The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERLEMBAGAAN KELAB GURU & KAKITANGAN SK SRI PULAI PERDANA, JOHOR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mechacrew20, 2022-03-23 23:11:40

PERLEMBAGAAN KGK SKSPP

PERLEMBAGAAN KELAB GURU & KAKITANGAN SK SRI PULAI PERDANA, JOHOR

KELAB GURU & KAKITANGAN
SK SRI PULAI PERDANA
JALAN PERSISIRAN 1,
81300 SKUDAI, JOHOR.

PERLEMBAGAAN
FASAL 1 NAMA Kelab ini dinamakan dengan nama Kelab Guru & Kakitangan
Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana, Kulai, Johor. Nama singkatannya adalah
‘KGK SKSPP’. Nama singkatan ini akan digunakan dalam frasa seterusnya.
FASAL 2 LOGO

2.1 Deskripsi:
2.1.1 Logo menunjukkan perkataan KGK SKSPP yang bermaksud Kelab
Guru & Kakitangan SK Sri pulai Perdana.
2.1.2 Bentuk petak bermaksud kelab ini profesional dan seimbang dalam hal-
hal ikhtisas, sosial dan kebudayaan dalam kalangan ahli.
2.1.3 Warna Kuning Keemasan melambangkan kekuatan, kebijaksanaan,
kebajikan serta boleh dipercayai.

1

FASAL 3 TEMPAT URUSAN Alamat dan tempat urusan KGK SKSPP ialah SK Sri
Pulai Perdana, Jalan Persisiran 1, 81300 Skudai, Johor Darul Ta’zim.

FASAL 4 TUJUAN / OBJEKTIF Tujuan KGK SKSPP ialah:-

4.1 Memberikan satu saluran berkuasa kepada guru-guru untuk menyuarakan
pendapat mereka berkaitan dengan hal kebajikan ahli-ahli.

4.2 Meningkatkan keharmonian dan kerjasama di kalangan semua guru.

4.3 Menjalankan aktiviti-aktiviti yang membawa ke arah semangat kekitaan (esprit
de corp).

4.4 Mengukuhkan perpaduan di kalangan ahli-ahli melalui aktiviti-aktiviti yang
dirancang.

4.5 Menimbulkan kecenderungan dalam hal-hal ikhtisas, sosial dan kebudayaan
dalam kalangan ahli.

FASAL 5 KEAHLIAN Semua guru dan kakitangan yang berkhidmat secara tetap di
sekolah SK Sri Pulai Perdana secara automatik menjadi ahli KGK SKSPP. Tarikh
keahlian adalah tarikh guru melaporkan diri di SKSPP.

FASAL 6 YURAN KEAHLIAN

6.1 Semua ahli wajib membayar yuran tahunan keahlian sebanyak RM200.00
(Ringgit Malaysia Dua Ratus sahaja). Tahunan bermaksud setahun sesi
persekolahan.

6.2 Kutipan yuran akan dibuat dua (2) kali setahun.

2

FASAL 7 DANA / KEWANGAN KELAB

7.1 Kutipan yuran dan kumpulan wang bagi kelab hanya boleh digunakan untuk
membiayai aktiviti kelab sahaja.

7.2 Kelab berhak menerima dan mencari sumbangan dalam bentuk wang atau lain-
lain daripada mana-mana pihak.

7.3 Kelab berhak menggunakan kutipan yuran untuk dijadikan modal bagi sesuatu
perniagaan dengan syarat perkara tersebut adalah untuk kebaikan kewangan
kelab.

7.4 Segala perbelanjaan dan pengeluaran hendaklah diluluskan terlebih dahulu
oleh Pengerusi dan Bendahari.

7.5 Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta penyata
pendapatan dan perbelanjaan bagi setahun hendaklah disediakan oleh
bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik di bawah
FASAL 12 perlembagaan ini dengan seberapa segera selepas tamatnya tahun
kewangan mengikut waktu tahunan dalam FASAL 6.1. Penyata kewangan
yang telah diaudit hendaklah dikemukakan dan diluluskan oleh Mesyuarat
Agung Tahunan pada tahun berikutnya dan salinannya hendaklah dibekalkan
dan dimaklumkan kepada semua ahli.

FASAL 8 HAK DAN GANJARAN AHLI

8.1 Ahli-ahli berhak menikmati semua kemudahan yang mampu disediakan oleh
KGK SKSPP.

8.2 Semua ahli berhak mencadang dan meminda usul.

8.3 Setiap ahli berhak mendapat ganjaran seperti berikut: BIL PERKARA
PERUNTUKAN CATATAN
3

8.3.1 Berpindah sekolah RM50.00 (1 hingga 5 Tahun) RM70.00 (6 hingga 9
tahun) 100.00 (10 tahun ke atas) ditambah dengan kutipan edaran

8.3.2 Perkahwinan – Ahli (Kali pertama semasa di SKSPP) RM100.00
ditambah dengan kutipan edaran.

8.3.3 Kelahiran (bagi anak pertama yang dilahirkan semasa di SKSPP)
RM50.00.

8.3.4 Kematian – RM100.00 (Ahli; diserahkan kepada waris terdekat)
RM50.00 (Waris terdekat ahli; Pasangan, anak, ibu bapa) ditambah
dengan kutipan edaran.

