6.6 Perancangan melancong yang baik
Hasil kajian menunjukkan peratus pengunjung setuju adalah paling tinggi yang
mewakili 59 peratus seterusnya diikuti sangat setuju iaitu sebanyak 30 peratus.
Perancangan yang baik dan rapi membolehkan seseorang itu menjadi produktif. Malah
dalam merancang masa perjalanan melancong juga dapat menjadikan seorang
pelancong itu mempunyai masa yang tersusun dan teratur. Menurut Khairul Nizam
(2006) dalam hasil analisis kajiannya mendapati terdapat aplikasi pelancongan yang
dibangunkan bagi membolehkan pelancong dapat melakukan perjalanan dengan baik.
Bukan itu sahaja, dengan merancang perjalanan melancong, panduan seperti itu
membantu keselesaan pelancong untuk bergerak.
Pelancong sewajarnya merancang percutian dengan bijak. Ini termasuklah dari
segi menempah penginapan seperti hotel dengan lebih awal secara atas talian
memandangkan hotel penginapan termasuk homestay yang kebiasaannya akan penuh
pada waktu cuti. Pelancong tidak rugi sekiranya merancang perutian lebih awal kerana
harga hotel atau homestay akan menjadi lebih murah berbanding pada waktu cuti yang
harganya secara automatik akan meningkat naik. Manakala, pengunjung yang
menjawab tidak pasti sebanyak 8 peratus dan tidak setuju mewakili 3 peratus. Ada juga
terdapat pelancong yang suka untuk melancong tanpa ada sebarang perancangan yang
rapi. Hal ini berikutan kerana mereka merasakan dengan membuat perancangan
sebegini tidak semestinya akan berjalan dengan baik. Sebenarnya, aktiviti pelancongan
akan berjalan sebagaimana yang dirancangkan dan dijadualkan sekiranya seseorang itu
dapat menepati masa dan melakukannya dengan baik.
6.7 Berkongsi kenderaan ke tempat kerja
Langkah seterusnya adalah dengan cara pergi ke tempat kerja secara berkongsi
kenderaan. Nilai peratus bagi mereka yang setuju mewakili 51 peratus dan sangat setuju
29 peratus. Manakala, nilai selebihnya pada tidak pasti sebanyak 16 peratus dan juga
tidak setuju sebanyak 4 peratus. Bukan sahaja berkongsi kenderaan semasa melancong,
malah berkongsi kenderaan ke tempat kerja juga mampu mengelakkan orang ramai
daripada bersesak. Langkah ini memfokuskan penduduk di Cameron Highlands
terutamanya untuk ke tempat kerja mereka. Bagi pelancong pula, perkara ini dapat
memberikan keselesaan kepada mereka untuk menggunakan jalan raya semasa
melakukan aktiviti pelancongan. Tidak dilupakan juga dengan cara ini akan
mengurangkan lagi masyarakat daripada membebaskan karbon monoksida hasil
daripada asap kenderaan.
Hasil yang dianalisis mendapati pengunjung setuju apabila berkongsi ke tempat
kerja dapat mengelakkan kesesakan jalan. Pengkaji dapat menganggarkan jumlah
kenderaan akan meningkat sewaktu pagi kerana pada waktu itu ramai orang keluar
untuk ke tempat kerja. Selain itu, pada waktu puncak seperti tengah hari dan petang juga
penambahan kenderaan akan drastik berlaku. Pada tengah hari, orang yang bekerja ini
akan berehat dan mencari makan di kedai-kedai berhampiran, manakala pada sebelah
petang kira-kira jam lima ke atas orang akan balik bekerja. Pengguna jalan raya didapati
meningkat pada waktu puncak sebegini, jadi cara berkesan yang dapat dilakukan
hanyalah dengan berkongsi kenderaan ke tempat kerja.
44
Jadual 6.1 Perkongsiaan Kenderaan ke Tempat
Kerja
Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
Bil. %
Item Bil. % Bil. % Bil. % 29 29
4 4 16 16 51 51
Berkongsi
kenderaan ke
tempat kerja
N=100
Sumber: Kajian Lapangan 2020
6.8 Berniaga di laluan yang betul
Berdasarkan pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa ada segelintir peniaga yang
masih berniaga di tempat yang tidak sepatutnya. Hal demikian contohnya meniaga di
lereng-lereng bukit ataupun persimpangan jalan. Seperti yang kita ketahui, Cameron
Highlands mempunyai jalan yang berbukit bukau dan sempit menyukarkan mereka
golongan peniaga ini berniaga di tempat yang betul. Oleh hal demikian, terdapat
cadangan yang disuarakan oleh beberapa pengunjung agar melebarkan dan
membesarkan jalan untuk tujuan sebegini supaya dapat menampung penduduk di
Cameron Highlands mencari sumber pendapatan dengan kurangnya ancaman terhadap
mereka. Jadual 6.2 menunjukkan data untuk langkah bagi peniaga yang menjalankan
perniagaan mereka di laluan yang betul.
Pengunjung yang setuju dengan langkah menggalakkan peniaga agar berniaga
di laluan betul mewakili 54 peratus dan diikuti sangat setuju sebanyak 33 peratus.
Pelancong menganggap apabila peniaga menggunakan tempat yang betul semasa
berniaga dapat membantu mengurangkan jalan raya daripada mempunyai ruang yang
sempit. Pelancong seterusnya dapat menggunakan jalan dengan baik dan sekaligus
dapat mengelakkan daripada berlakunya kesesakan mahupun kemalangan jalan raya.
Kemudian, tidak pasti mencatatkan sebanyak 9 peratus dan tidak setuju mewakili 4
peratus (Rujuk Jadual 6.2). Sebilangan pengunjung tidak setuju bahawa berniaga di
laluan yang betul dapat mengurangkan kesesakan oleh kerana mereka beranggapan
bahawa di Cameron Highlands adalah sukar untuk mencari tempat yang sesuai sebagai
tapak perniagaan. Perkara ini juga disebabkan kawasan pasar di daerah ini kekurangan
tempat berniaga. Pihak pengurusan Cameron juga seharusnya menyediakan keperluan
kepada masyarakat di situ bagi menjamin pendapatan mereka secara berterusan.
