46
masa, tempat penginapan, kemudahan awam, hospitaliti, dan premis perniagaan
makanan yang dapat mempengaruhi keperluan dan tahap kepuasan hati pelancong sama
ada mencukupi mahupun tidak seterusnya mendorong mereka untuk terus memilih
Teluk Nipah, Pulau Pangkor sebagai destinasi pelancongan pada masa akan datang.
4.3.1 Lambakan Pelancong dalam Suatu Masa
Lambakan pelancong dalam suatu masa dapat mempengaruhi tahap daya
kebolehtampungan fizikal sama ada ianya sesuai mahupun tidak untuk menampung
keperluan fizikal sebagai seorang pelancong di Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Lambakan
pelancong ini dapat diukur dalam beberapa situasi sama ada pelancong gemar
melancong pada musim cuti sekolah, perayaan atau cuti umum, pelancongan merupakan
aktiviti untuk bersama keluarga dan bermalam, serta pelancong terdiri daripada ahli
rakan kerja-kerja pembangunan.
Dapatan kajian (Jadual 4.3) menunjukkan nilai min bagi lambakan pelancong
pada musim cuti sekolah, perayaan dan cuti umum adalah mencatatkan skor sederhana
dengan nilai 3.34. Manakala nilai sisihan piawainya adalah 1.17. Meskipun begitu, hasil
data yang diperoleh adalah kesan sampingan daripada kes wabak Covid-19. Menurut
salah seorang pekerja di sebuah pusat penginapan Teluk Nipah, semenjak cuti sekolah
iaitu Disember tahun 2019, jumlah pelancong kian menurun akibat Covid-19 yang
menyebabkan masyarakat lebih berhati-hati dalam menjaga keselamatan diri dan
keluarga.
Seterusnya, terdapat antara pelancong yang menyebabkan lambakan pelancong
pada suatu masa kerana mereka akan melakukan percutian atau team building bersama
rakan kerja dengan hasil kajian yang menunjukkan nilai min sederhana iaitu nilai 3.09.
Manakala nilai sisihan piawai adalah 1.40. Menurut pemerhatian pengkaji, projek
pembinaan di pekan Pulau Pangkor masih di dalam proses. Hal ini menyebabkan ketua
dan ahli projek pembangunan akan melawat kawasan berkenaan dan memilih untuk
menginap di Pulau Pangkor. Namun begitu, dapatan hasil menunjukkan kadar yang
sederhana. Hal ini demikian menunjukkan tidak semua antara mereka memilih Teluk
Nipah sebagai lokasi penginapan kerana ia terletak jauh dari kawasan pembangunan
iaitu di Pekan Pulau Pangkor.
Namun begitu, kajian mendapati lambakan pelancong dalam suatu masa adalah
tinggi disebabkan oleh pelancong datang dalam kelompok keluarga dan memilih untuk
bermalam di Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Hal ini dibuktikan dengan jumlah min yang
tinggi iaitu nilai 3.67 dan sisihan piawai iaitu 1.36. Kebanyakan pelancong terdiri
daripada kelompok keluarga yang menjalankan aktiviti pelancongan bersama iaitu
sebanyak 43 peratus pelancong bersetuju untuk meluangkan masa bersama keluarga
berbanding dengan yang lain melalui pelancongan.
Berdasarkan hasil analisis statistik inferensi di dalam Jadual 4.3 iaitu ujian
korelasi antara pembolehubah pendapatan dengan lambakan pelancong pada musim cuti
sekolah atau perayaan atau cuti umum menunjukkan terdapat hubungan negatif antara
kedua-dua pemboleh ubah tersebut di mana pekali korelasi ialah -.121 dan
47
p=0.05. Keadaan ini membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi
kedua-dua pembolehubah tersebut. Pendapatan pelancong dan punca lambakan
pelancong pada suatu masa menunjukkan hubungan yang lemah kerana nilai pekali
korelasi adalah hampir dengan 0 dan nilainya adalah negatif. Semakin tinggi
pendapatan, semakin tinggi lambakan pelancong pada musim cuti sekolah, perayaan
dan cuti umum. Oleh itu, dapatan hasil menunjukkan bahawa lambakan pelancong ke
Pulau Pangkor ini bukan disebabkan oleh pelancong mempunyai pendapatan yang
tinggi semata-mata. Namun, pelancong yang mempunyai gaji sederhana mahupun
rendah turut berkemampuan untuk melakukan perjalanan atau percutian di Pulau
Pangkor.
Jadual 4.3 Lambakan pelancong dalam suatu masa di Pulau Pangkor
Lambakan Pelancong Dalam Min STD
Suatu Masa 3.3421 1.17249
3.6711 1.36028
Musim cuti 3.0921 1.39693
sekolah/perayaan/umum
Datang bersama keluarga dan
bermalam
Datang bersama rakan kerja untuk
team building/bercuti
Sumber: Data Analisis Kajian Lapangan (SPSS 2020).
4.3.2 Tempat Penginapan
Tempat penginapan adalah fasiliti penting bagi pelancong yang datang melancong
kerana majoriti pelancong yang datang akan memilih untuk menginap di Teluk Nipah.
Pelancong memilih untuk menginap sekurang-kurangnya satu malam kerana waktu
perjalanan yang membabitkan pergerakan bas dan feri akan mengambil masa yang lama
dan memenatkan terutama bagi pelancong yang datang dari jauh. Hal ini menyebabkan
mereka mengambil pilihan untuk menginap di tempat penginapan yang disediakan di
Pulau Pangkor khususnya di lokasi penginapan Teluk Nipah.
Lokasi kajian iaitu Teluk Nipah merupakan antara salah satu lokasi yang
menyediakan perkhidmatan penginapan mampu milik yang banyak dan pelbagai di
samping lokasinya yang berhampiran dengan keindahan laut telah menarik lebih ramai
pelancong. Namun begitu, ekoran permintaan yang tinggi daripada para pelancong
dalam suatu-suatu masa, kemudahan tempat penginapan tersebut berkemungkinan
mengalami tekanan kekosongan tempat untuk disediakan kepada pelancong. Oleh itu,
kajian ini dijalankan bagi menilai sendiri tahap kebolehtampungan fizikal yang mampu
ditampung di Teluk Nipah, Pulau Pangkor seterusnya membuktikan kenyataan berikut
adalah benar atau salah.
Melalui Jadual 4.4, kajian mendapati majoriti pelancong akan membuat
tempahan awal bagi tempat penginapan sebelum melakukan perjalanan ke Pulau
Pangkor dan memilih Teluk Nipah sebagai lokasi tempat penginapan. Hal ini dibuktikan
dengan nilai min yang tinggi iaitu 4.01 dan sisihan piawai iaitu 1.09. Manakala ujian
Korelasi Spearman menunjukkan hubungan positif yang kuat di mana nilai pekali
48
korelasi iaitu .366 dan p<0.01. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
antara kedua-dua pembolehubah.
Jadual 4.4 Tempat penginapan
Tempat penginapan Min STD
Sering membuat tempahan awal 4.0132 1.08926
Memilih khemah bagi aktiviti berkumpulan 2.8026 1.28602
Teluk Nipah pilihan utama 3.6400 1.02192
Sumber: Data Analisis Kajian Lapangan (SPSS 2020).
4.3.3 Kemudahan Awam
Berikut merupakan dapatan kebolehtampungan kemudahan awam yang disediakan di
Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Kemudahan awam atau fasiliti yang dikaji adalah tandas
awam, bilik persalinan, serta kemudahan bangku atau kerusi yang terdapat di sekitar
Teluk Nipah. Kemudahan fasiliti juga termasuklah seperti kemudahan tong sampah di
sekitar pulau, kemudahan ATM, farmasi dan sebagainya (Rosmadi Fauzi et al. 2016).
Di dalam memenuhi keperluan pelancong sekaligus meraih sokongan mereka, aspek
kemudahan awam adalah sangat penting dan mesti dipenuhi sebagai sebuah destinasi
pelancongan yang mampan. Tanpa kepuasan hati para pelancong, sesebuah kawasan itu
akan mengalami kesukaran menerima kunjungan pelancong yang sama buat kesekian
kali.
Dapatan kajian menunjukkan nilai sederhana iaitu nilai min 3.54 bagi
kemudahan tandas awam. Nilai sisihan piawai pula adalah 0.86. Hal ini menujukkan
bahawa pelancong berpuas hati dan dapat menggunakan perkhidmatan tandas awam
iaitu tandas selain di dalam bilik penginapan tanpa perlu berpusu-pusu dengan orang
ramai. Menurut salah seorang pelancong yang ditemubual juga, majoriti pelancong akan
menggunakan tandas sedia ada di dalam bilik penginapan berbanding tandas awam di
luar bagi menjaga privasi mereka. Meskipun terdapat sebanyak 43.4 peratus pelancong
memilih setuju, namun ramai juga pelancong yang memilih tidak pasti dengan
kemudahan tandas awam sama ada ia disediakan mahupun tidak iaitu dengan catatan
sebanyak 38.2 peratus pelancong. Hal ini menunjukkan bahawa masih terdapat
pelancong yang tidak mengetahui kewujudan tandas awam di luar daripada bilik
penginapan kerana majoriti mereka menggunakan kemudahan tandas di bilik
penginapan masing-masing.
Bagi dapatan kemudahan bilik persalinan awam juga mencatatkan nilai yang
sederhana iaitu nilai 3.36 dan nilai sisihan piawai adalah 0.89. Namun begitu kajian
mendapati majoriti pelancong iaitu sebanyak 40.8 peratus memilih tidak pasti manakala
sebanyak 36.8 peratus orang memilih setuju. Kebiasaannya, kemudahan bilik persalinan
awam adalah bersebelahan atau berdekatan dengan tandas awam. Hasil kajian ini
menunjukkan bahawa pelancong lebih gemar menggunakan bilik penginapan sebagai
tempat persalinan. Manakala bagi pelancong yang menggunakan bilik persalinan awam
tanpa perlu beratur menunggu giliran, kerana mereka merasakan ia lebih sesuai dan
kurang mengotorkan kawasan bilik penginapan angkara air laut yang masin dan
berpasir. Oleh itu, penggunaan kemudahan bilik persalinan mempunyai perbezaan
49
pendapat bagi setiap pelancong. Menurut pemerhatian pengkaji juga, terdapat
kemudahan air paip dan pancuran mandi yang disediakan di dalam sekitar kawasan
kediaman tempat penginapan bagi memudahkan pelancong membersihkan diri sebelum
memasuki bilik.
Seterusnya, kajian mendapati nilai tertinggi bagi kemudahan bangku dankerusi
yang disediakan di sekitar kawasan pulau iaitu nilai yang dicatatkan adalah 3.67. Nilai
sisihan piawai pula adalah 0.93. Nilai yang tinggi adalah kerana majoriti pelancong iaitu
sebanyak 51.3 peratus pelancong memilih setuju bahawa terdapat kemudahan bangku
atau kerusi di sekitar pulau untuk mereka berehat. Sebanyak 19.7 peratus pelancong
pula memilih sangat setuju. Manakala sebanyak 15.8 peratus memilih tidak pasti dan
minoriti memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju iaitu catatan jumlah masing-
masing sebanyak 5.3 peratus dan 3.9 peratus orang pelancong. Menurut pelancong lagi,
meskipun terdapat bangku yang disediakan namun ia tidak banyak dan ada yang dalam
keadaan tidak baik iaitu bangku yang berlubang dan kaki bangku tidak kukuh. Di
samping itu juga, mereka terpaksa berjemur di atas pasir tanpa kerusi dan payung untuk
berteduh. Tidak seperti di kebanyakan kawasan percutian pulau yang menyediakan
bangku berehat di tepi laut yang lebih selesa dan menjaga kebajikan pelancong.