8.3.5 Sakit / Kemalangan – masuk wad (kecuali bersalin) RM50.00 ditambah
dengan kutipan edaran.

8.3.6 Bencana – Harta benda musnah melibatkan ahli (banjir, ribut, kebakaran
dan lain-lain yang difikirkan sesuai) RM100.00 ditambah dengan kutipan
edaran.

8.3.7 Bersara – RM 50.00 (berkhidmat di SKSPP 1-3 Tahun) RM70.00
(berkhidmat di SKSPP 4-9 Tahun) RM100.00 (berkhidmat di SKSPP 10
tahun dan keatas) ditambah dengan kutipan edaran.

FASAL 9 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

9.1 Seseorang yang telah membayar penuh jumlah yuran keahliannya dan tidak
lagi berkhidmat di sekolah ini atas sebab perpindahan atau persaraan, berhak
menghadiri jamuan akhir tahun dalam tahun semasa.

9.2 Seseorang yang gagal membayar yuran keahlian KGK SKSPP sepenuhnya
hingga tamat sesi tahunan, tidak berhak untuk mendapat sebarang manfaat
daripada KGK SKSPP pada tahun semasa atau tahun seterusnya (akan
diputuskan mengikut pertimbangan Ahli Jawatankuasa KGK SKSPP).
4

9.3 Seseorang ahli boleh ditamatkan keahliannya sekiranya ahli itu dikeluarkan
dari sekolah ini atas sebab dihukum di Mahkamah.

9.4 Seseorang yang tamat keahliannya atas sebab yang telah dinyatakan tidak
berhak terhadap sebarang tuntutan, hak milik dan tabung / dana KGK SKSPP.

FASAL 10 MESYUARAT AGUNG

10.1 Pengelolaan KGK SKSPP ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli.
Mesyuarat Agung berlangsung pada Mesyuarat Pengurusan Sekolah Kali
Pertama seiap tahun.

10.2 Kerja-kerja Mesyuarat Agung adalah:-

10.2.1 Menerima laporan bendahari dan Penyata Kewangan yang telah
diaudit bagi tahun lalu.

10.2.2 Menerima pembentangan aktiviti yang telah dijalankan oleh
Setiausaha.

10.2.3 Mengurus perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam
mesyuarat.

FASAL 11 JAWATANKUASA TERTINGGI

11.1 Jawatankuasa tertinggi KGK SKSPP terdiri daripada:

11.1.1 Pengerusi
11.1.2 Timbalan Pengerusi
11.1.3 Setiausaha 1
11.1.4 Setiausaha 2
11.1.5 Bendahari 1
11.1.6 Bendahari 2
11.1.7 Ahli jawatankuasa (bilangannya mengikut keperluan)

5

11.2 Deskripsi tugas bagi jawatankuasa tertinggi ini perlu diterangkan Pengerusi
pada mesyuarat kali pertama AJK Tertinggi dan dari semasa ke semasa
mengikut kesesuaian tajuk jawatan.

FASAL 12 PEMERIKSA KIRA-KIRA (JURUAUDIT)

12.1 Seorang Pemeriksa Kira-Kira yang bukan ahli Jawatankuasa Tertinggi boleh
dilantik dalam mesyuarat Agung. Pemeriksa kira-kira ini hendaklah merupakan
salah seorang kerani sekolah yang mahir dengan kewangan. Dia akan
memegang jawatan ini selama setahun dan boleh dilantik semula pada tahun
berikutnya.

FASAL 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Pindaan Perlembagaan dalam mana-mana bahagian hanya boleh dilakukan
dengan persetujuan dua per tiga (2/3) kehadiran Mesyuarat Agung.

FASAL 14 LARANGAN

14.1 Mana-mana pihak tidak boleh menggunakan nama KGK SKSPP untuk
sebarang tujuan tanpa pengetahuan dan kelulusan KGK SKSPP.

14.2 Mana-mana pihak tidak dibenarkan membuat keputusan untuk menggunakan
wang / dana KGK SKSPP tanpa persetujuan FASAL 11 (Jawatankuasa
Tertinggi).

FASAL 15 PEMBUBARAN

15.1 Pembubaran hanya boleh dilakukan pada Mesyuarat Agung.

15.2 Penyerahan tugas AJK haru dilakukan secara rasmi pada Mesyuarat Agung.

15.3 Semua fail Setiausaha dan Bendahari harus dikemaskini dan terkini sebelum
diserahkan kepada AJK baru selepas pembubaran dalam Mesyuarat Agung.
6

FASAL 16 PENJELASAN
Jika timbul sesuatu perkara yang luar daripada peraturan-peraturan di atas, yang tidak
diterangkan dengan jelas, Jawatankuasa Tertinggi akan menggunakan keputusan
kuasanya untuk memberi keterangan mereka sendiri dan keputusan itu dengan
sedaya upayanya akan melibatkan kebaikan semua ahli kecuali mendapat tentangan
daripada Mesyuarat Agung yang akan diadakan kelak.

7

CATATAN


Click to View FlipBook Version