Jadual 6.2 Berniaga di laluan yang betul
Item Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
Bil. %
Bil. % Bil. % Bil. % 33 33
Meniaga di laluan
betul 4 4 9 9 54 54
N=100
45
Sumber: Kajian Lapangan 2020
6.9 Penambahan rangkaian jalan raya
Rangkaian jalan raya yang sedikit di kawasan Cameron Highlands juga membataskan
pergerakan pelancong untuk bergerak ke sana ke sini. Cameron Highlands mempunyai
hanya 3 cabang laluan utama dan kerana inilah orang ramai akan bersesak-sesak bagi
menuju ke destinasi masing-masing. Bukan sahaja pelancong, malah penduduk di
kawasan itu juga akan bersesak apabila ingin ke tempat kerja masing-masing. Cadangan
yang diberi oleh pengunjung berkaitan dengan rangkaian jalan raya adalah membina
laluan alternatif bukan sahaja selesa malah selamat untuk pelancong mahupun
penduduk setempat yang ingin keluar daripada Cameron Highlands.
Jadual 6.3 menunjukkan pengunjung yang setuju sebanyak 49 peratus dan
diikuti sangat setuju seramai 33 peratus. Seterusnya, peratus untuk tidak pasti adalah
sebanyak 12 peratus dan pengunjung yang tidak setuju mewakili 3 peratus (Rujuk
Jadual 6.3). Berdasarkan analisis tersebut, pengkaji dapat mengetahui dengan
melaksanakan lebih banyak rangkain jalan raya boleh menarik ramai pelancong untuk
terus datang ke destinasi tersebut. Pelancong juga mempunyai banyak laluan ke
Cameron Highlands contohnya tanpa merisaukan kesesakan jalan raya yang akan
dihadapi kelak.
Jadual 6.3 Penambahan rangkaian jalan raya
Item Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
Bil. % Bil. % Bil. % Bil. %
34 34
Menambah
rangkaian lebuh 3 3 14 14 49 49
raya
N=100
Sumber: Kajian Lapangan 2020
6.10 Kesimpulan
Secara keseluruhnya, bab ini telah menerangkan tentang profil dan latar belakang
pengunjung. Profil dan latar belakang pengunjung pula meliputi ciri demografi iaitu
jantina, umur dan tahap pendidikan tertinggi. Manakala, profil lain seperti latar
belakang sosioekonomi juga meliputi pekerjaan, pendapatan, berapa kerap datang ke
Cameron Highlands dan kenderaan jenis apa yang dinaiki untuk melancong ke sini.
Daripada bab ini jugalah, pengkaji mengetahui bahawa ramai pengunjung yang tidak
kerap untuk melancong ke Cameron Highlands ini. Berkemungkinan besar disebabkan
jalan yang sesak dek kerana penambahan kenderaan pada setiap hari di atas jalan raya.
Orang ramai rela duduk di rumah meluangkan masa dengan keluarga daripada terpaksa
menghadap kesesakan jalan yang boleh menambahkan rasa ingin marah dalam diri.
Selain itu, melalui dapatan kajian iaitu daripada analisis statistik Anova Sehala,
46
latar belakang pengunjung seperti kekerapan melancong ke Cameron Highlands antara
pemboleh ubah terpilih iaitu kesan terhadap pelan perancangan aktiviti berubah tidak
menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan yang signifikan (p>5). Hal ini menunjukkan
perancangan dan pelan pengunjung tidak didorong oleh kekerapan mereka semasa
melakukan aktiviti pelancongan di Cameron Highlands. Bukan itu sahaja, analisis
langkah yang diberikan oleh pengunjung dapat membuka mata semua pihak bagi
membolehkan Cameron Highlands sentiasa menjadi destinasi pelancongan terkenal
tanah tinggi tanpa mempunyai masalah kesesakan jalan raya.
47
BAB
7
KESIMPULAN
7.1 PENGENALAN
Pada bab terakhir ini adalah bahagian di mana segala dapatan kajian yang diperoleh
oleh pengkaji akan dirumus dan dihurai beberapa penemuan kajian. Penemuan kajian
adalah berkaitan dengan objektif kajian yang dikemukakan sepanjang menjalani kajian
ini. Pengkaji menjalankan kajian ini untuk tujuan melihat sejauh mana pengurusan
kenderaan di Cameron Highlands melalui penglibatan jumlah pelancong yang datang
termasuk kenderaan penduduk yang terdapat di kawasan tersebut. Penemuan kajian
yang diperoleh dalam mencapai objektif kajian ini juga akan dirumuskan secara
menyeluruh. Malah perbincangan turut merangkumi faktor mengapa bilangan
kenderaan ini menyebabkan kesesakan jalan raya terhadap aktiviti pelancongan dan
kaitannya kepada kesan kesesakan jalan raya di Cameron Highlands ini.
Perbincangan ini juga melibatkan pengurusan pelancongan yang terdapat di
Cameron Highlands sehingga menjadikan destinasi itu sebagai salah satu kawasan
pelancongan tanah tinggi yang terkenal di Malaysia. Selain itu, pengkaji juga
mengetahui beberapa keberkesanan Cameron Highlands yang sentiasa tampil sebagai
destinasi pelancongan yang terus mempunyai kemajuan setiap masa. Melalui
penglibatan dan komitmen yang diberikan orang ramai termasuk penduduk tempatan
dan pelancong serta sokongan daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan dapat
membantu menjamin keberlangsungan Cameron Highlands menerusi sektor
pelancongan ini.
Masyarakat dan generasi akan datang masih mempunyai potensi lagi untuk
menikmati khazanah alam seperti cuaca yang sejuk dan pemandangan yang cantik
sekiranya Cameron Highlands dapat menangani masalah- masalah yang berlaku
termasuklah isu kesesakan jalan raya ini. Tidak dilupakan juga cadangan dan langkah
untuk penyelidikan pada masa hadapan turut disertakan dalam bab ini. Hal ini demikian
membolehkan kajian berkaitan dengan pengurusan ataupun perancangan dalam
menangani kesesakan jalan raya dapat membuahkan hasil dan dapat dikaji oleh pengkaji
yang lain pada masa akan datang.
7.2 RINGKASAN PENEMUAN
Berdasarkan apa yang telah dikumpulkan, penelitian dan kajian yang dianalisis secara
keseluruhan mendapati telah menjawab ketiga-tiga obejktif kajian yang telah
disenaraikan pada awal penulisan Bab I. Objektif yang telah diperoleh ini menunjukkan
bahawa pengkaji telah berhasil untuk mengaitkan keseluruhan situasi kesesakan jalan
raya telah memberi kesan terhadap aktiviti pelancongan di Cameron Highlands.
