The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

buku untuk rujukan peserta dalam pembentangan Kolokium Pendidikan JPN Sabah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masniah2011, 2021-11-01 08:23:55

BUKU PROGRAM KolPenSa2021

buku untuk rujukan peserta dalam pembentangan Kolokium Pendidikan JPN Sabah

i

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

KOLOKIUM PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

(KolPenSa)
TAHUN 2021
“Penyelidikan dan Kajian Tindakan Pemangkin
Transformasi Pendidikan Norma Baharu”

TARIKH
2 – 3 NOVEMBER 2021
BERSIARAN SECARA DALAM TALIAN

i

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

KATA ALU-ALUAN

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Salam Sejahtera dan Salam Sabah Hebat, Katakan Tidak Kepada No. 16, Katakan Ya Kepada
10 Terbaik.

Terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur Kolokium Pendidikan Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah Kali Pertama Tahun 2021 atau KolPenSa 2021, atas kesudian memberi ruang
kepada saya untuk memberikan kata alu-aluan dalam Buku Program Kolokium Pendidikan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD atas komitmen
yang tinggi dalam menjayakan kolokium ini.

Sesungguhnya, tema kolokium pada kali ini iaitu, “Penyelidikan dan Kajian Tindakan
Pemangkin Transformasi Pendidikan Norma Baharu” adalah bertepatan dengan cabaran yang
dihadapi oleh warga pendidik dalam tempoh 2 tahun ini. Pandemik Covid-19 mencabar warga
pendidik untuk mengerah segala tenaga dan idea untuk menyesuaikan diri bagi meneruskan
kerja-kerja pendidikan terutama dalam pengajaran dan pembelajaran. Penyelidikan dan Kajian
Tindakan merupakan salah satu langkah yang mampu membantu kita dalam mencari
penyelesaian tersebut. Idea yang baharu hasil daripada dapatan kajian sangatlah diperlukan
untuk dikongsikan terutama kepada para pendidik agar mampu bersaing dalam situasi norma
baharu sekarang ini.

Penganjuran kolokium ini memantapkan lagi pembudayaan ilmu dalam kalangan komuniti
pendidikan. Saya sangat yakin, penat lelah warga kerja Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
dalam menganjurkan kolokium ini pasti terbayar apabila perkongsian hasil-hasil kajian terbaik
dalam penyelidikan dan kajian tindakan oleh kalangan pendidik dapat memacu dan
mempercepatkan proses pemantapan dan penambahbaikan kepimpinan, pengurusan,
pentadbiran organisasi dan paling penting adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran warga
pendidik.

Akhir sekali, saya berharap agar warga pendidik di Sabah terus komited dalam menjayakan
kolokium sebegini pada masa akan datang. Saya juga sangat berharap agar semua yang terlibat
dalam kolokium ini terus memberi sokongan dan komitmen yang padu demi kecemerlangan
serta kualiti pendidikan di negari ini.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. MISTIRINE BINTI RADIN
Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

ii

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

KATA ALU-ALUAN

Timbalan Pengarah
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, dengan izin dan kurnia-Nya, perancangan
menganjurkan Kolokium Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Peringkat Negeri untuk
kali pertama dapat direalisasikan pada tahun 2021. Penganjuran Kolokium Pendidikan JPN
Sabah oleh Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD (SPPD) ini bertitik tolak daripada salah
satu daripada fungsi SPPD iaitu penyelarasan dan pelaksanaan penyelidikan di peringkat JPN
dan PPD. Oleh itu, selain membantu guru dalam penyelidikan, penganjuran kolokium mampu
mengumpul karya-karya atau hasil kajian guru untuk dibentangkan dan ilmu penyelidikan
dapat dikongsi bersama. Ditambah dengan jemputan dari Institusi pendidikan selain sekolah di
negeri Sabah diharap mampu menyemarakkan lagi Kolokium pada tahun ini.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh Jawatankuasa Induk dan Pelaksana yang
sangat komited dalam menjayakan kolokium kali pertama pada tahun 2021.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diucapkan kepada para pembentang kajian serta para peserta
kolokium yang turut memainkan peranan menjadikan kolokium ini satu realiti serta
mengangkat martabat bidang pendidikan di negeri ini. Kehadiran para pembentang dan peserta
membuktikan sokongan yang padu ditunjukkan dalam merealisasikan perkongsian ilmu dan
amalan terbaik dalam bidang pendidikan. Bertitik tolak dari sini, impaknya diharapkan akan
dapat melahirkan ramai pendidik yang mampu bersaing denagn hebat dan cemerlang dalam
pendidikan norma baharu sekarang ini.

Sekian, terima kasih.

MOHD ZAINI BIN YANIN
Timbalan Pengarah
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

iii

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

PENGENALAN KolPenSa

Kolokium Pendidikan JPN Sabah (KolPenSa) ini diadakan merangkumi kajian tindakan oleh

guru-guru dan penyelidikan oleh warga pendidik di Sabah. Tujuannya adalah untuk
menyediakan platform perbincangan ilmiah dan berkongsi progres, pengalaman serta amalan

terbaik dalam kalangan guru dengan guru serta warga pendidik di negeri Sabah. Selain itu,
penganjuran kolokium ini akan memberi ruang dan peluang kepada guru-guru dan warga

pendidik di negeri Sabah dalam menghasilkan bahan kajian yang berkualiti serta mampu
menjadi rujukan warga pendidik. Ia turut memberi nilai tambah terhadap guru-guru dan warga

pendidik di negeri Sabah dalam menyediakan bahan PdP yang berkesan dan relevan dengan
senario dalam bilik darjah. Program ini merupakan anjuran Sektor Perancangan dan

Pengurusan PPD dengan kerjasama semua sektor dan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah.

Tarikh Pelaksanaan : 2 hingga 3 November 2021

Lokasi Pelaksanaan : Dalam Talian

Penganjuran : Unit Dasar, Inovasi, Penyelidikan dan Aduan (UDIPA), Sektor
Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Tema : Penyelidikan dan Kajian Tindakan Pemangkin Transformasi
Pendidikan Norma Baharu

Subtema : 1. Penguasaan Kemahiran 3M

2. Pendidikan Berkonsepkan Digital
3. Pembangunan Kompetensi Guru

4. Sifat dan Ciri Intrinsik dan Ekstrinsik
5. Pedagogi Pengajaran / Pendekatan Pembelajaran

6. Pengurusan Minda Insan
7. Pembangunan Kurikulum Pendidikan

8. Gaya Kepimpinan
9. Pengaruh Persekitaran Sosial

Kumpulan Sasaran : Pembentang kajian dari guru-guru seluruh negeri Sabah dan jemputan
dari institusi pendidikan di negeri Sabah.

Objektif:

a. Meningkatkan kualiti pendidikan melalui pelaksanaan kajian tindakan terhadap amalan
pengajaran dalam era pendidikan norma baharu.

b. Bagi membina suasana pendidikan yang inovatif berbentuk inkuiri secara kolektif
dalam kalangan warga pendidik serta memberi ruang perkongsian ilmu hasil kajian.

c. Memberi pendedahan kepada warga pendidik tentang teori dan praktikal secara
langsung menerusi pembentangan penyelidikan dan kajian tindakan dengan sistematik.

iv

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

ATURCARA MAJLIS
(02 NOVEMBER 2021)

MASA AGENDA

8:30 Pagi Siaran bermula
9:00 - 11:00 Pagi
Ucaptama 1 :
Oleh YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin
Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pautan : https://youtu.be/kMqz4v4aYMo

11:30 Pagi - 1:00 Tengahari Selari 1 (9 Saluran)

2:00 – 4:30 Petang Selari 2 (9 Saluran)
4:30 Petang Siaran tamat

1

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

ATURCARA MAJLIS
(03 NOVEMBER 2021)

MASA AGENDA

8:30 Pagi Siaran bermula
9:00 - 11:00 Pagi
Sesi Pembentangan 4 Pasukan Penyelidik
JPN Sabah (Saluran 10)
Pautan: https://meet.google.com/iyq-cedc-wvf

2:00 - 3:30 Petang Ucaptama 2
Oleh YBhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin
3:30 - 4:30 Petang Pengarah
4:30 Petang Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Tajuk Pembentangan:
Sejarah Penubuhan Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah

Majlis Penutupan

Siaran tamat

2

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

ATURCARA MAJLIS PENUTUPAN

(Siaran Langsung melalui Youtube)

(03 NOVEMBER 2021)

MASA AGENDA

3.30 Petang • Lagu NegaraKu & Sabah Tanah AirKu
4.30 Petang • Bacaan Doa
• Tayangan Klip Video KolPenSa 2021

• Ucapan Alu-aluan Oleh YBrs. En. Mohd
Zaini bin Yanin, Timbalan Pengarah Sektor
Perancangan dan Pengurusan PPD (SPPD)

• Ucapan Penutupan Oleh YBhg. Datuk Dr.
Mistirine binti Radin, Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah

• Penyampaian Sijil

Siaran tamat

3

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

SENARAI PAUTAN

BIL TARIKH/ UCAPTAMA/ MEDIUM / PAUTAN
MASA SALURAN
Saluran Youtube
UCAPTAMA 1 https://youtu.be/kMqz4v4aYMo
1. 2/11.2021/
Webex (untuk peserta sahaja)
9:00 – 11: 00 pagi https://moe-my.webex.com/moe-
my/j.php?MTID=m592d321ee85e27441b29b4
SALURAN 1 c12e0eacb6
2. GOOGLE MEET
https://meet.google.com/iye-syrq-svc
SALURAN 2
3. GOOGLE MEET
https://bit.ly/Saluran2_Kolokium_Pendidikan_
SALURAN 3 Negeri_Sabah_2021
4. GOOGLE MEET
https://bit.ly/Saluran3_Kolokium_Pendidikan_
2/11/2021 Negeri_Sabah_2021
SALURAN 4 GOOGLE MEET (bukan akaun DELIMa))
5. 11:30 pagi – 4:30 https://meet.google.com/vue-kwgf-sjq

petang SALURAN 5 GOOGLE MEET
https://meet.google.com/jdk-yadc-cpf
6.
GOOGLE MEET
SALURAN 6 https://meet.google.com/ctv-xwgw-sbr
7.
GOOGLE MEET
SALURAN 7 https://meet.google.com/kbc-vsqt-gib
8.
GOOGLE MEET
SALURAN 8 https://meet.google.com/aur-qmjm-rhu
9.
GOOGLE MEET
SALURAN 9 https://meet.google.com/cbk-jqdm-iwp
10.
GOOGLE MEET
11. 3/11/2021 SALURAN 10 https://meet.google.com/iyq-cedc-wvf

9:00 -11:00 pagi Saluran Youtube
Dimaklumkan kemudian
12. 3/11/2021 UCAPTAMA 2
Webex
2:00 – 3:30 https://moe-my.webex.com/moe-
petang my/j.php?MTID=m6a23013ca75f75f5f4359dc
12f46275a
13. 3/11/2021 MAJLIS
PENUTUP Saluran Youtube
Dimaklumkan kemudian

3:30 -4:30 petang

4

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

UCAPTAMA PROGRAM

UCAPTAMA 1

2 November 2021
9:00 - 11:00 pagi

Pautan : https://youtu.be/kMqz4v4aYMo
DATA KECIL SEKOLAH - Asas Transformasi Pendidikan

Oleh YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin
Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

5

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

UCAPTAMA PROGRAM

UCAPTAMA 2 :

3 November 2021
2:00 - 3:30 Petang

Pautan : Youtube
SEJARAH PENUBUHAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

Oleh YBhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin
Pengarah

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk memberikan persepsi baharu dan pemahaman berkaitan dengan sejarah
penubuhan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS). Banyak isu yang dibangkitkan berkaitan sejarah
penubuhan JPNS tetapi kurang pelaksanaan langkah susulan. Hal ini menyebabkan timbul pelbagai
anggapan dan pandangan kerana keterbatasan rujukan dan dokumen khusus. Kajian ini mengenal pasti
sejarah penubuhan JPNS selain mengenal pasti fungsi, peranannya dan amalan pengoperasian dahulu
sehingga sekarang. Kajian ini dijalankan melalui kaedah perpustakaan untuk memperoleh bahan-bahan
dan sumber kajian. Kemudian data yang diperoleh dianalisis berdasarkan Wallace Foundation
(Workbook B; Secondary Data Analysis-www.wallacefoundation.org. 2015) dengan mengetengahkan
beberapa langkah dalam penyelidikan. Dapatan yang diperoleh menunjukkan sejarah penubuhan JPNS
terbahagi kepada pendidikan tidak formal bermula pada era Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu,
kemudian beralih kepada pendidikan secara formal pada tahun 1883. Jabatan Pelajaran Sabah mula
ditubuhkan pada 1909 menyaksikan peredaran masa sistem pendidikan mula diselaraskan di seluruh
Malaysia pada tahun 1970 sehingga sekarang. Secara keseluruhan, kajian menunjukkan peradaban
manusia dan perkembangan masa menjadikan sistem pendidikan di Sabah mengalami perubahan secara
berterusan dan kompleks selaras dengan kemajuan pada masa sekarang. Pengorganisasian yang
terbentuk dalam sistem pendidikan di JPNS dari dahulu sehingga sekarang juga turut membantu dalam
menggerakkan sistem pendidikan ke arah yang lebih matang dan cemerlang pada masa akan datang.

Kata kunci: Sejarah, JPNS, sistem pendidikan, pengoperasian, vernakular.

6

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

JADUAL PEMBENTANGAN
SALURAN 1 : 02 NOVEMBER 2021 (9.00 PAGI - 4.30 PETANG)

MEDIUM / PAUTAN : GOOGLE MEET
https://meet.google.com/iye-syrq-svc

MODERATOR : Puan Lis Halimah binti Hj. Ag Kanak
Pegawai SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort

SUBTEMA : PENGUASAAN KEMAHIRAN 3M

MASA PEMBENTANGAN PEMBENTANG TAJUK

11:30 - 12:00 tengahari Desmond Daniel Penggunaan Kertas Kotak Bergaris dalam
12:00 - 12:30 tengahari Anak Copta Membantu Murid Tahun 6 Menulis Huruf “P”
12:30 - 1:00 tengahari Besar dan Kecil dalam Penulisan Ayat Bahasa
Fazirah binti Piut Melayu

Lee Chee Heung Penggunaan “Kit TC” Membantu Murid Pemulihan
Tahun 2 Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
Menambah dalam Lingkungan 10

Penggunaan Origami Membantu Murid Tahun 4
Memahami dan Menguasai Konsep Pecahan

1:00 tengahari - 2:00 petang REHAT

2:00 - 2:30 petang Loong Lilan binti Loong Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
Kong Wah dan Menghurai Isi Karangan bagi Murid Lemah
Tingkatan 4G semasa Pandemik Covid-19
Nurliah binti Jair

2:30 - 3:00 petang Mohd Firdaus Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei
3:00 - 3:30 petang bin Abd Salam Berformat Berpandukan ‘Efor8’ dalam
3:30 - 4:00 petang Kalangan Pelajar Tingkatan Enam
4:00 - 4:30 petang Md Nor Fadzli
bin Md Zaki Meningkatkan Kemahiran Darab Mudah 7
Orang Murid Pemulihan Khas SK Samparita
Nor Airah Azirah dalam Situasi Pandemik Covid-19
binti Niming Menggunakan ‘PirSir’

Noordiana Meningkatkan Kefahaman Murid tentang
binti Mohamad Salleh Konsep Gabungan Fonem untuk Membaca
Perkataan KKVK Bahasa Inggeris Menggunakan
Red Dots Module

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
Membaca Murid Tahun 2 dengan Menggunakan
Kit ABOBA

7

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

JADUAL PEMBENTANGAN
SALURAN 2 : 02 NOVEMBER 2021 (9.00 PAGI - 4.00 PETANG)

MEDIUM / PAUTAN : GOOGLE MEET
https://bit.ly/Saluran2_Kolokium_Pendidikan_Negeri_Sabah_2021

MODERATOR : Encik Husmi bin Hussin
Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Kudat

SUBTEMA : PENGUASAAN KEMAHIRAN 3M

MASA PEMBENTANGAN PEMBENTANG TAJUK

11:30 - 12:00 tengahari Nurhanna binti Fazlie Membina Ayat Kembangan dengan Betul
12:00 - 12:30 tengahari Pong Su Zeen dan Lengkap Menggunakan Teknik Bunga
12:30 - 1:00 tengahari Mekar
Dr. Rayner bin Tangkui
Meningkatkan Kemahiran Membundar Nombor
Murid Tahun 5 Menggunakan Teknik Neraca
Bundar

Meningkatkan Kemahiran Penambahan dan
Penolakan Pecahan dalam Kalangan Murid Tahun
3 Melalui Penggunaan Kit Fraction-T

1:00 tengahari - 2:00 petang REHAT

2:00 - 2:30 petang Roymie bin Haime “KaPaLa” - Operasi Tolak dengan Kumpul
2:30 - 3:00 petang Sapiah binti Ali Semula untuk Murid Berkeperluan Khas
3:00 - 3:30 petang Stephanie Jauseh
3:30 - 4:00 petang Pendekatan Terkawal Membantu Murid dalam
Suffia binti Aliamat Meningkatkan Kemahiran Penulisan Karangan
semasa Pandemik Covid Tahun 2021

Kaedah BACA: Meningkatkan Kemahiran
Membaca dalam Kalangan Murid SK Tiong
Widu Tambunan

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis
Perkataan dan Ayat Mudah Jawi bagi Murid
Tahun 3 Marikh SK Suasa Beaufort
Menggunakan Set Inovasi SeLIT

8

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

JADUAL PEMBENTANGAN
SALURAN 3 : 02 NOVEMBER 2021 (9.00 PAGI - 4.00 PETANG)

MEDIUM / PAUTAN : GOOGLE MEET
https://bit.ly/Saluran3_Kolokium_Pendidikan_Negeri_Sabah_2021

MODERATOR : Dr. Mohd Azizuan bin Abdullah
Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu

SUBTEMA : PENGUASAAN KEMAHIRAN 3M

MASA PEMBENTANGAN PEMBENTANG TAJUK

11:30 - 12:00 tengahari Tinie Joss Meningkatkan Kemahiran Operasi Tambah

Murid Pemulihan Menggunakan Kaedah Bulat &
Gundal

SUBTEMA : PENDIDIKAN BERKONSEPKAN DIGITAL

12:00 - 12:30 tengahari Chu Wai Seng Impak Penggunaan Aplikasi atas Talian Sebagai
12:30 - 1:00 tengahari Hajizul bin Abdul Tapak Latih Tubi untuk Membantu
Meningkatkan Prestasi Murid dalam Subjek Sains
SPM

Meningkatkan Kemahiran Murid dalam
Menghasilkan Lukisan Kerja bagi Mata Pelajaran
Reka Cipta Menggunakan Inovasi Alat Bantu
Mengajar ‘TTA’

1:00 tengahari - 2:00 petang REHAT

2:00 - 2:30 petang Irawani Munira binti Ismail Meningkatkan Penglibatan Murid Tahun Empat
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
2:30 - 3:00 petang Janet Mangalis (PdPR) Menggunakan Modul Sains ‘The Red
3:00 - 3:30 petang Lim Ai Teng Textbook Challenge’
3:30 - 4:00 petang Mariyanti bt Sardi
Actively Engage Students in Social Learning for
Essay Writing ‘Gu.Di’ via Pear Deck during
PdPR

Reimagining English Language Experiences
through Project-Based Learning

Penggunaan ‘Digital-T’ bagi Meningkatkan
Penguasaan Bacaan Bahasa Inggeris Murid
Tahun 1

9

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

JADUAL PEMBENTANGAN
SALURAN 4 : 02 NOVEMBER 2021 (9.00 PAGI - 4.30 PETANG)

MEDIUM / PAUTAN : GOOGLE MEET
https://meet.google.com/vue-kwgf-sjq

MODERATOR : Dr. Asnia binti Kadir
Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran

SUBTEMA : PENDIDIKAN BERKONSEPKAN DIGITAL

MASA PEMBENTANGAN PEMBENTANG TAJUK

11:30 - 12:00 tengahari Mohd Zulfadly Keberkesanan Aplikasi Simulasi Eksperimen
12:00 - 12:30 tengahari bin Othman dalam Meningkatkan Tahap Kemahiran
Mengeksperimen Sains Murid Tingkatan 5
Muhammad Ruzaini
bin Awang Aplikasi Multikuiz Jendela Agerot Meningkatkan
Penglibatan dan Minat Murid Tingkatan 3 dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

12:30 - 1:00 tengahari Nurul Hamimi Kemahiran Menjawab Soalan KBAT
binti Awang Japilan Menggunakan Kaedah Box

1:00 tengahari - 2:00 petang REHAT

2:00 - 2:30 petang Peter Marllone Petrus 21st Century Independent Learners; Bridging the
Gap during A Global Pandemic - Improving
Pupils’ Sentence Construction Skills through
Mobile Games

SUBTEMA : PEMBANGUNAN KOMPETENSI GURU

2:30 - 3:00 petang Jamilah binti Morhad Penggunaan Kad YouTEACH Meningkatkan

Konsentrasi Guru sewaktu Pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR)

3:00 - 3:30 petang Mohammad Pemerkasaan PdPR melalui Profesional
Iskandarzulkernain bin
Learning Community (PLC) : Ke Arah
Mohammad Yahya Mengoptimumkan Konsentrasi Guru-Guru
SMK Pekan Kota Belud, Sabah

SUBTEMA : SIFAT DAN CIRI INTRINSIK DAN EKSTRINSIK

3:30 - 4:00 petang Nur Aisyah binti Nordin Persepsi Pelajar dan Tahap Keberkesanan
4:00 - 4:30 petang Rosie Johnny Vs Matriks dalam Meningkatkan Kefahaman
Subjek Sejarah Tingkatan 2

Meningkatkan Motivasi Belajar dalam Bahasa
Kadazandusun dengan Menggunakan Teknik
‘SCDT/DH’ di Musim Pandemik Covid-19

10

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

JADUAL PEMBENTANGAN
SALURAN 5 : 02 NOVEMBER 2021 (9.00 PAGI - 4.00 PETANG)

MEDIUM / PAUTAN : GOOGLE MEET
https://meet.google.com/jdk-yadc-cpf

MODERATOR : Puan Subaeda binti Muharam
Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu

SUBTEMA : PEDAGOGI PENGAJARAN/PENDEKATAN PEMBELAJARAN

MASA PEMBENTANGAN PEMBENTANG TAJUK

11:30 - 12:00 tengahari Aminah binti Jekri Meningkatkan Minat Belajar dalam Kalangan
12:00 - 12:30 tengahari Murid 5 Amanah dengan Menggunakan Kaedah
12:30 - 1:00 tengahari Bridget Benedict dan Nyangat
Samariah binti Haruna
Penggunaan C-Board Meningkatkan Penguasaan
Elbenjoe bin Wesmin Kemahiran Asas Operasi Tambah dalam
Lingkungan 18 Murid Prasekolah

Kemahiran dan Penglibatan Murid Tingkatan
5 dalam Penyelesaian Sukatan Serakan
semasa PdPR dengan Teknik JUMBATO2

1:00 tengahari - 2:00 petang REHAT

2:00 - 2:30 petang Fibery Parantis Program CABBKu Membudayakan Amalan dan
2:30 - 3:00 petang Jamaludin bin Maidin Menambahbaik Strategi Pembelajaran Kendiri
3:00 - 3:30 petang Makrin bin Haji Sudi Murid Tingkatan 3 Asrama SMK Tambunan
3:30 - 4:00 petang semasa Pandemik Covid-19
Maznah binti Eksi
Kesan Pelaksanaan Program ABAK dalam
Proses PdPA di SK Lubok Beaufort Tahun
2020

Meningkatkan Kefahaman Murid dalam
Kemahiran Proses Sains: Tajuk Mengawal
Pemboleh Ubah Menggunakan Teknik Duo
JaTaKi kepada 10 Orang Murid Tahun 6
Amanah SK Ranau Kota Marudu ketika
Pandemik Covid-19

Meningkatkan Pencapaian Murid
Pemulihan Khas SK Baru-Baru Tuaran
sepanjang Tempoh PdPR Menggunakan
Modul Latih Tubi Bersasar Murid (LTBM)

11

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

JADUAL PEMBENTANGAN
SALURAN 6 : 02 NOVEMBER 2021 (9.00 PAGI - 4.00 PETANG)

MEDIUM / PAUTAN : GOOGLE MEET
https://meet.google.com/ctv-xwgw-sbr

MODERATOR : Puan Hajah Kamariah binti Lapaturusi
Pegawai SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan

SUBTEMA : PEDAGOGI PENGAJARAN/PENDEKATAN PEMBELAJARAN

MASA PEMBENTANGAN PEMBENTANG TAJUK
11:30 - 12:00 tengahari
12:00 - 12:30 tengahari Md Nazrulshah Rural Grammar Translation Approach (RGTA) in
bin Nazir Ahmad Blended Learning Environment
12:30 - 1:00 tengahari
Mohamad Qayyum Action Research on The Impact of Diary Writing
bin Mohamad Rozlan on The Students’ Narrative Writing Performance

Mohd Faizal ‘Alert Stick M-20’ bagi Mengatasi Kecuaian
bin Abdul Ghani Lakaran Media Alih Bentuk Komunikasi (ABK)
Pengajian Am Semester 2

1:00 tengahari - 2:00 petang REHAT

2:00 - 2:30 petang Norafni binti Satumin Meningkatkan Penguasaan Murid dalam
2:30 - 3:00 petang Ronald James Ajis Pengelasan Alif Lam Syamsiah dan Alif Lam
Qamariah

Penggunaan Akronim ‘SAya PUn RAjin’
untuk Meningkatkan Penguasaan
Menentukan Nilai Tempat dalam
Kalangan Murid

3:00 - 3:30 petang Ruhana @ Venel Aktiviti Lukisanku Imaginasiku sebagai
3:30 - 4:00 petang Natasha Nasir Kaedah Meningkatkan Penguasaan Bahasa
Klasik dalam Prosa Tradisioanal Hikayat
Siti Dahliah binti Patta Pelanduk Jenaka dalam Kalangan Pelajar 6
Bawah Tekun

Meningkatkan Penglibatan Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) melalui Modul
Penyata Kewangan Pemulihan Asas (PKPA)
Murid 5 Bestari Prinsip Perakaunan

12

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

JADUAL PEMBENTANGAN
SALURAN 7 : 02 NOVEMBER 2021 (9.00 PAGI - 4.30 PETANG)

MEDIUM / PAUTAN : GOOGLE MEET
https://meet.google.com/kbc-vsqt-gib

MODERATOR : Puan Hajah Saliza binti Zahari @ Johari
Pegawai SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan

SUBTEMA : PENDIDIKAN BERKONSEPKAN DIGITAL

MASA PEMBENTANGAN PEMBENTANG TAJUK

11:30 - 12:00 tengahari Dayang Salbiah Meningkatkan Pencapaian Murid dalam Topik
12:00 - 12:30 tengahari binti Abd Rahman Matematik dengan Menggunakan Hypernotes
12:30 - 1:00 tengahari sebagai Nota Berkesan dalam Mata Pelajaran
Dhora binti Dabal Matematik

Jannet Dela Pembangunan Aplikasi ‘Mybaca’ dalam
Cruz Norshakila Pengajaran Bahasa Melayu untuk Murid
Berkeperluan Khas (MBK)

Kaedah Efektif dalam Meningkatkan
Pengurusan MLT Menggunakan Strategi
ePADBOOK di Dua Buah Sekolah Rendah Luar
Bandar di Daerah Tawau

1:00 tengahari - 2:00 petang REHAT

SUBTEMA : PENGURUSAN MINDA INSAN

2:00 - 2:30 petang Eric Spencer Benidict Perceptions, Challenges and Readiness of
Online Teaching and Learning Among
Primary School Teachers in Sabah

2:30 - 3:00 petang Jamilah binti Ahmad Mengukur Tahap Pemikiran Sains
3:00 - 3:30 petang Khaziyati binti Osman Keusahawanan: Aplikasi Model
3:30 - 4:00 petang Mohd Nordin bin Khadis Pengukuran Rasch dalam Pembangunan
Instrumen UPSK

Initiating The Agile Workforce for A More
Innovative and Transformational Organisation

Susahkah untuk Bersenam? Penglibatan
Pelajar Tingkatan Enam dalam Aktiviti
Fizikal dan Senaman. Satu Kajian Kes

SUBTEMA : PEMBANGUNAN KURIKULUM PENDIDIKAN

4:00 - 4:30 petang Dr. Henry Nicholas Lee Is Our KSSR Writing Module of International
Standard?

13

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

JADUAL PEMBENTANGAN
SALURAN 8 : 02 NOVEMBER 2021 (9.00 PAGI - 4.30 PETANG)

MEDIUM / PAUTAN : GOOGLE MEET
https://meet.google.com/aur-qmjm-rhu

MODERATOR : Encik Sipin @ William bin Gusiang
Pegawai SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Beaufort

SUBTEMA : PEDAGOGI PENGAJARAN/PENDEKATAN PEMBELAJARAN

MASA PEMBENTANGAN PEMBENTANG TAJUK
11:30 - 12:00 tengahari Lily Chin Mui Ken
12:00 - 12:30 tengahari Keberkesanan Modul ‘Strike TP6’ dalam
12:30 - 1:00 tengahari Dr. Ma Chi Nan Meningkatkan Pentaksiran Bilik Darjah Murid-Murid
Tahap 2 Sekolah Rendah
Nadarajan
Marimuthu Kaedah ’Point’ untuk Meningkatkan Pencapaian Pelajar
Tingkatan Lima dalam Topik Fungsi Trigonometri
Matematik Tambahan Semasa Pandemik

Kaedah Pengajaran dan Pemudahcaraan Sejarah yang
Diminati Pelajar dan Justifikasinya dalam Kalangan
Pelajar PPISMP

1:00 tengahari - 2:00 petang Norlida bt Hj REHAT
2:00 - 2:30 petang Abdullah
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan dalam Kalangan
2:30 - 3:00 petang Nurfazhillah binti Guru Bahasa Melayu Tingkatan Empat: Satu Kajian Kes
Hj Sabit
Kesan Penggunaan Modul SaWaPu sebagai Scaffolding
3:00 - 3:30 petang Sabtuaming bin Sule dalam Pengajaran dan Pembelajaran Nombor dan
Bilangan dalam Bahasa Arab
3:30 - 4:00 petang Suzanah binti Jumat
Pendekatan Belajar Melalui Bermain Menggunakan ‘Kad
4:00 - 4:30 petang Yusmail bin Jusup Minda’ dalam Meningkatkan Kemahiran Mengenal
Huruf dalam Kalangan Murid Prasekolah

Tujuan Penggunaan dan Kepentingan Media Sosial
dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Enam Semester
Dua di Daerah Penampang Semasa Perintah
Kawalan Pergerakan di Antara Mei Hingga
September 2021

ADDIE: Pembangunan Modul Pembelajaran Berasaskan
Projek Stem dalam Meningkatkan Literasi Tenaga Murid
Sekolah Rendah

14

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

JADUAL PEMBENTANGAN
SALURAN 9 : 02 NOVEMBER 2021 (9.00 PAGI - 4.30 PETANG)

MEDIUM / PAUTAN : GOOGLE MEET
https://meet.google.com/cbk-jqdm-iwp

MODERATOR : Encik Abdul Hadi Wong Abdullah
Pegawai SIP+ Pejabat Pendidikan Daerah Keningau

SUBTEMA : PEDAGOGI PENGAJARAN/PENDEKATAN PEMBELAJARAN

MASA PEMBENTANGAN PEMBENTANG TAJUK
11:30 - 12:00 tengahari
Rahmat bin Ariffin @ Kajian Kesediaan Peranti Murid untuk Mengikuti
12:00 - 12:30 tengahari Mohd. Ariffin PdPR di SK Tanjung Batu Keramat, Tawau
12:30 - 1:00 tengahari
SUBTEMA : GAYA KEPIMPINAN

Dexter bin Silam Meneroka Kepimpinan Instruksional Pengetua di
Sekolah Pulau Negeri Sabah

Dr. Sainah Limbasan Kepimpinan Instruksional Pengetua Cemerlang Jusa

C Ke Arah Memperkasa Pendidikan Berkualiti Abad
Ke-21

1:00 tengahari - 2:00 petang REHAT

SUBTEMA : PEMBANGUNAN KOMPETENSI GURU

2:00 - 2:30 petang Rosie Johnny Kualiti Diri Guru dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Kadazandusun di Abad Ke-
21

SUBTEMA : PENGARUH PERSEKITARAN SOSIAL

2:30 - 3:00 petang Dr. Japran bin Kusin Pengaruh Budaya Sekolah, Sikap Guru dan Gaya
3:00 - 3:30 petang Asuhan Ibu Bapa Terhadap Sahsiah Murid Sekolah
3:30 - 4:00 petang Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Sabah
4:00 - 4:30 petang
Losius Goliong Keberkesanan Pengurusan Asrama dan
Kemenjadian Murid Sekolah Menengah Luar
Bandar: Kajian Kes di Daerah Ranau

Dr. Rosnah @ Nining Cabaran Pelaksanaan PBD Semasa PdPR :
binti Sidek Suatu Kajian Kes

Sinon binti Longguyu Peranan dan Penglibatan Ibu Bapa dalam PdPR: Satu
Kajian Terhadap Prestasi Bahasa Melayu Tahun 6 di
Kota Belud

15

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

JADUAL PEMBENTANGAN
KAJIAN PASUKAN PENYELIDIK
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH

SALURAN 10 : 03 NOVEMBER 2021 (9.00 PAGI - 11.00 PAGI)

MEDIUM / PAUTAN : GOOGLE MEET
https://meet.google.com/iyq-cedc-wvf

MODERATOR : Encik S. Azman Ligun
Guru Akademik Tingkatan Enam Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu

MASA PEMBENTANGAN PEMBENTANG TAJUK

8:30 - 9:00 pagi PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT RINGKAS MODERATOR

9:00 - 9:30 pagi Dr. Zakariah Othman Korelasi Standard 1 SKPMg2 dengan Pencapaian
9:30 - 10:00 pagi Pegawai SIPartners+ Peperiksaan Awam Sekolah Menengah dan Sekolah
10:00 - 10:30 pagi
10:30 - 11:00 pagi Pejabat Pendidikan Rendah di Negeri Sabah 2019: Dari Perspektif
Daerah Tuaran SIPartners+

Dr. Roslitah binti Madon Kajian Keciciran Murid di Daerah Tawau, Sandakan
Pegawai SISC+ dan Semporna bagi Transisi Tahun 6 Ke Tingkatan 1

Pejabat Pendidikan Penyelidikan Keberkesanan Pelaksanaan PdPR Guru
Daerah Papar Meningkatkan Prestasi Murid: Kajian Rintis di 7
Buah Daerah Negeri Sabah
Dr. Bitty binti Ansawi
Pegawai SISC+

Pejabat Pendidikan
Daerah Tuaran

Puan Lily Sintum Pencapaian SKPMg2 Standard 4 Guru-Guru
Pegawai SISC+ Bertaraf Cemerlang dan Hubungan dengan Prestasi

Pejabat Pendidikan Peperiksaan Awam (SPM): Tinjauan Rintis di Dua
Daerah Kota Kinabalu Daerah Negeri Sabah

16

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

ABSTRAK
KERTAS
KERJA

17

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

PENGGUNAAN KERTAS KOTAK BERGARIS DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 6 MENULIS
HURUF ‘P’ BESAR DAN KECIL DALAM PENULISAN AYAT BAHASA MELAYU

DESMOND DANIEL ANAK COPTA
SK Ulu Sapi, Telupid Tongod, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid-19 menyukarkan ramai guru
termasuk saya sendiri dalam memberikan bimbingan dan perhatian khusus kepada murid yang menghadapi
masalah dalam pembelajaran mereka. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap 30 orang pelajar Tahun 6,
didapati 8 orang murid mempunyai masalah dalam penggunaan huruf ‘p’ besar dan kecil dalam penulisan ayat
Bahasa Melayu. Tujuan kajian ini adalah untuk membantu murid menulis dengan betul huruf ‘p’ besar dan kecil
dalam penulisan ayat dengan bantuan alat Kertas Kotak Bergaris (KKB). Metodologi yang digunakan dalam
kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. Hasil
refleksi menunjukkan bahawa murid mempunyai masalah menulis huruf ‘p’ mengikut konteks perkataan dan ayat,
sudah terbiasa dengan gaya penulisan yang salah dan tidak sedar akan kesalahan yang dilakukan, serta tiada
penekanan daripada guru menyebabkan kesalahan yang sama sering berulang. Selepas pelaksanaan intervensi,
didapati bahawa kesalahan yang dilakukan semakin berkurangan dan terdapat murid yang betul sepenuhnya
dalam menggunakan huruf ‘p’ besar dan kecil dalam penulisan mereka. Penggunaan KKB berjaya meningkatkan
kepekaan, minat serta keyakinan murid dalam aktiviti penulisan. Berdasarkan dapatan ini, disimpulkan bahawa
penggunaan KKB sebagai alat bagi membantu murid menulis dengan betul dalam penulisan ayat Bahasa Melayu
adalah amat penting bagi memastikan murid menguasai kemahiran asas menulis yang baik sebelum melangkah
ke peringkat seterusnya.

