KESAN KESESAKAN JALAN
RAYA TERHADAP
AKTIVITI PELANCONGAN
DI CAMERON HIGHLANDS
NUR HIDAYAH WAHIDAH ZAINUDDIN
ROSNIZA AZNIE CHE ROSE
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
KESAN KESESAKAN JALAN RAYA TERHADAP
AKTIVITI PELANCONGAN DI CAMERON
HIGHLANDS
Nur Hidayah Wahidah Zainuddin
Rosniza Aznie Che Rose
Cetakan Pertama / First Printing 2020
Hakcipta / Copyright Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan
Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020
Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk, sama ada dengan cara elektronik, gambar
serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran daripada Program Geografi, Pusat Kajian
Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form,
electronics or mechanical including photocopy, recording or any information storage and retrieval
system, without permission in writing from Geography Programme, Center for Research in
Development, Social and (SEEDS), Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan
Malaysia
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial &
Kemanusiaan, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D. E. Malaysia
Dicetak di Malaysia oleh / printed in Malaysia by
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial &
Kemanusiaan, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D. E. Malaysia
http://www.ukm.my/ppspp/
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
KESAN KESESAKAN JALAN RAYA TERHADAP AKTIVITI PELANCONGAN DI CAMERON HIGHLANDS / Nur
Hidayah Wahidah binti Zainuddin, Rosniza Aznie Che Rose
eISBN 978-983-2795-46-9
1. Kesesakan
2. Jalan Raya
3. Aktiviti Pelancongan
I. Nur Hidayah Wahidah binti Zainuddin
II. Rosniza Aznie Che Rose
KANDUNGAN ii
iii
SENARAI JADUAL iv
SENARAI KEPENDEKAN
PRAKATA Mukasurat
Bab 1 : PENGENALAN 1
10
Bab 2 : LATAR BELAKANG CAMERON HIGHLANDS, PAHANG 20
Bab 3 : MODEL KAJIAN KESESAKAN JALAN RAYA DI KAWASAN 36
TANAH TINGGI 51
Bab 4 : FAKTOR KESESAKAN JALAN RAYA DI CAMERON HIGHLANDS 57
Bab 5 : KESAN KESESAKAN JALAN RAYA TERHADAP AKTIVITI 65
PELANCONGAN 73
80
Bab 6 : LANGKAH MENGURANGKAN KESESAKAN JALAN RAYA DI 81
CAMERON HIGHLANDS
Bab 7 : KESIMPULAN
RUJUKAN
PENYUMBANG MAKALAH
INDEKS
i
Jadual SENARAI JADUAL ms
Tajuk
Jadual 4.1 38
Ciri demografi pelancong
Jadual 4.2 39
Jadual 4.3 Pekerjaan 40
Jadual 4.4 Pendapatan 42
Jadual 4.5 Cuaca 43
Jadual 4.6 Suhu rendah di Cameron Highlands 44
Jadual 4.7 Suasana Cameron Highlands yang nyaman 46
Jadual 4.8 Kedatangan pelancong 47
Jadual 4.9 Bilangan kenderaan pada hari cuti umum meningkat 50
Jadual 5.1 Jumlah kepadatan pelancong 53
Jadual 5.2 Ketidakselesaan pelancong 54
Jadual 5.3 Gangguan terhadap aktiviti pelancongan 55
Jadual 5.4 Pelan aktiviti pelancong 56
Jadual 6.1 Hakisan dan tanah runtuh 61
Jadual 6.2 Perkongsiaan kenderaan ke tempat kerja 62
Jadual 6.3 Berniaga di laluan yang betul 63
Penambahan rangkaian jalan raya
ii
DBP SENARAI KEPENDEKAN
JKT Dewan Bahasa dan Pustaka
KMNP Jabatan Kerajaan Tempatan
NEPM Mountains National Park Kure
UKM National Ecotourisms Plan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia
iii
PRAKATA
Buku Kesan Kesesakan Jalan Raya terhadap Aktiviti Pelancongan ini merupakan satu
aktiviti pembangunan pelancongan yang semakin berkembang dari hari ke hari serta boleh
membawa perubahan ke atas aktiviti pelancong di kawasan tanah tinggi. Salah satu sebab
berlakunya perubahan aktiviti pelancongan adalah pembangunan kawasan Cameron
Highlands. Pembangunan kawasan di Cameron Highlands telah membawa perubahan ke atas
aliran kenderaan di sekitar kawasan tersebut. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak
tempat yang menarik telah dibangunkan seterusnya membolehkan peningkatan para
pelancong datang ke Cameron Highlands semakin tinggi. Buku ini bertujuaan untuk menilai
kesan kesesakan jalan raya akan memberi impak ke atas aktiviti pelancongan di Cameron
Highlands. Buku ini boleh digunakan sebagai rujukan utama dalam pembelajaran di Institut
Pengajian Tinggi di Malaysia. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada pelancong
yang terlibat di Cameron Highland dalam membantu dan melancarkan proses-pengendalian
penyelidikan dan memberikan kerjasama yang cukup baik. Penghargaan Geran Penyelidikan
TAPK012925, dan FRGS/1/2019/SS07/UKM/02/2 kerana membiayai sebahagian daripada kajian
ini.
Nur Hidayah Wahidah Zainuddin & Rosniza Aznie Che Rose
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
iv
BAB
1
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Kesesakan sememangnya merupakan suatu perkara yang negatif dan sering berlaku
terutama di kawasan pelancongan. Kawasan yang berliku terutamanya di tanah tinggi
mengalami risiko yang lebih tinggi berbanding kawasan lain (Chan 2006). Hal ini
disebabkan bebanan dan jumlah kenderaan yang banyak dalam satu masa. Kesesakan
jalan raya juga merujuk kepada keadaan di mana terdapat banyak kenderaan yang telah
tersekat di atas jalan raya. Hal ini terjadi apabila terlalu banyak kenderaan yang keluar
dan berada di atas jalan raya pada tempat dan waktu yang sama.
Kesesakan jalan raya ini biasanya berlaku pada waktu puncak seperti waktu
masuk pejabat, pulang dari tempat kerja dan musim perayaan (Utusan Malaysia 2010).
Jalan-jalan di Cameron Highlands sering mengalami kesesakan apabila kenderaan yang
masuk di laluan utama meningkat akibat daripada salah satu faktor iaitu kedatangan
pengunjung. Cameron Highlands sememangnya mempunyai jalan utama yang
menghubungkan banyak laluan yang telah dibina dalam tempoh 20 tahun yang lalu.
Jalan utama yang dimaksudkan adalah Jalan Ringlet- Sungai Koyan yang
menghubungkan Raub, Ringlet dan Sungai Koyan.
Seterusnya, Jalan Simpang Pulai- Cameron Highlands dan laluan lain adalah
Jalan Gua Musang- Cameron Highlands. Jalan-jalan utama ini telah menjadikan aktiviti
pelancongan lebih mudah kepada para pelancong untuk datang ke Cameron Highlands,
terutamanya pelancong dari Pantai Timur, Pahang. Perkara ini terbukti apabila
peningkatan jumlah pelancong sepanjang 20 tahun iaitu pada tahun 2017 telah
mencatatkan 750,000 pelancong yang berkunjung ke Cameron Highlands ini (Wan
Suzita et al. 2006).
Kesesakan yang berlaku di Cameron Highlands juga dipengaruhi olehtopografi
yang berbukit-bukau seterusnya menyebabkan pergerakan kenderaan untuk laluan
kenderaan di jalan raya semakin sempit. Pertambahan kenderaan yang tidak terkawal
dan meningkat pada sesuatu masa menyebabkan jalan raya itu menjadi lagi sesak.
Tambahan pula kesesakan akan berlaku apabila pelancong mahupun penduduk setempat
menggunakan laluan yang sama untuk sampai ke destinasi mereka (Shamsul Ariff
2016).
Pembukaan tanah di Cameron Highlands untuk pelbagai aktiviti pertanian dan
pembangunan membolehkan kawasan ini mempunyai jumlah kenderaan yang semakin
meningkat apabila menjadi tumpuan para pengunjung untuk datang. Permintaan orang
ramai menjadikan para peniaga membuka lebih banyak kedai-kedai termasuklah
menjual sayur-sayuran dan buah-buahan. Perkara ini menjadi serius apabila peniaga
meniaga di kaki jalan yang boleh menyebabkan jalan raya di Cameron Highlands itu
menjadi sesak.
Apabila berlakunya kesesakan jalan raya ini, aktiviti pelancong untuk
berkunjung di Cameron Highlands terbatas. Hal ini dapat dibuktikan apabila kesesakan
jalan raya mengakibatkan pelancong tidak dapat bergerak dengan teratur dan baik.
1
Mereka akan terpaksa mencuri masa semasa melakukan perjalanan dan pergerakan
mereka sepatutnya boleh dilaksanakan awal, malah tempoh menjadi semakin lama
akibat jumlah kenderaan di jalan raya yang meningkat.
Kesesakan jalan raya ini juga menyebabkan pelancong menghadapi masalah
seperti mengalami penyakit fizikal Kesesakan jalan raya yang serius boleh
menyebabkan pencemaran paru-paru, sesak nafas dan pening kepala daripada kesan
bunyi bising kenderaan yang juga boleh mengakibatkan kerosakan pendengaran dan
masalah gangguan konsentrasi. Emosi pelancong juga terkesan apabila terpaksa berada
di dalam kenderaan dalam tempoh yang agak lama (Haryati et al. 2010).
Kajian ini akan melibatkan beberapa pelancong yang datang ke Cameron
Highlands dalam membantu pengkaji menganalisis faktor yang boleh mempengaruhi
kesesakan jalan raya terhadap aktiviti pelancongan mereka. Pelancong akan dipilih bagi
menjawab beberapa soalan iaitu yang melibatkan faktor kesesakan jalan raya, kesan
daripada kesesakan jalan raya ini serta cadangan langkah dalam mengatasi kesesakan
jalan raya di Cameron Highlands.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Sesebuah kawasan pelancongan perlu mempunyai kelancaran kenderaan terutama di
atas jalan raya. Apabila destinasi tumpuan seperti dimaksudkan di dalam kajian ini iaitu
Cameron Highlands yang mempunyai peningkatan kedatangan pengunjung,
membolehkan laluan jalan raya di kawasan tersebut mengalami kesesakan. Faktor
kedatangan pengunjung ini adalah salah satu penyebab di mana jalan raya di Cameron
Highlands sering berlaku kesesakan.
Tujuan utama pengunjung untuk datang ke Cameron Highlands ini adalah untuk
membuat lawatan dan bercuti. Bukan itu sahaja, faktor tarikan utama di kawasan ini
adalah aktiviti penanaman strawberi dan teh. Pengunjung merasakan bahawa
penanaman strawberi dan teh ini mempunyai keunikannya tersendiri apabila
mempunyai keluasan yang besar berbanding tempat-tempat lain yang ada di Malaysia.
Selain itu, Cameron Highlands juga mempunyai tarikan dan keistimewaanya dari
segi alam sekitarnya yang baik bahkan menjadi salah satu sumber pelancongan di situ.
Pengunjung akan lebih tertarik kepada tempat peranginan sebagai destinasi
pelancongan. Oleh hal yang demikian, Cameron Highlands yang mempunyai cuaca
dingin dan sejuk berbanding tempat lain membolehkan kedatangan pengunjung semakin
hari semakin ramai. Kedudukan geografi yang berbukit-bukau juga menggalakkan
pelancong untuk datang ke sini. Hasil kedatangan mereka inilah yang menyebabkan
jalan raya di laluan-laluan utama Cameron Highlands menjadi lebih sesak.
Kemalangan di atas jalan raya menyebabkan laluan utama di Cameron Highlands
menjadi sesak. Hal ini berpunca apabila kenderaan yang masuk di ketiga-tiga laluan
utama pada waktu sama akan mengundang kepada kes kemalangan jalan raya. Perkara
ini sekaligus mengakibatkan kesesakan jalan raya di Cameron Highlands.
Kemudiannya, pelancong akan mengalami gangguan emosi apabila terpaksa
berhadapan dengan jalan raya yang begitu sesak. Emosi seseorang juga boleh menjadi
tidak stabil kerana berada terlalu lama di dalam kenderaan. Cuaca yang panas di dalam
2
kereta juga mengundang kepada gangguan emosi seseorang apabila sedang melancong.
Pengunjung akan lebih memilih untuk datang ke Cameron Highlands pada hari cuti
umum mahupun cuti perayaan. Hal ini seterusnya akan mengakibatkan jumlah
kenderaan di atas jalan raya mengalami pertambahan yang drastik berbanding hari
biasa. Selain daripada itu, faktor yang mempengaruhi kesesakan jalan raya di Cameron
Highlands juga adalah apabila terjadinya kejadian tanah runtuh. Tanah runtuh mahupun
hakisan yang sering terjadi di kawasan kajian, akibat topografinya yang berbukit-bukau
membolehkan pergerakan kenderaan di jalan raya mengalami kemerosotan. Hal ini akan
turut menganggu perjalanan bagi pelancong yang ingin berkunjung ke tempat
peranginan ini.
Kesesakan ini akan menyebabkan para pelancong mengalami ketidakselesaan
semasa berkunjung ke Cameron Highlands. Bukan itu sahaja, masa dan tempoh waktu
bagi pelancong untuk melakukan aktiviti pelancongan mereka akan menjadi terhad dan
terbatas. Pelancong terpaksa mengubah semula pelan awal dan rancangan mereka
apabila kesesakan jalan raya ini menganggu perjalanan mereka. Di samping itu, aktiviti
pelancong mungkin terhalang apabila kesesakan itu tadi mengakibatkan masa yang
diambil untuk aktiviti seperti bersiar-siar, melakukan lawatan ke ladang teh, mendaki
bukit menjadi semakin panjang. Hal ini kerana kebanyakkan aktiviti di Cameron
Highlands sesuai dijalankan pada waktu siang. Pada waktu malam pula, pelancong
terhalang daripada melakukan aktiviti yang lebih banyak kerana keadaan pada waktu
malam adalah gelap.
1.3 PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini menggariskan beberapa persoalan kajian seperti berikut:
i. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kesesakan jalan raya di
Cameron Highlands?
ii. Bagaimana kesan kesesakan jalan raya mempengaruhi aktiviti
pelancongan di Cameron Highlands?
iii. Apakah cadangan langkah dalam menangani kesan kesesakan jalan
raya terhadap di Cameron Highlands?
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Bagi menjawab persoalan kajian di atas, terdapat beberapa objektif kajian iaitu:
i. Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kesesakan jalan raya kepada di
Cameron Highlands.
ii. Menganalisis kesan kesesakan jalan raya kepada aktiviti pelancongan di
Cameron Highlands.
iii. Mencadangkan langkah bagi megurangkan kesesakan jalan raya di
Cameron Highlands.
1.5 SKOP KAJIAN
3
Dalam kajian ini, pengkaji akan menumpukan kepada aktiviti pelancongan. Pelancong
yang datang ke Cameron Highlands dipilih dalam menjayakan kajian ini. Borang soal
selidik akan diedarkan kepada seramai 100 orang pelancong. Bilangan pelancong yang
dipilih diharapkan dapat memberikan maklumat kajian yang releven. Tambahan lagi,
kajian ini dilakukan di kawasan Cameron Highlands yang mempunyai tumpuan ramai
pelancong.
Sampel yang diedarkan oleh pengkaji dalam membantu dalam menjayakan
kajian ini adalah terdiri daripada pelancong tempatan dan juga daripada kumpulan umur
18 tahun sehingga 50 tahun ke atas. Rasional daripada pengambilan kumpulan umur
tersebut adalah kerana pelancong diketahui sudah matang dan berfikiran secara terbuka
serta mengetahui sedikit sebanyak tentang masalah kesesakan jalan raya di Cameron
Highlands ini.
Pelancong akan berkunjung ke tempat-tempat menarik contohnya di Pasar
Malam Brinchang. Oleh hal yang demikian, pengkaji akan membuat tinjauan ke
kawasan kajian pada waktu orang ramai iaitu pada hari cuti bagi memperoleh pelancong
yang sedang menghadapi kesesakan jalan raya ketika membuat aktiviti pelancongan.
Pengkaji turut melakukan temubual semi-struktur dengan pihak-pihak tertentu yang
mampu memberikan maklumat yang diperlukan.
Kemudian pengkaji akan menganalisa setiap elemen yang terdapat dalam borang
soal selidik. Elemen yang terdapat di dalam borang selidik terbahagi kepada 4 bahagian.
4 bahagian ini terdiri daripada bahagian A iaitu demografi pelancong, bahagian B adalah
faktor yang menggalakkan kesesakan jalan raya, dan diikuti soalan di bahagian C iaitu
kesan daripada kesesakan jalan raya terhadap aktiviti pelancongan dan bahagian akhir
bahagian D iaitu langkah bagi menangani kesesakan jalan raya di Cameron Highands.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberikan kepentingan dari sudut informasi
yang mana ianya akan berguna dalam melihat sama ada pembangunan sektor
pelancongan memberikan impak yang secara langsung mahupun tidak langsung sekitar
di kawasan kajian. Maklumat yang diperolehi juga boleh menjadi sumber rujukan bagi
pengkaji di masa hadapan yang ingin memperluas skop kajian ini.
