Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)
KOKURIKULUM UNIT BERUNIFORM
MPU 3062
Disediakan oleh:
Nama: MUHAMMAD HAZWAN HAKIMI BIN ABDULLAH
No. Kad Pengenalan: 010828110533
2020192340115
Angka Giliran: PISMP F6
Kumpulan/ Unit SEKAWAN BIRU
UNIT SEKAWAN
Nama Pensyarah: CIK NOR YATIMAH BINTI OSMAN
Tajuk Tugasan:
Tarikh Penyerahan: BUKU LOG
22 SEPTEMBER 2021
Tarikh Menerima Maklum
Balas Daripada Pensyarah
BIODATA DIRI
NAMA MUHAMMAD HAZWAN HAKIMI BIN
ADBDULLAH
KURSUS
SEKAWAN BAHASA MELAYU (SKJC)
KUMPULAN SEKAWAN BIRU
INSTITUSI PISMP JUN 2020
TARIKH LAHIR IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
TEMPAT LAHIR 28 OGOS 2001
HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH,
NO KAD PENGENALAN TERENGGANU
NO. TELEFON
HOBI 0108-28-11-0533
019-3178505
BERBASIKAL
CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA PENGAKAP 2
PENGERUSI : MUHAMMAD FAUZAN BIN OTHMAN
NAIB PENGERUSI : IWANA IZZAT BIN HERUAN
SETIAUSAHA : NUR SALWANA BINTI ABDULL MUTALIB
BENDAHARI : NUR ADIBAH HUSNA BINTI MOHD SUHAIRI
SENARAI SEKAWAN
SEKAWAN MERAH
NAMA KELAS
F8
1. MUHAMMAD AMIR RUSYAIDI BIN ANUAR (KETUA) F11
F7
2. IWANA IZZAT BIN HERUAN F8
F5
3. NUR AIN NABIHAH BINTI AZNAN F11
4. ZAHRATUL FARHANA BINTI SAZALI
5. NURUL NABILA BINTI ADNAN
6. NUR ADIBAH HUSNA BINTI MOHD SUHAIRI
SEKAWAN KUNING
NAMA KELAS
F13
1. AMIRUL AIMAN BIN DIN (KETUA) F8
F3
2. MOHAMAD SALIHIN BIN MISWAN F3
F3
3. INTAN NAZURA BINTI MOHD TARMIZI F3
4. NORAIDIL NADHIRAH BINTI MOHD SALEHHUDIN
5. NUR SALWANA BINTI ABDULL MUTALIB
6. NUR AMIRA SYAZWANI BINTI SAZALI
SEKAWAN BIRU KELAS
NAMA F6
F7
1. MUHAMMAD HAZWAN HAKIMI BIN ABDULLAH (KETUA) F10
2. MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN ROSLAN F13
3. NUR AIN BINTI MOHD ZAWAWI F11
4. NOR SALSABILA BINTI MOHAMED F11
5. SITI NUR AQILAH SYAHIRA BINTI SHEIKH BAKRI
6. NUR HAIFAA BINTI RAHIMI
SEKAWAN HIJAU
NAMA KELAS
F2
1. NIK MUHAMMAD SYAFIQ ZAINI BIN SAFAYI (KETUA) F1
F5
2. MOHAMAD HAZIMI NAZRI BIN JAMIL F13
F13
3. ABDUL MU'IZ BIN ABDUL AZIZ F4
4. ANIS NABIHAH BINTI NORRIZAM
5. WAN NUR ASMA FADHILAH BINTI WAN LANANG
6. NUR AINA SYAHIRAH BINTI MOHAMAD HARIS
SEKAWAN UNGU
NAMA KELAS
F1
1. ARIF AIMAN BIN AHMAD NAZIM (KETUA) F12
F4
2. MUHAMMAD SHAZMIRUL BIN SHAMSUDDIN F3
F9
3. MUHAMMAD FAUZAN BIN OTHMAN F6
4. NUR HUSNINA BINTI FADZIL AKMAR
5. NUR SYAKIRIN BINTI AHMAD DAUD
6. NUR ALIAH ZULAIKHA BINTI ABDUL RASHIB
SEJARAH UNIT
BERUNIFORM PENGAKAP
Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell
Pengasas Pengakap, Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dilahirkan pada 22hb
Februari 1857 di Hyde Park, London. Pada tahun 1876, Baden Powell (BP) ditauliahkan
sebagai Leftenan Muda dalam pasukan askar di India. Pada tahun 1903, BP mendapat
pangkat Ketua Inspektor. Pada tahun 1907, ketika pulang ke England, BP menganjurkan
satu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.
Pada tahun 1908, BP mengarang sebuah buku yang bertajuk 'Scouting for Boys'.
Buku ini telah menjadi kitab bagi pengakap dunia. Ramai yang menerima ideanya. Hal ini
terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia. Dalam Jambori Pengakap
Sedunia pertama di Olympia pada tahun 1920, BP telah dilantik menjadi
PengakapAgungsedunia.
Pada tahun 1937, BP bersama isterinya, Lady Baden Powell meninggalkan London dan
menuju ke Kenya, Afrika dan bermastautin di sebuah kampung. BP melancong ke serata
dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan Pengakap dan Pandu Puteri. BP telah berusaha
mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan Pengakap.