Kata kunci: penulisan ayat, Bahasa Melayu, Kertas Kotak Bergaris, pandemik Covid-19.

PENGGUNAAN ‘KIT TC’ MEMBANTU MURID PEMULIHAN TAHUN 2 MENINGKATKAN
PENGUASAAN KEMAHIRAN MENAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10

FAZIRAH BINTI PIUT
SK Pekan Sipitang, Sipitang, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Murid pemulihan khususnya murid tahun 2 masih sukar untuk menguasai kemahiran asas tambah dalam
lingkungan 10. Hal ini sangat membimbangkan kerana kemahiran tersebut sepatutnya dikuasai semasa mereka
di tahun 1 lagi. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mencari pendekatan yang terbaik dan mudah
bagi memastikan murid-murid pemulihan dapat menguasai kemahiran asas tambah dalam lingkungan 10. Reka
bentuk kajian ini dilaksanakan dengan mengaplikasikan model Kemmis dan McTaggart (1988) yang mempunyai
dua kitaran. Pengumpulan data dalam kajian ini adalah menggunakan ujian pra dan ujian pasca, analisis
dokumen, pemerhatian dan temu bual. Pendekatan yang diperkenalkan adalah dengan menggunakan bahan bantu
mengajar berbentuk maujud dan diintegrasikan dengan penggunaan TMK yang dikenali sebagai ‘Kit TC’.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa setelah menggunakan ‘Kit TC’, murid lebih mudah untuk menguasai
konsep operasi asas tambah dalam lingkungan 10. Kesimpulannya, penggunaan bahan bantu yang sesuai
mengikut tahap kognitif murid mampu meningkatkan tahap penguasaan murid khususnya murid pemulihan yang
lemah untuk menguasai pelajaran jika dibandingkan dengan murid normal yang lain.

Kata kunci: Murid pemulihan tahun 2, kemahiran asas tambah dalam lingkungan 10, bahan maujud, Kit TC.

18

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

PENGGUNAAN ORIGAMI MEMBANTU MURID TAHUN 4 MEMAHAMI DAN MENGUASAI
KONSEP PECAHAN

LEE CHEE HEUNG
SK Kilimu, Ranau, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu murid-murid Tahun 4 dalam memahami dan menguasai konsep
pecahan dalam matematik. Saya mendapati murid-murid menghadapi masalah kesukaran untuk memahami dan
menguasai asas pecahan seperti menulis pecahan, nombor bercampur dan pecahan setara. Kajian tindakan ini
menggunakan model penyelidikan tindakan Stephen Kemmis (1983). Enam orang murid yang lemah dan tidak
dapat menjawab soalan dalam Lembaran Kerja Pra semasa tinjauan awal dari sebuah sekolah rendah di
kawasan Ranau telah dipilih sebagai peserta kajian dalam kajian ini. Data dikumpul melalui tiga teknik iaitu
analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual. Data analisis dokumen dianalisis mengikut bilangan betul dalam
lembaran kerja. Data pemerhatian direkodkan berpandukan senarai semak mengikut respon murid semasa
membuat lembaran kerja. Data berdasarkan soalan temu bual direkodkan secara transkripsi. Dapatan kajian
menunjukkan perubahan amalan yang dipilih dapat membantu peserta kajian dalam memahami dan menguasai
asas pecahan dengan baik.

Kata kunci: origami, konsep pecahan, Matematik, nombor bercampur, pecahan setara.

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGHURAI ISI KARANGAN BAGI MURID
LEMAH TINGKATAN 4G SEMASA PANDEMIK COVID-19

Loong Lilan Binti Loong Kong Wah, Nurliah Binti Jair
SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah
[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid-murid Tingkatan 4G dalam menghuraikan isi karangan
semasa pandemik Covid-19. Kajian ini melibatkan 27 orang murid dan 2 orang guru. Tinjauan dan pemerhatian
awal telah dibuat ke atas keputusan ujian bulanan, ujian pra, semakan kerja rumah dan latihan. Hasil
pemerhatian, didapati murid-murid tersebut gagal menghuraikan isi karangan dengan baik. Kegagalan murid-
murid dalam menghurai isi karangan ini telah menyebabkan markah penulisan karangan mereka
sangat mengecewakan. Jumlah murid yang gagal dalam subjek Bahasa Melayu sangat ramai kerana markah
karangan yang kurang memuaskan. Permasalahan wujud walaupun murid telah diberi pendedahan cara menulis
karangan yang mudah. Penyelesaian kepada permasalahan ini, penggunaan Teknik ICKUP telah diperkenalkan
kepada semua murid 4G. Murid-murid didedahkan teknik menghurai isi menggunakan Teknik ICKUP dengan
memberikan templat Teknik ICKUP. Dengan berpandukan templat Teknik ICKUP, murid-murid diminta
melengkapkan lembaran kerja menghuraikan isi karangan. Murid-murid juga dilatih membina ayat isi, ayat
contoh, ayat kesan, ayat ungkapan menarik dan ayat penegas dengan struktur yang betul dan dapat menghasilkan
ayat gramatis. Latih tubi menghurai isi menggunakan Teknik ICKUP diberikan secara berterusan bagi
mengukuhkan penguasaan murid. Pelbagai pendekatan dan kaedah diguna pakai dalam mengaplikasikan Teknik
ICKUP iaitu ujian pra dan pos, latih tubi dan hafalan panduan dalam templat ICKUP serta lembaran kerja.
Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan dan berjadual telah menunjukkan peningkatan prestasi murid, di
samping memberi keyakinan diri dan menarik minat murid-murid. Kebolehan mereka membina ayat
menggunakan Teknik ICKUP dalam huraian isi membolehkan murid-murid lebih berkeyakinan untuk menulis
karangan. Berdasarkan analisis kajian, didapati murid yang menyertai kajian ini telah dapat menguasai
kemahiran menghurai isi dengan menggunakan templat Teknik ICKUP dan menghasilkan karangan yang baik.

Kata kunci: lemah menghurai isi karangan, markah karangan rendah, templat ICKUP, Teknik ICKUP, ayat
gramatis.

19

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ESEI BERFORMAT BERPANDUKAN ‘EFor8’
DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM

MOHD FIRDAUS BIN ABD SALAM
SMK Gunsanad, Keningau, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis esei berformat dalam kalangan pelajar Tingkatan
Enam yang merupakan tugasan kerja kursus mata pelajaran Bahasa Melayu Semester Dua. Seramai 12 orang
pelajar terlibat sebagai kumpulan sasaran yang dijalankan selama tiga minggu dan melibatkan tiga jenis esei
berformat. Hasil analisis semakan esei, soal selidik dan temu bual, didapati para pelajar lemah dalam kemahiran
menulis khususnya dari aspek penghuraian isi dan format. Bagi mengatasi masalah tersebut, saya telah
menyediakan ‘EFor8’ yang merupakan bahan pengurusan grafik sebagai panduan kepada pelajar semasa
melaksanakan penulisan. Bahan ini mengandungi maklumat teknik menghurai isi dan format bagi setiap jenis
esei. ‘EFor8’ juga bahan pembelajaran kendiri yang disesuaikan dengan pematuhan SOP di kelas. Fasa
intervensi dilaksanakan selama lima minggu dan melibatkan lima jenis esei berformat. Hasil semakan dan
analisis esei telah menunjukkan perubahan dalam kemahiran menulis yang dibuktikan melalui peningkatan
markah semasa intervensi. Peningkatan tersebut juga telah menyokong pencapaian dua objektif khusus kajian,
iaitu memastikan 12 orang pelajar-pelajar Tingkatan Enam memperoleh sekurang-kurangnya 13/25 markah bagi
semua jenis penulisan esei berformat dan memastikan 12 orang pelajar Tingkatan Enam mendapat markah
maksimun bagi aspek format untuk semua jenis penulisan esei berformat. Hasil temu bual pelajar dan maklum
balas guru-guru pascaintervensi juga mendapati bahawa ‘EFor8’ berpotensi diguna pakai untuk pelajar pada
peringkat menengah rendah.

Kata kunci: penulisan esei berformat, EFor8, pengurusan grafik, kemahiran menulis, kerja kursus BM STPM.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN DARAB MUDAH 7 ORANG MURID PEMULIHAN KHAS SK
SAMPARITA DALAM SITUASI PANDEMIK COVID-19 MENGGUNAKAN ‘PinSir’

MD NOR FADZLI BIN MD ZAKI
SK Samparita, Kota Marudu, Sabah

[email protected]

DR. MOHD AZIZUAN ABDULLAH, DR LATIFAH AYANG
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu, SMK Tandek
[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid bagi operasi darab mudah dalam kalangan murid
Pemulihan Khas di SK Samparita, Kota Marudu, Sabah. Seramai 7 orang murid menjadi kumpulan sasaran
semasa fasa pemerhatian yang berlangsung selama dua minggu dan melibatkan penggunaan soalan latihan
berdasarkan konsep asas sifir. Hasil analisis semakan latihan murid, soal selidik dan temu bual, didapati murid-
murid lemah dalam menjawab operasi darab mudah yang diberikan. Bagi mengatasi masalah tersebut, saya telah
menyediakan ‘PirSir’ yang merupakan kaedah memperkenalkan murid mengenai konsep asas sifir menggunakan
bentuk piramid. Fasa intervensi dilaksanakan selama satu bulan dan melibatkan sesi bimbingan cara menjawab
soalan menggunakan teknik ‘PirSir’ serta ujian pasca bimbingan. Hasil semakan ujian pasca bimbingan telah
menunjukkan perubahan dan telah dibuktikan dengan peningkatan markah semasa intervensi. Peningkatan
tersebut juga telah menyokong pencapaian objektif khusus kajian. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini
telah dapat meningkatkan kemahiran operasi darab mudah dalam kalangan murid Pemulihan Khas.

Kata kunci: tapak piramid, puncak piramid, PirSir, piramid, turutan nombor.

20

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TENTANG KONSEP GABUNGAN FONEM UNTUK
MEMBACA PERKATAAN KKVK BAHASA INGGERIS MENGGUNAKAN ‘RED DOTS MODULE’

NOR AIRAH AZIRAH BINTI NIMING
SK Lidong, Beluran, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kesedaran fonem ialah kebolehan untuk memecahkan perkataan kepada bunyi dan menggabungkan bunyi-bunyi
ini untuk menyebut perkataan (Yeong & Rickard Liow, 2012). 11 orang murid Tahun 2 di sekolah saya
menghadapi masalah untuk membaca perkataan KKVK Bahasa Inggeris. Mereka keliru dengan cara membaca
perkataan Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu yang menggunakan kaedah mengeja suku kata secara
konvensional disebabkan lama “bercuti” akibat penutupan sesi persekolahan kerana penularan wabak Covid-
19. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kefahaman murid tentang konsep gabungan fonem
untuk membaca perkataan KKVK Bahasa Inggeris menggunakan ‘Red Dots Module’. Metodologi yang digunakan
dalam kajian ini melibatkan proses pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. Melalui hasil pemerhatian
dan refleksi, saya dapati tahap penguasaan murid untuk membaca perkataan KKVK Bahasa Inggeris adalah
rendah dan mereka kurang bermotivasi untuk melibatkan diri dalam aktiviti membaca mata pelajaran Bahasa
Inggeris di dalam kelas. Keseluruhan murid telah menunjukkan peningkatan tahap penguasaan mereka dalam
membaca perkataan KKVK Bahasa Inggeris setelah intervensi dijalankan. ‘Red Dots Module’ berjaya membantu
murid untuk melihat dengan lebih jelas fonem-fonem yang terdapat dalam sesuatu perkataan untuk membantu
mereka memecahkan (segmenting) perkataan tersebut. Hal ini dapat memudahkan mereka untuk menggabungkan
(blending) fonem-fonem tersebut untuk mereka membaca perkataan KKVK. Modul ini juga berjaya meningkatkan
minat dan motivasi diri murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti membaca Bahasa Inggeris. Kesimpulannya,
penggunaan bahan bantu mengajar yang bersifat visual mampu membantu murid meningkatkan kefahaman
mereka untuk menggabungkan fonem yang ada dalam perkataan Bahasa Inggeris sekaligus menjadikan mereka
pembaca yang lebih mahir.

Kata kunci: fonem, membaca, Bahasa Inggeris, gabungan, visual.

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID TAHUN 2 DENGAN
MENGGUNAKAN KIT ABOBA

NOORDIANA BINTI MOHAMAD SALLEH, ABD RAHMAN BIN BURA
SK Sangkabok, Kuala Penyu, Sabah

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kemahiran membaca merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid di sekolah rendah. Hal
ini penting bagi membolehkan murid-murid memperoleh ilmu pengetahuan dan mencapai kejayaan yang
cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu murid Tahun 2 Uranus SK Sangkabok. Metodologi yang
digunakan dalam kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian, refleksi, perancangan dan
tindakan. Melalui tinjauan awal dan saringan awal membaca yang telah dilaksanakan, didapati bahawa murid-
murid Tahun 2 Uranus menghadapi masalah dalam aspek penguasaan kemahiran membaca seperti tidak
mengenal huruf, baru menguasai suku kata KVKV dan belum lancar membaca Bahasa Melayu. Peserta kajian
terdiri daripada 16 orang murid Tahun 2 Uranus, SK Sangkabok. Sehubungan itu, intervensi Kit ABOBA ini telah
digunakan bagi menangani masalah penguasaan kemahiran membaca yang dihadapi oleh murid-murid yang
terlibat semasa situasi pandemik Covid-19. Kit ABOBA ini mengandungi bahan yang boleh diaplikasikan semasa
sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka di kelas dan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR). Ia terdiri daripada kad bacaan ABOBA, set latihan Celik Akal dan Modul Pengukuhan Bacaan ABOBA.
Data dikumpulkan melalui saringan 1 (sebelum intervensi) dan saringan 2 dan saringan 3 (selepas intervensi)
dan pemerhatian dari semasa ke semasa. Berdasarkan dapatan ini, disimpulkan bahawa penggunaan intervensi
Kit ABOBA ini telah berjaya membantu kumpulan sasaran meningkatkan penguasaan kemahiran membaca
Bahasa Melayu.
Kata kunci: Kit ABOBA, celik akal, suku kata KVKV, kemahiran membaca, pengukuhan.

21

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

MEMBINA AYAT KEMBANGAN DENGAN BETUL DAN LENGKAP MENGGUNAKAN TEKNIK
BUNGA MEKAR

NURHANNA FAZLIE
SK Moynod, Beluran, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah membina ayat kembangan dalam kalangan murid tahun
4 Cemerlang. Seramai 26 murid yang akan terlibat dalam kajian ini iaitu 14 murid perempuan dan 12 murid
lelaki. Murid-murid dalam kelas ini terdiri daripada murid yang lemah dan baik dari segi akademiknya disamping
mempunyai masalah fokus dalam kelas. Membina ayat adalah perkara asas dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu dan merupakan permulaan bagi membina sebuah karangan dalam pelbagai bentuk. Sebelum murid
membina sebuah karangan, murid mestilah menguasai teknik membina sepotong ayat yang betul dan lengkap.
Hal ini kerana, jika murid masih tidak boleh membina ayat dengan betul dan lengkap, adalah mustahil untuk
murid tersebut membina sebuah karangan dalam pelbagai bentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), murid
mula memikirkan cara mengeja sesuatu perkataan bagi membina ayat yang mudah dan membina lebih daripada
satu ayat mudah. Pada peringkat yang tinggi mereka boleh membina ayat-ayat bagi membentuk satu perenggan
dan kemudiannya membentuk sebuah karangan. Justeru itu, guru telah menggunakan Teknik Bunga Mekar bagi
membantu murid-murid membina sepotong ayat yang betul dan lengkap. Latihan membina ayat bermula secara
terkawal melalui penggunaan bahan rangsangan seperti gambar atau perkataan. Murid akan diminta untuk
membina ayat mereka sendiri berdasarkan bahan rangsangan tersebut. Daripada analisa kajian, murid dapat
meningkatkan kemahiran membina sepotong ayat yang betul dan lengkap kemudian mengembangkannya. Murid
juga seronok dan mudah menggunakan teknik Bunga Mekar kerana aktiviti tersebut juga dilaksanakan dalam
bentuk permainan.

