The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-p21211919, 2024-03-12 11:38:25

NUR SYAHIRAH BINTI AHMAD SUPRI_T1

BUKU LOG KRS

KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) BUKU LOG NAMA : NUR SYAHIRAH BINTI AHMAD M [KKOKOK SUPRI AMBILAN : PISMP JUN 2021-2026 PENSYARAH : ENCIK ROHIMI BIN JAMEL IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA ILMU IMAN AMAL


NURSYAHIRAH BINTI AHMAD SUPRI IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA BUTIRAN DIRI NAMA PENUH : NUR SYAHIRAH BINTI AHMAD SUPRI KAMPUS: BAHASA ANTARABANGSA KURSUS/SEMESTER : PISMP- SEMESTER 2 TAHUN 2 OPSYEN/KUMPULAN : TESL/I AMBILAN : PISMP JUN 2021-2026 ALAMAT : NO 587, JALAN SMK MANEK URAI, 18050, KUALA KRAI, KELANTAN. EMAIL : [email protected] PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN UNIT BERUNIFORM : KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) BIODATA DIRI IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA


CARTA ORGANISASI KRS JAWATAN PERINGKAT IPG INDUK MENTERI PELAJARAN MALAYSIA (Penaung) KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA (Penasihat) REKTOR IPG INDUK TIMBALAN REKTOR IPG INDUK KETUA JABATAN PENGERUSI MAJLIS TADBIR KRS AHLI MAJLIS TADBIR KRS AHLI 4 AHLI MAJLIS TADBIR KRS PENGARAH PENGARAH IPG JURU AUDIT 1 IPG 1 MAJLIS TADBIR EX-OFFICIO PEGAWAI LATIH BPG PEGAWAI LATIH BPG FADHLINA SIDEK AZMAN ADNAN (Pengerusi) PUAN ANIS ALISYA (Timbalan Pengerusi) DR. MOHD AZAM BIN MOHAMMAD (Setiausaha Kehormat) (Pen. Setiausaha Kehormat) (Bendahari Kehormat)


CARTA ORGANISASI KRS PLATUN IPGK BAHASA ANTARABANGSA PENSYARAH PENASIHAT: PENGERUSI: NAIB PENGERUSI: SETIAUSAHA: PENOLONG SETIAUSAHA: BENDAHARI: PENOLONG BENDAHARI: KRS 1 KRS 2 KRS 3 AHLI JAWATANKUASA ENCIK ROHIMI BIN JAMEL ENCIK MOHAMMAD HAMZAH BIN SARIMUN SYAHMI HAKIM BIN SUHAIMI MAISARAH LIYANA THIVYABARTHY A/P JAYASEELAN YEW YUN XIN MUHAMMAD NABIL FIKRI SITI AISYAH BINTI IBRAHIM ADELINE YU MEE CHEE NUR AIN FARHANA NUR SYURAYA UMIRA NUR IZZATI ANIS SYAHIRA WAN NUR NABILAH


BUKU LOG KRS 1


BUKU LOG KRS Isi Kandungan 1.0 PERLEMBAGAAN 1.1 Prinsip Prinsip Asas Pertubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) 1.2 Nama dan Alamat Berdaftar ➢ Nama Unit Beruniform ➢ Alamat Berdaftar atau Alamat KRS 1.3 Lambang dan Moto Kata Kadet Remaja Sekolah (KRS) ➢ Logo KRS ➢ Pengertian Logo ➢ Moto Kadet Remaja Sekolah 1.4 Bendera KRS dan Lagu Pertubuhan ➢ Bendera KRS ➢ Pengertian Warna Hijau ➢ Lirik Lagu KRS 1.5 Keahlian KRS/TKRS 1.6 Pakaian Rasmi KRS/TKRS ➢ Pakaian Rasmi KRS ➢ Pakaian Rasmi TKRS ➢ Pakaian Pegawai 1.7 Kurikulum KRS dan Training of Trainers (TOT) ➢ Kurikulum KRS ➢ Kursus Pendedahan Jawatan Leftenan Muda KRS (Kursus Tahap I) ➢ Kursus Pengesahan Jawatan Leftenan (Kursus Tahap II) ➢ Sukatan Kursus TOT/Pegawai ➢ Kursus Lain-Lain Pangkat 2