Cameron Highlands merupakan antara destinasi yang terkenal di antara
kawasan peranginan di Pahang. Sebagai contoh, destinasi pelancongan tanah tinggi
yang sering menjadi tumpuan ialah Bukit Fraser, Bukit Tinggi dan Genting
Highlands. Jadi, Cameron Highlands sememangnya mempunyai tempat penginapan
yang selesa bagi membolehkan pelancong yang dapat mendapat kemudahan semasa
melancong. Keistimewaan dan keunikan alam semula jadi yang ada di Cameron
Highlands ini seterusnya menyebabkan lambakan kunjungan pelancong dan
pengunjung. Oleh hal yang demikian diharapkan kajian ini dapat menarik
kedatangan pelancongan yang berkualiti dan beretika.
Bukan itu sahaja, melalui kajian ini Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengambil
inisiatif untuk terus memperkasakan undang-undang perniagaan di kawasan kajian.
4
Sebagai contoh, memberi tindakan sewajarnya kepada peniaga yang menjalankan
perniagaan mereka di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menyukarkan
kenderaan untuk bergerak dan terjadinya kesesakan di jalan raya. Hal ini juga akan
membuka mata semua pihak agar terus meningkatkan keupayaan Cameron
Highlands menjadi tumpuan sebagai salah sebuah destinasi tanah tinggi yang
terkenal. Pelancong juga akan lebih sedar keperluan mengurus perjalanan mereka.
Cadangan langkah juga diharapkan memberi kepentingan supaya pelancong
lebih selesa melancong ke Cameron Highlands. Mereka dapat meluang masa sebaik
mungkin lebih-lebih lagi apabila tidak menghadapi kesuntukan masa untuk
melakukan pelbagai aktiviti di Cameron Highlands ini. Kesesakan jalan raya turut
mempengaruhi masa melancong mereka, jadi dengan langkah yang sering diperkasa
membolehkan lebih ramai pelancong untuk terus menjadikan Cameron Highlands
sebagai destinasi pelancong yang terbaik.
Secara amnya, kajian ini akan dapat memberikan pengetahuan dan gambaran
jelas kepada masyarakat umum berhubung punca-punca kesesakan lalu lintas yang
berlaku di Cameron Highlands ini. Secara khususnya pula, kajian ini juga akan
memberi satu gambaran kepada pelancong dalam mengurus masa mereka dalam
membuat perancangan untuk melancong ke Cameron Highlands ini.
Kajian ini bermakna dalam konteks peningkatan keilmuan dalam pembangunan
dan isu persekitaran. Di Malaysia, pembangunan ekopelancongan masih dianggap
sesuatu produk pelancongan yang baru. Sektor pelancongan telah mengalami
pembangunan pesat di Malaysia sejak awal tahun 1990-an. Sektor pelancongan ini
dijangka akan terus berkembang menjelang abad ke 21. Hasil kajian ini mampu
menyumbang kepada peningkatan pengetahuan dalam pelancongan dan isu
persekitaran. Selain itu, kajian ini akan membolehkan Cameron Highlands menjadi
destinasi pelancongan yang lebih popular pada masa akan datang. Kajian ini juga
membolehkan pengkaji mengetahui tentang persepsi pelancong apabilamenghadapi
kesesakan jalan raya di Cameron Highlands ini.
1.7 ORGANISASI PENYELIDIKAN
Hasil daripada yang dijalankan, pengkaji membahagikan penulisan pengkaji kepada
tujuh bab. Bab pertama pengenalan, bab kedua latar belakang kawasan kajian dan metod
kajian yang digunakan. Seterusnya bab ketiga pula pengkaji akan menfokuskan kepada
model kajian pelancong Cameron Highlands. Bab empat mula ialah perbincangan faktor
kesesakan jalan raya, bab kelima kesan kesesakan jalan raya terhadap aktiviti
pelancongan, manakala, bab enam dan ke tujuh masing-masing ialah langkah mengatasi
kesesakan jalan raya dan kesimpulan bagi keseluruhan penyelidikan di Cameron
Highlands yang dijalankan oleh pengkaji.
Pada bahagian pengenalan, pengkaji menceritakan secara umum berkaitan latar
belakang kajian. Selain itu, bahagian ini juga memberi fokus kepada aspek pemasalahan
kajian, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian dan kepentingan kajian yang
dijalankan. Bahagian kedua penulisan buku ini ialah penekanan kepada latar belakang
kawasan kajian. Bahagian kawasan kajian menerangkan berkaitan lokasi dan
5
geografi Cameron Highlands serta peranannya di Daerah Pahang. Malah bab dua juga
pengkaji akan menekankan kepada reka bentuk kajian yang digunakan, kaedah
pengumpulan data dan instumen kajian. Bahagian ini akan menerangkan perkara
berkaitan pengumpulan data primer dengan mengedarkan borang soal selidik.
Pengumpulan data sekunder diperoleh daripada bahan bacaan di internet. Penekanan
kajian yang digunakan adalah secara kuantitatif turut dijelaskan pada bab ini. Bagi bab
tiga pula, penenekanan akan diberikan iaitu model kajian pelancongan Cameron
Highlands.
Bab keempat dalam penulisan kajian ini pula menjelaskan berkaitan faktor
kesesakan jalan raya di Cameron Highlands. Bahagian ini melihat faktor ke atas lokasi,
cuaca, kedatangan pelancong dan jumlah kepadatan pelancong. Faktor ini diukur
dengan menggunakan skala likert. Selain itu, bab kelima pula memberikan penekanan
kepada kesan kesesakan jalan raya ini kepada aktiviti pelancongan. Antara aspek yang
dinilai ialah kesan ketidakselesaan pelancong dan aktiviti pelancongan terganggu.
Seterusnya, cadangan dan langkah-langkah bagi mengatasi kesesakan jalan raya di
Cameron Highlands. Langkah-langkah yang dicadangkan adalah bagi menambahbaik
Cameron Highlands agar terus kehadapan seiring dengan kerancakan ekonomi
pelancongan tempatan. Bahagian terakhir iaitu bab tujuh pula akan merumuskan
dapatan kajian secara keseluruhan daripada proses penyelidikan yang telah dijalankan.
Usulan lanjutan kajian juga turut diterangkan pada bab tujuh.
1.8 KESIMPULAN
Keunikan Cameron Highlands adalah aset semula jadi yang kaya dengan hutan
pergunungan, kawasan agro pelancongan, taman, bunga-bungaan dan spesis flora dan
fauna yang perlu dipelihara. Kewujudan kepelbagaian sumber tarikan alam semula jadi
di samping keadaan topografi yang cukup menarik menjanjikan kawasan ini bakal
dikunjungi ramai. Justeru pihak Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, dan pihak swasta
yang terlibat secara langsung perlu membentuk kerjasama erat demi menjaga
kepentingan Cameron Highlands khususnya sebagai produk pelancongan tanah tinggi
yang mapan. Bukan itu sahaja, demi mengurangkan kesesakan jalan raya yang akan
mengakibatkan lebih banyak aktiviti pelancongan merosot, langkah untuk
mengurangkan kesesakan jalan raya di Cameron Highlands ini perlu dipertingkat dari
semasa ke semasa. Pembangunan di kawasan tanah tinggi tidak akan berjalan dengan
efektif dan berjaya sekiranya tidak mendapat sokongan dari orang awam, kerajaan dan
badan bukan kerajaan.
6
BAB
2
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
2.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan berkaitan dengan kawasan kajian yang digunakan bagi
meyempurnakan kajian ini. Cameron Highlands merupakan kawasan yang dipilih bagi
menjalankan kajian. Penerangan terperinci berkaitan dengan kawasan kajian akan
dikupas pada bahagian ini.
2.2 KAWASAN KAJIAN
Cameron Highlands merupakan daerah terkecil yang terletak di sebelah barat laut negeri
Pahang. Keluasannya adalah 71,218 hektar bersamaan 712.18 km persegi dan meliputi
2% daripada keluasan negeri tersebut (Rancangan Tempatan Daerah Cameron
Highlands 2007). Peletakannya adalah di Banjaran Titiwangsa yang mana sebahagian
besarnya adalah terletak di aras 1,070 meter hingga 1,830 meter dari paras laut. Di
sebelah barat sempadan, kontur adalah kurang daripada 1,000 meter terutamanya di
sepanjang lembah sungai. Selain itu, kawasan ini bersempadan dengan Perak di
bahagian barat dan Kelantan di bahagian utara. Daerah ini terdiri daripada tiga mukim
iaitu Ulu Telom, Ringlet dan Tanah Rata (Rancangan Tempatan Daerah Cameron
Highlands 2007).
Lebih daripada 70% kawasan Cameron Highlands adalah berbukit dan curam.
Kawasan hutan yang merangkumi 77.9% (554.9 km persegi) luas Daerah Cameron
Highlands yang melibatkan kawasan Hutan Simpan Kekal (54.4%) dan Hutan Tanah
Negeri (23.5%) memerlukan pemeliharaan dan pengekalan alam semula jadi.Cameron
Highlands ialah salah satu kawasan Pusat Pelancongan Tanah Tinggi yang berasaskan
pertanian dan pelancongan. Suhu berhawa sederhana yang sejuk di tanah tinggi yang
sesuai bagi aktiviti pelancongan dan pertanian tanah tinggi. Cameron Highlands
mempunyai potensi sebagai pusat pengeluaran dan pemasaran hasil pertanian tanah
tinggi utama negara terutamanya bagi hasil sayur-sayuran dan bunga-bungaan.
Cameron Highlands sememangnya mempunyai jalan utama yang
menghubungkan banyak laluan. Jalan utama di Cameron Highland terdiri daripada Jalan
Ringlet- Sungai Koyan yang menghubungkan Raub, Ringlet dan Sungai Koyan.
Seterusnya, Jalan Simpang Pulai- Cameron Highland dan laluan lain adalah Jalan Gua
Musang- Cameron Highlands. Selain itu terdapat kemudahan lain seperti perkhidmatan
hotel bagi pelancong luar, adanya sekolah, balai polis dan sebagainya. Jalan raya di sini
juga adalah agak sempit disebabkan kawasan yang tinggi dan berbukit. Kenderaan yang
banyak dan jalan sempit menjadi salah satu sebab berlakunya kesesakan jalan raya.
Cameron Highlands merupakan sebuah tempat yang terkenal di Malaysia kerana
kegiatan ekopelancongan. Kegiatan ekopelancongan ini adalah daya tarikan yang utama
kepada pengunjung-pengunjung luar dimana kawasan ini mampu untuk terus
meningkatkan sosioekonomi penduduk di sini. Suhu rendah di Cameron Highlands
sekali gus membolehkan tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan dapat ditanam
dengan baik.
7
Tanaman yang sering menjadi perhatian pelancong dan pengunjung ke Cameron
Highlands adalah penanaman strawberi dan ladang teh. Keindahan alam sekitar
semulajadi serta kemudahan yang telah disediakan di kawasan ini merupakan aset
penting dalam kegiatan ekopelancongan serta menjami keberterusan keharmonian hidup
penduduk di Cameron Highlands. Potensi Cameron Highlands secara kasarnya dapat
dilihat akan menjadi pusat pengeluaran dan pemasaran hasil pertanian tanah tinggi utama
negara terutama bagi hasil sayur-sayuran dan bunga-bungaan.
Berdasarkan Portal Rasmi Majlis Daerah Cameron Highlands, Cameron
Highlands diasaskan oleh William Cameron yang bertugas sebagai juruukur kerajaan
sepanjang pemerintahan Inggeris. Tempoh ini juga adalah semasa ekspedisi di daerah
Banjaran Titiwangsa pada tahun 1885. Kawasan tersebut kemudiannya dikembangkan
sebagai Bukit Station oleh pemerintah pada masa itu. Ia telah diciptakan sebagai
perntadbiran daerah khas setelah Perang Dunia Kedua. Majlis Daerah Cameron
Highlands ditadbir oleh sebuah jawatankuasa khas iaitu Majlis Pembangunan Tanah
Tinggi Cameron hingga akhir tahun 1931. Kemudian, Cameron Highlands ditadbir oleh
Penolong Pegawai Daerah yang dilantik di bawah bidang kuasa Pegawai Daerah Lipis.
Pembinaan jalan raya yang sedia ada dan sedang dalam pembinaan telah
menyebabkan perubahan kepada persekitaran guna tanah di Cameron Highlands.
Pembinaan jalan raya yang menghubungkan Simpang Pulai-Pos Slim-Kampung Raja-
Lojing- Gua Musang sepanjang 178.3 km sebagai jalan perhubungan antara Timur-
Barat Ketiga turut memberi kesan yang serius kepada kestabilan cerun. Menerusi Pelan
Transformasi Pelancongan Negeri Pahang 2015, ikon pelancongan tanah tinggi,
Cameron Highlands merupakan antara lokasi yang begitu popular di kalangan
pelancong domestik dan antarabangsa berdasarkan tinjauan penginapan hotel, sumber
tarikan dan pergerakan kemasukan pelancong. Buktinya, kemasukan seramai 692,746
orang pelancong pada tahun 2008 dan meningkat kepada 1,050,000 orang pelancong
pada tahun 2015 (Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser 2016). Pencapaian ini
menggambarkan lokasi tersebut memiliki sumber tarikan yang menarik dan berpotensi
menjadi destinasi pelancongan terkenal di dunia.
Menurut Zulfahmi et al. 2007, kawasan Cameron Highlands merupakan salah
satu kawasan yang pesat mengalami perubahan gunatanah yang melibatkan
pembangunan kawasan tanah tinggi. Seterusnya, Cameron Highands juga dibatasi oleh
garis lintang antara 04° 24ʼU hingga 04° 29ʼU dan garis bujur antara 101° 21ʼT. Ia
terletak di barat laut Pahang kira-kira 30 kilometer ke laut Tapah, Perak. Pelancongan
dan pertanian merupakan aktiviti utama kawasan ini. Di sepanjang jalan raya utama di
antara Pekan Ringlet hingga Brinchang di bahagian utara terdiri daripada jujukan
perbukitan yang membentuk lembah-lembah terbuka dengan kecuraman landai ke
curam pada ketinggian antara 1280 meter -1830 meter dari aras laut.
Ia dikenali sebagai Cameron Plateau oleh Scrivenor (1931). Banjaran Utama
Granit membina kawasan pergunungan dengan kemuncak tertinggi di Gunung
Brinchang pada 2030 meter dari aras laut. Menurut Tija et al. 1973, kawasan tanah tinggi
ini dicirikan oleh tebing lembah yang curam, kehadiran jeram dan air terjun yang banyak.
Keadaan topografi kawasan ini mengawal sistem sungai dapat dikelaskan sebagai
dendritik (utara) dan jejari (selatan) serta penting sebagai kawasan tadahan hujan bagi
negeri˗negeri berdekatan seperti Perak, Selangor dan Johor.
8
2.3 REKA BENTUK KAJIAN
Di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan kuantitatif. Secara dasarnya
kuantitatif adalah daripada perkataan kuantiti (Kamus DBP) iaitu jumlah atau bilangan.
Menurut Chua (2006), kuantitatif dikaitkan dengan data numerika dan ketepatan yang
mana berdasarkan penyelidikan inkuiri postivis yang menggunakan kajian
eksperimental dan data numerika untuk dianalisis dengan ujian statistik.
Pendekatan kuantitatif ini juga melibatkan penyelidikan tinjauan. Penyelidikan
tinjauan bertujuan untuk mengumpul maklumat dengan bertanya satu set soalan kepada
pengunjung. Persoalan dalam kajian tinjauan adalah mengenai kepercayaan,
kegemaran, kesihatan dan lain lain tingkah laku individu yang hendak diperhatikan.
Selain itu, kaedah ini sesuai digunakan dalam mendapatkan maklumat mengenai
pandangan, personaliti, tingkah laku atau sikap orang awam secara meluas dari satu
kelompok yang besar. Data bagi set soalan dipungut secara skala jawapan Likert bagi
dijadikan jawapan pada setiap persoalan kepada pengunjung.
Skala Likert digunakan pengkaji kerana bagi pendapat Cohen et al. 2000, skala
ini sesuai bagi mengukur pandangan pelancong menerusi ruang tertentu tentang amalan,
persepsi dan sikap. Soalan mempunyai skala dari 1 sehingga 5 di mana setiap nombor
mempunyai pernyataan tersendiri yang membolehkan pelancong menanda jawapan
mereka. Bagi nombor 1 mewakili Sangat Tidak Bersetuju, 2 mewakili Tidak Bersetuju,
3 mewakili Tidak Pasti, 4 mewakili Setuju dan 5 mewakili Sangat Tidak Bersetuju.
Pendekatan kuantitatif ini memerlukan masa yang panjang di mana ianya menjadi satu
batasan di dalam menjalankan penyelidikan. Proses pengumpulan data memerlukan
masa yang panjang (Goertzen 2017) yang boleh menyebabkan jumlah data yang tidak
mencapai sebagaimana dikehendaki.
2.4 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Kaedah pengumpulan data merupakan suatu teknik yang digunakan oleh pengkaji untuk
mengumpul data dalam kajian yang dilaksanakan. Kaedah pengumpulan data adalah
dengan menggunakan borang selidik. Tinjauan dan lawatan dilakukan ke kawasan
kajian bagi melakukan pemerhatian mengenai tajuk kajian. Tinjauan dan lawatan
dilakukan pada waktu cuti umum untuk melihat sendiri bagaimana keadaan jalan raya
semasa hari cuti., malah tinjauan pada hari biasa juga dilakukan. Manakala, bagi
pengumpulan data sekunder menggunakan kajian kepustakaan dan laman web.
