(ii) Nyatakan fungsi struktur yang dinamakan dalam soalan 1(a)(i). (iii) Senaraikan ciri struktur yang dinamakan dalam soalan 1(a)(i). (b) Apakah yang akan berlaku jika struktur dalam soalan 1(a)(i) mengalami kecederaan? (c) Nyatakan perbezaan antara tendon dengan ligamen. 2. Gambar foto 1 menunjukkan seekor cacing tanah sedang bergerak. Gambar foto 1 (a) Apakah jenis rangka pada cacing? (b) Cacing bergerak dengan bantuan dua jenis otot. Namakan jenis otot tersebut. (c) Terangkan cara otot pada badan cacing membentuk pergerakan. 3. Gambar foto 2.1 menunjukkan seekor zirafah sedang minum air. Gambar foto 2.1 (a) (i) Berdasarkan Gambar foto 2.1, nyatakan cara zirafah berdiri semasa meminum air. (ii) Bagaimanakah cara berdiri ini dapat menstabilkan zirafah itu? (b) Gambar foto 2.2 menunjukkan dua jenis haiwan, X dan Y. X Y Gambar foto 2.2 140 BAB06_FA_CR_3.indd 140 16/10/2019 5:20 PM
(i) Jika kedua-dua haiwan itu mempunyai jisim yang sama, nyatakan haiwan yang lebih stabil. (ii) Terangkan jawapan anda dalam soalan 3(b)(i). (iii) Cadangkan satu postur apabila haiwan Y berada dalam keadaan yang lebih stabil. 4. Tumbuhan berkayu mempunyai akar seperti akar banir, akar sokong dan akar jangkang untuk menambahkan sokongan. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan cara tumbuhan berkayu dapat menstabilkan kedudukan tanpa tumbang akibat angin kuat. Cabar Cabar Minda 5. Gambar foto 3 menunjukkan seekor ikan paus terdampar di persisiran pantai. Gambar foto 3 (a) Berdasarkan pengetahuan anda tentang sistem sokongan ikan paus, bolehkah ikan paus itu kembali ke lautan dengan sendirinya? (b) Terangkan jawapan anda. Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Bab 6 141 BAB06_FA_CR_3.indd 141 16/10/2019 5:20 PM
Koordinasi Badan Sistem endokrin Kelenjar endokrin Hormon Ketidakseimbangan hormon Kesan penyalahgunaan dadah Kesan penyalahgunaan alkohol Minda sihat Kata Kunci 7 Bab 142 BAB07_FA_CR_3.indd 142 31/10/2019 1:43 PM
Rawatan Hormon Menopaus ialah satu keadaan apabila ovari berhenti mengeluarkan ovum (telur) dan kitar haid wanita itu berhenti. Keadaan ini biasa berlaku pada wanita yang berumur 45-55 tahun. Semasa menopaus, hormon estrogen di dalam badan akan berkurangan dan menghasilkan simptom-simptom seperti sukar tidur, sakit otot dan sendi, rasa resah dan beberapa simptom lain. Rawatan Terapi Penggantian Hormon (HRT) dipercayai dapat mengatasi simptom menopaus ini. HRT boleh dilakukan dalam bentuk terapi Estrogen-Progestin (EPT) jika wanita berkenaan masih mempunyai rahim, atau terapi Estrogen (ET) bagi mereka yang telah menjalani pembedahan membuang rahim. HRT bermatlamat untuk memulihkan tahap hormon wanita bagi membenarkan tubuh mereka berfungsi normal semula dengan menggantikan hormon yang semakin berkurangan apabila mendekati fasa menopaus. Anda akan belajar tentang: sistem endokrin manusia gangguan kepada koordinasi badan minda yang sihat Rencana Sains Apakah kelenjar endokrin yang terdapat di dalam badan manusia? Apakah kepentingan hormon? Apakah kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol terhadap koordinasi badan? Apakah kepentingan minda yang sihat? Anda akan belajar tentang: Sumber: myMetro Koordinasi Badan Bab 7 143 BAB07_FA_CR_3.indd 143 31/10/2019 1:43 PM
7.1 Sistem Endokrin Manusia 7.1.1 Sistem endokrin berfungsi sebagai penghantar maklumat ke seluruh badan menggunakan hormon. Hormon ialah sejenis bahan kimia organik yang dirembeskan oleh kelenjar khas yang dikenali sebagai kelenjar endokrin. Kelenjar ini ialah kelenjar tanpa duktus kerana hormonnya tidak dibawa melalui duktus tetapi dirembeskan secara terus ke dalam sistem peredaran darah untuk diedarkan ke seluruh badan. Satu jenis hormon boleh mempunyai lebih daripada satu organ sasaran (organ yang bergerak balas terhadap hormon itu). Lari dengan laju Kelenjar endokrin merembeskan hormon menyebabkan peningkatan: (a) denyutan jantung (b) kadar pernafasan (c) tekanan darah (d) aras glukosa darah (e) kadar metabolisme Kesan: • Jantung mengepam lebih banyak darah untuk membekalkan lebih banyak oksigen dan glukosa ke otot. • Otot mendapat lebih banyak tenaga. • Lebih banyak glikogen simpanan ditukar menjadi glukosa. Rajah 7.1 Contoh situasi yang melibatkan sistem endokrin Sistem Endokrin dan Fungsinya Badan manusia mempunyai satu sistem yang dikenali sebagai sistem endokrin. Sistem endokrin adalah salah satu sistem di dalam badan yang mengkoordinasikan fungsi badan yang melibatkan bahan kimia. Apakah yang anda rasa jika terserempak dengan ular ketika bermain di padang? Adakah anda akan melarikan diri dengan laju? Kenapakah keadaan yang anda nyatakan tadi berlaku? Jawapannya mudah, iaitu untuk menyelamatkan diri daripada bahaya. Mari kita lihat situasi di bawah. Apabila ternampak seekor ular… 144 BAB07_FA_CR_3.indd 144 31/10/2019 1:43 PM
Salur darah Sel organ sasaran Hormon Sel kelenjar endokrin Aliran darah 7.1.1 Rajah 7.2 menunjukkan cara koordinasi hormon bertindak. Rajah 7.2 Cara koordinasi hormon bertindak Kelenjar tanpa duktus Mengkoordinasikan aktiviti badan dengan bergerak balas terhadap rangsangan daripada persekitaran Organ sasaran Mempunyai reseptor sesuai yang boleh mengenal dan bergerak balas terhadap hormon yang tertentu Sejenis protein Merangsang fungsi tisu atau organ khusus Kesan adalah lama Gerak balas adalah perlahan Dirembeskan dalam kuantiti yang sedikit Kelenjar Endokrin Hormon merembeskan dibawa oleh peredaran darah ialah fungsi Koordinasi Badan Bab 7 145 BAB07_FA_CR_3.indd 145 31/10/2019 1:43 PM
Rajah 7.3 Kelenjar endokrin pada manusia 7.1.1 Rajah 7.3 menunjukkan kelenjar endokrin utama dan kedudukannya di dalam badan. Permainan Interaktif Kelenjar pituitari Kelenjar pituitari terletak di bawah serebrum. Kelenjar ini juga dikenali sebagai kelenjar induk kerana menghasilkan hormon yang mengawal kelenjar endokrin yang lain. Kelenjar pituitari Perempuan mempunyai sepasang ovari yang terletak di dalam ruang pelvis. Ovari Ovari 146 BAB07_FA_CR_3.indd 146 31/10/2019 1:43 PM
7.1.1 Kelenjar adrenal terletak di bahagian atas ginjal. Kelenjar adrenal Kelenjar tiroid terletak di bahagian hadapan trakea. Kelenjar tiroid Pankreas terletak di belakang perut. Pankreas Lelaki mempunyai sepasang testis yang dilindungi oleh skrotum. Testis Kelenjar tiroid Testis Pankreas Ginjal Kelenjar adrenal Koordinasi Badan Bab 7 147 BAB07_FA_CR_3.indd 147 31/10/2019 1:43 PM
7.1.1 Jadual 7.1 Fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin Kelenjar endokrin Hormon Fungsi Kelenjar pituitari Hormon antidiuresis (ADH) • Mengawal kuantiti air yang diserap semula oleh ginjal Hormon pertumbuhan (GH) • Merangsang pertumbuhan di peringkat kanak-kanak • Mengekalkan komposisi badan yang sihat bagi orang dewasa • Mengekalkan jisim otot serta jisim tulang bagi orang dewasa Kelenjar tiroid Tiroksina • Mengawal kadar metabolisme badan • Mengawal pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan mental dalam kanak-kanak Kelenjar adrenal Adrenalina • Menyediakan badan kita untuk bertindak dalam keadaan kecemasan, iaitu dengan: − meningkatkan kadar metabolisme − meningkatkan kadar denyutan jantung − meningkatkan aras glukosa di dalam darah − membesarkan saiz anak mata Pankreas Insulin • Mengawal aras glukosa di dalam darah dengan menukarkan glukosa yang berlebihan kepada glikogen untuk disimpan di dalam hati Ovari Estrogen • Mengawal ciri-ciri seks sekunder perempuan seperti perkembangan payudara dan pembesaran pinggul • Merangsang penghasilan ovum • Menyediakan uterus untuk penempelan embrio Progesteron • Mengekalkan ketebalan dinding uterus untuk penempelan embrio Testis Testosteron • Mengawal perkembangan ciri-ciri seks sekunder lelaki seperti suara yang garau dan pertumbuhan misai • Merangsang penghasilan sperma Jadual 7.1 menunjukkan fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin. 148 BAB07_FA_CR_3.indd 148 31/10/2019 1:43 PM
