The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Shahira Azura Elias Rosniza Aznie Che Rose


Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
eISBN 978-983-2795-47-6

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aznie, 2020-10-23 02:09:59

IMPLIKASI KEJATUHAN HARGA BUAH KELAPA SAWIT DAN PENGARUHNYA TERHADAP PENDAPATAN PENDUDUK SETEMPAT DI FELDA PALONG 6, GEMAS NEGERI SEMBILAN

Shahira Azura Elias Rosniza Aznie Che Rose


Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
eISBN 978-983-2795-47-6

mendorong peneroka untuk bersungguh-sungguh menjaga kualiti dan penjagaan tanaman
buah kelapa sawit.

b. Memberikan Latihan dan Kemahiran Teknikal kepada Peneroka dan
Golongan Muda

Kemahiran teknikal perlu diberikan oleh pihak kerajaan untuk membentuk modal insan yang
berkualiti dan berkemahiran tinggi dalam mengendalikan ladang berskala besar seperti
tanaman buah kelapa sawit. Kemahiran teknikal ini merangkumi aspek penjagaan tanaman,
kutipan buah sawit, teknik mengait buah, pembersihan ladang dan sebagainya. Apabila
peneroka dan golongan muda ini sudah mempunyai kemahiran, mereka perlu dilatih supaya
lebih cekap dan tangkas ketika melakukan aktiviti pertanian.

Bagi analisis ini, peratusan tertinggi mencatatkan sebanyak 52.56% untuk skala likert
sangat bersetuju, manakala sebanyak 47.44% menyokong untuk bersetuju. Hasil analisis ini
mendapati bahawa kesemua penduduk yang dikaji amat bersetuju dengan langkah
perundangan tersebut dan berharap agar langkah ini dapat membantu meningkatkan mutu
pengeluaran buah kelapa sawit.

4.5.2 Langkah Bukan Perundangan

Peneroka tidak boleh mengharapkan sebelah pihak kerajaan sahaja, sebaliknya mereka juga
perlu bertindak dengan usaha sendiri dalam sama-sama menangani isu kejatuhan harga buah
kelapa sawit ini daripada terjadi lagi. Oleh itu, langkah bukan perundangan telah
diperkenalkan dalam pelbagai cara supaya mutu dan hasil pengeluaran buah sawit setanding
dengan nilai di pasaran.

a. Menukar Sistem Pengurusan Ladang Diuruskan oleh Felda kepada
Pengurusan Ladang Secara Urus Sendiri

Sistem pengurusan ladang ini mempengaruhi kualiti pengeluaran buah kelapa sawit.
Terdapat segelintir peneroka yang memilih pengurusan secara urus sendiri tanpa melibatkan
campur tangan pihak Felda dari segi penghantaran buah sawit ke kilang. Hasil analisis ini,
pengkaji mendapati bahawa sebanyak 46.15% penduduk tidak bersetuju untuk menukar
sistem pengurusan ladangnya kepada urus sendiri. Hal ini kerana, mereka lebih mempercayai
sistem pengurusan yang sedia ada yang tidak membebankan mereka. Usia peneroka semakin
meningkat, mereka sudah tidak berupaya atau larat untuk menguruskan ladangnya dari segi
pengangkutan sehingga ke kilang berbeza dengan sistem pengurusan oleh pihak Felda yang
menguruskan semuanya oleh pihak yang dilantik.

b. Meningkatkan Bilangan Tenaga Buruh dalam Pengurusan Ladang Kelapa
Sawit

Peningkatan bilangan tenaga buruh ini memberikan impak yang positif terhadap sosial dan
ekonomi penduduk tempatan. Hal ini kerana berlakunya pengurangan masalah
pengangguran terutama golongan muda kerana telah melibatkan diri dalam pengurusan
ladang kelapa sawit. Kenyataan ini disokong oleh penduduk yang dikaji.

49

Pemeliharaan ladang yang berskala besar ini memerlukan jumlah tenaga manusia
yang ramai supaya dapat mengeluarkan hasil tanaman yang banyak dalam masa yang singkat
dari sebelumnya. Oleh itu, bagi langkah bukan perundangan ini penduduk telah
mencadangkan untuk meningkatkan bilangan tenaga buruh dalam pengurusan ladang kelapa
sawit. Peratusan tertinggi dicatatkan sebanyak 48.72% yang menyatakan bahawa mereka
sangat bersetuju. Tenaga buruh dalam pengurusan ladang ini perlu dipertingkatkan lagi
untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti buah kelapa sawit. Tambahan pula, di Felda Palong
6 ini terdapat anak peneroka yang masih menganggur dan sedang memerlukan pekerjaan.
Oleh itu, dengan langkah bukan perundangan ini dapat memberikan kedai runc kepada
mereka yang masih menganggur dan secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu
pengeluaran industri buah kelapa sawit.