Secara keseluruhannya, kemudahan awam yang disediakan di Teluk Nipah
masih di tahap memuaskan namun perlu penambahbaikan demi kesejahteraan
pelancong.
Jadual 4.5 Kemudahan awam
Kemudahan Awam Min STD
3.5395 .85543
Dapat menggunakan tandas awam tanpa perlu 3.3553 .89000
beratur panjang 3.6711 .92935
Dapat menggunakan bilik persalinan awam
tanpa perlu beratur menunggu giliran
Terdapat bangku dan kerusi di tepi laut untuk
tujuan berehat
Sumber: Data Analisis Kajian Lapangan (SPSS 2020).
4.3.4 Hospitaliti
Jadual 4.6 menunjukkan dapatan analisis statistik deskriptif bagi nilai hospitaliti pekerja
di Pulau Pangkor yang menyebabkan kehadiran pelancong adalah tinggi saban tahun.
Hospitaliti pekerja dapat menjamin tahap kepuasan hati pelancong sekaligus menjadi
punca para pelancong memilih Teluk Nipah, Pulau Pangkor sebagai destinasi pilihan.
Pengkaji membuat penyelidikan mengenai kredibiliti hos atau pekerja tempat
penginapan, penjual tiket, dan agen pelancongan. Tahap hospitaliti dan kredibiliti
pekerja yang mesra pelancong biasanya dipengaruhi oleh tahap kebergantungan atau
permintaan pelancong terhadap sesuatu keperluan mereka.
Kajian mendapati nilai hospitaliti pekerja Pulau Pangkor menunjukkan nilai
tinggi bagi ketiga-tiga data yang dikaji. Bagi perkhidmatan hos atau pekerja tempat
penginapan yang baik mencatatkan majoriti pelancong memilih setuju iaitu dapatan
50
sebanyak 64.5 peratus pelancong dengan nilai min keseluruhan adalah 4.0. Sisihan
piawai pula mencatatkan nilai 0.69. Hasil kajian yang menunjukkan majoriti pelancong
berpuas hati dengan perkhidmatan hos atau pekerja tempat penginapan yang mereka
diami. Hasil ini juga dapat disimpulkan bahawa pelancong tidak bersikap cerewet atas
kemudahan yang disediakan yakni ianya adalah mencukupi keperluan bagi mereka.
Selain itu, analisis statistik deskriptif bagi nilai min penjual tiket yang mesra
pelanggan menunjukkan nilai yang tinggi iaitu nilai 3.93 dan nilai sisihan piawai adalah
0.68. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 64.5 peratus pelancong bersetuju terhadap
kenyataan penjual tiket yang bersikap mesra pelanggan. Situasi ini menunjukkan
tanggapan bahawa pelancong berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan.
Penjual tiket yang mesra pelanggan adalah kerana mereka berasa seronok menerima
ramai pelanggan dan ia menunjukkan kemudahan perkhidmatan tiket yang diberikan
dapat memudahkan perjalanan pelancong dalam mencari tiket sama ada tiket feri, tiket
bas malah mereka juga menyediakan perkhidmatan percutian bajet yang merangkumi
tiket perjalanan pergi dan balik, aktiviti air laut, perkhidmatan sewa kenderaan untuk
bersiar-siar keliling pulau, sarapan pagi, aktiviti barbeku (BBQ) dan pelbagai lagi
dengan satu tiket percutian berharga mampu milik. Di samping itu juga, melalui
permerhatian, pengkaji melihat sendiri keramahan pekerja di sekitar jeti bagi menarik
pelanggan tiket mereka. Jumlah pekerja tersebut yang ramai sekaligus telah
membuktikan bahawa kemudahan yang diberikan tersebut adalah lebih dari cukup untuk
pelancong yang datang.
Begitu juga dengan kajian mengenai agen pelancongan di Pulau Pangkor yang
menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu 3.84 dan nilai sisihan piawai adalah 0.82.
Sebanyak 56.6 peratus responden memilih setuju. Hal ini kerana menurut pelancong,
majoriti pelancong yakin dan pasti akan kredibiliti agen pelancongan adalah bersikap
telus dan jujur dalam perkhidmatan pakej pelancongan yang ditawarkan. Pelancong
tidak perlu khawatir akan tertipu akan perhidmatan yang ditawarkan. Sebagai contoh,
agen pelancongan memberi gambaran keadaan bilik tidur dan bilik air kepada pelancong
semasa urusan tawar-menawar. Sekiranya pekerja tersebut berbohong, hal ini sekaligus
membuktikan bahawa kadar kepincangan terhadap kemudahan yang disediakan adalah
di tahap tidak memuaskan. Namun begitu, kenyataan ini adalah tidak benar kerana
majoriti agen pelancongan bersikap telus terhadap apa yang ditawarkan kepada
pelancong atau pelanggannya. Oleh itu, pelancong yang pertama kali datang khususnya
tidak perlu risau dan tidak bimbang tersalah pilihan semasa proses tawar- menawar
misalnya tempat penginapan secara atas talian.
Secara keseluruhannya, majoriti responden berpuas hati dengan perkhidmatan
hospitaliti yang disediakan oleh pekerja di Pulau Pangkorkhususnya di lokasi tumpuan
kajian iaitu Teluk Nipah. Namun begitu, setiap perkhidmatan dan kemudahan hendaklah
ditambahbaik dari semasa ke semasa agar mampu menarik pelancong untuk
mendapatkan sebuah pelancongan yang lebih berkualiti. Berikut adalah Jadual 4.6 yang
menunjukkan dapatan hasil bagi hospitaliti pekerja.
51
Jadual 4.6 Hospitaliti
Hospitaliti Min STD
4.0000 .69282
Hos/pekerja hotel atau bilik 3.9342 .67991
penginapan yang baik 3.8421 .81736
Penjual tiket mesra pelanggan
Agen pelancongan yang
telus/baik
Sumber: Data Analisis Kajian Lapangan (SPSS 2020).
4.3.5 Premis Perniagaan Makanan
Berikut menunjukkan hasil analisis statistik deskriptif terhadap kemudahan premis
perniagaan makanan di Teluk Nipah, Pulau Pangkor. Menerusi isu ini, pengkaji
mengemukakan beberapa pertanyaan terutamanya “adakah pelancong mudah mencari
makanan pada waktu siang dan malam serta adakah terdapat perkhidmatan
penghantaran makanan di kawasan penginapan atau bilik pada waktu siang dan malam”
dalam menilai daya tampung terhadap kemudahan yang amat penting bagi seseorang
pelancong terutamanya berhampiran kawasan penginapan mereka. Perbezaan skop
soalan pada waktu siang dan malam adalah kerana meskipun terdapat banyak makanan
pada waktu siang, ia tidak dapat menjamin situasi yang sama pada waktu malam atas
sebab beberapa hal seperti peniaga ingin berehat dan kurang pelanggan pada waktu
malam berbanding siang. Maka, pengkaji ingin menilai kewujudan daya
kebolehtampungan perkhidmatan makanan bagi memenuhi keperluan para pelancong.
Dapatan kajian bagi pelancong mudah mencari makanan pada waktu siang
menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu 4.20 dan nilai sisihan piawai adalah 0.80.
Melalui pemerhatian pengkaji, terdapat deretan gerai-gerai makanan dan buah tangan
yang panjang berhadapan antara kawasan penginapan dan laut. Namun begitu, menurut
salah seorang pekerja gerai aksesori, gerai-gerai tersebut hanya dibuka sepenuhnya pada
musim cuti, termasuk setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, serta membabitkan jumlah
pelancong yang ramai. Manakala pada hari biasa iaitu hari Isnin hingga Khamis,
terdapat beberapa buah gerai sahaja yang dibuka. Pilihan juga amat terhad menyebabkan
motivasi pelancong rendah dan tahap kepuasan hati pelancong rendah. Meskipun begitu,
menurut responden semasa temubual semi-struktur dijalankan, pelancong masih dapat
membeli tanpa perlu beratur panjang namun sajian makanan yang dijual tidak menjamin
dapat memenuhi citarasa setiap orang kerana lokasi pilihan yang agak terhad pada hari
minggu umumnya. Hal ini menunjukkan bahawa Teluk Nipah masih berupaya
menampung jumlah pelancong dalam konteks perkhidmatan premis perniagaan
makanan meskipun tidak banyak pilihan gerai makanan yang dibuka. menunjukkan
situasi sebenar deretan kedai makanan dan aksesori tidak banyak dibuka pada hari
minggu menyebabkan suasana menjadi sendu dan tidak meriah untuk menarik minat
pelancong.
Begitu juga dengan nilai min bagi waktu malam menunjukkan pelancong mudah
mencari makanan pada waktu malam di sekitar Teluk Nipah yang mencatatkan nilai
52
yang tinggi namun tahap kepuasan hati pelancong lebih rendah berbanding pada waktu
siang iaitu catatan nilai sebanyak 3.87 dan nilai sisihan piawai iaitu 0.92. Hal ini kerana
menurut pelancong, mereka tidak dapat membuat banyak pilihan terhadap gerai atau
kedai makanan pada waktu malam berbanding waktu siang yang lebih meriah berikutan
kekurangan aktiviti pada waktu malam menyebabkan pelancong lebih memilih untuk
duduk di dalam bilik. Namun begitu, catatan yang tinggi ini juga disebabkan oleh
terdapat segelintir pelancong memilih untuk makan di luar sambil menghirup udara
malam di tepi pantai. Pandangan setiap pelancong adalah berbeza berikutan majoriti
pelancong dapatan kajian yang diambil merupakan pelancong yang melancong di Pulau
Pangkor pada suatu ketika dahulu menyebabkan dapatan kajian adalah majoriti
bersetuju bahawa mereka masih mudah mencari makanan pada waktu malam
termasuklah lewat malam apabila berasa lapar.
Seterusnya, dapatan kajian nilai min bahawa terdapat penghantaran makanan
pada waktu malam di kawasan penginapan menunjukkan nilai yang sederhana. Nilai
min adalah 3.24 dan nilai sisihan piawai adalah 1.00. Hasil kajian mendapati majoriti
pelancong iaitu sebanyak 50.0 peratus pelancong tidak pasti akan kewujudan
perkhidmatan tersebut kepada mereka. Menurut salah seorang pekerja di tempat
penginapan, tiada penghantaran makanan pada waktu malam di kawasan penginapan
yang disediakan oleh mereka. Menurutnya, perkhidmatan tersebut kurang laku
menyebabkan ianya tidak dibuat. Hanya perkhidmatan penghantaran makanan pada
waktu siang terutama sarapan sahaja yang dilakukan. Pelancong juga akan lebih
memilih untuk makan di luar sambil menikmati udara malam berbanding makan di
dalam bilik. Oleh itu, tahap daya tampung bagi pembolehubah ini masih di tahap yang
memuaskan. Jadual 4.7 menunjukkan dapatan hasil kajian bagi premis perniagaan
makanan di Teluk Nipah.
Jadual 4.7 Premis perniagaan makanan
Premis Perniagaan Makanan Min STD
Mudah mencari makanan waktu siang 4.1974 .80033
Mudah mencari makanan waktu malam 3.8667 .92024
Terdapat perkhidmatan penghantaran 3.2368 1.00490
makanan di kawasan penginapan
Sumber: Analisis Data Kajian Lapangan (SPSS 2020).
