The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku_Teks_Digital_KSSM_Sains_Tingkatan_4_GANGA_UMA_A_P_V_NADARAJAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-94346053, 2023-06-17 05:36:14

SAINS T4 KSSM BT

Buku_Teks_Digital_KSSM_Sains_Tingkatan_4_GANGA_UMA_A_P_V_NADARAJAN

SAINS TINGKATAN 4 FT074002 RM 9.60 ISBN: 978-967-2088-68-4


KURIKULUM STANDARD S E KOLAH MENENGAH KE KSSM MENTERIAN P E N DIDIKAN MALAYSIA SAINS SAINS TINGKATAN4 TINGKATAN 4


KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH TINGKATAN 4 Penulis Noraini binti Abdullah Nor Mazliana binti Abdul Hashim Mohammad Amirul bin Adnan Shamsulikram bin Abdul Hamid Editor Nor Shazwani binti Mohamad Zaini Faezah binti Abdul Wahab Pereka bentuk Ayu Amira binti Rosdi Yong Lai Yin Ilustrator Chan Yoke Peng Odonata Publishing Sdn. Bhd. 2019 SAINS Copy wright dan Penghargaan.indd 1 16/10/2019 4:45 PM


Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat, iaitu: Ahli jawatankuasa kawalan kualiti, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pegawai-pegawai Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dr. Shukur Abu Hassan, Centre for Advanced Composite Materials (CACM) UTM. Cultural Promotion Division, Culture and Sports Department, Citizens Affairs Bureau, City of Hiroshima. Library and Public Archives Unit, International Commitee of the Red Cross. Agensi Nuklear Malaysia. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM). Individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyempurnakan penerbitan Buku Teks Sains KSSM Tingkatan 4. PENGHARGAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KPM 2019 ISBN 978-967-2088-68-4 Cetakan Pertama 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia Semua hak cipta terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini, tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh digunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk pada pengiraan royalti dan honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Odonata Publishing Sdn. Bhd. No. 2, Jalan Damai Puspa 2, Alam Damai Industrial Park, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. Telefon: +603-9101 1179 Faksimile: +603-9101 7991 Laman web: www.odonatabooks.com E-mel: [email protected] Reka letak dan atur huruf: Minion Pro Muka taip teks: Regular Saiz taip teks: 11 pt. Dicetak oleh: Herald Printers Sdn. Bhd. Lot 508, Jalan Perusahaan 3, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. No. siri buku : 0092 Copy wright dan Penghargaan.indd 2 16/10/2019 4:45 PM


RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia) Rukun negara_CR_3.indd 1 01/10/2019 5:10 PM


Pendahuluan TEMA Kaedah Saintifik Kaedah Saintifik 11 • Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya berlaku kemalangan di dalam makmal? • Tahukah anda apa itu CPR? • Bagaimanakah kita boleh mengukur tahap kesihatan badan kita? 1 TEMA Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Penyenggaraan dan 22 Kesinambungan Hidup • Apakah yang anda tahu tentang Teknologi Hijau? • Adakah selamat untuk kita makan makanan yang telah termodifikasi secara genetik? • Apakah sistem badan yang menyokong badan dan melindungi organ dalaman kita? • Bagaimanakah tumbuhan dapat tumbuh tegak melawan graviti? • Apakah hormon? 49 Penerokaan Unsur TEMA dalam Alam Penerokaan Unsur 33 dalam Alam 165 • Terdapat 118 unsur yang telah ditemui. Tahukah anda di mana kedudukan unsur karbon dalam Jadual Berkala Unsur Moden? • Tingkap bangunan pencakar langit di Malaysia biasanya diperbuat daripada kaca. Apakah kegunaan kaca yang lain? • Jika anda sakit, doktor akan merawat dan memberikan ubat yang sesuai kepada anda. Apakah kesannya jika kita memakan ubat-ubatan tanpa nasihat daripada doktor? Tenaga dan Kelestarian Hidup TEMA Tenaga dan 4 Kelestarian Hidup • Apakah halaju bagi kereta lumba? • Pernahkah anda mendengar istilah inersia? • Apakah pendapat anda tentang penggunaan tenaga nuklear untuk menjanakan tenaga elektrik di Malaysia? 223 Pelbagai jenis aktiviti disediakan untuk murid: Buku Teks Sains Tingkatan 4 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) ini ditulis untuk murid Tingkatan 4 berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Tingkatan 4 yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku teks ini disediakan berdasarkan pendekatan holistik bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan murid yang bijak, kreatif, inovatif, kritis dan mempunyai nilai-nilai murni. Penulisan buku teks ini menekankan kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi (KBAR & KBAT), kemahiran saintifik, kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan, serta menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian supaya setiap murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut yang diperlukan pada abad ke-21. Selain itu, pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga didedahkan melalui aktiviti dan projek supaya murid berminat untuk menceburi bidang sains dan teknologi. Buku ini mempunyai ciri-ciri istimewa seperti berikut: Eksperimen Inkuiri Multimedia Projek ... ... Perbincangan STEM Simulasi Halaman tema mempunyai gambar yang menarik dan soalan-soalan pencetus minda berkaitan dengan bab-bab dalam tema tersebut. v PENDAHULUAN_FA_CR_3.indd 5 31/10/2019 1:40 PM


Laman Sejarah Memuatkan fakta-fakta sejarah yang berkaitan dengan bidang sains Integrasi Sains dengan... Menghubungkan sains dengan mata pelajaran lain Standard Pembelajaran Disediakan mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran PAK21 Penerapan pembelajaran abad ke-21 Kerjaya Sains Info kerjaya yang berkaitan dengan sains Praktis Formatif Soalan untuk menguji kefahaman murid pada akhir setiap subtopik Kerjaya Sains Pakar Ortopedik Pakar ortopedik ialah doktor pakar yang merawat kecederaan seperti keretakan tulang, kecacatan tulang belakang atau penyakit kemerosotan tulang seperti osteoporosis. Pakar ortopedik membantu pesakit menjalani proses pemulihan sistem otot rangka. Ahli Kiropraktor Ahli kiropraktor ialah pengamal perubatan komplementari yang berkaitan dengan diagnosis dan rawatan gangguan mekanikal, sistem otot, rangka dan tulang belakang. Ahli Fisioterapi Ahli fisioterapi dikenali sebagai jurupulih perubatan anggota atau pegawai pemulihan perubatan. Ahli fisioterapi membantu pesakit mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap tinggi. Masalah Berkaitan dengan Sendi dan Otot dalam Kehidupan Harian Tajuk: Masalah berkaitan dengan sendi dan otot dalam kehidupan harian. Topik berkaitan: Fungsi sendi dan otot dalam pergerakan Cadangan tempoh masa: 1 minggu Masalah: Antara masalah berkaitan dengan sendi dan otot yang sering berlaku ialah kecederaan pada sendi dan otot yang disebabkan oleh aktiviti fizikal dan sakit lutut dalam kalangan warga tua. Berdasarkan masalah di atas, bincangkan cara masalah-masalah itu boleh dielakkan. Sumber: • Laman web • Bahan rujukan lain yang berkaitan seperti majalah ilmiah berkaitan dengan perubatan dan pemakanan seimbang Menjelaskan cara atau kaedah yang sesuai bagi mencegah berlakunya kecederaan pada sendi dan otot. Hasil dapatan boleh dipersembahkan dalam bentuk PowerPoint. ... ... Aktiviti 6.6 PAK21 Pembelajaran Berasaskan Masalah Pola Pertumbuhan Manusia Pertumbuhan manusia ialah satu proses berlakunya perubahan dari segi saiz, jumlah bilangan sel, berat, bentuk tubuh, fungsi badan dan merupakan satu proses yang kekal dan tidak berbalik. Pertumbuhan ini berlaku disebabkan pertambahan bilangan sel pada tubuh. Pertumbuhan manusia berlaku pada seluruh badan dan berlainan mengikut jantina dan peringkat umur. Rajah 6.15 Peringkat pertumbuhan manusia Bayi Kanak-kanak Remaja Dewasa Tua 6.2.2 6.2.3 130 Tujuan: Membina model susunan zarah di dalam logam dan aloi. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Pilih satu jenis aloi yang berbeza daripada kumpulan lain. 3. Gunakan bahan-bahan kitar semula untuk membina model susunan zarah di dalam aloi dan logam tulennya. 4. Persembahkan model yang dibina di hadapan kelas. Aktiviti 9.1 PAK21 Jalan Galeri Cetusan Cetusan Minda Adakah aloi wujud secara semula jadi? 9.1.1 Mengapakah aloi dihasilkan? Umumnya, kebanyakan logam tulen adalah lembut dan mudah terkakis. Ciri ini tidak sesuai untuk menghasilkan kebanyakan benda di sekeliling kita. Maka, proses pembentukan aloi atau pengaloian dilakukan untuk membaiki sifat logam tulen. Atom di dalam logam tulen tersusun secara teratur dan berlapis-lapis. Lapisan atom logam tulen mudah menggelongsor apabila dikenakan daya. Daya dikenakan Lapisan atom mudah menggelongsor Rajah 9.1 Susunan atom dalam logam tulen Apabila satu atau lebih unsur logam atau bukan logam lain dicampurkan ke dalam logam tulen, atom-atom unsur ini menyukarkan penggelongsoran antara lapisan atom logam tulen. Hal ini demikian kerana atom unsur asing mempunyai saiz yang berlainan. Maka, aloi adalah lebih kuat dan keras berbanding dengan logam tulen. Atom logam tulen Atom unsur asing + Aloi Atom logam tulen Atom unsur asing Apabila daya dikenakan, lapisan atom logam tulen sukar menggelongsor Rajah 9.2 Aloi Komposisi atau peratus kandungan setiap unsur dalam aloi boleh diubah mengikut kesesuaian penggunaannya. SEJARAH Aloi pertama yang ditemui ialah gangsa. Gangsa ditemui beratus-ratus tahun dahulu, iaitu pada zaman prasejarah yang disebut Zaman Gangsa. Pada zaman itu, gangsa banyak digunakan untuk membuat alatan dan senjata. dengan... dengan... Integrasi Sains Integrasi Sains Kimia Industri Bab 9 185 3.1.1 Rajah 3.3 Cara menyukat suhu badan menggunakan termometer rektal Mengukur Suhu Badan Menggunakan Teknik yang Betul Termometer Klinik 1. Pastikan suhu termometer berada di bawah 35°C sebelum digunakan. Jika suhu melebihi 35°C, termometer tersebut hendaklah dikibas-kibaskan sehingga bacaan berada di bawah 35°C. 2. Letakkan termometer tersebut di bawah ketiak ataupun di dalam mulut selama kira-kira 2 hingga 3 minit (atau sehingga kedengaran bunyi ‘Bip’ jika anda menggunakan termometer klinik digital). 3. Keluarkan termometer tersebut dan rekodkan bacaan suhu. Pencerutan pada termometer klinik bertujuan supaya merkuri tidak turun dengan cepat setelah dikeluarkan dari mulut atau ketiak. Hal ini adalah untuk memberikan sukatan yang lebih tepat. Pencerutan ini tiada pada termometer makmal. Rajah 3.2 Pencerutan pada termometer klinik Termometer Makmal 1. Termometer makmal tidak sesuai digunakan untuk menyukat suhu badan kerana termometer makmal tidak mempunyai bahagian pencerutan pada turus merkuri. 2. Apabila termometer dikeluarkan daripada badan, sama ada daripada bahagian mulut ataupun ketiak, bacaan suhu akan turun dengan cepat. Hal ini akan menyebabkan bacaan suhu badan yang diambil tidak tepat. 3. Jika menggunakan termometer makmal untuk menyukat suhu badan, bacaan suhu perlu diambil ketika termometer masih di dalam mulut atau di bawah ketiak untuk memastikan bacaan yang lebih tepat. Termometer Rektal (Dubur) 1. Termometer rektal biasanya digunakan pada bayi yang kurang daripada 3 bulan. Pastikan termometer yang digunakan ada mempunyai label untuk kegunaan rektal. 2. Bersihkan muncung termometer menggunakan alkohol. 3. Sapukan jeli petroleum pada muncung termometer untuk memudahkan termometer dimasukkan ke dalam dubur bayi. 4. Angkat kaki bayi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3. 5. Masukkan termometer ke dalam dubur bayi kira-kira 1.5 − 2.5 cm. 6. Biarkan termometer sehingga kedengaran bunyi ‘Bip’. 7. Rekodkan bacaan suhu. Gambar foto 3.1 Cara menyukat suhu badan menggunakan termometer klinik Kembali Kembali Termometer klinik dapat menyukat suhu dengan kejituan 0.1°C, manakala termometer makmal dapat menyukat suhu dengan kejituan 1°C. Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Bab 3 35 Teknologi Terkini Berasaskan Getah Getah merupakan salah satu komoditi utama di Malaysia. Industri getah membantu meningkatkan ekonomi negara. Penyelidikan dan pembangunan terhadap getah yang dijalankan oleh Lembaga Getah Malaysia perlu diteruskan supaya industri getah di negara kita bertambah maju pada masa hadapan. Beberapa penemuan baharu telah dihasilkan menggunakan keistimewaan getah dalam bidang pembuatan dan pembinaan. Apakah teknologi yang dikatakan ini? Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (CMA) sebagai konkrit asfalt untuk menurap jalan raya supaya tahan lebih lama, tahan haba, mengurangkan bunyi bising dan keretakan jalan raya. Getah Colour merupakan cat lukisan yang dihasilkan daripada lateks untuk kegunaan seni visual. Pad landasan yang diperbuat daripada getah diletakkan di antara landasan dengan enjin kereta api untuk mengurangkan getaran dan bunyi. Gambar foto 9.17 Beberapa teknologi terkini berasaskan getah Bagaimanakah pula dengan potensi lain kegunaan getah pada masa akan datang? Adakah anda boleh memikirkan potensi kegunaan getah pada masa akan datang? Tujuan: Mengumpulkan maklumat dan membentangkan teknologi terkini berasaskan getah. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Dengan menggunakan Internet dan media lain, kumpulkan maklumat tentang teknologi terkini berasaskan getah selain yang dinyatakan dalam buku teks. 3. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, bincangkan dalam kumpulan tentang beberapa produk yang dapat dihasilkan menggunakan getah. 4. Bentangkan idea anda kepada kelas. Pembentangan perlu mengandungi: • lakaran produk • tujuan pembuatan • ciri-ciri istimewa getah yang terdapat dalam produk Aktiviti 9.6 Praktis Formatif Praktis Formatif 9.3 1. Namakan dua polimer semula jadi dan sintetik serta monomernya. 2. Bandingkan sifat getah asli dan getah tervulkan. 3. Huraikan cara menghasilkan getah tervulkan daripada getah asli. ... ... PAK21 Pembentangan Hasil Sendiri 9.3.4 198 Praktis Formatif Praktis Formatif 12.2 1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. (a) Proses berlaku apabila satu membedil satu nukleus berjisim besar dan kepada dua nukleus baharu berjisim lebih kecil yang hampir sama serta lebih stabil dengan pembebasan . (b) Proses pelakuran nukleus hanya berlaku pada yang tinggi sahaja. Tujuan: Mencari maklumat dan membuat perkongsian penggunaan tenaga nuklear di negara tertentu. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan. 2. Dapatkan sekeping kad yang tertulis nama sebuah negara yang menggunakan tenaga nuklear daripada guru anda. 3. Kumpulkan maklumat tentang penggunaan tenaga nuklear di negara itu. 4. Persembahkan hasil dapatan anda di hadapan kelas. ... ... Aktiviti 12.3 12.3.1 12.3 Impak Penggunaan Tenaga Nuklear Penggunaan tenaga nuklear perlu dikawal dengan baik supaya dapat memberikan manfaat kepada manusia dan alam sekitar. Oleh sebab tenaga nuklear semakin banyak digunakan di seluruh dunia, kita perlu mengetahui impak penggunaan tenaga ini terhadap kehidupan dan persekitaran. Impak Penggunaan Senjata Nuklear Pada sekitar tahun 1940-an, penyelidikan awal tentang tenaga nuklear dijalankan untuk menghasilkan bom. Hasil sampingan daripada pembelahan nukleus di dalam reaktor nuklear, iaitu plutonium boleh digunakan untuk membuat bom atom. Dunia telah menyaksikan satu malapetaka yang amat dahsyat apabila tenaga nuklear digunakan untuk menghasilkan senjata nuklear. Senjata nuklear pernah digunakan semasa Perang Dunia Kedua oleh Amerika Syarikat terhadap Hiroshima dan Nagasaki. PAK21 Fikir-Pasang-Kongsi Laman Sejarah J.Robert Oppenheimer merupakan individu pertama yang mencipta bom atom di dunia. Beliau digelar sebagai ‘Father of the Atomic Bomb’. Bom ciptaannya telah digunakan oleh tentera Amerika Syarikat dalam Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, beliau berasa amat menyesal selepas menyaksikan sendiri kemusnahan akibat ledakan bom atom. Tenaga Nuklear Bab 12 263 Cetusan Minda Soalan yang mencabar pemikiran yang berkaitan dengan topik Imbas Kembali Mengingat kembali maklumat yang pernah dipelajari sebelum ini vi PENDAHULUAN_FA_CR_3.indd 6 31/10/2019 1:40 PM


