The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Shahira Azura Elias Rosniza Aznie Che Rose


Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
eISBN 978-983-2795-47-6

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aznie, 2020-10-23 02:09:59

IMPLIKASI KEJATUHAN HARGA BUAH KELAPA SAWIT DAN PENGARUHNYA TERHADAP PENDAPATAN PENDUDUK SETEMPAT DI FELDA PALONG 6, GEMAS NEGERI SEMBILAN

Shahira Azura Elias Rosniza Aznie Che Rose


Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
eISBN 978-983-2795-47-6

IMPLIKASI KEJATUHAN HARGA BUAH KELAPA SAWIT DAN
PENGARUHNYA TERHADAP PENDAPATAN PENDUDUK

SETEMPAT DI FELDA PALONG 6, GEMAS NEGERI SEMBILAN

Oleh:

Shahira Azura Elias
Rosniza Aznie Che Rose

Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

i

IMPLIKASI KEJATUHAN HARGA BUAH KELAPA
SAWIT DAN PENGARUHNYA TERHADAP
PENDAPATAN PENDUDUK SETEMPAT
DI FELDA PALONG 6, GEMAS
NEGERI SEMBILAN

Oleh:

Shahira Azura Elias
Rosniza Aznie Che Rose

Cetakan Pertama / First Printing 2020

Hakcipta / Copyright Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti
Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020

Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk, sama ada dengan cara elektronik, gambar
serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran daripada Program Geografi, Pusat Kajian
Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form, electronics or
mechanical including photocopy, recording or any information storage and retrieval system, without
permission in writing from Geography Programme, Center for Research in Development, Social and
(SEEDS), Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by

Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial &
Kemanusiaan, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600 UKM Bangi, Selangor D. E. Malaysia

Dicetak di Malaysia oleh / printed in Malaysia by

Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial &
Kemanusiaan, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600 UKM Bangi, Selangor D. E. Malaysia

http://www.ukm.my/ppspp/
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Implikasi Kejatuhan Harga Buah Kelapa Sawit Dan Pengaruhnya Terhadap Pendapatan Penduduk Setempat
Di Felda Palong 6, Gemas Negeri Sembilan / Shahira Azura Elias, Rosniza Aznie Che Rose
eISBN 978-983-2795-47-6

1. Kejatuhan Harga Buah Kelapa Sawit
2. Pendapatan
3. Felda
I. Shahira Azura Elias
II. Rosniza Aznie Che Rose

KANDUNGAN

Halaman

KANDUNGAN i-iii
SENARAI JADUAL iv
SENARAI SINGKATAN v
SENARAI SIMBOL vi
PRAKATA vii
PENYUMBANG MAKALAH vii

BAB 1: PENDAHULUAN 1.5.1 1-2
1.1 Pengenalan 1.5.2 3-4
1.2 Permasalahan Kajian 5-6
1.3 Persoalan Kajian 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Skop Kajian Sampel Kajian 6
Kawasan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Organisasi Penyelidikan 7-8
1.8 Kesimpulan 8

BAB 2: LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN DAN METOD KAJIAN

2.1 Pengenalan 9

2.2 Kawasan Kajian 9

2.2.1 Latar Belakang NegeriSembilan 9-10

2.2.2 Latar Belakang Felda Palong 6 10

2.3 Reka Bentuk Kajian 10-11

2.4 Kaedah Pengumpulan Data 11
2.4.1 Data Primer 11-12
2.4.2 Data Sekunder 12
2.4.3 Tembual Tidak Berstruktur dan Pemerhatian Tidak
Turut Serta 12-13
13-15
2.5 Instrumen Kajian 15-16
2.5.1 Kaedah Pemilihan Sampel 16-17
17-18
2.6 Kaedah Analisis Data 18
2.6.1 Analisis Deskriptif
19
2.7 Kesimpulan 19
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 19-20
20-21
3.1 Pengenalan
3.2 Definisi Konsep

3.2.1 Buah Kelapa Sawit
3.2.2 Pendapatan

3.2.3 Penduduk 21-22

3.2.4 Pertanian 22-23

3.2.5 Kejatuhan Harga Buah Kelapa Sawit 23-24

3.2.6 Peneroka Felda 24

3.3 Kajian Lepas 24

3.3.1 Pendapatan Bulanan Peneroka Kelapa Sawit 24-26

3.3.2 Peneroka Kelapa Sawit dan Pekerjaan Sampingan 26-27

3.3.3 Berlaku Penghijrahan Keluar 27

3.3.4 Kuasa Beli Semakin Menurun 28

3.3.5 Perbelanjaan Terjejas 29

3.3.6 Wang Simpanan Tabungan Berkurang 30

3.4 Kesimpulan 31

BAB 4: IMPLIKASI KEJATUHAN HARGA BUAH KELAPA SAWIT

4.1 Pengenalan 32

4.2 Latar Belakang Penduduk 32

4.2.1 Ciri Demografi Penduduk 32-36

4.2.2 Sistem Pengurusan dan Pendapatan Ekonomi Penduduk 37-39

4.3 Kesan Kejatuhan Harga Buah Kelapa Sawit Terhadap Pendapatan

Peneroka 40-41

4.3.1 Pendapatan 42-43

4.3.2 Pekerjaan 44-45

4.3.3 Penghijrahan 45-46

4.3.4 Jenis Pekerjaan Sampingan 46

4.4 Kesan Pendapatan Terhadap Ekonomi Penduduk Tempatan 47

4.4.1 Kuasa Beli 47-49

4.4.2 Perbelanjaan 49-51

4.4.3 Tabungan 51-53

4.5 Langkah yang Sesuai bagi Penduduk Tempatan dalam Menangani

Isu Kejatuhan Harga Buah Kelapa Sawit 53

4.5.1 Langkah Perundangan 54-55

4.5.2 Langkah Bukan Perundangan 55-57

4.6 Kesimpulan 57-58

BAB 5: CADANGAN MENANGANI ISU KEJATUHAN HARGA BUAH KELAPA

SAWIT DI FELDA PALONG 6

5.1 Pengenalan 59

5.2 Pemantauan Di Ladang Dilakukan Dengan Lebih Kerap Lagi 59

5.3 Meningkatkan Kualiti Proses Penjagaan Buah Kelapa Sawit 60

5.4 Pembersihan Ladang Dengan Lebih Kerap Dari Sebelumnya 60

5.5 Kesimpulan 60

BAB 6: KESIMPULAN

6.1 Pengenalan 61

6.2 Ringkasan Penemuan 62-64

6.3 Implikasi Kajian 65

6.4 Kesimpulan 65

RUJUKAN 66-69
INDEKS 69-70

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk ms

Jadual 4.1 Ciri Demografi Penduduk 42
Jadual 4.2 Profil Ekonomi Penduduk 50
Jadual 4.3 Tahap Pendapatan Bulanan Penduduk 51
Jadual 4.4 Pengaruh Pekerjaan Terhadap Ekonomi 53
Jadual 4.5 Peluang Pekerjaan Mendorong Penghijrahan 54
Jadual 4.6 Profil Tahap Kemampuan Penduduk 57
Jadual 4.7 Profil Tabungan dan Wang Simpanan 61

ASB SENARAI SINGKATAN
CPO
FELDA Amanah Saham Berhad
FGV Crude Palm Oil
GAPKI Federal Land Development Authority
KIR Felda Global Ventures
KWSP Gabungan Pengusaha Kelapa Sawit Indonesia
LMSM Ketua Isi Rumah
MPOB Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
PTA Lembaga Minyak Sawit Malaysia
RISDA Malaysian Palm Oil Board
Perjanjian Perdagangan Keutamaan
Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan
Getah

SENARAI SIMBOL

Bil. Bilangan
n Saiz sampel yang diperlukan
N Jumlah populasi
E Paras keyakinan
% Peratus
& Dan

Prakata

Buku Implikasi Kejatuhan Harga Buah Kelapa Sawit dan Pengaruhnya terhadap
Pendapatan Penduduk Tempatan ini merupakan sebuah era dimana berlakunya
kemerosoton ekonomi penduduk yang melibatkan kualiti hidup dan taraf hidup
penduduk setempat. Punca tercetusnya fenomena di kawasan kajian ini disebabkan
oleh permintaan yang semakin berkurangan dan nilai kelapa sawit di pasaran yang
tidak menentu. Implikasi kejatuhan harga buah kelapa sawit ini telah mendorong
kepada perubahan pendapatan penduduk pada setiap bulan. Buku ini bertujuan untuk
menilai implikasi kejatuhan harga buah kelapa sawt terhadap pendapatan penduduk
setempat di Felda Palong 6, Gemas, Negeri Sembilan. Kajian di dalam buku ini
adalah untuk menilai empat indikator utama seperti lokasi kajian, jenis pekerjaan,
pendapatan dan kemudahahan yang disediakan. Buku ini boleh digunakan sebagai
rujukan utama dalam pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada peneroka di Felda Palong 6, Gemas
kerana telah memberikan kerjasama yang baik dalam memberikan maklumat untuk
digunapakai bagi menjayakan kajian ini. Penghargaan kepada Geran Penyelidikan
FRGS/1/2019/SS07/UM/02/2 kerana membiayai sepenuhnya penyelidikan dan
penerbitan ini dan banyak memberi pertolongan dalam memantapkan penyelidikan
dalam pelbagai aspek.

Shahira Azura binti Elias, Rosniza Aznie Che Rose

Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Penyumbang Makalah

Shahira Azura Elias adalah mahasiswa di Program Geografi, Fakulti Sains Sosial &
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku ini merupakan kajian sulung beliau
dalam mengikuti Latihan industri secara maya yang menumpukan kepada aspek
kesejahteraan penduduk.
[email protected]

Rosniza Aznie Che Rose (PhD) adalah pensyarah kanan di Program Geografi, Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian terbaru beliau
menumpukan kepada demografi, perancangan pelancongan dan penilaian impak sosial.
[email protected]

BAB
1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan tentang objektif kajian yang telah dibina dan menghuraikan
lokasi kajian yang dipilih. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), pertanian
membawa maksud perihal bertani iaitu satu kegiatan bercucuk tanam pokok dan tumbuh-
tumbuhan yang mendatangkan hasil kepada manusia. Tanah tersebut merupakan salah satu
nikmat rezeki untuk diusahakan oleh manusia sebagai sumber makanan mereka dengan hasil
bercucuk tanam itu dan juga sebagai pendapatan mereka. Menurut Institut Penyelidikan
Ekonomi Malaysia, sektor pertanian berkembang 1.3 peratus pada tahun ini yang
sebahagiannya terdiri daripada permintaan terhadap minyak sawit mentah (BH Online 16
April 2019).

Penanaman buah kelapa sawit telah menjadi tanaman utama di 317 tanah rancangan
di bawah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sejak 61 tahun lalu iaitu bermula
pada tahun 1958 di Felda Lurah Bilut, Pahang (BH Online 24 Oktober 2019). FELDA telah
membuka tanah-tanah baru yang diteroka dan dijadikan sebagai ladang kelapa sawit.
Pembukaan tanah rancangan ini telah membuka ruang kepada pekebun kecil untuk bekerja
di ladang kelapa sawit dan hasilnya telah menjadi sumber pendapatan utama mereka.
Permintaan yang tinggi terhadap penghasilan buah kelapa sawit ini menyebabkan ladang
terpaksa diperluaskan lagi bagi memperbanyakkan penanaman buah kelapa sawit. Buktinya,
pada tahun 2018, keluasan tanaman sawit di Malaysia mencatatkan 5.78 juta hektar dan
meningkat kepada 5.85 juta hektar yang dicatatkan pada bulan Februari 2019. Keluasan
kawasan ladang kelapa sawit ini diperluaskan lagi kerana permintaan yang semakin
meningkat dari tahun ke tahun. Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),
Datuk Dr Ahmad Kushairi Din berkata, pengeksportan minyak sawit meningkat kepada 17.2
juta tan pada 2019 berbanding 16.49 tan pada tahun 2018 (Noor Asmawati & Norfadilah
Hashim 2019). Malaysia telah mengeksport minyak sawit mentah ke negara luar seperti
Pakistan, Iran, China, Turki dan India. Permintaan yang tinggi telah mendorong kepada
peningkatan eksport minyak sawit mentah Malaysia dan secara tidak langsung telah
meningkatkan pendapatan negara Malaysia (Isabelle Leong 2019). Tambahan pula, kualiti
minyak sawit yang baik serta mempunyai kandungan bernutrisi tinggi seperti betakoratin
dan Vitamin E tokotrienol (Berita Harian 11 Mei 2015).

Namun demikian, harga komoditi bagi tanaman kelapa sawit di seluruh negara
sentiasa tidak menentu hingga menyebabkan timbulnya cabaran bagi kerajaan, Felda dan
peneroka. Malah, kempen anti minyak sawit yang dilakukan di negara barat telah memberi
kesan terhadap kebolehpasaran produk ini. Penurunan harga komoditi buah kelapa sawit ini
turut dirasai oleh penduduk di kawasan Felda Palong 6. Oleh itu, ramai peneroka mengambil
keputusan untuk membuat kerja sampingan bagi menampung pendapatan bulanan mereka.

1

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Pembukaan tanah rancangan Felda di Palong 6 ini telah menyebabkan kualiti hidup
penduduk menjadi lebih baik dan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah
kemiskinan berlaku. Pelbagai kemudahan dan infrastruktur telah dibina bagi menggalakkan
lagi pembangunan kawasan serta dapat meningkatkan taraf hidup penduduk. Antara
infrastruktur yang dibina ialah sekolah, klinik, pejabat pos, balairaya, dewan orang ramai,
D’mart dan sebagainya. Malah, dengan hasil pendapatan yang diperoleh daripada kutipan
buah kelapa sawit ini juga telah menyebabkan peneroka mengubahsuai rumah mereka
daripada rumah papan yang dibina. Namun demikian apabila kejatuhan harga buah kelapa
sawit ini berlaku, pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk terutama dari segi ekonomi
mereka. Permasalahan yang dihadapi oleh pihak peneroka ini dialami oleh mereka sejak
dahulu lagi dengan kedudukan ekonomi negara yang tidak bergitu kukuh. Umumnya,
tanaman komoditi kelapa sawit ini sememangnya bergantung kepada permintaan di pasaran
yang telah mendorong kepada perubahan nilai harga komoditi tanaman tersebut.

Antara masalah yang dihadapi oleh peneroka kelapa sawit di Felda Palong 6 ialah
pendapatan bulanan mereka terjejas. Setiap bulan, peneroka akan menerima wang sara hidup
iaitu pendapatan bulanan hasil daripada penjualan buah kelapa sawit. Wang sara hidup
tersebut dapat menampung keperluan seharian peneroka dan sebagai sumber pendapatan
utama mereka. Apabila isu kejatuhan harga buah kelapa sawit ini berlaku, ianya telah
memberi impak yang besar terhadap pendapatan peneroka. Perkara ini telah mendatangkan
kegusaran para peneroka terutama mempunyai anak yang masih belajar dan berada dalam
tanggungan ibu bapa.

Selain itu, peneroka Felda Palong 6 juga terpaksa mencari pekerjaan sampingan bagi
menampung perbelanjaan harian mereka. Anggaran pendapatan peneroka pada setiap bulan
ialah RM1200 - RM1700 dan apabila isu ini berlaku pendapatan mereka merundum jatuh
dianggarkan kepada RM1000 - RM900 sebulan. Ini menunjukkan perbezaan yang agak besar
dan telah merugikan para peneroka. Jumlah pendapatan bulanan yang tidak tetap ini telah
menyebabkan peneroka mengambil keputusan untuk mencari kerja sampingan. Majoriti
peneroka Felda ini terdiri daripada golongan warga emas dan mereka terpaksa mencari
pekerjaan untuk mendapatkan pendapatan sampingan mereka bagi menanggung
keluarganya. Antara pekerjaan sampingan yang dilakukan ialah berniaga, menternak
binatang, menoreh getah di tanah sendiri, bercucuk tanam, membuka kedai runcit dan
sebagainya.

Implikasi seterusnya yang dihadapi oleh peneroka Felda Palong 6 ialah berlakunya
penghijrahan keluar terutamanya ketua isi rumah berpindah ke daerah lain. Perpindahan
berlaku ke kawasan pekan Gemas dan Bahau untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Namun
demikian, isteri dan anak peneroka masih menetap di kawasan Felda Palong Melalui
penghijrahan ini, ladang kelapa sawit kurang mendapat penjagaan rapi dan terpaksa
mengupah pekerja asing bagi menguruskan ladang.