Kata kunci: membina ayat kembangan, perkara asas, menguasai, teknik Bunga Mekar, seronok.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUNDAR NOMBOR MURID TAHUN 5 MENGGUNAKAN
TEKNIK NERACA BUNDAR

PONG SU ZEEN
SK St Theresa Inobong, Penampang, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk membantu murid mengatasi masalah penguasaan kemahiran membundar nombor
hingga ratus ribu terdekat dalam mata pelajaran Matematik. Seramai tiga puluh orang murid tahun lima yang
belum menguasai kemahiran membundar nombor dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Kajian tindakan ini
menggunakan ujian pra, temu bual, ujian pos dan soal selidik untuk menguji keberkesanan teknik ini. Ujian pra
dan temu bual digunakan untuk mengenal pasti masalah murid dalam kemahiran membundar. Ujian pos
digunakan untuk menentukan keberkesanan penggunaan teknik tersebut manakala soal selidik digunakan untuk
menilai minat, keseronokan dan persepsi murid membundar nombor. Hasil tinjauan awal ujian pra mendapati
bahawa murid-murid kurang mahir dalam membundar nombor dengan betul. Temu bual dengan murid
menyatakan mereka tidak tahu nilai tempat perlu dibundar. Kekeliruan murid dalam menjawab soalan yang
diberikan adalah mereka tidak tahu nilai tempat terlibat untuk dibundarkan dan keliru nilai tempat sepatutnya
dirujuk untuk menentukan tambah 1 atau kekal semasa membundar. Saya telah menjalankan intervensi
menggunakan teknik Neraca Bundar untuk meningkatkan kemahiran membundar nombor. Pelaksanaan kajian
ini mengambil masa selama 3 minggu. Dapatan kajian menunjukkan semua murid dapat menjawab semua soalan
dengan tepat dalam ujian pos selepas intervensi dijalankan. Berdasarkan soal selidik, murid menyatakan mereka
seronok belajar dan teknik tersebut telah membantu mereka menjawab soalan bundar dengan betul.
Kesimpulannya, penggunaan teknik Neraca Bundar memberikan impak positif dalam meningkatkan penguasaan
murid dalam membundar nombor. Teknik ini mudah dijalankan dan dapat memotivasikan murid untuk terus
belajar dalam transformasi pendidikan norma baharu.

Kata kunci: Matematik, teknik Neraca Bundar, kemahiran membundar nombor, nilai tempat, tahun lima.

22

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN PECAHAN DALAM
KALANGAN MURID TAHUN 3 MELALUI PENGGUNAAN KIT FRACTION-T

DR. RAYNER BIN TANGKUI
SK Kerukan, Kuala Penyu, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Penambahan dan penolakan pecahan, sama ada pecahan penyebut sama mahupun penyebut tak sama,
merupakan salah satu konsep asas yang penting untuk dikuasai dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Matematik Tahun 3. Dalam kelas saya, didapati bahawa 12 orang murid mengalami kesukaran melakukan
penambahan dan penolakan pecahan dengan tepat. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan
penggunaan Kit Fraction-T dalam meningkatkan kemahiran murid menambah dan menolak pecahan. Metodologi
yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian, refleksi, perancangan
dan tindakan. Hasil refleksi menunjukkan bahawa murid lemah dalam penguasaan konsep asas pecahan, murid
menambah atau menolak terus pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan penyebut, murid menganggap
bahawa konsep penambahan dan penolakan pecahan adalah sama seperti konsep penambahan dan penolakan
nombor bulat dan saya lebih cenderung menggunakan pendekatan konvensional iaitu pengajaran berbentuk
syarahan dengan murid lebih banyak menyalin dan menghafal apa yang saya sampaikan. Setelah intervensi
dilaksanakan, didapati bahawa terdapat peningkatan yang ketara dari segi kemahiran murid melakukan
penambahan dan penolakan pecahan dengan tepat berdasarkan pencapaian murid dalam ujian pos. Penggunaan
Kit Fraction-T berjaya meningkatkan pemahaman konsep serta kemahiran penambahan dan penolakan pecahan,
mengubah persekitaran PdP dari tidak aktif kepada aktif dan menarik minat murid terhadap PdP pecahan.
Berdasarkan dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan bukan
sahaja dapat menarik minat dan tumpuan murid terhadap pelaksanaan PdP pecahan tetapi juga dapat
meningkatkan pemahaman konsep dan kemahiran penambahan dan penolakan pecahan serta mencetus motivasi
dalam kalangan murid. Oleh yang demikian, saya akan terus menggunakan intervensi tersebut bagi kumpulan
murid akan datang.

Kata kunci: konsep pecahan, Matematik, refleksi, bahan bantu mengajar.

“KaPaLa”- OPERASI TOLAK DENGAN KUMPUL SEMULA UNTUK MURID BERKEPERLUAN
KHAS

ROYMIE BIN HAIME
SK Loktohog Banggi, Kudat, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini berfokus kepada murid berkeperluan khas Tahun 5 yang mengalami masalah dalam penguasaan
penolakan kemahiran tolak dengan mengumpul semula. Berdasarkan ujian diagnostik yang telah dilaksanakan,
didapati terdapat sebilangan murid yang tidak menguasai kemahiran dalam tolak dengan mengumpul semula,
selain tidak dapat memberi jawapan betul. Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan saya sebagai guru
Matematik murid berkeperluan khas dalam melaksanakan pembelajaran inkuiri Matematik di rumah melalui
bahan bantu mengajar semasa pandemik Covid-19. Oleh itu, kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk
membantu murid menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula dengan menggunakan intervensi
KaPaLa semasa belajar di rumah. KaPaLa merupakan singkatan Kaedah Papan Lazim. Walaupun murid ini
murid berkeperluan khas, namun mereka juga memerlukan kaedah yang mudah untuk memahami konsep tolak
dengan kumpul semula. Penggunaan KaPaLa adalah untuk membantu murid lemah menguasai kemahiran
menyelesaikan operasi tolak dengan mengumpul semula dengan lebih baik. Dapatan kajian melalui temu bual
bersama ibu bapa menunjukkan bahawa intervensi yang digunakan berjaya membantu semua peserta kajian
menguasai kemahiran tolak dengan mengumpul semula semasa pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR).
Penggunaan intervensi KaPaLa telah banyak membantu saya dalam menambahbaik amalan pengajaran dan
pembelajaran saya terutama ketika pandemik Covid-19 ini dari aspek kesedaran dalam menyediakan bahan bantu
mengajar berdasarkan tahap dan minat murid.

Kata kunci: operasi tolak dengan kumpul semula, murid berkeperluan khas, PdPR, bahan bantu mengajar,
amalan terbaik.

23

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

PENDEKATAN TERKAWAL MEMBANTU MURID DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN
PENULISAN KARANGAN SEMASA PANDEMIK COVID TAHUN 2021

SAPIAH BINTI ALI @ SALUDIN
SK Litang, Kinabatangan, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid yang lemah dalam menguasai kemahiran menulis karangan yang
merupakan satu komponen dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas Dua. Sampel kajian melibatkan seramai
4 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penulisan karangan.
Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian diagnostik yang menunjukkan murid lemah terhadap penulisan
karangan. Oleh itu, melalui tinjauan awal, didapati murid menghadapi masalah pembelajaran pasif terhadap
pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh Pandemik Covid-19 ini. Oleh itu,
Pendekatan Terkawal diperkenalkan kepada murid sebagai satu cara untuk mengatasi masalah pembelajaran
yang dihadapi murid terutama dalam penulisan karangan. Kajian juga telah menjalankan pelan tindakan
berdasarkan Pendekatan Terkawal yang diperkenalkan dan mendapati penguasaan kemahiran murid dalam
menulis karangan semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Murid tersebut lebih menunjukkan
sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai kemahiran menulis karangan dan
mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi mencapai
kemahiran menulis yang lebih baik sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah kelak.

Kata kunci: menguasai kemahiran menulis, pembelajaran pasif, PdPR, pembelajaran aktif, sikap positif.

KAEDAH BACA: MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID SK
TIONG WIDU TAMBUNAN

STEPHANIE JAUSEH, DAILBAKEN O. DANI, MOHD FARHAN KHIR, ANNIESIA KIBIN
SK Tiong Widu, Tambunan, Sabah

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran membaca dikalangan murid SK Tiong Widu,
Tambunan. Seramai 20 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 1-4 terlibat dalam kajian ini. Berdasarkan
pemerhatian oleh beberapa orang guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan guru pemulihan didapati bahawa
masih ramai murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca. Tinjauan yang dilakukan menunjukkan
bahawa keadaan pandemik memberi impak terhadap pembelajaran murid khususnya bagi kemahiran asas
membaca. Kemahiran ini merupakan antara kemahiran yang sangat penting untuk memastikan murid dapat
mengembangkan kemahiran memperoleh maklumat melalui aktiviti membaca. Kaedah BACA telah dilaksanakan
bagi membantu murid-murid yang terlibat. Dapatan kajian yang diperolehi hasil dari ujian membaca
menunjukkan bahawa berlaku peningkatan dalam kemahiran asas membaca dikalangan murid yang terlibat.
Semua murid telah dapat membunyikan bunyi huruf dengan tepat dan 70% daripada murid tersebut boleh
membaca perkataan mudah (kvkv). Keputusan temu bual juga menunjukkan bahawa guru-guru bersetuju bahawa
pelaksanaan kaedah BACA ini telah membantu meningkatkan kemahiran asas membaca murid. Kesimpulannya,
pelaksanaan kaedah BACA berjaya membantu meningkatkan kemahiran asas membaca dalam kalangan murid.

Kata kunci : kemahiran asas membaca, kaedah BACA, pembelajaran murid, aktiviti membaca.

24

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS PERKATAAN DAN AYAT MUDAH
JAWI BAGI MURID TAHUN 3 MARIKH SK SUASA BEAUFORT MENGGUNAKAN SET INOVASI

SeLIT

SUFFIA BINTI ALIAMAT
SK Suasa, Beaufort, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Murid kelas Tahun 3 Marikh di SK Suasa Beaufort kerap melakukan kesalahan ejaan dalam latihan menulis
perkataan dan membina ayat mudah semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam
Bidang Jawi. Oleh itu, kajian tindakan yang dijalankan ini bertujuan untuk membantu murid kelas Tahun 3
Marikh menguasai kaedah penulisan Jawi agar mereka boleh menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul.
Selain itu, kajian tindakan ini juga bertujuan untuk menambahbaik cara pengajaran saya dalam bidang Jawi
supaya saya boleh menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan. Set Inovasi SeLIT digunakan sebagai intervensi
untuk menyelesaikan permasalahan ini. Set Inovasi SeLIT adalah satu kaedah pengajaran dan juga bahan bantu
mengajar dan belajar yang dihasilkan untuk membantu murid menguasai cara menulis Jawi dengan betul.
Beberapa instrumen seperti tiga set soalan menulis Jawi, soalan temu bual dan borang pemerhatian telah
digunakan untuk mengumpul data sebelum dan data selepas bagi kajian tindakan ini. Kemudian data yang
diperolehi telah dianalisis menggunakan peratus dan bilangan. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini
menunjukkan bahawa Set Inovasi SeLIT memberi kesan yang baik dalam memperbaiki kemahiran menulis murid.
Murid memberikan respon yang positif dan berpendapat bahawa Set Inovasi SeLIT ini dapat membantu mereka
dalam memperbaiki kemahiran menulis Jawi.

kata kunci: bidang Jawi, kesalahan ejaan, inovasi SeLIT, kemahiran menulis Jawi.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN OPERASI TAMBAH MURID PEMULIHAN MENGGUNAKAN
KAEDAH BULAT & GUNDAL

TINIE JOSS
SK Patikang Laut Keningau, Keningau, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Operasi tambah merupakan kemahiran asas Matematik yang penting dan perlu dikuasai murid seawal Tahap 1
di sekolah rendah. Topik penambahan adalah operasi pertama yang wajib dipelajari semua murid sebelum
mereka mempelajari operasi tolak, darab dan bahagi. Kelemahan murid menguasai kemahiran ini menyebabkan
mereka tidak dapat menjawab item penilaian bertulis Matematik dengan baik dan tercicir dari arus perdana.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah Bulat & Gundal dalam usaha meningkatkan
kefahaman dan penguasaan kemahiran operasi tambah dalam kalangan murid pemulihan. Bahan kajian
merupakan idea berbentuk kaedah yang direka oleh pengkaji untuk memudahkan murid pemulihan menguasai
topik penambahan. Kaedah pengumpulan data adalah secara kualitatif iaitu melalui analisis dokumen dan
pemerhatian. Data daripada ujian pra dan ujian pos pula diselitkan sebagai bahan sokongan kepada data
kualitatif. Kajian ini dilaksanakan semasa minggu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Sampel
kajian terdiri daripada 8 orang murid pemulihan dari kelas Tahun 2 di SK Patikang Laut. Murid-murid ini dipilih
berdasarkan keputusan Instrumen Pelepasan Tahap 1 iaitu Instrumen Kemahiran Asas Matematik Sekolah
Rendah (IKAM) pada bulan Oktober tahun 2020. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian murid
pemulihan yang ketara dalam memahami dan menguasai kemahiran operasi tambah. Kesimpulannya,
penggunaan kaedah Bulat & Gundal dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran operasi tambah berjaya
meningkatkan kemahiran asas tambah murid pemulihan serta merangsang minat murid belajar Matematik.

Kata kunci: operasi tambah, murid pemulihan, kaedah Bulat & Gundal, IKAM, PdPR, refleksi.

25

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

IMPAK PENGGUNAAN APLIKASI ATAS TALIAN SEBAGAI TAPAK LATIH TUBI UNTUK
MEMBANTU MENINGKATKAN PRESTASI MURID DALAM SUBJEK SAINS SPM

CHU WAI SENG
SMK Bongkol Pitas, Pitas, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan aplikasi atas talian sebagai tapak latih tubi dalam
meningkatkan prestasi murid dalam subjek Sains SPM. Sampel kajian melibatkan seramai 58 orang murid dan
seorang guru, sekolah pedalaman P2 terlibat dalam kajian ini. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
di rumah (PdPR), murid kurang berminat untuk menjawab soalan pada modul yang disediakan sekaligus
menyebabkan penguasaan dan pemahaman mereka agak lemah tentang fakta dan teori Sains. Fokus kajian ini
adalah untuk menarik minat murid menjawab soalan sekaligus meningkatkan penguasaan dan pemahaman murid
dengan cara latih tubi atas talian yang interaktif. Tinjauan awal telah dibuat melalui ujian pra, peperiksaan
pertengahan tahun 2020 (PPT) yang menunjukkan murid lemah dalam menjawab soalan fakta dan teori Sains.
Anggapan ini dibuat berdasarkan keputusan gred purata mata pelajaran (GPMP) Sains pada PPT pada tahap
yang membimbangkan iaitu 7.38 dan peratusan murid gagal adalah 49 peratus. Setelah penggunaan aplikasi
Google Form digunakan sebagai tapak bagi murid untuk menjawab soalan latih tubi interaktif didapati murid
lebih minat untuk menjawab soalan dan berlaku peningkatan prestasi murid dalam subjek Sains. Ujian pos,
peperiksaan percubaan tahun 2020 yang dijalankan menunjukkan berlaku peningkatan nilai GPMP iaitu 6.18.
Peratusan murid gagal juga berkurangan kepada 21 peratus. Dapat dirumuskan, prestasi murid dalam subjek
Sains telah dapat ditingkatkan setelah menggunakan latih tubi interaktif. Kajian untuk mencari pendekatan
terbaik dalam amalan PdPR bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah meningkatkan
kreativiti guru.

Kata kunci: pandemik Covid-19, aplikasi atas talian, latih tubi interaktif, amalan PdPR berpusatkan murid,
peningkatan prestasi.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID DALAM MENGHASILKAN LUKISAN KERJA BAGI
MATA PELAJARAN REKA CIPTA MENGGUNAKAN INOVASI ALAT BANTU MENGAJAR ‘TTA’

HAJIZUL ABDUL
SMK Sindumin, Sipitang, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Lukisan kerja merupakan salah satu topik pembelajaran dalam mata pelajaran Reka Cipta dan merupakan salah
satu elemen penting dalam penghasilan kerja kursus Reka Cipta. Lukisan kerja merupakan salah satu aspek yang
dinilai dalam kerja kursus bagi Mata Pelajaran Reka Cipta dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kebanyakan
murid tidak dapat menghasilkan lukisan kerja yang baik kerana tidak menguasai teknik yang betul dalam
menghasilkan lukisan kerja. Hal ini berpunca daripada masalah yang dihadapi oleh guru dalam kelas secara
dalam talian (PdPR) di mana guru tidak dapat membuat tunjuk cara dengan baik bagi penghasilan lukisan kerja,
berikutan tidak mempunyai alat bantu mengajar yang dapat membantu dalam kaedah tunjuk cara menghasilkan
lukisan kerja secara dalam talian. Tujuan utama kajian ini dijalankan untuk menangani masalah murid yang
tidak dapat menghasilkan lukisan kerja dengan baik untuk kerja kursus Reka Cipta. Tinjauan awal yang dibuat
adalah berdasarkan pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran semasa kelas secara dalam
talian (PdPR). Selepas itu, pemerhatian dan pengumpulan data terus dilakukan melalui latihan dan hasil kerja
murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Daripada tinjauan tersebut, 10 orang
murid telah dipilih sebagai sampel bagi kajian ini. Kemudian, perancangan tindakan melalui penghasilan inovasi
iaitu Teacher Teaching Assistant (TTA) bagi membantu murid terbabit. Langkah seterusnya ialah mengenal pasti
sama ada inovasi TTA dapat membantu guru membuat tunjuk cara menghasilkan lukisan kerja sewaktu kelas
secara dalam talian (PdPR) serta adakah inovasi TTA dapat membantu murid untuk mempelajari kaedah
penghasilan lukisan kerja dengan lebih baik. Setelah TTA digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
secara dalam talian bagi topik lukisan kerja, sedikit demi sedikit responden mampu menguasai teknik penghasilan
lukisan kerja dengan baik.

Kata kunci: TTA, kemahiran melukis, lukisan kerja.

26

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID TAHUN EMPAT DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) MENGGUNAKAN MODUL SAINS ‘THE RED TEXTBOOK

CHALLENGE’

IRAWANI MUNIRA BINTI ISMAIL
SK Lok Yuk Sikuati, Kudat, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang telah diperkenalkan semasa pandemik Covid-19 melanda
dunia pada akhir tahun 2019 telah banyak mengubah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang telah
diamalkan selama ini. Kajian ini dilakukan untuk membantu meningkatkan penglibatan murid Tahun Empat
dalam subjek Sains di SK Lok Yuk Sikuati, Kudat dalam PdPR. Berdasarkan pemerhatian terhadap bilangan
penghantaran tugasan murid, terdapat perbezaan yang ketara di antara jenis tugasan yang diberikan. Frekuensi
penghantaran tugasan didapati lebih tinggi dalam bentuk tugasan secara hands on activities berbanding kaedah
menyalin nota atau menyelesaikan latihan bertulis. Oleh yang demikian, ahli Panitia Sains sekolah telah
melakukan Professional Learning Community (PLC) dan membuat perbincangan untuk menggunakan
kecenderungan murid terhadap aktiviti ini bagi mencapai pembelajaran bermakna. Modul ‘The Red Textbook
Challenge’ iaitu satu modul yang menghimpunkan kesemua jenis ujikaji yang terdapat dalam buku teks Tahun
Empat dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami mengikut bab telah dihasilkan dalam kalangan ahli
panitia. Modul ini menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti Project-Based Learning (PBL) dan juga
menyokong pembudayaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sekolah. Penggunaan modul
ini didapati dapat membantu murid dalam PdPR Sains dengan baik dan peratusan penghantaran tugasan dalam
kalangan murid juga semakin meningkat. Selain itu, penggunaan modul ini sangat membantu dalam memperbaiki
amalan dan kaedah pengajaran guru dalam proses Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) semasa PdPR dilaksanakan.

