The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan kepada pelajar Pengajian Am Matrikulasi melaksanakan tugasan kerja kursus 2023-2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shikinmuhiddin, 2023-07-23 04:38:07

BUKU PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN PELAJAR PAM 2023-2024

Panduan kepada pelajar Pengajian Am Matrikulasi melaksanakan tugasan kerja kursus 2023-2024

Keywords: PAM 2023-2024

Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 1 Buku_______ ___Panduan PELAKSANAAN TUGASAN PELAJAR PENGAJIAN AM MATRIKULASI Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi 2023/2024


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 2 Perkara Muka Surat Sinopsis dan Hasil Pembelajaran Kursus 3 Kemahiran Boleh Pindah, Kaedah PdP dan Pentaksiran, SLT 4 Kerangka Kursus dan Strategi Pentaksiran 5 Kaedah Pentaksiran 6 Kerangka Konsep Domain Hasil Pembelajaran 7 Takrif Rubrik Kemahiran 8 - 9 Perancangan Tugasan Kursus 10 - 12 KSA (Knowledge, Skills, Attitude) dalam Teori Pembelajaran Bloom 13 Pelaksanaan Tugasan Kursus 14 Penulisan Resume 15 - 25 Penulisan Skrip Pengenalan Diri 26 - 39 Penulisan Kerangka Idea/ Skrip Isu Semasa 40 - 43 Penghasilan Resume Video 44 - 50 Pelaksanaan Tugasan Kepimpinan, Autonomi dan kebertanggungjawaban 51 - 53 Bibliografi 54 ISI KANDUNGAN


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 3 BAHAGIAN MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kursus: Pengajian Am Matrikulasi Kod Kursus: WP001 Jam Kredit: 1 Penilaian: Tugasan Video Resume Sinopsis Kursus Kursus ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dengan berkesan secara lisan dan penulisan. Di samping itu, pelajar dapat menunjukkan sifat kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban. Kursus ini membincangkan topik Kemahiran Komunikasi dan Kepimpinan, Demokrasi Berparlimen dan Struktur Pentadbiran Negara da Isu dan Cabaran Negara. Hasil Pembelajaran Kursus Pada akhir kursus pelajar dapat; CLO1: Menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan penuh keyakinan secara lisan dan tulisan. (A3, PLO5, MQF LOC iii c) CLO2: Menunjukkan kepimpinan, autonomi dan kebertangggungjawaban berfokus pada konteks penyelesaian masalah dalam menguruskan kerja kursus. (A3, PLO8, MQF LOC iii f) Domain Afektif (A1-A3) Domain Keterangan A1 Menerima Kesediaan atau kesedaran seseorang/penerima untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan. Objektif peringkat ini ialah pelajar dapat membezakan aktiviti luar bilik darjah daripada aktiviti formal dalam bilik darjah A2 memberi maklum balas Seseorang akan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima disebabkan dia mempunyai motif ingin tahu tentang sesuatu A3 menilai Seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat Menuntut ilmu adalah takwa, menyampaikan ilmu adalah ibadah, mengulang ilmu adalah zikir, mencari ilmu adalah jihad ~Imam al-Ghazali~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 4 Kemahiran Boleh Pindah CS: Kemahiran Komunikasi LAR: Kemahiran Kepimpinan, Autonomi dan Kebertanggungjawaban Kemahiran Komunikasi (CS) berdasarkan Kemahiran Insaniah IPT Kemahiran Keterangan CS1 Kebolehan menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis. CS2 Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberikan maklum balas. CS3 Kebolehan untuk membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar. Kemahiran Kepimpinan, Autonomi dan Kebertanggungjawaban (LAR) berdasarkan MQF 2.0 Kemahiran Keterangan LAR Kebolehan individu untuk membina hubungan dan bekerja dalam kumpulan rakan sebaya atau dalam kapasiti pengurusan dengan pelbagai tahap autonomi unuk membuat keputusan atau menetapkan matlamat di peringkat kumpulan. Keupayaan mengambil tanggungjawab dan akauntabiliti. Mempunyai sikap yakin, berpengetahuan, petah, jujur, professional, mengambil berat, berdaya tahan, berani mengambil risiko dan memiliki kemahiran intrapersonal termasuk boleh bekerja dalam kumpulan dan memimpin pasukan. Kaedah PdP dan Pentaksiran Tutorial Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Pembelajaran Berasaskan Projek (Video Resume) Jam Pembelajaran Pelajar (SLT) Bil Topik F2F NF2F Jumlah SLT 1 Kemahiran Komunikasi dan Kepimpinan 7 7 14 2 Demokrasi Berparlimen dan Struktur Pentadbiran Negara 5 5 10 3 Isu dan Cabaran Negara 3 3 6 4 Pentaksiran 0.12 9.88 10 Jumlah 20 20 40 Ilmu itu dimiliki dengan lidah yang banyak bertanya dan akal yang gemar berfikir ~Abdullah Ibn Abbas~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 5 Kerangka Kursus Strategi Pentaksiran Kerja Kursus: Video resume Markah: 100 % Proses Pentaksiran: KEMAHIRAN KOMUNIKASI & KEPIMPINAN Komunikasi dalam temu duga Kepimpinan, autonomi & kebertanggungjawaban Pengucapan awam DEMOKRASI BERPARLIMEN & STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA Demokrasi Berparlimen di Malaysia Komponen utama sistem kerajaan Malaysia Pilihanraya di Malaysia Perlembagaan Persekutuan Rukun Negara ISU & CABARAN NEGARA Revolusi Industri Dasar Pendidikan: Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Ancaman dalam dan luar negara Aktiviti Pengukuhan 1: Penulisan Resume Aktiviti Pengukuhan 2: Penulisan Skrip Pengenalan Diri Penyediaan Video Resume Pengenalan Diri (3 minit) Aktiviti Pengukuhan 3: Penulisan Kerangka/Skrip Isu Semasa Penyediaan Video/ Rakaman Langsung Isu Semasa Barangsiapa yang tidak mencintai ilmu maka tidak ada kebaikan padanya ~Imam Shafie~ Komponen utama sistem kerajaan Malaysia: i. Majlis Raja-raja ii. Badan Pentadbiran (Eksekutif) iii. Badan Kehakiman (Legislatif) iv. Badan Perundangan (Judisiari) Perlembagaan Persekutuan: i.. Perkara 3 iv. Perkara 152 ii..Perkara 11 v. Perkara 153 iii.Perkara 32 vi. Perkara 181


