The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-34280834, 2022-10-16 21:37:03

Badan Perundangan Persekutuan Parlimen

Badan Perundangan Persekutuan Parlimen

Tempat Duduk Dewan
Negara

Ketua Pentadbiran
Parlimen

• Jawatan Ketua Pentadbiran Parlimen diwujudkan
untuk meningkatkan keberkesanan sistem
penyampaian kerajaan dan menerima arahan
Kabinet membabitkan urusan Parlimen secara terus.

• Ketua Pentadbiran Parlimen dilantik oleh YdPA atas
nasihat Perdana Menteri.

• Beliau memulakan tugasnya pada 15.9.2005.

• Tugas: mengurus kemudahan Parlimen dan
bangunan Parlimen.

Ketua Pentadbiran
Parlimen

Saraan Ahli Parlimen

• Ditanggung oleh Kumpulan Wang
Persekutuan Disatukan.

• Parlimen yang menetapkan saraan mereka
dan saraan itu hanya boleh ditambah dan
tidak boleh dikurangkan.

Kumpulan Wang
Persekutuan Disatukan

Perkara 97:

Segala hasil dan wang tidak kira bagaimana
jua pun diperdapatkan atau diterima oleh
Persekutuan, tertakluk kepada peruntukan
Perlembagaan ini dan undang-undang
persekutuan, hendaklah dibayar ke dalam
dan menjadi satu kumpulan wang, yang
dikenali sebagai Kumpulan Wang Disatukan
Persekutuan.

Hilang Kelayakan Menjadi
Ahli Dewan Rakyat atau
Ahli Dewan Negara

• Dia didapati tidak sempurna akal
• Dia diisytiharkan bankrap dan belum dilepaskan
• Dia memegang sesuatu jawatan berpendapatan
• Dia tidak menghantar penyata perbelanjaan pilihan

raya (Bagi ahli DR sahaja) dalam tempoh 31 hari
daripada tarikh keputusan pilihan raya diwartakan
• Dia disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh
mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang
daripada satu tahun dan dia tidak diampuni

Hilang Kelayakan Menjadi
Ahli Dewan Rakyat atau
Ahli Dewan Negara

• Dia disabitkan dengan suatu kesalahan
oleh mahkamah dan dihukum denda
tidak kurang daripada RM 2000 dan
dia tidak diampuni

• Dia telah dengan sengaja memperoleh
kewarganegaraan asing

Seseorang ahli DR atau DN
akan terhenti daripada
jawatannya JIKA:

1. Tidak mengangkat sumpah dalam
tempoh 3 bulan selepas tarikh
dipilih atau dilantik;

2. Tidak menghadiri persidangan
Majlis Parlimen selama 6 bulan
berturut-turut tanpa kebenaran
Speaker.

Berhenti daripada menjadi
Ahli DR atau Ahli DN

1. Ahli DR atau DN boleh berhenti daripada
menjadi ahli dengan mengutus surat
yang ditandatanganinya kepada
Speaker Dewan Rakyat atau Speaker
Dewan Negara.

2. Bagi Dewan Rakyat, Speaker akan
memaklumkan kekosongan luar jangka
kerusi Dewan Rakyat kepada SPR supaya
PRK boleh diadakan untuk mengisi
kekosongan luar jangka itu.

Prosedur untuk
memaklumkan kekosongan

luar jangka kerusi

Ahli Dewan Speaker Suruhanjaya
Rakyat Dewan Pilihan Raya
Rakyat

Jawatankuasa Parlimen

1.Jawatankuasa Pemilih

2.Jawatankuasa Peraturan
Mesyuarat

3.Jawatankuasa Dewan

4.Jawatankuasa Hak dan
Kebebasan

5.Jawatankuasa Akaun Awam

Pembaharuan
Parlimen

Jawatankuasa Parlimen

1. Jawatankuasa Pemilih

1. Jawatankuasa Pemilih ini
bertanggungjawab memilih ahli-ahli
untuk jawatankuasa Majlis Parlimen.

Jawatankuasa Parlimen

1. Jawatankuasa Peraturan
Mesyuarat

1. Jawatankuasa ini bertanggungjawab
berkaitan dengan Peraturan-Peraturan
Mesyuarat Majlis Parlimen.

Jawatankuasa Parlimen

1. Jawatankuasa Dewan

1. Jawatankuasa ini bertugas sebagai penasihat kepada
Yang di-Pertua atas segala perkara berkaitan dan
keselesaan ahli Majlis Parlimen.