Kata kunci: PdPR, PBL, modul The Red Textbook Challenge, hands on activities, pentaksiran bilik darjah (PBD)

ACTIVELY ENGAGE STUDENTS IN SOCIAL LEARNING FOR ESSAY WRITING ‘GU.DI’ VIA
PEAR DECK DURING PDPR

JANET MANGALIS
SMK Lok Yuk, Kudat, Sabah

[email protected]

ABSTRACT

This action research was conducted to illustrate the relationship(s) between the usage of an interactive platform
for social learning and its effects on students’ engagement during the Home-Based Learning prior to the closed-
down schools triggered by the pandemic of Covid-19 in March 2020. In the beginning of the offline lessons, the
tasks given were unattended and only few submitted especially the writing tasks. It was mostly one way interaction
as the teacher was the only one presenting and the students were unable to show their work or progress on the
spot. With the usage of the learning interactive platform, ‘Pear Deck’ and using ‘Gu.Di’, students started to
engage actively during the virtual English language lessons; with works submitted. Though 4 classes were given
the opportunity to use the ‘Gu.Di’ in Pear Deck, 4 Harvard of SMK Lok Yuk Kudat was chosen to compliment
this action research, which consisted of 22 students. Recorded videos during lessons, observations and students
works were among the evidences that support the effectiveness of the usage of ‘Gu.Di’ in Pear Deck. I found that
the benefits were amples; one of the reasons why my students felt satisfied with the lessons and started to believe
that virtual learning could be in par with the classic face-to-face interaction lesson. It was totally a blessing in
disguise during this pandemic; the chance to explore more engaging, enjoyable and effective learning platforms
which benefits all.

Keywords: Pear Deck, engage/engaging, effective, interactive.

27

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

REIMAGINING ENGLISH LANGUAGE EXPERIENCES THROUGH PROJECT-BASED LEARNING

LIM AI TENG
SJK (C) Yuk Choi, Lahad Datu, Sabah

[email protected]

ABSTRACT

This action research studies the implementation of Project-Based Learning (PBL) as an alternative mode of
remote teaching which can provide pupils to engage in their learning as well as enable pupils learning assessment
to be monitored and evaluated progressively. The authentic hands-on tasks provide pupils with opportunities to
gain knowledge and improve English language proficiency through investigation, planning and problem-solving.
The research aims to examine the effect of PBL in enhancing pupils' language skills, which are speaking and
writing. Fifteen Year 6 pupils undergo various well-developed lessons integrated with technology, assessment
instruments, rubrics and scoresheets. Triangulation of data is carried out from different sources, including
teachers' and pupils' reflections, observation, and document analysis. Their products are evaluated and recorded
progressively in classroom-based assessment (CBA) based on the skills. The findings depict pupils are interested
and proactive in learning by answering curriculum questions and presenting their products. Pupils’ speaking and
writing skills have improved significantly with the minimum performance level 3 in CBA. Furthermore, pupils'
technology literacy increases tremendously throughout their search to complete their PBL. In sum, PBL is an
effective 21st century teaching and learning strategy which enables teachers to facilitate pupils to grow in their
learning independently and creatively.

Keywords: project-based learning, classroom-based assessment, curriculum questions, technology literacy, 21st
century teaching and learning strategy.

PENGGUNAAN ‘DIGITAL-T’ BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN BACAAN BAHASA
INGGERIS MURID TAHUN 1

MARIYANTI BT SARDI
SK Tg Batu Keramat, Tawau, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan ‘Digital-T’ dalam meningkatkan
prestasi penguasaan kemahiran membaca Bahasa Inggeris Tahun 1. Ianya tercetus kerana desakan perubahan
pengajaran dan pembelajaran secara PdPR akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Justeru, terhasilnya
‘Digital-T’ iaitu himpunan video yang diolah daripada isi kandungan buku teks kepada bentuk digital dengan
memasukkan elemen audio, grafik dan animasi yang menarik sebagai bahan bantu mengajar bagi menyampaikan
isi pembelajaran dengan lebih jelas dan berkesan. Sasaran kajian ini ialah murid kelas saya seramai 31 orang
yang terdiri daripada 12 orang lelaki dan 19 orang perempuan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini
adalah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan. Hasil refleksi
menunjukkan bahawa murid tidak menguasai kemahiran membaca, tidak dapat menggabungkan bunyi huruf dan
perkataan dengan betul, tidak dapat menyebut perkataan, frasa dan ayat mudah dengan tepat dan lancar,
menunjukkan rasa kurang minat dan tidak termotivasi dengan pembelajaran kendiri serta tidak memahami
maksud teks. Selepas empat bulan intervensi dilaksanakan, didapati bahawa terdapat pencapaian murid yang
ketara dalam memahami dan menguasai kemahiran membaca dan tahap kebolehingatan ke atas topik yang
dipelajari. Penggunaan video ‘Digital-T’ juga berjaya mengukuhkan kemahiran asas bacaan, pertuturan dan
memahami pelbagai teks. Berdasarkan dapatan ini, disimpulkan bahawa penggunaan video yang kreatif dan
menarik sebagai bahan bantu mengajar bukan sahaja dapat meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa
Inggeris dengan baik malah dapat merangsang minda serta meningkatkan minat dan keyakinan murid. Oleh yang
demikian, saya akan terus menggunakan kaedah tersebut bagi kumpulan murid yang akan datang.

Kata kunci: video, Bahasa Inggeris, bahan bantu mengajar, pengajaran dan pembelajaran.

28

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021
KEBERKESANAN APLIKASI SIMULASI EKSPERIMEN DALAM MENINGKATKAN TAHAP
KEMAHIRAN MENGEKSPERIMEN SAINS MURID TINGKATAN 5

MOHD ZULFADLY BIN OTHMAN
SMK Bukit Garam II, Kinabatangan, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kemahiran mengeksperimen merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid Tingkatan
4 dan 5 yang mengambil subjek Sains teras. Soalan-soalan berkaitan dengan kemahiran mengeksperimen
merupakan soalan wajib dalam Bahagian A dan Bahagian C Kertas Dua Sains SPM. Kemahiran mengeksperimen
ini biasanya diperolehi murid dengan menjalankan aktiviti eksperimen di makmal sekolah. Namun, pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan eksperimen amali Sains tidak dapat dilaksanakan di makmal
sekolah. Situasi ini menyebabkan murid tidak dapat menguasai dengan baik kemahiran mengeksperimen dan
menyumbang kepada kemerosotan markah Kertas Dua Sains dalam peperiksaan awal tahun 2021. Oleh itu,
sebuah aplikasi simulasi eksperimen dibangunkan sebagai alternatif dalam Pengajaran dan Pembelajaran dari
Rumah (PdPR) yang membolehkan murid melaksanakan eksperimen amali Sains secara maya menggunakan
peranti pintar, komputer riba atau komputer. Kajian tindakan ini dilaksanakan menggunakan kaedah
eksperimental bagi menilai keberkesanan aplikasi simulasi eksperimen dalam meningkatkan kemahiran
mengeksperimen di kalangan 10 orang murid Tingkatan 5 yang memperoleh markah rendah dalam Kertas Dua
Sains Bahagian A dan C di SMK Bukit Garam II. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan
signifikan dalam ujian pra dan pos yang menguji kemahiran mengeksperimen murid selepas didedahkan dengan
aplikasi simulasi eksperimen selama seminggu. Kesimpulannya, kaedah PdPR menggunakan aplikasi simulasi
eksperimen ini telah berjaya meningkatkan kemahiran mengeksperimen murid dan wajar digunakan oleh murid-
murid yang lain bagi membantu meningkatkan prestasi subjek Sains secara keseluruhannya di SMK Bukit Garam
II, Kinabatangan.

Kata kunci: aplikasi simulasi eksperimen, kemahiran mengeksperimen, Kertas Dua Sains SPM, PdPR, Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP)

APLIKASI MULTIKUIZ JENDELA AGEROT MENINGKATKAN PENGLIBATAN DAN MINAT
MURID TINGKATAN 3 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

MUHAMMAD RUZAINI BIN AWANG
SMK Bukit Garam II, Kinabatangan, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Penglibatan murid semasa Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) menjadi isu utama dan sering
dikaitkan apabila kemahiran murid terencat atau semakin merosot pada era norma baharu ini. Permasalahan
ini menuntut guru menggunakan aplikasi kuiz terkini dan mengaplikasikan pembelajaran bercorak mobile
menggunakan peranti seperti telefon pintar, komputer riba dan kemudahan yang sesuai serta boleh digunakan
oleh murid di rumah. Kajian ini memberi tumpuan kepada aspek penggunaan aplikasi kuiz pelbagai yang
digabungkan menjadi satu alat pengujian bercorak multikuiz dalam pengajaran Bahasa Melayu melalui pelbagai
aplikasi pembelajaran maya. Seramai 18 orang murid sekolah menengah mewakili 1 buah kelas yang diajar oleh
guru bagi Tingkatan 3 yang mengambil bahagian sebagai peserta kuiz tersebut. Hasil tinjauan awal mendapati
murid menyelesaikan kuiz pembelajaran mobile yang dibina oleh guru dengan membahagikannya kepada
beberapa kategori kuiz sehingga selesai dan mendapatkan ganjaran atau imbuhan berbentuk e-Lencana dan e-
Sijil Penyertaan. Rumusannya, murid dapat bersedia dengan corak Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) seperti
ini bagi merentas era norma baharu malah penggunaan aplikasi kuiz juga berjaya meningkatkan penglibatan
murid secara konsisten malah peningkatan kemahiran bahasa yang berbentuk pengujian sumatif melalui
pengumpulan data dan skor murid dapat diperolehi secara kuantitatif.

Kata kunci: kuiz, PAK-21, pembelajaran mobile.

29

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN KBAT MENGGUNAKAN KAEDAH BOX

NURUL HAMIMI BINTI AWANG JAPILAN
SMK Pekan Telipok, Tuaran, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Soalan berbentuk KBAT merupakan soalan yang menyumbang markah yang tinggi dalam kertas Pendidikan
Islam iaitu sebanyak 4 markah bagi satu soalan, namun saya mendapati kebanyakan murid tidak menjawab
soalan berbentuk KBAT dengan baik kerana kurangnya kemahiran untuk mengembangkan pendapat dan hujah.
Ini menyebabkan murid kehilangan markah yang banyak dalam bahagian ini. Justeru, kajian ini dijalankan
bertujuan untuk menambahbaik amalan guru dalam membimbing murid untuk menjawab soalan berbentuk KBAT
menggunakan kaedah Box. Kaedah Box merupakan kaedah menulis jawapan di dalam kotak yang mengandungi
kata kunci untuk memandu jawapan murid agar memenuhi kriteria seperti isi, huraian, huraian lengkap dan
kesimpulan. Kajian ini menggunakan model kajian tindakan yang merangkumi empat fasa yang utama iaitu
merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Data telah dikumpul secara kualitatif termasuklah pemerhatian
tidak berstruktur, rakaman foto dan dokumen-dokumen kerja murid. Data telah dianalisis secara naratif yang
menjelaskan bagaimana saya membangunkan intervensi kaedah Box dalam usaha membimbing murid menjawab
soalan berbentuk KBAT dalam Pendidikan Islam. Antara pembelajaran utama yang diperolehi oleh saya hasil
daripada kajian ini termasuklah proses membimbing murid mengembangkan hujah dan pendapat untuk
memenuhi kriteria yang diperlukan dalam menjawab soalan KBAT perlu dilakukan secara konsisten dan
berterusan terutamanya apabila sesuatu kaedah baru diperkenalkan kepada murid seperti kaedah Box. Selain
itu, saya menyedari bahawa untuk membimbing murid semasa PdPR adalah memerlukan kepada usaha dan
kerjasama yang tinggi antara guru dan murid. Bimbingan perlulah menggunakan pelbagai medium untuk
meraikan kemampuan capaian internet semua murid semasa PdPR.

Kata kunci: inovasi Pendidikan Islam, KBAT, PdPR.

21st CENTURY INDEPENDENT LEARNERS: BRIDGING THE GAP DURING A GLOBAL
PANDEMIC - IMPROVING PUPILS’ SENTENCE CONSTRUCTION SKILLS THROUGH MOBILE

GAMES

PETER MARLLONE PETRUS
SK Kuala Salong, Pensiangan, Sabah

[email protected]

ABSTRACT

Online-learning and Home-Based Learning have been the main approach of education during the Covid-19 global
pandemic. However, for many pupils in rural schools, such as in the district of Pensiangan Sabah, online-learning
may not be the most reliable form of education since the area lags behind in terms of internet service coverage.
Nevertheless, the need to have at least one smartphone per household, which turned the ownership of gadgets
from a luxury into a necessity, have made it possible for rural school teachers to device innovative teaching and
learning approaches especially in the subject of English, tackling the reading and writing skills without direct,
daily communication with the pupils. This research was conducted in a rural primary school in Pensiangan Sabah,
among pupils in the Year 3 classroom. The research explored the effective methods in encouraging independent
learning using 21st century technology at home while utilising offline mobile game as a tool for learning. The
skills focused during the research was the sentence constructions skill as recommended in the KSSR Content
Standard 4.3: Communicate with purpose in print and digital media. It will also discuss the extent of using the
game in enhancing the pupils’ sentence construction skills as well as the learning points that can be extracted for
the teacher in facing the ever-changing world of 21st century education.

Keywords: independent learning, mobile games, offline, sentence construction, rural school.

30

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

PENGGUNAAN KAD YouTEACH MENINGKATKAN KONSENTRASI GURU SEWAKTU
PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)
JAMILAH BINTI MORHAD
SK Sembirai, Kota Belud, Sabah
[email protected]
ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan konsentrasi guru sewaktu pelaksanaan PdPR dengan
penggunaan Kad YouTEACH. Reka Bentuk kajian ini adalah berasaskan kualitatif. Kumpulan sasaran kajian
adalah terdiri daripada guru Bahasa Arab Sekolah Kebangsaan Sembirai. Kad YouTEACH digunakan sebagai
sebuah platform yang menjadi panduan kepada guru-guru untuk melaksanakan PdPR secara berfokus di bawah
pemantauan pihak atasan. Kaedah pengumpulan maklumat yang digunakan adalah termasuk pemerhatian, temu
bual dan soal selidik. Dapatan kajian ini telah membuktikan bahawa penggunaan Kad YouTEACH meningkatkan
konsentrasi guru sewaktu pelaksanaan PdPR. Kad YouTEACH boleh diperluaskan penggunaannya dalam
kalangan murid kerana dapat mendatangkan banyak kesan positif.
Kata Kunci: konsentrasi guru, pelaksanaan PdPR, Bahasa Arab, pemantauan pihak atasan, panduan guru.

PEMERKASAAN PDPR MELALUI PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC): KE ARAH
MENGOPTIMUMKAN KONSENTRASI GURU-GURU SMK PEKAN KOTA BELUD, SABAH

MOHD ISKANDARZULKERNAIN BIN MOHD YAHYA, RUKIJAH BINTI BASAR, NOORHANIZAH
JANUIN, SHANISAH BENUA
SMK Pekan, Kota Belud, Sabah
[email protected]
ABSTRAK

Kajian ini melibatkan semua guru SMK Pekan, Kota Belud yang berhadapan dengan isu tidak fokus dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) seterusnya membuat pelaporan PdPR. Strategi
Professional Learning Community (PLC): Sesi Perkongsian Guru/Teacher Sharing Session telah digunakan
sebagai intervensi dalam kajian ini iaitu dengan mengadakan perkongsian masalah yang berkaitan dengan PdPR
dan punca guru-guru kurang membuat pelaporan PdPR. Kaedah untuk mengumpul data dalam kajian ini ialah
melalui pemerhatian, temu bual dan analisis data pelaporan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menyokong
data kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan jumlah pelaporan PdPR yang signifikan dalam
kalangan guru melalui PLC yang dilaksanakan dengan kerap yang menjadi penanda arasan peningkatan tahap
konsentrasi para guru.
Kata kunci: pelaporan PdPR, Professional Learning Community (PLC), fokus, sesi perkongsian guru, tahap
konsentrasi guru.

31

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

PERSEPSI PELAJAR DAN TAHAP KEBERKESANAN VS MATRIKS DALAM MENINGKATKAN
KEFAHAMAN SUBJEK SEJARAH TINGKATAN 2

NUR AISYAH BINTI NORDIN
SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah, Semporna, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar memahami subjek Sejarah melalui penghasilan nota yang lebih
berkesan iaitu VS Matriks serta mengenalpasti persepi pelajar terhadap tahap penggunaan VS Matriks dalam
subjek Sejarah. Kajian ini melibatkan 40 orang pelajar merangkumi pelbagai tahap daripada kelas 2 Ibnu Baitar
dan 2 Ibnu Khaldun. Seramai 20 orang pelajar daripada kelas Ibnu Baitar dijadikan kumpulan rawatan manakala
20 orang daripada kelas Ibnu Khaldun dijadikan kumpulan kawalan yang bertujuan untuk mengenalpasti kesan
penggunaan VS Matriks. Reka bentuk kajian kuantitatif telah dijalankan. Soal selidik diedarkan bertujuan untuk
mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan VS Matriks. Ujian pra dan pasca serta pengedaran borang
soal selidik telah digunakan untuk melihat hasil keseluruhan kajian. Dapatan kajian mendapati perbezaan
sebanyak 45% penggunaan VS Matriks dapat meningkatkan kefahaman pelajar yang terlibat dalam bab dua
subjek Sejarah Tingkatan Dua dan persepsi terhadap tahap keberkesanan VS Matriks dalam subjek Sejarah
adalah pada tahap yang tinggi. Kesimpulannya, VS Matriks berjaya menjadi salah satu teknik penulisan nota
yang berkesan dalam bab dua subjek Sejarah Tingkatan Dua.

Kata kunci: VS Matriks, kefahaman, penguasaan, keberkesanan, persepsi.

MENINGKATKAN MOTIVASI BELAJAR DALAM BAHASA KADAZANDUSUN DENGAN
MENGGUNAKAN TEKNIK ‘SCDT/DH’ DI MUSIM PANDEMIK COVID-19

ROSIE JOHNNY, JAMES GEOFFREY W. MOLIJOH
SK St Aloysius Limbanak, Penampang, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid-murid Tahun 2 Cemerlang yang tidak bermotivasi untuk
belajar dalam subjek Bahasa KadazanDusun. Kajian ini melibatkan 3 orang murid dan seorang guru. Tinjauan
dan pemerhatian awal telah dibuat ke atas keputusan ujian diagnostik, pentaksiran, semakan buku aktiviti, kerja
rumah dan lembaran kerja. Hasil pemerhatian, didapati murid-murid tersebut gagal membuat kerja dan didapati
buku aktiviti, kerja rumah dan lembaran kerja langsung tidak disiapkan. Permasalahan ini wujud apabila murid-
murid ini tidak membuat kerja yang telah diberikan oleh guru walaupun contoh telah diberi lebih awal. Selain
itu, murid-murid ini sering mengganggu kawan yang belajar dalam kelas dan mendatangkan masalah disiplin
serta mengganggu guru mengajar dengan lancar kerana gangguan menyelesaikan masalah murid ini untuk fokus
belajar. Penyelesaian kepada permasalahan ini, guru menggunakan teknik Fun Learning Approach ‘SCDT/DH’
iaitu “Siapa Cepat Dan Tepat Dapat Hadiah” bagi meningkatkan motivasi murid untuk belajar. Melalui aktiviti
ini guru memberi latihan dalam bentuk cabutan nombor roda impian. Murid memutar roda impian untuk memilih
nombor latihan. Murid menyiapkan latihan yang dipilih diiringi muzik yang sesuai. Tempoh masa murid
menyiapkan latihan akan diambil. Hadiah diberikan kepada murid yang memberi jawapan yang betul dan masa
yang singkat. Jawapan salah kena denda menari menyanyi lagu KadazanDusun sambil menari Sumazau. Dengan
menggunakan teknik ‘SCDT/DH’ didapati murid yang malas membuat latihan bermotivasi dan dapat menyiapkan
latihan yang diberi. Pengajaran dan pembelajaran yang berterusan dan berjadual menunjukkan peningkatan
prestasi murid, di samping memberi keyakinan diri dan menarik minat murid-murid. Kebolehan mereka lebih
berkeyakinan mempelajari Bahasa KadazanDusun. Daripada analisa kajian, didapati 2 daripada 3 murid yang
menyertai kajian ini telah berubah sikap dan sentiasa berusaha menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru.

Kata kunci: motivasi, Bahasa KadazanDusun, tinjauan, prestasi, berubah sikap.

32

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021
MENINGKATKAN MINAT BELAJAR DALAM KALANGAN MURID 5 AMANAH DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH NYANGAT

AMINAH BINTI JEKRI
SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa pandemik Covid-19 memberikan implikasi
yang besar dalam pembelajaran subjek Sains kelas 5 Amanah. Berdasarkan pemerhatian semasa PdPR topik
pencemaran air, murid kurang berminat menyertai sesi PdPR dan tidak menghantar tugasan yang diberi. Hasil
temu bual menerusi aplikasi WhatsApp, murid menyatakan bahawa topik pencemaran air kurang menarik kerana
perlu menghafal banyak fakta. Tambahan pula, strategi pengajaran yang digunakan adalah konvensional.
Implikasinya, hanya 6 orang murid yang mendapat minimum skor 4 semasa Ujian Bilangan 1. Hal ini
menunjukkan murid sukar menghafal fakta dan seterusnya menguasai topik pencemaran air. Justeru, kajian ini
dijalankan untuk meningkatkan minat belajar dalam kalangan murid 5 Amanah dengan menggunakan kaedah
Nyangat, iaitu satu kaedah menghafal fakta menggunakan aktiviti nyanyian secara berulang-ulang. Kajian ini
melibatkan seramai 38 orang murid kelas 5 Amanah, SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang, Sabah. Metodologi
yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian, refleksi, perancangan
dan tindakan. Dapatan kajian menunjukkan seramai 30 daripada 38 orang murid mendapat minima skor 4 dalam
Ujian Pentaksiran Sumatif dan lebih 50% murid dapat menghafal 10 fakta penting. Selain itu, peratus kehadiran
PdPR subjek Sains menunjukkan peningkatan sebanyak 39.5%. Kesimpulannya, pelaksanaan kaedah Nyangat
dapat meningkatkan minat belajar dalam kalangan murid 5 Amanah terhadap topik pencemaran air.

Kata kunci: pandemic Covid-19, kaedah Nyangat, Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR), pencemaran
air, teknik nyanyian.

PENGGUNAAN C-BOARD MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS OPERASI
TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 18 MURID PRASEKOLAH

BRIDGET BENEDICT, SAMARIAH BINTI HARUNA
SK Kota Kinabatangan, Kinabatangan, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 18 murid
prasekolah dengan menggunakan alat bantu mengajar C-Board yang melibatkan penggunaan kaedah bermain
sambil belajar. Kajian telah dilakukan selama empat minggu. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid
prasekolah yang berumur enam tahun di sebuah sekolah kebangsaan dalam daerah Kinabatangan. Keempat-
empat murid mempunyai masalah dalam kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 18. Tinjauan awal telah
dilaksanakan menggunakan ujian sebelum intervensi untuk melihat tahap penguasaan dan masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh murid. Berdasarkan ujian sebelum intervensi, keempat-empat murid mendapat markah
kurang daripada 50 peratus. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran operasi tambah
dalam lingkungan 18 bagi keempat-empat murid adalah lemah. Oleh itu, alat bantu mengajar C-Board telah
digunakan bagi menyelesaikan masalah penguasaan kemahiran operasi tambah murid. Kemudiannya, ujian
selepas intervensi menunjukkan peningkatan dalam skor peratus keempat-empat murid iaitu mendapat markah
90 peratus ke atas. Ini membuktikan bahawa penggunaan C-Board berkesan dalam meningkatkan kemahiran
operasi tambah keempat-empat murid. Analisis ralat dilakukan terhadap ujian sebelum dan selepas intervensi.
Cadangan kajian seterusnya ialah mengaplikasikan penggunaan C-Board dalam kemahiran operasi tolak.

Kata kunci: kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 18, C-Board, murid prasekolah.

33

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

KEMAHIRAN DAN PENGLIBATAN MURID TINGKATAN 5 DALAM PENYELESAIAN SUKATAN
SERAKAN SEMASA PDPR DENGAN TEKNIK JUMBATO2

ELBENJOE BIN WESMIN
SMK Pinggan-Pinggan, Pitas, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Sukatan Serakan merupakan tajuk baru yang ada dalam sukatan pelajaran KSSM Matematik menengah atas.
Dalam kelas saya, didapati bahawa terdapat murid yang mengalami masalah dalam topik sukatan Serakan
terutamanya semasa PdPR. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan inovasi
JUMBATO2 dalam meningkatkan kemahiran dan penglibatan murid menyelesaikan masalah melibatkan min,
varians dan sisihan piawai daripada pelbagai aras soalan sukatan Serakan. Metodologi yang digunakan dalam
kajian ini adalah kajian tindakan di dalam kelas PdPR yang melibatkan aktiviti pemerhatian, refleksi,
perancangan dan tindakan berasaskan model pembelajaran 5E. Pelantar maya iaitu Google Meet dan aplikasi
Jamboard digunakan dalam kajian ini. Hasil refleksi awal menunjukkan bahawa murid menghadapi masalah
terhadap rumus yang sukar untuk diingat, murid tidak boleh menyelesaikan soalan bukan rutin, dan mereka sukar
menyusun langkah kerja dalam penyelesaian soalan. Selain itu, penglibatan murid juga terhad dan kurang
interaksi dua hala antara guru dan murid. Selepas inovasi dilaksanakan, didapati bahawa terdapat pencapaian
murid yang ketara dalam menyelesaikan dan menguasai kemahiran menjawab pelbagai aras soalan sukatan
Serakan. Penggunaan inovasi JUMBATO2 berjaya membantu murid untuk mengingat dan menyusun langkah
kerja penyelesaian masalah dengan lebih baik, berstruktur dan sistematik. Murid juga merasa mudah dan seronok
kerana inovasi ini membantu mereka mengembangkan idea dan berfikir dengan lebih kreatif selaras dengan
model. Kesimpulannya, inovasi JUMBATO2 ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran murid tetapi
meningkatkan penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran selari dengan 4K1N iaitu teras utama
dalam Pembelajaran Abad ke-21. Oleh yang demikian, saya akan terus menggunakan teknik tersebut bagi
kumpulan murid yang akan datang.

Kata kunci: sukatan Serakan, Matematik, kemahiran, penglibatan, inovasi.

PROGRAM CABBKu MEMBUDAYAKAN AMALAN DAN MENAMBAHBAIK STRATEGI
PEMBELAJARAN KENDIRI MURID TINGKATAN 3 ASRAMA SMK TAMBUNAN SEMASA

PANDEMIK COVID 19

FIBERY PARANTIS
SMK Tambunan, Tambunan, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Program Cipta Alat Bantu Belajarku (CABBKu) merupakan intervensi khusus yang diperkenalkan untuk
membantu meningkatkan dan membudayakan strategi pembelajaran kendiri yang berkesan kepada murid
Tingkatan 3 Asrama SMK Tambunan. Berdasarkan pemerhatian data rekod kesalahan semasa sesi PREP murid
Tingkatan 3 SMK Tambunan, pengamalan strategi pembelajaran kendiri yang kurang berkesan menjadi punca
utama kepada tahap prestasi PREP yang kurang menyerlah. Bersandarkan kepada pembudayaan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di sekolah, intervensi CABBku mendedahkan murid dengan pengetahuan, kemahiran
menganalisis, kemahiran mencipta dan suntikan motivasi dalam menghadapi situasi dan cabaran pembelajaran
norma baharu disebabkan pandemik Covid-19. Ini disokong oleh Teori Pembelajaran Humanistik (Teori Carl
Rogers & Teori Abraham Maslow) iaitu melihat manusia sebagai makhluk yang istimewa, percaya manusia
bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat, dan nilai faktor pembelajaran, situasi pembelajaran hubungan
dan penerimaan rakan. Intervensi CABBku dilaksanakan di dewan terbuka sekolah selama 1 jam 45 minit bagi
setiap sesi (sesi pagi & sesi petang). Aktiviti intervensi CABBku seperti sesi Motivasi, Bengkel Jadual Waktuku,
Peta Minda Hebat, Refreshment Tanpa Sentuhan, Bengkel Cipta Alat Bantu Belajarku dan Pembentangan
dijalankan mengikut pematuhan penuh Standard Operating Procedure (SOP) dan dipantau dengan ketat oleh
guru yang terlibat. Fokus utama intervensi CABBku ialah membantu murid menganalisis dan seterusnya mencipta
bahan bantu belajar yang sesuai dengan diri mereka. Berdasarkan data graf rumusan kesalahan dan skor tahap
motivasi murid, intervensi ini telah membantu mereka menghasilkan alat bantu belajar sendiri (mengikut
keperluan diri sendiri) yang boleh diamalkan dan dipraktikkan di asrama atau di rumah (sangat sesuai diamalkan
semasa PdPR).

Kata kunci: strategi pembelajaran, asrama, covid-19, motivasi.

34

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

KESAN PELAKSANAAN PROGRAM ABAK DALAM PROSES PDPA DI SK LUBOK BEAUFORT
TAHUN 2020

JAMALUDIN BIN MIDIN @ MAIDIN
SK Lubok, Beaufort, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Aspek pembelajaran dan pengajaran turut terkesan akibat daripada pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun,
Covid-19 dilihat sebagai agen transformasi dan pemangkin kepada pelaksanaan pembelajaran dalam talian (e-
pembelajaran) secara komprehensif. Proses pembelajaran dan pengajaran di peringkat sekolah SK Lubok tetap
terus berjalan kerana pembelajaran bersemuka kini boleh digantikan dengan pembelajaran maya. Walau
bagaimanpun, disebabkan masalah capaian internet dan kekurangan gajet dalam kalangan murid mahupun ibu
bapa, proses pengajaran dan pembelajaran secara maya kurang berkesan dan menyebabkan berlakunya
keciciran dalam kalangan murid. Justeru, Program ABAK diperkenalkan dengan menggunakan modul dan
pemerkasaan PBL dalam proses PdPA. Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi, namun kajian ini
menumpukan kepada tahap penglibatan murid semasa proses PdPA dan tahap penguasaan murid dalam PBD.
Hasil kajian menunjukkan Program ABAK telah dapat meningkatkan tahap penglibatan murid semasa proses
PdPA dan tahap penguasaan murid dalam PBD. Hal ini dapat dibuktikan melalui dapatan triangulasi data
sebelum dan selepas pelaksanaan program.

Kata kunci: Anak Biskita Anak Katani (ABAK), pengajaran dan pembelajaran alternatif (PdPA), project-based
learning (PBL), program, peratus, tahap penguasaan (TP).

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID DALAM KEMAHIRAN PROSES SAINS: TAJUK
MENGAWAL PEMBOLEH UBAH MENGGUNAKAN TEKNIK DUO JaTaKi KEPADA 10 ORANG

MURID TAHUN 6 AMANAH SK RANAU KOTA MARUDU KETIKA PANDEMIK COVID 19

MAKRIN BIN HJ. SUDI
SK Ranau, Kota Marudu, Sabah

[email protected]

DR MOHD AZIZUAN ABDULLAH, SALIAH BINTI MASALIN, SITI YUSMINAH SRI BINTI
YUNUS, MAZRIN BINTI YUBING

Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu, Sabah
[email protected], [email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman murid dalam kemahiran proses Sains (mengawal pemboleh
ubah) dalam kalangan murid Tahun 6 di SK Ranau, Kota Marudu, Sabah. Seramai 10 orang pelajar menjadi
kumpulan sasaran semasa fasa pemerhatian yang berlangsung selama dua minggu dan melibatkan penggunaan
soalan latihan berdasarkan jadual dan carta palang. Hasil analisis semakan latihan murid, soal selidik dan temu
bual, didapati murid-murid lemah dalam mengenal pasti dan menulis jawapan pemboleh ubah dengan betul. Bagi
mengatasi masalah tersebut, pengkaji telah menyediakan DUO JaTaKi yang merupakan teknik mudah untuk
mengenal pasti pemboleh ubah bagi soalan yang menggunakan jadual dan carta palang sebagai rujukan. Fasa
intervensi dilaksanakan selama tiga minggu dan melibatkan sesi bimbingan cara menjawab soalan menggunakan
teknik DUO JaTaKi serta ujian pasca bimbingan. Hasil semakan ujian pasca bimbingan telah menunjukkan
perubahan dan telah dibuktikan dengan peningkatan markah semasa intervensi. Peningkatan tersebut juga telah
menyokong pencapaian dua objektif khusus kajian iaitu murid dapat mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi
(PM) dan pemboleh ubah bergerakbalas (PB) dengan menggunakan teknik DUO JaTaKi serta murid dapat
menjawab soalan kemahiran proses Sains tajuk mengawal pemboleh ubah dengan betul. Secara keseluruhannya,
kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kefahaman murid dalam kemahiran proses Sains (mengawal
pemboleh ubah).

Kata kunci: kemahiran proses Sains, mengawal pemboleh ubah, jadual, carta palang, DUO JaTaKi, pemboleh
ubah dimanipulasi, pemboleh ubah bergerakbalas.

35

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID PEMULIHAN KHAS SK BARU-BARU TUARAN
SEPANJANG TEMPOH PDPR MENGGUNAKAN MODUL LATIH TUBI BERSASAR MURID

(LTBM)

MAZNAH BINTI EKSI
SK Baru-Baru, Tuaran, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Tinjauan awal menunjukkan pencapaian murid Pemulihan Khas menurun sepanjang tempoh PdPR pada tahun
2020. Penggunaan modul yang tidak berfokus kepada kawasan kelemahan murid menyumbang kepada masalah
ini. Kajian tindakan ini bertujuan meningkatkan pencapaian murid Pemulihan Khas di SK Baru-Baru, Tuaran
menggunakan Modul LTBM. Modul ini merupakan modul Latih Tubi Bahasa Melayu dan Matematik Pemulihan
Khas yang dibina berpandukan Buku Panduan Bahasa Melayu dan Matematik Pemulihan Khas yang terkini.
Modul LTBM bagi Bahasa Melayu mempunyai 32 set latih tubi dan Matematik mempunyai 9 set latih tubi yang
berfokus kepada setiap kemahiran yang terdapat dalam Pemulihan Khas. Setiap set latih tubi Bahasa Melayu
mengandungi 25 muka surat latih tubi yang berbeza teknik dan aras soalan manakala setiap set latih tubi
Matematik mengandungi 50 muka surat latih tubi dengan teknik dan aras soalan yang berbeza. Kedua-dua set
Modul LTBM ini mematuhi Prinsip Taksonomi Bloom iaitu membina soalan dari aras mudah ke aras sukar. Setiap
murid diberikan set modul yang berbeza mengikut aras kemahiran pemulihan masing-masing. Guru akan
membimbing murid menggunakan set latih tubi yang berbeza mengikut kemahiran murid. Ujian pra dan ujian
pasca menunjukkan peningkatan dalam pencapaian murid Pemulihan Khas selepas menggunakan modul LTBM
dalam tempoh PdPR sehingga Ogos 2021. Sebagai kesimpulan, penggunaan Modul LTBM dalam kelas PdPR
Pemulihan Khas di SK Baru-Baru, Tuaran menunjukkan impak yang positif sehingga dapat meningkatkan
pencapaian murid-murid Pemulihan Khas bukan sahaja dalam aspek penguasaan kemahiran, malahan juga dari
aspek penyertaan murid dalam kelas.

