The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muzammir.firdaus, 2023-04-18 23:08:38

eBuletin Asasi UA V3_edited 19 Apr 2023

eBuletin Asasi UA V3_edited 19 Apr 2023

VOLUME3 SalamSejahtera,SalamMalaysiaMadani. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan izin serta kurnia-Nya, Buletin Asasi Universiti Awamminidapatditerbitkanuntukedisike-3. Justeruitu, dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua ahli sidang redaksi buletin yang terdiri daripada wakil-wakil Pusat Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi seluruh Malaysia atas kerjasama yangbaikdalamusahapenerbitanini. SEKAPUR SIREH E-BULETIN UNIVERSITI ASASI AWAM Dengan adanya Buletin Asasi Universiti Awam ini ianya menjadi satu wadah untuk masingmasing berkongsi berita serta perihal kepelbagaian aktiviti yang menarik yang telah dilaksanakan di setiap Pusat Asasi di samping pencapaian terbaik yang telah diperolehi sepanjang semester berjalan. Seterusnya, kesemua perkongsian menarik ini selain berlegarlegar dalam kitaran sesame kita, ianya juga adalah diharapkan dapat dipanjangkan kepada masyarakat di luar sana sebagai satu bentuk promosi kepada kampus-kampus kita yang tersergam indah ini sekaligus akan menarik lebih ramai minat bakal-bakal pelajar untuk datang menuntut ilmu sebelum menempuh ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Akhir kalam, dengan asbab adanya Buletin Asasi Universiti Awam ini, segala nostalgia indah dan kenangan yang manis utuh terpahat buat tatapan seluruh pembaca di masa akan datang. Segala usaha serta perit jerih dalam setiap penghasilan buletin ini amatlah saya hargai. SemogakitasemuasentiasaberolehkebaikandanrahmatdariYangMahaEsa. Terimakasih. Prof.MadyaDrLailiHajiChe’Rose PengerusiMajlisDekan&PengarahPusatAsasiUniversitiAwam


VOLUME3 SalamSejahtera,SalamMalaysiaMadani. Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi di atas keizinan-Nya, penerbitan Buletin Asasi Universiti Awam untuk edisi ke-2/3 berjaya dizahirkan. Walaupun dalam kesibukan mengharungi minggu-minggu perkuliahan sebagai tugas hakiki di samping menyertai beberapa Konferensi dan Pertandingan yang berkaitan, kami sentiasa diberikan ilham dan kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk berkongsi sekelumitpengetahuandanpengalamanyangada. SEULAS PINANG E-BULETIN UNIVERSITI ASASI AWAM Untuk Edisi ke-2 dan ke-3 ini, pihak kami ingin menyajikan segala bentuk aktiviti yang telah dijalankan oleh Pusat Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi seluruh Malaysia serta pelbagai pencapaianyangtelahdiperolehiuntuktempohJulai-Dis2021/ Jan-Jun2022. Semoga informasi dan hebahan daripada Edisi ke-2/3 ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Pusat Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi seluruh Malaysia khasnya dan masyarakat di luar sana amnya serta sekaligus menaikkan motivasi kita semua dalam memacu aspirasi sebagai ‘Pintu Gerbang’ kepada para pelajar sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi dalam ataupun luar negara. Sekian, terimakasih Prof.Madya DrLaili HajiChe’Rose PengarahPusatAsasiSTEM UniversitiMalaysiaTerengganu


SIDANG REDAKSI Pusat Asasi STEM (PASTEM) Universiti Malaysia Terengganu


PUSAT ASASI UiTM KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM PUSAT ASASI UITM DENGKIL 2022 25 FEBRUARI 2022 | ANJURAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS) Program Karnival Sains & Teknologi Islam 2022 (KSTI 2022) merupakan acara tahunan Pusat Asasi UiTM Karnival Sains Dan Teknologi Islam 2022 merupakan program bagi melonjakkan hasil inovasi pelajar Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil. Program ini telah dianjurkan secara maya oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Pusat Asasi UiTM Dengkil. Dengan kerjasama erat antara ahli jawatankuasa program bersama pelajar dari program sains, kejuruteraan dan pendidikan menjadikan program ini berjaya dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 25-26 Februari 2022. Di antara objektif mengadakan program ini adalah sebagai salah satu cara mempromosikan Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil di peringkat kebangsaan (‘visibility’), mengiktiraf sumbangan dan bakat pensyarah dan pelajar Pusat Asasi Kampus Dengkil dan mendorong pensyarah dan pelajar meneroka kreativiti dan kemahiran berfikir secara kritis dan inovatif. Program ini telah dihadiri oleh 2617 peserta secara maya iaitu di Cisco Webex Dan Youtube Pusat Asasi. Bertemakan “Teknologi dan Inovasi Memacu Kecemerlangan”, KSTI 2022 berjaya mengumpulkan 181 kumpulan untuk mempertandingkan hasil inovasi masing-masing. Produk inovasi yang dihasilkan juga dari empat tema utama iaitu produk mesra ibadah, mesra alam, mesra pengguna dan produk inovasi dalam bidang pendidikan. Melalui pertandingan dan pameran inovasi adalah diharapakan para pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mengkaji ilmu sains dan teknologi menurut perspektif Islam dan meningkatkan minat mahasiswa/i untuk berdaya saing dalam menghasilkan inovasi bagi mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari dan mendedahkan warga Pusat Asasi dengan hasil produk inovasi mahasiswa/I UiTM. Perasmian program telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Teknologis Dr. Saifollah Hj. Abdullah, Pengarah Pusat Asasi UiTM.


Program Karnival Sains & Teknologi Islam 2022 (KSTI 2022) merupakan acara tahunan Pusat Asasi UiTM Karnival Sains Dan Teknologi Islam 2022 merupakan program bagi melonjakkan hasil inovasi pelajar Pusat Asasi UiTM Kampus Dengkil. Program ini telah dianjurkan secara maya oleh Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Pusat Asasi UiTM Dengkil. Dengan kerjasama erat antara ahli jawatankuasa program bersama pelajar dari program sains, kejuruteraan dan pendidikan menjadikan program ini berjaya dilaksanakan selama dua hari iaitu pada 25-26 Februari 2022. Di antara objektif mengadakan program ini adalah sebagai salah satu cara mempromosikan Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil di peringkat kebangsaan (‘visibility’), mengiktiraf sumbangan dan bakat pensyarah dan pelajar Pusat Asasi Kampus Dengkil dan mendorong pensyarah dan pelajar meneroka kreativiti dan kemahiran berfikir secara kritis dan inovatif. Program ini telah dihadiri oleh 2617 peserta secara maya iaitu di Cisco Webex Dan Youtube Pusat Asasi. Bertemakan “Teknologi dan Inovasi Memacu Kecemerlangan”, KSTI 2022 berjaya mengumpulkan 181 kumpulan untuk mempertandingkan hasil inovasi masing-masing. Produk inovasi yang dihasilkan juga dari empat tema utama iaitu produk mesra ibadah, mesra alam, mesra pengguna dan produk inovasi dalam bidang pendidikan. Melalui pertandingan dan pameran inovasi adalah diharapakan para pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam mengkaji ilmu sains dan teknologi menurut perspektif Islam dan meningkatkan minat mahasiswa/i untuk berdaya saing dalam menghasilkan inovasi bagi mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari dan mendedahkan warga Pusat Asasi dengan hasil produk inovasi mahasiswa/I UiTM. Perasmian program telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Profesor Teknologis Dr. Saifollah Hj. Abdullah, Pengarah Pusat Asasi UiTM. PUSAT ASASI UiTM