4.4 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, bab ini telah menerangkan tentang profil dan latar belakang
pelancong yang meliputi ciri demografi, latar belakang sosioekonomi, faktor pelancong
memilih Pulau Pangkor sebagai destinasi percutian, tempoh bercuti, kekerapan datang
serta keinginan datang semula di Pulau Pangkor. Melalui bab ini, pengkaji dapat melihat
tahap kebolehtampungan fizikal di Pulau Pangkor melalui pelbagai aspek. Berdasarkan
keseluruhan dapatan kajian dalam bab ini, didapati bahawa tahap kebolehtampungan
fizikal di Pulau Pangkor masih di tahap yang memuaskan dan boleh menampung
keperluan para pelancongnya tanpa berpihak pada salah satu pihak. Hal ini
menunjukkan bahawa pelancong dapat menggunakan kemudahan, fasiliti atau prasarana
yang disediakan tanpa gangguan dan perebutan.
53
BAB V
CABARAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL DI PULAU PANGKOR
5.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan tentang cabaran melalui tahap kebolehtampungan daya
tampung fizikal di Pulau Pangkor yang menyebabkan pilihan pelancong terhadap
keinginan untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai destinasi pilihan. Hal ini penting
kerana dapat menilai tahap kepuasan pelancong terhadap kebolehtampungan fasiliti di
Teluk Nipah, Pulau Pangkor secara keseluruhan. Tambahan pula, kajian Rosniza Aznie
(2011) menemukan bahawa nilai ambang kepuasan hati pelancong adalah rendah kerana
fasiliti yang disediakan di Pulau Pangkor akan menjadi tepu terutama pada waktu puncak
dan hal ini akan menggugat kelestarian sebuah pelancongan pulau yang mampan di
negara kita.
Perbincangan di dalam bab ini juga melibatkan langkah-langkah serakan seperti
julat, sisihan piawai, dan varians. Selain itu, analisis statistik deskriptif juga dicipta bagi
menggambarkan suatu fenomena yang berlaku supaya dapat menghasilkan maklumat
kuantitatif mengenai aspek yang dikaji. Min ialah purata dalam satu set data manakala
sisihan piawai pula menunjukkan ukuran kepada pembolehubah iaitu sisihan piawai
yang lebih tinggi menunjukkan bahawa terdapat perbezaan ketara sesuatu nilai kes
dalam satu set data berbanding dengan set data yang mengandungi sisihan piawai yang
lebih rendah (Khairul Anuar 2019). Bab ini juga turut menjelaskan tentang hubungan
antara pembolehubah terpilih dengan pembolehubah bersandar menggunakan kaedah
analisis statistik Ujian Anova Sehala dan Korelasi Spearman.
5.2 CABARAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL DI PULAU PANGKOR
Pulau Pangkor adalah sebuah pulau pelancongan yang terkenal, oleh hal yang demikian
cabarannya semakin hebat kerana perlu memberi perhatian yang seimbang kepada
kedua-dua penyediaan permintaan infrastruktur asas dan ekonomi kepada penduduk dan
pengawalan pembangunan dan aktiviti pelancongan yang ditawarkan kepada pelancong
(Jamilah Mohamad & Mariney Mohd Yusoff 2018). Hal ini kerana daya tampung dalam
penyediaan permintaan infrastruktur asas dapat menjamin keutuhan pusat pelancongan
di Pulau Pangkor dalam menarik lebih ramai pelancong dalam mahupun luar negara
bukan sahaja dapat merehatkan badan dan minda malah untuk bersama-sama
menyumbang kepada ekonomi masyarakat setempat dan negara. Oleh hal yang
demikian, kajian ini dijalankan bagi menilai dan menganalisis cabaran yang timbul
sekiranya daya tampung fizikal yang disediakan adalah kurang berkesan termasuklah
dari segi kesesakan pelancong, keselesaan pelancong dan trend kedatangan pelancong
yang dapat mempengaruhi isu ini secara langsung dan tidak langsung.
Bahagian ini dianalisis menggunakan kaedah analisis statistik yang melibatkan
dua kaedah utama iaitu Anova Sehala dan Korelasi Spearman. Ujian Anova Sehala
54
didefinisikan sebagai kaedah statistik yang digunakan untuk menganalisis data yang
melibatkan satu pembolehubah terikat dan satu pembolehubah bebas. Bagi
pembolehubah bebas, ia bertujuan untuk membandingkan tiga atau lebih kategori.
Sebagai contoh, subjek yang berbeza melakukan tiga atau lebih situasi (data nominal)
bagi menguji satu pembolehubah terikat iaitu data interval (Khairul Anuar 2019).
Ujian Korelasi Spearman adalah ujian kecenderungan bukan parametrik yang
melibatkan kaedah analisis statistik yang digunakan untuk melihat perhubungan atau
perkaitan yang signifikan antara dua pembolehubah iaitu pembolehubah bebas dan
pembolehubah terikat. Pengkaji menggunakan kaedah Korelasi Spearman kerana data
berada dalam taburan tidak normal iaitu dalam skala Ordinal (Norizah Aripin et al.
2014). Melalui ujian ini, Hipotesis Nol (H0) adalah semua data dalam siri masa adalah
bebas, manakala Hipotesis Alternatif (H1) akan menunjukkan kehadiran trend
meningkat atau menurun dalam sesuatu data. Kaedah ini bukan sahaja digunakan untuk
mengukur kekuatan hubungan yang dipersembahkan, bahkan ia juga menunjukkan hala
tuju kepada perhubungan yang dihasilkan daripada pekali korelasi sama ada dalam
bentuk positif atau negatif. Bagi hubungan positif, dua pembolehubah dikatakan
mempunyai hubungan yang selari di mana peningkatan dalam nilai satu pembolehubah
akan disusuli dengan peningkatan dalam nilai pembolehubah lain. Begitu juga
sebaliknya bagi hubungan negatif yang bermaksud dua pembolehubah yang mempunyai
hubungan songsang di mana peningkatan nilai satu pembolehubah akan diikuti dengan
penurunan bagi nilai pembolehubah yang lain. Kekuatan hubungan antara dua
pembolehubah diukur berdasarkan pekali korelasi bagi hubungan positif dan negatif.
Nilai pekali Korelasi Spearman tidak boleh melebihi +1 dan tidak kurang daripada -1.
Pekali yang nilainya hampir dengan +1 bermakna suatu hubungan yang kuat dan positif
manakala pekali yang hampir dengan -1 bermakna hubungan yang kuat tetapi songsang.
Bagi nilai pekali yang hampir dengan 0 pula sama ada positif atau negatif menunjukkan
hubungan yang lemah.
5.2.1 Kesesakan Pelancong
Dapatan kajian dalam Jadual 5.1 menerangkan tentang perbandingan antara jenis
pekerjaan dan pendapatan terhadap kesanggupan pelancong membayar kospenginapan
yang tinggi melalui analisis statistik Ujian Anova Sehala. Hal ini kerana ujian tersebut
digunakan untuk menguji kerataan atau kesamaan antara min pembolehubah tersebut.
Jenis pekerjaan adalah pembolehubah yang penting dalam mempengaruhi kesanggupan
pelancong membayar kos penginapan yang tinggi. Jenis pekerjaan jugamelambangkan
identiti atau sosioekonomi seseorang. Begitu juga dengan pembolehubah kedua iaitu
pendapatan. Pendapatan lebih spesifik dalam menilai tahap kemampuan seseorang
dalam pembelanjaannya. Melihat kepada situasi ini kesesakan pelancong dapat dinilai
melalui cabaran daya tampung fizikalnya bagi semua golongan. Melalui ujian ini,
terdapat dua hipotesis yang diuji.
Bagi pembolehubah pertama, hipotesis yang digunakan adalah Hipotesis
Alternatif (H1) iaitu wujud perbezaan min yang ketara antara jenis pendapatan dan
kesanggupan pelancong membayar kos penginapan yang tinggi. Keputusan Analisis
Ujian Anova Sehala dalam Jadual 5.1 telah mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara pendapatan dan kesanggupan pelancong membayar kos
55
penginapan yang tinggi, di mana F(df=4,71, p>0.05) = 5.603. Hipotesis Alternatif
hendaklah ditolak.
Seterusnya, bagi pembolehubah kedua iaitu jenis pekerjaan. Hipotesis yang
digunakan adalah Hipotesis Nol (H0) iaitu tidak wujud perbezaan min yang ketara
antara pekerjaan dan kesanggupan pelancong membayar kos penginapan yang tinggi.
Dapatan analisis statistik Anova Sehala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara jenis pekerjaan pelancong dengan nilai kesanggupan pelancong
membayar kos penginapan yang tinggi, di mana nilai F(df=4,71, p>0.05) = 4.610. Oleh
itu, hipotesis Nol hendaklah diterima.
Secara keseluruhannya, berdasarkan dapatan kajian daripada analisis statistik
Ujian Anova Sehala yang menerangkan tentang hubungan antara pembolehubah terpilih
seperti pekerjaan dan pendapatan dengan kemampuan pelancong membayar kos
penginapan yang tinggi, didapati kesemua hasil kajian tidak menunjukkan perbezaan
yang signifikan antara satu sama lain (p>0.05). Perbezaan yang tidak signifikan antara
pembolehubah terpilih dengan kemampuan pelancong membayar kos penginapanyang
tinggi ini membuktikan bahawa ianya tidak dipengaruhi antara satu sama lain. Ini
bermakna, pelancong masih berkemampuan membiayai kos penginapan yang
ditetapkan oleh pihak pengurusan tempat penginapan meskipun kuato penginapan
bertaraf bajet sudah kehabisan akibat jumlah pelancong yang ramai. Oleh itu, cabaran
kesesakan pelancong akibat kekurangan tempat penginapan yang mampu milik adalah
tidak membebankan para pelancong yang pelbagai latar belakang.
Jadual 5.1 Pendapatan dan pekerjaan dengan kemampuan membiayai kos penginapan
Pembolehubah Terpilih df F Sig
Pendapatan 5.603 .001
Antara kumpulan 4 4.610 .002
Dalam kumpulan 71
Pekerjaan
Antara kumpulan 4
Dalam kumpulan 71
p>0.05
Sumber: Analisis Data Kajian Lapangan (SPSS 2020).
Merujuk Jadual 5.2 pula, kesesakan pelancong diukur melalui situasi udara alam
sekitar yang bersih dan segar. Kajian dibuktikan dengan analisis statistik diskriptif yang
menunjukkan bahawa nilai min yang tinggi iaitu 4.01 dan nilai sisihan piawai adalah
0.64. Nilai yang tinggi ini membuktikan bahawa para pelancong masih dapat menghirup
udara yang segar di sekitar Teluk Nipah. Majoriti pelancong bersetuju dengan catatan
sebanyak 69.7 peratus pelancong dan catatan bagi sangat setuju iaitu sebanyak 17.1
peratus pelancong. Menurut salah seorang pelancong di Teluk Nipah semasa
ditemubual, beliau menyatakan bahawa meskipun terdapat pelancong yang ramai dalam
suatu masa tertentu, beliau beranggapan ianya tidak menjadi gangguan besar kerana
beliau merasakan adalah wajar bagi sesebuah pusat pelancongan yang popular memiliki
jumlah pelancong yang ramai dan sebagai pelancong perlulah bersikap bertolak ansur
56
antara satu sama lain serta menjaga kualiti alam sekitar. Tambahan pula, para pelancong
akan berasa lebih seronok dapat bercuti dalam suasana yang meriah berbanding suasana
yang sunyi sepi. Manakala minoriti mencatatkan masing-masing iaitu sebanyak 11.8
peratus responden tidak bersetuju dan 1.3 peratus responden lagi sangat tidak bersetuju.