Seterusnya, untuk menganalisis data, pengkaji menggunakan aplikasi SPSS untuk
menterjemahkan data mentah yang telah diperolehi oleh pelancong.
2.4.1 Data Primer
Data primer juga merupakan data mentah yang telah diperoleh menerusi kawasan kajian
iaitu lapangan. Data primer ini biasanya diperoleh adalah tidak sama dengan pengkaji
lain. Data primer meliputi beberapa termasuklah kaedah soal selidik, temubual dan
pemerhatian di lapangan. Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik bagi
mendapatkan maklumat dan data primer secara terus daripada sampel kajian iaitu para
pelancong di Cameron Highlands.
9
2.4.2 Data Sekunder
Data sekunder mempunyai format tertentu dan boleh diperolehi melalui bahan bacaan
bertulis sama ada yang diterbitkan ataupun tidak. Data sekunder merupakan maklumat
yang menjadi seokongan utama bagi mengukuhkan sumber data primer. Data sekunder
adalah data yang diperoleh daripada pembacaan dan hasilnya akan lebih tepat dan
relevan. Pembacaan daripada jurnal, laporan dan artikel berkaitan dengan kajian dapat
menolong data dipersembahkan dengan baik.
a. Kajian Perpustakaan
Bagi mendapatkan lebih maklumat berkaitan tajuk kajian, pengkaji menggunakan
kaedah kajian perpustakaan. Kajian perpustakaan ini dilakukan oleh pengkaji ke
Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Lawatan dilakukan untuk mencari bahan tentang tajuk kajian seperti maklumat
kesesakan jalan raya di kawasan tanah tinggi. Walaupun begitu, pengkaji juga
menggunakan tesis-tesis lepas sebagai rujukan untuk merangka penulisan yang baik.
Selain itu, pengkaji juga melakukan kajian perpustakaan di Pusat Sumber Pengajian
Sosial, Pembangunan dan Persekitaran dalam memperoleh pendedahan awal tentang
tajuk kajian. Pengenalan lebih awal tentang kajian ini bertujuan mendapatkan sebanyak
mungkin dapatan atau maklumat yang relevan dengan tajuk. Kaedah keperpustakaan
dilakukan mengumpul maklumat penulisan berbentuk artikel, laporan rasmi dan
sebagainya. Pembuktian pemerhatian ini adalah melalui foto di lapangan. Oleh hal
demikian dapat disimpulkan bahawa temubual dan pemerhatian merupakan kaedah
alternatif bagi mendapatkan data tambahan daripada pelancong dan kawasan yang
dikaji.
b. Laman Web
Pengkaji menggunakan kaedah laman web dalam mendapatkan data dan info tambahan
yang boleh digunakan dalam membantu sedikit sebanyak dalam kajian yangdilakukan.
Melalui kaedah ini juga pengkaji mencari artikel-artikel berkaitan kesan terhadap
kesesakan jalan raya terhadap aktiviti pelancongan. Maklumat tambahan yang diperoleh
melalui kaedah ini amat membantu dalam mengukuhkan lagi data dan dapatan kajian
yang diperolehi pengkaji.
2.5 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang telah digunakan untuk mengumpul data primer ini melalui dua
kaedah iaitu kaedah pemerhatian dan pengedaran borang soal selidik. Kaedah
pemerhatian ialah satu cara pengumpulan data dengan mengkaji secara langsung
terhadap pengunjung dan penyelidikan yang dilakukan dapat dirahsiakan. Kaedah ini
juga sering digunakan dalam menjalankan kajian penyelidikan. Kaedah pemerhatian
terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian turut serta dan juga pemerhatian tidak turut
serta. Pengkaji turut membuat pemerhatian di kawasan kajian untuk melihat bilangan
kenderaan yang masuk sama ada di waktu puncak ataupun tidak. Penggunaan kaedah
ini adalah untuk mendapatkan data yang saling melengkapi dengan data daripada kaedah
yang lain.
Kaedah berbentuk soal selidik adalah salah satu yang popular digunakan dalam
10
kalangan pengkaji. Soal selidik merupakan kaedah pengumpulan maklumat yang paling
mudah untuk dilakukan. Soal selidik merangkumi bidang yang luas dan boleh dirangka
dengan mudah. Proses pengedaran borang soal selidik ini dijalankan secara terbuka.
Pengkaji menghadkan jumlah pelancong seramai 100 orang yang datang ke kawasan
kajian.
Pelaksanaan borang selidik ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu
Bahagian A ialah maklumat demografi, Bahagian B ialah faktor yang mempengaruhi
kesesakan jalan raya di Cameron Highlands. Seterusnya Bahagian C ialah kesan
kesesakan jalan raya kepada aktiviti pelancongan di Cameron Highlands dan Bahagian
D ialah langkah untuk mengurangkan kesesakan jalan raya tersebut. Bentuk soalan yang
dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan tertutup. Jenis soalan ini mudah untuk
dianalisis dan menyenangkan bagi pelancong dalam memberikan jawapan.
2.5.1 Populasi dan Persampelan Kajian
Populasi merupakan sesebuah kumpulan individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama
antara satu sama lain walaupun berbeza dari aspeknya. Populasi juga melibatkan
penyelesaian masalah yang dikenal pasti dengan tepat. Menurut Rohana Yusof (2004)
setiap individu atau objek dalam sesuatu populasi berkemungkinan berbeza-beza dalam
banyak segi, namun mestilah mempunyai tidak kurang daripada satu ciri yang sama.
Manakala persampelan merupakan pengambilan sebahagian pecahan daripada suatu
populasi sebagai mewakili populasi tersebut (Kerlinger 1973).
Sampel dalam kaedah persampelan merupakan satu subset populasi dan sampel
berupaya mewakili keseluruhan populasi. Pelancong yang terpilih dalam borang soal
selidik haruslah mengikut beberapa kriteria danjuga berkaitan dengan isu sama ada
secara langsung atau tidak langsung. Terdapat beberapa kaedah persampean, antaranya
adalah persampelan berkebarangkalian dan persampelan tidak berkebarangkalian.
Persampelan berkebarangkalian pula dibahagikan kepada sampel rawak mudah,
sampel sistematik, sampel berserta dan sampel berkelompok. Persampelan tidak
berkebarangkalian terdiri daripada sampel kuota, sampel ‘bola salji’ dan pertimbangan.
Persampelan berkelompok digunakan apabila sesuatu populasi boleh dibahagikan
kepada unit-unit dengan setiap unit akan dipilih secara rawak untuk membentuk sampel
berkelompok. Proses pemilihan sampel hendaklah dilakukan dengan bebas bagi
mewakili keseluruhan populasi yang ada di kawasan kajian. Pada masa yang sama
pengkaji mengalami masalah dalam mengumpulkan data. Hal ini kerana pengkaji
menghadapi masalah dari segi wabak COVID 19 yang membolehkan jumlah pelancong
yang datang tidak ramai. Wabak COVID 19 merupakan susulan wabak di China dan
ianya dikatakan menjadi masalah global kepada semua.
Penularan wabak COVID 19 boleh menjejaskan sektor pelancongan. Datuk
Mohamaddin Ketapi berkata ia susulan sektor pelancongan dilihat mengalami kerugian
jutaan ringgit ekoran pembatalan tempahan hotel, pakej pelancongan dan tiket
penerbangan yang ketara akibat penurunan kemasukan pelancong ke negara ini. Oleh
hal yang demikian, pengkaji sukar untuk menganggarkan bilangan pelancong yang
datang ke tanah tinggi Cameron Highlands, Pahang. Bagi saiz sampel dalam
penyelidikan ini diambil daripada jumlah pelancong yang telah ditentukan untuk
11
menjalankan pengumpulan data. Dalam kajian ini, sampel yang digunakan terdiri
daripada pelancong yang datang melancong ke Cameron Highands, Pahang. Bukan itu
sahaja, disebabkan wabak yang tular ini pengkaji sebolehnya mengelak daripada
bersemuka dengan pelancong dan mengambil beberapa orang daripada pelajar UKM
yang pernah ke Cameron Highlands untuk menyempurnakan kajian ini. Pemilihan
jumlah sampel dalam kajian ini adalah berdasarkan formula Slovin seperti dalam Rajah
3.2.
n=
N x d² + 1
Rajah 3.2 Formula Solvin
n = sampel
N = populasi
d = nilai presisi 95% atau sig. = 0,05.
Misalnya, jumlah populasi adalah 125, dan tingkat kesalahan yang dikehendaki
adalah 5%, maka jumlah sampel yang digunakan adalah:
n= N
N x (d)² + 1
n = 125
125 x (0.05)² + 1
n = 95
2.6 KAEDAH ANALISIS DATA
Bagi mendapatkan data yang tepat, penyemakan secara terperinci terhadap data yang
diperoleh adalah penting. Kaedah menggunakan kaedah analisis secara deskriptif bagi
soalan bahagian A iaitu latar belakang dan profil pengunjung. Hasil daripada borang
soal selidik bahagian selebihnya daripada pengunjung dianalisis secara statistik. Kaedah
yang digunakan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi
12
18.0. Semua hasil daripada borang soal selidik dianalisis dan diproses menggunakan
teknik SPSS ini. Data akan dianalisis dengan menggunakan SPSS yang juga disokong
oleh sumber sekunder yang berkaitan tajuk kajian. Pengkaji menggunakan perisian
tersebut untuk memudahkan pengkaji itu sendiri dalam menganalisis dengan tepat data
yang diperolehi dan menjimatkan masa. Pengiraan data dianalisis menggunakan statistik
deskriptif dan hasilnya dibentangkan sama ada dalam bentuk jadual, rajah, graf dan carta
bagi memudahkan hasil kajian dapat difahami.
Penggunaan SPSS akan menghasilkan keputusan analisis statistik deskriptif
yang melibatkan min dan sisihan piawai. Hasil kajian yang ditunjukkan daripada SPSS
akan menunjukkan satu perhubungan untuk kedua-dua pemboleh ubah iaitu melalui
analisis ujian Anova Sehala. Ujian Anova Sehala digunakan untuk mencari
perhubungan antara pemboleh ubah terikat dan pemboleh ubah bebas. Apabila hasil
daripada analisis menunjukkan p>0.05, ini bermakna tiada perbezaan min yang
signifikan antara satu sama lain. Manakala, nilai p<0.05 adalah menunjukkan terdapat
perbezaan min yang signifikan antara satu sama lain.
2.7 KESIMPULAN
Dalam bab ini pengkaji menjelaskan kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kajian
ini. Proses dalam melaksanakan kajian di kawasan kajian mengukuhkan lagi hasil kajian
iaitu dibincangkan dalam bab seterusnya. Pemilihan metodologi kajian begitu penting
kerana merupakan faktor utama dalam menentukan kerberhasilan kajian ini. Saiz sampel
bagi menghurai di mana cara untuk mengumpul data di dalam bab ini juga ditunjukkan.
Oleh hal yang demikian, hasil dapatan kajian dapat dibincangkan dengan baik
seterusnya pengkaji dapat menganalisis data dengan mudah. Dalam kajian ini juga,
penggunaan kaedah yang tepat dan bersesuain adalah penting agar hasil yang diperolehi
tidak dapat dipertikaikan. Kumpulan pelancong yang dipilih memudahkan kajian
dijalankan dan selaras dengan apa yang ingin dikaji.
13
BAB
3
MODEL KAJIAN PELANCONG CAMERON HIGHLANDS
3.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan tentang sorotan kajian lepas. Sorotan kajian yang
merupakan pernyataan atau fakta yang akan menyokong sesuatu objektif bagi
membuktikan bahawa teori yang digunakan bukan rekaan. Di dalam bab ini
mengandungi pernyataan, teori, pendapat, penilaian yang berkenaan tajuk yang dipilih
pengkaji. Sumber-sumber kajian diambil daripada artikel, jurnal, kajian lepas dan bahan
rasmi daripada jabatan kerajaan sebagai sokongan yang lebih mantap untuk hasil kajian.
Kajian literatur ini juga mempunyai dua bahagian di mana pendekatan teori yang
digunakan sebagai model kajian serta kajian empiri iaitu kajian lepas. Bab ini akan
mengulas lebih lagi bagi menggambarkan maksud sebenar kajian yang dikaji.
3.2 DEFINISI KONSEP
Kajian ini menghuraikan beberapa definisi dan konsep bagi mengukuhkan fakta di
dalam kajian ini. Definisi konsep merupakan suatu persoalan asas kepada tajuk kajian
yang dijalankan oleh pengkaji. Menurut Ahmad Shukri Mohd. Nain dan Rosman Md.
Yusoff (2003) definisi konsep adalah bukan sesuatu yang penting berbanding dengan
isu yang dikaji.
3.2.1 Pelancong
Lee (2007) menyatakan pelancong adalah orang yang melancong di destinasi yang
dilawati dengan tujuan mengisi masa lapang (untuk rekreasi, percutian, kesihatan,
agama dan sukan), perniagaan keluarga, perwakilan dan bermesyuarat yang menetap
sekurang-kurangnya 24 jam dan termasuk juga pelawat sementara yang melawat kurang
daripada 24 jam (Pye & Tzong et al 1983). Pelancong akan datang semula ke destinasi
tersebut sebagai pelancongan ulangan. Hal ini dibuktikan oleh Harifah et al. (2015) yang
menyatakan bahawa lawatan ulangan adalah penting dalam bidang perancangan dan
pemasaran pelancongan serta menyumbang kepada pendapatan ekonomi sesebuah
negara.
Selain itu, Murphy et al. (2000) menyatakan bahawa pengalaman pelancong di
destinasi dipengaruhi oleh hasil penggunaan atau pendedahan kepada dua elemen
destinasi iaitu infrastruktur perkhidmatan dan persekitaran destinasi yang menarik.
Pelancongan ulangan juga digunakan sebagai ‘petunjuk’ untuk mengenalpasti ciri
tarikan yang mendorong seseorang pelancong untuk berkunjung ke sesuatu destinasi.
Terdapat perbezaan pendapat antara pelancong ulangan dengan pelancong pertama kali
terhadap aset pelancongan di sesebuah destinasi. Pelancong pertama kali lebih
cenderung kepada kebudayaan, alam semulajadi dan kemudahan penginapan manakala
pelancong ulangan pula mementingkan makanan, kemesraan penduduk dan hiburan
(Habibah et al. 2017).
Pengunjung amat menitikberatkan kepuasan dari segi pemilihan barangan
terutamanya pembelian produk berjenama (Wong 2003). Jenama merupakan simbol,
istilah, tanda nama atau kombinasi kesemuanya yang bertujuan untuk mengenal pasti
14
barangan yang dihasilkan oleh pengeluar. Oleh itu, pengurus perniagaan memainkan
peranan penting dalam memahami proses, corak pembelian dan kehendak para
pengunjung (Wong 2003).
Pelancong juga antara pihak yang dapat menyumbang kepada pendapatan
negara menerusi aktiviti pelancongan. Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah mensasarkan kehadiran pelancong
seramai 29 juta pelancong dengan pendapatan RM89 bilion pada tahun 2015 sempena
penganjuran Tahun Festival (MyFest 2015). Setiap pelancong membawa mata wang
asing untuk berbelanja serta membayar kos penginapannya selama menetap di sesuatu
destinasi. Pelancong juga akan menggunakan kemudahan awam, membeli cenderamata,
makanan, minuman dan sebagainya.
15
3.2.2 Persepsi Pelancong
Persepsi pelancong adalah penting dalam menentukan keputusan yang akan dibuat oleh
para pelancong. Hal ini kerana menurut Boniface dan Cooper (1994) menjelaskan
persepsi penting kepada perancang dan pengurus destinasi pelancongan untuk tujuan
menggalakkan imej baik sesebuah destinasi pelancongan kepada orang ramai.
Pelancong akan mengagihkan masa dan ruangan untuk memaksimumkan faedah
melancong di samping menjimatkan masa dan wang (Mathieson & Wall 1982). Persepsi
akan mempengaruhi pelancong membuat keputusan imej yang positif dan negatif
terhadap sesuatu destinasi pelancongan.
Persepsi pelancong boleh didefinisikan sebagai satu proses menterjemahkan
maklumat yang dialami dari dunia luar ke dunia dalam mental (Decrop 1999).
Maklumat yang diterima dapat membentuk pengetahuan dan kemahiran yang baru
terhadap tindak balas dengan persekitaran yang menghasilkan kepercayaan dan
perasaan. Misalnya, destinasi percutian berkemungkinan mempunyai kaitan dengan
beberapa ciri seperti iklim, kebudayaan, alam sekitar dan sebagainya di mana pelancong
mempunyai perasaan terhadap sifat tersebut (Decrop 1999).
Individu yang mempunyai inisiatif permintaan melancong kerana adanya
desakan daripada motivasi (Boniface & Cooper 1994). Motivasi wujud apabila individu
ingin memenuhi kepuasan (Mill & Morrison 1992). Pelancong dimotivasi melalui dua
faktor iaitu keinginan untuk mengembara atau merantau di mana individu ingin melihat
sesuatu tempat, orang dan budaya yang berlainan (wanderlust) dan keinginan
mengunjungi tempat yang lebih selesa dari rumah terutama berkaitan dengan iklim
(sunlust) (Boniface & Cooper 1994; Pearce et al 1987).
