Badan Perundangan
Persekutuan
Parlimen
Parlimen Malaysia
Parlimen
1. Badan perundangan persekutuan ialah Parlimen.
2. Parlimen ialah badan yang berkuasa untuk
menggubal dan meluluskan undang-undang
negara.
3. Parlimen terdiri daripada tiga komponen penting
iaitu YdPA, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
4. Penggubalan undang-undang di Parlimen mesti
melalui ketiga-tiga komponen tersebut.
5. Ahli Parlimen bersidang di Dewan Rakyat.
6. Ahli Dewan Negara atau Senator bersidang di
Dewan Negara.
Keistimewaan Parlimen
(Perkara 63)
1. Apa-apa prosiding dalam Parlimen tidak boleh
dipersoalkan dalam mahkamah.
2. Ahli Parlimen tidak boleh didakwa di mahkamah
atas apa-apa yang dikatakan dan pengundian
yang dibuatnya dalam Parlimen.
3. Seseorang tidak boleh didakwa kerana
menyiarkan apa-apa maklumat yang ditimbulkan
dalam persidangan Parlimen.
4. Ahli Parlimen tidak boleh mempersoalkan perkara-
perkara sensitif di bawah Akta Hasutan 1948.
Fungsi Parlimen
1. Menggubal undang-undang Persekutuan.
2. Meluluskan undang-undang Persekutuan.
3. Meminda undang-undang / Perlembagaan
Persekutuan.
4. Menyemak dan membahaskan dasar-dasar
kerajaan.
5. Meluluskan perbelanjaan kerajaan dan hasil-
hasil cukai yang baru.
6. Menjadi forum kritikan dan membincang
pendapat awam tentang isu semasa.
Persidangan Parlimen
1. Selepas tarikh pembubaran Parlimen, PRU mesti
diadakan dalam tempoh 60 hari bagi S.M dan
bagi Sabah dan Sarawak.
2. Yang di-Pertuan Agong mesti memanggil Parlimen
untuk bersidang dalam tempoh 120 hari selepas
tarikh pembubaran Parlimen .
3. Agenda-agenda penting dalam persidangan
PERTAMA Parlimen :
Persidangan Parlimen
1. Merancang takwim bagi Dewan Rakyat:
1. 5 tahun dibahagikan kepada 5 penggal
2. Dalam 1 penggal diadakan 2 / 3 persidangan
3. Jarak masa antara 2 persidangan tidak boleh melebihi 6
bulan / 180 hari
2. Melantik Speaker dan ahli-ahli Dewan Rakyat
mengambil sumpah
3. Melantik Ketua Pembangkang
4. Titah Ucapan Diraja
5. Ucapan terima kasih
6. Persidangan bermula
Yang di-Pertuan Agong
(YdPA)
YdPA: Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-
Musta’in Billah (Sultan Pahang)
Gelaran: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda
Timbalan: Sultan Nazrin Muizuddin Shah
(Sultan Perak)
Yang di-Pertuan Agong
(YdPA)
• PERKARA 55, Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong boleh memanggil Parlimen
untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa
untuk memberhentikan atau membubarkan Parlimen.
• YdPA perlu memanggil Parlimen bermesyuarat dalam
masa enam bulan antara persidangan yang akhir
dalam satu penggal yang kemudiannya.
YdPA: Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (Sultan
Pahang)
Gelaran: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda
Timbalan: Sultan Nazrin Muizuddin Shah (Sultan Perak)
Yang di-Pertuan Agong
(YdPA)
• YdPA hanya boleh menangguhkan
perkenan rang undang-undang selama
30 hari. Sekiranya baginda tidak
memperkenankan rang undang-
undang itu selepas 30 hari, rang
undang-undang itu dianggap
diperkenankan secara automatik.