Pada 8hb Januari 1941, BP meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh kehormatan
di Kenya, Afrika. Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pengakap ialah:
TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU
SEJARAH UNIT
BERUNIFORM PENGAKAP
MALAYSIA
Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-
Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga
9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telahpun muncul di tanahair seawal 1908
lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap
bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang
pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap
tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo.
Kronologi penubuhan pasukan pengakap di negeri-negeri
Negeri Tarikh
1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA
Pulau Pinang
1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya
dengan En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H
dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin
Pulau Pinang 1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En H R
Cheeseman
Kuala Lumpur 1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di
dan Selangor dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw
1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau
meninggal.
Pahang 1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet
Sabah 1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil
Alexander di Sandakan
Sarawak 1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil
Alexander, ke Anglican Bishop House,Kuching
Kedah 1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S
Walker dan C W Bloomfield di Kolej Sultan Abdul Hamid
Perak 1926, oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar
Melaka 1926, dibawa oleh R Brunstone
Negeri 1926, juga oleh R. Brunstone
Sembilan
Terengganu 1927, ditubuhkan oleh A J Gracle
Kelantan 1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima
Raja di Maktab Sultan Ismail
Johor
Perlis 1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English
College (kini Maktab Sultan Abu Bakar)
1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara
Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk mewujudkan badan
penyelaras disedari. Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, pergerakan pengakap di
Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,
persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September
1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah
Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut
bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.
Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap
Malaysia (Pemerbadan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli
Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuan-tuan Yang
Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional.
LOGO DAN COGAN KATA
PENGAKAP
BENDERA MALAYSIA
BENDERA pengakap
LAGU pengakap
Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta
Melatih generasi muda Menjadi insan yang
berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama
Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara
Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap
Malaysia
BAHAGIAN 2
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM
KELAB / PERSATUAN: PENGAKAP
TARIKH: 23/ 06 / 2021 HARI: RABU MASA: 11.15 pagi - 2.30 petang
PERJUMPAAN KALI KE: 1
KEHADIRAN: 30/30
TAJUK: Pengenalan, Konsep, Sejarah, dan Kepetingan unit beruniform pengakap
TEMPAT PERJUMPAAN: GOOGLE MEET
JURULATIH: CIK NOR YATIMAH BINTI OSMAN
KETUA PLATUN: MUHAMMAD FAUZAN BIN OTHMAN
AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
1. Penerangan mengenai kursus MPU 3062 serta RMK oleh jurulatih.
2. Pelantikan pengerusi dan ahli jawatankuasa kumpulan pengakap 2.
3. Penyampaian kuliah oleh jurulatih melalui Google Meet selama 1 jam.
4. Pemberian tugasan tutorial dan kuliah diadakan secara tidak segerak bagi
menyiapkan tugasan tutorial.
CATATAN: Perjumpaan dijalankan di atas talian kerana musim pandemik Covid-19 yang
menghalang daripada berkumpul di sesuatu tempat
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD HAZWAN HAKIMI BIN ABDULLAH
TANDATANGAN:
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM
KELAB / PERSATUAN: PENGAKAP
TARIKH: 30/ 06 / 2021 HARI: RABU MASA: 11.15 pagi - 2.30 petang
PERJUMPAAN KALI KE: 2
KEHADIRAN: 30/30
TAJUK: KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
TEMPAT PERJUMPAAN: GOOGLE MEET
JURULATIH: CIK NOR YATIMAH BINTI OSMAN
KETUA PLATUN: MUHAMMAD FAUZAN BIN OTHMAN
AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
1. Jurulatih memaparkan slaid nota tentang kemahiran perkhemahan dan
menyampaikan kuliah berkaitan perkhemahan, ikhtiar hidup dan pandu arah
2. Sesi kuliah segerak berlangsung selama 2 jam
3. Baki masa kelas, jurulatih memberikan latihan tutorial dan perlu disiapkan dalam
tempoh yang diberikan.
CATATAN: Perjumpaan dijalankan di atas talian kerana musim pandemik Covid-19 yang
menghalang daripada berkumpul di sesuatu tempat
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD HAZWAN HAKIMI BIN ABDULLAH
TANDATANGAN:
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM
KELAB / PERSATUAN: PENGAKAP
TARIKH: 7/ 07 / 2021 HARI: RABU MASA: 11.15 pagi - 2.30 petang
PERJUMPAAN KALI KE: 3
KEHADIRAN: 30/30
TAJUK: KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
TEMPAT PERJUMPAAN: GOOGLE MEET
JURULATIH: CIK NOR YATIMAH BINTI OSMAN
KETUA PLATUN: MUHAMMAD FAUZAN BIN OTHMAN
AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
1. Jurulatih menyampaikan kuliah berkenaan dengan asas kawad kaki, simpulan dan
ikatan, asas pertolongan cemas dan sebagainya.
2. Kuliah disampaikan dengan penyampain nota di dalam bentuk slaid bagi
memudahkan pelajar memahami isi pembelajaran.
3. Jurulatih menunjukkan cara melakukan ikatan dan simpulan iaitu, simpulan buku
sila, simpulan bunga geti, simpulan belit, ikat balak dan tindih kasih.