Pelancong mempunyai persepsi mereka yang tersendiri tentang pelancongan
(Suryati et al. 2018). Persepsi pelancong adalah gambaran tentang pengalaman
seseorang pelancong tentang sesebuah kawasan pelancongan yang dikunjungi. Persepsi
seseorang pelancong secara umumnya melibatkan lima deria rasa iaitu penglihatan,
pendengaran, rasa, sentuh dan bau. Perkara ini adalah bertujuan untuk menilai
hospitaliti dan perkhidmatan terhadap produk pelancongan yang ditawarkan (Morisson
2002). Selain itu, realiti persepsi lebih menggambarkan kepelbagaian gelagat
pelancong. Persepsi pelancong turut memberi impak terhadap sesuatu destinasi
pelancongan (Turker et al. 2013).
Selain itu, penyelidikan yang dilakukan oleh Suryati et al (2008)
membincangkan bahawa sebenarnya persepsi pelancong tempatan terdiri daripada
keselamatan, kemudahan dan kebersihan. Pengalaman yang menyeronokkan turut
melahirkan persepsi yang melebihi realiti. Bagitu juga sebaliknya apabila pelancong
mengalami sesuatu yang tidak menyenangkan semasa melancong di sesuatu tempat,
persepsi yang terbentuk lazimnya lebih buruk daripada realiti. Persepsi yang lahir
daripada seseorang pelancong, walaupun bukan suatu pandangan yang boleh diterima
tetapi berguna dalam memberi gambaran tentang kelebihan atau kekurangan sesebuah
pusat pelancongan (Suryati et al. 2008).
Turker & Orturk (2013) telah mengenal pasti persepsi masyarakat yang tinggal
iaitu di sempadan Mountains National Park Kure (KMNP) dan mereka menunjukkan
bahawa persepsi mereka neutral dan positif terhadap industri pelancongan di kawasan
16
tersebut. Sementara Szell & Hallet (2013) dalam kajian terhadap sikap dan persepsi
penduduk terhadap kawasan perlindungan di Taman Kebangsaan Retezat, Romania
menunjukkan mereka mempunyai kesedaran tinggi tentang kepentingan kawasan
perlindungan tersebut. Bukan itu sahaja, mereka akan membayar dengan bayaran tinggi
untuk menyokong usaha pemuliharaan berbanding penduduk tempatan. Manakala,
persepsi pelancong dalam membuat pilihan destinasi pelancongan di Bangladesh
bergantung kepada imej destinasi, penggunaan internet dan kepuasan pengguna (Sabbir
Rahman 2012).
3.2.3 Aktiviti Pelancongan Tanah Tinggi
Perkembangan tanah tinggi dapat dikesan sekitar 1980 an iaitu pelancongan di negara
Tropika lebih tertumpu di kawasan tinggi kerana memiliki iklim yang sejuk dan
memberi kesan terhadap sosio-ekonomi dan perkembangan setempat (Hanifah 2014).
Aspek pemuliharaan, persekitaran dan khazanah alam adalah potensi utama
perkembangan pelancongan tanah tinggi bahkan menjadi pemangkin kepada usaha
pemuliharaan dan pembangunan ekonomi masyarakat (Vogt 2001).
Pada era 1990-an hingga kini, aktiviti pembangunan di kawasan tanah tinggi
sering menjadi sumber dalam memperoleh lebih banyak keuntungan bagi sesetengah
pihak (Wan Suzita et al. 2016). Malah, perkara ini turut menimbulkan kemusnahan ke
atas aset semula jadi negara. Hal ini memperlihatkan pelancongan tanah tinggi
mempunyai potensi dan cabaran dalam meningkatkan mutu pelancongan negara.
Pelancongan tanah tinggi adalah satu produk pelancongan kecil yang paling
berkembang pesat berbanding produk di peringkat negara dan wilayah kerana ia bukan
sebahagian dari alam sekitar dan menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna malah
berfungsi sebagai kawasan pertanian, petempatan dan tadahan hujan (Jabil et al. 2012).
Destinasi tanah tinggi sebagai zon pelancongan turut berfungsi sebagai sumber alam,
tempat tinggal habitat, spesies flora dan fauna, sumber mineral serta daya tarikan
pelancongan kerana suhunya yang sederhana sejuk dan nyaman (Yahaya 2009). Malah
turut memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi dan penyediaan
perkhidmatan bagi penduduk setempat (Mohd Suhaily et al. 2014).
Secara umumnya, pelancongan tanah tinggi didefinisikan sebagai pergerakan
pelancong di kawasan yang mempunyai ketinggian lebih daripada 300 meter dari aras
laut (Chan & Brow 2010). Kawasan pelancongan tanah tinggi di Malaysia merupakan
kawasan percutian yang kaya dengan pelbagai sumber alam, sumber air, pelbagai
logam, mineral serta habitat flora dan fauna. Di peringkat antarabangsa, tanah tinggi
merupakan kawasan yang menarik untuk pelancongan, petempatan, pertanian,
khazanah flora serta fauna dan rekreasi terutama di negara tropika panas (Asian
Development Bank 1998; Lonely Planet 2015).
Hal ini membuktikan kebanyakan negara di dunia mula terkenal dengan
destinasi utama pelancongan tanah tinggi iaitu kerana kejayaan dalam menjalankan
perancangan, pengurusan dan pembangunan terhadap produk tersebut. Contoh
antaranya di New Zealand, pihak kerajaan telah menggalakkan penjagaan kualiti alam
sekitar di kawasan pergunungan, berbukit bukau serta pengurusan rekreasi glasier ais
sehingga dianggap sebagai syurga dunia dan menjadi negara yang menggalakkan reka
bentuk landskap yang menarik di kaki bukit dan kawasan pergunungan (Kumaran &
17
Ainuddin 2006).
Menurut Hafis (2012) dalam penulisannya membincangkan beberapa aktiviti
pelancongan yang boleh dilakukan di destinasi tanah tinggi dengan mengetengahkan
amalan pemuliharaan dan pemeliharaan. Bukit Larut yang juga adalah destinasi yang
awal muncul sebagai pelancongan tanah tinggi dan dikenali sebagai Maxwell Hill pada
tahun 1870. Bukit Larut merupakan kawasan Tanah Tinggi di Taiping, Perak. Bukit
Laurt ini juga mempunyai suhu antara 15 hingga 25 darjah Celcius pada waktu siang
dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit
Larut mengambil masa selama 30 minit melalui jalan yang sempit dan juga melalui
banyak selekoh tajam dilereng bukit. Hal ini menyebabkan pelancong terpaksa melalui
jalan-jalan tersebut untuk sampai ke kawasan puncak yang juga memiliki keindahan
yang menarik.
3.2.4 Kesesakan Jalan Raya di Destinasi Pelancongan
Menurut Salina dan Zuliskandar (2018), potensi pembangunan pelancongan dari segi
analisis SWOT boleh memberi kesan kepada kesesakan lalu lintas. Hasil kajian
menunjukkan kawasan pelancongan yang dikaji iaitu Bandar Hilir akan menghadapi
masalah kesesakan di mana bandar tersebut mempunyai kekuatan kerana memiliki
tempat warisan bersejarah yang unik. Bukan itu sahaja, destinasi pelancongan yang
mempunyai pelbagai tarikan dikatakan akan meningkatkan kedatangan pelancong ke
kawasan tersebut. Selain itu, kesesakan lalu lintas yang dihadapi di Bandar Hilir juga
disebabkan faktor bandar tersebut mempunyai peluang untuk dimajukan sebagai tapak
arkeo-pelancongan warisan. Hal ini kerana banyak elemen warisan yang dapat menarik
perhatian pelancongan ke situ.
Perkembangan sesebuah destinasi pelancongan juga menyumbang peningkatan
jumlah kesesakan lalu lintas. Berdasarkan Johan Afendi et al. 2012, selain pencemaran,
kesesakan lalu lintas dan kekurangan tempat letak kereta juga adalah impak
pembangunan pelancongan terhadap destinasi Pantai Cenang, Langkawi. Terdapat
beberapa isu negatif lain seperti kebersihan, ketiadaan pantai awam dan kemudahan
awam bagi kegunaan orang ramai boleh mengakibatkan ketidakselesaan pelancong
dalam melakukan aktiviti pelancongan. Keadaan yang sesak di kawasan Pantai Cenang,
Langkawi ini boleh mewujudkan suasana tidak selesa di kalangan pelancong yang turut
dikhuatiri menjejaskan imej destinasi pelancongan tersebut terutama Langkawi itu
sendiri (Johan Afendi et al. 2012).
3.2.5 Kemalangan
Secara amnya kemalangan jalan raya boleh dilihat daripada pelbagai sudut dan
tanggapan yang berbeza-beza. Secara ilmiah menurut Kamus Dwibahasa (2001)
kemalangan bermaksud ialah suatu kejadian yang berlaku tanpa sebab yang boleh
diduga; kejadian (buruk) yang tidak terduga, dengan tidak sengaja atau kecelakaan.
Menurut perundangan negara dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) Pindaan
2002, tafsiran kemalangan ialah suatu kemalangan atau kejadian di mana kerosakan
atau kecederaan dilakukan terhadap mana-mana orang, harta, kenderaan, struktur atau
binatang.
Selain itu, menurut Nurwati Badarulzaman, 1996 dalam kertas kerjanya bertajuk
“Seminar Sehari Keselamatan Jalan Raya” mendapati statistik kemalangan jalan raya
18
di Malaysia sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa lebih 50 peratus mangsa
kemalangan terdiri daripada mereka yang berusia dalam lingkungan 20-35 tahun.
Kemalangan boleh berlaku di kawasan pelancongan. Fauziah (2016) dalam
kajiannya turut membincangkan bahawa pelancongan di Kuala Lumpur terdedah
pelbagai masalah seperti kemalangan, kesesakan dan masalah jenayah. Oleh hal yang
demikian, pelancong membuat tanggapan yang negatif terhadap bandar Kuala Lumpur
sebagai sebuah pusat pelancongan bandar utama di Malaysia. Peningkatan kemalangan
salah satu kawasan pelancongan di Indonesia disebabkan tuntutan kenderaan yang
semakin hari semakin bertambah. Bukan itu sahaja, perkembangan kawasan
pelancongan itu sendiri akan mengakibatkan kemalangan, kebisingan dan pencemaran
udara.
3.3 KAJIAN LEPAS
Ulasan kajian lepas merupakan satu perkara penting dalam menjalankan kajian baharu.
Melalui ulasan kajian lepas, pengkaji dapat membuat penilaian ke atas penemuan kajian
oleh pengkaji terdahulu berkaitan fokus kajian. Ulasan kajian lepas dalam kajian ini
adalah memfokuskan kepada faktor yang mempengaruhi kesesakan jalan raya di
kawasan tanah tinggi dan kesan kesesakan jalan raya terhadap aktiviti pelancongan di
kawasan pelancongan tanah tinggi.
3.3.1 Faktor yang mempengaruhi kesesakan jalan raya di kawasan tanah tinggi
a. Cuaca
Elemen dalam aspek fizikal seperti sumber semula jadi iaitu pemandangan bentuk muka
bumi, flora dan fauna dan keadaan cuaca merupakan kesan persekitaran yang
mempengaruhi persepsi (Murphy et al. 2000). Pelancong menjadikan cuaca sebagai
sebab yang membolehkan mereka melakukan pelancongan di kawasan tanah tinggi.
Menurut Choy (1992) telah menjelaskan bahawa penilaian persepsi bukan hanya
dipengaruhi oleh faktor kemudahan infrastruktur tetapi juga oleh faktor persekitaran
seperti keadaan cuaca (Murphy et al. 2000). Faktor cuaca, fizikal dan tarikan
kebudayaan serta potongan harga akan mempengaruhi penilaian persepsi pelancong
terhadap perjalanan pelancongan mereka.
Pelancong akan lebih cenderung untuk melancong di kawasan peranginan
sehingga meningkatkan bilangan kesesakan jalan raya juga disebabkan faktor cuaca.
Antara tarikan utama tanah tinggi ialah iklim yang lebih sejuk berbanding dengan tanah
dataran rendah (Chan et al. 2014). Tanah tinggi mempunyai cerun curam, puncak bukit,
flora dan fauna endemic yang terancam, dan komuniti tempatan yang kaya dalam
budaya. Kebanyakan kawasan merata negara di dunia, tanah tinggi merupakan kawasan
yang menarik untuk pelancongan, petempatan, pertanian dan rekreasi (Asian
Development Bank 1998; Lonely Planet 2013). Di negaratropika beriklim sejuk, tanah
tinggi telah meningkatkan pembangunan dari segi pelancongan dan pertanian.
Nurul Amirah (2009) merumuskan bahawa tanah tinggi di Malaysia menjadi
salah satu destinasi pelancongan utama yang mempunyai imej unik yang menarik di
mana tanah tinggi seperti Cameron Highlands, Fraser’s Hill dan Genting Highlands
mempunyai enam faktor yang menarik mereka seperti perkhidmatan dan infrastruktur,
19
tarikan tempatan dan kemudahan, atmosfera pelancongan, aktiviti rekreasi, persekitaran
semula jadi dan pelancongan tumpuan-keluarga. Faktor lambakan kenderaan juga
terjadi akibat cuaca sejuk yang membolehkan Magelang Indonesia cukup berpotensi
menjadi tarikan pelancong untuk datang ke kawasan tersebut (Lis Noer 2015).
Kedung Kayang merupakan salah satu daerah Magelang yang mempunyai muka
bumi yang baik. Berdasarkan hasil kajian Lis Noer, cuaca di kawasan ini mempunyai
suhu yang rendah dan udara yang sejuk membolehkan suasana menjadi nyaman dan
menarik pelancong ke sana. Kedung Kayang juga terkenal dengan pertanian strawberi,
kobis, kacang buncis dan sebagainya. Cuaca yang sejuk ini juga telah menarik ramai
pelancong untuk terus datang ke tempat ini. Topografi di kawasan ini juga mempunyai
ciri-ciri berbukit dan bergunung-ganang yang sekaligus membolehkan pelancong
tertarik dengan suasana yang sejuk di Kedung Kayang Indonesia ini.
Menurut Suriani et al. 2010, ramai sarjana dan pakar ekonomi menyatakan
tentang pelancongan berasaskan alam semula jadi merupakan sektor yang apling cepat
berkembang, dan menjelaskan Sabah mempunyai banyak kemungkinan untuk menarik
pelancong dengan kehidupan liar, keindahan flora dan fauna seperti Pelancongan
Warisan dan Kebudayan; Pelancongan Eko dan Agro; Pelancongan Sukan;
Pelancongan Kesihatan; Pelancongan Rohaniah; Pelancongan Pendidikan dan
sebagainya. Perkara ini semuanya lebih kepada pelancong menikmati keindahan alam
semula jadi dan budaya baru tanpa merosakkannya sebaliknya membantu kawasan yang
dikunjungi (SGS 1996).
Cameron Highlands adalah sebuah tempat peranginan yang mempunyai
keindahan alam semula jadi di mana terdapat suhu rendah yang mampu meningkatkan
kesuburan tanaman terutamanya kepada pertanian sayuran dan buah-buahan seperti
strawberi. Secara perinciannya eko-pelancongan boleh diringkaskan kepada aktiviti-
aktiviti yang membawa pelancong lebih dekat kepada alam semulajadi. Pelancong
boleh mengambil bahagian, dan merasa keseronakan mempelajari, melawat dan
menemui sesuatu yang baru berasaskan alam semula jadi. Kebiasaannya ia menyelitkan
bersama program-program aktiviti gaya kehidupan masyarakat luar bandar, seni budaya
dan warisan masyarakat setempat; ia menyediakan peluang kepada pelancong untuk
merasakan sendiri aktiviti pertanian secara langsung (Suriani et al. 2010).
Dalam tahun 2000, NEPM (National Ecotourisms Plan Malaysia) telah
mengkategorikan 12 faktor memainkan peranan penting mempengaruhi keputusan
pelancong melawat sesuatu destinasi adalah harga, imej baik, perkhidmatan,
kemasukan, aktiviti lasak, tempat makan, keajaiban alam, eksplorasi, isu persekitaran,
perlindungan alam, kesedaran udara dan pengaruh cuaca (Suriani et al. 2010).
b. Trend Kedatangan Pelancong
Pelancong yang datang ke tanah tinggi semakin hari semakin meningkat boleh
mengakibatkan kesesakan jalan raya. Buktinya, menerusi Pelan Transformasi Negeri
Pahang 2015, ikon pelancongan tanah tinggi, Cameron Highlands merupakan antara
20
lokasi yang begitu popular di kalangan pelancong domestik dan antarabangsa
berdasarkan tinjauan penginapan hotel, sumber tarikan dan pergerakan kemasukan
pelancong. Hal ini dapat dibuktikan dengan kemasukan seramai 692,746 orang
pelancong pada tahun 2008 dan meningkat kepada 1,050,000 orang pelancong pada
tahun 2015 (Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser 2016).
