The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU tugasan 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 952-2-mohamad, 2023-02-15 11:02:24

Manifestasi Akal Budi Kesusasteraan Melayu

BMMB 1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU tugasan 1

Keywords: Kesusasteraan Melayu

Dari segi bentuk, gurindam sama seperti talibun, teromba atau mantera tetapi tergolong sebagai gurindam kerana isinya mengandungi nasihat, pengajaran dan kebenaran, berbeza dengan mantera. Gurindam tidak mengandungi unsur sihir, dan berbeza dengan teromba, yang tidak merujukkan kepada salasilah atau undang-undang setempat. Gurindam juga dapat merangkumi puisi yang lebih bebas, yang secara sinkronis tergolong sebagai puisi moden, terutama di peringkat awal perkembangannya. Kebanyakan karya puisi dalam peringkat itu memperlihatkan kebebasan dari segi bentuk dan isi tetapi masih terkongkong kepada nilai-nilai puisi tradisional dari segi pola, rima, rentak dan unsurunsur estetik yang lain. 4) GURINDAM 45


Barang siapa tiada memegang agama, sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama. Barang siapa mengenal yang empat, maka ia itulah orang ma'rifat Barang siapa mengenal Allah, suruh dan tegahnya tiada ia menyalah. Barang siapa mengenal diri, maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari. Barang siapa mengenal dunia, tahulah ia barang yang terpedaya. Barang siapa mengenal akhirat, tahulah ia dunia mudarat. GURINDAM (Gurindam Dua Belas - Fasal yang Pertama) 46


Akal budi pada fasal ini pengarang menjelaskan bahawa kehidupan manusia tanpa mengenali agama (tuhan), maka hidupnya sia-sia tanpa ada tujuan. Hal ini menyebabkan seseorang sentiasa berada dalam kerisauan dan kegelisahan manakala mengenal yang empat berkait dengan ajaran tasawuf iaitu syariat, ma'rifat, tarikat dan hakikat. Apabila seseorang telah mengenali yang empat ini, maka kehidupan akan semakin terang tanpa ada sedikit rasa was-was. Selain itu, apabila mengenal Allah SWT, seseorang itu perlu melaksanakan perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya kerana Allah yang menciptakan dunia ini sebagai tempat untuk mengumpul pahala supaya dapat ke syurgaNya. Namun, ramai yang terpedaya dengan nikmat dunia. Hakikatnya, sebagai hamba, kita perlu mengetahui tujuan hidup. Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sedangkan tempat kembali yang kekal ialah alam akhirat. 47


Di dalam kehidupan di dunia ini, kita mestilah mengetahui hakikat diri kita sebagai hamba. Sesiapa yang mengetahui dirinya serba kekurangan, sudah tentu sahaja sesorang itu memerlukan Allah yang maha berkuasa dalam menentukan kehidupan di dunia dan akhirat. Selain itu kita perlu mengenal dunia yang bersifat sementara atau fana. Justeru, kita tidak akan mudah terpengaruh dengan godaan dunia. Oleh itu, hakikat sebenar kehidupan menjadikan dunia sebagai jambatan kehidupan di akhirat yang kekal buat selama-lamanya. Perbincangan akal budi masyarakat Melayu juga boleh dilihat dalam konteks falsafah dan pemikiran di dalam puisi tersebut. Falsafah bermaksud cinta kepada ilmu dan kebenaran. Umumnya, falsafah mempunyai ciri-ciri pemikiran yang tertinggi dan bertujuan untuk mendapatkan kebenaran. Falsafah juga membawa maksud memikirkan sesuatu dengan amat mendalam dan membincangkan sesuatu perkara secara terperinci untuk mendapatkan jawapan yang benar terhadap sesuatu perkara. 48


Falsafah yang terkandung di dalam karya Gurindam Dua Belas ini membincangkan pelbagai persoalan kehidupan manusia di dunia mahupun di akhirat. Antara persoalan yang terkandung adalah berkenaan dengan aqidah dan tasawuf, syariat rukun Islam, kepentingan menjaga akhlak, serta konsep pemerintahan. Setiap fasal yang ditulis oleh Raja Ali Haji berupaya menyentuh kesedaran dalam jiwa masyarakat serta dapat memainkan peranan penting dalam pembentukan nilai ke[eribadian insan yang mulia berlandaskan syariat. Selain itu,falsafah yang disampaikan merupakan falsafah yang sebenar. Hal ini kerana, isi kandungan atau makna yang terkandung merupakan ilmu yang benar dan sahih yang bersandarkan kepada agama seperti rukun iman, hadishadis nabi SAW, dan ada bait-bait yang diambil daripada ayat Al-Quran. Ketinggian pemikiran Raja Ali Haji ini telah menunjukkan bahawa beliau sangat bijak menyampaikan sesuatu ilmu kebenaran dengan cara yang indah dan sempurna. 49


Kesimpulan Kesimpulannya, masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang gemar dalam menghasilkan karya-karya sastera. Karya-karya satera yang dihasilkan merupakan warisan yang sangat tinggi nilainya. Ketinggian nilai tersebut dapat dibuktikan melalui pemilihan diksi dan akal budi yang ingin disampaikan oleh pembikin. Di setiap penghasilan karya tersebut sudah tentu diselitkan dengan unsur pengajaran, sindiran, ilmu pengetahuan, dan lain-lain lagi. Perkara ini telah menunjukkan kepada kita bahawa masyarakat Melayu pada zaman dahulu merupakan masyarakat yang bijak pandai dan mempunyai identiti yang tersendiri. Oleh itu, masyarakat Melayu pada hari ini perlulah mempertahankan, menghayati dan memelihara segala karya yang ditinggalkan dengan rasa penuh tanggungjawab. Diharapkan agar warisan yang ditinggalkan kepada kita ini dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang. 50


Rujukan Al-Khudri. (2020, November). Pengajaran dari Cerita Mat Jenin. Retrieved from Pena Hijau: https://alkhudhri.com/2020/11/pengajaran-daripada-cerita-mat-jenin/ Atiqah Abd. Rahim. (2020). Akal Budi Melayu. Retrieved from Klik Web DBP: http://klikweb.dbp.my/? p=19305 Azar Ishak. (2020, Disember 24). Za'ba Angkat Akal Budi Melayu. Retrieved from Selangor Kini: https://selangorkini.my/2020/12/zaba-angkal-akal-budi-melayu/ Azhar Md. Sabil, & Ghazali Lateh. (2015). Pemikiran Akal Budi dan Sosiobudaya Melayu dalam Pendidikan Kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and Training, 1-10. Dr. Azman Rahmat , Dr. Mohd Nazri Zainuddin, Shamsudin Abu Bakar, Hj. Abdul Rani Hassan, & Dr. Hasnah Awang. (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Seri Kembangan: Pustaka AlEhsan. Si Tanggang Anak Derhaka. (2018). Retrieved from Pdf Coffee: https://pdfcoffee.com/si-tanggang-anakderhaka-pdf-free.html 51


MOHAMAD HAKIMI BIN SHAHRUL AZAM BAHASA MELAYU 1 / PPISMP AMBILAN JUN 2022 SEKIAN, TERIMA KASIH 52


Click to View FlipBook Version