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 6 Kaedah Pentaksiran VISUME PENGENALAN DIRI CLO1: CS 50% resume skrip pengenalan diri video pengenalan diri ISU SEMASA CLO2: LAR 50% kerangka idea isu semasa video/ rakaman langsung isu semasa PENILAIAN INDIVIDU (100%) Beradab sebelum berilmu, berilmu sebelum beramal ~Pepatah Arab~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 7 KEMAHIRAN KERJA FUNGSI DOMAIN ATTRIBUT KEMAHIRAN KERJA FUNGSI DOMAIN ATTRIBUT KEMAHIRAN KOMUNIKASI Komunikasi Lisan Kejelasan & keyakinan idea Kebolehan menyampaikan idea dan membuat pembentangan Komunikasi Bertulis Kejelasan Penulisan Kesinambungan dalam penulisan Penulisan sistematik KEMAHIRAN KEPIMPINAN, AUTONOMI & TANGGUNGJAWAB Kepimpinan Pengetahuan dan pemahaman kepimpinan Kepimpinan berkesan Bekerja dalam pasukan Autonomi Kuasa autonomi Kebertanggungjawaban Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain KERANGKA KONSEP DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS) & KEMAHIRAN KEPIMPINAN, AUTONOMI DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (LAR) Kesulitan tidak akan meninggalkanmu sehingga kamu belajar daripadanya ~Pepatah Arab~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 8 AKTIVITI/ TUGASAN KEMAHIRAN ATTRIBUT SUB ATTTRIBUT TAKRIF video resume pengenalan diri: penyampaian (elemen audio) Komunikasi lisan Kejelasan & keyakinan idea (10 markah) Keyakinan idea Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, yakin, koheren, meyakinkan, dan berkesan. Kelancaran Kebolehan menyampaikan idea dengan petah dan lancer Suara dan sebutan Kebolehan menyampaikan idea dengan suara dan sebutan yang jelas, terang tanpa menggunakan alat bantu dengar. Ketepatan tatabahasa Kebolehan menggunakan tatabahasa yang tepat dan gramatis, jelas dan dapat difahami dengan mudah video resume pengenalan diri: penyampaian (elemen visual) Komunikasi lisan Kebolehan menyampaikan idea dan membuat pembentangan (10 markah) Nada dan intonasi Kebolehan menggunakan nada dan intonasi yang tepat dan sesuai dengan isi penyampaian Susunan penyampaian Melaksanakan, memulakan dan mengakhiri pembentangan mengikut aturan Kreativiti dalam pembentangan Penyampaian jelas, berkesan,penuh keyakinan, menggunakan bahasa, simbol dan visual yang pelbagai, tepat dan berkesan Komunikasi bukan lisan Menggunakan komunikasi bukan lisan (temuan mata, ekspresi wajah, gerakan fizikal, postur tubuh) dengan baik dan berkesan. Aktiviti pengukuhan: skrip pengenalan diri Komunikasi Bertulis Kejelasan penulisan (10 markah) Kejelasan idea Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, meyakinkan dan berkesan Olahan cerita Kebolehan mengolah cerita dengan jelas dan menarik Tatabahasa dan struktur ayat Penggunaan struktur ayat, tatabahasa dan ejaan yang tepat Isi kandungan Kebolehan menjawab semua soalan yang dikemukakan dengan baik dan berkesinambungan Aktiviti pengukuhan: skrip penyataan isu semasa Komunikasi Bertulis Kesinambungan dalam penulisan (10 markah) Ketepatan fakta dan rujukan Kebolehan menyampaikan fakta yang bernas, berdasarkan rujukan yang sesuai dan menyelesai masalah Kesinambungan jalan cerita Kebolehan mengolah cerita yang berkesinambungan (koheren atau mempunyai keterikatan antara satu ayat dengan ayat yang lain) Aktiviti pengukuhan : penulisan resume Komunikasi Bertulis Penulisan sistematik (10 markah) Urutan format sistematik Kebolehan menulis idea dengan sistematik (mempunyai pendekatan, turutan atau susunan yang jelas dan mudah difahami). Ketepatan isi kandungan Kebolehan menulis semua maklumat yang diperlukan (gambar, ringkasan peribadi,maklumat diri, maklumat pendidikan, maklumat aktiviti, kebolehan, rujukan) dengan baik dan jelas Rujuk attribut dan subattribut sebelum melaksanakan aktiviti pengukuhan dan tugasan Semakin banyak ilmu semakin lapang hidup, semakin kurang ilmu semakin sempit hidup ~Prof Hamka~ TAKRIF RUBRIK KEMAHIRAN KOMUNIKASI (CS)


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 9 AKTIVITI/ TUGASAN KEMAHIRAN ATTRIBUT SUB ATTTRIBUT TAKRIF pra perancangan (sesi sumbang saran) isu semasa kepimpinan Pengetahuan dan pemahaman tentang kepimpinan (10 markah) Berfikiran strategik Kebolehan dalam berfikiran strategik (kesediaan meneroka peluang dengan membuat rujukan yang tepat, menganalisis isu dan menyelesai masalah/ menyedia perancangan diri bagi mencapai matlamat) Mempunyai objektif jelas Kebolehan mewujudkan objektif/ idea yang jelas menggunakan pelbagai pendekatan bagi melaksanakan tugasan perancangan (sesi diskusi) video/ rakaman langsung isu semasa kepimpinan Kepimpinan berkesan (10 markah) Kebolehan mempengaruhi Kebolehan untuk mempengaruhi individu lain menginspirasi Kebolehan dalam memberi inspirasi kepada ahli kumpulan membimbing pasukan Kebolehan dalam membimbing ahli pasukan menyiapkan tugasan mengikut garis panduan memberi galakan Kebolehan dalam memberikan galakan kepada ahli kumpulan Menyokong dan membantu ahli lain Kebolehan untuk menyokong dan membantu ahli kumpulan menyiapkan tugasan kumpulan proses kerja penyediaan video/ rakaman langsung isu semasa kepimpinan Bekerja dalam pasukan (10 markah) Membina hubungan Keupayaan membina hubungan dan berinteraksi dalam satu pasukan Peranan dalam pasukan Memahami peranan dan berupaya memainkan peranan dalam pasukan Memimpin tugasan Keupayaan memimpin tugasan mengikut peranan Membuat agihan tugas Keupayaan membuat agihan tugas dan kuasa kepada ahli pasukan dan menggalakkan penglibatan Interaksi dan kolaboratif Kebolehan menunjukkan kolaboratif dengan ahli pasukan main peranan Kebertanggungjawaban Tanggungjawab terhadap diri (10 markah) Pengurusan kendiri Kebolehan menguruskan tugasan mengikut tanggungjawab yang diberi Pengurusan orang lain Kebolehan mengurus ahli kumpulan bagi memastikan tugasan dapat disiapkan mengikut garis panduan yang ditetapkan Kesungguhan melaksanakan tugasan Menunjukkan komitmen dan kesungguhan bagi memastikan tugasan dapat disiapkan mengikut Tarikh yang ditetapkan Membina hubungan baik Menunjukkan keupayaan membina hubungan baik, memberi Kerjasama, menghormati ahli lain dan menerima pendapat ahli kumpulan hasil akhir video/ rakaman langsung autonomi Kuasa autonomi (10 markah) Autonomi membuat keputusan Menunjukkan autonomi dalam membuat keputusan bagi memastikan kelancaran kerja kursus berasaskan pertimbangan wajar Autonomi menetapkan matlamat Menunjukkan autonomi dalam menetapkan matlamat, format, reka bentuk dan hasil akhir tugasan kerja kursus Rujuk attribut dan subattribut sebelum melaksanakan aktiviti pengukuhan dan tugasan TAKRIF RUBRIK KEMAHIRAN KEPIMPINAN, AUTONOMI & KEBERTANGGUNGJAWABAN Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah ~Pepatah Arab~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 10 Bil Hasil Pembelajaran Kursus (LO) Domain LO Kaedah Penyampaian Komponen Kaedah Pentaksiran (PBL) Perincian tugasan & hubungan dengan attribut DLO Beban Pembelajaran Pelajar (SLT) bertulis video 1 Menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan penuh keyakinan secara lisan dan tulisan LOC MQF iii c (CS) Tutorial, PBL 30% 20% Penyediaan resume, skrip pengenalan diri dan kerangka isu semasa,serta video resume pengenalan diri yang berkaitan dengan topik 1 yang menekankan attribut komunikasi lisan dan tulisan dalam LOC MQF iii c 20 jam 10j F2F 10j NF2F 2 Menunjukkan kepimpinan, autonomi & kebertanggung jawaban berfokus pada konteks penyelesaian masalah dalam menguruskan kerja kursus. LOC MQF iii f (LAR) Tutorial, PBL 50% Proses kerja penyediaan video/ rakaman langsung isu semasa berkaitan dengan topik 2 dan 3 yang menekankan attribut kepimpinan, autonomi dan kebertanggung jawaban dalam LOC MQF iii f 20 jam 10j F2F 10j NF2F Kesulitan tidak akan meninggalkanmu sehingga kamu belajar daripadanya ~Pepatah Arab~ PERANCANGAN TUGASAN KURSUS Hasil Pembelajaran yang diharapkan Aktiviti pembelajaran dan pengajaran – Direka bentuk untuk menyokong pencapaian hasil pembelajaran Kaedah Penilaian – Direka bentuk untuk menilai prestasi dan pencapaian hasil pembelajaran