Kajian yang dilakukan oleh Shamsul Ariff (2016) menunjukkan hasil daripada
pelancong yang menyatakan kesesakan berlaku pada waktu puncak harian iaitu pada
waktu pagi dan petang pada musim perayaan dan keraian. Kawasan tanah tinggi kini
semakin terkenal bukan sahaja di negara Eropah barat, malah di kawasan negara Asia
lain paling kerap dikunjungi pelancong (Chan 2006).
Trend kedatangan pelancong semakin hari berubah mengikut peredaran masa.
Johan et al. (2014) menurutnya, industri pelancongan iaitu di Malaysia telah
mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Hal ini demikian kerana terdapat
peningkatan bilangan pelancong domestik dan antarabangsa ke kawasan alam
semulajadi. Menurut Johan dan Iylia (2014), trend yang dapat dilihat daripada
perbincangan dalam perkembangan ekopelancongan di Malaysia iaitu pelancong yang
datang memberi tumpuan kepada lawatan ke kawasan yang indah (scenic area), taman
negara, taman negeri dan taman laut. Malaysia mempunyai keunikan dan kekayaan
hutan hujan tropika, ekosistem marin dan tanah lembab. Sebagai contoh pada tahun
1997, kedatangan pelancong ke taman negara di Malaysia mewakili 153,026 orang
(2.46%) daripada jumlah kedatangan pelancong di Malaysia.
Trend pelancong yang melancong setiap hari meningkat turut melibatkan luar
negara iaitu pelancong antarabangsa. Hal ini juga seterusnya mengakibatkan
peningkatan jumlah pelancong di destinasi pelancongan terutama tanah tinggi yang juga
merupakan tarikan utama mereka untuk datang ke kawasan tersebut. Aktiviti
pelancongan semakin meningkat dikatakan berlaku apabila pihak kerajaan yang turut
memainkan peranan penting iaitu melalui dasar fiscal dengan telah menyumbangkan
perbelanjaan kerajaan dalam sektor pelancongan ini (Norlida Hanim et al. 2013).
c. Jumlah Kepadatan Kenderaan
Berdasarkan kajian Blunden, interaksi bagi kenderaan ialah trafik, kemudahan
pengangkutan merujuk kepada potensi aliran trafik berkomunikasi dengan guna tanah.
Keadaan ini disebabkan oleh hubungan antara setiap guna tanah. Contohnya perniagaan,
institusi dan perumahan menyebabkan pertambahan bilangan kenderaan keluar masuk
ke kewasan tersebut. Sistem yang terhasil daripada gabungan antara dua konsep iaitu
guna tanah dan pengangkutan iaitu kos, kapasiti dan halaju dengan aktiviti guna tanah
seperti pekerjaan dan populasi (Blunden et al. 1995).
Kesesakan lalu lintas merujuk kepada keadaan di jalan raya di mana terdapat
banyak kenderaan yang tersekat akibat terlalu banyak kenderaan yang berada di atas
jalan raya pada tempat dan waktu yang sama (Shamsul Ariff 2016). Kesesakan lalu
lintas juga biasanya berlaku pada waktu puncak seperti waktu masuk pejabat, waktu
pulang dari pejabat dan musim perayaan. Merujuk kepada petikan Gianluca Lange
(2015), Pengurus Industri Serantau bagi Autodesk ASEAN Malaysia adalah antara
negara yang jumlah pendaftaran kenderaan baharunya bertambah setiap hari dengan
21
kira-kira 700,000 setiap tahun. Pertumbuhan kenderaan di jalan raya yang sangat
banyak tidak mampu menandingi pembinaan jalan raya di Malaysia yang berada pada
kadar yang perlahan.
Kepadatan pelancong dan kenderaan di kawasan pelancong akan
mengakibatkan jalan raya lebih sesak. Berdasarkan Johan Efendi et al. (2011) di
kawasan pelancongan Pantai Chenang, terminal feri Langkawi kerap sekali sesak
dengan pelancong dan kenderaan. Hal ini juga berlaku banyak pada musim cuti
perayaan, cuti persekolahan dan waktu pengajuran acara bertaraf nasional dan
antarabangsa. Jumlah kepadatan kenderaan bertambah apabila pelancong telah
meningkatkan ketibaan mereka ke destinasi pelancongan itu sendiri.
Di samping itu, pelancong tidak semestinya pergi melancong berseorangan,
malah sebilangan daripada mereka akan membawa teman yang lain. Menurut dapatan
kajian Azmi (1999), perbandingan di antara segmen pula mendapati secara
keseluruhannya, eksekutif kerajaan lebih berminat melancong secara berkumpulan iaitu
melebih seorang rakan, manakala eksekutif swasta pula lebih cenderung kepada
melancong bersama seorang rakan sahaja.
Hasil daripada kajian Faisal (2003) terhadap kajian kepadatan lalu lintas dan
timbulnya kecelakaan pada jalan raya di Kota Medan mendapati pertambahan
kepadatan lalu lintas di jalan raya disebabkan kerana peningkatan jumlah kenderaan
yang tidak profesional dibandingkan dengan penambahan prasarana penampungnya.
Hal ini berikutan berkait dengan adanya lebar dari jalan raya sendiri dan membawa hal
ini kepada dampak daripada penambahbaikan ekonomi sehingga meningkatkan jumlah
penduduk yang mampu membeli kenderaan bermotor.
3.3.2 Kesan kesesakan jalan raya terhadap aktiviti pelancongan di kawasan
pelancongan tanah tinggi
a. Ketidakselesaan Pelancong
Keadaan seperti masalah berkaitan dengan mod pengangkutan, bahkan turut melibatkan
struktur jalan raya ini didapati boleh menyebabkan masyarakat terutama bandar merasa
tidak selesa, susah hati, cemas, letih atau lesu, kerumitan untuk berinteraksi dan
kebimbangan yang serius apabila setiap hari mereka terpaksa menggunakan jalan raya
tersebut ke tempat kerja, ke pasaraya, pusat perkhidmatan atau apa sahaja urusan
penting dalam keadaan pengguna tidak mempunyai pilihan yang lain (Haryati Shafii et
al. 2003).
Pengunjung mengalami masalah dalam perkhidmatan pembersihan,penyediaan
tempat duduk untuk pengunjung, kesesakan lalu lintas dan tempat letak kereta.
Kebersihan merupakan salah satu permasalahan yang dikenalpasti contohnya
penggunaan tandas dan tempat pembuangan sampah. Kekurangan kakitangan untuk
menyelenggara tapak festival menyebabkan kelihatan kotor dan pengunjung kurang
selesa.
Kesan kesesakan ini akan melibatkan psikologi penduduk dan gangguan
persekitaran terganggu akibat daripada berlakunya kesesakan tersebut. Pelancong juga
akan berubah fikiran dengan membatalkan aktiviti pelancongan mereka apabila
22
terpaksa bersesak-sesak di dalam kenderaan masing-masing di atas jalan raya. Hal ini
membuktikan apabila laporan media yang meluas untuk kejadian sebegini telah
meningkatkan kebimbangan pelancong terhadap aspek keselamatan dalam percutian
yang sejurus membawa mereka kepada pembatalan rancangan melancong ke destinasi
berkenaan (Logeswaran et al. 2015).
Keselesaan pelancong memainkan peranan terhadap kebolehan aktiviti
pelancongan untuk dilakukan secara berterusan bagi meningkatkan sektor ekonomi.
Oleh hal demikian, keselesaan pelancong tergolong daripada segi tahap kebersihan yang
ditawarkan di sebuah kawasan pelancongan. Perkara ini termasuklah kepentingan
kemudahan tong sampah yang perlu diletakkan di kawasan yang menjadi tumpuan
ramai orang. Apabila berlaku kesesakan di sesuatu destinasi pelancongan,
sesungguhnya boleh mengakibatkan pelancong menghadapi gangguan ketidakselesaan
yang boleh menyebabkan mereka tidak lagi berkunjung ke tempat berkenaan.
Berdasarkan hasil kajian Ujian-T terhadap motivasi dan implikasi pemasaran
pelancongan ke pulau peranginan oleh Azmi (1999) mendapati faktor motivasi tarikan
yang utama dalam mendorong seseorang eksekutif untuk melancong ke sesebuah pulau
peranginan adalah faktor ‘persekitaran semulajadi’ diikuti oleh faktor ‘keselesaan’
dengan masing-masing mencatatkan nilai min keseluruhan 4.20 dan 4.08.
b. Gangguan Terhadap Aktiviti Pelancongan
Kekurangan kemudahan laluan perhubungan boleh dipertingkatkan dengan menaik
taraf laluan penghubung utama dikenali sebagai koridor Utara-tengah-Selatan iaitu
menghubungkan Cameron Highlands-Lipis- Jalan Tanah Tinggi dan Simpang Pulai-
Kg. Raja dari arah Kuala Lumpur dan Perak (Laporan Pemeriksaan Rancangan Struktur
Negeri Pahang 2001-2020). Bentuk pengangkutan awam yang ada di kawasan ini amat
terbatas dan boleh menyumbang kepada kesukaran untuk diakses oleh pelancong asing
khususnya.
Penyediaan kualiti perkhidmatan dan perhubungan amat diperlukan di kawasan
pelancongan tanah tinggi kerana para pelancong berpeluang untuk meninjau kawasan
persekitaran sepanjang mereka berada di kawasan tersebut. Tahap kepuasan
pelancongan merupakan satu faktor utama dalam pembangunan tanah tinggi (Wan
Suzita et al. 2016). Keputusan dibuat oleh pelancong dikata ditentukan oleh persepsi.
Pelancong akan mengagihkan masa dan wang memaksimumkan faedah melancong di
samping menjimatkan masa dan wang (Mathieson & Wall 1982). Bunyi bising enjin
kenderaan boleh menyebabkan kerosakan pendengaran dan masalah gangguan
konsentrasi. Selain itu, kesesakan jalan raya juga boleh menimbulkan ketegangan
psikologi. Ini terjadi kerana para pengguna jalan raya terkpaksa menghabiskan masa
berjam-jam di jalan raya.
Bukan itu sahaja, malah kesesakan yang berlaku akan merencatkan keinginan
pelancong untuk meneruskan perjalanan mereka. Hal ini demikian dibuktikan apabila
terdapat kajian oleh Ramzah Dambul et al. 2008, mendapati bahawa pelancong yang
datang ke Kundasang rasa terganggu apabila mereka tidak dapat meletakkan kenderaan
disebabkan jalan yang sempit. Masalah jalan yang sempit ini juga disebabkan oleh
23
pembangunan infrastruktur asas dan kemudahan awam yang kurang
memberangsangkan di pusat urban Kundasang itu sendiri.
Apabila pelancong yang datang ke destinasi pelancongan, peningkatan
kenderaan di atas jalan raya meningkat sekaligus menyebabkan jalan semakin sempit.
Pelancong akan turut terganggu dalam meneruskan aktiviti mereka. Amriah Buang et
al. (2008) juga bersetuju dengan perkara ini di dalam jurnalnya yang bertajuk
“Memahami permasalahan pelancongan di Kundasang, Sabah: kekuatan dan kelemahan
pendekatan positivsme” disebutkan ia telah merencat keinginan para pelancong luar
untuk singgah lebih lama di pusat urban Kundasang. Perkara inilah yang dikatakan
tingkahlaku negatif yang disebabkan oleh rangsangan negatif persekitaran. Sedangkan,
kualiti dan kuantiti input ekonomi yang boleh dilimpahkan oleh para pengunjung luar
ke satu-satu kawasan berkadar terus dengan tempoh masa mereka berada di tempat
tersebut (Amriah Buang et al. 2008).
c. Hakisan dan Tanah Runtuh
Pembukaan tanah di Cameron Highlands untuk aktiviti pertanian dan pembangunan
secara tidak terkawal telah mendedahkan kawasan ini kepada agen hakisan. Hakisan
tanah akan menyebabkan kejadian tanah runtuh. Cameron Highlands sering berlaku
kejadian tanah runtuh (Boon Hiong 2007). Kejadian tanah runtuh ini membolehkan
kejadian kemalangan turut meningkat.
Tanah tinggi juga berfungsi sebagai kawasan pertanian, petempatan dan tadahan
air. Namun, pembangunan yang pesat dan tidak terkawal menyebabkan berlakunya
perubahan fizikal dan menimbulkan pelbagai masalah seperti pencemaran alam sekitar,
tanah runtuh, banjir, pemendapansungai, pencerobohan tanah haram dan sosiobudaya
(Wan Suzita 2016). Permasalahan ini merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh
pihak kerajaan dan masyarakat dalam usaha membangunkan pelancongan tanah tinggi
sebagai salah sebuah aset pelancongan negara. Kawasan destinasi di tanah tinggi
sememangnya telah banyak dibangunkan dengan lebih banyak pembinaan dan hal ini
seterusnya boleh mengakibatkan banyak berlakunya hakisan dan tanah runtuh apabila
perancangan tidak dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan (Suhaily et al.
2006).
Hakisan juga boleh memberi kesan kepada peniaga yang berniaga apabila airdi
kawasan tersebut tercemar akibat pemendapan tanah yang runtuh. Hasil daripada kajian
Suhaily et al. 2006 menunjukkan kawasan kegiatan pertanian mempunyai peningkatan
mendapan sehingga boleh meningkatkan kehilangan keupayaan untuk menampung air
sebanyak 31 peratus. Aktiviti perniagaan mahupun pertanian juga tidak dapat berjalan
lancar dan baik. Malah turut memberi kesan kepada pengguna jalan raya termasuk
pengunjung dengan menghadapi kesesakan apabila sebuah jalan raya berlaku
disebabkan kejadian tanah runtuh. Perkara ini dibuktikan dengan hasil nilai dalam
kajian Suhaily et al. 2006 bahawa Cameron Highlands mempunyai purata intensiti
hakisan yang tinggi iaitu sebanyak 1.29. Ini menunjukkan jalan raya yang berada
dikawasan ini amat mudah berlaku tanah runtuh kerana kegagalan cerun akibat
pemotongan bukit yang tidak sempurna.
3.4 KESIMPULAN
24
Destinasi merupakan komponen yang penting dalam sistem pelancongan di mana tanpa
destinasi pelancongan boleh dikatakan tidak berlaku. Destinasi berkenaan perlu
mempunyai elemen penawaran tertentu yang bukan sahaja mampu menarik kedatangan
pelancong malah berupaya memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Emosi penting
dalam menentukan sesuatu aktiviti pelancongan itu berjalan lancar dan menentukan
pengalaman lawatan yang boleh menyumbang kepada kepuasan keseluruhan lawatan.
Faktor yang mempengaruhi kesesakan jalan raya perlulah dikenal pasti supaya kesan
kesesakan jalan raya kepada aktiviti pelancongan dapat dikurangkan. Langkah
mengatasi kesesakan jalan raya ini perlu dilakukan agar ianya tidak memberi kesan yang
lebih buruk kepada sektor pelancongan pada masa hadapan.
25
BAB
4
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESESAKAN JALAN RAYA DI CAMERON
HIGHLANDS
4.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan dapatan data berdasarkan kepada instrumen kajian yang
telah digunakan. Bab ini akan membentangkan dengan lebih lanjut tentang profil dan
latar belakang pelancong yang datang ke Cameron Highlands serta kesannya terhadap
kesesakan jalan raya yang berlaku. Terdapat beberapa bahagian yang akan
dibincangkan dalam bab 4 ini iaitu dari segi latar belakang pelancong seperti jantina,
umur, pekerjaan, pendapatan, tahap pendidikan tertinggi, kekerapan ke kawasan kajian
dan kenderaan yang digunakan. Melalui hasil kajian dalam bab ini membolehkan
pengkaji dapat mengetahui faktor yang mampu mengakibatkan peningkatan kesesakan
jalan raya. Bahagian ini pula terdiri daripada faktor cuaca, kedatangan pelancong dan
jumlah jumlah kepadatan pelancong.
Selain itu, analisis data akan membincangkan kesan kesesakan jalan raya kepada
aktiviti pelancongan di Cameron Highlands. Bahagian ini pula mengetengahkan kesan
iaitu kepada ketidakselesaan pelancong, gangguan kepada aktiviti pelancongan dan
hakisan dan tanah runtuh disebabkan kesesakan jalan raya. Bukan itu sahaja, bab ini
juga akan membincangkan langkah dalam mengatasi masalah kesesakan jalan raya di
Cameron Highlands ini sehingga menyebabkan aktiviti pelancongan terganggu.
4.2 LATAR BELAKANG PELANCONG
Latar belakang pelancong adalah bahagian yang akan menceritakan dari segi ciri
demografi pelancong iaitu jantina, umur, pekerjaan, pendapatan, tahap pendidikan,
kekerapan melancong ke Cameron Highlands dan jenis kenderaan yang digunakan
untuk ke Cameron Highlands. Pelancong yang rawak dipilih hasil daripada menjawab
borang soal selidik di dalam bentuk google form. Hasil daripada google form yang
diedarkan, pengkaji memperoleh seramai 100 pengunjung yang melengkapkan borang
soal selidik di atas talian.
Berdasarkan Jadual 4.1, majoriti jantina pelancong terdiri daripada perempuan
mencatatkan sebanyak 51 peratus daripada keseluruhan jumlah pengunjung.Pelancong
lelaki pula selebihnya berjumlah 49 peratus. Hal ini demikian membuktikan bahawa
kaum perempuan lebih gemar melakukan aktiviti melancong berbanding dengan kaum
lelaki. Malahan, pelancong perempuan lebih mudah untuk menjawab soalan melalui
google form berbanding dengan lelaki.
