The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by am.akmal66, 2024-03-24 23:09:09

Cerpen Berperi: Ali dan Alam Bunian

Kumpulan 5

TUGASAN 2: ANALISIS PERIBAHASA & PENGHASILAN CERPEN Ahli Kumpulan: Hajlin binti Hajlan Amirul Akmal bin Abdul Jalil Nurin Syahida binti Roslan


PERIBAHASA TEMA: KESUNGGUHAN


Berusaha bersungguh untuk memperoleh sesuatu yang dikehendaki ESA HILANG, DUA TERBILANG Bersungguh-sungguh mencapai matlamat tanpa takut menanggung risiko. GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG Kalau melakukan pekerjaan yang susah, biarlah bersungguh-sungguh dan hendaklah bersabar biar dapat hasilnya nanti. DITUMBUK DIKISAR BARULAH LUMAT


DAN ALAM BUNIAN cerpen BERPERI


ALI ABANG BRAHIM BUNIAN MERAH WATAK UTAMA


Hidup miskin, mestilah cari duit tambahan sendiri. Ada siput boleh beli ayam goreng, tiada siput tiada ayam goreng hahaha


Dia kemudiannya beredar dari sungai memandangkan hari semakin gelap. Dalam perjalanan pulang, Ali menghiburkan dirinya sambil menyanyi. Bagai kacang direbus satu Dapat duit kutip siput Beli ayam goreng (2x) (Melodi Bunga – Altimet)


Nyanyiannya terhenti seketika apabila tiba di persimpangan jalan. “Eh, simpang keluar menuju rumah aku yang mana satu? Ke kiri Ke kanan Mana satu jalan pulang? (Melodi Sang Saka Biru)


Lalu Ali pun meneruskan perjalanan mengikut simpang kiri. Tanpa diduga, persimpangan ini menyebabkan Ali tersasar jauh daripada jalan pulang ke rumahnya. Alam bunian. Itulah laluan bagi simpang kiri itu. Mungkin kanan kot. Tapi rasanya aku masuk tadi dari simpang kiri ni. Alah, cuba saja la.


Setelah berjalan lebih kurang 10 minit, Ali terdengar suara keramaian. Selang lima langkah Ali berjalan, dia pun tiba di sebuah pasar yang agak asing baginya. Eh, sejak bila kampung aku ada pasar macam ini? Hah! Nampaknya aku tersalah pilih simpang ni, aduh!


Kekesalan timbul dalam dirinya. Ali berniat untuk berpatah balik menuju ke simpang yang ditemuinya namun, usahanya itu sia-sia. Walaupun telah berjalan dengan agak lama, Ali tetap kembali ke pasar tersebut.


Ali cuba berfikir positif dalam keadaan yang janggal itu. Dia pun masuk ke kawasan pasar sambil membawa siput yang dipungutnya tadi. Oh, mungkin pasar ini ada sebelum aku masuk ke hutan. Aku saja yang tidak perasan.


Seperti rusa masuk kampung, Ali tercari-cari dan cuba mengingat jalan menuju ke rumahnya tetapi gagal kerana tempat tersebut begitu asing baginya. Ali pun cuba bertanya dengan seorang penjual di pasar itu.


Ahhhhh! Apa kau buat dekat sini! Pergi! Pergi Mak Cik, ini kampung Durian Runtuh kan? Boleh Mak Cik tunjukkan jalan keluar dari pasar ini?


Tiba-tiba Ali menjadi tumpuan orang ramai di pasar itu. Semua orang mula berbisik-bisik sambil melihat Ali dengan penuh kehairanan. Seorang lelaki berjalan menuju ke arah Ali lalu menariknya keluar daripada pasar.


Aku Abang Brahim, ikut aku jika kau ingin selamat. Seorang lelaki berjalan menuju ke arah Ali lalu menariknya keluar daripada pasar.


Tanpa membantah, Ali terus mengikut Abang Brahim sehinggalah tiba di sebuah pintu gerbang. Pintu gerbang itu sangat besar dan unik kerana dihiasi dengan tulisan Jawi “Kampung Cemara Indah”. Itulah tulisan yang terukir di gerbang itu. كامڤوڠ چمارا اينده


Abang Brahim berhenti di hadapan sebuah rumah berwarna kuning.“Inilah rumah Abang Brahim. Kita masuk dahulu ya, mesti kamu terkejut dengan situasi tadi, ”. Ali menganggukkan kepala tanpa bersuara. Mereka masuk ke dalam rumah dan duduk di ruang tamu beralaskan tikar mengkuang.


Abang Brahim melihat Ali lalu tersenyum sambil menghulurkan segelas minuman kepada Ali. "Siapa nama kamu? Bagaimana kamu boleh berada di sini, anak muda?" tanya Abang Brahim dengan penuh perhatian.


Ingin pulang keluar hutan Tidak ingat jalan nak pulang Sudah diteka, sudah dilalu Tapi kembali ke pasar itu Tidak ingin aku disini Hanya niat cari rezeki Esa hilang dua terbilang Penuhi keinginan kesungguhan (Seloka Pak Pandir)


“Oh, begitu rupanya.” ujar Abang Brahim. Wahai Ali tekal hatimu Sanggup berjuang capai keinginan Tapi kasihan tersesat disini Kerna serakah bunian merah Jika ingin kembali pulang Perlu ingat satu pesanan Genggam bara api biar sampai jadi arang Agar niatmu dapat dicapai (Seloka Pak Pandir)


Abang Brahim menceritakan kisah tentang hutan dan alam bunian kepada Ali. Ali mendengarkannya dengan penuh perhatian, meresapi setiap kata yang diucapkan oleh Abang Brahim. Ali tersedak kerana terkejut selepas mendengar Abang Brahim berkata sedemikian.


Ya Ali, betul. Kamu sudah tersesat ke alam bunian. Apa? Bunian merah? Jadi maksudnya saya di..


Ali tersedak kerana terkejut selepas mendengar Abang Brahim berkata sedemikian. “Apa? Bunian merah? Jadi maksudnya saya di..”, belum sempat Ali menghabiskan ucapannya Abang Brahim terus mencelah, “ya Ali, betul. Kamu sudah tersesat ke alam bunian.”


Selepas mendengar cerita Abang Brahim, Ali semakin yakin bahwa dia harus kembali kepada keluarganya. Tanpa dia di sisi keluarganya, sudah tentu bebanan ibu ayahnya bertambah berat kerana tiada yang membantu.


Saya rasa, saya perlu balik Abang Brahim. Siapa yang akan bantu ibu ayah jaga adik kalau saya tiada? Siapa nak cari siput untuk duit tambahan bantu ibu ayah? Hanya saya. Jadi saya perlu balik walau apapun yang berlaku! Kamu boleh balik Ali dan saya sedia membantu tetapi hari sudah gelap. Kita akan mencari jalan pulang esok pagi.


Ali mengangguk. Dia berasa penuh semangat dan tekad. Dia bersyukur telah bertemu dengan Abang Brahim yang telah bersetuju untuk menemaninya mencari jalan pulang ke alamnya.


Pada keesokan harinya, dengan hati yang penuh harapan, Ali bersiap untuk melanjutkan perjalanan pulang, diiringi doa dan dukungan dari Abang Brahim. Perjalanan dimulai dengan merentasi Sungai Liut yang dipercayai mempunyai penunggu.


Menurut Abang Brahim, semasa melalui sungai itu, Ali perlu memakai kain kuning agar tidak dikesan sebagai manusia.


Semasa dalam perjalanan, Abang Brahim tiba-tiba berteriak. Kakinya terseliuh kerana terjatuh. Aduh!


Abang Brahim! Ali teriak kerana terkejut dan khawatir. Abang Brahim cuba berdiri dengan bantuan Ali. Namun, Abang Brahim sukar untuk berdiri walaupun sudah dipapah.


Ali hanya mengangguk dan menyembunyikan kekecewaannya. Maaf Ali. Aku tidak dapat menemanimu lebih jauh. Tidak apa-apa, Abang Brahim. Saya akan mencari jalan pulang sendiri. Tunjukkan saja saya jalan keluar itu.


Walau kawan sudah hilang, Namun usaha jangan hilang. Esa hilang dua terbilang, Usaha hilang bagaimana nak pulang? (Pantun 4 Kerat) Ali merasa kekecewaan yang mendalam saat mengetahui bahawa Pak Brahim tidak dapat meneruskan perjalanan bersama-sama dengannya.


Namun, dia tiada pilihan selain meneruskan perjalanan bersendirian. Dengan hati yang berat namun tekad yang bulat, Ali meneruskan langkahnya.


Abang Brahim memberi pesanan terakhir sebelum Ali menyambung perjalanannya. Hati-hati Ali. Banyak bunian merah yang sedang memburu kau. Apa pun yang terjadi, kau harus pulang. Jangan hiraukan apa yang berlaku dan berusahalah sehingga kau keluar. Keluarga kau menunggu di rumah.


Langkah demi langkah, Ali mula merasakan ada sesuatu yang memerhatikannya. Dia menoleh ke belakang beberapa kali. Kiri dan kanan apatah lagi. Ah! Perasaan aku sahaja itu. Ingat pesan Abang Brahim, jangan gentar dan berusahalah balik ke rumah dengan selamat. Ini bukan alam aku.


Dia membulatkan tekadnya untuk mencari jalan keluar walaupun perlu menempuhi setiap tantangan sepanjang perjalanan tersebut. Jalan yang dipenuhi semak-samun, tumbuhan dan haiwan dengan rupa yang pelik.


Tanpa disedari, perjalanan Ali mencari gerbang untuk keluar dari alam bunian mengambil masa yang agak lama. Sambil berjalan, Ali menghiburkan dirinya dengan bernyanyi.


Mari dengar Wahai kawan Kisahnya aku di alam bunian Penuh misteri dan teladan Inilah Kampung Cemara Indah Sudah jauh aku berjalan Masih tak jumpa jalan keluar Hari dah gelap Aku dah takut Perlu semangat Untuk aku keluar Semak samun Cahaya bulan Menemani ku di dalam hutan Esa hilang dua terbilang Harus semangat Cari jalan keluar (Melodi Pada Zaman Dahulu)


Hari sudah gelap. Sehari suntuk Ali mencari pintu gerbang tetapi masih tidak jumpa. Tiba-tiba, suara aneh terdengar di telinganya. Suara gemerisik dedaunan dan desiran angin seolah-olah disertai dengan bisikan yang menggetarkan jiwa. Ali menegakkan tubuhnya lalu mendengar dengan teliti.


Tanpa jawapan, suasana hutan terasa semakin mendebarkan. Ali meraba-raba di dalam gelap mencari arah suara misteri itu. Hatinya berdebar kencang, namun Ali cuba menenangkan diri dengan mengingatkan dirinya sendiri akan keberadaan Allah yang selalu melindunginya. Siapa di sana?


Tiba-tiba, di hadapannya muncul lembaga hitam. Ali menelan air liur, berusaha mengawal kepanikan yang menyelubunginya.


Ucapnya dengan suara gementar. Siapa kau?


Ali oh Ali Kemana kau nak lari Aku nak lari aku nak lari Sini bukan tempatku Sini bukan tempatku Budak oh budak Tidak semudah itu Hangat-hangat tahi ayam Itulah sifatmu Itulah sifatmu Buniah oh bunian Aku takkan menyerah Aku takkan mengalah Pulang ke alamku (Melodi Bangau Oh Bangau)


Alangkah terkejutnya Ali apabila makhluk itu cuba untuk menangkapnya. Sini kau manusia kecil! hahahahaha. Kau tidak boleh keluar dari sini, aku akan pastikan kau menjadi hambaku di alam ini hahahahaha.


Alangkah terkejutnya Ali apabila makhluk itu cuba untuk menangkapnya. “Sini kau manusia kecil! hahahahaha. Kau tidak boleh keluar dari sini, aku akan pastikan kau menjadi hambaku di alam ini hahahahaha” Dengan kesungguhan yang berbaki, Ali melarikan diri sambil membaca ayat suci al-Quran agar mendapat pertolongan daripada Allah.


Sekian jauh melarikan diri dan berasa selamat daripada makhluk itu, Ali pun duduk di tepi pokok untuk berehat seketika. Ali merenung seketika segala kesulitan yang dihadapinya dan hampir hilang harapan untuk mencari jalan pulang. Lebih baik aku tinggal di sini bersama Abang Brahim. Aku boleh selamat dari bunian merah. Tapi keluarga aku?


Jika hendak kembali pulang, Jangan takut hadapi halangan. Jika berjaya kembali pulang, Itu kesungguhan diri seseorang. Walau lama masa diperlukan, Tetap tekad ingin pulang. Walau fikiran sudah kesuntukan, Tetap usaha sehingga pulang. (Sajak)


Dia memandang ke langit yang gelap, mencari jawapan atas pertanyaan-pertanyaan yang menghantuinya. Tiba-tiba, suara lembut terdengar di telinganya.


Kekuatan sejati terletak dihatimu Jangan putus asa hadapi ujian Dari sesat di hutan hingga dikejar bunian Antara cabaran uji kesungguhan Genggam bara sampai jadi arang Ditumbuk, dikisar sehingga lumat Usah menyerah wahai Ali Jangan menyerah di tengah jalan Bangkit semula wahai Ali Nescaya pasti akan berjaya nanti (Melodi Terima Kasih Cikgu Upin Ipin) Senandung bunian tanpa wajah yang muncul di hadapan Ali.


Click to View FlipBook Version