c. Mengukuhkan Industri Hiliran Kelapa Sawit dengan Mengeluarkan Hasil
Setanding Produktiviti Kebangsaan

Industri hiliran dianggap sebagai punca permintaan buah kelapa sawit ini semakin
meningkat. Oleh itu, tindakan perlu diambil agar industri hiliran ini dapat diperkukuhkn lagi
untuk menghasilkan produktiviti yang setanding dengan harga di pasaran. Permintaan yang
tinggi di pasaran merupakan salah satu punca peningkatan harga buah kelapa sawit. Oleh itu,
untuk mencapai harga buah kelapa sawit yang tinggi ini, pihak felda dan peneroka perlu
bersama-sama berganding bahu dalam meningkatkan kualiti produk kelapa sawit dalam
industri hiliran. Apabila produk yang dipasarkan berada dalam keadaan lebih kukuh
setanding dengan harga yang dipasarkan, ianya pasti akan mendapat permintaan yang lebih
tinggi dari sebelumnya. Analisis bagi langkah ini menunjukkan bilangan peratusantertinggi
dicatatkan sebanyak 47.44% penduduk bersetuju dan peratusan terendah dicatatkan 15.38%
sahaja mewakili penduduk yang tidak pasti.

4.6 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya bab ini telah menerangkan tentang latar belakang penduduk yang
merangkumi sistem pengurusan dan pendapatan ekonomi penduduk, profil tahap
kemampuan penduduk serta profil tabungan dan wang simpanan penduduk. Semasa kajian
sedang dijalankan bagi mengedarkan borang soal selidik pengkaji mendapati bahawa
pelbagai reaksi dan jawapan yang diberikan oleh penduduk. Namun demikian, berdasarkan
pemerhatian yang dibuat sedikit sebanyak telah membantu dalam menghuraikan analisis
yang sedang dikaji ini. Di penghujung bab ini pengkaji mengetahui bahawa tahap
kemampuan penduduk dalam membeli barangan kehendak masih berada di tahap yang
rendah kerana masalah pendapatan yang dihadapi. Isu kejatuhan harga buah kelapa sawit ini
telah mempengaruhi kuasa beli dan perbelanjaan golongan peneroka.

Berdasarkan hasil analisis yang telah dijalankan, ianya telah memberikan keputusan
analisis yang berlainan berdasarkan kepada analisis yang telah diuji dalam borang soal
selidik. Keputusannya menunjukkan impak yang positif dan impak yang negatif. Bagi impak
yang positif ini, ianya perlu dikekalkan untuk impak baik yang berterusan dan perlu dibaik
pulih pada masa akan datang demi kepentingan bersama. Manakala impak negatif pula ianya
perlu diselidik dengan lebih terperinci agar dapat mengetahui punca perkara tersebut berlaku.
Kemudian, impak tersebut perlu diteliti dan dinilai untuk membina langkah yang lebih
proaktif agar tidak menjadi lebih buruk kepada penduduk tempatan.

50

BAB
5

CADANGAN MENANGANI ISU KEJATUHAN HARGA BUAH KELAPA SAWIT DI
FELDA PALONG 6

5.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan tentang aspek berkaitan dengan impak kejatuhan harga buah
sawit terhadap peneroka Felda. Di penghujung bab ini terdapat perbincangan mengenai
usulan daripada pengkaji yang bertujuan untuk membantu dalam mengelakkan isu kejatuhan
harga buah kelapa sawit ini berlaku lagi. Usulan penyelidikan ini sedikit sebanyak dapat
membantu dalam penambahbaikan taraf hidup peneroka Felda ke arah yang lebih baik.

