BAHASA MELAYU 1 / PPISMP AMBILAN JUN 2022 M O H A M A D H A K I M I B I N S H A H R U L A Z A M TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
i
ii
ISI KANDUNGAN iii
ISI KANDUNGAN iv
PENGHARGAAN Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat-Nya, maka dapatlah saya menyiapkan dan menyempurnakan tugasan bagi subjek Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BMMB 1104) ini dengan jayanya. Di kesempatan ini, saya dengan besar hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Yazi bin Kerya, pensyarah bagi subjek ini kerana meletakkan sepenuhnya kepercayaan beliau kepada saya dalam melunaskan tanggungjawab yang telah beliau berikan kepada saya. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi memberi tunjuk ajar, bimbingan serta sokongan kepada saya sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan ini. Tidak dilupakan juga, ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan kelas yang sudi memberi pendapat, pandangan dan sokongan kepada saya. Ucapan terima kasih ini juga ingin saya dedikasikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini. Segala bantuan dan sokongan yang telah diberikan, amatlah saya hargai. v
PENGENALAN 1
PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU Kesusasteraan merupakan satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan juga boleh dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah sama ada di dalam bentuk penulisan atau sebaliknya. Jika ditelusuri di dalam aspek sastera Melayu, definisi kesusasteraan itu sendiri mencerminkan sifat indah yang ada pada sesuatu karya. Jika dilihat dalam konteks pendidikan, kesusasteraan Melayu merupakan karya asal yang tertulis dalam bahasa Melayu yang berunsurkan keindahan dan kehalusan dalam pelbagai bentuk seperti novel, cerpen, drama, sajak, prosa atau puisi tradisional bagi mengimbangi intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat. 2
PENGENALAN KESUSASTERAAN MELAYU Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa kesusasteraan Melayu merupakan hasil karya masyarakat Melayu yang mempunyai kata-kata yang indah, mempunyai mesej dan menggambarkan sesuatu perasaan dan keadaan yang tertentu sama ada mengenai diri sendiri ataupun sekelompok masyarakat. Sastera juga dianggap sebagai gambaran peribadi berupa pengalaman, pemikiran, perasaan, idea, semangat ataupun keyakinan dalam bentuk gambaran konkrit yang membangkitkan keperibadian melalui pengantara bahasa tidak kira sama ada bermutu ataupun tidak bermutu. 3
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU 4
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), di dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua, perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang membawa maksud sebagai huruf atau buku indah. Maksud sastera dari segi aspek makna umum pula merupakan bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab. Jika diperhalusi makna yang terkandung di dalam kata dasar perkataan kesusasteraan tersebut, sas- membawa maksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk manakala -tra pula membawa maksud kepada alat. Jika digabungkan maksud tersebut, perkataan sastra membawa maksud alat untuk mengajar. Imbuhan awalan su yang terdapat di dalam perkataan kesusasteraan itu sendiri membawa maksud baik dan indah. Imbuhan ke- dan -an pula membawa maksud yang menyeluruh, iaitu segala yang tertulis, yang bernilai seni dan estetika serta dengan maksud memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran (Prof. Dr. Hashim Awang, Artikel Akademik, hal 2). 5
FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU 6
FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU 2) Kritikan Sosial 1) Hiburan 3) Pendidikan 4) Dakwah 7
FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU Secara umumnya, kesusasteraan Melayu ini berfungsi untuk mewujudkan pemikiran yang bijaksana bagi memimpin masyarakat dalam mencapai kemajuan yang sesuai untuk kemaslahatan hidup masyarakat Melayu itu sendiri. Pemikiran yang terkandung di dalam sastera Melayu itu akan terus kekal utuh walaupun diletakkan di dalam mana-mana zaman yang sentiasa berubah. Fungsi kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada empat fungsi, iaitu hiburan, kritikan sosial, pendidikan, dan dakwah. 8