BILIK DIRAJA
Bilik Diraja merupakan bilik khas bagi kegunaan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Bilik tersebut terletak di
aras 1 di Blok Utama Parlimen Malaysia. Bilik tersebut dihubungkan dengan
Tangga Diraja yang akan digunakan oleh Baginda untuk ke Dewan Rakyat.
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN
FUNGSI DEWAN RAKYAT DENGAN
DEWAN NEGARA
FUNGSI DEWAN RAKYAT FUNGSI DEWAN NEGARA
Membahas hal rakyat dan dasar Membahas hal rakyat dan negara dan
negara, boleh mengkritik kerajaan, boleh mengkritik kerajaan
Tidak boleh membahaskan ideologi Tidak boleh membahaskan ideologi
politik politik
Menolak dan meluluskan undang- Menangguh dan meluluskan
undang, pindaan Akta atau undang-undang, pindaan Akta atau
Perlembagaan Perlembagaan
Mempunyai kuasa menolak Tidak mempunyai kuasa menolak
rang undang-undang yang diluluskan
oleh Dewan Rakyat
Kata Pemutus dalam undang-undang Hanya boleh menangguh undang-
kewangan / bajet undang kewangan selama 30 hari
Dewan Rakyat
DEWAN RAKYAT (DR)
• Dewan Rakyat terdiri daripada 222 orang ahli yang
dipilih.
• Mereka dipanggil ahli Parlimen atau wakil rakyat.
• Mereka boleh terdiri daripada ahli-ahli parti politik
atau ahli-ahli bebas, iaitu bukan ahli mana-mana
parti politik.
• Tempoh jawatan: Selagi beliau menang dalam
pilihan raya di kawasannya.
DEWAN RAKYAT (DR)
• Setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya.
• Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan
selama lima tahun dan selepas itu pilihan raya yang
baru akan diadakan untuk memilih calon.
• Kelayakan menjadi ahli:
o Warganegara Malaysia tidak kurang dari 21 tahun
o Waras fikiran
o Bukan seorang muflis yang telah dilepaskan
o Tidak mempunyai rekod jenayah
** Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua
Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.
Bidang Kuasa DEWAN
RAKYAT (DR)
• Membahaskan hal dan masalah rakyat.
• Menyemak dan membahaskan dasar-dasar
kerajaan.
• Menggubal dan meluluskan undang-undang
persekutuan.
• Mempunyai kuasa pemutus dalam rang undang-
undang kewangan.
** RUUK mengandungi peruntukan yang berkaitan
dengan hal kewangan dan cukai.
Yang di-Pertua DEWAN
RAKYAT (DR)
Yang di-Pertua
DEWAN RAKYAT (DR)
Yang di-Pertua
DEWAN RAKYAT (DR)
Timbalan Yang di-Pertua
DEWAN RAKYAT (DR)
Yang di-Pertua dan Timbalan
DEWAN RAKYAT (DR)
• Dewan Rakyat hendaklah dari semasa ke semasa
memilih seorang Yang di-Pertua Dewan Rakyat:
o Daripada kalangan ahli Dewan Rakyat atau BUKAN ahli Dewan Rakyat.
o Dua orang Timbalannya daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.
• Jika YDP yang dipilih bukan daripada ahli Dewan
Rakyat maka beliau:
o Hendaklah mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan
dan sumpah setia di hadapan Dewan Rakyat dan tidak berhak
mengundi.
o Kecuali Undi Penentu iaitu dalam keadaan undi sokong dan undi
bantah adalah sama banyak.
• YDP boleh pada bila-bila masa meletakkan
jawatannya melalui surat yang ditandatangani
sendiri yang ditujukan kepada Setiausaha Dewan
Rakyat.
Yang di-Pertua dan Timbalan
DEWAN RAKYAT (DR)
• Peruntukan bagi saraan melalui undang-undang dan
dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Persekutuan Disatukan.
*** Tiap-tiap ahli satu Majlis Parlimen hendaklah
mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan di
hadapan orang yang mempengerusikan Majlis
Parlimen.