(a) Nyatakan maksud inersia. (b) Bongkah kayu yang manakah mempunyai inersia yang lebih besar? Jelaskan jawapan anda. (c) Nyatakan Hukum Gerakan Newton Pertama. 7. Rajah 6 menunjukkan sekeping duit syiling dan sehelai bulu pelepah dijatuhkan serentak di dalam dua tiub silinder lut sinar, R dan S. Tiub silinder R mempunyai udara, manakala tiub silinder S berada dalam keadaan vakum. Duit syiling Udara Tiub silinder R S Bulu pelepah Duit syiling Bulu pelepah Vakum Rajah 6 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan jatuh bebas? (b) Bandingkan masa bagi duit syiling dan bulu pelepah itu jatuh di dalam tiub silinder R dan S. Jelaskan jawapan anda. (c) Bina satu kesimpulan yang sesuai bagi aktiviti di atas. Cabar Cabar Minda 8. Rajah 7 menunjukkan satu carta pita detik bagi sebuah troli yang menuruni landasan yang dicondongkan. Jangka masa detik yang digunakan bergetar dengan frekuensi 50 Hz. (a) Tentukan masa bagi 10 detik tersebut. (b) Berapakah halaju bagi pita detik 1 dan pita detik 5? (c) Landasan dicondongkan lagi supaya troli bergerak ke bawah dengan lebih laju. Ramalkan panjang carta pita detik yang akan diperoleh. 9. Rajah 8 menunjukkan seorang murid sedang mengetuk hujung pemegang tukul pada permukaan keras. (a) Apakah tujuan sebenar murid itu melakukan aktiviti di atas? (b) Apakah konsep yang digunakan oleh murid tersebut? (c) Terangkan dua aktiviti harian anda yang menggunakan konsep seperti yang dinyatakan dalam soalan 9(b). Panjang (cm) Pita detik 0 1 2 3 4 5 20 40 10 30 50 Rajah 7 Rajah 8 Daya dan Gerakan Bab 11 253 Refleksi Kendiri Senarai semak hasil pembelajaran untuk rujukan murid Praktis Sumatif Menilai kefahaman murid pada akhir setiap bab Rumusan Peralatan Perlindungan Diri • Gogal • Sarung tangan • Baju makmal • Kasut makmal • Topeng muka • Penyiram keselamatan (Safety shower) • Pembilas mata (Eyewash station) • Kebuk wasap (Fume chamber) • Kabinet aliran laminar (Laminar flow cabinet) LANGKAH KESELAMATAN DI DALAM MAKMAL Bahan boleh dibuang ke dalam singki Bahan tidak boleh dibuang ke dalam singki Mengurus bahan sisa biologi Pembuangan Bahan Sisa Mencipta alat pemadam kebakaran ringkas Pemadam Kebakaran Jenis pemadam kebakaran Audit alat pemadam kebakaran Langkah mengurus kemalangan di dalam makmal Kaedah penggunaan pemadam kebakaran Bab 1 Langkah Keselamatan di dalam Makmal 15 9.3.3 Pemvulkanan Getah Sifat semula jadi getah asli yang lembut dan tidak tahan haba adalah tidak sesuai jika digunakan untuk membuat bahan seperti tayar kenderaan. Oleh sebab suhu di Malaysia sentiasa panas, sekiranya tayar diperbuat daripada getah asli, tayar itu akan menjadi lembik dan mencair apabila terkena permukaan jalan raya yang panas. Jadi, bagaimanakah sifat getah asli dapat dipertingkatkan untuk menjadikannya sebagai bahan yang sesuai untuk membuat pelbagai jenis barangan? Pemerhatian: Bikar Pemerhatian P Q R Soalan: 1. Apakah yang berlaku apabila asid etanoik ditambahkan ke dalam lateks? 2. Apakah yang berlaku apabila ammonia ditambahkan ke dalam lateks? 3. Bagaimanakah penggumpalan lateks dapat dicegah? 4. Mengapakah lateks menggumpal apabila terdedah kepada udara? Tokoh Sains Charles Goodyear (1800 – 1860) Beliau telah menemui kaedah pemvulkanan getah pada tahun 1839. Beliau memanaskan satu campuran getah asli dengan 1% - 3% sulfur mengikut jisimnya. Proses pemvulkanan boleh membaiki sifat getah dan menjadikannya lebih kuat. Pemvulkanan ialah proses pemanasan getah bersama sulfur. Melalui proses pemvulkanan, atom-atom sulfur ditambahkan ke dalam molekul-molekul polimer getah asli yang berbentuk rantai. Getah yang diperoleh melalui proses ini disebut getah tervulkan. + Sulfur S Rangkai silang sulfur Rantai polimer getah asli Getah tervulkan S S S S S S S S S Rajah 9.11 Pemvulkanan getah Struktur molekul bagi getah tervulkan dilihat mempunyai ikatan antara setiap rantai polimer getah, manakala bagi getah asli tidak. Hal ini disebabkan oleh atom sulfur yang ditambah menghasilkan rangkai silang antara rantai polimer getah. Oleh sebab itu, apabila daya dikenakan, rantai polimer getah tervulkan sukar untuk menggelongsor dan apabila haba dikenakan, struktur molekul getah tervulkan sukar diputuskan. Maka, getah tervulkan adalah lebih keras dan mempunyai ketahanan terhadap haba yang tinggi. 196 Praktis Sumatif Praktis Sumatif 11 1. Azmeer menunggang motosikal ke arah utara dengan jarak 24 km, kemudian ke arah barat untuk 12 km dan akhirnya ke arah selatan dengan jarak 12 km sebelum dia berhenti untuk berehat (Rajah 1). Perjalanannya itu telah mengambil masa selama 2 jam. (a) Berapakah jarak yang dilalui oleh Azmeer? (b) Berapakah sesaran yang dilalui oleh Azmeer? (c) Tentukan laju purata Azmeer. (d) Hitungkan halaju purata bagi sesaran yang dilalui oleh Azmeer. 2. Hilmi berjalan ke arah utara sejauh 8 m, sebelum menuju ke arah timur sejauh 8 m. Hilmi telah mengambil masa selama 5 minit untuk melengkapkan perjalanannya. (a) Berapakah jarak bagi gerakan tersebut? (b) Berapakah sesaran bagi gerakan tersebut? (c) Tentukan halaju yang dicapai oleh Hilmi. Selepas mempelajari bab ini, anda dapat: 11.1 Gerakan Linear Menerangkan perbezaan antara jarak dengan sesaran serta unit ukuran dalam kehidupan harian. Menjelaskan maksud laju, laju purata, halaju dan pecutan serta unit ukurannya dengan contoh dalam kehidupan harian. Menyelesaikan masalah yang melibatkan laju, laju purata, halaju dan pecutan dalam kehidupan harian. Membezakan jenis gerakan linear. 11.2 Graf Gerakan Linear Mentafsir jenis gerakan dari graf gerakan linear untuk menentukan jarak, sesaran, halaju, halaju purata dan pecutan. 11.3 Pecutan Graviti dan Jatuh Bebas Menjalankan eksperimen untuk menentukan nilai pecutan graviti Bumi, g. Mentafsir graf gerakan untuk objek yang mengalami keadaan jatuh bebas. Menjalankan eksperimen mengkaji keadaan jatuh bebas dan bukan jatuh bebas. 11.4 Jisim dan Inersia Menerangkan jisim. Menerangkan maksud inersia dengan contoh. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jisim dengan inersia. Berkomunikasi tentang kesan inersia dalam kehidupan harian. Refleksi Kendiri Refleksi Kendiri Soalan Objektif http://bukutekskssm. KUIZ my/Sains/T4/K11 Rajah 1 12 km 12 km 24 km Daya dan Gerakan Bab 11 251 Indeks Jisim Badan (Body Mass Index, BMI) 3.4 Mengira dan Menentukan Indeks Jisim Badan Indeks Jisim Badan atau lebih dikenali sebagai BMI (Body Mass Index) ialah ukuran jisim badan berbanding dengan ketinggian. BMI boleh dikira menggunakan rumus. BMI = Jisim badan (kg) (Ketinggian)2 (m2 ) Tujuan: Mengira dan menentukan BMI. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Guru membekalkan anak panah yang boleh dipusing. 3. Pusingkan anak panah bagi menentukan giliran murid mana yang perlu mengira BMI mereka. 4. Murid yang ditentukan gilirannya melalui pusingan anak panah tadi ialah orang yang perlu diambil ukuran jisim badan dan ketinggiannya. Kira BMI murid tersebut bersama-sama. 5. Ulang aktiviti ini sehingga semua ahli kumpulan mengetahui BMI masing-masing. ... ... Aktiviti 3.3 PAK21 Spin-N-Think Galeri Galeri Sains Kajian menunjukkan bahawa jangka hayat seseorang yang mempunyai BMI unggul iaitu 18.5 − 24.9 kg m−2 adalah lebih tinggi daripada seseorang yang mempunyai BMI yang lebih rendah atau tinggi. Sumber: myHEALTH Portal Apakah kepentingan mengetahui BMI kita? BMI adalah salah satu cara untuk menentukan sama ada kita mengalami masalah jisim badan atau tidak. Setelah mendapat keputusan BMI, Jadual 3.2 di bawah boleh digunakan untuk menentukan sama ada anda tergolong dalam golongan individu yang mengalami masalah jisim badan berlebihan, normal ataupun kurang jisim badan. Jadual 3.2 Carta Indeks Jisim Badan BMI (kg m-2) < 18.5 18.5 − 24.9 25.0 − 29.9 30.0 atau lebih Kategori: Kurang jisim badan Jisim badan unggul Berlebihan jisim badan Obes 3.4.1 Cetusan Cetusan Minda Apakah faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu mengalami jisim badan berlebihan? Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Bab 3 43 Menghubung Kait Kecekapan Tenaga dengan Teknologi Hijau Bagi menjayakan Teknologi Hijau di negara kita, Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan telah dilancarkan pada Julai 2009. Apakah tonggak yang terdapat dalam dasar tersebut? Mari kita lihat nota di bawah: Jika kita lihat keempat-empat tonggak di atas, jelaslah bahawa Teknologi Hijau amat menekankan aspek kecekapan tenaga. Masihkah anda ingat tentang topik kecekapan tenaga yang anda pelajari semasa di Tingkatan 3? Kecekapan tenaga ialah penggunaan tenaga yang kurang bagi menjalankan sesuatu kerja pada kadar yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau hasil yang diingini. Negaraku Lebih Banyak Bintang Lebih Jimat Tenaga More Stars More Energy Saving Penggunaan Tenaga Purata Setahun Produk Ini Menggunakan % Kurang Tenaga Daripada Produk Biasa This Product Consumes % Less Energy Than An Average Product Diuji Mengikut / Tested According to xxx XXX kwj kwh www.st.gov.my Energy Commission Average Energy Consumption Per Year Jenis peralatan Jenama dan Model PENGGUNAAN TENAGA 5 ENERGY CONSUMPTION 5 Terdapat empat tonggak utama yang menguatkan Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan, iaitu: • tenaga – mempromosikan kecekapan tenaga dan mencari ketidakbergantungan tenaga • alam sekitar – meminimumkan kesan negatif dan memulihara alam sekitar • ekonomi – menambah ekonomi negara melalui penggunaan teknologi • sosial – meningkatkan kualiti hidup untuk semua 4.1.2 Rajah 4.1 Label cekap tenaga Indeks Bangunan Hijau (GBI) ialah sistem penarafan yang diberikan kepada bangunan yang mempunyai ciri-ciri mesra alam. Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di Cyberjaya merupakan masjid pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan ini. Masjid ‘Hijau’ Pertama di Malaysia http://bukutekskssm.my/ Sains/T4/Hlm53 Apabila kecekapan tenaga diutamakan di dalam sesebuah negara melalui pengamalan Teknologi Hijau, maka: (a) penjimatan sumber tenaga dapat dipertingkatkan (b) ekonomi negara juga akan semakin kukuh dan kita juga dapat mengurangkan pembaziran (c) sisa-sisa buangan dapat ditukarkan kepada suatu bentuk tenaga boleh baharu yang lebih bersih dan selamat Malaysia sangat menyokong dan memberikan komitmen sepenuhnya dalam melestarikan kecekapan tenaga. Antara inisiatif dan usaha yang dijalankan ke arah pelaksanaan kecekapan tenaga adalah: • label kecekapan tenaga bagi kelengkapan elektrik (Rajah 4.1) • Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index) • kempen teknologi cekap tenaga • kempen penggunaan tenaga elektrik berasaskan sumber solar • kempen kesedaran terhadap pengguna melalui amalan penjimatan tenaga Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam Bab 4 INFORMASI 53 Cabar Minda Soalan KBAT aras 5 dan aras 6 Galeri Sains Maklumat tambahan yang berkaitan dengan topik Negaraku Maklumat tentang pencapaian dan penglibatan Malaysia dalam bidang sains Rumusan Gambaran menyeluruh tentang semua subtopik dalam bab Tokoh Sains Memperkenalkan tokoh yang menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi vii PENDAHULUAN_FA_CR_3.indd 7 31/10/2019 1:40 PM