Menurut kamus dewan edisi keempat, hiburan merupakan sesuatu perbuatan atau benda untuk menghiburkan iaitu, menyenangkan dan mententeramkan hati. Hiburan mengandungi unsur yang melucukan. Hiburan ini terhasil daripada keindahan kata-kata yang diungkapkan dan irama atau rentak yang indah serta tersusun sehingga mampu membelai emosi pembaca atau pendengar. Pada zaman dahulu, karya sastera seperti cerita penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang digilai dan diminati. Sebagai contoh, unsur hiburan boleh diperoleh di dalam karya sastera rakyat yang mengisahkan tentang Pak Kaduk. Pak Kaduk merupakan seorang yang gemar untuk berlaga ayam. Pada suatu hari, Pak Kaduk dicabar oleh raja untuk berlaga ayam dengannya. Namun, sebelum pertarungan tersebut, Pak Kaduk telah diminta oleh raja untuk menukar ayam kepunyaannya dengan ayam kepunyaan baginda. Tanpa berfikir panjang terlebih dahulu, Pak Kaduk bersetuju dengan permintaan raja tersebut. Malangnya, di dalam pertarungan tersebut, ayam Pak Kaduk yang dimiliki oleh raja memenangi pertarungan tersebut. Pak Kaduk telah bersorak dengan girang sehingga seluruh pakaiannya koyak-rabak kerana dia menyangka bahawa ayamnya menang. Pak Kaduk diejek oleh seorang budak, "Pak Kaduk seluar kotak!!". Pak Kaduk yang telanjang bulat ketika itu malu dan menyesal dengan kesilapannya itu. Walaupun kisah ini sarat dengan unsur kelucuan, namun tetap ada pengajaran yang boleh diperoleh untuk dijadikan sebagai iktibar dalam kehidupan. FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU (Hiburan) 9
FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU (KRITIKAN SOSIAL) Sastera Melayu berfungsi sebagai kritikan sosial. Sastera merupakan rakaman kehidupan yang menggali dan menyelongkar kehidupan manusia daripada pelbagai sudut yang berbeza. Sesuatu yang dipaparkan di dalam bentuk sastera merupakan sesuatu yang benar-benar terjadi di dalam kehidupan yang realiti. Hal ini kerana, sastera adalah gambaran kehidupan manusia sebagaimana ditegaskan oleh Usman Awang, A. Samad Said, dan Dharmawijaya. Mayarakat Melayu pada zaman dahulu gemar menggunakan sastera sebagai medium untuk mengkritik sesuatu yang telah berlaku di dalam kehidupan manusia. Menurut Md. Adnan dan Normaliza Abd. Rahim (2014), kritikan sosial merupakan pendapat yang diberikan oleh penulis terhadap masalah sosial. Sastera memainkan peranan sebagai medium untuk memberikan pengajaran ataupun teguran. Sebagai contoh, melalui kisah angan-angan Mat Jenin, penulis ingin mengkritik dengan memberikan teguran kepada masyarakat bahawa kejayaan tidak akan diperoleh atau dicapai melalui angan-angan, tetapi kejayaan tersebut mampu diperoleh dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan usaha yang berterusan. Buktinya, "Usaha tetap jaya, tetapi angan-angan membawa celaka, " kata jirannya setelah mendengar cerita Mat Jeni1n.0
FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU (ALAT PENDIDIKAN) Selain itu, sastera juga berfungsi sebagai alat pendidikan. Melalui penulisan sastera, para pengarang boleh berkongsi ilmu dan pengalaman mereka yang merangkumi pelbagai bidang ilmu seperti bidang ekonomi, politik, sosiologi, agama, dan lain-lain lagi. Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi yang diselitkan dengan unsur-unsur pengajaran, moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya. Di Malaysia, subjek Kesusasteraan Melayu telah diperkenalkan sejak tahun 1957 yang bermatlamat rakyat Malaysia menjiwai unsur dan nilai murni daripada pelabagai aspek seperti kerohanian, kemanusiaan, kebudayaan, kemasyarakatan, patriotisme dan lain-lain lagi. Kewujudan subjek Kesusasteraan Melayu dapat mencerminkan masyarakat kesenian yang kreatif, mampu mengkaji keindahan karya sastera, dan menguasai kemahiran berbahasa bahasa Melayu. Selain itu, pembentukan insaniah dalam kehidupan dapat dibentuk selari dengan konsep ‘modal insan’ yang dicetus oleh pemimpin negara. Sebagai contoh, pendidikan diperoleh melalui kisah Si Tanggang yang derhaka. Pengajaran boleh diperoleh ketika ibunya berdoa, "Ya Allah, berikanlah balasan yang setimpal kepada anak yang tidak mengenang jasa itu! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa kamilah ibu bapa kandungnya". Lalu, kapal Si Tanggang yang dipukul ombak telah bertukar menjadi seketul batu yang besar. 11
FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU ( DAKWAH ) Akhir sekali, sastera berfungsi sebagai medium penyampaian dakwah kepada masyarakat. Pengarang menyampaikan pesanan suci tuhan melalui penulisan sastera kepada masyarakat. Di dalam penulisan sastera tersebut, terdapat wadah yang berkaitan dengan petunjuk atau panduan yang telah disampaikan kepada kita melalui kitab al-quran dan hadis nabi. Antara contoh penulisan sastera yang mempunyai unsur-unsur dakwah ialah, puisi dalam doaku, syair perahu yang mengisahkan tentang hubungan manusia dengan Allah Taala yang dikarang oleh Hamzah Fansuri, syair Siti Saniah yang mengisahkan tentang hukum-hukum syariah yang dikarang oleh Raja Ali Haji, dan lain-lain lagi. 12
KONSEP AKAL BUDI 13
KONSEP AKAL BUDI Secara umumnya, akal budi merupakan cerminan kepada perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang mendokong kepada kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan. Akal budi Melayu merupakan satu konsep yang sentiasa subur dalam ruang lingkup sosiobudaya Melayu. Definisi ‘akal’ dan ‘budi’ dalam konteks Melayu merupakan konsep yang dizahirkan daripada bagaimana cara bangsa Melayu itu berfikir. 14
KONSEP AKAL BUDI (Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid) Menurut Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dalam syarahan yang disampaikan oleh beliau di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 4 Disember 2009 menerusi tajuk “Pantun dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu“ , beliau menyatakan bahawa orang Melayu mempunyai kebijaksanaan dalam memanipulasikan setiap kata dan gaya hidup mereka dalam pantun. Masyarakat Melayu pula merupakan masyarakat yang mempunyai daya fikir yang amat tinggi. Mereka mencipta serta mendedahkan rasa melalui pantun yang diciptanya. 15
KONSEP AKAL BUDI (Profesor Dr. Nor Hashimah binti Jalaluddin) Selain itu, menurut Profesor Dr. Nor Hashimah binti Jalaluddin, pensyarah Program Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau mendefinisikan akal budi sebagai cara kita memberi makna dan mentafsir alam sekeliling dengan menggunakan akal fikiran. Kita perlu melibatkan intelektual atau yang lebih tepat dirujuk sebagai akal budi bagi mencapai makna yang sebenar. Pendapat beliau ini dinyatakan ketika Sesi Wacana Ilmu 2020 Siri Kedua yang telah bersiaran langsung menerusi laman Facebook rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada 15 Julai 2020. 16
KONSEP AKAL BUDI (Dr. Hashim Musa) Kemudian, menurut Dr Hashim Musa, Profesor Linguistik Melayu Universiti Putra Malaysia (UPM), ‘budi’ ialah akal dan daya fikir untuk memahami sesuatu perkara dan kebolehan untuk berdalil serta menyimpulkannya secara rasional. Budi juga boleh didefinisikan sebagai kepandaian, keupayaan dan kebijaksanaan yang mampu melahirkan seorang yang ‘budiman’ . Sebenarnya, perkataan budi memang telah sebati dalam kehidupan masyarakat Melayu, sehinggalah munculnya perkataan seperti ‘akal budi’ , ‘budi pekerti’ , ‘balas budi’ dan sebagainya. 17
