The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by am.akmal66, 2024-03-24 23:09:09

Cerpen Berperi: Ali dan Alam Bunian

Kumpulan 5

Argh! Jangan ganggu aku! Pergi! Pergi! Jangan takut Ali, aku hanya ingin membantu. Bunian merah itu sudah aku sesatkan agar tidak dapat mengejarmu.


Habistu kau siapa? Usah kau tahu aku siapa. Yang penting kau harus bersungguhsungguh mencari jalan keluar dari sini. Jangan biarkan bunian merah itu mematahkan semangatmu untuk pulang.


Jalanlah sedikit lagi Ali, pasti kau akan berjaya.


Sedikit kehairanan namun Ali tersedar daripada katakata itu. Ali mengumpulkan semula semangatnya dan bangkit dengan tekad yang lebih kuat.


Tanpa memikirkan perkara yang akan dihadapinya selepas ini, Ali melangkahkan kaki dengan berani. Ah! Apa nak jadi, jadilah. Yang penting aku mesti balik. Berusaha biar berkalikali, Putus asa jangan sekali.


Dengan keadaan gelap malam yang hanya disinari samar-samar cahaya bulan, Ali berjalan sehinggalah dia terhenti di jalan mati. Dinding batu? Hmmm. Nampaknya aku salah jalan lagi. Apalah nasibku. Tersesat jalan, masuk alam bunian. Kena kejar bunian merah pula tu.


Belum sempat membebel lebih panjang, tiba-tiba sebuah cahaya terang muncul diri atas dinding batu itu. Ali melihat cahaya itu dengan penuh harapan. Dia mengingat pesan Abang Brahim tentang pentingnya percaya kepada Allah.


Ah, ditumbuk dikisar barulah lumat! Kalau aku sekadar membebel di sini, tiada untungnya buat diriku. Mungkin ada sesuatu yang cahaya tersebut mahu tunjukkan. Ali pun memanjat ke atas dinding batu itu untuk mencari sumber cahaya itu.


Melepasi halangan bukannya mudah, Memanjat dinding bukannya dahan. Segala halangan terlepas sudah, Panjatkan syukur kepada tuhan. (Pantun) Akhirnya, setelah berusaha memanjat dinding batu yang licin dan berbahaya itu, Ali tiba di puncak dinding batu. Gerbang besar yang sungguh bersinar. Itulah yang ada di situ.


Alhamdulillah! Akhirnya pintu gerbang yang dikatakan Abang Brahim telah aku jumpa. Ali berasa lega dan bersyukur kerana berjaya menemukan jalan keluar.


Dengan penuh kegembiraan, Ali melangkah maju dan menembus pintu gerbang itu lalu meninggalkan Alam Bunian di belakangnya. Alhamdulillah! Akhirnya pintu gerbang yang dikatakan Abang Brahim telah aku jumpa. Dengan izin Allah, aku berhasil menemukan jalan pulang,


Sinar mentari menerangi kelam, Beransur reda perasaan geram, Beralih aku ke lain alam, Kini di alam pelbagai ragam. Terdengar sayu namaku diseru, Sama seperti dipanggil dahulu, Sekian lama mencari aku, Kini mereka menemui aku. Syukur dilafaz berulang kali, Tanda gembira dapat kembali, Syukur aku denganmu Ali, Bersungguh-sungguh berulang kali. Tidak ku sangka ini berlaku, Aku berjaya kerana usahaku, Jika lemah kesungguhanku, Tidak pulang aku ke duniaku. Ingatlah teman di ingatan selalu, Hidup penuh dengan liku, Capai citamu dengan usahamu, Esa hilang dua terbilang pesanku. (Sajak)


Itu Ali! Kita dah jumpa Ali! Selepas mendengar teriakan itu, Ali rebah tidak sedarkan diri. TAMAT


Watak WATAK DAN PERWATAKAN Ali Berusia 12 tahun. Berdikari Gigih berusaha walaupun menghadapi kesulitan Abang Brahim Ketua Kampung Cemara Indah Bijaksana Prihatin Baik hati Bunian tanpa wajah Tidak mempunyai wajah Baik hati Mak cik di Pasar Bersikap prejudis terhadap sesuatu yang dianggap kurang lazim Bunian Merah Makhluk yang menakutkan Busuk hati


LATAR Latar Tempat Sungai - tempat Ali menangkap siput untuk membeli Ayam Pasar - tempat Ali tersesat ketika mencari jalan pulang ke rumah Kampung Cemara Indah - perkampungan alam bunian Sungai Liut - Mempunyai banyak penunggu dan tempat Pak Brahim terseliuh Rumah Abang Brahim - tempat Ali solat Maghrib dan makan malam bersama Abang Brahim Latar Masa Maghrib - Ali solat Maghrib bersama-sama dengan Pak Brahim Pagi - Ali memulakan perjalanan pulang ke rumah dengan ditemani oleh Pak Brahim Latar Masyarakat Masyarakat yang berdikari - Ali mencari siput untuk dijual supaya dapat membeli ayam goreng Masyarakat yang gigih - Ali gigih mencari jalan keluar dari alam bunian walaupun diuji dengan pelbagai gangguan makluk bunian Masyarakat yang baik hati - Pak Brahim dan Mak Leha membantu Ali yang tersesat ke alam mereka.


Click to View FlipBook Version