terdedah kepada ancaman penyakit dan penyusuan susu ibu dapat melindungi bayi. • Terdapat empat (4) peranan penting pembimbing semasa bencana. • Gunakan carta alir penyusuan bayi, kaedah penyediaan dan pemberian susu gantian semasa bencana. 15.6. Rujukan • American Academy of Pediatric. Infant feeding disasters and emergencies, 2015. • Kementerian Kesihatan Malaysia. Panduan penilaian Panduan Ringkas Pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi Kriteria Baru WHO/ UNICEF, 2009. • World Health Organization. Infant feeding in emergencies: Policy, Strategy and Practice, 1999. • World Health Organization. Infant and young child feeding in emergency, 2007.
96 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Lampiran D: Penyimpanan, Pemilihan dan Pengendalian Botol Susu I. Penyimpanan botol susu • Untuk mengekalkan botol susu dan peralatannya supaya berada dalam keadaan yang nyahkuman dan tidak berlaku pencemaran semula, cara yang paling baik ialah dengan mengeluarkannya dari alat penyahkuman hanya apabila diperlukan. • Walau bagaimanapun, sekiranya anda perlu mengeluarkan botol susu dan peralatannya sebelum benar-benar memerlukannya, pastikan peralatan tersebut disimpan di tempat yang bersih dan tertutup. Pastikan botol susu dan peralatannya tidak dialih tempat untuk mengelakkan pencemaran berulang. • Cuci tangan dengan sabun dan air, dan keringkan sebelum memegang peralatan yang telah dinyahkuman. Disarankan agar anda menggunakan penyepit yang telah dinyahkuman semasa mengendalikan botol dan peralatan menyusu lain yang telah dinyahkuman. II. Pemilihan botol susu yang selamat • Kementerian Kesihatan Malaysia mengharamkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat mulai 1 Mac 2012. Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak. *Bisphenol A (BPA) merupakan bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol susu bayi polikarbonat. Oleh itu pendedahan Bisphenol A (BPA) dalam botol susu perlu dielakkan. BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon dan mengganggu sistem fungsi tubuh. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA. • Kenal pasti Botol Susu Bayi Polikarbonat. Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi BisphenolA (BPA). Botol susu ini boleh dikenal pasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut: i. Nombor 7 ii. Nombor 7 dan PC iii. Nombor 7 dan ‘other’ Botol susu dinyahkuman dan disimpan di dalam bekas yang tertutup Botol susu terdedah ke udara
97 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu III. Pengendalian botol susu bayi polikarbonat • Pengguna yang masih menggunakan botol susu polikarbonat, perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada BPA. • Nyahkuman botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima (5) hingga sepuluh (10) minit. • Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu. • Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar. • Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam (6) bulan. • Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) dan alatan kaca. Nota: • Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’.
98 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Jawatankuasa Pembentukan Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Prof. Madya Dr. Zaharah Sulaiman (Pengerusi) Pensyarah Perubatan dan Perunding Laktasi Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Dr. Ning Desiyanti Soehartojo Perunding Laktasi Ahli Jawatankuasa Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association (MBfPCA) Puan Nor Kamariah Mohamad Alwi Perunding Laktasi Susuibu.com Puan Rohayah Abdul Hamid Ahli Jawatankuasa Kumpulan Sokongan Titisan Emas Kuala Lumpur Puan Ros Syakimah Ahmad Husaini Ahli Jawatankuasa Kumpulan Sokongan Titisan Emas Kuala Lumpur Puan Carol Lim Malaysia Breastfeeding & Natural Parenting Association (MBNPA) Puan Gina Yong Mei Keng The Breastfeeding Advocates Network (TBAN) Puan Zaiton Daud Timbalan Pengarah (Pemakanan Keluarga) Bahagian Pemakanan Puan Rashadiba Ibrahim @ Rahman Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan Bayi dan Kanak-kanak Bawah 5 Tahun) Bahagian Pemakanan Encik Haja Mohaideen Myden Khater Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Puan Susilia Sinnar Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Puan Wan Fazlily Wan Mahmod Penolong Pengarah Kanan (Penyusuan Susu Ibu dan Makanan Pelengkap) Bahagian Pemakanan Puan Siti Khadijah Abdullah Pegawai Sains (Pemakanan) Pusat Laktasi Kebangsaan
99Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu
100 Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu Untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu
Bahagian Pemakanan | Kementerian Kesihatan Malaysia BAHAGIAN PEMAKANAN Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 1, Blok E3, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya Tel: 03-8892 4556 Faks: 03-8892 4511 http://nutrition.moh.gov.my 9 7 8 9 6 7 5 3 2 2 1 7 4 eISBN 978-967-5322-17-4