Tambahan pula, apabila berlakunya kejatuhan harga buah kelapa sawit ini telah
mendatangkan masalah kepada ekonomi penduduk tempatan seperti kuasa beli penduduk
yang semakin menurun. Barangan kehendak dianggap sebagai kuasa beli pengguna untuk
mencapai tahap keselesaan dan kemewahan individu tersebut. Antara contoh kuasa beli

2

penduduk ialah barangan kemas, perabot, kereta mewah, aset tanah dan sebagainya. Kuasa
beli ini semakin menurun dan terpaksa dihadkan berpunca daripada penurunan harga buah
kelapa sawit yang tidak menentu sehingga menyukarkan individu tersebut membuat
simpanan untuk memenuhi kehendak mereka.

Manakala dari segi perbelanjaan pula melibatkan barangan keperluan penduduk
seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan kenderaan. Perbelanjaan bulanan
penduduk ini meliputi segala keperluan harian mereka untuk kelangsungan hidup. Bukan itu
sahaja, komitmen lain seperti bil dan utiliti juga termasuk dalam perbelanjaan bulanan
penduduk. Isu kejatuhan harga buah kelapa sawit ini telah mendatangkan impak yang besar
terhadap perbelanjaan penduduk kerana terpaksa dihadkan atau dikurangkan demi
kesejahteraan ekonomi mereka.

Setiap orang pasti mempunyai wang simpanan mereka sendiri. Begitu juga para
peneroka yang mempunyai wang simpanan yang disimpan di akaun bank mereka setiap
bulan atau wang tersebut telah ditolak terlebih dahulu daripada pendapatan bulanan mereka.
Melalui penyimpanan wang simpanan ini ianya dapat membantu sedikit sebanyak dalam
ekonomi peneroka apabila mereka menghadapi kesusahan atau musibah. Sebagai contoh,
wang simpanan tersebut dapat digunakan untuk membayar wang perubatan di hospital
disebabkan oleh masalah kesihatan yang dihadapi oleh warga emas ini. Namun demikian,
perkara ini telah mendatangkan masalah yang besar terhadap ekonomi peneroka kerana
kekurangan sumber pendapatan bulanan akibat kejatuhan harga buah kelapa sawit telah
menjurus kepada pengurangan wang simpanan tabungan para peneroka.

Secara rumusannya, isu kejatuhan harga buah kelapa sawit ini telah mendatangkan
masalah kepada pendapatan dan kesejahteraan ekonomi peneroka. Kesemua permasalahan
dan persoalan di atas telah mendorong pengkaji untuk melakukan kajian mengenai kesan
kejatuhan harga buah kelapa sawit dan pengaruhnya terhadap pendapatan penduduk
tempatan.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian merupakan soalan yang bakal ditanyakan kepada penduduk untuk mencapai
tujuan kajian ini dijalankan. Oleh itu, persoalan kajian haruslah selari dengan objektif kajian.
Pembentukan persoalan kajian ini haruslah dinilai dengan teliti agar sesuai dengan tajuk
kajian dan mencapai matlamat kajian yang dijalankan.

i. Apakah kesan kejatuhan harga buah kelapa sawit terhadap pendapatan peneroka
Felda?

ii. Apakah kesan pendapatan terhadap ekonomi penduduk tempatan?
iii. Bagaimanakah langkah yang sesuai bagi penduduk tempatan dalam menangani

isu kejatuhan harga buah kelapa sawit?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk menilai implikasi kejatuhan harga buah kelapa sawit dan
pengaruhnya terhadap pendapatan penduduk setempat di Felda Palong 6, Gemas, Negeri
Sembilan. Oleh itu, beberapa objektif telah dibentuk untuk menjayakan kajian ini.

3

i. Mengenalpasti kesan kejatuhan harga buah kelapa sawit terhadap pendapatan
peneroka Felda.

ii. Menilai kesan pendapatan terhadap ekonomi penduduk tempatan.
iii. Mencadangkan langkah yang sesuai bagi penduduk tempatan dalam menangani

isu kejatuhan harga buah kelapa sawit.

1.5 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini tertumpu kepada implikasi kejatuhan harga buah kelapa sawit dan
pengaruhnya terhadap pendapatan setempat di Felda Palong 6, Gemas Negeri Sembilan.
Kajian ini tertumpu kepada para peneroka Felda terutama yang menetap di kawasan Felda
Palong 6 kerana hasil buah kelapa sawit di kawasan ini sering mendapat pendapatan hasil
yang rendah. Data penduduk diambil dari Pejabat Felda Palong 6 untuk mengetahui jumlah
sebenar penduduk dan mengenalpasti bilangan peneroka kelapa sawit sahaja. Penduduk ini
terdiri daripada kategori umur 50 tahun hingga 80 tahun yang merupakan ketua bagi setiap
isi rumah. Jumlah keseluruhan peneroka kelapa sawit Palong 6 adalah seramai 361 orang
dan 78 orang daripadanya dipilih secara rawak sebagai penduduk dalam kajian ini dengan
menggunakan kaedah kuantitatif dan diperkukuhkan lagi dengan kaedah kualitatif.

1.5.1 Sampel Kajian

i. Peneroka kelapa sawit di Felda Palong 6.

1.5.2 Kawasan Kajian

i. Kajian dijalankan di Felda Palong 6, Gemas Negeri Sembilan.

ii. Felda Palong 6 mempunyai 17 buah blok yang mempunyai 24 hingga 29 buah
rumah.

iii. Kawasan ini terletak di dalam Gugusan Felda Palong 4, 5 & 6 yang menjadi
tumpuan penduduk.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Terdapat beberapa kepentingan untuk melaksanakan kajian ini. Pengkaji dapat mengetahui
kesan kejatuhan harga buah kelapa sawit terhadap pendapatan penduduk tempatan. Hal ini
secara tidak langsung menyebabkan pengkaji dapat mengetahui masalah yang membelenggu
kehidupan golongan peneroka mengenai sumber pendapatan mereka. Perkara ini dapat
dibuktikan dengan kaedah kuantitatif yang digunapakai oleh pengkaji.

Selain itu, kajian ini telah membawa kepentingan kepada penyelidik dan pihak yang
terlibat. Kajian yang dijalankan ini telah meningkatkan kesan yang positif dalam kualiti
hidup masyarakat setempat. Pertanian buah kelapa sawit dijadikan sebagai pendapatan
utama penduduk Felda yang dikenali sebagai pekebun kecil. Peningkatan permintaan
terhadap hasil buah kelapa sawit ini telah menyebabkan pendapatan mereka juga akan
semakin meningkat. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup
masyarakat setempat.

4

Tambahan pula, penambahbaikan agensi yang terlibat dalam penanaman buah kelapa
sawit ini menyebabkan penghasilan kerja yang sistematik dan teratur. Oleh itu, masalah
kejatuhan harga buah kelapa sawit ini dapat dikurangkan serta dapat mengembalikan
kedudukan pendapatan yang kukuh bagi peneroka. Agensi yang terlibat seperti Felda,
MPOB, FGV, RISDA dan sebagainya perlu memastikan pengeluaran hasil buah kelapa sawit
ini dapat ditingkatkan dan dipasarkan ke negara luar.

1.7 ORGANISASI PENYELIDIKAN

Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, pengkaji membahagikan penulisan penyelidik
kepada enam bab. Permulaan bab iaitu bab pertama adalah mengenai pengenalan bagi kajian,
manakala bab kedua pula mengenai latar belakang kawasan kajian yang digunakan . Bab
seterusnya ialah bab ketiga mengenai pengkaji akan memfokuskan kepada model kajian
pendapatan penduduk setempat. Bab empat pula ialah pengkaji akan membincangkan
implikasi kejatuhan harga buah kelapa sawit di Felda Palong 6. Bab kelima mengenai
langkah atau cadangan dalam mengatasi kejatuhan harga buah kelapa sawit di kawasan
kajian. Akhir sekali, bab 6 pengkaji akan membuat kesimpulan secara keseluruhan mengenai
kajian yang dijalankan.

Bab pertama ini meliputi pengenalan yang mana pengkaji menceritakan secara umum
berkaitan latar belakang kajian dari segi pemasalahan kajian, persoalan kajian, objektif
kajian, skop kajian dan kepentingan kajian yang dijalankan. Bukan itu sahaja, dalam bab ini
juga pengkaji menyenaraikan persoalan dan objektif kajian bagi menyempurnakan
penyelidikan. Seterusnya bab kedua penulisan buku ini memfokuskan kepada latar belakang
kawasan kajian. Bahagian kawasan kajian menerangkan berkaitan lokasi dan geografi Felda
Palong 6 dan peranannya kepada penduduk setempat. Selain itu bab ini juga menerangkan
mengenai kaedah pengumpulan data dan instrumen kajian. Bahagian ini akan menjelaskan
perkara berkaitan pengumpulan data primer dengan mengedarkan borang soal selidik dan
pengumpulan data sekunder diperoleh daripada bahan bacaan di internet.

Bab ketiga, pengkaji akan membincangkan mengenai model kajian pendapatan
penduduk setempat yang meliputi aspek definisi konsep dan kajian lepas daripada pengkaji
terdahulu. Seterusnya bab keempat dalam penulisan kajian ini pula menjelaskan berkaitan
implikasi kejatuhan harga buah kelapa sawit. Bahagian ini melihat impak kejatuhan harga
buah kelapa sawit terhadap pendapatan, kuasa beli, perbelanjaan, tabungan dan simpanan.
Kesemua aspek ini dinilai bagi menambahbaik sekiranya memberi kesan yang besarkepada
penduduk setempat di Felda Palong 6 terutama golongan peneroka. Penilaian impak ini
diukur dengan menggunakan skala likert.

Bab seterusnya ialah bab kelima mengenai cadangan dan langkah-langkah bagi
mengatasi implikasi kejatuhan harga buah kelapa sawit terhadap pendapatan penduduk
setempat di Felda Palong 6. Tujuan utama langkah-langkah ini dibuat adalah kerana untuk
menjamin pengeluaran buah kelapa sawit lebih bermutu dan sering mendapat permintaan di
pasaran. Oleh itu, perkara ini mendorong kepada peningkatan pendapatan penduduk

5

setempat. Bahagian terakhir iaitu bab keenam pula pengkaji akan merumuskan dapatan
kajian secara keseluruhan daripada proses penyelidikan yang telah dijalankan.
1.8 KESIMPULAN
Kesimpulannya, dengan kajian ini penyelidik dapat mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai masalah yang dihadapi oleh peneroka pada zaman ini. Hal ini kerana, media sosial
jarang memaparkan masalah yang membelenggu hidup peneroka kerana suara rakyat dari
golongan warga emas ini kurang mendapat perhatian orang atasan. Pendapatan bulanan
peneroka bergantung kepada hasil buah kelapa sawit yang dikutip pada setiap bulan. Jadi,
diharapkan dengan kajian ini dapat membuka mata masyarakat lain terhadap masalah yang
dihadapi oleh golongan peneroka. Pelbagai usaha yang perlu diambil oleh agensi kerajaan
untuk mengurangkan masalah kejatuhan harga buah kelapa sawit ini dari terus berlaku.

6

BAB
2

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

2.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan mengenai kawasan kajian yang dipilih untuk dijadikan sebagai
kawasan untuk pengkaji menjayakan penyelidikan ini. Felda Palong 6 dipilih untuk
menjalankan kajian ini kerana terdapat rungutan daripada peneroka mengenai harga buah
kelapa sawit yang semakin merosot telah mendorong kepada penurunan pendapatan
peneroka. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang berbentuk tinjauan dengan
menggunakan instrumen borang soal selidik dan menggunakan teknik pemerhatian untuk
mengukuhkan lagi penyelidikan yang dibuat. Kaedah kuantitatif yang digunakan ini
bertujuan membantu pengkaji untuk mendapatkan data primer dan data sekunder. Malah,
pemilihan sampel iaitu penduduk dalam kalangan peneroka Felda kelapa sawit juga dipilih
di Felda Palong 6 juga dibincangkan dalam bab ini. Selain itu, di bahagian akhir bab pula
menjelaskan kaedah menganalisis data secara terperinci untuk memastikan objektif kajian
yang dibentuk dapat dicapai.

2.2 KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian dianggap sebagai komponen penting dalam sesebuah penyelidikan yang
dijalankan. Mengikut kajian yang dijalankan, pengkaji memilih Felda Palong 6 sebagai
lokasi untuk menjalankan penyelidikan. Oleh kerana itu, latar belakang berkaitan ciri-ciri
guna tanah, topografi berkaitan Negeri Sembilan, Daerah Jempol dan Felda Palong 6 akan
dibincangkan dalam bab ini.

2.2.1 Latar Belakang Negeri Sembilan

Negeri Sembilan terletak di tengah wilayah semenanjung antara sempadan Selangor di
bahagian Timur, manakala sempadan Pahang dan Johor di bahagian Selatan. Ibu negerinya
ialah Seremban yang terletak hanya 60 kilometer dari ibu negara Kuala Lumpur dan 40
kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Mempunyai keluasan 665,647.44 hektar meliputi tujuh daerah iaitu Jelebu (135,354.27
hektar), Jempol (148,458.42 hektar), Kuala Pilah (102,666.99 hektar), Port Dickson
(58.053.1 hektar), Rembau (40,592.79 hektar), Seremban (95,360.71 hektar) dan Tampin
(85,161.10 hektar). Dari segi aspek pentadbiran kerajaan tempatan pula, negeri ini
dibahagikan kepada lapan buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terdiri daripada
empat buah Majlis Pembandaran dan empat buah Majlis Daerah. Majlis pembandaran yang
terdapat di Negeri Sembilan ialah Majlis Perbandaran Seremban, Majlis Pembandaran Nilai,
Majlis Perbandaran Port Dickson dan Majlis Perbandaran Jempol. Manakala, majlis daerah
pula terdiri daripada daerah Jelebu, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin (Portal Rasmi
Kerajaan Negeri Sembilan 2020).

9

2.2.2 Latar Belakang Felda Palong 6

Felda Palong 6 terletak di dalam Gugusan Felda Palong 4, 5 & 6 yang mempunyai pelbagai
jenis kemudahan dan infrastruktur yang disediakan untuk kegunaan penduduk. Selain itu,
Felda Palong 6 ini juga mempunyai 17 blok yang dikenali sebagai kelompok perumahan.
Setiap blok atau kelompok perumahan itu mempunyai 24 sehingga 29 buah rumah. Felda
Palong 6 ini mempunyai dua peringkat petempatan iaitu peringkat 1 dan peringkat 2.
Peringkat 1 meliputi blok 1 sehingga blok 8, manakala peringkat 2 pula meliputi blok 9
sehingga blok 17.

2.3 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kejian menerangkan mengenai susunan penyelidikan ini dijalankan bermula
dari pengutipan data diambil dari lapangan sehingga kepada proses analisis data dengan
menggunakan perisisan Statistical Package For Social Science (SPSS).

Antara kaedah yang digunakan oleh pengkaji ialah menggunakan kaedah soal selidik,
kaedah pemerhatian dan kaedah temubual secara rawak. Ketiga-tiga kaedah ini amat
membantu dalam penulisan hasil kajian dengan bukti yang ada seperti foto dan borang soal
selidik yang diisi. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah temubual dan
kaedah kualitatif untuk memperoleh data. Kuantitatif digunakan melalui pengedaran borang
soal selidik, manakala kualitatif pula dijalankan melalui temubual secara rawak dan teknik
pemerhatian untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Selepas data berjaya diambil dari lapangan, pengkaji akan mempersembahkan data
tersebut dalam bentuk jadual supaya dapat melihat perbezaan dan menunjukkan dengan lebih
jelas mengenai pandangan penduduk terhadap isu ini. Kemudian pengkaji akan menganalisis
data tersebut berpandukan kepada dapatan kajian yang diambil dari lapangan.

2.4 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data adalah proses mengumpulkan dan mengukur maklumat mengenai
pemboleh ubah yang dipilih. Pengumpulan data dimulakan dengan menentukan jenis data
yang diperlukan diikuti dengan pemilihan sampel dari populasi tertentu. Selepas itu,
pengkaji perlu menggunakan instrumen tertentu untuk mengumpulkan data dari sampel yang
dipilih. Kaedah pengumpulan data kuantitatif bergantung pada persampelan rawak dan
instrumen pengumpulan data berstruktur yang sesuai dengan pelbagai pengalaman ke dalam
kategori respons yang telah ditentukan. Berdasarkan pengumpulan data yang diperoleh,
ianya dapat membina hasil data yang mudah diringkaskan, dibandingkan, dan
digeneralisasikan. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan kuantitatif dengan
menggunakan kaedah soal selidik dan dibantu oleh kaedah pemerhatian di kawasan kajian.
Malah, pengkaji juga mendapatkan data mengenai peneroka kelapa sawit daripada pegawai
Felda yang bertugas di Pejabat Felda.

