The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by komakomathi, 2024-04-19 09:33:53

MODUL PRISMA- SM (ATAS)

MODUL PRISMA- SM (ATAS)

MODUL PRISMA | i KATA-KATA ALUAN DATUK HAJAH NOR ZAMANI BINTI ABDOL HAMID KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Penerbitan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) bagi semua sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia merupakan satu usaha mensejahterakan minda murid oleh pihak Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Menerusi dapatan saringan minda sihat kebangsaan, keperluan untuk melakukan intervensi ke atas murid sasaran ini amat diperlukan ekoran keputusan yang diperoleh tidak mencapai tahap minima bagi kesejahteraan mental. Modul ini juga merupakan wadah yang amat penting dalam merawat emosi murid yang berada pada tahap rendah untuk mengikuti pelbagai aktiviti terapi emosi bagi mengembalikan emosi mereka ke paras normal atau sejahtera. Modul (PRISMA) yang diterbitkan ini bakal menjadi salah satu medium rujukan bagi semua Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dalam usaha mencapai aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menerusi anjakan 10 dalam memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Meskipun penularan Virus Covid-19 memberikan cabaran dalam menjalankan usaha ini, namun peningkatan kadar vaksinasi warga Malaysia sangat memberangsangkan. Keputusan ini membenarkan sesi persekolahan bersemuka dapat dilakukan. Justeru, semua (GBK) akan dapat melakukan intervensi secara bersemuka dengan lebih berkesan. Selain itu, kita sebagai warga pendidik harus memastikan keadaan sekolah sentiasa menjadi institusi yang selamat untuk seluruh warganya. Pandemik Covid-19 memberikan peluang kepada (GBK) untuk mengubah cara berfikir dan bertindak secara kritis dan kreatif bagi mengatasi isu berkaitan bimbingan dan kaunseling khususnya dalam bidang psikososial dan kesejahteraan mental murid. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua Jurulatih Utama Guru Bimbingan dan Kaunseling Kebangsaan dan Negeri yang telah bertungkus lumus dalam usaha penerbitan modul ini. Semoga modul ini memberi impak kepada kemenjadian murid dan menjadi kebanggaan warga Guru Bimbingan dan Kaunseling Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.


MODUL PRISMA | ii KATA-KATA ALUAN ENCIK ZAINAL BIN ABAS PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya berpeluang merakamkan kata-kata aluan dalam Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) bagi semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia atas penerbitan modul ini. Intervensi dalam aspek psikososial dan kesejahteraan mental murid amat penting dan bermanfaat kepada kumpulan murid sasaran dalam usaha memperkasakan kemahiran pengurusan emosi juga sosial. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan Jurulatih Utama Kebangsaan dan Negeri yang bersama-sama menjana idea dalam penghasilan naskhah modul ini. Emosi murid merupakan elemen terpenting dalam kemenjadian dan kecemerlangan dunia pendidikan. Kestabilan elemen psikologi ini membantu dalam usaha mencapai kualiti pembelajaran dan impak sahsiah yang bestari dalam kalangan murid. Sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di peringkat sekolah haruslah bijak memainkan peranan utama bagi memastikan intervensi dapat dijalankan dengan berkesan. Selain itu, saya turut sama menggesa agar jurulatih utama di semua peringkat bersama (GBK) di seluruh negara untuk terus menjana siri pencambahan idea juga inovasi dalam mempelbagaikan penghasilan kreativiti untuk dunia pendidikan bimbingan dan kaunseling. Hasil karya ini mampu memberikan impak pada kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum murid kerana merupakan hasil didikan kognitif, jiwa dan tingkah laku ke arah nilai positif sebagai penggalak pembinaan karakter juga kecemerlangan secara total. Semoga nadi (GBK) mampu membina landskap pendidikan Malaysia menjadi sebuah arena kecemerlangan global menjelang tahun 2025.


