The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by feliciasherrina3, 2023-03-20 10:05:56

BMMB3203

TUGASAN 2

E d e lin n a L a m a h a n a k Gim a n g F e licia S h e r rin a A m b a k a n a k T h o m a s R a bia t u l l A d a l wiy a h bin ti Abubaka


Pengenalan


Sesuatu bahasa itu berkembang dan maju selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat bahasanya (Nik Safiah Karim 1986). Pembentukan kata baharu kebiasaanya terjadi sekiranya terdapat isu pengguna bahasa tersebut menghasilkan suatu perkataan yang menginterprestasikan konsep , proses atau keadaan perkara itu. Dalam pembentukan kata baharu melibatkan tiga proses pengayaan iaitu bidang bunyi bahasa (fonologi), pembentukan kata (morfologi) dan perbendaharaan kata (leksikon).Di samping itu, perkataan baharu itu boleh wujud melalui dua proses utama iaitu penggunaan popular dan proses perancangan bahasa yang rasmi. Penggunaan popular ini sering dihasilkan oleh penulis-penulis sama ada di dalam penulisan atau bahan yang boleh disiarkan di media massa. Sebagai contoh perkataan pencen diambil dari bahasa Inggeris iaitu “pension” yang bermaksud seseorang yang bersara daripada pekerjaan.


Pembentukan Kata Asli Bahasa Melayu danPinjaman


Bunyi Bahasa Melayu: - Fonem merupakan unit yang terkecil dalam tatatingkat Bahasa Melayu dan setiap bunyi bahasa yang diterbitkan mempunyai cara pengujaran yang boleh dipecahkan kepada beberapa unit supaya senang untuk dianalisis.


Bunyi Asli Bahasa Melayu - 24 bunyi asli (18 konsonan dan enam vokal) Konsonan: Terdapat sepuluh huruf konsonan yang dapat membentuk perkataan bagi awal, tengah dan akhir perkataan iaitu huruf p,t,k,m,n,ng,s,h,r dan l . Bagi huruf konsonan yang lain seperti b,d,g,c dan j hanya perkataan pinjaman sahaja yang dapat berakhir dengan huruf ini. Contohnya seperti kolej , bab dan sebagainya. Selain itu bagi huruf konsonan ny,w dan y tidak pernah mempunyai perkataan yang berakhir dengan huruf ini.


Cara atau daerah sebutan huruf konsonan asli Bahasa Melayu


Contoh perkataan huruf konsonan:


Vokal Terdapat enam vokal asli bahasa Melayu yang terdiri daripada tiga vokal depan , satu vokal tengah dan dua vokal belakang. Bagi huruf e , huruf ini mewakili dua bunyi iaitu ə (e pepet) seperti emak dan e (e taling) seperti leka . Bagi ə pepet kedudukan vokal berada pada tengah separuh luas dan e taling merupakan vokal depan separuh sempit.Keduadua vokal ini dan vokal o hanya hadir pada awal dan tengah perkataan dalam suku kata terbuka .Dalam pada masa yang sama , vokal a,i dan u boleh hadir pada awal , tengah dan akhir perkataan .


Cara dan daerah sebutan huruf vokal asli Bahasa Melayu


Contoh


TERDAPAT TIGA BUNYI GELUNCURAN YANG DISEBUT DIFTONG IAITU AI, AU DAN OI . BAGI DIFTONG AI HANYA HADIR PADA TENGAH DAN AKHIR PERKATAAN , DIFTONG OI HANYA TERDAPAT PADA AKHIR PERKATAAN DAN DIFTONG AU DAPAT HADIR PADA AWAL, TENGAH DAN AKHIR PERKATAAN.


Bunyi bahasa pinjaman


Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang pesat berkembang dan tidak terkecuali dalam semua bahasa yang menerima perubahan, pengembangan dan sebagainya. Seterusnya , disebabkan pertembungan dengan bahasabahasa yang lain maka pembunyian sesuatu perkataan tersebut diambil daripada bahasa itu seperti bahasa Arab, Inggeris dan sebagainya untuk memperkaya khazanah bahasa kita. Terdapat sembilan konsonan pinjaman yang terdiri daripada satu jenis letupan (q) dan lapan jenis bunyi geseran.


P e r k a t a a n ini die j a d ala m e j a a n la m a m e n gik u t p e n g g u n a a n b u n yib u n yi pinjaman.


Bunyi-bunyi pinjaman ini masih jelas diujarkan tetapi huruf-huruf pinjaman ini telah ditukarkan mengikut sistem ejaan Rumi baharu. Tetapi tidak semua perkataan akan ditukar seperti yang berkaitan dengan istilah keagamaan maka bunyibunyi asal akan dikekalkan ejaannya.