Berdasarkan dapatan kajian, majoriti adalah terdiri daripada kumpulan 21-30
tahun yang mewakili 76 peratus daripada keseluruhan jumlah pengunjung. Seterusnya
diikuti oleh kumpulan umur 20 dan ke bawah iaitu sebanyak 18 peratus. Bilangan
pelancong yang terendah diwakili oleh kumpulan umur 31-40 tahun dan 41-50 tahun
iaitu 3 peratus masing-masing. Pelancong majoriti terdiri daripada lingkungan umur21
26
sehingga 30 tahun kerana pengkaji mendapati kumpulan umur ini sering menggunakan
telefon bimbit dan menerima pautan borang soal selidik ini dengan lebih cepat
berbanding kumpulan umur yang lain. Golongan 50 tahun ke atas mungkin tidak lagi
gemar untuk menjawab soalan di atas talian berbanding golongan yang lebih muda.
Tahap pendidikan tertinggi pelancong pula mencatatkan majoriti mendapat
pendidikan terakhir adalah pada tahap Ijazah Sarjanamuda. Jumlah yang dicatatkan
adalah paling tinggi iaitu sebanyak 44 peratus. Tahap pendidikan seterusnya adalah Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf yang diwakili sebanyak 40 peratus.
Seterusnya diikuti dengan tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang
diwakili sebanyak 12 peratus. Jumlah pelancong mempunyai tahap pendidikan yang
terendah peratusannya adalah daripada tahap PMR/PT3 dan Ijazah Sarjana Master. Pada
tahap ini masing-masing mewakili sebanyak 2 peratus. Disebabkan borang soal selidik
ini telah dikongsikan pautannya dengan majoriti daripada golongan pelajar, jadi ianya
menjadikan tahap pendidikan tertinggi pelancong dalam kajian ini mencatatkan mereka
mempunyai tahap Ijazah Sarjanamuda. Profil pelancong adalah seperti dalam Jadual
4.1.
Jadual 4.1: Ciri demografi pelancong Cameron Highlands
Bilangan Peratus (%)
Kategori 49 49.0
51 51.0
Jantina
Lelaki
Perempuan
Umur 18 18.0
20 dan ke bawah 76 76.0
21-30 tahun 3 3.0
31-40 tahun 3 3.0
41-50 tahun
Tahap pendidikan 2 2.0
Pmr/pt3 12 12.0
Spm 40 40.0
Stpm/stam/diploma 44 44.0
Ijazah sarjanamuda 2 2.0
Ijazah sarjana/masters
Jumlah 100 100
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Jadual 4.2 menunjukkan jenis pekerjaan pelancong dalam kajian ini ianya
mencatatkan majoriti nilai bilangan adalah daripada pelajar. Pelancong terdiri daripada
pelajar sebanyak 75 peratus, dan diikuti dengan pekerjaan swasta. Pelajar dikatakan
mudah untuk mengisi borang di atas talian disebabkan mereka telah terbiasa dengan
27
aktiviti pembelajaran secara atas talian. Oleh hal demikian, pelajar dapat mengendalikan
soalan-soalan yang telah diberi oleh pengkaji kepada mereka. Pelajar juga memberi
komitmen menjawab soalan-soalan daripada pengkaji berbanding orang yang
mempunyai pekerjaan. Hal ini juga kerana orang bekerja mempunyai banyak
komitmen, contohnya orang yang mempunyai keluarga perlu menguruskan rumah dan
anak-anak mereka. Jadi, kebanyakan daripada mereka tidak berminat untuk mengisi
sebarang borang yang diberikan. Pelancong yang telah mengisi borang soal selidik juga
dari kalangan yang bekerja swasta iaitu sebanyak 12 peratus. Seterusnya, terdapat
pelancong yang mempunyai kerja sendiri iaitu sebanyak 5 peratus diikuti dengan yang
tidak bekerja. Pelancong mewakili 3 peratus adalah bekerja di sektor kerajaan dan
selebihnya pesara iaitu sebanyak 1 peratus. Jenis pekerjaan ditunjukkan seperti dalam
Jadual 4.2.
Kategori Jadual 4.2: Pekerjaan Peratus (%)
Jenis Pekerjaan Bilangan 3
Kerajaan 12
Swasta 3 5
Bekerja Sendiri 12 1
Pesara 5 75
Pelajar 1 4
Tidak Bekerja 75 100
4
Jumlah 100
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Jadual 4.3 menunjukkan sumber pendapatan kesemua pelancong. Jumlah
pendapatan bulanan mencatatkan majoriti daripada mereka memperoleh pendapatan
dengan anggaran RM1000 dan ke bawah iaitu sebanyak 79 peratus. Hal sedemikian
adalah kerana majoriti pelancong terdiri daripada kalangan pelajar yang masih
melanjutkan pengajian atau pendidikan. Pelajar juga dikatakan tidak mempunyai
pendapatan yang stabil dan kukuh kerana masih memfokuskan diri mereka dengan
pelajaran di institusi masing-masing. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pelajar
yang suka melancong semasa belajar. Mereka berpendapat apabila sudah bekerja kelak,
banyak komitmen yang perlu difokuskan sehingga tiada masa untuk melakukan
sebarang aktiviti luar termasuklah pergi melancong. Berdasarkan jadual turut
mencatatkan jumlah pendapatan pelancong antara anggaran RM1001 sehingga
RM3000 iaitu 13 peratus. Manakala, jumlah pendapatan pelancong yang terendah
adalah pada lingkungan antara RM5001 dan ke atas yang mencatatkan sebanyak 2
peratus. Jumlah pendapatan lain diwakili oleh pelancong yang berpendapatan antara
RM3001 sehingga RM5000 iaitu bersamaan 6 peratus. Jadual pendapatan pelancong
ditunjukkan seperti dalam Jadual 4.3.
28
Kategori Jadual 4.3: Pendapatan Peratus (%)
Pendapatan Bulanan Bilangan 79
RM1,000 dan ke bawah 13
RM1,001- RM3,000 79 6
RM3,001- RM5,000 13 2
RM5,001 dan ke atas 6 100
Jumlah 2
100
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Hasil dapatan kajian menunjukkan kekerapan pengunjung untuk datang ke
Cameron Highlands dilihat bahawa majoriti daripada mereka melancong ke sana dalam
tempoh setahun sekali. Peratus kekerapan pengunjung melancong setahun sekali ke
Cameron Highlands adalah sebanyak 87 peratus daripada keseluruhan jumlah
pelancong. Demikian ini telah membawa maksud kedatangan melancong pada setahun
sekali ini adalah tempoh paling tinggi jumlah kekerapannya berbanding yang lain.
Dalam tempoh enam bulan sekali, sebanyak 12 peratus dicatatkan melakukan aktiviti
pelancongan ke Cameron Highlands. Pelancong yang selebihya pula iaitu sebanyak 1
peratus direkodkan hanya seminggu sekali tempoh beliau datang ke Cameron
Highlands. Kemungkinan 1 peratus ini adalah antara pelancong yang dekat dengan
Cameron Highlands dan mengambil keputusan untuk melancong ke sini pada setiap
minggu.
Oleh kerana majoriti terdiri daripada pelajar dan segelintir orang yang telah
bekerja, hal ini berkemungkinan pengunjung ingin melancong apabila berasa tertekan
dan ingin merehatkan diri mereka dari dunia pekerjaan. Kekerapan bagi seminggu sekali
adalah paling sedikit disebabkan pelancong tidak mempunyai banyak masa kerana
terlalu banyak urusan belajar dan kerja. Terdapat tiga jenis kenderaan yang telah
digunakan pelancong untuk sampai ke Cameron Highlands iaitu motorsikal, kereta dan
bas atau van. Peratus menaiki kereta ke Cameron Highlands mencatatkan kekerapan
yang paling tinggi iaitu sebanyak 86 peratus. Pelancong merasakan dengan
menggunakan kereta mereka boleh sampai dengan lebih awal berbanding motorsikal.
Hal ini membolehkan banyak masa untuk melakukan aktiviti lain apabila tiba dengan
awal ke destinasi. Malah golongan yang telah berkeluarga dapat membawa ramai
penumpang misalnya anak-anak dan ahli keluarga yang lain dan ianya sangat
digalakkan.
Kemudian diikuti pula dengan menggunakan motorsikal. Kekerapan pelancong
menunggang motorsikal ke Cameron Highlands sebanyak 9 peratus. Terdapat
pengunjung yang memberi cadangan iaitu mengadakan lebih banyak sewaan motorsikal
mahupun basikal kepada pelancong dan pengunjung yang datang. Perkara ini juga
membolehkan kesesakan jalan raya dapat dikurangkan kerana apabila motorsikal dan
basikal digunakan, maka penggunaan ruang yang besar untuk kenderaan dapat
dielakkan apabila berada di atas jalan raya. Bukan itu sahaja, basikal juga boleh
digunakan pelancong untuk beriadah dan bersiar-siar pada waktu petang selain dapat
mengurangkan pencemaran udara. Terdapat beberapa pakej sewaan basikal di Cameron
Highlands, antaranya dari Fat Bike Rental. Fat Bike Rental ini menyediakan sewaan
29
basikal iaitu pada harga RM6.00 untuk setiap 30 minit. Pelancong dapat menyewa
basikal dan menggunakannya di kawasan sekitar untuk menghirup angin dan
sebagainya. Pelancong pula boleh membuat penyewaan basikal di Cameron Square,
Cameron Highlaands.
Seterusnya pula kekerapan menggunakan bas atau van merekodkan jumlah
terendah iaitu sebanyak 5 peratus. Dapatan kajian mendapati bahawa pelancong lebih
gemar menggunakan kenderaan sendiri berbanding kenderaan awam seperti bas. Hal ini
demikian mungkin kerana pelancong tidak mahu ada batasan pergerakan apabila
melakukan aktiviti pelancongan, misalnya menaiki bas ataupun van yang mempunyai
masa bergerak untuk penumpangnya. Jadi bagi mengelakkan sebarang masalah seperti
tertinggal bas, pelancong lebih memilih untuk menaiki kenderaan sendiri seperti
motorsikal ataupun kereta.
4.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESESAKAN JALAN RAYA DI
CAMERON HIGHLANDS
Pada bahagian ini, pengkaji memperoleh data tentang punca bagaimana kesesakan jalan
raya di Cameron Highlands berlaku. Bahagian ini juga terbahagi kepada punca cuaca,
kedatangan pelancong dan seterusnya ialah jumlah kepadatan kenderaan yang mampu
memberi kesan kepada aktiviti pelancongan di Cameron Highlands. Bukan itu sahaja,
data ini akan melibatkan analisis statistik untuk menggambarkan pembolehubah yang
penting di dalam kajian ini.
4.3.1 Cuaca
Berdasarkan Jadual 4.4 ialah menunjukkan statistik deskritif yang ingin dibincangkan
oleh pengkaji adalah min (mean) dan sisihan piawai (standard deviation). Dapatan
kajian menerusi analisis statistik deskriptif di antara faktor cuaca sahaja telah
mencatatkan nilai min paling tinggi sebanyak 4.04 dengan sisihan piawai direkodkan
sebanyak .816 (Rujuk Jadual 4.4). Nilai min tertinggi ini diwakili oleh pengunjung yang
melancong dengan tujuan mencari ketenangan dan bercuti. Menurut pandangan dan
hasil kajian oleh Norzalita et al. 2004 mendapati bahawa pemandangan indah sebagai
contoh gugusan kepulauan, hutan tropika dan bukit-bukau dapat melapangkan minda.
Bagi imej holistik psikologi sebahagian besar berpendapat lawatan ke pulau Langkawi
menyeronokkan hati malah memberi tempoh rehat kepada badan sebagai suasana yang
baik dan nyaman.
Selain itu, nilai min paling rendah adalah sebanyak 3.68 dan juga sisihan
piawainya direkod sebanyak 1.053. Nilai min terendah ini diwakili iaitu oleh faktor
Cameron Highlands sebagai tempat ‘honeymoon’. Perkara ini mungkin berlaku
disebabkan majoriti pengunjung yang mengisi borang soal selidik ini merupakan
kalangan pelajar yang masih memegang status bujang dan belum berkahwin. Mereka
lebih gemar melancong ke destinasi pelancongan kerana ingin mencari pengalaman
baru dan ketenangan di dalam kesibukan belajar. Walau bagaimanapun, Cameron
Highlands adalah sebuah destinasi yang sesuai untuk pasangan yang baru berkahwin
untuk berbulan madu kerana cuaca yang sejuk dan harmoni dapat memberikan mereka
satu aura yang tenang dan nyaman.
30
Jadual 4.4 Cuaca
Perkara Min STD
Cameron Highlands mempunyai suhu yang rendah 3.73 .874
Suasana Cameron Highlands yang nyaman 3.99 .835
Mencari ketenangan dan bercuti 4.04 .816
Cameron Highlands sebagai tempat honeymoon 3.68 1.053
Sumber:Analisis Data Kajian Lapangan (SPSS) 2020
Jadual 4.5 menunjukkan jumlah pengunjung yang bersetuju ataupun tidak
dengan faktor cuaca iaitu Cameron Highlands mempunyai suhu yang rendah sebagai
punca mengakibatkan kesesakan jalan raya. Jelas dapat dilihat bahawa peratus yang
setuju dengan pernyataan ini mencatatkan nilai paling tinggi iaitu sebanyak 65 peratus
diikuti pula dengan sangat setuju 11 peratus. Terdapat sebanyak 13 peratus yang
menjawab tidak pasti dengan faktor cuaca yang rendah ini mampu menjadi faktor
kesesakan jalan raya di Cameron Highlands. Nilai selebihnya pula adalah tidak setuju
sebanyak 8 peratus dan sangat tidak setuju sebanyak 3 peratus dan juga merekodkan
nilai peratus paling rendah (Rujuk Jadual 4.5).
Cameron Highlands adalah salah satu destinasi tanah tinggi yang mempunyai
suhu rendah dan suasana yang nyaman. Suasana yang nyaman terhasil apabila sesuatu
kawasan itu didorong oleh suhu yang rendah dan sejuk. Menurut Asyirah et al. 2013, di
negara tropika kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands ini sememangnya
menjadi tumpuan utama pelancongan. Pelancong menjadikan tempat yang sejuk sebagai
kawasan terpilih untuk dikunjungi mereka berbanding dengan destinasi lain. Tempat
yang sejuk memberi ruang dan suasana yang berbeza kepada pelancong yang
melancong di Cameron Highlands.
Jadual 4.5 Suhu rendah di Cameron Highlands
Item Sangat Tidak Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
Setuju Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
Suhu yang 13 13 65 65 11 11
rendah di Bil. % 88
Cameron
Highlands 33
N=100
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Tarikan utama tanah tinggi ini adalah iklim yang lebih sejuk berbanding dengan
tanah dataran rendah. Terdapat sebanyak 62 peratus bersetuju dengan menganggap
Cameron Highlands mempunyai suasana yang nyaman (Jadual 4.6). Suasana yang
nyaman sememangnya dapat menghindarkan seseorang itu daripada stres. Bagi
mengelak tekanan kerja, pelancong semestinya menjadikan Cameron Highlands sebagai
tempat melancong mereka. Pelancong dapat menikmati banyak kemudahan yang
disediakan semasa mereka berkunjung ke Cameron Highlands. Pengunjung dapat
menyewa hotel dengan perkhidmatan yang terbaik seperti makanan yang sedap dan
31
bilik yang selesa untuk merehatkan badan serta minda mereka daripada sebarang kerja
yang boleh memberi tekanan yang tinggi.
Manakala, sebanyak 23 peratus mencatatkan kekerapan pengunjung yang sangat
setuju dengan perkara tersebut. Kekerapan selebihnya adalah sebanyak 8 peratus yang
tidak pasti, 5 peratus tidak setuju dan 2 peratus sangat tidak setuju dengan suasana yang
nyaman boleh mencetuskan kesesakan jalan raya yang boleh menganggu aktiviti
pelancongan di Cameron Highlands. Pengunjung yang tidak setuju ini berkemungkinan
mereka yang jarang melancong ke kawasan tersebut misalnya pelancong yang hanya
datang dalam tempoh setahun sekali sahaja. Pelancong tidak dapat merasakan suasana
yang nyaman kerana menganggap suasana itu boleh dapat di kawasan yang bukanlah
dari destinasi pelancongan tanah tinggi semata-mata.
Jadual 4.6 Suasana Cameron Highlands yang nyaman
Item Sangat Tidak Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
Setuju Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
Suasana 23 23
nyaman di Bil. %
Cameron
Highlands 2 2 5 5 8 8 62 62
N=100
Sumber Kajian Lapangan 2020
4.3.2 Kedatangan Pelancongan
Berdasarkan Pelan Transformasi Pelancongan Negeri Pahang 2015, Cameron menerima
banyak penerimaan pelancong dari tahun ke tahun. Cameron Highlands juga popular
dengan kedatangan pelancong tidak kira domestik mahupun antarabangsa berdasarkan
tinjauan penginapan hotel, sumber tarikan dan pergerakan kemasukan pelancong. Selain
itu, kedatangan pelancong sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap kawasan
pelancongan itu. Berdasarkan hasil kajian daripada Fadhliah et al. 2020, pelancong
keluarga menunjukkan bahawa setiap aktiviti yang dilakukan oleh mereka melibatkan
kesemua ahli keluarga dan memainkan peranan masing-masing tidak kira sebelum,
semasa sehingga pulang dari melancong. Oleh hal demikian, analisis kedatangan
pelancongan ini adalah untuk mengetahui apakah dengan bertambahnya kedatangan
pelancong boleh menyebabkan kesesakan jalan raya yang serius di Cameron Highlands.
