E-MAJALAH EDISI 19
TAHUN 2020
SEMBAKA
BERILMU | BERDISIPLIN | BERAMAL
SMK BANDAR BARU BATANG KALI 1
HULU SELANGOR, SELANGOR
SEMBAKA
SEKAPUR SIRIH
KATA ALU-ALUAN
MENTERI KANAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
& salam sejahtera,
Tahun ini adalah tahun yang sangat
mencabar bagi seluruh dunia, termasuk
juga negara kita yang begitu terkesan
dengan pandemik COVID-19.
Keadaan pada masa ini merupakan satu
situasi yang sukar kepada semua dan perlu
kita harungi bersama. Tambahan pula,
dalam situasi negara menghadapi gelombang
ketiga pandemik COVID-19 dengan peningkatan
jumlah kes positif COVID-19 yang tinggi, KPM
memerlukan pendekatan yang berbeza dan
ada kalanya pendekatan tersebut adalah luar
daripada kebiasaan.
Namun, dalam apa jua pendekatan dan keputusan yang diambil, KPM
sentiasa memberi keutamaan kepada aspek keselamatan dan
kesihatan semua murid, guru, pensyarah dan warga KPM. Dalam
mendepani cabaran pada masa ini, kami memohon jasa baik dan
kerjasama semua pihak untuk bersama-sama mendukung usaha-usaha
yang dilaksanakan oleh KPM. Yakinlah bahawa setiap langkah yang
diatur KPM adalah bagi memastikan generasi masa depan negara
mendapat pendidikan yang terbaik walaupun dalam keadaan yang
sangat mencabar.
Saya juga ingin menyeru kepada semua warga KPM, ibu bapa dan
penjaga agar terus mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara
(MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung
penularan wabak COVID-19.
Marilah kita doakan agar keadaan kembali pulih dan pembelajaran
anak-anak kita untuk sesi akan datang dapat diteruskan dalam
keadaan selamat.
Sekian, terima kasih.
Kementerian Pendidikan Malaysia
KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera
Terima kasih kepada warga sekolah kerana sudi
memberi ruang kepada saya untuk meyampaikan
kata alu-aluan dalam majalah sekolah pada kali ini.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga sekolah
khususnya sidang redaksi majalah atas kejayaan
menerbitkanmajalah sekolah yang sungguh bermakna ini.
Semoga majalah sekolah ini dijadikan sebagai panduan bagi
meningkatkan semangat cinta terhadap sekolah serta meneruskan budaya
penyayang dalam kalangan warga sekolah.
Saya yakin, aspirasi system dan aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 akan sentiasa menjadi fokus
utama untuk semua pihak. Fokus dan gerak kerja KPM untuk tahun 2020 akan
tertumpu kepada kualiti guru serta pemimpin sekolah. Pembelajaran murid di
sekolah akan lebih berkesan apabila ia dipacu dengan pengajaran yang
berkualiti oleh guru serta disokong oleh kepimpinan Pengetua/Guru Besar.
Justeru, akauntabiliti adalah seperti pelekat yang dapat mengikat dan
menyatukan komitmen kita ke arah keberhasilan.
Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua wara sekolah serta
terus bersama-sama menjayakan agenda pendidikan negara demi
melahirkan generasi masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang.
BERSAMA-SAMA MELANGKAH LEBIH JAUH!
DR. HABIBAH BINTI ABDUL RAHIM
KETUA PENGARAH PELAJARAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Terima kasih kerana memberi kesempatan kepada
saya untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam
majalah sekolah pada kali ini.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan
kepada Sidang Redaksi Majalah SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN BANDAR BARU BATANG KALI kerana
berjaya menerbitkan majalah bagi tahun 2020.
Penerbitan majalah sekolah merupakan usaha murni yang harus dicontohi
kerana dapat merakamkan segala peristiwa dan pencapaian sekolah
sepanjang tahun. Majalah sekolah ini juga akan menjadi sumber rujukan
dan kenangan sepanjang hayat buat semua warga sekolah.
Tahun 2020 merupakan tahun persekolahan yang paling mencabar buat
kita semua. Ancaman pendamik COVID-19 menyebabkan sesi
persekolahan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ketika
menghadapi cabaran dan masalah ini, kita sebagai warga pendidik
janganlah mudah berputus asa, sebaliknya kita perlu memiliki kesabaran,
kekuatan akidah dan iltizam yang tinggi bagi memastikan tanggungjawab
kita dapat dilaksanakan. Inilah benteng utama yang perlu dibudayakan
dan ditanam dalam jiwa dan sanubari seorang pendidik. Semoga usaha
bakti yang kita sumbangkan selama ini diberkati oleh Allah S.W.T.
Harapan saya agar kita semua sama-sama bergerak seiring dalam
menangani apa jua cabaran dan halangan dalam usaha membentuk
kemenjadian anak murid yang mampu mendepani segala cabaran pada
masa hadapan. Akhir kata, saya mewakili Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor mendoakan agar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR
BARU BATANG KALI terus menggapai kegemilangan dan merealisasikan
slogan JPN Selangor Terbilang.