Cetusan Cetusan Minda Bayi ketika dilahirkan mempunyai 275 tulang manakala orang dewasa mempunyai 206 tulang. Mengapakah perbezaan ini terjadi? Sistem Rangka Manusia Rangka manusia terdiri daripada 206 tulang yang pelbagai saiz dan bentuk. Rangka manusia boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu rangka paksi dan rangka apendaj. Rangka paksi terdiri daripada tengkorak, turus vertebra, sternum dan tulang rusuk. Rangka apendaj terdiri daripada lengkungan pektoral, tulang tangan, lengkungan pelvis dan tulang kaki. Lengkungan pelvis ini bersendi dengan rangka paksi. Lengkungan pelvis terbentuk daripada sepasang tulang punggung. Lengkungan pelvis menyokong berat badan, melindungi pundi kencing dan organ pembiakan. Tengkorak manusia terdiri daripada dua bahagian iaitu tulang kranium dan tulang muka. Tulang kranium berfungsi melindungi otak dan tulang muka berfungsi memberikan bentuk asas atau rangka muka dan juga menyokong gigi. Rajah 6.9 Rangka manusia Lengkungan pektoral Terdapat sepasang lengkungan pektoral di dalam badan manusia. Lengkungan pektoral ini menghubungkan tulang tangan dengan rangka paksi. Lengkungan pektoral terdiri daripada tulang klavikel dan tulang skapula. Tulang tangan terdiri daripada humerus, radius, ulna, karpus, metakarpus dan falanks. Hujung humerus yang berbentuk bulat bersendi dengan lengkungan pektoral. Hujung humerus yang di sebelah bawah bersendi dengan radius dan ulna. Radius dan ulna bersendi dengan tulang karpus yang membentuk pergelangan tangan. Tulang metakarpus membentuk tapak tangan dan bersendi dengan tulang karpus. Falanks yang membentuk jari akan bersendi dengan tulang metakarpus. Turus vertebra Turus vertebra terdiri daripada 33 ruas tulang kecil atau vertebra. Tulang-tulang yang bersambung ini akan membentuk satu turus yang kuat dan boleh melentur. Turus vertebra ini mempunyai satu fungsi yang amat penting, iaitu melindungi saraf tunjang. Model 3D Rangka Paksi Rangka Apendaj Kranium Klavikel Skapula Humerus Karpus Metakarpus Falanks Radius Ulna Femur Tibia Falanks Metatarsus Patela Fibula Tarsus Pandangan depan Pandangan tepi Tengkorak Tulang tangan Lengkungan pelvis Tulang kaki Tulang kaki terdiri daripada femur, tibia, fibula, tarsus, metatarsus dan falanks. Hujung tulang femur yang berbentuk bulat bersendi dengan lengkungan pelvis. Hujung sebelah bawah femur pula bersendi dengan tulang tibia dan fibula. Tibia dan fibula merupakan tulang pada betis. Hujung bawah tulang tibia dan fibula ini bersendi dengan tulang tarsus, iaitu tulang pergelangan kaki. Tulang tarsus bersendi dengan tulang metatarsus yang membentuk tapak kaki. Metatarsus pula bersendi dengan tulang falanks atau tulang jari kaki. 6.1.5 6.1.5 Tulang rusuk dan sternum Rusuk manusia dibentuk daripada 12 pasang tulang rusuk yang bersendi dengan vertebra toraks di bahagian belakang. Tujuh pasang tulang rusuk bersendi dengan sternum secara terus dan tiga tulang rusuk lagi bersambung secara tidak langsung oleh rawan. Dua pasang lagi (dua terakhir) tergantung bebas. Sternum dan tulang rusuk berfungsi melindungi organ utama, iaitu jantung dan peparu. Vertebra Sternum toraks 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6 122 123 Muat turun aplikasi BT Sains Tingkatan 4 AR secara percuma dengan mengimbas QR code di bawah. atau Muat turun aplikasi pembaca QR code yang percuma sama ada dari App Store atau Play Store. Cari halaman yang mempunyai ikon ini. Model 3D: m/s 77, 122, 128, 258, 259 Permainan Interaktif: m/s 146, 184 Imbas imej pada halaman tersebut dengan telefon pintar atau tablet anda untuk melihat model 3D atau bermain permainan interaktif. Video berkaitan dengan topik Informasi tambahan Kuiz (soalan aneka-pilihan) pada hujung setiap bab Komponen-komponen digital di dalam buku ini: Panduan mengimbas aplikasi AR untuk Model 3D dan Permainan Interaktif: VIDEO INFORMASI KUIZ Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 9.1 Aloi Banyak benda di sekeliling kita diperbuat daripada aloi. Gambar foto 9.1 menunjukkan beberapa benda yang diperbuat daripada aloi. Aloi Komposisi Sifat Kegunaan Keluli Besi 99% Karbon 1% • Keras dan kuat • Membina bangunan dan jambatan • Membuat badan kenderaan dan landasan kereta api Piuter Timah 96% Kuprum 3% Antimoni 1% • Permukaan berkilau • Tahan kakisan • Membuat barangan perhiasan seperti bingkai gambar Gangsa Kuprum 88% Timah 12% • Keras • Tahan kakisan • Warna yang menarik • Membuat tugu, ukiran logam, duit syiling, pingat dan sebagainya Loyang Kuprum 75% Zink 25% • Kuat • Permukaan berkilat • Mudah ditempa • Warna keemasan • Membuat kunci, tombol pintu, alatan muzik seperti trompet dan sebagainya Duralumin Aluminium 95% Kuprum 3% Magnesium 1% Mangan 1% • Ringan • Kuat • Tahan kakisan • Membuat badan pesawat, kapal terbang dan sebagainya Apakah Aloi? Aloi merupakan campuran beberapa jenis logam atau campuran logam dan bukan logam mengikut peratusan yang tertentu. Terdapat beberapa jenis aloi yang biasa digunakan dalam kehidupan harian seperti keluli, piuter, gangsa, loyang dan duralumin. Jadual 9.1 menunjukkan komposisi, sifat dan kegunaan aloi-aloi tersebut. 9.1.1 Jadual 9.1 Komposisi, sifat dan kegunaan aloi Gambar foto 9.1 Benda yang diperbuat daripada aloi Permainan Interaktif 184 Model 3D Permainan Interaktif viii PENDAHULUAN_FA_CR_3.indd 8 31/10/2019 1:40 PM