*** Jika seseorang ahli tidak menghadiri sidang Parlimen
dalam masa enam bulan dari tarikh Majlis Parlimen itu
bersidang bagi pertama kalinya selepas pemilihannya
maka kerusinya hendaklah diisytiharkan kosong.
Yang di-Pertua dan Timbalan
DEWAN RAKYAT (DR)
• Tugas-tugas:
1. Mempengerusikan persidangan DR.
2. Memastikan tatatertib dan peraturan DR
dipatuhi.
3. Mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli
yang tidak mematuhi peraturan.
4. Menjadi jurucakap DR.
5. Memaklumkan kekosongan luar jangka kerusi
DR kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
Yang di-Pertua dan Timbalan
DEWAN RAKYAT (DR)
PERATURAN MAJLIS MESYUARAT DEWAN RAKYAT
Perkara 35(1) - Seorang ahli yang hendak bercakap
hendaklah bangun di tempatnya dan apabila dipanggil
oleh pengerusi, hendaklah berdiri mengarahkan ucapan
kepada Pengerusi. Seseorang ahli tidak boleh bercakap
melainkan dipanggil Pengerusi.
Yang di-Pertua dan Timbalan
DEWAN RAKYAT (DR)
• Kuasa Budi Bicara:
1. Membenarkan atau menolak soalan yang
dikemukakan oleh ahli dewan.
2. Menentukan sesuatu soalan itu sama ada
perlu atau tidak perlu dijawab oleh
seseorang menteri.
3. Menangguhkan sesuatu persidangan DR.
4. Menyingkirkan ahli daripada persidangan DR
atau melarang ahli daripada menghadiri
persidangan DR.
Setiausaha DEWAN RAKYAT
(DR)
• Dilantik oleh YdPA atas nasihat Perdana Menteri.
• Beliau mengurus pentadbiran DR, terutamanya
menyediakan penyata rasmi Parlimen atau hansard.
• Beliau menguruskan notis pemberitahuan dalam
proses penggubalan rang undang-undang daripada
seseorang menteri.
• Hanya boleh dipecat oleh YdPA melalui tribunal.
• Representasi pemecatan dibuat oleh Speaker
Dewan Rakyat kepada YdPA.
• Hansard ialah laporan lengkap yang merekodkan
segala perbahasan di kedua-dua Majlis Parlimen.
Nizam Mydin Bacha Mydin (13.05.2020 – Kini)
Kuorum Dewan Rakyat
• Bilangan ahli terkecil untuk
membolehkan Dewan Rakyat
bersidang secara rasmi ialah 26
orang tidak termasuk Speaker.
Kuorum Dewan Rakyat
PARLIMEN Ke-14 2022
TAKWIM BAGI PENGGAL Ke-5
INFO
TERKINI
MESYUARAT
KETIGA
DEWAN
RAKYAT
Dewan Negara
Dewan Negara
• Yang dilantik oleh YdPA ialah orang-orang:
1. Yang telah berjasa cemerlang dalam
perkhidmatan awam. ATAU
2. Yang mencapai kepujian dalam lapangan
profesion, perdagangan, perusahaan,
pertanian, kegiatan kebudayaan atau
perkhidmatan masyarakat. ATAU
3. Yang mewakili kaum-kaum minoriti atau
kepentingan orang-orang asli.
Antara Ahli Dewan Negara
Antara Ahli Dewan Negara
Dewan Negara
• Mengandungi 70 orang ahli yang dipilih atau yang
dilantik.
• Ahlinya dipanggil Senator.
• DUN di setiap negeri akan memilih 2 orang ahli DUN
untuk menjadi Senator (Jumlah= 26 orang)
• Maksudnya: Ahli DUN boleh menjadi ahli Dewan
Negara pada masa yang sama.