Tujuan: Menjalankan kajian mengenai ketidakseimbangan sistem endokrin. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Kumpulkan maklumat dari Internet, buku rujukan, majalah dan artikel mengenai punca dan kesan gangguan berikut: (a) diabetes insipidus (b) diabetes melitus (c) akromegali (d) kadar metabolisme rendah 3. Lantik seorang murid sebagai wakil untuk duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi seorang ‘doktor’. 4. ‘Doktor’ akan menjawab segala soalan yang dikemukakan oleh murid lain. ... ... Aktiviti 7.2 Punca dan Kesan Ketidakseimbangan Hormon kepada Kesihatan Hormon ialah bahan kimia organik yang mempunyai peranan yang penting dalam setiap fungsi tubuh. Oleh itu, kadar rembesan hormon mesti seimbang dengan fungsinya. Kelebihan atau kekurangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan penyakit. Ketidakseimbangan hormon mungkin terjadi kerana gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat atau terdedah kepada sinaran berbahaya. Tujuan: Membuat persembahan multimedia yang menunjukkan kelenjar endokrin utama (kelenjar pituitari, kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, pankreas, ovari dan testis) serta fungsinya. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Cari maklumat dari Internet, buku rujukan, majalah dan artikel tentang perkara yang berikut: (a) kedudukan kelenjar endokrin (b) jenis hormon yang dirembes (c) fungsi setiap hormon itu 3. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas dalam bentuk persembahan multimedia. Aktiviti 7.1 PAK21 Pembentangan Hasil Sendiri PAK21 Kerusi Panas 7.1.1 7.1.2 Koordinasi Badan Bab 7 149 BAB07_FA_CR_3.indd 149 31/10/2019 1:44 PM
Kekurangan hormon tiroksina akan menyebabkan: • kadar metabolisme rendah • tidak tahan sejuk • perkembangan fizikal dan mental terbantut pada kanak-kanak (kreatinisme) • kurang tenaga pada orang dewasa (miksedema) • cenderung menjadi gemuk • goiter Hormon tiroksina yang berlebihan akan menyebabkan: • kadar metabolisme tinggi • berpeluh dan sentiasa berasa panas • sukar tidur dan kuat selera makan • cenderung menjadi kurus • pembesaran kelenjar tiroid, bola mata yang menonjol keluar dan leher yang bengkak Ketidakseimbangan Hormon Kekurangan hormon estrogen akan menyebabkan: • perkembangan ciri-ciri seks sekunder perempuan terjejas Hormon estrogen yang berlebihan akan menyebabkan: • sifat keperempuanan pada lelaki Gambar foto 7.1 Goiter 7.1.2 Kekurangan hormon progesteron akan menyebabkan: • masalah haid • sakit kepala • sembelit • keguguran kandungan Fahami Hormon untuk Kekal Sihat http://bukutekskssm.my/ Sains/T4/Hlm150 INFORMASI Kekurangan hormon testosteron akan menyebabkan: • lambat akil baligh • bilangan sperma yang rendah Hormon testosteron yang berlebihan akan menyebabkan: • sifat kelelakian pada wanita 150 BAB07_FA_CR_3.indd 150 31/10/2019 1:44 PM
Kekurangan hormon pertumbuhan akan menyebabkan: • kekerdilan Hormon pertumbuhan yang berlebihan akan menyebabkan: • pertumbuhan tidak terkawal • akromegali (kegergasian) Kekurangan hormon antidiuresis (ADH) akan menyebabkan: • air tidak dapat diserap semula di duktus pengumpul di ginjal • penghasilan urin yang berlebihan • sentiasa berasa dahaga • diabetes insipidus Hormon antidiuresis (ADH) yang berlebihan akan menyebabkan: • sakit kepala • pening Kekurangan hormon insulin akan menyebabkan: • glukosa berlebihan tidak dapat ditukar menjadi glikogen • aras glukosa darah meningkat • diabetes melitus Hormon insulin yang berlebihan akan menyebabkan: • aras glukosa rendah • hipoglisemia • dahaga yang berlebihan 7.1.2 Gambar foto 7.2 Lelaki akromegali (kanan) dan lelaki normal (kiri) Koordinasi Badan Bab 7 151 BAB07_FA_CR_3.indd 151 31/10/2019 1:44 PM
7.2.1 Praktis Formatif Praktis Formatif 7.1 1. Nyatakan maksud hormon. 2. Nyatakan kelenjar-kelenjar endokrin utama di dalam badan manusia. 3. Namakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar berikut: (a) Kelenjar adrenal (b) Pankreas (c) Testis (d) Kelenjar tiroid 4. Apakah fungsi hormon yang dihasilkan oleh kelenjar berikut? (a) Kelenjar tiroid (b) Ovari (c) Pankreas 7.2 Gangguan kepada Koordinasi Badan Koordinasi badan boleh terganggu disebabkan oleh pelbagai faktor. Salah satu faktor utama ialah pengambilan dadah yang di luar kawalan. Dadah merupakan satu bahan kimia yang dapat mengganggu fungsi neuron dengan cara melambatkan pergerakan impuls di dalam neuron. Dadah yang diambil tanpa kawalan bukan sahaja mengganggu koordinasi badan, malah akan menyebabkan ketagihan. Gambar foto 7.3 Jenis dadah sebagai ubat 152 BAB07_FA_CR_3.indd 152 31/10/2019 1:44 PM
Jenis-jenis Dadah Dadah mungkin mendatangkan kesan yang baik atau buruk kepada badan bergantung pada cara penggunaannya. Dadah boleh digunakan untuk mengubati penyakit, contohnya morfin dan steroid yang perlu diambil di bawah pengawasan doktor. Rajah 7.4 menunjukkan jenis-jenis dadah utama dan kesannya. 7.2.1 Rajah 7.4 Jenis-jenis dadah dan kesannya Penenang • Menghalang atau melambatkan pergerakan impuls dalam koordinasi badan. Pengguna akan mengantuk dan kurang cemas. Kesan juga bergantung pada dos yang diambil • Contoh ialah barbiturat dan alkohol Perangsang • Mempercepat pergerakan impuls dalam koordinasi badan. Pengguna akan berasa sangat yakin dan berwaspada terhadap perubahan sekeliling • Kesan juga bergantung pada dos yang diambil • Contoh ialah amfetamina dan metamfetamin Inhalan • Bahan kimia yang boleh disedut menerusi pernafasan • Menyebabkan halusinasi • Merosakkan otak, peparu dan ginjal • Contoh ialah pelarut dan bahan gas (Sumber: http://www.adk.gov.my/en/ public/posters-banners) (Dicapai pada 19 Ogos 2019) Halusinogen • Mengubah laluan impuls di dalam otak • Menyebabkan khayal, menjejaskan persepsi • Menjejaskan koordinasi otot • Menyebabkan terdengar suara-suara dan terlihat objek yang tidak wujud • Contoh ialah ketamin dan LSD (dietilamida asid lisergik) Jenis-jenis dadah Agensi Antidadah Kebangsaan http://bukutekskssm.my/Sains/ T4/Hlm153 INFORMASI Koordinasi Badan Bab 7 153 BAB07_FA_CR_3.indd 153 31/10/2019 1:44 PM
7.2.2 Penyalahgunaan dadah menyebabkan ketagihan dan penagih akan mengalami simptom penarikan jika tidak mengambil dadah. Antara simptomnya termasuklah menggigil, loya, resah dan sedih. Rajah 7.5 menunjukkan kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan. Rajah 7.5 Kesan penyalahgunaan dadah Degupan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah Degupan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah Sistem saraf Dadah Lebih bertenaga, aktif, perasaan tidak menentu dan ganas Gangguan persepsi, halusinasi dan ilusi Lambat bergerak balas terhadap rangsangan, mengantuk dan koordinasi otot yang lemah menyebabkan kesan merangsang melambatkan Faktor-faktor yang menyebabkan penyalahgunaan dadah adalah seperti sifat ingin tahu, pengaruh rakan sebaya, mencari keseronokan dan ingin mengatasi kesedihan atau melupakan masalah. Tujuan: Menyediakan ulasan tentang penyalahgunaan dadah. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Dengar dan catat maklumat-maklumat penting daripada ceramah tentang penyalahgunaan dadah seperti: (a) kategori dadah (b) jenis-jenis dadah dan contoh setiap jenis dadah itu (c) kesan-kesan penggunaan dadah (d) ciri-ciri seorang penagih dadah 3. Kumpulkan maklumat yang diperoleh dan sediakan satu ulasan. 4. Tampalkan ulasan kumpulan anda pada dinding kelas. 5. Tulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada hasil kerja itu. ... ... Aktiviti 7.3 PAK21 Jalan Galeri 154 BAB07_FA_CR_3.indd 154 31/10/2019 1:44 PM
