i
CABARAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL
PULAU PANGKOR TERHADAP
KEPERLUAN PELANCONG TEMPATAN
Nurfarahanis Azli
Rosniza Aznie Che Rose
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
ii
CABARAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL PULAU
PANGKOR TERHADAP KEPERLUAN
PELANCONG TEMPATAN
Oleh:
NURFARAHANIS AZLI
ROSNIZA AZNIE CHE ROSE
iii
Cetakan Pertama / First Printing 2020
Hakcipta / Copyright Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan
Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020
Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta
rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran daripada Program Geografi, Pusat Kajian
Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form,
electronics or mechanical including photocopy, recording or any information storage and retrieval
system, without permission in writing from Geography Programme, Center for Research in
Development, Social and (SEEDS), Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan
Malaysia
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains
Sosial & Kemanusiaan, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 UKM Bangi,
Selangor D. E. Malaysia
Dicetak di Malaysia oleh / printed in Malaysia by
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains
Sosial & Kemanusiaan, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D. E. Malaysia
http://www.ukm.my/ppspp/
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
CABARAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL PULAU PANGKOR TERHADAP KEPERLUAN PELANCONG
TEMPATAN/ NURFARAHANIS AZLI, ROSNIZA AZNIE CHE ROSE
eISBN 978-983-2795-44-5
1. Cabaran Daya Tampung
2. Pelancong Tempatan
3. Aktiviti Pelancongan
I. NurFarahanis Azli
II. Rosniza Aznie Che Rose
iv
KANDUNGAN
KANDUNGAN Halaman
SENARAI JADUAL iv
SENARAI SINGKATAN vii
Prakata
viii
ix
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 3
1.2 Permasalahan Kajian 6
1.3 Persoalan Kajian 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Skop Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Kesimpulan
BAB II LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
2.1
2.2 Pengenalan 14
2.3 Kawasan Kajian 14
2.4 2.2.1 Pulau Pangkor 14
2.5
Reka Bentuk Kajian 16
2.6
2.7 Kerangka Penyelidikan 16
2.8 Kaedah Pengumpulan Data Primer 18
2.9 2.5.1 Struktur Borang Soal Selidik 18
2.10 2.5.2 Temubual 19
2.5.3 Pemerhatian 19
Kaedah Pengumpulan Data Sekunder 19
Kaedah Menganalisis Data 20
2.7.1 Cara Menguji Koefisenan Anova Sehala 21
2.7.2 Cara Menguji Koefisenan Korelasi (Spearman) 21
Pengkelasan Data 22
Batasan Semasa Menjalankan Kajian 22
Kesimpulan 23
BAB III MODEL KAJIAN KEUPAYAAN DAYA TAMPUNG
FIZIKAL PELANCONGAN PULAU
3.1
3.2 Pengenalan 24
Definisi dan Konsep 24
3.2.1 Pelancong 24
v
3.2.2 Pelancongan 25
3.2.3 Daya Tampung Fizikal 26
3.2.4 Motivasi Pelancong 26
3.2.5 Kemudahan Destinasi 27
3.3 Kesan Keupayaan Daya Tampung Fizikal di Destinasi
3.4 Pelancongan Pulau 28
3.5 3.3.1 Lambakan Pelancong dalam Satu Masa 28
3.6 3.3.2 Kekurangan Kemudahan Tempat Penginapan 29
3.7
BAB IV 3.3.3 Kekurangan Kemudahan 29
4.1
4.2 3.3.4 Hospitaliti Pekerja di Pusat Pelancongan Pulau 30
4.3
3.3.5 Kekurangan Premis Perniagaan Makanan 31
4.4
Cabaran Daya Tampung Fizikal di Destinasi Pulau 31
3.4.1 Kesesakan Pelancong atau Pelancongan Domestik
Berbanding Antarabangsa 32
3.4.2 Keselesaan Pelancong 32
3.4.3 Keperluan Pelancong 33
3.4.4 Trend Kedatangan Pelancong di Pusat Pelancongan
Pulau 34
3.4.5 Sektor Pembangunan Pusat Pelancongan Pulau
Tidak Berkembang Baik 35
Cadangan Inisiatif Bagi Menjadikan Pulau Sebagai
Sebuah Destinasi Pelancongan Tempatan Yang Mesra
Pelancong 36
3.5.1 Langkah Perundangan 36
3.5.2 Langkah Bukan Perundangan 37
Kerangka Teoritikal 39
Kesimpulan 40
TAHAP KEUPAYAAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL
DI PULAU PANGKOR
Pengenalan 41
Latar Belakang Pelancong 41
4.2.1 Demografi Pelancong 41
4.2.2 Status Sosioekonomi Pelancong 43
Tahap Keupayaan Daya Tampung Fizikal di Pulau 45
Pangkor 46
4.3.1 Lambakan Pelancong dalam Suatu Masa 47
4.3.2 Tempat Penginapan 48
4.3.3 Kemudahan Awam 49
4.3.4 Hospitaliti 51
4.3.5 Premis Perniagaan Makanan
Kesimpulan 52
vi
BAB V CABARAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL DI PULAU
5.1 PANGKOR
5.2
Pengenalan 53
5.3
BAB VI Cabaran Daya Tampung Fizikal di Pulau Pangkor 53
5.2.1 Kesesakan Pelancong 54
6.1 5.2.2 Keselesaan Pelancong 57
6.2
5.2.3 Trend Kedatangan Pelancong 58
6.3
BAB VII Kesimpulan 60
7.1
7.2 CADANGAN INISIATIF BAGI MENJADIKAN
7.3 PULAU PANGKOR SEBAGAI SEBUAH
7.4 DESTINASI PELANCONGAN TEMPATAN YANG
7.5 MESRA PELANCONG
7.6
RUJUKAN Pengenalan 61
INDEKS
Cadangan Inisiatif Bagi Menjadikan Pulau Pangkor
Sebagai Sebuah Destinasi Pelancongan Tempatan Yang
Mesra Pelancong 61
6.2.1 Langkah Perundangan 61
6.2.2 Langkah Bukan Perundangan 62
Kesimpulan 64
RUMUSAN DAN PENUTUP
Pengenalan 65
Rumusan dan Perbincangan 65
Sumbangan Kajian Kepada Pembangunan Pelancongan
Pulau Pangkor 66
Langkah Mitigasi dan Cadangan Penambahbaikan 66
Pembangunan Pusat Pelancongan Pulau
Cadangan Kajian Masa Depan 68
Penutup 68
70
73
vii
No. Jadual SENARAI JADUAL Halaman
Jadual 2.1 19
Jumlah kedatangan pelancong ke Pulau Pangkor
Jadual 2.2 tahun 2019 21
Jadual 2.3 22
Jadual 2.4 Struktur borang soal selidik 25
Jadual 2.5 Pengumpulan data sekunder 25
Jadual 2.6 Nilai pekali Korelasi 25
Jadual 4.1 Jadual pengkelasan skala likert 54
Jadual 4.2 Nilai skor min 56
Jadual 4.3 Ciri demografi responden 60
Status sosioekonomi responden
Jadual 4.4 Lambakan pelancong dalam suatu masa di Pulau 61
Jadual 4.5 Pangkor 64
Jadual 4.6 Tempat penginapan 66
Jadual 4.7 Kemudahan awam 68
Jadual 5.1 Hospitaliti 73
Premis perniagaan makanan
Jadual 5.2 Pendapatan dan pekerjaan dengan kemampuan 74
Jadual 5.3 membiayai kos penginapan 75
Udara segar sekitar Teluk Nipah
Jadual 5.4 Kekerapan datang ke Pulau Pangkor dengan 77
tempahan bilik penginapan awal
Jadual 5.5 Pembolehubah keinginan pelancong datang semula 78
Jadual 5.6 dengan situasi keselesaan pelancong 79
Struktur umur terhadap trend kedatangan pelancong
Jadual 6.1 Kumpulan bangsa terhadap trend kedatangan 83
pelancong
Langkah perundangan
DBEDT viii
EIA
SENARAI SINGKATAN
KDNK Jabatan Pembangunan Ekonomi dan Pelancongan Perniagaan
LADA Penilaian Impak Alam Sekitar atau Environmental Impact
LIMA Assessment
Keluaran Dalam Negara Kasar
MPA Lembaga Pembangunan Langkawi
MPM Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi atau
MPP Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition
PBTPP Marine Protected Area
PKP Majlis Perbandaran Manjung
PPMP Majlis Perbandaran Pangkor
PULARA Pihak Berkuasa Tempatan Pulau Pangkor
Perintah Kawalan Pergerakan
RMK-5 Pejabat Penghulu Mukim Pangkor
RTDM Festival Puisi Dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor dan
SPSS Festival Makanan Pangkor
TDC Rancangan Malaysia ke-5
Rancangan Tempatan Daerah Manjung
UNWTO Statistical Package For Social Sciences
WTO Syarikat Pembangunan Pelancongan atau Tourist
Development Corporation
United Nations World Tourism Organization
Pertubuhan Pelancongan Dunia atau World Tourism
Organization
ix
Prakata
Buku Cabaran Daya Tampung Fizikal Pulau Pangkor Terhadap Keperluan Pelancong
Tempatan ini merupakan sumber rujukan terhadap kajian daya tampung fizikal yang
terdiri daripada infrastruktur dan kemudahan untuk keperluan sebagai seorang
pelancong. Kajian tertumpu di lokasi Teluk Nipah yang menjadi kawasan tumpuan
pelancong berbanding kawasan lain. Selain itu, buku ini menceritakan antara cabaran
yang berisiko tinggi berlaku terutama dalam keupayaan daya tampung fizikal di
kawasan pelancongan pulau ini. Kajian dalam buku ini menggunakan kaedah
kuantitatif iaitu mengedarkan borang soal selidik kepada pelancong dan pekerja di
sekitar Teluk Nipah. Pengkaji turut menjalankan kaedah temu bual secara semi-
struktur iaitu mengemukakan soalan yang lebih mendalam untuk mendapatkan
maklumat dan data tambahan yang lebih terperinci serta tidak dapat diperolehi daripada
borang soal selidik. Buku ini boleh digunakan sebagai rujukan utama dalam
pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi di Malaysi sebagai sampel pilihan dan
cadangan yang dikemukakan oleh para pelancong sebagai domain penambahbaikan
pembangunan pelancongan ini pada masa akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan
ditujukan kepada para pelancong dan peniaga yang terlibat di Teluk Nipah dalam
membantu dan melancarkan proses pengendalian penyelidikan serta memberikan
kerjasama yang jitu. Penghargaan kepada Geran TAP-K012925, dan Geran Penyelidikan
FRGS/1/2019/SS07/UKM/02/2 kerana membiayai sebahagian daripada kajian ini.
Nurfarahanis Azli
Rosniza Aznie Che Rose
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
BAB I
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Pelancongan adalah sumber pendapatan yang berpotensi besar dalam pembangunan
sesebuah negara serta menjadi indikator sesuatu tingkat ekonomi sesebuah negara itu.
Pada tahun 2015 sahaja, sumbangan industri pelancongan Malaysia dianggarkan
meningkat sebanyak 117 peratus dan menyumbang pendapatan sebanyak RM115 bilion
serta menyediakan 2 juta peluang pekerjaan (Laporan Tahunan Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani 2016). Pada tahun 2017, Malaysia menduduki tangga ke-12
sebagai negara paling banyak dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia. Justeru itu,
menjelang tahun 2020, Malaysia menyasarkan untuk menarik 36 juta pelancong yang
bakal memberikan pulangan sebanyak RM 168 bilion kepada negara (Nurul Bahiyah
2017). Selain dari ketibaan pelancong di peringkat antarabangsa, ketibaan pelancong
domestik juga memainkan peranan penting dalam keseluruhan industri pelancongan.
Sehubungan ini, pelancongan domestik terus dipromosi untuk menarik lebih ramai
rakyat tempatan melancong di dalam negeri. Sokongan ini amat penting ekoran sektor
pelancongan yang mengalami pertumbuhan pesat, pelancongan domestik boleh
merangsang penggunaan swasta, mengurangkan aliran keluar tukaran asing serta
menanam rasa cintakan alam semula jadi di Malaysia. Pelancongan domestik yang
kukuh dan pesat ini mampu mengurangkan naik turun jumlah ketibaan pelancong akibat
kesan luaran seperti bencana alam, wabak penyakit dan ancaman keselamatan kepada
negara.
Oleh itu, pelbagai isu berkaitan industri pelancongan ini perlu diambil perhatian
bagi meningkatkan ekonomi melalui sektor pelancongan sekaligus negara akan
dipandang tinggi dan menjadi pilihan pelancong antarabangsa dan domestik. Hal ini
tidak terkecuali dengan isu tahap kepuasan hati pelancong terhadap destinasi
pelancongan Malaysia. Sesebuah pusat pelancongan itu hendaklah memiliki ciri-ciri dan
berjaya memenuhi permintaan pelancongnya di samping memiliki keunikan daya
tarikan yang tersendiri. Pusat pelancongan yang baik adalah apabila tahap kepuasan
pelancongnya tinggi atau baik. Tahap kepuasan pelancong adalah indikator penting
dalam meningkatkan ekonomi sektor pelancongan di sesebuah lokasi pelancongan dan
turut menyumbang secara tidak langsung kepada ekonomi negara. Kepuasan pelancong
mendorong mereka untuk datang melancong ke sesuatu destinasi itu lagi dan
menyebarkan perkara positif kepada kenalan mahupun orang ramai untuk bersama-
sama menikmati keindahan dan keselesaan yang dinikmati di pusat pelancongan
tersebut. Namun begitu, sesuatu kawasan pelancongan yang dipilih sebagai destinasi
pilihan para pelancong yang ramai telah menimbulkan isu negatif apabila daya tampung
fizikal sesuatu kawasan itu tidak dapat menampung jumlah pelancong yang ramai dalam
suatu tempoh tertentu.
2
Pelancongan massa (mass tourism) pula iaitu aktiviti berintensif dan beroperasi
pada tahap yang diterima umum telah menarik jumlah pelancong yang besar ke tumpuan
destinasi-destinasi tertentu. Jika tidak dikawal, pelancongan massa akan meningkatkan
tekanan dan mempercepatkan kadar kemusnahan alam persekitaran kerana pelancongan
massa hanya memberi tumpuan dalam mempromosikan dan membangunkan destinasi
pelancongan tanpa mengambil kira tentang penjagaan alam sekitar. Situasi ini juga
dapat dilihat di dalam isu daya tampung fizikal di sesuatu kawasan iaitu apabila
kedatangan pelancong tidak dikawal, pelancongan massa akan meningkatkan tekanan
terhadap keperluan dan perkhidmatan yang disediakan di kawasan tersebut. Pelancong
tidak boleh ditolak namun inisiatif pengurusan sesuatu pusat pelancongan itu hendaklah
diambil dengan kadar segera bagi menyelesaikan isu daya tampung fizikal ini.
Daya tampung fizikal merujuk kepada kebolehan, kemampuan, keupayaan,
keseimbangan atau kecukupan sesuatu sumber dalam menampung atau memenuhi
keperluan penduduk untuk kegunaan mereka pada jangka masa atau tempoh tertentu.
Ciri fizikal ini terdiri daripada tempat penginapan, kemudahan awam dan premis
perniagaan makanan. Malah terdapat pelbagai cabaran yang timbul akibat isu
kebolehtampungan fizikal di sesebuah pusat pelancongan termasuklah dari segi
kesesakan, keselesaan dan trend kedatangan pelancong yang akan mengganggu daya
tampung fizikal di pusat pelancongan pulau ini. Pulau antara salah satu lokasi yang
memiliki ciri daya tarikan semula jadi untuk menjadi sebuah pusat pelancongan. Hal ini
demikian kerana pulau juga merupakan lokasi majoriti pelancong melakukan aktiviti
percutian sama ada secara bersendiri menghilangkan stress, bersama keluarga atau
rakan-rakan dan ada juga yang membuat aktiviti pelajar di atas keunikan alam sekitar
dan udara yang lebih nyaman di pulau berbanding pusat pelancongan di daratan yang
berkemungkinan besar mengalami pencemaran alam sekitar yang lebih tinggi. Oleh itu,
pengkaji memilih Pulau Pangkor sebagai lokasi kajian kerana Pulau Pangkor merupakan
antara pulau yang memiliki daya tampung yang tepu (Rosniza Aznie 2011). Kajian ini
dilakukan bagi menilai dan menganalisis cabaran serta keupayaan daya tampung fizikal
di Pulau Pangkor yang menjadi pertanyaan dan bibit-bibit kata orang ramai terutama
seperti yang tular di media-media massa.