Pendahuluan v TEMA 1 Kaedah Saintifik Bab 1 Langkah Keselamatan di dalam Makmal 2 1.1 Peralatan Perlindungan Diri 4 1.2 Pembuangan Bahan Sisa 6 1.3 Pemadam Kebakaran 10 Praktis Sumatif 1 16 Bab 2 Bantuan Kecemasan 18 2.1 Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation, CPR) 20 2.2 Heimlich Manoeuvre 25 Praktis Sumatif 2 30 Bab 3 Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan 32 3.1 Suhu Badan 34 3.2 Kadar Denyutan Nadi 37 3.3 Tekanan Darah 41 3.4 Indeks Jisim Badan (Body Mass Index, BMI) 43 Praktis Sumatif 3 46 TEMA 2 Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup Bab 4 Teknologi Hijau dalam Melestarikan Alam 50 4.1 Kelestarian Alam Sekitar 52 4.2 Sektor Tenaga 56 4.3 Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa 60 4.4 Sektor Pertanian dan Perhutanan 62 4.5 Sektor Pengangkutan 65 4.6 Teknologi Hijau dan Kehidupan 68 Praktis Sumatif 4 71 Bab 5 Genetik 74 5.1 Pembahagian Sel 76 5.2 Pewarisan 84 5.3 Mutasi 90 5.4 Teknologi Kejuruteraan Genetik 100 5.5 Variasi 103 Praktis Sumatif 5 110 Bab 6 Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan 112 6.1 Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Haiwan 114 6.2 Pergerakan dan Pertumbuhan Manusia 128 6.3 Sokongan, Pertumbuhan dan Kestabilan dalam Tumbuhan 133 Praktis Sumatif 6 139 Kandungan iii KANDUNGAN_FA_CR_3.indd 3 16/10/2019 4:41 PM


Bab 7 Koordinasi Badan 142 7.1 Sistem Endokrin Manusia 144 7.2 Gangguan kepada Koordinasi Badan 152 7.3 Minda yang Sihat 158 Praktis Sumatif 7 163 TEMA 3 Penerokaan Unsur dalam Alam Bab 8 Unsur dan Bahan 166 8.1 Asas Jirim 168 8.2 Jadual Berkala Unsur Moden 171 8.3 Isotop 175 Praktis Sumatif 8 179 Bab 9 Kimia Industri 182 9.1 Aloi 184 9.2 Kaca dan Seramik 189 9.3 Polimer 192 Praktis Sumatif 9 200 Bab 10 Kimia dalam Perubatan dan Kesihatan 202 10.1 Perubatan Tradisional, Perubatan Moden dan Perubatan Komplementari 204 10.2 Radikal Bebas 212 10.3 Bahan Antioksidan 214 10.4 Produk Kesihatan 217 Praktis Sumatif 10 220 TEMA 4 Tenaga dan Kelestarian Hidup Bab 11 Daya dan Gerakan 224 11.1 Gerakan Linear 226 11.2 Graf Gerakan Linear 235 11.3 Pecutan Graviti dan Jatuh Bebas 239 11.4 Jisim dan Inersia 246 Praktis Sumatif 11 251 Bab 12 Tenaga Nuklear 254 12.1 Penggunaan Tenaga Nuklear 256 12.2 Penghasilan Tenaga Nuklear 258 12.3 Impak Penggunaan Tenaga Nuklear 263 12.4 Tenaga Nuklear di Malaysia 266 Praktis Sumatif 12 269 Jawapan 271 Peraturan Makmal dan Langkah Keselamatan 276 Glosari 277 Rujukan 279 Indeks 280 iv KANDUNGAN_FA_CR_3.indd 4 16/10/2019 4:42 PM


TEMA Kaedah Saintifik Kaedah Saintifik 1 • Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya berlaku kemalangan di dalam makmal? • Tahukah anda apa itu CPR? • Bagaimanakah kita boleh mengukur tahap kesihatan badan kita? 1 TEMA_CR_3.indd 1 01/10/2019 5:30 PM


Langkah Keselamatan 1 di dalam Makmal Topeng muka Sarung tangan Kebuk wasap Bahan sisa biologi Keracunan merkuri Jenis-jenis pemadam kebakaran Kata Kunci Bab 2 BAB01_FA_CR_3.indd 2 31/10/2019 1:41 PM


Apakah contoh peralatan perlindungan diri dan fungsinya? Apakah ciri bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki? Bagaimanakah cara pengurusan bahan sisa biologi? Apakah cara kita menguruskan kemalangan di dalam makmal? Berapakah jenis pemadam kebakaran? Rencana Sains Anda akan belajar tentang: peralatan perlindungan diri pembuangan bahan sisa pemadam kebakaran Anda akan belajar tentang: Tumpahan Merkuri di dalam Makmal Sekolah Pada Rabu, 2 Mei 2018, seramai 21 orang murid dan seorang guru dikuarantin lebih kurang 20 minit akibat tumpahan merkuri daripada satu termometer yang pecah di sebuah sekolah menengah. Kejadian itu berlaku pada pukul 2.20 petang ketika murid sedang melakukan eksperimen di dalam makmal sains. Sepasukan 10 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 2.24 petang. Anggota bomba bertindak pantas dengan melakukan kuarantin, sebelum proses menyahcemar dijalankan. Kerja menyahcemar di lokasi kejadian selesai pada jam 3.30 petang. Sumber: myMetro Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1 3 BAB01_FA_CR_3.indd 3 31/10/2019 1:41 PM


1.1 Peralatan Perlindungan Diri Anda telah mempelajari peraturan dan langkah-langkah keselamatan di dalam makmal di Tingkatan 1. Demi menjaga keselamatan anda ketika berada di dalam makmal, terdapat pelbagai jenis peralatan perlindungan diri yang perlu anda tahu dan perlu digunakan dengan cara yang betul. Peralatan Perlindungan Diri dan Fungsinya Peralatan perlindungan diri ialah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan kepada pemakainya daripada bahaya. 1.1.1 Gambar foto 1.1 Peralatan perlindungan diri pada murid Melindungi mata daripada terkena bahan kimia berbahaya seperti asid, bromin, ammonia dan logam reaktif. Gogal Baju makmal terdiri daripada lapisan keselamatan dan mudah untuk dibuka sekiranya berlaku kecemasan. Baju makmal penting untuk melindungi kerosakan pada pakaian. Baju makmal Sarung tangan yang diperbuat daripada getah melindungi tangan daripada bahan kimia berbahaya. Sarung tangan Melindungi hidung dan mulut daripada terhidu bahan kimia yang sengit dan mudah meruap serta debu. Topeng muka Kasut yang bertutup perlu dipakai ketika berada di dalam makmal. Fungsinya untuk melindungi kaki daripada tumpahan bahan kimia dan serpihan kaca. Kasut bertutup/kasut keselamatan 4 BAB01_FA_CR_3.indd 4 31/10/2019 1:41 PM


Peralatan Perlindungan Diri di dalam Makmal Peralatan perlindungan diri yang disediakan di dalam makmal ialah seperti penyiram kecemasan, pembilas mata, kebuk wasap dan kabinet aliran laminar. Walaupun terdapat alat-alat perlindungan diri di dalam makmal, setiap kemalangan atau kecederaan di dalam makmal perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru. 1.1.1 Penyiram kecemasan (Safety shower) Penyiram kecemasan digunakan untuk membersihkan dan membilas bahagian badan atau pakaian yang terkena bahan kimia dengan segera. Gambar foto 1.2 Peralatan perlindungan diri di dalam makmal Kebuk wasap (Fume chamber) Kebuk wasap digunakan untuk menjalankan eksperimen yang menggunakan bahan yang mudah meruap, mudah terbakar, beracun, mengakis dan berbau. Pembilas mata (Eyewash station) Pembilas mata digunakan untuk membilas dan mencuci mata yang terkena bahan kimia dengan segera. Kabinet aliran laminar (Laminar flow cabinet) Kabinet ini digunakan untuk mengelakkan kontaminasi semasa aktiviti berkaitan dengan mikrobiologi dijalankan. Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1 5 BAB01_FA_CR_3.indd 5 31/10/2019 1:41 PM


Praktis Formatif Praktis Formatif 1.1 1. Berikan tiga contoh alat perlindungan diri yang perlu dipakai semasa di dalam makmal. 2. Hariz terkena percikan asid sulfurik cair pada matanya. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Hariz? 3. Tandakan (✓) bagi tindakan yang betul. (a) Amardev memakai gogal semasa dia mencampurkan asid dan air. (b) Aqil memakai selipar ketika melakukan eksperimen. (c) Mira membersihkan bahan kimia yang tertumpah di atas meja makmal menggunakan tangannya. 1.2 Pembuangan Bahan Sisa Bahan yang Boleh Dibuang ke dalam Singki dan Tidak Boleh Dibuang ke dalam Singki Setelah selesai menjalankan eksperimen, di manakah anda perlu membuang sisa eksperimen tersebut? Adakah semua bahan sisa boleh dibuang ke dalam singki? Gambar foto 1.3 Contoh bahan sisa dari makmal Bahan sisa boleh dibahagikan kepada dua jenis: (i) bahan yang boleh dibuang ke dalam singki (ii) bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki Bahan yang boleh dibuang ke dalam singki ialah cecair atau larutan yang berkepekatan rendah dan tidak berbahaya seperti bahan neutral, asid lemah dan alkali lemah. 1.2.1 6 BAB01_FA_CR_3.indd 6 31/10/2019 1:41 PM


Aktiviti 1.1 Tujuan: Mencari kesan pembuangan bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Cari kesan pembuangan bahan-bahan berikut ke dalam singki: • sisa pepejal • bahan dengan nilai pH kurang daripada 5 dan lebih daripada 9 • gris dan minyak • logam berat • bahan sisa organik (mikrob dan bangkai haiwan) 3. Gunakan pelbagai sumber seperti Internet dan perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. 4. Bentangkan hasil perbincangan anda di dalam kelas. PAK21 Pembentangan Hasil Sendiri Antara contoh bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki ialah: • sisa pepejal • bahan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 5 dan lebih daripada 9 • sebatian pelarut organik • bahan kimia (asid, gris, minyak, cat minyak, hidrogen peroksida) • bahan toksik • logam berat • bahan sisa organik (mikrob dan bangkai haiwan) • bahan buangan radioaktif • bahan meruap • bahan reaktif Bahan-bahan ini boleh menyebabkan pencemaran alam dan berbahaya kepada hidupan. Mengurus Bahan Sisa Biologi Betul ke cikgu? Bagaimanakah cara menguruskan bahan sisa biologi? 1.2.2 1.2.3 Apakah yang anda buang itu? Bukan semua bahan sisa biologi boleh dibuang ke dalam singki atau bakul sampah di dalam makmal. Bahan sisa biologi diuruskan dengan menggunakan Prosedur Operasi Standard (POS). Mari kita lihat jenis bahan sisa biologi dan POS untuk menguruskannya. Bahan sisa biologi merangkumi bahan buangan biologi yang boleh menimbulkan kemudaratan atau bahaya biologi. Bahan sisa biologi ini termasuklah bahan kumuhan, tisu, bangkai, medium kultur, bekas plastik, kaca dan sarung tangan. Galeri Galeri Sains Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1 7 BAB01_FA_CR_3.indd 7 31/10/2019 1:42 PM