5.2 PEMANTAUAN DI LADANG DILAKUKAN DENGAN LEBIH KERAP LAGI

Usulan penyelidikan yang pertama ialah pemantauan di ladang kelapa sawit haruslah
dilakukan dengan lebih kerap. Kebiasaannya, pemantauan dilakukan oleh mandor atau
pemantau ladang yang dilantik dengan melakukan pemantauan tiga kali seminggu. Oleh itu,
dengan usulan ini penyelidik berpendapat bahawa pemantauan ladang ini perlu dilakukan
lima kali seminggu untuk memastikan buah sawit yang telah masak boleh dikait dan dihantar
ke kilang. Semasa kajian dilakukan, pengkaji mendapat aduan daripada salah seorang
peneroka yang mengatakan bahawa terdapat buah yang busuk tidak dikutip, biji buah sawit
yang bersepah dan ladang yang tidak dibersihkan sepenuhnya. Oleh kerana itu, perkara
sebegini tidak boleh berlaku lagi untuk mengelakkan kerugian kepadan peneroka dan secara
tidak langsung mempengaruhi pendapatan bulanan peneroka. Biji-biji buah sawit yang
tercicir di atas tanah semasa aktiviti mengait buah kelapa sawit dilakukan perlulah dikutip
kerana setiap biji buah sawit tersebut sedikit sebanyak mendatangkan nilai yang
mempengaruhi berat buah sawit semasa ditimbang. Aktiviti mengait dan membersihkan
buah ini dilakukan oleh pekerja asing yang segelintirnya bekerja sambil lewa sekiranya
pemantauan tidak dilakukan dengan lebih kerap sehingga menyebabkan buah sawit terbiar
sehingga busuk.

5.3 MENINGKATKAN KUALITI PROSES PENJAGAAN BUAH KELAPA SAWIT

Selain itu, cadangan untuk meningkatkan kualiti proses penjagaan buah kelapa sawit
adalah untuk meningkatkan produktiviti ladang dengan menghasilkan buah yang banyak.
Antara salah satu punca utama kekurangan buah sawit dihasilkan ialah kurangannya
kandungan nutrien dalam tanah. Terdapat banyak kandungan nutrien adalah amat diperlukan
seperti mangan, magnesium, zink, tembaga, molibdenum dan boron. Boron merupakan
nutrien penting yang berfungsi untuk memberi ketahanan kepada pokok daripada diancam
oleh penyakit yang boleh merosokkan kualiti buah kelapa sawit. Aspek nutrien ini
menyokong tahap produktiviti ladang kelapa sawit untuk menghasilkan buah sawit dalam
kuantiti yang banyak. Oleh itu, pihak Felda perlu memberikan perhatian lebih lagi terhadap

51

penjagaan pokok dengan memastikan kandungan nutrien dalam tanah sentiasa mencukupi
dan melakukan pemilihan baja yang berkualiti demi mendapatkan nutrien tanah yang baik.

5.4 PEMBERSIHAN LADANG DENGAN LEBIH KERAP DARI SEBELUMNYA
Di dalam aspek penjagaan ladang pula, pihak Felda perlu melakukan pembersihan ladang
dilakukan dengan lebih kerap lagi seperti menebas atau memesin tanaman tidak diingini
yang boleh mendatangkan serangan penyakit dari makhluk perosak. Dalam setiap
penanaman pokok pasti akan adanya masalah serangan penyakit dari makhluk perosak. Bagi
penanaman pokok kelapa sawit ini, serangan kulat Ganoderma dianggap sebagai musuh
utama tanaman yang mampu merosakkan pokok sehingga mati dan serangan penyakit
tersebut merupakan penyakit Reput Pangkal Batang (RPB). Akibat serangan kulat ini telah
mengakibatkan pengurangan pengeluaran hasil sehingga boleh menyebabkan kematian
pokok. Oleh kerana itu, pembersihan ladang perlu dilakukan dengan lebih kerap daripada
kebiasaannya agar dapat mengurangkan serangan kulat Ganoderma ini berlaku lagi.
5.5 KESIMPULAN
Rumusannya, diharapkan agar cadangan penyelidikan ini dapat dijadikan sebagai panduan
dan rujukan kepada pengkaji pada masa akan datang dan dapat membantu dalam mengatasi
isu kejatuhan harga buah kelapa sawit ini daripada terus berlaku. Bab seterusnya akan
membincangkan mengenai hasil menyeluruh kesimpulan dalam buku ini.

52

BAB
6

KESIMPULAN

6.1 PENGENALAN

Bab ini juga merupakan rumusan secara menyeluruh bagi kajian yang telah dijalankan.
Malah bab ini juga meliputi saranan untuk pengkaji yang akan datang dan agensi yang
terlibat dalam pengurusan Felda ini bagi menyelesaikan isu yang diketengahkan dalam
kajian ini. Proses globalisasi dunia yang melibatkan negara berekonomi terbuka telah
memberikan kesan kepada kejatuhan harga pasaran kelapa sawit kerana wujudnya
persaingan dengan pengeluaran minyak sawit dari negara lain. Thomas Mielke daripada
ISTA Mielke GmbH berkata, pesaing utama seperti Indonesia juga akan mengalami
kelembapan pertumbuhan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tan pada 2020 kepada 43.6 juta
tahun ini (Bernama 1 November 2019).