Jadual 4.7 menunjukkan data diskriptif statistik untuk faktor bagi kedatangan
pelancong. Nilai min paling tinggi yang telah dianalisis adalah sejumlah 4.24. Faktor
penanaman teh mewakili min paling tinggi iaitu bersamaan dengan nilai sisihan piawai
sebanyak .726. Seperti yang kita tahu, Cameron Highlands merupakan salah satu
destinasi popular yang muncul sebagai tarikan utama pelancong disebabkan faktor
terbesarnya adalah penanaman teh dan strawberi. Ketika zaman penjajahan kuasa Barat,
orang Inggeris sangat gemar meminum teh sehingga pihak British memutuskan untuk
mewujudkan ladang teh bagi menanam anak-anak pokok teh yang dibawa dari India
32
ketika itu. Selepas penyelidikan teh di Cameron Highlands membuahkan hasil, J.A
Russel telah melihat potensi tanaman pokok teh berkembang di Tanah Melayu.
Sehingga kini, pokok teh dan aktiviti memetik strawberi di Cameron Highlands
menjadi tumpuan pelancong. Pelancong dapat memetik sendiri buah strawberi yang ada
di lading. Cameron Highlands sememangnya mempunyai lebih dari sepuluh ladang
untuk memetik buah strawberi. Peladang mampu meningkatkan pendapatan mereka
melalui aktiviti seperti ini. Buah strawberi menjadi tarikan kerana di pasar raya
sememangnya sukar untuk mendapatkannya. Hal demikian kerana buah ini
kebanyakkan akan diimport dari negara luar melainkan boleh didapati di Cameron
Highlands.
Nilai min seterusnya diikuti dengan 4.20 bersamaan .765 bagi sisihan piawai
yang mewakili faktor terdapatnya penanaman strawberi. Peningkatan kedatangan
pelancong ke Cameron Highlands adalah kerana membawa keluarga bercuti. Nilai min
faktor membawa keluarga bercuti adalah 4.19 iaitu sisihan piawainya sebanyak .734.
Ahli keluarga dapat berkumpul dan melakukan aktiviti bersama-sama bagi memupuk
hubungan silaturrahim antara keluarga malah dapat meluangkan masa dengan perkara
yang berfaedah contohnya pergi bercuti dan juga melancong. Pelancong akan turut
melakukan lawatan sekiranya mendapati destinasi yang dilawati adalah menarik. Salah
satu punca kedatangan pelancong menjadi faktor kesesakan jalan raya di Cameron
Highlands adalah kerana lawatan ulangan selepas kali pertama membuat aktiviti di sini.
Hal ini demikian mencatatkan min bagi lawatan ulangan ini sebanyak 3.72 iaitu diwakili
.911 bagi sisihan piawai. Min terendah pula adalah 3.56 dengan sisihan piawai 1.122
telah diwakili oleh cuti perayaan dan cuti umum dijadikan sebagai satu peluang untuk
ke Cameron Highlands. Jadual mengapa kedatangan pelancong meningkat adalah
seperti dalam Jadual 4.7.
Jadual 4.7 Kedatangan Pelancong
Perkara Min STD
Penanaman strawberi menjadi tarikan pelancong 4.20 .765
Penanaman teh menjadi tarikan pelancong. 4.24 .726
Cuti perayaan dan cuti umum adalah peluang untuk ke Cameron 3.56 1.122
Highlands.
Lawatan ulangan selepas kali pertama membuat aktiviti di Cameron 3.72 .911
Highlands.
Membawa keluarga bercuti. 4.19 .734
Sumber: Analisis Data Kajian Lapangan (SPSS) 2020
4.3.3 Jumlah Kepadatan Kenderaan
Bilangan kepadatan pelancong akan meningkat sekiranya jumlah kedatangan pelancong
destinasi pelancongan itu meningkat. Bukan itu sahaja malah bilangan kenderaan di atas
jalan raya juga akan bertambah, seterusnya membantutkan aktiviti pelancongan di
sesuatu destinasi tersebut.
33
a. Bilangan kenderaan pada hari cuti umum meningkat
Keluarga akan lebih memanfaatkan cuti umum seperti perayaan aidilfitri, tahun baru
cina, deepavali dan wesak, cuti sekolah dan cuti am dalam menentukan hala tuju
percutian pelancongan mereka. Pengunjung yang bersetuju dicatatkan seperti (Jadual
4.8) iaitu sebanyak 41 peratus diikuti dengan nilai sangat setuju sebanyak 49 peratus.
Kekerapan sangat setuju inilah yang paling tinggi secara keseluruhannya. Mereka juga
memilih untuk pergi melancong pada waktu cuti umum berikutan salah satu puncanya
adalah keluarga mempunyai banyak masa terluang untuk mengisi masa lapang sesama
ahli keluarga. Anak-anak akan bercuti sekolah pada hujung minggu, jadi dapatlah ibu
bapa membawa mereka untuk melancong ke destinasi pelancongan yang diinginkan.
Berdasarakan dapatan kajian oleh Fadhilah et al. 2017, majoriti pelancong (yang
berkeluarga) akan melakukan perjalanan pada cuti umum dengan tujuan percutian itu
adalah untuk mengisi masa lapang dan berehat daripada melakukan kerja di pejabat.
Cameron Highlands juga menjadi sasaran ibu bapa untuk membawa anak mereka ke
sini kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Sebagai contoh memanjat bukit,
memetik buah strawberi dan berbasikal pada waktu petang. Seterusnya, nilai peratus
pengunjung yang tidak pasti dengan bilangan kenderaan pada hari cuti umum
meningkat akan menyebabkan kesesakan sebanyak 9 peratus dan diikuti nilai peratus
terendah sangat tidak setuju iaitu 1 peratus. Bilangan pengunjung yang menjawab bagi
soalan kenderaan meningkat pada cuti umum ditunjukkan seperti dalam Jadual 4.8.
Jadual 4.8 Bilangan kenderaan pada hari cuti umum meningkat
Item Sangat Tidak Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
Setuju
Bilangan Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
kenderaan pada Bil. % 00 99 41 41 49 49
cuti meningkat
11
N=100
Sumber: Kajian Lapangan 2020
b. Lori peniaga-peniaga keluar pada waktu pagi
Berdasarkan hasil kajian, nilai peratus yang paling tinggi adalah setuju 47 peratus
diikuti dengan peratus sangat setuju mewakili 20 peratus, bahawa lori peniaga-peniaga
akan keluar pada waktu pagi merupakan salah satu punca di mana jalan raya akan
dilimpahi kenderaan. Bukan sahaja kereta, malah lori-lori yang mengangkut hasil
tanaman di Cameron Highlands turut keluar pada waktu pagi. Peniaga-peniaga akan
memulakan perniagaan mereka seawal pagi. Jadi, kenderaan akan sesak kerana lori-lori
yang ingin menghantar hasil tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan kepada
pembekal. Terdapat lori yang bersaiz besar menggunakan jalan raya sehingga
mengakibatkan kemalangan di Cameron Highlands. Berdasarkan pautan berita awani
34
September 2019, terdapat sebuah lori dari arah Jelapang ke Chemor telah hilang
kawalan lalu merempuh kenderaan jenis Toyota Innova yang dipandu warga emas
berbangsa India. Akibat daripada kemalangan ini turut menyebabkan kesesakan lalu
lintas di Cameron Highlands. Seterusnya, nilai peratus tidak pasti 30 peratus, tidak
setuju 2 peratus dan peratus terendah mewakili nilai 1 peratus.
c. Laluan utama sering sesak
Pengunjung setuju dan sangat setuju bahawa laluan utama sering sesak mengakibatkan
kesesakan di Cameron Highlands adalah yang paling tinggi antara yang lain. Peratus
dan kekerapan setuju dan sangat setuju mewakili 37 peratus dan diikuti tidak pasti 24
peratus. Maka, selebihnya, mewakili 1 peratus iaitu pengunjung yang tidak setuju dan
menjawab sangat tidak setuju. Laluan utama yang selalu sesak dengan pelbagai jenis
kenderaan ini juga disebabkan peniaga dan peladang yang menguruskan pertanian
seperti teh dan strawberi di Cameron Highlands sentiasa perlu banyak bergerak. Malah,
kenderaan yang dinaiki oleh penduduk tempatan juga menggunakan laluan utama
contohnya untuk bergerak ke tempat kerja dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, laluan utama yang ada di Cameron Highlands tidak banyak,
jadi pengguna jalan raya hanya tertumpu kepada laluan utama. Laluan utama adalah
sebagai jalan yang digunakan untuk pergi ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah
serta alternatif yang menghubungkan satu kawasan ke kawasan yang lain. Menurut
artikel berita harian, Deputi Superintendan Ashari Abu Samah, Ketua Polis Daerah
Cameron Highlands berkata, kesesakan teruk dijangkakan berlaku ketika cuti hujung
minggu. Lokasi dijangka mengalami kesesakan adalah di sekitar kawasan Kea Farm,
pekan Brinchang dan pekan Tanah Rata yang menjadi kawasan tumpuan pelancong
serta berhampiran jalan utama.
d. Kenderaan keluar dan berada atas jalan pada masa yang sama
Faktor kenderaan yang berada atas jalan pada masa yang sama ini turut mengundang
kepada peningkatan jalan raya yang semakin sesak. Jalan raya di Cameron Highlands
dikatakan agak sempit jadi, apabila kenderaan berada di atas jalan raya yang sama maka
kita akan lihat bahawa kepadatan jalan raya itu sendiri dengan pelbagai jenis kenderaan
yang telah memakan banyak ruang jalan. Sebagai contoh, orang yang ke pejabat untuk
bekerja, menghantar anak ke sekolah dan pergi ke pasar akan keluar pada waktu yang
sama iaitu pada waktu pagi. Oleh hal yang demikian, mereka akan menggunakan jalan
yang sama seterusnya menyebabkan kepadatan kenderaan di atas jalan raya turut
meningkat.
Pengunjung yang bersetuju dengan pernyataan kenderaan berada atas jalan pada
masa yang sama akan menjadi punca kesesakan jalan raya adalah sebanyak 47 peratus
dan mencatatkan nilai tertinggi. Kemudian, peratus sangat setuju sebanyak 33 peratus
seterusnya nilai peratus tidak pasti mewakili 18 peratus. Pengunjung yang tidak setuju
dan sangat tidak setuju mewakili nilai 1 peratus masing-masing. Oleh itu, jelaslah
bahawa jumlah kepadatan pelancong yang diterima ke Cameron Highlands ini dapat
meningkatkan kesesakan jalan raya.
35
Jadual 4.9 menunjukan deskriptif statistik bagi analisis data faktor kenapa
berlakunya kesesakan jalan raya yang berpunca daripada jumlah kepadatan
pelancongan. Merujuk kepada jadual di bawah, bilangan kenderaan pada hari cuti
umum meningkat mencatatkan nilai min paling tinggi iaitu bersamaan 4.37 dan jumlah
sisihan piawai mewakili nilai .734. Cuti perayaan akan menyebabkan peningkatan aliran
trafik yang luar biasa di seluruh negara. Biarpun kebanyakan pelancong akan
memulakan perjalanan seawal mungkin, namun mereka tidak terlepas daripada
mengharungi dan menempuh kesesakan sebegitu.
Selain itu, nilai min paling rendah diperoleh daripada pernyataan mengenai lori
peniaga-peniaga yang melakukan pergerakan keluar pada awal pagi. Jadi, nilai min
yang terendah ialah 3.83 dan sisihan piawai pula .805. Berikutnya diikuti dengan laluan
utama sering sesak dan kenderaan keluar serta berada atas jalan pada masa yang sama.
Bagi faktor untuk laluan utama yang sering sesak, nilai min adalah sebanyak 4.08 dan
sisihan piawai sebanyak .861. Min yang bernilai 4.10 pula diwakili oleh faktor kepada
kenderaan keluar dan berada atas jalan pada masa, maka nilai sisihan piawai pula adalah
sebanyak .798. Setiap faktor daripada peningkatan kepadatan jumlah pelancong ini
didapati telah menyumbang kepada peningkatan kesesakan jalan raya di Cameron
Highlands. Analisis jumlah kepadatan pelancong tinjukkan seperti dalam Jadual 4.9.
Jadual 4.9 Jumlah Kepadatan Pelancong Min STD
Perkara 4.37 .734
3.83 .805
Bilangan kenderaan pada hari cuti umum meningkat 4.08 .861
Lori peniaga-peniaga keluar pada waktu pagi 4.10 .798
Laluan utama sering sesak
Kenderaan keluar dan berada atas jalan pada masa yang sama
Sumber: Analisis Data Kajian Lapangan SPSS 2020
36
BAB
5
KESAN KESESAKAN JALAN RAYA KEPADA AKTIVITI PELANCONGAN DI
CAMERON HIGHLANDS
5.1 Pengenalan
Aktiviti pelancongan juga banyak bergantung kepada laluan jalan destinasi yang ingin
dituju. Pelancong sememangnya ingin mengelak daripada berhadapan dengan jalan raya
yang sesak semasa melancong. Hal ini boleh membawa lebih banyak tarikan terhadap
destinasi tersebut. Apabila kesesakan jalan raya tidak dapat dikawal, maka aktiviti
pelancongan juga terganggu terutama destinasti yang popular dalam kalangan
masyarakat. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan bagi menganalisis kesan
kesesakan jalan raya kepada aktiviti pelancongan di Cameron Highland.
5.2 Ketidakselesaan Pelancong
Ketidakselesaan pelancong yang berterusan akan memberi kesan imej yang tidak baik
kepada destinasi pelancongan tersebut. Bahkan boleh mengundang kepada penyusutan
ekonomi apabila sumber pendapatan tidak dapat dijana melalui sektor pelancongan ini
lagi. Berdasarkan jadual 4.10, nilai min paling tinggi ialah 3.72 diwakili oleh kesan
yang boleh menyebabkan aliran trafik yang tidak sistematik. Manakala, sisihan piawai
adalah sebanyak .933. Pengunjung ramai yang setuju tentang kesan ini boleh
menyebabkan mereka sering tidak berasa selesa apabila mengunjungi dan melancong
ke Cameron Highlands. Berdasarkan keputusan soal selidik yang diberi, sebanyak 49
peratus pengunjung setuju dan 18 peratus mewakili sangat setuju dengan kenyataan
tersebut. Aliran trafik yang tidak sistematik juga wujud akibat kesan daripada
pertambahan penduduk, jadi penguatkuasa perlu mengurus dan merancang agar perkara
ini tidak lagi menyebabkan berlakunya kesesakan yang mungkin mengakibatkan
kemalangan jalan raya. Pelbagai cara yang dapat dilaksanakan oleh orang atasan
contohnya jejantas pejalan kaki dan motorsikal ditambah terutamanya kawasan yang
menjadi tumpuan seperti kawasan persekolahan dan pekan berhampiran. Keselamatan
penduduk Cameron Highlands juga terjamin, malah aliran trafik juga sedikit sebanyak
tidak terganggu.
Seterusnya, nilai min yang mewakili bunyi hon daripada kenderaan iaitu
sebanyak 3.39, manakala nilai sisihan piawai sebanyak .931. Bunyi hon sememangnya
dapat menganggu perasaan seseorang, tambahan sekiranya hon tersebut dibunyikan
dengan kerap. Apabila kesesakan berlaku, orang ramai akan menekan hon kenderaan
sehingga menganggu ketenteraman awam. Seterusnya boleh menjadikan pelancong
berasa tidak selesa apabila berada di dalam kenderaan masing-masing semasa
menunggu giliran untuk bergerak atas jalan raya. Bukan itu sahaja, pelancong yang
mempunyai anak kecil atau bayi di dalam kereta berasa tidak selesa dengan bunyi hon
yang diberikan oleh pengguna jalan raya. Kemungkinan untuk anak kecil menangis di
dalam kereta itu boleh terjadi contohnya mereka dikejutkan dengan bunyi hon yang kuat
sehingga terjaga dari tidur. Ibu bapa terpaksa memujuk kembali anak mereka untuk
37
tidak meragam sewaktu pergi melancong dalam keadaan yang tidak selesa dengan
kesesakan yang berlaku.
Nilai min seterusnya mewakili kepada gangguan emosi sebanyak 2.99, dan
sisihan piawai sebanyak 1.010. Pengunjung sememangnya banyak terdiri daripada
pelajar selebihnya orang dewasa ataupun sudah berumah tangga. Pelajar sering
menghadapi tekanan apabila melakukan kerja yang diberi oleh pensyarah mahupun
guru. Mereka akan lebih tertekan sehingga meningkatkan gangguan emosi kepada
mereka apabila melancong ke kawasan yang menghadapi masalah kesesakan seperti di
Cameron Highlands ini. Ada diantara pelancong yang melancong untuk tujuan
melepaskan masalah dan tekanan kerja, sekiranya kesesakan ini berlarutan sepanjang
jalan maka mereka akan lebih tertekan dan emosi terganggu. Kesesakan jalan raya
menyebabkan pengguna terpaksa membuang masa di atas jalan raya dan sesetengah
pemandu biasanya gagal untuk mengawal emosi mereka.
