The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

buku untuk rujukan peserta dalam pembentangan Kolokium Pendidikan JPN Sabah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masniah2011, 2021-11-01 08:23:55

BUKU PROGRAM KolPenSa2021

buku untuk rujukan peserta dalam pembentangan Kolokium Pendidikan JPN Sabah

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

KESAN PENGGUNAAN MODUL SaWaPu SEBAGAI SCAFFOLDING DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN NOMBOR DAN BILANGAN DALAM BAHASA ARAB

NURFAZHILLAH BINTI HJ SABIT
SK Kimanis, Papar, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) Modul SaWaPu sebagai
scaffolding bagi meningkatkan pencapaian murid. Kajian ini telah dijalankan di SK Kimanis, Papar. Reka bentuk
kajian kuasi eksperimen ini telah dilaksanakan terhadap 54 orang sampel murid Tahun 4. Seramai 26 orang
murid telah dipilih mewakili kumpulan rawatan manakala 28 orang murid lagi mewakili kumpulan kawalan.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dalam kumpulan rawatan telah diberikan rawatan
menggunakan BBM Modul SaWaPu sebagai scaffolding manakala murid dalam kumpulan kawalan menggunakan
BBM konvensional iaitu kad imbasan. Data telah dikumpulkan melalui pra ujian dan pasca ujian serta dianalisis
dengan menggunakan Ujian T dua kumpulan sampel bersandar dan Ujian T dua kumpulan sampel tidak
bersandar. Ujian T dua kumpulan bersandar telah digunakan untuk membandingkan pencapaian kumpulan
rawatan bagi pra ujian dan pasca ujian dengan min markah pra ujian ialah 37 peratus sementara min markah
pasca ujian pula ialah 95 peratus. Peningkatan ini adalah signifikan dengan nilai p < 0.000. Ujian T dua
kumpulan tidak bersandar telah digunakan untuk membandingkan pencapaian pasca ujian bagi kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan iaitu min kumpulan rawatan ialah 95 peratus dan min kumpulan kawalan ialah
50 peratus. Perbezaan ini adalah signifikan dengan nilai p < 0.000. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
penggunaan BBM Modul SaWaPu sebagai scaffolding dalam proses pembelajaran telah menyumbang kepada
peningkatan pada pencapaian murid dalam topik Nombor dan Bilangan bagi mata pelajaran Bahasa Arab.

Kata kunci: Bahasa Arab, Nombor dan Bilangan, scaffolding, BBM, modul SaWaPu.

PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN MENGGUNAKAN ‘KAD MINDA’ DALAM
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF DALAM KALANGAN MURID
PRASEKOLAH

SABTUAMING BIN SULE
SK Brantian, Tawau, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Belajar sambil bermain merupakan satu pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dalam pengajaran.
Pendekatan ini merupakan satu kaedah bagi menarik minat murid untuk mengikuti sesi pembelajaran. Pemilihan
pendekatan atau strategi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting kepada guru bagi memastikan
kemahiran yang diajar dapat dikuasai sepenuhnya oleh murid. Justeru, kajian ini telah menggunakan pendekatan
ini dengan menggunakan permainan kad minda bagi meningkatkan kemahiran mengenal huruf dalam kalangan
murid prasekolah. Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kuantitatif di mana seramai 5 orang responden
telah dipilih dalam kalangan murid prasekolah di SK Brantian, Tawau. Responden dipilih menggunakan
persampelan tidak rawak. Bagi mendapatkan data, kajian ini telah menggunakan ujian pra dan ujian pos sebagai
kaedah pengumpulan data di mana ujian pra diberikan sebelum intervensi manakala ujian pos diberikan setelah
intervensi dijalankan. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif iaitu melalui peratusan di mana peratus
penguasaan murid dikira berdasarkan tiga kriteria yang berbeza. Dapatan kajian menunjukkan melalui
pendekatan belajar sambil bermain menggunakan kaedah permainan kad minda sebagai intervensi menunjukkan
perubahan yang ketara dalam penguasaan kemahiran mengenal huruf dalam kalangan murid prasekolah.

Kata kunci: belajar sambil bermain, meningkatkan, kad minda, kemahiran mengenal huruf, prasekolah.

46

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

TUJUAN PENGGUNAAN DAN KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN ENAM SEMESTER DUA DI DAERAH PENAMPANG SEMASA PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN DI ANTARA MEI HINGGA SEPTEMBER 2021