Faktor yang mempengaruhi lambakan jumlah kenderaan didapati menepati hasil
yang telah menyebabkan kesesakan jalan raya di Cameron Highlands. Setelah
memperoleh data daripada pengunjung, faktor cuaca sememangnya telah
mengakibatkan kesesakan jalan raya di destinasi pelancongan ini. Suhu Cameron
Highlands yang rendah telah menepati ciri yang dikehendaki oleh sebilangan
pelancong. Bukan sahaja cuaca, malah suasana yang nyaman juga memberi perspektif
48
yang baik kepada masyarakat terutama pelancong. Apabila seseorang memberi
tanggapan yang baik kepada sesebuah tempat peranginan, sesungguhnya akan
menjadikan tempat itu sebagai lubuk dan tumpuan pelancong. Kedatangan pelancong
mengundang kepada kesesakan jalan raya dan kita semua ketahui Cameron Highlands
merupakan kawasan tanah tinggi yang beriklim sejuk menjadi faktor utama perkara ini
berlaku.
Ketenangan yang dicari dan tempat melakukan honeymoon kepada yang telah
berumahtangga sangatlah sesuai apabila Cameron Highlands menjadi pilihan apabila
melancong. Akibat cuaca yang baik di kawasan tersebut sekaligus membiarkan para
pelancong membuat pilihan dalam melakukan pelancongan mereka sehingga
membolehkan kesesakan jalan telah mengalami peningkatan tanpa sedar. Oleh hal
demikian Cameron Highlands telah menerima banyak pelancong dari setiap tahun ke
setiap tahun. Penanaman strawberi menjadi faktor utama penambahan kepada jumlah
kedatangan pelancong ke kawasan kajian. Cameron Highlands dapat menarik lebih
ramai pelancong datang apabila tibanya cuti perayaan dan cuti umum. Hal ini berikutan
kerana mereka yang sudah berkeluarga mengambil peluang ini untuk membawa anak-
anak bercuti serta lari daripada kesibukan kerja.
Secara umumnya kita tahu bahawa kedatangan pelancong yang ramai seterusnya
mampu meningkatkan jumlah kepadatan kenderaan. Oleh itu, secara keseluruhan kajian
mendapati faktor kesesakan jalan raya di Cameron Highlands juga berpunca daripada
jumlah kepadatan pelancong di mana kepadatan ini berlaku daripada pelbagai aspek.
Kenderaan di laluan utama yang digunakan oleh orang ramai turut menggalakkan isu
ini kian bertambah. Perkara ini dapat dibuktikan apabila peningkatan jumlah kenderaan
terjadi secara tidak profesional. Peniaga-peniaga yang membawa lori keluar untuk
berniaga juga dilakukan pada waktu yang tidak berapa sesuai contohnya sewaktu
kenderaan didapati banyak di atas jalan raya. Pemerhatian kasar mendapati jalan raya
sesak banyak pada sebelah pagi atas urusan kerja-kerja terutama untuk menjual dan
membekalkan hasil tanaman kepada pelanggan.
Penemuan daripada kajian ini seterusnya memberikan tanggapan bahawa isu
kesesakan jalan raya ini sememangnya memberi kesan kepada aktiviti pelancongan di
Cameron Highlands. Kesesakan jalan raya di Cameron Highlands telah memberi
penekanan kepada banyak pihak, bahkan telah memberi kesan kepada pelancongan.
Aktiviti yang dilakukan pelacong terjejas dan terdapat beberapa kesan yang difokuskan
di dalam kajian ini. Antaranya, ketidakselesaan pelancong, gangguan pelancongan dan
hakisan. Pelancong yang datang ke kawasan Cameron ini akan berasa tidak selesa
apabila terpaksa menghadapi isu kesesakan jalan ini secara berterusan apabila tiada
jalan penyelesaiannya yang mampu dilakukan. Walaupun pelancong menghadapi
banyak kesukaran misalnya di dalam kereta dengan keadaan yang panas dan beremosi
tetapi jumlah pelancong meningkat saban hari di Cameron Highlands.
Beberapa kesan ini telah membawa kepada gangguan terhadap aktiviti
pelancongan. Pengkaji mendapati kesan kesesakan membawa kepada aktiviti pelancong
yang terjejas. Berikutan ini penyediaan perkhidmatan pelancongan yang berkualiti
sangat diperlukan terutama di destinasi pelancongan tanah tinggi. Hal ini demikian
kerana tahap kepuasan pelancong akan membangunkan sesuatu kawasan pelancongan
untuk terus lebih berkembang pada masa hadapan. Aktiviti yang paling menjadi
49
tumpuan kepadatan pelancong adalah dari hasil topografi kawasan Cameron ini juga
apabila tanaman strawberi dijadikan pertanian utama di situ. Perkara ini telah
menyumbang kepada kepadatan kenderaan di atas jalan raya, di sebalik itu ianya akan
membawa kepada peningkatan ekonomi kawasan tanah tinggi itu. Jadi isu kesesakan ini
sepatutnya tidak menyekat mana-mana aktiviti pelancong termasuk aktiviti penduduk
tempatan.
Bagi memastikan sektor pelancongan di kawasan Cameron Highlands terus
mendapat sambutan orang ramai, perkara penting adalah dengan mengelakkan isu
kesesakan ini berkurang. Perkara ini turut boleh menyumbang kepada penurunan
bencana hakisan dan tanah runtuh. Banyak tanah di kawasan Cameron sendiri telah
runtuh juga melalui lambakan pelancong yang datang. Rancangan yang profesional
harus dilakukan bagi mengelakkan sesuatu bencana lain yang berlaku kepada kawasan
Cameron Highlands ini akan turut mengancam orang ramai. Sebagai contohnya, dapat
kita ketahui daripada kesan tanah runtuh dan hakisan mampu menyebabkan berlakunya
kemalangan kenderaan di sesuatu tempat itu. Selain daripada pelancong, keselamatan
penduduk tempatan juga perlu dititikberatkan.
Pengurusan terhadap kesesakan ini perlulah ditingkatkan bagi mewujudkan
suasana yang boleh memberikan kepuasan kepada pelancong apabila melancong ke
tempat-tempat peranginan. Seterusnya, dapat menarik orang ramai untuk melakukan
lawatan ulangan ke tempat pelancongan ini. Langkah yang dicadangkan perlu
diusahakan lagi termasuklah langkah menerusi perundangan. Undang-undang berkaitan
dengan kawalan jalan dan pengurusannya amat membantu dalam mengurangkan
kesesakan jalan raya. Langkah berkaitan dengan pembangunan pertanian iaitu mengikut
garis panduan telah ditetapkan membantu untuk menyelesaikan isu kesesakan ini. Hal
ini berikutan kerana garis panduan seperti Garis Panduan Pembangunan Pertanian ini
akan mengawal selia dengan lebih baik aktiviti pembangunan serta aktiviti pertanian
terutama di kawasan yang bercerun seperti Cameron Highlands.