2.4.1 Data Primer

Data primer adalah data yang berasal dari sumber asli yang dikumpul untuk menjawab
persoalan kajian. Data primer diperoleh secara langsung dari sumber asli atau pihak pertama

10

dan dikenali sebagai data mentah. Data ini diperolehi melalui pengumpulan data di lapangan
sama ada dari segi kaedah soal selidik dan kaedah temubual bersama penduduk dan pegawai
Felda di Pejabat Felda Palong 6. Antara data primer yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah
jumlah penduduk, bilangan peneroka kelapa sawit dan peta Felda Palong 6. Malah kaedah
pemerhatian juga perlu diambil sebagai maklumat tambahan di dalam data primer tersebut.
Data primer ini boleh dianggap sebagai data yang diambil daripada sumber maklumat yang
tepat dan boleh dipercayai di dalam penyelidikan ini. Antara contoh data primer yang
digunakan dalam kajian ini ialah kaedah soal selidik, kaedah temubual, kaedah pemerhatian
dan kaedah foto. Kesemua kaedah ini diambil sendiri oleh pengkaji semasa turun ke
lapangan dengan kerjasama antara peneroka Felda Palong 6 yang terlibat.

2.4.2 Data Sekunder

Data sekunder boleh dirujukkan sebagai data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji lain.
Sebagai contohnya, data-data yang lepas atau terdahulu dikumpul untuk tujuan kajian.
Datadata tersebut masih lagi sesuai dan relevan untuk digunakan bagi menjawab persoalan
kajian atau dikembangkan kepada informasi mahupun formulasi yang baru untuk kajian pada
masa kini. Data sekunder diperoleh melalui penelitian secara tidak langsung melalui media
perantara seperti media cetak dan media elektronik. Data yang diperoleh melalui sumber
yang sahih seperti dalam bentuk tulisan dan dalam bentuk penghayatan serta pendengaran
(Sabitha Marican 2020). Data sekunder ini merupakan data yang mudah diperolehi kerana
menjimatkan masa, kos dan tenaga dalam mendapatkan maklumat. Malah data sekunder juga
berperanan sebagai data yang digunapakai untuk mengukuhkan data primer. Hal ini
demikian dengan menggunakan data primer sahaja tidak mencukupi kerana mengandungi
maklumat terhad serta boleh kurangnya kefahaman dan kekurangan maklumat. Data
sekunder ini berdasarkan kajian yang diolah oleh manusia dengan dibantu oleh maklumat
tambahan lain dan dicetak serta dimuatnaik di laman sesawang sebagai rujukan. Oleh itu,
wajarlah bahawa data sekunder ini sering tersedia untuk diakses dengan menggunakan
capaian internet dimana sahaja pengkaji berada dan rujukan yang diakses tersebut haruslah
dari sumber yang sah.

2.4.3 Tembual Tidak Berstruktur dan Pemerhatian Tidak Turut Serta

Kaedah temubual ini mempunyai dua teknik yang berbeza antaranya ialah teknik temubual
secara spontan dan teknik temubual berpandukan borang soal selidik. Temubual secara
spontan ini ditanya secara spontan kepada penduduk mengenai isu kejatuhan harga buah
kelapa sawit ini dan pastinya soalan-soalan yang ditujukan tersebut tiada di dalam
kandungan borang soal selidik. Selain itu, temubual berpandukan borang soal selidik pula
untuk memudahkan penduduk memahami perkara yang disoal di dalam borang soal selidik.
Pengkaji perlu menerangkan secara ringkas dan terperinci untuk memudahkan penduduk
menjawab soalan yang dituju. Penduduk bagi kajian ini terdiri daripada warga emas dan
majoriti mereka kurang faham dengan ayat formal di dalam borang soal selidik tersebut, oleh
itu temubual berpandukan borang soal selidik ini perlu dilaksanakan. Penerangan mengenai
soalan ini penting supaya penduduk dapat menjawab dengan betul tentang soalan yang
ditujukan. Pengkaji juga menanyakan soalan lain yang mampu menarik perhatian penduduk
untuk menjawab soal selidik ini.

Pemerhatian adalah kaedah asas untuk mengetahui tentang dunia di sekitar kita.
Sebagai manusia, kita dilengkapi dengan baik untuk mengambil maklumat terperinci
mengenai persekitaran kita melalui pancaindera kita. Namun, sebagai kaedah pengumpulan

11

data untuk tujuan penyelidikan, pemerhatian lebih daripada sekadar melihat atau mendengar
keadaan sekeliling semasa penyelidikan dijalankan. Maklumat dapat diterima dengan
memerhatikan, mengunjungi dan melihat tempat, masyarakat, peristiwa atau perkara-
perkara yang berkaitan dengan kajian atau penyelidikan. Sebagai contoh, pemerhatian
dilakukan semasa temubual dengan melihat gerak geri dan riak wajah penduduk ketika
menjawab soalan. Dari situ pengkaji dapat mengetahui tahap persepsi penduduk mengenai
soalan yang dinyatakan. Pemerhatian boleh diambil sebagai sumber maklumat utama dan
boleh dipercayai.

2.5 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan oleh pengkaji ketika menjalankan
suatu penyelidikan. Bagi menjalankan sebuah penyelidikan, ianya memerlukan instrumen
kajian untuk dijadikan sebagi bukti yang kukuh dalam menyokong penulisan ini. Menurut
Abdul Halim (2010), pemilihan instrumen kajian penyelesaian masalah mengikut kepada
keperluan dan matlamat kajian yang dijalankan. Selain itu, instrumen kajian juga dianggap
sebagai kaedah yang boleh digunapakai untuk mendapatkan data bagi mencapai objektif
yang dibina. Kenyataan ini bermaksud bagi mencapai objektif yang telah dirangka,
kandungan data amat diperlukan melalui instrumen kajian yang dipilih. Manakala menurut
Wiersma (2000) menyatakan bahawa, bagi memastikan samada item-item yang digunapakai
dalam instrumen memadai atau tidak dan mewakili matlamat yang hendak diukur atau tidak,
pengkaji perlu menjalankan kesahan instrumen.

Kandungan borang soal selidik ini mempunyai empat bahagian yang terdiri daripada
bahagian A sehingga bahagian D. Di setiap bahagian mempunyai pernyataan yang tertentu
untuk dijawab oleh penduduk. Bahagian B sehingga bahagian D di borang soal selidik ini
menggunakan skala likert 1 hingga 5 untuk mengukur persepsi dan tingkat persetujuan
penduduk terhadap pernyataan yang dinyatakan. Skala likert 1 menunjukkan sangat tidak
setuju, skala likert 2 ialah tidak setuju, skala likert 3 mewakili tidak pasti, manakala skala
likert 4 ialah setuju dan terakhir skala likert 5 iaitu sangat setuju. Penggunaan skala likert
ini, para penduduk hanya perlu menandakan nombor pilihan mereka berdasarkan arahan dan
keterangan skala yang dinyatakan pada awal set soal selidik. Penandaan ini bergantung
kepada tahap persetujuan dan persepsi penduduk dengan soalan yang diajukan.Penggunaan
skala likert ini memudahkan penduduk memberikan respons mereka. Soal selidik juga
memudahkan pengkaji mengkodkan data dan seterusnya menganalisis data tersebut. Di
dalam borang soal selidik ini juga terdapat ruangan yang penduduk perlu isi bagi
mendapatkan maklumat tambahan yang lebih terperinci.

Bahagian A berkaitan dengan latar belakang penduduk dari segi umur, jantina, agama,
bangsa, taraf pendidikan, bilangan anak dan pendapatan peneroka. Di bahagian ini amat
penting kerana pengkaji perlu mengetahui latar belakang penduduk dan ianya akan
divisualkan dalam bentuk carta supaya mudah untuk difahami.

Bahagian B mengenai impak yang berlaku kepada penduduk apabila berlakunya kejatuhan
harga buah kelapa sawit. Di dalam bahagian ini, ianya mengandungi perkara yang berkaitan
dengan pendapatan, pekerjaan sampingan dan penghijrahan penduduk. Apabila kejatuhan
harga buah sawit berlaku, maka ianya pasti akan memberi impak terhadap taraf hidup
peneroka tersebut. Gaya hidup penduduk tempatan juga boleh berubah disebabkan isu ini

12

berlaku kerana ianya melibatkan pendapatan dan penduduk bertindak mengambil inisiatif
lain untuk menghadapi isu kejatuhan harga buah kelapa sawit ini berlaku. Bahagian ini
kemungkinan terdapat perbezaan yang ketara kerana melibatkan maklumat peribadi
peneroka seperti jumlah pendapatan pekerjaan sampingan, jenis pekerjaan dan kawasan
mereka berhijrah. Di penghujung bahagian ini terdapat soalan yang perlu dijawab oleh
penduduk di ruangan pekerjaan dan penghijrahan.

Bahagian C pula adalah bahagian untuk menilai kesan pendapatan terhadap ekonomi
penduduk tempatan yang meliputi kuasa beli, pebelanjaan dan tabungan. Ini merupakan
impak yang paling utama dihadapi oleh setiap peneroka terutama dari segi ekonomi mereka
apabila berlakunya kejatuhan harga buah kelapa sawit. Apabila isu ini berlaku, sudah
semestinya ianya akan meninggalkan impak yang mendalam terhadap ekonomi peneroka.

Bahagian D adalah berkaitan dengan langkah yang sesuai diambil oleh penduduk tempatan
dalam menangani isu kejatuhan harga buah kelapa sawit. Langkah ini merangkumi langkah
perundangan dan langkah bukan perundangan. Langkah tersebut perlu diambil untuk
memastikan isu kejatuhan harga buah kelapa sawit ini dapat dikurangkan pada masa akan
datang dan memastikan ekonomi penduduk tempatan menjadi stabil seperti sedia kala.
Penduduk perlu menanda tahap persetujuannya terhadap langkah yang telah dicadangkan
untuk memudahkan pengkaji dalam menyimpulkan hasil kajian.

2.5.1 Kaedah Pemilihan Sampel

Menurut Broeck (2013), populasi yang dipilih adalah sasaran kajian populasi yang ingin
dikaji atau dirawat. Secara klinikal kajian penyelidikan, selalunya tidak sesuai atau layak
untuk memilih keseluruhan penduduk tanpa mengambil kira kawasan dan status penduduk.
Sebaliknya, pengkaji akan mengambil sampel dari populasi penduduk yang dipilih untuk
dimasukkan dalam kajian mereka. Pengkaji perlu mengenalpasti golongan yang hendak
dipilih sebagai penduduk kajian ini sebelum pengedaran borang soal selidik dilakukan.

Persampelan adalah berkaitan dengan proses memilih sebilangan penduduk daripada
sesebuah populasi untuk dijadikan sebagai penduduk kajian. Bagi kajian ini, sampel kajian
terdiri daripada peneroka felda kelapa sawit di Felda Palong 6. Populasi ialah pertumbuhan
penduduk di sesuatu kawasan dan dianggap sebagai sasaran penduduk yang perlu diambil
dalam sampel kajian. Populasi sebenar penduduk Felda Palong 6 adalah seramai 486 orang
dan 361 orang daripada jumlah populasi tersebut merupakan peneroka kelapa sawit dan
selebihnya itu ialah peneroka getah. Kajian ini tertumpu kepada peneroka kelapa sawit
sahaja dan tidak melibatkan peneroka getah. Data dikutip dengan menggunakan peneroka
sebagai sampel kajian seramai 78 orang penduduk dan kaedah pemilihan sampel berdasarkan
kepada formula Yamane (1967). Berikut merupakan kaedah pengiraan populasi penduduk
untuk mendapatkan saiz sampel yang diperlukan bagi mengedarkan borang soal selidik.

n = N / 1 + n (e)2

n = saiz sampel yang diperlukan
N = Jumlah Populasi (361 orang)

13

e = Paras Keyakinan (0.1)

n = 361 / 1 + 361 (0.1)2

N = 361 / 4.61

N = 78

2.6 KAEDAH ANALISIS DATA

Kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan kaedah pengedaran
borang soal selidik kepada penduduk. Malah di dalam kajian ini juga pengkaji telah
menggunakan kaedah statistik untuk menganalisis data yang telah dikumpul di lapangan.
Kaedah menganalisis data yang sesuai untuk digunakan dalam kajian ini ialah melalui
penggunaan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS). Penggunaan SPSS ini
akan memudahkan pengkaji untuk menganalisis data kerana dapat digunakan dengan cepat
dan menghasilkan graf serta carta berdasarkan data yang telah disusun di dalam bentuk
jadual. Statistik dikenali sebagai perangkaan yang melibatkan pengumpulan, pengurusan,
analisis dan persembahkan data dalam bentuk visual seperti graf dan carta. Penggunaan
statistik ini adalah untuk menghasilkan data yang terbaik dan dapat mengukuhkan penulisan
pengkaji.

Apabila data telah selesai diperolehi daripada penduduk, pengkaji akan menganalisis
data tersebut dalam bentuk nilaian yang telah dikumpulkan daripada data yang diisi oleh
penduduk. Analisis ini akan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science
(SPSS) version 25 untuk mendapatkan hasil nilai daripada statistik deskriptif. Melalui
analisis ini, pengkaji akan mengeluarkan nilai peratusan, kekerapan, mean dan sisihan piawai
ke dalam bentuk jadual, carta dan graf. Pengkaji akan menghuraikan nilai yang tertinggi dan
terendah beserta dengan nilai mean yang diperoleh supaya dapat mengetahui tahap
persetujuan penduduk terhadap kenyataan dalam borang soal selidik tersebut. Statistik
deskriptif adalah untuk menghuraikan demografi penduduk, latar belakang penduduk dan
sebagainya. Malah ianya juga dianggap sebagai jalan pintas untuk mendapatkan ringkasan
atau kesimpulan mengenai data yang disusun. Antara contoh ujian statistik yang digunakan
dalam kajian ini ialah mendapatkan jumlah kekerapan, peratusan, dan sisihan piawai.

Di dalam kandungan statistik ini terdapat dua jenis data digunakan iaitu data primer
dan data sekunder. Data primer dikenali sebagai data mentah yang dikumpul dari lapangan
dan dianalisis untuk mendapatkan hasil kajian yang kukuh. Kualiti data yang dikutip tidak
boleh dinafikan kerana penyelidik mengutip data secara sepsifik berdasarkan kes kajian.
Data tersebut akan dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS dan akan
dipersembahkan dalam bentuk graf, carta dan jadual. Penggunaan unsur visual ini dianggap
sebagai ringkasan hasil kajian dan dapat meningkatkan kefahaman terhadap kajian yang
sedang dijalankan. Data sekunder berperanan sebagai data yang menyokong data primer
untuk mengukuhkan penulisan ini berdasarkan sumber yang boleh dipercayai seperti jurnal,
artikel, akhbar, data dari Pejabat Felda Palong 6 dan sebagainya. Penyelidikan kajian lepas
juga dianggap sebagai data sekunder yang dikutip oleh pengkaji lain berdasarkan hasil kajian
penyelidikan yang diperolehi. Data sekunder ini mudah diperolehi dan menjimatkan masa

14

dengan hanya menggunakan capaian internet dan berdasarkan rujukan di perpustakaan.

2.6.1 Analisis Deskriptif

Penggunaan kaedah analisis deskriptif ini bertujuan untuk mempersembahkan data mentah
kepada bentuk visual seperti graf, carta pai dan jadual. Oleh itu, pengkaji dapat mengetahui
dan membezakan profil penduduk dengan dipersembahkan dalam kelompok bilangan seperti
mean, sisihan piawai dan peratus. Statistik deskriptif adalah untuk menghuraikan demografi
penduduk, latar belakang penduduk dan sebagainya. Malah ianya juga dianggap sebagai
jalan pintas untuk mendapatkan ringkasan atau kesimpulan mengenai data yang disusun.
Antara contoh ujian statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah mendapatkan jumlah
kekerapan, peratusan, dan sisihan piawai.