EN. HARIZ EN. HARIZ HARIS Kesan Penyalahgunaan Dadah dan Alkohol kepada Koordinasi Badan Kebanyakan dadah mempengaruhi koordinasi badan dengan memberikan kesan terhadap sistem saraf. Alkohol juga memberikan kesan kepada saraf dengan memperlahankan pengaliran impuls saraf dan menjejaskan fungsi otak. Mari kita lihat lebih lanjut kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol ini kepada koordinasi badan manusia. Ketidakseimbangan hormon • Badan akan mengalami gangguan koordinasi. Badan akan terdedah kepada bahaya dan kecederaan. Tubuh badan akan mengalami pertumbuhan yang melampau atau tidak berlaku perkembangan jika berlaku kerosakan pada kelenjar pituitari. Perkembangan seks sekunder akan terbantut jika hormon estrogen dan testosteron gagal berfungsi secara normal. • Gejala ketidakseimbangan hormon dapat diperhatikan melalui perubahan fizikal dan mental penghidap seperti badan terlalu besar dan tinggi, terlalu kurus, murung dan kurang daya ingatan. Pertuturan tidak jelas • Mengambil alkohol akan memberikan kesan buruk kepada bahagian serebrum dalam otak. Serebrum ialah bahagian otak yang mengawal pertuturan manusia. • Hal ini menyebabkan mereka yang minum alkohol secara berlebihan akan mengalami pertuturan yang tidak jelas dan meracau. Tindakan refleks yang lambat • Bahan kimia psikoaktif di dalam dadah dan etanol di dalam alkohol akan melambatkan gerak balas sistem saraf terhadap rangsangan. Bahan kimia ini akan berada di antara neuron aferen dengan interneuron. Pergerakan impuls akan terhalang dan akan melambatkan proses penghantaran maklumat ke otak. • Hal ini dapat diperhatikan pada penagih dadah dan mereka yang minum minuman beralkohol berlebihan. 7.2.2 Hilang keseimbangan • Pengambilan dadah dan minuman beralkohol akan menyebabkan koordinasi otot lemah dan mengakibatkan cara berjalan tidak betul, terhuyung-hayang dan hilang keseimbangan badan. Koordinasi Badan Bab 7 155 BAB07_FA_CR_3.indd 155 31/10/2019 1:44 PM
CHEONG • Pengambilan minuman beralkohol yang berterusan terutamanya jika diambil dalam jumlah yang banyak dan penyalahgunaan dadah boleh memberikan kesan toksik kepada hati dan menyebabkan sirosis hati. • Sirosis hati ialah keadaan hati mengalami kerosakan yang kronik, berparut, mengeras dan tidak berfungsi seperti hati yang sihat. Parut ini akan merebak secara perlahan-lahan sehingga fungsi hati hilang sepenuhnya. Kesan Penyalahgunaan Dadah dan Alkohol kepada Kesihatan Fizikal dan Mental Selain mempengaruhi sistem saraf, penyalahgunaan dadah juga menyebabkan banyak masalah kesihatan fizikal dan mental seperti kerosakan hati, melemahkan sistem keimunan pengguna, kerosakan otak dan masalah mental yang serius. Pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan juga boleh merosakkan kebanyakan bahagian dan organ badan manusia. Mari kita lihat kesan-kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol kepada kesihatan manusia. Gambar foto 7.4 Perbezaan antara hati yang sihat dengan sirosis hati Sirosis hati 7.2.2 (a) Hati sihat (b) Sirosis hati 156 BAB07_FA_CR_3.indd 156 31/10/2019 1:44 PM
Praktis Formatif Praktis Formatif 7.2 1. Apakah kesan penyalahgunaan dadah terhadap koordinasi badan? 2. Bagaimanakah bahan kimia dalam dadah dan minuman beralkohol memberikan kesan pada neuron? 3. Bagaimanakah dadah dan alkohol mempengaruhi rembesan hormon di dalam badan? • Pengambilan dadah seperti amfetamina akan mengaktifkan sel-sel otak dan meningkatkan kadar metabolisme. Pengguna akan menjadi lebih aktif, tidak dapat tidur, bersikap ganas dan agresif. • Seseorang yang minum alkohol secara berlebihan akan mabuk dan hilang kewarasan fikiran. Mereka akan berkelakuan seperti orang gila, ketawa berseorangan, bertindak di luar kawalan dan boleh menjadi ganas. Perlakuan ganas • Dadah seperti ganja mengganggu fungsi otak. Dadah ini akan mengubah persepsi seseorang pengguna. • Hal ini menyebabkan penagih itu mengalami halusinasi, paranoid atau perasaan syak wasangka dan takut terhadap orang lain. Halusinasi juga mungkin menyebabkan kelakuan menjadi agresif terhadap orang lain. Halusinasi • Alkohol boleh menyebabkan ulser perut. • Ulser perut atau ulser peptik merupakan satu keadaan selaput di dalam perut mengalami luka. • Hal ini demikian kerana alkohol menyebabkan perut menghasilkan lebih banyak asid daripada biasa yang akan mengakibatkan iritasi dan radang pada selaput di dalam perut. • Pesakit akan mengadu pedih atau sakit di kawasan ulu hati, berasa kembung perut, loya dan muntah. • Pesakit ulser perut juga boleh mengalami gejala yang lebih serius seperti muntah darah dan najis berwarna hitam. Ulser perut Gambar foto 7.5 Ulser pada perut 7.2.2 Koordinasi Badan Bab 7 157 BAB07_FA_CR_3.indd 157 31/10/2019 1:44 PM
7.3 Minda yang Sihat Dalam dunia yang dilingkari dengan kemajuan sains dan teknologi, kita sering kali dikejutkan dengan isu pengabaian amalan minda yang sihat dalam kalangan masyarakat di negara ini. Minda merupakan fungsi otak yang berkaitan dengan kesedaran kita seperti personaliti, pemikiran, ingatan, pertimbangan, intelek dan emosi. Minda yang sihat ialah keupayaan otak untuk menaakul dan berfikir, iaitu mampu membuat pertimbangan yang logik sebelum tindakan diambil. Minda yang sihat juga merujuk kepada sikap positif, berdikari, penyayang dan bertanggungjawab. 7.3.1 Individu yang mempunyai minda yang sihat mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut: Boleh berfikir dan membuat pertimbangan yang wajar Mampu membezakan antara yang betul dengan salah Mampu mengesan rangsangan dan bergerak balas dengan sewajarnya Bertanggungjawab Berfikiran terbuka dan tidak emosional Boleh mengingati peristiwa silam yang sedih dan gembira Hidup tenteram dan mempunyai pandangan positif terhadap kehidupan Mampu menaakul Sanggup menerima cabaran Bebas daripada prasangka 158 BAB07_FA_CR_3.indd 158 31/10/2019 1:44 PM
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi minda dan kesihatan mental. Rajah 7.6 menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan minda. Rajah 7.6 Faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan minda Ketidakseimbangan hormon semasa haid atau sindrom prahaid dan juga selepas putus haid Pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan Kecederaan pada bahagian otak akibat jangkitan mikroorganisma/ patogen, kemalangan atau tumor Tekanan mental Penuaan Penyalahgunaan dadah (a) Ketidakseimbangan hormon biasa berlaku sebelum atau semasa kitar haid dan juga apabila putus haid. Kebiasaannya seseorang itu akan mengalami sakit kepala, murung dan cepat marah. (b) Pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan akan menjejaskan keupayaan seseorang untuk berfikir, mengesan rangsangan, menaakul dan mengawal emosi. Seseorang yang mabuk boleh menjadi agresif dan membahayakan diri sendiri atau diri orang lain. (c) Penyalahgunaan dadah akan mendatangkan akibat yang buruk seperti kegagalan melaksanakan kewajipan terhadap keluarga, kerja atau pelajaran, dan orang sekeliling. Penyalahgunaan dadah boleh mengakibatkan masalah mental yang serius. (d) Tekanan mental boleh menjejaskan minda yang sihat. Oleh itu, kita perlu sentiasa pandai mengawal tekanan supaya tidak menjejaskan minda. (e) Kecederaan otak boleh menyebabkan seseorang itu hilang ingatan atau daya intelek. Kecederaan otak juga boleh menyebabkan seseorang mudah dipengaruhi oleh perasaannya. 7.3.1 Faktor yang mempengaruhi kesihatan minda Koordinasi Badan Bab 7 159 BAB07_FA_CR_3.indd 159 31/10/2019 1:44 PM
