The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ismail ishak, 2025-03-04 22:23:23

METAL CUTTING 2

MEMOTONG LOGAM 2

Keywords: E-BOOK

Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016) PEMOTONGAN BAHAN KERJA MENGGUNAKAN GERGAJI Mesin gergaji kuasa adalah alat yang di rekabentuk untuk memotong solid bar, tiub, paip atau kepingan logam mengikut bentuk yang dikehendaki. Mesin gergaji kuasa berfungsi dengan membawa bilah pemotong yang mempunyai gigi untuk memotong menerusi benda kerja. Memotong dengan menggunakan gergaji kuasa adalah lebih cepat berbanding memotong dengan menggunakan tangan. Gergaji kuasa biasanya dilengkapi dengan motor elektrik, jigs and fixtures dan sistem hidraulik yang berfungsi sebagai pemutar kepada mata pemotong dan mekanisme penggerak kepada lengan yang memegang mata pemotong. 1) JENIS MESIN GERGAJI Terdapat pelbagai jenis gergaji kuasa pada masa kini digunakan dalam proses pembuatan. Bagi proses pembuatan pressure vesel kita fokuskan hanya kepada beberapa jenis gergaji kuasa yang digunakan secara meluas di industri iaitu Vertical Band Saw, Horizontal Band Saw dan Jigsaw And Hack Saw. 1.1) Vertical Band Saw Operasi mesin vertical band saw (rujuk rajah 1) adalah dipacu oleh motor elektrik melalui hantaran tali sawat boleh laras. Kelajuan mata pemotong juga bergantung kepada pelarasan kelajuan yang dibuat pada sistem hantaran tali sawat tersebut. Meja kerjanya boleh dicondongkan ke depan, ke belakang dan ke tepi untuk membenarkan operator melakukan pemotongan bersudut. Mesin ini tidak memerlukan bilah mata pemotong yang telah siap kerana ia dilengkapi dengan mesin kimpalan dan mesin canai yang diletakkan bersama untuk memudahkan penukaran bilah mata pemotong baharu sekiranya yang lama telah rosak. Bilah mata pemotong yang telah rosak akan dibuang dan bilah mata pemotong yang baharu akan diukur, dikimpal dan dicanai sebelum ia diletakkan pada kedudukan asalnya. Kedudukan bilah mata pemotongnya adalah menegak dan giginya menghala ke bawah untuk membuat pemotongan. Bilah mata pemotong ini berpusing mengikut roda panduan yang diletakkan pada bahagian atas dan bawah meja kerja pemotongan. Bahan kerja akan disorongkan secara berlawanan kepada bilah mata pemotong dan proses pemotongan akan berlaku.


Rajah 1: Mesin Vertical Band Saw. Rajah 2: Bahagian Mesin Vertical Band Saw Bahagian Kiri


Rajah 3: Bahagian Mesin Vertical Band Saw Bahagian Kanan. a) Fungsi bahagian mesin vertical band saw (rujuk rajah 2 dan 3) i) Head Bahagian yang menutup wheel drive di sebelah atas dan pemegang kepada wheel drive. ii) Band speed indicator Bahagian ini menunjukkan kadar kelajuan bilah mata pemotong. iii) Band tension indicator Bahagian ini menunjukkan kadar tegangan bilah mata pemotong. iv) Blade shear Bahagian ini digunakan untuk memotong bilah mata pemotong.


v) Blade welder Bahagian ini berfungsi untuk mengimpal sambungan bilah mata pemotong. Bilah mata pemotong akan disambungkan secara sambungan temu pada kedua-dua belah permukaan. vi) Grinder Bahagian ini berfungsi untuk mencanai lebihan logam yang terhasil semasa proses mengimpal bilah mata pemotong. Lebihan logam kimpal yang terhasil akan di canai sehingga ketebalannya sama dengan tebal sebenar bilah mata pemotong. vii) Transmission shift Bahagian ini berfungsi sebagai tuil penukar kelajuan bilah mata pemotong. Ia bersambung dengan sistem transmisi yang mengawal kedudukan tali sawat dan takal agar kelajuan dapat dikawal. viii) Variable speed control Juru fabrikasi boleh memilih kelajuan bilah mata pemotong pada bahagian ini mengikut kesesuaian bahan dan ketebalannya. ix) Base Bahagian tapak yang menyokong keseluruhan sistem pemotongan agar ia tegak dan kukuh. Tapak ini dihubungkan dengan center pillar, column dan head untuk membentuk satu rangka yang membolehkan keseluruhan sistem pemotongan di pasang padanya. x) Upper drive wheel Roda panduan bahagian atas yang dilengkapi dengan crowned rubber tire ini akan memegang bilah mata pemotong dan menegangkannya. Roda panduan bahagian atas ini bersifat boleh laras untuk proses tegangan dan dikawal oleh tuil band tension adjusment. xi) Lower drive wheel Roda panduan bahagian bawah yang juga dilengkapi dengan crowned rubber tire ini akan memegang bilah mata pemotong dan menahan tegangan yang dibuat oleh upper drive wheel. Roda panduan bahagian bawah ini bersifat tetap dan dihubungkan bersama tali sawat yang dipacu oleh motor elektrik.


xii) Drive motor Drive motor berfungsi sebagai pemacu tali sawat yang dihubungkan dengan sistem transmisi dan lower drive wheel. Motor ini juga dihubungkan dengan sistem pemampat udara yang membekalkan udara termampat pada bahagian air nozzle. xiii) Wheel brush Wheel brush berfungsi sebagai agen pembersihan kepada bilah mata pemotong yang diselaputi dengan serpihan logam yang dipotong. Berus logam ini akan dipusingkan oleh motor mengikut arah lawan pusingan bilah mata pemotong agar proses pembersihan lebih efektif. xiv) Removable chip drawer Laci ini berfungsi sebagai bekas yang di isi dengan serpihan logam yang jatuh apabila bahan di potong oleh bilah mata pemotong dan juga serpihan logam yang dibersihkan oleh wheel brush. xv) Power feed foot pedal Alat ini berfungsi sebagai suis boleh laras bagi mendapatkan pusingan bilah mata pemotong. Suis ini disambungkan dengan sistem elektrikal dan seterusnya kepada motor elektrik. Arus elektrik akan dialirkan sekiranya ia di pijak dan terputus apabila kaki di angkat. xvi) Variable speed pulley Takal ini berfungsi sebagai penghubung transmisi tali sawat kepada motor dan tali sawat kepada drive wheel. Ia mempunyai pelbagai diameter takal bertingkat untuk menentukan kelajuan yang sesuai untuk memotong bahan yang berlainan jenis. xvii) Work light Lampu sorot ini disediakan untuk memberi pandangan yang lebih jelas ketika menjalankan kerja pemotongan bahan. Lampu sorot ini akan dihalakan pada kawasan bilah mata pemotong dan bahan yang hendak di potong. Ia boleh dipadamkan sekiranya jumlah pencahayaan kerja mencukupi.


xviii) Working table Meja kerja ini disediakan untuk menjadi panduan kerja pemotongan yang akan dilakukan. Ia boleh diletakkan secara rata, dicondongkan ke depan, ke belakang dan ke tepi mengikut kesesuaian dan kehendak operator. xix) Table tilt scale Skala penunjuk sudut ini disediakan pada working table bagi menentukan jumlah kecondongan sudut meja yang diperlukan oleh operator. xx) Air nozzle Saluran udara boleh lentur ini berfungsi sebagai muncung yang menyemburkan angin termampat yang dihasilkan oleh pemampat udara ke meja kerja supaya serpihan logam yang di potong boleh dibersihkan dengan cepat dan efektif selain menggunakan berus. xxi) Upper and lower saw guide Alat ini berfungsi sebagai penahan dan mekanisme panduan bilah mata pemotong agar ia sentiasa dalam keadaan tegak semasa beroperasi dan menahan bilah mata pemotong dari bengkok apabila bahan kerja dikenakan padanya. Ia diletakkan pada bahagian atas dan bawah working table. Ia juga dilengkapi dengan band guard dan post sebagai aksesori. Upper saw guide boleh dilaraskan ketinggiannya mengikut kesesuaian diameter bahan kerja. Ia dilaraskan oleh post height adjusment dan dikunci oleh post lock sekiranya ketinggian yang sesuai telah diperolehi. xxii) Electrical control Alat ini diletakkan di dalam electrical cabinet dan berfungsi sebagai pengawal tenaga elektrik yang disalurkan ke beberapa komponen yang memerlukan tenaga elektirk seperti motor elektrik, warning indicator, working light, power feed foot pedal dan air compressor. xxiii) Data plate Kepingan plat ini dilekatkan pada bahagian tepi column atau pada bahagian lain yang senang dilihat oleh juru fabrikasi dan juruteknik. Plat ini memaparkan semua data berkaitan mesin tersebut termasuk