Pulau Pangkor menjadi salah satu zon pelancongan terpenting dan terpilih dalam
kalangan pelancong domestik dan antarabangsa di daerah Manjung. Hal ini adalah
kerana faktor daya tarikan yang utama dan unik yang terdapat di Pulau Pangkor seperti
pelbagai kawasan pesisir pantai, pulau peranginan, tempat bersejarah, kawasan hutan
lipur serta aktiviti kebudayaan yang terdapat di pulau tersebut. Jaraknya yang agak dekat
dengan bandar raya utama menyebabkan pulau itu sentiasa sesak dengan kunjungan
pelancong setiap hujung minggu, hari kelepasan am dan cuti persekolahan.
Ketepuan pelancong merujuk kepada jumlah pelancong yang ramai melebihi
nisbah ukuran kepadatan sesuatu kawasan menyebabkan ketidakupayaan menampung
pelancong yang datang. Pulau Pangkor menerima jumlah penduduk yang pesat dan
berskala besar terutama di cuti hujung minggu, cuti umum, mahupun cuti sekolah.
Kedatangan pelancong bukan sahaja kerana faktor ingin melakukan aktiviti
pelancongan dan ingin melakukan ‘hari keluarga’ malah Pulau Pangkor menjadi
tumpuan kumpulan badan-badan team-building untuk projek pembangunan.
3
Kedatangan mereka juga biasanya di dalam satu kumpulan yang besar dan memerlukan
tempat penginapan yang lebih banyak. Persaingan dan masalah ketidakcukupantempat
penginapan ini berlaku apabila pelancong tidak membuat tempahan bilik awalsebelum
datang ke Pulau Pangkor. Masalah kesesakan manusia akibat lambakan pelancong akan
mengakibatkan banyak masalah seperti kekurangan kemudahan tempat penginapan,
kekurangan kemudahan awam seperti tandas awam dan bilik persalinan, serta
kekurangan premis perniagaan makanan sama ada pada waktu siang atau malam.
Kesan ketidakupayaan fizikal sesuatu tempat menampung jumlah pelancong
yang datang dalam suatu masa tertentu akan menimbulkan banyak masalah terutamanya
kepada pelancong dan pengurusan Pulau Pangkor itu sendiri. Pulau Pangkor masih
berada di aras kekurangan dari segi kemudahan awam dan infrastrukturnya (Rancangan
Tempatan Daerah Manjung 2020). Pelbagai cabaran yang timbul dan pelbagai inisiatif
yang diambil, namun sistem Pulau Pangkor masih tidak dapat mengawalnya dengan
baik.
Justeru itu, cabaran yang dihadapi oleh Pulau Pangkor ini hendaklah diambil
sebagai lonjakan inisiatif bagi memperkasakan sistem dari segi kemudahan-kemudahan
awam dan infrastruktur untuk kegunaan dan memberi keselesaan kepada para pelancong
yang datang. Oleh itu, masalah-masalah ini perlu diselesaikan bagi menjadikan Pulau
Pangkor lebih berprestij dan dipandang tinggi oleh orang ramai untuk memilih Pulau
Pangkor sebagai lokasi pelancongan pulau pilihan utama mereka. Antara cadangan
inisiatif yang boleh dilakukan adalah seperti menyediakan kemudahan awam yang
mencukupi berdasarkan keperluan penduduk setempat sebagai destinasi pelancongan
yang unggul dan bertaraf antarabangsa selaras dengan strategi pembangunan
sosioekonomi Pangkor (Rancangan Tempatan Daerah Manjung 2020).
Maka, bagi mengenal pasti keupayaan daya tampung fizikal ini, pengkaji
memilih penduduk atau pekerja dan golongan pelancong yang datang di sekitar Teluk
Nipah, Pulau Pangkor sebagai responden kajian. Kumpulan ini dijangka dapat memberi
gambaran yang sebenar mengenai pengalaman, prestasi dan kepuasan terhadap fasiliti
dan kemudahan awam yang disediakan di Pulau Pangkor meskipun terdapat lambakan
pelancong bagi melihat lebih terperinci akan keupayaan daya tampung fizikal di Pulau
tersebut. Maka, hasil kajian bagi masalah, cabaran dan inisiatif yang dikemukakan
dalam kajian ini dapat ditambahbaik bagi pengurusan pembangunan Pulau Pangkor
untuk menjadi salah satu sektor pelancongan pulau yang menjadi pilihan utama para
pelancong domestik mahupun antarabangsa pada masa kini dan masa akan datang.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Lambakan pelancong yang semakin bertambah saban hari telah menimbulkan banyak
isu bukan sahaja terhadap alam semula jadi malah menimbulkan kepincangan
perkhidmatan yang diberikan di sesuatu kawasan tersebut. Kajian yang ingin dijalankan
pengkaji adalah di lokasi pelancongan pulau iaitu Pulau Pangkor. Pulau Pangkor
terkenal dengan kawasan pesisir pantai, pulau-pulau peranginan, tempat-tempat
bersejarah, kawasan hutan lipur dan aktiviti kebudayaan yang dapat menarik pelancong
domestik mahupun antarabangsa. Kedatangan para pelancong ke Pulau Pangkor pada
suatu-suatu masa menyebabkan pulau ini menjadi pulau tepu pelancongan kerana
4
kemudahan fizikal yang disediakan tidak dapat digunakan oleh semua pelancong secara
adil dan tidak menepati kesesuaian keperluan pelancong pada masa-masa tertentu. Hal
ini disebabkan oleh kebanjiran para pelancong yang datang ke Pulau Pangkor setiap
tahun yang semakin meningkat sehinggakan perkhidmatan di kawasan pelancongan ini
tidak dapat menampung dengan baik setiap individu yang datang.
Kesan lambakan pelancong telah menimbulkan banyak isu negatif terutamanya
berkaitan kesesakan manusia. Kesesakan yang disebabkan oleh kehadiran pelancong
yang ramai dalam satu-satu masa tertentu pada musim cuti persekolahan dan cuti umum
telah menyebabkan berlakunya masalah kekurangan kemudahan tempat penginapan
bagi pelancong yang datang melancong dan menginap di pulau tersebut. Kebanyakan
pelancong tidak dapat membuat tempahan bilik atau penginapan pada hari kemasukan
mereka di sesuatu tempat penginapan itu kerana kuato yang penuh. Pelancong juga
dikehendaki membuat tempahan sekurang-kurangnya seminggu awal bagi memastikan
mereka mendapat tempat penginapan sebelum tiba di Pulau Pangkor. Kebanyakan
pelancong yang datang menginap di Pulau Pangkor juga adalah golongan pelancong
yang telah membuat tempahan penginapan awal. Kedatangan pelancong yang tidak
terurus ini menimbulkan kesulitan dan merugikan masa pelancong tersebut.
Sehinggakan mereka terpaksa mencari tempat penginapan lain yang terletak jauh dari
destinasi pilihan asal.
Selain hotel, chalet dan homestay, Pulau Pangkor juga menyediakan
perkhidmatan penyewaan khemah dan tapak perkhemahan bagi pelancong yang ingin
menikmati kehidupan yang lebih dekat dengan alam semula jadi di bawah angin laut.
Namun begitu, khemah ini hanya boleh didirikan di kawasan tapak yang telah dikhaskan
sahaja dan agak terhad. Hanya segelintir kawasan sahaja diberi kebenaran untuk
mendirikan khemah atas tujuan menjaga privasi kawasan lain. Oleh itu, pelancong yang
datang pada hari itu dan berkeingininan untuk menikmati alam perkhemahan yang
kelihatan ekstrim, terpaksa menempah bilik, mahupun tempat penginapan lain yang
terletak jauh dari destinasi tujuan atau lebih teruk lagi mereka terpaksa pulang ke rumah
semula kerana tempat penginapan yang terhad dan tidak menepati citarasa. Hal ini
sekaligus telah menjatuhkan motivasi pelancong untuk datang melancong ke Pulau
Pangkor semula pada hari-hari yang mendatang.
Selain itu, Pulau Pangkor kekurangan kemudahan awam seperti tandas awam
dan bilik persalinan. Kemudahan awam ini tidak dapat menampung setiap keperluan
pelancong pada satu-satu masa apabila terlalu ramai pelancong yang datang. Pelancong
terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran masuk ke tandas awam atau bilik
persalinan. Hal ini bukan sahaja memakan masa pelancong, malah menunjukkan
ketidakefisienan sistem perkhidmatan penggunaan kemudahan awam di sesuatu tempat
itu dengan baik. Hal ini menjadi masalah yang serius apabila pengunjung atau
pelancong yang berada dalam keadaan darurat sehingga boleh mengakibatkan
berlakunya pertelingkahan sesama mereka. Tambahan pula, harga kemasukan ke tandas
awam yang tidak berbaloi dengan kualiti kebersihan tandas yang diberikan kerana
terlalu ramai pengguna tandas awam yang keluar masuk tanpa sempat dibersihkan
semula untuk kegunaan orang lain. Oleh itu, inisiatif dan tindakan berterusan wajarlah
diambil berat oleh pihak berkepentingan seperti Majlis Perbandaran Manjung (MPM),
5
Majlis Perbandaran Pangkor (MPP), Pejabat Penghulu Mukim Pangkor (PPMP) dan
sebagainya bagi membendung masalah ini.
Keselesaan pelancong turut tidak diambil perhatian kerana masalah
ketidakcukupan pekerja di pusat pelancongan ini. Kesannya, rutin harian membersihkan
tandas dan bilik-bilik penginapan tidak dapat diurus dengan baik seiring kualiti bayaran
yang dikenakan ke atas pelancong. Situasi ini sering dipandang remeh oleh segelintir
pengurus pusat penginapan di Pulau Pangkor ekoran ketidakprihatinan dan sikap
individu yang bekerja hanya untuk menyara kehidupan masing-masing tanpa
memberikan perkhidmatan yang sewajarnya dengan penuh amanah. Pekerja ini juga
tidak mesra dengan pelancong dan tidak berkeinginan tinggi untuk membantu
menunaikan setiap permintaan daripada para pelancong.
Kemudahan seperti bangku dan kerusi rehat di sepanjang pinggir pantai juga
tidak mencukupi dan berada dalam keadaan yang kurang sempurna seperti kaki bangku
patah dan bangku berlubang. Ia ditambah pula dengan masalah kebanjiran pelancong
yang ramai mengundang ketidakselesaan segelintir pelancong lain untuk berehat
menikmati keindahan alam semula jadi serta laut yang biru dengan tenang. Pulau
Pangkor juga tidak memberikan perkhidmatan telefon awam di kebanyakan lokasi.
Pengkaji melihat kepentingan telefon awam ini salah satu perkhidmatan penting di pusat
pelancongan kerana pengunjung akan memerlukan perkhidmatan telefon awam ini di
waktu kecemasan di mana ketika telefon bimbit mereka tidak dapat berfungsi atau
ketiadaan telefon bimbit bersama mereka pada ketika itu untuk menghubungi seseorang.
Seterusnya, Pulau Pangkor juga kekurangan premis perniagaan makanan
terutamanya pada waktu malam berbanding waktu siang berdekatan tempat-tempat
penginapan para pelancong terutama di lokasi tumpuan kajian iaitu Teluk Nipah.
Kekurangan premis perniagaan makanan ini menyebabkan para pelancong yang tinggal
di pusat penginapan itu terpaksa keluar ke tempat yang lebih jauh bagi mencari makanan
pilihan. Harga makanan juga agak mahal dan tidak berpatutan dengan kualiti dan
kuantitinya. Keperluan makanan bagi pengunjung atau pelancong yang ramai ini tidak
mencukupi dalam suatu-suatu masa. Malahan, tiada perkhidmatan penghantaran
makanan pada waktu siang dan malam ke tempat penginapan sebagai alternatif
perkhidmatan kemudahan kepada pelancong.
Jika perkhidmatan di Pulau Pangkor digunakan melebihi keupayaan daya
tampungnya, maka ia akan mengakibatkan ketidakcukupan untuk menampung
keperluan pelancong di kawasan tersebut. Secara keseluruhannya, ia merujuk kepada
kualiti perkhidmatan yang diberikan adalah rendah. Penerimaan jumlah pelancong yang
berlebihan pada suatu masa menyebabkan tempat tersebut mengalami kesesakan
manusia sekaligus menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka yang berhasrat untuk
berehat dan menenangkan fikiran di pulau yang indah ini. Situasi ini akan menjatuhkan
motivasi pelancong untuk datang semula ke Pulau Pangkor.
Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat memberi inspirasi dalam memastikan Pulau
Pangkor kekal sebagai destinasi yang bersifat pelancongan lestari. Maka, tadbir urus
dan sistem penyampaian untuk membangunkan penduduk pulau perlu diberi
6
perhatian segera. Bagi tujuan menggalakkan proses pembangunan yang lebih cekap di
Pulau Pangkor, adalah dicadangkan supaya suatu mekanisme tadbir urus dan dasar
pembangunan yang cekap dan mampan diwujudkan. Pihak berkepentingan seperti
Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Majlis Perbandaran Pangkor (MPP), Pejabat
Penghulu Mukim Pangkor (PPMP) dan sebagainya hendaklah segera mengambil
tindakan sewajarnya ke atas masalah ini bagi menjamin kualiti pelancongan yang
bersifat lestari di Pulau Pangkor.
1.3 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini menggariskan beberapa persoalan kajian seperti berikut:
1. Adakah kemudahan-kemudahan fizikal Pulau Pangkor dapat
menampung kepesatan jumlah pelancong yang datang dalam suatu
tempoh masa?
2. Apakah cabaran yang dihadapi kesan daya tampung fizikal di Pulau
Pangkor, Perak?
3. Bagaimanakah inisiatif yang boleh dilaksanakan bagi menjadikan Pulau
Pangkor sebagai sebuah destinasi pelancongan tempatan yang mesra
pelancong?
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Bagi menjawab persoalan kajian di atas, terdapat tiga objektif digariskan seperti berikut:
1. Mengenal pasti keupayaan daya tampung fizikal di Pulau Pangkor,
Perak.
2. Menganalisis cabaran daya tampung fizikal di Pulau Pangkor, Perak.
3. Mengemukakan cadangan inisiatif bagi menjadikan Pulau Pangkor
sebagai sebuah destinasi pelancongan tempatan yang mesra pelancong.
1.5 SKOP KAJIAN
Skop kajian ini adalah untuk mengkaji cabaran keupayaan daya tampung fizikal di Pulau
Pangkor dan mencari inisiatif bagi menghadapi cabaran dan masalah tersebut. Sampel
dalam kajian ini terdiri daripada pekerja atau penduduk dan golongan pelancong
tempatan dalam kumpulan umur 18 hingga 75 tahun. Rasional golongan ini dipilih
adalah kerana kumpulan umur yang sudah matang dan berfikiran terbuka mengenai isu
keselesaan dari segi kebolehtampungan fizikal ini. Menurut Jabatan Pembangunan
Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung (2019), jumlah populasi pelancong
yang datang ke Pulau Pangkor adalah seramai 77,171 orang pada bulan Februari 2019.
7
Jumlah ini diambil berdasarkan kiraan jumlah penumpang jeti Pangkor pada tahun
2019.
Jumlah sampel kajian adalah berdasarkan kepada formula Taro Yamanae
(1967). Penyelidik turut membuat temubual secara semi-struktur dan kaedah tinjauan
bersama-sama dengan pemimpin masyarakat dan pihak-pihak tertentu yang dikenalpasti
dapat menyampaikan maklumat yang diperlukan di Teluk Nipah. Melalui kaedah
temubual, data yang diperolehi dari pemerhatian dapat diperkukuh dan diperlengkapkan
lagi. Temubual akan direkod secara bertulis dan rakaman video sebagai alat sokongan
penyelidikan pengkaji semasa kajian dilakukan.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Teluk Nipah merupakan antara destinasi yang popular di Pulau Pangkor selain Pasir
Bogak dan lain-lain lokasi. Ia mempunyai pemandangan laut yang cantik serta
mempunyai tempat penginapan yang selesa. Ia terkenal dengan pantai yang landai, pasir
yang putih dan halus serta warna air laut yang kebiru-biruan. Aktiviti yang boleh
dijalankan di sini seperti sukan air dan aktiviti berkhemah. Keistimewaan dan keunikan
alam semula jadi yang tersergam indah di Pulau Pangkor ini menyebabkan lambakan
kunjungan para pelancong ditambah pula dengan penduduk tempatan itu sendiri.