KONSEP AKAL BUDI (Sarjana Islam) Seterusnya, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh sarjana Islam, ‘akal’ merujuk kepada kemampuan berfikir yang melengkapkan manusia dengan pengetahuan (ilmu), berfikir terhadap segala idea dan perilaku yang diperlukan dalam perhubungan dengan persekitaran, serta akal mampu membuat perbezaan antara yang baik dan buruk untuk dimanfaatkan di dalam kehidupan mereka. Sementara itu, perkataan ‘budi’ pula bertolak daripada maksud keikhlasan yang lahir daripada hati akibat rasa luluh dan rasa simpati. Sifat yang berperikemanusiaan ini melahirkan budi daripada akal dan kebijaksanaan dan kemudiannya dianggap sebagai perbuatan yang berjasa. Mohd Yusof Othman (1999) telah menjelaskan bahawa deria dalaman manusia terdiri daripada akal budi, iaitu daya ingatan berimaginasi, imaginasi kehaiwanan, imaginasi keinsanan, anggapan, memori dan mengingat semula. Kenyataan tersebut telah membuktikan bahawa agen intelek merupakan agen yang tertinggi di dalam perkembangan intelek manusia. Agen intelek boleh memberikan makna tentang sesuatu yang dapat dirasai oleh jiwa sensitif dengan memberi makna dan ilmu kepada manusia. Akhirnya, seseorang itu dapat menilai kebenaran dan kebatilan melalui akal dan budi. 18
MANIFESTASI AKAL BUDI 19
Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang di dalamnya terserlah kehalusan budi dan ketajaman fikiran. Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat terkenal di seluruh rantau Nusantara. Pantun juga dikenali dengan karangan berangkap yang asasnya terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama di hujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam, lapan, sepuluh atau dua belas baris. Kebiasaannya pantun terdiri daripada dua atau empat baris. Rima akhir setiap baris di dalam pantun adalah a, b, a, b. Pantun boleh dibahagikan kepada dua yang sama banyak barisnya, iaitu bahagian pembayang dan maksud pantun. Sebagai contoh, bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat ialah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud. Pantun juga boleh dikategorikan kepada beberapa kategori mengikut tema. Antaranya, pantun nasihat, pantun adat, pantun kanak-kanak, pantun agama, pantun sindiran, dan pantun jenaka. Seni pantun ini telah mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai suatu warisan budaya tidak ketara yang dikongsi bersama dengan negara Indonesia pada tahun 2020. Menurut Za'ba, pantun difikirkan datang daripada hasil terbitan 'sepantun' yang membawa maksud 'seperti', 'seumpama' atau 'macam'. Selain itu, 'sepantun' juga ditafsirkan sebagai pengungkapan bandingan langsung yang wujud pada sastera Melayu klasik. 1) PANTUN 20
AKAL BUDI DALAM PANTUN Menurut Ungku Aziz (2011), pantun tidak wujud dalam kekosongan atau vakum. Pantun merupakan manifestasi terbaik seni sastera orang Melayu. Oleh itu, melalui pantun, para pengkaji dapat mengkaji struktur sosial bangsa Melayu lama, akal budi, sikap, pemikiran, aktiviti kehidupan dan falsafah hidup yang mereka anuti. Pantun digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan. Pantun merupakan kaedah rangkapan yang tertua dan kepunyaan masyarakat Melayu semenjak masyarakat Melayu belum tahu aktiviti balas-membalas surat. 21
PANTUN (Pantun Budi) Puas sudah menanam ubi, Nanas juga dipandang orang: Puas sudah menanam budi, Emas juga dipandang orang. 22
Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat melalui pemilihan diksi pembayang yang berkaitan dengan alam iaitu nanas dan ubi. Nanas berbau harum dan berwarna kuning apabila masak. Penggunaan diksi nanas adalah untuk dibandingkan dengan emas yang menjadi kegilaan masyarakat untuk memilikinya. Perkara ini berbeza pula dengan ubi yang dikaitkan dengan sifat orang berbudi dan tidak suka menonjolkan kehebatan diri. Ubi yang berisi tetap berada dalam tanah. Nanas sering dijadikan pencuci mulut yang tidak mengenyangkan perut. Nanas mempunyai tarikan dalam aspek warna dan rasanya yang manis. Berbeza pula dengan ubi yang hanya mampu mengenyangkan perut untuk meneruskan kehidupan. Kesimpulannya, akal budi dalam pantun ini mendidik masyarakat supaya jangan mengejar sesuatu yang nampak istimewa pada luarannya sahaja seperti harta benda tetapi lebih mementingkan sifat orang berbudi dan merendah diri. Nanas diumpamakan emas manakala ubi diumpamakan dengan budi. 23
PANTUN (Pantun Kasih Sayang) Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan; Buang emak buang saudara, Hati kasih hamba turutkan. 23 24