4. Akhir sekali, pelajar diberikan tugasan tutorial untuk disiapkan.
CATATAN: Perjumpaan dijalankan di atas talian kerana musim pandemik Covid-19 yang
menghalang daripada berkumpul di sesuatu tempat
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD HAZWAN HAKIMI BIN ABDULLAH
TANDATANGAN:
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM
KELAB / PERSATUAN: PENGAKAP
TARIKH: 14/ 07 / 2021 HARI: RABU MASA: 11.15 pagi - 2.30 petang
PERJUMPAAN KALI KE: 4
KEHADIRAN: 30/30
TAJUK: KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
TEMPAT PERJUMPAAN: GOOGLE MEET
JURULATIH: CIK NOR YATIMAH BINTI OSMAN
KETUA PLATUN: MUHAMMAD FAUZAN BIN OTHMAN
AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
1. Kuliah disampaikan di atas talian dengan menggunakan platform Google Meet oleh
jurulatih.
2. Jurulatih memaparkan nota dalam bentuk slaid berkenaan asas pertolongan cemas
serta pengurusan perkhemahan.
3. Pelajar ditunjukkan cara mengikat anduh pada bahagian yang tercedera seperti
lengan dan sebagainya.
4. Pelajar menyiapkan tugasan tutorial yang telah disediakan dalam platform Google
Classroom.
CATATAN: Perjumpaan dijalankan di atas talian kerana musim pandemik Covid-19 yang
menghalang daripada berkumpul di sesuatu tempat
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD HAZWAN HAKIMI BIN ABDULLAH
TANDATANGAN:
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM
KELAB / PERSATUAN: PENGAKAP
TARIKH: 21/ 07 / 2021 HARI: RABU MASA: 11.15 pagi - 2.30 petang
PERJUMPAAN KALI KE: 5
KEHADIRAN: 30/30
TAJUK: PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
TEMPAT PERJUMPAAN: GOOGLE MEET
JURULATIH: CIK NOR YATIMAH BINTI OSMAN
KETUA PLATUN: MUHAMMAD FAUZAN BIN OTHMAN
AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
1. Jurulatih menyampaikan kuliah kepada pelajar melalui Google Meet tentang
pengurusan perkhemahan.
2. Tayang slaid nota tentang pengurusan perkhemahan seperti cara memilih kawasan
mendirikan khemah, aspek keselamatan dan kemudahan asas.
3. Tugasan tutorial yang diberikan kepada pelajar untuk dilakukan pada baki jam sesi
kelas.
CATATAN: Perjumpaan dijalankan di atas talian kerana musim pandemik Covid-19 yang
menghalang daripada berkumpul di sesuatu tempat
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD HAZWAN HAKIMI BIN ABDULLAH
TANDATANGAN:
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM
KELAB / PERSATUAN: PENGAKAP
TARIKH: 28/ 07 / 2021 HARI: RABU MASA: 11.15 pagi - 2.30 petang
PERJUMPAAN KALI KE: 6
KEHADIRAN: 30/30
TAJUK: PERSIAPAN DAN PENGURUSAN PERKHEMAHAN
TEMPAT PERJUMPAAN: GOOGLE MEET
JURULATIH: CIK NOR YATIMAH BINTI OSMAN
KETUA PLATUN: MUHAMMAD FAUZAN BIN OTHMAN
AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
1. Jurulatih menyampaikan kuliah kepada pelajar berkenaan dengan pengurusan
perkhemahan.
2. Slaid ditunjukkan bagi memudahkan pelajar faham tentang isi pembelajaran.
3. Pelajar menyiapkan tugasan tutorial yang telah disediakan dalam platform Google
Classroom.
CATATAN: Perjumpaan dijalankan di atas talian kerana musim pandemik Covid-19 yang
menghalang daripada berkumpul di sesuatu tempat
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD HAZWAN HAKIMI BIN ABDULLAH
TANDATANGAN:
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM
KELAB / PERSATUAN: PENGAKAP
TARIKH: 23/ 06 / 2021 HARI: RABU MASA: 11.15 pagi - 2.30 petang
PERJUMPAAN KALI KE: 7
KEHADIRAN: 30/30
TAJUK: ( pentaksiran berasaskan sekolah)
TEMPAT PERJUMPAAN: SK DURIAN MAS, MANIR, TERENGGANU
JURULATIH: CIK NOR YATIMAH BINTI OSMAN
KETUA PLATUN: MUHAMMAD FAUZAN BIN OTHMAN
AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
CATATAN: Semua pelajar diwajibkan untuk menjalani Program Pentaksiran Berasaskan
Sekolah di sekolah pilihan selama 5 hari.