6.2 RINGKASAN PENEMUAN

Kajian yang telah dijalankan dalam bab ini menunjukkan bahawa tanaman komoditi dalam
penanaman buah kelapa sawit ini dianggap sebagai penyumbang ekonomi negara sejak 50
tahun yang lalu. Perkembangan tanaman komoditi ini seiring dengan penanaman tanaman
getah yang juga mengalami isu yang sama iaitu harga pasaran yang tidak menentu. Oleh itu,
dengan berlakunya isu ini menyebabkan pendapatan peneroka berada dalam keadaan yang
tidak stabil sehingga mengehadkan perbelanjaan, kuasa beli dan wang simpanan peneroka.
Impak yang berlaku ini telah menyukarkan penduduk tempatan untuk meningkatkan taraf
hidup mereka ke arah yang lebih selesa.

Dalam penyelidikan ini dapat dilihat bahawa isu kejatuhan harga buah kelapa sawit
terhadap peneroka Felda Palong 6 ini telah menimbulkan masalah yang berpunca daripada
sumber pendapatan yang semakin berkurangan. Oleh kerana itu, peneroka terpaksa
menyesuaikan diri dalam keadaan ini bagi mengatasi masalah lain yang timbul akibat
pendapatan bersih yang berkurangan. Namun demikian, tindakan atau langkah daripada
pihak kerajaan atau bukan kerajaan juga diharapkan oleh mereka agar keadaan ekonomi
peneroka Felda Palong 6 ini kembali kepada sedia kala.

Secara keseluruhan mengenai kajian ini, pengkaji mendapati bahawa terdapat impak
kejatuhan harga buah kelapa sawit ini sememangngya mempengaruhi pendapatan peneroka
Felda Palong 6. Berdasarkan hasil analisis diperoleh di bab sebelum ini, ianya dapat dilihat
di Bahagian C, majoriti penduduk mengatakan bahawa mereka bersetuju bahawa isu ini telah
memberi impak terhadap kuasa beli, perbelanjaan dan wang simpanan penduduk. Walaupun
kos sara hidup di kawasan luar bandar ini masih berada di tahap yang rendah, akan tetapi
peneroka Felda juga sedikit terkesan untuk melakukan perbelanjaan harian mereka. Namun
demikian, disebalik isu kejatuhan harga buah kelapa sawit ini berlaku ianya telah
menyedarkan peneroka untuk lebih berjimat cermat ketika berbelanja dan mengelakkan
pembaziran berlaku. Bukan itu sahaja, isu ini juga memberi kesedaran kepada peneroka
untuk melakukan simpanan sekiranya mempunyai pendapatan lebih untuk digunakan apabila
waktu terdesak seperti isu yang terjadi pada masa kini.

53

Walaupun status harga buah kelapa sawit ini sering menurun dan meningkat akibat
bergantung kepada nilai pasaran serta permintaan dari pihak luar, namun tindakan haruslah
diambil daripada pihak Felda untuk memastikan perkara sebegini dapat dikurangkan dan
tidak berlaku lagi. Tindakan yang perlu diambil ialah mengukuhkan pasaran sedia ada,
melaksanakan kempen berkaitan dengan kelapa sawit dan memberikan latihan serta
kemahiran teknikal kepada peneroka dan golongan muda. Akan tetapi, tindakan sebelah
pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Oleh kerana itu, peneroka dan penduduk
tempatan juga perlu memainkan peranan penting untuk membantu pihak Felda dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi demi kesejahteraan ekonomi penduduk tempatan.

Selain itu, majoriti penduduk di kawasan ini sudah membina rumahnya yang
diperbuat daripada batu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa dan selamat. Akan
tetapi, berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji dapat dilihat bahawa terdapatnya
kediaman peneroka sangat daif kerana rumahnya yang masih kekal sama seperti yang
diberikan oleh pihak Felda 50 tahun lepas. Hal ini menunjukkan bahawa penduduk di
kawasan ini telah beradaptasi dengan kehidupan sebegini dan meneruskan kehidupan dalam
norma yang biasa.

Umur peneroka yang kian lanjut ini seharusnya mereka perlu berada di rumah berehat
bersama keluarga dan tidak melakukan kerja – kerja yang berat. Namun demikian,
berdasarkan pengamatan yang dibuat oleh pengkaji masih terdapat peneroka yang berumur
60an dan 70an berniaga dari rumah ke rumah untuk menjual makanan yang dijual. Malah
bukan itu sahaja, terdapat juga seorang peneroka yang menjual cendol dengan menunggang
motornya sendiri dari Felda Palong 1 sehingga ke kawasan Felda Palong 6. Keadaannya
peneroka yang uzur ini tidak wajar melakukan kerja berat sebegini namun ianya telah
dianggap kebiasaan untuknya dan penduduk disini bagi mencari pendapatan sampingan.