PUSAT ASASI UiTM Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil telah menganjurkan Sukan Asasi Malaysia ke – V pada 18 hingga 20 Mac 2022 dengan motto “Jalinan Kerjasama dalam Pelbagai Bidang”. Memandangkan negara masih lagi di dalam fasa endemik, Sukan Asasi Malaysia kali ke-V ini dijalankan secara atas talian yang disertai oleh seluruh pusat asasi Universiti Awam dan Matrikulasi seluruh Malaysia. Penganjuran sukan ini dirasakan amat penting kerana ia adalah salah satu platform untuk memantapkan jalinan hubungan di antara Pusat Asasi seluruh negara. Di samping itu, ia juga memberi peluang kepada pelajar Universiti Awam meneroka kepelbagaian bidang selain daripada bidang yang mereka ceburi. Selain daripada itu, walaupun kejohanan sukan ini berlangsung secara atas talian, ianya masih dapat menzahirkan objektif penganjuran ini iaitu untuk membudayakan gaya hidup sihat di kalangan pelajar. Kategori sukan yang dipertandingkan merupakan esukan iaitu, PUBG Mobile, Mobile Legend Bang Bang, FIFA 22, DOTA 2 dan e-Catur. Peserta-peserta kejohanan ini terdiri daripada pelajar dari 12 Pusat Asasi dan Matrikulasi seluruh Malaysia. Penganjuran e-sukan ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat maklumbalas yang positif dari pelajar. Melalui sambutan yang baik dari pelajar menjadi tanda aras bahawa penganjuran sukan seperti ini dapat dijalankan pada masa akan datang demi melahirkan bakatbakat baru di dalam bidang esukan.


CREATIONS DE UITM: INTERNATIONAL MEGA INNOVATION CARNIVAL 2022 PUSAT ASASI UiTM Anjuran Jawatankuasa Pengurusan Inovasi, Pengkomersialandan Jaringan Industri APRI L 8, 2022 Pada 24 Mac hingga 8 April 2022 telah berlangsungnya program CREATIONS de UiTM: MEGA INNOVATION CARNIVAL 2022 (CDU) bertemakan “For Humanity: Empowering Neoteric Knowledge”. Program ini merupakan kesinambungan daripada acara tahun sebelumnya yang diadakan pada 2020. Namun disebabkan wabak pandemik yang melanda seluruh negara, program ini dijayakan secara dalam talian dengan kerjasama seluruh ahli jawatankuasa pelaksana. Acara gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM Malaysia, Professor Datuk Teknologis Dr. Hajah Roziah Mohd Janor dan disempurnakan majlis penutupan dengan ucaptama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad. Kedua-dua tetamu VVIP ini telah menzahirkan rasa bangga dan kagum dengan usaha dan kegigihan para pelaksana terutamanya dari warga pendidik dan barisan staf Pusat Asasi UiTM Dengkil. Sejumlah 156 projek inovasi telah dipertandingkan dan turut serta mengambil bahagian dalam empat kategori berbeza. Zahirnya, objektif utama penganjuran program CDU ini bertujuan untuk mempromosi dan menekankan Pusat Asasi UiTM sebagai suatu institusi pendidikan yang berteraskan inovasi dan memupuk budaya inovatif dan kreatif dikalangan mahasiswa/i Pusat Asasi dan matrikulasi serta pelajar-pelajar seluruh Malaysia dan antarabangsa. Secara amnya, penganjuran yang bertemakan “For Humanity: Empowering Neoteric Knowledge” ini bukan sahaja bertumpu kepada golongan profesional, malahan mahasiswa universiti di peringkat IPTA,


PUSAT ASASI UiTM Matrikulasi bahkan pelajar sekolah juga boleh mengambil bahagian. Kejayaan yang dicapai melalui program ini bukan sahaja dilihat apabila berbagai projek inovasi dilahirkan, lebih daripada itu, penganugerahan inovator terbaik, virtual pameran agensi berkaitan sains, teknologi dan inovasi, perkongsian pakar daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan banyak lagi acara yang dipertandingkan melalui platform maya. Walaupun berhadapan dengan kekangan situasi era pandemik, penganjuran program CDU yang diadakan secara maya ini mendapat sambutan memberangsangkan serta menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat walaupun setiap penyertaan pertandingan inovasi memerlukan yuran penyertaan yang berbeza. Bagi menambahkan rencah pengisian, ceramah berkaitan inovasi turut diselitkan sebagai aktiviti yang diadakan seperti Innovation Talk untuk menambahkan pengetahuan setiap peserta program mengenai dunia inovasi terutamanya selepas kita menerima tempias revolusi industri 4.0 (IR 4.0) dan kelajuan internet tanpa wayar generasi kelima (5G). Semoga program seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan demi kebaikan generasi ilmiah berwawasan sejajar dengan matlamat penubuhan institusi pengajian tinggi di seluruh negara.


PUSAT ASASI UiTM PERWAKILAN MUDA HARAPAN BERSIDANG DI ASIDMUNC 2022 Kelab Debat Bahasa Inggeris dan MUC Universiti Teknologi MARA Kampus Dengkil telah menganjurkan Asasi Dengkil Model United Nations Conference 2022 (ASiDMUNC 2022) pada 17 hingga 19 Jun di platform sosial atas talian ‘Discord’. Acara ini berjaya mengumpulkan sejumlah 125 peserta dari seluruh Malaysia dan negara-negara lain di seluruh dunia. Para peserta ditetapkan ke dalam lima majlis, atau council, yang berbeza; ASEAN, SOCHUM, UNGA, NEP dan UNESCO untuk menyuarakan pendapat mereka mengenai isu yang diberikan. Para peserta cemerlang berikut telah merangkul anugerah fizikal: ANJURAN ENGLISH DEBATE DAN MUN (MODEL UNITED NATIONS) CLUB 17 - 19 JUN 2022 Model United Nations (MUN) merupakan sebuah simulasi pendidikan di mana pelajar memperoleh pengetahuan dan kemahiran tentang diplomasi, hubungan antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam persidangan MUN, para pelajar berfungsi sebagai wakil negara, organisasi atau individu, dan cuba untuk menyelesaikan masalah dengan perwakilan lain dari seluruh dunia.