SUZANAH BINTI JUMAT
Pusat Tingkatan Enam SMK Limbanak, Penampang, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengenal pasti tujuan dan kepentingan media sosial dalam kalangan pelajar Tingkatan
Enam di sebuah sekolah dalam daerah Penampang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di antara Mei
hingga September 2021. Reka bentuk kajian ini berbentuk kuantitatif iaitu melalui tinjauan menggunakan borang
soal selidik yang diedarkan di atas talian untuk mengumpul data. Kajian ini melibatkan 109 responden di sebuah
sekolah yang mempunyai pusat Tingkatan Enam di daerah Penampang. Data maklumat yang diperolehi dianalisis
menggunakan kaedah min dan peratusan. Rangkaian media sosial merupakan satu kaedah yang digunakan untuk
menyatukan satu komuniti di atas talian dan seterusnya berkongsi manfaat melalui minat, perkongsian idea,
gambar dan sebagainya. Persoalannya adakah perkongsian di atas mendatangkan manfaat untuk tujuan
pendidikan seorang pelajar? Terdapat 10 jenis media sosial yang dikenal pasti dan popular penggunaannya.
Majoriti responden di kedua-dua buah sekolah kerap menggunakan media sosial jenis WhatsApp sebagai media
sosial utama (63%) diikuti Google Meet dan Youtube untuk mengekses sumber pelajaran. Terdapat beberapa
cabaran yang dihadapi oleh pelajar semasa PKP yang perlu diambil perhatian dalam memastikan proses
melaksanakan pembelajaran tetap dapat diteruskan. Walau bagaimanapun, mereka secara umumnya mempunyai
peranan dan tanggungjawab yang sama iaitu sebagai seorang pelajar yang perlu memberikan tumpuan kepada
pelajaran agar mencapai keputusan yang cemerlang.

Kata kunci: media sosial, pelajar Tingkatan Enam.

ADDIE: PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK STEM DALAM
MENINGKATKAN LITERASI TENAGA MURID SEKOLAH RENDAH

YUSMAIL BIN JUSUP
SK Tg Batu Keramat, Tawau, Sabah

[email protected]

PROF. MADYA DR. SABARIAH BT SHARIF
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAK

Pembangunan modul berasaskan projek STEM bertujuan untuk mengatasi masalah murid sekolah rendah dalam
meningkatkan literasi tenaga yang mencakupi pencapaian, sikap dan tingkah laku murid melalui topik Tenaga
dan Elektrik. Modul ini menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan projek dengan strategi pengajaran dan
pembelajaran STEM iaitu model Proses Reka Bentuk Kejuruteraan yang mengandungi langkah-langkah
pembelajaran dengan aktiviti yang spesifik untuk membimbing murid melaksanakan projek STEM. Modul ini
dibangunkan berasaskan model pembangunan ADDIE yang melibatkan lima fasa iaitu analisis keperluan,
rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Temu bual melibatkan tiga orang guru dan empat orang
murid dilaksanakan dalam fasa analisis keperluan. Fasa reka bentuk melibatkan penentuan objektif berpandukan
kurikulum DSKP, strategi pengajaran guru dan aktiviti pembelajaran murid yang berpandukan teori dan model
yang berkaitan. Fasa pembangunan melibatkan penjelmaan modul melalui pembinaan RPH, aktiviti murid,
pemilihan media dan bahan, dan melibatkan penilaian kualiti oleh pakar. Seramai sembilan orang pakar telah
dilantik bagi proses kesahan kandungan modul ini. Fasa pelaksanaan melibatkan kajian rintis modul yang
dilaksanakan terhadap 35 orang murid. Akhir sekali fasa penilaian untuk menilai kebolehpercayaan dan
penambahbaikan modul selepas pelaksanaan dilakukan. Dapatan menunjukkan modul sesuai untuk digunakan
kepada murid dengan nilai kebolehpercayaan 0.85. Kesimpulannya, penggunaan modul pembelajaran
berasaskan projek STEM sesuai digunakan bagi tujuan kajian keberkesanan dalam meningkatkan literasi tenaga
murid sekolah rendah.

Kata kunci: pembangunan modul, model ADDIE, pembelajaran berasaskan projek, STEM, literasi tenaga.

47

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

KAJIAN KESEDIAAN PERANTI MURID UNTUK MENGIKUTI PDPR DI SK TANJUNG BATU
KERAMAT, TAWAU

RAHMAT BIN ARIFFIN @ MOHD.ARIFFIN
SK Tg Batu Keramat, Tawau, Sabah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian kesediaan peranti murid untuk mengikuti PdPR di SK Tanjung Batu Keramat bertujuan untuk melihat
kesediaan murid-murid dari aspek peranti untuk PdPR. Pada 18 Mac 2020, kerajaan telah mengisytiharkan
Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Negara. Kementerian Pendidikan Malaysia akhirnya tampil dengan
kaedah pembelajaran baharu dalam norma baharu iaitu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah atau PdPR.
Oleh kerana ini adalah perkara baharu, guru membuat tafsiran awal PdPR hanya boleh dilakukan oleh guru dan
murid dengan sokongan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet dan telefon pintar. Melalui laporan data
analisis PdPR pada bulan Mac dan berakhir pada bulan Mei didapati murid menghadapi masalah dalam soal
keterlibatan mereka. Antara masalah yang timbul ialah masih ada murid yang tidak dapat hadir PdPR, ada yang
hadir tetapi tidak dapat mengikuti masa yang telah ditetapkan. Reka bentuk kajian tinjauan ini melibatkan
seramai 481 orang responden yang terdiri daripada ibu bapa murid SK Tanjung Batu Keramat. Instrumen kajian
adalah berbentuk soal selidik melalui Google Form yang dihantar secara dalam talian ke emel pengkaji sesuai
dengan keadaan semasa PKP yang tidak membenarkan sebarang perjumpaan dengan ibu bapa. Dapatan kajian
mendapati bahawa kaedah PdPR secara dalam talian atau luar talian tidak boleh dijadikan sebagai satu kaedah
utama pembelajaran di sekolah ini tetapi pihak sekolah didorong untuk mempelbagaikan pedagogi pembelajaran
PdPR seperti penggunaan TV Pendidikan, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran menggunakan
modul.

Kata kunci : kesediaan, peranti, dalam talian, luar talian, PdPR.

MENEROKA KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DI SEKOLAH PULAU NEGERI
SABAH

DEXTER SILAM
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah

[email protected]

PROF. DR. VINCENT PANG, DR. DENIS LAJIUM
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAK

Menjelang abad ke-21, konsep asas kepimpinan instruksional tidak banyak berubah tetapi keperluannya masih
relevan dan menjadi satu keperluan utama bagi kepimpinan pengetua ke arah pencapaian kecemerlangan
kurikulum di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan instruksional dan
pelaksanaannya oleh pengetua sekolah pulau di negeri Sabah. Kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan
kajian kes ini melibatkan pengetua, penolong kanan kurikulum dan guru mata pelajaran sekolah sebagai peserta
kajian. Data-data kajian yang dikumpul melalui kaedah temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian diproses
dan dianalisis dengan menggunakan perisian ATLAS. ti 8. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan
kepimpinan instruksional dari aspek mendefinisi misi sekolah, mengurus program instruksional dan membentuk
iklim sekolah yang positif sangat penting bagi memastikan kecemerlangan sekolah dapat dicapai. Pengetua
sekolah pulau ini harus mengamalkan kepimpinan instruksional dalam kepimpinannya bukan sekadar untuk
mencapai kecemerlangan kurikulum tetapi sebagai platform untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai
pemimpin perubahan di sekolah dalam memacu sekolah ke arah sekolah yang berkesan mengikut perubahan
semasa. Kesimpulannya, amalan kepimpinan instruksional pengetua sekolah berkenaan sangat penting dalam
memastikan kecemerlangan kurikulum dan keberkesanan PdP guru dapat dicapai secara terancang dan
sistematik serta mampu mengikuti arus perubahan semasa dalam konteks pendidikan global.

Kata kunci: kepimpinan instruksional, pengetua, sekolah pulau.

48

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA CEMERLANG JUSA C KE ARAH MEMPERKASA
PENDIDIKAN BERKUALITI ABAD KE-21

DR. SAINAH LIMBASAN
Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Mendepani cabaran transformasi sistem pendidikan abad ke-21 dalam merealisasikan pendidikan berkualiti dan
kemenjadian murid memerlukan kepimpinan pemimpin sekolah yang autentik dan dinamik. Sejajar dengan hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memfokuskan kualiti pendidikan secara berterusan dan
melahirkan generasi muda yang unggul, pengetua sebagai pemimpin instruksional di sekolah memainkan
peranan penting untuk menyediakan ruang dan peluang terbaik dalam mencapai aspirasi negara. Kajian ini
dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kepimpinan instruksional pengetua cemerlang dalam memacu
kecemerlangan dan menambah baik proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Pengetua Cemerlang Jusa
C merupakan informan utama yang ditemu bual untuk memperoleh data. Data temu bual ditranskripsi dan
analisis kandungan dilakukan dengan menggunakan perisian Atlas.ti versi 7.12.5. Dapatan kajian menunjukkan
kepimpinan instruksional Pengetua Cemerlang Jusa C adalah bersandarkan kepada tiga domain dalam kerangka
kepimpinan instruksional Hallinger dan Murphy, (1985) iaitu mendefinisikan misi sekolah, mengurus program
instruksional dan membentuk iklim sekolah yang positif untuk menerajui organisasi cemerlang. Kepimpinan
instruksional yang diamalkan pemimpin sekolah berupaya memberi nilai tambah kepada transformasi pendidikan
masa kini dan memantapkan lagi kecemerlangan prestasi sekolah selaras dengan naratif baharu amalan
pendidikan.

Kata kunci: kepimpinan instruksional, misi, program, iklim positif, pendidikan berkualiti.

KUALITI DIRI GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
KADAZANDUSUN DI ABAD KE-21

ROSIE JOHNNY
SK St Aloysius Limbanak, Penampang, Sabah

[email protected]

