PASUM PASUM BUDDYiZ 3.0 Industrial Talk With PLAS Universiti Malaya - Unit Alumni, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para Alumni PASUM yang telah menjayakan program PASUM BUDDYiZ 3.0 Indutrial Talk With PLAS pada 7 Januari 2022 (Jumaat), melalui platform MS Teams Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar PASUM sesi 2021/2022 berkenaan realiti alam kerjaya serta perkongsian tips daripada alumni yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing, antaranya: 1. Dato’ Ir Wan Nazari Wan Jusoh, CEO WNA Consultant Sdn Bhd. 2. Dato’ Abdul Rashid Musa, Presiden UMW Corporation. 3. Tuan Hj Ridzuan A. Idrus, CEO Putra Al-Mawashi Genetics Sdn Bhd. Program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada para pelajar serta berjaya mengeratkan hubungan silaturahim DI antara staf, pelajar dan juga alumni. Semoga program yang bermanfaat seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang. PASUM terus maju! .
PASUM PASUM BUDDY GROUP - SCIENTIST CAN COMMUNICATE Universiti Malaya - Bahagian Kimia, Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) telah menganjurkan sebuah program yang bertajuk Scientist Can Communicate dan melibatkan barisan pensyarah daripada pelbagai bahagian seperti Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik pada 17-21 Januari 2022. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan serta peluang kepada pelajar mengekspresikan diri mereka sebagai seorang saintis. Hal ini disebabkan pihak PASUM yakin dan percaya bahawa antara kemahiran yang perlu dimiliki oleh pelajar aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik (STEM) adalah kemahiran menyampaikan maklumat dan berkomunikasi secara efektif. “ "Terima kasih diucapkan kepada para pensyarah PASUM kerana menganjurkan program yang sangat bermanfaat ini. Saya berpeluang mempelajari kaedah menyampaikan maklumat berasaskan sains dengan berkesan, dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri saya untuk merealisasikan cita-cita sebagai seorang pensyarah pada masa akan datang.”, kata Amirul Hamzah, salah seorang peserta program Scientist Can Communicate. Selain daripada penyampaian dan perkongsian secara lisan, para pelajar juga berpeluang mengekspresikan idea dan inovasi mereka melalui poster bertemakan “How Are You As A Scientist.” Semoga program yang bermanfaat ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang demi manfaat para pelajar.
Pusat Asasi Pertahanan (PAP) berperanan utama sebagai pusat penyaluran (feeder) kepada pelbagai program Ijazah Sarjana Muda di UPNM iaitu dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi, Pengurusan dan Perubatan. PAP menawarkan 3 Program Asasi iaitu Asasi Kejuruteraan dan Teknologi (Z0470), Asasi Pengurusan dan Strategi (Z0220), Asasi Perubatan (Z0080) dan elektif Program Pengajian Islam. Pelajar PAP juga diberi peluang mempelajari beberapa aspek ketenteraan bagi memantapkan sahsiah mereka sebagai sumber tenaga yang berwibawa untuk mendukung pentadbiran negara.Pelajar yang mengikuti program pengajian di UPNM terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu pelajar kadet yang mendapat tajaan Kementerian Pertahanan dan pelajar awam. ASASI PERTAHANAN UPNM PERTANDINGAN INOVASI INTERASASI MATRIKULASI MALAYSIA (PIITRAM) 2022 Pada 2 hingga 4 Mac 2022, PAP telah diberi penghormatan sebagai tuan rumah Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi Malaysia (PIITRAM) 2022. Edisi kedua pertandingan ini telah dianjurkan bersama Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam Malaysia. Edisi kedua pertandingan inovasi ini dijalankan secara atas talian dan menawarkan sebanyak 4 kategori iaitu Pelajar Sains dan Teknologi, Pelajar Sains Sosial, Kakitangan Akademik dan Kakitangan Pentadbiran. Majlis perasmian PIITRAM 2022 yang berlangsung pada tanggal 2 Mac 2022 telah disempurnakan oleh Prof. Dato' Dr. Husaini B. Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Lanjutan itu, pertandingan ini diteruskan selama 3 hari dan dibahagikan kepada 6 sesi pembentangan yang diadakan melalui platform ‘Zoom’. Bertemakan ‘Engaging through innovation, empower the future’, PIITRAM 2022 telah mengundang sebanyak 288 penyertaan dari pada pelbagai Pusat Asasi dan Kolej Matrikulasi seluruh Malaysia. Kesemua idea inovasi ini telah dibentangkan dalam bentuk pembentangan video dan poster. Barisan juri-juri telah dipilih dari kalangan kakitangan akademik daripada bidang-bidang yang berkaitan.