PUSAT ASASI UiTM Most Outstanding Delegate: Maximilian Ang Jian Zhi (St Vincent and The Grenadines) Highest Commendation: Mohamed Muzzammil Bin Zainol (Saudi Arabia) Honourable Mentions: Pravesha De Silva (Argentina) and Ku Muhammad Hafiz Bin Ku Husni (United Kingdom) Most Outstanding Delegate: Meor Danish Irfan Bin Meor Sha’azizi (Perancis) Honourable Mentions: Hanafie Sulaiman Amin Bin Mohamad Haniki (China), Shakti Mathur (India), and Lauren Ashley Lopez (Jerman) Honourable Mention: R.M. Kawya Nethmini Chandrasekara Council: United Nations Environment Programme (UNEP) Council: United Nations General Assembly (UNGA) Council: Social, Humanitarian, And Cultural Committee (SOCHUM) ASiDMUNC dijangka akan terus berfungsi sebagai platform untuk lebih ramai orang untuk berdebat mengenai isu-isu dari perspektif mereka, mencabar diri sendiri serta meningkatkan kemahiran profesional dan komunikasi mereka sambil mengembangkan wawasan global mereka.


PUSAT ASASI STEM UMT PASTEM STUDENTS PROVIDE free tutoring tutoring tutoring FOR SPM CANDIDATES Sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar-pelajar Asasi STEM untuk mengadakan kelas tambahan sebagai salah satu perkongsian untuk membantu calon SPM yang bakal menduduki peperiksaan tersebut. Panelpanel yang dijemput untuk mengajar pula adalah pelajar-pelajar Yang mendapat keputusan cemerlang dalam subjek yang diajar. Para pelajar yang terpilih juga dibimbing terlebih dahulu oleh pensyarah-pensyarah subjek mengenai pengisian yang akan diberi. Melalui perkongsian tersebut, beberapa orang pelajar dipilih untuk memberi tips untuk menjawan soalan SPM. Antara intisari perkongsian tersebut adalah seperti ulangkaji bentuk-bentuk soalan SPM yang lepas beserta cara untuk menjawab soalan yang memerlukan teknik menjawab


PUSAT ASASI STEM UMT Pertandingan Inovasi Inter-Asasi 2022 (PIITRAM 2022) adalah sebuah acara tahunan yang diadakan di bawah Majlis Dekan / Pengarah Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi. Acara ini telah berlangsung selama tiga hari bermula 2 Mac - 4 Mac 2022, dan 8 Mac 2022 bagi pengumuman pemenang. Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mempromosikan kreativiti pelajar Asasi, ahli akademik, dan juga pentadbir dalam mencari penyelesaian yang inovatif dan praktikal untuk pengajaran, pembelajaran, dan halangan yang berkaitan dengan pentadbiran di peringkat pra universiti. KILAUAN EMAS P A S U K A N A S A S I S T E M PIITRAM


Perasmian pembukaan disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Profesor Dato’ Dr. Husaini bin Omar, dan perasmian penutup disempurnakan oleh Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, yang mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. PIITRAM 2022 merupakan platform inovasi yang terbaik untuk mengembangkan dan mengetengahkan bakat pelajar asasi dan matrikulasi dalam bidang inovasi dan reka cipta berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Acara ini memberi galakan kepada pelajar, ahli akademik, dan pengurusan untuk berkarya dalam menghasilkan inovasi berteraskan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan pengurusan bagi meningkatkan kualiti PdP dan pengurusan warga akademik pusat asasi universiti awam. Sebanyak empat (4) kategori dipertandingkan iaitu Kategori Sains dan Teknologi, Sains Sosial, Akademik dan Pentadbiran. Sesi pengumuman pemenang diadakan secara dalam talian pada 8 Mac 2022. Pusat Asasi STEM (PASTEM) UMT telah menghantar sebanyak 32 penyertaan dimana 4 penyertaan daripada ahli akademik, 24 penyertaan daripada pelajar dan baki 4 penyertaan daripada pihak pentadbiran; ini sekaligus melayakkan PASTEM mendapat tempat kedua bagi Anugerah Penyertaan Terbanyak. PUSAT ASASI STEM UMT


PUSAT ASASI STEM UMT Pada edisi kali ini pasukan PASTEM telah berjaya merangkul kejayaan yang amat membanggakan iaitu telah memenangi sebanyak 16 pingat emas, 10 pingat perak dan 6 pingat gangsa secara keseluruhan. Bagi 16 pingat emas tersebut, sebanyak 12 pingat adalah dimenangi oleh para pelajar dan selebihnya dimenangi oleh ahli akademik serta pentadbiran. Ini membuktikan bahawa acara yang bertemakan Kreativiti dan Inovasi seperti PIITRAM ini telah berjaya menjadi platform untuk para pelajar mengetengahkan idea-idea kreatif mereka dan secara tidak lansung mencerminkan mutu pendidikan tinggi negara yang semakin baik dan mapan. Tahniah kepada semua peserta PIITRAM 2022!


PUSAT ASASI STEM UMT P A S T E M R A N G K U L Pusat Asasi STEM (PASTEM) UMT telah menghanytar tiga penyertaan inovasi pelajar di Malaysia Technology Expo (MTE) 2022 yang berlangsung secara dalam talian pada 21 hingga 25 Mac 2022. Ini merupakan tahun ketiga penyertaan PASTEM di MTE. Saban tahun, MTE menerima penyertaan baik daripada dalam negara mahupun dari luar negara. Para pencipta terdiri dalam kalangan pelajar sekolah dan pelajar universiri akan merekacipta produk atau sistem yang akan dipertandingkan di MTE. Segala usaha penat lelah pelajar PASTEM yang bertungkus lumus dari peringkat awal pengisian borang sehinggalah penghantaran poster dan video akhirnya membuahkan hasil apabila ketiga-tiga penyertaan daripada PASTEM berjaya meraih pingat emas.


PUSAT ASASI STEM UMT Penyertaan pertama adalah menerusi produk "Eco Wet Cleaner: Anti Germ that Fertilises" yang diketuai oleh Pavitra A/P Palaniappan, Nurjeha Noor Azizan. Nur Maisarah Mohd SHari, Nur Syakirah Abd Razak dan dikelola oleh Prof. Madya Dr. Laili binti Haji Che Rose, Dr. Mohd Ulul Ilmie Ahmad Nazri dan Dr. Razifah Mohd Razali. Produk ini merupakan satu produk yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti daun pudina dan lemon. Produk pembersihan domestik ini idhasilkan tanpa menggunakan bahan kimia sintetik selain daripada mesra alam. Produk kedua yang memperoleh pingat emas pula merupakan minyak wangi yang dihasilkan daripada 100 peratus bahan buangan sisa makanan yang dinamakan Les Beaute des Deschet. Ianya dihasilkan oleh Wan Lutfil Hadie Wan Mahadi, Tuan Amirul Izzat Tuan Mohd Izani, Wan Hasni Hayati Wan Nasrudin dan Nur Salsabila Sarimen. Produk ini terbahagi kepada dua komponen iaitu komponen penghasilan alkohol sebagai bahan asas minyak wangi dan minyak esen yang menjadi pewangi semulajadi. Alkohol ini dihasilkan daripada prosezs pemeraman sisa nasi selama bermingguminggu kemudian alkohol yang terhasil akan disuling sebelum digunakan. Kulit buah limau pula diekstrak melalui proses penyulingan dan pati limau kulit yang terhasil akan disuling sebelum digunakan. Produk ini diharap akan menjadi pelopor kepada evolusi industri minyak wangi berasaskan sisa makanan pada masa akan datang.