Kajian ini dijalankan bagi melihat sendiri daya kebolehtampungan fizikal di
Pulau Pangkor dalam menerima kapasiti manusia yang ramai dalam satu-satu masa.
Kawasan yang tepu dengan jumlah manusia yang ramai akan mengundang pelbagai
masalah dari segi ekonomi dan sosial. Maka kajian ini dijalankan bagi mencari jalan
penyelesaian isu ini daripada terus menular.
Seterusnya kajian ini diharapkan dapat menarik kedatangan pelancong yang
berkualiti dan beretika dalam segala perkara termasuklah menggunakan kemudahan
yang disediakan dengan baik. Hal ini penting agar keselesaan semua pelancong
terjamin. Pelancong juga akan memperoleh kualiti masa pelancongan yang lebih
berkualiti bersama keluarga tercinta, rakan-rakan dan lain-lain.
Melalui kajian ini para pengurus pusat penginapan, peniaga dan lain-lain yang
berkaitan diharapkan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik beserta kualiti
kepada para pengunjung di samping menjaga keharmonian di Pulau Pangkor. Pihak
Berkuasa Tempatan Pulau Pangkor (PBTPP) bolehlah mengambil inisiatif dalam
memperkasakan undang-undang perniagaan dan memberi tindakan sewajarnya kepada
peniaga yang tidak mempunyai lesen peniagaan seperti peniaga kedai-kedai makanan
yang berniaga secara haram di Pulau Pangkor. Meskipun tindakan sudah dibuat namun
hasilnya masih di tahap tidak memuaskan. Oleh itu, melalui kajian yang dibuat
diharapkan dapat memberi idea dan kesedaran kepada semua pihak yang terlibat. Pihak
pengurusan Pulau Pangkor juga dapat meningkatkan keupayaan dan memberi nafas
baharu kepada organisasi perkhidmatan yang diberikan kepada pelancong.
Seterusnya, para pelancong dapat membuat perkiraan dan andaian yang tepat
untuk datang melancong ke Pulau Pangkor kerana kajian dijalankan adalah untuk
8
mencari jalan penyelesaian dan membuktikan bahawa andaian orang ramai betul atau
salah. Di samping itu, pihak Pulau Pangkor dapat mempertingkatkan mutu
perkhidmatan dan mencari jalan penyelesaian bagi menyediakan kualiti keselesaan
kepada semua pelancong yang datang. Hal ini penting kerana setiap perniagaan menjadi
aras penentuan sumber pendapatan penduduk dan ekonomi negara.
Selain itu, pihak pengurusan Pulau Pangkor turut dapat bersama-sama mencari
jalan penyelesaian dalam menampung kapasiti pelancong dan penduduk yang
berlebihan bagi menjamin kelestarian Pulau Pangkor untuk jangka masa panjang. Di
samping itu juga, matlamat Marine Protected Area (MPA) dalam menjamin kelestarian
penggunaan sumber berkenaan laut termasuklah aktiviti pembangunan di sekitar laut
Pulau Pangkor dapat dicapai dengan baik sekaligus dapat menangkis cabaran-cabaran
yang mendatang dengan lebih efektif dan efisien.
1.7 KESIMPULAN
Natijahnya, tahap keupayaan daya tampung fizikal adalah faktor yang penting dalam
menjadi indikator sesuatu kawasan untuk menerima jumlah pengunjung yang
maksimum dan memberi kualiti perjalanan yang baik kepada pengunjung. Kekurangan
dari segi fasiliti dan kemudahan yang disediakan di Pulau Pangkor secara tidak langsung
dapat menyebabkan pelancong menolak untuk datang melancong ke Pulau Pangkor lagi.
Kesannya, sumber pendapatan penduduk setempat di Pulau Pangkor akan terjejas dan
menjatuhkan ekonomi negara. Oleh itu, cabaran haruslah ditepis dan pelbagai inisiatif
hendaklah dibuat dan dilaksanakan dengan baik agar Pulau Pangkor menjadi destinasi
pilihan dengan kualiti yang maksimum sekaligus dapat terus bersaing bersama-sama
destinasi pelancongan gah yang lain seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan
sebagainya.
BAB II
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
2.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan berkenaan kawasan kajian dalam melengkapkan kajian ini.
Pulau Pangkor adalah lokasi kawasan kajian dan akan dikupas lebih terperinci dalam
bab ini. Bab ini turut membincangkan tentang prosedur kajian yang dijalankan bagi
mendapatkan data atau maklumat kajian. Beberapa langkah telah diambil bermula dari
merangka teori kajian berdasarkan kepada pengumpulan data sekunder, sehinggalah
perlaksanaan yang melibatkan pengumpulan data primer dan juga kaedah analisis data.
Kajian yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada kawasan kajian yang dipilih dan
juga berdasarkan kepada kerangka kajian yang dilaksanakan bagi menjawab objektif
kajian ini.
2.2 KAWASAN KAJIAN
Lokasi kajian merupakan komponen terpenting dalam sesebuah kajian. Kawasan kajian
adalah di Pulau Pangkor dan pengkaji memilih kawasan tumpuan kajian di Teluk Nipah.
Bahagian ini membincangkan mengenai ciri-ciri guna tanah dan topografi Pulau
Pangkor dan Teluk Nipah itu sendiri.
2.2.1 Pulau Pangkor
Kajian dijalankan adalah di Pulau Pangkor, Perak. Pulau Pangkor terletak di negeri
Perak di pesisiran laut Melaka iaitu pada garis lintang 4.2275° Utara dan garis bujur
100.5577° Timur dengan keluasan 2,580.75 hektar (26km²) dengan penduduknya
berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pada tahun 1990 terdapat seramai 6,260 orang
penduduk tetap, 2,992 orang penduduk yang datang bekerja di pulau itu dan 568,248
orang pelancong. Manakala pada tahun 2015, penduduk tetap meningkat kepada 8,330
orang manakala penduduk yang datang bekerja seramai 4,664 orang sementara
pelancong pula menjangkau angka 1.7 juta orang. Sungguhpun begitu, kini hanya
sepuluh peratus sahaja kawasan yang dihuni dan dibangunkan daripada keseluruhan
kawasan Pulau Pangkor termasuk kawasan Pangkor Laut iaitu sebanyak 236.7 hektar
pada tahun 1999 membawa kepada pembangunan masa hadapan dengan unjuran ke arah
650.88 hektar pada tahun 2015. Justeru, kawasan yang boleh dihuni hanyalah sekitar
2.2 km² hingga 6.5 km² sahaja sehingga lima tahun akan datang (Rosniza Aznie Che
Rose 2011).
Penggubalan Rancangan Tempatan Daerah Manjung (2020), Pangkor terletak di
dalam Blok Perancangan ke-8 dengan liputan kawasan rancangan tempatan sebanyak
2,200.00 hektar. Anggaran 1 per 3 daripada keseluruhan Pangkor terletak di dalam zon
15
pelancongan dengan peratusan sebanyak 12.49 peratus iaitu guna tanah bagi
pelancongan ini terdiri di antara 678.21 hektar tanah. Sebanyak 232.34 hektar guna
tanahnya merupakan kawasan kediaman manakala hanya 8.11 hektar tanah adalah tanah
lapang dan rekreasi serta tiada kawasan tanah kosong dilaporkan (Rancangan Tempatan
Daerah Manjung 2020).
Pulau Pangkor menjadi salah satu zon pelancongan terpenting dan terpilih dalam
kalangan pelancong domestik dan antarabangsa di daerah Manjung. Daya tarikan yang
utama dan unik kerana terdapat pelbagai kawasan pesisir pantai, pulau-pulau
peranginan, tempat-tempat bersejarah, kawasan hutan lipur serta aktiviti kebudayaan
yang terdapat di pulau tersebut. Di samping lokasinya yang boleh dicapai oleh orang
ramai terutama bagi mereka yang bekerjaya dan ingin melakukan aktiviti pelancongan
yang singkat, namun memberi pengalaman yang besar dan berharga kepada mereka.
Jaraknya yang agak dekat dengan bandar raya utama iaitu kira-kira empat jam dari
Kuala Lumpur, lebih tiga jam dari Pulau Pinang dan sejam lebih perjalanan dari Ipoh,
menyebabkan pulau itu sentiasa sesak dengan kunjungan pelancong setiap hujung
minggu, hari kelepasan am dan cuti persekolahan. Malahan, Pulau Pangkor tetap
menjadi lokasi pilihan pelancong pada hari bekerja atas faktor-faktor tertentu dan atas
pemilihan para pelancong itu sendiri yang beranggapan kurang berlakunya kesesakan
manusia di lokasi percutian pada hari dan waktu tersebut.
Statistik kemasukan pelancong ke Pulau Pangkor pada tahun 2019 dilihat
semakin meningkat saban tahun dan meningkat pada musim cuti sekolah atau akhir
tahun iaitu pada bulan Oktober jumlah pelancong ke Pulau Pangkor hanya seramai
74,414 orang dan meningkat kepada 105,174 orang pada bulan November dan seramai
303,615 orang pelancong pada bulan Disember (Majlis Perbandaran Manjung 2019).
Meskipun bilangan pelancong adalah sebagai satu kekuatan kepada sektor pelancongan
sesuatu kawasan, namun lebihan pelancong sehingga daya tampung fizikal sesuatu
kawasan tidak dapat menampung lagi keperluan dan keselesaan pelancong, ia dikira
sebagai satu cabaran besar buat Pulau Pangkor terutamanya dalam bersaing menjadi
sebuah destinasi pelancongan yang mesra pelancong setaraf dengan Pulau Langkawi
dan pulau peranginan terkenal lain di Malaysia khususnya. Maka, saiz kepadatan
kawasan diukur dengan menggunakan formula berikut :
ℎ …(2.1)
= …(2.2)
( 2)
1,420,51
=
22
= 6457 orang/km²
Aras kepadatan pelancong yang dapat diterima hanyalah seramai 6477
orang/km², manakala jumlah pelancong yang datang adalah melebihi kapasiti had daya
tampung Pulau Pangkor. Hal ini jelas menunjukkan bahawa jumlah pelancong yang
datang melancong di Pulau Pangkor adalah melebihi had daya tampungnya. Secara tidak
langsung, daya tampung fizikal Pulau Pangkor tidak mampu untuk menampung semua
jumlah pelancong yang datang dalam suatu-suatu masa. Rancangan Fizikal Daerah
Manjung yang meliputi kawasan kepulauan Pulau Pangkor sebagai Zon Pembangunan
perlu dipergiatkan untuk tujuan menaik taraf kedudukan Pulau Pangkor,
16
Manjung khususnya sebagai destinasi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa.
Keupayaan menarik lebih ramai pelancong juga hendaklah diselarikan dengan
keupayaan menampung jumlah pelancong khususnya dari segi keperluan dan
kemudahan fizikal yang disediakan sebagai pusat pelancongan agar kesejahteraan
pelancong terjamin.
Kajian ini dilakukan di kawasan tertumpu iaitu di Teluk Nipah, Pulau Pangkor.
Rasional kawasan kajian yang dipilih adalah disebabkan faktor perkembangan Teluk
Nipah yang pesat dikhuatiri akan menyebabkan destinasi tersebut tidak lagi berjaya
menampung tekanan fizikal yang dihadapi melalui kedatangan pelancong yang ramai
dalam tempoh suatu masa tertentu. Teluk Nipah mempunyai banyak pembangunan yang
tidak terancang akibat kepesatan dan permintaan pelancong yang bertumpu di pantai ini
disebabkan oleh faktor lokasi yang strategik kerana terletak kira-kira 5 km dari Jeti
Pulau Pangkor dan berhadapan dengan Pulau Giam iaitu lokasi snorkling para
pelancong.
Teluk Nipah dipilih sebagai lokasi utama kajian. Tumpuan kajian di lokasi ini
adalah kerana ia merupakan kawasan tumpuan pelancong dan penduduk yang
menjalankan aktiviti pelancongan seperti peniaga gerai makanan, pengendali tempat
penginapan dan pelbagai aktiviti lain yang dapat menarik tumpuan para pelancong yang
datang. Teluk Nipah turut dikenali sebagai kawasan tumpuan pelancong domestik
berikutan penawaran perkhidmatan pelancongannya yang bertaraf bajet dan murah. Hal
ini akan menyumbang kepada tekanan daya tampung fizikal atau kemudahan di pulau
ini dalam memenuhi keperluan pelancong. Lambakan pelancong telah menimbulkan
masalah ketidakcukupan dalam segala aspek perkhidmatan yang ditawarkan di Pulau
Pangkor seperti kekurangan tempat penginapan, kekurangan infrastruktur dan
kemudahan awam, kekurangan premis perniagaan makanan dan lain-lain lagi.
2.3 REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian ini membincangkan tentang prosedur kajian yang dijalankan bagi
mendapatkan data atau maklumat kajian. Beberapa langkah telah diambil bermula dari
merangka teori kajian berdasarkan kepada pengumpulan data sekunder, sehinggalah
perlaksanaan yang melibatkan pengumpulan data primer dan juga kaedah analisis data.
Metod kajian yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada kawasan kajian yang
dipilih dan juga berdasarkan kepada kerangka kajian yang dilaksanakan bagi menjawab
objektif kajian ini.
2.4 KERANGKA PENYELIDIKAN
Kajian ini dijalankan di sekitar kawasan Teluk Nipah, Pulau Pangkor, Perak. Pengkaji
menggunakan kaedah borang soal selidik kemudian diberikan kepada pelancong
tempatan dan pekerja di Pulau Pangkor tersebut di samping menjalankan kaedah semi-
struktur iaitu kaedah temubual secara informal. Lawatan kajian mengambil masa selama
3 hari pada hari bekerja iaitu pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat bersamaan pada akhir
bulan Februari tahun 2020.
17
Jadual 2.1 menunjukkan statistik kedatangan pelancong di Pulau Pangkor pada
tahun 2019 adalah lebih tinggi pada musim cuti persekolahan berbanding waktu bekerja
dan musim persekolahan iaitu pada bulan Ogos dan Disember. Statistik ini diambil dari
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung 2019.
Sejumlah 77,173 orang dikenalpasti telah mengunjungi Pulau Pangkor pada bulan
Februari 2019 seperti ditunjukkan dalam Jadual 2.1 (Majlis Perbandaran Manjung
2019).
Jadual 2.1 Jumlah kedatangan pelancong
Bulan 2019 Jumlah kedatangan pelancong (mengikut kiraan penumpang feri
Pangkor) Tahun 2019 (Orang)
Januari 42,128
Februari 77,173
53,920
Mac 41,046
April 37,757
Mei 61,027
Jun 40,335
Julai 99,124
Ogos 50,402
September 51,375
Oktober 52,397
November 89,790
Disember 696,474
JUMLAH
Sumber: Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung
(2019).
Misalnya, jumlah populasi adalah seramai 500 orang, dan tingkat kesalahan
yang dikehendaki adalah 1%, maka jumlah sampel yang diperolehi berdasarkan kepada
formula Taro Yamanae (1967) adalah:
n = saizsampelyang diperlukan …(2.3)
N= jumlahpopulasiadalah500
e = paras kesignifikan adalah 0.1 …(2.4)
…(2.5)
…(2.6)
= …(2.7)
1 + ( )2
500
=
1 + 500(0.1)2
500
=
6
= 83
Maka, jumlah sampel adalah seramai 83 orang yang terdiri daripada jumlah
pelancong dan pekerja di Pulau Pangkor. Namun begitu, ekoran wabak Koronavirus
atau lebih ringkas digelar sebagai Covid-19 yang melanda negara bermula bulan
Disember 2019 sehingga kini, statistik kedatangan pelancong ke Pulau Pangkor didapati
merosot terutamanya pelancong dari negara luar seperti negara China, Iran, Itali dan
Korea Selatan malah turut menjejaskan kedatangan pelancong domestik.