BUKU LOG KRS 2.0 SEJARAH PENUBUHAN KRS 2.1 Sejarah Pertubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) 2.2 Sejarah Pertubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) 2.3 Sejarah Pengasas KRS 2.4 Tujuan Pertubuhan KRS 2.5 Objektif Pertubuhan KRS 3.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN 3.1 Senarai Organisasi KRS ➢ Carta organisasi Platun IPG Kampus Bahasa Antarabangsa ➢ Carta Organisasi IPG Induk 3.2 Jawatankuasa ➢ Penaung Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah ➢ Penasihat Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah ➢ Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah adalah seperti berikut ➢ Jawatankuasa KRS terdiri daripada empat peringkat: ➢ Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan: ➢ Jawatankuasa Peringkat Negeri ➢ Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah ➢ Jawatankuasa Peringkat Daerah ➢ Jawatankuasa Peringkat Sekolah 3.3 Majlis Tadbir KRS ➢ Matlamat Majlis Tadbir 3.4 Fungsi Majlis Tadbir ➢ Tugas Pengerusi ➢ Tugas Naib Pengerusi ➢ Tugas Setiausaha ➢ Tugas Naib Setiausaha ➢ Tugas Bendahari ➢ Tugas Penolong Bendahari 3


BUKU LOG KRS ➢ Tugas AJK Biasa ➢ Tugas Ketua Jurulatih 4.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 4.1 Pendaftaran Ahli Kumpulan ➢ Format Borang Pendaftaran KRS/TKRS 4.2 Struktur Unit Kadet Remaja Sekolah (KRS) ➢ Kompeni ➢ Platun ➢ Seksyen 4.3 Sistem Pangkat Umum ➢ Sistem Pangkat KRS ➢ Sistem Pangkat TKRS 5.0 CONTOH PERANCANGAN UNIT BERUNIFORM TKRS DI SEKOLAH RENDAH 5.1 Perancangan Orientasi unit beruniform Kadet Remaja Sekolah di sekolah rendah 5.2 Rancangan tahunan TKRS di Sekolah Rendah 5.3 Rancangan Mingguan TKRS di Sekolah Rendah 5.4 Laporan Mingguan Aktiviti TKRS di Sekolah Rendah 5.5 Pelaksanaan Program Perkhemahan TKRS 4


BUKU LOG KRS 5


BUKU LOG KRS 1.0 Perlembagaan Pertubuhan 1.1 Prinsip-prinsip Asas Pertubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) ❖ Disiplin yang kental: KRS ditubuhkan melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental, berpegang teguh kepada ajaran agama. la juga membantu dalam menangani masalah salah laku di dalam kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. Melalui pendidikan ini, pelajar dapat membentuk disiplin yang tinggi dengan pemakaian baju unit beruniform seragam serta belajar untuk mematuhi masa. ❖ Pegang teguh kepada agama: KRS ditubuhkan berasaskan agama dan mengambil nilai-nilai sentimen beragama seperti menghormati orang lain, memurnikan jiwa dan menghindari dari melakukan perkara yang ditegah agama. Disiplin yang diterapkan dalam beragama menjadi asas yang berguna kepada pelajar untuk membentuk peribadi yang mulia, la juga melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak beragama sera mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan mesa tetangga. ❖ Cinta akan negara: Semangat cinta akan negara merupakan antara agenda utama dalam menubuhkan KRS. Dalam kurikulum KRS, ia mendidik tentang semangat patriotik dan mengenali sisir budaya masyarakat Malaysia dengan lebih dekat. la juga memupuk pelajar untuk menghargai para pejuang kemerdekaan negara pada zaman dahulu dan bersedia menggalas tugas dalam mempertahankan negara. Rukun Negara dan bendera Malaysia menjadi tunjang kepada pendidikan Unit Beruniform KRS. ❖ Sanggup berkhidmat: KRS melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. la juga ditubuhkan untuk membina dan 6