PUSAT ASASI STEM UMT Produk ketiga merupakan Shun Wristband yang diinspirasikan oleh pandemik COVID-19 yang menetaplan penjakan sosial sebagai langkah mengawal penyebaran wabak tersebut. Peranti ini direka oleh Muhammad Fikri Arsyad Nagur Gani, Kuan Shu Hui. Safiyya Basyeera Mohd Fadzli, dan Nurul Nazihah Ahmad Zulkifli. Peranti ini mampu memberikan notifikasi kepada pengguna apanila penjarakan sosial tidak dikawal. Dengan kejayaan ini, adalah diharapkan pelajar asasi STEM akan terus menggembleng idea dan menghasilkan produk-produk baru pada masa akan datang yang bakal membuka ruang kepada pengkomersialan.


FESTIVAL PANTUN INTER ASASI 2022 Pusat Asasi STEM sekali lagi tidak pulang dengan tangan kosong, pasukan pelajar Asasi STEM berjaya mendapat Anugerah Pembukaan Terbaik dengan wang tunai RM300 pada FANTASI 2022 yang berlangsung baru-baru ini pada 21 hingga 23 Mac 2022. Syabas pelajar-pelajar Asasi STEM! PUSAT ASASI STEM UMT PASTEM MEMBAWA PULANG ANUGERAH KEJOHANAN SUKAN ASASI MALAYSIA KE-5 PEMAIN ESPORTS PASTEM TUNJUK BAKAT Pasukan Asasi STEM yang bertanding di dalam acara PUBG Mobile berjaya mendapat tempat ketiga di Kejohanan Sukan Asasi Malaysia (SAM) yang diadakan selama 3 hari bermula 18-20 Mac 2022. Tahniah Savior atas kemenangan di dalam pertandingan sukan maya kali ini!


PUSAT ASASI STEM UMT PASTEM MENEMPA KEJAYAAN Minggu Penyelidikan dan Inovasi pada tahun 2022 dilakukan secara hibrid dengan melibatkan kolaborasi antara tiga buah univeristi iaitu Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin dan UC TATI yang bertemakan ‘Transformasi Inovasi dan Teknologi Pasca COVID19’. MPI telah menjadi satu wadah kepada para penyelidik berkongsi dan mempamerkan hasil ciptaan mereka. Ia menunjukkan lonjakan kreativiti dan inovasi sosial dalam penyelesaian masalah, seterusnya perubahan kepada norma hidup baharu di era pandemik. Seluruh warga Pusat Asasi STEM turut mengembleng idea untuk menghasilkan produk inovasi yang sejajar dengan objektif MPI. Salah satu produk inovasi yang dihasilkan merupakan alat alternatif bagi pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan yang dipanggil Main Matik. Ianya diketuai oleh Pengarah PASTEM sendiri iaitu Prof. Madya Dr Laili binti Haji Che Rose serta dibantu oleh lima orang ahli penyelidik lain yang juga merupakan pensyarah di Pusat Asasi STEM. Projek ini telah mendapat pingat perak manakala satu lagi projek yang dibawa oleh pelajar mendapat pingat perak. di'22 MPI MINGGU PENYELIDIKAN INOVASI 20 MEI 2022 - 23 MEI 2022


PUSAT ASASI STEM UMT PASTE M YOUN G S C IENT ST C M P PASTE M YOUN G S C IENT ST C M P Program PASTEM Young Scientist Camp merupakan program julung kali yang diadakan pada 9 sehingga 11 Jun 2022 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu. Program tersebut dibuka untuk pelajar sekolah berumur 9 sehingga 15 tahun yang berminat untuk menimba dan mendalami ilmu Sains Kelautan dan Sains Teknologi.


PUSAT ASASI STEM UMT Pengalaman ini pasti tidak akan dapat dilupakan oleh pelajar kerana mungkin ada diantara pelajar yang tidak pernah berenggang dengan ibu bapa. Program ini boleh mendidik pelajar agar lebih berdikari dan berfikiran kritis dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar Asasi STEM juga memperoleh manfaat apabila mereka diberikan ruang untuk berkongsi ilmu dan pengalaman untuk berkongsi kejayaan di dalam pertandingan inovasi yang disertai mereka. Program ini merupakan salah satu program ikonik buat Pusat Asasi STEM pada setiap tahu. Pelajarpelajar yang turut serta dalam kem ini rata-rata merupakan anak kepada pegawai dan pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu. Ia merupakan suatu wadah kepada pelajarpelajar yang sedang bercuti sekolah untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti ilmiah seperti ini. Pelbagai aktiviti perkongsian ilmu diadakan termasuk pendedahan aktiviti makmal, pengenalan kepada penyelidikan serta aktiviti ex-situ (earlier industrial exposure) kepada bakal saintis muda. Penerangan aktiviti juga dikelolakan oleh pakar serta para penyelidik dan dibantu pleh pelajar Asasi STEM yang cemerlang dalam bidang inovasi dan akademik. Program PASTEM Young Scientist Camp ini dijalankan selama 3 hari dan 2 malam dimana peserta ditempatkan di satu perkampungan kem di dalam UMT.


PUSAT ASASI STEM UMT DDIISSCCOOVVEERR UUMMTT 22002222 tarik minat belajar di UMT Pusat Asasi STEM (PASTEM) UMT dengan kerjasama Pusat Pembangunan dan Pengurusan Akademik (PPPA) telah menganjurkan Program Discover UMT 2022 pada 10 Ogos 2022 di Dewan Sultan Mizan UMT. Program yang diadakan buat kali keempat ini telah dihadiri oleh lebih 1000 orang murid sekolah seluruh negeri Terengganu. Di dalam Program Discover UMT 2022, antara daya penarik bagi program tahunan ini adalah pameran akademik oleh fakulti, pusat pengajian dan kumpulan penyelidikan seperti Kumpulan Penyelidikan Belangkas UMT (HCRG), Kumpulan Penyelidikan Lebah Kelulut UMT (SiG), dan Kumpulan Penyelidikan Kuda Laut UMT (CENSTRAC). Di samping itu, pengunjung juga tidak melepaskan peluang bagi menyertai pelbagai aktiviti amali yang disediakan oleh pempamer. Aktiviti-aktiviti amali yang dijalankan adalah seperti membina menara cawan, mathsery island, main-matik dan lightics


PUSAT ASASI STEM UMT exploration, teka nama ikan, model rawatan air, 3D printer dan projek Augmented reality (AR). Memeriahkan lagi Program Discover UMT 2022 ini, pihak urus setia telah mengadakan pameran projek-projek inovasi oleh murid-murid sekolah. Terdapat 10 projek inovasi yang telah terlibat pada tahun ini iaitu ROBOTIC, I-PROD, Green Shadow Puppet, Green Mee, Csierra, Cattapokka, E-fire starter, X-pan, Jet that Flying dan X-Tanders Bag.