Kumpulan ini berkemungkinan mempunyai status yang tinggi dan tidak gemar serta
sukar membiasakan diri dalam suasana yang bising dengan orang ramai.
Jadual 5.2 Udara segar sekitar Teluk Nipah
Item Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Min Sisihan
Udara Tidak Setuju Pasti Setuju Piawai
segar
sekitar Setuju
Teluk
Nipah Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
N = 76
1 1.3 9 11.8 0 0 53 69.7 13 17.1 4.0132 .64277
Sumber: Analisis Data Kajian Lapangan (SPSS 2020).
Seterusnya, kesesakan pelancong diukur apabila majoriti pelancong perlu
membuat tempahan bilik penginapan awal sebelum mereka memulakan perjalanan ke
Pulau Pangkor. Kekhawatiran bilik yang penuh membuatkan para pelancong
termasuklah bagi pelancong yang pertama kali datang atau sudah berkali-kali datang ke
pulau tersebut akan membuat tempahan awal agar mendapat bilik yang seiring dengan
keinginan dan bajet masing-masing. Oleh itu, item ketiga ini dianalisis bersama
pembolehubah kekerapan datang ke Pulau Pangkor melalui analisis statistik Ujian
Anova Sehala.
Hipotesis yang digunakan adalah Hipotesis Nol (H0) iaitu tidak wujud perbezaan
min yang ketara antara kekerapan datang ke Pulau Pangkor dengan tempahan bilik
penginapan awal. Jadual 5.3 mencatatkan keputusan Analisis Ujian Anova Sehala
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kekerapan datang ke Pulau
Pangkor dengan tempahan bilik penginapan awal di mana F(df=2,73, p>0.05) = .298.
Perbezaan yang tidak signifikan antara pembolehubah ini membuktikan bahawa faktor
kekerapan datang ke Pulau Pangkor sama ada pertama kali mahupun sudah beberapa
kali datang tidak mempengaruhi pelancong dalam membuat tempahan bilik penginapan
awal. Oleh itu, Hipotesis Nol diterima. Menurut salah seorang pelancong yang
ditemubual, ketua keluarga dan ketua kumpulan dalam sesebuah aktiviti atau
pelancongan yang ingin dijalankan, adalah menjadi domain terpenting dalam persediaan
merangkumi tempat penginapan untuk dipastikan sedia ada sebelum memulakan
sesuatu perjalanan terutama pada waktu puncak seperti musim cuti persekolahan dan
cuti umum. Hal ini bagi memastikan perjalanan yang lancar pada hari kejadian dan
memudahkan urusan check-in bilik serta tidak perlu kelam-kabut memikirkan tempat
tinggal sesudah kepenatan di dalam perjalanan. Menurutnya lagi, segelintir pelancong
yang mabuk laut ingin terus masuk ke dalam bilik sesudah sampai di Pulau Pangkor.
Tuntasnya, aktiviti membuat tempahan awal bilik ini menerima persetujuan ramai
pelancong dalam segala situasi.
57
Jadual 5.3 Kekerapan datang ke Pulau Pangkor dengan tempahan bilik penginapan
awal
Pembolehubah Terpilih df F Sig
Pendapatan
Antara kumpulan 2
Dalam kumpulan 73 .298 .743
p>0.05
Sumber: Analisis Data Kajian Lapangan (SPSS 2020).
5.2.2 Keselesaan Pelancong
Bahagian ini membincangkan berkaitan hubungan antara pembolehubah terpilih seperti
keinginan pelancong untuk datang semula ke Pulau Pangkor terhadap keselesaan
pelancong. Menerusi ujian Korelasi Spearman, pengkaji mengkaji beberapa perkara
iaitu situasi sikap pelancong dalam menggunakan kemudahan awam, situasi pelancong
dapat berehat dengan tenang di tepi laut, dan situasi ibu bapa tidak risau anak-anak
bermain. Menurut Nuradila Azhar & Habibah Ahmad (2019), kepuasan pelancong akan
mendorong barangan dan perkhidmatan berterusan diminta kembali pada masa akan
datang, dalam erti kata lain akan mewujudkan penggunaan ulangan yang diterjemahkan
atau diistilahkan sebagai kesetiaan terhadap barangan dan perkhidmatan yang telah
diberikan. Oleh itu, tahap keselesaan pelancong adalah elemen yang penting dalam
menentukan tahap kepuasan hati pelancong terhadap kemudahan yang diberikan.
Dapatan kajian bagi hubungan pembolehubah pilihan dengan situasi pertama
mengenai setiap individu atau pelancong mengamalkan sikap bertolak ansur dalam
menggunakan perkhidmatan awam mencatatkan hubungan yang negatif yang lemah
kerana nilai pekali korelasi hampir dengan 0 iaitu -.085 diikuti nilai p>0.05. Keadaan
ini membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua
pembolehubah tersebut. Semakin tinggi keinginan pelancong untuk datang semula ke
Pulau Pangkor, semakin tinggi nilai atau sikap bertolak ansur antara pelancong dalam
menggunakan kemudahan awam yang disediakan. Hal ini menjelaskan bahawa
pelancong tidak perlu berebut akibat ketidakcukupan kemudahan awam yang
disediakan seperti tandas, telefon awam, klinik, termasuklah kemudahan jaringan
internet percuma. Meskipun begitu, hubungan ini masih di tahap yang lemah, ini
menunjukkan bahawa setiap pelancong mempunyai tahap kesabaran atas keperluan atau
keinginan masing-masing. Menurut pelancong yang ditemubual, terdapat pelancong
yang tidak peduli dan ada yang sangat ambil peduli agar setiap kemudahan yang
disediakan dapat digunakan tanpa kacau ganggu orang lain bergantung kepada individu
itu sendiri.
Seterusnya, analisis Korelasi Spearman antara keinginan pelancong untuk
datang semula ke Pulau Pangkor dengan situasi pelancong dapat berehat di tepi laut juga
mencatatkan hubungan negatif yang lemah kerana nilai pekali korelasi hampir dengan
0 iaitu -.055 diikuti nilai p>0.05. Hal ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan bagi kedua-dua pembolehubah tersebut. Majoriti pelancong memilih untuk
datang semula ke Pulau Pangkor disebabkan keadaan yang tidak sesak sekaligus
memberi keselesaan kepada mereka kerana dapat berehat dengan tenang di tepi laut
kerana pemandangan laut yang tidak sibuk dengan manusia yang ramai bermandi-
58
manda ataupun lalu lalang di sekeliling mereka. Namun begitu, hubungan ini adalah
lemah kerana tahap keselesaan pelancong bergantung kepada individu yang
mementingkan privasi atau tidak. Bagi mereka yang suka bersosial, situasi ini tidaklah
mengganggu pemandangan dan tahap keselesaan mereka berbanding individu yang
mementingkan privasi dan suka bersendiri.
Berdasarkan analisis Korelasi Spearman bagi pembolehubah ketiga iaitu antara
keinginan pelancong untuk datang semula ke Pulau Pangkor dengan situasi ibu bapa
tidak perlu risau anak-anak bermain, didapati terdapat hubungan yang lemah dan negatif
kerana nilai pekali korelasi hampir dengan 0 iaitu -.007 dan nilai p>0.05. Ini bermakna,
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua pembolehubah tersebutiaitu
semakin bertambah keinginan pelancong untuk datang semula ke Pulau Pangkor,
semakin tinggi tahap keyakinan ibu bapa membiarkan anak-anak bermain. Hal ini turut
disokong oleh pelancong itu sendiri yang menjelaskan bahawa ibu bapa tidak perlu risau
akan kehilangan jejak anak-anak asalkan mereka di dalam kawasan yang sepatutnya
kerana jumlah orang atau pelancong pada suatu masa tersebut tidak ramai. Meskipun
begitu hubungan yang lemah ini membuktikan bahawa keselesaan ini bergantung
kepada situasi sama ada jumlah pelancong adalah ramai mahupun tidak dalam suatu-
suatu masa. Secara konklusinya, pelancong berasa selamat dan selesa kerana kelibat
anak-anak akan terus berada di hadapan mata ibu bapa selagi jumlah pelancong tidak
padat. Tambahan pula, tiada pondok keselamatan berhampiran di kawasan Teluk Nipah
bagi menjamin keselamatan diri dan anak-anak mereka. Jadual 5.4 menunjukkan hasil
dapatan kajian.
Jadual 5.4 Pembolehubah keinginan pelancong datang semula dengan situasi
keselesaan pelancong
Item Keselesaan Pelancong Korelasi Spearman Aras Signifikan
Sikap pelancong dalam menggunakan -.085 .465
kemudahan awam
Pelancong dapat berehat dengan -.055 .640
tenang di tepi laut
Ibu bapa tidak risau anak-anak -.007 .951
bermain
p>0.05
Sumber: Analisis Data Kajian Lapangan (SPSS 2020).
5.2.3 Trend Kedatangan Pelancong
Dapatan kajian dalam Jadual 5.5 menerangkan tentang perbandingan antara ciri
demografi seperti struktur umur dengan trend kedatangan pelancong melalui analisis
statistik Ujian Anova Sehala. Umur merupakan satu pembolehubah yang penting kerana
perubahan struktur umur akan mempengaruhi trend kedatangan pelancong. Hal
sedemikian ini telah memberi kesan kepada kebanjiran sesuatu kumpulan umur dalam
memilih pelancongan pulau di Pulau Pangkor sebagai destinasi pelancongan. Pengkaji
mengemukakan empat situasi berkaitan yang menyebabkan perbezaan trend kedatangan
pelancong iaitu pelancong yang datang dalam suatu masa adalah dalam skala yang
besar, situasi pekerja pembinaan yang datang beramai-ramai bagi tujuan aktiviti
pembangunan di Pekan Pulau Pangkor, jumlah pelancong yang menaiki feri seringkali
penuh, dan situasi jumlah pelancong tinggi pada musim cuti persekolahan dan perayaan.
59
Pembolehubah pertama adalah dari segi umur pelancong yang dikaitkan dengan
pelancong yang datang dalam suatu masa adalah dalam skala yang besar. Dapatan
analisis statistik Anova Sehala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara struktur umur pelancong dengan trend kedatangan pelancong dalam
skala yang besar, di mana nilai F(df=4,71, p>0.05) = .664.
Seterusnya, keputusan analisis ujian Anova Sehala dalam Jadual 5.5 juga
didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kategori umur dengan
trend pekerja pembinaan yang datang beramai-ramai bagi tujuan aktiviti pembangunan
di Pekan Pulau Pangkor, di mana nilia F(df=4,71, p>0.05) = 2.319.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa trend kedatangan
pelancong yang terdiri daripada pelancong dalam skala yang besar mahupun pekerja
pembinaan yang datang secara beramai-ramai adalah tidak dipengaruhi secara majoriti
oleh struktur umur mereka. Hal ini memperjelaskan bahawa penerimaan pelancong
adalah terdiri daripada pelbagai lapisan umur serta boleh melakukan perjalanan ke Pulau
Pangkor pada bila-bila masa tanpa mengganggu trend kedatangan pelancong. Berikut
adalah Jadual 5.5 yang menunjukkan hasil dapatan kajian.
Jadual 5.5 Struktur umur terhadap trend kedatangan pelancong
Pembolehubah Terpilih df F Sig
Pelancong dalam skala besar .664 .619
Antara kumpulan 4
Dalam kumpulan 71 2.319 .065
Pekerja pembinaan datang beramai- 4
ramai 71
Antara kumpulan
Dalam kumpulan
p>0.05
Sumber: Analisis Data Kajian Lapangan (SPSS 2020).
Jadual 5.6 pula menerangkan tentang perbandingan antara ciri demografi seperti
kumpulan bangsa dengan trend kedatangan pelancong melalui analisis statistik Ujian
Anova Sehala. Bangsa juga merupakan pembolehubah yang mempengaruhi trend
kedatangan pelancong.
Bagi hasil analisis ujian Anova Sehala bagi pembolehubah kedua iaitu bangsa
dengan jumlah pelancong yang menaiki feri sering kali penuh menunjukkan tiada
perbezaan yang signifikan di mana nilai F(df=4,71, p>0.05) = .233.
Selain itu juga, keputusan ujian Anova Sehala ini membuktikan tiada perbezaan
yang signifikan antara pembolehubah bangsa dengan situasi jumlah pelancong tinggi
pada musim cuti persekolahan dan perayaan, iaitu nilai F(df=4,71, p>0.05) = .131.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa kumpulan bangsa tidak mempengaruhi
trend kedatangan pelancong ke Pulau Pangkor. Setiap golongan bangsa tidak kira
60
Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa berhak melakukan perjalanan atau percutian
di Pulau Pangkor tanpa unsur perkauman. Jadual 5.6 mencatatkan dapatan hasil kajian.
Jadual 5.6 Kumpulan bangsa terhadap trend kedatangan pelancong
Pembolehubah Terpilih df F Sig
Bangsa .233 .919
Antara kumpulan 4 .131 .971
Dalam kumpulan 71
Bangsa
Antara kumpulan 4
Dalam kumpulan 71
p>0.05
Sumber: Analisis Data Kajian Lapangan (SPSS 2020).
5.3 KESIMPULAN
Kesimpulannya, melalui dapatan kajian daripada analisis statistik Anova Sehala, jenis
pendapatan dan pekerjaan tidak menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan yang
signifikan antara pembolehubah terpilih dengan kemampuan membiayai kos
penginapan (p>0.05). Ujian Korelasi Spearman pula menunjukkan hasil bahawa
keinginan pelancong untuk datang semula ke Pulau Pangkor tidak mempengaruhi tahap
keselesaan pelancong (p>0.05).
BAB VI
CADANGAN INISIATIF BAGI MENJADIKAN PULAU PANGKOR SEBAGAI
SEBUAH DESTINASI PELANCONGAN TEMPATAN YANG MESRA
PELANCONG
6.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan tentang cadangan inisiatif bagi menjadikan Pulau Pangkor
sebagai sebuah destinasi pelancongan tempatan yang mesra pelancong. Inisiatif ini
merupakan domain utama agar masalah yang timbul berikutan isu ketepuan daya
tampung fizikal yang disediakan adalah mencukupi dan memberi manfaat kepada
pelancong dan pihak Pulau Pangkor itu sendiri. Ia akan memberi gambaran dan
keyakinan kepada para pelancong agar percutian yang dijalankan memberi kepuasan
yang tinggi kepada mereka seterusnya mengundang mereka untuk melakukan percutian
buat sekian kali dan memberi komen-komen yang positif agar orang lain bakal teruja
dan berminat untuk melakukan percutian di Pulau Pangkor.
6.2 CADANGAN INISIATIF BAGI MENJADIKAN PULAU PANGKORSEBAGAI
SEBUAH DESTINASI PELANCONGAN TEMPATAN YANG MESRA
PELANCONG
Pengkaji mengemukan cadangan dari segi langkah perundangan dan langkah bukan
perundangan. Hal ini kerana kedua-dua jenis inisiatif ini adalah penting dalam
membentuk suatu sistem dan hasil yang bersepadu dengan kerjasama semua lapisan
pihak dan masyarakat.
6.2.1 Langkah Perundangan
Pengkaji mengemukakan dua kenyataan bagi langkah perundangan iaitu yang pertama
adalah kerajaan hendaklah memperkasakan Strategi Perancangan Daerah Manjung.
Kedua adalah pihak berkuasa hendaklah memperketatkan atau memperhalusi had
kemasukan pelancong yang datang ke Pulau Pangkor dalam suatu masa.
Merujuk Jadual 6.1 bagi kenyataan pertama iaitu kerajaan hendaklah
memperkasakan Strategi Perancangan Daerah Manjung, analisis statistik diskriptif
mencatatkan nilai min adalah tinggi iaitu 4.21 dan nilai sisihan piawai adalah 0.75. Data
menunjukkan majoriti pelancong memilih setuju iaitu sebanyak 53.9 peratus pelancong
dan catatan bagi sangat setuju iaitu sebanyak 35.5 peratus pelancong. Manakala
sebanyak 7.9 peratus pelancong tidak pasti dan selebihnya tidak setuju dan sangat tidak
setuju dengan catatan sebanyak 1.3 peratus pelancong. Hal ini jelas menunjukkan
sokongan yang tinggi dalam kalangan pelancong itu sendiri agar pihak berkuasa
Manjung memperkasakan Strategi Perancangan Daerah Manjung. Strategi ini
62
merangkumi cadangan keluasan guna tanah yang terdiri daripada kediaman, perniagaan
dan perkhidmatan, industri, institusi dan kemudahan masyarakat, tanah lapang dan
rekreasi, tanah pertanian, penternakan dan akuakultur, pengangkutan, infrastruktur dan
utiliti, hutan, badan air dan pantai digunakan dalam kadar yang maksimum tetapi tidak
merosakkan alam sekitar sebagai usaha memenuhi keperluan pelancong secara
mampan.
Selain itu, dapatan bagi item kedua iaitu pihak berkuasa hendaklah
memperketatkan atau memperhalusi had kemasukan pelancong yang datang ke Pulau
Pangkor dalam suatu masa mencatatkan nilai min sederhana iaitu nilai 3.43 dansisihan
piawai adalah 1.15. Nilai ini adalah sederhana kerana terdapat jurang perbezaan yang
agak besar dalam pemilihan pelancong. Meskipun majoritinya iaitu sebanyak 38.2
peratus pelancong memilih setuju dan 17.1 peratus lagi memilih sangat setuju, kajian
juga mendapati nilai tidak pasti di tahap sederhana iaitu sebanyak 22.4 peratus
pelancong. Terdapat juga antara pelancong memilih tidak setuju dengan cadangan ini
iaitu sebanyak 15.8 peratus dan sangat tidak setuju dengan catatan sebanyak 6.6 peratus.
Cadangan kedua ini mendapati segelintir yang tidak bersetuju kerana menurut
pelancong, kerajaan atau pihak pengurusan Pulau Pangkor tidak perlumemperketatkan
had kemasukan pelancong kerana setiap pelancong mempunyai waktu senggang yang
berbeza dan pelancong adalah sumber rezeki sesebuah pusat pelancongan yang tidak
wajar ditolak. Tambahan pula, pihak kerajaan hendaklah mempergiatkan usaha
memperbaiki fasiliti sedia ada dan menambahbaik kemudahan yang tidak mencukupi
agar keperluan ini dapat dinikmati oleh semua pelancong.
Jadual 6.1 Langkah perundangan
Langkah Perundangan Min STD
Strategi Perancangan Daerah Manjung 4.2105 .75394
Pihak berkuasa memperketatkan had
kemasukan pelancong dalam suatu masa 3.4342 1.14700
p>0.05
Sumber: Analisis Data Kajian Lapangan (SPSS 2020).
6.2.2 Langkah Bukan Perundangan
Selain langkah perundangan, langkah bukan perundangan juga sangat penting untuk
melihat sejauh mana kemahuan dan keperluan pelancong itu sendiri. Menurut Rosmadi
Fauzi et al. (2016), usaha pihak kerajaan dalam meningkatkan kedatangan pelancong
dilihat sangat berjaya seperti salah satu usaha besar pihak kerajaan adalah dengan
menganjurkan Festival Puisi Dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor dan Festival
Makanan Pangkor (PULARA) pada setiap hujung tahun bermula pada tahun 2010
sebagai aktiviti yang menarik diadakan di pulau ini dan ianya berjaya menarik lebih
ramai pelancong. Oleh itu, pengkaji memberi ruang kepada pelancong untuk
mengemukakan idea dan cadangan mereka dalam menampung jumlah pelancong yang
ramai dalam suatu masa bagi mengelakkan berlakunya ketidakbolehtampungan daya
fizikal di Pulau Pangkor khususnya di lokasi kajian iaitu Teluk Nipah. Di samping itu,
cadangan yang diberikan dapat meningkatkan kualiti, ekonomi serta menjamin
kelestarian sektor pelancongan pulau tersebut.
63
Menurut pelancong di Teluk Nipah itu sendiri, mereka mencadangkan agar
pihak pengurusan Pulau Pangkor mengehadkan jumlah atau kapasiti pelancong dalam
satu-satu masa terutama pada musim cuti persekolahan dan perayaan yang biasanya
mengundang lebih ramai pelancong dari hari biasa. Pihak ini perlu menetapkan jadual
dan masa yang disusun mengikut waktu yang sesuai agar dapat memuatkan bilangan
pelancong dalam satu-satu masa dengan lebih baik serta tidak berlaku kerugian di
kemudian hari. Namun begitu, sebagai sebuah pusat pelancongan, kedatangan
pelancong adalah satu rahmat dan keberkatan. Oleh itu, menolak kedatangan pelancong
adalah satu kerugian besar. Maka, cadangan lain yang diutarakan adalah digalakkan
untuk memperbanyakkan kawasan penginapan di lokasi lain seperti membina hotel,
villa, bilik dan fasiliti yang lebih banyak dan kondusif di sekitar Pulau Pangkor.
Di samping itu, pihak berkenaan perlu memperluaskan kawasan aktiviti dengan
pelbagai aktiviti disediakan untuk pelancong yang datang agar mereka tidak tertumpu
pada suatu lokasi utama sahaja. Hal ini kerana pembinaan kawasan penginapan akan
mendorong pembinaan lebih banyak aktiviti untuk menarik para pelancong. Oleh hal
yang demikian, pelancong memiliki pilihan yang lebih tinggi dan tidak fokus kepada
kawasan tertentu. Antara usaha menarik minat pelancong ke sesuatu lokasi adalah
dengan menyediakan aktiviti yang pelbagai dan menarik. Ia juga mampu
menyeimbangkan kadar jumlah pelancong di sesuatu kawasan dalam masa tertentu
sahaja malah pelancong juga akan lebih ramai pada musim hari minggu yang boleh
melibatkan golongan bersara, percutian pengantin baru serta aktiviti pelajar seperti
perkhemahan. Pihak pelancongan juga hendaklah memperkenalkan aktiviti mengimbau
kenangan seperti aktiviti berunsur tradisonal yang dapat menarik minat pelancong. Bagi
menarik pelancong agar tidak tertumpu pada musim cuti persekolahan dan cuti
perayaan, pihak Pulau Pangkor juga hendaklah mempromosikan harga pakej
pelancongan yang lebih murah pada hari minggu beserta aktiviti yang pelbagai seperti
festival kebudayaan atau makanan atau aktiviti lain. Namun begitu, pihak berkaitan
hendaklah merancang dan menyediakan tentatif atau jadual aktiviti bagi mengelakkan
berlaku ketidakseimbangan waktu aktiviti di kalangan pelancong sekaligus menjaga
kualiti masa dan keselesaan para pelancong. Tambahan pula, pembukaan kawasan
penginapan baru ini dapat memberi galakan kepada penduduk setempat untuk mencari
sumber rezeki dengan berniaga dan sebagainya. Sokongan daripada penduduk tempatan
yang berniaga ini dapat meningkatkan ekonomi mereka sekaligus memberi
kegembiraan kepada pengunjung yang datang dengan keramaian dan pelbagai jualan
makanan, cenderahati serta aktiviti yang menarik.