Selamat Maju Jaya
HAJI IZMI BIN HAJI SMAIL, A.M.P., P.J.K Pengarah
Pendidikan,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
KATA ALU -ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN
DAERAH HULU SELANGOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukurkehadrat Allah SWT kerana
dengan taufikdan inayah-Nya, saya diberi
kesempatan menitipkan kata alu-aluan untuk
e-majalah Sembaka bagi tahun 2020.
Ucapan syabas dan tahniah kepada Ahli
Jawatankuasa Sidang Redaksi lantaran terlaksananya
penerbitan majalah sekolah walaupun dalam suasana
pandemik Covid-19 yang menuntut warga sekolah
mematuhi peraturan norma baharu.
Kejayaan ini merupakan legasi tradisi sekolah yang signifikan di mana melaluinya
kita dapat merakamkan pelbagai memori sukaduka dan pahit manis warga
sekolah sepanjang tahun. Saya penuh yakin keutuhan semangat juang dan
dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam
bidang akademik mahu pun sahsiah.
Kecemerlangan yang telah dicapai oleh SMK Bandar Baru Batang Kali dalam
semua bidang perlu diperkasakan agar visi yang dijana mampu direalisasikan
secara holistic tanpa sebarang keraguan. Visi ini akan terlaksana sekiranya ada
usaha penyatuan hati segenap lapisan dalam menggarap kejituan matlamat
bersandarkan kegigihan dan solidariti dalam kalangan warga sekolah. Saya
berasa bangga dengan peningkatan pencapaian semasa sekolah dan berharap
agar semua pihak dapat berusaha untuk terus mecemerlangkan pada masa
akan datang.
Sekolah merupakan satu institusi ampuh dalam membentuk modal insan
cemerlang dan berketerampilan. Kreativiti, inovasi dan potensi murid serta warga
sekolah hendaklah sentiasa dijana agar kecemerlangan dalam semua bidang
tercapai. Kemenjadian murid yang unggul berdasarkan kompetensi individu dan
bersahsiah mulia berupaya melahirkan modal insan berpekerti mulia yang bersifat
holistik.
Akhir kata, saya yakin dan percaya warga SMK Bandar Baru Batang Kali akan
terus berjuang bersungguh-sungguh untuk melahirkan pelajar yang
berpendidikan, kukuh jati diri, berakhlaktinggi, dan bersemangat kental demi
memastikan SMK Bandar Baru Batang Kali berada pada tahap cemerlang.
Sekian, terima kasih.
‘SEHATI MENGUNGGULI PRESTASI’
ROZLINA BINTI ABDUL GHANI
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGOR
KATA ALU-ALUAN
PENGETUA
SMK BANDAR BARU BATANG KALI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada sidang redaksi
majalah SEMBAKA edisi ke-19 kerana memberi
peluang kepada saya merakamkan bicara untuk
menjadi panduan dan dorongan kepada para
murid sekalian.
Kemunculan e-majalah sekolah ini merupakan
hasil kerjasama guru dan murid yang menunjukkan
daya kreativiti yang patut dibanggakan. Ia merupakan
titik tolak khususnya kepada para murid untuk menggarap potensi diri
dalam bidang penulisan. Dalam era globalisasi ini, murid perlu kepada
pelbagai aspek pendidikan. Sejajar dengan itu, ia dapat membentuk
pelajar yang beraya maju dan berketerampilan serta dapat mengakis
daripada gejala-gejala yang tidak sihat dengan melakukan aktiviti yang
berfaedah.
Di samping itu murid perlu peka terhadap permodenan dan kemajuan
teknologi pendidikan. Untuk mencapai tujuan tersebut, setiap murid
mestilah melengkapkan diri selaras dengan ilmu pengetahuan dan ciri-ciri
kemurnian, keperibadian yang mulia dan sahsiah yang sempurna.
Akhir kata, saya berharap, majalah ini dapat dijadikan lidah rasmi sekolah
dan pendokumetasian sepanjang tahun.
Sekian. Terima kasih.
JAMALUDDIN BIN ABDUL KADIR
PENGETUA
SMK BANDAR BARU BATANG KALI
KATA ALU-ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG
SMK BANDAR BARU BATANG KALI
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
dan Maha Penyayang.
Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat
Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya maka terbinalah
e-majalah SEMBAKA ini. Saya mewakili Persatuan
Ibubapa dan Guru (PIBG) juga mengucapkan
syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa e-majalah
sekolah di atas kesungguhan mewujudkan majalah ini..
Adalah menjadi hasrat dan matlamat PIBG untuk bekerjasama dengan pihak
pentadbiran SMK Bandar Baru Batang Kali (SEMBAKA) dalam usaha memberi
pengetahuan kepada ibubapa dan masyarakat di luar sana tentang aktiviti-
aktiviti yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh PIBG dalam usaha
untuk meningkatkan prestasi sekolah kearah sekolah cemerlang pada tahun
2020. Sokongan yang diberikan oleh PIBG sama ada dalam bentuk material
atau pun moral diharapkan dapat membantu SEMBAKA merealisasikan
matlamat dan harapan ini. Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga
sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek akademik
dan juga sahsiah.