Kata kunci: modul latih tubi bersasar, modul asas kemahiran, pemulihan Matematik, pemulihan Bahasa Melayu,
amalan PdPR, Pemulihan Khas.

RURAL GRAMMAR TRANSLATION APPROACH (RGTA) IN BLENDED LEARNING
ENVIRONMENT

MD. NAZRULSHAH BIN NAZIR AHMAD
SK Kg Enam, Pensiangan, Sabah
[email protected]

ABSTRACT

The pandemic has hit hard on everyone, so does learning. The objective of this research is to see to what degree
that combined blended learning techniques as in this research, RGTA and technology based medium can stimulate
the learning of English. RGTA requires the pupils to do works ranging from word to sentence level. They will
refer to the RGTA approach to form new vocabularies before applying them into simple sentence construction.
To enhance learning, the element of technology is inserted where the pupils have to refer and utilize the series of
videos and slides prepared for explanation and exercises. After few weeks, the pupils are able to form more words
and learn new vocabularies which are derived from the affix learnt in the RGTA. They are also able to differentiate
the use of tenses in writing since they have better understanding to them as how they are applied in the first
language. Other than that, they are able to improve their English skills especially the listening and speaking skills
from the videos. Overall, RGTA and technology based learning platform have been able to change the dimension
of learning. It also changes the mood of the pupils since they can understand better because they can refer to the
videos uploaded any time before answering the RGTA module. Given that learning is conducted mostly online, by
having the technology platform such as Youtube and Google Meet, they certainly do the job for teachers to get
closer towards the students.

Keywords: RGTA, tenses, teaching technique, affix, technology.

36

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

ACTION RESEARCH ON THE IMPACT OF DIARY WRITING ON THE STUDENTS’ NARRATIVE
WRITING PERFORMANCE

MOHAMAD QAYYUM BIN MOHAMAD ROZLAN
SMKA Tun Said, Kota Belud, Sabah
[email protected]

ABSTRACT

This study attempts to identify the impact of diary writing on the students’ narrative writing performance. The
study was conducted on Form Five students in a secondary school in Kota Belud, Sabah. A total of 24 students
were given a pre-test to find out their ability in narrative writing and a post-test to find out the result after they
were given the task to write daily diary writing. The task was carried out for 4 weeks. The pre-test and post-test
given were similar to the new KSSM essay format where the students need to write a descriptive narrative essay
based on the questions given. Besides that, I interviewed the students to obtain feedback on their diary writing
practices and also the components employed in their writing. From the results obtained, the students showed
significant improvement in the length of their narrative writing and also showed better content in their writing.
The students also showed significant improvement in the average mark obtained during pre-test and post-test.
The average mark obtained during the pre-test was 38% while for the post-test was 67%. During the interviews,
all of the interviewees gave positive feedback and explained that writing a diary has given them insight into the
process of writing a narrative essay. The students also emphasized on the 3 components they employed in their
writing: identification of positive and negative experience, action plans for future improvement and behavioural
change. This study offers insight to the teachers on how diary writing impacts the students’ narrative writing in
terms of their behavior and also performance.

Keywords: diary, narrative, writing, students, performance.

‘ALERT STICK M-20’ BAGI MENGATASI KECUAIAN LAKARAN MEDIA ALIH BENTUK
KOMUNIKASI (ABK) PENGAJIAN AM SEMESTER 2

MOHD FAIZAL BIN ABDUL GHANI
SMK Abaka, Tawau, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

ALERT STICK M-20 dibangunkan bagi mengatasi kecuaian berulang persembahan lakaran media soalan Alih
Bentuk Komunikasi (ABK) mata pelajaran Pengajian Am Semester 2. Kajian ini melibatkan 11 orang pelajar
kelas 6 Atas Ekonomi yang mempunyai pencapaian baik dalam asas penyelesaian masalah. Intervensi ini
mengaplikasikan penggunaan batang aiskrim dan kotak terbuang berukuran 38cm x 36cm yang dijadikan sebagai
tapak penilaian lakaran. Batang aiskrim dilabelkan dengan urutan nombor mengikut keperluan item yang
terdapat dalam 12 jenis lakaran media yang perlu dikuasai oleh pelajar. Pelajar akan menggunakan rujukan
kepada item yang terkandung dalam setiap lakaran pada bahagian bawah ruangan intervensi. Apabila proses
lakaran bagi setiap media telah dilengkapkan, pelajar akan meletakkan lakaran tersebut pada ruangan penilaian
media. Batang aiskrim akan diletakkan pada setiap bahagian item yang dirujuk bagi mengesan setiap
kelompangan item yang gagal dilabel dengan lengkap. Proses akan berulang sehingga kecuaian lakaran dapat
diminimunkan oleh pelajar. Intervensi ini telah memberi kesan yang baik kepada pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar apabila 98% masalah kecuaian lakaran telah berjaya diselesaikan. Hasil dapatan
menunjukkan min ujian pra ialah 12.5 meningkat secara konsisten dalam ujian pasca iaitu 19.8. Intervensi ini
mampu disebar luas kerana bahan yang digunakan mesra alam, mudah dikendalikan dan menjimatkan kos.
Penambahbaikan pada masa akan datang, tapak penilaian media ini akan dibina secara fleksibel dan akan
dijadikan kit pembelajaran bagi memudahkan guru dan pelajar mengakses di mana-mana sahaja.

Kata kunci: Alert Stick M-20, kecuaiam lakaran, alih bentuk komunikasi (ABK), Pengajian Am, penilaian.

37

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM PENGELASAN ALIF LAM SYAMSIAH DAN
ALIF LAM QAMARIAH

NORAFNI BINTI SATUMIN
SK Beringis, Papar, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Topik Alif Lam Syamsiah dan Alif Lam Qamariah merupakan antara tajuk penting di dalam subjek Bahasa Arab
Tahun 4 di mana ianya diajar di setiap bab pembelajaran Bahasa Arab Tahun 4. Dalam kelas 4 Proaktif, saya
dapati bahawa terdapat 6 orang murid yang mengalami masalah dalam mengelaskan perkataan Alif Lam
Syamsiah dan Alif Lam Qamariah pada ruangan yang betul. Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti
keberkesanan penggunaan intervensi pembelajaran interaktif - Alif Lam Syamsiah dan Alif Lam Qamariah di
dalam meningkatkan penguasaan murid, penglibatan murid dan cara pengajaran guru. Kaedah yang digunakan
di dalan kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian, refleksi, perancangan dan tindakan.
Hasil refleksi menunjukkan bahawa murid tidak menguasai topik tersebut kerana kurang mahir, mudah lupa,
keliru, tidak mengulang kaji dan kurang penglibatan ketika kelas bersemuka dan PdPR. Selepas intervensi
dijalankan, murid sudah boleh menguasai topik, lebih fokus dan aktif ketika PdPR dan di dalam masa yang sama
telah berjaya meningkatkan kreativiti guru di dalam penyampaian pengajaran Bahasa Arab di dalam situasi
norma baharu ini. Berdasarkan dapatan ini, terbukti bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang interaktif
mampu mengukuhkan pengetahuan murid, meningkatkan motivasi, minat dan fokus murid serta mewujudkan
suasana Pembelajaran Abad ke-21. Justeru itu, saya akan cuba mengaplikasikan metodologi tersebut bagi topik
yang lain di kelas yang berbeza.

Kata kunci: Alif Lam Syamsiah dan Alif Lam Qamariah, Bahasa Arab, pembelajaran interaktif, PAK-21.

PENGGUNAAN AKRONIM ‘SAya PUn RAjin’ UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN
MENENTUKAN NILAI TEMPAT DALAM KALANGAN MURID

RONALD JAMES
SK Kg Baru Jumpa, Tenom, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan penguasaan menentukan nilai tempat dengan
menggunakan Akronim ‘SAya PUn RAjin’. Kumpulan sasaran kajian ini melibatkan seramai 10 (4 orang lelaki
dan 6 orang perempuan) orang murid Tahun 2 Tekun di SK Kampung Baru Jumpa, Tenom, Sabah. Instrumen
yang digunakan adalah melalui pemerhatian (hasil kerja murid di buku latihan) di dalam kelas dan ujian (ujian
pra dan ujian pos). Data dianalisis dengan membuat perbandingan purata tahap penguasaan keseluruhan
sebelum dan selepas penggunaan Akronim ‘SAya PUn RAjin’. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan purata
markah tahap penguasaan membundar nombor iaitu dari 31% ke 87%. Implikasi kajian ini ialah guru boleh
menggunakan Akronim ‘SAya PUn RAjin’ bagi membantu meningkatkan penguasaan murid Tahun 2 Tekun SK
Baru Jumpa, Tenom, Sabah terhadap kemahiran membundar nombor.

Kata kunci: nilai tempat, akronim ‘SAya PUn RAjin’, penguasaan, bundar nombor.

38

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

AKTIVITI LUKISANKU IMAGINASIKU SEBAGAI KAEDAH MENINGKATKAN PENGUASAAN
BAHASA KLASIK DALAM PROSA TRADISIONAL HIKAYAT PELANDUK JENAKA DALAM
KALANGAN PELAJAR 6 BAWAH TEKUN

RUHANA @ VENEL NATASHA NASIR
SMK Beluran, Beluran, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa klasik pelajar bagi prosa tradisional menerusi
kaedah grafik yang digunakan sebagai aktiviti dalam kelas. Sampel kajian melibatkan seramai 15 orang pelajar
di dalam kelas 6 Bawah Tekun. Tinjauan awal telah dibuat melalui Ujian 1 yang diberikan menunjukkan pelajar
gagal menjawab soalan disebabkan tidak memahami bahasa klasik yang terdapat pada prosa tradisional. Kajian
tindakan ini berfokus kepada meningkatkan penguasaan bahasa klasik pelajar bagi teks prosa tradisional.
Justeru, pelajar telah diterapkan dengan pendekatan pembelajaran secara grafik sebagai usaha meningkatkan
penguasaan bahasa klasik. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Melalui kaedah
grafik ini pelajar dapat menggabungjalinkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomoto mereka menerusi
penghasilan lukisan grafik dan memindahkan bahasa klasik kepada bahasa yang mudah difahami oleh pelajar.
Tuntasnya, hasil dapatan telah menunjukkan bahawa tahap penguasaan bahasa klasik pelajar telah meningkat
dan sekaligus mencapai objektif kajian yang disasarkan.

Kata kunci: prosa tradisional, bahasa klasik, pembelajaran secara grafik.

MENINGKATKAN PENGLIBATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)
MELALUI MODUL PENYATA KEWANGAN PEMULIHAN ASAS (PKPA) MURID 5 BESTARI
PRINSIP PERAKAUNAN

SITI DAHLIAH BINTI PATTA
SMK Sandakan Dua, Sandakan, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penglibatan Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR) murid menggunakan modul Penyata Kewangan Pemulihan Asas (PKPA). Sasaran kajian tindakan
ini adalah semua murid Tingkatan Lima yang mengambil subjek Prinsip Perakaunan di SMK Sandakan Dua,
Sandakan, Sabah iaitu seramai lapan orang murid. Fokus kajian ini adalah meningkatkan penglibatan murid dari
segi penyiapan tugasan serta meningkatkan pengetahuan murid dalam asas penyediaan penyata kewangan dalam
subjek Prinsip Perakaunan. Tinjauan awal mendapati tahap penguasaan asas penyediaan penyata kewangan
murid sepanjang PdPR adalah berada pada tahap yang sangat lemah. Murid dilihat tiada motivasi belajar,
mempunyai kekangan internet dan tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan penyediaan penyata kewangan
seterusnya kehadiran dan penyiapan tugasan yang diberikan sepanjang PdPR semakin merosot. Oleh itu, sebuah
modul Penyata Kewangan Pemulihan Asas (PKPA) telah dibina sebagai alat intervensi kajian ini. Metodologi
kajian menggunakan instrumen ujian pra, ujian pos dan borang soal selidik. Analisis data kuantitatif hanya
melibatkan analisis deskriptif yang melibatkan peratusan dan min. Dapatan ujian pos menunjukkan 75%
daripada bilangan murid telah terlibat dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Manakala min soal selidik asas
pengetahuan menunjukkan peningkatan yang signifikan kepada 6. Manakala min soal selidik keberkesanan modul
juga menunjukkan perbezaan yang signifikan iaitu 6.8. Oleh itu, modul PKPA memberi kesan positif terhadap
penglibatan PdPR dan pengetahuan asas perakaunan murid. Saya mencadangkan agar penggunaan modul PKPA
diteruskan dengan memantapkan lagi kandungan dan prosedur pelaksanaannya.

Kata kunci: modul Penyata Kewangan Pemulihan Asas (PKPA), Prinsip Perakaunan, penyata kewangan,
motivasi.

39

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID DALAM TOPIK MATEMATIK DENGAN
MENGGUNAKAN HYPERNOTES SEBAGAI NOTA BERKESAN DALAM MATA PELAJARAN

MATEMATIK

DAYANG SALBIAH BINTI ABD RAHMAN
SMK Lok Yuk Likas, Kota Kinabalu, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk memgenalpasti keberkesanan hypernotes dalam mata pelajaran Matematik. Kajian
ini dijalankan atas kesedaran diri bahawa tugas sebagai guru yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai
masalah dan cabaran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mahupun secara
dalam talian. Setelah hampir 4 bulan murid mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), kini
murid kembali ke sekolah untuk pembelajaran bersemuka pada 5 April 2021. Melalui ujian pra yang telah
dijalankan, guru mendapati pengetahuan asas murid bagi topik-topik yang diajar semasa PdPR adalah sangat
lemah. Murid tidak mampu menjawab soalan yang beraras rendah dan sederhana walaupun telah diberi peluang
merujuk buku nota semasa ujian diagnostik (ujian pra) dijalankan. Kajian ini menggunakan alat hypernotes
sebagai nota berkesan dan rujukan pantas bagi murid-murid yang telah ketinggalan topik-topik terdahulu. Kajian
yang melibatkan 20 orang murid yang berusia 14 tahun ini telah menggunakan tiga alat pengukuran iaitu ujian
pra, ujian pos dan borang maklum balas. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam purata markah yang
diperolehi oleh murid-murid setelah menggunakan hypernotes sebagai bahan rujukan.

kata kunci: Matematik, Hypernotes, nota berkesan.

PEMBANGUNAN APLIKASI ‘MYBACA’ DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU UNTUK
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)

DHORA BINTI DABAL
SK Tg Batu Keramat, Tawau, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran asas membaca
terutamanya dalam mengatasi masalah murid berkeperluan khas yang mengalami kesukaran mengeja dan
menggabungkan bunyi suku kata menjadi sebuah perkataan bermakna. Seramai 10 orang murid dari Tahun 4
Dinamik yang mempunyai tahap pencapaian sederhana dan lemah telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal
masalah dilakukan bermula dengan pemeriksaan kerja bertulis murid, analisis kertas ujian intervensi, temu bual
dan diikuti dengan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak dapat mengeja dan membunyikan suku
kata menjadi sebuah perkataan bermakna. Ini adalah kerana murid tidak dapat mengingati bunyi huruf dan suku
kata dan bingung apabila dua huruf digabungkan. Perancangan tindakan difokuskan kepada membantu murid
mengeja dengan menggabungkan huruf vokal dan huruf konsonan menggunakan kaedah fonik. 24 sesi pengajaran
dan pembelajaran (25-30 minit) telah dijalankan selama 12 minggu dan murid didedahkan penggunaan aplikasi
mobil pembelajaran iaitu ‘MyBaca’: Bahasa Melayu sebagai alat bantu digital yang mengandungi nota interaktif
dan kuiz. Keputusan dalam ujian pos telah menunjukkan peningkatan kemahiran membaca kepada murid.
Dapatan temu bual, pemerhatian dan ujian pos menunjukkan murid berasa seronok menggunakan aplikasi m-
pembelajaran ‘MyBaca’:Bahasa Melayu kerana ianya merupakan satu aplikasi yang mempunyai elemen
gamifikasi yang boleh digunakan sebagai aktiviti sokongan di dalam kelas.

Kata kunci: aplikasi mudah alih, m-pembelajaran, nota interaktif, gamifikasi, kuiz.

40

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

KAEDAH EFEKTIF DALAM MENINGKATKAN PENGURUSAN MLT MENGGUNAKAN
STRATEGI ePADBOOK DI DUA BUAH SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR DI DAERAH

TAWAU

JANNET DELA CRUZ NORSHAKILA
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Tawau, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

ePADBOOK adalah gabungan perkataan Padlet dan Book Club yang dilaksanakan secara maya. Ianya satu
strategi mudah yang berupaya menyelesaikan tiga isu secara efektif khususnya dalam membantu pemimpin
pertengahan (MLT). Ianya boleh membantu menyelesaikan pengurusan panitia dalam SKPMg2 Standard 3 dan
pembacaan buku dalam SPLKPM sekaligus melalui pelaksanaan Program Komuniti Pembelajaran Profesional
(PLC) yang menggunakan alat kolaboratif Kelab Buku (Book Club). Dengan strategi ePADBOOK juga,
pemimpin pertengahan (MLT) dapat menjalankan program panitia secara berkesan dan berimpak walaupun
dalam situasi pandemik Covid-19 yang membataskan perjumpaan secara bersemuka. Strategi ePADBOOK juga
diilhamkan sebagai satu alternatif terbaik dalam mengatasi masalah dalam SPLKPM. Terdapat guru dan
anggota kumpulan pelaksana (AKP) menghadapi isu kurang bilangan mata kredit dalam menghadiri latihan dan
tambahan mata kredit dalam MyPPB bagi guru. Akibatnya AKP tersebut perlu melaksanakan pembacaan buku
bagi menggantikan latihan 6 jam tersebut. Namun, kekangan masa dan kesibukan dalam menjalani tugas harian,
menyebabkan guru-guru dan AKP ini sukar mencari ruang untuk membaca buku ilmiah. Dengan adanya Strategi
ePADBOOK masalah pembacaan buku dapat diatasi dengan lebih mudah menerusi penggunaan padlet. Apabila
dunia dilanda pandemik Covid-19 banyak pergerakan dan program-program di sekolah yang biasanya dilakukan
secara bersemuka gagal dilaksanakan. ePADBOOK bertindak sebagai strategi serampang pelbagai mata di
mana PLC, SKPMg2 Standard 3 (Pengurusan Mata Pelajaran) dan SPLKPM dapat dijalankan dengan lebih
mudah dengan hanya melalui satu perkongsian hasil pembacaan individu. Selain itu, ianya lebih selamat dan
memberi keselesaan sepenuhnya kepada MLT, guru mahupun AKP yang terlibat kerana ianya boleh dilakukan di
mana-mana dan pada masa yang diinginkan oleh mereka. Ianya juga sangat menjimatkan masa, ruang dan kos.