Berdasarkan pengalaman peribadi pengkaji sendiri, setiap pertengahan bulan
perbelanjaan untuk membeli barangan keperluan harian terpaksa dihadkan kerana masalah
kewangan yang dihadapi. Perkara ini dipengaruhi oleh kelewatan mendapat jumlah kutipan
hasil kelapa sawit dari tarikh yang sebenar. Terdapat juga peneroka yang menerima hasil
pendapatan kelapa sawit melebihi dua minggu daripada tarikh yang ditetapkan. Oleh itu,
pengkaji bertindak untuk mengurangkan perbelanjaan dilakukan pada setiap pertengahan
bulan.

Seterusnya, dari segi sistem pemantauan ladang pula yang dilakukan oleh pemantau
ladang yang dilantik ini juga menghadapi seperti yang diadukan oleh salah seorang
penduduk semasa kajian lapangan dibuat. Sikap pemantau yang kurang memberikan
komitmen ini telah mempengaruhi kekurangan hasil pendapatan peneroka yang diperolehi
pada setiap bulan. Semasa sesi temubual dijalankan, terdapat penduduk daripada Blok 12
yang mengadukan bahawa pemantau di blok ini kurang melakukan pemantauan di ladang
kerana mereka mendapati bahawa terdapat buah kelapa sawit yang tidak berkutip oleh
pekerja asing ini. Pemantau memainkan peranan penting untuk memastikan semua pekerja
asing yang diupah ini melakukan pekerjaan mereka seperti yang disuruh. Namun demikian,
apabila kurangnya pemantauan dilakukan maka, pekerja asing juga melakukan kerja secara
sambil lewa. Buah kelapa sawit yang tidak dikutip menjadi busuk dan merugikan peneroka
kerana setiap buah mempunyai nilai yang tinggi yang mempengaruhi pendapatan bulanan
peneroka.

54

6.3 IMPLIKASI KAJIAN
Secara umumnya, kejatuhan harga buah kelapa sawit ini adalah disebabkan oleh permintaan
terhadap tanaman komoditi ini semakin berkurangan dan nilai mata wang di pasaran yang
semakin merosot. Berdasarkan hasil analisis daripada kajian lapangan ke atas 78 orang
penduduk yang terdiri daripada peneroka Felda ini, pengkaji mendapati bahawa isu ini boleh
mendorong kepada impak yang negatif terutama dalam aspek sosial dan ekonomi.

Pemantauan ladang kelapa sawit daripada pihak Felda adalah penting bagi
memastikan produktiviti pengeluaran buah kelapa sawit dapat ditingkatkan seiring dengan
negara pengeluar yang lain. Oleh kerana itu, ianya telah mendorong kepada peningkatan
permintaan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat
di Felda Palong 6.
6.4 PENUTUP
Nilai harga buah kelapa sawit sememangnya memainkan peranan penting dalam menentukan
pendapatan yang diperolehi oleh peneroka pada setiap bulan. Oleh itu, untuk memastikan
ekonomi penduduk setempat berada dalam keadaan stabil, tindakan haruslah diambil oleh
pihak yang bertanggungjawab dalam mengatasi isu kejatuhan harga buah kelapa sawit.

55

RUJUKAN

Abdul Halim, Lilia Halim, T. Subahan Mohd Meerah & Kamisah Osman. Solving, P., &
Instrument, S. (2010). Pembangunan Instrumen Penyelesaian Masalah Sains. 35(1),
35–39.

Ang Kean Hua. 2016. Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan :
Satu Kajian Kes Abstrak Introduction to Metodology Framework in Research Study :
A Case Study Abstract Pengenalan. 1(1), 17–23

Anuar Abdul Manap. 2018. FELDA 2.0 transformasikan tanah rancangan.
https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/02/384654/felda-20-
transformasikan-tanah-rancangan. [7 Februari 2020].

Anon. 2019. MIER unjur peningkatan semua sektor ekonomi.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/04/553740/mier-unjur-
peningkatan-semua-sektor-ekonomi. [17 Jun 2020].

Anon. 2015. Vitamin E tokotrienol dalam minyak sawit.
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/05/54096/vitamin-e-tokotrienol-
dalam- minyaksawit. [5 Mac 2020].

Anon. 2015. Khasiat Sawit boleh rawat osteoporosis.

https://www.majalahsains.com/khasiat-sawit-boleh-ubati-osteoporosis/. Majalah

Sains. [ 12 Mac 2020].