Pada tanggal 8 Mac 2022, majlis penutup dan pengumuman pemenang telah dilangsungkan secara atas talian. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Zainal Abidin Bin Abu Hassan yang mewakili Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Senarai pemenang bagi kategori Inovasi Terbaik dan Poster Terbaik turut diumumkan semasa upacara tersebut. Pada majlis tersebut juga, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin telah menerima anugerah khas selaku institusi yang menghantar penyertaan terbanyak. ASASI PERTAHANAN UPNM
Di samping pertandingan inovasi, seramai 5 orang tokoh juga telah dipilih sebagai Ikon Inovasi PIITRAM 2022 hasil sumbangan dan kecemerlangan dalam bidang inovasi. Ikon-ikon tersebut ialah Ts Mohamad Sukor Zainal Abiddin, Encik Ibrahim Fikry, Encik Muhammad Asif bin Zulkifli, Profesor Madya Ts Gs Dr. Muhamad Azani Bin Yahya, dan Profesor Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah. PERTANDINGAN DEBAT INTER ASASI UNIVERSITI AWAM 2022 Pada 18 hingga 20 Mac 2022, seramai 3 pasukan yang terdiri daripada pelajar PAP telah menyertai Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam 2022 yang telah dianjurkan oleh Universiti Malaya. Pertandingan ini dijalankan secara atas talian bagi mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Penyertaan PAP terdiri daripada 2 pasukan debat Bahasa Melayu dan 1 pasukan debat Bahasa Inggeris. ASASI PERTAHANAN UPNM
FESTIVAL PANTUN ASASI ‘22 Pada 21 hingga 23 Mac 2022, PAP buat julung kalinya telah menyertai Festival Pantun Asasi (FANTASI 2022) yang dianjurkan oleh Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bertempat di Gambang, Pahang. Pasukan PAP yang dianggotai oleh Nur Umairah Nawarrah Mohd Nizam, Shahrul Amin Bin Nozi, Muhammad Nur Fawwiz Bin Bolkiah Nursaiyidah Binti Sjaiful Anwar dan Muhammad Zulkaie Haikal Bin Mohd Runzi telah berjaya melepasi peringkat kumpulan dalam pertandingan tersebut sebelum tewas pada peringkat suku akhir. MAJLIS APRESIASI PELAJAR ASASI (MAPS) SESI AKADEMIK 2021/2022 Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Asasi (JPPA) 2021/22 dengan kerjasama pihak pengurusan PAP buat julung kalinya telah mengadakan Majlis Apresiasi Pelajar Asasi Sesi 2021/22. Bertempat di Dewan Theaterette UPNM, majlis ini berlangsung dengan jayanya pada 22 April 2022 dengan dihadiri oleh para pelajar, pengurusan tertinggi PAP dan para pensyarah. Pada majlis ini, para pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang pada Semester 1 2021/22 telah diberi penghargaan. Selain itu, para pelajar yang aktif dalam mewakili PAP dalam aktiviti ko-kurikulum turut diraikan dalam majlis yang sama. Anugerah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof Madya Ts Dr Norhana Binti Abdul Halim selaku Pengarah PAP ASASI PERTAHANAN UPNM
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2021/22 Peperiksaan akhir semester 2 sesi 2021/22 telah diadakan bermula Selasa 12 April 2022 sehingga 27 April 2022. Peperiksaan kali ini diadakan secara bertulis di beberapa lokasi seperti Dewan Peperiksaan Bangunan Lestari, Dewan Pendekar serta Kompleks Bilik Kuliah Bangunan Jauhari bagi memastikan pematuhan SOP semasa. Kesemua pelajar asasi dari programprogram Asasi Perubatan, Asasi Kejuruteraan dan Teknologi serta Asasi Pengurusan dan Strategi telah menduduki peperiksaan ini di kampus UPNM Hasil usaha pihak pengurusan PAP dan kerjasama pensyarah dan kakitangan PAP, peperiksaan akhir semester 2 berjaya berlangsung dengan jaya tanpa sebarang insiden tidak diingini. ASASI PERTAHANAN UPNM
PUSAT ASASI UIAM BAKUL RAYA INFAQ 1.0 25 APRIL 2022 Pusat Asasi UIAM dengan kerjasama kakitangannya telah melancarkan kempen sumbangan Bakul Raya 1.0 bagi memenuhi keperluan asasi para pekerja am dan sekuriti di kampus Gambang pada 26 April 2022. Bersempena dengan sambutan Aidil Fitri 2022 bakul makanan asas kepada sekurang kurangnya 130 pekerja am dan pengawal keselamatan yang bertugas di kampus Gambang. Bakul makanan tersebut mengandungi beras,minyak masak, biskut dan barangan makanan asas yang lain. Ianya telah disempurnakan dan diagihkan kepada semua pekerja tersebut oleh Tuan Haji Murshid Kassim, Dekan Pusat Asasi UIAM diiringi oleh Puan Shahrizad Sa-Idul Haj, Pengarah Pentadbiran pada majlis ringkas yang bertempat di Dewan Peperiksaan Al-Jurjani, Kampus Gambang. Kempen ini menyediakan
PUSAT ASASI UIAM F A N T A S I ' 2 2 FESTIVAL PANTUN ASASI PROGRAM PANTUN PERTAMA PERINGKAT ASASI SELURUH MALAYSIA Gambang, 23 Mac - Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (CFS UIAM) Kampus Gambang dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Majlis Dekan dan Pengarah Asasi Universiti Awam Malaysia, telah mengadakan Festival Pantun Antara Asasi (FANTASI) 2022. Program ini merupakan program yang julung kalinya diadakan pada peringkat asasi dan matrikulasi seluruh Malaysia. Festival pantun ini diadakan selama 3 hari iaitu bermula pada 21 sehingga 23 Mac 2020 dan telah disertai oleh 10 pasukan kesemuanya yang terdiri dari Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (CFS UIAM), Pusat Asasi Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Pusat Asasi Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pusat Genius@Pintar Negara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusat Asasi STEM Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pusat Asasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Pusat Pengajian Pra-Universiti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh).
PUSAT ASASI UIAM Objektif festival ini adalah untuk mempromosi dan menghargai budaya melalui pantun Melayu terutamanya dalam kalangan muda-mudi masa kini. Peserta perlawanan pantun akan melalui pusing saringan, suku akhir, separuh akhir dan hanya dua pasukan berentap pada Majlis Penutupan dan Perlawanan Akhir Festival Pantun Antara Asasi (FANTASI) 2022 yang diadakan pada 23 Mac 2022 bermula jam 8.00 malam hingga 11.40 malam. Majlis penutupan festival ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara merangkap Pengerusi Yayasan Budi yang turut merupakan penaja utama festival ini. Pemenang tempat pertama FANTASI ini diraih oleh pasukan dari UIAM (A) yang membawa pulang wang tunai RM2000. Manakala, tempat kedua juga diraih oleh pasukan dari UIAM (B) yang membawa pulang wang tunai RM1500. Tempat ketiga yang membawa pulang RM1000 dimenangi oleh pasukan dari UiTM. Hadir bersama pada Majlis Penutupan dan Perlawanan Akhir FANTASI tersebut ialah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Ybhg. Datuk Abang Sallehuddin Bin Awang Shokeran, ahli Pengurusan tertingi UIAM, ahli Majlis Dekan dan Pengarah Asasi Universiti Awam Malaysia, kakitangan pentadbiran, pensyarah serta para pelajar.
PUSAT ASASI UIAM FLAGSHIP PUSAT ASASI UIAM SEMPENA ULANGTAHUN PERTUBUHAN UIAM KE-40 KEMPEN HARI TANPA KERETA Bersempena dengan sambutan ulangtahun penubuhan UIAM yang ke-40, Pusat Asasi UIAM Gambang telah melancarkan kempen Hari Tanpa Kereta di kampus Gambang. Bermula pada Disember 2021, kempen itu akan berlangsung sehingga Mei 2022. Kempen tersebut merupakan kempen dimana semua kakitangan, pelajar dan komuniti kampus Gambang tidak menggunakan sebarang kenderaan yang menghasilkan asap ekzos di dalam kawasan kampus Gambang. Fokus kempen ini adalah untuk mengurangkan pergerakan kenderaan yang menyumbang kepada pencemaran udara di dalam kawasan kampus. Ini merupakan salah satu daripada inisiatifinisiatif yang berada di bawah Projek Flagship Pusat Asasi UIAM Gambang yang bertemakan Kampus Hijau dan Bebas Karbon.
PUSAT TAMHIDI USIM PUSAT TAMHIDI Menyapu PIITRAM '22 di ANJURAN UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA | 2 MAC 2023 - 4 MAC 2023 Pusat Tamhidi mencipta kecemerlangan tersendiri dengan membawa pulang 10 pingat menerusi Pre-University Malaysia Innovation Competition (PIITRAM 2022) yang dianjurkan oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini. Dalam pertandingan tersebut, Pusat Tamhidi berjaya membawa pulang lima pingat emas, empat pingat perak dan satu pingat gangsa. Pingat emas disumbangkan melalui inovasi dalam kategori pelajar menerusi projek Edible pH Sensor from Smart Fresh Milk Packaging dan ArduPost: Flood Water Solution Tool for Urgency Purpose. Manakala pingat emas dirangkul melalui kategori ahli akademik pula disumbangkan oleh CepatTajweed, IMinassah dan Assessing Student’s Psychomotor Performance Using Edible pH Indicator Experiment at Home. Pusat Tamhidi.
PUSAT TAMHIDI USIM Karnival ini menyaksikan sebanyak lebih 300 penyertaan dari pelbagai Pusat Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi yang diadakan secara maya. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan pada karnival PIITRAM 2022 iaitu kategori pelajar, kategori ahli akademik dan juga kategori pentadbir. Pertandingan PIITRAM 2022 merupakan pentas terbaik bagi para inovator dalam kalangan pelajar, ahli akademik dan pentadbir untuk berkongsi praktis terbaik serta inovasi melalui produk yang dibentangkan. “Sekalung tahniah dan pujian saya ucapkan kepada semua inovator Pusat Tamhidi kerana berjaya membawa pulang lima pingat emas pada tahun ini. Satu pencapaian yang lebih baik dari tahun sebelum ini. Inilah pentas terbaik bagi warga Pusat Tamhidi untuk mempamerkan kreativiti dalam menyelesaikan sebarang isu dan masalah disamping meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi” ujar PM. ChM. Dr Juliana Binti Jumal, Pengarah Pusat Tamhidi.
PUSAT TAMHIDI USIM KEJOHANAN DEBAT PIALA NAIB CANSELOR PERKASA POTENSI MAHASISWA DARI PUSAT TAMHIDI Pasukan pendebat Pusat Tamhidi telah berjaya mengungguli gelaran Naib Johan bagi kategori Debat Bahasa Inggeris dalam Kejohanan Debat Piala Naib Canselor 2022 baru-baru ini. Pasukan ini terdiri daripada Alea Jefferizan, Izz Nurryn Mohd Riza, Irdina Sofea Fahisham dan Sumaiyah Ramlee telah membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM1000, manakala pendebat terbaik pertandingan akhir pula menerima hadiah wang tunai RM100. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof Dr. Adnan dalam ucapan perasmiannya berkata, penglibatan mahasiswa dalam kejohanan ini merupakan medan terbaik bagi mahasiwa menggilap potensi diri bermula dari Pusat Tamhidi. “Saya melihat banyak potensi yang boleh digilap khususnya pendebatpendebat dari Pusat Tamhidi, walaupun mereka masih baru disini tetapi mereka dilihat sangat cemerlang dan kompeten dalam setiap kejohanan yang diadakan melihat kepada siri-siri kejayaan sebelum ini”.
PUSAT TAMHIDI USIM “Pujian dan ucapan tahniah saya zahirkan juga kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Urusetia Kelab Debat kerana tetap mengambil inisiatif untuk meneruskan tradisi tahunan ini dengan menganjurkan secara dalam talian bagi menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia menyekat penularan virus COVID-19 dengan melaksanakan aturan debat dalam norma baharu” tambah beliau. Kejohanan debat anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Urusetia Kelab Debat USIM ini telah memasuki edisi ke Lima Belas sejak kali pertama ia diadakan pada tahun 2007.
Pasukan Recreation Pusat Tamhidi USIM telah berjaya merangkul tempat ketiga bagi kategori Mobile Legend Bang Bang dalam Kejohanan Sukan Asasi Malaysia 2022 bermula pada 18 hingga 20 Mac yang lalu. Penganjuran kejohanan ini adalah secara dalam talian bagi menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia menyekat penularan virus COVID19. Justeru, pertandingan E-Sport sahaja yang dapat dilaksanakan seperti pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Playerunknown’s Battlegrounds (PUBG), DOTA 2, E-Catur dan FIFA 22. Pusat Tamhidi telah menghantar 7 pasukan bagi menyertai bagi kesemua pertandingan tersebut. PUSAT TAMHIDI USIM PUSAT TAMHIDI SUKAN ASASI MALAYSIA (SAM 2022) 18 MAC 2022 - 20 MAC 2022 “Kejohanan ini bertujuan untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk bergiat aktif dalam aktiviti e-Sport disamping membina semangat juang dan tidak putus asa dalam kalangan mahasiswa. Jutaan tahniah dan syabas saya ucapkankan kepada para pemenang!” ujar Encik Mohd Naqiudin Bin Che Ibrahim selaku Penyelaras Sukan Pusat Tamhidi USIM.
TAAMMHHIIDDII SSYYAARRIIAAHH DDAANN UUNNDDAANNGG--UUNNDDAANNGG RRAANNGGKKUULL JJOOHHAANN KKEESSEELLUURRUUHHAANN PPEERRTTAANNDDIINNGGAANN BBAAHHAASSAA AARRAABB YYAALLLLAA AARRAABBIIYYYYAAHH 22002222 PUSAT TAMHIDI USIM Kejohanan ini dianjurkan oleh Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan telah memasuki edisi kelima sejak mula dianjurkan pada tahun 2018 dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah dipilih menjadi hos Kejohanan Sukan Asasi Malaysia (SAM) bagi edisi keenam pada tahun 2023. 8 APRIL 2022 Tamhidi Syariah dan UndangUndang (TSU) Pusat Tamhidi, USIM sekali lagi dinobatkan sebagai johan keseluruhan dalam pertandingan bahasa Arab Yalla Arabiyyah 2022. Program tahunan ini telah memasuki edisi ketujuh sejak mula dianjurkan pada tahun 2016. Keseluruhan lima acara telah dipertandingkan iaitu pertandingan video pendek, satu minit berbahasa Arab, poster, nasyid dan kuiz bahasa Arab. Pengarah Pusat Tamhidi, PM. ChM. Dr Juliana Binti Jumal dalam ucapan perasmiannya berkata, program berbahasa Arab ini sebenarnya adalah
PUSAT TAMHIDI USIM pentas terbaik bagi pelajar Pusat Tamhidi untuk mengukuhkan lagi kemahiran berkomunikasi dan bertutur dalam bahasa Arab disamping mengasah bakat serta kreativiti melalui pertandingan yang dianjurkan. “Program ini dapat mewujudkan susasana berbahasa Arab sebagai bahasa komunikasi di kalangan pelajar dan seterusnya membantu para pelajar dalam meningkatkan keyakinan diri semasa bertutur dalam bahasa Arab. Secara tidak langsung, program ini juga dapat mencungkil bakat dan kreativiti yang ada dalam diri pelajar ketika pertandingan” ujar beliau. Program ini juga berjaya menarik minat pelajar untuk mempraktikkan bahasa Arab di luar kelas. “Melalui program seumpama ini saya dapat mengaplikasikan bahasa Arab dalam kehidupan harian saya bersama rakan-rakan disamping membina keyakinan dan semangat apabila bertutur”, berkata Amirul Izzat Bin Lokman Nor, salah seorang peserta program. “Harapan saya adalah program ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang, program ini dapat memupuk semangat cinta kepada bahasa Al-Quran” tambah beliau. Anugerah peserta terbaik program berjaya dirangkul oleh Saudari Nur Liyana Zawani Binti Izdihar, pelajar Tamhidi Sains Perubatan, Pergigian dan Sains. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Tamhidi, PM. ChM. Dr Juliana Binti Jumal. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!
PUSAT TAMHIDI USIM MENTERI PENGAJIAN TINGGI LUANGKAN MASA BERSAMA PELAJAR PUSAT TAMHIDI Pada tanggal 9 Februari 2022, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah meluangkan sedikit masa untuk melawat pelajar Pusat Tamhidi USIM yang terlibat dalam kemalangan. Turut hadir YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM, serta Prof. Madya Dr. Juliana Jumal, Pengarah Pusat Tamhidi. Terdahulu, seramai empat pelajar dilaporkan cedera selepas bas persiaran yang dinaiki tujuh belas pelajar itu terbabas dan melanggar sebatang pokok ketika perjalanan ke kampus.
PUSAT TAMHIDI USIM PPUUSSAATT TTAAMMHHIIDDII IIMMAARRAAHHKKAANN RRAAMMAADDAANN DDAALLAAMM NNOORRMMAA BBAAHHAARRUU Pusat Tamhidi melalui Jawatankuasa Barakah dan Isu Syariah dengan kerjasama Kepimpinan Sekreteriat Pelajar Tamhidi telah menganjurkan pelbagai aktiviti kerohanian Pusat Tamhidi sepanjang bulan Ramadhan. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah majlis sambutan Nuzul Al-Al-Quran yang diadakan pada 23 April 2022. Tidak ketinggalan juga program Tilawah dan Tadarus al-Quran anjuran Nadi Huffaz Tamhidi (NAFFDI) telah juga dijalankan sepanjang bulan Ramadhan. Pengisian program ini diserikan dengan sesi tadabbur dan tadarus berkumpulan antara pelajar pada setiap hari Sabtu. Antara lain adalah majlis berbuka puasa bersama pelajar. Ini merupakan inisiatif warga Pusat Tamhidi khususnya warga pendidik memberi sumbangan kepada pelajar yang kurang berkemampuan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang!
PROGRAM MATRIKULASI KPM AKTIVITI PELAJAR ANJURAN BAHAGIAN MATRIKULASI Pada 12 Februari 2022, Bahagian Matrikulasi (BM) dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Perlis telah menganjurkan Matriculation Jump Rope Virtual Challenge Tahun 2022. Pertandingan ini bertujuan membangunkan dan menyerlahkan potensi pelajar Program Matrikulasi. Empat kategori yang dipertandingkan iaitu Anugerah Khas Kreativiti Kategori Lelaki dan Perempuan serta Single Rope Speed 1 Minute Kategori Lelaki dan Perempuan. Seramai 350 pelajar yang telah mengambil bahagian secara maya daripada 15 kolej matrikulasi seluruh Malaysia. PENGIKTIRAFAN PENGANTARABANGSAAN 11 Julai 2022 - Program Matrikulasi KPM telah berjaya mendapatkan pengiktirafan daripada dua buah universiti baharu oleh Australia iaitu Royal Melbourne Institue of Technology (RMIT) dan Swinburne University of Technology bagi kemasukan lepasan Program Matrikulasi KPM ke universiti tersebut. Sehubungan dengan itu, pelajar lepasan Program Matrikulasi KPM adalah layak untuk memohon kemasukan ke peringkat ijazah pertama ke universiti tersebut mulai tahun 2022.
PROGRAM MATRIKULASI KPM MAJLIS PENYAMPAIAN DERMASISWA PROGRAM SEMARAK ILMU YAYASAN PELAJARAN MARA - Bahagian Matrikulasi berbesar hati atas penganjuran Majlis Penyampaian Penajaan bawah Pembiayaan Pendidikan Tertiari Program Semarak Ilmu Yayasan Pelajaran MARA (YPM) kepada pelajar Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2021/2022 yang telah diadakan di Hotel Primiera, Menara MARA. Majlis ini dihadiri oleh YBrs. Dr. Rosnarizah binti Abdul Halim, Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM dan dirasmikan oleh YBrs. Tuan Mohd Amran bin Mohd Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA. Turut hadir bersama-sama di majlis ini ialah pelajar-pelajar JPPro Kolej Matrikulasi Selangor, pengarah-pengarah setiap kolej matrikulasi bagi mewakili pelajar-pelajar kolej masingmasing dan pegawai-pegawai Bahagian Matrikulasi KPM. Setiap pelajar mendapat surat penajaan dan diraikan pada sesi berbuka puasa bersama-sama dengan pengurusan Yayasan Pelajaran MARA. Usaha Bahagian Matrikulasi KPM dalam mendapatkan penajaan pendidikan kepada pelajar-pelajar Program Matrikulasi ini adalah seiring dengan Pelan Transformasi Program Matrikulasi 2021-2025 di bawah teras 2, KPI 15 yang memfokuskan kepada usaha meningkatkan jalinan strategik antara Bahagian ini dengan badan-badan penaja yang berpotensi bagi Program Penajaan Pendidikan Program Matrikulasi KPM. YPM telah meluluskan penajaan kepada 29 orang pelajar Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2021/2022 bawah Program Semarak Ilmu Yayasan Pelajaran MARA. Pelajarpelajar ini terdiri daripada 17 pelajar Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) dari Kolej Matrikulasi Selangor dan sembilan orang pelajar Jurusan Sains dan tiga orang pelajar Jurusan Perakaunan yang cemerlang akademik dari Kolej Matrikulasi Kedah, Kolej Matrikulasi Johor, Kolej Matrikulasi Perak, Kolej Matrikulasi Pahang, Kolej Matrikulasi Melaka dan Kolej Matrikulasi Kelantan. Setiap pelajar JPPro akan mendapat tajaan sejumlah RM 7,500.00, manakala bagi pelajar Jurusan Sains dan Jurusan Perakaunan akan mendapat tajaan sebanyak RM 3,000.00 secara tunai.
PROGRAM MATRIKULASI KPM ANUGERAH GURU INOVATIF KATEGORI INDIVIDU LEPAS MENENGAH Tahniah kepada Encik Shakirin Ahmad Bakary, Pensyarah Sains Komputer Kolej Matrikulasi Perak atas Anugerah Guru Inovatif kategori Individu Lepas Menengah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2022. Inovasi yang dipertandingkan bertajuk G.I.L.5E (Google Integrasi Lightboard dalam model pengajaran dan pembelajaran 5E). G.I.L.5E merupakan inovasi yang berasaskan gabungan 2 elemen iaitu elemen aplikasi Google dan elemen Lightboard menerusi model pengajaran dan pembelajaran 5E. Lightboard ialah papan putih lutsinar yang diperbuat daripada kaca dengan pencahayaan dalaman untuk menjadikan tulisan bercahaya. Lightboard membolehkan pendidik menulis dan melukis sambil mengekalkan hubungan mata untuk menyampaikan mesej mereka dengan cara yang semula jadi dan menarik. Penggunaan Lightboard boleh dilakukan secara siaran langsung atau dirakam. PERLAWANAN FUTSAL PERSAHABATAN ALUMNI PROGRAM MATRIKULASI BERSAMA DENGAN YB. MENTERI KANAN (YBMK) DATUK DR. RADZI JIDIN Julung kali diadakan, Perlawanan Futsal Persahabatan anjuran Alumni Program Matrikulasi bersama dengan Bahagian Matrikulasi (BMKPM) pada 23 Julai 2022 yang bertempat di Gelanggang Mokhtar Dahari, Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya. Perlawanan ini akan melibatkan pasukan daripada Alumni Program Matrikulasi, Bahagian Matrikulasi, warga Kolej Matrikulasi Selangor (KMS) dan Pasukan YBMK. Program ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara alumni dengan Bahagian Matrikulasi. Perlawanan persahabatan ini telah berakhir dengan kemenangan oleh pasukan alumni Program Matrikulasi.
AKHIR KATA Sebagai penutup, pihak Redaksi ingin mengmbil kesempatan untuk mengucapkan ketidakterhinggan terima kasih dengan komitmen yang diberikan oleh kesemua wakil Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi. Semoga segala usaha dan kerjasama yang telah kalian berikan bagi menjayakan Buletin Edisi ke-3 ini akan mendapat ganjaran kebaikan daripada Tuhan Yang Maha Esa. Galilah ilmu sebanyak mungkin, timba pengalaman secukupnya dan biasakan diri untuk terus maju ke hadapan.Sebarkan seberapa banyak kebaikan kepada orang sekeliling dan masyarakat agar hidup lebih diberkati. Sekian, Wassalam.