Di samping itu, sebagai pelancong kita haruslah bijak merancang perjalanan ke
sesuatu destinasi percutian dengan baik untuk mengelakkan berlaku pertembungan dan
kesesakan orang ramai. Pelancong juga dinasihatkan untuk membuat perancangan
tambahan seperti plan B dan plan C seperti membuat tempahan awal bilik penginapan
dan aktiviti seperti berkayak, snorkeling, mengelilingi pulau, sewaan bot dan
sebagainya. Tambahan pula, bagi mengelakkan berlaku ketidakbolehtampungan ini,
kemudahan-kemudahan asas seperti tandas, paip air, bangku sekitar tepi laut serta kedai
makan hendaklah diperbanyakkan sesuai mengikut kapasiti pelancong. Oleh itu, pihak
pengurusan Pulau Pangkor hendaklah membuat penelitian terhadap jumlah kedatangan
pelancong berdasarkan statistik laporan tahun-tahun sebelumnya di samping membuka
aktiviti-aktiviti menarik pelancong bagi meramalkan kapasiti pelancong yang boleh
64
ditampung termasuk melihat isu semasa seperti Covid-19 yang akan mempengaruhi
jumlah kedatangan pelancong pada masa kini dan di kemudian hari.
Seterusnya, bagi mengelakkan penumpuan penuh semua pelancong di sesuatu
kawasan, Pulau Pangkor perlulah membuka tapak khemah yang lebih strategik dan
khusus bagi aktiviti perkhemahan. Hal ini juga dapat memberi keselesaan kepada semua
pelancong dan peserta perkhemahan tersebut dapat menjalani aktiviti yang dirancang
dengan lebih tertumpu tanpa dikacau ganggu oleh pelancong yang mempunyai jenis
percutian yang berbeza dan mungkin memberi ketidakselesaan kepada kedua-dua belah
pihak. Selain itu, pihak berkaitan juga hendaklah menyediakan jumlah pengangkutan
yang banyak agar dapat memuatkan bilangan pelancong di pelbagai tempat di Pulau
Pangkor dalam satu-satu masa serta mengawal pergerakan keluar dan masuk pelancong
dengan menghadkan waktu-waktu pelancong masuk seperti tidak boleh menaiki feri
setelah jam enam petang dan sebelum tujuh pagi. Para pelancong turut mencadangkan
agar memperbesarkan kawasan pelabuhan jeti ketika pelancong masuk ke kawasan
pulau serta memperluaskan dan menambahbaik suasana di Pulau Pangkor untuk
keselesaan dan kesejahteraan bersama.
6.3 KESIMPULAN
Tuntasnya, cadangan yang mampan haruslah diketengahkan bagi membendung
masalah kekurangan kemudahan atau fasiliti di Pulau Pangkor di samping tidak
mengurangi jumlah pelancong yang datang. Menerusi cadangan ini, pelbagai inisiatif
yang disuarakan dapat dibuat dengan kerjasama dan rangka kerja yang lebih terperinci
agar kesejahteraan pelancong mahupun penduduk setempat lebih terjamin. Ia juga
mampu membangunkan dan memperkukuhkan lagi Pulau Pangkor sebagai pusat
pelancongan yang mampan dan dipandang tinggi oleh para pelancong di seantero dunia.
BAB VII
RUMUSAN DAN PENUTUP
7.1 PENGENALAN
Pengakhiran bab ini adalah merumuskan hasil daripada kajian berdasarkan objektif
kajian. Huraian yang dikemukakan meliputi perbincangan, sumbangan, kajian dan
cadangan bagi kajian masa depan. Perbincangan ini dilakukan bagi penambahbaikan
yang boleh dilakukan di Pulau Pangkor sebagai pusat pelancongan pilihan pelancong
antarabangsa dan domestik.
7.2 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN
Ekoran majoriti pelancong adalah tergolong dalam kalangan orang muda iaitu pelajar
(81.6 peratus) akibat Covid-19, data yang diperoleh juga agak tertumpu kepada pilihan
orang muda berbanding golongan yang lebih berusia. Majoriti pelancong di Teluk Nipah
juga terdiri daripada kumpulan berbangsa Melayu (94.7 peratus) berbanding bangsa
Cina, India dan lain-lain. Sebanyak 89.5 peratus daripada keseluruhan juga merupakan
kalangan pelancong yang berkeinginan untuk melancong dan datang semula ke Pulau
Pangkor sebagai pelancong pada suatu masa akan datang.
Pengkaji menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif iaitu dalam mencari
nilai min dan sisihan piawai dalam menilai tahap kepuasan dan keselesaan pelancong
tempatan terhadap kebolehtampungan daya fizikal atau kemudahan asas yang terdapat
di Teluk Nipah. Kaedah ini dapat menilai sama ada keperluan yang disediakan dari segi
perkhidmatan fizikal tersebut mencukupi dan mencapai tahap kepuasan hati pelancong
mahupun tidak. Bagi isu pertama iaitu berlaku lambakan pelancong dalam suatu masa
akibat pelancong datang secara berkelompok bersama-sama ahli keluarga dan menginap
di Teluk Nipah mencatatkan jumlah tertinggi dengan nilai min yang tinggi iaitu 3.67
dan sisihan piawai iaitu 1.36. Selain itu, tempat penginapan juga merupakan antara
keperluan yang sangat penting bagi para pelancong kerana sekurang-kurangnya
pelancong akan menginap selama satu malam akibat perjalanan feri dan bas yang
memenatkan. Kajian mendapati skor bagi pelancong yang melakukan tempahan tempat
penginapan awal dengan nilai min yang tinggi iaitu 4.01 dan sisihan piawai iaitu 1.09.
Secara keseluruhan, objektif satu menunjukkan daya tampung fizikal di Teluk Nipah,
Pulau Pangkor masih di tahap yang memuaskan namun perlu penambahbaikan.
Pengkaji juga yakin bahawa tahap kepuasan hati pelancong dapat menentukan faktor
pendorong terbesar pelancong untuk datang kembali ke pusat pelancongan ini.
Seterusnya, objektif kedua membincangkan mengenai cabaran daya tampung
yang merangkumi kesesakan, keselesaan dan trend kedatangan pelancong. Pengkaji
menggunakan kaedah analisis statistik melibatkan ujian Anova Sehala dan Korelasi
66
Spearman. Dapatan kajian menerusi ujian Anova Sehala menunjukkan bahawa
kesesakan pelancong akibat kekurangan tempat penginapan yang mampu milik adalah
tidak membebankan para pelancong yang pelbagai latar belakang. Hasil kajian bagi
cabaran kedua iaitu cabaran keselesaan mencatatkan hubungan yang negatif yang lemah
kerana nilai pekali korelasi hampir dengan 0 dan nilai p>0.05.
7.3 SUMBANGAN KAJIAN KEPADA PEMBANGUNAN PELANCONGAN
PULAU PANGKOR
Kajian ini telah mengenal pasti, menilai dan membincangkan tahap keupayaan daya
tampung fizikal di Pulau Pangkor, Perak iaitu mengukur sejauh mana tahap kepuasan
pelancong dari segi kebolehtampungan kemudahan fizikal yang disediakan. Hasil
daripada kajian ini digunakan sebagai medium rujukan kepada pembangunan yang
dilakukan bagi mencadangkan tindakan dalam pengurusan pusat pelancongan pulau
selain daripada memberi pengetahuan dan bantuan dalam usaha menguruskan impak
secara langsung atau tidak langsung. Selain itu, kajian ini penting dalam proses
menyediakan perancangan pembangunan yang seimbang dengan kehendak
pembangunan komuniti bagi meningkatkan kesejahteraan sosial serta keseimbangan
persekitaran komuniti pelancongan pulau yang berdaya saing dan menuju ke arah pusat
pelancongan pulau yang mampan.
Hasil daripada maklumat yang diperolehi daripada kajian ini iaitu faktor
kedatangan pelancong yang tinggi pada suatu masa membawa sekelompok keluarga
yang ramai dalam suatu percutian terutama pada musim cuti sekolah, dapat memberi
input yang berguna kepada pihak pengurusan Pulau Pangkor dalam menyediakan
perkhidmatan yang mencukupi dan mampu melengkapi daya tampung fizikal di lokasi
berkenaan. Cabaran yang diketengahkan perlulah dipandang serius agar kesejahteraan
pelancong terjamin serta pembangunan pelancongan pulau ini lebih proaktif. Dapatan
kajian yang dijalankan juga adalah bagi membuka ruang dan peluang kepada pihak
Majlis Perbandaran Manjung, Majlis Perbandaran Pangkor dan Penghulu Mukim Pulau
Pangkor sendiri untuk menilai, mengambil cadangan dan inisiatif yang diutarakan bagi
pembentukan pembangunan pusat pelancongan Pulau Pangkor dengan lebih baik.
7.4 LANGKAH MITIGASI DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PEMBANGUNAN PUSAT PELANCONGAN PULAU
Pengkaji telah menggariskan pelbagai langkah mitigasi dari segi perundangan dan
bukan perundangan bagi penambahbaikan lagi pusat pelancongan di Pulau Pangkor.
Antara lain bagi daya penarikan pelancong adalah menghias feri dan bas sebagai daya
tarikan pertama pelancong ke destinasi pulau. Seterusnya mempelbagaikan aktiviti agar
pelancong tidak bosan, menambah menu dan gerai jualan makanan dan cenderahati
dengan harga yang berpatutan. Hal ini juga mampu merendahkan harga jualan kerana
persaingan sihat yang sengit antara peniaga untuk menarik minat pelancong. Daya tepu
fizikal ini bukan sahaja merujuk kepada jumlah pelancong yang ramai, malah ia
merujuk kepada tahap keupayaan memberi keperluan dalam menepati citarasa yang
pelbagai kepada pelancong sebagai usaha menarik minat pelancong yang lebih ramai.
Pelancong yang ramai juga mampu memberi sumbangan dalam meningkatkan
67
pendapatan bulanan peniaga dan pekerja di Pulau Pangkor seterusnya meningkatkan
ekonomi negara.
Di samping itu, kebersihan kawasan juga perlu diutamakan dengan tindakan
memperbanyakkan kemudahan tong sampah bertutup di sekitar kawasan terutama di
lokasi yang menempatkan gerai-gerai jualan kerana dapat memudahkan dan mendidik
pengunjung membuang sampah atau sisa di dalam tong sampah. Kerjasama dan komited
pekerja dalam mempromosikan Pulau Pangkor sebagai pusat pelancongan pilihan
domestik dan antarabangsa amat memainkan peranan yang besar serta berupaya
mendorong masyarakat tertarik melihat keunikan dan kepelbagaian aktiviti dan
sebagainya di destinasi tersebut. Promosi yang kukuh dan berterusan dengan harapan
menarik ramai orang luar untuk berkunjung dan melihat sendiri buktinya perlu
diselaraskan dengan perkara yang benar. Oleh itu, pihak Majlis Perbandaran Manjung
dan Majlis Perbandaran Pangkor hendaklah bertindak proaktif dalam menggerakkan
sosioekonomi di Pulau Pangkor dengan penyediaan kemudahan yang lengkap dan
memuaskan serta berdaya saing menepis segala cabaran yang mendatang sebagai
pengorak langkah lebih maju ke hadapan dalam menggapai matlamat Pulau Pangkor
Malaysia ini sebagai pusat pelancongan mampan bukan sahaja di dalam negara malah
sehingga ke peringkat dunia seperti Pulau Langkawi, Pulau Perhentian dan sebagainya.