nombor batch, nombor siri, tarikh di buat, kapasiti dan kemampuannya. xxiv) Operator manual Dokumen ini disediakan oleh pembuat untuk memberi maklumat dan arahan penggunaan yang standard kepada juru fabrikasi dan juruteknik. b) Bentuk bahan yang boleh dipotong dengan vertical band saw Bahan kerja dikeluarkan dalam pelbagai bentuk dan rupa sesuai dengan penggunaannya. Terdapat beberapa bentuk bahan kerja yang boleh di potong oleh mesin vertical band saw antaranya adalah: i) Solid metal ii) Hollow section iii) Pipe iv) Tube c) Jenis potongan yang boleh dibuat oleh mesin vertical band saw Setiap mesin pemotong mempunyai keupayaan tersendiri dalam membuat potongan. Setiap mesin pemotong berbeza sifatnya dan jenis potongan yang boleh dibuat. Beberapa jenis potongan boleh dilakukan oleh mesin vertical band saw antaranya ialah: i) Straight Cut ii) Angle Cut iii) Curve Cut iv) Contour Cut d) Kelebihan mesin vertical band saw i) Menjimatkan penggunaan tenaga. ii) Boleh memotong bentuk lengkungan dan bentuk yang kompleks. iii) Bahan yang hendak dipotong boleh digerakkan secara bebas oleh operator. iv) Sesuai digunakan di bengkel yang kecil dan sederhana. v) Memotong dengan cepat dan ukuran potongan lebih tepat. vi) Mengurangkan sisa lebihan bahan. e) Keburukan mesin vertical band saw i) Berkeupayaan memotong bahan kerja yang bersaiz kecil sahaja. ii) Berkeupayaan memotong bahan yang lembut sahaja.


iii) Potongan yang cepat hanya boleh dibuat pada bahan yang berongga sahaja. iv) Bahan kerja perlu dipegang dengan tangan dan boleh menyebabkan kecederaan. 1.2) Horizontal Band Saw Horizontal band saw adalah satu jenis mesin gergaji kuasa yang menggunakan motor elektrik untuk memusingkan gelungan mata gergaji melalui roda panduan yang berada pada lengannya. Lengan mesin ini dikuasakan dengan menggunakan sistem hidraulik untuk mengawal kadar penurunan lengan kepada benda kerja. Gelungan mata gergaji yang berputar akan dibantu dengan penurunan lengan secara perlahanlahan akan menghasilkan potongan kepada benda kerja. Terdapat dua jenis mesin horizontal band saw iaitu jenis pivot (rujuk rajah 4) atau dual column (rujuk rajah 5). Kelebihan mesin pemotong jenis ini berbanding vertical adalah ia boleh memotong benda kerja yang padu dan berdiameter besar. Ia juga boleh disetkan pemotongan secara pukal sama ada secara automatik mahu pun separa automatik. Rajah 4: Horizontal Band Saw Jenis Pivot Rajah 5: Horizontal Band Saw Jenis Dual Column


Mesin jenis pivot menggunakan satu silinder hidraulik dan mesin jenis dual column menggunakan 2 silinder hidraulik untuk mengawal penurunan lengan pemotong. Konsep pemotongan tetap sama antara kedua-dua jenis mesin kerana penurunan mata pemotong menggunakan kuasa hidraulik. Apa yang membezakan hanya cara mata pemotong turun. Mesin jenis pivot akan menurunkan lengannya secara bersudut dan mesin jenis dual column akan menurunkan mata dengan cara menegak. Apabila mesin jenis pivot membuat potongan, mata pemotong akan memasuki bahan pada sudut yang curam dan menghasilkan kitaran pemotongan yang panjang. Mesin jenis dual column pula mempunyai sudut bilah yang tetap dan laluan pemotongan hanya sepanjang diameter bahan. Mesin jenis pivot boleh menghasilkan potongan yang lebih baik daripada mesin jenis dual column. Sudut masuk mata pemotong lebih curam menyebabkan bilahnya kurang berkeliaran. Faktor ini tidak kritikal pada aplikasi pemotongan benda kerja yang nipis, tetapi apabila ketebalan benda kerja meningkat faktor ini akan menjadi pertimbangan yang paling utama. Walaupun diameternya benda kerja sama, masa pemotongan adalah berbeza mengikut rekabentuk gergaji. Masa pemotongan mesin jenis pivot adalah berdasarkan ketinggian atau jarak laluan turun hujung lengan pemotong. Masa pemotongan mesin jenis dual column pula adalah bersamaan dengan diameter bahan (rujuk rajah 6). Rajah 6: Perbandingan Potongan Antara Horizontal Band Saw Jenis Pivot dan Jenis Dual Program Mesin horizontal band saw yang paling mudah adalah manual dan yang paling maju adalah automatik sepenuhnya. Mesin jenis yang pertengahan pula adalah dari jenis


yang separa automatik. Mesin horizontal band saw manual memerlukan pengendali menggunakan kekuatan fizikal mereka untuk mengangkat lengan pemotongan selepas setiap kali pemotongan. Lengan pemotongan biasanya berat dan proses pemotongan akan menjadi lambat. Kepayahan kerja tersebut, masa yang diperlukan untuk mengangkat lengan pemotong dan risiko kecederaan perlu diperhalusi sekiranya mahu menggunakan mesin jenis ini. Mesin horizontal band saw separa automatik bergantung pada omboh hidraulik untuk menaikkan dan menurunkan lengan pemotong. Untuk mengoperasikan mesin, operator akan menekan butang untuk menaikkan lengan pemotong, mengapit benda kerja pada ragum dan menekan butang MULA. Mesin akan membuat pemotongan dan mengangkat lengan pemotong. Mesin jenis separa automatik sesuai jika anda mahu membuat pemotongan beberapa bahagian bahan yang pendek daripada bahan yang panjang. Sistem hidraulik berfungsi sebagai mekanisme untuk menaikkan dan menurunkan lengan pemotongan. mesin horizontal band saw automatik dilengkapi dengan penggelek yang boleh menggerakkan benda kerja secara ulang alik kedalam ragum. Kebanyakan mesin horizontal band saw automatik mempunyai panel kawalan digital. Ragum standard pada mesin horizontal band saw automatik cenderung kepada jenis penggelek berkuasa motor. Ia menggunakan tiga hingga lima silinder yang disusun secara menegak pada setiap sisi bahan. Satu sisi beralur digunakan untuk membantu memegang dan memajukan benda kerja dan satu sisi lagi adalah rata (rujuk rajah 7). Rajah 7: Penggelek Berkuasa Motor Satu lagi pilihan adalah ragum jenis ulang alik. Seperti namanya, ia berfungsi untuk menarik dan mengapit benda kerja masuk secara ulang alik dan memasukkannya kearah lengan pemotong. Ragum jenis ulang alik adalah pilihan terbaik untuk memotong bahan secara pukal kerana ia mempunyai kuasa yang mencukupi untuk mengendalikan pemotongan pada jumlah yang besar dan mempunyai daya yang mencukupi untuk mengapit benda kerja dari berlaku gelinciran (rujuk rajah 8).


Rajah 8: Ragum Jenis Ulang Alik Selepas menentukan panjang potongan yang dikehendaki dengan kiraan yang betul, operator akan menekan butang MULA dan mesin akan memulakan pemotongan sehingga habis kiraan benda kerja yang sepatutnya dipotong. Tiga perkara yang menyebabkan mesin horizontal band saw berhenti beroperasi dengan sendirinya iaitu sekiranya ia kehabisan bahan untuk dipotong, yang kedua sekiranya kerja pemotongan telah selasai dan ketiga sekiranya mata gergaji patah atau rosak semasa dalam proses pemotongan (rujuk rajah 9). Kebanyakan mesin telah dilengkapi dengan pengesan yang boleh menghentikannya sekiranya berlaku kegagalan pada mata pemotong. Rajah 9: Mata Pemotong Yang Rosak Bagi sesetengah projek fabrikasi, pemotongan miter mungkin menjadi pilihan untuk membuat pemasangan projek kelihatan lebih baik dan sesetengahnya menjadikan ia satu kemestian dalam proses pemotongan mereka. Terdapat dua jenis mesin yang boleh membuat potongan miter iaitu swiveling-head saws (rujuk rajah 10) dan swiveling-vise saws (rujuk rajah 11).


Rajah 10: Swiveling-Head Saws Rajah 11: Swiveling-Vise Saws Mesin Swiveling-Vise Saws akan mengapit benda kerja pada sudut yang diperlukan dan mengerakkannya pada arah yang diperlukan. Sekiranya benda kerja yang hendak dipotong panjang, operator akan memerlukan ruang yang besar sebagai kelegaaan kepada panjang tersebut kerana benda kerja telah disilangkan untuk mendapatkan sudut potongan. Menjadi persoalan pula dengan jenis mesin miter yang diperlukan untuk memotong benda kerja secara pukal. Apakah jenis mesin miter yang paling sesuai untuk kerja ini? Jawapannya adalah dengan menggunakan mesin miter yang automatik sepenuhnya. Ia adalah satu peleburan yang baik ia akan menyediakan potongan padu satu arah sahaja. Ia juga menghasilkan potongan yang konsisten dan seragam pada setiap benda kerja yang dipotong. Mesin horizontal band saw mempunyai bahagian mesin serta fungsinya seperti berikut control box, blade tensioning hand wheel, blade guide support, saw head feed rate control, saw head, speed control, belt cover, drive mototr, blade, vise clamping hand wheel dan sistem hidraulik seperti ditunjukkan pada rajah 12.