BUKU LOG KRS mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. 1.2 Nama dan alamat berdaftar 1.2.1 Nama Unit Beruniform Pasukan Pakaian Seragam ini dikenali dengan nama Kadet Remaja Sekolah (KRS) atau Tunas Kadet Remaja Sekolah(TKRS). 1.2.2 Alamat berdaftar atau alamat KRS: a) Peringkat Kebangsaan: Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604, Kuala Lumpur. b) Peringkat Negeri: Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan c) Peringkat Daerah: Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan. d) Peringkat Sekolah: Sekolah berkenaan. e) Atau di tempat lain dalam Malaysia Sebagaimana yang ditentukan oleh jawatankuasa KRS dari semasa ke semasa. 7


BUKU LOG KRS 1.3 Lambang dan Moto Kata Kadet Remaja Sekolah 1.3.1 Logo KRS 1.3.2 Pengertian logo 1. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. 2. Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. 3. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan. 4. Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 5. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat. 6. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta. 7. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. 8. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian. 8


BUKU LOG KRS 1.3.3 Moto Kadet Remaja Sekolah ILMU , IMAN , AMAL . a) ILMU bermaksud asas intelektual dan keterampilan ahli KRS. b) IMAN bermaksud keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri. c) AMAL bermaksud penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri. 1.4 Bendera KRS dan Lagu Pertubuhan 1.4.1 Bendera KRS 1.4.2 Warna Hijau melambangkan a) Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk b) Laluan hidup yang jelas untuk masa depan c) Alam Sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS 9


BUKU LOG KRS 1.4.3 Lirik Lagu Kadet Remaja Sekolah (KRS) Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja, sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja, hayati budaya limu, Iman dan Amal Kekalkan di hati dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah 10


BUKU LOG KRS 1.5 Keahlian KRS/TKRS 1. Keahlian KRS/ TKRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. 2. Ahli bersekutu KRS/TKRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 1. 3. KRS/TKRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan. 4. Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas. 5. Keahlian TKRS terbuka kepada semua pelajar tahap II (tahun 4,5, & 6) di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. 6. Ahli KRS/TKRS yang bertukar sekolah/negeri lain, keahlian asal masih diterima pakai. Gambar contoh Kad Keahlian Ahli KRS/TKRS 11


BUKU LOG KRS 1.6 Pakaian Rasmi KRS/TKRS 1.6.1 Pakaian Rasmi KRS ● Lelaki 1. Beret berwarna Sherwood Dark Green. 2. Baju kemeja lengan panjang Sherwood Dark Green. 3. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. (Ukuran kaki 40 cm - 46 cm) 4. Tali wisel merah. 5. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS. 6. Spike boot. ● Perempuan 1. Beret berwarna Sherwood Dark Green. 2. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna Sherwood Dark Green. 3. Seluar panjang warna Sherwood Dark Green. 4. Spike boot. 5. Lanyard merah. 6. Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green. 12


BUKU LOG KRS 1.6.2 Pakaian Rasmi TKRS ❖ Lelaki 1. Beret berwarna Sherwood Dark Green. 2. Baju kemeja lengan pendek warna hijau muda (L 109) 3. Seluar sekolah (Ukuran kaki 20cm - 30 cm) 4. Tali wisel merah 5. Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS 6. Kasut kulit/PVC hitam bertali dan berstokin hitam ❖ Perempuan 1. Beret berwarna Sherwood Dark Green. 2. Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan panjang dan warna hijau muda (L 109) 3. Seluar/ kain sekolah 4. Tali wisel merah 5. Kasut kulit/PVC hitam bertali dan berstokin hitam Gambar hiasan: pemakaian Uniform TKRS 13


BUKU LOG KRS 1.6.3 Pakaian Pegawai 14


BUKU LOG KRS 1.7 Kurikulum KRS dan Kurikulum Training of Trainers (TOT) 1.7.1 Kurikulum KRS 1.7.2 Kursus Pendedahan Jawatan Leftenan Muda KRS (Kursus Tahap I) 1. Kandungan perlembagaan KRS 2. Falsafah aktiviti bersepadu KRS 3. Kemahiran penyampaian 4. Perancangan program latihan 5. Penyelesaian masalah 6. Aktiviti - aktiviti kemahiran KRS i. Disiplin dan kerohanian ii. Ketahanan dan kebudayaan 15