Jika diperhatikan di dalam pantun tersebut, terdapat ungkapan ‘nasi lemak’ . Pemantun menggunakan ungkapan ‘nasi lemak’ kerana nasi lemak sangat dikenali dalam kalangan orang Melayu. Nasi, dalam masyarakat Melayu merupakan satu makanan asas atau makanan ruji yang amat istimewa. Nasi ini amat penting kerana bagi masyarakat Melayu kerana boleh mengenyangkan. Disebabkan itu, terdapat banyak peribahasa yang berkaitan dengan padi di dalam masyarakat Melayu. Perkara ini seolah-olah memberikan satu kuasa magis kepada masyarakat.Mungkin kita pernah dengan orang tua-tua mengatakan bahawa padi itu ada semangatnya yang diberikan nama “semangat padi” . Pembayang baris pertama dikaitkan dengan nasi lemak buah bidara. Buah bidara bukanlah sesuatu yang penting dalam kehidupan Melayu kerana tidak mengenyangkan. Namun, buah tersebut berkemungkinan bertindak sebagai pencuci mulut. Mungkin pemantun inginkan persamaan bunyi rima sahaja kerana baris ketiga berbunyi ‘saudara’ . Namun jika dilihat dari perspektif yang lain, kita akan melihat ketidakcocokan antara buah dengan nasi ini. Ada pengkaji menyatakan ketidakcocokan ini akan menyerlahkan lagi perbezaan dalam maksud yang ingin disampaikan. Aspek ini boleh dilihat dari sudut keseimbangan kerana keseimbangan dalam budaya Melayu juga merupakan satu falsafah yang diterapkan sejak kecil. Contohnya jika kita menanam sebaris pohon bunga, sudah tentu perlu menanam sebaris lagi di sebelahnya untuk mewujudkan keseimbangan.Jika tidak, mata kita akan sakit. 25
Berbalik pada pantun nasi lemak buah bidara ini, menurut Noriah Ahmad (2006), bentuk kelainan dalam pantun yang menggunakan ‘buah bidara’ pada dasarnya hanyalah atas dasar persamaan bunyi dengan ‘buang saudara’ . Buah bidara dianggap tidak penting dalam kehidupan orang Melayu seperti juga saudara yang kurang penting berbanding dengan ibu dan bapa. Saudara ini mungkin sesekali akan timbul atau diperlukan jika timbul sesuatu masalah, atau jika ada sesuatu keramaian. Seterusnya, maksud pantun di dalam baris ketiga dan keempat menggambarkan bahawa sesuatu nilai dalam perasaan ini akan diterjemahkan dan akan diberikan darjatnya oleh empunya diri. Sesuatu perasan itu memang sukar untuk difahami oleh orang lain. Berilah nasihat atau panduan apa pun, tetapi keputusannya tetap terletak di tangan empunya diri. Dalam hal perasaan ini, apabila dibesarkan dengan bunga-bunga kasih, sifat manja dan mesra, maka satu jalinan pertautan yang sukar diperjelaskan akan menjelma dan tidak mungkin dapat dipisahkan. Disebabkan itu, seseorang itu akan sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi tuntutan perasaan dan jiwanya sehingga sanggup meninggalkan orang yang tersayang. 26
Bagi baris pembayang yang kedua, ungkapan selasih tidak mempunyai pertalian makna dengan nasi. Namun, jika diteliti, sebenarnya ada pertautannya. Selasih merupakan bijirin yang akan mengembang jika direndam dalam air. Gambaran ini ada kaitan dengan ungkapan kata ‘kasih’ yang akan muncul dan bersemi pada waktu tertentu dan akan semakin berkembang jika sering disirami dengan embun kasih. Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pengungkapan pantun ini merupakan satu teknik luahan hati yang berselindung di sebalik kenyataan. 27
PANTUN (Pantun Nasihat) Buah cempedak diluar pagar, Ambil galah tolong jolokkan; Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. 28
Pantun ini memberikan kepada kita gambaran dan makna yang tersirat. Pertama sekali, berkenaan dengan buah cempedak diluar pagar. Apabila kedudukan buah tersebut diluar pagar, maka sudah tentulah perlu meminta izin daripada tuan empunya tanah terlebih dahulu apabila ingin mengambil buah cempedak tersebut. Seterusnya, buah cempedak tersebut tidak boleh dijolok dengan galah. Hal ini kerana, buah cempedak bukanlah buah yang kecil seperti jambu. Apabila dijolok, maka buah cempedak tersebut akan jatuh di luar pagar. Berdasarkan situasi tersebut, maka jelaslah bahawa budak yang ingin menjolok buah cempedak tersebut perlu belajar dan dapatkan bimbingan daripada orang dewasa. Banyak perkara yang perlu budak itu belajar. Budak tersebut perlu belajar tentang adab dengan jiran, belajar tentang hukum fizik, logik akal, jenis buah dan sebagainya. Perkara ini selaras dengan maksud pantun yang disampaikan di dalam baris ketiga dan juga baris keempat yang mengatakan bahawa dia budak yang baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Maka, orang dewasalah yang perlu memainkan peranan untuk mengajar dan memberikan bimbingan kepada budak tersebut. 29
PANTUN (Pantun Nasihat) Buah langsat kuning mencelah, Senduduk tidak berguna lagi; Sudah dapat gading bertuah, Tanduk tidak berguna lagi. 30
Berdasarkan pembayang pantun, pokok senduduk merupakan tumbuhan renek kecil dan bercabang. Pokok ini dapat menyesuaikan dalam semua keadaan tanah dan memerlukan cahaya matahari. Pokok ini mempunyai banyak khasiat dalam aspek perubatan tradisional, iaitu daun dan pucuknya boleh dimakan untuk memulihkan cirit-birit. Pokok senduduk juga boleh digunakan untuk memulihkan parut-parut luka kesan daripada kelemumur atau cacar. Air rebusan akarnya pula digunakan untuk melegakan sakit gigi, melembutkan kaki dan mengurangkan kembung perut. Penerangan ini telah membuktikan bahawa pokok senduduk ini begitu penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Sebelum pokok langsat berbuah kuning, masyarakat seolah-olah bergantung pada pokok senduduk ini. Malangnya, apabila pokok langsat telah berbuah kuning ranum untuk dimakan, maka pokok senduduk seolah-olah tidak berguna lagi kerana akan diinjak-injak ketika memetik buah langsat. Berdasarkan pembayang pantun pula, tanduk merupakan simbol kekayaan dan kemewahan seseorang itu. Namun, disebabkan keindahan dan nilai gading yang jauh lebih tinggi telah menyebabkan tanduk tidak lagi dipandang tinggi. 31
PANTUN (Pantun Kasih Sayang) Kampung Kayang dahulunya kota, Tempat singgah anak juragan; Di kiri sayang di kanan cinta, Abang di tengah mati berangan. 32
Baris pertama pantun menceritakan tentang sebuah kampung di Perlis (tidak jauh daripada bandar Kangar dan Kuala Perlis), dahulunya merupakan kawasan istana raja dan tempat tersebut terdapat binaan kota yang digunakan untuk perlindungan daripada serangan luar, terutamanya Siam. Walau bagaimanapun, sekarang kota tersebut telah diruntuhkan oleh orang kampung untuk dijadikan sawah padi. Antara kesan peninggalan pemerintahan silam di Perlis ini masih ada di bukit yang berhampiran, iaitu makam-makam diraja. Di kawasan sekitar makam-makam tersebut, kerajaan Perlis telah membina sebuah bangunan untuk dijadikan sebagai muzium. Perkaitan antara baris yang pertama dan baris yang kedua ialah, Kota Kayang (Kampung Kayang) sekarang terletak di berhampiran dengan Sungai Kangar dan jalan perhubungan di antara kota pentadbiran dengan dunia luar adalah sungai. Malah serangan-serangan Siam ke atas Perlis juga dilakukan melalui jalan sungai. Jadi, ungkapan pemantun yang mengatakan bahawa Kampung Kayang adalah tempat singgah anak juragan ini memang ada kebenarannya kerana pada ketika dahulu, di situ merupakan pusat pentadbiran negeri Perlis dan sudah tentu adanya aktiviti perniagaan dan sering dikunjungi oleh perahu dan kapal luar. 33
Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama dengan kedatangan Islam. Syair telah diubahsuai mengikut kesesuaian Bahasa Melayu Klasik ketika itu. Namun begitu, A. Teeuw berpendapat bahawa syair merupakan puisi Melayu lama yang telah wujud tetapi namanya telah ditukar. Terdapat bukti bahawa bentuk syair itu sendiri telah wujud sebelum kejatuhan Kerajaan Melaka, sebagaimana yang tersurat dalam kata-kata yang tertulis pada sebuah batu nisan tua yang telah di-jumpai di Minye Tujuh, Acheh, bertarikh kira-kira pada 1380 masihi itu adalah berbentuk syair, begitu juga hasil-hasil sastera yang berbentuk syair, seloka, gurindam, istimewa pula pantun, dan lain-lain lagi. Syed Naquib al-Attas berpendapat bahawa syair dicipta oleh Hamzah Fansuri sendiri selepas kedatangan Islam iaitu pada tahun 600 Masihi. Za'aba pula mendakwa bahawa syair berasal daripada perkataan "syir" yang membawa maksud perasaan serta pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik. 2) SYAIR 34
terdiri daripada 4 baris serangkap (tetapi sesetengah syair boleh juga dihasilkan dalam 2 atau 3 rangkap). syair tidak mempunyai pembayang maksud (berbeza dengan pantun). setiap baris dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu. Sebuah syair biasanya menceritakan suatu kisah. bilangan perkataan dalam setiap baris adalah sama iaitu 4 perkataan dan 8-12 suku kata dalam satu baris. Syair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Syair tidak mempunyai pemilik atau penulis yang khusus. Syair dianggap kepunyaan milik bersama oleh masyarakat Melayu lama. Hamzah Fansuri telah menghasilkan syair yang lebih bersifat Melayu dan menyebabkan syair Melayu sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab. Ciri-ciri syair : Syair boleh terdiri daripada syair romantik, syair sejarah, syair ibarat dan juga syair keagamaan. 2) SYAIR 35
SYAIR (Syair Perahu - Hamzah Fansuri) Inilah gerangan suatu madah, Mengarangkan syair terlalu indah, Membetulkan jalan tempat berpindah, Di sanalah I'tikaf diperbetul sesudah. Wahai muda, kenali dirimu, Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, Ke akhirat jua kekal diammu. 36
Penulis mencipta syair perahu ini bertujuan untuk membetulkan perjalanan hidup manusia di dunia ini demi kesejahteraan hidup di akhirat. Selain itu, penyair menggalakkan kita untuk sentiasa berfikir membetulkan iman. Hanya melalui iman yang mantap dan jalan tauhid yang betul sahaja menyebabkan kita berjaya di dunia dan di akhirat. Di dalam rangkap yang kedua, penyair meminta kita mengenali diri sendiri. Apabila sudah mengenal hakikat diri, barulah kita dapat mengenali Allah yang mencipta kita. Selain itu, penyair mengibaratkan kehidupan manusia sama seperti sebuah perahu. Kita terpaksa melayari kehidupan dunia yang sementara ini penuh dengan pelbagai ujian seperti perahu yang dipukul gelombang. Tujuan tamsilan ini mengharapkan kita bersedia menghadapi ujian dunia yang bersifat sementara. Jika kita berjaya mengharungi ujian ini, kita akan dapat berlabuh dengan selamat di pulau idaman, iaitu tempat yang kekal selama-lamanya dalam syurga Allah. 37
Seloka merupakan sejenis puisi Melayu tradisional. Seloka juga dikenali sebagai karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi hujung (rima) yang tidak tetap. Bilangan baris pada sesebuah seloka adalah tidak terhad dan bilangan baris pada setiap rangkap juga tidak menentu. Seloka juga tidak mempunyai rima akhir yang tetap. Seloka dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara berlapik dan berkias dalam nada bergurau. Seloka telah memancarkan budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak mengkritik secara berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang digunakan di dalam seloka adalah lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenar sesebuah seloka. Seloka dijadikan sebagai sesuatu perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan, metafora, simile dan personifikasi yang kaya dengan imej alam. 3) SELOKA 38
Fungsi seloka amat terbatas. Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. Selain itu, puisi seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba. FUNGSI SELOKA : 3) SELOKA Sejenis puisi 2 baris/ kerat Mempunyai 16 suku kata yang disusun dalam 4 unit Mempunyai 4 baris seloka / lebih Bebas dari segi rima Isi ialah pengajaran dan nasihat tetapi disampaikan dalam nada yang berbentuk nada menyindir dan mengejek / dalam nada jenaka. CIRI-CIRI SELOKA : Seloka sindiran Seloka mengejek Seloka menempelak Seloka nasihat Seloka pengajaran Seloka khayal Seloka gurau senda JENIS-JENIS SELOKA: 39
SELOKA (Seloka Pak Pandir) Anak dipijak dagang dijinjing, Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis badan tergadai, Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh di langit, Air di tempayan dicurahkan, Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung, Pak Pandir juga yang menanggung, Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah dia haram, Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga berkecundangan. 40
Seloka Pak Pandir bertujuan untuk berhibur dan berjenaka, tetapi terselit unsur sindiran. Pak Pandir mewakili sikap sebahagian masyarakat Melayu yang dikatakan mempunyai sifat-sifat negatif. Lalu, sifat negatif tersebut dijadikan senda gurau dan sindiran dalam seloka. Watak Pak Pandir telah dijadikan watak yang mewakili sikap orang Melayu berkenaan. Dikatakan juga bahawa Pak Pandir seorang yang sering tidak bernasib baik. Seloka ini telah menyindir individu yang bersikap mengutamakan orang lain. Sikap negatif ini perlu ditinggalkan kerana merugikan diri dan keluarga terdekat. Sikap yang sepatutnya ialah, mendahului keluarga terdekat bukannya orang luar yang hanya mementingkan diri sendiri disebabkan tiada talian darah. Buktinya, Pak Pandir bukan sahaja sanggup mengabaikan anaknya sendiri malahan menyakitinya sebagaimana dalam frasa 'anak dipijak' manakala pihak yang tiada kaitan dengan keluarganya pula diberi layanan baik sebagaimana dalam frasa 'dagang dijinjing' . 41
Di dalam baris 'hartanya habis tergadai' menunjukkan gambaran Pak Pandir tidak pandai mengurus hartanya. Berkemungkinan watak tersebut seorang yang boros dalam perbelanjaan, banyak hutang sehingga terpaksa menggadaikan hartanya. Selain itu, berkemungkinan juga Pak Pandir suka berjudi atau bertaruh. Pertaruhan seseorang yang berjudi selalunya melibatkan harta. Jikalau kalah berjudi dengan sendirinya harta akan terjual atau terpaksa diserahkan kepada pihak yang menang. Sewajarnya, kita perlu pantai mengurus harta. Jika tidak, harta akan habis tergadai dan menanggung hutang seperti yang dinyatakan dalam baris 'hartanya habis tergadai' . Jikalau dilihat pada baris 'tak sedar bertelanjang' , itu merupakan satu kritikan halus tentang sikap yang tidak sedar kelemahan diri. Jika Pak Pandir sedar dirinya tidak berpakaian, sudah tentu dia telah bertindak untuk menutup sebahagian badannya yang terdedah. Disebabkan dia tidak sedar diri, dia telah membiarkan dirinya tidak berpakaian. Gambaran ini telah menunjukkan bahawa Pak Pandir seola-olah tidak tahu kelemahan yang ada pada dirinya. Oleh itu, beliau tidak mampu memperbaiki kelemahan dirinya sendiri. 42
Pengarang juga mengkritik sikap individu yang terlalu mendengar kata pihak lain dan cepat terpengaruh seperti 'mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan' . Seterusnya, hidup kita akan terikat dan tersiksa sekiranya kita tidak tahu tipu helah musuh yang berpura-pura baik di hadapan kita iaitu, 'mulut kena suap pisang' , 'buntut kena cangkuk onak' . Dengan itu, kita akan menanggung derita tanpa ada kesudahan kerana masalah timbul disebabkan kelemahan sendiri iaitu, 'awak juga berkecundangan' . Aspek akal budi juga dapat dilihat apabila pengarang mengkritik sikap kita yang tidak memberi faedah kepada orang lain sama seperti 'gelagak rambutan jantan' yang tidak mengeluarkan buah walaupun berbunga apabila tiba musimnya. Kelemahan ini sama juga seperti sikap melakukan sesuatu perkara tidak bersungguh-sungguh akan menyebabkan kerja yang dilakukan tidak mendatangkan hasil seperti 'kilat memancar hujan tak jadi' . Keseluruhan isi Seloka Pak Pandir menyindir dengan sinis tentang sikap sebahagian daripada masyarakat Melayu yang bersikap negatif. Banyak kelemahan yang wujud di dalam kehidupan seharian mereka. Watak Pak Pandir hanyalah seseorang yang mewakili sikap keturunan Melayu yang perlu diberi teguran supaya mengubah sikap. 43
Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tidak tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan, dan pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme). Setiap rangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea. Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea. 4) GURINDAM 44