Rajah 12: Bahagian Mesin Horizontal Band Saw a) Control box Bahagian ini mengawal pergerakan lengan pemotong, mengawal kelajuan memotong dan mengawal pusingan mata pemotong. b) Blade tensioning hand wheel Bahagian ini digunakan untuk menegangkan mata pemotong semasa proses pemasangan mata pemotong. Ia akan memastikan mata mendapat tegangan yang cukup untuk membuat potongan. c) Blade guide support Alat sokongan ini digunakan untuk memandu mata pemotong supaya sentiasa berada dalam keadaan tegak semasa proses pemotongan dijalankan. Ia mempunyai dua (2) tiang yang dilengkapi dengan pelaras mata pemotong pada bahagian bawah. d) Saw head feed rate control Alat kawalan ini digunakan untuk mengawal kelajuan menurun lengan pemotong. Dengan bantuan alat ini sistem hidraulik dengan kawalan kelajuan akan menurunkan lengan pemotong dan menghasilkan potongan berdasarkan tekanan yang dikenakan ke bawah.


e) Saw head Lengan pemotongan yang digunakan untuk meletakkan roda panduan mata pemotong, motor elektrik, gelungan mata pemotong dan sistem takal yang memusingkan roda panduan. Ia mempunyai peranan paling penting dalam menaikkan dan menurunkan mata pemotong. f) Speed control Ia berfungsi sebagai alat kawalan kelajuan mata pemotong mengikut ketebalan benda kerja. g) Belt cover Bahagian ini adalah pelindung kepada sistem takal. Ia adalah peralatan keselamatan tambahan kepada pengguna. Sekiranya sistem ini tidak ditutup, ia dikhuatiri akan menyebabkan baju atau tangan tersangkut pada bahagian tersebut dan mendatangkan kecederaan. h) Drive motor Motor ini berfungsi sebagai penggerak atau pemutar kepada roda panduan dan menyebabkan gelungan mata pemotong juga turut berputar. i) Blade Gelungan ini dipasangkan pada roda panduan dan dilaraskan kedudukan menegak oleh blade guide support. Bahagian ini adalah yang paling utama kerana tanpa ia pemotongan tidak akan berlaku. j) Vise clamping hand wheel Alat pemutar ini diletakkan pada ragum untuk proses mengetatkan atau melonggarkan benda kerja pada bahagian rahang ragum. k) Saw head cover Bahagian ini berfungsi sebagai penutup kepda roda panduan yang memutarkan gelungan mata pemotong. Ia adalah alat tambahan keselamatan untuk menghindari bahaya yang datang dari objek yang berputar. l) Sistem hidraulik


Sistem ini juga antara bahagian yang paling penting kerana ia bertindak sebagai alat untuk menaikkan dan menurunkan lengan pemotong mengikut kesesuaian dan saiz benda kerja. 1.3) Jigsaw Apabila anda perlu membuat potongan lurus atau melengkung, terutamanya pada benda kerja yang agak nipis dan tidak terlalu tebal, penggunaan jigsaw sebagai alat pemotongan adalah sangat membantu (rujuk rajah 13). Jigsaw adalah sebuah alat pemotongan yang mudah alih dan serba boleh. Ia amat membantu dalam kerja-kerja potongan lengkungan dan abstrak dan tidak mengikut dimensi yang tepat. Ia mempunyai konsep pemotongan konvensional iaitu tolak dan tarik. Mata pemotong akan memotong benda kerja apabila ditarik dan masuk semula tanpa membuat potongan. Kitaran ini akan berulang-ulang sehingga ia menyelesaikan kerja pemotongan tersebut. Mesin jigsaw dikuasakan oleh motor berkuasa elektrik dan mekanisme penurun dan penaik mata pemotong. Kitaran potongan mata pemotong jigsaw dipandu oleh satu roda panduan kecil agar ia tidak mudah patah dan tergelincir dari laluan pemotongan. Roda panduan ini akan mengekalkan mata pemotong dalam keadaan tegak dan lurus (rujuk rajah 14). Rajah 13: Mesin Jigsaw Rajah 14: Roda Panduan Mata Pemotong Jigsaw


Pada masa kini, kebanyakan jigsaw dilengkapi dengan tindakan pengorbitan dan dikenali juga sebagai 'tindakan pendulum'. Dengan ciri ini, gerakan berayun digunakan dengan meletakkan bilah dalam keadaan miring sedikit ke hadapan supaya ia boleh memotong benda kerja (rujuk rajah 15). Jigsaw awalan terdahulu hanya menggunakan pergerakan ke atas dan bawah sahaja. Rajah 15: Tindakan Pengorbitan Pada Mesin Jigsaw Tindakan pengorbitan akan menghasilkan tindakan pemotongan yang lebih agresif dan menjadikan jigsaw lebih cekap, terutamanya apabila memotong bahan benda kerja yang tebal. Apabila laluan menegak mata pemotong telah diubah kepada pengorbitan, pergerakan ini akan membantu menyingkirkan burr dan habuk pemotongan dengan mudah serta mengurangkan geseran semasa pemotongan. Pergerakan pengorbitan juga boleh menyejukkan mata pemotong dan menjamin jangka hayat yang lebih panjang. Oleh kerana tindakan pengorbitan ini meningkatkan kelajuan pemotongan maka hasil pemotongannya kelihatan kasar. Gerakan ini tidak sesuai digunakan untuk memotong benda kerja yang memerlukan ketepatan. Tindakan pengorbitan jigsaw dikawal oleh pengawal dial yang biasanya terdapat pada bahagian sisi mesin jigsaw. Ia boleh dilaraskan mengikut kesesuaian pemotongan pada benda kerja yang dikehendaki oleh operator. Kebanyakan mesin jigsaw mempunyai empat atau lima tindakan pengorbitan yang berbeza (rujuk rajah 16). Pergerakan mata pemotong jigsaw pada keadaan lurus tanpa tindakan pengorbitan biasanya digunakan untuk mendapatkan hasil potongan yang lebih licin dan bersih. Pengorbitan paling maksimum pula digunakan untuk membuat potongan yang lebih pantas dan kasar. Perlu diinatkan bahawa pemotongan garisan lurus lebih memerlukan tindakan pengorbitan berbanding memotong bahagian yang melengkung kerana ia memerlukan pergerakan yang lebih rumit untuk mendapatkan lengkungan.


Rajah 16: Pengawal Tindakan Pengorbitan Mesin Jigsaw Jigsaw digunakan untuk membuat pemotongan yang melengkung dan rumit (rujuk rajah 17). Walaubagaimanapun ia tidaklah terhad kepada jenis pemotongan itu sahaja malah ia boleh digunakan untuk memotong benda kerja secara lurus dan menyerong. Hasil potongan mesin jigsaw jauh lebih halus berbanding mesin gergaji yang lain. Bilah mata pemotongnya boleh dipasang pada ruang yang ketat dapat menahan garis potongan melengkung yang ekstrem. Penghasilan mesin jigsaw ini juga tidak berat dan memudahkan kerja operator. Hampir semua saiz bulatan boleh dipotong dengan tepat menggunakan mesin jigsaw sama ada dengan bantuan tangan atau dengan menggunakan alat pemandu potongan bulatan. Dengan penggunaan saiz mata pemotong yang lebih besar, mesin jigsaw dapat dipandu untuk membuat potongan lurus dengan baik. Potongan boleh dilakukan sama ada merentasi kepanjangan atau kelebaran benda kerja yang hendak dipotong (rujuk rajah 18). Mesin jigsaw juga agak unik dalam melibatkan potongan jenis plunge. Biasanya potongan plunge dimulakan pada bahagian tengah dan bukan di bahagian tepi benda kerja. Ia adalah teknik yang berguna untuk membuat potongan lubang (rujuk rajah 19). Kebanyakan mesin jigsaw juga mempunyai tapak yang boleh dilaraskan. Tapak ini digunakan sebagai penjarak antara benda kerja dan mata pemotong. Ia boleh dilaraskan mengikut sudut yang dikehendaki sekiranya opertaor mahu mendapatkan potongan yang serong. Sudut maksimum tapak adalah sebanyak 45 darjah (rujuk rajah 20).