Prosedur Operasi Standard (POS) pelupusan bahan sisa biologi ialah prosedur yang digunakan bagi tujuan mengurus pelupusan sisa biologi di makmal. Jadual 1.1 Prosedur Operasi Standard pelupusan bahan sisa biologi Kategori bahan sisa Kategori A Kategori B Kategori C Kategori D Jenis bahan sisa biologi Peralatan tajam Pepejal tidak tajam Bangkai, organ Cecair Contoh • Picagari • Jarum • Bilah skalpel • Sarung tangan • Tisu • Medium kultur • Haiwan makmal • Haiwan uji kaji • Darah • Serum Pengurusan sisa biologi • Masukkan ke dalam bekas khas (bekas sisa tajam) • Tidak diautoklaf • Bekas disimpan di tempat yang selamat sebelum dilupuskan • Bungkus dan masukkan ke dalam beg plastik biobahaya • Diautoklaf dan dimasukkan ke dalam tong biobahaya • Dibalut dalam bahan penyerap (kertas tisu), dibungkus rapi di dalam beg plastik biobahaya dan disejuk beku sebelum dilupuskan • Dinyahkontaminasi secara autoklaf • Dilupuskan secara terus ke dalam sistem kumbahan melalui singki makmal atau tandas (Sumber: Pengurusan Makmal Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UTM) Aktiviti 1.2 Tujuan: Membuat persembahan multimedia tentang idea baharu untuk mengurus bahan sisa biologi pada masa depan. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Bincangkan idea baharu cara untuk menguruskan bahan sisa biologi yang tidak dapat ditampung oleh Bumi pada masa depan seperti mencipta alat pelupusan atau insinerator masa depan. 3. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda dalam bentuk persembahan multimedia. PAK21 Pembentangan Hasil Sendiri Rajah 1.1 Carta alir Prosedur Operasi Standard pelupusan bahan sisa biologi Sisa yang telah dinyahkontaminasi dimasukkan ke dalam beg biobahaya. Kategori bahan sisa: Kategori A − Disimpan sementara di tempat yang selamat Kategori B − Dimasukkan ke dalam beg autoklaf kalis bocor dan diautoklaf (suhu 121°C, tekanan 15 psi, 20 minit) Kategori C − Dibungkus dengan cermat dan disimpan sementara di dalam penyejuk beku Lakukan pengasingan sisa di puncanya dengan betul. Sisa yang telah dibungkus itu dilabelkan dan dimasukkan ke dalam tong biobahaya. Tong biobahaya disimpan sementara dalam keadaan selamat, terkawal dan disejukkan sebelum pelupusan berpusat dijalankan. 1.2.3 8 BAB01_FA_CR_3.indd 8 31/10/2019 1:42 PM


Langkah Mengurus Kemalangan di dalam Makmal Kemalangan di dalam makmal boleh berlaku disebabkan oleh kecuaian, kelalaian, kejadian di luar jangka atau kurang kemahiran dan pengetahuan dalam pelaksanaan eksperimen sains. Semasa menjalankan eksperimen, rakan anda tertumpah sejenis bahan kimia ke atas meja. Apakah yang perlu anda lakukan? Galerileri Sains Jenis kemalangan yang biasa berlaku di dalam makmal: • Terkena serpihan kaca • Terkena asid atau alkali pekat • Kebakaran kecil • Terkena serpihan hasil daripada tindak balas logam reaktif • Termometer pecah • Kebocoran gas • Renjatan elektrik Termometer yang jatuh dan pecah akan mengakibatkan tumpahan merkuri. Tahukah anda tentang bahayanya merkuri? Keracunan merkuri berlaku apabila seseorang tersentuh atau berlaku peresapan melalui kulit dalam kuantiti tertentu. Merkuri boleh menyerang sistem saraf, saluran pencernaan, sistem pembiakan dan ginjal. Oleh itu, cara mengendalikan merkuri dengan selamat sangat perlu dititikberatkan. Apakah yang perlu anda lakukan jika ada berlaku tumpahan merkuri di makmal sekolah anda? Segera memberitahu guru atau pembantu makmal Kaut tumpahan bahan kimia Sekat tumpahan daripada merebak menggunakan pasir untuk membentuk sempadan Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan Buang dengan selamat Segera memberitahu guru atau pembantu makmal Hubungi Jabatan Bomba Tabur serbuk sulfur untuk menutupi tumpahan Jadikan kawasan tumpahan sebagai kawasan larangan 1.2.4 Contoh organisasi yang menguruskan dan menyediakan modul keselamatan di dalam makmal adalah seperti berikut: Cetusan Cetusan Minda Apakah langkah pertama yang perlu anda lakukan jika mata rakan anda terkena bahan kimia? National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) http://bukutekskssm.my/Sains/T4/Hlm9 INFORMASI Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1 9 BAB01_FA_CR_3.indd 9 31/10/2019 1:42 PM


Praktis Formatif Praktis Formatif 1.2 1. Asri ingin membuang asid hidroklorik pekat dengan pH 3 ke dalam singki tetapi telah dihalang oleh Selvi. Adakah betul tindakan yang dilakukan oleh Selvi? Mengapa? 2. Tandakan (✓) bagi bahan yang boleh dibuang ke dalam singki. Air suling Asid pekat Bahan radioaktif 3. Terangkan cara pelupusan bangkai secara ringkas. 4. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya termometer di dalam makmal pecah? 1.3 Pemadam Kebakaran Alat pemadam kebakaran ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengawal atau memadamkan kebakaran. Terdapat empat jenis alat pemadam kebakaran yang biasa digunakan. Alat pemadam kebakaran dikelaskan berdasarkan medium pemadam kebakaran. Jenis alat pemadam kebakaran yang biasa digunakan adalah seperti di dalam Rajah 1.2. JENIS ALAT PEMADAM KEBAKARAN Air Buih Karbon dioksida Serbuk kering 1.3.1 Memadamkan kebakaran melibatkan bahan pepejal seperti kain, kertas dan kayu Memadamkan kebakaran melibatkan bahan pepejal seperti kayu dan kertas serta jenis cecair atau gas yang mudah terbakar seperti minyak, cat dan gas asli Memadamkan kebakaran yang melibatkan peralatan elektrik, gas dan wap Memadamkan semua jenis kebakaran Rajah 1.2 Jenis alat pemadam kebakaran Jenis Pemadam Kebakaran Warna label: merah Warna label: krim Warna label: hitam Warna label: biru 10 BAB01_FA_CR_3.indd 10 31/10/2019 1:42 PM


Kebakaran boleh dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan bahan api yang terbakar. Alat pemadam kebakaran perlu digunakan berdasarkan potensi punca-punca kelas kebakaran yang dikenal pasti di sesuatu bangunan atau kawasan. Jadual 1.2 menunjukkan jenis kebakaran dan jenis alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan. Jadual 1.2 Jenis kebakaran dan jenis alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan Jenis kebakaran Penerangan Jenis alat pemadam kebakaran Kelas A Kebakaran melibatkan bahan api mudah terbakar jenis pepejal (kecuali logam) seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan mudah terbakar • Air • Buih • Serbuk kering Kelas B Kebakaran melibatkan jenis cecair seperti petrol, kerosin, diesel, cat, varnis dan lain-lain • Buih • Serbuk kering • Karbon dioksida Kelas C Kebakaran melibatkan gas seperti gas LPG, LNG, oksigen dan lain-lain • Serbuk kering • Karbon dioksida Kelas D Kebakaran melibatkan logam seperti magnesium, aluminium, natrium, kalium dan sebagainya • Serbuk kering Kelas E Kebakaran melibatkan peralatan elektrik • Serbuk kering • Karbon dioksida Kelas F Kebakaran melibatkan lemak dan minyak masak • Serbuk kering • Karbon dioksida Gambar foto 1.4 Pemadam api ABC Gambar foto 1.5 Selimut kebakaran Pemadam api ABC Selimut kebakaran • Diperbuat daripada dua lapisan gentian kaca • Mampu memadamkan api yang kecil atau sederhana yang susah dipadamkan oleh air • Memadamkan api pada badan mangsa dengan menyelimuti badan mangsa 1.3.1 • Boleh digunakan untuk semua jenis kebakaran kecuali kebakaran disebabkan logam dan gas yang tidak memungkinkan ledakan • Tidak berbahaya kepada manusia dan haiwan • Tidak mencemarkan tanah • Mudah diselenggara (sekurang-kurangnya sekali setahun) • Kelembapan yang dihasilkan adalah lebih lama, justeru menghalang api daripada merebak semula Alat pemadam kebakaran lain yang digunakan adalah seperti pemadam kebakaran jenis ABC, selimut kebakaran, pasir dan air. Pasir boleh digunakan untuk memadam kebakaran awal. Air pula boleh digunakan untuk memadam kebakaran kecuali kebakaran yang berpunca daripada minyak. Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1 11 BAB01_FA_CR_3.indd 11 31/10/2019 1:42 PM


Senarai semak ringkas panduan keselamatan kebakaran: ✓ Memasang alat pengesan asap ✓ Pastikan ada pelan kecemasan dan laluan kecemasan dari setiap bilik dan semua penghuni tahu serta telah berlatih menggunakannya ✓ Gunakan mentol yang sepadan dengan watt lampu ✓ Perkakasan elektrik yang menghasilkan haba diletak sekurang-kurangnya 1 meter dari tirai, perabot dan apa-apa peralatan yang mudah terbakar ✓ Elakkan mengecas peralatan elektronik di atas katil atau tanpa pengawasan ✓ Periksa pendawaian elektrik dari masa ke masa untuk mengenal pasti dan mengatasi kerosakan atau kebakaran akibat litar pintas ✓ Elakkan membuat penyambungan atau membebankan litar elektrik ✓ Letakkan mancis dan pemetik api di tempat yang tinggi supaya tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak ✓ Bekas-bekas yang mengandungi cecair mudah terbakar hendaklah disimpan di tempat yang jauh dan selamat daripada punca api dan kanak-kanak ✓ Anda disyorkan meletakkan satu unit alat pemadam kebakaran jenis serbuk kering ataupun jenis ABC di rumah Kaedah Penggunaan Pemadam Kebakaran Alat pemadam kebakaran sangat mudah digunakan.Walau bagaimanapun, kita perlu belajar cara yang betul untuk menggunakan alat pemadam kebakaran ini. 1.3.2 Galerileri Sains 2 3 4 • Tanggalkan pin keselamatan daripada pemadam kebakaran. • Pastikan alat pemadam kebakaran ditegakkan. 1 • Halakan muncung alat pemadam kebakaran ke pangkal api. • Pastikan anda berada pada jarak kira-kira 2.0 – 2.5 meter dari api. • Tekan pemicit atas alat pemadam. • Ratakan semburan ke seluruh sumber api dengan menggerakkan muncungnya dari sisi ke sisi. 12 BAB01_FA_CR_3.indd 12 31/10/2019 1:42 PM


Tujuan: Menunjukkan cara penggunaan alat pemadam kebakaran. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang ahli. 2. Pilih seorang ahli kumpulan yang perlu memainkan peranan sebagai ahli bomba. 3. Murid yang menjadi ahli bomba diberi masa selama 5 minit untuk membaca cara atau teknik menggunakan alat pemadam kebakaran. Murid tersebut boleh mendapatkan maklumat daripada Internet, melalui pembacaan, bertanya kepada pembantu makmal ataupun guru. 4. Selepas 5 minit, murid tersebut perlu memainkan peranan sebagai ahli bomba yang sedang menggunakan alat pemadam kebakaran. Perhatikan cara yang ditunjukkan. 5. Pilih ahli yang lain pula untuk menjadi ahli bomba dan memainkan peranannya sehingga semua ahli berjaya menggunakan alat pemadam kebakaran. Aktiviti 1.3 Menjalankan Audit Alat Pemadam Kebakaran di Sekolah Tujuan: Menjalankan audit alat pemadam kebakaran di sekolah. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang ahli. 2. Dapatkan maklumat mengenai alat pemadam kebakaran yang ada di dalam kawasan sekolah. 3. Catatkan: (a) jenis pemadam kebakaran (b) tarikh luput (c) bacaan tekanan pada pemadam kebakaran (d) bilangan pemadam kebakaran mengikut jenis (e) lokasi alat pemadam kebakaran dalam pelan laluan kecemasan sekolah 4. Edarkan catatan anda mengikut pusingan jam. Ahli yang lain perlu membetulkan catatan anda sekiranya terdapat kesilapan. 5. Selepas 30 minit, kembali ke makmal dan bentangkan hasil dapatan audit anda. ... ... Aktiviti 1.4 1.3.3 PAK21 Main Peranan PAK21 Meja Bulat Biasanya, beberapa alat pemadam kebakaran disediakan dan ditempatkan di sekitar sekolah. Namun begitu, adakah alat pemadam kebakaran yang ada di sekolah anda dapat berfungsi dengan baik sekiranya berlaku kebakaran? Bagaimanakah anda boleh menjalankan audit alat pemadam kebakaran di sekolah? Meter tekanan Jenis pemadam kebakaran JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Nombor APA : UF052013Y956608 Tarikh luput : 14-12-2019 APARTMEN MENTARI, 50088 WP KUALA LUMPUR. Tarikh luput Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1 13 BAB01_FA_CR_3.indd 13 31/10/2019 1:42 PM