Di samping itu, dalam melihat keseriusan pihak kerajaan dalam menangani
kesesakan lalu lintas ini adalah bagaimana Akta Pengangkutan Jalan seperti Akta 333
dilaksanakan. Akta ini jelas dapat menangani masalah penangkutan dalam pada masa
yang sama menangani isu kesesakan lalu lintas yang berlaku. Tidak dilupakan juga
langkah bukan perundangan yang banyak membantu mengurangkan masalah kesesakan
jalan raya. Perancangan untuk menggunakan kenderaan secara berkongsi adalah hasrat
ramai pihak untuk membolehkan pembentukan jalan raya yang sentiasa berada dalam
keadaan kondusif. Bagi menjamin udara yang terbaik di Cameron Highlands, berkongsi
kenderaan juga menggalakkan persekitaran yang mesra alam dengan pengurangan asap
kenderaan yang dibebaskan apabila kenderaan di atas jalan raya turut dikurangkan.
Dari segi rangkaian lebuh raya pula menjelaskan bahawa Cameron Highlands
perlu mempunyai rangkaian yang baik bagi mengelakkan pelancong menghadapi
masalah kesesakan. Jalan yang menghubungkan ke jalan utama perlu ada pelbagai
cabang yang membolehkan orang ramai tidak tertumpu kepada laluan yang sama, oleh
hal demikian kepadatan kenderaan di atas jalan yang sama dapat sekaligus dielakkan.
Pembinaan sistem lebuh raya yang baik menghubungkan antara utara dan selatan tanah
air serta antara barat dan timur semenanjung turut menyumbang kepada peningkatan
keberangsangan aktiviti perjalanan berbentuk percutian (Badaruddin 2009).
Berdasarkan hasil yang diperoleh, dapat dirumuskan iaitu dengan mempunyai
50
perancangan ke sesuatu tempat pelancongan yang jelas, mampu menjadikan perjalanan
seseorang itu berjalan dengan baik dan lancar. Walaupun kadang-kadang perkara yang
dirancang tidak semestinya berjalan dengan baik, tetapi sekurang-kurangnya pelancong
mempunyai jadual yang sendiri untuk mengagihkan masa mereka sebaik mungkin.
7.3 LIMITASI ATAU BATASAN KAJIAN
Bagi menjalankan sesuatu kajian akan adanya beberapa limitasi atau batasan kajian
semasa melakukannya. Oleh hal demikian terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh
pengkaji sepanjang melakukan kajian ini. Walau bagaimanapun, batasan dan limitasi
ini mampu diatasi oleh pengkaji berikutan daripada sokongan dan dorongan ramai pihak
untuk terus menyiapkan dan menghabiskan kajian ini.
Antara batasan kajian yang terpaksa dilalui adalah pengkaji menghadapi
kesukaran semasa mengumpulkan data daripada pelancong. Hal ini sememangnya
memfokuskan wabak Covid-19 yang semakin menular pada awal tahun 2020. Perkara
ini seterusnya membuatkan pengkaji bimbang dalam menyiapkan sepenuhnya kajian
ini. Covid-19 ini dikatakan wabak yang masih segar di perbualan masyarakat oleh
kerana penyakit ini telah menyebabkan jumlah kematian yang tinggi termasuklah di
Malaysia. Penyakit ini menjadi wabak terbaru masa kini disebabkan seorang pelancong
Malaysia yang telah melancong ke China lalu membawa penyakit itu ke dalam negara.
Penularan wabak ini telah membimbangkan ramai pihak akibat vaksin untuk merawat
penyakit ini sukar ditemui dan masih dalam penyelidikan saintis dan para doktor.
Apabila vaksin turut mengambil masa untuk mendapatkan, ianya telah meragut banyak
nyawa manusia.
Perkara ini adalah menjadi punca di mana pengkaji menghadapi cabaran iaitu
untuk mempunyai data dan bukti yang kukuh dalam kajian adalah sukar. Hubungan
sosial antara orang ramai adalah tidak digalakkan apabila Kementerian Kesihatan
Malaysia mengeluarkan arahan untuk menjarakkan diri kita dengan orang lain. Risiko
untuk mendapat penyakit Covid-19 ini adalah tinggi, jadi semua orang tidak berani
untuk mengambil sebagai cabaran. Bukan itu sahaja, malah aktiviti pelancongan juga
mengalami kemerosotan di dalam menarik pelancong seterusnya akan menjejaskan
ekonomi sektor yang berkenaan. Pengkaji tidak dapat mengumpulkan data daripada
pelancong dengan baik bagi tujuan kajian ini.
Orang ramai tidak digalakkan keluar dari rumah sekiranya tiada keperluan yang
penting untuk diuruskan. Jadi, pergerakan pelancong dan pengkaji juga disekat. Oleh
hal yang demikian, pengkaji telah membuat keputusan untuk meneruskan pengumpulan
data berkaitan dengan tajuk kajian iaitu kesesakan jalan raya di Cameron Highlands ini,
dengan cara mengedarkan borang soal selidik melalui atas talian. Hasil kajian
seterusnya dianalisis berdasarkan jawapan yang telah diisi oleh kesemua pelancong.
Selain itu, bagi mencari sumber rujukan seperti kajian-kajian lepas adalah
sedikit sukar. Apabila ianya sukar dicari, ini akan seterusnya menyebabkan pengkaji
menjadi perlahan dalam melengkapkan kajian yang seharusnya dapat disiapkan lebih
awal. Batasan untuk berjumpa dan berbincang secaraberhadapan dengan penyelia juga
51
sukar dijalankan. Hal ini berikutan terjadi apabila institusi-institusi pelajaran terpaksa
menangguhkan aktiviti pelajaran dan pembelajaran akibat wabak Covid-19 ini. Walau
bagaimanapun, perbincangan tetap dijalankan di atas talian bagi mendapatkan info dan
maklumat tentang tajuk yang dilakukan oleh pengkaji. Di samping itu, lampiran seperti
gambar yang berkaitan dengan kajian juga sukar diperoleh memandangkan pergerakan
juga terbatas.
7.4 USULAN PENYELIDIKAN LANJUTAN
Kelangsungan penyelidikan ini seharusnya ditingkatkan agar dapat menambah baik
kandungan penyelidikan yang seterusnya. Berikutan perkara ini, pengkaji merasakan
kesesakan jalan raya turut memberi kesan bukan sahaja terhadap aktiviti pelancongan,
malah memberi kesan kepada aktiviti peniaga dan penduduk tempatan. Oleh hal
demikian, lanjutan daripada perkara ini penyelidikan yang lebih mendalam boleh
dijalankan kepada peniaga yang melakukan perniagaan di Cameron Highlands.