Rajah 17: Potongan Melengkung Rajah 18: Potongan Lurus Rajah 19: Potongan Plunge Rajah 20: Potongan Serong


Rajah 21: Bahagian Utama Mesin Jigsaw Berdasarkan rajah 21 dapat kita perhatikan bahawa terdapat bahagian penting pada mesin jigsaw yang perlu kita ketahui seperti speed control dial, lock-on button, ON/OFF switch, handle, power cord, shoe, blade roller guide, blade, blade clamp dan orbital action dial. Seperti yang telah diterangkan, tapak ini digunakan sebagai penjarak antara benda kerja dan mata pemotong. Ia boleh dilaraskan mengikut sudut yang dikehendaki sekiranya operator mahu mendapatkan potongan yang serong. Bilah mata pemotong jigsaw (blade) akan menonjol keluar dari bahagian tapak dan akan melakukan tindakan memotong pada benda kerja. Gigi mata pemotong biasanya menghala keatas untuk memudahkan proses potongan. Bilah mata pemotong jigsaw mempunyai bilangan gigi yang berbeza mengikut kemasan yang diperlukan. Setiap jenis mata pemotong mempunyai tugas tersendiri mengikut jenis bahan yang akan dipotong (rujuk rajah 22). Rajah 22: Bilah Mata Pemotong Mesin Jigsaw Pengapit bilah jigsaw (blade clamp) digunakan untuk memegang mata pemotong supaya kekal dalam kedudukannya. Pengapit mata pemotong terdiri daripada satu


atau dua skru yang dilonggarkan dan diketatkan dengan kunci Allen untuk mengunci mata pemotong pada tempatnya. Walaubagaimanapun, penggunaan pengapit mata pemotong tanpa kunci pada masa kini lebih menjimatkan masa dan memudahkan cara untuk melonggarkan atau mengetatkan mata pemotong pada mesin (rujuk rajah 23). Diatas bahagian tapak terdapat bahagian yang dinamakan roda panduan mata pemotong (blade roller guide) yang berfungsi sebagai pemandu mata pemotong semasa proses pemotongan dilakukan. Mata pemotong akan diletakkan ditengahtengah roda panduan supaya ia sentiasa berada dalam keadaan tegak dan mengelakkannya daripada bengkok atau patah (rujuk rajah 24). Mesin jigsaw dilengkapi dengan pemegang (handle) untuk memudahkan operator memegang mesin semasa memotong benda kerja. Ia juga digunakan apabila hendak membawa atau mengalihkan mesin ke tempat yang lain. Terdapat dua jenis pemegang iaitu barrel grip dan top handle (rujuk rajah 25). Rajah 23: Blade Clamp Rajah 24: Blade Roller Guide


Rajah 25: Handle Suis ON/OFF biasanya diletakkan pada bahagian bawah pemegang. Ia berfungsi sebagai pengalir elektrik kepada motor dan menyebabkan mata pemotong bergerak (rujuk rajah 26). Mata pemotong akan bergerak sekiranya suis ditekan dan berhenti apabila dilepaskan. Suis ini disambungkan dengan pelaras kelajuan (speed control dial). Ia berfungsi sebagai pengawal kelajuan mata pemotong (rujuk rajah 27). Semakin tinggi nombor yang dipilih maka semakin tinggi kelajuan mata yang diperolehi. Ia juga mempunyai butang kunci hidup (lock-on switch) yang mengawal suis semasa memotong (rujuk rajah 28). Kunci ini akan memegang suis sementara ia memotong sekiranya ditekan sekali dan melepaskan suis sekiranya ditekan untuk kali kedua. Faktor ini memberi kelebihan pada operator kerana tidak perlu menekan suis sepanjang masa dan boleh mengurangkan kepenatan. Rajah 26: ON/OFF Switch


Rajah 27: Speed Control Dial Rajah 28: Lock-On Button Apabila tindakan pengorbitan diaktifkan, mata pemotong kan bergerak keatas dan kebawah pada paksi terkehadapan. Ia akan menghasilkan potongan yang lebih agresif. Pengawal tindakan pengorbitan (orbital action dial) mempunyai empat hingga lima kedudkan yang boleh dilaraskan untuk mengawal kedudukan mata pemotong semasa bergerak ke hadapan pada setiap lejang pemotongan (rujuk rajah 29). Bagi mesin jigsaw yang menggunakan kuasa elektrik, ia dilengkapi dengan kabel kuasa (power cord). Faktor ini penting dalam pemilihan mesin jigsaw kerana ia menentukan tahap mudah alih dan mobilisasi peralatan ini. Panjang biasa kabel kuasa ini adalah sepanjang 2 meter hingga 5 meter. Kabel ini boleh juga ditanggalkan sekiranya hendak menyimpannya (rujuk rajah 30). Terdapat juga mesin jigsaw yang menggunakan bateri sebagai sumber kuasa. Bateri yang digunakan adalah dari jenis boleh dicaj semula menggunakan tenaga elektrik. Pek bateri biasanya diletakkan pada bahagian belakang mesin jigsaw. Penggunaan mesin jigsaw jenis ini juga mudah alih dan tahap mobilisasinya juga tinggi (rujuk rajah 31).


Rajah 29: Orbital Action Dial Rajah 30: Power Cord Rajah 31: Cordless Jigsaw 1.4) Power Hacksaw Power hacksaw dan band saw adalah dua jenis mesin gergaji kuasa yang biasa digunakan dalam proses pemotongan. Power hacksaw menggunakan konsep pemotongan konvensional iaitu dengan menggerakkan mata gergaji kehadapan dan belakang untuk menghasilkan potongan. Ia menggunakan mata pemotong tunggal dan tidak bergelung seperti mesin band saw. Mata pemotong ini digerakkan ke hadapan dan belakang dengan bantuan engkol yang bersambung pada motor kuasa (rujuk rajah 32).


Rajah 32: Power Hacksaw Berdasarkan rajah 32, mesin ini mempunyai komponen utama seperti base, vise, frame, adjustable feed clutch dan speed change mechanisme. Base adalah bahgian tapak yang menstabilkan kedudkan mesin pada lantai. Didalam base terdapat takungan bahan penyejuk mata pemotong berbentuk bendalir. Bendalir ini akan dialirkan semasa proses pemotongan dengan menggunakan pam dan dialirkan melalui hos khas. Frame adalah kerangka berbentuk U yang berfungsi sebagai pemegang mata pemotong. Mata pemotong akan diikat pada kedua-dua bahgian hujung frame dengan menggunakan skru. Vise atau ragum pula adalah alat untuk memegang benda kerja semasa proses pemotongan. Ragum biasanya dilengkapi dengan sistem pengunci manual atau automatik. Pengunci manual perlu menggunakan tangan untuk memusingkan skru pengunci. Bagi jenis yang automatik pula dilengkapi dengan motor kuasa yang memusingkan skru pengunci secara automatik melalui kawalan switch. Jumlah masukan mata pemotong ditentukan oleh adjustable feed clutch. Peranti ini akan mengawal kadar masukan mata pemotong kedalam benda kerja. Ia boleh dikenakan tekanan manual dengan meletakkan pemberat pada hujung frame. Bagi yang automatik, ia akan dilengkapi dengan silinder hidraulik yang dikawal kelajuan turun dan naik frame dengan menggunakan suis pelaras kelajuan. Speed change mechanisme adalah satu peranti kawalan yang mengawal kelajuan motor kuasa yang memusingkan engkol untuk membolehkan mata pemotong bergerak. Semakin laju engkol dipusingkan maka semakin laju kerja pemotongan diselesaikan. Namun perkara ini tidak begitu


baik untuk diamalkan kerana boleh memendekkan jangka hayat mata pemotong. Ia sepatutnya mengawal kelajuan mata pemotong mengikut jenis bahan yang dipotong. Proses pemotongan akan berhenti dengan sendiri sekiranya bahagian frame menyentuh pengesan pada bahagian tapak dan menaikkan semula frame ke atas. Kelajuan potongan mesin power hacksaw diukur dengan jumlah lejangan mata pemotong seminit. Untuk mengukur kelajuan adalah penting untuk kita mengambil kira diameter bahan yang hendak dipotong. Lejangan mata pemotong yang panjang yang digunakan pada kelajuan yang sesuai akan menyebabkan pemotongan yang pantas berbanding lejangan mata pemotong yang pendek pada kelajuan yang sama. Jumlah panjang lejangan pada kebanyakan mesin power hacksaw adalah diantara 4 hingga 10 inci bergantung kepada saiz mesin. Pada mesin yang mempunyai lejangan boleh laras, kita boleh melaraskan jumlah panjang lejangan pada bahan yang berdiameter kecil agar frame tidak melanggar bahan sekiranya ia dilaras terlalu panjang. Kebanyakan mesin power hacksaw mempunyai pelarasan panjang lejangan dari 2 hingga 3 inci dan sesetengah mesin pula mempunyai beberapa panjang lejangan boleh dipilih. Sesetengah mesin power hacksaw yang mempunyai pelarasan kelajuan tunggal, kelajuan potongan boleh dilaraskan dengan melaraskan panjang lejangan mata pemotong. Sekiranya panjang lejangan digandakan maka kelajuan memotong akan bertambah. Jumlah pelarasan ini boleh dipecahkan mengikut kesesuaian sama ada mahu menyelesaikan kerja memotong dengan cepat atau lambat. Jumlah kelajuan yang dinyatakan dalam jadual 1 adalah sebagai contoh. Kelajuan yang betul untuk memotong pelbagai jenis bahan adalah bergantung kepada jenis mesin yang digunakan. Secara amnya kelajuan yang tinggi akan digunakan untuk memotong bahan yang lembut dan kelajuan yang rendah untuk memotong bahan yang keras. Sekiranya kelajuan tidak mampu untuk dinyatakan maka kita perlu mengurangkan kelajuan agar mata pemotong tidak haus atau rosak. Faktor berikut boleh digunakan sebagai panduan untuk memilih masukan mata pemotong ke dalam bahan yang dipotong. a) Mata pemotong yang dimasukkan mestilah ringan ketika permulaan pemotongan dan ditambah selepas ia mula memotong. b) Bahan yang keras memerlukan jumlah masukan yang ringan daripada bahan yang lembut. Ia juga perlu diringankan lagi sekiranya mata pemotong berhadapan dengan bahan terkimpal dan mempunyai tahap kekerasan bahan yang tinggi. c) Bahan yang lebar mesti menggunakan jumlah masukan mata pemotong yang lebih berat berbanding bahan yang kecil kerana tekanan yang disebarkan pada pemukaan yang luas.


d) Mata pemotong yang tajam akan memotong dengan mudah dan menggunakan jumlah masukan mata pemotong yang ringan. Mata pemotong yang tumpul akan menyebabkan kita perlu menggunakan jumlah masukan mata pemotong yang lebih berta dan masa pemotongan yang panjang.


Jadual 1: Kelajuan Lejangan Seminit Yang Disyorkan Mengikut Jenis Bahan Material Speed In Stroke Per Minute 4 To 6 Inch 8 To 10 Inch Aluminium 135 65 Brass 135 65 Bronze 90 45 Cast Iron 90 45 Copper 135 65 Steel, Alloy 90 45 Steel, High Speed 60 30 Steel, Machine 135 65 Steel, Stainless 60 30 Steel, Tool (Annealed) 90 45 Steel, Tool (Unannealed) 60 30 2) PERALATAN PEMOTONGAN GERGAJI Terdapat peralatan lain yang terdapat pada mesin gergaji kuasa yang membantu kerja pemotongan. Peralatan-peralatan ini dicipta dengan unik bersesuaian dengan penggunaan dan kemudahan kepada operator yang mengendalikannya. Kita sebagai pengguna hanya perlu mengedalikannya dengan berhati-hati agar tidak mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain. Sentiasa merujuk kepada SOP berkaitan mesin gergaji kuasa untuk memastikan keselamatan terjamin. 2.1) Accessories Mesin gergaji kuasa juga mempunyai aksesori tambahan seperti mana mesin-mesin lain yang ada diindustri dan pusat latihan. Aksesori adalah pelengkap dan alat bantuan yang sangat efektif dan dicipta khas untuk memudahkan kerja pemotongan menggunakan mesin gergaji kuasa. Ada aksesori yang sama antara satu mesin dengan yang lain dan ada aksesori khas dibuat khas untuk penggunaanya sahaja. Secara amnya aksesori mesin gergaji kuasa yang kita bincangkan adalah saw blade and teeth, clamping device, stopper, jig dan lifting device. a) Coolant and lubricant Coolant and lubricant menjadi unsur yang sangat penting dalam operasi pemotongan bahan dengan menggunakan mesin gergaji kuasa. Sebab utama


coolant and lubricant digunakan dalam pemesinan ialah untuk membebaskan haba daripada mata alat dan benda kerja. Tindakan geseran di antara muka tepi pemotong dengan burr yang dirincih menghasilkan haba yang boleh menyebabkan tepi pemotong melekat seterusnya boleh memecah atau mematahkan hujung matanya. Keadaan ini menghasilkan permukaan yang tidak baik dan kerja yang tidak tepat. Coolant and lubricant boleh dikelaskan kepada mineral oil, soluble oil dan synthetic oil. i) Mineral oil Mineral oil boleh dikelaskan kepada jenis aktif dan tak aktif bergantung pada kemampuannya menahan haba yang meningkat dalam pemesinan. Terdapat tiga jenis minyak galian yang aktif iaitu:  Sulfur-base oil - sesuai untuk keluli lembut tetapi tidak sesuai untuk tembaga atau aloi kuprum.  Chlorinated and sulfurized oil - sesuai untuk keluli lembut dan aloi krom nikel.  Straight fatty oil - sesuai untuk kerja memesin berat. Sementara mineral oil tak aktif pula terdiri daripada:  Regular mineral oil - sesuai untuk logam berplumbum, dan memotong benang.  Mineral lard oil - sesuai untuk kebanyakan logam ferus dan bukan ferus.  Sulfurized mineral lard oil - sesuai untuk menghasilkan permukaan yang sangat licin, seperti untuk sudahan kerja. ii) Soluble oil Air merupakan bahan penyejuk yang paling baik tetapi boleh menyebabkan karat kepada benda kerja terutamanya logam-Iogam ferus, dan sifat pelincirannya sangat rendah. Jika soluble oil dicampurkan kepada air, ia boleh menjadi coolant oil yang mempunyai sifat cepat sejuk dan menahan daripada kekaratan. Soluble oil dibekalkan dalam bentuk pekatan. Nisbah campuran berbeza-beza mengikut jenisnya. Contohnya, 5 bahagian minyak boleh larut dicampurkan kepada 1000 bahagian air. Soluble oil sangat sesuai digunakan untuk memesin pada kelajuan yang tinggi. Terdapat tiga jenis soluble oil iaitu:  Soluble mineral oil - digunakan untuk kegunaan am.


 Highly fat-soluble oil - digunakan dalam kerja-kerja memesin yang lebih lasak.  High pressure soluble oil - digunakan untuk kerja-kerja memesin lasak. iii) Synthetic oil Coolant oil jenis ini sesuai untuk logam ferus dan aloi aluminium sahaja. Sementara logam bukan ferus yang lain tidak disyorkan terutama sekali Aloi Magnesium, Zink, Kadmium atau Plumbum. b) Fungsi coolant oil Terdapat pelbagai fungsi coolant oil antaranya adalah: i) Untuk menyejukkan tepi pemotong mata alat. ii) Untuk menyejukkan benda kerja. iii) Mengurangkan geseran yang berlaku antara mata alat dengan benda kerja. iv) Membantu memecahkan burr. v) Menghindarkan burr daripada melekat kepada tepi pemotong mata alat. vi) Untuk mengeluarkan serpihan-serpihan burr. c) Ciri-ciri coolant oil Antara ciri-ciri yang perlu ada pada satu-satu jenis coolant oil bagi menjadikan ia satu coolant oil yang baik, ialah: i) Mempunyai sifat penyerap haba yang tinggi. Dengan ini penyejukan dapat dibuat dengan lebih berkesan. ii) Mempunyai sifat pelinciran yang baik yang dapat mengurangkan geseran antara mata alat dengan benda kerja, dan mengelak burr daripada melekat pada tepi pemotongnya. iii) Mempunyai takat kilat yang tinggi. Jadi, ia tidak mudah terbakar dan bahaya-bahaya kebakaran dapat dielakkan. iv) Mempunyai kelikatan yang rendah, supaya ia dapat mengeluarkan burr dengan mudah. v) Seelok-eloknya biarlah jernih ataupun tembus cahaya supaya tindakan memotong mata alat dapat dilihat dengan jelas. vi) Tidak menyebabkan mesin berkarat. vii) Tidak berbau busuk. viii) Tidak memudaratkan atau merbahayakan pengguna. ix) Tidak menghalang proses pemotongan apabila digunakan.


d) Kebaikan coolant oil Hasil daripada penggunaan coolant oil dapat: i) Menjimatkan kos mata alat. Penggunaan coolant oil menyebabkan mata alat lambat haus dan tahan lama serta dapat menjimatkan masa mengasah (mencanai) mata alat. ii) Meningkatkan produktiviti. Penggunaan coolant oil membolehkan kelajuan mesin yang tinggi digunakan, dan kerja-kerja dapat dihasilkan dengan lebih pantas lagi. iii) Menjimatkan tenaga. Disebabkan geseran dapat dikurangkan, mesinmesin tidak menggunakan tenaga yang berlebihan. iv) Meningkatkan mutu. Mata alat dapat melakukan pemotongan dengan baik dan berkesan dan boleh menghasilkan kemasan kerja yang baik dan kerja yang tepat. v) Menjimatkan tenaga buruh. Kerja-kerja menukar alat, dan mengasah mata alat dapat dikurangkan. e) Pemilihan coolant oil Jadual 2: Contoh Pemilihan Coolant Oil Untuk Pelbagai Jenis Logam Nama Logam Coolant Oil Besi Tuang Kering Keluli Karbon Rendah Aloi Keluli Keluli Tahan Karat Soluble Oil Synthetic Oil Sulfur-Base Oil Loyang Kering Gangsa Kering Aluminium Kerosin Tembaga Campuran Minyak Babi Dan Turpentin Pencampuran dengan air adalah penting untuk mengekalkan kestabilan coolant oil semasa memotong. Arahan percampuran yang betul tersedia pada semua lembaran data dan maklumat pekatan coolant oil. Untuk prestasi yang optimum dan hayat yang maksimum, pekatan coolant oil mestilah dicampurkan dengan air. Percampuran antara coolant oil dan air perlu dibuat dengan teliti mengikut aturan. Perlu diingat coolant oil mestilah dimasukkan diakhir percampuran. Pekatan coolant oil biasanya


dicampurkan dengan air dengan menggunakan pengadun berkadar seperti proportioning pumps atau venturi mixers. Pengadun ini menggunakan nisbah dalam percampurannya. Jumlah pekatan coolant oil yang perlu dicampur biasanya dengan sasaran +/- 2%. Walaubagaimanapun adalah lebih baik jika kita mengekalkan sasaran pekatan mengikut sasaran pengeluar pekatan coolant oil. Ia akan membantu anda mencapai kelegaan pemotongan dengan baik. Percampuran coolant oil dan air boleh dikira mengikut formula yang ditetapkan. Sekiranya nisbah percampuran diketahui maka jumlah peratusannya boleh dikira seperti berikut: Bahagikan 1 kepada jumlah bahagian percampuran (air + pekatan coolant oil) Sebagai contoh jika nisbah percampuran adalah 8:1 atau 8 bahagian air dan 1 bahagian pekatan coolant oil bersamaan dengan 9 bahagian. Maka peratus percampurannya adalah 11.1% (1 dibahagikan kepada 9) Sekiranya peratus percampuran diketahui maka jumlah peratusannya boleh dikira seperti berikut: (100 – peratus) : peratus Sebagai contoh jika peratusnya adalah 4%, ambil 100 – 4 (bersamaan dengan 96), maka jumlah nisbah percampuran adalah 96:4 yang dikecilkan kepada 24:1. Percampuran air dan pekatan coolant oil juga boleh ditentukan mengikut ketetapan yang dibuat oleh pengeluar pekatan coolant oil. Jumlah nisbah percampuran pekatan coolant oil yang ditentukan secara standard adalah seperti dalam jadual 3. Jadual 3: Nisbah Percampuran Standard Pekatan Coolant Oil Dan Air Peratus Nisbah 2% 49:1 3% 32.3:1 4% 24:1 5% 19:1 6% 15.6:1 7% 13.3:1 8% 11.5:1 9% 10.1:1 10% 9:1


11% 8.1:1 12% 7.4:1 f) Saw blade and teeth Mesin gergaji kuasa menggunakan bilah mata pemotong untuk melakukan pemotongan pada benda kerja. Bezanya adalah pada bentuk dan cara pembuatannya. Penggunaannya sama sahaja untuk memotong. Mesin band saw menggunakan mata pemotong berbentuk gelungan, mata pemotong jigsaw adalah kecil dan memotong secara menegak. Mata pemotong power hacksaw pula berbentuk lurus seperti pembaris keluli yang bergigi. Pemilihan jenis mata gergaji adalah penting sebelum menggunakannya. i) Bilah mata pemotong band saw Bilah mata pemotong band saw dihasilkan dalam dua bentuk. Ia dibekalkan dalam gulungan berukuran 50 hingga 500 kaki untuk digunakan pada mesin yang mempunyai pengimpal pada bahagian tepi mesin untuk membentuk gelungan bilah mata pemotong mereka sendiri. Mata pemotong mesin band saw juga dibekalkan dalam saiz standard untuk mesin yang tidak mempunyai kemudahan untuk mengimpal bilah mata pemotong. Bilah mata pemotong mesin band saw dipebuat daripada besi aoi. Ia bersifat fleksibel pada badan bilah dan kekerasan pada giginya diperolehi hasil dari proses menyepuhlindap. Mata pemotong mempunyai set gigi untuk membuat potongan atau kerf yang sedikit lebar daripada ketebalan mata pemotong. Ia bertujuan untuk mengelakkan mata pemotong tersepit didalam lurah potongan. Pelarasan gigi mata pemotong dikenali sebagai raker. Barisan gigi pada kebanyakan mata pemotong band saw mempunyai satu gigi yang bengkok ke kanan, satu kekiri dan satu menegak (rujuk rajah 33).


Rajah 33: Barisan Gigi Mata Pemotong Band Saw Pitch pada mata pemotong band saw adalah jumlah gigi pada setiap inci ukurannya (rujuk rajah 34). Sebagai contoh, sekiranya mata pemotong mempunyai 14 gigi pada setiap inci (tpi) maka ia bermaksud 14 pitch. Mata pemotong band saw biasanya mempunyai julat gigi antara 6 hingga 32 gigi per inci. Gigi yang halus digunakan untuk memotong benda kerja yang nipis. Gigi yang kasar pula digunakan untuk memotong benda kerja yang besar dan logam yang lembut. Rajah 34: Jumlah Gigi Pada Setiap Inci Mata Pemotong Mata pemotong band saw dipilih bergantung kepada jenis bahan yang hendak dipotong, ketebalan bahan dan jenis pemotongan yang akan digunakan. Bahan yang lembut dan tebal boleh menggunakan gigi yang kasar untuk mengeluarkan tatal daripada celahan pemotongan. Sekiranya kita memerlukan potongan yang halus dan licin, kita boleh menggunakan gigi yang halus. Gigi yang halus biasanya digunakan untuk memotong kepingan logam dan tiub. Sekiranya kepingan logam terlalu nipis, ia perlu dilapik dengan papan lapis, gentian kaca atau besi yang lebih tebal untuk membuat ia keras dan mudah dipotong. Jadual 4 boleh digunakan sebagai rujukan untuk memilih pitch mata


pemotong band saw dengan betul mengikut jenis bahan dan ketebalannya. Jadual 4: Rujukan Pemilihan Pitch Mata Pemotong Band Saw Jenis Bahan Pitch Mata Pemotong Band Saw Sheet metal under 1/8 inch thick 24-32 Sheet metal over 1/8 inch thick 18 Solid stock: Aluminium 6-10 Brass 10-12 Bronze 12-14 Cast Iron 10-12 Copper 10-12 Steel, alloy 12-14 Steel, high speed 12-14 Steel, machine 10-14 Steel, stainless 12-14 Steel, tool 12-14 Tubing under 1/8 inch wall thickness 24-32 Tubing over 1/8 inch wall thickness 18 Sekiranya bahan yang lebih besar digunakan, gigi yang lebih kasar berbanding yang disyorkan boleh digunakan. Harus diingat bahawa petuanya adalah 2 atau lebih gigi perlu berada pada permukaan bahan untuk mengelakkan mata pemotong patah. Jika pitch yang disyorkan ini gagal menepati keperluan, mata pemotong yang mempunyai pitch yang lebih halus perlu dipilih.


Jadual 5: Saiz Bilah Mata Pemotong Radius to be cut (in inches) Width of band saw blade to use (in inches) 2 ½ and larger ½ 1 7/16 to 2 7/16 3/8 1 to 1 3/8 5/16 5/8 to 15/16 ¼ 5/16 to 9/16 3/16 1/8 to ¼ 1/8 Jadual 5 menunjukkan saiz bilah mata pemotong yang boleh digunakan untuk memotong pelbagai saiz radius. Sekiranya tidak terdapat saiz bilah mata pemotong yang sesuai maka kita boleh memilih bilah mata pemotong yang lebih kecil. ii) Bilah mata pemotong mesin jigsaw Terdapat beberapa jenis mata pemotong jigsaw yang boleh dipasang pada mesin jigsaw untuk tujuan pemotongan bahan. Jenis mata pemotong yang anda gunakan akan memberi kesan pada bahan yang dipotong, kelajuan memotong dan jenis kemasan potongan yang diperlukan. Terdapat beberapa cara untuk memilih mata pemotong jigsaw seperti melihat pada jenis shank, jumlah giginya (tpi atau pitch per inch), jenis bahan yang digunakan untuk membuatnya dan bahan yang sesuai dipotong olehnya. Shank adalah bahagian mata pemotong jigsaw yang digunakan untuk mengunci mata pemotong pada jigsaw. Shank adalah cara paling utama utama membezakan kategori mata pemotong jigsaw. Biasanya terdapat dalam bentuk T shank atau U shank. Mata pemotong jenis T shank digunakan secara meluas pada kebanyakan mesin jigsaw moden. Ia menjadi popular kerana ia mudah digunakan dan memudahkan juru fabrikasi untuk menukar mata pemotong yang baru. Terdapat tang pada bahagian atas shank yang mana ia akan memastikan masukan mata pemotong ke dalam pengapit berada dalam keadaan baik.