Pembentukan kata


Sanskrit


Menurut Campbell (2013), peminjaman perkataan bermaksud sesebuah bahasa mengambil perkataan daripada bahasa lain dan menjadikan perkataan tersebut sebahagian daripada perbendaharaan katanya sendiri. Berlaku pada zaman bahasa Melayu Kuno iaitu dari abad ke-7 hingga abad ke-13. Bahasa Sanskrit dibawa oleh pedagang India. Maka, tersebarlah oleh Sami atau pendeta agama Hindu dan Buddha. Buktinya, melalui epik Hindu yang berjudul Ramayana dan Mahabharata.


Imbuhan daripada Sanskrit terbahagi kepada dua: i) awalan: maha-, tata-, pra-, swa-, tuna-, eka-, dwi-, tri-, pancaii)akhiran: -wan, -man, -wati, -nita Imbuhan daripada Sanskrit


Imbuhan Awalan mahaContoh: maharani, mahakarya, mahaguru, mahameru, maharaja, mahasiswa, mahadewi, maharesi, maharupa, maharana Awalan ini berfungsi melahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama, dan membawa pengertian paling atau tahap terbesar, tertinggi dan teragung. Ejaan bentuk terbitan daripada jenis maha + kata adjektif dieja berasingan. Perkataan maha dalam binaan ini tidak bertaraf imbuhan tetapi satu perkataan yang utuh. Contohnya, maha mulia, maha besar, maha agung


Imbuhan Awalan tunaAwalan ini kurang digllnakan dalam bahasa Melayu, tetapi sering terdapat dalam bahasa Indonesia. Awalan tersebut menerbitkan kata nama untuk memberi makna tiada atau tidak mempunyai. Contoh, tunaanggota (tanpa anggota atau cacat), tunanetra (buta), tunakarna (tuli), tunakarya (penganggur), tunawisma (tiada rumah)


Imbuhan Awalan tataBentuk digunakan khusus untuk kata nama yang membawa makna sesuatu susunan, sistem atau peraturan. Contoh: tatabahasa, tatatertib, tataadab, tatasusila, tatahukum, tatanegara, tatarakyat, tatacara, tatanama, tatakerja, tataniaga


Contohnya, prasekolah, prasejarah, prakata, prasyarat, prauniversiti, praujian, praakhir, prasangka, prasiswazah, prawacana, prasarana, prasaran Imbuhan Awalan praMenerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya.


Imbuhan Awalan pascaAwalan ini ialah bentuk imbuhan yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian 'sesudah'. Contoh: pascasiswazah, pascamerdeka, pascamodenisme, pascakolonial


Contohnya, swadaya (kekuatan sendiri), swasta (berdiri sendiri), swasambada (keperluan sendiri), swatantra (pemerintahan sendiri), swatenaga (tenaga sendiri), swalayan (layan sendiri) Imbuhan Awalan swaMenerbitkan kata nama yang memberi makna sendiri dan mempunyai potensi untuk menjadi awalan yang produktif walaupun penggunaanya agak terbatas.


Contohnya: ekaekafungsi, ekakata, ekahala, ekabahasa, ekapaksi, ekasuhu, ekawarna, ekamatra Contohnya: pancapancawarna, pancalogam, pancaragam, pancaindera, pancasila, pancalumba Imbuhan Awalan eka- , dwi- , tri, pancaBentuk-bentuk di atas ialah bentuk imbuhan yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian bilangan, iaitu eka- "satu" , dwi- "dua" , tri- "tiga" , dan panca- "lima". Contohnya: dwidwibahasa, dwicabang, dwipihak, dwifokus, dwimusim, dwijantina, dwifungsi Contohnya: tritribahasa, tritunggal, triwangsa, tribulan, triwindu


Imbuhan Akhiran Menerbitkan kata nama yang membawa pengertian pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugas; atau pemilik sesuatu sifat atau keupayaan. Kedua-dua akhiran ini hanyalah bersifat kelainan, iaitu -man digunakan bagi bentuk kata dasar yang berakhir dengan huruf i, manakala -wan digunakan untuk bentuk kata dasar yang berakhir dengan huruf a. -wan, -man -man seniman (pelaku), budiman (pemilik) -wan olahragawan, pustakawan, karyawan, bangsawan, hartawan, jutawan, cendikiawan, dermawan, rupawan, jelitawan, negarawan, budayawan


Imbuhan Akhiran Kedua-dua akhiran ini digunakan sebagai usaha menimbulkan padanan kepada akhiran -man dan -wan. Tujuannya untuk menimbulkan kategori jantina, iaitu -man dan -wan bagi lelaki, dan -wati dan -nita bagi wanita. Namun, penggunaannya bukan sahaja tidak tekal (contohnya: seniman merujuk lelaki, tetapi jelitawan tidak pula merujuk lelaki), bahkan amat tidak produktif. -wati, -nita -wati seniwati, angkasawati, sukarelawati, peragawati -nita karyawanita, biduanita


daily vlog Yael Amari Satu hal yang perlu diingat, dalam tatabahasa bahasa Melayu sebenamya, tidak ada kategori jantina. Oleh sebab itu, imbuhan asing yang cuba diterapkan bagi membawa maksud kategori jantina tidak begitu berjaya. Satu usaha lain adalah dengan menggunakan padanan akhiran vokal -a dan -i, seperti dalam putera/puteri, dewa/dewi, pramugara/pramugari, saudara/saudari. Tetapi cara atau kaedah ini pun tidak kelihatan produktif.


Arab-Parsi


daily vlog Yael Amari Imbuhan daripada Arab- Parsi. Pengaruh bahasa Arab- Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke alam Melayu. Bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu kerana merupakan bahasa rasmi agama Islam. Perkara ini telah memudahkan proses asimilasi unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya.


. Dalam bentuk imbuhan, unsur asing merupakan unsur yang paling sukar terserap ke dalam sesuatu bahasa. Hal ini demikian sama konsep yang berlaku pada proses peminjaman unsur imbuhan daripada bahasa Sanskrit. Penyerapan unsur imbuhan Arab- Parsi ke dalam bahasa Melayu amatlah terbatas. Namun demikian, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa ArabParsi iaitu : a) Awalam b) Akhiran


Imbuhan Awalan. Awalan ini bermaksud tidak dan digunakan untuk menerbitkan bentuk kata adjektif, tetapi penggunaannya amatlah terbatas. biContohnya : bilazim ( tidak lazim), biadab (biadab) Usaha untuk mempopularkan imbuhan ini pernah dilakukan dalam pembentukan istilah sains dan teknologi namun terhad. Contohnya : binormal (tidak normal))


Imbuhan Akhiran. Setakat ini, terdapat enam imbuhan akhiran daripada bahasa Arab yang dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu, iaitu : -wi -i -iah -at -in -ah


Imbuhan akhiran -wi dan -i. Akhiran -wi dan -i digunakan secara terbatas untuk menimbulkan bentuk kata adjektif, iaitu mencirikan sifat yang terkandung dalam kata dasar. Kedua-dua akhiran ini bersifat kelainan dan dan penggunaannya ditentukan oleh huruf akhir kata dasar. Misalnya, -wi digunakan apabila kata dasar berakhir dengan vokal dan -i digunakan apabila kata dasar berakhir dengan konsonan. akhiran -wi akhiran -i bahari, azali sejarahwi, duniawi, manusiawi


Imbuhan akhiran -iah. Akhiran -iah digunakan bagi membentuk kata adjektif yang membawa makna sifat atau ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya : alamiah, lahiriah, ilmiah dan batiniah.


Imbuhan akhiran -in, -at, -ah. Bahasa Arab seperti mukminin/mukminat, muslimin/muslimat, musyrikin/musyrikat, ustaz, ustazah dan sultan/sultanah tidak asing lagi dalam pertuturan orang Melayu yang mengandungi akhiran -in, -at, dan - ah bagi menunjukkan kata nama lelaki dan perempuan. -in -at -ah hadirin, munafikin hadirat, munafikat salihah, qariah


Latin- Inggeris


Imbuhan Awalan daripada Yunani-Latin-Inggeris. Merupakan imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu. Bentuk-bentuk imbuhan yang lain terserap ke dalam bahasa Melayu sebagai sebahagian daripada kata pinjaman. Contohnya ialah pro-, anti-, mono-, poli-, auto-, dan supra-.


proantipoliautosubsupraImbuhan Awalan Fungsi Contoh Untuk menunjukkan tanda bersetuju, memihak atau menyebelahi sesuatu pihak. Untuk menunjukkan tanda tidak bersetuju, membantah, menentang dan melawan. promajikan, proaktif antisosial, antibiotik Membawa maksud banyak. Membawa maksud secara bersendirian. Membawa maksud sebahagian daripada keseluruhan. Membawa maksud melebihi, mengatasi atau merentasi. suprasegmen, suprasistem subbidang, subkategori autocarta, autonomi poliklinik, polisemi


Selain bentuk-bentuk awalan yang produktif tersebut, terdapat juga bentuk awalan yang lain yang terserap ke dalam bahasa Melayu. Awalan ini bukan sebagai imbuhan tetapi sebahagian daripada kata pinjaman. Namun, bentuk-bentuk ini berpotensi menjadi awalan dalam pembentukan kata bahasa Melayu.


Awalan Contoh heteroheksahirdohomohiperinfrainterheterograf, heterogen heksabes, heksapod hirdograf, hidrolisis homopolimer, homogenesis hipersonik, hiperbola infraganus, infrasonik interdental, intervokal


Awalan Contoh intraisokilomakrometamikromiliintrablok, intravena isobar, isogamet kilogram, kilometer makrogamon, makroiklim metamatematik, metapusat mikrosel, mikroekonomi milimeter, milibar


Awalan Contoh telemultineoneuroortooksipaleotelevisyen, telegraf multisel, multibutiran neomagna, neomisin neuroderia, neurohormon ortogenus, ortografi oksisfera, oksiklorida paleogen, paleolitik


Click to View FlipBook Version