PPPU UNIMAS KURSUS INDUKSI LIAISON OFFICER (KILO) 22/23 | 27 - 28 JULAI 2023 | Pada hari pertama, peserta diberikan taklimat mengenai skop tugasan LO sambil diperkenalkan kepada perjalanan program yang bakal berlangsung iaitu Sesi Pendaftaran Kolej, Minggu Aluan Pelajar (MAP), dan Majlis Ikrar Pelajar (MIP). Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dimana setiap kumpulan mempunyai skop tugasan yang berbeza seperti Majlis Protokol dan Teknikal, Fasilitator, JK Makanan dan JK Kecemasan. Kesemua maklumat tersebut diperoleh dalam masa satu hari sahaja, namun setiap LO yang terlibat berjaya memahami dan melaksanakan tugas masing-masing dengan baik. Bukan itu sahaja, peserta juga menjalani Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bagi mengenali rakan sepasukan dan secara langsung untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain. Salah satu aktiviti yang dilakukan adalah membentuk dan mencipta identiti kumpulan masing-masing. Sebagai contoh, LO diminta untuk mencipta logo kumpulan dan “war cry”. Memang tidak dapat dinafikan “war cry” yang telah dicipta mampu dipersembahkan secara kreatif dan menarik. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) ini sesungguhnya telah banyak mendidik peserta untuk bekerjasama dalam menjalankan tanggungjawab serta peranan secara berkumpulan.


PPPU UNIMAS Pada hari kedua, Jawatankuasa Liaison Officer (JKLO) telah membawa peserta ke Kozi Square, Kuching untuk melakukan LDK III. Pada saat ini, diakui peserta berpeluang meluangkan masa bersama dengan suasana aktiviti yang sangat menyeronokkan. Setiap kumpulan diarah untuk menyelesaikan tugasan yang diberi dan pemenang dipilih berdasarkan manamana kumpulan yang berjaya menyelesaikan kesemua tugasan tersebut dalam masa yang paling pantas sebelum dinobatkan sebagai johan. Di samping menyelesaikan tugas, setiap kumpulan juga perlu peka mencari “spy” yang ditugaskan untuk men-sabotaj kumpulan masingmasing. Mana-mana kumpulan yang gagal mengenal pasti serta tidak berjaya membuktikan spy tersebut dikira memenangi misi itu. Aktiviti seterusnya dilanjutkan dengan Majlis Penutupan KiLO dan Sesi Penyerahan Tugas kepada wakil Liaison Officer. Tepat jam 5 petang, semua aktiviti tamat dan peserta pun dibawa pulang ke Kolej Seroja. Aktiviti seharian yang dilaksanakan sememangnya memenatkan, tapi kami semua gembira kerana ia merupakan pengalaman yang amat bermakna dan sudah pasti amat sukar untuk dilupakan oleh kami semua.


PUSPA UniSZA P E N S Y A R A H P U S A T A S A S I U N I S Z A C E M E R L A N G DI INTERNATIONAL UNIVERSITY CARNIVAL ON E-LEARNING (IUCEL) 2022 Karnival yang bertemakan “Innovating Education for a Better Tomorrow” ini telah dianjurkan secara maya oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku tuan rumah IUCEL pada kali ini. Pada International University Carnival on E-Learning (IUCEL) 2022 ini, Pensyarah PUSPA telah dipilih sebagai penerima anugerah utama iaitu Outstanding eLearning Product/Project Award yang dianugerahkan kepada Dr. Siti Maisarah binti Aziz melalui produk inovasi beliau Electrico. Beliau merupakan seorang pensyarah dalam bidang fizik (Materials Science, Nanomaterials). Selain itu, bagi kategori Invention, Innovation & Design on e-Learning (IIDEL) Competition, warga PUSPA turut menyumbangkan dua pingat Emas bagi produk Diabetes Escape Board Game oleh Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Tarek Wafa, Pengarah PUSPA dan produk Enhancing Student’s Conceptual Understanding of Light via Game Based Learning : Lensos-M oleh Dr. Siti Maisarah binti Aziz. Secara keseluruhan, UniSZA telah menghantar sejumlah 23 penyertaan dan telah berjaya memenangi Sembilan (9) Emas, Sebelas (11) Perak dan Tiga (3) Gangsa.


PUSPA UniSZA | 27 - 30 MAC 2022 GGRRAADDUUAANN SSUULLUUNNGG AALLUUMMNNII PPUUSSPPAA Dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-13 pada 27-30 Mac 2022, seramai 15 orang alumni sulung Pusat Asasi sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) telah bergraduasi dan menerima Ijazah Sarjana Muda. Kesemua mereka telah mencapai keputusan yang cemerlang dengan salah seorang alumni menerima Anugerah Terbaik Fakulti dan seterusnya menerima pingat Ibnu Rushd. Mereka merupakan antara 3,047 orang graduan yang bergraduasi pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-13, di Dewan Al Muktafi Billah Shah, UniSZA Kampus Gong Badak. Alumni PUSPA menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa pengajian ijazah di UniSZA. Selain pengajaran akademik, PUSPA juga menitikberatkan bimbingan kerohanian dan jasmani. Para pelajar PUSPA mengikuti aktiviti sukan sunnah iaitu memanah dan berkuda. Selain itu, mereka juga turut terlibat dengan pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan seperti pertandingan Debat Inter Asasi, Kejohanan Sukan Asasi, Pertandingan Inovasi Inter Asasi (PIITRAM),


PUSPA UniSZA Kuiz Kimia Kebangsaan dan Malaysia Technology Expo (MTE). Dari segi kerohanian, sebelum memulakan kuliah para pelajar juga membaca ayat suci al-Quran dan solat sunat duha terlebih dahulu. Pelajar yang terpilih juga turut mengikuti kelas hafazan al-Quran yang dibimbing oleh tenaga pakar. Ringkasnya, PUSPA telah berjaya menghasilkan graduan yang cemerlang dalam akademik dan insaniah. Justeru itu, diharapkan agar graduan PUSPA akan menjadi insan yang dapat menyumbang kepada masyarakat dan negara.