Setiap individu seharusnya mempunyai minda yang sihat dan baik. Hal ini demikian kerana setiap individu mempunyai tanggungjawab sendiri terhadap keluarga, tempat kerja, masyarakat dan negara. Masyarakat • Belajar menangani kritikan dengan baik • Boleh berperanan sebagai kawan untuk bertukar-tukar fikiran • Membantu masyarakat yang dalam kesusahan Keluarga • Dapat membina keluarga bahagia • Membuat keputusan secara bijak • Menjadi teladan dalam keluarga supaya diikuti oleh ahli keluarga Negara • Berfikir dengan positif • Amalkan nilai-nilai keagamaan dan moral • Mengamalkan cara hidup sihat • Dapat menjanakan ekonomi negara Tempat kerja • Menjalin hubungan yang baik antara pekerja dengan majikan • Menjalin hubungan yang baik antara rakan sekerja • Menghasilkan kerja yang berkualiti • Berdisiplin Gambar foto 7.6 Kepentingan mempunyai minda yang sihat 7.3.1 160 BAB07_FA_CR_3.indd 160 31/10/2019 1:44 PM
Tujuan: Menilai kepentingan mempunyai minda yang sihat terhadap keluarga, tempat kerja, masyarakat dan negara. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Buat poster untuk menerangkan kepentingan minda yang sihat pada murid lain di sekolah. 3. Tampal poster anda di sudut pameran di dalam kelas. ... ... Aktiviti 7.5 Praktis Formatif Praktis Formatif 7.3 1. Apakah maksud minda? 2. Senaraikan lima ciri minda yang sihat dan baik. 3. Terangkan ketidakseimbangan hormon yang boleh menjejaskan minda. 4. Nyatakan tiga faktor yang mempengaruhi kesihatan minda. PAK-21 Melukis Poster Tujuan: Mengumpulkan maklumat mengenai minda yang sihat dan baik serta kepentingannya. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Kumpulkan maklumat daripada majalah, buku, surat khabar atau Internet mengenai perkara berikut: (a) faktor yang mempengaruhi minda yang sihat, (b) bagaimana faktor tersebut mempengaruhi minda, (c) kepentingan mempunyai minda yang sihat dan baik. 3. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan anda di dalam kelas dalam bentuk persembahan multimedia. Aktiviti 7.4 PAK21 Pembentangan Hasil Sendiri PAK21 Melukis Poster 7.3.1 Koordinasi Badan Bab 7 161 BAB07_FA_CR_3.indd 161 31/10/2019 1:45 PM
Rumusan Faktor yang mempengaruhi minda KOORDINASI BADAN Gangguan kepada Koordinasi Badan Minda yang Sihat Sistem Endokrin Manusia Kelenjar endokrin Hormon • Diabetes insipidus • Diabetes melitus • Akromegali • Kadar metabolisme rendah Fungsi Punca dan kesan ketidakseimbangan hormon kepada kesihatan Pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan Penyalahgunaan dadah Kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol kepada koordinasi badan dan kesihatan mental merembeskan 162 BAB07_FA_CR_3.indd 162 31/10/2019 1:45 PM
Praktis Sumatif Praktis Sumatif 7 Selepas mempelajari bab ini, anda dapat: 7.1 Sistem Endokrin Manusia Menerangkan sistem endokrin dan fungsinya. Menjelaskan punca dan kesan ketidakseimbangan hormon kepada kesihatan dengan contoh. 7.2 Gangguan kepada Koordinasi Badan Menerangkan jenis dadah dengan contoh. Menaakul kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol kepada koordinasi badan dan kesihatan mental. 7.3 Minda yang Sihat Mewajarkan keperluan masyarakat yang mempunyai minda yang sihat. Refleksi Kendiri Refleksi Kendiri 1. Rajah 1 menunjukkan sistem endokrin manusia. P Q R S Rajah 1 (a) Nyatakan kelenjar yang merupakan kelenjar induk dalam sistem endokrin manusia. (b) (i) Namakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar Q. (ii) Nyatakan kesan pada manusia jika hormon dalam soalan 1(b)(i) tidak dirembeskan secukupnya ke dalam badan. Soalan Objektif http://bukutekskssm.my/ KUIZ Sains/T4/K7 Koordinasi Badan Bab 7 163 BAB07_FA_CR_3.indd 163 31/10/2019 1:45 PM
(c) (i) Namakan kelenjar R. (ii) Nyatakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar R. (iii) Bagaimanakah kegagalan kelenjar R berfungsi boleh menyebabkan seseorang itu mengalami penyakit diabetes melitus? (d) Namakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar S. 2. Rajah 2 menunjukkan sebahagian sistem endokrin bagi seorang perempuan. Y Rajah 2 (a) (i) Namakan hormon-hormon yang dihasilkan oleh kelenjar Y. (ii) Nyatakan satu fungsi bagi setiap hormon yang dinyatakan dalam soalan 2(a)(i). (b) Walaupun kelenjar Y wujud sejak lahir, kelenjar itu tidak aktif. Bilakah kelenjar Y menjadi aktif? (c) (i) Namakan kelenjar endokrin bagi lelaki yang turut tidak aktif semasa lahir. (ii) Terangkan fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar yang anda nyatakan dalam soalan 2(c)(i). Cabar Cabar Minda 3. Minum kopi secara berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan. Terangkan sebabnya. 4. Seorang wanita yang sedang hamil didapati seorang penagih alkohol. Apakah kemungkinan yang akan berlaku kepada fetus di dalam kandungannya? 5. Seorang rakan anda telah menceritakan bahawa dia berasa tertekan kerana masalah keluarga. Sebagai seorang rakan sekelas, apakah tindakan atau pertolongan yang boleh anda lakukan untuk membantu rakan anda itu? 164 BAB07_FA_CR_3.indd 164 31/10/2019 1:45 PM
Penerokaan Unsur TEMA dalam Alam Penerokaan Unsur 3 dalam Alam 165 • Terdapat 118 unsur yang telah ditemui. Tahukah anda di mana kedudukan unsur karbon dalam Jadual Berkala Unsur Moden? • Tingkap bangunan pencakar langit di Malaysia biasanya diperbuat daripada kaca. Apakah kegunaan kaca yang lain? • Jika anda sakit, doktor akan merawat dan memberikan ubat yang sesuai kepada anda. Apakah kesannya jika kita memakan ubat-ubatan tanpa nasihat daripada doktor? TEMA_CR_3.indd 165 01/10/2019 5:40 PM
8 Unsur dan Bahan Bahan atom Bahan molekul Bahan ion Jadual Berkala Unsur Moden Ion positif Ion negatif Isotop Kata Kunci Bab 166 BAB 08_FA_CR_3.indd 166 16/10/2019 12:05 PM
Apakah jenis zarah yang terdapat di dalam emas? Bagaimanakah unsur disusun dalam Jadual Berkala Unsur Moden? Bagaimanakah ion positif dan ion negatif terbentuk daripada atom? Apakah isotop? Unsur di Alam Semesta dan Bumi Hidrogen dan helium ialah unsur yang paling banyak terdapat di Alam Semesta. Bintang-bintang termasuk Matahari terdiri daripada hidrogen dan helium. Di Bumi pula, terdapat unsur seperti oksigen, silikon, emas dan sebagainya. Oksigen membolehkan semua benda hidup wujud di Bumi. Rencana Sains Anda akan belajar tentang: asas jirim Jadual Berkala Unsur Moden isotop Anda akan belajar tentang: Unsur dan Bahan Bab 8 167 BAB 08_FA_CR_3.indd 167 16/10/2019 12:05 PM
8.1 Asas Jirim Bahan Atom, Bahan Molekul dan Bahan Ion Anda telah mempelajari bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan diskrit semasa di Tingkatan 1. Terdapat tiga jenis zarah yang membina jirim, iaitu atom, molekul dan ion. Kembali Kembali Atom terdiri daripada zarah subatom, iaitu proton, neutron dan elektron. - Elektron - Proton - Neutron – + – – – – – – + + + + + + Rajah 8.1 Bahan atom Logam emas Belon berisi helium Atom emas Atom helium 8.1.1 Atom Atom ialah zarah yang paling kecil di dalam sesuatu unsur. Atom ialah unit paling asas dalam unsur. Molekul Molekul ialah gabungan dua atau lebih atom secara kimia. Molekul boleh terdiri daripada gabungan jenis atom yang sama atau berbeza. Ion Ion ialah zarah-zarah yang bercas, sama ada positif atau negatif. Ion terbentuk apabila sesuatu atom menderma atau menerima elektron. Semua bahan yang terdapat di sekeliling kita ialah jirim. Bahan boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan berdasarkan jenis zarah yang terkandung di dalamnya. Bahan Atom Bahan ini mengandungi zarah atom sahaja. Semua unsur logam dan gas nadir terdiri daripada atom. Atom-atom di dalam logam disusun secara rapat dan teratur, manakala susunan atom di dalam gas nadir berjauhan dan tidak teratur. 168 BAB 08_FA_CR_3.indd 168 16/10/2019 12:06 PM