BUKU LOG KRS iii. Keusahawanan iv. Alam sekitar v. Khidmat masyarakat [ Khidmas] 7. Pengukuran dan penilaian. 1.7.3 Kursus Pengesahan Jawatan Leftenan (Kursus Tahap II) 1. Memahami kandungan perlembagaan i. Memahami falsafah aktiviti bersepadu KRS 2. Aktiviti kemahiran KRS Ujian PreTest [ Bertulis dan praktikal] i. Disiplin dan kerohanian, penghayatan semasa kursus, ketepatan masa dan kepimpinan ii. Ketahanan dan kebudayaan Ujian bertulis ili. Keusahawanan, merekacipta, kertas perancangan aktiviti kewangan dan pemasaran iv. Alam sekitar: Kitaran kertas v. Khidmas: Projek sehari bersama masyarakat 3. Pengujian dan Penilaian 1. Ujian bertulis 1.7.4 Sukatan Kursus TOT/ Pegawai 1. Kandungan Perlembagaan KRS/TKRS ● Melahirkan pegawai yang mampu mempraktikkan semua isi kandungan Kurikulum KRS/TKRS ● Memupuk pegawai yang mampu bertanggungjawab penuh dengan perlembagaan KRS/TKRS ● Membina pegawai KRS /TKRS yang sentiasa mengamalkan dan menjunjung tinggi perlembagaan KRS/TKRS 16


BUKU LOG KRS 2. Falsafah Aktiviti Bersepadu KRS/TKRS ● Menerapkan falsafah aktivit bersepadu KRS dalam kehidupan pegawai KRS/TKRS ● Mewujudkan semangat bekerjasama dalam kumpulan ● Melahirkan pegawai KRS/TKRS yang kreatif dan berwawasan tinggi 3. Kemahiran Penyampaian ● Melahirkan pegawai yang bertrampilan dalam semua situasi ● Memupuk semangat dan kecekalan dalam usaha membentuk serta membina insan ● Membina generasi yang mahir dan cekal hati dalam penyampaian maklumat 4. Penyelesaian Masalah ● Melahirkan pemimpin yang berwawasan dan tabah menghadapi cabaran hidup ● Memberi kesedaran peningkatan perasalahan disiplin pelajar menyelesaikan dengan cara teratur dan berkesan. ● Menggalakkan pegawai sentiasa peka kepada penyelesaian masalah secara proaktif 5. Aktiviti KRS/TKRS ● Memantapkan kefahaman tentang peranan pemimpin dalam KRS/TKRS ● Merealisasikan konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan sejajar dengan Wawasan 2020 ● Menggalakkan masyarakat turut serta menyumbangkan idea dan tenaga untuk kemajuan KRS/TKRS 6. Penilaian dan Pengukuran ● Melahirkan pegawai yang bertanggung jawab kepada amanah yang diberi sepanjang kursus dijalankan ● Menilai secara te perinci kejayaan isi kandungan kurus TOT ● Memupuk semangat sentiasa ingin maju dalam semua bidang yang diceburi. 17


BUKU LOG KRS 1.7.5 Kursus Lain-Lain Pangkat (Pemimpin Pelajar) 1. Memahami kandungan perlembagaan KRS/TKRS 2. Memahami falsafah aktiviti bersepadu KRS/TKRS 3. Kemahiran penyampaian 4. Perancangan program latihan 5. Penyelesaian masalah 6. Aktiviti kemahiran KRS/TKRS a. Disiplin dan kerohanian b. Ketahanan dan kebudayaan c. Keusahawanan d. Alam Sekitar e. Khidmat Masyarakat (Khidmas) 7. Pengukuran dan Penilaian 18


BUKU LOG KRS 19


BUKU LOG KRS 2.0 Sejarah Penubuhan 2.1 Sejarah Penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) Mejar KRS Muhammad Thani Sha’aban, Pengasas KRS Malaysia bersama Mejar KRS Anuar dan Mejar KRS Ustaz Ahmad Farazilla Kadet Remaja Sekolah (KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang belajar sahaja yaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang berilmu, beriman, beramal, berakhlak mulia, bersemangat patriotik dan berketerampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan Islam Sebagai Cara Kehidupan (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani, Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk 20


BUKU LOG KRS menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan in tesis mengenai KPIM telah dibentangan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama Kadet Putera-Puteri Islam (KPIM). Walau bagaimanapun, nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada Kadet Remaja Islam (KRIS). Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KRS Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur. Gambar hiasan 21


BUKU LOG KRS 2.2 Sejarah Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) Gambar hiasan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal (sekolah rendah). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah (TKRIS). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri la Pelajaran ketika itu YB Dato' Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006. 22


BUKU LOG KRS 2.3 Sejarah Pengasas KRS Muhammad Thani Bin Sha’ban Allahyarham Muhammad Thani Bin Shaaban berlahir di Teluk Kumbar Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik. Bapanya Shaaban bin Daud adalah bekas Guru Bear SK Teluk Kumbar Pulau Pinang, Bondanya Norma Binti Abdul Rahman adalah suri rumah sepenuh masa. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Raja Tun Uda, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Minatnya dalam bidang pendidikan terserlah apabila beliau telah berjaya menamatkan Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu pada 28 Februari 1985. Seterusnya beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan perkhidmatan awalnya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan sebagai guru siswazah di SM Sains Selangor dan SM Sains Hulu Selangor, Ulu Yam. Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila mencetuskan idea penubuhan Kadet Remaja Sekolah Malaysia. 23


BUKU LOG KRS 2.4 Tujuan penubuhan KRS 1. Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. 2. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020. 3. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. 4. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran,kebolehan mengurus dan memimpin. 5. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia. 6. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. 7. Membina dan mengembangkan kefahaman,kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. 2.5 Objektif penubuhan KRS 1. Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara. 2. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterampilan dir, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup. 3. Membina dan mengembangkan kefahaman,kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan mewujudkan integrasi nasional. 4. Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bermesra. 5. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. 24


BUKU LOG KRS 25


BUKU LOG KRS 3.0 Struktur dan Organisasi Pertubuhan 3.1 Senarai Organisasi KRS 3.1.1 Carta Organisasi Platun IPG Kampus Bahasa Antarabangsa PENAUNG: ❖ ENCIK ROHIMI BIN JAMEL ❖ ENCIK MOHAMAD HAMZAH BIN SARIMUN PENGERUSI: SYAHMI HAKIM BIN SUHAIMI NAIB PENGERUSI: MAISARA LIANA SETIAUSAHA: THIVYABARTHY A/P JAYASEELAN PENOLONG SETIAUSAHA: MUHAMMAD NABIL FIKRI BIN MOHD YUSRI BENDAHARI: YEW YUN XIN PENOLONG BENDAHARI: SITI AISYAH BINTI IBRAHIM 26


BUKU LOG KRS AHLI JAWATAN KUASA KUMPULAN 1: ❖ ADELINE YU MEE CHEE ❖ NUR AIN FARHANA BINTI ROSLI KUMPULAN 2: ❖ NUR SYURAYA UMIRA BINTI KHAIRUDIE ❖ NUR IZZATI BINTI YAMAN KUMPULAN 3: ❖ ANIS SYAHIRA BINTI AZMI ❖ WAN NUR NABILAH BINTI WAN AHMAD YANEE 27


BUKU LOG KRS 3.1.3 Carta Organisasi IPG Induk PENAUNG: MENTERI PELAJARAN MALAYSIA FADHLINA SIDEK PENASIHAT : KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA AZMAN ADNAN PENGERUSI: REKTOR IPG INDUK DR. MOHD AZAM BIN MOHAMMAD NAIB PENGERUSI: TIMBALAN REKTOR IPG INDUK PUAN ANIS ALISYA SETIAUSAHA KEHORMAT: KETUA JABATAN PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT: PENGERUSI MAJLIS TADBIR KRS BENDAHARI KEHORMAT: AHLI MAJLIS TADBIR KRS 28