JAMES GEOFFREY W. MOLIJOH
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan ini merupakan satu kajian kes kualitatif mengenai kualiti diri guru dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa KadazanDusun di Abad ke 21. Tujuan utama kajian adalah meneroka apakah kualiti diri
Guru Bahasa KadazanDusun (GBKD) di abad ke-21 dalam usaha mereka membentuk sahsiah pelajar.
Bagaimanakah kualiti tersebut diperolehi? Bagaimanakah pula diaplikasi dalam kelas dan dalam kehidupan
mereka? Model Kualiti Guru Al-Ghazali (1404H), Sidek (2004), Dunkin dan Biddle (1974) dan Shulman (1986)
menjadi teori utama dalam sorotan literatur. Sampel dipilih secara purposif atau bertujuan melibatkan empat
orang GBKD, berdasarkan cadangan daripada Unit Pengurusan Bahasa KadazanDusun (KPM), JPN Sabah,
Jemaah Nazir Sekolah Sabah dan Pejabat Pendidikan Daerah Penampang. Triangulasi kaedah pengutipan data
dilaksanakan dengan menggabungkan temu bual separa berstruktur, pemerhatian di kelas dan analisis dokumen.
Triangulasi sumber data juga dilakukan melibatkan GBKD, rakan sekerja, pelajar Tingkatan 1 dan wakil JPN.
Usaha ini adalah bagi mengukuhkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Data-data dari temu bual,
pemerhatian dan dokumen dianalisis menggunakan elemen-elemen Grounded Theory (Strauss & Corbin, 1998)
terutamanya kod membuka, kod berpaksi dan kod memilih. Analisis ini menghasilkan tema dan kategori yang
dilaporkan secara deskriptif dan interpretif. Dapatan kajian mendapati terdapat tiga kategori kualiti GBKD
dalam PdP di abad ke-21 yang utama iaitu, pengetahuan, personaliti dan kemahiran. Sumber kualiti pula berkisar
sekitar keluarga, kesungguhan semasa di IPT dan penglibatan aktif dalam aktiviti-aktiviti rasmi dan
kemasyarakatan setelah bergelar guru. GBKD mengaplikasi kualiti PdP mereka di sekolah di samping tidak
mengabaikan hal-hal kekeluargaan dan kemasyarakatan. Pada peringkat akhir, kajian merumuskan kualiti diri
GBKD dalam PdP berkait rapat dengan tiga tema iaitu falsafah, psikologi dan sosiologi. Dapatan kajian ini
diharap dapat dihayati oleh semua guru terutamanya GBKD bagi meningkatkan kualiti diri dalam PdP dalam
usaha membentuk sahsiah pelajar secara berkesan.

Kata kunci: kualiti diri guru, pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan, personaliti, kemahiran.

49

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021
PENGARUH BUDAYA SEKOLAH, SIKAP GURU DAN GAYA ASUHAN IBU BAPA TERHADAP
SAHSIAH MURID SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DI SABAH

DR. JAPRAN BIN HJ. KUSIN
SMKA Tun Said, Kota Belud, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Masalah sahsiah yang berlaku dalam kalangan murid sekolah pada hari ini sangat membimbangkan kerana ia
telah melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk
mengetahui komponen sahsiah murid, budaya sekolah, sikap guru dan gaya asuhan ibu bapa murid di SMKA,
seterusnya untuk mengetahui hubungan dan pengaruh budaya sekolah, sikap guru dan gaya asuhan ibu bapa
terhadap sahsiah murid. Kajian tinjauan ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang
dianalisis secara kuantitatif. Analisis data menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik inferens seperti
min, sisihan piawai, korelasi Pearson dan regresi berganda (stepwise) bagi menguji hipotesis-hipotesis kajian.
Sampel kajian adalah murid-murid Tingkatan Empat berjumlah 275 orang yang dipilih secara rawak bebas. Hasil
kajian mendapati kesemua komponen budaya sekolah dan sikap guru diamalkan di SMKA dengan min melebihi
3.90. Bagi amalan gaya asuhan ibu bapa, hanya gaya autoritatif menunjukkan min 3.91. Manakala bagi sahsiah
pula, lebih tertumpu kepada mutadayyin, jati diri, penampilan diri dan berbudi bahasa dengan nilai min melebihi
3.70. Hasil analisis korelasi Pearson mendapati hubungan yang signifikan antara budaya sekolah (r=0.28,
p<.05) dan sikap guru (r=0.27, p<.05) dengan sahsiah murid. Analisis regresi berganda mendapati hanya
budaya sekolah dan sikap guru sahaja yang mempengaruhi secara signifikan terhadap sahsiah murid. Kajian ini
merupakan antara kajian terawal yang pernah dijalankan di sekolah kawalan seperti SMKA. Oleh itu, kajian ini
boleh dijadikan sebagai landasan untuk kajian selanjutnya di sekolah kawalan yang lain mengikut kelompok,
kategori atau jenis sekolah.

Kata kunci: statistik inferensi, korelasi Pearson, pemboleh ubah.

KEBERKESANAN PENGURUSAN ASRAMA DAN KEMENJADIAN MURID SEKOLAH
MENENGAH LUAR BANDAR: KAJIAN KES DI DAERAH RANAU

MAJUS MUNSING1; SANDY KARIKI2; LOSIUS GOLIONG, PHD3; MARCELUS JOHNNY, EDD4
1, 2, 3, 4 Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Ranau, Sabah

[email protected]; [email protected]; [email protected]; [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan pengurusan asrama dan kemenjadian murid dalam
konteks pencapaian akademik dan kokurikulum sekolah menengah luar bandar di daerah Ranau. Sampel kajian
melibatkan dua sekolah menengah iaitu SMK Bundu Tuhan dan SMK Timbua, Ranau. Kajian kuantitatif
berbentuk deskriptif dan kualitatif dijalankan bagi mengenal pasti keberkesanan pengurusan asrama terhadap
kemenjadian murid. Data-data akademik dan kokurikulum diperoleh dengan menggunakan instrumen borang
maklumat, tinjauan dan semakan dokumen. Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif dan
kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan pengurusan asrama yang berkesan memberi impak kepada kemenjadian
murid dalam konteks kecemerlangan akademik dan kokurikulum dalam kalangan murid tinggal di asrama sekolah
menengah harian luar bandar.

Kata kunci: pengurusan asrama, kemenjadian murid, luar bandar.