Penyelidikan boleh tertumpu kepada peniaga sahaja, bahkan boleh berfokuskan kepada
perkara lain. Kesan kesesakan terhadap penduduk tempatan juga dapat dijadikan kajian
disebabkan penduduk tempatan di kawasan kajian juga menerima gangguan apabila
berlakunya kesesakan jalan raya ini. Hasil daripada kajian dapat digunakan sebagai
medium rujukan kepada pembangunan dan perancangan Cameron Highlands pada masa
hadapan.
Demikian juga tidak dapat dinafikan kerana terdapat kelemahan dan kekurangan
dalam kajian ini. Kekurangan dan kelemahan dalam kajian ini tidak dapat dielakkan dan
masih belum diterokai secara meluas oleh pengkaji. Selain daripada itu, pengkaji turut
mengemukan cadangan kajian lanjutan yang seterusnya iaitu dengan menambah baik
instrumen dalam pemerhatian dan temu bual. Pemerhatian perlu dilakukan secara teliti
supaya maklumat yang lebih terperinci dapat diperoleh. Di samping itu, pengkaji juga
menyuarakan pendapat supaya menjalankan kajian dalam tempoh yang lebih lama. Ini
juga dapat membantu dalam kajian lanjutan dalam mengumpul maklumat contohnya
seperti aliran trafik yang terdapat di kawasan kajian.
7.5 PENUTUP
Dalam bab ini, pengkaji telah menyimpulkan kesemua hasil dapatan kajian yang
diperoleh. Secara keseluruhannya, semua hasil dapatan ini adalah bagi menjawab
ketiga-tiga persoalan dan objektif kajian yang dibuat. Persoalan yang telah dibuat telah
menjawab objektif yang telah ditetapkan. Bagi pengurusan aliran trafik dan juga
persekitaran kawasan kajian sememangnya boleh dikaji dengan lebih meluas lagi.
Dalam kajian ini, pengkaji hanya lebih memfokuskan kepada kesan kesesakan jalan
raya terhadap aktiviti pelancongan sahaja yang dianggap sesuatu isu yang sering berlaku
di kawasan pelancongan terutama tempat peranginan tanah tinggi.
Destinasi pelancongan di tanah tinggi seharusnya menjaga keistimewaanya
sesuatu kawasan itu sendiri. Landskap dan bentuk muka yang menjadi tumpuan
pelancong harus sentiasa dipelihara bagi menjamin sektor pelancongan terutama
pelancongan di kawasan tanah tinggi agar tidak disalahgunapakai oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Kesesakan jalan raya di Cameron Highlands itu juga masih boleh
diperbaiki dan ditangani menerusi rancangan dan pengurusan yang lebih berkualiti pada
52
masa akan datang. Sesungguhnya pengkaji mengharap punca kesesakan jalan ini tidak
akan menjejaskan sektor pelancongan di Cameron Highlands iaitu pada masa kelak.
Semoga dengan hasil dan maklumat yang terkandung dalam kajian ini dapat digunakan
oleh pihak lain dan pengkaji yang seterusnya dengan sebaik mungkin.
53
RUJUKAN
Abd Rahim Md Nor. 2009. Statistical Methods in Research. Kuala Lumpur: Penerbit
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Ahmad Azmi Mohd Ariffin.1999. Motivasi dan implikasi pemasaran pelancongan ke
Pulau Peranginan di kalangan segmen eksekutif muda. Jurnal Pengurusan 18;
89-107.
Ahmad Hafis Bin Kamis. 2012. Pemeliharaan Bandar Taiping Sebagai Bandar Warisan
Dan Pelancongan Di Negeri Perak. Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif Universiti
Malaysia Sarawak 2012
Akinmade Oluwatosin Daniel. 2011. Comparative Analysis of Stage and Phase Signal
Control of A Signalised Intersection.
Anderson, D. (2002). Destination Branding: Creating the Unique Destination
Proposition. Morrison, A. and Destination Branding.
http://www.macvb.org/intranet/prese nation/DestinationBrandingLOzarks6-10-
02.ppt.
Asian Development Bank (1998) Highland Agriculture Development Project (Loan
802-PHI) Evaluation Report. Available from: www.adb.org.
Badaruddin Mohamed. (2005) The analysis of Malaysian domestic travelers.
Proceeding of International Conference on Tourism Development. pp. 373-381.
Badaruddin Mohamed. 2009. Memperkukuh Asas Pelancongan Domestik ke Arah
Kelestarian Pembangunan Pelancongan.Siri Syarahan Umum Pelantikan
2009/3.
Berita Harian Malaysia. 2018. ‘Tiga Maut: Tanah Runtuh di Cameron Highlands’.
https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-
malaysia/20181015/282763472601097
Berita Harian Online. 2018. ‘Aduh, sesak lagi ke?’. Cameron Highlands, Pahang.
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/09/473304/aduh-sesak-lagi-
ke.
Blunden, W.R., Black, J.A. (1995). The Land-use and Transport System 2nd edition.
Australia: Pergamon Press. Py LTd.
Boniface B, Cooper C (1994) The geography of travel and tourism. Butterworth-
Heinemann, Oxford.
Chan Ngai Weng, Asyirah Abdul Rahim, Narimah Samat & Jamaluddin Md Jahi. 2013.
Masalah Pembangunan Tanah Tinggi dan Pengurusannya di Malaysia.
Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Minden, Pulau Pinang, Malaysia.
Chan Ngai Weng. 2006. Cameron Highlands, Issues & Challenges in Sustainable
Development; hal 46 (chapter 4).
Chan NW dan Barrow J (2010) The potential for tourism to tupport sustainable
development in Cameron Highlands. In: Kadir Din, Jabil Mapjabil (eds)
Tourism research in Malaysia: What, which way and so what, pp. 107-130.
Universiti Utara Malaysia, Sintok.
Connie S, Sutoto Y, Lenny S. 2002. The influence of travel time and size of shopping
center towards the frequencies of visiting customers in shopping centers in
Surabaya. 8th PRRES Conference. Petra Christian University. Chrischurch,
New Zealand, 21-23 January.
Decrop, A. (1999) Tourists Decision-Making and Behavior Processes. In: Pizam, A.
and Mansfeld, Y., Eds., Consumer Behavior in Travel and Tourism, Routledge,
New York, 103-133.
54
Er Ah Choy (2013) Pembangunan pelancongan lestari di Melaka: Perspektif pelancong.
Geografia: Malaysian Journal of Society and Space 9(3),12-23.