Di dalam kandungan statistik ini terdapat dua jenis data digunakan iaitu data primer
dan data sekunder. Data primer dikenali sebagai data mentah yang dikumpul dari lapangan
dan dianalisis untuk mendapatkan hasil kajian yang kukuh. Kualiti data yang dikutip tidak
boleh dinafikan kerana penyelidik mengutip data secara spesifik berdasarkan kes kajian.
Data tersebut akan dianalisis dengan menggunakan perisisan SPSS dan akan
dipersembahkan dalam bentuk graf, carta dan jadual. Penggunaan unsur visual ini dianggap
sebagai ringkasan hasil kajian dan dapat meningkatkan kefahaman terhadap kajian yang
sedang dijalankan. Data sekunder berperanan sebagai data yang menyokong data primer
untuk mengukuhkan penulisan ini berdasarkan sumber yang boleh dipercayai seperti jurnal,
artikel, akhbar, data dari Pejabat Felda Palong 6 dan sebagainya. Penyelidikan kajian lepas
juga dianggap sebagai data sekunder yang dikutip oleh pengkaji lain berdasarkan hasil kajian
penyelidikan yang diperolehi. Data sekunder ini mudah diperolehi dan menjimatkan masa
dengan hanya menggunakan capaian internet dan berdasarkan rujukan di perpustakaan.

2.7 KESIMPULAN

Felda Palong 6 merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di dalam Gugusan
Felda Palong 4, 5 & 6. Jumlah peneroka di kawasan kajian ini mencatatkan seramai 486
orang. Secara kesimpulannya, bab ini menjelaskan proses menganalisis data dengan
menggunakan data primer dan data sekunder. Pengukuhan penulisan dalam kajian ini dapat
dibuktikan dengan data-data yang dikutip dan dicari oleh pengkaji berdasarkan kaedah yang
terdapat di dalam data primer dan data sekunder. Malah bab ini juga menerangkan kutipan
data mentah diambil di lapangan dan dibantu oleh sokongan data sekunder kemudian
dimasukkan ke dalam perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 25 untuk
dianalisis. Segala jenis teknik dan kaedah pengumpulan data amat membantu dalam
penulisan bab ini. Hasil data yang diperolehi akan dianalasis dengan menggunakan perisian
yang berkaitan dengan pemprosesan data dan dipersembahkan data tersebut ke dalam bentuk
jadual, graf dan carta. Melalui persembahan data yang dilakukan, pengkaji dapat melihat
nilai yang tertinggi dan yang terendah berdasarkan bancian yang dibuat dan dihuraikan di
bab yang seterusnya.

15

BAB
3

MODEL KAJIAN PENDAPATAN PENDUDUK SETEMPAT

3.1 PENGENALAN

Bab ini mengupas mengenai kajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji sebelum ini
yang berkaitan dengan tajuk kajian. Malah bahagian ini juga akan memfokuskan kepada
definisi konsep berdasarkan kajian penyelidik sebelum ini. Ulasan kajian yang diolah ini
mempunyai kaitan mengenai tajuk kajian mengenai kejatuhan harga buah kelapa sawit dan
pengaruhnya terhadap pendapatan penduduk setempat di Felda Palong 6.

3.2 DEFINISI KONSEP

Bahagian ini akan menggunakan kajian lepas, artikel dan jurnal untuk dijadikan sebagai
sumber rujukan. Antara konsep yang berkaitan dengan tajuk kajian ini ialah buah kelapa
sawit, pendapatan, penduduk, peneroka Felda, pertanian, kejatuhan harga buah kelapa sawit.

3.2.1 Buah Kelapa Sawit

Menurut Gledhill dan David (2008) buah kelapa sawit atau nama sainsnya iaitu Ealeis
Guineensis Gledhill, telah dihasilkan oleh pokok kelapa sawit yang matang dan akan
diproses di kilang untuk dijadikan sebagai pelbagai penghasilan produk. Buah kelapa sawit
ini telah menghasilkan tiga bahan utama yang penting untuk diproses bagi menjadikan
sebuah produk. Menurut Majalah Sains (2013), antara tiga bahan utama tersebut ialah isirung
kelapa sawit, minyak isirung kelapa sawit dan minyak sawit mentah. Kajian mendapati
minyak sawit yang juga komoditi utama negara, mempunyai kandungan vitamin E tinggi
yang sememangnya kaya dengan ciri antioksidan.. Kelapa sawit ini mampu menjadi produk
nilai tambah negara Malaysia. Bioplastik dan untuk penjanaan tenaga elektrik, arang
diperbuat daripada tandan sawit kosong dan cengkerang sawit, perolehan semula serta
rawatan air sisa. Melalui kaedah tersebut, negara dijangka memperoleh impak yang positif
seperti penggunaan bahan sisa sawit secara lebih efisien mampu mendatangkan keuntungan
melalui penghasilan produk nilai tambah.

Elaeis guineensis atau dikenali sebagai buah kelapa sawit banyak ditanam di negara-
negara tropika khususnya di Malaysia dan Indonesia yang bersama-sama menghasilkan
minyak kelapa sawit dan menjadi pengeluar besar dunia. Jenis tanah tersebut mempengaruhi
tingkat produksi kelapa sawit, dimana produktiviti kelapa sawit yang ditumbuhkan di tanah
podzolik lebih tinggi berbanding ditanam di tanah berpasir dan gambut. Kelapa sawit
memerlukan curahan hujan yang sangat tinggi iaitu sekitar 1500-4000 mm per tahun. Pola
curah hujan tahunan mempengaruhi perilaku pembungaan dan produksi buah sawit
(Kiswanto 2008).

3.2.2 Pendapatan

Konsep pendapatan ialah hasil pencarian wang yang diperoleh melalui usaha kerasnya
sendiri dengan melakukan pekerjaan. Sumber pendapatan yang diperolehi ini dapat
menampung kehidupan mereka dari segi perbelanjaan bulanan, kuasa beli barangan dan dari

16

segi komitmennya yang lain. Semakin meningkat komitmen seseorang itu maka semakin
meningkat jugalah pendapatan mereka yang diperlukan. Pendapatan yang berkurangan ini
dikaitkan dengan kestabilan ekonomi. Pernyataan ini disokong oleh Nadaraja Kannan
(2002), dengan membuktikan bahawa kemerosotan ekonomi dunia di antara 1896-1899 dan
1921-1922 telah menyebabkan Tanah Melayu turut mengalami kekurangan pendapatan
ekoran daripada kejatuhan ekonomi eksport dan meningkatnya gejala pengangguran di
kalangan golongan buruh. Menurut Julia Kagan (2020), pendapatan adalah wang (atau nilai
yang sama) yang diterima oleh melalui upah yang diperoleh dengan bekerja dan membuat
pelaburan ke aset kewangan seperti saham, bon, dan hartanah.

Program integrasi sawit merupakan salah satu strategi meningkatkan pendapatan
pekebun kecil sawit menerusi kerjasama Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (LKSM) (Kamil
Azmi 2012; Zaimah et al. 2018). Pengeluaran produk melalui aktiviti integrasi sawit ini juga
selari dengan usaha Malaysia untuk mengurangkan import makanan. Hal ini menunjukkan
bahawa integrasi sawit mampu memberi kesan positif kepada peningkatan produktiviti dan
pendapatan dalam kalangan pekebun kecil sawit sekiranya berjaya dilaksanakan dengan
baik. Dalam erti kata lain, perusahaan perkebunan sawit telah mempengaruhi ekonomi petani
kelapa sawit di Sumatera dengan melihat jumlah pendapatan petani iaitu sebanyak 63
sehingga 78 peratus dari jumlah pendapatan sebenar para petani (Andi Irawan 2020; Agus
Purwoko 2019). Kajian tersebut membuktikan bahawa, negara Malaysia dan Indonesia
mempunyai persaingan yang sengit dalam pengeluaran hasil buah kelapa sawit. Penduduk
amat bergantung kepada pekerjaan dalam bidang pertanian kerana ia dianggap sebagai
pekerjaan utama mereka sejak dahulu lagi dengan bantuan pihak kerajaan.

Pendapatan negara dipengaruhi oleh pemasaran produk kelapa sawit. Erti kata lain
sektor pertanian meskipun hanya menyumbang tidak sampai daripada ¼ pendapatan negara
kerana kurangnya permintaan dalam pasaran global dan wujudnya persaingan. Walaupun
sektor pertanian tidak mencapai sasaran pendapatan negara, tetapi ianya sedikit sebanyak
telah menjadi penyumbang terhadap pendapatan negara terutama di Indonesia pada setiap
tahun (Bukhori 2014).

3.2.3 Penduduk

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, penduduk dedefinisikan sebagai orang yang
menduduki sesuatu tempat di kawasan negeri. Malah menurut Muhammad Nur (2015),
mendefiniskan penduduk sebagai salah satu pembolehubah dalam penentu permintaan.
Kajian ini menggunakan saiz penduduk dalam negara Malaysia untuk melihat hubungan
antara saiz penduduk terhadap permintaan minyak kelapa sawit. Data penduduk Malaysia di
ambil daripada Bank Negara Malaysia. Penduduk dianggap sebagai penyumbang utama
ekonomi negara dari segi aspek jual beli dan sebagai kerahan tenaga bagi aktiviti pertanian
di kawasan luar bandar. Seseorang individu itu dianggap sebagai penduduk tetap apabila
mereka telah bermaustatin di kawasan tersebut melebihi lapan tahun.

Manakala menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (2013), penduduk dianggap
sebagai suatu tempat atau daerah daripada dua sudut iaitu orang yang memang tinggal di
daerah tersebut dan orang yang secara hukum berhak tinggal di daerah tersebut. Dengan kata
lain orang yang mempunyai dokumen rasmi untuk tinggal di situ. Contohnya bukti
kewarganegaraan, tetapi memilih tinggal di daerah lain. Lebih umum, penduduk boleh

17

merujuk kepada semua organisma daripada kumpulan atau spesies yang sama yang tinggal
dalam kawasan geografi sama dan boleh saling membiak (Biology Online 2012).
Pertambahan penduduk akan berlaku sekiranya kadar kelahiran semakin meningkat. Oleh
itu, wujudnya pertumbuhan penduduk di sesuatu daerah atau kawasan. Pertumbuhan
penduduk adalah perubahan dalam bilangan penduduk sepanjang masa, yang boleh dikira
sebagai perubahan bilangan individu dalam sesebuah populasi melalui sukatan secara
sepanjang suatu tempoh.

Penduduk di kawasan luar bandar dianggap sebagai aset penting untuk mengusahakn
sektor tanaman dan penternakan. Perkara ini dapat dibuktikan dalam Kajian Ekonomi dan
Kewangan Regional (2018) bahawa pada Februari 2018, di Indonesia sektor pertanian telah
menyerap 9461 orang penduduk atau 36.53%.

3.2.4 Pertanian

Menurut Saipul Bahri (2013), pertanian tidak hanya melibatkan sebatas pertanian dalam
pengertian yang sempit, namun melibatkan pengertian yang lebih luas iaitu menghasilkan
produk primer yang mampu untuk menjana pendapatan secara berterusan. Pertanian pada
asasnya ialah suatu usaha menghasilkan bahan-bahan makanan dengan cara bercucuk tanam,
menternak binatang, memelihara dan menangkap ikan. Fungsi pertanian pada peringkat awal
adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia iaitu makanan dan minuman. Namun
apabila meningkatnya tamadun manusia, fungsi pertanian tersebut telah bertambah kepada
perniagaan, mengindahkan alam sekitar dan rekreasi (Norhayati Abdul Rahman 2015).

Menurut Jefier Andrew Kuheba (2016), pertanian didefinisikan sebagai kegiatan
manusia untuk membiakkan tumbuhan dan haiwan atau dalam erti kata lain untuk
meningkatkan kuantiti flora dan fauna. Perkara ini menjelaskan bahawa pertanian bukan
hanya memfokuskan bidang bercucuk tanam sahaja, malah ianya juga meliputi aktiviti
penternakan haiwan dalam kuantiti yang banyak. Manakala menurut Rochaeni (2014),
pertanian merupakan penunjang dalam kesejahteraan masyarakat untuk memenuhi
keperluan makanan. Kenyataan ini disokong oleh Bukhori (2014) dalam penulisannya
menyatakan sektor pertanian dapat memenuhi keperluan utama manusia iaitu dalam
memenuhi keperluan makanan serta telah berjaya meningkatkan pendapatan negara. Hal ini
dapat dibuktikan dengan sektor pertanian yang telah menyumbang 17.3% dalam pendapatan
negara.

Aktiviti pertanian ini menjadi pekerjaan utama penduduk luar bandar dari dulu
sehingga kini. Melalui aktiviti ini dapat membantu meningkatkan pendapatan mereka
dengan menjualnya di pasar dan kedai-kedai runcit. Hal ini kerana, dengan hasil tanaman
yang mereka tanam seperti ubi, keledek, sayur-sayuran dan buah-buahan telah
mengurangkan kos dari segi makanan harian mereka.

3.2.5 Kejatuhan Harga Buah Kelapa Sawit

Menurut Wahid (2009), kejatuhan harga minyak sawit secara mendadak kebelakangan ini
merupakan kesan langsung daripada kelembapan ekonomi dunia akibat krisis kewangan. Ia
juga telah memberi kesan ke atas prestasi eksport minyak sawit negara. Keadaan ini telah
menimbulkan keresahan kepada pekebun kecil dan pengusaha ladang sawit yang berskala
kecil apabila kos input tanaman sawit seperti kos baja, buruh dan pengangkutan adalah tinggi

18

berbanding dengan harga semasa minyak sawit. Nilai harga sawit yang tidak menentu dan
tidak tetap pada setiap bulan telah mendatangkan masalah kepada pendapatan para peneroka.
Penurunan harga buah kelapa sawit ini berlaku disebabkan oleh kekurangan permintaan,
mempunyai lebihan kelapa sawit, masalah kegawatan ekonomi dan sebagainya. Isu
kejatuhan harga buah kelapa sawit ini telah memberikan impak yang besar terhadap sumber
pendapatan peneroka dan berlakunya kerugian dalam pengeluaran buah kelapa sawit. Akan
tetapi, permintaan yang tinggi terhadap pengeluaran minyak sawit akan membawa
peningkatan terhadap ekonomi negara. Buktinya, minyak sawit menjadi minyak sayuran
terbesar yang di hasilkan di dunia sejak tahun 2006, mengatasi minyak kacang soya. Dari
segi eksport pula, 38.88 juta tan metrik minyak sawit di eksport dalam pasaran dan
menjadikan eksport minyak sawit adalah sebanyak 56.64% daripada jumlah keseluruhan
68.85 juta tan metrik minyak sayuran pada tahun 2011 (Muhammad Nur 2015).

Buktinya, menurut Ahmad Ashmal Azizan et al. (2012), halatuju pasaran dan
pemasaran industri minyak sawit negara amat penting dalam menjamin kedudukan dalam
pasaran minyak sawit dunia. Ditambah pula persaingan yang diberikan oleh negara-negara
pengeluar minyak sawit utama dunia dan peningkatan pengeluaran minyak sayuran lain
semakin rancak dari semasa ke semasa. Berlakunya persaingan ini akan mempengaruhi
kejatuhan harga buah kelapa sawit Malaysia. Penurunan hasil kelapa sawit yang ketara
mengakibatkan penghasilan minyak sawit mentah turut menurun dan sekaligus
menyebabkan peningkatan harga minyak sawit. Hal ini menunjukkan perkara yang tidak
sewajarnya berlaku sehingga mendatangkan kegusaran penduduk kerana harga minyak yang
semakin meningkat. Oleh itu, jelaslah bahawa penurunan harga kelapa sawit di pasaran ini
amat memberi kesan terhadap pendapat penduduk.

3.2.6 Peneroka Felda

Laporan tahunan Felda pada tahun 2016 telah menjelaskan bahawa peneroka merupakan aset
penting bagi kesinambungan FELDA di dalam memacu masa hadapan negara di dalam
bidang perladangan, pertanian, dan kemasyarakatan. Peneroka ini sebagai penduduk Felda
yang diberikan tanah ladang sawit untuk diusahakan seluas 2 hektar bagi setiap peneroka.
Malah, peneroka juga diberikan tanah untuk mendirikan rumah masing-masing selepas tanah
rancangan Felda ini dibuka. Ini merupakan kelebihan dan manfaat yang diperolehi oleh
peneroka Felda yang diberikan oleh pihak kerajaan pada masa dahulu. Peneroka dianggap
sebagai membantu dalam tulang belakang Felda dalam penghasilan pengeluaran buah kelapa
sawit untuk dipasarkan ke merata tempat.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, peneroka dimaksudkan sebagai orang yang
meneroka untuk membuka kawasan baru atau menyelidik sesuatu di sesuatu kawasan.
Kawasan tersebut perlu diusahakan dengan menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan
penternakan untuk menjamin kelangsungan hidup serta memanfaatkan sumber alam yang
sedia ada. Peneroka dianggap sebagai tulang belakang FELDA dalam pengeluaran hasil
komoditi sawit yang membantu dalam meningkatkan pendapatan negara.