Azizan, A. A. 2012. Senario Masa Hadapan Pasaran dan Pemasaran Industri Minyak Sawit

Malaysia ke arah Perancangan Strategik dalam Peningkatan Daya Saing. Global

Future Scenario and Marketing of Malaysia Palm Oil for Planning Strategies in
Enhancing Competitiveness in Internat. 1, 6–19.

Bambang Dradjat. 2012. Upaya mengatasi black campaign kelapa sawit dan langkah
strategis ke depan. Overcoming Black Campaign on Palm Oil and Developing Future
Strategy, Sustainable Palm Oil, 276–292.

Bernama. 2019. Pengeluaran minyak sawit dijangka merosot pada 2020 Artikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/55178/BERITA/Nasional/Pengeluaran-
minyak-sawit-dijangka-merosot-pada-2020. [5 Jun 2020].

Brooks, J. R., & Brooks, J. R. 2018. The Definitions of Income The Definitions of Income.
253.

Bukhori, M. 2014. Sektor pertanian terhadap pembangunan di indonesia. Universitas
Pembangunan Nasional “Veteran” Jawa Timur Surabaya.

Cornelius Tjahjapriadi. (2011). Peneliti pada Pusat Kebijakan Ekonomi Makro, Badan
Kebijakan Fiskal, Kementerian Keuangan RI.. Analisis Dampak Perubahan Harga
Minyak Internasional Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Indonesia ( Suatu

56

Model Computable General Equilibrium), ii, 1–14.

Deby, W., Sihombing, P., Irawan, A., & Purwoko, A. (n.d.). Kepuasan petani plasma kelapa
sawit terhadap implementasi kemitraan inti plasma. Plasma Farmers ’ Satisfaction
on Implementation of Nucleus-Plasma Partnership. 18(2), 371–386.

Faiz Zainudin. 2018. Lebihan Barang Punca harga minyak sawit jatuh.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/06/menteri-lebihan-
bekalan-punca-harga-minyak-sawit-jatuh/ . [23 Februari 2020].

Gledhill, Davod. 2008. The Name of Plants (fourth edition). University of Cambridge. 279.

Hussain, M. Y., & Lyndon, N. 2018. Sumbangan Integrasi Sawit Dalam Meningkatkan
Pendapatan Keluarga Pekebun Kecil Sawit di Sabah. 6, 15–22.

Ilham Satriadi. 2014. Strategi indonesia dalam meningkatkan eksport. 1(2). Sosioekonomi,
K., & Mela, D. I. N. Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik, Universitas Riau

Irny, S.I. and Rose, A.A. 2005. “Designing a Strategic Information Systems Planning
Methodology for Malaysian Institutes of Higher Learning (isp- ipta), Issues in
Information System, Volume VI, No. 1, 2005.

Isabelle Leong. 2019. Sekatan EU : Malaysia tingkat eksport minyak sawit kepasaran sedia
ada. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sekatan-eu-malaysia-tingkat-
eksport-minyak-sawit-ke-pasaran-sedia-ada-202110. Astro Awani. [2 Mac 2020].

Jannah, W., Ekonomi, F., Pasir, U., & Ekonomi, M. F. 2016. Pengaruh penurunan harga
karet mentah terhadap daya beli masyarakat di pasar desa pasir jaya 1. 5(2), 125–
132.

Julia Kagan. 2020. What Is Income?. https://www.investopedia.com/terms/i/income.asp [7
Mac 2020]

Julizah Sabstu. 2014. Kenaikan kos sara hidup kesan kepada rakyat. Dimensi Koop.

Kamarul Azmi. 2018. Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif.
December.

Kamil Azmi Tohiran. 2012. Bebiri baka Barbados Blackbelly sesuai diternak. Berita Sawit.

Berita Harian. http://www. mpob.gov.my/images/stories/pdf/

Berita_Sawit/2012/2012_BS_Mac.pdf. [30 Mac 2020].

Kiswanto. 2008. Teknologi Budidaya Kelapa Sawit. Jakarta: Badan Penelitian dan
Pengembangan Pertanian.

Kuheba, J. A., Dumais, J. N. K., & Pangemanan, P. A. (2016). Perbandingan Pendapatan
Usahatani Campuran Berdasarkan Pengelompokan Jenis Tanaman. Agri-
Sosioekonomi, 12(2A), 77.

57

Lien Damayanti. 2013. Dan Kesempatan Kerja Pada Usaha Tani Padi Sawah. 9(2), 249–
259.

Lyndon, N., Hussain, M. Y., & Pembangunan, S. 2018. Integrasi Sawit dalam Kalangan
Pekebun Kecil Sawit di Johor dan Sabah. 6, 61–70.

Lyndon, N., & Razak, N. 2015. Keperkasaan pekebun kecil kelapa sawit Bidayuh : Kajian
kes di Daerah Serian , Sarawak The empowerment of the Bidayuh oil palm
smallholders : A case study of the Serian District , Sarawak. 6(6), 36–46.

Majid, U. 2018. Research Fundamentals : Study Design , Population , and Sample Size
Research Fundamentals : Study Design , Population , and Sample Size. June.
https://doi.org/10.26685/urncst.16

Mohammad Ikmal Kadir. 2015. Pendapatan, Perbelanjaan dan Kebajikan Isi Rumah.
Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia.

Muhammad, S., & Kabir, S. 2018. Methods of data collection. June

Ngadi, & Noveria.M. (2017). Keberlanjutan Perkebunan Kelapa Sawit di Indonesia dan
Prospek Pengembangan Perbatasan. Jurnal Masyarakat Indonesia, 43(1), 95–111.
http://jmi.ipsk.lipi.go.id/index.php/jmiipsk/article/view/716/522

Ngadi, N. 2018. Prospek pengembangan di kawasan perbatasan ( sustainability of kawasan
perbatasan ( sustainability of palm oil plantation and it ’ s development prospect in
border areas ). March. https://doi.org/10.14203/jmi.v43i1.716

Noor Asmawati Abd Samad & Norfadilah Hashim. 2019. 2018 tahun mencabar, 2019 tahun
harapan industri sawit. Berita Harian. [19 Februari 2020]

Norhayati Abdul Rahman. 2015. Pertanian lestari (natural farming): transformasi untuk
koperasi. Dimensi Koop. 20 April :45

Pertanian, M., & Indonesia, R. (2016). Peraturan Menteri Pertanian Republik Indonesia
Nomor : 18/Permentan/KB.330/5/2016 Tentang Pedoman Peremajaan Perkebunan
Kelapa Sawit. 2–38.

Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan. 2020. Pihak Berkuasa Tempatan.
http://www.ns.gov.my/kerajaan/pihak . [29 Februari 2020].

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. 2013.

http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=penduduk. [25 Mac 2020].

Rikwentishe, R., Pulka, B. M., & Msheliza, S. K. (2015). The Effects of Saving and Saving
Habits on Entrepreneurship Development. European Journal of Business and
Management, 7(23), 111–119.

Sabitha Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial.

58

Saipul Bahri. 2013. Peranan sektor kelapa sawit ke atas agihan pendapatan isi rumah dan
perekonomian wilayah Riau, Indonesia. Fakulti Ekonomi Dan Pentadbiran Universiti
Malaya Kuala Lumpur

Siti Rochaeni & Erna M. Lokollo. 2005. Faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan
ekonomi rumah tangga ekonomi di Keluharan, Setugede Kota Bogor. Jurnal Agro
Ekonomi. V23N2 133–159.

Van den Broeck J, Sandøy IF, Brestoff JR. 2013. The Recruitment, Sampling, and
Enrollment Plan. In Epidemiology: Principles and Practical Guidelines 2013 (pp. 171-
196).

Wahid bin Omar. 2009. Strategi Kerajaan dalam Mengukuhkan dan Menstabilkan Harga
Sawit. Warta Sawit.

Wiersma, W. 2000. Research Methods in Education: An Introduction. Ed. Ke-7. Boston:
Allyn & Bacon.

Zaimah, R., Novel Lyndon, Sarmila, M. S. & Mohd Yusof Hussain. 2020. Keberkesanan
integrasi sawit meningkatkan pendapatan pekebun kecil sawit : kajian kes. 2(2), 152–
163.

59

INDEKS

A komoditi. ........................11, 26, 31, 33, 36, 75, 78
kualiti hidup ...............9, 11, 15, 34, 35, 49, 53, 62
antarabangsa. .....................................................66 kuantiti ............................................ 29, 61, 70, 74
alam sekitar ................................................. 29, 63
analisis.......... 23, 24, 39, 41, 48, 51, 52, 53, 55, 56, M
57, 58, 62, 63, 64, 65, 68, 69, 72, 76, 78 mean.. 23, 24, 48, 50, 51, 52, 53, 55, 56, 57, 63, 64
menganggur....................................................... 70
B mengeksport. .....................................................10
modal..................................................... 37, 55, 68
bilangan ........14, 18, 20, 24, 28, 39, 41, 42, 43, 44,
54, 59, 70, 71 N
biogas.................................................................26 negatif ............................................................... 72
bioplastik ...........................................................26
P
D pasar pagi. ......................................................... 55
pasar tani. .......................................................... 55
data primer.................................. 16, 18, 23, 24,25 pasaran ..9, 11, 28, 30, 31, 32, 33, 35, 36, 47, 51,
data sekunder .............................. 16, 18, 23, 24, 25 65, 69, 71, 75, 76, 78, 80
demografi. ................................... 9, 23, 24, 39, 72 peluang pekerjaan................ 12, 16, 34, 49, 53, 54
deskriptif...................................................... 23, 24 pendapatan ....9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 16,
20, 21, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36,
E 37, 38, 39, 41, 43, 44, 45, 46, 47, 48, 49, 50, 51,
efisien ............................................................... 26 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 62, 63, 64, 66, 72, 73,
ekonomi... 9, 11, 12, 13, 14, 16, 21, 27, 28, 30, 32, 75, 76, 77, 82
33, 35, 37, 39, 41, 43, 44, 46, 48, 65, 70, 72, 75, pengurusan .........23, 41, 45, 47, 57, 69, 70, 72, 75
76, 78, 79, 82 peniaga. ............................................16, 52, 54, 55
eksport. ..................................11, 27, 30, 32, 33, 80 peningkatan pendapatan .....................................16
populasi .........................................8, 17, 21, 22, 28
G positif. ............................................ 15, 26, 27, 36,
golongan ...... 12, 15, 17, 21, 27, 32, 33, 34, 39, 41, 70, 72
68, 70, 72, 76 prestasi. .......................................... 30
produktiviti..................................... 26, 27, 65, 71,
I 74
impak............... 9, 12, 13, 15, 16, 20, 21, 26, 30, proses. ........................................... 16, 17, 22, 24,
32, 33, 35, 47, 48, 55, 57, 65, 70, 72, 73, 76, 78 74
implikasi. ..................................................9, 14, 39
inflasi ................................................................. 35 S
integrasi. .................................................27, 32, 82 sisihan piawai. .............. 23, 24, 50, 51, 52, 53, 54
sistematik .......................................................... 17
J skala likert. ............... 16, 20, 39, 55, 56, 57, 59, 68
jangka hayat....................................................... 40 sosial. ........................................... 9, 17, 33, 70, 78
Statistical Package For Social Science
K (SPSS) ......................................................... 22, 25
kadar .................................................28, 31, 35, 59 statistik ........................................................ 23, 24
kedai runcit. ............................................12, 29, 59
keluasan.......................................................10, 17
kemudahan asas...................................................6
komitmen....... 13, 27, 36, 44, 46, 52, 59, 62, 63, 77

60

T
taraf hidup ....................... 9, 11, 21, 41, 48, 73, 75
teknikal. ........................................................68, 76
tingkat produksi..................................................26
Z
zat. ..................................................................... 36

61

IMPLIKASI KEJATUHAN HARGA BUAH KELAPA SAWIT DAN
PENGARUHNYA TERHADAP PENDAPATAN PENDUDUK

SETEMPAT DI FELDA PALONG 6, GEMAS NEGERI SEMBILAN

Buku Implikasi Kejatuhan Harga Buah Kelapa Sawit dan Pengaruhnya terhadap Pendapatan
Penduduk Tempatan ini merupakan sebuah era dimana berlakunya kemerosoton ekonomi penduduk
yang melibatkan kualiti hidup dan taraf hidup penduduk setempat. Punca tercetusnya fenomena di
kawasan kajian ini disebabkan oleh permintaan yang semakin berkurangan dan nilai kelapa sawit di
pasaran yang tidak menentu. Implikasi kejatuhan harga buah kelapa sawit ini telah mendorong kepada
perubahan pendapatan penduduk pada setiap bulan. Buku ini bertujuan untuk menilai implikasi
kejatuhan harga buah kelapa sawt terhadap pendapatan penduduk setempat di Felda Palong 6, Gemas,
Negeri Sembilan. Kajian di dalam buku ini adalah untuk menilai empat indikator utama seperti lokasi
kajian, jenis pekerjaan, pendapatan dan kemudahahan yang disediakan. Buku ini boleh digunakan
sebagai rujukan utama dalam pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Setinggi-tinggi
penghargaan ditujukan kepada peneroka di Felda Palong 6, Gemas kerana telah memberikan
kerjasama yang baik dalam memberikan maklumat untuk digunapakai bagi menjayakan kajian ini.
Penghargaan kepada Geran Penyelidikan TAP Ko12925 dan FRGS/1/2019/SS07/UM/02/2 kerana
membiayai sepenuhnya penyelidikan dan penerbitan ini dan banyak memberi pertolongan dalam
memantapkan penyelidikan dalam pelbagai aspek.

Shahira Azura binti Elias, Rosniza Aznie Che Rose
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran, Fakulti Sains Sosial &
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

62


Click to View FlipBook Version