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD HAZWAN HAKIMI BIN ABDULLAH
TANDATANGAN:
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM
KELAB / PERSATUAN: PENGAKAP
TARIKH: 11/ 08 / 2021 HARI: RABU MASA: 11.15 pagi - 2.30 petang
PERJUMPAAN KALI KE: 8
KEHADIRAN: 30/30
TAJUK: (CUTI PERTENGAHAN SEMESTER)
TEMPAT PERJUMPAAN: -
JURULATIH: CIK NOR YATIMAH BINTI OSMAN
KETUA PLATUN: MUHAMMAD FAUZAN BIN OTHMAN
AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
-
CATATAN: Cuti pertengahan semester
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD HAZWAN HAKIMI BIN ABDULLAH
TANDATANGAN:
LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM
KELAB / PERSATUAN: PENGAKAP
TARIKH: 18/ 08 / 2021 HARI: RABU MASA: 11.15 pagi - 2.30 petang
PERJUMPAAN KALI KE: 9
KEHADIRAN: 30/30
TAJUK: ORIENTASI KOKURIKULUM
TEMPAT PERJUMPAAN: GOOGLE MEET
JURULATIH: CIK NOR YATIMAH BINTI OSMAN
KETUA PLATUN: MUHAMMAD FAUZAN BIN OTHMAN
AKTIVITI YANG DIJALANKAN:
1. Jurulatih menyampaikan kuliah tentang persiapan pelajar untuk menghadapai
perkhemahan unit beruniform selama 4 hari 3 malam.
2. Sesi kuliah terakhir bagi pelajar sebelum memulakan rakaman ujian amali.
CATATAN: Perjumpaan dijalankan di atas talian kerana musim pandemik Covid-19 yang
menghalang daripada berkumpul di sesuatu tempat
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD HAZWAN HAKIMI BIN ABDULLAH
TANDATANGAN:
BAHAGIAN 3
Nota sepanjang
kuliah
Pengenalan konsep , sejarah dan kepentingan unit beruniform
Perlembagaan pertubuhan
1. Prinsip-prinsip asas pertubuhan
Prinsip-prinsip asas pengakapan
Prinsip-prinsip asas dalam berpengakapan berhubungkait dengan asas-asas dalam Pergerakan
Pengakap berikut yang mana Penyatuan Pengakap berpaut
1. Definisi Berpengakap
Pergerakan Pengakap diertikan sebagai pergerakan sukarela,bebas daripadsa politik untuk
melatih generasi muda, terbuka kepada semua tanpa mengira asal usul, bangsa dan kepercayaan
agama selaras dengan prinsip dan kaedah yang diilhamkan oleh pengasasnya.
2. Matlamat berpengakap
Matlamat sesuatu pergerakan adalah sebab disebalik keujudannya.Matlamat untuk melatih
generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi fizikal, intelek, social dan rohani
serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya,negaranya dan seterusnya masyarakat
antarabangsa.
3. Prinsip-prinsip Berpengakap
Prinsip dalam pergerakan Pengakap boleh didapati daripada Persetian dan Undang-Undang
Pengakap.
Tiga Prinsip-prinsip itu adalah :
· Kepercayaan Kepada Tuhan
· Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara
· Perkhidmatan kepada Diri Sendiri
PERSETIAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesunguhnya,
Saya berjanji dan bersetia, yang saya
Dengan seberapa daya upaya saya akan:
TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA
MENOLONG ORNG PADA SETIAP MASA
MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Undang-undang pengakap
Terdapat 10 Undang-Undang Pengakap seperti mana yang dirumuskan oleh pengasasnya.
Persetian dan Undang-Undang Pengakap adalah asas dalam berpengakap. Ada pendapat
menyatakan Pergerakan Kumpulan dapat dijalankan tanpa pakaian seragam atau lencana, tanpa
Ibu Pejabat tetapi hanya berdasrkan program latihan. Mungkin ianya bukan kumpulan yang terbaik
tetapi masih lagi berkaitan dengan pengakap.Menjalankan aktiviti Pergerakan Pengakap tanpa
Persetian dan Undang-Undang Pengakap adalah suatu kesalahan.Tanpa Persetian dan Undang-
Undang itu maka ianya bukan Berpengakap.Ia mungkin suatu Kelab Muda-Mudi yang sangat
bagus, tetapi bukanya satu kumpulan Pengakap.
10 undang-undang pengakap
Pertama =) Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan
kehormatan dirinya.
Kedua =) Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong,
kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya,
orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.
Ketiga =) Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada
setiap masa.
Keempat =) Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain
pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
Kelima =) Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
Keenam =) Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
Ketujuh =) Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-
bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada
apa-apa soalan.
Kelapan =) Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam
kesusahan.
Kesembilan =) Pengakap itu jimat dan cermat
Kesepuluh =) Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan
perbuatannya.
Makna Undang-undang Pengakap
1. Dipercayai Kehormatan Diri Seorang Pengakap Itu Boleh Dipercayai
Untuk Menjalankan Tugas-Tugas Yang Diberikanya Dengan
Sehabis Daya- Upayanya.
2. Taat Pengakap Adalah Seorang Yang Taat Kepada Tuhan, Raja,
Negara, Pemimpin-Pemimpin Pengakap, Ibu Bapa, Majikan
Dan Orang-Orang Di Bawahnya.
3. Berguna Tugas Seorang Pengakap Ialah Menjadikan Dirinya Berguna
Dan Menolong Orang Pada Setiap Masa
4. Bersaudara Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Orang Dan Saudara
Kepada Lain-Lain Pengakap, Tidak Kira Dari Apa Negara,
Bangsa, Pangkat Atau Agama Sekalipun.
5. Berbudi Pengakap Adalah Seorang Yang Baik Budi Pekertinya Yakni
Dia Hormat Kepada Semua Orang Terutamanya Orang
Perempuan, Kanak-Kanak, Orang Tua, Orang Sakit, Orang
Cacat Dan Sebagainya.
6. Kasihkan Pengakap Adalah Sahabat Kepada Semua Binatang Iaitu
binatang Kasihkannya Serta Menyelamatkan Binatang Daripada
Menderita Kesakitan Dan Jangan Membunuhnya Tanpa Sebab
Kecuali Binatang Yang Merbahaya.
Pengakap Menurut Perintah Ibu Bapa, Ketua Patrol Atau
7. Menurut perintah Pemimpin-Pemimpin Pengakapnya Tanpa Sebarang Bantahan
Walaupun Menerima Perintah Yang Tidak Disukainya.
8. Tabah hati Pengakap Mestilah Sentiasa Senang Hatinya Dan Bersabar
Selalu Walaupun Dalam Kesusahan.
9. Berjimat Pengakap Mestilah Sentiasa Berjimat Cermat Dalam Semua
Hal Perbelanjaannya.
Suci fikiran, Pengakap Sentiasa Bersih Fikiran, Perkataanya Dan
10.perkataan dan Perbuatannya Dari Melakukan Perkara-Perkara Yang Kotor
Dan Tidak Mengalah Kepada Nafsu Untuk Bercakap, Berfikir
perbuatan Atau Berbuat Sesuatu Yang Keji
1. Perlembagaan pertubuhan
PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK)
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan salah satu badan beruniform
(berpakaian seragam) yang giat bergerak di negara ini. Salah satu cabang dalam pergerakan ini
ialah Pengakap Kanak-kanak. Pengakap Kanak-kanak mengandungi ahli-ahli yang berumur
antara (8) lapan tahun hingga (12) dua belas tahun (murid-murid sekolah rendah)
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak menjadi salah satu gerakerja kumpulan yang
memberi khidmat kepada sekolah dan masyarakat. Di bawah program KBSR Pergerakan
Pengakap Kanak-kanak telah dipilih sebagai salah satu gerakerja kokurikulum yang diwajibkan di
semua sekolah rendah. Ini disebabkan ianya didapati amat sesuai dijalankan oleh murid-murid
pada peringkat ini.
Pergerakan Pengakap Kanak-kanak merupakan satu cara didikan yang boleh dijalankan
di dalam dan di luar sekolah. Aktiviti Pergerakan Pengakap Kanak-kanak mudah diikuti dan
menarik minat murid-murid. Di samping itu, ia dapat menyemaikan sifat-sifat kepemimpinan,
bekerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan mereka.
MATLAMAT PERGERAKAN PENGAKAP KANAK-KANAK
• Mengembangkan kebolehan mental, minat, bakat serta perkembangan rohani dan
jasmani;
• Mengukuh dan memperkayakan pengalaman yang dipelajari di dalam bilik darjah;
• Menyediakan mereka dalam proses penyesuaian bermasyarakat dengan cara memberi
pengalaman untuk berhubung, bergaul dan bekerjasama;
• Memaju dan mengembangkan minat, bakat dan kemahiran muri-murid dalam bidang-
bidang tertentu;
• Menyemai dan memupuk disiplin, nilai dan sikap positif di kalangan mereka selaras
dengan hasrat Ruku negara;
• Melatih murid mengisi masa lapang dengan gerakerja yang berfaedah di samping dapat
meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri mereka; dan
• Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada
sekolah dan masyarakat
PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN
1. KUMPULAN
Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu
kumpulan sahaja. Dalam kumpulan boleh diwujudkan
beberapa pasukan.
2.BILANGAN ANGGOTA
Dengan bilangan 18 orang ahli dan 2 orang pemimpin , satu kumpulan boleh di
tubuhkan. Jika ahli melebihi 48 orang ia boleh di bahagikan kepada beberapa
pasukan.
3. PENDAFTARAN.
Tiap kumpulan hendaklah didaftarkan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia dengan
mengisi borang:-
PPM – 8 * Permintaan bagi Pendaftaran Kumpulan
(sekali sahaja) PPM 1 (A) * Pendaftaran keahlian (setiap
tahun)
PPM 1 (B) * Borang kawalan(statistik)
PPM 9 A * Permohonan Tauliah sebagai Pemimpin dalam
Kumpulan. Borang boleh diperolehi dari Pesuruhjaya Pengakap
Daerah
KUASA PENGANJUR
1. Meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap dengan ibu pejabat Persekutuan
Pengakap Malaysia.
2. Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi ( official signatories)
seorang lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit
pengakap itu.
3. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pengakap.
4. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pengakap di mana
perlu.
5. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktivi luaran (seperti rombongan,
kembara,perkhemahan dan sebagainya ) untuk ahli-ahli.
6. Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di sekolahnya.
TUGAS MAJLIS PEMIMPIN
-Buku log kumpulan
-Kedatangan ahli unit dan pemimpin
-Stok alatan kumpulan
-Persediaan mengajar ( Program latihan mingguan)
-Surat kebenaran ibu bapa / penjaga (kegiatan luar)
-Pendaftaran kumpulan / keahlian Tahunan
-Butiran peribadi ahli pengakap
-Rekod
KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
Aktiviti paling menarik bagi pengakap. Peluang belajar ilmu perkhemahan. Mencuba
pengalaman, keyakinan dan berdikari. Aktiviti membuat gadjet semasa perkhemahan merupakan
perkembangan kemahiran fizikal, mental dan kematangan berpengakap.
2. KRAFTANGAN PERKHEMAHAN
Peralatan yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa perkhemahan. Buatlah
gajet-gajet yang diperlukan sahaja diperingkat awal semasa perkhemahan. Mengenal gajet
perkhemahan: lazimnya gadjet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan
daripada bahan sekitar perkhemahan. kedudukan gadjet. Aktiviti membuat gadjet merupakan
pertandingan semasa perkhemahan di antara patrol.
3. TUJUAN MEMBUAT KRAFTANGAN
Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan keselesaan. Perekaan
membuat gajet disamakan dengan situasi di rumah. Dalam membina gajet, hendaklah ia
mempunyai fungsi. Dalam membina gajet semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan
dan dipraktikkan. Semangat pertandingan yang sihat. Dapat melahirkan idea-idea yang baru.
“Feeling of sense of achievement”, serta kejayaan dalam menghasilkan gadjet.
Meninggikan mutu perkhemahan. Mengisi K.M.L./S.T.A. semasa perkhemahan dengan mengisi
masa membuat gadjet-gadjet yang berfaedah.
4.BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KRAFTANGAN
Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan. Diperbuat dari bahan semulajadi.
Pergunakan dari semua bahagian pokok.
5. JENIS / CARA MEMBUAT GAJET
Yang boleh dibeli. Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem. Yang dibuat
di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah. Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem.
Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem atau yang
berhampiran.
JENIS-JENIS GAJET
• Gadjet kawasan pintu
• Gadjet kawasan dapur dan yang berkaitan.
• Gadjet kawasan tempat basuhan.
• Gadjet kawasan tempat tinggal.
• Gadjet kawasan pengeringan.
1. GAJET KAWASAN PINTU
Gajet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan iaitu: Bahagian
pintu hadapan Bahagian pagar Bahagian pintu belakang Variasi-Variasi pintu hadapan Tulis
nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi. Selain itu bahagian pintu yang boleh
tertutup sendiri (self closing type).
Bahagian pagar
Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas dan adanya
kawalan keselamatan. Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil,
pokok menjalar dan menggunakan batang kayu.
1. GAJET-GAJET KAWASAN DAPUR
Buat dari bahan semulajadi Selain membuat gajet-gajet dapur buat juga gajet sampingan di dapur
seperti: Rak pinggan mangkuk Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak. Meja makan
Penyangkut cawan / gelas. Rak menyimpan kayu api / tong gas. Gajet gerobok (camp larder).
Gajet lubang basah dan kering.
4. GAJET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH
Gajet tempat meletak besen air. Gajet tempat menyimpan alat pergigian, gajet tempat
menyimpan sabun, menggantung tuala mandi dan kawasan tempat basuhan.
5.GAJET TEMPAT MENJEMUR KAIN
Ampaian yang kekal tidak boleh digerak atau dibina dikawasan tempat membasuh
6.GAJET-GAJET LAIN
Antara gajet penting yang lain ialah:
• Tiang bendera
• Menara memerhati
• Gendang/Kantung Kem
• Gajet pembawa barang
• Gajet pondok lalang
GAJET TIANG BENDERA
GAJET KERUSI
GAJET
TRIPOD
GAJET MEJA MAKAN
7.PENEMPATAN GAJET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN
• Tidak jauh dari tempat memasak
• Berhampiran dapur hendaklah mendirikan meja dan bangku makan , gajet alatan tajam
seperti kapak, gergaji dan parang.
• Berhampiran pintu masuk , dirikan papan kenyataan ,tempat letak barang atau tempat
• letak tongkat.
SIMPULAN DAN IKATAN
Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gejet, perlu dipelajari lebih dahulu
supaya gejetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat.
• Ikatan Seraya (Square lashing) –mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan yang
kuat pada tiang yang telahg diikat.
• Ikatan Serong (Diagonal lashing) – mengikat tiang dan juga sebagai penyambung gejet
yang berbentuk serong.
• Ikatan Silang Gunting –mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada pintu
pagar.
• Ikatan „Figure of eight lashing‟ – mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk
pembinaan gadjet berbentuk tiga segi.
• Simpul Balak (Timber Hitch) –memulakan ikatan serong.
• Simpul manuk – memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya.
SIMPULAN BUKU SILA
NOTA ASAS KAWAD KAKI
Tujuan Kawad:
1. Melatih ahli sentiasa berdisiplin dan patuh kepada arahan.
2. Membina semangat berpasukan dan bekerjasama.
3. Membentuk jati diri unggul.
4. Membina kekuatan mental dan fizikal yang kental.
5. Meningkatkan keyakinan dan iltizam yang tinggi dalam diri.
6. Melatih daya fokus yang tinggi.
Arahan Asas Kawad Statik:
Bil Pergerakan Tatacara
.
1. Masuk Baris 1. Arahan diberi oleh jurukawad / ketua perbarisan.
2. Semua ahli masuk baris.
2. Sedia 1. Arahan "Baris...Baris...Sedia".
2. Berdiri tegak dan hujung kaki dibuka lebih kurang 12cm
hingga 15cm.
3. Senang Diri 1. Arahan "Baris..Senang Diri".
2. Bukakan kaki kiri ke kiri.
3. Kedua-dua tangan disimpan di paras punggung.
4. Tangan kanan seperti hormat pengakap dan tangan kiri
menggengamnya.
5. Melangutkan muka ke hadapan.
4. Rehatkan Diri 1. Arahan "Rehatkan Diri".
2. Tangan dinaikkan dan diletakkan di paras pinggang.
5. Ke Kanan Lurus 1. Arahan "Ke Kanan Lurus".
2. Baris paling kanan diam.
3. Ahli lain mengangkat tangan kanan yang digenggam dan
diletakkan di bahu rakan sebelah kanan sambil
memalingkan muka ke kanan.
4. Kemudian, mengangkat kaki bermula kaki kiri dan
menghentaknya diikuti oleh kaki kanan.
5. Seterusnya luruskan barisan mengikut ahli yang paling
kanan.
6. Pandang Depan 1. Arahan "Pandang..Depan".
2. Pengakap akan memalingkan muka ke hadapan sambil
menjatuhkan tangan ke sisi.
7. Bergerak ke Kanan / 1. Arahan "Baris, akan bergerak ke kanan / kiri, kanan /
Kiri kiri... pusing".
2. Semua pergerakan dalam kawad menggunakan arah
bahu kanan kecuali bagi pergerakan ke kiri.
8. Bergerak ke Belakang / 1. Arahan “Baris, akan menghadap ke belakang / hadapan,
Hadapan ke hadapan / belakang...pusing".
9. Buka Barisan 1. Arahan "Buka..barisan .... gerak".
10. Tutup Barisan 2. Barisan hadapan akan bergerak 1 setengah langkah ke
hadapan.
3. Barisan belakang akan bergerak 1 setengah langkah ke
belakang.
4. Barisan tengah duduk diam.
1. Arahan “Tutup...barisan ...gerak".
Barisan hadapan akan bergerak 1 setengah langkah ke
belakang.
2. Barisan belakang akan bergerak 1 setengah langkah ke
hadapan.
3. Barisan tengah duduk diam.
11. Keluar Baris 1. Arahan “Baris...keluar..baris"
Baris akan bergerak ke kanan, berjalan keluar 3 langkah
bermula dari kaki kiri dan bersurai.
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
Pengertian Pertolongan Cemas
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa
yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang
terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum
mangsa mendapat rawatan perubatan yang sempurna.
Tujuan-tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa.
Sifat-sifat Pemberi Pertolongan Cemas Yang Baik
a) Mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri di dalam mengendalikan kes-kes
kecemasan.
b) Pantas ikhtiar menggunakan segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian
atau sekelilingnya.
c) Tajam perhatian di dalam mengenali tanda-tanda dan gejala sesuatu kes.
d) Mempunyai sifat bertimbang rasa kepada mangsa.
e) Tidak mempunyai sikap memilih bangsa atau keturunan semasa memberi
keutamaan rawatan mangsa.
f) Bersifat lemah lembut semasa memberi bantuan agar dapat mengurangkan
kesakitan si mangsa.
Merawat luka dan gigitan
Tujuan
a) Menahan pendarahan
b) Membantu mengelakkan luka atau kecederaan dari terdedah kepada kekotoran
yang boleh menyebabkan jangkitan.
c) Mencegah jangkitan di tempat luka.
Melakukan pembebatan perlu menggunakan kain pembebatan yang bersih suci hama.
Kebiasaannya jenis kain yang digunakan untuk pembebatan adalah dari jenis kain
kasa dan kain lint kerana kain ini lembut dan mudah menyerap.
Pembebat Semasa Kecemasan
a) Sapu tangan yang bersih.
b) Kain biasa yang bersih dan mudah menyerap.
Semasa melakukan pembebatan, seboleh-bolehnya elakkan dari memegang atau
menempoh kain yang digunakan untuk melapik tempat luka. Ini bertujuan
meminimakan jangkitan kuman di tempat cedera tersebut.
Kain Anduh Tiga segi
Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting di dalam pertolongan
cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Kain anduh yang baik
berukuran 1 meter x 1.4 meter.
Antara kegunaan kain anduh ialah:-
a) Mengampu bahagian yang cedera atau patah.
b) Menghenti atau menahan pendarahan.
c) Menetapkan bahagian yang cedera.
d) Dapat digunakan sebagai pengipas.
e) Menutup tempat yang luka atau cedera.
f) Sebagai pengelap atau karung tuaman sejuk.
Anduh (sling)
Jenis-jenis Anduh
a) Anduh besar (large arm sling)
- mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
- mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.
b) Anduh tiga segi/Anduh St. John’s (triangular sling)
- menahan pendarahan anggota atas.
- Mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
c) Anduh kecil (small arm sling)
- mengampu kecederaan di bahagian bahu.
- Mengampu tulang klavikal yang cedera.
- Mengampu anggota atas yang cedera.
d) Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling)
- mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami patah tulang klavikal.
IKHTIAR HIDUP
Ikhtiar idup merupakan satu ikhtiar dalam proses kelansungan hidup. Keadaan
yang selalunya menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik survival ialah
apabila seseorang itu berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka
akan berlaku dan apa akan seterusnya berlaku.
5 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup
Api
Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat
kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan,membantu
menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap
mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai
pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua
keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan. Beberapa
tompokan unggun api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba berbanding
satu tompokan unggun api yang besar. Cari dan kumpulkan kayu api untuk
digunakan pada sebelah malam dan kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah
yang sama, kerana sudah pasti anda memerlukannya kemudian. Jimatkan
bahan bakar dengan cara membuat"star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja
yang terletak didalam unggun api,cuma tolak kedalam jika bahan bakar
diperlukan lagi. Buat pembalik haba dengan membuat dinding dibelakang
ataupun kawasan haba yang berdekatan dengan dinding seperti tembok atau
dinding gua. Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda dapat
menerima pemanasan dari belakang.
Perlindungan
Bermaksud melindungi diri daripada terdedah kepada pancaran matahari yang
berlebiha n, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan
mengurangkan suhu badan boleh menjadi musuh kita.Pakaian merupakan cara
perlindungan pertama, pakaian yang sesuai untuk keadaan yang sesuai.
Sentiasa memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya lapisan pakaian yang
terdekat dengan badan sentiasa kering. Lapisan yang terdekat dengan kulit lebih
panas daripada sehelai baju yang tebal. Jangan membazirkan tenaga untuk
membuat tempat perlindungan sedangkan alam semula jadi telah
menyediakannya (seprti gua dll.). Sentiasalah berlatih untuk membina tempat
perlindungan yang mudah sekiranya tidak menemui tapak perkhemahan yang
sesuai. Jangan tunggu untuk membuat tapak perkhemahan sendiri. Gunakan
"SPACE BLANKET" ataupun baju hujan untuk mengelak daripada kelembapan,
atau untuk menutup tempat perlindungan ataupun digunakan sebagai selimut
dengan keadaan duduk mencangkung (squat position) untuk memberi
konsentrasi haba di dalam badan.
Isyarat
Menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk
meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera,cermin
dan wisel boleh membantu anda untuk ditemui. Tiga tompokan unggun api yang
membentuk segitiga menandakan seseorang itu dalam kesusahan. Kawal
pembakaran daripada merebak dan merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin
Isyarat atau cermin biasa apabila terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak
yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan "EMERGENCY STROBE
light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian mereka yang mungkin berada
dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan bahan organic (rumput lembap /
getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari kawasan
yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau
pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna
permukaan tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan kapal terbang /
helikopter sebagai cara pertama mereka untuk memerhati.
Makanan/Air
Makanan/air berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan
bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh seseorang itu digalakkan
untuk hanya meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Kita
boleh hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan
tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan sesekali meminum urin (cecair dari
tubuh spt. peluh / kencing). Seseorang seharusnya membawa sejumlah
makanan dengan mengandaikan bahawa mereka akan memerlukan makanan
dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa makanan ringkas
yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat, gula-gula) didalam
poket pada setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu. Masaklah air dengan
menambahkan 10 minit atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda
meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis air menggunakan sapu tangan anda
untuk m engasingkan bendasing yang kasar daripada air minuman Jangan
tunggu hingga anda betul-betul kehabisan air baru hendak mencari air. Simpan
air didalam bekas minuman. Jangan memakan mana-mana buah-buahan liar
jika tidak pasti. Selain itu kita juga boleh mengumpulkan air hujan dengan
menggunakan "space blanket" atau baju hujan dengan menadahkannya di atas
permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka.
RESEPI MASAKAN RIMBA
ROTI LILIT
A. BAHAN-BAHAN
1. Tepung gandum
2. Garam
3. Gula
4. Air
5. Ranting kayu atau buluh yang telah dibelah dan dibersihkan
6. Bara unggun api
B. CARA PENYEDIAAN
1. Adunkan tepung dengan air, gula dan garam sehingga sebati dan boeh
dibentuk
2. Bentukkan adunan memanjang lebih kurang sebesar ibu jari
3. Lilitkan adunan pada ranting kayu atau buluh dengan kemas dan pastikan
adunan melekat ke kayu atau buluh.
4. Bakar di atas bara api hingga garing
JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
TUJUAN
1. mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan
mengikut prosedur yang ditetapkan.
2. mempunyai sistem pengurusan aktiviti panddu arah yang mantap.
3. melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur
pengendalian aktiviti. PERATURAN & PERSEDIAAN
1. Kebenaran
• Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat
penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa
ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai
aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat
dengan kita.
2. Persediaan
Alatan
❖ Titik kawalan (control point)
• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati
oleh peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang
jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik.
❖ Penanda Kawalan
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih
sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
❖ Kad
Kawalan
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika
menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start
time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik
kawalan nanti.
• Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk
mencatat masa penamat.
❖ Peta utama
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan
keterangan kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan
❖ Keterangan Kawalan
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir- butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod
kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’
tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah.
❖ Landasan
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan
ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis
diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah :
✓ Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
✓ Titik kawalan dengan tanda bulatan.
✓ Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
✓ ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
KOMPAS
Fungsi kompas :-
❖ Digunakan untuk menentukan arah
❖ Menjadi panduan kepada pengembara untuk menentukan hala tuju di dalam
hutan
KOMPAS BEARING SUDUT