Faisal Reza Nasution. 2003. Kepadatan Lalu Lintas dan Timbulnya Kecelakaan pada
Jalan Raya di Kota Medan, Universitas Medan Area.
Fauziah Che Leh. 2016. Pelancongan bandar dan isu keselamatan: Kajian kes pelancong
antarabangsa Kuala Lumpur. Department of Geography and Environment,
Faculty of Human Sciences, Education University of Sultan Idris 35900 Tanjong
Malim, Perak, Malaysia
Fauziah Che Leh. 2016. Pelancongan bandar dan isu keselamatan:Kajian kespelancong
antarabangsa Kuala Lumpur. Malaysian Journal of Societyand Space 12 issue 8
(110-122).
Gianluca Lange. (2015, April 13). Mengatasi Kesesakan Lalu Lintas Di Bandar Tanpa
Membina Jalan. Utusan Malaysia Online daripada
http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/mengatasi-kesesakan-lalu-lintas di
bandar-tanpa-membina-jalan-raya-1.80327,(2020).
Habibah Ahmad, Asmilah Hani Mohamad, Hamzah Jusoh, Mastura Mahmud, Hazita
Azman, Norngainy Mohd Tawil, Shamshubaridah Ramlee, Ruhaiza Abu Bakar,
Amirah Muhammad Zin. 2017. Aset Pelancongan Luar Bandar daripada Lensa
Komuniti Lembah Beriah. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hairy Ibrahim, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan, Mohd Hafiz Omar Baki & Mohamad
Suhaily Yusri Che Ngah. 2011. Hubungkait Jenis Guna Tanah terhadap Suhu Di
Tanjong Malim, Perak. Journal of Techno-Social, Universiti Pendidikan Sultan
Idris (66).
Harifah Mohd Noor, Rosmiza Mohd Zainal, New Gaik Ling, Jabil Mapjabil, Ruzila
Ismail, Badariah Ab Rahman & Mohd Jirey Kumalah. 2015. Faktor budaya dan
bukan budaya dalam mempengaruhi lawatan ulangan: Kajian kes pelancong
asing Pulau Pinang, Malaysia Journal of Society and Space 11 (12): 52-63.
Haryati Binti Shafii & Sharifah Meryam Shareh Musa. 2010. Pengaruh Keselesaan Ke
Tempat Kerja Terhadap Kualiti Hidup Penduduk Bandar Di Mukim Kajang,
Selangor. Akademika. 79, 105-115.
Haryati Shafii & Sharifah Meryam Shareh Musa. 2010. Pengangkutan di bandar: Isu
dan Penyelesaian. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
Jabil Mapjabil, Chan Ngai Weng, Norizan Md Nor, Suriati Ghazali (2012) Pelancongan
di Malaysia Isu-isu terpilih. Pengetahuan, sikap dan amalan dalam
ekopelancongan tanah tinggi di Malaysia. Universiti Utara Malaysia.
Johan Afendi & Iylia Ainuddin. 2014. Prosiding Seminar Penyelidikan Kelestarian
2014. Taman Negeri Pulau Sembilan: Destinasi Pelancongan Baharudi Negeri
Perak. Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti Dan Alam Sekitar,
Kolej Undang-Undang, Kerajaan Dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara
Malaysia.
Johan Afendi Ibrahim & Mohamad Zaki Ahmad. 2011. Pelancongan Langkawi 1987 -
2010: Pencapaian dan Cabaran Masa Depan Tourism in Langkawi 1987- 2010:
Achievement and Future Challenges.
Johan Afendi Ibrahim, Norhanim Abdul Razak, Mohamad Zaki Ahmad. 2012. Impak
Pembangunan Pelancongan Terhadap Destinasi Pantai Kajian Kes: Pantai
Cenang, Langkawi. The Impact of Tourism Development on Beach Destination:
Case Study of Cenang. Beach, Langkawi. Persidangan Kebangsaan Ekonomi
Malaysia ke VII (PERKEM VII). Transformasi Ekonomi dan Sosial Ke Arah
Negara Maju, Ipoh, Perak 4 – 6 Jun 2012.
55
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. (2001). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2001.
Kerajaan Negeri Pahang (2005) Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser 2005. Pelancongan
Negeri Pahang.
Kerajaan Negeri Pahang (2015) Pelan Transformasi Pelancongan Negeri Pahang, 2015.
Pelancongan Negeri Pahang.
Kerlinger, F.N. 1973. Foundations of Behavioral Research New York: Rinehart and
Winston,Inc.
Khairul Nizam Bin Abdul Maulud. 2006. Pembangunan Sistem Maklumat Perjalanan
Pelancongan Berasaskan Sistem Maklumat Geografi. Fakulti Kejuruteraan dan
Sains Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia, Februari 2006.
Khairul Nizam. 2006. Pembangunan sistem maklumat perjalanan pelancongan
berasaskan sistemmaklumat geografi. Tesis Sarjana, Fakulti Sains
Geomaklumat dan Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia.
Kumaran S dan Ainuddin A (2006) Forest, water and climate of Cameron Highlands.
In Chan, Nw (ed) Cameron Highlands: Issues & Challenges in Sustainable
Development. Penang: School of Humanities, Universiti Sains Malaysia.
Lee Boon Hiong. 2007. Pembangunan Ekopelancongan di Cameron Highlands:Satu
Kajian Kes. Tesis Ijazah Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia. Disember
2007.
Lee Kuok Tiung & Siti Suriani Othman. 2010. Pertumbuhan dan Pelestarian Industri
Eko-Pelancongan: Kajian Pulau-pulau Peranginan Sekitar Pantai Timur Sabah,
Malaysia. Sosiohumanika, 3(2) 2010.
Lis Noer Aini.2015. Identifikasi Potensi Pengembangan Lanskap Wisata Pertanian di
Kawasan Kedung Kayang Kabupaten Magelang. PLANTA TROPIKA: Jurnal
Agrosains (Journal of Agro Science) 3 (2), 87-93.
Logeswaran Tangavello, Jabil Mapjabil, Badariah Ab Rahman, Rosmiza Mohd Zainol,
Mohammad Kadir Zainal Abidin & Mohd Zulhalmi Ibrahim.. 2015. Isu
Keselamatan Dalam Industri Pelancongan. Satu tinjauan konsep.
Lonely planet (2015) Introducing central highlands. Available from
http://www.lonelyplanet.com/vietnam/centralhiglands15/4/2015.
Lucas, Robert Jr, 1976. "Econometric policy evaluation: A critique," Carnegie-
Rochester Conference Series on Public Policy, Elsevier, vol. 1(1), pages 19-46,
January.