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 11 Cadangan Pelaksanaan: AKTIVITI PELAKSANA RUJUKAN Pilih salah satu strategi Minggu 1: Pensyarah Pelajar Minggu 2: Pensyarah dan pelajar Minggu 3 &4: Pensyarah dan Pelajar Minggu 5-6: Pensyarah Pelajar Minggu 6: Pelajar Minggu 7: Pensyarah Pelajar Minggu 8: Pelajar Minggu 9: Pelajar (kumpulan) Minggu 10-16: Pelajar (kumpulan) *pelajar (dalam kumpulan) berbincang boleh menyediakan video isu semasa atau merakamkan secara langsung pembentangan isu berdasarkan topik 2@3. Spesifikasi Kurikulum (CS), Jadual Spesifikasi Tugasan (JST), Buku Panduan Tugasan Pelajar, Bahan PdP Digital e-book visume Rubrik penilaian Google Classroom MULA Taklimat: Pengenalan spesifikasi kurikulum (CS), Jadual Spesifikasi Tugasan (JST), tugasan kerja kursus, rubric, agihan kumpulan pembentukan kumpulan (3-5 orang) Tutorial dan soal jawab 1.1: komunikasi dalam temu duga Aktiviti Pengukuhan 1: Penyediaan resume Penerangan penyediaan skrip pengenalan diri Aktiviti Pengukuhan 2: Penyediaan kerangka/skrip pengenalan diri Tutorial dan Soal Jawab: 1.3: Pengucapan Awam Tutorial dan Soal Jawab: 1.2: Kepimpinan, autonomi & kebertanggungjawaban Penerangan penyediaan kerangka isu semasa Penyediaan Video Bahagian 2: Isu Semasa (4 minit) M10-11 Suntingan video dan hantar (M12) TAMAT Penerangan penyediaan video resume, isu semasa Penyediaan Video Resume Bahagian 1: Pengenalan Diri (3 minit) Sesi sumbang saran (kumpulan) Aktiviti Pengukuhan 3: penyediaan kerangka idea/ skrip isu semasa Penyediaan Video Bahagian 2: pembentangan dan rakaman langsung Proses kerja: -sesi diskusi -main peranan -pembentangan & rakaman langsung -penilaian & perekodan markah -penilaian & perekodan markah -pembentangan (M13-M16)


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 12 Contoh Rancangan Pengajaran Mingguan:


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 13 Manual or Physical Skills(kemahiran): - melibatkan proses kordinasi dan latihan berterusan untuk mahir: Simpson (1972) - Kemahiran mencerminkan keupayaan @ kecekapan yang dibangunkan melalui latihan @ pengalaman sebenar Growth in Feelings or Emotional Areas: (attitude/sikap) -melibatkan emosi seperti perasaan, nilai, penghargaan dll.: Krathwohl, Bloom, Masia (1973) - keupayaan bawaan yang anda bawa ke tugas atau situasi tertentu Mental Skills (pengetahuan): - diperolehi melalui prosesproses tertentu dan mesti dicapai `acquired new knowledge': Bloom(1956) - Pengetahuan memberi tumpuan kepada pemahaman sebenar konsep tertentu KSA DALAM TEORI PEMBELAJARAN BLOOM Bukanlah ilmu itu sesuatu yang dihafal, tetapi ilmu itu sesuatu yang dimanfaat ~Kata Hukama’~ KOGNITIF PSIKOMOTOR AFEKTIF sikap: bentuk tubuh, gaya diri, perbuatan atau pandangan berdasarkan sesuatu pendapat, berkelakuan (Kamus Dewan Edisi 4) Catatan: Pengetahuan, Kemahiran dan Kebolehan sikap (KSA) adalah model kecekapan yang digunakan untuk merekrut dan mengekalkan individu yang berkelayakan untuk permohonan kursus/kerjaya. Ketigatiga elemen ini perlu digabungjalinkan dengan baik bagi menghasilkan sebuah penceritaan video yang baik dan berkesan. Video yang dihasilkan juga perlu menonjolkan ketiga-tiga aspek ini bagi memenuhi ciri-ciri kriteria calon yang diingini univeriti awam.


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 14 Hasil Pembelajaran Kursus (CLO1): Hasil Pembelajaran Kursus (CLO2): • Menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan penuh keyakinan secara lisan dan tulisan. Hasil Pembelajaran Kursus: Pelajar dapat; • Menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan penuh keyakinan secara lisan dan tulisan. • Menghasilkan video resume (bahagian 1) Objektif Kerja Kursus: Pada akhir kursus, pelajar dapat; • Pengukuhan 1: Menyediakan resume. • Pengukuhan 2: Menyediakan skrip pengenalan diri. • Tugasan Bahagian 1: Menyediakan video resume pengenalan diri (individu). • Pengukuhan 3: Menyediakan kerangka isu semasa berdasarkan topik 2 dan 3. Aktiviti Pengukuhan dan Tugasan: Peajar dapat; • Menunjukkan kepimpinan, autonomi dan kebertangggungjawaban berfokus pada konteks penyelesaian masalah dalam menguruskan kerja kursus Hasil Pembelajaran Kursus: Pelajar dapat; • Menunjukkan kepimpinan, autonomi dan kebertangggungjawaban berfokus pada konteks penyelesaian masalah dalam menguruskan kerja kursus • Menghasilkan video (bahagian 2) Objektif Kerja Kursus: Pada akhir kursus, pelajar dapat; • Sesi sumbang saran • Sesi diskusi • Sesi pembentangan • Main Peranan • Menyediakan video rakaman langsung Aktiviti Pengukuhan dan Tugasan: Peajar dapat; PELAKSANAAN TUGASAN KURSUS Saya tidak berbangga dengan hasil yang bukan saya rencanakan sebagaimana saya tidak menyesal dengan usaha dan rencana yang saya lakukan bersungguh-sungguh walaupun hasilnya gagal ~Khalifah Harun al-Rasyid~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 15 AKTIVITI PENGUKUHAN 1:


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 16 Resume Kronologi (Curricular Vitae) Sesuai untuk pemohon yang berpengalaman Pengalaman (dalam pelbagai bidang mengikut keperluan) dinyatakan terlebih dahulu dan disusun secara terbalik (terkini di atas sekali) Kadang-kadang lebih daripada 5 muka surat bergantung kepada pengalaman anda sepanjang 3-5 tahun terkini Resume Fungsi (Functional) Memberi tumpuan kepada kemahiran dan pengalaman/ pencapaian Disusun mengikut fungsi/tujuan utama resume Resume Gabungan (Combination) Gabungan resume kronologi dan resume fungsi Bahagian atas kelayakan dan kemahiran Bahagian bawah pengalaman/pencapaian Resume Infografik Merangkumi elemen reka bentuk grafik dan tulisan Guna layout, warna, reka bentuk, format, ikon untuk mengatur isi kandungan resume Sesuai untuk permohonan bidang berkaitan Resume Profil Sesuai untuk pemohon kerja yang mempunyai pengalaman terhad atau baru hendak memulakan kerjaya Merangkumi tujuan permohonan, kemahiran dan pengalaman kerja Disertakan maklumat ringkasan eksekutif Resume Sasaran (Targeted) Menyerlahkan pengalaman dan kemahiran khusus yang relevan dengan bidang yang dipohon Resume Unik (Video Resume) Mengandungi gambar, grafik dan visual yang berlainan Semakin popular dipersembahkan dalam bentuk video (video resume) E-Resume Resume yang diakses secara dalam talian Maklumat lengkap anda diakses menggunakan QR Code/ Bar Code/ pautan yang disertakan PANDUAN PENULISAN RESUME Ringkasan (ikhtisar); Keterangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerjaya seseorang, biasanya disediakan untuk memohon pekerjaan; meresumekan, meringkaskan, mengikhtisarkan. (Kamus Dewan Edisi Empat) Dalam konteks keperluan semasa (semakin popular): untuk memohon kursus di universiti dan memohon biasiswa Bu ~Kata Hukama’~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 17 Sesuai bagi permohonan ke universiti, biasiswa Satu muka surat Pelajar yang kurang/ sederhana aktif lebih sesuai menggunakan format ini (Maklumat aktiviti kurang) Menyenaraikan `point’ penting sahaja Boleh membuat huraian ringkas aktiviti supaya ruang penuh dan menarik. Contoh penglibatan aktiviti: Kem Ibadah Peringkat Kebangsaan anjuran Jawatankuasa Masjid Negeri di Masjid Negara, Kuala Lumpur, 2022 Sesuai untuk pelajar yang: Banyak menerima anugerah pencapaian akademik terlibat aktif dalam banyak aktiviti/ program Pelbagai kemahiran selain Bahasa dan IT dan boleh dibuktikan (maklumat aktiviti dan kemahiran saling menyokong) Huraian ringkas untuk setiap isi: Contoh pencapaian: Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar • Bertanggungjawab menyediakan kertas kerja, minit mesyuarat, laporan aktiviti anjuran Majlis Perwakilan Pelajar sepanjang tahun Bu ~Kata Hukama’~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 18 Sangat sesuai untuk permohonan kursus berkaitan reka bentuk grafik, sains komputer Bertujuan menonjolkan kemahiran dalam bidang yang dimohon Permohonan bidang professional lebih sesuai pendekatan tradisional: resume fungsi atau resume kombinasi (fokus utama kepada info pencapaian) Semakin popular dalam era digital Bukan menggantikan peranan resume bertulis, sebagai sokongan Professional, ringkas, padat dan menarik Merangkumi visual, grafik dan audio yang terang dan jelas. Persembahan resume antara 2-3 minit sahaja. Dikenali juga sebagai Curricular Vitae (CV) Kebiasaannya bagi permohonan kursus Perubatan, Pergigian, Farmasi Menjelaskan maklumat secara terperinci, professional Antara 2-5 muka surat bergantung kepada maklumat tambahan yang dikehendaki seperti; pengalaman kepimpinan, pengalaman kesukarelawan, bakat dan kelebihan unik Bu ~Kata Hukama’~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 19 Contoh: Jika kamu tidak tahan dengan lelahnya belajar maka kamu harus tahan dengan perihnya kebodohan ~Imam Shafie~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 20 Jika kamu tidak tahan dengan lelahnya belajar maka kamu harus tahan dengan perihnya kebodohan ~Imam Shafie~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 21 Membuka peluang yang baik kepada calon untuk dipanggil temu duga bentuk pemasaran diri atau marketing piece yang membantu menonjolkan kelebihan diri calon dengan lebih baik memberi gambaran lebih jelas dan positif tentang diri calon Memudahkan penemu duga memfokuskan info yang berkaitan dan relevan tentang calon untuk disuaipadankan dengan kriteria yang dicari institusi Menjadikan sesi temu duga berjalan lancar mempengaruhi majikan dalam memberi penilaian yang positif terhadap calon Curriculum vitae Merupakan maklumat lengkap tentang diri seseorang. Kandungan CV lebih terperinci Bagi tujuan permohonan kursus universiti/ biasiswa mengandungi: maklumat peribadi, latar belakang akademik, kebolehan/ bakat, anugerah tertinggi, penglibatan sukan/permainan, hibi dan pencapaian, pengalaman kepimpinan, pengalaman keusahawanan, pengalaman kesukarelawan, Bagi pekerja yang ingin meningkatkan kerjaya dan golongan profesional mengandungi maklumat akademik, kajian, penulisan, pengalaman kerja Resume Resume sangat umum. Hanya satu muka surat dan tidak melebihi dua muka surat. Objektif resume ialah “go through” iaitu bacaan sepintaslalu tentang profil anda. Resume mesti nampak gah,padat dengan info untuk menjual diri anda, dengan kata lain bukti kepada mereka yang anda adalah pilihan terbaik. Tunjukkan “why me and not other candidate.” Ilmu ibarat air ,jika tidak mengalir akan mati dan busuk ~Imam Shafie~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 22 RESUME gambar formal ringkasan peribadi maklumat/ profil diri maklumat akademik maklumat aktiviti kemahiran rujukan Gambar Formal saiz standard (fokus wajah) pakaian formal (seperti hadir temu duga) latar kosong @ profesional Ringkasan Peribadi Perincian Dalam satu ayat, ringkas, padat Rumusan daripada maklumat; - akademik - aktiviti - kemahiran Elak guna ganti nama diri Kelebihan diri yang menyokong permohonan kursus Apabila kamu mempelajari sesuatu ilmu atau mengulang kaji, hendaklah ilmu yang dipelajari boleh memperbaiki hatiku dan membersihkan jiwamu ~Imam al-Ghazali~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 23 Panduan Menulis Ringkasan Peribadi/ Ringkasan Eksekutif; Tips menulis ringkasan peribadi: berdasarkan maklumat aktiviti (rujuk warna garisan) Tips menulis maklumat aktiviti: ada standard dan piawaian Profil Diri nama penuh alamat suratmenyurat nombor kad pengenalan nombor telefon alamat emel rasmi media sosial (jika ada) Maklumat Akademik sijil matrikulasi nama institusi contoh: Kolej Matrikulasi Perak tahun ambilan contoh: sesi 2021/2022 PNGK contoh: 3.92 sijil SPM nama sekolah menduduki contoh: SMK Seri Teja, Gopeng, Perak tahun ambilan contoh: 2020 keputusan penuh contoh: 8A 2B Anugerah/ Pencapaian • Anugerah Pelajar Terbaik SPM, 2021 • Anugerah Kokurikulum, 2021 • Pengawas Sekolah, 2019-2021 • Pengerusi Persatuan Sains dan Matematik, 2021 • Pendebat Terbaik, Pertandingan Bahas ala Parlimen, Peringkat Negeri Selangor, 2020 • Tempat Ketiga, Pertandingan Robotik, Peringkat Kebangsaan, 2021 Penglibatan • Pertandingan Forum Remaja Sekolah-sekolah Menengah, Peringkat Negeri Selangor, 2020 • Pidato Piala Diraja, Peringkat Kebangsaan, 2021 • Kursus Kepimpinan Pelajar,anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, 2020 Berketerampilan dalam pengucapan awam, mempunyai keyakinan diri yang tinggi , keupayaan memimpin dan bekerjasama dalam kumpulan, kreatif, inovatif dan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dalam setiap perkara MAKLUMAT AKTIVITI RINGKASAN PERIBADI Apabila kamu mempelajari sesuatu ilmu atau mengulang kaji, hendaklah ilmu yang dipelajari boleh memperbaiki hatiku dan membersihkan jiwamu ~Imam al-Ghazali~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 24 Maklumat Aktiviti (3P) penganugerahan anugerah jawatan penglibatan aktiviti akademik kokurikulum pencapaian yang tertinggi menyokong kursus yang dipohon Maklumat Rujukan Nombor Telefon Jawatan & Tempat Bertugas Nama penuh MAKLUMAT AKTIVITI (CURRICULAR VITAE): Mengandungi; Pengalaman Kepimpinan (Jawatan yang pernah disandang) Pengalaman aktiviti sukan/permainan (Pemain sukan) Anugerah (Pengiktirafan dalam pelbagai bidang) Pengalaman Keusahawanan Pengalaman Kesukarelawan Bakat/ Kecerdikan luar biasa Sumber: temu duga Kursus Pergigian, UKM Ikatlah haiwan ternak dengan tali agar tidak lepas, ikatlah ilmu dengan pena (menulis) agar tidak hilang ~ Pepatah Arab~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 25 Arahan: Hasilkan satu resume berdasarkan panduan berikut; 1. Resume hendaklah dalam bahasa Melayu sahaja. 2. Resume yang dihasilkan hendaklah dalam satu muka surat sahaja. 3. Penulisan resume merupakan hasil kerja individu yang wajib dihasilkan oleh setiap pelajar. 4. Pelajar boleh menggunakan mana-mana templat resume. Pelajar perlu membuat pengubahsuaian dari aspek; a. warna reka bentuk b. jenis tulisan c. saiz tulisan d. gambar e. isi kandungan maklumat 5. Resume hendaklah mengandungi semua elemen berikut; a. Gambar formal atau professional b. Ringkasan peribadi hendaklah dalam satu ayat sahaja. tidak lebih 100 patah perkataan. merumuskan kriteria peribadi yang menepati keperluan kursus yang dimohon. c. Maklumat peribadi Maklumat wajib: nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat tetap, nombor telefon, emel rasmi, media sosial (jika ada) d. Maklumat pendidikan (elemen knowledge) Nama sijil (sijil matrikulasi dan SPM), tahun menerima, tempat diambil, keputusan penuh. Maklumat terkini hendaklah ditulis dahulu. e. Maklumat aktiviti (elemen attitude) Tiga elemen: penghargaan/sumbangan, pencapaian, penglibatan/penyertaan. Boleh ditulis keseluruhan di bawah topik utama (aktiviti) atau secara berasingan mengikut subtopik. Maklumat terkini hendaklah ditulis dahulu. Maklumat hendaklah dalam tempoh 3-5 tahun terkini (Tingkatan 4, 5 dan matrikulasi) Jika terlibat dalam banyak aktiviti, fokus kepada; o maklumat yang berkaitan dengan kursus yang dimohon o pencapaian tertinggi (peringkat negeri, kebangsaan, antarabangsa) f. Maklumat kemahiran (elemen skills) Elemen wajib ada: bahasa dan teknologi maklumat Hanya sertakan maklumat kemahiran yang merupakan kriteria yang diperlukan dalam kursus yang dimohon g. Rujukan Dua orang: seorang guru (semasa di sekolah) dan seorang pensyarah di matrikulasi. Sertakan: nama penuh, jawatan, nama institusi, nombor telefon. 6. Tarikh akhir penghantaran adalah empat (4) hari selepas kelas PdP Minggu ke-2 dilaksanakan. 7. Resume hendaklah dihantar melalui google classroom. PANDUAN AKTIVITI LATIHAN PENGUKUHAN 1: PENULISAN RESUME Apabila kamu mempelajari sesuatu ilmu atau mengulang kaji, hendaklah ilmu yang dipelajari boleh memperbaiki hatiku dan membersihkan jiwamu ~Imam al-Ghazali~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 26 AKTIVITI PENGUKUHAN 2:


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 27 SKRIP PENGENALAN DIRI Pengenalan Diri Sebab memilih kursus & universiti Sebab pihak fakulti/ universiti perlu memilih anda Hala tuju selepas bergraduasi sekiranya terpilih mengikuti program Maklumat yang membolehkan anda dihubungi (emel/linkedin/ instagram/fb dll) harus unik dan deskriptif kebolehan anda Permulaan pernyataan peribadi harus menangkap fikiran pembaca Menggunakan perkataan mudah, mengekalkan keseragaman panjang ayat dan tatabahasa Fokus kepada bagaimana ciri kekuatan diri bergabung dengan usaha akademik untuk membantu mencapai apa yang dicita-citakan Fokus kepada cara melaksanakan tanggungjawab dan tugas berkaitan dengan kekuatan diri yang dinyatakan Berceritalah Cerita adalah gaya yang indah untuk menyampaikan kehidupan dengan cara yang menarik kepada emosi PEDOMAN Suatu pengetahuan, kalaupun tidak bermanfaat untukmu tidak akan membahayakanmu ~Umar al-Khatab~ Elemen wajib: nama, asal, pendidikan terakhir Nyatakan juga pengetahuan tentang kursus & universiti Kelebihan / kebolehan atau bakat unik anda yang membuatkan pihak universiti memilih anda Kekuatan peribadi yang membolehkan anda berjaya dalam bidang yang dipilih satu hari nanti Rancangan jangka pendek & jangka panjang (selepas 5 tahun)


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 28 01 02 04 AKADEMIK/ NAMA PENUH PENDIDIKAN TERAKHIR 05 UMUR/KAD PENGENALAN SIKAP/KEPERIBADIAN 03 06 ASAL/TEMPAT TINGGAL PENCAPAIAN TERTINGGI anugerah/penglibatan terbaik Perincian Nyatakan sebab berdasarkan : - Latar belakang @ Hobi/minat @ Pengalaman Nyatakan pengetahuan semasa mengenai kursus; Secara konseptual Cabang bidang Data berkaitan Keperluan kursus pada masa kini/ akan datang Nyatakan keistimewaan/ kelebihan fakulti universiti kepada anda berbanding universti lain yang menawarkan kursus yang sama Nyatakan kelebihan/ bakat unik/ kekuatan peribadi/ Hala tuju anda Dengan kelebihan/ bakat unik/hala tuju anda itu apa yang anda dapat sumbangkan kepada universiti/ masyarakat/ negara


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 29 Contoh sebab memilih kursus: *sertakan data/ statistik/ laporan akhbar/artikel/bahan bacaan sebagai bukti bagi mengukuhkan penyataan (elemen knowledge) Contoh kelebihan/ bakat yang unik yang membolehkan anda terpilih: kebolehan berpidato kemahiran memasak kemahiran melukis disiplin diri yang tinggi Pertumbuhan positif pekerjaan Mendapat gaji lumayan dan manfaat sampingan Peluang bekerja di luar negara Banyak peluang pekerjaan berlainan Berpeluang membantu orang lain Buat sedikit pembacaan apa kemahiran yang diperlukan dalam kursus yang dipilih 1@2 memadai. Kukuhkan dengan pernyataan yang boleh dibuktikan (berdasarkan pengalaman akademik/ penglibatan/keperibadian Apa yang akan anda lakukan untuk meningkatkan kualiti diri Peguam/ pensyarah Chef terkemuka Arkitek/ jurutera Polis/ tentera


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 30 Contoh kekuatan peribadi yang membolehkan anda terpilih: Contoh: https://www.ukm.my/portal/pelajar-tempatan/ https://education.um.edu.my/ http://www.ukm.my/fpendidikan/en/ https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/visume/home Kekuatan dalam erti kata yang luas adalah kemampuan untuk mencapai sesuatu atau tujuan. Dengan kata lain, pengetahuan, kemahiran, kebolehan dan cara lain yang memungkinkan untuk melakukan sesuatu tindakan dapat dikaitkan dengan kekuatan. Kesabaran dalam menempuh cabaran Daya fokus yang tinggi Rajin mencari ilmu Kreatif dalam mencari pendekatan/ idea Banyak berfikir dan bijak mencari peluang Bina kerjaya melalui kepakaran sendiri (cth: keusahawanan) Bina pelan kerjaya selepas lima tahun (blue print) Bekerja - sektor apa? Mengapa? (untuk diri @ orang lain) Sambung belajar – mengapa? Sebaik-baik manusia, yang memberi manfaat kepada yang lain ~Sabda Rasulullah SAW~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 31


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 32


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 33 Soalan 1: Perkenalkan diri Nama: Asal: Pendidikan Terakhir: Sikap/ Personaliti: berdasarkan penglibatan/pencapaian/ sumbangan tertinggi KURSUS PENGAJIAN UNIVERSITI: Soalan 2a: Sebab memilih kursus Nyatakan sebab berdasarkan: Latar keluarga @ Hobi/minat @ Pengalaman semasa belajar Nyatakan pengetahuan semasa tentang kursus: - Secara konseptual - Cabang bidang - Data Soalan 2b: Sebab memilih universiti Kelebihan umum universiti Kelebihan universiti dalam bidang yang dimohon (data) Soalan 3: Sebab pihak fakulti/ universiti perlu memilih anda Kelebihan atau bakat yang membuatkan pihak U memilih anda buat sedikit pembacaan apa kemahiran yang diperlukan dalam kursus yang dipilih. 1@ 2 memadai. Kukuhkan dengan penyataan yang boleh dibuktikan (berdasarkan pengalaman akademik/ penglibatan/ keperibadian) Kekuatan Peribadi Ciri peribadi anda yang sesuai dengan kursus yang dimohon Contoh: sabar dan berjiwa kental – menjaga dan merawat ibu sakit selama 10 tahun – pengalaman tersebut akan membantu menjadi seorang doktor yang baik Soalan 4: Hala tuju kerjaya selepas bergraduasi sekiranya terpilih memasuki program Sambung belajar (mengapa)? @ Bekerja (Sektor apa? Mengapa – untuk diri, untuk orang lain?) Pelan kerjaya selepas lima tahun Hiasan ilmu adalah rendah diri dan berakhlak ~Pepatah Arab~ CONTOH KERANGKA PENGENALAN DIRI


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 34 CONTOH ISI PENGENALAN DIRI SOALAN 1 & 2 Soalan 1: Perkenalkan diri Nama: Asal: Pendidikan Terakhir: Sikap/ Personaliti/ Pencapaian Tertinggi Komited dan dedikasi dalam tugas dan tanggungjawab yang diberi. Contoh: Konsisten pencapaian cemerlang dalam akademik (PT3, SPM, Matrikulasi) dan kokurikulum (Pengerusi PBSM), aktif dalam kerja sukarela sejak Tingkatan satu seperti Hari Sukan peringkat sekolah, MSSM, telah menerima lencana pertolongan cemas kemasyarakatan, lencana rawatan, lencana kemahiran kawad kaki, lencana kem kraf, lencana persahabatan, antarabangsa, lencana cegah kebakaran. Lencana PBSMM sekolah, lencana kepimpinan PBSMM sekolah. KURSUS PENGAJIAN: Sarjana Muda Doktor Perubatan UNIVERSITI: Universiti Kebangsaan Malaysia Soalan 2a: Sebab memilih kursus Nyatakan sebab berdasarkan: Latar keluarga: cth Ayah doktor, dari kecil ikut ke hospital, kagum Hobi/minat: cth Suka menonton rancangan good doctor – terinspirasi dengan watak … komited, Pengalaman semasa belajar: cth: Minat biologi terutama anotomi. Terlibat PBSM, Pertandingan Doktor Muda Nyatakan pengetahuan semasa tentang kursus: - Secara konseptual: cth Mengenal pasti penyakit & merawat pesakit - Cabang bidang. Cth: Doktor perubatan klinikal spt neurologi, genekologi, onkologi - Data: cth: Laporan KKM pada Feb 2021, nisbah doktor dan pesakit 1:495 di Malaysia melebihi unjuran WHO 1:500 tetapi hanya mempunyai 8,000 pakar setakat ini di sektor swasta dan hospital awam. Unjuran, perlu 13000 pada hujung tahun. Soalan 2b: Sebab memilih universiti Kelebihan umum universiti cth: Salah satu universiti, penyelidikan, Walaupun U tempatan, BM bahasa penghantar utama, berjaya melahirkan ramai tokoh perubatan tersohor cth: Datuk Dr. Noor Hisham (ketua Pengarah Kesihatan), Datuk Dr. Muzaffar (angkasawan Negara) Kelebihan dalam bidang yang dimohon: Hospital Pengajar UKM telah beroperasi sejak 1975, sangat berpengalaman, kemudahan klinikal yang mantap– tempat terbaik untuk mendalami ilmu. Akal adalah timbangan yang cermat dan hasilnya pasti dapat dipercayai ~Ibn Khaldun~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 35 CONTOH ISI PENGENALAN DIRI SOALAN 3 & 4 Soalan 3: Sebabyang membuatkan pihak U memilih anda Kelebihan atau bakat yang unik (yang terbaik) Mempunyai pengetahuan asas tentang rawatan di rumah, pertolongan cemas seperti CPR, rawatan tulang patah. Dianugerahi Lencana Kepimpinan dan Lencana Peperiksaan (Sekolah) sepanjang penglibatan aktif di peringkat sekolah dan kemasyarakatan Kekuatan peribadi (yang terbaik) - Sabar dan berjiwa kental - Ibu mengalami strok selama 10 tahun. Adik-beradik bergilirgilir menjaga dan merawat ibu – penjagaan keperluan harian, kebersihan, makan minum, ibadah, senaman. Ayah didik untuk tidak mengeluh, bersabar dengan kesulitan, bersyukur kerana masih mempunyai ibu. - Ibu telah boleh berjalan menggunakan tongkat sejak dua tahun ini - pengalaman ini menguatkan azam jadi doktor KURSUS PENGAJIAN: Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan UNIVERSITI: Universiti Kebangsaan Malaysia Soalan 4: Hala tuju kerjaya selepas bergraduasi sekiranya terpilih memasuki program Berhasrat berkhidmat di hospital di bandar besar – kenapa? (Beri alasan munasabah) Selepas 5 tahun, bercita-cita untuk sambung belajar untuk menjadi pakar dalam bidang obstetrik dan genekologi. Kenapa? – membantu golongan wanita, makhluk istimewa meramaikan lagi doktor pakar OnG dalam kalangan wanita. Nyatakan tokoh yang dikagumi dan memberi inspirasi Setiap kali ilmumu bertambah, kamu akan mengeti bahawa masih banyak hal yang belum kamu ketahui. ~Pepatah Arab~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 36 MAKLUMAT DIRI Cara memperkenalkan diri dapat menggambarkan secara umum tentang: karisma diri, keyakinan berkomunikasi dan personaliti. Penyediaan skrip membantu keelokan bahasa yang digunakan. (cerminan sikap dan bawaan) Nota: Rujuk e-book visume muka surat 11,15-20, 30-31 KELEBIHAN DIRI Fokus kepada kelebihan anda melalui penglibatan/pencapaian dan bagaimana anda melaksanakannya/ mencapainya sehingga menimbulkan minat terhadap kursus yang dipilih (cerminan kemahiran, kemampuan mengaplikasi sesuatu yang dipelajari) Nota: Rujuk e-book visume muka surat 13-14, 33 KURSUS PILIHAN Dapat menceritakan dengan jelas dan jujur pengetahuan tentang kursus dan sebab yang mendorong pemilihan kursus dan universiti (cerminan kedalaman minat, rasa ingin tahu, pengetahuan mendalam terhadap bidang yang ingin diceburi) Nota: Rujuk e-book visume muka surat 12 HALA TUJU Dapat menceritakan dengan jelas matlamat jangka pendek (selepas bergraduasi) dan matlamat jangka panjang (selepas 5 tahun). Mengaitkan pengetahuan dengan perkembangan senario dan isu semasa berkaitan bidang pilihan. (cerminan kedalaman minat, rasa ingin tahu, pengetahuan mendalam terhadap bidang yang ingin diceburi) Nota: Rujuk e-book visume muka surat 12 HARAPAN Nyatakan dengan yakin dan rendah diri bahawa anda sememangnya layak dipilih menjadi pelajar dalam kursus dan universiti yang dimohon. Tunjukkan keinginan yang tinggi untuk terpilih dan rasa ingin tahu yang mendalam untuk meneroka bidang yang ingin diceburi (cerminan sikap dan bawaan, kemahiran, pengetahuan) Nota: Rujuk e-book visume muka surat 31, 35-38 PEDOMAN Pastikan jalan cerita berkesinambungan dan berkembang. dengan baik dan saling melengkapi Berfikirlah positif tidak kira seberapa sukar kehidupanmu ~Ali bin Abi Talib~ APLIKASI KSA DALAM PENYEDIAAN SKRIP PENGENALAN DIRI KEKUATAN PERIBADI Dapat menceritakan dengan jelas dan jujur pengetahuan tentang kursus dan sebab yang mendorong pemilihan kursus dan universiti (cerminan kedalaman minat, rasa ingin tahu, pengetahuan mendalam terhadap bidang yang ingin diceburi) Nota: Rujuk e-book visume muka surat 12


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 37 Isu Isi Penting/ Skrip Maklumat Diri Nama Asal Institusi Pendidikan terakhir Lain-lain: bilangan adik-beradik, pekerjaan ibu bapa - jika perlu sahaja) Pencapaian tertinggi (akademik, kokurikulum) Kursus Pilihan Semenjak kecil lagi saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Oleh itu, saya berhasrat untuk mengikuti pengajian Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan di Universiti Malaya (UM). Bagi saya, merawat pesakit merupakan satu tugas mulia (A) bagi membantu menyelamatkan nyawa yang tidak ternilai harganya. Tidak semua orang mampu melakukannya. Selain disiplin diri yang tinggi, ia memerlukan pengorbanan, keikhlasan, kesabaran serta kepintaran untuk membuat keputusan (S). Ibu saya merupakan pesakit buah pinggang kronik yang perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu semenjak 13 tahun lalu selain beberapa penyakit lain. Kesabaran serta layanan baik dan mesra terhadap ibu (bukti) oleh para doktor dan jururawat sangat menyentuh hati saya. Hal ini menguatkan lagi azam saya untuk menceburi bidang perubatan agar saya turut sama dapat membantu pesakit sebagaimana para doktor merawat ibu saya denagn penuh dedikasi. Mengapa saya memilih Universiti Malaya? Universiti Malaya merupakan universiti pertama yang menawarkan kursus perubatan di Malaysia dan telah melahirkan ramai tenaga pakar perubatan (K). Antaranya, Dr. Hamid bin Arshat seorang pakar bidan (bukti) yang sangat dikagumi di Malaysia. Sebagai wanita saya mencemburui kejayaan beliau menyambut beratus-ratus bahkan mungkin beribu-ribu kelahiran bayi sejak lebih 40 tahun (bukti). Bagi saya, alangkah baiknya jika lebih ramai wanita melaksanakan tugas mulia itu (A). Ini telah menguatkan azam saya untuk mengikuti jejak langkah beliau suatu hari nanti. CONTOH APLIKASI KSA DALAM SKRIP PENGENALAN DIRI Menuntut ilmu ketika muda bagai mengukir di atas batu ~Hassan al-Basri~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 38 Isu Isi Penting/ Skrip Kekuatan Peribadi Hobi membaca (A) yang ditanamkan sejak kecil menjadikan saya seorang yang mencintai ilmu(A) terutamanya bidang sains biologi. Bahan bacaan berkaitan anatomi sangat menarik minat saya. Membaca biografi Ibnu Sina yang merupakan Bapa Perubatan Moden yang menekankan kepentingan jasad-jiwa dan roh dalam kesihatan menjadi pencetus minat saya untuk mendalami bidang perubatan. Minat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang struktur tubuh manusia dan punca penyakit menjadikan saya seorang yang suka berfikir dan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Saya percaya elemen ini dapat membantu saya untuk menjadi seorang doktor yang baik satu hari nanti kerana seorang doktor perlu tangkas berfikir dan tangkas bertindak mendepani sebarang situasi kecemasan. Alhamdulillah, (A) sifat ini juga banyak membantu saya untuk kekal cemerlang dalam setiap peperiksaan utama dengan memperoleh purata A bagi setiap mata pelajaran (bukti). Kelebihan Diri Selain itu, peluang yang diberi apabila dilantik sebagai Pengerusi Persatuan Sains ketika di Tingkatan 4 dan 5, saya gunakan sebaik mungkin. Dengan bimbingan guru penasihat (A) kami berjaya menganjurkan beberapa program (S) seperti Pertandingan Doktor Muda, Pameran Sains dan, Pertandingan Video Pendek Sains. (bukti) Kejayaan paling manis apabila kumpulan saya seramai empat orang berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Doktor Muda Peringkat Kebangsaan.(bukti) Kami berjaya menghasilkan inovasi ubatan menggunakan bahan alami (K) . Peluang membentang hasil inovasi dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh Profesor Universiti (bukti) selaku juri secara tidak langsung membantu meningkatkan keyakinan diri saya, pengetahuan dalam bidang ilmu dan kemahiran kepemimpinan (K) apabila saya turut bertindak sebagai ketua kumpulan. Saya percaya dengan adanya disiplin diri yang tinggi (S) dan sokongan para guru (A), menjadi asbab untuk saya mencapai kecemerlangan dalam akademik mahupun kokurikulum. (bukti) hala tuju dan perancangan masa depan Semua pengalaman yang saya peroleh sepanjang persekolahan terutamanya aktivti berkaitan dengan sains biologi merupakan satu proses pendidikan untuk mengenali potensi diri sebagai seorang doktor. Menyaksikan detik cemas dan kesakitan seorang ibu saat melahirkan zuriat (A) sangat meruntun hati saya sebagai wanita apatah lagi apabila kelahiran itu dibantu oleh seorang doktor lelaki. Berdasarkan pembacaan saya melalui laman sesawang Hellodoktor (bukti), hanya terdapat lebih kurang 75 pakar genokologi di Malaysia. Malah sebahagian besar pakar genokologi ini terdiri daripada doktor lelaki (K). Ini menguatkan lagi azam saya untuk menjadi seorang pakar obstetrik dan genikologi bagi membantu bakal ibu suatu hari nanti. Bagi mencapai hasrat itu, besarlah harapan saya agar diterima untuk menjadi salah seorang pelajar jurusan kedoktoran, Universiti Malaya. Tidak ada kekayaan seperti pengetahuan, tidak ada kemiskinan seperti ketidaktahuan. ~Ali bin Abi Talib~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 39 Arahan: Hasilkan satu SKRIP PENGENALAN DIRI berdasarkan panduan berikut; 1. Skrip pengenalan diri hendaklah dalam bahasa Melayu sahaja. 2. Skrip yang dihasilkan hendaklah dalam anggaran tidak melebihi tiga (3) minit durasi persembahan video. 3. Skrip pengenalan diri merupakan hasil individu yang wajib dihasilkan oleh setiap pelajar. 4. Skrip yang baik perlu menjelaskan KSA (knowledge, skills, attitude). 5. Skrip penyataan peribadi hendaklah mengandungi semua elemen berikut; a. Maklumat ringkas diri Wajib dinyatakan nama penuh dengan jelas, asal atau negeri tempat tinggal, pendidikan terakhir (Kolej Matrikulasi…) dan jurusan, sikap atau personaliti diri secara ringkas beserta bukti Lain-lain sekiranya perlu seperti pencapaian tertinggi (bergantung kepada kursus pilihan) b. Kursus pilihan Nyatakan dengan jelas nama ijazah yang ingin dimohon dan universiti pilihan Pedoman: Rujuk laman sesawang universiti berkenaan dan fakulti yang menawarkan kursus. Baca dan fahamkan visi, misi, dan objektif fakulti untuk mendapatkan idea berkenaan keperluan kursus Nyatakan sebab memilih kursus Nyatakan sebab mengapa pihak fakulti/ university perlu memilih anda c. Kelebihan diri/ bakat yang unik Fokus kepada kelebihan diri yang dapat memberi nilai tambah kepada permohonan kursus atau memenuhi keperluan kursus yang dipohon. Dipelajari melalui pengalaman/pembacaan dan boleh dibuktikan d. Kekuatan peribadi Ciri peribadi/ sikap/sifat/watak yang terhasil atau diperolehi hasil dari pengalaman/ pemerhatian/persekitaran e. Hala tuju selepas bergraduasi Nyatakan perancangan selepas menamatkan pengajian dalam kursus yang dimohon Nyatakan matlamat jangka panjang (selepas lima tahun) dengan jelas f. Harapan Nyatakan ucapan penghargaan kepada pihak fakulti/universiti yang memberi tawaran panggilan temu duga Nyatakan harapan terhadap permohonan kursus. Pedoman: tegaskan semula kelebihan diri bagi menunjukkan kesungguhan dan keinginan ysng tinggi untuk diterima sebagai pelajar dalam kurus yang dimohon PANDUAN AKTIVITI LATIHAN PENGUKUHAN 2: PENULISAN SKRIP PENGENALAN DIRI Dengan ilmu, pemikiran menjadi tajam dan dengan akhlak hati menjadi lembut ~Pepatah Arab~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 40 PENYEDIAAN KERANGKA IDEA/ SKRIP ISU SEMASA AKTIVITI PENGUKUHAN 3:


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 41 P E S T E L POLITICS (politik) Contoh: polisi/dasar kerajaan kestabilan politik rasuah kepimpinan polisi pelaburan asing ECONOMY (ekonomi) Contoh: Pertumbuhan ekonomi Dasar ekonomi negara Kadar cukai Kadar pengangguran SOCIAL (sosial) Contoh: Kesedaran kesihatan keselamatan Kadar ptumbuhan populasi Gaya hidup Jurang budaya TECHNOLOGY (teknologi) Contoh: Insentif teknologi Inovasi Kajian & Penyelidikan Kesedaran teknologi Perubahan teknologi ENVIRONMENT (persekitaran) Contoh: Perubahan cuaca/ iklim Polisi alam sekitar Perubahan ekologi LEGAL (undangundang) Contoh: Perlembagaan Akta Hak Asasi Kuasa Mahkamah ISU SEMASA PENDAHULUAN/ PENGENALAN definisi konseptual ISI PENTING (2) huraian contoh/bukti data/statistik huraian contoh/bukti data/statistik PENUTUP rumusan isi harapan AKTIVITI PENGUKUHAN 3: KERANGKA IDEA/ SKRIP ISU SEMASA SAMA ADA DARI ASPEK; POLITICS, ECONOMY, SOCIAL, TECHNOLOGY, ENVIRONMENT, LAW (PESTEL) Orang bodoh adalah yang terlalu yakin akan kelebihan dirinya, orang cerdas adalah yang lebih melihat akan kekurangan dirinya ~Imam al-Ghazali~ PEDOMAN : MENGAPLIKASI ANALISIS PESTEL DALAM MENGENAL PASTI MASALAH & FAKTOR YANG MEMBERI KESAN KEPADA SESUATU ISU