Bahan ion terbentuk daripada tindak balas antara unsur logam dengan unsur bukan logam. Bahan ini mengandungi ion positif dan ion negatif. Contoh bahan ion ialah natrium klorida. Rajah 8.2 Bahan molekul Rajah 8.3 Bahan ion Aktiviti 8.1 Tujuan: Membuat persembahan multimedia tentang bahan yang dibina oleh zarah atom, molekul dan ion dalam kehidupan harian. Arahan: 1. Dapatkan maklumat daripada pelbagai sumber tentang bahan-bahan di sekeliling anda yang terbina daripada zarah atom, molekul dan ion. 2. Persembahkan maklumat yang anda peroleh dalam bentuk persembahan multimedia. PAK21 Pembentangan Hasil Sendiri Molekul oksigen Molekul air + – + + – + – + – + – + – + – + – + + – + Ion natrium dan ion klorida Tangki oksigen Garam biasa Air laut 8.1.1 Bahan Molekul Bahan ini mengandungi zarah molekul yang merupakan gabungan dua atau lebih atom secara kimia, sama ada atom yang sama atau berbeza. Kebanyakan bahan bukan logam wujud dalam bentuk molekul. Tindak balas antara unsur bukan logam akan membentuk sebatian yang wujud dalam bentuk molekul. Bahan Ion Unsur dan Bahan Bab 8 169 BAB 08_FA_CR_3.indd 169 16/10/2019 12:06 PM
Kewujudan Unsur dalam Pelbagai Bentuk Masihkah anda ingat akan unsur-unsur di dalam Jadual Berkala Unsur Moden yang telah anda pelajari di Tingkatan 1? Unsur boleh wujud dalam bentuk atom, molekul atau ion. Adakah unsur yang sama boleh wujud dalam bentuk yang berbeza? Cuba anda lihat gambar foto di bawah. Gambar foto 8.1 Tukul berkarat dan tukul tidak berkarat Gambar foto 8.2 Jus limau dan udara Praktis Formatif Praktis Formatif 8.1 1. Berikan tiga jenis zarah yang membina sesuatu bahan. 2. Nyatakan contoh bahan yang terdiri daripada unsur ferum dalam bentuk ion. 3. Kelaskan bahan-bahan berikut kepada zarah-zarah yang membinanya sama ada atom, molekul atau ion. Kepingan besi, ketulan ais, garam biasa, ketulan gula, batu marmar, wayar kuprum, air kapur, gas oksigen, gas helium 4. Berikan dua contoh unsur yang wujud dalam bentuk molekul dan atom. – – + – + + 8.1.2 Unsur ferum wujud dalam bentuk atom pada kepala tukul. Unsur ferum wujud dalam bentuk ion dalam sebatian karat. Unsur hidrogen wujud dalam bentuk molekul di dalam udara. Unsur hidrogen wujud dalam bentuk ion di dalam jus limau. Unsur: Ferum Unsur: Hidrogen – + – – + – + – + – + – + – + – + – – + – 170 BAB 08_FA_CR_3.indd 170 16/10/2019 12:07 PM
8.2 Jadual Berkala Unsur Moden Semasa di Tingkatan 1, anda telah belajar tentang 118 jenis unsur yang disusun di dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Kini, mari kita kaji Jadual Berkala Unsur Moden yang ditunjukkan dalam Rajah 8.4 secara teliti dan kenal pasti beberapa ciri pentingnya. Apabila merentasi kala dari kiri ke kanan, didapati sifat kimia dan sifat fizik unsur berubah secara beransur-ansur, iaitu: (a) sifat logam berkurang dan sifat bukan logam meningkat (b) perubahan sifat oksida daripada oksida bes kepada oksida asid (c) sifat kekonduksian arus elektrik semakin berkurangan Unsur peralihan 1 HHidrogen 1 1 H Hidrogen 1 3 Li Litium 7 4 Be Berilium 9 11 Na Natrium 23 12 Mg Magnesium 24 19 KKalium 39 20 Ca Kalsium 40 37 Rb Rubidium 85.5 38 Sr Strontium 88 55 Cs Sesium 133 56 Ba Barium 137 87 Fr Fransium 88 Ra Radium 105 Db Dubnium 106 Sg Siborgium 107 Bh Bohrium 108 Hs Hasium 109 Mt Meitnerium 110 Ds Darmstadtium 111 Rg Roentgenium 112 Cn Kopernisium 21 Sc Skandium 45 39 YYtrium 89 22 Ti Titanium 48 40 Zr Zirkonium 91 72 Hf Hafnium 178.5 23 VVanadium 51 41 Nb Niobium 93 73 Ta Tantalum 181 24 Cr Kromium 52 42 Mo Molibdenum 96 74 Tungsten W 184 25 Mn Mangan 55 43 Tc Teknetium 75 Re Renium 186 26 Fe Ferum 56 44 Ru Rutenium 101 76 Os Osmium 190 27 Co Kobalt 59 45 Rh Rodium 103 77 Ir Iridium 192 28 Ni Nikel 59 46 Pd Paladium 106 78 Pt Platinum 195 29 Cu Kuprum 64 47 Ag Argentum 108 79 Au Aurum 197 30 Zn Zink 65 48 Cd Kadmium 112 80 Hg Merkuri 201 31 Ga Galium 70 49 In Indium 115 81 Tl Talium 204 113 Nh Nihonium 114 Fl Flerovium 115 Mc Moscovium 116 Lv Livermorium 117 Ts Tennessine 118 Og Oganesson 32 Ge Germanium 73 50 Sn Stanum 119 82 Pb Plumbum 207 33 As Arsenik 75 51 Sb Antimoni 122 83 Bi Bismut 209 34 Se Selenium 79 52 Te Telurium 128 84 Po Polonium 210 35 Br Bromin 80 53 I Iodin 127 85 At Astatin 210 36 Kr Kripton 84 54 Xe Xenon 131 86 Rn Radon 222 5 BBoron 11 13 Al Aluminium 27 6 CKarbon 12 14 Si Silikon 28 7 NNitrogen 14 15 PFosforus 31 8 OOksigen 16 16 SSulfur 32 9 FFluorin 19 17 Cl Klorin 35.5 2 He Helium 4 10 Ne Neon 20 18 Ar Argon 40 58 Ce Serium 140 90 Th Torium 232 57 La Lantanum 139 89 Ac Aktinium 59 Pr Praseodimium 141 91 Pa Protaktinium 231 60 Nd Neodimium 144 92 UUranium 238 61 PmPrometium 145 93 Np Neptunium 62 SmSamarium 150 94 Pu Plutonium 63 Eu Europium 152 95 AmAmerisium 64 Gd Gadolinium 157 96 CmKurium 65 Tb Terbium 159 97 Bk Berkelium 66 Dy Disprosium 162.5 98 Cf Kalifornium 67 Ho Holmium 165 99 Es Einsteinium 68 Er Erbium 167 100 FmFermium 69 TmTulium 169 101 Md Mendelevium 70 Yb Iterbium 173 102 No Nobelium 71 Lu Lutetium 175 103 Lr Lawrensium Nombor proton Logam Separuh logam Bukan logam Simbol unsur Nama unsur Jisim atom relatif 104 Rf Ruterfordium 57 – 71 Lantanida 89 – 103 Aktinida Pepejal Cecair Gas Kekunci: KUMPULAN C Br H Siri lantanida Siri aktinida 1 1 Logam alkali 2 2 3 3 4 4 5 5 6 6 7 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Logam alkali bumi Halogen Gas nadir Turus menegak dalam Jadual Berkala Unsur Moden disebut kumpulan. Terdapat 18 kumpulan dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Kala merujuk kepada unsur yang disusun dalam baris mengufuk. Terdapat 7 kala dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Di bahagian bawah Jadual Berkala Unsur Moden terdapat dua siri unsur dengan nombor proton 57 hingga 71 dan 89 hingga 103 yang diletakkan secara berasingan. Dua siri unsur ini disebut sebagai siri lantanida dan siri aktinida. 8.2.1 8.2.2 Rajah 8.4 Jadual Berkala Unsur Moden KALA Prinsip Susunan Unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden Dalam Jadual Berkala Unsur Moden, unsur disusun mengikut tertib menaik nombor proton dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. Nombor proton ditakrifkan sebagai bilangan proton yang terdapat di dalam nukleus suatu atom. Cuba anda kaji semula Jadual Berkala Unsur Moden di atas. Unsur dan Bahan Bab 8 171 BAB 08_FA_CR_3.indd 171 16/10/2019 12:07 PM
Tujuan: Menghubungkaitkan susunan unsur dengan nombor proton unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberi satu Jadual Berkala Unsur Moden yang tidak lengkap dan beberapa kad dengan simbol dan nombor proton bagi unsur. 3. Guna kad tersebut untuk mengisi tempat kosong di dalam Jadual Berkala Unsur Moden yang diberikan. 4. Bentangkan Jadual Berkala Unsur Moden yang telah lengkap di hadapan kelas. Tujuan: Mengenal pasti kedudukan unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Rujuk Jadual Berkala Unsur Moden dan tentukan simbol sebenar unsur di bawah dan kedudukannya di dalam Jadual Berkala Unsur Moden. V 7 18 20 42 14 40 40 96 W X Y 3. Bentangkan hasil dapatan di hadapan kelas. ... ... ... ... 8.2 8.3 Aktiviti Aktiviti PAK21 PAK21 Meja Bulat Meja Bulat Susunan Elektron Unsur Anda telah ketahui bahawa setiap unsur di dalam Jadual Berkala Unsur Moden mempunyai nombor proton yang tersendiri. Sebagai contoh, nombor proton bagi oksigen ialah 8 dan nombor proton bagi magnesium ialah 12. Bagi atom neutral, bilangan proton adalah sama dengan bilangan elektron. Bagaimanakah elektron disusun di sekeliling nukleus? Elektron disusun mengelilingi nukleus dalam petala elektron. Elektron akan memenuhi petala terdekat dengan nukleus dahulu. Elektron hanya dapat diisi dalam petala baharu apabila petala sebelumnya telah diisi. 8.2.2 8.2.3 S Sulfur mempunyai nombor proton 16. Maka, satu atom sulfur mempunyai bilangan elektron 16. Dua elektron disusun dalam petala pertama, lapan elektron disusun dalam petala kedua dan bakinya, enam elektron disusun dalam petala ketiga. Susunan elektron bagi atom sulfur ditulis sebagai 2.8.6. Bagi atom-atom dengan nombor proton 1 hingga 20, dua elektron diisi dalam petala pertama, lapan elektron dalam petala kedua dan lapan elektron dalam petala ketiga. Rajah 8.6 Susunan elektron atom sulfur Petala pertama: 2 elektron Petala kedua: 8 elektron Petala ketiga: 18 elektron Nukleus Rajah 8.5 Susunan elektron di sekeliling nukleus Contoh: 172 BAB 08_FA_CR_3.indd 172 16/10/2019 12:07 PM