Jawatankuasa Parlimen

1. Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

1. Jawatankuasa ini berkewajipan untuk menimbangkan
apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan
mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis
Parlimen.

Jawatankuasa Parlimen

1. Jawatankuasa Akaun Awam ATAU
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara

1. Hanya di Dewan Rakyat.

2. Jawatankuasa ini dilantik untuk memastikan
akauntabiliti pengurusan perbelanjaan wang
awam oleh pegawai-pegawai awam.

3. Dilantik pada awal setiap sesi Parlimen.

4. Anggota terdiri daripada wakil-wakil rakyat
daripada kalangan parti-parti politik utama
yang berada di Parlimen.

Jenis rang undang-
undang Parlimen

1. Rang undang-undang Awam/ Kerajaan

1. MELIBATKAN keseluruhan undang-undang berhubung
dengan dasar awam, negara dan rakyat.

2. Rang undang-undang Persendirian

1. MELIBATKAN orang / kumpulan orang, pertubuhan,
persatuan / perbadanan tertentu sahaja.

3. Rang undang-undang Ahli Persendirian

1. Dibentangkan oleh ahli-ahli D.R selain menteri / timbalan
menteri.

4. Rang undang-undang Hibrid

1. Undang-undang campuran yang dibentangkan sama
ada oleh menteri atau ahli-ahli D.R yang ada pandangan
Speaker D.R.

Maklumat Tambahan

1. Sesuatu rang undang-undang boleh
dikemukakan pada asalnya dalam DR
atau DN kecuali rang undang-undang
kewangan.

2. Jika rang undang-undang itu
diluluskan oleh Dewan tempat rang
undang-undang itu dikemukakan
pada asalnya, rang undang-undang
itu hendaklah dihantar ke dewan yang
satu lagi untuk dibahaskan.

Maklumat Tambahan

1. Rang undang-undang kewangan
mesti dikemukakan pada asalnya di
DR.

2. Tidak perlu dibahaskan di DN kerana
DN tidak mempunyai kuasa untuk
membuat sebarang pindaan kepada
rang undang-undang ini.

Maklumat Penting:

1. Jika seseorang ahli Dewan Negara yang juga ahli
DUN, dipilih menjadi Speaker Dewan Negara, beliau
hendaklah berhenti daripada menjadi ahli DUN.

2. Seseorang ahli D.R / D.N akan terhenti daripada
jawatannya jika:

1. TIDAK MENGANGKAT sumpah dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh
dilantik.

2. TIDAK MENGHADIRI persidangan selama 6 bulan berturut-turut tanpa
kebenaran SPEAKER.

3. Undang-undang biasanya akan diluluskan dengan
majoriti mudah (51%) ahli-ahli dalam kedua-dua
Majlis Parlimen.

4. Pada masa darurat, undang-undang yang
diluluskan oleh D.R boleh terus dikemukakan
kepada YdPA tanpa melalui D.N.

Undang-undang Bertulis

a) Akta

a) Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen selepas 11 September
1959 hingga hari ini.

b) Ordinan

a) Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dari tahun 1948 hingga
tahun 1959.

b) Undang-undang Persekutuan yang diluluskan oleh YdPA semasa
darurat.

c) Undang-undang yang diluluskan oleh DUN Sarawak.

c) Enakmen

a) Undang-undang yang diluluskan oleh DUN bagi negeri-negeri di
Semenanjung dan Sabah.

d) Perundangan kecil

a) Apa-apa peraturan dan mempunyai kuat kuasa perundangan.

Prosedur Penggubalan Undang-Undang
dalam Parlimen

Prosedur Penggubalan Undang-Undang dalam
Parlimen

Rang Undang- RUU disediakan Kelulusan Bacaan Pertama
Undang oleh Jabatan Kabinet

didrafkan oleh Peguam Negara
Menteri

Prosedur Penggubalan Undang-Undang dalam
Parlimen

Bacaan Kedua Peringkat Bacaan Ketiga
(Dewan Rakyat Jawatankuasa

dan Dewan
Negara

Prosedur Penggubalan Undang-Undang dalam
Parlimen

RUU RUU
diperkenankan dimasukkan
dalam warta
oleh YdPA
kerajaan

Pembubaran Parlimen

1. Tempoh hayat Parlimen ialah 5 tahun, dikira
dari tarikh persidangan pertama Parlimen
selepas pilihan raya.

2. Terbubar automatik apabila genap 5 tahun.

3. Boleh dibubarkan lebih awal daripada
tempoh hayatnya oleh YdPA atas nasihat
Perdana Menteri.

4. Hanya melibatkan Dewan Rakyat, Dewan
Negara akan terus berfungsi.

5. Persidangan yang baru harus diadakan
dalam tempoh 120 hari selepas tarikh
pembubaran Parlimen.

Pembubaran Parlimen

1. Pembubaran Parlimen tidak
melibatkan DN kerana ahli DN
tidak dipilih dalam pilihan raya.

2. DUN tidak semestinya dibubarkan
serentak apabila Parlimen
dibubarkan.



Latihan

1. Senaraikan tiga fungsi YdPA dalam Parlimen.

2. Nyatakan dua ciri seorang ahli Dewan Rakyat.

3. Senaraikan dua kuasa budi bicara yang ada
pada Speaker Dewan Rakyat.

4. Nyatakan dua sekatan terhadap kuasa Speaker
Dewan Rakyat jika beliau bukan ahli Dewan
Rakyat.

5. Senaraikan dua sebab yang mengakibatkan
seorang hilang kelayakan menjadi ahli Dewan
Rakyat.

6. Terdapat berapa bacaan dalam prosedur
penggubalan undang-undang dalam Parlimen.

Latihan

7. Jelaskan tiga tugas Setiausaha Dewan Rakyat
dan Setiausaha Dewan Negara.

8. Jelaskan maksud Penyataan Rasmi Parlimen
(Hansard).

9. Berikan enam agenda penting dalam
persidangan pertama Dewan Rakyat selepas
pilihan raya.

10. Nyatakan dua kategori orang yang akan
dilantik oleh YdPA menjadi Senator Dewan
Negara.

11. Adakah seseorang senator boleh dilantik
sebagai menteri Kabinet?

12. Adakah pembubaran Parlimen melibatkan
Dewan Negara?

Jawapan

1. - Merasmikan penggal Parlimen.
- Memanggil mesyuarat Parlimen dan menangguhkan

penggal Parlimen.
- Memperkenankan kelulusan akta baharu, pindaan akta lama

dan pindaan perlembagaan.
2. – Beliau dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
- Beliau boleh dilantik sebagai menteri Kabinet.
3. – Menangguhkan persidangan Dewan Rakyat.
- Menyingkirkan ahli daripada persidangan Dewan Rakyat.
4. - Tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam Kabinet.
- Tidak boleh mengundi dalam sebarang usul Dewan Rakyat.
5. - Diisytiharkan bankrap dan belum dilepaskan.
- Dikenakan hukuman penjara dan tidak diampuni.

Jawapan

6. Tiga bacaan.
7. - Menguruskan pentadbiran dewan.
- Merekodkan minit persidangan (hansard).
- Ketua pentadbiran Parlimen.
8. Catatan minit mesyuarat yang merekodkan segala
perbahasan dewan.
10. – Orang yang telah banyak berjasa cemerlang dalam
perkhidmatan awam.
- Yang mencapai kepujian dalam lapangan profesion,
perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan
kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat.

Jawapan

11. Ya. Seseorang Senator boleh dilantik sebagai
Menteri Kabinet. Seseorang Senator yang dilantik
sebagai Menteri Kabinet boleh menghadiri
persidangan Dewan Rakyat.
12. Tidak. Pembubaran Parlimen hanya melibatkan
Dewan Rakyat. Dewan Negara akan terus berfungsi.

SELAMAT
MENGULANG KAJI

Disediakan oleh: Cikgu Cia Yee
Ketua Panitia Pengajian Am,
SMK Kidurong.


Click to View FlipBook Version