Mathieson, A., & Wall, G. (1982). Tourism: Economic, physical, and social impacts.
London, New York: Longman.
Melissa J. Goertzen. 2017. Chapter 3: Introduction to Quantitative Research and Data.
Mill, R. C, & Morrison, A. M. (2012). The tourism system (7th ed.). Dubuque, IA:
Kendall Hunt.
Mohd Suhaily Yusri Che Ngah, Mazdi Marzuki, Abdul Jalil Ishak (2014) Impak
pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands: Keberkesanan dan
perubahan. Pesidangan Geografi Kebangsaan. Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Morrison AM, 2002. Health hospitality and travel marketing. 3rd edition. DELMAR,
United State.
Mountains National Park, Turkey. International Journal of Business and Social
Science, 4(2), 45-56.
Murphy P, Pritchard M P, & Smith B. 2000. The destination product and its impact on
traveller perceptions. Tourism Management (21): 43-52.
56
MyFest (2015) .History of Visit Malaysia Year.
http://www.motac.gov.my/en/download/category/16-myfest-2015.
Norlida Hanim Mohd Salleh, Tamat Sarmidi, Redzuan, Abdul Hamid Jaafar &Raudha
Md. Ramli. 2011. Kepuasan dan Kesetiaan Pelancong Domestik Terhadap
Destinasi Pelancongan Pulau Kapas. Bangi: Journal Of Tropical Marine
Ecosystem 1:10-21.
Norzalita Abd Aziz dan Ahmad Azmi Mohd Ariffin. 2004. Imej dan Strategi Peletakan
Pulau Langkawi dalam Pasaran Pelancongan Domestik, Jurnal Pengurusan 23
(2004) 97-117.
Nur Atifah binti Mohd Ali Basha. 2017. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Penyelenggaraan Jalan Raya Tidak Diselenggara Dengan Baik Oleh Pihak
Berkuasa Tempatan. Ijazah Sarjana Pengurusan Aset Dan Fasiliti. Fakulti
Geoinformasi Dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia Jun 2017.
Nurul Amirah binti Zainol. 2009. Tourist images of highland destinations in Pahang,
Malaysia. Unpublished Masters Thesis, Universiti Putra Malaysia, Serdang,
Malaysia.
Nurul Fadhilah MD, Habibah Ahmad & Hamzah Jusoh. 2017. Pola Pelancongan
Famili: Analisis Penulisan Blog Famili.
Nurul Fadhliah Muhamad Dun, Habibah Ahmad, Hamzah Jusoh & Kadaruddin Aiyub.
2020. Pola Kunjungan Pelancongan Keluarga Berasaskan Aktiviti Sebelum,
Semasa dan Selepas ke Pantai Pelancongan Pulau: Pantai Chenang Langkawi.
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) Volume 5, Issue
1, (page 69 -81), 2020.
Nurwati Badarulzaman. 1996. Kemalangan Maut di Jalan Raya dan Implikasinya
Terhadap Kos Kehilangan Tenaga Kerja di Malaysia. Fatal road accidents and
the implications on manpower losses in Malaysia. Kertaskerja dibentangkan
dalam Seminar Sehari Keselamatan Jalan Raya, Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang 4 April 1996.
Pearce, D. G. (1987). Tourism Today: A Geographical Analysis. Harlow: Longman
Scientific and Technical.
Pye, Elwood A. & Lin, Tzong-biau. 1983. Tourism in Asia: The Economic Impact.
Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands. 2007. Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa Negeri Pahang.
Richi Dwi Agustia dan Ardiyan Suardi. 2018. Pembangunan Aplikasi Perencanaan
Perjalanan Bagi Wisatan. Majalan Ilmiah Unikom, vol 16 no. 2.
https://ojs.unikom.ac.id/index.php/jurnal-unikom/article/view/1359.
Rohana Yusof. 2004. Penyelidikan sains sosial, Social and Environmental
Responsibility of Organisations Towards Community Development.
Roslee bin Uyob, Nurul Shahira binti Mohd Nazari, Nur Ashikin binti Ahmad &
Shaveewan a/p Chelom. 2017. Faktor Penggunaan Kenderaan Persendirian,
Tempat Letak Kenderaan Dan Struktur Jalan Menyebabkan Kesesakan Lalu
Lintas Di Kawasan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Jabatan
Perdagangan, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Sabbir Rahman, Rezvani, S., Javadian Dehkordi, G., M., Fouladivanda, F., Habibi., M.,
& Eghtebasi, S. (2012). A Conceptual Study on the Country of Origin Effect on
Consumer Purchase Intention. Asian Social Science, 8(12), 205-215.
Scrivenor J. B. (1931). Recollections of Camerons’s Highlands and Fraser’s Hill.
Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, 9 (1), 2-14.
57
SGS State Government of Sabah. (1996). Sabah Tourism Masterplan. Kota Kinabalu:
SGS.
Shamsul Ariff bin Sulaiman. 2016. Kesesakan Lalu Lintas di Bandar Seagamat, Johor.
Jun 2016.
Siti Salina Masdey & Zuliskandar Ramli. 2018. Potensi Pembangunan Pelancongan
Berasaskan Warisan Di Bandar Hilir, Melaka: Analisis Swot (The Potential Of
Developing Tourism Base On Heritage At Bandar Hilir Melaka: Swot Analysis)
(Asian Journal of Environment, History and Heritage. June 2018, Vol. 2, Issue.
1, p. 253-265).
Siti Suryati Bahari & Mohd Iqral Ariffin. 2018. Persepsi Pelancong Tempatan Terhadap
Destinasi Pelancongan Kota Klias, Beaufort, Sabah. Kolej Universiti Islam
Melaka. Journal of Hospitality and Networks Jurnal Hospitaliti dan Jaringan:
Volume 1 2018: 66-75
Szell AB, Hallett LF (2013) Attitudes and perceptions of local residents and tourists
toward the protected area of Retezat National Park, Romania. International
Journal of Humanities and Social Science 3(4), 18-34.
Tjia, H. D. 1973. Geomorphology. Dlm. Geology of the Malay Peninsula: West
Malaysia and Singapore, Gobbet, D. J. & Hutchinson,C. S.(pnyt.). NewYork:
JohnWiley-Interscience.
Türker N, Öztürk S (2013) Perceptions of residents towards the impacts of tourism in
the Küre
Türker N, Öztürk S. 2013. Perceptions of residents towards the impacts of tourism in
the Küre. Mountains National Park, Turkey. International Journal of Business
and Social Science.