Pengunjung berasa panas di dalam kereta merekodkan catatan nilai min paling
rendah sebanyak 2.98 manakala sisihan piawai sebanyak .943. Selain itu, pelancong
akan berasa tidak selesa sehingga berpanas di dalam kenderaan masing-masing.
Pelancong ada yang terpaksa membuka tingkap dan tidak menggunakan penghawa
dingin kereta kerana ingin menjimatkan minyak enjin. Apabila terpaksa menunggu lama
untuk meneruskan perjalanan, pelancong akan panas dan hal ini memberikan rasa
kurang selesa kepada mereka. Malah pengguna motorsikal juga akan mengalamai
situasi yang sama apabila terpaksa berpanasan di atas jalan raya dalam tempoh yang
lama. Jadi pelancong tidak dapat menumpukan aktiviti pelancongan yang pada awalnya
dirancang dengan baik. Jadual bagi pernyataan ketidakselesaan pelancong adalah
seperti dalam Jadual 5.1.
Jadual 5.1 Ketidakselesaan Pelancong
Perkara Min STD
Berasa panas di dalam kereta 2.98 .943
Bunyi hon daripada kenderaan lain 3.39 .931
Gangguan emosi 2.99 1.010
Aliran trafik tidak sistematik 3.72 .933
Sumber: Analisis Data Kajian Lapangan SPSS 2020
5.3 Gangguan Terhadap Aktiviti Pelancongan
Jadual 5.2 menunjukkan statistik deskriptif bagi gangguan terhadap aktiviti
pelancongan. Gangguan kepada aktiviti yang akan dijalankan atau dirancang oleh
pelancong sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada mereka. Pelancong
mempunyai banyak perancangan apabila melancong ke tempat-tempat pelancong. Oleh
hal yang demikian, pengkaji dapat mengetahui bahawa kesesakan boleh juga
mengakibatkan pelancong menghadapi gangguan terhadap tempoh masa misalnya
apabila kesesakan itu tadi membataskan pergerakan mereka.
Berdasarkan analisis yang diperoleh, nilai min mewakili aktiviti melancong
pada waktu malam ke Cameron Highlands adalah paling tinggi iaitu sebanyak 3.91.
38
Pengkaji juga ketahui di Cameron Highlands juga terdapat pasar malam yang dibuka.
Jadi apabila kesesakan berlaku dari awal pagi, pelancong tidak dapat untuk singgah
membeli di pasar malam tersebut. Pelancong boleh menyambung operasi membeli
belah sayur-sayuran dan juadah makan malam di pasar malam itu. Pelancong juga boleh
memanjat ke Puncak Gunung Brinchang untuk mendapatkan pemandangan yang amat
cantik. Pada waktu malam, lampu-lampu dari kebun bunga di seluruh Cameron
Highlands ini atau cahaya bintang dari puncak gunung akan kelihatan lebih cantik.
Manakala, nilai sisihan piawai adalah .954. Min dan sisihan piawai yang
mempunyai nilai terendah adalah kesan kepada pelan aktiviti untuk melancong berubah
(Rujuk Jadual 5.2). Pengunjung sangat menyakini tentang pelan mereka akan berubah
apabila menghadapi kesesakan jalan raya. Bahkan bukan sahaja di Cameron Highlands,
destinasi pelancongan yang lain turut menghadapi masalah dan kesan yang sama.
Aktiviti malam yang sesuai dijalankan oleh pelancong apabila berada di Cameron
Highlands adalah menikmati steamboat di restoran-restoran bersama keluarga. Restoran
steamboat yang terdapat di Cameron Highlands menyediakan menu yang sedap dan
menarik.
Bukan itu sahaja, harga makanan yang disediakan adalah berpatutan dengan
servis yang diberi kepada pelanggan. Atau lebih meriahnya lagi pelancong dapat
melakukan aktiviti memanggang ayam sambil bersembang dan berjenaka bersama
rakan-rakan di anjung-anjung apartmen percutian mereka. Tetapi pelan aktiviti waktu
malam ini bakal terjejas kerana waktu perjalanan dan perancangan mereka telah rosak
akibat masalah kesesakan lalu lintas.
Jadual 5.2 Gangguan Terhadap Aktiviti Pelancongan
Perkara Min STD
Pelan aktiviti untuk melancong berubah 3.70 .732
Tempoh masa melancong menjadi terhad 3.81 .861
Aktiviti melancong pada waktu malam ke Cameron Highland tidak 3.91 .954
banyak 3.63 .971
Melakukan aktiviti memetik buahan terbatas 3.72 .911
Aktiviti mendaki bukit terbatas
Sumber: Analisis Data Kajian Lapangan SPSS 2020
5.4 Pelan aktiviti melancong
Jadual 5.3 menunjukkan dapatan kajian daripada hasil analisis statistik Ujian Anova
Sehala yang menerangkan tentang hubungan antara pembolehubah terpilih iaitu
kekerapan melancong ke Cameron Highlands dengan kesan terhadap pelan aktiviti
melancong akan berubah. Hasil daripada ujian ini mendapati analisis menunjukkan
tiada perbezaan yang signifikan antara satu sama lain iaitu (p>0.05). Perbezaan yang
tidak signifikan antara pemboleh ubah terpilih ini membuktikan pelan akan berubah
tidak dipengaruhi antara satu sama lain (Rujuk Jadual 5.3). Jadi, hal ini bermaksud
pengunjung yang tidak kerap mahupun sering datang ke Cameron Highlands tidak
menjadikan pelan aktiviti mereka berubah. Pengunjung berkemungkinan mempunyai
39
banyak idea lain dalam mencorakkan perjalanan masing-masing walaupun dalam
menghadapi masalah kesesakan jalan raya di Cameron Highlands ini. Sebagai contoh,
sekiranya ada ahli keluarga yang berdekatan dengan Cameron Highlands ini, pelancong
dapat memberi kunjungan kepada mereka. Malah dapat diselitkan juga aktiviti
pelancong untuk ke destinasi pelancongan yang berdekatan di daerah ini seperti Bukit
Tinggi, Pahang dan Bukit Fraser.
Sumber variasi Jadual 5.3 Pelan Aktiviti Pelancong Sig.
.001
Kekerapan melancong df F
Antara kumpulan
Dalam kumpulan 2 7.888
97
p>0.05
Sumber: Analisis Data Kajian Lapangan (SPSS) 2020
5.5 Hakisan dan Tanah Runtuh
Cameron Highlands sangat terkenal sebagai destinasi yang mempunyai bentuk muka
bumi yang berbukit. Kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highlands ini terdedah
dengan risiko tinggi kepada berlakunya hakisan dan tanah runtuh. Secara
keseluruhannya, analisis deskriptif menunjukkan hakisan dan tanah runtuh dianggap
masalah yang serius kepada penduduk pengunjung. Min yang dapat kita lihat
mempunyai nilai paling tinggi adalah topografi Cameron Highlands berbukit bukau
mewakili nilai 4.04, manakala sisihan piawai sebanyak .710. Kawasan tanah tinggi di
Malaysia mempunyai tahap kemudahterancaman kepada bencana tanah tinggi.
Jelas sekali menunjukkan Cameron Highlands adalah suatu kawasan yang
mempunyai topografi yang menarik. Malangnya, apabila kawasan ini menjadi tumpuan
destinasi pelancong makanya kejadian hakisan dan tanah runtuh akan terus meningkat.
Kesannya Cameron Highlands membangun pesat dengan pembinaan hotel, chalet dan
kemudahan lain untuk kemajuan industri pelancongan di kawasan itu. Pembangunan
tanah juga pesat dilakukan terutama untuk kegiatan pertanian sayur-sayuran dan bunga-
bungaan serta pembinaan jalan raya dan pembinaan petempatan. Oleh hal demikian,
risiko tanah tinggi dan hakisan bakal berlaku akan tinggi melalui faktor bentuk muka
bumi di Cameron Highlands yang mempunyai cerun yang tinggi.
Penanaman teh juga sekiranya sudah tiba tempoh yang tidak produktif untuk
dikomersialkan, kawasan ladang akan ditolak untuk dijadikan kawasan tanaman sayur.
Keadaan ini turut membawa kepada keterdedahan permukaan tanah yang mendorong
kepada kejadian hakisan apabila langkah pengawalan tidak diambil semasa melakukan
kerja-kerja peralihan dari ladang teh kepada ladang sayur. Perkara inilah yang banyak
merisaukan pihak yang menguruskan sektor pelancongan terutama kawasan tanah
tinggi seperti di Cameron Highlands.
40
Seterusnya min yang mempunyai nilai terendah ialah diwakili oleh pemandu
yang melanggar lampu isyarat. Sisihan piawai pula mewakili sebanyak .754. Hasil
dapatan kajian juga mencatatkan pengunjung ramai yang tidak pasti dengan pernyataan
ini iaitu sebanyak 62 peratus (Rujuk Jadual 5.4). Hal ini memberikan tanggapan kepada
pengkaji bahawa pelancong mahupun penduduk di Cameron Highlands sendiri hanya
segelintir yang melanggar lampu isyarat dan selebihnya masih mengikut peraturan
dengan baik. Bukan itu sahaja, keadaan jalan yang sedikit sempit dan berbukit,
pengguna tidak mampu untuk memecut dan membawa laju di atas jalan raya. Hakisan
juga memberi kesan kepada aliran trafik menjadi perlahan apabila kerja untuk
membersihkan kawasan jalan akibat tanah runtuh dijalankan.
Jadual 5.4 Hakisan dan Tanah Runtuh Min STD
Perkara 4.04 .710
4.03 .846
Topografi Cameron Highlands berbukit bukau 3.24 .754
Laluan bagi kenderaan sempit 3.52 .703
Pemandu melanggar lampu isyarat 3.91 .793
Kejadian tanah runtuh kerap berlaku
Jalan raya rosak akibat lori berat yang banyak
Sumber: Analisis Data Kajian Lapangan SPSS 2020
41
BAB
6
LANGKAH MENGURANGKAN KESESAKAN JALAN RAYA DI CAMERON
HIGHLANDS
6.1 Pengenalan
Pada bahagian ini, pengkaji ingin mengetahui sama ada pengunjung setuju ataupun
tidak dengan langkah-langkah yang ingin diketengahkan melalui data yang diperoleh.
Bahagian ini mempunyai langkah perundangan dan bukan perundangan. Pengkaji juga
dapat melihat bagaimana pengunjung mengutarakan pandangan mereka tentang
langkah yang sesuai dilaksanakan dalam mengatasi kesesakan jalan raya di Cameron
Highlands. Cadangan langkah pengunjung turut disertakan dalam bahagian ini oleh
kerana pengkaji ingin mengetahui sejauh mana pelancong yang datang ke Cameron
Highlands ini dapat merasakan keselesaan apabila melakukan aktiviti pelancongan.
Bukan itu sahaja, langkah tersebut dapat diketahui oleh orang lain dan pembaca lain
untuk dijadikan rujukan seterusnya melakukan penambahbaikan kepada destinasi
pelancongan tanah tinggi seperti di Cameron Highlands. Bagi mengekalkan
keharmonian di kawasan ini, semua pihak perlu memandang serius dan
bertanggungjawab dalam pengurusan sektor pelancongan di Cameron Highlands.
6.2 Polis trafik mengawal lalu lintas dengan kerap
Hasil kajian menunjukkan pengunjung iaitu sebanyak 48 peratus setuju dengan kawalan
yang dijalankan oleh polis trafik mengawal lalu lintas secara kerap akan mengurangkan
kesesakan. Bagi nilai kekerapan 14 peratus mewakili pengunjung yang sangat setuju.
Berdasarkan Jadual deskriptif statistik, nilai min bagi langkah polis trafik ini
mencatatkan sebanyak 3.66 dan nilai sisihan piawai adalah sebanyak .855. Pengunjung
selebihnya menjawab tidak pasti iaitu sebanyak 29 peratus, tidak setuju sebanyak 8
peratus dan sangat tidak setuju mewakili 1 peratus. Polis trafik dapat membantu
mengurangkan kesesakan jalan apabila mereka ditugaskan untuk mengawal lalu lintas.
Keadaan lampu isyarat tidak dapat dijangka kerana ada masanya apabila lampu isyarat
tidak dapat berfungsi dengan baik. Malah, dengan adanya kawalan daripada polis trafik
ini seterusnya boleh mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku di atas jalan
raya.
Oleh kerana terdapat pengunjung yang tidak pasti dan tidak setuju dengan
langkah tersebut, hal ini kemungkinan berpunca apabila pengunjung merasakan arahan
polis trafik dan pihak berkuasa tidak lagi diendahkan oleh orang ramai. Pelancong lebih
memilih melanggar peraturan yang dikuatkuasakan. Walau bagaimanapun, seperti yang
kita tahu kawalan polis trafik sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesesakan jalan.
Menurut Daniel (2011) yang turut menyatakan kawalan isyarat lalu lintas dapat
mengawal kadar aliran tepu dan kitaran masa.
6.3 Mengeluarkan saman kepada seseorang yang melanggar peraturan jalan raya
Data yang dianalisis menunjukkan peratus pengunjung yang paling tinggi adalah setuju
dengan mewakili 56 peratus diikuti dengan nilai sangat setuju iaitu sebanyak 22 peratus.
Bagi pengunjung yang tidak pasti pula mewakili peratusan sebanyak 18 peratus.
Manakala, selebihnya tidak setuju sebanyak 3 peratus dan sangat tidak setuju sebanyak
42
1 peratus. Saman yang dikeluarkan dipercayai akan dapat membantu masyarakat untuk
lebih peka terutama untuk mengikuti peraturan dan undang-undang jalan raya. Memetik
kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim di Berita Harian,
statistik saman mencatatkan peningkatan dengan 385,547 saman dikeluarkan pada
tahun 2018 berbanding 255,392 pada tahun 2017. Nilai min bagi langkah mengeluarkan
saman ini bersamaan 3.95, manakala nilai sisihan piawai mewakili .787. Sistem
penguatkuasaan lalu lintas sebegini sememangnya dapat menyemai disiplin dalam
kalangan pemandu di Malaysia, jadi pesalah yang melanggar peraturan sewajarnya
diberikan saman kepada mereka.
6.4 Kenderaan berat masuk di laluan utama jalan pada tempoh tertentu
Langkah ini adalah untuk memberi fokus kepada pengguna jalan raya yang
menggunakan lori-lori yang besar, misalnya untuk penghantaran barang. Menurut
pemerhatian, terdapat lori besar yang menggunakan jalan di Cameron Highlands. Lori-
lori tersebut dikatakan membawa beban yang berat seperti kayu balak. Hal ini
menyebabkan kenderaan lain tidak dapat menggunakan jalan raya dengan baik oleh
kerana keadaan yang sempit di kawasan terbabit. Malah terdapat beberapa kemalangan
yang berpunca daripada lori mahupun treler yang melanggar kenderaan lain. Kawasan
Cameron Highlands dipercayai berbukit dan mampu menyebabkan lori yang membawa
muatan berat menggelosor ke bawah bukit mahupun cerun.
Jumlah pengunjung yang setuju dengan kenyataan bahawa kenderaan berat
hanya perlu masuk pada tempoh tertentu. Peratus pengunjung yang setuju adalah
sebanyak 45 peratus dan sangat setuju adalah sebanyak 33 peratus. Pengunjung
selebihnya menjawab tidak pasti dan tidak setuju masing-masing yang mewakili 19
peratus dan 3 peratus. Jadi, langkah memberi tempoh masa kepada lori-lori ini untuk
menggunakan jalan raya seharusnya ditingkatkan bagi mengelakkan penambahan
masalah kesesakan.
6.5 Perkongsian kenderaan semasa melancong
Tidak dapat disangkal lagi dengan berkongsi kenderaan dapat meminimumkan jumlah
kenderaan di atas jalan raya. Had kemasukan kenderaan daripada orang ramai juga
antara langkah dalam menggalakkan masyarakat berkongsi kenderaan untuk bergerak
kemana-mana. Pelancong sememangnya digalakkan berkongsi kereta sekiranya ingin
melancong, terutama melancong ke destinasi yang lebih jauh. Ahli keluarga yang
berdekatan boleh merancang untuk datang ke Cameron Higlands dengan meminumkan
jumlah kenderaan yang dinaiki.
Peratusan pengunjung setuju mewakili 51 peratus dan sangat setuju mewakili
sebanyak 29 peratus. Perkara ini dapat kita ketahui bahawa melancong dengan
berkongsi kenderaan adalah sesuatu idea yang mampu mengurangkan kesesakan. Orang
ramai tidak akan bersesak menunggu dengan lama di atas jalan raya semata mata untuk
sampai ke destinasi yang ingin dituju. Seterusnya, peratus bagi pengunjung tidak pasti
mewakili 16 sebanyak dan diikuti tidak setuju sebanyak 4 peratus. Terdapat pengunjung
yang tidak berapa setuju mengenai berkongsi kenderaan semasa melancong ini kerana
beranggapan bahawa perjalanan sesebuah keluarga itu akan terbatas.
43