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 42 PENDAHULUAN/ PENGENALAN Kemukakan definisi konseptual isu perbincangan dapat menunjukkan tahap pengetahuan dan pemahaman umum terhadap isu yang dikemukakan. Ulas sedikit senario kedudukan isu (sebelum, semasa, jangkaan akan datang) (cerminan sikap dan bawaan, pengetahuan) ISI Dua isi yang dikembangkan dengan huraian , contoh dan fakta (data/statistik/ penyataan daripada sumber yang sahih yang disertakan) (cerminan pengetahuan, kemahiran, kemampuan mengaplikasi sesuatu yang dipelajari) PENUTUP harapan terhadap isu perbincangan dinyatakan dengan jelas, penegasan terhadap topik dan isi, cadangan implikasi isu pada masa akan datang. (cerminan pengetahuan yang mendalam, sikap dan pendirian, kemahiran menyelesai masalah dan pengurusan risiko) PEDOMAN kematangan huraian isi apabila pandangan disandarkan kepada bukti seperti pandangan tokoh/ bahan bacaan/kaijan/data/ statistik dll. APLIKASI KSA DALAM PENYEDIAAN SKRIP PENYATAAN ISU SEMASA PEDOMAN Nyatakan sumber maklumat. contohnya, berdasarkan pandangan tokoh... NOTA TAMBAHAN Bab 2 Buku Digital Visume memberi panduan dari aspek aplikasi elemen: K (knowledge): subtopik pedoman A (attitude): subtopik yang patut dilakukan dan dielakkan S (skills): subtopik ciri visume yang baik, proses menghasilkan visume Bab 3 memperincikan aplikasi elemen KSA mengikut bahagian A dan B Pengetahuan yang baik ialah yang memberi manfaat, bukan yang hanya diingat ~Imam Shafie~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 43 Arahan: Hasilkan satu SKRIP PENYATAAN ISU SEMASA berdasarkan panduan berikut; 1. Skrip penyataan isu semasa hendaklah dalam bahasa Melayu sahaja. 2. Skrip penyataan isu semasa merupakan hasil kerja berkumpulan. 3. Setiap kumpulan perlu terdiri daripada 3-4 orang ahli sahaja 4. Setiap kumpulan wajib menghasilkan SATU skrip penyataan isu semasa. 5. Skrip yang baik perlu menjelaskan KSA (knowledge, skills, attitude). 6. Skrip penyataan isu semasa hendaklah mengandungi semua elemen berikut; a. Pendahuluan/pengenalan Hendaklah memberi definisi secara konseptual tentang kata kunci utama isu atau masalah yang diutarakan Boleh menyertakan data/statistik/petikan kata-kata tokoh atau penyataan mengenai isu secara ringkas. b. Isi Kemukakan hanya DUA isi sahaja bagi menjawab isu atau masalah yang dikemukakan Disarankan untuk mengemukakan isi berdasarkan analisis PESTEL. Setiap kumpulan boleh memilih mana-mana elemen PESTEL yang berkaitan denga nisi. Setiap isi yang dikemukakan perlu disokong dengan bukti/fakta sama ada berdasarkan data/statistik/laporan kajian/petikan kata-kata tokoh dalam tempoh lima tahun terkini (2020 hingga 2023). Analisis isu atau masalah hendaklah diperoleh daripada sumber yang sahih melalui laman sesawang kementerian atau jabatan kerajaan (gov.my) atau laman sesawang institusi pendidikan awam (edu.my) atau akhbar perdana dalam talian atau blog/facebook tokoh yang dikenali. Dilarang mengambil sumber wikipidea atau blog/facebook ahli politik. c. Penutup Tegaskan sekali lagi isi penting Nyatakan dengan jelas harapan terhadap penyelesaian/ penambahbaikan terhadap isu atau masalah yang dibincangkan 7. Tarikh akhir penghantaran adalah selepas lima (5) hari daripada tarikh perbincangan draf isu iaitu pada Minggu ke-7 PdP dilaksanakan. PANDUAN AKTIVITI PENGUKUHAN 3: PENULISAN KERANGKA SKRIP ISU SEMASA Belajar adalah harta karun yang akan sentiasa mengikuti pemiliknya ke manapun jua ~Pepatah Arab~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 44 PENGHASILAN RESUME VIDEO


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 45 Video resume merupakan sebuah filem pendek yang dihasilkan oleh seseorang calon bagi memperincikan secara ringkas tentang; • diri calon, • latar pendidikan, • pengalaman, • kemahiran dan; • kelayakan yang dimiliki. • lain-lain maklumat tambahan (mengikutkeperluan organisasi) Ia merupakan satu bentuk komunikasi sehala secara lisan dan bukan lisan antara calon dan penilai. FORMAT PERSEMBAHAN VISUME PENCERITAAN (NARATION) TEMU DUGA (INTERVIEW) PROJEK PAMERAN (SHOWCASE) PUTARAN FILEM (SHO W REEL) GABUNGAN FORMAT (MIX) Untuk mendapatkan apa yang diinginkan, kau harus bersabar denga apa yang kau benci ~Imam Ghazali~ FORMAT VISUME PEDOMAN Tentukan dahulu format persembahan kedua-dua bahagian sebelum memulakan rakaman (Rujuk e-Book Visume: Bab 2 Penghasilan Video Resume


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 46 ELEMEN VISUAL PILIHAN LATAR TEMPAT YANG SESUAI PENAMPILAN FORMAL KOMUNIKASI BUKAN LISAN SERTAKAN BUKTI @ PENYATAAN PENGGUNAAN RUANG (POSISI DIRI) LATAR BUNYI TIADA GANGGUAN BUNYI MUZIK LATAR BOLEH DIGUNAKAN KOMUNIKASI LISAN SUARA: JELAS & TERANG SEBUTAN: JELAS & TERANG NADA & INTONASI: TEPAT & SESUAI FASIH & LANCAR TATABAHASA & GAYA BAHASA ELEMEN VISUAL DALAM VISUME Temuan mata Postur tubuh Gerak tangan Ekspresi wajah ELEMEN AUDIO DALAM VISUME Ilmu adalah cahaya maka jadikanlah pena dan buku sebagai pedangmu dalam pembelajaran ~Pepatah Arab~


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 47 Pada akhir resume video calon hendaklah menyertakan butiran berikut (mana-mana yang berkenaan); VIDEO PENGENALAN DIRI BAHASA MELAYU SEPENUHNYA DURASI TIGA (3) MINIT SAHAJA PENAMPILAN FORMAL RAKAMAN SECARA LANDSKAP LATAR KOSONG @ TEKNIK `GREEN SCREEN' AUDIO & VISUAL JELAS & TERANG PANDUAN VISUME BAHAGIAN 1: PENGENALAN DIRI Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata ~Prof Hamka~ 01 NO TELEFON BIMBIT 02 ALAMAT EMEL 03 TWITTER 04 INSTAGRAM/ FACEBOOK 05 LINKEDLN


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 48


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 49


Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar Pengajian Am Matrikulasi 50 • Tugasan ini merupakan tugasan individu. • Pelajar perlu menyiapkan dan menghantar resume untuk semakan dan penilaian oleh pensyarah. • Pelajar perlu membina skrip video resume individu berdasarkan isi kandungan berikut. i. Pengenalan diri ii. Sebab memilih KURSUS dan universiti (pengetahuan tentang bidang kursus) iii. Sebab pihak universiti perlu memilih anda a. Kelebihan atau bakat yang membuatkan pihak universiti perlu memilih anda. b. Kekuatan peribadi yang membolehkan anda berjaya dalam bidang yang dipilih satu hari nanti iv. Hala tuju karier setelah bergraduasi sekiranya terpilih mengikuti kursus yang anda mohon. • Pelajar menghantarskrip video resume individu untuk semakan dan penilaian oleh pensyarah. • Pelajar menghasilkan video resume individu berdurasi 2 – 3 minit mengikut Buku Panduan Pelaksanaan Tugasan Pelajar yang sedang berkuatkuasa. • Dua kaedah penghantaran video resume. Kaedah 1: Video yang dihasilkan perlu dimuat naik pada google drive individu dan hendaklah dihantar ke google classroom Sila tukar arahan pautan video: Dari RESTRICTED kepada ANYONE WITH THE LINK Dari VIEWER kepada EDITOR Nama drive dinamakan dengan: Nama penuh pelajar Nama kelas Semester 1, 2023/2024 ATAU Kaedah 2: Pelajar boleh memuat naik video melalui Channel You Tube dengan tetapan PRIVATE dan SHARE TO google classroom Nama drive dinamakan dengan: Nama penuh pelajar Nama kelas SemesteR 1, 2023/2024 • Format video adalah seperti yang berikut: Format fail: MP4 sahaja Format paparan video adalah landskap sahaja Setiap video mestikah mempunyai muka hadapan dan muka belakang PANDUAN TUGASAN: RESUME VIDEO (VISUME) Barangsiapa yang tidak mencintai ilmu, maka tidak ada kebaikan padanya ~Imam Shafie~


Click to View FlipBook Version