Bagi merealisasikan hasrat dan matlamat tersebut, PIBG khususnya Ahli
Jawatankuasa 2020/2021 akan sentiasa memberikan kerjasama yang
diperlukan. Justeru, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru ahli-
ahli PIBG untuk bersama-sama memberikan idea, pendapat atau
maklumbalas kepada PIBG dalam usaha kita membantu pihak pentadbiran
sekolah menjalankan tanggungjawab mereka.
Semoga dengan terbinanya e-majalah ini, dapatlah pihak sekolah
menyalurkan segala informasi terkini berkaitan aktiviti sekolah dan PIBG
kepada ibu bapa dan masyarakat di luar sana. Di samping itu juga, para ibu
bapa dan masyarakat di luar sana bolehlah memberikan tindakbalas secara
langsung tentang hal yang berkaitan dengan sekolah melalui e-majalah ini.
Akhir kata, saya berharap agar semangat kerjasama dan sikap bersatupadu
yang sedia terjalin dari dulu hingga kini akan terus dikekalkan bagi
meningkatkan lagi tahap kecemerlangan SEMBAKA. Saya juga mendoakan
semoga semua guru dan pelajar-pelajar SEMBAKA dilindungi oleh Allah dan
mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang akan diceburi nanti.
Sekian,terima kasih. Wassalam.
YANG DIPERTUA PIBG
SMK BANNDAR BARU BATANG KALI
En Roslan Bin Mat Rashid
KATA ALU-ALUAN
KETUA PELAJAR
SMK BANDAR BARU BATANG KALI
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin melafazkan syukur
ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahdan kurnia
dari-Nya “SEMBAKA” iaitu majalah terulung bagi
SMK Bandar Baru Batang Kali edisi ke-19
dapat diterbitkan lagi dengan jayanya.
Jutaan terima kasih kepada Sidang Redaksi kerana
memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan
sepatah dua kata kepada pembaca sekalian.
Di kesempatan ingin mengucapkan syabas dan tahniah
kepada Badan Redaksi yang telah berjaya menerbitkan majalah ini walaupun
terdapat seribu satu halangan yang mendatang akibat wabak Covid-19.
Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada guru-guru SMKBBBK kerana
pengorbanan dan tunjuk ajar mereka dalam memantapkan disiplin pelajar di
sekolah yang membawa kepada kemenjadian pelajar. Sesungguhnya, dalam
perkembangan teknologi maklumat, era globalisasi serta dunia tanpa
sempadan ini, kita sebagai pelajar seharusnya memperkasakan diri dengan
ilmu pengetahuan supaya kita menjadi seorang yang berdaya saing seperti
yang disarankan oleh kerajaan. Oleh itu, menjadi tanggunjawab kita untuk
menuntut ilmu bermula dari bangku sekolah sehingga akhir hayat bersesuaian
dengan konsep pendidikan sepanjang hayat.
Akhir kata, manfaatlah waktu remaja kita untuk mengecapi kebahagiaan
seiring dengan kejayan kita. Jadilah pelajar yang menghormati kedua ibu
bapa, guru-guru dan yang paling penting ialah sentiasa mengingati dan
melaksanakan segala perintah-Nya yang Maha Esa. Insha Allah kejayaan
menjadi milik kita.
“Sembaka Boleh”
MOHAMMAD SALAHUDDIN BIN IBRAHIM
KETUA PELAJAR TAHUN 2020
SMK BANDAR BARU BATANG KALI
KATA ALU ALUAN
PENYELARAS E-MAJALAH SEMBAKA 2020
Assalamualaikum w.b.t
dan selamat sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan
setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dengan izinNya sekali lagi SEMBAKA
edisi ke-19 dapat menemui pembaca
khususnya warga SMK Bandar Baru Batang Kali.
Saya selaku Penyelaras e-Majalah Sembaka
tahun 2020 mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru, ahli
sidang redaksi serta semua pihak yang sama-sama bekerja keras
menerbitkan majalah ini dalam suasana norma baharu akibat penularan
pendamik Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Sudah tentunya ahli
sidang redaksi sedaya upaya mecari alternatif yang sesuai untuk
merealisasikan impian sekolah menerbitkan majalah ini memandangkan
murid dan guru sukar bersua muka semenjak bulan Mac 2020 sehinggalah
saat majalah ini diterbitkan. Sesungguhnya warga sekolah sentiasa
mematuhi “Standard Operating Procedure” (SOP) yang ditetapkan
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memastikan para
murid dan guru sentiasa sihat dan selamat seterusnya dapat mengikuti
Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
Saya mewakili Sidang Redaksi e-Majalah Sembaka 2020 memohon ampun
dan maaf andai terdapat kelemahan dan kekurangan dalam kandungan
majalah ini. Buat rakan seperjuangan, didoakan agar kalian dapat
menghasilkan karya yang lebih kreatif dan dinamik di dalam edisi
seterusnya.
Sekian, terima kasih.
NORMY HARLIZAH BINTI ABDULLAH
PENYELARAS E-MAJALAH SEMBAKA 2020
SMK BANDAR BARU BATANG KALI
JAWATANKUASA E-MAJALAH
SMKBBBK 2020
Pengerusi
Tn. Hj. Jamaluddin bin Abdul Kadir (Pengetua)
Timb Pengerusi 1
Pn. Jamilah binti Sulaiman (Pen. Kanan Kurikulum)
Timb Pengerusi 2
En. Zainudin bin Che Sab (Penolong Kanan Kokurikulum)
Naib Pengerusi 1
Pn. Norhayati binti Ariffin (Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi 2
Pn. Mariam binti Mat (Penolong Kanan Petang)
Penolong Naib Pengerusi 1
Pn. Hasmah binti Ahmad (GKMP Bahasa)
Penolong Naib Pengerusi 2
Pn. Kamisah binti Ahmad (GKMP Sains & Matematik)
Penolong Naib Pengerusi 3
En. Mohamad Zabidi bin Kamaruddin (GKMP Kemanusiaan)
Penolong Naib Pengerusi 4
En. Muhamad bin Resad (GKMP Tenik Vokasional)
Setiausaha
Pn. Normy Harlizah binti Abdullah (Penyelaras)
Penolong Setiausaha
Cik Noradhiah binti Othman (Ketua Editor)
AJK Grafik
Pn. Mazlina binti Rosli (Kelab Komputer/ICT)
AJK Media
En. Ahmad Shafarin bin Mawardi (Guru Media/Fotografi)
AJK Unit Laporan Khas
Pn. Jamaliah binti Awang (Laporan Pengurusan Pentadbiran)
Pn. Toh Kiang Hwa (Laporan Kokurikulum)
Pn. Sadiah binti Mohd Kusny (Laporan Akademik)
En. Muhamad Aedi Hafriez bin Suhaimi (Laporan Sukan)
Pn. Ong Siew Ling (Laporan HEM)
AJK Unit Karya Kreatif (KP Bahasa Melayu)
Pn. Norli binti Mansor (KP Bahasa Inggeris)
Pn. Punitha A/P Anamalai (KP Bahasa Tamil)
Cik Pravina A/P Muthuvel (KP Bahasa Cina)
Pn. Looi Sook Han (KP Bahasa Arab)
Pn. Ruhaida binti Ali @ Awang
SEMBAKA
DI HATI
ISI KANDUNGAN
• KATA –KATA ALUAN
• JAWATAN KUASA E-MAJALAH
• FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
• MISI, VISI, MATLAMAT SEKOLAH
• PIAGAM PELANGGAN
• LENCANA SEKOLAH
• LAGU SEKOLAH
• PELAN SEKOLAH
• MAJLIS KEPIMPINAN SEKOLAH
• ALBUM GURU
• BADAN KEPIMPINAN MURID
• LAPORAN KURIKULUM
• LAPORAN HEM
• LAPORAN KOKURIKULUM
• ALBUM SEMBAKA DIHATI
• HASIL KARYA
E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020
Visi KPM
Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera
Misi KPM
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Matlamat Sekolah
Memperkasa Kecemerlangan Ilmu Pengetahuan Murid
Dalam Kurikulum. Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
Meningkatkan Kemahiran Berfikir
Meningkatkan Kemahiran Memimpin
Meningkatkan Kemahiran Dwibahasa
Murid Yang Beretika Dan Nilai Kerohanian Yang Tinggi
Memperkasa Identiti Nasional
E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020
PIAGAM PELANGGAN
Kami Warga SMK Bandar Baru Batang Kali
dengan segala kemampuan kami,
bersedia dan akan
melaksanakan tugas kami
mendidik anak-anak yang
diamanahkan kepada kami,
memberi perkhidmatan
kepada pelanggan kami
dengan mesra, cekap dan bijaksana,
merealisasikan sistem
pendidikan negara selaras
dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Negara.
E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020
LENCANA
MOTTO : Sekolah adalah sumber pelbagai ilmu
Berilmu pengetahuan
Berdisiplin : Warga sekolah mengutamakan disiplin
demi kecemerlangan
Beramal
: Setiap masa mengamalkan ilmu yang
diperolehi
WARNA : Berani dan tabah menghadapi cabaran
Merah : Taat dan patuh kepada guru dan ibu
Kuning
bapa
Putih : Kerelaan hati dan kesediaan untuk
menerima ilmu
OBJEK
Buku : Sumber ilmu pengetahuan melalui
pembacaan
Glob : Bidang ilmu tanpa sempadan
Jangka Lukis : Ketepatan bertindak selaras keperluan
E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020
LAGU SEKOLAH
-Wawasan Murni-
Wawasan gemilang
Cita-cita dijunjung
Memberikan kejayaan
Warga kita
Bersatu berjanji
Menggapai cita murni
Harapan ibu pertiwi
Itu janji kami
Korus :
Berilmu melahirkan warga yang cemerlang
Berdisiplin membentuk peribadi yang gemilang
Beramallah kita dengan sungguh hati
SMK Bandar Baru Batang Kali.
Lagu dan lirik:
Encik Azlan Kamal Nazyunniyah
E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020
SEJARAH SEKOLAH
Pembukaan SMK Bandar Baru Batang Kali bermula dengan pelantikan Pn. Rohaini bt. Hayon
sebagai Pengetua pada 1 Disember 2000. Beliau diarahkan membuka sekolah baharu mulai sesi
2001. Semasa mendapat surat pelantikan dan surat arahan, beliau diberi senarai nama guru yang
akan berkhidmat di sekolah ini. Usaha telah dijalankan sebulan sebelum sesi 2001 bermula.
Satu mesyuarat pengurusan sekolah telah dijalankan bersama-sama dua orang Penolong
Kanan yang dicadangkan iaitu Pn. Lan Rasni bt. Talib sebagai Penolong Kanan 1 dan Encik Ahmad
Niza sebagai Penolong Kanan HEM. Perbincangan menyentuh tentang penerimaan kemasukan
murid baharu ke Tingkatan 1 tahun 2001 dan sebanyak 7 buah kelas akan dibuka. Pada Januari
2001, pelajar-pelajar SMK Bandar Baru Batang Kali seramai 277 orang dan guru berjumlah 23 orang
telah memulakan sesi persekolahan dengan menumpang SMK Syed Mashor pada sebelah petang.
Walaupun serba kekurangan dengan jumlah staf sokongan seramai 2 orang dan saiz pejabat yang
kecil, persekolahan tetap berjalan lancar.
Pada Mac 2001, pra penyerahan bangunan sekolah dilakukan oleh pihak JKR.Pihak pentadbir
sekolah telah menyemak dan mengkaji kerosakan bangunan sebelum penyerahan secara rasmi
dilakukan. Pada masa yang sama, pihak pengurusan telah memohon peralatan pejabat serta
keperluan lain dan pada bulan April segala peralatan kelas dapat disediakan. Penyerahan sebenar
telah dilakukan pada 5 April 2001. Dalam tempoh sebulan, sekolah perlu bersedia sebelum
memulakan operasi selepas cuti penggal iaitu pada 26 Mei 2001.
Dengan usaha pihak pengurusan sekolah, program gotong-royong telah dijalankan sebanyak
2 kali untuk membersihkan kawasan, menyediakan bilik sembahyang, bengkel, dan kelas-kelas yang
hendak dibuka sahaja. Gotong-royong ini dijayakan bersama oleh guru-guru, ibu bapa serta pelajar-
pelajar Tingkatan 1. Majlis bacaan yasin dan solat sunat hajat dijalankan sebelum penggal baharu
dibuka. Akhirnya dengan usaha pengetua serta pihak pentadbir yang lain, SMKBBBK akhirnya
berjaya direalisasikan pembukaannya pada 26 Mei 2001 (Sabtu). Sebagai sebuah sekolah baharu,
sekolah telah menerima geran permulaan sebanyak RM50,000 untuk membeli bahan-bahan serta
peralatan lain selain daripada perabot dan peralatan pejabat.
Pada tahun 2002, 9 buah kelas lagi dibuka untuk Tingkatan 1 dan 3 kelas Tingkatan 4.
Pelajar-pelajar Tingkatan 4 dipindahkan daripada SMK Syed Mashor dan pelajar sekolah lain yang
tinggal berdekatan kawasan sekolah. Sekolah menerima guru-guru baharu yang bertukar dari
sekolah-sekolah lain. Sehingga November 2002, seramai 47 orang guru berkhidmat di sekolah ini
dengan pelajar berjumlah 611 orang. Pelbagai prasarana berjaya dilengkapkan seperti padang bola,
Pusat Sumber Sekolah, Bilik Bimbingan & Kaunseling, bilik guru, bengkel-bengkel Kemahiran Hidup
serta setor sukan sesuai dengan pertambahan bilangan guru dan pelajar. Pada tahun 2003, bilangan
guru meningkat kepada 69 orang dan jumlah pelajar keseluruhannya ialah 1148 orang.
Pada 14 Januari 2011, Pn. Rohaini bt. Hayon telah menamatkan perkhidmatan sebagai
pengetua SMKBBBK dan majlis persaraan diadakan untuk mengenang jasa dan mengucapkan
selamat tinggal kepada beliau yang telah menjadi pengetua sekolah ini selama 10 tahun. Pada 22
Jun 2011, bermulalah era baharu dengan pelantikan Dr. Hj. Wan Mohd Tahir bin Wan Ibrahim,
sebagai Pengetua Cemerlang SMK Bandar Baru Batang Kali sehingga beliau bersara pada 18 Jun
2017.
Mulai 19 Jun 2017, SMK Bandar Baru Batang Kali telah mendapat Pengetua baru
yang berpindah dari SMK Taman Bunga Raya (I) iaitu Tn. Hj. Jamaluddin bin Abdul Kadir yang bakal
memacu sekolah ke arah kecemerlangan bagi tahun-tahun yang mendatang.
E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020
E-MAJALAH SMKBBBK EDISI-19 l SEMBAKA 2020
SEMBAKA
PENTADBIR, GURU
DAN KAKITANGAN
GKMP BAHASA GKMP SAINS & GKMP GKMP TEKNIK
HASMAH BINTI MATEMATIK KEMANUSIAAN & VOKASIONAL
MUHAMMAD
AHMAD KAMISAH BINTI MOHAMAD
AHMAD ZABIDI BIN BIN RESAD
KAMARUDDIN
NORAMAH BT NOORAZREENA NOR AINI BT ROSLAN BIN
ABAS OMAR
JAMIL BT AZIZ
GURU BAHASA INGGERIS
KP BAHASA NORMY NORHAMIMAH PHUVANAH A/P
INGGERIS HARLIZAH BINTI MOHANARAJAN
PUNITHA A/P BINTI ABDULLAH
ANAMALAI ABDULLAH
SUBRAMANIAM NURUL AMIN BIN KHAIRIL IZHAR RAZIAH BINTI
IBRAHIM
A/L MANJINI ABDUL MANAN BIN KAMARUDIN
GURU B.CINA GURU B. ARAB GURU B. TAMIL
KP BAHASA CINA KP BAHASA ARAB KP BAHASA TAMIL
LOOI SOOK HAN RUHAIDA BINTI ALI PRAVINA A/P
MUTHUVEL
@ AWANG
GURU BAHASA MELAYU
KP BAHASA SITI ROHANI ZURAINI BINTI
MELAYU BT ISMAIL ABU
NORLI BINTI
MANSUR
HISHAMMUDDIN NOOR AINI JAMALIAH MOHD NAZIM
BINTI AHMAD BIN ABD AZIZ
BIN IDRUS BINTI SHAFIEE
LAILA WATI NADIAH BINTI MIMI RAHAYU ENI NORYANI
BT ALIAS MUHAMAD BINTI RAMLI BINTI CHE
NORDEEN @
RAMLI
GURU MATEMATIK
KP MATEMATIK KP MATEMATIK ROZAIMAH SITI JULIYANA
SERIWATI BINTI TAMBAHAN BINTI RAMLI BINTI YAMIN
NORHAYATI
MOHAMAD BINTI ARIFFIN
YUSOP
SITI AISAH BINTI ZULHASNITA ROZITA BINTI FAEZAH BINTI
NASARUDIN BINTI ZULKIFLI OMAR SHAHARUDDIN
NORSHAHIMA MAILA BT. MD. HAZMAN BIN
BINTI ABDUL ZIN HAMAD
MUTTALIB
GURU SAINS
KP SAINS KP KIMIA KP FIZIK KP BIOLOGI
SURIANI BINTI NURHALINA AHMAD MAISARAH
SHAFARIN BIN LUBIS BINTI
SUDIN BINTI ALI MAWARDI MD YUSOF
SADIAH BT AZHARI BIN ZAWANI BT RUSLAINI
MOHD KUSNY ZAINAL MAHAZIR BINTI
SALLEHUDDIN
ZARINA BINTI VIJAYA A/P. ZAINI BINTI
MAT ZAIN RENGASAMY MAT ISA
GURU PENDIDIKAN ISLAM
KP PEND KP TASAWUR NORAZLINDA FAIZAH BINTI
ISLAM SABARIAH BINTI ASRI
AZIMAH BINTI BINTI
AYOP ABDULLAH MUHAMMED
WAZIR
NOUR SHARIFAH MOHD AMZAR NURSHAHAZWANI NUR AMIRA
AMIRAH BIN MOKTAR BINTI ABDUL BINTI AHMAD
MANAF
RAHIMAH BINTI LOPY
ABDUL RANI
GURU PENDIDIKAN MORAL
NAZILAH BINTI KP PEND MORAL WAN NUR RAIHAN
SAID JAMALIAH BT AWANG BINTI W MAHMOD
GURU SEJARAH
KP SEJARAH SEAMALATHAVY SITI FAIROS BT ONG SIEW
BADARIAH A/P ZAES LING
BINTI MOHD
RENGASAMY
YATIM
MOHD. NOOR ADILA SITI
ZAWAWI BIN BT. ZAINAL NORSYAMSINA
MOHD. ZAIN BINTI NORDIN
ABIDIN
GURU GEOGRAFI
KP GEOGRAFI NORASIKIN AMY EMYRA SALIDA BINTI
FARIDAH BINTI BINTI MOHD ALI BINTI RAMLI SAHLI
ABDUL RAOF
GURU PENDIDIKAN SENI
KP PEND SENI NOR MARINI SALAMAH BT NOORLIZHA
NOEZALIZA BINTI AHMAD ATAN BINTI
BINTI ARIFFIN ABDULLAH
GURU PENDIDIKAN JASMANI
KP PEND MUHAMMAD MUHAMMAD TOH KIANG
JASMANI AEDI HAFRIEZ HELMI AZHAR HWA
SAMSIAH BINTI BIN SUHAIMI
BIN ZAINAL
TAIB
TAN YING GAY NURUL 'IZZAH MOHD AZRUL BIN
BINTI ISMAIL MUSTAFA
GURU REKABENTUK & TEKNOLOGI
KP RBT KP AKAUN KHAIRIL NIZAM ROSNANI BINTI
ASMARIWATI NORITA BINTI BIN ABD. SAMAD
BINTI MOHD
WAHID KHAIRUDDIN
BOHORI
YUSNIZA BINTI HASLIYANA NORADHIAH BT SA'ADIAH BINTI
CHE OMAR IBRAHIM
BINTI HAMZAH OTHMAN
ROSZANA BINTI YOGESHWARY A/P HASLINDA BINTI
RAMLI GANASAM HAMZAH
KP EKONOMI KP GRAFIK KOMUNIKASI
AZURA BINTI TEKNIKAL
AHMAD MAZLINA BINTI ROSLI
KP MATA PELAJARAN GURU MPV
VOKASIONAL MOHD ZAMANI B.
ABDULLAH SAPAR
RIZA BIN ZAKARIA
KP PERNIAGAAN KP SAINS RUMAH
AZUANA HANY TANGGA
BINTI ABDULLAH
HANIZA BINTI YUSOFF
Penasihat Tuan Haji Jamaluddin Bin Abdul Kadir
Yang Dipertua En.Roslan Bin Mat Rashid
Naib Yang Dipertua En Nor Ishammady Bin Mansor
Setiausaha Cik Nazilah Binti Said
Bendahari Pn.Zarina Binti Mat Zain
AJK Ibu Bapa En.Zulkiflee Bin Mohd Salleh
AJK Guru En Abdul Aziz Bin Abd Rashid
En Mustafa Bin Robani
Pn. Noor Haslinda Binti Ahmad
Pn. Siti Nor ‘Aini Binti Zainal
Pn. Siti Shakiroh Bt Ahmad
Pn. Heniyati Bt Khairi
En.Riza Bin Zakaria
En Mohd Amzar Bin Moktar
Pn.LailaWati Binti Alias
Pn Ruhaida Bt Ali@Awang
Pn Toh Kiang Hwa
Pn Zawani Binti Mahazir
KETUA PENGAWAS PEN.KETUA PENGAWAS 1 PEN.KETUA PENGAWAS 2 SETIAUSAHA
IZZATI SYAMIMI
SALAHUDDIN FARIZ IZWAN PUTRI ALIAH
BENDAHARI AJK AJK AJK
AOURA RACHAL KHAIRINA BALQIS WAHYU RAFIZIE AYU ARDYANITA
AJK AJK AJK
LOW KA JUN DANIAL HAZMI QISTINA ZULFATI
CIKGU SITI JULIYANA CIKGU ENI NORYANI CIKGU ROSLAN GURU PEMBIMBING PENGAWAS
CIKGU NURUL AMIN CIKGU NUR AMIRA CIKGU LOOI SOOK HAN
ATILIA FITRI BALQIS
NAZARUL MUIZ SUHAILA
ATIQAH RAIS QAYYUM
NATASHA
SYAZWINA FARRIS
SEMBAKA
PRESTASI DAN
KECEMERLANGAN MURID
DATA DAN STATISTIK
ENROLMEN PELAJAR 2020
Tingkatan Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah Jumlah
Kelas Lelaki Perempuan Beragama Bukan Murid
Islam Beragama
Islam
Peralihan 1 11 9 0 20 20
11 156
Tigkatan satu 11 182 179 265 70 335
11 166
Tingkatan Dua 11 146 164 266 80 346
10 152
Tingkatan Tiga 175 261 80 341
55 813
Tingkatan 181 249 78 327
Empat
Tingkatan 168 243 77 320
Lima
876 1284 405 1689
Jumlah
Data dan Statistik Enrolment Pelajar 2020 (mengikut jantina)
200
180
160
140
120
100
80
60
40
20
0 Tigkatan satu Tingkatan Dua Tingkatan Tiga Tingkatan Empat Tingkatan Lima
Peralihan
Jumlah Lelaki Jumlah Perempuan
ANALISIS PENCAPAIAN PT3 2019
SENARAI MURID TERBAIK PT3 2019
BIL NAMA MURID KEPUTUSAN
1 TEE MING YUEH 8A 1B
2 SERI NADHRAH BINTI BASER 6A 3B
3 NUR FARAH HUDA BINTI MUHAMMAD REJAB 6A 1B 2C
4 SOFIEA BINTI ABDUL RAHMAN 4A 2B 3C
5 ONG JIA HONG 4A 3B 1C 1E
6 MUHAMMAD ARIF SHAHMI BIN SHAHARUDDIN 4A 3B 1D 1E
7 AINA ASYIQIN BINTI ASMI 4A 2B 2C 1E
8 SRI ABBA BINTI ABDUL GHANI 3A 5B 1C
9 MUHAMMAD DANIAL BIN JAMALUDDIN 3A 4B 2C
10 NUR NABILA IZZATI BINTI AMIR KHAIRI 3A 3B 1C 2D
11 MUHAMMAD KHAIRI HAFIZ BIN MOHD AMIN 3A 3B 2C 1D 1E
12 NUR NAJIHA BINTI SHAHUDIN 3A 1B 4C 1D
13 SOFEA KHAIRUNNISA BINTI MOHAMAD KHAIRI 3A 1B 3C 2D
14 IMANNUR RUMAISHA BINTI AZRIN 3A 1B 2C 1D 2E
PELAJAR CEMERLANG PT3
Tee Ming Yueh
Nur Farah Huda
Seri Nadhrah
ANALISIS PERBANDINGAN MENGIKUT MATA PELAJARAN SPM
2018 – 2019 (TERAS)
PERATUS LULUS (%)
100% 91.35% 85.59%
90% 79.85%
80% 85.39% 82.23% 80.40% 79.44% 81.73%
70%
60% 69.35% 74.33%
50%
40% 68.42%
30%
20% 59.52% 62.21% 57.10%
10%
Peratus 0%
2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019
BAHASA BAHASA PENDIDIKAN PENDIDIKAN SEJARAH MATEMATIK SAINS
MELAYU INGGERIS
ISLAM MORAL
Mata pelajaran Teras
GPK
8.00 7.18 7.20
7.00 5.87 6.39 5.86 5.91 5.79 6.05 5.88
6.00 4.81 5.16
5.00 4.93 5.26 5.26
GPS 4.00
3.00
2.00
1.00
0.00
2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019
BAHASA BAHASA PENDIDIKAN PENDIDIKAN SEJARAH MATEMATIK SAINS
MELAYU
INGGERIS ISLAM MORAL
Mata pelajaran Teras
ANALISIS PERBANDINGAN MENGIKUT MATA PELAJARAN
SPM 2018 – 2019 (ELEKTIF)
PERATUS LULUS (%)
100.00% 100.00% 100.00% 100.00% 100.00%
100% 90.90% 90.57% 87.88% 92.50% 89.19%
90%
80% 77.50% 72.90%
70%
60% 58.10% 58.62%
50%
Peratus 40%
30%
20%
10%
0%
2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019
GEOGRAFI PENDIDIKAN TASAWWUR PRINSIP PERNIAGAAN EKONOMI GKT
SENI VISUAL
ISLAM PERAKAUNAN
Mata pelajaran Elektif
GPK
8.00 7.66
7.00
6.37 6.88 6.57
6.05
6.00 5.12 4.61 4.33 4.86 5.00
GPS 5.00 4.32
4.00 3.39 3.80
3.04
3.00
2.00
1.00
0.00
2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019
GEOGRAFI PENDIDIKAN TASAWWUR PRINSIP PERNIAGAAN EKONOMI GKT
SENI VISUAL ISLAM
PERAKAUNAN
Mata pelajaran Elektif
ANALISIS PERBANDINGAN MENGIKUT MATA PELAJARAN
SPM 2018 – 2019 (ELEKTIF)
PERATUS LULUS (%)
100.00% 100.00% 100.00% 100.00% 100.00% 100.00% 90.48% 86.20% 94.12% 100.00% 100.00% 100.00%
100% 65.45% 65.50%
90%
Peratus 80%
70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%
2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019
FIZIK KIMIA BIOLOGI BAHASA CINA BAHASA TAMIL
MATEMATIK SAINS RUMAH
TAMBAHAN TANGGA
Mata pelajaran Elektif
GPK
8.00 7.15 7.79
7.00 6.55 7.19
6.00 5.21 5.14 5.28
5.00 4.17 4.59 4.47
GPS 4.00 3.54 3.25 3.13 3.18
3.00
2.00
1.00
0.00
2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019 2018 2019
MATEMATIK FIZIK KIMIA BIOLOGI SAINS RUMAH BAHASA CINA BAHASA TAMIL
TAMBAHAN TANGGA
Mata pelajaran Elektif
SENARAI MURID TERBAIK SPM 2019
Bil NAMA PELAJAR TING BIL. A CATATAN
1 GOVENTH A/L CHANDIRAMURTHI SN 10A SEMUA A
2 TEE MING JUN SN 8A
3 DANIAL BIN DAMANHURI SN 7A
4 NUR AIN FARHANA BINTI SALEHUDDIN GKT
5 NUR RABIA'TULADAWIYAH BINTI ABD RAJES GKT 6A
6 IZZATUL WIDAD BINTI AZMAN SN
7 JUNI DIANA BINTI ABDUL JALIL SN 5A
8 NUR AYUNI NADIRAH BINTI JUHARI SN
9 SITI SYAFIKHA BINTI HARUN SN
10 KHAIRUNNISA BINTI IDRIS GKT
11 MAIZURA BINTI ZULKAFLI GKT
12 NUR NABILA HUDA BINTI AZHAR GKT
13 NURIN EWANI BINTI SHAHUDIN GKT
14 MARK ANTONY LIM GEO
15 AQILA HUSNA BINTI ABDUL HAMID
16 DHARSHINIE A/P GUNASEGAR SN
17 NOR AFIFAH ILYANA BINTI NOORAZLAN SN
18 SITI FATIMAH BINTI NURUL HUDA SN
19 SYAFIQ HAIKAL BIN SAMARUDIN SN
20 AMIRATULHAIDAH BINTI ABU BAKAR SN
21 NUR HAFIZAH BINTI ABDULLAH SANI GKT
22 NUR IZZAH ELLY SUFFIAH BINTI HAIRUL ZAMAN GKT
23 NURSYAZANA IRDINA BINTI MOHD ZASHAHIDIN GKT
24 SITI NUR TASNIM BINTI ANUAR GKT
25 CHANG XIU TING GKT
26 NOR ALIA ADRINA BINTI NIZAM
27 SITI NUR ARFAH BINTI MOHAMED HANAFIAH AK
28 NUR ZAWANEE BINTI ZABIDI AK
29 YONG XUEFEN AK
GEO
BIZ 2
MAJLIS PENYAMPAIAN KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN SPM 2019
PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG SPM 2019
PELAJAR TERBAIK SPM 2019
GOVENTH A/L CHANDIRAMURTHI
SEKITAR MAJLIS PENYAMPAIAN KEPUTUSAN
PEPERIKSAAN SPM 2019