18
Pihak kerajaan telah melaksanakan saringan di pintu masuk antarabangsa bagi
menjalankan sekatan perjalanan dari negara terlibat di samping menyediakan laluan
khas untuk pelawat dari negara-negara tersebut. Hal ini kerana menurut Perutusan
Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin (2020), kerajaan menyedari bahawa
sekatan perjalanan adalah langkah efektif yang perlu diambil bagi mengekang penularan
Covid-19. Menurutnya lagi, sektor yang paling terjejas teruk ialah sektor pelancongan.
Keadaan bertambah buruk sehinggakan pelancong tempatan juga tidak berani
untuk keluar menjalankan aktiviti pelancongan di luar kawasan. Oleh itu, pengkaji
menghadapi kekangan dalam mengambil jumlah sampel kajian mengikut tahun lalu
disebabkan oleh kemerosotan kedatangan pelancong ke Pulau Pangkor tersebut.
Meskipun statistik kedatangan pelancong sebelum timbulnya wabak Covid-19 adalah
tinggi, jumlah pelancong pada hari bekerja lebih rendah berbanding jumlah pelancong
pada hujung minggu dan cuti persekolahan.
2.5 KAEDAH PENGUMPULAN DATA PRIMER
Pengkaji menggunakan kaedah pengumpulan data primer secara borang soal selidik,
temubual semi-struktur yang dilakukan secara informal dengan pelancong dan pekerja
di kawasan kajian serta kaedah pemerhatian kawasan kajian. Pengkaji menggunakan
instrumen borang soal selidik dan kamera sebagai bantuan dalam mendapatkan data dan
maklumat yang berkaitan di samping membuat catatan bertulis sebagai sokongan kajian.
2.5.1 Struktur Borang Soal Selidik
Bil Bahagian Jadual 2.2 Struktur borang soal selidik
1. Bahagian A
Catatan
2. Bahagian B
Bahagian ini membincangkan tentang profil dan latar belakang pelancong yang
3 Bahagian C terlibat. Bahagian yang asas yang terlibat adalah jantina, umur, bangsa,
4 Bahagian D pekerjaan, pendapatan. Bahagian ini juga memberikan kriteria lain seperti
faktor melancong, tempoh bercuti, kekerapan datang dan keinginan pelancong
datang semula ke Pulau Pangkor.
Bahagian ini membincangkan mengenai tahap keupayaan daya tampung fizikal
di Pulau Pangkor. Antara isu yang disentuh dalam bahagian ini adalah soalan
mengenai lambakan pelancong dalam suatu masa, tempat penginapan,
kemudahan awam, hospitaliti, dan premis perniagaan makanan. Skala likert
digunakan dalam bahagian ini bagi menentukan jenis tahap bermula dari sangat
tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju.
Bahagian C mengenai cabaran daya tampung fizikal di Pulau Pangkor. Perkara
yang disentuh dalam bahagian ini mengenai beberapa soalan seperti kesesakan,
keselesaan dan trend kedatangan pelancong.
Bahagian ini membincangkan tentang cadangan inisiatif bagi menjadikan
Pulau Pangkor sebagai sebuah destinasi pelancongan tempatan yang mesra
pelancong. Bahagian ini mengandungi soalan skala likert dan soalan umum.
Bagi soalan berbentuk umum adalah mengenai cadangan lain yang ingin
dicadangkan bagi menampung jumlah pelancong yang ramai dalam suatu masa
Sumber: Kajian Lapangan (2020).
19
2.5.2 Temubual
Terdapat tiga kaedah temubual iaitu temubual berstruktur, temubual semi-struktur dan
temubual tidak berstruktur. Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah
temubual semi-struktur iaitu di mana soalan yang diberikan oleh penemubual adalah
soalan yang separa formal ataupun soalan yang disusun semula semasa temubual.
Penemubual juga bebas untuk bertanyakan soalan yang lebih mendalam kepada
pelancong untuk mendapatkan maklumat dan data tambahan yang lebih terperinci dan
tidak dapat diperolehi daripada borang soal selidik.
Pengkaji menemubual beberapa orang pelancong tempatan dan pihak
pengurusan di Teluk Nipah bagi memperoleh maklumat lanjut. Pengkaji turut
menggunakan bantuan alat elektronik seperti pita rakaman dan video untuk tujuan
merakam perbualan di samping mencatit secara bertulis. Kaedah temubual ini berupaya
menguji keupayaan pengkaji dari segi teknik menyesuaikan diri untuk berhadapan
dengan pelancong yang memiliki pelbagai gelagat yang berbeza.
2.5.3 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian turut serta dan pemerhatian
tidak turut serta. Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan adalah pemerhatian tidak
turut serta yang bermaksud pengkaji menjalankan kajian tanpa mengganggu subjek
kajiannya bagi mendapatkan gambaran lebih jelas tentangsuasana di kawasan tersebut.
Pengkaji hanya melihat pengurusan pusat penginapan di Teluk Nipah mengenai
hospitaliti, penggunaan kemudahan awam, kegiatan premis perniagaan makanan, serta
kesesakan yang timbul secara pemerhatian mata kasar.
2.6 KAEDAH PENGUMPULAN DATA SEKUNDER
Pengkaji menggunakan kaedah data sekunder untuk mendapatkan maklumat dalam
merangka teoritikal kajian dengan menilai pengurusan dan cabaran yang dijalankan di
pusat pelancongan pulau yang mengalami masalah daya tampung fizikal. Pengumpulan
data sekunder ini melibatkan beberapa aspek yang meliputi pendefinisian konseptual
kajian dan pembahagian sorotan kajian merujuk Jadual 2.3.
20
Jadual 2.3 Pengumpulan data sekunder
Bil. Perkara Catatan
1. Pendefinisian konseptual Pendefinisian konseptual dilaksanakan bagi
memperlihatkan arah tujuan dan juga perkara
yang ingin disampaikan dalam kajian ini.
2. Tahap keupayaan daya tampung Bab ini secara spesifiknya memperlihatkan dan
fizikal di destinasi pulau membincangkan tentang kajian lepas yang
pernah dilaksanakan di pusat pelancongan
kepulauan. Perlaksanaan ini adalah penting
bagi melihat bagaimana destinasi pelancongan
pulau berupaya menampung jumlah pelancong
yang ramai terhadap kepentingan had daya
tampung fizikal kawasan pelancongan
berkenaan.
3. Cabaran daya tampung fizikal di Bahagian ini memperlihatkan kajian lepas yang
destinasi pelancongan pulau berkaitan dengan cabaran yang dihadapi oleh
pusat pelancongan pulau yang menerima
kapasiti jumlah pelancong yang melebihi had.
Bab ini akan membincangkan tentang
bagaimana cabaran ini dilalui oleh pusat
pelancongan tersebut agar dapat terus
memberikan perkhidmatan terbaik kepada
pelancong masa hadapan.
4. Permasalahan dalam pengurusan Bahagian ini membincangkan tentang
permasalahan yang dihadapi dalam pengurusan
yang dilaksanakan khususnya yang melibatkan
masalah penempahan tempat penginapan,
masalah kemudahan awam, masalah hospitaliti
dan kekurangan premis perniagaan makanan
yang dapat mempengaruhi kedatangan
pelancong pada masa hadapan.
5. Inisiatif memastikan Bahagian ini membincangkan tentang langkah
kebolehtampungan fizikal sesuatu perundangan dan bukan perundangan yang
pusat pelancongan di destinasi telah dilakukan oleh kajian lepas bagi
pulau menjamin kelestarian sektor pelancongan
pulau. Sekaligus memberi idea dan ruang
kepada pihak berkepentingan dan pihak
berwajib untuk mengurus dan melakar garis
panduan strategi pengurusan pusat
pelancongan pulau khususnya.
6. Kerangka teori Bahagian ini pula membincangkan tentang
kerangka teori kajian yang ingin melihat
bagaimana kesan cabaran daya tampung fizikal
terhadap keselesaan pelancong tempatan di
Teluk Nipah, Pulau Pangkor.
Sumber: Kajian Lapangan (2020).
2.7 KAEDAH MENGANALISIS DATA
Pengkaji menggunakan kaedah analisis secara deskriptif bagi soal selidik bahagian A
iaitu berkaitan latar belakang dan profil pelancong. Bagi menganalisis bahagian B dan
C pula, pengkaji menggunakan statistik inferensi iaitu ujian Korelasi. Teknik analisis
21
data melibatkan pemprosesan data yang diperolehi semasa berada di lapangan
menggunakan kaedah statistik data berkomputer iaitu Statistical Package For Social
Sciences (SPSS). Kaedah ini digunakan bertujuan untuk menunjukkan hubungan antara
daya tampung fizikal di Pulau Pangkor dengan cabaran yang dihadapi terhadap
keperluan pelancong tempatan meskipun kedatangan pelancong mengalami
kemerosotan akibat wabak Covid-19. Antara kelebihan daripada penggunaan SPSS ini
ialah menghasilkan data bersih daripada dapatan kajian. Penggunaan SPSS dapat
menghasilkan keputusan analisis statistik deskriptif yang melibatkan min dan sisihan
piawai. Selain itu, dapatan kajian yang ditunjukkan daripada teknik analisis data SPSS
juga memperlihatkan perhubungan dan perbandingan bagi kedua-dua pembolehubah
dalam kajian melalui keputusan analisis secara ujian Anova Sehala dan Korelasi
Spearman.
2.7.1 Cara Menguji Koefisenan Anova Sehala
Ujian Anova Sehala adalah bagi mencari perhubungan antara pembolehubah terikat dan
pembolehubah bebas. Melalui analisis ini, dua hipotesis digunakan iaitu Hipotesis
Alternatif (H1) dan Hipotesis Nol (H0) bagi mencari sama ada terdapat perbezaan min
antara pembolehubah yang dianalisis. Ujian Avova Sehala ini digunakan dalam
menganalisis pembolehubah terpilih dengan item kesesakan pelancong. Seterusnya,
hasil kajian yang menunjukkan tiada perbezaan min yang signifikan antara satu sama
lain adalah ketika p>0.05, manakala hasil kajian yang menunjukkan perbezaan min yang
signifikan antara satu sama lain adalah apabila p<0.05 iaitu dimana 0.05 adalah aras
signifikan sesuatu hasil yang dianalisis.
2.7.2 Cara Menguji Koefisenan Korelasi (Spearman)
Ujian Korelasi Spearman adalah ujian kecenderungan bukan parametrik yang
melibatkan kaedah analisis statistik yang digunakan untuk melihat perhubungan atau
perkaitan yang signifikan antara dua pembolehubah iaitu pembolehubah bebas dan
pembolehubah terikat. Pengkaji menggunakan kaedah Korelasi Spearman kerana data
berada dalam taburan tidak normal iaitu dalam skala Ordinal (Norizah Aripin et al.
2014). Ujian korelasi ini juga digunakan bagi mencari perhubungan sama ada positif,
negatif, atau tiada hubungan antara dua pembolehubah iaitu hubungan antara
pembolehubah terpilih seperti keinginan pelancong untuk datang semula ke Pulau
Pangkor terhadap keselesaan pelancong. Tahap koefisienan korelasi antara dua
pembolehubah ini akan menentukan hubungan sama ada kesignifikan sesuatu perkara
itu. Nilai pekali Korelasi ditunjukkan seperti Jadual 2.4.
Jadual 2.4 Nilai pekali Korelasi
Nilai pekali korelasi (r) Interpretasi
0.80 – 1.00 Korelasi sangat tinggi
0.60 – 0.80 Korelasi tinggi
0.40 – 0.60
0.20 – 0.40 Korelasi sederhana
0.00 – 0.20 Korelasi rendah
Korelasi sangat lemah
Sumber: Khairul Anuar (2019).
22
2.8 PENGKELASAN DATA
Pengiraan bagi jawapan bagi soal selidik ini yang dikelaskan dengan menggunakan
skala likert dapat dilihat dalam Jadual 2.5. Pengkelasan skala 5 menunjukkan sangat
setuju, skala 4 setuju, skala 3 adalah tidak pasti, skala 2 pula tidak setuju dan skala 1
adalah sangat tidak setuju.
Jadual 2.5 Jadual pengkelasan skala likert
Skala Pengkelasan
5 Sangat Setuju
4 Setuju
3
2 Tidak Pasti
1 Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju
Sumber: Mohd Qhairil Anwar Azhar (2018).
Bagi tujuan menganalisis data, pengkelaskan lima peringkat skor likert kepada
tiga peringkat. Pengkaji menetapkan tahap min iaitu julat pengkelasan ini dapat dilihat
berdasarkan kepada Jadual 2.6 iaitu jika skor min 3.68 hingga 5.00 berada pada tahap
yang tinggi, 2.34 hingga 3.67 menunjukkan nilai skor min yang berada pada tahap
sederhana dan nilai skor 1.00 hingga 2.33 pula di tahap yang rendah.
Jadual 2.6 Nilai skor min
Nilai Skor Min Tahap
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00
Tinggi
Sumber: Mohd Qhairil Anwar Azhar (2018).
2.9 BATASAN SEMASA MENJALANKAN KAJIAN
Semasa proses menjalankan penyelidikan, terdapat beberapa masalah yang berlaku
semasa pengkaji berada di lapangan. Antara masalah yang dihadapi oleh pengkaji ialah:
a) Pengkaji mengalami kekangan masa untuk mendapatkan sejumlah 83
orang pelancong dalam masa tiga hari. Meskipun pengkaji mengambil
masa tiga hari membuat kajian, pengkaji tidak sepenuhnya mendapatkan
pelancong pada tiap-tiap waktu. Masa perjalanan pergi dan balik ke
lokasi kajian telah memakan masa lebih kurang sehari. Oleh itu, secara
kasarnya pengkaji hanya memiliki masa selama 2 hari untuk
mendapatkan sejumlah pelancong yang dinyatakan.
b) Sesetengah pelancong enggan melayani kehadiran pengkaji akibat tidak
mahu diganggu dan mereka masing-masing memiliki urusan dan kerja
yang perlu dijalankan pada ketika itu. Sebagai contoh, pengkaji tidak
23
dapat mendekati sekumpulan pelajar yang sedang menjalankan aktiviti
explore race di sekitar kawasan Teluk Nipah kerana akan mengganggu
masa mereka. Pengkaji juga tidak dapat menemubual sekumpulan
pelancong yang dilihat sedang menjalankan aktiviti percutian sambil
bekerja atau menjalani kursus di Teluk Nipah. Meskipun begitu, pengkaji
telah mengambil rekod pelancong secara pemerhatian sahaja dalam
melengkapi maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.
c) Pengkaji hanya dapat melakukan pemerhatian secara rambang tanpa
mengganggu subjek kajian dan tidak dapat melihat secara realitinya
tentang aspek yang dikaji. Meskipun kawasan Teluk Nipah terbuka buat
sesiapa sahaja, tetapi pengkaji tidak boleh masuk dan melihat sendiri
kemudahan yang disediakan di tempat penginapan para pelancong di
tempat lain.
d) Jumlah pelancong yang kurang berbanding pada hari hujung minggu dan
cuti persekolahan serta ditambah pula dengan isu wabak Covid-19,
menyukarkan pengkaji untuk memilih dan mendapatkan pelancong yang
pelbagai latar belakang kerana bimbang akan meningkatkan risiko wabak
tersebut. Pengkaji juga hanya mendekati pelancong tempatan berbanding
pelancong antarabangsa bagi mengurangkan risiko wabak tersebut
daripada dijangkiti.
e) Kekurangan premis perniagaan makanan dan cenderahati di tepi-tepi
jalan. Premis ini kebanyakannya hanya dibuka keseluruhan pada hujung
minggu dan musim cuti persekolahan bagi mengelakkan berlaku
pembaziran masa dan tenaga pekerja disebabkan jumlah pelancong atau
pembeli yang kurang pada hari waktu bekerja.
2.10 KESIMPULAN
Kesimpulannya, pengumpulan data dan maklumat secara primer dan sekunder
yang terdiri daripada kaedah borang soal selidik, temu bual, pemerhatian, dan kaedah
teoritikal dari kajian lepas merupakan kaedah yang amat sesuai dalam memastikan input
data yang diperolehi adalah semaksimum yang mungkin. Analisis dilakukan dalam
bentuk analisis statistik deskriptif iaitu min dan sishan piawai. Selain itu, pengkaji
menggunakan kaedah analisis statistik ujian Anova Sehala dan Korelasi Spearman bagi
melihat perbezaan antara pembolehubah yang diuji. Seterusnya, analisis ini dapat
mengukuhkan lagi penyataan berkenaan daya tampung fizikal dengan cabaran yang
bakal dihadapi sekiranya masalah tersebut tidak diatasi dengan baik.