Pembentukan Ion Positif dan Ion Negatif Anda telah belajar tentang pembentukan ion positif dan ion negatif semasa di Tingkatan 3. Kebanyakan atom mempunyai susunan elektron yang tidak stabil. Maka, atom-atom ini akan cenderung untuk membentuk susunan elektron yang stabil. Atom neutral membentuk ion melalui pendermaan elektron pada petala terluarnya kepada atom lain atau menerima elektron pada petala terluar daripada atom lain. Hal ini adalah bagi mencapai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil. Apabila sesuatu atom menderma atau menerima elektron, atom itu menjadi zarah bercas yang disebut sebagai ion. • Ion positif terbentuk apabila atom unsur logam menderma elektron. • Ion negatif terbentuk apabila atom unsur bukan logam menerima elektron. Sebagai contoh, atom magnesium mempunyai 12 elektron. Susunan elektronnya ialah 2.8.2. Bagaimanakah atom ini dapat mencapai susunan elektron oktet yang stabil? Adakah lebih mudah untuk atom ini menderma dua elektron atau menerima enam elektron? Mari kita kaji Rajah 8.7. Rajah 8.7 Pembentukan ion positif, Mg 2+ Mg Atom magnesium (2.8.2) Mg 2+ Ion magnesium (2.8) Derma dua elektron 8.2.3 8.2.4 Tujuan: Melukis susunan elektron bagi 20 unsur pertama dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Bahan: Pen penanda, kertas A4 Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Tentukan nombor proton bagi setiap unsur dan kaitkannya dengan bilangan elektron. 3. Lukis susunan elektron bagi setiap unsur pada kertas A4 dan tampalkannya di belakang kelas. ... ... Aktiviti 8.4 PAK21 Jalan Galeri Galeri Galeri Sains Susunan elektron duplet ialah susunan elektron yang stabil yang mempunyai 2 elektron pada petala pertama. He Susunan elektron duplet Susunan elektron oktet ialah susunan elektron yang stabil yang mempunyai 8 elektron pada petala terluar. Ne Susunan elektron oktet Unsur dan Bahan Bab 8 173 BAB 08_FA_CR_3.indd 173 16/10/2019 12:07 PM
Praktis Formatif Praktis Formatif 8.2 1. Nyatakan kedudukan unsur-unsur berikut dalam Jadual Berkala Unsur Moden. (a) Litium (b) Argentum (c) Helium (d) Aurum 2. Berikan dua contoh unsur yang berada dalam Kumpulan 17. 3. Unsur M mempunyai nombor proton 19. Berdasarkan Jadual Berkala Unsur Moden, nyatakan nama unsur M. 4. Unsur N ditempatkan dalam Kumpulan 15 dan Kala 3 dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Apakah susunan elektron bagi atom unsur N? 5. Dengan memberikan contoh yang sesuai, nyatakan pembentukan ion positif dan ion negatif daripada atom unsurnya. Tajuk: Mengawal Pengaratan Topik berkaitan: Kakisan logam berlaku apabila atom logam membentuk ion positif. Cadangan tempoh masa: 1 minggu Masalah: Salah satu masalah utama dihadapi oleh pengguna jambatan dan kenderaan ialah pengaratan. Oleh itu, penyelenggaraan jambatan dan kenderaan ialah satu cabaran kepada ekonomi negara. Permukaan bahan atom (contohnya besi) perlu dikekalkan dalam keadaan baik. Berdasarkan masalah di atas, bincangkan cara kerja penyelenggaraan dilakukan pada jambatan dan kenderaan. Sumber: • Buku teks Sains (kandungan yang berkaitan dengan pembentukan ion, pengaratan) • Laman web • Bahan rujukan lain seperti majalah ilmiah berkaitan dengan pembentukan ion dan pengaratan Menjelaskan cara atau kaedah yang sesuai bagi mengawal kakisan logam. Hasil dapatan boleh dipersembahkan dalam bentuk persembahan multimedia. PAK21 Pembelajaran Berasaskan Masalah ... ... Aktiviti 8.5 8.2.4 8.2.5 Atom ini akan cenderung untuk mencapai susunan elektron yang stabil dengan cara menderma atau menerima elektron daripada atom lain. Jalankan Aktiviti 8.5 untuk menunjukkan kesan terhadap suatu bahan apabila ion terbentuk. Terima satu elektron Cl Atom klorin (2.8.7) – Cl Ion klorida (2.8.8) Atom klorin mempunyai 17 elektron. Rajah 8.8 menunjukkan atom klorin yang mempunyai susunan elektron 2.8.7. Atom ini menerima satu elektron untuk mencapai susunan elektron oktet yang stabil. Rajah 8.8 Pembentukan ion negatif, Cl– 174 BAB 08_FA_CR_3.indd 174 16/10/2019 12:07 PM
8.3 Isotop Semua atom yang terkandung di dalam sesuatu unsur mempunyai bilangan proton dan neutron yang sama. Namun begitu, terdapat unsur tertentu yang atomnya mempunyai bilangan proton yang sama, tetapi bilangan neutron yang berlainan. Atom-atom ini dikenal sebagai isotop. Jadual 8.1 menunjukkan beberapa contoh isotop. Jadual 8.1 Contoh isotop Isotop Bilangan proton Bilangan elektron Bilangan neutron Hidrogen-1 1 1 0 Hidrogen-2 1 1 1 Hidrogen-3 1 1 2 Karbon-12 6 6 6 Karbon-13 6 6 7 Karbon-14 6 6 8 Oksigen-16 8 8 8 Oksigen-18 8 8 10 Isotop biasanya ditulis nombor nukleonnya sahaja. Nombor nukleon ialah jumlah bilangan proton dan neutron di dalam nukleus atom itu. Sebagai contoh, isotop hidrogen yang mempunyai 1 proton dan 2 neutron, ditulis hidrogen-3. Jalankan Aktiviti 8.6 untuk menentukan bilangan proton, neutron dan nombor nukleon dalam isotop-isotop lain. Tujuan: Menentukan bilangan proton, neutron dan nombor nukleon dalam isotop. Arahan: Lengkapkan jadual di bawah dengan bilangan proton, neutron dan nombor nukleon bagi isotop-isotop yang diberikan. Isotop Bilangan proton Bilangan neutron Nombor nukleon Klorin-35 18 Klorin-37 37 Natrium-23 11 Natrium-24 13 Bromin-79 79 Bromin-81 35 Aktiviti 8.6 Laman Sejarah Perkataan isotop berasal daripada perkataan Yunani ‘isos’ yang bermaksud sama dan ‘topos’ yang bermaksud tempat. Perkataan ini bermaksud isotop bagi suatu unsur mempunyai kedudukan yang sama dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Isotop http://bukutekskssm. my/Sains/T4/Isotop. mp4 VIDEO 8.3.1 8.3.2 8.3.1 8.3.2 Unsur dan Bahan Bab 8 175 BAB 08_FA_CR_3.indd 175 16/10/2019 12:07 PM
Teknologi makanan Sinar gama daripada kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel kanser. Gambar foto 8.3 Mesin radioterapi Perubatan Kegunaan Isotop dalam Pelbagai Bidang Perkembangan teknologi menyebabkan penggunaan isotop semakin meluas. Tanpa kita sedari, isotop dalam bentuk radioisotop sebenarnya banyak digunakan di sekeliling kita. Radioisotop ialah isotop tidak stabil yang memancarkan sinaran radioaktif. Walaupun radioisotop mengeluarkan sinaran berbahaya, namun radioisotop mempunyai kegunaan yang penting jika dikendalikan dengan betul. Radioisotop digunakan dalam bidang perubatan, pertanian, perindustrian, penjanaan tenaga dan penyelidikan. Imbas kembali kegunaan sinaran radioaktif yang telah anda pelajari semasa di Tingkatan 3 seperti di bawah. Sinar gama daripada kobalt-60 juga digunakan untuk membasmi mikroorganisma pada sayur-sayuran tanpa mengubah kualiti makanan itu. Gambar foto 8.4 Sayur-sayuran bebas daripada kuman Fosforus-32 disuntik ke dalam akar tumbuhan untuk mengkaji kadar penyerapan baja fosforus dalam tumbuhan. Gambar foto 8.5 Akar tumbuhan Pertanian 8.3.3 176 BAB 08_FA_CR_3.indd 176 16/10/2019 12:08 PM