3.3 KAJIAN LEPAS

Kajian lepas merupakan bahagian yang penting dalam sesebuah penyelidikan yang
dijalankan. Hal ini kerana, melalui ulasan kajian lepas yang diperoleh, pengkaji dapat

19

membuat penilaian dari segi perbezaan dan persamaan kajian terdahulu serta dapat
memahami kehendak fokus kajian.

3.3.1 Pendapatan bulanan peneroka kelapa sawit

Umumnya, peneroka Felda sememangnya bergantung kepada hasil buah kelapa sawit yang
diproses dan dijual di pasaran dengan kadar harga yang agak tinggi. Sejak dulu lagi, buah
kepala sawit ini sering mendapat permintaan yang tinggi dari dalam negara mahu pun luar
negara. Hal ini kerana, buah kelapa sawit mempunyai pelbagai manfaat yang dapat
digunapakai bagi keperluan tertentu. Buktinya, menurut Ahmad Ashmal Azizan et al.
(2012), industri minyak sawit memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan
pertumbuhan ekonomi malaysia. Ini terbukti kerana eksport minyak sawit dan hasil keluaran
sawit merupakan sumber pendapatan eksport kedua terbesar negara dengan jumlah eksport
sebanyak RM59.8 bilion pada tahun 2010. Malah, buah kelapa sawit juga mempunyai
pelbagai manfaat dari segi kesihatan, kebersihan, pemakanan dan sebagainya. Oleh itu,
wajarlah bahawa buah kelapa sawit ini sering mendapat permintaan yang tinggi di pasaran
dan menyebabkan pengeluaran hasil buah kelapa sawit semakin meningkat.

Namun demikian, tahun demi tahun harga buah kelapa sawit semakin menurun
disebabkan oleh kurangnya permintaan dari pasaran dan mata wang Malaysia yang semakin
menurun. Menurut Faiz Zainudin (2016), lebihan minyak kelapa sawit merupakan salah satu
punca harga buah kelapa sawit menurun. Oleh hal yang demikian, peneroka menjadi khuatir
kerana kejatuhan harga buah kelapa sawit ini menyebabkan pendapatan bulanan mereka akan
terjejas. Perkara ini mendatangkan impak yang besar terhadap ekonomi penduduk Felda dan
mereka terpaksa mencari inisiatif lain bagi menampung pendapatan bulanan mereka yang
semakin berkurangan. Menurut Laporan Tahunan FELDA 2016, pengeluaran buah tandan
segar bagi tanaman sawit kawasan lot peneroka pada tahun 2016 adalah 16.44 tan sehektar
berbanding sasaran tahunan 18.90 tan sehektar. Pencapaian ini menunjukkan penurunan
pengeluaran berbanding dengan tahun sebelumnya. Kebergantungan terhadap satu produk
yang dominan akan mengundang risiko besar ke atas pemasaran produk primer kelapa sawit
yang dihasilkan petani, sehingga akan memberi impak kepada pendapatan dan kemiskinan,
terutama di kawasan luar bandar. Situasi ini berlaku pada tahun 2008, di mana berlakunya
krisis kewangan dunia, sehingga negara pengimport CPO mengurangkan pembeliannya.
Akibatnya pengeluaran CPO dalam negeri terjejas dan industri pembuatan kelapa sawit
mengurangkan pembelian buah kelapa sawit petani. Golongan yang paling menerima kesan
ketara adalah golongan petani perladangan kelapa sawit rakyat. Kebanyakan daripada
mereka tidak dapat menampung kos penjagaan kebun dan memungut hasil kebun kerana
harganya yang terlalu rendah sehingga mengalami kerugian. Menurut Zaimah et.al (2018),
integrasi sawit perlu diberi perhatian demi memastikan kelangsungan integrasi sawit dapat
diteruskan pada masa hadapan oleh setiap pekebun kecil sawit. Hal ini perlu kerana
pelaksanaan integrasi sawit terbukti mampu menambah dan meningkatkan pendapatan
pekebun kecil.

Menurut Ngadi dan Mita Noveria (2017), pendapatan petani telah mencerminkan
kedudukan ekonomi tanaman kelapa sawit mengikut harga semasa kelapa sawit. Sekiranya
harga pasaran bagi hasil tanaman buah kelapa sawit ini kurang memberangsangkan, maka
pendapatan yang diperoleh oleh petani akan berkurangan. Kelapa sawit merupakan tanaman
komoditi yang berperanan penting dalam ekonomi nasional di Indonesia. Walaubagaimana

20

pun, pengeluaran buah kelapa sawit ke negara luar semakin berkurangan dari tahun ke tahun
kerana kurangnya permintaan. Perkara ini bukan hanya terjadi di Malaysia sahaja, malah
terjadi juga di negara jiran iaitu Indonesia. Buktinya, Gabungan Pengusaha Kelapa Sawit
Indonesia (GAPKI) mencatatkan penurunan eksport minyak kelapa sawit dari Januari-April
2018 mencapai 1024 juta tan dan turun sebanyak 4% berbanding pada tahun 2017 yang
mencapai 1070 juta tan (Wilfridus Setu Embu 2018). Akibat daripada penurunan eksport ini
berlaku, maka pendapatan yang diperolehi oleh pekebun kecil juga semakin berkurangan.
Pengurangan dan peningkatan jumlah kelapa sawit ini bergantung kepada nilai pasaran dan
ianya tidak boleh dijangka harga pasaran tersebut.

3.3.2 Peneroka Kelapa Sawit dan pekerjaan sampingan

Kesan kejatuhan buah kelapa sawit ini telah mendatangkan impak dari segi ekonomi, politik
dan sosial. Melalui kajian ini, kesan kejatuhan buah kelapa sawit ini dapat dilihat dengan
jelas bahawa peneroka merupakan golongan utama yang terkena tempias disebabkan perkara
ini berlaku. Hal ini kerana, pendapatan bulanan mereka sememangnya bergantung kepada
hasil penjualan buah kelapa sawit di pasaran. Walaubagaimana pun, selepas perkara ini
berlaku terdapat peneroka yang mengambil keputusan untuk melakukan pekerjaan
sampingan untuk menambahkan pendapatan selain bergantung kepada wang sara hidup yang
diperoleh daripada pihak Felda. Apabila pendapatan isi rumah tidak dapat menampung
perbelanjaan maka individu tersebut terpaksa mencari pekerjaan sambilan atau tambahan
bagi menampung keperluan perbelanjaan yang tidak mencukupi. Ini akan menyebabkan
individu tersebut terpaksa melakukan dua kerja iaitu meneruskan kerja tambahan selepas
kerja hakiki sudah selesai (Julizah Sabstu 2014).

Walaupun peneroka ini terdiri daripada golongan warga emas yang tidak mempunyai
banyak kudrat dan masalah kesihatan yang dihadapi tetapi mereka sanggup untuk mencari
pekerjaan sampingan bagi menampung kehidupannya. Tanggungawabnya sebagai ketua
keluarga untuk menyara anak yang sedang belajar di Universiti dan masih bersekolah telah
mempengaruhi mereka untuk melakukan pekerjaan sampingan. Antara pekerjaan sampingan
mereka ialah sebagai buruh binaan, pekerja kiang, berniaga, bekerja sendiri dan sebagainya.
Kebiasaannya, mereka mendapatkan peluang pekerjaan di kawasan bandar atau pekan yang
mempunyai potensi tinggi memerlukan lebih ramai pekerja. Pendapatan yang tinggi
diperolehi melalui pekerjaan sampingan sangat berbaloi dengan waktu kerja mereka dalam
melakukan pekerjaan sampingan tersebut. Semakin tinggi pendapatan seseorang dari
pekerjaan sampingan, maka semakin banyak pendapat yang diperoleh.

3.3.3 Berlaku penghijrahan keluar

Akibat daripada berlakunya kejatuhan harga buah kelapa sawit ini menyebabkan peneroka
bertindak untuk berhijrah ke kawasan Pekan atau Bandar untuk mendapatkan peluang
pekerjaan yang lebih terjamin. Hal ini kerana, pekerjaan sampingan di kawasan Felda
tersebut tidak sesuai dengan kemahiran dan minat mereka. Sebagai contoh, terdapat
segelintir peneroka yang sanggup meninggalkan isteri dan anaknya hanya untuk berhijrah
ke kawasan bandar atau pekan untuk mendapatkan pekerjaan yang mempunyai gaji yang
tinggi. Penghijrahan ini berlaku adalah untuk mengutamakan keselesaan dan kualiti hidup
keluarganya.

21

Di Sumatera Selatan pula mencatatkan jumlah petani kelapa sawit terbesar kedua
terdapat di Indonesia iaitu seramai 308505 orang. Jumlah tersebut kemudian menurun
menjadi 197912 orang pada 2014. Penurunan jumlah petani kelapa sawit terjadi kerana
sebahagian petani beralih ke pekerjaan lain di luar sektor pertanian atau beralih menjadi
petani jenis tanaman lain (Ngadi 2014). Oleh itu ramai pekebun kecil berhijrah ke daerah
lain untuk mendapatkan peluang pekerjaan dengan pendapatan yang lebih tinggi dari
sebelumnya. Penduduk terpaksa berhijrah ke luar daerah atau negeri untuk membaiki
pendapatan mereka agar lebih kukuh dan mampu untuk mempunyai wang simpanan untuk
digunakan pada masa akan datang.

3.3.4 Kuasa beli semakin menurun

Setiap peneroka mempunyai kehendak mereka sendiri yang ingin dicapai dan ini telah
dikaitkan dengan kuasa beli penduduk. Pendapatan bulanan peneroka menjadi terjejas
disebabkan oleh harga buah kelapa sawit yang semakin menurun. Perkara ini memberikan
impak yang besar bagi ekonomi penduduk Felda kerana ianya melibatkan kuasa beli
penduduk terhadap sesuatu barangan. Walaupun di kawasan luar bandar seperti Felda ini
mempunyai harga barangan murah dan mampu milik, tetapi ianya menjadi masalah kepada
peneroka kerana kuasa beli mereka semakin menurun. Menurut Julizah Sabstu (2014),
semakin meningkat kos sara hidup semakin kurang kuasa beli pengguna. Bagi individu,
inflasi akan mengurangkan pendapatan sebenar dan keadaan ini menjadi serius jika kadar
kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang
individu. Hal ini kerana berlakunya kesan kepada kuasa beli mereka dan juga kualiti hidup
secara keseluruhan.

Menurut Yulfita A’ini dan Wirdatul Jannah (2016), kuasa beli masyarakat saling
bergantung kepada pendapatan individu tersebut. Sekiranya pendapatannya tinggi, maka
kuasa beli masyarakat juga tinggi. Sebagai contoh di Pasar Desa Pasir Jaya daerah Bentan
telah berlakunya penurunan harga getah sehingga mempengaruhi kuasa beli masyarakat.
Oleh itu, pengunjung Pasar Desa Pasir Jaya semakin menurun semenjak kejatuhan harga
pasaran getah berlaku. Kebanyakkan penduduk tidak mampu untuk membeli barangan
kehendak mereka dengan pendapatan bulanan yang semakin menurun akibat kejatuhan harga
getah. Hal ini dapat disimpulkan bahawa pendapatan petani sangat mempengeruhi kuasa beli
penduduk. Kejadian ini sama seperti berlaku di Felda Palong 6 yang menerima hasil
pendapatan bulanan tidak menentu pada setiap bulan disebabkan oleh penurunan harga buah
kelapa sawit sehingga berlakunya pengurangan kuasa beli penduduk.

Selain itu, gaya hidup masyarakat yang semakin meningkat ini telah mendorong
mereka untuk lebih bergaya dengan membeli kereta dan barang perhiasan yang serba
mewah. Akan tetapi, apabila berlakunya isu ini ianya telah membantutkan niat mereka untuk
mencapai gaya hidup yang lebih tinggi.

3.3.5 Perbelanjaan terjejas

22

Menurut Mohammad Ikmal Kadir (2015),tiga kumpulan barangan yang mengambil hampir
dua-pertiga jumlah perbelanjaan pengguna seperti makanan dan minuman, perumahan dan
pengangkutan yang mempunyai kepentingan dari segi kawalan harga, yang seterusnya
membentuk ruang pasaran. Pendapatan berkurangan maka perbelanjaan peneroka juga akan
terjejas. Perbelanjaan barangan bulanan seperti barangan basah, barangan keperluan,
tanggungan untuk anak dan sebagainya akan menjadi terhad dan peneroka terpaksa lebih
berjimat cermat ketika berbelanja. Disebabkan isu ini berlaku maka terdapat sebilangan
peneroka yang sanggup mengikat perut untuk memastikan anak-anak mereka mendapat
makanan dan pendidikan yang secukupnya. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan
kesihatan peneroka akan merosot kerana kekurangan nutrisi dan zat dalam badan sehingga
mereka tidak mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan. Malah dari segi komitmen lain
seperti hutang kenderaan, bil air, elektrik, utiliti dan sebagainya boleh menyebabkan bayaran
tertunggak kerana kekurangan wang. Apabila berlakunya tunggakan bayaran melebihi bulan
yang ditetapkan, maka ianya terpaksa dipotong. Hal ini demikian kerana akan menyukarkan
peneroka untuk menjalani kehidupan seharian seperti sedia kala. Jelaslah bahawa, kejatuhan
harga buah kelapa sawit ini telah memberi kesan yang teruk terhadap perbelanjaan peneroka
Felda.

Keperluan masyarakat yang semakin meningkat ini menyebabkan pasar telah
menjadi tumpuan masyarakat untuk berbelanja. Akan tetapi, permintaan yang tinggi oleh
masyarakat tidak seimbang dengan pendapatan yang mereka perolehi atau dalam erti kata
lain, wang mereka tidak mencukupi untuk berbelanja. Perkara ini terjadi disebabkan oleh
harga getah yang semakin menurun selama tiga tahun berturut-turut dengan mencatatkan
81.56% getah mentah yang belum diproses lagi telah dieksport ke pelbagai negara seperti
Malaysia, Thailand dan Vietnam. Oleh itu, pengeluaran terpaksa dikurangkan agar harga
getah dapat meningkat. Namun, usaha ini masih belum menunjukkan hasil yang positif
(Yulfita A’ini dan Wirdatul Jannah 2016). Ekonomi getah dan kelapa sawit tidak jauh beza
kerana kedua dua tanaman komoditi ini sering mengalami harga bahan mentah yang tidak
menentu pada setiap bulan disebabkan oleh pergantungan terhadap permintaan di pasaran.

3.3.6 Wang simpanan tabungan berkurang

Wang simpanan merupakan aset penting bagi keperluan seseorang yang dapat digunakan
pada waktu terdesak dan waktu kecemasan. Menurut Rimamnde Rikwentishe et al. (2015),
wang simpanan merupakan instrumen penting untuk pengumpulan dan pembentukan modal
yang dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan melalui pelaburan dana
yang disimpan. Setiap individu digalakkan untuk mempunyai wang simpanan mereka sendiri
bagi kegunaan mereka pada waktu yang diperlukan. Peneroka juga digalakkan untuk
mempunyai meanwang simpanan mereka untuk keperluan sendiri dan keluarganya pada
masa akan datang.

Isu kejatuhan harga buah kelapa sawit ini berlaku telah menyebabkan jumlah wang
simpanan perlu dikurangkan dan dihadkan kerana wang tersebut terpaksa digunapakai untuk
membuat perbelanjaan bulanana mereka. Selain itu, setiap peneroka Felda juga membuat
caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menjadi simpanan di hari
tua mereka. KWSP ini berperanan penting dalam membantu peneroka untuk digunakan

23

ketika terdesak yang mana wang tersebut boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja.
Malah terdapat juga peneroka yang menyimpan wang simpanan dan tabungan mereka pada
setiap bulan di Tabung Haji, Amanah Saham Berhad (ASB) dan bank lain.

Pendapatan pekebun kecil yang rendah telah mempengaruhi jumlah tabungan
mereka. Oleh itu usaha perlu diambil untuk meningkatkan kemampuan simpanan pekebun
kecil dengan mengerah tenaga kerja keluarga secara optimum sehingga pendapatan mereka
mula meningkat. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan jumlah tabungan pekebun
kecil akan semakin meningkat. Jelaslah bahawa penggunaan keluarga sebagai pekerja di
ladang dapat mengurangkan pembaziran tanpa mengambil upah pekerja luar dan telah
berjaya meningkatkan pendapatan pekebun kecil.

24

3.4 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, bab ini telah menerangkan mengenai konsep definisi yang berkaitan
dengan tajuk kajian. Penulisan bagi bab ini berpandukan kepada kajian literatur atau kajian
lepas yang ditulis oleh para pengkaji dan penyelidik yang berkaitan dengan tajuk kajian.
Pandangan definisi yang berbeza oleh setiap penulis mengenai konsep ini telah membuatkan
penyelidik mudah memahami mengenai kajian yang sedang dijalankan.

Malah di pertengahan bab ini pula menerangkan dari segi objektif pula yang
menghuraikan dengan lebih terperinci dan diperkukuhkan lagi dengan kajian sokongan
seperti jurnal atau artikel. Jelaslah bahawa, isu kejatuhan harga buah kelapa sawit ini telah
banyak mempengaruhi pendapatan penduduk tempatan. Oleh hal yang demikian, pelbagai
langkah perlu diambil untuk memastikan isu ini dapat dikurangkan pada masa akan datang.
Di akhir bab ini telah meringkaskan kajian dengan pembentukan kerangka konseptual yang
dijadikan sebagai rujukan untuk membina borang soal selidik sebelum diedarkan kepada
penduduk.

25

BAB
4

IMPLIKASI KEJATUHAN HARGA BUAH KELAPA SAWIT

4.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan tentang implikasi kejatuhan harga buah kelapa sawit dengan
mengkaji dari segi pengaruhnya terhadap pendapatan penduduk setempat. Implikasi ini
dinilai dari segi pendapatan, kuasa beli, perbelanjaan, simpanan dan tabungan. Kesemua
komponen ini dinilai untuk membaikpulih isu ini daripada terus berlarutan. Penilaian
implikasi ini dinilai dengan menggunakan skala likert.

4.2 LATAR BELAKANG PENDUDUK

Bahagian ini mengenai demografi penduduk yang terdiri daripada umur, jantina, bangsa,
agama, tahap pendidikan, bilangan anak dan jumlah pendapatan peneroka sebelum dan
selepas kejatuhan harga buah kelapa sawit berlaku. Manakala dari aspek kesejahteraan
ekonomi pula terdiri daripada hasil jualan buah kelapa sawit, sumber pendapatan dan
pekerjaan sampingan. Jumlah penduduk yang terlibat semasa kajian ini dijalankan ialah
seramai 78 orang yang terdiri daripada peneroka. Data penduduk itu diambil daripada
golongan warga emas yang merupakan peneroka berusia 50 tahun sehingga 80 tahun.
Kemudian, data penduduk telah dikutip dan dianalisis untuk dipersembahkan dalam bentuk
jadual yang telah diterangkan dalam bab ini. Penerangan terhadap latar belakang penduduk
ini adalah berdasarkan kajian lapangan untuk mengutip data yang dilakukan pada bulan April
2020.

4.2.1 Ciri Demografi Penduduk

Pengkaji telah mengasingkan kelompok umur penduduk kepada beberapa kelompok untuk
memudahkan analisis data dibuat dan difahamkan. Lingkungan kelompok umur penduduk
46 tahun sehingga 60 tahun menunjukkan nilai peratusnya iaitu 32.1%. Manakala kelompok
umur 61 tahun sehingga 75 tahun telah mencatatkan bilangan jumlah peratusnya iaitu 62.8%
(Jadual 4.1). Akhir sekali, kelompok umur penduduk yang mempunyai peratusan terendah
ialah 76 tahun dan ke atas. Buktinya, kelompok umur ini menunjukkan nilai peratusnya 5.1%
sahaja. Secara kesimpulannya, kebanyakan penduduk berada dalam kelompok umur 60
tahun dan ke atas yang merupakan tahap umur ideal sebagai seorang peneroka. Lingkungan
umur yang mencapai data terendah untuk 76 tahun ke atas adalah disebabkan oleh jangka
hayat penduduk yang rendah dan mengalami masalah kesihatan sehingga menyebabkan
kematian.

32

Jadual 4.1 Ciri Demografi Penduduk

Kategori Bilangan Peratusan (%)

Umur. 25 32.1
46-60 tahun 49 62.8
61-75 tahun 4 5.1
76 tahun dan ke atas
47 60.3
Jantina. 31 39.7
Lelaki 78 100
Perempuan
Jumlah 69 88.5
9 11.5
Kaum 0
Melayu 0
India 69
Cina 0 88.5
9 0
Agama
Islam 59 11.5
Buddha 12
Hindu 7 75.6
15.4
Taraf Perkahwinan. 60 9.0
Sudah berkahwin 18
Janda 76.9
Duda 19 23.1
35
Taraf Pendidikan 20 24.4
Sekolah Rendah 4 44.9
Sekolah Menengah 25.6
5.1
Bilangan anak
1-3 orang
4-6 orang
7-9 orang
10-12 orang

Sumber : Kajian Lapangan 2020

Kajian ini dapat membuktikan bahawa pengumpulan data penduduk ini majoritinya
terdiri daripada lelaki dengan mencatatkan nilai peratusnya iaitu 60.26%. Hal ini kerana
pengkaji lebih mudah untuk mendapatkan maklumat daripada penduduk lelaki kerana
mereka lebih mengetahui serta berpengalaman dalam mengendalikan sistem pengurusan
ladang kelapa sawit. Malah penduduk daripada peneroka ini mempunyai penerangan yang
lebih jelas dalam isu kejatuhan harga buah kelapa sawit ini. Manakala, penduduk perempuan
iaitu penerokawati pula mencatatkan sebanyak 39.74% (rujuk Jadual 4.1).

Seterusnya, berdasarkan hasil analisis seperti yang dicatatkan di dalam Jadual 4.1
majoriti penduduk yang diambil terdiri daripada kaum Melayu dengan mencatatkan nilai

33

peratusnya iaitu 88.5%. Hal ini kerana, pada mulanya tanah rancangan Felda ini dibuka
untuk kaum Melayu yang ramai mendaftarkan diri berbanding dengan kaum lain. Keadaan
ini juga berkait rapat dengan konsep pecah dan perintah pada zaman sebelum kemerdekaan
dengan mengasingkan kaum mengikut bidang masing masing. Sebagai contoh, kaum
Melayu diarahkan untuk mengusahakan pertanian atau tanaman. Disebabkan kaum Melayu
ini sudah kebiasaan dalam sektor pertanian maka mereka memilih untuk melibatkan diri
sebagai peneroka dalam tanah rancangan Felda. Manakala jumlah peratusan penduduk India
mencatatkan hanya 11.5%. Rumusannya, pembukaan tanah rancangan Felda ini bukanlah
hanya dikhususkan untuk kaum Melayu sahaja malah ia dibuka juga untuk kaum India dan
Cina. Hal ini adalah kerana untuk kerajaan membantu dalam meningkatkan taraf hidup
peneroka dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan ekonomi negara
Malaysia.

Manakala untuk taraf perkahwinan penduduk, pengkaji mendapati bahawa status
yang sudah berkahwin mencatatkan jumlah peratusnya iaitu 75.6%. Status sudah berkahwin
ini merupakan data yang tertinggi. Peneroka yang kematian suami atau terlibat dalam
penceraian dikenali sebagai janda telah mencatatkan nilai bilangan peratusnya 15.4%.
Peneroka yang berstatus duda pula mempunyai jumlah peratusnya iaitu 9% (Jadual 4.1).
Kebanyakan penduduk yang terdiri daripada golongan warga emas ini tidak mempunyai
pendidikan yang tinggi. Buktinya sebanyak 76.92% penduduk mempunyai tahap pendidikan
sekolah rendah sahaja. Hal ini kerana disebabkan oleh masalah kewangan pada zaman
dahulu sehingga menyukarkan mereka untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi.
Malah bukan itu sahaja, terdapat juga penduduk mengatakan bahawa mereka terpaksa
bekerja di usia muda untuk membantu menyara keluarga sehingga mereka terpaksa
mengabaikan pendidikan di tahap menengah. Manakala untuk taraf pendidikan penduduk di
peringkat sekolah menengah pula mencatatkan nilai peratus 23.09%. Terdapat penduduk
yang mendapatkan pendidik menengah separuh jalan sahaja dan terpaksa berhenti sekolah
kerana masalah kewangan yang dihadapi.

Bilangan anak perlu diambil kira dalam kajian ini supaya pengkaji dapat mengetahui
latar belakang keluarga penduduk. Pengkaji telah mengasingkan bilangan anak kepada
beberapa kumpulan untuk memudahkan pengkaji mendapatkan jumlah bilangan dan
peratusan. Kumpulan bilangan anak yang mempunyai 0 sehingga 3 orang mencatatkan
peratusnya iaitu 24.4%. Manakala kumpulan bilangan anak untuk 4 sehingga 6 orang
merupakan yang tertinggi dengan peratusnya iaitu 44.9%. Seterusnya, kumpulan bilangan
anak 7 sehingga 9 orang merekodkan nilai peratusannya sebanyak 25.6%. Kumpulan
bilangan anak yang terendah ialah 10 sehingga 12 orang dengan jumlah peratusannya 5.1%
sahaja (rujuk Jadual 4.1).

34

a. Bilangan Anak dalam Tanggungan

Bilangan anak yang ditanggung atau dianggap sebagai isi rumah keluarga tersebut yang
berada di bawah tanggungan penduduk. Bilangan anak yang ditanggung ini berperanan
penting untuk mengetahui status ekonomi penduduk samada ianya mempengaruhi atau tidak
kesejahteraan pendapatan para peneroka.

Sebanyak 60.26% dicatatkan untuk bilangan anak yang tidak lagi ditanggung oleh
penduduk. Hal ini kerana, umur anak peneroka yang semakin meningkat menyebabkan
mereka mampu untuk bekerja tanpa mengharapkan sebarang tanggungan daripada orang
tuanya. Manakala yang terendah dicatatkan sebanyak 1.28% bagi bilangan anak yang
ditanggung iaitu seramai 4 orang. Dalam kajian ini, penduduk mendapati bahawa, anak yang
ditanggung ini terdiri daripada pelajar, anak kelainan upaya dan mengalami masalah
kesihatan. Oleh itu, mereka haruslah berada dibawah tanggungan penduduk kerana mereka
masih tidak mempunyai pendapatannya sendiri.

b. Bilangan Anak yang Sudah Bekerja

Kebanyakan penduduk merupakan warga emas yang mempunyai anak menjangkau
peringkat dewasa dan mempunyai kehidupannya yang sendiri. Oleh itu, kajian telah
dijalankan untuk mengetahui bilangan anak mereka yang sudah bekerja dan sedikit sebanyak
telah membantu untuk meningkatkan sumber pendapatan peneroka.

Bilangan anak penduduk yang tertinggi sudah bekerja dengan nilai peratusannya
iaitu 23.08%. Manakala yang terendah pula mencatatkan peratusannya sebanyak 2.56%
sahaja. Penglibatan diri anak peneroka dalam bidang pekerjaan ini amat membantu ekonomi
keluarga dengan memberikan wang bulanan kepada orang tuanya. Hal ini secara tidak
langsung dapat meringankan beban penduduk. Akan tetapi, terdapat juga segelintir anak
peneroka yang sudah bekerja tidak dapat memberikan wang pada setiap bulan kepada orang
tuanya kerana mempunyai komitmen yang tinggi dan gaji yang tidak mencukupi. Oleh itu,
ianya telah mendatangkan masalah terhadap pendapatan penduduk kerana mereka terpaksa
bergantung kepada hasil kutipan buah kelapa sawit semata-mata.

4.2.2 Sistem Pengurusan dan Pendapatan Ekonomi Penduduk

Sistem pengurusan ladang yang terbahagi kepada dua iaitu diuruskan oleh sendiri dan
diuruskan oleh pihak Felda. Sistem pengurusan ladang ini juga telah mempengaruhi
pendapatan peneroka berdasarkan pengendalian ladang sehingga ke pemprosesan buah
kelapa sawit dilakukan.

a. Jenis Pengurusan Ladang

Majoriti penduduk menjawab mereka lebih yakin dengan pengurusan ladang yang
dikendalikan oleh pihak Felda. Buktinya, pengurusan ladang Felda dicatatkan yang tertinggi

35

iaitu sebanyak 78.21%. Hal ini kerana, penduduk telah memberikan kepercayaan kepada
Felda untuk diuruskan dengan bantuan mandor ladang yang dilantik. Bukan itu sahaja, usia
penduduk yang semakin meningkat telah menyebabkan mereka kurang berupaya untuk
menguruskan ladang itu dengan sendiri. Manakala yang terendah pula mencatatkan 21.79%
untuk pengurusan ladang secara sendirian. Segala pemantauan ladang dan penghantaran
buah kelapa sawit ke kilang diuruskan sendiri dengan memberikan upah kepada pekerja
asing. Jumlah Pendapatan Sebulan Sebelum Kejatuhan Harga Buah Kelapa Sawit

b. Jumlah Pendapatan Sebulan Sebelum Kejatuhan Harga Buah Kelapa Sawit
Penduduk yang disoal mengalami kedudukan ekonomi yang dikatakan kukuh sebelum
berlakunya kejatuhan harga buah kelapa sawit. Hal ini kerana pada ketika itu para peneroka
memperoleh hasil pendapatan bulanan RM981 sehingga ke RM3000 (rujuk Rajah 4.4).
Jumlah pendapatan ini memang sewajarnya layak diperolehi oleh peneroka bergantung
kepada kedudukan ekonomi dan pengutipan hasil buah kelapa sawit. Hasil pendapatan yang
diperolehi ini telah membantu dalam meringankan beban perbelanjaan dan komitmen yang
dimiliki oleh peneroka. Walaupun jumlah pendapatan ini berada di dalam lingkungan isi
pendapatan miskin bandar, namun di kawasan luar bandar seperti di kawasan kajian ini ianya
dianggap sebagai pendapatan yang agak tinggi. Hal ini kerana kos sara hidup di kawasan ini
masih berada di tahap yang rendah dan masih mampu menampung perbelanjaan mereka
dengan jumlah yang diperolehi ini.

Rajah 4.4 Jumlah Pendapatan Sebulan Sebelum Kejatuhan Harga Sawit

36

c. Jumlah Pendapatan Sebulan Selepas Kejatuhan Harga Buah Kelapa Sawit

Kejatuhan harga buah kelapa sawit sememangnya memberi impak yang mendalam terhadap
pendapatan bulanan penduduk. Berdasarkan Rajah 4.5 sebanyak 74.36% penduduk yang
memperoleh pendapatan bulanan kurang daripada RM980 selepas berlakunya kejatuhan
harga buah kelapa sawit. Hal ini demikian kerana disebabkan oleh harga pasaran yang rendah
dan kurangnya permintaan sehingga menyebabkan hasil buah kelapa sawit tidak dapat dijual
sehingga mampu menjejaskan pendapatan penduduk. Manakala sebanyak 25.64% penduduk
yang mempunyai hasil pendapatan sebanyak RM980 sehingga RM3000.

Rajah 4.5 Jumlah Pendapatan Sebulan Selepas Kejatuhan Harga Sawit

Wujudnya perbezaan dalam kelompok hasil pendapatan ini adalah disebabkan oleh
pengurusan ladang dari segi pengutipan hasil buah, penjagaan tanaman, pemantauan di
ladang dan pembersihan ladang kelapa sawit. Sebagai contoh dari segi pemantauan oleh
mandor setiap blok, sekiranya kurang pemantauan dilakukan dan tidak berkala ianya akan
mempengaruhi hasil pendapatan buah kelapa sawit. Hal ini kerana, pekerja yang melakukan
kerja mengait buah ini tidak membersihkan biji buah sawit yang terjatuh di tanah dan
merugikan kerana ianya mempunyai nilai yang mempengaruhi berat buah kelapa sawit
semasa ditimbang. Malah, terdapat juga buah kelapa sawit yang tidak dikutip sehingga
menyebabkan ia busuk dan rosak yang mendorong kepada kemerosotan nilai buah kelapa
sawit tersebut. Bekerja dalam keadaan yang sambil lewa ini telah mendatangkan kerugian
yang besar terhadap ekonomi penduduk tempatan. Hal Ini menunjukkan bahawa pentingnya
pemantauan dilakukan supaya dapat memastikan kerja yang dilakukan oleh pekerja asing
yang diupah ini dilakukan dengan baik dan bertanggungjawab. Ekoran daripada perkaraini,
besar kemungkinan pendapatan bulanan peneroka untuk blok tersebut akan berkurangan
akibat perkara sebegini berlaku.