BUKU LOG KRS AHLI: ❖ PENGARAH - PENGARAH IPG ❖ 4 AHLIS MAJLIS TADBIR KRS JURU AUDIT: 1 IPG, 1 MAJLIS TADBIR EX-OFFICIO ❖ PEGAWAI LATIH BPG ❖ PEGAWAI LATIH BPG 29


BUKU LOG KRS 3.2 Jawatankuasa 3.2.1 Penaung Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah: ● Menteri Pelajaran Malaysia. 3.2.2 Penasihat Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah: ● Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. 3.2.3 Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah adalah seperti berikut: a) Penaung b) Pengerusi c) Timbalan Pengerusi d) Naib Pengerusi e) Setiausaha f) Penolong Setiausaha g) Bendahari h) AJK yang dilantik 3.2.4 Jawatankuasa KRS terdiri daripada empat peringkat: a) Peringkat Kebangsaan b) Peringkat Negeri c) Peringkat Daerah d) Peringkat Sekolah 3.2.5 Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan: Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia b. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia c. Pengerusi : Pengarah Bahagian Sekolah d. Timbalan Pengerusi : Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah e. Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM ) Bahagian Sekolah f. Penolong Setiausaha : Dilantik (Dua orang) 30


BUKU LOG KRS g. Bendahari : Dilantik i. Ahli-ahli : Pengarah-Pengarah JPN Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pengarah Bhg. Dakwah & Kepimpinan Pengarah Bahagian Teknik & Vokasional Pengarah Institut Aminuddin Baki Tiga ahli dilantik Dua Wakil Jurulatih KRS Dua Wakil Jurulatih TKRS j. Juruaudit : Dilantik 3.2.6 Jawatankuasa Peringkat Negeri: a. Penaung : Menteri Pelajaran Malaysia b. Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia c. Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri d. Timbalan Pengerusi : Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan e. Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum f. Pen.Setiausaha 1 : Penyelia Pasukan Pakaian Seragam Pen. Setiausaha 2 : Pegawai Tadbir KRS g. Bendahari : Dilantik i. Ahli-ahli : Dilantik Termasuk Pegawai Pelajaran Daerah 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil Jurulatih TKRS Wakil PKPSM dan MGB j. Juruaudit : Dilantik 3.2.7 Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah: 1. Jawatankuasa Peringkat Pejabat Pelajaran Gabungan (Sabah dan Sarawak) a. Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 31


BUKU LOG KRS b. Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri c. Pengerusi : Pegawai Pelajaran Gabungan d. Tim, Pengerusi : Ketua Unit e. Setiausaha : Penyelia Kokurikulum f. Pen, Setiausaha : Pegawai Tadbir Gabungan KRS g. Bendahari : Dilantik h. Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS 2 Wakil TKRS Wakil PKPSM dan MB (Gabungan) i. Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri j. Juruaudit : Dilantik (2 orang) 3.2.8 Jawatankuasa Peringkat Daerah a. Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia b. Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri c. Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah d. Tim. Pengerusi : Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( SPPK) e. Setiausaha : Penyelia 1. Pen. Setiausaha : Dilantik g. Bendahari : Dilantik h. Ahli : Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB i. Ex-Officio : Pegawai Tadbir KRS Negeri j- Juruaudit : Dilantik (2 orang) 3.2.9 Pelantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh Pengerusi setiap Jawatankuasa. 32


BUKU LOG KRS 3.2.1 Jawatankuasa Peringkat Sekolah: a. Penaung : Pengarah Pelajaran Negeri b. Penasihat : PPD c. Pengerusi : Pengetua / Guru Desar d. Timbalan Pengerusi : Pen .Kanan Kokurikulum e. Setiausaha ` : Dilantik f. Penolong Setiausaha : Dilantik g. Bendahari : Dilantik h. Ahli-ahli : (7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS) i. Juruaudit (2 orang) : Dilantik di kalangan guru 3.2.11 Pelantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh penolong pendaftar Sekolah. 3.2.12 Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugs pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia. 3.2.13 Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudahcara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah. 3.2.14 Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program KRS/TKRS 3.2.15 Jawatankuasa in boleh menubuhkan jawatankuasa kecil untuk memantapkan lagi aktiviti KRS/TKRS. 33


BUKU LOG KRS 3.3 Majlis Tadbir KRS 3.3.1 Matlamat Majlis Tadbir ❖ Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam KRS ❖ Menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak ❖ Menjadi institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja ❖ Menjadi saluran rasmi kepada semua ahli ❖ Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain 3.4 Fungsi Majlis Tadbir KRS 3.4.1 Tugas Pengerusi ❖ Mengurus dan mentadbir pertubuhan ❖ Melaksanakan keputusan mesyuarat Agung ❖ Mempengerusikan mesyuarat JawatanKuasa ❖ Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti ❖ Meneliti catatan minit mesyuarat ❖ Berhak mempunyai undi pemutus ❖ Menandatangani cek-cek 3.4.2 Tugas Naib Pengerusi ❖ Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas apabila pengerusi tiada ❖ Membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran ❖ Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengerusi 3.4.3 Tugas Setiausaha ❖ Menjalankan kerja pentadbiran mengikut undang-undang ❖ Menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi ❖ Mengendalikan urusan surat-menyurat 34


BUKU LOG KRS ❖ Menyimpan buku daftar ahli ❖ Menghasilkan dan menyimpan minit mesyuarat ❖ Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan 3.4.4 Tugas Naib Setiausaha ❖ Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus pertubuhan ❖ Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh setiausaha 3.4.5 Tugas Bendahari ❖ Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan ❖ Memungut dan menyimpan penyata pembayaran ahli ❖ Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang ❖ Mengurus dan mentadbir pembelian dan urusan kewangan ❖ Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira ❖ Menandatangani cek-cek yang diterima ❖ Mengeluarkan resit ❖ Melaporkan penyata kewangan dalam mesyuarat 3.4.6 Tugas Penolong Bendahari ❖ Menjalankan tugas semasa ketiadaan bendahari ❖ Membantu bendahari menyiapkan urusan kewangan Tugas Ketua Patrol ❖ Mengetuai satu kumpulan kecil ❖ Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang ditetapkan 3.4.7 Tugas AJK Biasa ❖ Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan KRS ❖ Membantu, memberi idea dalam aktiviti pertubuhan KRS ❖ Mempengerusikan biro-biro kecil sekiranya dilantik Tugas Ketua Pentadbir ❖ Merancang, menyediakan anggaran, melaksanakan dan memantau program KRS di peringkat negeri 35


BUKU LOG KRS ❖ Dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berpangkat MEJAR KRS ❖ Mencalonkan pegawai-pegawai dan ahli kadet untuk berkursus di peringkat kebangsaan ❖ Bertanggungjawab terhadap program KRS di peringkat negeri ❖ Penasihat berkaitan dengan logistik KRS negeri ❖ Pengesahan tatacara pemakaian uniform KRS dan TKRS ❖ Membantu Ketua Unit dan Penyelia KOKO ❖ Tanggungjawab terhadap Pengarah Pelajaran Negeri dalam semua perancangan program di peringkat kebangsaan 3.4.8 Tugas Ketua Jurulatih ❖ Merancang, menyediakan anggaran, malaksana dan memantau program berkaitan kejurulatihan KRS ❖ Dilantik oleh KPM da berpangkat MEJAR KRS ❖ Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS ❖ Mengeluarkan dan mengaturkan jadual tugas- jurulatih dalam sesuatu program ❖ Merancang dan melaksanakan program di peringkat negeri ❖ Membantu Pegawai Tadbir mencalonkan pegawai ❖ Menyediakan modul kursus kejurulatihan di peringkat negeri ❖ Mengenal pasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih/pegawai ❖ Tatacara perkhemahan 36