50

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

CABARAN PELAKSANAAN PBD SEMASA PDPR: SUATU KAJIAN KES

DR. ROSNAH @ NINING BINTI SIDEK¹, BUSTAM BIN DAMAN², MOHD SAIFUL BAHRI BIN
BUSTAM³

¹Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran, ²Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota
Kinabalu, ³SMK Desa Kencana, Lahad Datu, Sabah

[email protected], [email protected], [email protected]

ABSTRAK

Rentetan kepada pengumuman KPM terhadap pemansuhan UPSR dan PT3, sebagai alternatifnya, Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) diperkasakan di peringkat sekolah. Ini disebabkan sistem pendidikan negara kita yang
berteraskan peperiksaan telah mendorong pelajar-pelajar belajar dan menghafal untuk lulus peperiksaan
semata-mata. Pengetahuan yang diterima dengan cara ini tidak akan kekal. Ini bermakna kejayaan dalam
peperiksaan tidak memberi gambaran sebenar tentang kejayaan penguasaan sesuatu kurikulum. Pentaksiran
dibuat untuk menilai tahap pencapaian murid terhadap sesuatu konsep pengajaran yang dipelajari bagi
membantu guru menilai kaedah pengajaran yang telah dilaksanakan. Seterusnya, mengesan kelemahan kaedah
pengajaran yang memerlukan penambahbaikan. Justeru, kajian ini adalah untuk mengenal pasti isu dan cabaran
yang dihadapi oleh guru tentang pelaksanaan PBD di sekolah. Kertas kajian ini mengetengahkan isu dan cabaran
permasalahan guru dalam pentaksiran semasa melaksanakan PBD. Kajian ini membincangkan isu-isu beberapa
permasalahan guru sepanjang melaksanakan PBD. Dalam kajian ini, responden terdiri daripada guru-guru
interim yang sedang mengikuti program PDPP Ambilan Jun 21 di IPGK Kent. Reka bentuk kajian adalah secara
mod bercampur kuantitatif dan kualitatif, data dikutip dalam talian melalui penulisan laporan refleksi tentang
pelaksanaan PBD di sekolah masing-masing. Dapatan kajian mengesan, isu dan cabaran utama yang dihadapi
oleh guru bagi melaksanakan PBD dalam norma baharu semasa pandemik Covid-19 adalah dari sudut tahap
kesediaan guru tersebut. Kebanyakan guru menghadapi kecelaruan, ketidakyakinan dan stres semasa
melaksanakan PdPR dan PBD. Kajian ini mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan kualiti dalam
pelaksanaan PBD.

Kata kunci: PBD, PBS, pandemik, norma baharu, PdPR.

PERANAN DAN PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PDPR: SATU KAJIAN TERHADAP
PRESTASI BAHASA MELAYU TAHUN 6 DI KOTA BELUD

SINON BINTI LONGGUYU
SK Labuan, Kota Belud, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Fokus kajian ini untuk melihat pencapaian prestasi Bahasa Melayu Tahun 6 di dua buah sekolah iaitu SK Sarang
dan SK Labuan di Kota Belud sebelum dan semasa pandemik. SK Sarang mewakili sekolah kurang murid (SKM)
dan terletak 40km daripada pekan dan pejabat pendidikan daerah. Manakala SK Labuan pula mewakili sekolah
Gred A yang terletak kira-kira 5km daripada pekan dan pejabat pendidikan daerah. Prestasi SK Sarang pada
tahun 2018 dan 2019 dalam Bahasa Melayu 100% bagi kedua-dua kertas. Pada tahun 2020, melalui Peperiksaan
Alternatif kerana Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dibatalkan, hasil ujian prestasi Bahasa Melayu
Pemahaman (BMK) 85% dan Bahasa Melayu Penulisan (BMP) 75%. Manakala SK Labuan pada tahun 2018,
prestasi Bahasa Melayu bagi BMK (86%) dan BMP (77%). Pada tahun 2019, BMK dan BMP kedua-dua kertas
mencapai 100% dan melalui peperiksaan alternatif pada tahun 2020 masih mengekalkan 100% bagi kedua-dua
kertas. Hasil kajian mendapati SK Sarang (SKM) tidak dapat mengekalkan prestasi manakala SK Labuan kekal
dengan prestasi 100%. Metodologi pendekatan kualitatif dan kuantatif. Pengumpulan data menggunakan ujian
pra, ujian pos, data UPSR dan temu ramah dengan ibu bapa pelajar. Data skor diperolehi melalui guru Bahasa
Melayu kedua-dua sekolah. Kajian mendapati 25% murid di SK Sarang yang tidak lulus terdiri daripada pelajar
yang berprestasi rendah dan mempunyai pelbagai faktor kekangan. Manakala SK Labuan, lokasi sekolah dan
latar belakang keluarga murid merupakan satu kelebihan dan kekuatan. Kurangnya penglibatan ibu bapa dalam
PdPR merupakan faktor utama yang mempengaruhi perbezaan pencapaian prestasi. Data dianalisis secara
manual menggunakan jadual, graf dan peratus.

Kata kunci: prestasi Bahasa Melayu, peranan ibu bapa, PdPR, latar belakang murid.

51

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

KORELASI STANDARD 1 SKPMg2 DENGAN PENCAPAIAN PEPERIKSAAN AWAM
SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH DI NEGERI SABAH 2019: DARI PERSPEKTIF

SIPARTNERS+

DR. ZAKARIA OTHMAN, SABIN SINUSUN, ABDUL HADI WONG ABDULLAH
Pegawai Cemerlang SIPartners+
[email protected]

ABSTRAK

Dalam satu kajian korelasi, Khuzaimah et al. (2019) merumuskan bahawa keberkesanan hubungan SKPMg2
dengan kemenjadian murid masih kurang dikaji oleh penyelidik. Atas keperluan untuk melihat secara khusus,
kertas ini memperihalkan satu kajian yang direka bentuk untuk mengkaji korelasi antara Standard 1
Kepemimpinan SKPMg2 dengan Standard 5: Kemenjadian Murid. Aspek kemenjadian murid yang dikaji ialah
Pencapian Kurikulum iaitu peratus MTM UPSR 2019 sekolah rendah dan peratus GPS SPM 2019 sekolah
menengah. Objektif kajian adalah menentukan nilai pekali korelasi (r) antara Standard 1 dengan peratus MTM
UPSR 2019 sekolah rendah dan dengan peratus GPS SPM 2019 sekolah menengah. Data kajian dikumpul
berdasarkan skor standard 1 SKPMg2 2019, peratus UPSR 2019 dan GPS SPM 2019. Populasi yang terlibat
dalam kajian ini adalah semua sekolah rendah (N=1067) dan menengah (N=211) di negeri Sabah. Data
dianalisis dengan menggunakan SPSS 22.0. Ujian statistik korelasi Pearson digunakan untuk menjawab soalan
kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat korelasi positif yang lemah [r(1067)=0.102, p<0.05] antara
Standard 1 SKPMg2 dengan peratus MTM UPSR 2019 sekolah rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan wujud
hubungan korelasi yang lemah antara Standard 1 dengan peratus GPS SPM 2019 sekolah menengah
[r(211)=0.121, p<0.05]. Kajian ini memberi gambaran bahawa peranan pengetua dan guru besar sebagai
peneraju, pembimbing dan pendorong perlu diperkasa dan ditambah baik untuk lebih mempengaruhi dalam
meningkatkan kualiti peperiksaan awam UPSR dan SPM.

Kata kunci: korelasi, SKPMg2, Standard 1 Kepemimpinan, UPSR, SPM.

KAJIAN KECICIRAN MURID DI DAERAH TAWAU, SANDAKAN DAN SEMPORNA BAGI
TRANSISI TAHUN 6 KE TINGKATAN 1

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

ABSTRAK

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 meletakkan akses 100 peratus kesamarataan peluang
pendidikan kepada setiap kanak-kanak di Malaysia menjelang tahun 2020. Namun isu keciciran murid masih
berlaku sehingga kini. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca dan bilangan keciciran murid
transisi Tahun 6 ke Tingkatan 1 tahun 2020 di tiga daerah di negeri Sabah iaitu Tawau, Sandakan dan Semporna.
Kajian ini mendapati bahawa terdapat isu dalam pilihan sebab cicir dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid
(APDM), iaitu aplikasi tunggal yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merekodkan
kehadiran dan keciciran murid. Selepas pembersihan data melalui kaedah verifikasi, kajian ini mendapati
bahawa peratus murid cicir di tiga daerah hanya 15.8 peratus atau 93 orang berbanding data APDM (KPM, 30
Julai 2020) berjumlah 589 orang. Verifikasi juga mendapati bahawa punca keciciran utama adalah murid tidak
mempunyai dokumen pengenalan diri kerana isu taraf kewarganegaraan dan ekonomi keluarga yang rendah.
Keadaan ini memaksa murid berhenti sekolah. Intervensi awal untuk mengelak keciciran oleh sekolah didapati
pada tahap mengenal pasti faktor ketidakhadiran ke sekolah dan bukannya kaedah penyelesaian. Kajian ini
mencadangkan perlunya penglibatan agensi kerajaan lain dalam menangani isu keciciran dan penambahbaikan
terhadap intervensi pengurusan murid cicir di sekolah rendah, sekolah menengah, di peringkat pejabat
pendidikan daerah dan pindaan terhadap pilihan sebab cicir dalam APDM untuk mengurangkan isu keciciran
dan meningkatkan integriti data.

Kata kunci: keciciran murid, APDM, Intervensi mengatasi keciciran murid.

52

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

PENYELIDIKAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN PdPR GURU DALAM MENINGKATKAN
PRESTASI MURID: KAJIAN RINTIS DI 7 BUAH DAERAH NEGERI SABAH

BITTY BINTI ANSAWI (PhD), LILY SINTUM, HUSMI HUSSIN, ROBERT TARINGAN, ELSI,
SHARON GILUK, JESSICA EDWARD, MOHD ZAMZAIRI BIN NORDIN, SABAHIAH ABD KARIM,

TAN SENG HONG
SISC+ Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Penyelidikan Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) guru terhadap
peningkatan prestasi murid dilaksanakan untuk melihat sejauh mana impak PdPR kepada peningkatan prestasi
pembelajaran murid-murid semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) ini. PdPR merupakan platform yang sangat relevan untuk digunakan dalam menangani situasi
masa kini yang menyebabkan sekolah-sekolah ditutup akibat pandemik Covid-19. Kajian ini menggunakan reka
bentuk kajian tindakan kuantitatif secara soal selidik untuk mendapatkan maklum balas responden tentang
keberkesanan PdPR semasa pandemik Covid-19 di 7 buah daerah di negeri Sabah tahun 2020. Peserta kajian ini
terdiri daripada guru-guru dan ibu bapa di 7 buah daerah di negeri Sabah. Pemilihan sampel ini adalah secara
rawak berstrata dan pautan soal selidik di Google Form diberikan untuk responden mengisi soal selidik dalam
tempoh yang ditetapkan. Kajian penyelidikan ini juga menggunakan data Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kutipan
data Jun 2020 dan November 2020, untuk mengenal pasti sejauh mana peningkatan prestasi akademik murid
dalam PdPR. Terdapat tiga indikator yang digunakan untuk mengukur keberkesanan PdPR iaitu aspek
pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku murid. Aspek pengetahuan menunjukkan nilai min yang paling tinggi
untuk kedua-dua respon guru dan ibu bapa. Data PBD dari sekolah rendah dan sekolah menengah menunjukkan
peningkatan peratus murid yang menguasai tahap minimum (MTM). Antara faktor yang menyebabkan
pencapaian ini ialah faktor lokasi, persekitaran dan sosio ekonomi keluarga. Secara keseluruhannya, kajian ini
telah menunjukkan bahawa pihak pentadbir, guru-guru di sekolah dan ibu bapa mempersepsikan keberkesanan
pelaksanaan PdPR yang telah dijalankan adalah tinggi. Kajian juga mendapati bahawa ketiga-tiga kaedah
pelaksanaan PdPR iaitu secara online, offline dan off-site mempunyai respon yang positif terhadap peningkatan
prestasi murid disokong dengan data pencapaian PBD sekolah.

Kata kunci: pandemik Covid-19, pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), pentaksiran bilik darjah (PBD),
prestasi, akademik.

PENCAPAIAN SKPMg2 STANDARD 4 GURU-GURU BERTARAF CEMERLANG DAN
HUBUNGANNYA DENGAN PRESTASI PEPERIKSAAN AWAM (SPM): TINJAUAN RINTIS DI DUA

DAERAH NEGERI SABAH

LILY SINTUM, HUSMI HUSSIN, ROBERT TARINGAN, JESSICA EDWARD, MOHD ZAMZAIRI
BIN NORDIN, SABAHIAH ABD KARIM, MOHD RAFIE RAFFLIS
SISC+ Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

ABSTRAK

SKPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 adalah hasil penambahbaikan daripada
SKPM 2010. Penambahbaikan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga menyesuaikan SKPM
dengan perkembangan pendidikan semasa. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan kuantitatif
secara soal selidik untuk mendapatkan maklum balas responden di 2 buah daerah di negeri Sabah tahun 2020.
Peserta kajian ini terdiri daripada guru-guru yang mengajar kelas Tingkatan 5 di 2 buah daerah di negeri Sabah.
Pemilihan sampel ini adalah secara rawak berstrata dan pautan soal selidik di Google Form diberikan untuk
responden mengisi soal selidik dalam tempoh yang ditetapkan. Kajian penyelidikan ini menggunakan skor
SKPMg2 Standard 4 dan keputusan peperiksaan SPM dari tahun 2017 hingga 2019. Ujian korelasi Pearson
digunakan untuk menguji hubungan antara pencapaian SKPMg2 Standard 4 guru-guru bertaraf cemerlang
dengan prestasi peperiksaan awam (SPM). Hasil analisis korelasi Pearson mendapati ada hubungan positif dan
signifikan, iaitu r (127)=0.180, k<0.05. Keputusan ini menjelaskan bahawa kualiti pengajaran guru yang tinggi
akan menghasilkan kualiti Gred Purata Sekolah (GPS) yang tinggi. Antara faktor yang menjadi penyumbang
kepada pencapaian ini ialah faktor latar belakang pendidikan guru yang mengajar di menengah atas, iaitu 96%
pemegang ijazah sarjana muda atau lebih tinggi dan 58.2 % pengalaman guru mengajar melebihi 15 tahun.

Kata kunci: SKPMg2 Standard 4, Gred Purata Sekolah (GPS), kualiti guru, SPM.

53

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : YBhg. Datuk Dr. Mistirine binti Radin
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Timbalan Pengerusi : YBrs. Encik Mohd Zaini bin Yanin
Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD

Setiausaha : Puan Masniah binti Masri
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD

Penolong Setiausaha : Encik Makmur bin Ibak
Penolong Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD

Bendahari : Puan Azizah binti Haji Baba
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pengurusan

Ahli : Semua Timbalan Pengarah

: Semua Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
: Semua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah

54

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

JAWATANKUASA PELAKSANA KOLOKIUM PENDIDIKAN JPN SABAH TAHUN 2021

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : Encik Mohd Zaini bin Yanin

Timbalan Pengarah
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD

Timbalan Pengerusi : Puan Masniah binti Masri

Ketua Penolong Pengarah
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD

Setiausaha : Puan Chew Mei Nah

Penolong Pengarah
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD

Penolong Setiausaha : Encik Makmur bin Ibak

Penolong Pengarah
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD

1. Jawatankuasa Urus Setia / Jemputan / Pendaftaran

Puan Chew Mei Nah (SPPD)
Puan Nadirah binti Rahim (SPPD)

Encik Charles bin Simun (SPPD)
PPD Tuaran

PPD Papar
PPD Kota Kinabalu

2. Jawatankuasa Protokol / Pengurusan Majlis dan Sambutan

Encik Tham Yun Fook (SPPD)
Encik Junaidi Yunus (SPPD)

3. Jawatankuasa Pengurusan Pembentangan / Moderator

Datin Dr. Siti Raisah binti Bungsu (PPD Tuaran)
Dr. Faridah binti Mat Noor (PPD Tawau)

Puan Lis Halimah binti Hj. Ag Kanak (PPD Beaufort)
Puan Hajah Kamariah binti Lapaturusi (PPD Sandakan)

Puan Hajah Saliza binti Zahari @ Johari (PPD Sandakan)
Encik Sipin @ William bin Gusiang (PPD Beaufort)

Encik Abdul Hadi Wong Abdullah (PPD Keningau)
Dr. Mohd Azizuan bin Abdullah (PPD Kota Marudu)
Dr. Asnia binti Kadir (PPD Tuaran)

Puan Subaeda binti Muharam (PPD Lahad Datu)
Encik Husmi bin Hussin (PPD Kudat)

Encik S. Azman Ligun (Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu)

55

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

4. Jawatankuasa Teknikal / Portal / Multimedia / Penjaga Masa
Puan Masniah binti Masri (SPPD)
Puan Chew Mei Nah (SPPD)
Encik Charles Manji (SPPD)
Puan Lee Li Leng (PPD Papar)
Encik Kassim Alias Suhaifudon (SSTP)
Encik Romzi bin Ahmad (SSTP)
Encik Jamaluddin bin Diner (SSTP)
Encik Arsat bin Danding (SSTP)
Encik Azrul bin Mohamad (SSTP)
Encik Suhaimi bin Hj Sani (SPM-ICT)
Encik Ghazali bin Ismail (PPD Kota Kinabalu)
Encik Arbaen bin Shawal (PPD Kota Kinabalu)
Encik Mohd Aizan bin Ermando (PPD Kota Kinabalu)
Encik Mohd Faizalhizam Noordin (PPD Kota Kinabalu)
Encik Shoba Macintyre (PPD Kota Kinabalu)
Encik Azrizal bin Aldin (PPD Kota Kinabalu)
Encik Mohd Azrin bin Mohd Said (SK Tambalang Tuaran)
Encik Freshstopper Frederick (SMK Badin Tuaran)
Encik Mohd Shahharul bin Suala (SK Bantayan Tuaran)
Encik Mitchell Christie Ignatious (PPD Tuaran)
Encik Faizal bin Ag Salleh (PPD Papar)
Encik Mohd Hafizuddin bin Abd Latif (PPD Papar)
Encik Muhd Badiuzaman bin Abu Bakar (SK Kawang Papar)
Encik Kamarul Saffiq bin Kamaruddin (SMK Bongawan II Papar)
Encik Mohd Fairuz Ezati bin Awang Mumin (SK Surati Papar)
Encik Harris Zhafri bin Mohd Noor (SK Kimanis Papar)
Puan Norashah binti Kamarudin (PPD Kota Marudu)

5. Jawatankuasa Publisiti / Promosi / Banner / Bunting
Encik Makmur bin Ibak (SPPD)
Encik Daniel Nicholas Yap (SPPD)

6. Jawatankuasa Teks Ucapan Kata Alu-Aluan dan Bacaan Doa
Puan Masniah binti Masri (SPPD)
Encik Gani bin Senang (SPPD)

7. Jawatankuasa Cenderamata dan Sijil
Puan Lee Li Leng (PPD Papar)
Puan Norhayati binti Bansil (SPPD)
Puan Siti Rohaya binti Jainal (SPPD)
Puan Nur Munirah Zahiah binti Mis (SPPD)

8. Jawatankuasa Buku Program / Abstrak / Prosiding
Dr. Gulson Begum bin Haji Khalid (PPD Tawau)
Dr. Faridah binti Mat Noor (PPD Tawau)
Dr. Laimah Sungap (PPD Keningau)
Puan Wong Sie Jan (SPS)
Jawatankuasa Panel Pembudayaan Kajian Tindakan 2021-2022 (JPN Sabah)

9. Jawatankuasa Penilaian dan Pelaporan
Unit Pengurusan Dasar, Inovasi, Penyelidikan dan Aduan (UDIPA), SPPD

56

Kolokium Pendidikan JPN Sabah Tahun 2021

SEKALUNG BUDI

Jawatankuasa Pelaksana

KOLOKIUM PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH
(KolPenSa)
TAHUN 2021

Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Timbalan-Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri

Semua Ketua Penolong Pengarah Kanan
Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri
Semua Ketua Penolong Pengarah

Ketua-Ketua Pejabat Pendidikan Daerah
Pengetua dan Guru Besar

Serta semua pihak yang turut memberi sumbangan dan kerjasama sama ada secara langsung
atau tidak bagi menjayakan kolokium ini.

57


Click to View FlipBook Version