Rajah 35: Mata Pemotong Jigsaw Jenis T Shank Mata pemotong jenis U shank dikenali sebegitu kerana potongan berbentuk U yang terdapat pada bahagian atas shank (rujuk rajah 36). Terdapat beberapa jenis mata pemotong jenis U Shank tetapi sejak diperkenalkan dengan mesin jigsaw yang menggunakan kaedah penukaran mata pemotong T Shank secara tool less maka penggunaan mata pemotong jenis U Shank menjadi tidak popular seperti dahulu lagi. Adalah menjadi amalan yang baik sekiranya anda memriksa jenis mata pemotong yang sesuai dengan mesin jigsaw anada sebelum memesan pembelian mata pemotong yang baru. Rajah 36: Mata Pemotong Jigsaw Jenis U Shank Mata pemotong mesin jigsaw biasanya dibuat menggunakan 4 jenis keluli iaitu High Speed Steel, High Carbon Steel, BI-Metal atau Tungsten Carbide. High Carbon Steel adalah fleksibel dan boleh menyebabkan mata pemotong melilau semasa memotong. Ia juga cenderung untuk menjadi lusuh dengan cepat berbanding jenis mata pemotong yang lain (rujuk rajah 37). Walaubagaimanapun dengan harga yang murah kita boleh membelinya dengan jumlah yang banyak untuk tujuan penggunaan am.


Rajah 37: Mata Pemotong Yang Diperbuat Daripada High Carbon Steel Mata pemotong yang diperbuat daripada High Speed Steel (rujuk rajah 38) adalah lebih keras dan lebih tahan lama tetapi ia tidak fleksibel seperti High Carbon Steel. Ia biasanya rosak disebabkan oleh kesan haba semasa pemotongan. Ia boleh digunakan untuk memotong kayu yang kera, logam dan plastik yang keras. Rajah 38: Mata Pemotong Yang Diperbuat Daripada High Speed Steel Struktur mata pemotong BI-Metal diperbuat daripada 2 jenis bahan iaitu Carbon Steel pada bahagian badan dan giginya diperbuat daripada High Speed Steel (rujuk rajah 39). Disebabkan ia diperbuat daripada 2 jenis keluli maka ia mempunyai sifat fleksibel dan tahan kepada geseran. Ia biasanya digunakan untuk memotong kayu yang keras dan logam. Rajah 39: Mata Pemotong Jigsaw Jenis BI-Metal


Mata pemotong yang diperbuat daripada Tungsten Carbide mempunyai rintangan yang tinggi kepada haba dan lebih tahan lasak berbanding jenis mata yang lain (rujuk rajah 40). Ini kerana selain memiliki gigi ia juga mempunyai bucu pemotong yang telah disalut dengan Tungsten Carbide. Ia direkabentuk untuk kegunaan khas seperti memotong seramik, logam atau gentian kaca. Rajah 39: Mata Pemotong Jigsaw Yang Diperbuat Daripada Tungsten Carbide Jumlah gigi yang terdapat pada mata pemotong akan memberi kesan kepada kelajuan dan kualiti pemotongan yang ia boleh hasilkan. Mata pemotong yang mempunyai gigi yang kurang akan memotong lebih pantas, potongan yang kasar. Bagi mata pemotong yang mempunyai gigi yang banyak akan membuat potongan secara perlahan tetapi menghasilkan potongan yang licin. Mata pemotong jigsaw yang mempunyai TPI diantara 6 hingga 20 adalah sangat sesuai untuk memotong bahan yang lembut seperti kayu. Bahan yang keras termasuk logam lebih sesuai dipotong dengan menggunakan mata pemotong yang mempunyai TPI diantara 14 hingga 36. iii) Bilah mata pemotong power hacksaw Power hacksaw adalah alat pemotongan yang dibina untuk memotong bahan seperti kayu, plastik, logam dan bahan yang lain. Panjang lengan pemotongnya yang boleh dilaras menjadi kelebihan dalam memilih mata pemotong. Ia akan dilaras mengikut panjang mata pemotong yang pelbagai saiz. Saiz panjang mata pemotong adalah 12 inci dan keatas dengan julat jumlah gigi yang sesuai. Mata pemotong hacksaw biasanya mempunyai jumlah TPI sebanyak 14, 18, 24, 32 gigi untuk setiap inci. Mata pemotong hacksaw dengan14 TPI adalah


sesuai untuk kerja ringan, 24 TPI untuk kerja pertengahan dan 32 TPI adalah untuk potongan yang sangat kuat. Jadual 6 menunjukkan butiran saiz mata pemotong hacksaw untuk jenis bahan yang berbeza. Jadual 6: Jadual Pemilihan Mata Pemotong Hacksaw Mengikut Bahan Teeth Per Inch Suitable For Cutting 14 TPI Large size, Aluminium & Soft Metals 18 TPI Perfect for general workshop cutting 24 TPI For cutting steel plate up to 5/6 mm 32 TPI For cutting hollow section and tubing Semua mesin hacksaw bekerja dalam operasi yang sama, apa yang membezakan ialah variasi pilihan mata pemotongnya. Mesin hacksaw direkabentuk untuk memotong kayu, paip dan logam. Tiga jenis bahan yang biasa digunakan untuk membuat mata pemotong hacksaw adalah jenis regular, raker dan wavy.  Mata pemotong regular Mata pemotong ini sangat popular digunakan untuk memotong logam yang lembut. Anda tidak perlu membeli mata pemotong ini secara berasingan kerana ia boleh diperolehi dikedai logam yang biasa sahaja. Ia sangat sesuai untuk memotong bahan jenis Aluminium dan logam yang nipis dan lembut. Giginya berada pada kedudukan bersilang kekiri dan kekanan untuk memudahkan kerja pemotongan dilakukan.  Mata pemotong raker Mata pemotong ini sangat mudah dikenali kerana kedudukan giginya yang selari dalam satu kumpulan. Mata pemotong raker sangat sesuai digunakan untuk memotong logam yang tebal seperti paip besi. Sekiranya memotong paip besi menggunakan mata pemotong regular akan menyebabkannya cepat menjadi tumpul dan calar yang banyak pada badan.  Mata pemotong wavy Mata pemotong ini sangat sesuai untuk memotong bahan yang nipis. Sekiranya anda perhatikan gigi mata pemotong ini beralun kekiri dan kekanan sepanjang mata pemotong. Ia akan


menghasilkan potongan yang licin pada logam yang nipis tetapi tidak sesuai digunakan untuk memotong logam yang tebal. g) Faktor kelusuhan mata pemotong Bilah mata pemotong menjadi lusuh kerana penggunaan yang lama akan tetapi ada juga keadaan mata pemotong sebegini yang menjadi lebih baik potongannya daripada yang baru. Mata pemotong menjadi cepat lusuh kerana penggunaan kelajuan memotong yang tinggi dan juga sekiranya bahan yang dipotong sangat keras untuk pitch mata pemotong tersebut. Perkara ini biasa berlaku semasa memotong kawasan keras yang terdapat pada besi tuang dan logam terkimpal. Situasi ini boleh dijangka oleh operator dan boleh diatasi dengan mengurangkan jumlah masukan mata pemotong kedalam bahan. Pemotongan yang dilakukan pada bahan seperti getah, gentian kaca atau plastik yang mempunyai bahan pelelas juga akan menyebabkan mata pemotong cepat lusuh. Kelusuhan pramatang juga selalu berlaku sekiranya menggunakan pitch yang terlalu halus dan jumlah masukan mata pemotong yang tinggi pada bahan. Beberapa simptom kelusuhan mata pemotong akan berlaku iaitu sekiranya kadar kelajuan pemotongannya menjadi perlahan, gigi mata pemotong menjadi bersinar, sukar untuk mengikut garisan potongan, tatal menjadi bentuk berbutir dan sekiranya mesin telah berhenti berpusing, letakkan tangan pada gigi mata pemotong, jika barisan gigi pemotong tidak terasa maka ia telah menjadi lusuh. h) Clamping device, stopper and jig Setiap mesin gergaji kuasa statik mempunyai peranti pengapit bahan yang hendak dipotong dan stopper atau jig yang digunakan untuk membuat potongan secara pukal dengan saiz panjang bahan yang sama. i) Manual clamps Ragum bahan jenis manual dioperasikan dengan menggunakan tangan. Operator boleh memusingkan skru pelarasan ke kiri sekiranya ingin membuka rahang dan memusingkan skru pelarasan ke kanan sekiranya ingin mengetatkannya. Operator perlu mengulang kitaran proses ini bagi setiap potongan yang ingin dibuat. Contoh manual clamps ditunjukkan pada rajah 40.


Rajah 40: Manual Clamps ii) Motorized power clamps Ragum bahan ini digunakan untuk menarik bahan secara automatik dan pukal. Ia dilengkapi dengan motor dan gear yang mengawal tarikan bahan sama ada ke luar atau ke dalam. Selepas memotong satu saiz bahan yang ditetapkan, ia akan menarik masuk bahan sehingga tersentuh stopper dan mengapit secara automatik. Proses ini akan terhenti dengan sendiri sekiranya bahan telah habis. Contoh Motorized Power Clamps ditunjukkan pada rajah 41. Rajah 41: Motorized Power Clamps iii) Roller Roller ini digunakan berfungsi sebagai penghantar bahan yang panjang untuk masuk ke dalam ragum mesin gergaji kuasa. Roller ini boleh digunakan secara manual atau dikuasakan dengan motor dan gear. Bahan akan digolekkan atas roller ini untuk memudahkan ia bergerak tanpa menggunakan tenaga yang banyak. Ia diperbuat daripada gabungan struktur rangka dan silinder yang mempunyai


bearings. Silinder ini akan berpusing semasa bahan melaluinya terutama sekali paip. Contoh Roller ditunjukkan pada rajah 42. Rajah 42: Roller iv) Stopper Stopper digunakan untuk membuat potongan bahan secara pukal pada saiz yang sama. Panjang bahan akan diukur dari tepi mata pemotong ke badan stopper. Selepas itu stopper akan dikunci kedudukannya supaya berada dalam keadaan tetap. Bahan akan ditolak masuk sehingga terkena pada badan stopper dan ragum juga dikunci. Selepas pemotongan dibuat, lengan pemotong akan diangkat dan kitaran proses tadi diulang semula tanpa mengukur semula panjang bahan. Contoh Roller ditunjukkan pada rajah 43. Rajah 43: Stopper v) Jig Jig biasanya digunakan untuk membantu potongan pada mesin gergaji kuasa untuk membuat potongan yang tidak dibuat dalam keadaan biasa. Contohnya membuat potongan bersudut sedangkan mesin pemotong kita bukan dari jenis yang boleh dipusingkan lengan pemotongnya atau ragumnya. Bentuk jig biasanya tidak tetap dan ia


boleh direkabentuk sendiri oleh operator mengikut kesesuaian potongan yang diingini. Contoh jig ditunjukkan pada rajah 44. Rajah 44: Jig vi) Lifting device Dalam kerja fabrikasi dan kimpalan, peralatan mengangkat menjadi keperluan utama. Bahan yang digunakan dalam kerja fabrikasi bersaiz besar dan berat. Tenaga manusia tidak mampu untuk mengangkat bahan tersebut walaupun diangkat secara beramai-ramai. Bahan ini juga boleh mendatangkan bahaya sekiranya diangkat oleh manusia. Jadi jalan penyelesaiannnya adalah dengan menggunakan peralatan mengangkat. Terdapat beberapa jenis peralatan mengangkat seperti pallet truck, forklift dan lifting hoist and overhead cranes.  Pallet truck Pallet truck adalah peralatan mengangkat manual dan dilengkapi dengan roda. Ia digunakan untuk mengangkat pallet dan menggerakkannya. Peralatan ini juga dilengkapi dengan sistem hidraulik dan pemegang pam hidraulik untuk mengangkat badan pallet truck ke atas. Selepas ia memindahkan barang pada satu bahagian, sistem hidrauliknya akan diturunkan untuk mengeluarkan pallet yang telah diangkat. Peralatan ini digunakan secara meluas di gudang dan bengkel. Contoh pallet truck ditunjukkan pada rajah 45.


Rajah 45: Pallet Truck  Forklift Forklift digunakan untuk menangkat pallet dan bahan yang berat. Oleh kerana binaannya yang kukuh, saiz dan beratnya membolehkan ia mengangkat bahan yang berat. Ia biasanya terdapat dibengkel, gudang dan tapak pembinaan. Bergantung kepada berat bahan dan jenis perniagaan, pemilik boleh memilih sama ada untuk menggunakan forklift yang dikuasakan oleh tenaga elektrik dan juga memilih dari jenis yang menggunakan enjin diesel. Contoh forklift ditunjukkan pada rajah 46. Rajah 46: Forklift  Lifting hoist and overhead cranes Lifting hoists and overhead cranes digunakan didalam gudang, kilang dan bengkel fabrikasi. Overhead crane diperbuat daripada rasuk yang berserenjang dengan landasannya. Ia boleh bergerak diatas kepala merentangi keseluruhan lebar


kilang atau bengkel. Hoist pula alat yang digunakan untuk membantu untuk mengangkat dan menggerakkan bahan. Bahan akan diikat atau disangkutkan pada hoist dan hoist diikat atau disangkut pada overhead cranes. Contoh lifting hoists and overhead cranes ditunjukkan pada rajah 47. Rajah 47: Lifting Hoist And Overhead Cranes 2.2) Equipment Inspection And Testing Semua peralatan gergaji kuasa mesti diperiksa dan diuji untuk menjaga keselamatan semasa menggunakannya. Pada tajuk ini kita hanya membincangkan secara asas peralatan yang perlu diperiksa dan diuji untuk pengetahuan. Antara perkara yang perlu diperiksa dan diuji adalah seperti berikut: a) Mata pemotong mestilah sentiasa diperiksa sebelum digunakan sama ada ia tajam atau tidak kerana ia adalah komponen utama yang membuat pemotongan dan kebergantungan hasil pemotongan terletak padanya. b) Komponen sistem hidraulik perlu diperiksa dan diuji pengoperasiannya. c) Ragum perlu diperiksa dan diuji agar ia cukup ketat untuk memegang bahan dengan baik. d) Roller perlu diperiksa sama ada ia stabil dan pusingan silinder berada dalam keadaan yang baik. e) Motor dan sambungan elektrikalnya perlu diperiksa agar mesin berfungsi dengan baik. f) Bendalir pemotong perlu diperiksa sekiranya tidak mencukupi dan perlu ditukar sekiranya ia telah terlalu lama digunakan. g) Bekas penakung bendalir pemotong perlu dibersihkan sebelum bendalir yang baru dimasukkan. h) Alat kawalan keseluruhan perlu diperiksa dan diuji kefungsiannya untuk memberi kelancaran pada keseluruhan sistem pemotongan. i) Mata pemotong perlu ditukar sekiranya ia telah lusuh atau patah.


j) Ketegangan mata pemotong perlu sentiasa diperiksa agar ia tidak longgar atau terlalu tegang sehingga menyularkan proses pemotongan dan berkemungkinan akan putus. k) Pam bendalir penyejuk mata pemotong perlu diperiksa sekiranya diselaputi oleh tatal atau tidak. Sekiranya tatal terlalu banyak menyeliputinya maka ia akan menjejaskan prestasi pengepamannya. l) Saluran bendalir penyejuk perlu diperiksa dan diuji alirannya. Sekiranya tersumbat ia akan menjejaskan penyejukan mata pemotong dan boleh menyebabkan ia lusuh. 3) PROSEDUR PEMOTONGAN MENGGUNAKAN GERGAJI Setiap mesin mempunyai prosedur pengoperasiannya tersendiri. Setiap prosedur adalah berbeza mengikut keperluan operator dan corak kerja yang dilakukan. Keperluan dalam mengetahui prosedur pemotongan sangat penting kerana ia adalah kunci utama dalam menentukan hasil pemotongan dengan menggunakan mesin gergaji kuasa. 3.1) Cutting Depth Speed Kedalaman pemotongan adalah bersamaan dengan kelajuan lengan pemotong untuk turun pada benda kerja dan menghasilkan potongan. Kelajuan ini hanya melibatkan mesin pemotong jenis horizontal band saw dan power hacksaw sahaja kerana kelajuan penurunan lengan boleh dikawal dengan sistem hidraulik yang dipasang pada lengan tersebut. Bagi mesin jigsaw dan vertical band saw pula jumlah kelajuan masukan mata pemotong pada benda kerja dikawal secara manual oleh tangan operator. Operator sendiri akan mengawal masukan mata pemotong bergantung kepada jenis bahan dan ketebalannya. Terdapat kelajuan pemotongan yang disyorkan tetapi ia hanyalah panduan umum bagi operator. Ia bukanlah sesuatu yang tetap dan tidak boleh diubah. Ia boleh diubah mengikut kesesuaian sendiri. Jadual 7 menunjukkan jumlah kelajuan masukan mata pemotong pada benda kerja yang terlibat. Kelajuan pusingan mata pemotong juga boleh ditentukan dengan bantuan jadual ini.


Jadual 7: Pelarasan Kelajuan Dan Jumlah Masukan Mata Pemotong Pada Benda Kerja.


Click to View FlipBook Version