Kata kunci: SKPMg2 (3.1.2.2), SPLKPM, mudah, MLT, berimpak Kelab Buku, PLC.

PERCEPTIONS, CHALLENGES AND READINESS OF ONLINE TEACHING AND LEARNING
AMONG PRIMARY SCHOOL TEACHERS IN SABAH

ERIC SPENCER BENIDICT
SK Sasandukon, Pensiangan, Sabah

[email protected]

ABSTRACT

Covid-19, a global pandemic, has profoundly affected education, especially in Malaysia, since schools are still
closed up until now. Numerous advantages or even shortcomings have been identified in the transfer of teaching
and learning from a school-based context to a virtual one via online education from home. The purpose of this
qualitative research is to examine the perceptions, challenges and readiness towards the transfer of online
teaching and learning from the eyes of an educator, specifically those in primary school. In-depth interviews have
been utilised among a purposive sampling of three teachers from different districts in Sabah, namely Keningau,
Kudat and Pensiangan, in order to answer the trifold research question. From the thematic analysis done, it is
found that there are four subthemes underlies in the perception key research questions, the same for the second
key research question; challenges and lastly, three subthemes emerged in answering the question of teacher’s
readiness. To validate the reliability of the thematic analysis, Cohen’s kappa was used as an inter-rater reliability
tool, and it is found that the value of κ in this study is in the margin of 0.74, which constitutes substantial reliability.
In conclusion, even though there are significant advantages to online teaching and learning, the analysis has also
found that it places an increased strain on educators. Online learning is not just a translation of curricula, and
decent online learning cannot be achieved by tailoring current, face-to-face courses.

Keywords: online teaching and learning, perceptions, challenges, readiness, primary school teachers.

41

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

MENGUKUR TAHAP PEMIKIRAN SAINS KEUSAHAWANAN: APLIKASI MODEL
PENGUKURAN RASCH DALAM PEMBANGUNAN INSTRUMEN UPSK

JAMILAH BINTI AHMAD
SK Bahagia, Tawau, Sabah
[email protected]

PROF. MADYA DR. SIEW NYET MOI
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Terdapat limitasi dalam kajian tindakan tentang pembangunan instrumen ujian yang mengukur tahap pemikiran
sains keusahawanan murid sekolah rendah. Dalam kajian ini, instrumen Ujian Pemikiran Sains Keusahawanan
(UPSK) telah dibina untuk mengukur pemikiran sains keusahawanan dalam Pendidikan STEM sekolah rendah.
UPSK adalah rangkuman soalan terbuka yang terdiri daripada sepuluh item dengan lima pecahan konstruk iaitu
pemerhatian, idea baharu, inovasi, kreativiti dan nilai. Kajian ini bertujuan menentukan kualiti instrumen UPSK
melalui analisis kesahan dan kebolehpercayaan menggunakan Model Pengukuran Rasch. Sampel terdiri
daripada 166 orang murid yang berusia 10 hingga 11 tahun dari sekolah-sekolah bandar di daerah Tawau,
Sabah. Kesahan kandungan telah dilakukan dengan menggunakan khidmat lima orang pakar penilai. Kesahan
konstruk instrumen pula dilakukan melalui analisis kesesuaian responden, kesesuaian item, polariti item dan
keekadimensian dalam Model Pengukuran Rasch. Hasil analisis kesahan mendapati semua item boleh diterima,
berada dalam julat positif yang mengukur dimensi yang sama, mempunyai keekadimensian yang kuat dan
mempunyai kesahan konstruk yang tinggi. Kebolehpercayaan Cronbach Alpha (KR-20) menunjukkan nilai yang
sangat tinggi iaitu .91. Selain itu, UPSK mempunyai kebolehpercayaan item yang cemerlang dan nilai pemisahan
item yang baik masing-masing dengan nilai .98 dan 7.97. Kesimpulannya, UPSK mempunyai kesahan yang baik
dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam mengukur pemikiran sains keusahawanan dalam kalangan murid Tahun
Lima di sekolah rendah di Sabah.

Kata kunci: pemikiran sains keusahawanan, pendidikan STEM, Model Pengukuran Rasch, kesahan dan
kebolehpercayaan, murid sekolah rendah.

INITIATING THE AGILE WORKFORCE FOR A MORE INNOVATIVE AND
TRANSFORMATIONAL ORGANISATION

KHAZIYATI BINTI OSMAN, DR. BRIDGET LIM SUK HAN
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah
[email protected], [email protected]

ABSTRACT

We live in turbulent, unpredictable times and whether it is negative or positive, constant disruption is the new
status-quo. We live in a digitally driven world, where data and ideas move across the globe, at the speed of light
and the touch of a button. Hence, to undertake such challenges effectively, agility is the thing. Agility depicts the
ability to innovate, drive transformation change, and be flexible, while maintaining a strong focus on strategy
and outcome. The main purpose of this paper is to delineate the capabilities that can be used as the basis in
establishing workforce agility in our organisation. This study starts as a small-scale qualitative case study
adopting 3 major data collection methods namely peripheral observation, casual interview and document
analysis. The nature of the data collection processes is semi-structured in nature which allow some flexibility and
openness in the types of data to be collected (context-driven) but as the same time systematically guided by the
four different organisational settings namely physical, human, interactional and programme settings. This study
involves the whole population of the organisation which makes up of 26 academic and 09 support staff. Based on
the preliminary data analysis conducted which involves the decontextualization process for the data to be sorted
according to relevant themes, 6 major capabilities are implicated namely skills, knowledge, accreditation,
physiology, environment and mindset. The aspect that takes up the role in driving innovation and transformational
changes as required by an agile workforce is mindset. It is hoped that with the right mindset well supported by
the relevant capabilities, our organisation will be able to establish the Agile Workforce Planning Approach and
integrate the agile thinking process to all aspects of strategy management process in our organisation.

Keywords: agile workforce, agility, mindset, context-driven, agile workforce planning approach.

42

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021
SUSAHKAH UNTUK BERSENAM? PENGLIBATAN PELAJAR TINGKATAN ENAM DALAM
AKTIVITI FIZIKAL DAN SENAMAN. SATU KAJIAN KES

MOHD NORDIN KHADIS
Pusat Tingkatan Enam SMK Limbanak, Penampang, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Pandemik global Covid-19 yang berlaku pada tahun 2020 di seluruh dunia telah mengubah corak aktiviti dan
tingkah laku manusia, begitu juga dengan tahap penglibatan individu dalam aktiviti fizikal dan senaman bagi
meneruskan kelangsungan amalan gaya hidup sihat. Tinjauan dalam kajian lepas, terdapat penurunan yang
serius penglibatan remaja dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman, walaupun remaja mengetahui kesan
jangka masa panjang tidak melakukan aktiviti fizikal dan senaman ke atas kesihatan dan kecergasan mereka.
Namun sikap remaja yang masih bersekolah menjadi faktor utama yang mempengaruhi penglibatan remaja
dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman secara aktif. Kekurangan informasi berkaitan dengan sikap pelajar
Tingkatan Enam dan penglibatan pelajar Tingkatan Enam dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman
mendorong pengkaji menjalankan kajian ini. Tujuan utama kajian adalah menjelaskan perkaitan sikap pelajar
dan halangan pelajar untuk melibatkan diri dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman. Penyelidikan ini
menggunakan kaedah kajian penyelidikan kualitatif dalam bentuk kajian kes. Seramai empat orang peserta kajian
telah dipilih secara bertujuan, yang terdiri dari kalangan pelajar Tingkatan Enam yang mempunyai indeks jisim
badan (BMI)> 30, berumur 18 hingga 19 tahun. Data kajian diperoleh menggunakan temu bual separa
berstruktur. Data kajian telah dikodkan mengikut tema dengan menggunakan perisian analisis data kualitatif
Atlas.ti versi 8. Kajian mendapati, peserta kajian mempunyai keinginan yang tinggi untuk melakukan aktiviti
fizikal dan senaman untuk menurunkan berat badan. Hasil kajian juga turut mendapati, sikap pelajar untuk
melakukan aktiviti fizikal dan senaman adalah berkait rapat dengan halangan kepada penglibatan pelajar dalam
aktiviti fizikal dan senaman secara aktif. Oleh itu pengkaji menyarankan bahawa perlu ada satu kajian secara
mendalam khusus untuk menjelaskan perkaitan sikap dan halangan dalam melakukan aktiviti fizikal dan senaman
dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam dan senaman bagi mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan
pelajar tingkatan enam.

Kata kunci: obesiti, aktiviti fizikal, senaman, halangan, pelajar Tingkatan Enam, indeks jisim badan, kualitatif.

IS OUR KSSR WRITING MODULE OF INTERNATIONAL STANDARD?

DR. HENRY NICHOLAS LEE
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

[email protected]

ABSTRACT

In this paper, I explained how the teaching and learning of writing for children at the ages of 5-9 differed
culturally between selected schools in Malaysia and England. The main purpose of this comparative study was to
answer Malaysia's call to internationalize language learning practices and to scrutinize this very idea of
'benchmarking’ policy. In this paper, I explain three significant findings which are the production of texts, the
writing process and the writing activities in writing lessons used to support children's writing development at an
early stage.

Keywords: early writers, comparative education, KSSR, writing development.

43

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

KEBERKESANAN MODUL ‘STRIKE TP6’ DALAM MENINGKATKAN PENTAKSIRAN BILIK
DARJAH MURID-MURID TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH

1LILY CHIN MUI KEN, 2DORA LOI SIEW CHOO, 3MESSILINA LANOG
1,2,3SK St Francis Convent, Kota Kinabalu, Sabah

[email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRAK

‘Strike TP6’ merupakan satu modul pengajaran dan pembelajaran yang direka khusus untuk meningkatkan tahap
penguasaan (TP) murid Tahap 2 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Hal ini bertepatan dengan situasi
pendemik Covid-19, dimana pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menyukarkan para
guru merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid menguasai tahap penguasaan minima. Dengan itu,
Modul ‘Strike TP6’ telah dibangunkan berdasarkan model Kefahaman Melalui Rekabentuk (KmR) dan
Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) dimana murid berfokus pada penerokaan idea utama yang melibatkan
konsep interdisiplin daripada mata pelajaran yang berlainan. Objektif utama kajian ini adalah untuk
meningkatkan TP murid dalam PBD selain menerapkan pembelajaran bermakna melalui elemen 6C. Tinjauan
awal adalah melalui pemerhatian, data PBD dan temu bual murid. Dapatan tinjauan awal menunjukkan ramai
murid tidak mencapai TP 5 dan 6 dalam PBD, selain itu, murid juga kurang berminat menyiapkan projek yang
diberikan oleh guru. Sample kajian melibatkan 69 orang murid Tahap 2 dan tempoh pelaksanaan adalah selama
2 minggu mengikut jadual PdPR. Instrumen yang digunakan adalah PBD pra/pasca, pemerhatian dan maklum
balas murid. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan modul ‘Strike TP6’ dapat meningatkan TP murid dalam
PBD. Selain itu, murid juga lebih berminat menyiapkan projek yang diberikan. Modul ‘Strike TP6’ memberi
impak positif kepada murid melalui penerapan pembelajaran yang mendalam dan bermakna. Diharap modul ini
dapat memberi sumbangan kepada dunia pendidikan sebagai salah satu modul rujukan PBD bagi sekolah rendah.

Kata kunci: modul ‘Strike TP6’, pentaksiran bilik darjah, tahap penguasaan, kefahaman melalui rekabentuk,
pembelajaran berasaskan projek.

KAEDAH ‘POINT’ UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR TINGKATAN LIMA
DALAM TOPIK FUNGSI TRIGONOMETRI MATEMATIK TAMBAHAN SEMASA PANDEMIK

DR. MA CHI NAN
SM St Michael, Penampang, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Pelajar Tingkatan Lima di sekolah penyelidik sentiasa tidak dapat menguasai graf fungsi trigonometri. Oleh itu,
kajian ini dijalankan untuk mengkaji pencapaian pelajar dalam ujian pencapaian graf fungsi trigonometri
Matematik Tambahan dengan penggunaan kaedah ‘Point’ semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan kaedah penyelidikan kuasi eksperimental. Populasi
kajian ini ialah semua pelajar menengah atas sebuah sekolah menengah kerajaan di daerah Penampang, yang
mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan pada tahun 2020 dan tahun 2021, iaitu seramai 146 orang
pelajar. Penyelidik memilih semua pelajar daripada 5 Amanah dan 5 Bestari tahun 2021 yang berjumlah 52
orang pelajar sebagai kumpulan eksperimen yang diajarkan dengan penggunaan ‘Point’, dan semua pelajar
daripada 5 Amanah dan 5 Bestari tahun 2020 yang berjumlah 46 orang pelajar sebagai kumpulan kawalan kajian
ini yang diajarkan dengan kaedah pengajaran tradisional sahaja, dengan menggunakan pensampelan purposif.
Penyelidik menggunakan ujian yang terdiri daripada satu soalan graf fungsi trigonometri dengan jumlah tujuh
markah yang memerlukan 18 minit. Kertas ujian tersebut ditadbirkan ke atas kedua-dua sampel kajian itu.
Analisis data kajian ini melibatkan analisis deskriptif dan analisis inferensi (Ujian Mann-Whitney U). Nilai
signifikan 0.03 dari ujian Mann-Whitney U menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor purata yang signifikan
secara statistik bagi pencapaian ujian antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan. Oleh itu,
disimpulkan bahawa penggunaan ‘Point’ dalam proses PdP adalah berkesan untuk membantu meningkatkan
pencapaian pelajar dalam graf fungsi trigonometri Matematik Tambahan.

Kata kunci: kaedah ‘Point’, fungsi trigonometri, Matematik Tambahan, kuasi eksperimental, ujian Mann-Whitney
U.

44

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN SEJARAH YANG DIMINATI PELAJAR DAN
JUSTIFIKASINYA DALAM KALANGAN PELAJAR PPISMP

DR. SAPIHI BIN HJ DULAMIT
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

[email protected]

NADARAJAN MARIMUTHU
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PgPc) merupakan satu elemen penting dalam merangsang minat dan
motivasi dan seterusnya mempengaruhi pencapaian pelajar dalam sesuatu kursus akademik, khasnya dalam
bidang opsyen Sejarah. Pada umumnya golongan pelajar menganggap bahawa mata pelajaran Sejarah amat
membosankan sejak dari alam persekolahan dahulu lagi. Justeru, objektif kajian ini ialah mengenalpasti kaedah
PgPc yang diminati oleh para pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) khususnya pelajar opsyen Sejarah dan
sebab-sebab yang mendorong pelajar berkenaan meminati kaedah-kaedah tersebut. Kajian kes ini menggunakan
reka bentuk kualitatif yang menggabungkan dua kaedah yang utama iaitu temu bual dan perbincangan kumpulan
berfokus. Persampelan bertujuan digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada dua puluh empat
orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Sejarah pada peringkat Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu. Dapatan kajian ini dapat dilihat
dari tema utama kajian yang wujud iaitu kaedah PgPc yang diminati pelajar serta justifikasi kepada pemilihan
kaedah tersebut dalam kalangan pelajar. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan wujud
kepelbagaian kaedah diminati pelajar iaitu kaedah pembentangan, sesi soal jawab, gallery walk, projek dan
perbahasan. Pemupukan pelbagai kemahiran baru, peningkatan motivasi dan minat dan seterusnya
meningkatkan pencapaian pelajar merupakan justifikasi utama terhadap pemilihan kaedah-kaedah ini. Oleh yang
demikian, para pensyarah akademik bidang ini berperanan penting untuk memilih dan melaksanakan kaedah-
kaedah PgPc yang bersesuaian dengan kehendak kumpulan pelajar ini bagi memastikan hasil pembelajaran
kursus akademik Sejarah dapat dicapai.

Kata kunci: kaedah Pengajaran dan Pemudahcaraan (PgPc), opsyen Sejarah, Program Persediaan PPISMP,
justifikasi, pelajar IPG.

PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU
TINGKATAN EMPAT: SATU KAJIAN KES

NORLIDA BT HJ ABDULLAH
SM Sains Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Dalam dunia pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran perlulah diatur sistematik, khasnya dalam
pemilihan kaedah pengajaran. Keberkesanan isi pengajaran tidak mampu untuk mencapai objektifnya jika
perancangan yang rapi tidak dilakukan oleh guru. Pembelajaran yang berkesan membawa maksud suatu usaha
yang teratur, bersistem dan mencapai tahap optimum yang telah menyatukan dan memberikan manfaat kepada
setiap pelajar. Setiap guru termasuk guru novis menggalas tanggungjawab yang besar perlu sentiasa membaiki
mutu pengajarannya agar lebih memberi kesan kepada pelajar sepanjang proses pengajaran. Amalan-amalan
pengajaran yang difikirkan bermutu dan berkesan hendaklah digunakan dalam proses pengajaran oleh setiap
guru. Hal ini menjelaskan bahawa seorang pendidik haruslah memiliki aspek pengetahuan tentang isi kandungan
mata pelajaran yang diajar dengan sebaiknya. Pengetahuan isi kandungan merujuk kepada bidang pengetahuan
guru tentang isi kandungan sesuatu mata pelajaran dan pengetahuan pedagogi pula adalah berkaitan dengan
pengetahuan mengenai strategi pengajaran yang khusus. Justeru, kertas kerja ini cuba menjelaskan secara
konsep kajian yang bakal dijalankan mengenai pengetahuan pedagogi isi kandungan guru Bahasa Melayu
Tingkatan Empat di sebuah sekolah. Tumpuan diberikan kepada kefahaman, cara membuat transformasi dalam
rancangan pengajaran dan amalan pengajaran berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Bahasa Melayu Tingkatan 4 semakan semula.

Kata kunci: pengetahuan isi kandungan, pedagogi.

45


Click to View FlipBook Version