Tahukah anda kegunaan isotop yang lain? Mari kita jalankan Aktiviti 8.7. 8.3.3 Praktis Formatif Praktis Formatif 8.3 1. Nyatakan definisi bagi isotop. 2. Berikan tiga contoh isotop. 3. Satu atom mempunyai 10 proton, 10 neutron dan 10 elektron. Apakah nombor nukleon atom tersebut? 4. Apakah kegunaan isotop dalam bidang perubatan? Tujuan: Mencari maklumat penggunaan isotop dalam pelbagai bidang. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini secara berpasangan. 2. Cari maklumat daripada pelbagai sumber tentang kegunaan isotop dalam pelbagai bidang selama 20 minit. 3. Kongsi dan bincangkan hasil dapatan yang diperoleh bersama pasangan. 4. Persembahkan maklumat yang diperoleh dalam jadual seperti berikut. Bidang Isotop Kegunaan Perubatan Natrium-24 Kobalt-60 Iodin-131 Pertanian Fosforus-32 Karbon-14 Arkeologi dan Geologi Karbon-14 Teknologi makanan Kobalt-60 Industri kertas Amerisium-241 Penjanaan tenaga elektrik Uranium-235 ... ... Aktiviti 8.7 PAK21 Fikir-Pasang-Kongsi 8.3.3 Unsur dan Bahan Bab 8 177 BAB 08_FA_CR_3.indd 177 16/10/2019 12:08 PM
Rumusan Jenis zarah Kumpulan dan Kala Susunan elektron Asas Jirim Definisi isotop Kegunaan isotop Isotop Atom membentuk membentuk membentuk Bahan atom Molekul Bahan molekul Ion Bahan ion Perubatan Ion positif Pertanian Perindustrian Penjanaan tenaga Penyelidikan Ion negatif UNSUR DAN BAHAN Jadual Berkala Unsur Moden Pembentukan ion 178 BAB 08_FA_CR_3.indd 178 16/10/2019 12:08 PM
1. Gambar foto 1 menunjukkan dua jenis bahan. Gambar foto 1 (a) Nyatakan jenis zarah yang membentuk: (i) garam (ii) gula (b) Berikan dua contoh lain bahan yang terbentuk daripada jenis zarah yang sama seperti garam dan gula. (c) Berikan dua contoh bahan yang unsur oksigen wujud sebagai molekul dan ion. Praktis Sumatif Praktis Sumatif 8 Selepas mempelajari bab ini, anda dapat: 8.1 Asas Jirim Menerangkan bahan atom, bahan molekul dan bahan ion dengan contoh. Menjelaskan kewujudan unsur dalam pelbagai bentuk. 8.2 Jadual Berkala Unsur Moden Mencerakinkan Jadual Berkala Unsur Moden. Mendeduksikan prinsip susunan unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden. Melakar dan menulis susunan elektron unsur dalam kumpulan. Menjelaskan pembentukan ion positif dan ion negatif. Mewajarkan pendermaan dan penerimaan elektron untuk mencapai susunan elektron stabil. 8.3 Isotop Menerangkan isotop dengan contoh. Menentukan bilangan proton, bilangan neutron dan nombor nukleon dalam isotop. Berkomunikasi mengenai kegunaan isotop dalam pelbagai bidang. Refleksi Kendiri Refleksi Kendiri Soalan Objektif http://bukutekskssm. my/Sains/T4/K8 KUIZ Unsur dan Bahan Bab 8 179 BAB 08_FA_CR_3.indd 179 16/10/2019 12:08 PM
2. Rajah 1 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala Unsur Moden. P Q R T U S Rajah 1 P, Q, R, S, T dan U ialah huruf-huruf yang digunakan bagi mewakili unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden dan bukan merupakan simbol sebenar unsur tersebut. (a) Bagaimanakah unsur disusun dalam Jadual Berkala Unsur Moden? (b) Unsur manakah yang berada dalam kumpulan yang sama? (c) Unsur manakah yang wujud sebagai atom yang stabil? Jelaskan jawapan anda. (d) Suatu unsur mempunyai nombor nukleon 32 dan nombor proton 16. Di manakah kedudukannya dalam Jadual Berkala Unsur Moden? (e) Nyatakan susunan elektron bagi unsur-unsur berikut: (i) P (ii) Q (iii) T 3. Jadual 1 menunjukkan beberapa unsur dengan nombor proton dan nombor nukleon masing-masing. Jadual 1 Unsur Nombor proton Nombor nukleon X 13 27 Y 17 35 Z 20 40 (a) Tentukan bilangan neutron bagi atom unsur X, Y dan Z. (b) Lukiskan susunan elektron bagi atom unsur X, Y dan Z. (c) Pada pendapat anda, di manakah kedudukan unsur X, Y dan Z dalam Jadual Berkala Unsur Moden? (d) Bagaimanakah atom unsur-unsur berikut mencapai susunan elektron yang stabil? (i) Unsur X (ii) Unsur Y 180 BAB 08_FA_CR_3.indd 180 16/10/2019 12:08 PM
4. Jadual 2 menunjukkan unsur P, Q, R dan S dengan nombor proton dan nombor nukleon masing-masing. Jadual 2 Unsur Nombor proton Nombor nukleon P 15 32 Q 11 24 R 11 23 S 6 14 (a) Unsur manakah merupakan pasangan isotop? Jelaskan jawapan anda. (b) Nyatakan kegunaan isotop yang anda nyatakan dalam soalan 4(a) dalam bidang perubatan dan industri. (c) Nyatakan unsur P dan kegunaannya dalam bidang pertanian. (d) Namakan unsur S dan nyatakan kegunaannya dalam bidang pertanian dan arkeologi. Cabar Cabar Minda 5. Akmal menerima laporan tentang keadaan jalan yang merekah walaupun telah diturap berkali-kali. Didapati struktur tanah tiba-tiba menjadi lembut disebabkan oleh kebocoran saluran paip bawah tanah. Bagaimanakah Akmal menyelesaikan masalah berkenaan? Penyelesaian masalah tersebut perlulah mengikut langkah berikut: • mengenal pasti masalah • menjelaskan masalah • menyatakan langkah-langkah diambil ke arah penyelesaian masalah Unsur dan Bahan Bab 8 181 BAB 08_FA_CR_3.indd 181 16/10/2019 12:08 PM
Kimia Industri Aloi Komponen kaca dan seramik Polimer semula jadi Polimer sintetik Getah asli Getah tervulkan Pemvulkanan getah Kata Kunci 9 Bab 182 BAB 09_FA_CR_3.indd 182 14/11/2019 2:46 PM
Tetingkap Dwikaca Tetingkap dwikaca (TDK) terdiri daripada dua panel kaca dengan ruang kosong di tengah yang dicantumkan menjadi satu dan dimasukkan ke dalam bingkai tingkap atau pintu. Tetingkap dwikaca adalah lebih baik berbanding dengan tetingkap satu panel kaca kerana dapat mengurangkan haba masuk melaluinya dan membuat bahagian di dalam bangunan lebih sejuk. Selain itu, tetingkap ini juga adalah kalis bunyi. Tetingkap dwikaca juga dianggap pilihan yang lebih selamat kerana dua panel kaca lebih sukar untuk dipecahkan berbanding dengan satu panel kaca. Untuk keselamatan yang lebih baik, pilih panel kaca yang lebih tebal atau kaca berlamina. Anda akan belajar tentang: aloi kaca dan seramik polimer Rencana Sains Apakah yang dikatakan sebagai aloi? Apakah yang dikatakan sebagai aloi superkonduktor? Bagaimanakah kaca dan seramik diperbuat? Adakah terdapat pelbagai jenis kaca dan kegunaannya yang tertentu? Apakah yang dikatakan sebagai polimer? Apakah contoh-contoh polimer semula jadi dan polimer sintetik? Anda akan belajar tentang: Kimia Industri Bab 9 183 BAB 09_FA_CR_3.indd 183 14/11/2019 2:46 PM
9.1 Aloi Banyak benda di sekeliling kita diperbuat daripada aloi. Gambar foto 9.1 menunjukkan beberapa benda yang diperbuat daripada aloi. Aloi Komposisi Sifat Kegunaan Keluli Besi 99% Karbon 1% • Keras dan kuat • Membina bangunan dan jambatan • Membuat badan kenderaan dan landasan kereta api Piuter Timah 96% Kuprum 3% Antimoni 1% • Permukaan berkilau • Tahan kakisan • Membuat barangan perhiasan seperti bingkai gambar Gangsa Kuprum 88% Timah 12% • Keras • Tahan kakisan • Warna yang menarik • Membuat tugu, ukiran logam, duit syiling, pingat dan sebagainya Loyang Kuprum 75% Zink 25% • Kuat • Permukaan berkilat • Mudah ditempa • Warna keemasan • Membuat kunci, tombol pintu, alatan muzik seperti trompet dan sebagainya Duralumin Aluminium 95% Kuprum 3% Magnesium 1% Mangan 1% • Ringan • Kuat • Tahan kakisan • Membuat badan pesawat, kapal terbang dan sebagainya Apakah Aloi? Aloi merupakan campuran beberapa jenis logam atau campuran logam dan bukan logam mengikut peratusan yang tertentu. Terdapat beberapa jenis aloi yang biasa digunakan dalam kehidupan harian seperti keluli, piuter, gangsa, loyang dan duralumin. Jadual 9.1 menunjukkan komposisi, sifat dan kegunaan aloi-aloi tersebut. 9.1.1 Jadual 9.1 Komposisi, sifat dan kegunaan aloi Gambar foto 9.1 Benda yang diperbuat daripada aloi Permainan Interaktif 184 BAB 09_FA_CR_3.indd 184 14/11/2019 2:46 PM
Tujuan: Membina model susunan zarah di dalam logam dan aloi. Arahan: 1. Jalankan aktiviti ini dalam kumpulan. 2. Pilih satu jenis aloi yang berbeza daripada kumpulan lain. 3. Gunakan bahan-bahan kitar semula untuk membina model susunan zarah di dalam aloi dan logam tulennya. 4. Persembahkan model yang dibina di hadapan kelas. Aktiviti 9.1 PAK21 Jalan Galeri Cetusan Cetusan Minda Adakah aloi wujud secara semula jadi? 9.1.1 Mengapakah aloi dihasilkan? Umumnya, kebanyakan logam tulen adalah lembut dan mudah terkakis. Ciri ini tidak sesuai untuk menghasilkan kebanyakan benda di sekeliling kita. Maka, proses pembentukan aloi atau pengaloian dilakukan untuk membaiki sifat logam tulen. Atom di dalam logam tulen tersusun secara teratur dan berlapis-lapis. Lapisan atom logam tulen mudah menggelongsor apabila dikenakan daya. Daya dikenakan Lapisan atom mudah menggelongsor Rajah 9.1 Susunan atom dalam logam tulen Apabila satu atau lebih unsur logam atau bukan logam lain dicampurkan ke dalam logam tulen, atom-atom unsur ini menyukarkan penggelongsoran antara lapisan atom logam tulen. Hal ini demikian kerana atom unsur asing mempunyai saiz yang berlainan. Maka, aloi adalah lebih kuat dan keras berbanding dengan logam tulen. Atom logam tulen Atom unsur asing + Aloi Atom logam tulen Atom unsur asing Apabila daya dikenakan, lapisan atom logam tulen sukar menggelongsor Rajah 9.2 Aloi Komposisi atau peratus kandungan setiap unsur dalam aloi boleh diubah mengikut kesesuaian penggunaannya. SEJARAH Aloi pertama yang ditemui ialah gangsa. Gangsa ditemui beratus-ratus tahun dahulu, iaitu pada zaman prasejarah yang disebut Zaman Gangsa. Pada zaman itu, gangsa banyak digunakan untuk membuat alatan dan senjata. dengan... dengan... Integrasi Sains Integrasi Sains Kimia Industri Bab 9 185 BAB 09_FA_CR_3.indd 185 14/11/2019 2:46 PM
Eksperimen 9.1 Terdapat beberapa ciri aloi dan logam tulen yang boleh diuji melalui eksperimen di dalam makmal. Mari kita jalankan Eksperimen 9.1 dan Eksperimen 9.2. Tujuan: Mengkaji perbezaan kekerasan antara aloi dengan logam tulen. Pernyataan masalah: Adakah aloi lebih keras berbanding dengan logam tulen? Hipotesis: Aloi lebih keras berbanding dengan logam tulen. Pemboleh ubah: (a) dimanipulasikan: Jenis bongkah (b) bergerak balas: Diameter lekuk (c) dimalarkan: Diameter bola keluli, ketinggian pemberat, jisim pemberat Bahan: Bongkah kuprum, bongkah gangsa, pita selofan, benang Radas: Bola keluli, pemberat (1 kg), kaki retort dan pengapit, pembaris, pembaris meter Prosedur: 1. Sediakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.3. Benang Bongkah kuprum Pita selofan Kaki retort Bola keluli Pemberat (1 kg) Pembaris meter Rajah 9.3 Susunan radas 2. Gantungkan pemberat 1 kg setinggi 50 cm dari bongkah kuprum. 3. Lepaskan pemberat supaya terhentak ke atas bola keluli yang dilekatkan pada bongkah kuprum. 4. Perhati dan ukur diameter lekuk yang terbentuk pada permukaan bongkah kuprum menggunakan pembaris. 5. Ulangi langkah 2 hingga 4 sebanyak dua kali lagi pada permukaan yang berlainan untuk mendapatkan diameter purata lekuk pada bongkah kuprum. 6. Ulangi langkah 2 hingga 5 dengan menggantikan bongkah kuprum dengan bongkah gangsa. Keputusan: Bongkah Diameter lekuk (cm) Purata diameter 1 2 3 (cm) Kuprum Gangsa Kesimpulan: Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini? Soalan: 1. Antara bongkah kuprum dengan bongkah gangsa, yang manakah lebih keras? 2. Lukis susunan atom di dalam kedua-dua bongkah tersebut. 3. Mengapakah diameter lekuk bagi kedua-dua bongkah boleh berbeza? 9.1.2 186 BAB 09_FA_CR_3.indd 186 14/11/2019 2:46 PM
9.1.2 Selain keras dan tahan kakisan, apakah ciri-ciri lain pada aloi yang membezakannya daripada logam tulen? Bincangkan jawapan anda bersama guru dan rakan-rakan yang lain. Eksperimen 9.2 Tujuan: Mengkaji perbezaan ketahanan terhadap kakisan antara aloi dengan logam tulen. Pernyataan masalah: Adakah aloi lebih tahan terhadap kakisan berbanding dengan logam tulen? Hipotesis: Aloi lebih tahan terhadap kakisan berbanding dengan logam tulen. Pemboleh ubah: (a) dimanipulasikan: Jenis paku (b) bergerak balas: Kehadiran lapisan perang pada paku (c) dimalarkan: Saiz paku, jenis larutan, jangka masa eksperimen Bahan: Paku besi, paku keluli, air Radas: Tabung uji, rak tabung uji Prosedur: 1. Labelkan tabung uji sebagai P dan Q. 2. Masukkan 10 ml air ke dalam tabung uji P dan Q. 3. Masukkan paku besi ke dalam tabung uji P dan paku keluli ke dalam tabung uji Q. Tabung uji Air P Q Paku besi Paku keluli Rajah 9.4 Susunan radas 4. Letakkan kedua-dua tabung uji di rak tabung uji di atas meja makmal dan biarkan selama seminggu. 5. Selepas seminggu, rekodkan pemerhatian anda. Keputusan: Jenis paku Kehadiran lapisan perang pada paku Paku besi Paku keluli Kesimpulan: Adakah hipotesis eksperimen ini diterima? Apakah kesimpulan eksperimen ini? Soalan: 1. Paku yang manakah berkarat selepas seminggu? 2. Lukis susunan atom di dalam kedua-dua paku tersebut. 3. Mengapakah ketahanan kakisan bagi kedua-dua paku boleh berbeza? Perhatian: Pastikan kedua-dua paku digosok dengan kertas pasir sebelum melakukan eksperimen ini untuk membersihkan permukaannya. Kimia Industri Bab 9 187 BAB 09_FA_CR_3.indd 187 14/11/2019 2:46 PM
9.1.3 Kegunaan Aloi dalam Kehidupan Harian Aloi mempunyai kegunaan tertentu berdasarkan ciri-ciri istimewa yang terdapat padanya. Keluli digunakan dalam pembinaan bangunan pencakar langit kerana sifatnya yang keras dan tahan kakisan. Badan kapal terbang diperbuat daripada duralumin yang ringan dan kuat. Beberapa alatan muzik diperbuat daripada loyang yang berkilat dan tahan kakisan. Terdapat beberapa jenis unsur logam dan bukan logam yang menunjukkan sifat superkonduktor pada suhu yang rendah dan dicampurkan untuk membuat aloi superkonduktor. Superkonduktor ialah bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik pada kecekapan yang tinggi tanpa rintangan. Superkonduktor juga berupaya untuk menolak medan magnet dan menyebabkan bahan superkonduktor terapung apabila diletakkan di atas magnet. Gambar foto 9.6 Mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) Gambar foto 9.2 Menara Kembar Petronas Gambar foto 9.3 Kapal terbang Gambar foto 9.4 Seksofon Aloi superkonduktor digunakan dalam pembuatan landasan kereta api berkuasa tinggi supaya kereta api dapat bergerak secara terapung dan dapat mengelakkan geseran antara landasan dengan badan kereta api. Hal ini membolehkan kereta api ini bergerak dengan sangat laju. Gambar foto 9.5 Kereta api Maglev Aloi superkonduktor seperti niobium titanium dan niobium timah digunakan dalam pembuatan peralatan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk pengimejan perubatan. 188 BAB 09_FA_CR_3.indd 188 14/11/2019 2:47 PM
9.2.1 Praktis Formatif Praktis Formatif 9.1 1. Berikan dua jenis aloi yang mengandungi logam kuprum. 2. Lukis susunan atom di dalam aloi dan logam tulen dan hubung kaitkan susunan atom dengan sifat asal logam tulen. 3. Apakah aloi yang digunakan untuk membuat badan kapal terbang? Jelaskan sebab aloi itu dipilih. 9.2 Kaca dan Seramik Apakah Kaca? Kaca dipercayai mula digunakan sekitar 5000 tahun S.M. Kaca diperbuat daripada silika. Silika ialah sebatian yang mengandungi silikon dioksida dan wujud secara semula jadi di dalam pasir. Silika tulen dileburkan sekitar 1500°C sehingga menjadi cecair dan dibentuk menjadi kaca. Gambar foto 9.7 Silika Gambar foto 9.8 Botol kaca Terdapat beberapa jenis kaca yang dibuat dalam industri. Jadual 9.2 menunjukkan jenis kaca dengan komposisi serta ciri-cirinya. Jadual 9.2 Jenis kaca dengan komposisi dan ciri-cirinya Kaca Komposisi Ciri-ciri Kaca silika terlakur • Silika • Tahan terhadap haba • Lengai terhadap bahan kimia Kaca soda kapur • Silika • Kalsium karbonat • Natrium karbonat • Takat lebur yang rendah • Mudah dibentuk Kaca borosilikat • Silika • Boron oksida • Natrium oksida • Aluminium oksida • Ketahanan yang sangat tinggi terhadap haba dan bahan kimia berbanding dengan kaca soda kapur Kaca plumbum • Silika • Plumbum(II) oksida • Natrium oksida • Takat lebur yang rendah • Mempunyai indeks biasan yang tinggi Kimia Industri Bab 9 189 BAB 09_FA_CR_3.indd 189 14/11/2019 2:47 PM