• YdPA melantik 2 orang Senator bagi KL, 1 orang
Senator bagi Labuan dan Putrajaya dan 40 orang
Senator lagi bagi seluruh Malaysia mengikut nasihat
PM (Jumlah= 44 orang)
Dewan Negara
• Mestilah warganegara Malaysia yang mencapai
umur 30 tahun.
• Tempoh perkhidmatan ialah 3 tahun dan beliau
boleh memegang jawatan untuk 2 penggal, iaitu
maksimum 6 tahun.
• Senator masih memegang jawatannya walaupun
dalam tempoh itu Parlimen dibubarkan.
• Tidak menjejaskan kerana beliau tidak dipilih oleh
rakyat dalam pilihan raya umum.
• Jika Senator dilantik untuk menggantikan Senator
yang telah meninggal dunia, tempoh jawatan
adalah selama baki tempoh yang tinggal sahaja.
Dewan Negara
• Seseorang Senator boleh dilantik
sebagai Menteri Kabinet.
• Yang dilantik boleh menghadiri
persidangan Dewan Rakyat.
Dewan Negara
• Dewan Negara tidak berkuasa untuk
menolak rang undang-undang yang
diluluskan oleh Dewan Rakyat.
• Dewan Negara hanya boleh
menangguhkan rang undang-undang
kewangan selama 30 hari tetapi tidak
berkuasa untuk meminda.
• Dewan Negara boleh menangguhkan
rang undang-undang bukan kewangan
selama setahun.
Bidang Kuasa Dewan
Negara
1. Membahaskan hal rakyat.
2. Membincangkan dasar-dasar kerajaan.
3. Membahaskan dan menangguhkan atau
meluluskan rang undang-undang, pindaan
akta atau pindaan Perlembagaan.
4. Memulakan rang undang-undang (kecuali
rang undang-undang kewangan).
Yang di-Pertua Dewan
Negara
• YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim–
02 September 2020 hingga kini.
• Timbalan: YB Senator Dato' Seri Haji Mohamad Ali
bin Haji Mohamad – 16 Disember 2020 sehingga kini.
• Speaker Dewan Negara mestilah merupakan ahli
Dewan Negara.
• Speaker dibantu oleh seorang Timbalan Speaker
yang juga ahli Dewan Negara.
Yang di-Pertua Dewan
Negara
Tugas-tugas Yang di-
Pertua Dewan Negara
1. Mempengerusikan Dewan Negara
2. Memastikan tatatertib dan peraturan Dewan
Negara dipatuhi
3. Mengenakan tindakan disiplin terhadap ahli yang
tidak mematuhi peraturan
4. Menjadi jurucakap Dewan Negara
Kuasa Budi Bicara Yang
di-Pertua Dewan Negara
1. Membenarkan atau menolak soalan yang
dikemukakan oleh ahli dewan
2. Menentukan sesuatu soalan itu sama ada perlu
atau tidak perlu dijawab oleh seseorang menteri
3. Menangguhkan sesuatu persidangan Dewan
Negara.
4. Menyingkirkan ahli daripada persidangan Dewan
Negara atau melarang ahli daripada menghadiri
persidangan Dewan Negara.
Setiausaha Dewan Negara
• Muhd Sujairi Abdullah – 22 Februari 2020 hingga kini.
1. Setiausaha Dewan Negara bertanggungjawab
memantau perjalanan persidangan di Dewan Negara,
membantu dan memberi nasihat kepada Yang di-Pertua
Dewan Negara ketika Dewan bersidang.
2. Setiausaha Dewan Negara mengurus pentadbiran Dewan
Negara.
3. Beliau dilantik oleh YdPA atas nasihat Perdana Menteri.
4. Beliau hanya boleh dipecat oleh YdPA melalui tribunal.
Kuorum Dewan Negara
• Bilangan ahli terkecil untuk membolehkan Dewan
Negara bersidang secara rasmi ialah 10 orang
(Tidak termasuk Speaker)
Tempat Duduk Dewan
Negara