BAB III
MODEL KAJIAN KEUPAYAAN DAYA TAMPUNG FIZIKALPELANCONGAN
PULAU
3.1 PENGENALAN
Bahagian ini membincangkan tentang teori, ulasan literatur dan beberapa konsep
kendalian yang digunakan dalam menganalisis cabaran daya tampung fizikal di
destinasi pelancongan pulau serta kaedah daya tampung fizikal di kawasan tersebut.
Aktiviti dan kerja-kerja pembangunan di pusat pelancongan pulau amat memainkan
peranan yang penting dalam menarik kedatangan pelancong. Namun bergitu, kehadiran
pelancong yang melebihi daya tampung fizikal sesuatu kawasan itu akanmenimbulkan
ketidakselesaan kepada para pelancong serta akan merendahkan moral dan motivasi
pelancong untuk datang melancong ke destinasi pulau itu semula.
Bahagian ini mengkaji kajian lepas berkenaan kesan akibat lambakan pelancong
kepada tahap daya tampung fizikal di kawasan pelancongan pulau yang terbabit.
Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh kebanyakan kawasan pelancongan pulau
beserta kesannya terhadap pelancong menerusi kajian-kajian terdahulu. Kajian lepas
yang dipetik adalah daripada pengkaji terdahulu kemudiannya dibuat perbandingan
antara kajian dalam negara dengan kajian luar negara termasuklah cadangan inisiatif
bagi menjadikan pulau sebagai sebuah destinasi pelancongan tempatan yang mesra
pelancongan yang dikaji oleh pengkaji. Cadangan inisiatif ini terbahagi kepada
perundangan dan bukan perundangan yang masing-masing memainkan peranan yang
besar kepada sektor pelancongan.
3.2 DEFINISI DAN KONSEP
3.2.1 Pelancong
Pelancong adalah orang yang bermusafir ke sesuatu tempat dengan tujuan tertentu dan
tidak bertujuan untuk berhijrah atau berkerja di tempat tersebut. Ia juga merujuk kepada
seseorang yang meninggalkan rumah kediamannya untuk pergi ke sesuatu tempat
dengan tujuan bercuti atau melancong (Hashim 2003). Pelancong juga dianggap sebagai
manusia yang menetap sekurang-kurangnya 24 jam di sesebuah kawasan. Manakala
manusia yang hanya tinggal kurang dari 24 jam di sesuatu kawasan dikenali sebagai
pelawat (Mathieson & Wall 1982).
Jika dahulu pelancong melakukan perjalanan atas sebab untuk berehat daripada
keletihan bekerja di bandar dan mengikut gaya hidup moden, kini corak pelancongan
telah berubah kepada pelancong lebih menginginkan pengalaman, mempelajarisesuatu
yang baru, melarikan diri daripada rutin harian, nostalgia dan memperolehi pengalaman
25
eksotik daripada perjalanan yang dilakukan tersebut terutamanya di kawasan pulau-
pulau tropika yang bersih, air yang jernih serta syurga kepada habitat spesis flora dan
fauna marin (Johan Afendi & Zaki Ahmad 2011).
Seterusnya, Pertubuhan Pelancongan Dunia (WTO 2011) mendefinisikan
pelancongan sebagai orang yang pergi atau tingal di tempat-tempat yang diluar
kebiasaan mereka untuk bercuti dengan tidak melebihi tempoh satu tahun. Oleh itu,
dapat disimpulkan bahawa pelancong merupakan seseorang yang meninggalkanrumah
kediamannya untuk pergi ke sesuatu tempat dengan tujuan bercuti atau melancong.
Pelancong memilih untuk melancong bagi menghilangkan stress atau meluangkan masa
bersama keluarga dan rakan (Nuradila Azhar & Habibah Ahmad 2019).
3.2.2 Pelancongan
Pelancongan didefinisikan sebagai satu kegiatan multidimensi dan pelbagai yang
menyentuh dalam aspek kehidupan dan aktiviti ekonomi (Mathieson & Wall 1982).
Menurut kamus dewan, pelancongan berasal daripada perkataan lancong atau
melancong yang membawa maksud melawat sambil melihat-lihat atau bersenang-
senang (Noresah 1997).
Menurut Fathi Yakan (1999), beliau membahagikan pelancongan kepada dua
iaitu perlancongan taat yang berlandaskan syariat Islam dan pelancongan maksiat iaitu
yang berlawanan dengan ketetapan dan syariat Allah S.W.T. Pelancongan yang
berlandaskan syariat Islam merujuk kepada aktiviti pelancongan yang membawa
kepada kebaikan dan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain, manakala pelancongan
maksiat adalah tujuan aktiviti pelancongan dibuat membahayakan diri sendiri dan orang
lain.
Pelancongan adalah suatu pergerakan manusia untuk beberapa tujuan sama ada
untuk aktiviti perniagaan ataupun keseronokan serta dapat mewujudkan proses, aktiviti,
dan hasil pelancongan tersebut. Pelancongan juga merupakan aktiviti pengembaraan
seseorang individu ke suatu tempat, iaitu keluar daripada persekitaran asal dan menetap
tidak lebih daripada satu tahun untuk tujuan berehat, berniaga dan sebagainya. Tujuan
pelancongan adalah untuk mengisi masa lapang selain mengeratkan hubungan
silaturahim antara ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan sebagainya (Pertubuhan
Pelancongan Dunia 2011).
Pelancongan yang diperkenalkan di kawasan pulau juga meliputi
ekopelancongan, pelancongan kesihatan, pelancongan budaya, pelancongan
pengembaraan dan pelancongan belia dalam usaha menggalakkan lagi kedatangan
pelbagai segmen pelancong ke destinasi pulau (Johan Afendi & Zaki Ahmad 2011).
Azizan Marzuki (2010) pula memberi definisi bahawa pelancongan adalah sektor yang
dapat membantu merangsang pertumbuhan ekonomi dan proses pembangunan sesebuah
negara melalui penyediaan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan serta
ia juga dilihat sebagai satu industri yang memberi kemudahan- kemudahan kepada
orang ramai untuk pergi melancong.
26
Pelancongan bermula apabila berlakunya perjalanan dari tempat asal ke suatu
destinasi dengan pelbagai tujuan selain daripada tujuan bekerja. Pelancongan juga
biasanya mempunyai alasan berbeza untuk setiap percutian mereka dan individu
terbabit perlulah berkeupayaan melakukan perjalanan berkenaan (Dziatul Nadiah &
Syazleen Zakaria 2017). Menurut Nuradila Azhar & Habibah Ahmad (2019),
pelancongan adalah suatu aktiviti yang menggalakkan manusia keluar dari habitat
asalnya untuk memenuhi kehendak individu dan memberi manfaat kepada sektor
industri tertentu dari segi sosial, ekonomi dan persekitaran fizikal. Aktiviti pelancongan
bertujuan untuk keseronokan atau berhibur malahan pelancongan juga merangkumi
pelancongan perniagaan, pelancongan kesihatan, pelancongan sukan dan lain-lain.
3.2.3 Daya Tampung Fizikal
Pertubuhan Pelancongan Dunia (WTO 2011) begitu menekankan konsep Daya
Tampung Pelancongan yang bermaksud jumlah maksimum manusia yang boleh
melawat sesuatu destinasi pelancongan pada masa yang sama tidak menyebabkan
kemusnahan persekitaran fizikal, ekonomi, sosio budaya dan penurunan kualiti
kepuasan hati pelawat. Had daya tampung terdiri daripada lima dimensi utama meliputi
ekologi, fizikal, sosial, ekonomi dan politik. Penggunaan had daya tampung adalah
sesuai untuk diaplikasikan di semua kawasan dan destinasi pelancongan. Ini adalah
kerana setiap destinasi pelancongan itu mempunyai daya tampungannya sendiri
terhadap jenis aktiviti dan pembangunan yang dilakukan. Ukuran daya tampung ini
menumpukan kepada ruang fizikal dan infrastruktur di sesebuah destinasi dan ia
meliputi kuantiti dan kualiti tempat penginapan, pengangkutan, bekalan air, tenagadan
sebagainya.
Daya tampung fizikal turut dilihat sebagai had daya tampung bagi mengawal
jumlah kemasukan pelancong ke sesebuah kawasan pada satu-satu masa. Hal ini bagi
memastikan kawasan yang dikunjungi akan sentiasa terpelihara daripada kerosakan
akibat aktiviti pelancongan manusia tersebut (Muhammad Faiz Ramli & Hanizah Idris
2016).
Selain itu, sekiranya persekitaran fizikal tidak lagi mampu untuk dieksploitasi
bagi tujuan pembangunan, kawasan tersebut dianggap sudah mencapai tahap tepu. Pada
peringkat ini bilangan pelancong telah melebihi daya tampung fizikal dan psikologi.
Keadaan seperti ini akan menyebabkan daya tarikan destinasi berkenaan akan mula
merosot dan mengakibatkan pelancong mencari destinasi lain sebagai destinasi
pelancongan mereka (Nuradila Azhar & Habibah Ahmad 2019).
3.2.4 Motivasi Pelancong
Menurut Amin (2009), tarikan destinasi telah menyebabkan pelancong datang ke
sesebuah kawasan pelancongan di mana kawasan tersebut dijangka berpotensi
membekalkan motivasi serta daya tarikan kepada pelancong untuk datang buat kali
pertama mahupun seterusnya. Oleh itu, segala aktiviti dan kemudahan yang disediakan
di sesuatu destinasi pelancongan menjadi satu daya tarikan kepada para pelancong
untuk datang melancong terutamanya di kawasan pelancongan pulau yang lebih
27
tenteram dan damai untuk tujuan menghilangkan tekanan dari kesibukan kerja dan
belajar.
Motivasi pelancong terbentuk sekiranya keperluan asas pelancong seperti
motivasi, keupayaan kewangan, serta mampu meluangkan masa dan keupayaan fizikal.
Hal ini turut merujuk bahawa seseorang itu bermotivasi tatkala mereka mempunyai
minat, kemahuan dan tujuan dalam melakukan perjalanan atau lawatan yang dilakukan.
Hal ini kerana kewangan yang kukuh amatlah penting dalam melakukan aktiviti
pelancongan untuk membeli produk dan perkhidmatan semasa di sesuatu destinasi itu.
Suatu perjalanan berkemungkinan terganggu sekiranya mengalami kekangan
kewangan. Manakala keupayaan dari segi masa dan fizikal turut mempengaruhi
kejayaan sesuatu perjalanan. Terdapat dua golongan iaitu golongan muda yang terlalu
sibuk untuk melancong dan golongan warga emas yang terhalang untuk melakukan
perjalanan disebabkan masalah kesihatan meskipun mempunyai masa lapang yang lebih
banyak berbanding golongan muda (Basri Rashid 2014).
Kajian Dziatul Nadiah & Syazleen Zakaria (2017) menyatakan bahawa adalah
sangat penting untuk sesebuah destinasi mempunyai daya tarikan bagi mendorong
pelancong atau pelawat datang ke destinasi tersebut. Destinasi berkenaan perlulah
dilengkapi dengan kemudahan atau prasarana yang sesuai untuk memenuhi keperluan
dan kehendak pelawat supaya mereka berpuas hati dan pulang dengan kenangan yang
bermakna. Kajian Nuradila Azhar & Habibah Ahmad (2019), menyatakan bahawa
faktor daya tarikan sesebuah kawasan telah menyebabkan pelancong datang ke kawasan
tersebut. Pembangunan sesuatu destinasi pelancongan adalah melalui suatu proses
evolusi, melainkan destinasi yang dirancang.
3.2.5 Kemudahan Destinasi
Kajian Basri Rashid (2013) menyatakan bahawa pelancong akan mengambil kira
pengaruh berbagai-bagai elemen di destinasi pelancongan yang ingin dilawati kerana
elemen di sesuatu destinasi tersebut akan memberi impak yang besar keatas emosi dan
kepuasan lawatan mereka sebagai pelancong. Beliau juga yakin akan wujudnya
perkaitan yang rapat antara destinasi dan pelancong atau pelawat serta jenis
pelancongan itu sendiri. Destinasi boleh dinyatakan sebagai suatu tempat di mana
individu atau kumpulan datang melawat untuk bercuti dan merupakan tempat di mana
terdapat prasarana dan kemudahan yang khusus untuk memenuhi kehendak pelancong
Basri Rashid (2013) merumuskan sesungguhnya sesuatu destinasi itu perlulah
mempunyai elemen yang cukup menarik untuk membolehkan pelawat atau pelancong
datang ke destinasi berkenaan.
Destinasi adalah sesuatu kawasan geografi yang mengandungi pembangunan
yang bertujuan untuk memenuhi keperluan pelawat serta terdapat prasarana dan
kemudahan yang khusus untuk memenuhi kehendak pelancong. Hal ini dijelaskan
dengan gambaran bahawa adalah sangat penting untuk sesebuah destinasi mempunyai
daya tarikan yang dapat mendorong pelancong datang ke destinasi tersebut. Maka
destinasi itu perlulah dilengkapi dengan kemudahan atau prasarana yang sesuai bagi
memenuhi keperluan dan kehendak pelancong agar mereka berpuas hati dan pulang
dengan motivasi atau kenangan yang bermakna. Tempat adalah sumber daya tarikan
28
pelancong ke destinasi, manakala kemudahan fizikal seperti penginapan, makanan dan
minuman, rekreasi dan prasarana lain pula perlu bagi memenuhi keperluan mereka
ketika berada di destinasi berkenaan (Jabil Mapjabil et al. 2014).
Bagi Dziatul Nadiah & Syazleen Zakaria (2017), kemudahan destinasi adalah
tempat di mana terdapat prasarana dan kemudahan yang khusus untuk memenuhi
kehendak pelancong. Ia bukan sahaja mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk
dikunjungi tetapi mesti mempunyai segala keperluan dan kemudahan kepada para
pelancong seperti tempat penginapan, aktiviti, dan pengangkutan yang membawa
kepada permintaan dan motivasi pelancong untuk datang melancong ke pusat
pelancongan tersebut.
3.3 KESAN KEUPAYAAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL DI DESTINASI
PELANCONGAN PULAU
Bahagian ini membincangkan mengenai kajian lepas berkaitan objektif satu iaitukesan
keupayaan daya tampung fizikal di destinasi pelancongan pulau. Kajian lepas diambil
adalah meliputi aspek berkenaan lambakan pelancong dalam satu masa, kekurangan
kemudahan tempat penginapan dan kemudahan lain, aspek hospitaliti dan premis
perniagaan makanan.
3.3.1 Lambakan Pelancong dalam Satu Masa
Kajian yang dilakukan oleh Manning et al. (2002) di Pulau Alcatraz menunjukkan
bahawa kapasiti daya tampung pelancong di pulau tersebut adalah tinggi dan melebihi
had saban hari iaitu sekitar 100,000 orang pengunjung setiap tahun akibat daya tarikan
yang tinggi di kawasan tersebut.
Menurut Jabatan Pembangunan Ekonomi dan Pelancongan Perniagaan
(DBEDT 2006) di Hawaii, pendekatan kelestarian mengiktiraf bahawa tidak ada ukuran
kapasiti tunggal untuk jumlah maksimum pelawat yang boleh ditampung di Hawaii.
Sebaliknya, terdapat had yang berlainan bagi setiap sumber spesifik dan elemen
infrastruktur di setiap pulau dan bagi setiap komuniti tempatan disebabkan oleh
pertumbuhan pengunjung dan pertumbuhan kediaman.
Lambakan pelancong disebabkan kemudahan pembangunan yang telah menarik
minat pelancong untuk datang melancong ke suatu destinasi itu. Seperti kajian yang
dilakukan oleh Jabil Mapjabil et al. (2014) beliau menyatakan bahawa di Malaysia,
pulau selain Pulau Langkawi, Pulau Pinang, Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan Pulau
Labuan mempunyai populasi yang tinggi serta migrasi masuk yang tinggi berbanding
pulau-pulau lain yang terdapat di Malaysia disebabkan oleh kawasan tanah datar yang
lebih banyak untuk pembangunan kawasan pelancongan tersebut.
Menurut Goh et al. (2014), lambakan pelancong datangnya dari golongan muda
dan berpendapatan sederhana. Hal ini berikutan jiwa dan sikap mereka yang boleh
berada di dalam keadaan yang tidak selesa seperti ketiadaan penghawa dingin dan air
panas.