MODUL PRISMA | iii KATA-KATA ALUAN ENCIK MOHAMAD FAUZI BIN MAHSON TIMBALAN PENGARAH, SEKTOR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia atas kejayaan menerbitkan Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) bagi sekolah rendah dan menengah. Pembinaan modul ini adalah salah satu komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025. Melalui pelan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia terus bertekad untuk meningkatkan pencapaian murid dengan menyediakan sistem pendidikan yang efisien. Peningkatan kualiti, ekuiti dan akses dalam pendidikan akan terus diperkukuh untuk memastikan kelangsungan kejayaan yang telah dicapai sejak negara mencapai kemerdekaan. Di bawah anjakan ke-10 (memaksimumkan keberhasilan murid dalam setiap ringgit), pelbagai program dirangka dan dilaksanakan di peringkat bahagian dan sekolah bagi merealisasikan aspirasi pelan ini, khususnya dalam menghasilkan kemenjadian murid dan pembentukan karakter murid. Ketika negara dilanda wabak pandemik Covid-19, bermula tahun 2020 hingga 2021, ramai murid yang terkesan dan mengalami gangguan emosi disebabkan penutupan sekolah, faktor ekonomi keluarga, kehilangan ahli keluarga rapat dan masalah-masalah lain yang timbul kesan daripada pandemik Covid-19. Berikutan peningkatan kes kesihatan mental murid yang semakin membimbangkan, kementerian melalui Unit Pengurusan Kaunseling dan Kerjaya Murid, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, mengambil inisiatif melaksanakan Program Minda Sihat dalam Kebiasaan Baharu yang dijalankan kepada semua murid sekolah rendah dan menengah dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kepentingan penjagaan kesejahteraan diri dan kesihatan mental murid. Modul Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) adalah kesinambungan daripada Program Minda Sihat dalam Kebiasaan Baharu yang memberi fokus kearah peningkatan kemahiran murid meregulasi emosi dengan baik dan kemahiran gaya daya tindak murid dalam mengendalikan masalah emosi dan tingkah laku. Guru Bimbingan dan Kaunseling telah diberi mandat untuk melaksanakan program intervensi minda sihat ini di sekolah. Diharapkan penghasilan modul ini dapat membantu para Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam melaksanakan program-program intervensi minda sihat di sekolah dengan lebih teratur dan berkesan.


MODUL PRISMA | iv 1.0 KATA-KATA ALUAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA i 2.0 KATA-KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, KPM ii 3.0 KATA-KATA ALUAN TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PENGURUSAN HAL EHWAL MURID, BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KPM iii 4.0 PROSEDUR PELAKSANAAN 1 5.0 JADUAL PELAKSANAAN PRISMA 5 6.0 TEMPLAT PRA, PASCA DAN PENILAIAN 6 7.0 INSTRUMEN PENILAIAN KEBERKESANAN PRISMA 7 8.0 TEMPLAT DOKUMENTASI 8 9.0 BORANG LAPORAN SUSULAN 12 10.0 CARTA ANSUR MAJU 13 11.0 STRUKTUR INTERVENSI KHUSUS 14 12.0 LIRIK LAGU TEMA PRISMA 15 13.0 SOALAN PRA 17 14.0 KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS) 14.1 AKTIVITI 1 : HIKMAH LIMA JARI 18 14.2 AKTVITI 2 : CAWAN EMOSI SAYA (CESA) 20 14.3 AKTIVITI 3 : A.P.A (APA PERASAAN ANDA?) 22 15.0 REGULASI KENDIRI (SELF REGULATION) 15.1 AKTIVITI 4 : LIMA PENJURU BINTANG 25 15.2 AKTIVITI 5 : AROMA PERNAFASAN 27 16.0 MOTIVASI (MOTIVATION) 16.1 AKTIVITI 6 : DETIK MASA 29 16.2 AKTIVITI 7 : DIRIKU SANGAT BERHARGA 31 16.3 AKTIVITI 8 : JURNAL SKRIP POSITIF (J.S.P) 34 17.0 EMPATI (EMPHATY) 17.1 AKTIVITI 9 : SERLAHKAN EMPATI 37 17.2 AKTIVITI 10 : PETA EMPATI 39 ISI KANDUNGAN


MODUL PRISMA | v 18.0 KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS) 18.1 AKTIVITI 11 : BANGKIT SEMULA 42 18.2 AKTIVITI 12 : 30 HARI MENCINTAI DIRI 45 19.0 SOALAN PASCA 47 20.0 RUJUKAN ATAU SUMBER 48 21.0 PENGHARGAAN 49 ISI KANDUNGAN