BUKU LOG KRS 37


BUKU LOG KRS 4.0 Pengurusan dan pentadbiran 4.1 Pendaftaran Ahli Kumpulan 1. Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. 2. Ahli Bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institut pendidikan. 3. KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan. 4. Keahlian KRS lucut serta-merta apabila pelajar tersebut berhenti atau dihentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/ institusi seperti yang dinyatakan di atas. 5. Yuan Keahlian dikenakan sebagai RM1 .00 bagi setiap ahli. 4.1.1 Format Borang Pendaftaran KRS/ TKRS 38


BUKU LOG KRS 4.2 Struktur Unit Kadet Remaja Sekolah (KRS) 4.2.1 Kompeni ❖ Satu kompeni gabungan platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar / Kapten dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Pegawai Waran, Staf Sarjan dan 4 orang Ketua Platun. Carta Organisasi Kompeni 39


BUKU LOG KRS 4.2.2 Platun ❖ Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota yang diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan, 3 koperal dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet. Carta Organisasi Platun 40


BUKU LOG KRS 4.2.3 Seksyen ❖ Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal dan 10 anggota kadet. Carta Organisasi Seksyen 41


BUKU LOG KRS 4.3 Sistem Pangkat Umum Pengetua / Guru Besar : Komandan KRS / TKRS Penolong Kanan Kokurikulum : Timbalan Komandan KRS / TKRS Guru Pemimpin : Pegawai Platun Pengerusi : Pegawai Waran KRS / Sarjan TKRS Naib Pengerusi : Sarjan KRS / Koperal TKRS Setiausaha : Koperal KRS / TKRS Bendahari : Koperal KRS / TKRS Ahli Jawatankuasa : Koperal dan Lans Koperal KRS / TKRS Ahli-ahli : Semua anggota KRS / TKRS yang berdaftar di sekolah Catatan: Pengetua / : Komandan KRS / TKR Guru Besar Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan nama panggilan Komandan KRS / TKRS Sekolah. Penolong Kanan : Timbalan Komandan KRS / TKRS. Kokurikulum Lantikan secara automatik sebagai Pegawai Pengurusan dengan panggilan Timbalan Komandan KRS / TKRS Sekolah. Pemimpin : Pegawai Platun. Wajib menghadiri Kursus Pegawai KRS Tahap 1 dengan lulus dan ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda KRS. : Kenaikan pangkat Leftenan KRS - Telah mengikuti Kursus Pegawai KRS Tahap 2 dan lulus. : Kenaikan Pangkat Kapten KRS Telah mengikuti kursus pengurusan peringkat negeri/ kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan. Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun. : Kenaikan Pangkat Mejar KRS Telah mengikuti kursus pengurusan peringkat 42


BUKU LOG KRS kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun Merupakan salah seorang Pegawai Tadbir Negeri atau Ketua Jurulatih Negeri atau Pegawai Istiadat Negeri atau Pegawai Teknikal Negeri atau Pegawai Hal Ehwal Wanita Negeri 43


BUKU LOG KRS 4.3.1 Sistem Pangkat KRS Sistem Pangkat Kadet Remaja Sekolah Pegawai Platun Guru pemimpin Leftenan Muda KRS Wajib menghadiri Kursus Pegawai KRS Tahap 1 dengan lulus dan ditauliahkan sebagai pegawai dengan pangkat Leftenan Muda KRS. Leftenan KRS Telah mengikuti Kursus Pegawai KRS Tahap 2 dan lulus. Kapten KRS Telah mengikuti kursus pengurusan peringkat negeri/ kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan. Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun. Mejar KRS Telah mengikuti kursus pengurusan peringkat kebangsaan dan telah mengendalikan beberapa program/aktiviti peringkat negeri/kebangsaan. Telah menjadi jurulatih kanan KRS negeri selama 3 tahun. Merupakan salah seorang Pegawai Tadbir Negeri atau Ketua Jurulatih Negeri atau Pegawai Istiadat Negeri atau Pegawai Teknikal Negeri atau Pegawai Hal Ehwal Wanita Negeri. 44


BUKU LOG KRS 4.3.2 Sistem Pangkat TKRS 45


BUKU LOG KRS 46


Click to View FlipBook Version