37

4.3 KESAN KEJATUHAN HARGA BUAH KELAPA SAWIT TERHADAP
PENDAPATAN PENEROKA

Pendapatan utama penduduk bergantung kepada hasil jualan buah kelapa sawit. Pendapatan
yang tinggi telah membantu mengurangkan beban ekonomi mereka dan secara tidak
langsung dapat meningkatkan taraf hidup penduduk. Di perbincangan ini, pengkaji bukan
sahaja menilai kesan terhadap pendapatan peneroka sahaja, malah pengkaji juga akan
menilai dalam aspek pekerjaan dan penghijrahan. Penduduk diberi pilihan untuk
menentukan sejauh mana impak ini terkesan kepada mereka sepanjang isu kejatuhan harga
buah kelapa sawit ini berlaku di Felda Palong 6. Dalam perbincangan ini, pengkaji akan
menggunakan nilai skor untuk mengetahui tahap penilaian penduduk terhadap analisis yang
dibentuk. Tahap penilaian ini terbahagi kepada tiga iaitu tahap rendah untuk nilai mean 1.00
hingga 1.99, tahap sederhana pula mewakili nilai mean 2.00 hingga 2.99 dan tahap tinggi
untuk nilai mean 3.00 hingga 4.00 (Jadual 4.2).

38

Jadual 4.2 Profil Ekonomi Penduduk

Perkara Mean Sisihan
Piawai
Pendapatan. 3.08
Hasil jualan buah kelapa sawit pada setiap bulan mencukupi untuk 3.81 1.193
menampung kehidupan sekeluarga. 4.65 1.698
Hanya bergantung kepada hasil jualan buah kelapa sawit sebagai 1.62 1.004
pendapatan tetap setiap bulan. 4.49 1.282
Memerlukan wang sampingan untuk menampung perbelanjaan bulanan. 0.503
Mempunyai sumber pendapatan lain selain hasil jualan buah kelapa sawit. 1.94
Mendorong penduduk untuk berbelanja dengan lebih berjimat cermat. 0.90 1.523
0.55 1.863
Pekerjaan. 1.169
Mempunyai pekerjaan sampingan untuk menampung kesejahteraan hidup. 0.12
Pekerjaan sampingan ini sangat membantu mengukuhkan pendapatan 0.10 0.720
peneroka Felda. 0.12 0.636
Gaji yang diperolehi melalui pekerjaan sampingan ini lebih tinggi 0.720
berbanding pendapatan yang diperoleh hasil jualan buah kelapa sawit
pada setiap bulan.

Penghijrahan.
Mencari peluang pekerjaan ke kawasan Pekan atau Bandar.
Berhijrah untuk mendapatkan kualiti hidup yang selesa.
Masalah pendapatan mendorong penghijrahan penduduk berlaku.

Sumber : Kajian Lapangan 2020

4.3.1 Pendapatan

Jadual 4.3 Tahap Pendapatan Bulanan Penduduk

Perkara Mean Sisihan
Piawai
Hasil jualan buah kelapa sawit pada setiap bulan mencukupi untuk 3.08
menampung kehidupan sekeluarga. 1.193
Hanya bergantung kepada hasil jualan buah kelapa sawit sebagai 3.81
pendapatan tetap setiap bulan. 4.65 1.698
Memerlukan wang sampingan untuk menampung perbelanjaan bulanan. 1.62
Mempunyai sumber pendapatan lain selain hasil jualan buah kelapa sawit. 4.49 1.004
Mendorong penduduk untuk berbelanja dengan lebih berjimat cermat. 1.282
0.503
Sumber : Kajian Lapangan 2020

39

a. Hasil Jualan Buah Kelapa Sawit Pada Setiap Bulan Mencukupi Untuk Menampung
Kehidupan Sekeluarga

Analisis yang pertama berkaitan dengan hasil jualan buah kelapa sawit sama ada mencukupi
atau tidak menampung keluarganya mencatatkan nilai mean berada ditahap yang tinggi iaitu
3.08 dengan sisihan piawai sebanyak 1.193 (Jadual 4.3). Hal ini menunjukkan bahawa,
penduduk masih mampu untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga kerana kurangnya
tanggungan dan kos sara hidup di kawasan luar bandar ini lebih murah berbanding di bandar.
Tambahan pula, terdapat peneroka yang melakukan aktiviti bercucuk tanam untuk mengisi
masa lapang dan hasil tanaman tersebut dapat dijadikan sebagai makanan harian mereka.

a. Hanya Bergantung kepada Penjualan Buah Kelapa Sawit sebagai Pendapatan
Tetap Setiap Bulan

Analisis pendapatan penduduk yang hanya bergantung kepada hasil jualan buah kelapa sawit
sebagai pendapatan tetap setiap bulan mencatatkan nilai mean iaitu 3.81 yang membawa
makna tinggi dengan jumlah sisihan piawai iaitu 1.698 (rujuk Jadual 4.3). Ladang kelapa
sawit yang diberikan oleh pihak Felda ini dianggap sebagai aset utama mereka dalam
memperoleh pendapatan tetap. Pendapatan penduduk ini juga bergantung kepada harga
pasaran dunia minyak sawit kerana sekiranya harga tinggi maka pendapatan bulanan
penduduk juga akan semakin kukuh, tetapi sekiranya harga mula menurun dan kurangnya
permintaan dalam pasaran ia akan mendorong kepada pendapatan penduduk yang semakin
berkurangan.

b. Memerlukan Wang Sampingan Untuk Menampung Perbelanjaan Bulanan
Kemudian dari segi analisis penduduk yang memerlukan wang sampingan untuk
menampung perbelanjaan bulanan mencatatkan nilai mean yang tertinggi dari segi
pendapatan yang direkodkan sebanyak 4.65 dan sisihan piawainya pula 1.004 (Jadual 4.3).
Hal ini disebabkan oleh kejatuhan harga buah kelapa sawit yang mendorong penduduk untuk
memerlukan wang sampingan untuk menampung perbelanjaan bulanan mereka. Semasa
kajian dijalankan, terdapat juga penduduk menjelaskan bahawa wang kebajikan yang
diberikan oleh anak-anak mereka dianggap sebagai wang sampingan, sementara mereka
memperoleh hasil kutipan buah kelapa sawit pada hujung bulan.

c. Mempunyai Sumber Pendapatan Lain Selain Hasil Jualan Buah Kelapa Sawit
Analisis seterusnya adalah berkaitan sumber pendapatan lain selain hasil jualan buah kelapa
sawit. Nilai mean menunjukkan 1.62 dianggap berada di tahap yang rendah dan sisihan
piawai pula mencatatkan 1.282 (Jadual 4.3). Kebanyakan reponden hanyalah bergantung
kepada hasil jualan kutipan buah kelapa sawit dan mereka tidak mempunyai pendapatan lain
melainkan mereka menerima bantuan zakat atau wang kebajikan yang diperoleh pada setiap
bulan. Pendapatan lain ini dimaksudkan dengan pekerjaan sampingan yang dilakukan oleh
penduduk.

d. Mendorong Penduduk Untuk Berbelanja Dengan Lebih Berjimat Cermat
Masalah pendapatan yang dihadapi oleh penduduk akibat kejatuhan harga buah kelapa sawit
ini mendorong penduduk untuk berbelanja dengan lebih berjimat cermat. Buktinya,
berdasarkan Jadual 4.3 telah menunjukkan nilai mean bagi analisis ini ialah 4.49 yang berada
di tahap tinggi dengan jumlah sisihan piawainya iaitu 0.503. Majoriti penduduk menjawab
sangat bersetuju dengan kenyataan ini kerana apabila mereka mengalami masalah

40

pendapatan yang semakin berkurangan, maka mereka perlu lebih berjimat cermat dalam
berbelanja.

4.3.2 Pekerjaan

Jadual 4.4 Pengaruh Pekerjaan terhadap Ekonomi Penduduk

Perkara Mean Sisihan
Piawai
Mempunyai pekerjaan sampingan untuk menampung kesejahteraan hidup. 1.94 1.523
Pekerjaan sampingan ini sangat membantu mengukuhkan pendapatan 0.90 1.863
peneroka Felda.
Gaji yang diperolehi melalui pekerjaan sampingan ini lebih tinggi 0.55 1.169
berbanding pendapatan yang diperoleh hasil jualan buah kelapa sawit
pada setiap bulan.

Sumber : Kajian Lapangan 2020

a. Mempunyai Pekerjaan Sampingan untuk Menampung Kesejahteraan Hidup
Pekerjaan sampingan berperanan membantu kewangan penduduk untuk lebih kukuh dari
segi pendapatannya. Berdasarkan hasil analisis yang diperolehi seperti yang dicatatkan di
Jadual 4.4, nilai mean bagi kenyataan ini sebanyak 1.94 yang berada di tahap rendah dengan
jumlah sisihan piawainya iaitu 1.523. Terdapat penduduk yang melakukan pekerjaan
sampingan demi kebajikan keluarganya. Antara pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk
ialah sebagai pekebun, peniaga, pembantu kedai, pertukangan dan pekerja kilang.

b. Pekerjaan Sampingan Ini Sangat Membantu Mengukuhkan Pendapatan
Analisis seterusnya mengenai pekerjaan sampingan membantu mengukuhkan pendapatan
penduduk. Pengaruh pekerjaan sampingan ini sudah pastinya sedikit sebanyak telah
meringankan beban penduduk untuk membiayai segala komitmen yang mereka perolehi.
Buktinya dapat dilihat di dalam jadual 4.4 yang mencatatkan nilai mean iaitu 0.90 yang
bermaksud berada di tahap yang rendah. Manakala nilai sisihan piawai untuk nilai mean ini
ialah 1.863.

c. Gaji Yang Diperolehi Melalui Pekerjaan Sampingan Ini Lebih Tinggi
Berbanding Pendapatan yang Diperoleh Hasil Jualan Buah Kelapa Sawit Pada
Setiap Bulan

Analisis bagi gaji pekerjaan sampingan lebih tinggi berbanding penjualan hasil buah kelapa
sawit merekodkan nilai mean yang terendah iaitu 0.55 dan nilai bagi sisihan piawai pula
1.169 (Jadual 4.4). Kebanyakkan penduduk yang disoal mereka melakukan pekerjaan
sampingan hanyalah untuk mendapatkan duit poket sebagai tambahan dalam perbelanjaan
bulanan mereka. Malah, terdapat juga penduduk mengatakan bahawa beliau bekerja adalah
untuk mengisi masa lapang sebagai pembantu kedai makan untuk setengah hari sahaja.

41

4.3.3 Penghijrahan

Jadual 4.5 Peluang Pekerjaan Mendorong Penghijrahan Penduduk

Perkara Mean Sisihan
Piawai
Mencari peluang pekerjaan ke kawasan Pekan atau Bandar. 0.12 0.720
Berhijrah untuk mendapatkan kualiti hidup yang selesa. 0.10 0.636
Masalah pendapatan mendorong penghijrahan penduduk berlaku. 0.12
0.720

Sumber : Kajian Lapangan 2020

Terdapat segelintir penduduk yang mengatakan bahawa mereka terpaksa
meninggalkan keluarga di kampung hanya untuk mendapatkan peluang pekerjaan
sampingan di kawasan bandar atau pekan yang berdekatan. Buktinya, kenyataan bagi
mencari peluang pekerjaan di kawasan Pekan atau Bandar mencatatkan nilai mean 0.12 yang
berada di tahap yang rendah dan sisihan piawainya iaitu 0.720 seperti yang dicatatkan dalam
Jadual 4.5. Berdasarkan hasil analisis yang diperoleh, kebanyakan penduduk mendapatkan
peluang pekerjaan di dalam kawasan Felda Palong 6 ini sahaja kerana usia yang semakin
meningkat mendatangkan kesukaran untuk mereka bergerak.

Hasil analisis seterusnya seperti yang dinyatakan dalam Jadual 4.5 iaitu mengenai
berhijrah untuk mendapatkan kualiti hidup yang selesa mencatatkan nilai mean di tahap yang
rendah iaitu 0.10 dan sisihan piawai 0.636. Seterusnya, analisis bagi masalah pendapatan
mempengaruhi penghijrahan penduduk berlaku mencatatkan nilai mean yang rendah iaitu
sebanyak 0.12 dan sisihan piawainya ialah 0.720. Penghijrahan berlaku kerana penduduk
terpaksa mencari peluang pekerjaan yang terdapat di luar kawasan tempat tinggal. Antara
kawasan yang penduduk memilih untuk berhijrah ialah di pekan Bahau, Gemas dan Tampin.

4.3.4 Jenis Pekerjaan Sampingan

Jenis pekerjaan sampingan penduduk yang mendapat peratusan tertinggi ialah sebagai
peniaga yang mencatatkan peratusan 38.89%. Kebanyakan penduduk ini berniaga secara
kecil-kecilan di kawasan pasar dan di tepi jalan sahaja. Hal ini kerana, harga sewa tapak
berniaga adalah murah iaitu RM40 sebulan yang mendorong peningkatan peniaga di
kawasan ini. Selain itu, pekerjaan sebagai peniaga ini dianggap sebagai pekerjaan yang
memberikan keuntungan harian kepada mereka.. Menurut salah seorang penduduk yang
bekerja sebagai peniaga ini, keuntungan harian yang mereka perolehi ini sedikit sebanyak
telah membantu dalam perbelanjaan harian mereka untuk membeli barangan keperluan.

Seterusnya, pekerjaan sampingan peneroka yang mendapat peratusan kedua tertinggi
ialah bekerja dalam bidang pertukangan yang mempunyai nilai peratusan iaitu 11.11%.
Kemahiran dalam pertukangan yang dimiliki oleh penduduk ini telah mendorong mereka
untuk melakukan pekerjaan sampingan. Pekerjaan sampingan yang seterusnya seperti
pengawal keselamatan, pembantu kedai, pembantu kantin sekolah, pekerja kilang, Alam
Flora dengan mengutip sampah di setiap kawasan kediaman, penoreh getah di tanah
persendirian dan peniaga sayur-sayuran. Kesemua pekerjaan tersebut mencatatkan nilai
peratusan yang sama iaitu 5.58%. Menurut seorang peniaga yang meniaga sayur-sayuran,
beliau tidak mengeluarkan modal yang terlalu banyak kerana sayur tersebut merupakan hasil

42

tanaman mereka sendiri. Antara hasil tanaman yang dijual ialah seperti sayur-sayuran, ubi,
keledek, ulam-ulaman dan sebagainya yang dijual di pasar tani atau pasar pagi.

4.4 KESAN PENDAPATAN TERHADAP EKONOMI PENDUDUK
TEMPATAN

Bahagian ini akan membincangkan secara terperinci dengan menggunakan data sebagai
bukti yang dianalisis dalam bentuk jadual. Malah, bahagian ini juga merangkumi analisis
terhadap tahap kemampuan penduduk dalam aspek kuasa beli, perbelanjaan dan simpanan
tabungan pada setiap bulan. Tujuan utama bahagian ini dikaji ialah untuk menyelidik tahap
kemampuan penduduk semasa isu kejatuhan harga buah kelapa sawit berlaku.

4.4.1 Kuasa beli

Kuasa beli penduduk bergantung kepada pendapatan yang diperolehi pada setiap bulan dan
dianggap sebagai untuk memenuhi kehendak mereka sahaja. Analisis pertama mengenai
kuasa beli penduduk ialah mampu untuk membeli barangan kehendak yang mencatatkan
nilai peratusan tertinggi untuk skala likert sangat tidak bersetuju iaitu 44.9%. Ini
menunjukkan bahawa, tahap kuasa beli penduduk dalam membeli barangan kehendak
mereka masih rendah berikutan impak daripada kejatuhan harga buah kelapa sawit. Antara
kuasa beli barangan yang dimaksudkan ialah perabot, barangan hiasan wanita dan
sebagainya. Nilai mean untuk analisis ini ialah 2.19 (rujuk Jadual 4.6).

Jadual 4.6 Profil Tahap Kemampuan Penduduk

Perkara Sangat Tidak Tidak Pasti Bersetuju Sangat Mean
Tidak Bersetuju
Bersetuju Bersetuju

Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
44.9 19 24.4 4 5.1 14 17.9 6 7.7
Membeli 35 57.7 2.19
51.3 16 20.5 6 7.7 9 11.5 2 2.6 1.81
barang kehendak. 1.85
0 18 23.1 12 15.4 8 10.3 00
Melancong 45 39.7

setiap tahun.

Membeli 40

barangan

kehendak enam

bulan sekali.

Kuasa beli menjadi 0 3 3.8 9 11.5 48 61.5 18 23.1 4.04
43 55.1 3 3.8 1 1.3 00 1.67
terhad.

Kuasa beli 31

tidak menjejaskan

pendapatan.

Sumber : Kajian Lapangan 2020

Analisis seterusnya iaitu berkaitan kemampuan penduduk untuk melancong pada
setiap tahun. Berdasarkan Jadual 4.6, skala likert yang menunjukkan nilai peratusan tertinggi
ialah sangat tidak setuju iaitu sebanyak 57.7%. Perkara ini menunjukkan bahawa sumber
kewangan penduduk masih belum berada di tahap yang kukuh sehingga mereka tidak

43

mampu untuk melakukan aktiviti pelancongan bersama keluarga mereka. Manakala nilai
peratusan yang terendah ialah 2.6%. Menurut salah seorang penduduk yang ditemuramah
oleh pengkaji, beliau mengatakan bahawa beliau ke luar negara bersama anaknya untuk
menikmati pemandangan dan mencari pengalaman untuk bercuti di negara asing. Nilai mean
untuk analisis ini ialah 1.81.

Seterusnya ialah analisis mengenai membeli barangan kehendak dalam tempoh enam
bulan sekali. Majoriti penduduk menyatakan bahawa mereka sangat tidak bersetuju dengan
mencatatkan peratusan sebanyak 51.3% yang dibuktikan di dalam Jadual 4.6. Pembelian
barangan kehendak untuk tempoh enam bulan sekali dianggap sebagai di luar kemampuan
mereka. Tambahan pula, mereka hanyamembeli barangan kehendak ini sekali sekala hanya
untuk perhiasan rumah dan peribadi seperti membeli perabot ketika hampir musim perayaan
dan membeli barangan perhiasan wanita sekiranya berkemampuan. Jumlah mean untuk
analisis ini ialah 1.85.

Skala likert yang menunjukkan peratusan tertinggi untuk analisis kuasa beli menjadi
terhad ialah bersetuju dengan nilai peratusannya sebanyak 61.5%. Kajian mengenai analisis
ini mendapati bahawa penduduk terpaksa mengehadkan kuasa belinya untuk mengelakkan
masalah kewangan berlaku. Nilai mean untuk analisis ini mencatatkan nilai yang tertinggi
berbanding analisis lain iaitu sebanyak 4.04. Analisis yang terakhir ialah mengenai kuasa
beli penduduk tidak menjejaskan pendapatan. Apabila berlakunya isu kejatuhan harga buah
kelapa sawit ini pastilah memberikan impak terhadap pendapatan penduduk sehingga
menjejaskan tahap kuasa beli mereka. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan hasil analisis
yang diperolehi dalam Jadual 4.6 iaitu nilai kekerapan mencatatkan 43 daripada 78 penduduk
menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju. Peratusannya pula sebanyak 55.1% dan jumlah
mean untuk analisis ini ialah 1.67.

Secara rumusannya, tahap kemampuan penduduk dari segi kuasa beli mereka masih
berada di tahap yang rendah. Kenyataan ini dapat dibuktikan dalam Jadual 4.6 yang
menunjukkan ketiga-tiga analisis dalam bahagian ini mendapat peratusan tertinggi untuk
skala likert sangat tidak bersetuju dan tidak bersetuju untuk tahap kemampuan kuasa beli
penduduk. Maka, benarlah bahawa isu kejatuhan harga buah kelapa sawit ini telah
memberikan impak yang mendalam terhadap kuasa beli penduduk tempatan.

4.4.2 Perbelanjaan

Pembelian barangan untuk memenuhi keperluan asas di rumah bergantung kepada
pendapatan peneroka yang diperolehi pada setiap bulan. Dari segi kos perbelanjaan ini juga,
ianya dipengaruhi oleh sikap individu tersebut dalam berbelanja samada secara berjimat
cermat atau boros. Hal ini kerana pentingnya pengurusan wang pendapatan yang
mempengaruhi perbelanjaan bulanan mereka.

44

a. Hasil Jualan Buah Kelapa Sawit sebagai Perbelanjaan Bulanan

Perbelanjaan bulanan ini meliputi pembelian barangan basah, makanan dan keperluan harian
yang dianggap sebagai keperluan asas manusia untuk meneruskan hidup. Wang yang
digunakan oleh penduduk untuk melakukan perbelanjaan bulanan ini adalah daripada
pendapatan yang diperolehi hasil jualan buah kelapa sawit pada setiap bulan. Sebanyak
62.82% penduduk memilih sangat bersetuju dan bakinya iaitu 37.18% penduduk memilih
untuk bersetuju. Kedua-dua pemilihan ini memberikana maksud yang sama bahawa mereka
amat bergantung kepada hasil jualan buah kelapa sawit sebagai perbelanjaan bulanan.
Kurangnya pendapatan sampingan menyebabkan mereka hanya bergantung kepada satu
mata pencarian sahaja.

b. Berbelanja pada Setiap Bulan

Jumlah isi rumah mempengaruhi kadar bilangan perbelanjaan penduduk dan bergantung juga
pada hasil dapatan duit sara hidup yang diperoleh peneroka pada setiap bulan. Peratusan untuk
skala likert bersetuju menunjukkan nilai peratusan tertinggi iaitu 37.18%. Kebanyakan
penduduk yang disoal, kebiasaannya mereka berbelanja pada hujung bulan atau selepas
mendapat duit sarahidup. Manakala untuk peratusan terendah pula dicatatkan 8.97% sahaja
bagi skala likert sangat tidak bersetuju. Hal ini kerana, terdapat penduduk yang berbelanja
dalam tempoh dua bulan sekali sahaja kerana wang tersebut digunakan untuk komitmen yang
mereka ada dan disimpan untuk kegunaan anak-anak yang masih belajar. Malah terdapat
juga penduduk yang mengatakan bahawa beliau berbelanja secara harian dengan membeli
barang keperluan di kedai runcit yang terdapat di sekitar kawasan Felda Palong 4, 5 & 6.

c. Membeli Barangan Bulanan dengan Berhutang Kedai Koperasi Felda
(D’MART)

Di setiap gugusan Felda terdapat kedai koperasi Felda atau dikenali sebagai D’Mart yang
merupakan kedai untuk penduduk untuk berbelanja dengan memberikan faedah kepada para
peneroka untuk berhutang terlebih dahulu. Sekiranya berhutang, wang perbelanjaan tersebut
akan ditolak daripada wang sara hidup peneroka yang diperolehi daripada setiap bulan.
Terdapat 41.03% penduduk tidak bersetuju dengan menunjukkan nilai yang tertinggi. Hal
ini kerana, penduduk lebih gemar berbelanja di pasar raya terdekat seperti di TF Value Mart
dan G-Mart di Gemas serta pasaraya Econsave yang terletak di Bahau. Penduduk gemar
berbelanja di pasar raya kerana mempunyai lebih banyak pilihan dengan harga murah dan
barang basah yang segar.

d. Perbelanjaan Bulanan Terhad selepas Kejatuhan Harga Buah Kelapa Sawit

Kejatuhan harga buah kelapa sawit ini sememangnya memberikan kesan terhadap
perbelanjaan bulanan penduduk. Buktinya, sebanyak 52.56% penduduk bersetuju tentang
pernyataan ini. Menghadkan kuantiti perbelanjaan dianggap sebagai salah satu inisiatif
penduduk untuk berjimat cermat dan tidak terlalu boros ketika berbelanja. Analisis ini
dianggap sebagai impak yang positif apabila berlakunya kejatuhan harga buah kelapa sawit
kerana sekiranya tidak berlakunya isu ini maka penduduk berbelanja secara tidak terkawal.

45

Namun demikian, perkara ini perlu dielakkan berlaku lagi supaya dapat menjamin
keselesaan dan mampu meningkatkan kualiti hidup penduduk.

Rumusannya, kualiti hidup penduduk dinilai dari segi kos perbelanjaan bulanan
mereka pada setiap bulan. Kos perbelanjaan ini berbeza-beza mengikut jumlah pendapatan
yang diperolehi. Berdasarkan hasil analisis yang dibuat ini, pengkaji mendapati bahawa
tahap perbelanjaan bulanan penduduk berada di tahap sederhana. Walaupun kos sara hidup
di kawasan pedalaman ini agak rendah, tetapi komitmen penduduk masih tinggi dari segi
pembayaran utiliti, hutang kereta atau motor, tapak sewa perniagaan, perbelanjaan pengajian
untuk anak-anak dan sebagainya. Oleh kerana itu, ianya menyebabkan perbelanjaan
penduduk menjadi terhad dan terdapat juga penduduk yang masih tidak mampu untuk
berbelanja pada setiap bulan.

4.4.3 Tabungan

Penyimpanan wang atau tabungan perlu dibuat untuk kepentingan peribadi dan keperluan
keluarga pada masa akan datang. Tabungan ini dianggap inisiatif terbaik untuk ketersediaan
penduduk dalam menghadapi musibah atau perkara yang tidak diingini berlaku. Sebagai
contoh dengan adanya tabungan atau wang simpanan ini, ia dapat digunakan untuk
membayar yuran pengajian anak mereka, pembayaran bil rawatan apabila sakit dan ketika
menghadapi musibah kemalangan atau bencana alam sekitar seperti banjir, tanah runtuh dan
gempa bumi. Oleh hal yang demikian, peneroka tidak perlu khuatir atau gelisah apabila
berlakunya perkara tidak diingini terjadi pada mereka kerana adanya tabungan atau wang
yang disimpan.

Berhubung dengan kelebihan tabungan atau penyimpanan wang ini, pengkaji telah
melakukan analisis berkaitan dengan tabungan dan wang simpanan peneroka untuk
mengetahui lebih terperinci mengenai simpanan wang yang dibuat oleh penduduk. Seperti
yang dinyatakan di Jadual 4.7, pengkaji mendapati bahawa peratusan tertinggi untuk analisis
mempunyai wang simpanan penduduk yang disimpan setiap bulan ialah sebanyak 35.9%
mengatakan bahawa mereka tidak pasti. Pengkaji mendapati bahawa, ramai diantara mereka
tidak melakukan penyimpanan wang pada setiap bulan kerana ia bergantung kepada jumlah
pendapatan bulanan mereka dan komitmen yang perlu dibayar pada setiap bulan. Oleh itu,
kebanyakkan penduduk menyimpan wang dalam tempoh tiga bulan hingga enam bulan
sekali ke akaun simpanan mereka seperti Tabung Haji, Amanah Simpanan Berhad (ASB),
Bank Simpanan Nasional, Malayan Bank dan sebagainya. Nilai mean untuk analisis ini ialah
3.01.

46

Jadual 4.7. Profil Tabungan dan Wang Simpanan Penduduk

Perkara Sangat Tidak Tidak Bersetuju Sangat Mean
Tidak Bersetuju Pasti
Bersetuju Bersetuju

Mempunyai Bil. % Bil. % Bil. % Bil. % Bil.%
wang simpanan 6 7.7 18 23.1 28 35.9 21 26.9 5 6.4 3.01
yang disimpan
setiap bulan 9 11.5 26 33.3 8 10.3 27 34.6 8 10.3 2.99
Membeli barang
kemas sebagai
aset dan dijual
apabila terdesak

Sumber : Kajian Lapangan 2020

Umumnya barangan berharga seperti barang perhiasan wanita iaitu barang kemas
merupakan aset yang amat bernilai. Selain digunakan untuk berhias, ia boleh ditukar ganti
dengan mata wang dengan nilai yang tinggi. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan analisis
mengenai pembelian barangan kemas sebagai aset dan dijual apabila terdesak. Hasil analisis
ini pengkaji mendapati bahawa seramai 27 orang daripada 78 orang penduduk bersetuju
untuk menjual aset mereka ini untuk digantikan dengan wang ringgit dan digunakan apabila
terdesak. Nilai peratusan untuk analisis ini ialah sebanyak 34.6%. Manakala nilai peratusan
kedua tertinggi untuk analisis ini ialah 33.3% (rujuk Jadual 4.7). Semasa kajian ini dijalankan
pengkaji telah bertanyakan kepada penduduk atau penerokawati tentang alasan mereka tidak
menjual barang kemas mereka. Kemudian, mereka menjawab bahawa ianya terlalu bernilai
dan harga emas akan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Oleh itu, mereka cuba untuk
tidak menjualnya dan mencari inisiatif lain untuk mendapatkan sumber kewangan apabila
waktu terdesak. Nilai mean untuk analisis ini ialah 2.99.

Analisis seterusnya ialah mengenai pengurangan jumlah simpanan wang selepas
kejatuhan harga buah kelapa sawit. Sebanyak 48.72% penduduk sangat bersetuju dengan
analisis ini. Isu kejatuhan nilai harga buah kelapa sawit sudah semestinya memberikan
jumlah susutan wang simpanan penduduk kerana ianya saling bergantung antara satu sama
lain. Sekiranya jumlah pendapatan yang diperolehi pada bulan itu adalah sedikit maka,
jumlah simpanan mereka juga berkurangan. Manakala untuk peratusan yang terendah bagi
analisis ini dicatatkan sebanyak 5.13% sahaja.

4.5 LANGKAH YANG SESUAI BAGI PENDUDUK TEMPATAN DALAM
MENANGANI ISU KEJATUHAN HARGA BUAH KELAPA SAWIT

Apabila berlakunya sesebuah isu atau masalah, tindakan perlu diambil bagi menangani isu
tersebut daripada terus berlarutan. Setelah menganalisis dan mengkaji isu yang dihadapi oleh
penduduk dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa impak kejatuhan harga buah sawit
ini memerlukan tindakan atau langkah daripada pihak terlibat. Tujuannya adalah untuk
mengurangkan masalah yang dihadapi dan untuk menjamin kestabilan ekonomi penduduk

47

tempatan seperti sedia kala. Langkah yang sesuai diperlukan dan langkah tersebut
melibatkan langkah perundangan dan langkah bukan perundangan.

4.5.1 Langkah Perundangan

Tindakan langkah perundangan ini kebiasaannya dilakukan oleh pihak Felda yang terlibat
seperti yang telah diterangkan di bab kedua. Namun demikian, langkah perundangan ini
kebiasaannya dilakukan dengan usaha sama atau tindakan daripada peneroka itu sendiri
dalam menjayakan langkah yang telah dirancang. Hal ini kerana, langkah tersebut tidak akan
berhasil atau tidak berjaya sekiranya dilakukan oleh sebelah pihak sahaja. Berdasarkan hasil
analisis yang dibuat, pengkaji mendapati bahawa penduduk amat menyokong dengan segala
langkah kerajaan yang telah dirancang dalam menangani isu kejatuhan harga buah kelapa
sawit ini. Perkara ini menunjukkan bahawa mereka sudah tidak sanggup untuk menghadapi
isu ini berlaku lagi dan mereka juga khuatir sekiranya isu ini daripada terus berlarutan.
Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan data yang telah dikumpulkan dalam borang soal
selidik dan hasil analisis tersebut telah dipersembahkan dalam bentuk carta.

Langkah perundangan pertama yang dirancang ialah mengukuhkan pasaran sedia ada
bagi industri kelapa sawit sehingga ke negara luar dengan lebih meluas. Langkah ini
dianggap sebagai langkah yang bijak kerana pada masa kini setiap negara telah bersaing
dalam menghasilkan produktiviti hasil negara mereka untuk dipasarkan ke peringkat
antarabangsa. Kelapa sawit merupakan tanaman komiditi utama negara Malaysia.

a. Mengukuhkan Pasaran Sedia Ada bagi Industri Sawit ke Negara Luar

Pengkaji mendapati bahawa sebanyak 53.85% penduduk sangat bersetuju dengan langkah
perundangan ini. Ini menunjukkan bahawa penduduk berada di tahap yang amat menyokong
dengan langkah perundangan yang dirancangkan ini kerana akan memberikan manfaat pada
mereka pada masa akan datang. Manakala peratusan selebihnya iaitu 46.15% mengatakan
bahawa mereka bersetuju dengan langkah perundangan yang dirancangkan ini demi
pendapatan peneroka dan negara.

a. Melaksanakan Kempen ‘Sayangi Sawitku’ untuk Memupuk Kecintaan dan
Kebanggaan kepada Industri Sawit

Perlaksanaan kempen atau program sering kali dianjurkan oleh pihak kerajaan dengan
kerjasama pihak bukan kerajaan untuk membuka mata masyarakat tentang isu dan tindakan
yang hendak disampaikan. Tujuan perlaksanaan kempen ini dijalankan adalah untuk
memberikan kefahaman dan penerangan kepada masyarakat tentang isu yang terjadi.

Analisis langkah perundangan seterusnya adalah mengenai perlaksanaan kempen
‘Sayangi Sawitku’ sebagai cara untuk memupuk kecintaan dan kebanggaan tehadap industri
sawit. Nilai peratusan yang tertinggi dicatatkan sebanyak 60.26% untuk penduduk yang
sangat bersetuju dengan langkah perundangan tersebut. Perlaksanaan langkah yang
dianjurkan pihak kerajaan ini sememangnya akan membantu dalam memupuk sifat moral
individu tersebut terhadap kecintaannya dalam industri sawit. Hal ini demikian kerana akan

48


Click to View FlipBook Version