29
3.3.2 Kekurangan Kemudahan Tempat Penginapan
Seiring dengan peningkatan kemasukan pelancong ke Langkawi, penginapan untuk
para pelancong seperti hotel, resort, motel, chalet mahupun penginapan berbentuk
homestay mengalami peningkatan dan pertambahan pesat. Menurut Lembaga
Pembangunan Langkawi (LADA), sehingga penghujung tahun 2010 jumlah penginapan
di Langkawi adalah sebanyak 94 buah merangkumi hotel, resort, hotel bajet, chalet dan
juga motel. Sebanyak 72 buah penginapan tersebut merangkumi 10 buah hotel dan
resort bertaraf lima bintang, 6 buah Hotel atau Resort bertaraf empat bintang, 17 buah
penginapan bertaraf tiga bintang, 9 buah penginapan bertaraf dua bintang dan 2 buah
penginapan bertaraf satu bintang. Manakala 49 buah penginapan yang lain merupakan
penginapan bajet atau murah untuk golongan yang berpendapatan rendah (Adnan &
Mohd Al Hafiz 2013).
Kemudahan tempat penginapan adalah suatu bentuk kemudahan yang penting
kepada para pelancong. Melalui pengalaman apabila pelancong dapat menikmati
percutian dengan selesa apabila adanya kemudahan fizikal ia dapat menentukan kesan
lawatan mereka di destinasi berkenaan. Pulau Tioman, Pulau Redang dan Pulau
Pangkor merupakan pulau bersaiz besar dengan sumber yang mencukupi bagi aktiviti
pembangunan pelancongan. Manakala Pulau Mabul, Pulau Mataking dan Pulau Aur
serta hampir semua pulau di Malaysia yang bersaiz kecil dengan sumber yang terhad
dan sesuai untuk pembangunan pelancongan berskala kecil. Seperti Pulau Manukan
yang menjadi lokasi tumpuan pelancong berikutan pelbagai kemudahan seperti chalet,
rumah kelab, restoran, kolam renang, gelanggang permainan, pusat selam skuba dan
snorkeling serta kemudahan berbeku di tepi pantai (Jabil Mapjabil et al. 2014).
Kajian di Pulau Perhentian menunjukkan kebanyakan pelancong adalah dari
kalangan orang muda yang menginginkan destinasi yang memiliki bajet yang murah
dan sanggup penginap ala kadar di resort yang murah. Kumpulan pelancong yang
membanjiri pulau ini adalah jenis allocentric iaitu mereka yang biasa mengunjungi
kawasan terpencil dan tidak begitu dimajukan untuk pelancongan. Kategori ini
mengatur sendiri program perjalanan mereka dan rela berada dalam keadaan kurang
selesa seperti tiada penghawa dingin dan air panas. Sebagai contoh, resort di Pasir
Panjang adalah tumpuan utama pelancong backpackers yang tidak menerima tempahan
awal dan hanya bergantung kepada tetamu walk-in sahaja (Goh et al. 2014).
Menurut Ang (2016), pembinaan kemudahan penginapan yang diperlukan
perlulah banyak dan mementingkan kualiti demi keselesaan pelancong. Sebagai contoh,
peti keselamatan berkunci yang dapat membantu pelancong merasa selamat untuk
meninggalkan barangan penting di dalam bilik, chalet atau hotel.
3.3.3 Kekurangan Kemudahan
Daniel & Donald (2007), dalam artikel jurnal yang bertajuk Basic Characteristics of
The Fall Tourism Market telah mengkaji mengenai pasaran pelancongan yang menjadi
pilihan dan menarik minat masyarakat pergi ke sesuatu tempat pelancongan tersebut.
Responden kajian diperolehi melalui panggilan telefon terhadap isi rumah atau keluarga
di Great Lake Region. Data-data tersebut dikumpul antara bulan Januari 1996 hingga
30
Disember 1998. Hasil daripada kajian tersebut mendapati bahawa pelancong akan lebih
tertarik untuk mengunjungi sesuatu kawasan pelancongan tersebut apabila ia
mempunyai kemudahan yang menarik minat dan bersesuai dengan mereka.
Shaipudin (2006) pula, dalam artikel perbentangan dialog pembangunan
Langkawi 2006 telah menghuraikan berkenaan dengan modenisasi pengangkutan awam
di Langkawi. Hal ini dibincangkan bahawa seiring peningkatan bilangan kemasukan
pelancong ke pulau berkenaan, Langkawi memerlukan sistem jaringan pengangkutan
yang moden dan canggih serta mampu memberikan kemudahan dan keselesaankepada
pengunjung. Penulis berkenaan telah mencadangkan beberapa cadangan bagi
memajukan sistem pengangkutan di Langkawi antaranya adalah mempertingkatkan
kemudahan infrastruktur, memperkenalkan bas ekopelancongan serta
mempertingkatkan promosi memperkenalkan Langkawi ke mata dunia. Menurut Jabil
Mapjabil et al. (2014), tarikan pelancong membentuk satu daripada komponen asas bagi
sektor pelancongan yang merangkumi pengangkutan dan penginapan. Ia berperanan
penting dalam menarik minat pelancong ke sesuatu destinasi percutian.
Kajian Ang (2016) yang menyatakan bahawa keselesaan pelancong dinilai
melalui tahap keperluan atau kemudahan yang cukup seperti terdapat tandas dan tong
sampah yang banyak bagi menjamin privasi serta pelancong tidak perlu menahan untuk
menggunakan tandas di bilik atau chalet yang jauh serta kewujudan tong sampah yang
banyak dapat mengelakkan kegiatan membuang sampah di merata tempat. Kajian
Dziatul Nadiah & Syazleen Zakaria (2017) pula menyatakan bahawa kualiti
perkhidmatan terhadap produk pelancongan dan kemudahan infrastruktur perlu
ditingkatkan mengikut tahap kecanggihan teknologi semasa agar kecekapan kemudahan
destinasi itu berada di tahap yang maksimum. Hal ini sekaligus akan memberikan
keselesaan dari segi keperluan kemudahan awam kepada pelancong yang datang.
3.3.4 Hospitaliti Pekerja di Pusat Pelancongan Pulau
Hospitaliti merujuk kepada elemen tidak nyata (intanguble) yang perlu untuk
melengkapkan pengalaman pelancong. Ia merujuk kepada elemen perasaan semasa
berada di destinasi dan kesan emosi apabila berhadapan dan menerima perkhidmtan di
lokasi yang dilawati. Apabila pelancong tiba di destinasi, mutu perkhidmatan yang
diberikan oleh pihak pengurusan seperti pekerja di tempat penginapan, kedai
cenderamata, serta tempat rekreasi boleh mempengaruhi pengalaman percutian
pelancong. Hasil interaksi pelancongan dengan pekerja di destinasi pelancongan itu
yang dirasakan selamat serta mereka merasa lebih selesa dengan keramahan dan
kerjasama dalam berurusan akan memberi kesan emosi positif kepada pelancong
sekaligus memberi pengalaman yang cukup bermakna kepada pelancong (Jabil
Mapjabil et al. 2014).
Di dalam sektor tempat penginapan di pusat pelancongan pulau umumnya
seperti homestay, chalet, hotel dan sebagainya, perlulah memberikan perkhidmatan
layanan yang menjadi salah satu faktor penting untuk memperoleh kepuasan pelancong.
Hal ini merujuk kepada budaya tuan rumah perlu berinteraksi secara langsung dengan
tetamunya bagi menghormati mereka sebagai tetamu. Hal ini jelas akan memberikan
31
unsur positif kepada kedua-dua belah pihak. Oleh itu, kepuasan pelancong merupakan
salah satu faktor yang menyokong kepada sektor pembangunan pelancongan dengan
meningkatkan motivasi pelancong untuk datang melancong semula ke destinasi
pelancongan yang memberikan perkhidmatan layanan yang baik kepada mereka (Kiki
Rizki Makiya et al. 2016).
3.3.5 Kekurangan Premis Perniagaan Makanan
Produk makanan yang berkualiti dan mempunyai pilihan yang banyak dapat membantu
peningkatan pengeluaran perbelanjaan pelancong sekaligus meningkatkan ekonomi
peniaga. Produk makanan tempatan khususnya dapat membantu meningkatkan
permintaan domestik sekaligus meningkatkan ekonomi negara. Oleh itu, keupayaan
untuk memberi perkhidmatan premis perniagaan yang pelbagai dan berkualiti secara
kompetitif dan konsisten adalah penting bagi menampung jumlah pelancong yang ramai
(FAO Consultant Tuifa’asisina Steve Rogers 2012).
Meskipun terdapat gerai makanan di Taman Laut Tunku Abdul Rahman
(TLTAR), namun begitu kuantiti gerai perlu diperbanyakkan, kualiti perkhidmatan dan
kebersihan juga harus ditingkatkan. Hal ini bagi menampung jumlah pelancong yang
ramai khususnya pada musim hujung minggu dan cuti awam agar tidak berlaku
kekurangan permintaan dan keperluan pelancong yang datang (Jabil Mapjabil et al.
2014).
Menurut kajian Goh et al. (2014) di Pulau Perhentian menunjukkan tahap
kepuasan pelancong adalah tinggi kerana terdapat kemudahan makanan seperti tempat
peranginan yang menyediakan restoran sendiri selain dari tempat makan lain di tepi
pantai. Di samping itu, pelbagai pilihan makanan termasuklah jenis makanan tempatan
dan Barat yang berpatutan.
Menurut kajian Morgan et al. (2016) pula, perkhidmatan makanan adalah antara
segmen terpenting dalam memastikan pelancong berpuas hati di sesuatu lokasi
pelancongan itu. Kepelbagaian makanan dan minuman juga perlu ditingkatkan bagi
memenuhi permintaan pelancong yang pelbagai ragam.
3.4 CABARAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL DI DESTINASI PULAU
Pelbagai kajian telah dilakukan dalam meneliti cabaran daya tampung fizikal di
destinasi pulau sama ada dalam dan luar negara. Bahagian ini bertujuan mengemukakan
kajian-kajian lepas yang berkaitan cabaran terhadap kesesakan pelancong atau
pelancongan domestik berbanding antarabangsa. Selain itu, pengkaji juga melihat aspek
kajian lepas berkaitan cabaran memuaskan hati pelancong dari segi keselesaan
pelancong, keperluan pelancong dan trend kedatangan pelancong. Akhirnya, pengkaji
turut menyenaraikan beberapa kajian lepas berkaitan sektor pembangunan pusat
pelancongan pulau yang tidak berkembang baik sebagai cabaran yang sering terjadi bagi
sektor pelancongan pulau khususnya.
32
3.4.1 Kesesakan Pelancong atau Pelancongan Domestik Berbanding Antarabangsa
Zulekha Yusuf et al. (2010), dalam artikelnya yang bertajuk “Kemudahan Kemudahan
Pelancongan dalam Negara Malaysia” telah membincangkanberkenaan keperluan asas
atau kemudahan pelancongan yang terdapat dalam Malaysia. Berdasarkan pengalaman,
beliau telah membincangkan masalah-masalah yang berlaku adalah punca pelancong
lebih memilih untuk keluar melancong ke luar negara akibat fasiliti dan kemudahan
pelancongan yang tidak mencukupi seperti ruang solat yang sempit, tiada petunjuk arah
kiblat, tiada tempat melakukan ibadah solat, pengurusan pengangkutan yang tidak
cekap dan lain lain lagi. Hasil daripada kajian tersebut mendapati bahawa kemudahan
pelancongan yang kurang dan lemah memberikan masalah dan kesulitan kepada
pelancong terutamanya pelancong beragama Islam. Beliau mencadangkan agar
kemudahan untuk beribadat bagi umat Islam perlu dipertingkatkan sekaligus selaras
dengan kedudukan Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Dari segi aspek pengangkutan dan perhubungan pula, Malaysia kini mempunyai
beberapa syarikat penerbangan murah yang turut membantu mempromosikan
pelancongan negara. Umpamanya seperti syarikat penerbangan Firefly, Air Asia dan
Malaysia Airlines (MAS) menawarkan perkhidmatan tambang murah yang memberi
kemudahan dan keupayaan kepada orang ramai untuk pergi melancong ke destinasi
pilihan mereka. Namun begitu, bagi meningkatkan pendapatan ekonomi negara,
kerajaan lebih menggalakkan rakyat Malaysia pergi melancong ke destinasi pilihan
domestik seperti Pulau Tioman, Pulau Langkawi dan sebagainya di samping dapat
mengurangkan pengaliran keluar mata wang negara (Amal Hayati Ishak et al. 2010).
Menurut Unit Perancang Ekonomi (2006), industri pelancongan negara
berkembang baik dengan peningkatan ketibaan pelancong dengan kadar purata
sebanyak 10.0 peratus setiap tahun. Namun, pada tahun 2003, ketibaan pelancong ke
Malaysia telah kembali mengalami kemerosotan disebabkan oleh penularan wabak
Sindrom Penafasan Akut Yang Teruk (SARS) dan keadaan politik dunia yang tidak
stabil. Walaubagaimanapun, ketibaan pelancong telah meningkat semula pada tahun
2005 dengan 16.4 juta orang dicatatkan melawat Malaysia.
Seterusnya, berikutan wabak Covid-19 yang menular sejak Tahun Baru Cina
2020, penerimaan dan kemasukan pelancong luar negara terutamanya dari negara luar
mengalami kemerosotan. Penularan ini adalah terhad dan memberi kesan kepada negara
serta industri pelancongan antarabangsa. Oleh itu, negara memerlukan satu inisiatif dan
strategi berkesan, untuk memastikan misi menarik kehadiran pelancong tidak terjejas.
Hala tuju dan promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM 2020) perlu diubah, bagi
diselarikan dengan situasi negara yang sedang berhadapan dengan Covid-19
(Mohamaddin Ketapi 2019).
3.4.2 Keselesaan Pelancong
Menurut kajian Dziatul Nadiah & Syazleen Zakaria (2017), Georgetown, Pulau Pinang
menjadi salah satu daya tarikan pengunjung yang ramai disebabkan oleh kualiti
perkhidmatan yang terdiri daripada kemudahan destinasi dan tarikan destinasi yang
berjaya mencapai tahap kepuasan pelancong yang datang. Kemudahan yang selesa
33
seperti jaringan pengangkutan, kemudahan awam dan suasana sekitaran yang bersih dan
selesa menyebabkan permintaan pelancongan yang tinggi di pusat pelancongan
tersebut.
Keselesaan pelancong dilihat dari segi gangguan sekitarannya. Menurut kajian
yang dilakukan di Pulau Alcatraz, lebihan pelancong atau pelancong yang ramai akan
mengundang pencemaran bunyi yang bising sekaligus mengganggu ketenteraman dan
keselesaan pelancong lain yang ingin berehat dan menikmati keindahan pulau kerana
faktor keselesaan amat memainkan peranan yang tinggi dalam menjaga kualiti
pelancongan yang dinikmati oleh pelancong (Manning et al. 2002). Hal ini disokong
oleh kajian Dziatul Nadiah & Syazleen Zakaria (2017) yang menyatakan bahawa
kepuasan pelancong semasa berada di Malaysia dapat mempengaruhi pelancong
antarabangsa untuk kembali melancong ke Malaysia pada masa hadapan. Kepuasan hati
akan membuatkan pelancong menjadi setia dengan destinasi pelancongan di Malaysia.
Keselesaan pelancong turut tergolong dari segi tahap kebersihan yang
ditawarkan di sesuatu destinasi pelancongan itu termasuklah kepentingan kemudahan
tong sampah khususnya di kawasan pantai dan pulau yang ramai pengunjung. Tong
sampah yang penuh harus segera dikosongkan dari semasa ke semasa untuk
mengelakkan pelancong dan pengunjung membuang sampah dan sisa makanan di
merata tempat. Di samping itu, keperluan tandas awam harus disediakan tetapi masih
tidak mencukupi untuk menampung pengunjung yang ramai khususnya pada hujung
minggu dan cuti awam (Jabil Mapjabil et al. 2014).
3.4.3 Keperluan Pelancong
Kajian Faraj Abdullah (2007) menyatakan bahawa penyediaan kemudahan asas yang
lengkap seperti hotel penginapan, restoran dan penyediaan makanan, serta berdekatan
dengan ibu kota Amman antara faktor penyumbang kepada perkembangan sektor
pelancongan di kawasan wilayah utara Jordan. Hal ini kerana kemudahan-kemudahan
tersebut adalah keperluan asas bagi seseorang pelancong.