PUSPA UniSZA TEROKAISTEM MELALUIUNISZA 25 MEI 2022 PROGRAM SEKOLAH ANGKAT Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) dengan kerjasama Fakulti Biosumber dan Industri Makanan, Fakulti Informatik dan Komputeran serta Persatuan Pelajar Pusat Asasi Sains dan Perubatan (FSAZA) telah menganjurkan Program Sekolah Angkat: Terokai Stem Melalui UniSZA kepada pelajarpelajar sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Tembesu (KOMSTEM) di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak. Seramai 40 orang pelajar Tingkatan Tiga dan Tingkatan Empat dari KOMSTEM telah terpilih untuk menyertai program yang merupakan kerjasama akademik pertama antara PUSPA dan sekolah angkat, KOMSTEM. Antara objektif program ini adalah untuk menarik minat pelajar sekolah kepada bidang STEM dan seterusnya menjadikan aliran sains sebagai aliran pilihan semasa di Tingkatan Empat. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mempromosikan Program Asasi Sains dan Perubatan dan program-program ijazah yang ditawarkan oleh UniSZA berkaitan bidang Sains dan Teknologi.


PUSPA UniSZA Program ini juga merupakan salah satu program khidmat masyarakat PUSPA khusus untuk pelajar sekolah dengan menjalankan aktiviti yang dapat memupuk minat para pelajar terhadap STEM disamping memberikan pendedahan terhadap kepentingan bidang STEM kepada pembangunan negara. Justeru, dengan penganjuran program ini diharap dapat merapatkan hubungan dan kelangsungan kerjasama akademik antara universiti dan sekolah berkaitan. Disamping itu, diharapkan juga agar inisiatif ini dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang menceburi bidang sains dan teknologi seiring dengan keperluan masa kini.


PUSPA UniSZA Pada tanggal 20 dan 21 April 2022, Pusat Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) telah mengadakan Program Ziarah Ramadan PUSPA 2022. Program ini merupakan satu program khidmat komuniti yang bertujuan untuk memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan sekitar Daerah Kuala Nerus. Pelaksanaan program ini amat bertepatan dan sejajar dengan hasrat UniSZA untuk menjadi universiti komuniti. Program ini diketuai sendiri oleh Pengarah PUSPA, Prof. Madya Dr. Sharifah Wajihah Wafa memimpin pasukan kakitangan PUSPA untuk menziarahi kediaman keluarga asnaf yang terpilih. Sumbangan berjaya disampaikan kepada 10 buah keluarga dalam bentuk hamper makanan dan wang tunai. Khidmat nasihat penjagaan kesihatan dan saringan kesihatan turut diberikan oleh pelajar alumni PUSPA yang sedang mengikuti program pengajian di Fakulti Sains Kesihatan sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program khidmat masyarakat ini. Program ini diyakini mampu menjadi perantaraan dalam memupuk perasaan bertimbang rasa dan keprihatinan terhadap komuniti lebih-lebih lagi di persekitaran setempat. Benih rasa simpati dan timbang rasa sewajarnya ditanam dan disuburkan dalam diri individu bagi membentuk


PUSPA UniSZA ummah yang sejahtera. Implikasi melalui program ini juga memperlihatkan keprihatinan warga universiti secara umumnya terhadap gaya hidup sihat masyarakat setempat. Amalan kesihatan yang baik dipercayai dapat membentuk diri, keluarga dan masyarakat yang positif. Malah, ia turut mencetus rasa insaf dan menerbitkan rasa syukur agar merasa sentiasa merasa cukup dan mengucapkan syukur atas segala nikmat kurniaan Allah swt. Besar harapan pihak PUSPA agar sumbangan yang disalurkan dapat meringankan beban mereka sekeluarga sepanjang bulan Ramadan dan seterusnya memberikan keceriaan pada mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi.


PUSPA UniSZA MENCIPTA KEJAYAAN MENCIPTA KEJAYAAN PELAJAR ASASI UNISZA DI MTE 2022 21 - 25 MAC 2022 MTE '22 Malaysia Technology Expo (MTE) 2022 merupakan ekspo inovasi dan program anugerah peringkat antarabangsa yang memberi penghargaan kepada pencipta dan innovator dalam bidang teknologi. Ekspo inovasi ini mampu membawa transformasi kepada industri, perkhidmatan awam dan menyumbang kepada kelestarian ekonomi. MTE 2022, yang diadakan secara maya, mengumpulkan lebih 8,014 pengunjung tempatan dan antarabangsa, mereka yang berminat untuk menghasilkan inovasi dalam pelbagai bidang terutamanya Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Penyertaan terbuka kepada bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi dari negara lain seperti Indonesia, Vietnam, Iran, dan beberapa negara lain lagi. Pada tahun ini, pelajar PUSPA telah mengulangi kejayaan yang dicapai semasa MTE 2021 tahun lalu dengan memenangi satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa dalam Anugerah Inovasi Belia Asia di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2022 yang berlangsung dari 21-25 Mac 2022.


PUSPA UniSZA Tiga projek yang dibangunkan oleh pelajar PUSPA ialah Permainan Meja Berkala (Teknologi Pendidikan dan Pedagogi), Tri-Fisioterapi untuk jari (Penjagaan Kesihatan, Teknologi Penjagaan Diri, Bioteknologi dan Sains Hayat) dan Smart Quito Lamp (Inovasi Sosial & Pengurusan Usahawan). Pingat emas dimenangi oleh projek yang dinamakan Permainan Jadual Berkala. Projek ini adalah mengenai permainan pendidikan yang bertujuan untuk membantu pelajar membiasakan diri dengan jadual berkala dan mengetahui cara meletakkan kedudukan unsur jadual menggunakan nombor atom tanpa perlu menghafalnya. Permainan ini juga mempunyai kod QR yang boleh diimbas oleh pelajar untuk mengetahui bagaimana konfigurasi elektronik diperoleh daripada jadual berkala.


KONTINGEN ASPER 8 JUN 2022 • UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA Majlis Apresiasi ASPer UPM Sudah menjadi adat dalam mana-mana pertandingan sama ada keputusan diraih adalah menang atau kalah.Jika kemenangan diperolehi, ianya satu imbuhan buat yang berusaha namun jika sebaliknya bukan bermakna tidak bagus tetapi rezeki kemenangan tidak memihak pada mereka.Yang paling utama adalah, semangat juang dan kegigihan para peserta itu wajar kita raikan. Lantaran itu, Pusat Asasi Sains Pertanian telah menganjurkan Majlis Apresiasi Kontinjen ASPer pada 8 Jun 2022. Majlis diadakan bertujuan meraikan para pelajar Asasi Sains Pertanian Sesi 2021/2022 yang telah mewakili Asasi UPM ke pertandingan yang dianjurkan hasil kemuafakatan Majlis Dekan/Pengarah Asasi UA dalam Sukan Asasi Malaysia (SAM2022), Debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Inter Asasi Universiti Awam, Festival Pantun Antara Asasi (FANTASI) 2022 dan Pertandingan Inovasi Inter Asasi Matrikulasi (PIITRAM 2022). Kontinjen ASPer bagi sesi 2021/2022 ini telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Norfifah binti Bachok @ Lati yang kini merupakan mantan Timbalan Pengarah (II), Pusat Asasi Sains Pertanian.