MODUL PRISMA | 1 PROSEDUR PELAKSANAAN SEBELUM 1.0 Pelaksanaan Fasa Kenal Pasti Peserta Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) akan menganalisa hasil Saringan Minda Sihat dan mengenal pasti murid yang memilih skor 2 dan 3 pada item nombor 9 dalam instrumen Patient Health Questionnaire (PHQ-9) untuk menjadi peserta program. GBK juga perlu memilih peserta untuk menjadi kumpulan kawalan sama bilangan mengikut peserta kumpulan rawatan. GBK meminta peserta kumpulan kawalan menjawab soalan pra, instrumen PHQ-9 dan General Anxiety Disorder (GAD-7). Pihak sekolah perlu memaklumkan kepada semua peserta dan ibu bapa/penjaga berkaitan pelaksanaan Program Intervensi Minda Sihat (PRISMA) beserta jadual aktiviti untuk makluman dan memastikan mereka memberi komitmen dalam program ini. 2.0 Dokumen 2.1 Analisa Dapatan Saringan Minda Sihat 2.2 Senarai Nama Peserta Kumpulan Kawalan 2.3 Soalan Pra 2.4 Instrumen Patient Health Questionnaire-9 (PHQ-9) 2.5 Instrumen General Anxiety Disorder-7 (GAD-7) 2.6 Senarai Nama Peserta Program 2.7 Surat Makluman Kepada Ibu Bapa/Penjaga 2.8 Borang Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga 2.9 Senarai Keperluan Program 2.10 Jadual Pelaksanaan Program


MODUL PRISMA | 2 PROSEDUR PELAKSANAAN SEMASA 1.0 Pelaksanaan Fasa Intervensi Fasa Intervensi akan dimulakan dengan soalan pra, instrumen PHQ-9 dan GAD-7 melalui pautan google form. Dapatan soalan pra, instrumen PHQ-9 dan GAD-7 akan dikongsi bersama GBK sekolah PRISMA berkenaan selepas Jawatankuasa Penilaian Kementerian Pendidikan Malaysia membuat rumusan. Pelaksanaan Intervensi oleh fasilitator (GBK) akan berpandukan aktiviti dan domain ansur maju seperti dalam Modul PRISMA Menengah Atas. Fokus pelaksanaan fasa ini adalah bagi meningkatkan tahap sosial emosi, kemahiran gaya daya tindak, minda yang sihat dan sejahtera. Pada akhir program, GBK akan mengendalikan soalan pasca, instrumen PHQ-9 dan GAD-7 melalui pautan google form yang akan dimaklumkan. Dapatan soalan pasca, instrumen PHQ-9 dan GAD-7 akan dikongsi bersama GBK sekolah PRISMA berkenaan selepas Jawatankuasa Penilaian Kementerian Pendidikan Malaysia membuat rumusan. Instrumen penilaian program juga akan diberikan kepada semua peserta. 2.0 Dokumen 2.1 Borang Kehadiran Peserta 2.2 Borang Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga 2.3 Soalan Pra dan Pasca (Pautan Google Form) 2.4 Instrumen Patient Health Questionnaire-9 (PHQ-9) 2.5 Instrumen General Anxiety Disorder-7 (GAD-7) 2.6 Jadual Pelaksanaan Program 2.7 Modul PRISMA Menengah Atas


MODUL PRISMA | 3 PROSEDUR PELAKSANAAN Domain Kesedaran Kendiri (Self Awareness) Aktiviti 1 : Hikmah Lima Jari Aktiviti 2 : Cawan Emosi Saya (CESA) Aktiviti 3 : A.P.A (Apa Perasaan Anda) Domain Regulasi Kendiri (Self Regulation) Aktiviti 4 : Lima Penjuru Bintang Aktiviti 5 : Aroma Pernafasan Domain Motivasi (Motivation) Aktiviti 6 : Detik Masa Aktiviti 7 : Diriku Sangat Berharga Aktiviti 8 : Jurnal Skrip Positif (J.S.P) Domain Empati (Empathy) Aktiviti 9 : Serlahkan Empati Aktiviti 10 : Peta Empati Domain Kemahiran Sosial (Social Skills) Aktiviti 11 : Bangkit Semula Aktiviti 12 : 30 Hari Mencintai Diri 2.8 Instrumen Penilaian Keberkesanan Program 2.9 Lirik Lagu Tema Program


MODUL PRISMA | 4 PROSEDUR PELAKSANAAN SELEPAS 1.0 Pelaksanaan Fasa Pelaporan Program Urus setia program menyediakan pelaporan menggunakan tapak yang telah disediakan untuk tujuan dokumentasi. GBK meminta peserta kumpulan kawalan menjawab soalan pasca, instrumen PHQ-9 dan GAD-7. GBK perlu menghantar laporan susulan peserta ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). 2.0 Dokumen 2.1 Tapak Pelaporan Program 2.2 Soalan Pasca 2.3 Instrumen Patient Health Questionnaire-9 (PHQ-9) 2.4 Instrumen General Anxiety Disorder-7 (GAD-7) 2.5 Borang Laporan Susulan


MODUL PRISMA | 5 JADUAL PELAKSANAAN PRISMA


MODUL PRISMA | 6 TEMPLAT PRA, PASCA DAN PENILAIAN MENENGAH (PASCA) https://forms.gle/Gv82cMLQGQCg2DMB8 MENENGAH (PRA) https://forms.gle/d96zowf5c6RB8Lvh6 MENENGAH (PENILAIAN) https://forms.gle/TXaMcfwEwNZaKobC6


MODUL PRISMA | 7 INSTRUMEN PENILAIAN KEBERKESANAN PRISMA


MODUL PRISMA | 8 TEMPLAT DOKUMENTASI


MODUL PRISMA | 9 TEMPLAT DOKUMENTASI


MODUL PRISMA | 10 TEMPLAT DOKUMENTASI


MODUL PRISMA | 11 TEMPLAT DOKUMENTASI


MODUL PRISMA | 12 BORANG LAPORAN SUSULAN


MODUL PRISMA | 13 CARTA ANSUR MAJU 1.Mengurus pelbagai emosi dalam perhubungan. 2. Mahir memimpin, berunding dan menyelesaikan konflik. SOCIAL SKILL (KEMAHIRAN SOSIAL) 1.Mengesan dan memahami perasaan orang lain. 2.Keserasian dengan individu yang pelbagai latar belakang. EMPATHY (EMPATI) 1.Mengambil inisiatif dan bersungguhsungguh untuk memperbaiki diri. 2.Merangsang emosi untuk mencapai sesuatu matlamat. MOTIVATION ( MOTIVASI ) Mengurus emosi diri untuk mengawal keadaan. SELF REGULATION ( REGULASI KENDIRI ) 1.Memantau diri. 2.Menguasai tindakan sendiri. 3.Mempunyai penilaian realistik tentang keupayaan diri. SELF AWARENESS (KESEDARAN KENDIRI) SEGAR MINDA SIHAT MINDA SEJAHTERA MINDA Sumber rujukan : Daniel Goleman, Ph.D.


MODUL PRISMA | 14 STRUKTUR INTERVENSI KHUSUS Saringan Minda Sihat 1 Profil Murid (Intervensi Umum dan Khusus) Penataran Intervensi Khusus • Soalan Pra • Intervensi Khusus • Soalan Pasca • Saringan Minda Sihat 2 Pelaporan dan Dokumentasi Tempoh


MODUL PRISMA | 15 LIRIK LAGU TEMA CINTAKAN KETENANGAN HATI Duhai engkau sang belahan jiwa Kisahmu terukir dalam minda Di setiap langkah ku selalu berdoa Semoga kita gembira Duhai engkau tambatan hatiku Sinarkanlah bahgiamu di hidupku Ku ingin kau tahu betapa mindaku Teruslah bahagia hatiku Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa Bersujud dan lalu aku meminta Semoga kita gembira Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa Mindaku pasti selalu terjaga Dan aku pasti bahagia Oooooooooooooo……. Duhai engkau tambatan hatiku Sinarkanlah bahgiamu di hidupku Ku ingin kau tahu betapa mindaku Teruslah bahagia hatiku Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa Bersujud dan lalu aku meminta Semoga kita gembira Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa Tenangkan hatiku selalu terjaga Dan aku pasti bahagia Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa Tenangkan hatiku selalu terjaga Dan aku pasti bahagia… (Ulang 2 kali) Oooooooooooooo…… Adaptasi daripada lirik dan lagu Cinta Sampai Mati (Kangen Band) VOKAL https://youtu.be/ez0N_TNZXGE TANPA VOKAL https://youtu.be/1fCf1i2dZl4


MODUL PRISMA | 16 AKTIVITI LAGU TEMA CINTAKAN KETENANGAN HATI Duhai engkau sang belahan jiwa _ _ _ _ _ _ _ terukir dalam _ _ _ _ _ Di setiap langkah ku selalu berdoa Semoga kita _ _ _ _ _ _ _ Duhai engkau tambatan hatiku _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _di hidupku Ku ingin kau tahu betapa _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa Bersujud dan lalu aku meminta Semoga kita _ _ _ _ _ _ _ Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ selalu terjaga Dan aku pasti _ _ _ _ _ _ _ Oooooooooooooo……. Duhai engkau tambatan hatiku _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ di hidupku Ku ingin kau tahu betapa _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa Bersujud dan lalu aku meminta Semoga kita _ _ _ _ _ _ _ Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ selalu terjaga Dan aku pasti _ _ _ _ _ _ _ Dengarkanlah di sepanjang malam aku berdoa _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ selalu terjaga Dan aku pasti _ _ _ _ _ _ _… (Ulang 2 kali) Oooooooooooooo…… Adaptasi daripada lirik dan lagu Cinta Sampai Mati ( Kangen Band)


MODUL PRISMA | 17 SOALAN PRA (SEKOLAH MENENGAH) Kerjasama anda dimohon untuk menjawab maklum balas berikut dengan jujur dan terbuka berdasarkan penyataan berikut yang mengambarkan diri anda. Terima kasih. 1-Sangat Tidak Setuju (STS) 2-Tidak Setuju (TS) 3-Tidak Pasti (TP) 4-Setuju (S) 5-Sangat Setuju (SS) Bil Penyataan Skala 1 Saya tahu perasaan saya 1 2 3 4 5 2 Saya dapat membuat keputusan dengan baik 1 2 3 4 5 3 Saya boleh menilai kemampuan diri saya 1 2 3 4 5 4 Saya dapat menguruskan emosi dengan berkesan 1 2 3 4 5 5 Saya dapat menyiapkan tugasan dengan tenang 1 2 3 4 5 6 Saya boleh mengawal emosi apabila menghadapi keadaan sukar 1 2 3 4 5 7 Saya berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki kekurangan diri 1 2 3 4 5 8 Saya cepat bangkit daripada kekecewaan 1 2 3 4 5 9 Saya bersemangat dalam menyelesaikan sesuatu tugasan 1 2 3 4 5 10 Saya dapat rasa kesusahan orang lain 1 2 3 4 5 11 Saya boleh menangani konflik dengan baik 1 2 3 4 5 12 Saya boleh bekerjasama dalam menyelesaikan masalah 1 2 3 4 5 SOALAN PRA


MODUL PRISMA | 18 KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS) AKTIVITI 1 : HIKMAH LIMA JARI OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, murid dapat ; 1. mengenal pasti keistimewaan dan kekurangan diri, 2. menguruskan emosi negatif, 3. meningkatkan semangat positif dalam diri. MASA : 30 minit BAHAN : Kertas A4/lukisan, pensel, pensel warna/krayon. : Lampiran 1- Gambar Dua Belah Tangan LANGKAH : 1. Murid membuat lakaran besar tapak tangan kiri dan kanan di atas kertas A4/lukisan secara melintang. 2. Murid menulis lima keistimewaan/kekuatan diri pada tapak tangan kanan. 3. Kemudian murid menyenarai 5 kelemahan/kekurangan diri pada tapak tangan kiri. 4. Murid berbincang dan menyenaraikan cara memperbaiki kekurangan diri. 5. Murid mewarna lakaran tapak tangan mengikut kreativiti masing-masing. 6. Murid membina cogan kata diri dan melafazkan dengan bersemangat. 7. Murid dipilih secara rawak untuk pembentangan hasil kerja. 8. Murid membentangkan hasil kerja kepada rakan-rakan yang lain. 9. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : i. Kelebihan ikan radai, kelebihan manusia akal – Tiap-tiap sesuatu ada dengan kelebihan masing-masing. ii. Kuat burung kerana sayap – Berasa (berkuasa) kuat kerana ada kelebihannya


MODUL PRISMA | 19 KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS) LAMPIRAN 1


MODUL PRISMA | 20 KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS) AKTIVITI 2 : CAWAN EMOSI SAYA (CESA) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, murid dapat ; 1. menyatakan emosi bahagia dan tidak bahagia dalam diri, 2. menyenaraikan emosi yang ingin dikekalkan, 3. menilai semula emosi yang ingin dihapuskan. MASA : 30 minit BAHAN : Lampiran 2 - Gambar Cawan LANGKAH : 1. Murid diberi kertas lampiran (gambar cawan). 2. Murid diminta untuk menyenaraikan apakah emosi bahagia yang ingin disimpan dalam cawan mereka. 3. Murid diminta untuk menyenaraikan apakah emosi atau pengalaman tidak bahagia yang ingin dikeluarkan dari cawan mereka. 4. Murid dipilih secara rawak untuk membentangkan hasil cawan emosi mereka. 5. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : i. Semak dalam diri sendiri adakah kita boleh menjadi murid yang baik dengan cawan yang kosong sahaja tanpa diisi dengan pengalaman bahagia. ii. Ketenangan dan keyakinan diri tidak boleh dirasai selagi emosi negatif masih disimpan dalam diri (cawan).


MODUL PRISMA | 21 KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS) LAMPIRAN 2


MODUL PRISMA | 22 KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS) AKTIVTI 3 : A.P.A (Apa Perasaan Anda?) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, murid dapat ; 1. mengenal pasti emosi diri, 2. menguruskan emosi negatif, 3. meningkatkan semangat positif dalam diri. MASA : 30 minit BAHAN : Pensel, pensel warna/krayon. : Lampiran 3 - A.P.A (Apa Perasaan Anda?) LANGKAH : 1. Murid menerima edaran Apa Perasaan Anda (A.P.A - Lampiran 3) kepada murid. 2. Murid diminta memberikan respon kepada arahan situasi yang tercatat di dalam A.P.A. 3. Kemudian murid diminta melukis emoji di dalam kotak kosong yang disediakan, murid boleh melukis lebih dari satu emoji yang sesuai dengan respon terhadap situasi yang diberikan (GBK paparkan lampiran Emoji A.P.A). 4. Murid dipilih secara rawak untuk pembentangan hasil kerja. 5. Murid membentangkan hasil kerja kepada rakan-rakan yang lain. 6. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : i. Jika anda tidak mengenali diri manakan mungkin anda akan dapat mengenali orang lain. ii. Temui dirimu dan kamu akan menemukan kebebasanmu - Gillian Duce.


MODUL PRISMA | 23 KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS) LAMPIRAN 3


MODUL PRISMA | 24 KESEDARAN KENDIRI (SELF AWARENESS) EDARAN GURU


MODUL PRISMA | 25 REGULASI KENDIRI (SELF REGULATION) AKTIVITI 4 : LIMA PENJURU BINTANG OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, murid dapat; 1. menjelaskan teknik pernafasan yang betul, 2. mengamalkan teknik pernafasan yang betul, 3. meningkatkan rasa tenang. MASA : 30 minit BAHAN : Lampiran 4 – Teknik Pernafasan Lima Penjuru Bintang LANGKAH : 1. Beberapa orang murid diminta menunjukkan cara mereka bernafas. 2. Murid bersoal jawab dengan guru. i. Apakah yang dikenal pasti daripada cara rakan murid bernafas? ii. Adakah terdapat perbezaan daripada cara mereka bernafas? iii. Bagaimana perasaan mereka apabila bernafas? iv. Bagaimana teknik pernafasan yang betul ? 3. Murid ditunjukkan teknik pernafasan melalui gambar . 4. Murid mengikut arahan berikut : i. Rehatkan badan anda, pejam mata dan bernafas melalui hidung sahaja. ii. Pastikan semua udara masuk ke dalam paru-paru dengan meletakkan tangan di perut dan kira satu hingga empat perlahan-lahan. iii. Selepas menarik nafas, tahan nafas anda dan kira satu hingga empat. iv. Jangan buka mulut anda. Cuba tahan nafas sehingga kiraan empat . v. Hembuskan nafas dalam kiraan empat saat. vi. Ulangi langkah tersebut sebanyak 5 kali. 5. Murid mengaplikasikan teknik pernafasan lima penjuru bintang. 6. Murid boleh mengulangi kitaran teknik pernafasan ini dua kali sehari sehingga sekurang-kurangnya empat kali setiap sesi. 7. Murid merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : i. Seperti air dalam kolam – Orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya. ii. Air dalam terenang – Hidup yang tenang


MODUL PRISMA | 26 REGULASI KENDIRI (SELF REGULATION) LAMPIRAN 4 TEKNIK PERNAFASAN LIMA PENJURU BINTANG


MODUL PRISMA | 27 REGULASI KENDIRI (SELF REGULATION) AKTIVITI 5 : AROMA PERNAFASAN OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, murid dapat; 1. mengurus emosi diri, 2. mengawal emosi yang negatif, 3. meningkatkan semangat positif dalam diri. MASA : 30 minit BAHAN : Rakaman muzik yang menenangkan (jika perlu) LANGKAH : 1. Murid diminta membayangkan sedang memegang makanan kegemaran di tangannya. Contoh: Ayam goreng, nasi lemak, laksa, sup ayam. 2. Murid diminta secara perlahan-lahan menarik nafas melalui hidung untuk menikmati aroma makanan kegemarannya. 3. Murid juga diminta secara perlahan-lahan menghembuskan nafas melalui mulut seolah-olah sedang menghembus makanan kegemaran yang sedang panas untuk menyejukkannya. 4. Ulang sebanyak mana yang sesuai dan diperlukan. 5. Murid dan GBK membuat rumusan terhadap aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Jika anda mengalami depresi, anda hidup di masa lalu, jika anda bimbang, anda hidup di masa depan dan jika anda dalam damai, anda hidup di masa sekarang – Lao Tzu.


MODUL PRISMA | 28 REGULASI KENDIRI (SELF REGULATION)


MODUL PRISMA | 29 MOTIVASI (MOTIVATION) AKTIVITI 6 : DETIK MASA OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, murid dapat; 1. menjelaskan cara mengendalikan stres secara positif, 2. mengaplikasikan kemahiran pengurusan masa, 3. menyediakan jadual tugas harian yang lengkap. MASA : 30 minit BAHAN : Lampiran 5 - Kuadron Pengurusan Masa LANGKAH : 1. Murid diminta menyatakan cara mereka mengendalikan stres. 2. Murid menjelaskan cara mengendalikan stres dengan positif. 3. Murid dan GBK bersoal jawab tentang cara mereka menguruskan masa. 4. Murid mendengar penerangan GBK tentang cara mengaplikasikan kemahiran pengurusan masa dengan menggunakan Lampiran 5 – Kuadron Pengurusan Masa i. Perhatikan jangka masa yang diambil untuk melakukan sesuatu tugas. ii. Rancang jadual tugas harian yang lengkap mengikut keutamaan. iii. Pastikan adanya waktu rehat di antara tugasan. iv. Senarai dan jadualkan tugas mengikut keutamaan. Lakukan tugas yang penting terlebih dahulu. Selepas dilaksanakan, beri ganjaran pada diri anda (contoh memuji, mendengar muzik dan lain-lain). v. Jika kerja anda tertangguh, kaji punca dan buat jadual semula. vi. Buat pemantauan akan kemajuan dan keberkesanan anda menguruskan masa. 5. Murid dan GBK merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : Setiap individu mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan masalah.


MODUL PRISMA | 30 MOTIVASI (MOTIVATION) LAMPIRAN 5


MODUL PRISMA | 31 MOTIVASI (MOTIVATION) AKTIVITI 7 : DIRIKU SANGAT BERHARGA OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, murid dapat; 1. mengenal pasti sebab-sebab yang mengganggu kesejahteraan emosi, 2. menguruskan emosi dengan baik, 3. menyelesaikan masalah dengan yakin. MASA : 30 Minit BAHAN : Kertas A4 dan pensel warna LANGKAH : 1. Murid diberikan sehelai kertas A4 dan alat tulis. 2. Murid diminta menyatakan satu masalah yang dihadapi dalam kehidupan. 3. Murid diminta melukis gambar pokok seperti dipaparkan dan mengisi ruang yang disediakan. 4. Setiap murid akan diminta membentangkan hasil kerja mereka dengan bimbingan GBK. 5. Murid mendengar refleksi dan falsafah yang diterangkan oleh GBK. FALSAFAH : i. Semua masalah ada jalan penyelesaiannya. ii. Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis. iii. Mempercayai bahawa setiap orang adalah pakar dalam kehidupan mereka sendiri. (Solution Focus Brief Therapy)


MODUL PRISMA | 32 MOTIVASI (MOTIVATION) LAMPIRAN 6


MODUL PRISMA | 33 MOTIVASI (MOTIVATION) EDARAN GURU


MODUL PRISMA | 34 MOTIVASI (MOTIVATION) AKTIVITI 8 : JURNAL SKRIP POSITIF (J.S.P) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, murid dapat; 1. menyenaraikan perkara yang positif / yang baik tentang diri, 2. berdialog dengan diri sendiri menggunakan ayat positif, 3. rasional dan yakin dalam mengurus emosi dengan baik. MASA : 40 Minit BAHAN : Lampiran 7 - Jurnal Skrip Positif LANGKAH : 1. Murid diberikan penerangan tentang skrip positif diri. 2. Murid membuat jurnal bicara diri. 3. Setiap murid akan diminta untuk berkongsi jurnal mereka dengan bimbingan GBK. 4. Murid perlu membuat simulasi/contoh bagaimana cara mereka melakukan bicara diri. 5. Murid mendengar refleksi dan falsafah yang diterangkan oleh GBK. FALSAFAH : i. Emosi dapat dikawal dengan meningkatkan peneguhan diri. ii. Percakapan akan mempengaruhi fikiran dan tindakan kita. iii. Kata-kata yang baik kepada diri akan meningkatkan keyakinan dan kemampuan diri.


MODUL PRISMA | 35 MOTIVASI (MOTIVATION) LAMPIRAN 7


MODUL PRISMA | 36 MOTIVASI (MOTIVATION) EDARAN GURU


MODUL (PRISMA) | 37 EMPATI (EMPHATY) AKTIVITI 9 : SERLAHKAN EMPATI OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, murid dapat; 1. mengenal pasti emosi orang lain, 2. memberi maklum balas dengan berhemah berdasarkan situasi, 3. meningkatkan rasa empati. MASA : 30 Minit BAHAN : Lampiran 8 – Serlahkan Empati LANGKAH : 1. Murid menerima edaran kertas lampiran. 2. Murid diminta menggariskan emosi yang dinyatakan. 3. Beberapa orang murid diminta membacakan emosi yang digariskan. 4. Murid diminta memberi respon berdasarkan situasi emosi yang dinyatakan. 5. Murid membentangkan hasil dapatan aktiviti. 6. Murid mendengar refleksi dan falsafah yang diterangkan oleh GBK. FALSAFAH : Cubit paha kanan, paha kiri sakit juga


MODUL PRISMA | 38 EMPATI (EMPHATY) LAMPIRAN 8


MODUL PRISMA | 39 EMPATI (EMPHATY) AKTIVITI 10 : PETA EMPATI OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, murid dapat; 1. menjelaskan maksud empati, 2. mengaplikasikan kemahiran empati dalam komunikasi, 3. membantu orang lain dalam menyelesaikan isu yang dihadapi melalui perkongsian perasaan dan komunikasi berkesan. MASA : 30 minit BAHAN : Lampiran 9 - Peta Empati : Kertas nota berpelekat (pelbagai warna) LANGKAH : 1. Murid mendengar penerangan maksud empati. 2. Murid diberikan Lampiran 9 dan kertas nota berpelekat. 3. Murid diminta menuliskan satu isu/masalah yang dihadapi oleh remaja di atas kertas nota lekat, sebagai contoh buli emosi/body shaming dan menampalkannya di ruangan isu. 4. Murid mengenal pasti dan menulis di atas kertas nota berpelekat apa yang ingin mereka dengar, fikirkan, lihat, katakan dan lakukan lalu menampalkannya di ruangan dalam bulatan (harapan kami). 5. Apabila bahagian dalam bulatan (harapan kami) selesai, isikan bahagian luar bulatan (realiti) melalui setiap enam bahagian sekali lagi dan fokus pada perkara yang mungkin didengar, difikirkan, dilihat, dilakukan, dan dirasakan oleh murid berdasarkan realiti sebenar. 6. Murid dan guru membincangkan realiti sebenar yang berlaku berdasarkan harapan murid. 7. Murid mendengar refleksi dan falsafah yang diterangkan oleh GBK. FALSAFAH : i. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ii. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul


MODUL PRISMA | 40 EMPATI (EMPHATY) LAMPIRAN 9


MODUL PRISMA | 41 EMPATI (EMPHATY) EDARAN GURU


MODUL PRISMA | 42 KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS) AKTIVITI 11 : BANGKIT SEMULA OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti, murid dapat : 1. menjelaskan kemahiran gaya daya tindak, 2. mengaplikasikan kemahiran gaya daya tindak dalam situasi mencabar, 3. meningkatkan keyakinan apabila berhadapan situasi mencabar. MASA : 30 minit BAHAN : Lampiran 10 - Nota Kemahiran Gaya Daya Tindak : Lampiran 11 - Borang Kemahiran Gaya Daya Tindak LANGKAH : 1. Murid diberi penjelasan mengenai kemahiran daya tindak. 2. Murid diminta menyatakan Kemahiran Gaya Daya Tindak masing-masing mengikut situasi semasa dalam Lampiran 11 - Borang Kemahiran Gaya Daya Tindak. 3. Murid berkongsi kemahiran gaya daya tindak yang telah dibuat sebentar tadi. 4. Murid dan GBK merumuskan aktiviti yang dijalankan. FALSAFAH : i. Enggan seribu daya mahu sepatah kata – Kalau tidak suka biasanya banyak alasannya ii. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu - Segala daya upaya akan dilakukan untuk menyampaikan maksud.


MODUL PRISMA | 43 KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS) EDARAN GURU


MODUL PRISMA | 44 KEMAHIRAN SOSIAL (SOCIAL SKILLS) LAMPIRAN 11


Click to View FlipBook Version