Kajian Redzuan Othman et al. (2009) dalam melihat kepuasan pelancong yang
mengunjungi Taman Laut Pulau Tioman, Pahang dibuat pada bulan April hingga bulan
Mei. Antara kriteria yang diambil untuk melihat kepuasan pelancong yang mengunjungi
pulau berkenaan adalah kualiti hidupan laut, kebersihan pantai, keselamatan
pengunjung, perkhidmatan yang ditawarkan, keadaan persekitaran pulau, aktiviti yang
disediakan dan pembangunan insfrastruktur serta kemudahan untuk pelancong. Hasil
daripada kajian tersebut mendapati semua responden bersetuju bahawa kemudahan dan
produk pelancongan yang ditawarkan perlu dipertingkatkan bagi memenuhi kehendak
dan kepuasan pengunjung atau pelancong yang datang.
Adnan & Mohd Al Hafiz (2013) pula membincangkan tentang sektor
pelancongan di Pulau Langkawi yang terkenal sebagai destinasi pelancongan
terkemuka dengan peningkatan jumlah kemasukan pelancong setiap tahun kerana
kerajaan telah membangunkan pelbagai kemudahan infrastruktur yang lengkap,
34
jaringan perhubungan yang baik dan hotel penginapan yang memenuhi permintaan
menjadikan Langkawi sebagai tempat tumpuan para pelancong seluruh dunia.
Menurut kajian Jabil Mapjabil et al. (2014) bekalan air adalah satu isu yang
kritikal terutamanya di pulau, khususnya apabila kemudahan yang memerlukan
penggunaan air yang banyak seperti pembinaan padang golf dan kolam renang. Bagi
sesetengah pulau, air seharusnya disalurkan dari tanah besar, namun begitu ia akan
memakan kos yang terlalu tinggi. Seperti kes di Pulau Redang, pengendali pusat
peranginan termasuklah pengguna sumber bekalan air ini terpaksa membayar bekalan
air yang disalurkan melalui paip bawah laut dari darat. Hal ini menyebabkan berlaku
persaingan yang tinggi antara pengguna dalam mendapatkan sumber air bersih.
Kajian Basri Rashid (2014) pula menyatakan bahawa pihak pemegang taruh di
sesuatu destinasi pelancongan hendaklah menyediakan prasarana yang sesuai untuk
menampung keperluan dan aktiviti pelancong sepanjang percutian mereka. Malahan
kajiannya mendapati peratusan varien di dalam nilai R-squre yang merujuk kepada
tahap kepuasan pelancong dari segi infrastruktur khusus iaitu prasarana yang dibina
khusus untuk keperluan pelancong menjadi pengukur terbesar berbanding servis dan
hospitaliti, infrastruktur asas dan tempat tarikan semula jadi. Hal ini menggambarkan
bahawa sekiranya keperluan khusus pelancong diutamakan terutamanya di kawasan
yang jauh dari daratan iaitu pulau-pulau, maka sesebuah pengalaman percutian itu akan
memberi kesan positif bukan sahaja kepada pelancong malah kepada ekonomi
pengusaha tempat pelancongan tersebut. Kesannya, migrasi masuk pelancong ke dalam
sesebuah destinasi itu akan meningkat.
3.4.4 Trend Kedatangan Pelancong di Pusat Pelancongan Pulau
Trend kedatangan yang menyebabkan peningkatan jumlah pelancong yang ramai pada
suatu masa juga dilihat dari segi faktor pulau yang jauh dari daratan menyebabkan
pelancong memilih untuk menginap di pulau berkenaan berbanding hanya melakukan
lawatan satu hari. Sebagai contoh, kajian di Pulau Cousin, Seychelles menunjukkan
kehadiran pelancong yang majoritinya hanya datang melawat satu hari dan tidak
menginap di pulau tersebut ekoran jarak pulau dengan daratan adalah dekat (Pauline
2005).
Wawasan Pelancongan 2020 meramalkan bahawa jumlah pelancong seluruh
dunia secara keseluruhannya akan meningkat kepada lebih daripada 1.56 bilion
menjelang tahun 2020. Sementara Eropah kini menyumbang kira-kira 60 peratus
daripada semua pelancong, diikuiti rantau Asia Timur dijangka akan menerima
pertumbuhan dinamik yang paling tinggi pada tahun-tahun akan datang (Hiroshi
Kakazu 2007).
Kajian Ahmed Ali (2010) menyatakan bahawa perkembangan ekonomi
kawasan Ummu Qays merosot akibat kedatangan pelancongan yang tidak lama ke
kawasan tersebut iaitu secara harian dan tidak bermalam. Trend kedatangan pelancong
ini telah menyebabkan berlaku penurunan kemasukan pelancong akibat ketidakcekapan
dan kekurangan sumber daya tarikan pelancong ke kawasan tersebut.
35
Kajian Adnan & Mohd Al Hafiz (2013), jumlah kemasukan pelancongan ke
Pulau Langkawi dari tahun 2000-2009 menunjukkan angka pelancong yang tertinggi
dengan peningkatan dua kali ganda pada bulan Disember iaitu sebanyak 2,674,075
orang pelancong yang datang berbanding bulan lain iaitu rata-rata di bawah 1,900,000
juta orang pelancong sahaja. Hal ini kerana faktor seperti cuti akhir tahun persekolahan,
penganjuran program bertaraf antarabangsa seperti Pameran Udara dan Maritim
Antarabangsa Langkawi atau Langkawi International Maritime & Aerospace
Exhibition (LIMA) bulan Disember, di samping peningkatan kemasukan pelancong dari
Eropah disebabkan perubahan musim sejuk pada bulan Disember. Pelancong tempatan
juga lebih gemar bercuti barsama keluarga dan mengambil peluang cuti sekolah untuk
membawa keluarga bercuti di Pulau Langkawi. Jumlah kemasukan pelancong juga
meningkat pada bulan Mei dan Jun berbanding bulan-bulan sebelumnya disebabkan
oleh faktor cuti sekolah pertengahan tahun.
3.4.5 Sektor Pembangunan Pusat Pelancongan Pulau Tidak Berkembang Baik
Sektor pembangunan di sesebuah destinasi pelancongan perlu dipertingkatkan seiring
memenuhi keperluan pelancong yang semakin meningkat. Sektor pembangunan terdiri
daripada pembinaan tempat penginapan, jaringan pengangkutan dan lain-lain.
Kelemahan sesuatu pusat pelancongan menampung jumlah pelancong yang datang akan
menyebabkan pusat pelancongan tersebut merundum, pelancong tidak berkeinginan
untuk datang semula, menjejaskan pendapatan penduduk setempat sekaligus
menjatuhkan ekonomi negara. Kehadiran pelancong yang ramai tidak dapat ditampung
disebabkan kekurangan fasiliti dan keperluan sebagai seorang pelancong yang telah
datang melaburkan duit mereka bermula dari kos pengangkutan seperti bot dan feri ke
pulau tersebut.
Meskipun sektor pembangunan adalah penting, namun kajian yang dilakukan di
Pulau Okinawa, ekonomi pulau kecil ini berkembang pesat ekoran struktur pulau yang
kecil memudahkan aktiviti penjagaan sumber alamnya dan kurang eksploitasi sumber
alam untuk dieksport (Hiroshi Kakazu 2007).
Menurut kajian Jabil Mapjabil et al. (2014) sektor pembangunan adalah terhad
akibat kekurangan kawasan tanah datar, sehingga menyebabkan para pemaju terpaksa
membina chalet di cerun tinggi. Hal ini sekaligus dapat meningkatkan risiko hakisan
dan pencemaran air. Sebagai contoh, pembangunan dan kemudahan tempat peranginan
di Pulau Redang Berjaya telah menyebabkan pemotongan cerun berlaku serta ia turut
memberi kesan negatif kepada manusia.
Kajian Jhonson (2015) di Kabupaten Samosir menunjukkan kekurangan
pelancong yang datang di pusat pelancongan itu kerana pembangunan infrastruktur
pelancongan yang kurang memuaskan. Oleh itu, kurang daya tarikan yang dapat
diberikan kepada pelancong serta pelancong beranggapan tidak ada kualiti yang baik
melakukan aktiviti pelancongan di destinasi tersebut.
36
3.5 CADANGAN INISIATIF BAGI MENJADIKAN PULAU SEBAGAI SEBUAH
DESTINASI PELANCONGAN TEMPATAN YANG MESRA PELANCONG
Pengkaji juga melihat kajian lepas berkaitan cadangan inisiatif yang dijalankan di pusat
pelancongan pulau dari segi perundangan dan bukan perundangan bagi menjadikan
pulau sebagai sebuah destinasi pelancongan tempatan yang mesra pelancong serta
menjamin kesejahteraan semua meliputi pelbagai aspek.
3.5.1 Langkah Perundangan
Azizan Marzuki (2010), kerajaan telah menubuhkan Syarikat Pembangunan
Pelancongan atau Tourist Development Corporation (TDC) pada 1972 yang bertujuan
untuk melaksanakan dasar pembangunan pelancongan pertama negara yang lebih
dikenali sebagai Pelan Pembangunan Pelancongan 1975. Kerajaan juga telah
menaiktaraf Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan (1987) kepada Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia (1990) bagi merancakkan lagi
pembangunan industri pelancongan negara. Hal ini menunjukkan betapa serius pihak
kerajaan dalam mengkelola sektor pelancongan yang mampu mengangkat ekonomi
negara ke tahap antarabangsa mahupun dalam kalangan pelancong tempatan sendiri
(Azizan Marzuki 2010).
Goh et al. (2014) mengutarakan kepentingan Penilaian Impak Alam Sekitar atau
Environmental Impact Assessment (EIA) sebagai perancang sebelum melakukan
pembangunan di sesebuah kawasan. Situasi di Pulau Perhentian yang tidak
mensyaratkan perancang EIA sebelum melakukan pembinaan di situ telah
menyebabkan berlaku kemerosotan sistem pembentung, pembuangan sisa pepejalyang
tidak teratur dan sistem kumbahan pada tahap yang tidak memuaskan. Jelaslah bahawa
perancangan EIA hendaklah dipandang serius oleh semua pihak bagi mengekalkan
tarikan semula jadi di destinasi pelancongan pulau khususnya terjamin.
Wabak Covid-19 merupakan antara punca utama yang kritikal di mata dunia
pelancongan kerana selain menjamin kesihatan semua pihak, kemasukan pelancong luar
ke dalam negara mahupun kebebasan pelancong tempatan untuk melakukan aktiviti luar
adalah terbatas. Pihak Kementerian Kesihatan khususnya hendaklah sentiasa peka
dengan mengeluarkan garis panduan penjagaan kesihatan. Berikutan wabak yang
menular ini, pakej-pakej pelancongan terpaksa dibatalkan. Anggaran kerugian
keseluruhan dalam sektor pelancongan mulai Januari hingga Februari 2020 adalah
sebanyak RM3.37 billion. Kerajaan menganggarkan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) Malaysia menurun sebanyak 0.8 peratus hingga 1.2 peratus, iaitu penurunan
sebanyak RM10.8 billion hingga RM17.3 billion. Namun demikian, meskipun kerajaan
menyedari akan hal ini, kerajaan haruslah terus memastikan pakej rangsangan ekonomi
sentiasa dipantau dari segi pelaksanaannya dari semasa ke semasa (Muhyiddin Yassin
2020).
37
3.5.2 Langkah Bukan Perundangan
Menurut Unit Perancang Ekonomi (1991) dalam Rancangan Malaysia ke-5 (RMK-5:
1986-1990), kerajaan telah mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas untuk para
pelancong di seluruh negara seperti menaiktaraf jeti pelancongan di Kuala Tahan, Pulau
Langkawi dan Pulau Tioman. Kerajaan juga telah membaiki kemudahan sedia ada di
taman-taman negara serta kerajaan telah menaiktaraf Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bagi menampung
kemasukan pelancong asing yang kian bertambah sebagai inisiatif ketika itu untuk masa
hadapan.
Terdapat banyak pembangunan pesat yang berlaku di kawasan pelancongan
pulau seperti Pulau Pinang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi (Jamudin Idris & Fariza
Uzmat 2012). Pembangunan yang pesat ini berlaku kerana permintaan pelancong yang
tinggi di destinasi di samping kekayaan alam semula jadi yang cantik.
Amal Hayati et al. (2010) penulis telah melihat bahawa sektor pelancongan
Malaysia mampu berdaya saing dan berkembang dengan lebih baik apabila kerajaan
mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan aktiviti serta produk pelancongan
yang mampu menarik lebih ramai pelancong. Kajian Dziatul Nadiah & Syazleen
Zakaria (2017) pula mencadangkan untuk membuka peluang dalam membuat
penambahbaikan terhadap perkhidmatan dan kemudahan di Kilim Karst Geoforest Park
(KKGP), Langkawi terutamanya bahagian pengurusan, perancang dan perkhidmatan
yang disediakan.
Kejayaan program Tahun Melawat Malaysia 2007 yang dijalankan pihak
Kerajaan Persekutuan sempena sambutan Jubli emas kemerdekaan Malaysia yang ke-
50 telah berjaya meningkatkan jumlah kehadiran pelancong di Malaysia (Adnan &
Mohd Al Hafiz 2013). Oleh itu, pelbagai program seperti Tahun Melawat Malaysia
haruslah dilaksanakan setiap tahun bagi menarik jumlah pelancong. Kajian ini disokong
oleh Jabil Mapjabil et al. (2014), jumlah pelancong di Pulau Pangkor meningkat dari
tahun 2004 sehingga 2009 disebabkan adanya inisiatif dan perancangan yang dijalankan
oleh pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Pembandaran Manjung dan kerajaan negeri
yang menganjurkan aktiviti bagi menarik lebih ramai pelancong contohnya seperti
Tahun Melawat Perak 2012 dan Pesta Laut Pangkor dan Lumut 2012. Pelbagai
kemudahan dan aktiviti yang menarik telah meraih perhatian pelancong untuk datang
melancong di destinasi tersebut.
Di samping itu, kajian Jabil Mapjabil et al. (2014) memberi cadangan agar pihak
berkepentingan meningkatkan kemudahan asas seperti kemudahan tong sampah di
kawasan pantai, kemudahan ATM, farmasi dan tandas awam di Pulau Pangkor.
Muhammad Faiz Ramli & Hanizah Idris (2016) pula mencadangkan garis panduan
melalui Pelan Ekopelancongan Kebangsaan dalam membentuk pembangunan
pelancongan mampan yang boleh digunakan dalam mengurangkan kesan negatif hasil
dari proses pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian. Garis panduan adalah
strategi atau plan yang paling penting dalam menjalankan sesuatu perkara agar tidak
berlaku penyelewengan dan pembangunan dapat dijalankan mengikut garis panduan
yang lebih tersusun. Kesannya, sektor pelancongan termasuklah dari segi kemasukan
38
pelancong atau daya tampung fizikal sesebuah destinasi pelancongan pulau khususnya
dapat dikawal dengan lebih strategik dan efisien.
3.6 KERANGKA TEORITIKAL
Cabaran Daya Tampung Fizikal Destinasi Pelancon
Definisi Tahap Keupayaan Daya Tampung C
Pelancong 1. Had jumlah pelancong di 1
Pelancongan sesuatu destinasi pelancongan p
Daya tampung fizikal pulau m
Motivasi pelancong 2. Kepentingan kemudahan ta
Kemudahan destinasi tempat penginapan 2
3. Kepentingan kemudahan p
awam 3
4. Kesan lebihan pelancong 4
terhadap kebersihan 5
5. Kepentingan premis
perniagaan makanan
Rajah 3.1 Kerangk
Diolah Semula Daripada Johan Afendi & Zaki Ahmad (2011), Adnan & M
& Hassim Mat (2014). Morgan et al. (2016), Dziatul Nadiah & Syazleen
ngan Terhadap Keperluan Pelancong Tempatan
Cabaran Daya Tampung Fizikal Inisiatif
1. Contoh destinasi 1. Langkah perundangan
pelancongan lain yang yang telah dilaksanakan -
mengalami ketepuan daya berkesan atau tidak
ampung fizikal 2. Langkah bukan
2. Trend atau jangka masa perundangan - cadangan
pelancong yang datang penambahbaikan dari
3. Kesesakan pelancong responden
4. Keselesaan pelancong
5. Keperluan pelancong
ka Teoritikal Kajian
Mohd Al Hafiz (2013), Jabil Mapjabil et al. (2014), Azizan Marzuki
Zakaria (2017), Nuradila Azhar & Habibah Ahmad (2019).
39
40
3.7 KESIMPULAN
Secara tuntasnya, aktiviti pelancongan di destinasi kepulauan telah mendapat banyak
sokongan dari pelbagai penyelidikan dari seluruh pelusuk dunia ekoran sikap
keprihatinan semua pihak dalam menjaga kualiti sektor pelancongan pulau ini. Sektor
pelancongan pulau ini telah memberi banyak kelebihan terutamanya kepada ekonomi
sesebuah negara di samping dapat membantu meningkatkan peluang pekerjaan kepada
penduduk setempat dan memberi ruang kepada pelancong untuk memilih destinasi
percutian yang diidamkan. Pelancongan pulau mendapat tempat di hati pelancong
ekoran kawasan pemandangannya yang indah dan dapat menghilangkan tekanan
kepada para pelancong yang datang. Namun begitu, kebanjiran pelancong yang terlalu
ramai sehingga menyebabkan berlaku kerosakan dan kekurangan kemudahan akan
menimbulkan ketidakselesaan kepada para pelancong sekaligus merendahkan motivasi
pelancong untuk datang melancong semula ke destinasi tersebut. Terdapat pelbagai
faktor pendorong lain yang menyebabkan berlaku lambakan pelancong ke destinasi
pulau pada suatu-suatu masa tersebut dan terdapat cabaran serta langkah yang harus
diambil berat oleh pihak berkepentingan. Pelbagai inisiatif yang telah dan sedang
dilakukan oleh pihak berkaitan ini bagi menjamin kelestarian pelancongan pulau di
seluruh Malaysia amnya.
BAB IV
TAHAP KEUPAYAAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL DI PULAU PANGKOR
4.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan dengan lebih terperinci mengenai ciri profil dan latar belakang
pelancong. Penerangan tentang latar belakang semasa pelancong ini berdasarkan kepada
hasil analisis statistik deskriptif yang akan menyatakan secara umum mengenai
persekitaran semasa dalam kalangan pelancong tempatan di Teluk Nipah, Pulau
Pangkor khususnya. Secara umumnya, bahagian yang akan dianalisis dan dihuraikan
dalam bab ini adalah dari segi demografi pelancong, status sosioekonomi pelancong,
serta respon pelancong terhadap pelancongan di Pulau Pangkor sebagai destinasi pilihan
secara keseluruhannya.
4.2 LATAR BELAKANG PELANCONG
Bahagian ini menceritakan tentang latar belakang sosial dan ekonomi pelancong yang
menunjukkan beberapa aspek penting dalam ciri demografi seperti jantina, umur dan
bangsa. Aspek ekonomi pula terdiri daripada jenis pekerjaan, dan pendapatan. Kajian
ini melibatkan seramai 76 orang yang terdiri daripada pelancong tempatan dan pekerja
di Pulau Pangkor sekitar Teluk Nipah. Mereka adalah dalam kalangan pelancong dan
pekerja di Pulau Pangkor pada waktu pengkaji menjalankan kaedah pemerhatian secara
kajian lapangan dan juga terdiri daripada pelancong yang pernah melancong di Pulau
Pangkor pada suatu masa dahulu. Kekangan mendapatkan info adalah disebabkan isu
penularan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh
negara untuk kesejahteraan rakyatnya. Oleh itu, statistik pelancong memberi kesan
kepada daya tampung fizikal terhadap jumlah pelancong sebenar pada waktu-waktu
biasa di Pulau Pangkor.
4.2.1 Demografi Pelancong
Bahagian ini membincangkan tentang kekerapan dan peratusan demografi yang terdiri
daripada pelancong tempatan di Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Hasil analisis kajian
mendapati sebanyak 26.3 peratus pelancong terdiri daripada golongan lelaki manakala
73.7 peratus pelancong terdiri daripada golongan perempuan. Perbezaan yang ketara
antara pelancong lelaki dan perempuan ini adalah disebabkan oleh golongan wanita
lebih gemar melancong berbanding lelaki bagi menghilangkan tekanan dan bercuti
bersama-sama rakan dan orang tersayang.
Aktiviti pelancongan sememangnya sinonim dengan golongan muda yanglebih
gemar melakukan aktiviti pelancongan berbanding golongan yang lebih berusia. Hal ini
terbukti dengan peratusan sebanyak 85.5 peratus pelancong adalah tergolong di dalam
42
kumpulan umur 18 hingga 25 tahun berbanding kumpulan umur 26 hingga 30 tahun
hanyalah 7.9 peratus pelancong. Bagi kumpulan umur 31 hingga 40 tahun pula hanya
sebanyak 5.3 peratus pelancong. Manakala kumpulan umur 41 hingga 50 tahun
menunjukkan jumlah paling terendah iaitu hanya 1.3 peratus pelancong sahaja. Namun
begitu, kumpulan umur 51 tahun dan ke atas didapati tidak melakukan perjalanan ke
Pulau Pangkor mengikut hasil kutipan kajian ketika pengkaji melakukan kajian
lapangan.
Menyelusuri kekerapan dan peratusan mengikut kumpulan umur ini, secara
keseluruhannya pelancong yang gemar datang ke Pulau Pangkor terdiri daripada
golongan muda. Namun begitu, maklumat daripada pemboleh ubah ini tidak boleh
diterima seratus peratus kerana terdapat kekangan menemubual dan mendapatkan
maklumat dari pelancong ekoran isu penularan Covid-19 yang melanda seluruh dunia
dan semakin serius di Malaysia semenjak akhir bulan Mac tahun 2020. Isu ini juga telah
mengganggu aktiviti pelancongan kerana terdapat sekatan keluar masuk pelancong
dalam dan luar negara. Oleh itu, pelancong yang terdapat di Pulau Pangkor ketika kajian
lapangan dilakukan tidak berjaya mencapai jumlah sebenar yang diperlukan
menyebabkan pengkaji mengambil inisiatif lain dengan cara mengambil maklumat dari
pelancong yang tergolong daripada kumpulan pelajar yang pernah pergi ke Pulau
Pangkor suatu masa dahulu. Maka, hasil kajian menunjukkan lebih ramai pelancong
dalam golongan muda yang melancong di Pulau Pangkor berbanding golongan yang
lebih berusia.
Menurut Jadual 4.1, kajian ciri demografi pelancongan di Teluk Nipah
membuktikan bangsa Melayu merupakan kumpulan majoriti iaitu dengan peratusan
sebanyak 94.7 peratus adalah pelancong berbangsa Melayu. Manakala kumpulan
bangsa Cina sebanyak 2.6 peratus dan hanya 1.3 peratus masing-masing bagi kumpulan
bangsa India dan lain-lain bangsa yang gemar melancong serta menginap di Teluk
Nipah, Pulau Pangkor. Menurut kajian Norasmah Othman et al. (2012), majoriti kaum
Melayu lebih gemar memilih Teluk Nipah berbanding kawasan lain kerana Teluk Nipah
merupakan lokasi majoriti kaum Melayu yang bekerja secara langsung dalam aktiviti
selaman skuba dan snorkeling manakala kaum Cina dan India pula, kebanyakannya
terlibat dengan aktiviti perniagaan di kawasan pekan Pulau Pangkor. Ia mempengaruhi
secara langsung dan tidak langsung kerana masyarakat merupakan subjek atau entiti
yang menerima kesan utama dalam setiap perubahan persekitarannya agar mudah
menyesuaikan diri di kawasan petempatan sekaum.
43
Jadual 4.1 Ciri demografi pelancong
Kategori Kekerapan Peratusan (%)
Jantina 20 26.3
Lelaki 56 73.7
Perempuan 76 100
Jumlah
85.5
Umur 65 7.9
18 - 25 tahun 6 5.3
26 - 30 tahun 4 1.3
31 - 40 tahun 1 0
41 - 50 tahun 0 100
51 tahun dan ke atas 76
Jumlah 94.7
2.6
Bangsa 72 1.3
Melayu 2 1.3
Cina 1 100
India 1
Lain-lain 76
Jumlah
Sumber: Kajian Lapangan (2020).
4.2.2 Status Sosioekonomi Pelancong
Pengkaji mengambil inisiatif untuk mengambil pelajar yang pernah melancong di Pulau
Pangkor sebagai informan dan kajian menunjukkan tidak ramai pelancong melakukan
perjalanan di Pulau Pangkor pada musim persekolahan iaitu pada ketika kajian lapangan
dilakukan, namun terdapat segelintir daripada mereka yang melakukan aktiviti
pelancongan kerana ingin menghilangkan stress dan meluangkan masa bersama rakan
dengan kajian masing-masing mencatatkan sebanyak 10.5 peratus pelancong
melancong di Pulau Pangkor pada musim persekolahan. Di samping itu, 1.3 peratus
pelancong yang datang ke Pulau Pangkor adalah atas urusan kerja. Selain itu, peratusan
pelajar yang melancong di Pulau Pangkor adalah tinggi kerana kebanyakan pelajar
melakukan aktiviti pelajar. Pengkaji mendapati kedudukan kedua tertinggi sebanyak
21.1 peratus adalah kerana faktor aktiviti pelajar yang dijalankan seperti kem sambil
belajar serta percutian bajet yang lebih berpatutan dan bersesuaian dijalankan di Pulau
Pangkor. Kajian lapangan turut mendapati majoriti pelancong yang melancong di Pulau
Pangkor adalah atas urusan meluangkan masa bersama keluarga iaitu sebanyak 56.6
peratus dari keseluruhan pelancong.
Majoriti pelancong adalah golongan pelajar iaitu sebanyak 81.6 peratus
berikutan kekangan mendapatkan pelancong tempatan di Pulau Pangkor akibat risiko
jangkitan Covid-19. Bagi pelancong yang bekerja dalam sektor kerajaan adalah
sebanyak 10.5 peratus, berbanding sektor swasta sebanyak 6.6 peratus, dan yang bekerja
sendiri mencatatkan hanya 1.3 peratus pelancong sahaja. Kajian ini juga mendapati tiada
dapatan bagi pelancong yang sudah bersara dan tiada pekerjaan. Tambahan pula
44
dapatan kajian sebanyak 72.4 peratus pelancong tiada pendapatan menyebabkan
kemungkinan besar pelancong mengalami masalah kewangan yang tidak mengizinkan
mereka untuk pergi melancong. Hal ini juga berkemungkinan berkait dengan faktor
keselamatan dan kesihatan bagi golongan yang sudah berusia ditambah pula ketika
wabak Covid-19 sedang melanda di seluruh negara membataskan mereka untuk
melakukan aktiviti pelancongan pada waktu tersebut.
Jadual 4.2 Status sosioekonomi pelancong
Status Sosioekonomi Pelancong Kekerapan Peratusan (%)
Pekerjaan
Kerajaan 8 10.5
Swasta 5 6.6
Bekerja Sendiri 1 1.3
Pelajar 62 81.6
Bersara 0 0
Tidak Bekerja 0 0
Jumlah 76 100
Pendapatan 55 72.4
Tiada Pendapatan 7 9.2
RM600-RM1000 1 1.3
RM1001-RM2000 6 7.9
RM2001-RM3000 4 5.3
RM3001-RM5000 3 3.9
RM5001-RM10,000 76 100
Jumlah
Sumber: Kajian Lapangan (2020).
Seterusnya, majoriti pelancong di Pulau Pangkor akan menginap di kawasan
penginapan yang disediakan dengan pembuktian sebanyak 81.6 peratus pelancong
mengambil tempoh bercuti selama 2 hingga 3 hari. Namun begitu kajian mendapati
sebanyak 5.3 peratus dan 1.3 peratus pelancong memilih untuk menginap selama
seminggu dan lebih seminggu di Pulau Pangkor terutamanya di kawasan Teluk Nipah.
Tambahan pula, sebahagian kecil lagi iaitu sebanyak 11.8 peratus pelancong memilih
tempoh bercuti hanya sehari dan tidak menginap. Hal ini juga disebabkan oleh aktiviti
yang disediakan di Pulau Pangkor adalah kurang menyebabkan para pelancong mudah
berasa bosan dan memilih untuk tidak berlama-lama di pulau tersebut.
Tambahan pula, majoriti pelancong adalah terdiri daripada pelancong yang
pertama kali dan lebih dari dua kali kekerapan datang di Pulau Pangkor dengan catatan
kajian masing-masing sebanyak 48.7 peratus dan 42.1 peratus pelancong. Manakala,
minoriti adalah sebanyak 9.2 peratus pelancong menunjukkan sudah kerap kali
berkunjung dan melancong di Pulau Pangkor. Menurut Jabil Mapjabil et al. (2015),
majoriti pelancong yang datang ke Pulau Pangkor pada pertama kali kerana terpengaruh
dengan pakej percutian yang ditawarkan oleh ejen pelancongan tanpa mengetahui
situasi sebenar di destinasi pelancongan tersebut. Kajian ini disokong lagi dengan kajian
Rosmadi Fauzi et al. (2016) iaitu selain dari aspek kedekatannya dengan bandar raya
Kuala Lumpur, pulau ini menjadi satu daya penarik dari sudut pandangan fizikal pulau
45
kerana keindahan pantai pulau yang masih terpelihara serta memberi ketenangan dan
kedamaian kepada para pelancongnya.
Secara keseluruhannya, majoriti pelancong berkeinginan untuk memilih Pulau
Pangkor sebagai destinasi percutian dengan catatan kajian sebanyak 89.5 peratus
pelancong bersetuju berbanding 10.5 peratus pelancong memilih percutian tersebut
sebagai percutian terakhir kali bagi mereka di Pulau Pangkor. Perbezaan dapatan
keseluruhan yang dipilih oleh pelancong ini adalah disebabkan oleh perbezaan pendapat
dan personal individu terhadap keperluan yang dirasai perlu oleh mereka sedangkan
majoriti yang lain tidak menunjukkan ianya suatu hal yang boleh diperbesarkan.
Dapatan kajian ini dapat dijelaskan dengan lebih terperinci dengan mengambil kira
tahap kepuasan hati pelancong terhadap tahap kebolehtampungan fizikal Pulau Pangkor
sebagai destinasi percutian serta cabaran yang dihadapainya.
4.3 TAHAP KEUPAYAAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL DI PULAU PANGKOR
Pandangan terhadap tahap keupayaan daya tampung fizikal ini diukur dengan
menggunakan lima skala likert dalam borang soal selidik iaitu:
1. Sangat Tidak Setuju: Tahap pelancong terhadap keupayaan daya
tampung fizikal atau kemudahan yang diberikan di Teluk Nipah sangat
teruk dan perlu penambahbaikan.
2. Tidak Setuju: Tahap pandangan pelancong terhadap keupayaan daya
tampung fizikal atau kemudahan yang diberikan di Teluk Nipah belum
mencapai tahap yang memuaskan dan perlu penambahbaikan.
3. Tidak Pasti: Pelancong tidak mengetahui atau kurang pengetahuan
tentang kemudahan yang dimaksudkan di Teluk Nipah.
4. Setuju: Tahap pandangan pelancong terhadap keupayaan daya tampung
fizikal atau kemudahan yang diberikan di Teluk Nipah adalah baik tetapi
perlu penambahbaikan untuk lebih sempurna.
5. Sangat Setuju: Tahap pandangan pelancong terhadap keupayaan daya
tampung fizikal atau kemudahan yang diberikan di Teluk Nipah adalah
baik dan memuaskan.
Namun begitu, perbincangan dilakukan berdasarkan kepada skor min yang telah
dianalisis daripada hasil skala likert tersebut. Penggunaan nilai skor min adalah untuk
mendapatkan keputusan purata daripada keseluruhan pandangan yang diberikan oleh
pelancong. Nilai skor min pula dibahagikan kepada tiga jenis. Tujuan utama penilaian
ini dilakukan untuk melihat kepuasan dan keselesaan pelancong tempatan terhadap
kebolehtampungan daya fizikal atau kemudahan asas yang terdapat di Teluk Nipah dan
menilai sama ada keperluan yang disediakan dari segi perkhidmatan fizikal tersebut
mencukupi dan mencapai tahap kepuasan hati pelancong mahupun tidak. Perkara ini
diukur melalui pelbagai situasi termasuklah dari segi lambakan pelancong dalam suatu