Utusan Malaysia. 2010. JKR jawab kesesakan Jalan Shah Alam-Batu Arang. Jalan Shah
Alam-Batu Arang mohon polis trafik, 4 November 2010.
Vogt DS. (2001) Secondry forest in Swidden agriculture in the highlands of
Thailand.Journal of Tropika Forest Science 13(4):748-767.
Wan Muhammad Taufik Wan Hussin & Tarmiji Masron. 2015. Analisis Trend Dan
Pola Keruangan Kemalangan Maut Jalan Raya di Malaysia: Kajian kes di
Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.
Wan Suzita, Wan Ibrahim, Habibah Ahmad dan Hamzah Jusoh. 2006. Tanah Tinggi
Sebagai Destinasi Utama Pelancongan Wilayah: Potensi dan Cabaran.
Wong LH. 2003. Keutamaan kriteria kualiti pusat membeli-belah berasaskan perspektif
pengguna. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yahaya Ibrahim. (2009) Pelancongan Malaysia: Isu pembangunan, budaya, komuniti
dan petempatan: Pembangunan dan pemerkasaan, Edisi 1. Universiti Utara
Malaysia.
Yan Piaw Chua. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan.
Research Methods and Statistics: Book 1 Research Methods.
Zulfahmi Ali Rahman, Sahibin Abd. Rahim, Jasni Yaakob & Wan Muhd Razi Idris.
2007. Tinjauan Awal Potensi Ketidakstabilan Cerun dan Cirian Fiziko-Kimia
Tanah di Cameron Highlands, Pahang (Preliminary Survey on Potential Slope
Instability and Soil Physico-Chemical Characteristic in Cameron Highlands,
Pahang), Sains Malaysiana 36(2) (2007): 105-116.
58
Penyumbang Makalah
Nur Hidayah Wahidah Zainuddin adalah graduan Program Geografi, Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku ini merupakan kajian
sulung beliau dalam mengikuti kursus latihan industri secara maya yang melibatkan
kajian dalam sektor pelancongan.
► [email protected]
Rosniza Aznie Che Rose (PhD) adalah pensyarah kanan di Program Geografi, Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian terbaru beliau
menumpukan kepada demografi, perancangan pelancongan dan penilaian impak sosial.
► [email protected]
59
INDEKS
A kerancakan ....................................................18
agen ...............................................................44 Kesesakan 3, 8, 9, 10, 12, 15, 35, 40, 61, 83, 87,
Agro ...............................................................38
Akta .........................................................36, 85 89, 92, 93
aliran............................ 8, 40, 58, 60, 68, 70, 86 ketidakselesaan ...............12, 17, 35, 43, 62, 83
Anova.................................................29, 65, 80 khas............................................................... 20
area................................................................40 khazanah............................................33, 34, 81
kondusif ........................................................ 85
B koridor .......................................................... 43
buah........................... 10, 20, 38, 50, 52, 53, 54
bujur ..............................................................22 L
bunyi hon.......................................................61 lambakan .....................................15, 38, 82, 84
Landskap....................................................... 86
C lawatan ......................................................... 84
cabang .....................................................78, 85 lembah...............................................19, 22, 23
Celsius............................................................35 likert.............................................................. 17
cemas ............................................................42 lintang........................................................... 22
cenderung......................................................31
curam.................................................19, 23, 37 M
mineral.......................................................... 34
D monoksida .................................................... 76
deskriptif.................... 28, 29, 47, 58, 62, 66, 69 motivasi ........................................................ 43
destinasi ........................................................60
dilereng..........................................................35 N
drastik............................................................12 neutral .......................................................... 33
E P
Ecotourisms ...............................................6, 39 pasar malam ................................................. 62
efektif ............................................................18 pembangunan................................................. 8
ekopelancongan ..........................15, 20, 40, 90 Peniaga ......................................................... 35
Emosi .......................................................10, 45 peranginan..... 11, 12, 14, 37, 38, 43, 82, 84, 86
personaliti..................................................... 23
F piawai ........................................................... 47
Festival...........................................................31 popular ............................16, 22, 26, 39, 50, 60
fizikal..................................................10, 37, 45 primer ......................................2, 17, 24, 25, 29
flora .............................................18, 34, 37, 38 profesional.........................................41, 83, 84
G R
glasier ............................................................34 reka bentuk................................................... 17
risiko ..........................................................9, 66
H
halaju .............................................................40 S
hektar ............................................................19 sejuk......... 11, 19, 33, 34, 37, 38, 48, 49, 81, 82
holistik ...........................................................47 signifikan............................................29, 65, 80
hon ................................................................61 sosioekonomi.......................................... 20, 79
hutan tropika.................................................47 SWOT ............................................................ 35
I T
impak ...............................................................8 tebing............................................................ 23
infrastruktur ......................................31, 37, 44 teh.............................. 11, 12, 20, 50, 52, 55, 67
inisiatif .....................................................15, 32 teori .............................................................. 30
inkuiri.............................................................23 topografi ................................10, 18, 23, 66, 84
trafik .......... 4, 40, 58, 60, 62, 68, 69, 70, 86, 93
J Transformasi................................22, 39, 50, 90
jejari...............................................................23
U
K Ujian-T .......................................................... 43
Kelangsungan ................................................85 ulangan ............................30, 31, 51, 52, 84, 89
urban ............................................................ 44
60
KESAN KESESAKAN JALAN RAYA TERHADAP AKTIVITI PELANCONGAN DI CAMERON
HIGHLANDS
Buku Kesan Kesesakan Jalan Raya terhadap Aktiviti Pelancongan di Cameron Highlands ini
merupakan satu aktiviti pembangunan pelancongan yang semakin berkembang dari hari ke hari
serta boleh membawa perubahan ke atas aktiviti pelancong di kawasan tanah tinggi. Salah satu
sebab berlakunya perubahan aktiviti pelancongan adalah pembangunan kawasan Cameron
Highlands. Pembangunan kawasan di Cameron Highlands telah membawa perubahan ke atas aliran
kenderaan di sekitar kawasan tersebut. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak tempat yang
menarik telah dibangunkan seterusnya membolehkan peningkatan para pelancong datang ke
Cameron Highlands semakin tinggi. Buku ini bertujuaan untuk menilai kesan kesesakan jalan raya
akan memberi impak ke atas aktiviti pelancongan di Cameron Highlands. Buku ini boleh digunakan
sebagai rujukan utama dalam pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia. Setinggi-tinggi
penghargaan ditujukan kepada pelancong yang terlibat di Cameron Highland dalam membantu dan
melancarkan proses-pengendalian penyelidikan dan memberikan kerjasama yang cukup baik.
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan
Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia.