Awalan Contoh parapentaperipetrofenofotofitoparapadat, paratip pentaklorida, pentahidrat perimedula, perinatal petrokimia, petrografi fenotip, fenosalinan fotoreseptor, fotometri fitokrom, fitoiklim
Imbuhan Akhiran daripada Yunani-Latin-Inggeris. Bentuk-bentuk akhiran daripada bahasa YunaniLatin-Inggeris belum lagi terserap sebagai imbuhan pembentukan kata bahasa Melayu. Sebahagian besar bentuk ini wujud dalam perkataan yang dipinjam secara keseluruhan ke dalam bahasa Melayu. Contohnya ialah -isme, -ik, -si, -al dan -is.
Akhiran Contoh -isme -ik -si -al -is sosialisme, nasionalisme fonemik, fonetik revolusi, potensi leksikal, kritikal ekonomis, praktis
ANALSIS ISU BAHASA
Media Cetak
Salah: Otong ambut Betul: Kedai Gunting Rambut
Justifikasi Kesalahan ini berlaku apabila tiada kata nama “kedai” diletakkan di hadapan frasa nama bagi menjadikannya sebagai kata nama khas. Berdasarkan kepada contoh atas, jelas bahawa terdapat papan tanda perniagaan yang mempunyai kesalahan bagi kata nama khas iaitu menggugurkan kata nama “kedai” pada papan tanda perniagaannya. Kata nama khas bagi kedai ini tidak lengkap kerana tidak dilengkapkan dengan kata nama bagi menukarkannya kepada kata nama khas.
Justifikasi Dalam istilah yang formal, "Otong ambut" tidak mempunyai makna dan peniaga yang mengiklankan kedai ini sambil lewa dan tidak prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu. Peniaga beranggapan bahawa istilah yang digunakannya sebagai satu daya tarikan dan jenaka tetapi perkara ini mewujudkan ketidakfahaman kerana tiada istilah yang dapat menjelaskan perkataan tersebut untuk membentuk satu nama kedai yang khusus. Seharusnya pada setiap papan tanda perniagaan ini diletakkan kata nama “kedai” yang memuatkan pembetulan bagi setiap kata nama kedai yang dikesan melakukan kesalahan morfologi kata nama khas
Salah: Pusat Kosmetic dan Kecantikan Betul: Pusat Kosmestik dan Kecantikan
Justifikasi Nik Safiah Karim (1992) menyatakan bahawa papan tanda perniagaan sering diletakkan di hadapan bangunan kedai atau premis perniagaan agar mudah dilihat, dibaca dan dikenali oleh pelanggan serta orang ramai. Dalam konteks ini, peniaga terpengaruh dengan penggunaan bahasa asing iaitu Bahasa Inggeris menyebabkan peniaga keliru. Jika diselidik dengan lebih mendalam lagi, peniaga keliru untuk membezakan sama ada ejaan yang digunakan olehnya betul atau tidak kerana dari segi sebutan "Kosmetic " dan "Kosmetik" adalah sama tetapi huruf dibelakang yang membezakannya.
Justifikasi Menurut Zin, et. al. (2014) kesalahan dalam papan tanda perniaga ini juga dipengaruhi oleh sesetengah peniaga yang mementingkan bahasa yang bersifat komersial dan menarik berbanding penggunaan bahasa yang tepat. Kesannya, kesalahan ini menjejaskan penggunaan bahasa Melayu kerana bercampur aduk dengan bahasa asing malah sesetengah generasi akan terpedaya dengan perkataan ini.
Gambar di sebelah merupakan hasil penulisan sebuah novel Melayu Kesalahan: bawak envelope "Yana, ini last warning."
Perkataan "bawak" di dalam novel mengalami kesalahan ejaan . Ejaan yang betul ialah bawa Bagi perkataan envelope, ini merupakan perkataan yang diambil daripada bahasa Inggeris. Jadi dalam Bahasa Melayu envelope sepatutnya diubah menjadi sampul surat Bagi ayat "Yana, ini last warning " seharusnya ditukarkan kepada penggunaan Bahasa Melayu iaitu "Yana, ini merupakan amaran terakhir" . Hal ini kerana penggunaan last warning merupakan bahasa pinjaman daripada bahasa Inggeris Justifikasi
Media Elekt ronik
Gambar di sebelah merupakan komen yang diberikan pada video yang dimuat naik di dalam aplikasi tiktok. - Kesalahan yang dapat dikenalpasti dalam komen tersebut ialah penggunaan perkataan singkatan dan tanda baca yang salah serta penggunaan bahasa Inggeris.
Terdapat beberapa perkataan yang dieja secara singkatan seperti "yg" , "mcm2". Sepatutnya perkataan ini dieja seperti "yang" dan "macammacam" Penggunaan tanda noktah sepatutnya digunakan pada penghujung ayat bagi menandakan ayat itu sudah lengkap. Jadi pengguna media sosial seharusnya cakna akan penggunaan tanda baca semasa memberi hujah atau komen supaya tidak berlaku kekeliruan kepada pembaca yang lain Perkataan "good luck" boleh ditukar kepada selamat berjaya agar lebih sesuai digunakan dalam konteks ayat Bahasa Melayu
● Bentuk ayat seperti di atas memang lazim dihasilkan oleh pengguna bahasa. ● Terdapat kesalahan penggunaan kata sendi nama dalam ayat ini. ● Frasa sendi nama “di atas” perlu ditukarkan kepada “atas” sahaja dalam ayat tersebut untuk menghasilkan ayat yang gramatis. ● “Di atas ” membawa maksud ruang di sebelah atas sedangkan ayat ini bukan bermaksud ruang. Contoh bahan yang telah dimuat naik oleh pengguna di dalam aplikasi Facebook
Kesalahan : - Bila - Dari beli - Bantu -Imagine what we could do with RM30million? Pembetulan : - Apabila - Daripada membeli - Membantu -Bayangkan apa yang kita boleh buat dengan RM30 juta ringgit?
Bila merupakan kata tanya. Oleh itu, kata itu tidak sesuai digunakan dalam Menurut Kamus Dewan Bahasa, dari merupakan kata sendi yang Beli merupakan kata dasar untuk membeli. Dalam konteks ayat ini, imbuhan Bantu merujuk kepada kata kerja. Kata ini lebih sesuai digunakan dalam Justifikasi. sesebuah keterangan. menerangkan tempat mulanya sesebuah pergerakkan. Contohnya, Ali baru balik dari Perlis. mem- ditambahkan agar ayat menjadi lebih gramatis. perbualan. Contohnya : “ Ali tolong bantu Abu angkat kotak itu ” , kata Cikgu Rosmah kepada Ali.
"Imagine what we could do with RM30million?" merupakan bahasa English. Oleh itu dalam sesebuah kenyataan, kita tidak harus mencampuradukkan bahasa. Misalnya, kita hendaklah menggunakan satu bahasa sahaja dalam membuat sebuah keterangan ataupun dalam ayat yang hendak dibuat. Oleh itu, ayat bahasa English itu dapat ditukarkan kepada bahawa Melayu menjadi , "Bayangkan apa yang kita boleh buat dengan RM30 juta ringgit?". Justifikasi.
Rujukan Campbell, L. (2013). Historical linguistics: An introduction. Edinburgh: Edinburgh University Press. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mohammed Zin Nordin, Mohd Taib Ariffin, Khairul Azam Bahari & Siti Munirah Md. Zukhi. (2014). Procedia Social and Behavioral Sciences. 134(1), 330-349. Nik Safiah Karim. (1992). Beberapa persoalan sosiolinguistik bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Nik Safiah Karim. (2008). Tatabahasa dewan (Edisi ketiga.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nurul Atiqah Nor Azman, Harishon Radzi. (2017). Bahasa Lincah : Pembentukan Kata Baharu Dalam Komik Humor Remaja. Jurnal Wacana Sarjana. 1(1),1-9.
Sekian, Terima Kasih