ASPer UPM Berikut merupakan acara serta pencapaian kontijen ASPer bagi sesi 2021/2022. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian, Prof Madya Dr. Marina binti Mohd. Top @ Mohd. Tah serta ahli pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian yang lain. Para pelajar menerima surat penghargaan dan hadiah atau medal dari pertandingan yang disertai.


Acara Catur: Pasukan ASPer telah mendapat Pingat Emas. Acara PUBG: Pasukan ASPer menjadi Finalist ke 8 daripada 16 pasukan Acara FIFA22: Pasukan ASPer sampai ke peringkat Quarter Finalist Mobile Legend: Pasukan ASPer sampai ke peringkat kelayakan kalah mati. Sukan Asasi Malaysia Universiti Awam (SAM2022) telah dianjurkan oleh Pusat Asasi UiTM di bawah seliaan Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam (Asasi Council). Penganjuran kali ini merupakan siri yang kelima sejak kali pertama diperkenalkan pada Tahun 2018. ASPer telah menghantar penyertaan dalam acara Catur, PUBG, Mobile Legend dan FIFA22 dengan kekuatan kontijen seramai 44 orang dengan pecahan 30 atlet, 8 pengurus pasukan dan 6 jurulatih. SAM2022 yang telah berlangsung pada 18-20 Mac 2022 telah mencatatkan keputusan seperti berikut: ASPer UPM RENTETAN PENCAPAIAN KONTINJEN ASPER 2022 SUKAN ASASI MALAYSIA(SAM) 2022 Atlet yang menyertai acara e-Sukan dalam Sukan Asasi Malaysia (SAM2022) dan pegawai pengiring bergambar kenangan bersama Pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian Atlet yang menyertai acara Catur dalam Sukan Asasi Malaysia (SAM2022) dan pegawai pengiring bergambar kenangan bersama Pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian


ASPer UPM RENTETAN PENCAPAIAN KONTINJEN ASPER 2022 SUKAN ASASI MALAYSIA(SAM) 2022 Atlet yang menyertai acara e-Sukan dalam Sukan Asasi Malaysia (SAM2022) dan Pegawai Pengiring bergambar kenangan bersama Pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian FESTIVAL PANTUN ANTARA ASASI (FANTASI) Festival Pantun Antara Asasi (FANTASI) 2022 yang dianjurkan oleh Pusat Asasi UIAM pada 21 hingga 23 Mac 2022. Pasukan Pantun dari Pusat Asasi Sains Pertanian mendapat hadiah busana terbaik dan memenangi RM300. Peserta FANTASI2022 dan pegawai pengiring bergambar kenangan bersama Pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian


ASPer UPM RENTETAN PENCAPAIAN KONTINJEN ASPER 2022 DEBAT INTER ASASI UNIVERSITI AWAM Pada 18 hingga 20 Mac yang lalu, ASPer telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam 2022 yang telah dianjurkan oleh Pusat Asasi Universiti Malaya (PASUM) secara dalam talian. Pertandingan Debat ini merupakan acara tahunan Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam (Asasi Council) yang dianjurkan sejak tahun 2020. Sebanyak 30 pasukan daripada 13 institusi yang telah menghantar penyertaan bagi dua kategori pertandingan iaitu kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. ASPer telah diwakili oleh empat pasukan debat yang terdiri daripada dua pasukan debat Bahasa Melayu yang terdiri daripada pasukan UPM A dan UPM B serta dua pasukan debat Bahasa Inggeris iaitu pasukan UPM 1 dan UPM 2. Bagi Kategori Bahasa Melayu, pasukan UPM B telah berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan Debat Bahasa Melayu setelah usul Isu Russia-Ukraine: Malaysia perlu kekal berkecuali ditolak oleh dewan pada pusing akhir pertandingan menentang pasukan UM B. Pasukan UPM A pula gagal mara ke pusingan suku akhir. Bagi kategori Bahasa Inggeris pula, pasukan UPM 1 dan pasukan UiTM 2 telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga bersama setelah usul 'This House believes that it is in ASEAN's best interest to seek closer ties with China rather than the United States' ditolak oleh dewan pada pusingan separuh akhir menentang pasukan UIAM 1. Pasukan UPM 2-pula gagal mara ke pusingan separuh akhir apabila tewas kepada pasukan UM 1 dengan usul This House regrets the rise of a 'Hookup Culture'. Peserta Debat Inter Asasi UA bergambar kenangan bersama Pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian


PERTANDINGAN INOVASI INTER ASASI MATRIKULASI (PIITRAM 2022) Pada 2 hingga 8 Mac 2022 lalu, Universiti Pertahanan Malaysia, UPNM telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi Kali Ke-2 (PIITRAM 2022). Pertandingan ini disertai oleh 30 wakil dari Asasi-asasi universiti awam dan Kolej-kolej Matrikulasi Malaysia. Hampir 288 penyertaan didaftarkan pada pertandingan kali ini. Pertandingan dijalankan secara maya atas talian menggunakan platform Zoom. Pusat Asasi Sains Pertanian, PASP telah menghantar sebanyak 6 penyertaan ke Pertandingan Inovasi Inter Asasi Matrikulasi (PIITRAM 2022). Penyertaan adalah dari tiga kumpulan pelajar (Kategori Pelajar) dan tiga kumpulan akademik (Kategori Pegawai Akademik). Kumpulan pelajar di bantu oleh tiga mentor dari Bidang Fizik PASP iaitu Dr. Ihwan Syafiq Bin Mohd Noor, Dr. Emma Ziezie Binti Mohamad Tarmizi dan Dr. Ya’akob Mansor. Kilauan pingat menerusi PIITRAM 2022 adalah seperti 2 Pingat Emas dan 1 Pingat Perak (Kategori Pelajar) dan 3 Pingat Perak (Kategori Pegawai Akademik) ASPer UPM RENTETAN PENCAPAIAN KONTINJEN ASPER 2022 Salah satu kumpulan kategori pelajar bersama mentor mereka bergambar kenangan bersama Pengurusan Pusat Asasi Sains Pertanian


ASPer UPM Kontinjen ASPer 2022 Sejuta penghargaan diberikan kepada semua yang terlibat dalam secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan Kontinjen ASPer dapat memberikan daya saing terbaik dalam kesemua pertandingan yang disertai. Moga pelajar Asasi Sains Pertanian akan terus menyinar dalam pelbagai aspek pada masa akan datang.


DON'T HIDE SPEAK UP! Pada 19 Januari 2022, Kaunselor Pelatih Pusat Asasi Pengurusan dengan Kerjasama Persatuan Kaunseling dan Psikologi UUM telah menganjurkan Forum Don't Hide, Speak Up! di Pusat Islam, UUM. Panel jemputan ialah ASP Hjh. Ellyia Ullfah Hj. Mazlan, Penolong Penguasa Polis D11 Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak, Bukit Aman dan Dr. Norazlina Zakaria, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, UUM. Program ini memberi impak positif kepada para pelajar kerana banyak info berkaitan akta dan kes jenayah seksual yang dikongsikan oleh para panel. Turut hadir ialah Puan Nur Shazwani Shariffudin, selaku penyelaras program, Noor Izzati Mohd Shabri, selaku pengarah program, ahli jawatankuasa program dan 181 pelajar Program Asasi Pengurusan Sesi 2021/2022. Sebanyak 1,000 tontonan telah direkodkan menerusi facebook live PAP. ASASI PENGURUSAN UUM


ASASI PENGURUSAN UUM SEMBANG SANTAI BERSAMA PENGARAH DAN BICARA INSPIRASI BERJAYA DAN KERJAYA 23 FEBRUARI 2022 Program Sembang Santai Bersama Pengarah dan Bicara Inspirasi Berjaya dan Kerjaya pada 23 Februari 2022 telah berlangsung dengan jayanya. Objektif program ialah sebagai platform perkenalan dan penyampaian amanat kepada para pelajar oleh Pengarah Pusat Asasi Pengurusan yang baharu iaitu Prof. Dr. Abdull Sukor bin Shaari. Slot kedua pula bertujuan untuk memberi suntikan motivasi dan panduan kepada para pelajar Program Asasi Pengurusan Kohort 8 dalam memilih program pengajian setelah tamat pengajian di Pusat Asasi Pengurusan. Sesi tersebut telah dijayakan oleh Encik Mokhtar bin Mohd Yusoff, Yang Dipertua, Majlis Guru Kauseling Kedah. Sebagai salah seorang Alumi UUM, beliau telah berkongsi ilmu dan pengalaman serta tips untuk berjaya dalam kerjaya dan pengalaman beliau ketika menuntut di Universiti Utara Malaysia. Beliau juga telah berkongsi formula untuk Berjaya iaitu “ABCDEF” di mana Attitude (A), Belajar (B), Cikgu atau Pensyarah (C), Doa (D), Emak dan Ayah (E) serta Fokus (F).


SUKAN ASASI MALAYSIA (SAM) 2022 PERTANDINGAN INOVASI INTER-ASASI MATRIKULASI (PIITRAM) 2022 PAPUUM telah menyertai PITTRAM yang diadakan pada 2 Mac 2022 hingga 8 Mac 2022 secara dalam talian. Pertandingan berprestij ini merupakan karnival tahunan anjuran Majlis Dekan/Pengarah Pusat Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi. UPNM selaku tuan rumah PITTRAM 2022 telah memilih tema “Engaging Trough Innovation, Empower The Future”. Tahniah diucapkan kepada 9 kumpulan PIITRAM 2022 yang mewakili PAPUUM kerana telah berjaya meraih 2 pingat emas, 4 perak dan 3 gangsa. Pada 18 Mac 2022 telah berlangsungnya Sukan Asasi Malaysia ke-V. PAPUUM telah menghantar 2 pasukan Mobile Legends dan 3 orang pemain untuk FIFA 2022. ASASI PENGURUSAN UUM


DEBAT INTER ASASI 2022 Pada 19 Mac 2022, telah berlangsungnya Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam 2022. Pasukan Bahasa Melayu telah berjaya melayakkan diri mereka hingga ke pusingan separuh akhir. Lebih membanggakan, saudara Azim Siddiq telah mendapat tempat pertama bagi pembahas terbaik keseluruhan dan saudara Aiman Zaid juga berjaya mendapatkan pembahas terbaik pusingan. ASASI PENGURUSAN UUM


IHYA' RAMADHAN 2022 Pada 7 April 2022, telah berlangsungnya program Ihya' Ramadhan iaitu majlis berbuka puasa serta tazkirah anjuran Biro Kerohanian PAPUUM. Program berlangsung di Dewan Terbuka INASIS TNB. ASASI PENGURUSAN UUM


INTELLECTUAL DISCOURSE MENEBUK LANGIT: KUASA DAN KENDALI BAHASA Pada 25 Mei 2022, telah berlangsungnya program secara atas talian, Intellectual Discourse Menebuk Langit: Kuasa dan Kendali Bahasa. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Profesor Madya Dr. Hishamudin Bin Isam, Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa), Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, Universiti Utara Malaysia kerana sudi meluangkan masa untuk berkongsi ilmu bersama-sama para pelajar PAP sesi 2021/2022. Semoga dengan berlangsungnya program ini para pelajar Asasi kohort 8 dapat mengambil pelbagai pengajaran yang disampaikan. ASASI EDUCATION FAIR: PROMOSI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA Telah berlangsungnya program Asasi Education Fair: Promosi Program Ijazah Sarjana Muda pada 1 Jun 2022. Sebanyak 18 pusat pengajian Universiti Utara Malaysia telah menyertai karnival promosi yang diadakan di Dewan Bunga Raya, INASIS MAS. Objektif program adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar Asasi Kohort 8 berkenaan program-program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UUM. ASASI PENGURUSAN UUM


ASASIAN APPRECIATION & CEREMONIA LA ACADEMIA Pelajar PAPUUM diseru agar menjadi pemimpin yang mampu membawa perubahan dengan memperkenalkan polisipolisi yang boleh membantu masyarakat.Hasrat berkenaan disuarakan Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah di hadapan 181 pelajar program Asasi Pengurusan pada Majlis Makan Malam 'Asasian Appreciation & Ceremonia La Academia' di EDC UUM, baru-baru ini. “Dengan kuasa yang ada di tangan pelajar pada ketika itu sebagai pemimpin negara mungkin (satu hari nanti), datangkanlah dasar-dasar yang boleh membela nasib mereka di luar sana,” ujarnya. Selain itu juga, Haim Hilman turut menitipkan pesanan agar pelajar sentiasa mempunyai sifat merendah diri.“Jangan pernah merasa diri kita sempurna. Jangan pernah merasa diri kita pandai kerana ada orang lebih pandai daripada kita. Jangan pernah merasa kita baik kerana ada orang lebih baik daripada kita. “Orang melihat kita baik di mata masyarakat kerana Allah menutup aib kita walaupun kita banyak dosa dan kelemahan. Allah tutup aib kita kerana Allah sayang kita. Oleh itu, jika kita sayangkan sahabat kita, kita tutuplah aib mereka. Jika mereka dipersendakan jadilah pembela mereka kerana mungkin ketika itu mereka dalam keadaan yang lemah,” nasihat beliau lagi. Selain meraikan para pelajar yang bakal menamatkan pengajian, Haim Hilman turut menganugerahkan beberapa anugerah kepada pelajar cemerlang. Sementara itu Pengarah Pusat Asasi Pengurusan UUM, Prof. Dr. Abdull Sukor Shaari turut berpesan agar pelajar menjadi suri teladan dalam semua aspek, di samping dapat mengekalkan kecemerlangan akademik agar mengikut jejak langkah alumni kohort 1 dan kohort 2 yang menerima Anugerah Pelajaran Diraja. Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed dan Pengetua INASIS MALTEN, Dr. Rohani Abdullah. ASASI PENGURUSAN UUM


Click to View FlipBook Version