Mencipta Alat Pemadam Kebakaran Ringkas Praktis Formatif Praktis Formatif 1.3 1. Nyatakan empat jenis alat pemadam kebakaran. 2. Apakah fungsi selimut kebakaran dan bagaimanakah selimut kebakaran dapat menyelamatkan mangsa kebakaran kecil? 3. Susun langkah-langkah menggunakan alat pemadam kebakaran dengan betul. 1.3.4 P Q R 1.5 Projek STEM Sebuah dapur mempunyai pelbagai bahan mudah terbakar seperti tepung, gula dan minyak. Kewujudan bahan api juga boleh menjadi punca kebakaran di rumah. Berdasarkan pernyataan masalah di atas, cipta satu alat pemadam kebakaran ringkas yang berfungsi dengan menggunakan bahan yang boleh didapati di rumah. Berikut ialah langkah asas aktiviti STEM yang harus dilalui oleh murid: 1. Mengemukakan soalan dan mengenal pasti masalah 2. Membangunkan dan menggunakan model 3. Merancang dan menjalankan penyiasatan dalam bentuk inkuiri 4. Menganalisis dan menginterpretasi data yang diperoleh 5. Menggunakan pemikiran matematik dan pemikiran komputasional 6. Membina penjelasan dan mereka bentuk penyelesaian 7. Melibatkan diri dalam perbahasan dan membincangkannya berdasarkan eviden 8. Mendapatkan maklumat, menilai dan berkomunikasi tentang maklumat tersebut Aktiviti 14 BAB01_FA_CR_3.indd 14 31/10/2019 1:42 PM


Rumusan Peralatan Perlindungan Diri • Gogal • Sarung tangan • Baju makmal • Kasut makmal • Topeng muka • Penyiram keselamatan (Safety shower) • Pembilas mata (Eyewash station) • Kebuk wasap (Fume chamber) • Kabinet aliran laminar (Laminar flow cabinet) LANGKAH KESELAMATAN DI DALAM MAKMAL Bahan boleh dibuang ke dalam singki Bahan tidak boleh dibuang ke dalam singki Mengurus bahan sisa biologi Pembuangan Bahan Sisa Mencipta alat pemadam kebakaran ringkas Pemadam Kebakaran Jenis pemadam kebakaran Audit alat pemadam kebakaran Langkah mengurus kemalangan di dalam makmal Kaedah penggunaan pemadam kebakaran Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1 15 BAB01_FA_CR_3.indd 15 31/10/2019 1:42 PM


Praktis Sumatif Praktis Sumatif 1 1. (a) Berikan tiga contoh peralatan perlindungan diri yang ada di dalam makmal sekolah. • • • (b) Mengapakah makmal sekolah merupakan kawasan larangan? (c) Jasman telah membuang air limau, sisa daripada aktiviti sains yang telah dijalankan ke dalam singki. Wajarkah tindakan Jasman? Selepas mempelajari bab ini, anda dapat: 1.1 Peralatan Perlindungan Diri Menjelaskan peralatan perlindungan diri serta fungsinya dengan contoh. 1.2 Pembuangan Bahan Sisa Menjelaskan bahan yang boleh dibuang ke dalam singki dengan contoh. Mencirikan bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam singki. Mengurus bahan sisa biologi. Berkomunikasi mengenai langkah mengurus kemalangan di dalam makmal. 1.3 Pemadam Kebakaran Berkomunikasi mengenai jenis pemadam kebakaran. Menerangkan kaedah penggunaan pemadam kebakaran. Menjalankan audit alat pemadam kebakaran di sekolah. Mencipta alat pemadam kebakaran ringkas. Refleksi Kendiri Refleksi Kendiri Soalan Objektif http://bukutekskssm. KUIZ my/Sains/T4/K1 16 BAB01_FA_CR_3.indd 16 31/10/2019 1:42 PM


2. Rajah 1 menunjukkan satu kebakaran yang berlaku di makmal sains. Etanol Rajah 1 (a) Berdasarkan gambar yang diberikan, nyatakan: (i) jenis kebakaran (ii) alat pemadam kebakaran yang sesuai digunakan (b) Pada pendapat anda, kenapakah kebakaran tersebut boleh berlaku? (c) Azhar berada di tempat kejadian ketika kebakaran tersebut berlaku. Nyatakan langkah-langkah yang boleh diikuti oleh Azhar untuk memadamkan kebakaran tersebut. (d) Sebagai langkah penjagaan alat pemadam kebakaran, audit alat pemadam kebakaran hendaklah selalu dilakukan. Nyatakan lima perkara yang perlu diperhatikan semasa menjalankan audit alat pemadam kebakaran di sekolah. Cabar Cabar Minda 3. Apabila anda masuk ke dalam makmal, adakah anda perlu memakai topeng muka setiap masa? Terangkan jawapan anda. 4. Haziq telah menerima tugasan untuk menjalankan eksperimen bagi menentukan takat didih air garam. Terangkan cara Haziq boleh memastikan semua langkah keselamatan di dalam makmal dipatuhi semasa menjalankan eksperimen tersebut. 5. Huraikan langkah-langkah yang betul bagi melupuskan alatan tajam yang telah digunakan dalam eksperimen di makmal sains. Langkah Keselamatan di dalam Makmal Bab 1 17 BAB01_FA_CR_3.indd 17 31/10/2019 1:42 PM


Bantuan Kecemasan Kaedah CPR Tekanan dada Bantuan pernafasan mulut ke mulut Kaedah Heimlich Manoeuvre Tercekik Kata Kunci Bab 2 18 BAB 02_FA_CR_3.indd 18 01/10/2019 5:14 PM


Talian Kecemasan 999 Talian kecemasan 999 ialah nombor kecemasan yang menggabungkan lima agensi, iaitu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi memudahkan orang awam mendapatkan bantuan kecemasan dengan segera. Setiap panggilan kecemasan yang dibuat melalui talian ini adalah percuma dan nombor pemanggil akan direkod. Hal ini bertujuan supaya pemanggil yang membuat panggilan palsu dapat dikesan. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, hubungilah talian ini apabila anda benar-benar memerlukan perkhidmatan kecemasan sahaja. Rencana Sains Anda akan belajar tentang: resusitasi kardiopulmonari (Cardiopulmonary resuscitation, CPR) Heimlich Manoeuvre Apakah yang perlu anda lakukan jika terjumpa seseorang yang tidak sedarkan diri atau tercekik di tempat awam sebelum mangsa dibawa ke hospital? Bagaimanakah kaedah CPR dan Heimlich Manoeuvre dilakukan? Apakah kepentingan kedua-dua kaedah bantuan kecemasan itu? Anda akan belajar tentang: Bantuan Kecemasan Bab 2 19 BAB 02_FA_CR_3.indd 19 01/10/2019 5:14 PM


Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation, CPR) 2.1 Definisi CPR Resusitasi kardiopulmonari (Cardiopulmonary resuscitation) atau disebut CPR ialah bantuan kecemasan yang melibatkan gabungan teknik tekanan di bahagian dada dan hembusan ke dalam mulut mangsa untuk mengembalikan degupan jantung dan pernafasannya. Apakah situasi yang memerlukan CPR? Situasi yang Memerlukan CPR Rajah 2.1 ialah peta bulatan yang menunjukkan beberapa keadaan individu yang memerlukan CPR. Hospital Jika seorang individu tidak memberikan respons terhadap rangsangan Jika seorang individu tidak bernafas Keadaan individu yang memerlukan CPR Jika seorang individu tiada degupan jantung atau nadi Buku kesihatan Laman web Rajah 2.1 Keadaan individu yang memerlukan CPR 2.1.1 Gambar foto 2.1 Sekumpulan murid sedang belajar melakukan CPR (Sumber foto: The Star, Malaysia) 20 BAB 02_FA_CR_3.indd 20 01/10/2019 5:14 PM


2.1.1 Keadaan-keadaan yang dinyatakan dalam Rajah 2.1 mungkin disebabkan oleh: Serangan jantung Renjatan elektrik Panahan petir Rajah 2.2 Punca-punca keadaan yang memerlukan CPR Lemas Bantuan Kecemasan Bab 2 21 BAB 02_FA_CR_3.indd 21 01/10/2019 5:14 PM


Periksa respons mangsa Apabila anda terlihat seseorang rebah secara tiba-tiba dan pengsan, pergi ke arah mangsa dan pastikan keadaan sekitarnya selamat. Kemudian, periksa respons mangsa. Tepuk bahu mangsa dan tanya “Adakah anda OK?”. Jika tiada respons, jerit “Tolong” dan minta bantuan orang lain di sekeliling untuk menghubungi talian kecemasan 999. 1 2.1.2 CPR ialah kaedah mudah yang tidak memerlukan sebarang peralatan. Orang ramai sangat digalakkan untuk mempelajari kaedah CPR dengan betul supaya dapat menyelamatkan nyawa seseorang sebelum bantuan paramedik tiba. Jika kaedah ini tidak dilakukan dengan betul, tulang rusuk mangsa boleh patah atau udara yang dihembus ke dalam mulut mangsa mungkin tidak sampai ke dalam peparunya. Mari kita lihat kaedah CPR yang betul untuk orang dewasa. 2 Kaedah CPR Rajah 2.3 Kaedah CPR Buka saluran pernafasan Pastikan mangsa berbaring dengan bahagian dadanya menghadap ke atas di permukaan yang rata. Dongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagunya untuk membuka saluran pernafasannya. Periksa sama ada mangsa bernafas atau tidak dengan mendengar bunyi hembusan nafas daripada mulut dan hidung mangsa serta melihat pergerakan dada mangsa. 22 BAB 02_FA_CR_3.indd 22 01/10/2019 5:14 PM


2.1.2 Tekanan dada sebanyak 30 kali diikuti dengan 2 kali hembusan mulut ke mulut dilakukan secara berulangan sehingga ambulans tiba atau sehingga mangsa sedar. Jika mangsa bernafas tetapi masih belum sedar, ubah kedudukan badan mangsa dalam keadaan mengiring. 5 Kaedah CPR http://bukutekskssm.my/ Sains/T4/KaedahCPR_ VIDEO Hlm23.mp4 3 Tekanan dada Jika nadi atau pernafasan tidak dikesan, teknik tekanan dada perlu dilakukan untuk membantu peredaran darah di dalam badan mangsa. Letakkan sebelah tapak tangan di bahagian tengah dada mangsa. Dengan memastikan tangan dalam keadaan lurus, tekup tangan tadi dan selang-selikan jari. Bangun dan condongkan badan sedikit ke depan dengan bahu berada tegak dengan dada mangsa dan tekan ke bawah lebih kurang 5 cm dan tidak lebih daripada 6 cm. Lepaskan tekanan dengan tangan masih pada dada mangsa. Biarkan dada mangsa kembang semula sepenuhnya sebelum tekanan seterusnya dilakukan. Tekanan dada dilakukan pada kadar 100 − 120 tekanan per minit. Kedudukan tangan (Sumber: Basic Life Support Training Manual, terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia) Bantuan pernafasan 4 Jika masih tiada pernafasan, picit hidung mangsa dan hembuskan udara ke dalam mulutnya selama 1 saat setiap hembusan. Langkah ini membolehkan udara beroksigen masuk ke dalam trakea dan sampai ke peparu. Bantuan Kecemasan Bab 2 23 BAB 02_FA_CR_3.indd 23 01/10/2019 5:14 PM