Langkah ini juga dapat dilaksanakan dengan usaha penjenamaan semula dengan
menjadikan kawasan tersebut sebagai pusat warisan dan sejarah. Sejarah yang
termaktub di dalam peristiwa yang menjelaskan apabila sebuah Perjanjian Pangkor 1874
telah dimanterai antara Raja Muda Abdullah dan Sir Andrew Clarke yang dibuat di atas
kapal HMS Pluto iaitu di kawasan perairan antara Lumut dan Pulau Pangkor. Perjanjian
ini adalah sebuah kesilapan besar yang dilakukan oleh pembesar Melayu dan hanya
disedari setelah menandatangi perjanjian tersebut. Simbolik Perjanjian Pangkor ini
dilihat sebagai satu alat kuasa pihak British untuk menguasai negeri Perak demi
kepentingan ekonomi, politik dan sosialnya (Syahira Mustafa & Nurfizzila Mohamed
Kassim 2018). Kewujudan penjenamaan semula Pulau Pangkor sebagai pulau yang
menyimpan sejarah Tanah Melayu dapat menarik minat pelancong untuk datang
berkunjung di Pulau Pangkor dari pelbagai jenis lapisan bangsa, agama dan umur. Oleh
itu, kerajaan boleh memelihara dan menceriakan semula bangunan-bangunan lama
seperti Kubu Belanda, Tokong Fu Ling Kong, rumah kedai dan lain-lain.
Seterusnya, sebagai memenuhi keperluan dari segi keselamatan pengunjung atau
pelancong pula, Draf Rancangan Tempatan Pulau Pangkor (DRTPP) perlulah
mengetengahkan pusat perkhidmatan baru di Teluk Nipah seperti menyediakan ruangan
pusat penerangan pelancongan dan pondok polis agar pelancong tidak perlu mengambil
masa yang lama untuk ke pekan semata-mata membuat laporan berkenaan sesuatu kes
berkaitan keselamatan diri dan keluarga di Pulau Pangkor. Ia juga merupakan inisiatif
yang berguna dan penting kepada penduduk tetap Pulau Pangkor itu sendiri. Malahan,
dengan adanya pondok polis tersebut, penjenayah tidak akan berani melakukan jenayah
secara terbuka dan terang-terangan. Meskipun segelintir pihak menyatakan kegiatan
jenayah agak mustahil akan berlaku di lokasi tersebut, namun begitu langkah berjaga-
jaga perlu diutamakan demi kesejahteraan semua.
68
Umumnya, langkah mitigasi dan cadangan penambahbaikan pembangunan
pusat pelancongan Pulau Pangkor ini mampu membendung masalah daya tampung
fizikal atau kemudahan di lokasi berkenaan. Pelancong yang datang juga dapat
memperoleh pengalaman yang lebih bermakna serta lebih ramai pelancong yang ingin
melancong di Pulau Pangkor sebagai destinasi pelancongan pulau pilihan utama
mereka.
7.5 CADANGAN KAJIAN MASA DEPAN
Kajian ini telah melihat tahap keupayaan dan cabaran daya tampung fizikal di Pulau
Pangkor khususnya di Teluk Nipah sahaja. Penelitian kajian ini terbatas dan tidak
menyeluruh untuk mewakili keseluruhan kawasan pelancongan di Pulau Pangkor.
Terdapat pelbagai lagi penambahan yang boleh dilakukan untuk menjadikan kajian pada
masa hadapan lebih menarik dan bermutu. Oleh itu, beberapa cadangan kajian masa
hadapan dikemukakan kepada penyelidik yang akan menjalankan kajian lanjutan.
Cadangan yang boleh dilakukan pada kajian masa hadapan adalah kajian
berkaitan daya tampung fizikal dan daya tampung sumber alam. Apabila kedua-dua
kajian ini dilakukan secara serentak ia akan menghasilkan keputusan yang lebih
menyeluruh berkaitan impak kepada seisi alam sekitar yang perlu dipelihara dan
dipulihara di samping memberi kepuasan kemudahan fizikal kepada pelancong. Isu
alam sekitar bukan sahaja mempengaruhi kehidupan komuniti setempat malah
menganggu keseimbangan ekosistem secara keseluruhan. Antara impak alam sekitar
yang sering berlaku akibat daripada pembangunan sesuatu tempat baru adalah
pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran bau, pencemaran bunyi, pencemaran
tanah serta flora dan fauna kehilangan habitat. Oleh itu, jika kajian berkaitan dengan ciri
fizikal dan alam sekitar atau lebih dikenali dalam pasca Laporan Penilaian Impak Sosial
(SIA) dan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dilakukan pasca pembangunan
akan memberikan kebaikan kepada semua sama ada manusia, haiwan dan tumbuhan.
Kajian tersebut turut dapat menjamin kelestarian dan kesejahteraan pelancongnya yang
datang.
Seterusnya, kajian yang dicadangkan juga perlu meliputi beberapa buah
kawasan strategik tumpuan pelancong seperti Pasir Bogak, Pantai Puteri Dewi, Teluk
Ketapang, Teluk Segadas, Teluk Gadong, dan sebagainya sebagai perbandingan daya
tarikan pelancong beserta daya kebolehtampungan di sesuatu kawasan tersebut. Selain
itu, kajian berunsurkan ukuran sainstifik juga amat digalakkan bagi menganalisis
dapatan kajian dengan lebih terperinci dan tepat.
7.6 PENUTUP
Keupayaan daya tampung ini sememangnya boleh dikaji dengan lebih meluas lagi
terutamanya dalam bidang cabaran dan pengurusannya yang meliputi alam sekitar dan
fizikal. Dalam kajian ini, pengkaji lebih memfokuskan kepada tahap daya tampung dan
cabarannya serta alternatif pengurusan yang boleh dibuat bagi menjamin kualiti pusat
pelancongan di Pulau Pangkor dari segi fizikal yang boleh diukur. Rumusan kajian telah
membuktikan bahawa bahawa tahap kebolehtampungan fizikal di Pulau Pangkor masih
di tahap yang memuaskan dan boleh menampung keperluan para pelancongnya tanpa
69
berpihak pada salah satu pihak. Hal ini menunjukkan bahawa pelancong dapat
menggunakan kemudahan, fasiliti atau prasarana yang disediakan baik. Secara
keseluruhannya, berdasarkan penelitian dan perbincangan dari awal penulisan hingga
ke bab yang terakhir, didapati hasil kajian ini telah berjaya menjawab kesemua objektif
kajian yang disasarkan terutama dalam menilai cabaran daya tampung fizikal Pulau
Pangkor sebagai pusat pelancongan pulau yang semakin menjadi pilihan pelancong
domestik dan antarabangsa.
70
RUJUKAN
Adnan & Mohd Al Hafiz. 2013. Dasar dan strategi pembangunan pelancongan di
Langkawi: Analisis menurut perspektif ekonomi Islam. University of Malaya.
Ahmed Ali Mahmoud Azzam. 2010. Dawr al Siyahah fi Tanmiyah al-Mujtama’ al-
Mahalli: Umm Qays & Sarjana Universiti Jordan, Amman Jordan.
Amal Hayati Ishak, Siti Noorbiah Md Rejab & Nurul Himmah Kassan. 2010. Meneroka
Potensi Sektor Pelancongan Di Malaysia Dalam Menjana Pertumbuhan
Ekonomi Negara: Seminar Pengurusan Hotel dan Pelancongan Islam, Universiti
Institut Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, 22-23 Jun.
Amin, M. A. M. 2009. Faktor Tarikan Pelancongan Pantai: Kajian Kes Di Pantai Port
Dickson, Negeri Sembilan. Prosiding Perkem IV 2:243-254.
Ang, Kean Hua. 2016. Sungai Melaka sebagai suatu daya tarikan pelancongan baru di
Negeri Melaka: Satu ulasan kritis. Faculty of Environmental Studies, Universiti
Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
Azizan Marzuki. 2010. Tourism Development in Malaysia. A review on federal
government policies. Journal Theoretical and Empirical Reseaches In Urban
Management, 5(8): 85-97.
Basri Rashid. 2013. Elemen destinasi dan kesan terhadap pengalaman percutian:
Malaysian Journal of Society and Space. 9(4):118-127. Pusat Pengajian
Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar, Universiti Utara
Malaysia, Kedah.
Basri Rashid. 2014. Penilaian Terhadap Pengalaman Percutian Pelancong di Pulau
Langkawi.
Daniel, M.S., & Donald, F.H. 2007. Basic Characteristics of The Fall Tourism. Market.
Journal of Tourism Management 28:491-504.
Dziatul Nadiah Dzia-Uddin & Nur Syazleen Zakaria. 2017. Kemudahan destinasi dan
tarikan destinasi terhadap kepuasan pelancong asing di georgetown, pulau
pinang. Journal of Hospitality Management 1:12-17. Fakulti Pengurusan
Hospitaliti, Kolej Universiti Islam Melaka.
FAO Consultant Tuifa’asisina Steve Rogers. 2012. Report On A Scoping Mission In
Samoa And Tonga Agriculture And Tourism Linkages In Pacific Island
Countries: Food And Agriculture Organization Of The United Nations.
Faraj Abdullah Hazaa Harahsheh. 2007. Factors Affecting The Growth Of Tourism
Sector In The Northern Region Of Jordan: A Field Study, Sarjana Universiti
Ahli Bayt, Mafraq Jordan.
Fathi Yakan. 1999. Fiqh al-Siyahah fi al-Islam, Beirut Lubnan, Muasasah al-Risalah.
Goh, Hong Ching, Tan, Wan Hin & Ching, Fei Ern. 2014. Border town issues in tourism
development: The case of Perlis, Malaysia. Malaysian Journal of Society and
Space, 10(2): 68–79.
Hashim Ibn Muhammad Ibn Hussain Naqud. 2003. Ahkam Al-Siyahah wa Atharuha.
Arab Saudi, Dar Ibn al-Jauziyah.
Hiroshi Kakazu. 2007. Sustainable Island Tourism: The Case of Okinawa Sustainable
Island Tourism: The Case of Okinawa. University of the Ryukyus.
Jabatan Pembangunan Ekonomi dan Pelancongan Perniagaan (DBEDT). 2006.
Planning For Sustainable Tourism.
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung. 2019.
Statistik Kedatangan Pelancong ke Daerah Manjung.
Jabil Mapjabil, Badariah Ab Rahman, Mohamad Pirdaus Yusoh, Mazdi Marzuki, Mohd
Zulhalmi Ibrahim & Harifah Mohd Noor. 2015. Tourism attractions and
71
development of Pangkor Island: A study of foreign tourists’ perceptions. Unit
Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan
Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Jabatan Geografi, Fakulti Sains
Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Jabil Mapjabil, Yahaya Ibrahim & Tan Wan Hin. 2014. Pelancongan Pulau di Malaysia.
Jamilah Mohamad & Mariney Mohd Yusoff. 2018. Department of Geography,
University Malaya. Ulasan buku: Pulau Pangkor Antara Pembangunan dan
Kelestarian 33(2): 59-60.
Jamudin Idris & Fariza Uzmat. 2012. Islam Dahulu Barat Wujudkan Hotel. Milenia
Muslim 114(11).