Aktiviti 2.1 Tujuan: Mempelajari tatacara melakukan prosedur CPR. Arahan: 1. Anjurkan satu Kursus Pertolongan Cemas untuk murid-murid Tingkatan 4 di sekolah anda dengan kerjasama St. John Ambulans Malaysia (SJAM) atau Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). 2. Hubungi SJAM atau BSMM yang berdekatan dengan sekolah anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang penganjuran kursus ini dengan bantuan ahli paramedik mereka. 3. Minta ahli paramedik melakukan sesi demonstrasi untuk menunjukkan tatacara melakukan CPR yang betul. Galeri Galeri Sains Berdasarkan Garis Panduan CPR terkini (American Heart Association, 2016), jika anda tidak selesa melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut, kaedah tekanan dada sahaja juga boleh membantu menyelamatkan nyawa mangsa. Kepentingan CPR Anda telah mempelajari pengangkutan darah dan respirasi semasa di Tingkatan 3. Kaedah CPR dilakukan untuk memulihkan sistem peredaran darah mangsa dan membekalkan oksigen ke dalam badan mangsa. Kaedah tekanan dada dilakukan untuk menghasilkan peredaran darah secara buatan dengan mengepam darah melalui jantung. Kaedah ini sangat penting untuk meneruskan aliran darah di dalam badan mangsa, terutamanya bagi mangsa yang mengalami serangan jantung yang menyebabkan degupan jantungnya terhenti sekali gus menyelamatkan nyawa mangsa. Selain melakukan tekanan dada, CPR juga melibatkan bantuan pernafasan kepada mangsa. Hembusan mulut ke mulut membolehkan mangsa menerima udara beroksigen ke dalam peparunya. Oksigen akan diangkut ke otak dan seluruh tubuh mangsa. Kerosakan otak boleh berlaku jika oksigen tidak sampai ke otak dalam tempoh tertentu. Praktis Formatif Praktis Formatif 2.1 1. Terangkan maksud resusitasi kardiopulmonari (CPR). 2. Berikan tiga situasi yang menyebabkan pernafasan atau degupan jantung terhenti. 3. Pada suatu hari, semasa Muthu dan ayahnya sedang menonton televisyen di rumah, tiba-tiba ayahnya terkena serangan jantung lalu pengsan. Bolehkah Muthu memberikan CPR kepada ayahnya? Terangkan jawapan anda. 4. Jika anda tidak pernah tahu mengenai kaedah menekan dada yang betul, bolehkah anda melakukan kaedah tersebut kepada mangsa yang memerlukan bantuan kecemasan? Bagaimanakah anda boleh memberikan bantuan? 2.1.2 2.1.3 PAK21 Demonstrasi Nota: Aktiviti 2.1, muka surat 24 dan Aktiviti 2.2, muka surat 28 perlu dijalankan secara serentak. 24 BAB 02_FA_CR_3.indd 24 01/10/2019 5:14 PM


2.2.1 Definisi Heimlich Manoeuvre Heimlich Manoeuvre ialah bantuan kecemasan yang dilakukan untuk menyelamatkan seseorang individu yang tercekik. Tercekik ialah keadaan yang berlaku apabila saluran pernafasan tersekat disebabkan oleh makanan atau bendasing. Jika anda mendapati seseorang mengalami situasi seperti di bawah, kaedah Heimlich Manoeuvre perlu dilakukan dengan segera. Galerileri Sains Bagaimanakah seseorang boleh tercekik? Esofagus Makanan Epiglotis Trakea Apabila seseorang menelan makanan, epiglotis akan terlipat dan menutup saluran pernafasan (trakea). Makanan akan terus bergerak ke dalam esofagus menuju ke perut. Jika makanan menghalang saluran pernafasan, seseorang akan tercekik. Laman Sejarah Pada tahun 1974, Dr. Henry Heimlich, seorang pakar bedah toraks, telah menemui kaedah Heimlich Manoeuvre. Kepentingan Heimlich Manoeuvre Seperti yang telah anda ketahui, badan dan otak manusia sentiasa memerlukan oksigen. Oksigen diperoleh daripada udara dan disedut masuk ke dalam peparu manusia. Oksigen ini kemudiannya akan diserap ke semua sel badan manusia termasuk di otak. Namun, jika seseorang itu tercekik, saluran pernafasan akan tersumbat dan menghalang oksigen ke peparu. Keadaan ini menyebabkan oksigen tidak cukup untuk dihantar ke otak. Jika bantuan kecemasan lambat diberikan, mangsa yang tercekik itu boleh mengalami kerosakan otak atau lebih buruk lagi akan mengakibatkan kematian. 2.2 Heimlich Manoeuvre Tidak boleh bercakap atau batuk Memegang leher dengan kedua-dua tangan Kulit, bibir dan kuku kelihatan kebiruan dan kehitaman Sukar bernafas 1 3 2 4 Situasi mangsa yang memerlukan kaedah Heimlich Manoeuvre Rajah 2.4 Situasi mangsa yang memerlukan kaedah Heimlich Manoeuvre Bantuan Kecemasan Bab 2 25 BAB 02_FA_CR_3.indd 25 01/10/2019 5:14 PM


Kaedah Heimlich Manoeuvre Sama seperti CPR, kaedah ini juga tidak memerlukan sebarang peralatan dan perlu dipelajari oleh orang ramai supaya dapat menyelamatkan nyawa mangsa yang tercekik. Mari kita lihat cara kaedah ini dilakukan. Berdiri di belakang mangsa dan bongkokkan badan mangsa sedikit ke hadapan. 1 Rajah 2.5 Kaedah Heimlich Manoeuvre 2.2.2 Kelilingkan tangan dari belakang mangsa dan genggamkan tangan kanan. 2 26 BAB 02_FA_CR_3.indd 26 01/10/2019 5:14 PM


Tekan dan sentak ke atas dengan kuat dan cepat. Tekanan yang diberikan akan menambahkan tekanan di dalam peparu, menyebabkan bendasing tertolak keluar. 4 2.2.2 Kaedah Heimlich Manoeuvre http://bukutekskssm.my/Sains/T4/ HeimlichManoeuvre_Hlm27.mp4 VIDEO Letakkan genggaman tangan kanan di antara pusat dengan bawah rusuk mangsa. Letakkan tangan kiri di atas tangan kanan yang digenggam. 3 (Sumber: Basic Life Support Training Manual, terbitan Kementerian Kesihatan Malaysia) Bantuan Kecemasan Bab 2 27 BAB 02_FA_CR_3.indd 27 01/10/2019 5:14 PM


2.2.2 Aktiviti 2.2 Tujuan: Mempelajari tatacara melakukan Heimlich Manoeuvre. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini bersama-sama dengan Aktiviti 2.1. 2. Minta ahli paramedik melakukan sesi demonstrasi untuk menunjukkan tatacara melakukan Heimlich Manoeuvre dengan betul. Praktis Formatif Praktis Formatif 2.2 1. Terangkan maksud Heimlich Manoeuvre. 2. Amirul sedang makan di restoran dengan datuk. Tiba-tiba, datuknya menunjukkan tanda tercekik. Apakah yang perlu dilakukan oleh Amirul untuk menolong datuknya? Penerangan anda hendaklah merangkumi semua langkah yang diambil. 3. Apakah kepentingan mempelajari kaedah Heimlich Manoeuvre? Jika tiada orang berdekatan semasa tercekik, cara untuk menyelamatkan diri adalah dengan meletakkan tangan (mengikut kaedah Heimlich Manoeuvre) di antara pusat dengan bawah rusuk. Cuba berikan tekanan pada bahagian tersebut dengan membongkokkan badan. Jika tiada tenaga, cari objek separas pinggang seperti kerusi atau meja, bongkokkan badan, tolak badan dengan seluruh tenaga kepada objek tersebut. Rajah 2.6 Kaedah Heimlich Manoeuvre pada diri sendiri PAK21 Demonstrasi 28 BAB 02_FA_CR_3.indd 28 01/10/2019 5:14 PM


Rumusan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) Heimlich Manoeuvre Definisi Definisi Kepentingan Kepentingan Situasi Kaedah Kaedah BANTUAN KECEMASAN Tercekik Situasi Tidak bernafas Tiada respons terhadap rangsangan Tiada degupan jantung atau nadi Bantuan Kecemasan Bab 2 29 BAB 02_FA_CR_3.indd 29 01/10/2019 5:14 PM


Praktis Sumatif Praktis Sumatif 2 1. Rajah 1 menunjukkan dua kaedah bantuan kecemasan, P dan Q. P Q (a) Nyatakan kaedah bantuan kecemasan P dan Q. (b) Apakah kesan kepada kedua-dua mangsa sekiranya tiada orang yang sanggup memberikan bantuan dengan segera? 2. Ronnie terjatuh ke dalam sungai ketika melalui titi. Ketika kejadian, Khairul turut melalui titi tersebut dan berjaya menarik Ronnie keluar dari sungai itu. (a) Apakah bantuan kecemasan yang perlu dilakukan oleh Khairul jika didapati Ronnie pengsan dan tiada denyutan nadi selepas dikeluarkan dari sungai itu? (b) Jika Khairul berjaya melakukan bantuan kecemasan yang anda nyatakan dalam soalan 2(a) kepada Ronnie, apakah langkah seterusnya yang perlu diambil? Selepas mempelajari bab ini, anda dapat: 2.1 Resusitasi Kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation, CPR) Menyatakan maksud CPR dan situasi yang memerlukan CPR. Mendemonstrasi kaedah CPR. Menerangkan kepentingan CPR. 2.2 Heimlich Manoeuvre Menerangkan Heimlich Manoeuvre dan kepentingannya. Membuat demonstrasi Heimlich Manoeuvre. Refleksi Kendiri Refleksi Kendiri Soalan Objektif http://bukutekskssm. my/Sains/T4/K2 Rajah 1 Rajah 2 KUIZ 30 BAB 02_FA_CR_3.indd 30 01/10/2019 5:14 PM


3. Rajah 3 menunjukkan makanan menyekat saluran pernafasan. Trakea Makanan Epiglotis Esofagus Rajah 3 (a) Apakah yang berlaku kepada individu tersebut jika saluran pernafasannya tersekat? (b) Secara ringkas, terangkan cara kaedah Heimlich Manoeuvre dapat membantu mangsa. (c) Adakah kaedah Heimlich Manoeuvre boleh dilakukan kepada wanita mengandung? Apakah cara yang boleh digunakan bagi menyelamatkan wanita mengandung yang tercekik? 4. Jia Hui mempunyai tabiat makan sambil bercakap dan sering ditegur oleh ibunya. Pada suatu hari, ketika dia sedang makan bersama rakan-rakannya, dia telah tercekik. (a) Apakah bantuan kecemasan yang perlu dilakukan oleh rakan-rakannya bagi menyelamatkan Jia Hui? (b) Terangkan kaedah yang anda nyatakan dalam soalan 4(a). Cabar Cabar Minda 5. Bantuan kecemasan merupakan bantuan awal atau bantuan rawatan yang diberikan kepada seseorang yang sakit atau pengsan secara tiba-tiba sementara menunggu bantuan tiba. Pada suatu hari, Saiful tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di sebuah pusat beli-belah. Jika anda berada di tempat kejadian, cadangkan kaedah pertolongan cemas yang akan anda berikan. Jawapan anda hendaklah berdasarkan aspek-aspek berikut: (a) kenal pasti tujuan (b) analisis setiap pilihan (c) senarai pilihan ikut urutan (d) buat keputusan dan berikan sebabnya Bantuan Kecemasan Bab 2 31 BAB 02_FA_CR_3.indd 31 01/10/2019 5:14 PM


Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Suhu Termometer Demam Denyutan nadi Jantung Tekanan darah tinggi Obesiti Kata Kunci 3 Bab 32 BAB03_FA_CR_3.indd 32 16/10/2019 12:00 PM


Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Kempen Gaya Hidup Sihat Pepatah ada mengatakan bahawa ‘kesihatan itu lebih baik daripada harta benda’. Jika kita mengalami masalah kesihatan, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan lancar. Banyak kempen telah dijalankan bagi mendidik masyarakat untuk menjaga kesihatan diri seperti menjalankan ‘Kempen Gaya Hidup Sihat’ supaya rakyat kekal sihat. Salah satu amalan gaya hidup sihat ialah mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Seseorang itu tidak sewajarnya hanya berjumpa doktor setelah mendapat penyakit. Oleh itu, kita perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengetahui tahap kesihatan kita agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Kita juga boleh mengukur parameter kesihatan badan kita sendiri jika kita mengetahui teknik yang betul. Mari kita belajar tentang teknik mengukur parameter kesihatan dalam tajuk ini. Anda akan belajar tentang: suhu badan kadar denyutan nadi tekanan darah indeks jisim badan (Body Mass Index, BMI) Rencana Sains Apakah teknik yang betul untuk mengukur suhu badan? Apakah itu kadar denyutan nadi? Apakah alat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah? Bagaimanakah tekanan darah diukur dan direkod? Apakah itu Indeks Jisim Badan (Body Mass Index, BMI)? Anda akan belajar tentang: Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Bab 3 33 BAB03_FA_CR_3.indd 33 16/10/2019 12:00 PM


3.1 Suhu Badan Tahukah anda apakah itu suhu? Suhu ialah darjah kepanasan dan kesejukan sesuatu bahan. Suhu badan ialah darjah kepanasan dan kesejukan badan kita. Kita perlu memastikan suhu badan kita sentiasa berada dalam julat suhu normal. Memahami suhu badan sangat penting kerana sebarang perubahan suhu badan sama ada suhu badan meningkat ataupun suhu badan menurun ialah tanda bahawa badan kita menghadapi masalah kesihatan. Suhu badan kita memastikan badan kita berfungsi pada tahap yang optimum. Bagaimanakah kita mengukur suhu badan dan apakah alat yang digunakan untuk mengukur suhu badan? Suhu badan diukur menggunakan termometer. Terdapat empat jenis termometer yang boleh digunakan. Mari kita lihat Rajah 3.1 di bawah. Rajah 3.1 Jenis-jenis termometer • Digunakan untuk menyukat suhu badan • Menyukat suhu dalam julat 35°C hingga 42°C • Digunakan untuk menyukat suhu badan melalui dubur • Digunakan untuk menyukat suhu cecair • Menyukat suhu dalam julat -10°C hingga 110°C • Digunakan untuk menyukat suhu badan tanpa bersentuhan dengan badan Kembali Kembali Kulit dan sistem endokrin memainkan peranan penting dalam mengawal atur suhu badan. Termometer klinik Termometer rektal Termometer inframerah Termometer makmal Jenis- jenis termometer CHEONG 3.1.1 34 BAB03_FA_CR_3.indd 34 16/10/2019 12:00 PM


3.1.1 Rajah 3.3 Cara menyukat suhu badan menggunakan termometer rektal Mengukur Suhu Badan Menggunakan Teknik yang Betul Termometer Klinik 1. Pastikan suhu termometer berada di bawah 35°C sebelum digunakan. Jika suhu melebihi 35°C, termometer tersebut hendaklah dikibas-kibaskan sehingga bacaan berada di bawah 35°C. 2. Letakkan termometer tersebut di bawah ketiak ataupun di dalam mulut selama kira-kira 2 hingga 3 minit (atau sehingga kedengaran bunyi ‘Bip’ jika anda menggunakan termometer klinik digital). 3. Keluarkan termometer tersebut dan rekodkan bacaan suhu. Pencerutan pada termometer klinik bertujuan supaya merkuri tidak turun dengan cepat setelah dikeluarkan dari mulut atau ketiak. Hal ini adalah untuk memberikan sukatan yang lebih tepat. Pencerutan ini tiada pada termometer makmal. Rajah 3.2 Pencerutan pada termometer klinik Termometer Makmal 1. Termometer makmal tidak sesuai digunakan untuk menyukat suhu badan kerana termometer makmal tidak mempunyai bahagian pencerutan pada turus merkuri. 2. Apabila termometer dikeluarkan daripada badan, sama ada daripada bahagian mulut ataupun ketiak, bacaan suhu akan turun dengan cepat. Hal ini akan menyebabkan bacaan suhu badan yang diambil tidak tepat. 3. Jika menggunakan termometer makmal untuk menyukat suhu badan, bacaan suhu perlu diambil ketika termometer masih di dalam mulut atau di bawah ketiak untuk memastikan bacaan yang lebih tepat. Termometer Rektal (Dubur) 1. Termometer rektal biasanya digunakan pada bayi yang kurang daripada 3 bulan. Pastikan termometer yang digunakan ada mempunyai label untuk kegunaan rektal. 2. Bersihkan muncung termometer menggunakan alkohol. 3. Sapukan jeli petroleum pada muncung termometer untuk memudahkan termometer dimasukkan ke dalam dubur bayi. 4. Angkat kaki bayi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.3. 5. Masukkan termometer ke dalam dubur bayi kira-kira 1.5 − 2.5 cm. 6. Biarkan termometer sehingga kedengaran bunyi ‘Bip’. 7. Rekodkan bacaan suhu. Gambar foto 3.1 Cara menyukat suhu badan menggunakan termometer klinik Kembali Kembali Termometer klinik dapat menyukat suhu dengan kejituan 0.1°C, manakala termometer makmal dapat menyukat suhu dengan kejituan 1°C. Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Bab 3 35 BAB03_FA_CR_3.indd 35 16/10/2019 12:00 PM


3.1.1 3.1.2 Rajah 3.4 Faktor-faktor yang menyebabkan suhu badan melebihi normal Menginterpretasi Suhu Badan Suhu badan normal manusia ialah 36.9°C. Peningkatan atau penurunan suhu ini menunjukkan badan anda berada dalam keadaan tidak sihat. Tahukah anda apakah faktor yang menyebabkan suhu badan anda melebihi normal? Termometer Inframerah 1. Termometer inframerah boleh digunakan tanpa bersentuhan dengan individu. 2. Arahkan termometer pada jarak kira-kira 5 cm pada individu tersebut. (Jangan halakan termometer ke arah mata secara langsung atau tidak langsung). 3. Rekodkan bacaan suhu. 4. Pembacaan suhu menggunakan termometer ini adalah sangat cepat. Faktor-faktor yang menyebabkan suhu badan melebihi normal Jangkitan Bakteria Strok haba Senaman berat Virus Selaran matahari yang melampau Terdedah kepada keadaan panas melampau Senaman Apabila suhu badan anda melebihi 37°C, anda mungkin disahkan demam. Suhu badan juga boleh kurang daripada normal sekiranya anda terdedah kepada keadaan sejuk yang melampau. Keadaan ini juga boleh membawa maut. Gambar foto 3.2 Cara menyukat suhu menggunakan termometer inframerah Kembali Kembali Homeostasis membantu badan manusia mengawal suhu badan supaya berada dalam keadaan seimbang dan stabil. 36 BAB03_FA_CR_3.indd 36 16/10/2019 12:00 PM


3.2.1 Praktis Formatif Praktis Formatif 3.1 1. Nyatakan perbezaan antara termometer klinik dengan termometer rektal. 2. Nyatakan tiga faktor yang boleh menyebabkan suhu badan melebihi normal. 3. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya suhu badan anda melebihi normal lebih dari 3 hari? 3.2 Kadar Denyutan Nadi Titik Nadi pada Badan Anda telah mempelajari kadar denyutan nadi semasa di Tingkatan 3. Kadar denyutan nadi ialah pengukuran bilangan degupan jantung per minit. Terdapat beberapa tempat pada badan untuk merasai denyutan nadi. Tempat-tempat ini adalah titik nadi. Di kawasan ini, arteri terletak sangat dekat dengan permukaan kulit. Apabila jantung berdegup, denyutan dihantar ke arteri-arteri ini dan boleh dirasai melalui kulit. Doktor biasanya mengambil bacaan nadi di bahagian pergelangan tangan kerana jelas, menonjol dan mudah. Rajah 3.5 menunjukkan titik-titik nadi pada badan manusia. Rajah 3.5 Titik nadi pada badan manusia Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Bab 3 37 BAB03_FA_CR_3.indd 37 16/10/2019 12:00 PM


Eksperimen 3.1 A Kadar denyutan nadi manusia berdasarkan jantina Tujuan: Menyiasat kesan jantina ke atas kadar denyutan nadi manusia. Pernyataan masalah: Adakah kadar denyutan nadi manusia berbeza mengikut jantina? Hipotesis: Perempuan mempunyai kadar denyutan nadi lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Pemboleh ubah: (a) dimanipulasikan: Jantina (b) bergerak balas: Kadar denyutan nadi (c) dimalarkan: Tempoh masa, umur dan jenis aktiviti fizikal Radas: Jam randik Prosedur: 1. Jalankan aktiviti ini dalam dua kumpulan, iaitu kumpulan lelaki dan perempuan. 2. Ambil bacaan denyutan nadi setiap murid dalam masa 1 minit seperti pada Rajah 3.6. Seorang murid memegang jam randik dan menjaga masa. 3. Catat bacaan denyutan nadi setiap murid dalam masa seminit. 4. Kumpulkan bacaan denyutan nadi semua murid lelaki dan perempuan di dalam kelas. Kira purata denyutan nadi mengikut jantina dan rekodkannya di dalam jadual. Keputusan: Jantina murid Kadar denyutan nadi (bpm) Lelaki Perempuan Kesimpulan: Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini? Soalan: Adakah terdapat perbezaan kadar denyutan nadi antara murid lelaki dengan murid perempuan? B Kadar denyutan nadi manusia berdasarkan umur Tujuan: Menyiasat kesan umur ke atas kadar denyutan nadi manusia. Pernyataan masalah: Adakah kadar denyutan nadi manusia berbeza mengikut umur? Hipotesis: Semakin meningkat umur seseorang, semakin rendah kadar denyutan nadinya. Pemboleh ubah: (a) dimanipulasikan: Umur (b) bergerak balas: Kadar denyutan nadi (c) dimalarkan: Tempoh masa, jantina dan jenis aktiviti fizikal Radas: Jam randik Prosedur: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Ambil bacaan denyutan nadi salah seorang murid dalam kumpulan seperti pada Rajah 3.6. Salah seorang murid yang lain memegang jam randik dan menjaga masa. PAK21 Rajah 3.6 Mari kita jalankan beberapa eksperimen untuk menyiasat bagaimana jantina, umur dan aktiviti fizikal mempengaruhi kadar denyutan nadi. 3.2.2 38 BAB03_FA_CR_3.indd 38 16/10/2019 12:00 PM


3. Catat bacaan kadar denyutan nadi dalam masa seminit. 4. Ulang langkah 2 dan 3 dengan guru dan pembantu makmal. Pastikan jantina murid yang diukur nadinya sama dengan guru dan pembantu makmal. Keputusan: Sampel Umur Kadar denyutan nadi (bpm) Murid Guru Pembantu makmal Kesimpulan: Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini? Soalan: Adakah terdapat perbezaan kadar denyutan nadi berdasarkan umur sampel? C Kadar denyutan nadi manusia berdasarkan aktiviti fizikal Tujuan: Menyiasat kesan aktiviti fizikal ke atas kadar denyutan nadi manusia. Pernyataan masalah: Adakah kadar denyutan nadi manusia berbeza mengikut jenis aktiviti fizikal? Hipotesis: Semakin lasak aktiviti fizikal yang dilakukan, semakin tinggi kadar denyutan nadi. Pemboleh ubah: (a) dimanipulasikan: Jenis aktiviti fizikal (b) bergerak balas: Kadar denyutan nadi (c) dimalarkan: Tempoh masa, umur dan jantina Radas: Jam randik Prosedur: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Minta seorang murid daripada setiap kumpulan untuk melakukan tiga aktiviti, iaitu berehat, berjalan dan berlari. Lakukan setiap aktiviti tersebut selama dua minit. (Nota: Pastikan murid tersebut berehat selama 5 minit sebelum memulakan aktiviti seterusnya.) 3. Ambil kiraan nadi murid tersebut selama satu minit selepas selesai melakukan setiap aktiviti dan rekodkan bacaannya di dalam jadual. Keputusan: Jenis aktiviti fizikal Kadar denyutan nadi (bpm) Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Berehat Berjalan Berlari Kesimpulan: Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini? Soalan: 1. Apakah inferens yang dapat dibuat berdasarkan data yang diperoleh? 2. Adakah setiap murid mempunyai kadar denyutan nadi yang sama? Terangkan sebabnya. 3.2.2 Teknik Mengukur Parameter Kesihatan Badan Bab 3 39 BAB03_FA_CR_3.indd 39 16/10/2019 12:00 PM


Click to View FlipBook Version