Jhonson. 2015. Tangggapan masyarakat tempatan terhadap pelancongan budaya di
Kabupaten Samosir, Sumatera Utara, Indonesia. Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.
Johan Afendi Ibrahim & Zaki Ahmad. 2011. Pelancongan Langkawi 1987–2010:
Pencapaian dan Cabaran Masa Depan. Program Pengurusan Pelancongan Kolej,
Sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
Khairul Anuar Ghazali. 2019. Penilaian Impak Sosioekonomi Peniaga Iks Di Bandar
Pasir Mas Pasca Pembukaan Bandar Baru Tasek Raja. Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kiki Rizki Makiya, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh & Ah Choy. 2016. Kepuasan
pelancong terhadap layanan selamat datang ke homestay urang jawa barat.
Journal of Social Sciense and Humanities.
Laporan Tahunan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. 2016. Bahagian
Agropelancongan. Penerbit Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia, Putrajaya.
Majlis Perbandaran Manjung. 2019. Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial.
Statistik Pengunjung atau Pelancong Pulau Pangkor Berdasarkan Jumlah
Penumpang Feri di Jabatan Laut.
Manning, R., Wang, B., Valliere, W., Lawson, S.R., & Newman, P. 2002. Research to
Estimate and Manage Carrying Capacity of a Tourist Attraction: A Study of
Alcatraz Island. Journal of Sustainable Tourism 10(5): 388-404.
Mathieson, A., & Wall, G. 1982. Tourism: Economic, physical, and social impacts.
Essex, UK: Longman House.
Mohamaddin Ketapi. 2019. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Mohd Qhairil Anwar Azhar. 2018. Kementerian Pendidikan Malaysia. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu 8(2): 13-24.
Morgan Westcott, Stephen J. Skripak, Richard Parsons, Anastasia Cortes & Anita Walz.
2016. Introduction to Tourism and Hospitality. Capilano University.
Muhammad Faiz Ramli & Hanizah Idris. 2016. Department of Southeast Asian Studies
Faculty of Arts and Social Sciences University of Malaya. Pembangunan mampan
Pelancongan maritim di Pulau Perhentian, Terengganu. 21: 107-123. Muhyiddin
Yassin. 2020. Perutusan Perdana Menteri Malaysia. Penularan Jangkitan
Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia. 13 Mac.
Norasmah Othman, Salwani Jaafara, Saliza Sideka & Norsyaidah Bahri. 2012.
Pelancongan Marin: Impak Aktiviti Selam Skuba dan Snorkeling Terhadap
Aktiviti Keusahawanan, Sosioekonomi dan Alam Sekitar 59(1). Jurnal
Teknologi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noresah Baharom. 1997. Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
72
Norizah Aripin, Hasrina Mustafa & Adnan Hussein. 2014. Hubungan Kedinamikan
Dalaman Dengan Keberkesanan Pasukan Maya: Satu Tinjauan Di Organisasi
Bertaraf Koridor Raya Multimedia (Msc) Yang Terpilih. Jurnal Komunikasi
Malaysian 30: 191-218.
Nuradila Azhar & Habibah Ahmad. 2019. Pelancongan Pantai dan Kepuasan
Pelancong Keluarga: Kajian Kes di Pulau Pinang 3(1): 1-14.
Nurul Bahiyah. 2017. Malaysia negara ke-12 paling banyak dikunjungi pelancong di
seluruh dunia. Utusan Malaysia, 13 Oktober: 17.
Pauline, J.S. 2005. The Challenges to Sustainability in Island Tourism. Professor School
of Travel Industry Management, University of Hawai‘i.
Pertubuhan Pelancongan Dunia. 2011. http://unwto.org [9 Mac 2011].
Rancangan Tempatan Daerah Manjung (Penggubahan). 2020.
Redzuan Othman, Norlida Hanim Mohd Salleh, Abdul Hamid Jaafar and Nor Ghani
Md. Nor. 2009. Importance-Satisfaction Analysis for Tioman Island Marine
Park. Penerbit Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosmadi Fauzi, Rohana Jani, Zakaria Mat Arof & Siti Nadira Ahmad Rozlan Shah.
2016. Indeks keIslaman bagi Pulau Pangkor, Malaysia. Jabatan Geografi,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Jabatan Statistik Gunaan,
Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya. Fakulti Senibina,
Perancangan dan Ukur, UiTM Perlis. Malaysian. Journal of Society and Space
12(10): 127-144.
Rosniza Aznie Che Rose. 2011. Persepsi dan tingkat kepuasan pelancong di Pulau
Pangkor. Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shaipudin Shah Harun. 2006. Modenisasi Pengangkutan Awam di Langkawi. Kertas
Kerja Pembentangan Dialog Pembangunan Langkawi. Auditorium Kompleks
LADA. Langkawi, 3 April.
Syahira Mustafa & Nurfizzila Mohamed Kassim. 2018. Perjanjian Britain-Belanda
1824 dan Perjanjian Pangkor 1874. Program Sejarah, Fakulti Kemanusiaan
Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
Taro Yamanae. 1967. Elementary sampling theory: Simplified Formula For Proportion.
National Library of Australia.
Unit Perancang Ekonomi. 1991. Rancangan Malaysia kelima 1986-1990. Malaysia.
Unit Perancang Ekonomi. 2006. Rancangan Malaysia Ke-Sembilan 2006-2010, Jabatan
Perdana Menteri, Putrajaya.
Zulekha Yusuf, Hajar Opir & Mahfuzah Mohammed Zabidi. 2010. Kemudahan
Pelancongan Dalam Negara: Satu Sorotan Pengalaman. Prosiding Seminar
Pengurusan Hotel dan Pelancongan Islam. Universiti Institut Teknologi Mara
(UITM) Shah Alam, 22-23 Jun.
73
INDEKS
A keselesaan vi, 2, 3, 5, 10, 11, 12, 16, 21, 23, 24,
antarabangsa 1, 2, 3, 5, 6, 15, 17, 20, 27, 40, 41, 36, 37, 40, 42, 58, 70, 75, 76, 77, 84, 85, 87,
88
42, 45, 46, 87, 90, 93
kesesakan 3, 4, 6, 8, 16, 21, 22, 24, 40, 70, 71,
B 72, 73, 74, 85, 88
bajet........................... 17, 35, 36, 55, 64, 72, 74
bibit-bibit .........................................................3 koefisienan ................................................... 24
kompetitif ..................................................... 39
D konsisten....................................................... 39
destinasi 2, 5, 6, 7, 9, 10, 11, 16, 17, 21, 22, 23, kunjungan ......................................4, 11, 15, 62
28, 30, 31, 32, 33, 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, L
41, 42, 43, 45, 46, 47, 48, 49, 51, 52, 57, 58, lestari .............................................................. 9
62, 64, 77, 81, 85, 89, 90, 91, 94 lokasi majoriti ............................................3, 54
dimensi ..........................................................31 lonjakan .......................................................... 4
domestik 1, 2, 3, 5, 6, 15, 17, 20, 39, 40, 41,87,
90, 93 M
Malaysia vii, viii, 1, 2, 16, 20, 35, 36, 40, 41, 42,
E
efektif ......................................................12, 20 46, 47, 48, 51, 53, 90, 94, 95, 96, 97
efisien ......................................................12, 49 mampan....................... 9, 49, 62, 82, 89, 90, 96
ekopelancongan ............................................30 mass tourism................................................... 2
eksploitasi......................................................45 mekanisme ..................................................... 9
ekstrim.............................................................7 menangkis..................................................... 12
evolusi ...........................................................33 menjangkau .................................................. 15
explore race ...................................................26 min v, 24, 25, 27, 58, 59, 61, 62, 64, 65, 66, 67,
F 71, 72, 73, 74, 82, 87
fasiliti ..................... 5, 40, 45, 60, 61, 83, 84, 93 moral ............................................................ 28
motivasi ................... 7, 9, 28, 32, 34, 38, 51, 66
G
guna tanah.........................................14, 15, 82 N
nisbah ............................................................. 4
H nostalgia ....................................................... 29
habitat ...............................................29, 31, 92
P
I Pelancongan vii, 1, 2, 29, 30, 31, 35, 38, 40, 44,
indikator ......................................................1, 2
industri pelancongan.......................1, 2, 41, 46 45, 46, 51, 94, 95, 96, 97
informal ...................................................18, 20 pembangunan 1, 4, 5, 9, 12, 15, 17, 28, 30, 31,
infrastruktur 5, 17, 31, 35, 37, 38, 43, 46, 70, 82
inisiatif 3, 4, 5, 7, 9, 10, 11, 21, 28, 41, 46, 48, 32, 33, 35, 36, 37, 38, 40, 43, 45, 46, 47, 48,
49, 59, 70, 77, 78, 88, 89, 91, 92, 94
51, 54, 55, 81, 89, 91 pemegang taruh ........................................... 43
inspirasi ...........................................................9 pencemaran alam sekitar ............................... 3
instrumen ......................................................20 pendekatan................................................... 35
pengendali ...............................................17, 43
J penginapan v, 3, 4, 6, 7, 8, 11, 17, 21, 22, 23, 26,
julat................................................................25 31, 34, 35, 36, 37, 38, 42, 43, 45, 56, 58, 59,
60, 61, 62, 64, 65, 66, 67, 68, 71, 72, 73, 74,
K 75, 84, 85, 88
kapasiti ................ 11, 12, 16, 23, 34, 35, 84, 85 pengurusan 3, 4, 5, 11, 12, 21, 22, 23, 38, 40,
kemudahan awam 3, 4, 5, 7, 17, 21, 22, 23, 38, 48, 72, 83, 84, 85, 88, 89, 92
pesat .................................... 1, 4, 17, 35, 45, 48
41, 58, 61, 63, 75, 76, 77 prasarana.....................................33, 34, 43, 93
keperluan asas...................................32, 40, 42 premis perniagaan makanan 3, 4, 8, 17, 21, 22,
kepincangan ..............................................5, 65 23, 27, 34, 58, 66, 68
prestasi ........................................................... 5
privasi ............................................6, 37, 62, 76
R
rekreasi........................................15, 34, 38, 82
S
seantero ........................................................86
semi-struktur ......................... 10, 18, 20, 21, 66
sesak ....................................................4, 15, 76
silaturahim.....................................................30
sisihan piawai 24, 59, 61, 62, 63, 64, 65, 66, 67,
73, 82, 87
skala likert ................................... 21, 25, 57, 58
sosioekonomi ........................ , 5, 52, 56, 71, 90
statistik 18, 19, 20, 23, 24, 27, 52, 53, 60, 63, 64,
66, 70, 71, 72, 73, 74, 77, 78, 79, 82, 85, 87,
88
Statistik........................................18, 95, 96, 97
strategi..................................... 5, 23, 41, 49, 94
strategik.......................................17, 49, 85, 92
sumber pendapatan ..................................1, 12
T
tadbir urus........................................... 9
tanah datar.................................. 35, 45
tanah kosong..................................... 15
tanah lapang ............................... 15, 82
team-building...................................... 4
tekanan fizikal ................................... 17
tempahan... , 4, 6, 36, 61, 74, 75, 85, 88
tepu................................3, 6, 11, 32, 89
topografi ........................................... 14
trend kedatangan vi, 3, 21, 40, 70, 77, 78, 79,
88
tular..................................................... 3
U
unggul ................................................. 5
unik ............................................... 3, 15
W
walk-in............................................... 36
Z
CABARAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL PULAU
PANGKOR TERHADAP KEPERLUAN PELANCONG
TEMPATAN
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia