KENAIKAN HARGA BARANGAN DAN
IMPAKNYA TERHADAP PENDUDUK B40
DI MUAR, JOHOR
Rajeswary Mutsamy
Rosniza Aznie Che Rose
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
KENAIKAN HARGA BARANGAN DAN IMPAKNYA
TERHADAP PENDUDUK B40
DI MUAR, JOHOR
Oleh:
Rajeswary Mutsamy
Rosniza Aznie Che Rose
Cetakan Pertama / First Printing 2020
Hakcipta/ Copyright Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan
Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020
Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk, sama ada dengan cara
elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran daripada Program
Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial &
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form,
electronics or mechanical including photocopy, recording or any information storage and
retrieval system, without permission in writing from Geography Programme, Center for
Research in Development, Social and (SEEDS), Faculty of Social Sciences and Humanities,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains
Sosial & Kemanusiaan, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D. E. Malaysia
Dicetak di Malaysia oleh / printed in Malaysia by
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains
Sosial & Kemanusiaan, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D. E. Malaysia
http://www.ukm.my/ppspp/
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Kenaikan Harga Barangan Dan Impaknya Terhadap Penduduk B40 di Muar, Johor / Rajeswary
Mutsamy, Rosniza Aznie Che Rose
eISBN 978-983-2795-45-2
1. Kenaikan harga
2. Barang dan Perkhidmatan
3. Penduduk B40
I. Rajeswary Mutsamy
II. Rosniza Aznie Che Rose
KANDUNGAN ii
iii
SENARAI JADUAL iv
SENARAI KEPENDEKAN
PRAKATA
Bab 1 : PENGENALAN Mukasurat
Bab 2 : LATAR BELAKANG BANDAR MUAR, JOHOR 1
Bab 3 : MODEL KAJIAN IMPAK KENAIKAN HARGA BARANG
9
22
Bab 4 : IMPAK KENAIKAN HARGA BARANG TERHADAP 42
PENDUDUK BERPENDAPATAN RENDAH
56
Bab 5 : IMPAK KENAIKAN HARGA BARANG TERHADAP TAHAP
KELANGSUNGAN HIDUP 64
Bab 6 : LANGKAH PENGGUNA MENGATASI MASALAH 67
PENINGKATAN HARGA BARANG 72
79
Bab 7 : KESIMPULAN 80
RUJUKAN
PENYUMBANG MAKALAH
INDEKS
i
Jadual SENARAI JADUAL ms
Tajuk 16
18
2.1 Format Bahagian Soal Selidik 18
43-44
2.2 Jadual Pengkelasan Skala Likert 45
47
2.3 Nilai Skor Min 50
54
4.1 Ciri Demografi Penduduk B40 57
60
4.2 Status Sosioekonomi Penduduk B40 62
65
4.3 Skor Min Kos Sara Hidup Meningkat
4.4 Skor Min Kuasa Beli Menurun
4.5 Skor Min Perubahan Taraf Hidup
5.1 Skor Min Pekerjaan Sampingan
5.2 Skor Min Jenis Tabungan Penduduk B40
5.3 Skor Min Peningkatan Amalan Berhutang
6.1 Skor Min Langkah Mengatasi Kenaikan Harga Barang
(Bukan Perundangan)
SENARAI RAJAH
Rajah Tajuk ms
47
3.1 Kerangka Teoritikal Kajian
ii
SENARAI KEPENDEKAN
B40 Bottom B40
BH Berita Harian
BNM Bank Negara Malaysia
et al. Dan pengarang-pengarang lain
IHP Indeks Harga Pengguna
JPM Jabatan Perangkaan Malaysia
KDNK Keluaran dalam Negara Kasar
KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
NKRA Keberhasilan Utama Negara
PGK Pendapatan Garis Kemiskinan
PSPP Pusat Pengajian Sosial Pembangunan
dan Persekitaran
RMK Rancangan Malaysia Ke-
RTD Rancangan Tempatan Daerah
SPSS Statistical Package For The Social
Science
UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
UPM Universiti Putra Malaysia
iii
Prakata
Buku Kenaikan Harga Barangan dan Impaknya Terhadap Penduduk B40 di Muar, Johor
ini merupakan sumber rujukan terhadap kajian mengenaikan impak kenaikan harga
barang terhadap penduduk B40 di Muar, Johor. Muar merupakan sebuah kawasan yang
semakin maju seiring dengan pembangunan ekonomi yang turut menyumbang kepada
peningkatan harga barang dan perkhidmatan. Situasi ini memberi kesan yang besar
kepada kehidupan rakyat terutamanya golongan B40 akibat ketidakcukupan pendapatan
untuk menampung kos hidup yang tinggi. Peningkatan harga barang turut meningkatkan
perbelanjaan pengguna serta menjejaskan tabungan mereka. Oleh itu, kajian dalam buku
ini bertujuan untuk mengenalpasti impak kenaikan harga barangan terhadap pendapatan,
mengenalpasti tahap kelangsungan hidup serta mencadangkan langkah yang
bersesuaian bagi meningkatkan tabungan penduduk ini. Buku ini boleh digunakan
sebagai rujukan utama dalam pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada penduduk B40 yang terlibat di sekitar
kawasan Muar, Johor dimana membantu dan melancarkan proses dalam mengendalikan
penyelidikan dan memberikan kerjasama yang cukup baik. Penghargaan kepada Geran
Penyelidikan FRGS/1/2019/SS07/UM/02/2 kerana membiayai sepenuhnya
penyelidikan dan penerbitan ini dan banyak memberi pertolongan dalam memantapkan
penyelidikan dalam pelbagai aspek.
Rajeswary Mutsamy
Dr. Rosniza Aznie Che Rose
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
iv
BAB I
PENGENALAN
1.1 PENGENALAN
Isu kenaikan harga barangan merupakan satu isu yang tidak asing lagi. Kebanyakan
barangan terutamanya barangan keperluan harian telah mengalami kenaikan harga (Nur
Jannah Bukhari 2018). Kenaikan ini menyebabkan berlakunya masalah dari segi
pendapatan penduduk terutamanya kuasa beli mereka menurun, taraf hidup terjejas, dan
pendapatan benar masyarakat menurun disebabkan perbelanjaan yang semakin
meningkat. Secara umum harga terhasil daripada suatu pertukaran atau transaksi yang
terjadi antara dua pihak dan ia merujuk kepada apa yang sanggup diberikan oleh satu
pihak iaitu pembeli untuk memperoleh sesuatu yang ditawarkan oleh pihak lain iaitu
penjual. Isu kenaikan harga barangan ini secara langsung menyumbang kepada
peningkatan kos sara hidup yang lebih tinggi (Farahaini 2015).
Kenaikan harga barangan turut mengakibatkan kesan negatif secara langsung
mahupun tidak langsung kepada pengguna terutamanya kepada anggota masyarakat
yang sentiasa memerlukan barangan tersebut (Nor Sharmainie et al. 2019). Mereka
terpaksa mengamalkan langkah berjimat cermat untuk memastikan keperluan harian
dipenuhi. Hal ini lebih merungsingkan apabila masalah ini ditempuhi oleh golongan
berpendapatan rendah khususnya penduduk golongan B40. Menurut YB Senator Dato’
Sri Abdul Wahid Omar, kumpulan B40 dikenali sebagai Bottom 40 adalah kumpulan
isi rumah yang mempunyai pendapatan terendah dengan pendapatan seisi rumah pada
purata bulanan kurang di bawah RM3860.00 (Penyiasatan Pendapatan dan Perbelanjaan
Isi Rumah 2016).
Hal ini telah memberikan impak yang besar kepada penduduk terutamanya
penduduk B40 di Muar, Johor. Pendapatan bulanan yang sedikit telah menyebabkan
golongan ini sentiasa mendepani dengan masalah kewangan ketika melakukan aktiviti
perbelanjaan (Nur Jannah Bukhari 2018). Justeru bagi menampung kos sara hidup yang
semakin meningkat, mereka terpaksa bekerja lebih daripada satu pekerjaan untuk
menampung segala perbelanjaan. Oleh sebab kesibukan dalam pekerjaan, mereka
kurang meluangkan masa berkualiti bersama ahli keluarga dan keadaan ini menggugat
kesejahteraan hidup penduduk B40.
Di samping itu, kenaikan harga barangan telah turut mengganggu tahap
kelangsungan hidup penduduk ini. Mereka terpaksa beradaptasi dengan situasi ini demi
mempertahankan kehidupan hariannya. Sebagai contoh, dahulunya mereka dapat
berbelanja secara berlebihan tetapi kini hanya terhad kepada perbelanjaan yang penting
sahaja. Selain itu, mereka juga tidak mampu untuk melakukan aktiviti tabungan.
Pendapatan yang diperolehi hanya cukup digunakan untuk kelangsungan hidup mereka.
1
Keadaan ini secara langsung menjejaskan kualiti hidup penduduk golongan B40 di
Muar, Johor.
Peningkatan harga barangan juga telah menyebabkan amalan berhutang di
kalangan penduduk B40 meningkat. Kadar upah dan gaji yang mereka terima secara
relatifnya agak kecil atau terlalu rendah (Dicky et al. 2019). Perkara ini telah menjurus
mereka untuk melakukan pinjaman sebagai alternatif dalam menyelesaikan masalah
yang mereka hadapi. Maka, apabila hutang bertambah, ia secara langsung akan
menyebabkan tabungan berkurangan.
Oleh itu, kajian ini bakal mengkaji atau menunjukkan tentang apakah implikasi
daripada kenaikan harga barangan terhadap penduduk B40 di Muar, Johor secara lebih
mendalam.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Kenaikan harga barangan sejak akhir-akhir ini memberi kesan yang besar kepada
kehidupan rakyat terutama sekali golongan B40 di Muar, Johor. Isu kenaikan harga
barang secara langsung menyumbang kepada kos sara hidup yang lebih tinggi.
Peningkatan harga barang menyebabkan mereka terpaksa berbelanja lebih ketika
membeli barangan dan pada masa yang sama kuasa beli mereka juga menurun kerana
jumlah barang yang akan diperolehi berkurangan. Kos sara hidup yang meningkat
menyebabkan taraf hidup penduduk B40 turut merosot.
Peningkatan harga barang ini amat mengganggu penduduk B40 akibat
ketidakcukupan pendapatan untuk menampung keperluan mereka. Keadaan ini telah
turut menjejaskan tahap kelangsungan hidup penduduk ini. Demi kelangsungan hidup,
mereka terpaksa mencari pekerjaan sambilan atau tambahan bagi menampung
keperluan perbelanjaan yang tidak mencukupi. Hal ini akan menyebabkan individu
tersebut terpaksa melakukan dua pekerjaan iaitu meneruskan kerja tambahan selepas
kerjanya tamat. Disebabkan kesibukan masa bekerja, masa berkualiti bersama anak-
anak berkurangan terutama bagi mereka yang telah berumah tangga.
Seterusnya, peningkatan harga barangan menyebabkan penduduk B40 tidak
mampu melakukan aktiviti tabungan. Segala perbelanjaan keperluan dilakukan dengan
menggunakan pendapatan yang serba sedikit. Dengan pendapatan itu, mereka tidak
mempunyai wang lebihan untuk ditabungkan. Apabila tabungan berkurangan, masa
depan penduduk B40 khususnya di Muar, Johor kurang terjamin dan sentiasa dihimpit
dengan masalah kewangan. Kadang kala mereka terpaksa berhutang untuk menampungi
kelangsungan kehidupan mereka.
2
1.3 PERSOALAN KAJIAN
Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dinyatakan untuk mencapai
objektif yang bertepatan dengan tajuk kajian ini. Beberapa persoalan kajian telah
dikenal pasti iaitu:
i. Apakah impak kenaikan harga barangan terhadap pendapatan
penduduk B40 di Muar, Johor?
ii. Bagaimanakah peningkatan harga barangan memberi impakterhadap
tahap kelangsungan hidup penduduk B40 di Muar, Johor?
iii. Apakah langkah yang sepatutnya diambil untuk meningkatkan
tabungan penduduk B40 di Muar, Johor?
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti impak kenaikan harga barangan terhadap pendapatan
penduduk B40 di Muar, Johor.
ii. Mengenalpasti tahap kelangsungan hidup penduduk B40 di Muar, Johor.
iii. Mencadangkan langkah yang bersesuaian bagi meningkatkan tabungan
penduduk B40 di Muar, Johor.
1.5 SKOP KAJIAN
Kajian ini memfokuskan kepada golongan B40 kerana golongan ini menghadapi
kesukaran untuk melakukan aktiviti perbelanjaan. Golongan B40 juga mempunyai
pendapatan isi rumah yang rendah iaitu di bawah RM 3, 860.
Pendapatan isi rumah yang rendah ini menyebabkan mereka mempunyai
kesukaran untuk melakukan aktiviti perbelanjaan kerana kenaikan kos sara hidup yang
tidak selari dengan pendapatan mereka. Muar dipilih sebagai kawasan kajian adalah
kerana Muar merupakan kawasan yang sedang membangun dengan nilai kos sara hidup
yang semakin meningkat. Jumlah penduduk B40 di Muar adalah sebanyak 7.7% iaitu
seramai 197,582 orang mengikut Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah Dan
Kemudahan Asas Mengikut Negeri Dan Daerah Pentadbiran 2016 (Jabatan Perangkaan
Malaysia 2017). Kaedah yang digunakan bagi penyelidik untuk melakukan kajian ini
adalah melalui kaedah kuantitatif berbentuk deskriptif yang dijalankan menerusi satu
set soal selidik yang akan diagihkan kepada golongan B40 di Muar, Johor pada waktu
petang Sabtu dan Ahad. Kajian ini juga dilakukan dengan persampelan bukan rawak
iaitu persampelan bertujuan. Oleh itu, pemilihan sampel hanya diambil dalam kalangan
golongan B40 di Muar, Johor.
1.5.1 SAMPEL KAJIAN
i. Penduduk B40 yang tinggal di sekitar Muar, Johor.
ii. Pendapatan sebulan yang diperolehi tidak melebihi RM 3,860.
3
iii. Jumlah penduduk B40 yang dipilih berdasarkan metod pengiraan Taro
Yamane (1976) mengikut Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah
dan Kemudahan Asas Mengikut Negeri dan Daerah Pentadbiran 2016
(Jabatan Perangkaan Malaysia 2017).
iv. Golongan yang dipilih ialah dalam lingkungan umur 20 tahun dan ke
atas.
1.5.2 KAWASAN KAJIAN
i. Kajian dijalankan di Muar, Johor.
ii. Kawasan Muar yang terlibat dalam proses pengedaran borang soal
selidik:
• Bakri
• Sungai Abong
• Jalan Maharani
iii. Kawasan ini merupakan sebuah tempat yang sesuai dijadikan sebagai
tempat penyelidikan kerana terdapat pelbagai penduduk golongan B40
yang mempunyai latar belakang dari segi ekonomi dan sosial yang
pelbagai.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui impak kenaikan harga barangan
terhadap penduduk berpendapatan rendah di Muar, Johor. Sebagai contoh, kesan
kenaikan harga barangan menjejaskan taraf serta kesejahteraan hidup penduduk ini.
Oleh itu, dengan adanya kajian terhadap tahap kelangsungan hidup penduduk, langkah-
langkah yang bersesuaian untuk mengatasi masalah yang wujud dapat diatasi. Kajian
ini juga berpotensi untuk menyumbang kepada aspek pengurusan kewangan yang
berkualiti serta aspek peningkatan pendapatan minimum pada masa akan datang.
Kajian ini juga penting untuk membaiki masalah yang wujud kepada penduduk
B40 seperti bekerja lebihan, beban hutang yang semakin meningkat, dan kekurangan
tabungan untuk mengatasi kenaikan harga barangan. Keadaan ini bagi memastikan para
penduduk B40 menikmati kehidupan yang selesa dan harmoni pada masa akan datang.
Dengan mengetahui kewujudan masalah ini, maka langkah sepatutnya boleh diambil
supaya tidak berterusan.
Antara langkah yang boleh diambil adalah melalui peranan kerajaan.
Penetapan harga barangan yang harus dikawal sepanjang masa oleh kerajaan untuk
barang seperti minyak masak, gula, tepung gandum, dan gas petroleum cecair. Selain
daripada peranan kerajaan, adalah penting untuk setiap peniaga mahupun organisasi
yang terlibat dalam pengeluaran dan penjualan barang serta perkhidmatan supaya
lebih jujur dan amanah dalam menjalankan perniagaan masing-masing. Hasil kajian
ini juga dapat meningkatkan kajian dalam bidang kos sara hidup dan menjadi rujukan
dalam pengukuran kualiti hidup.
4
1.7 ORGANISASI PENYELIDIKAN
Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji membahagikan penulisan penyelidik
kepada tujuh bab. Bab pertama pengenalan, bab kedua latar belakang kawasan kajian.
Seterusnya bab ketiga pula pengkaji akan menfokuskan kepada model kajian kenaikan
harga barang terhadap penduduk B40 . Bab empat pula perbincangan impak kenaikan
harga barang terhadap penduduk berpendapatan rendah, bab lima pula mengenai impak
kenaikan harga barang terhadap tahap kelangsungan hidup penduduk B40, manakala,
bab keenam dan ketujuh masing-masing ialah cadangan dan kesimpulan bagi
keseluruhan penyelidikan yang dijalankan oleh pengkaji.
Pada bahagian pengenalan, pengkaji menceritakan secara umum berkaitan latar
belakang kajian. Selain itu, bahagian ini juga memberi fokus kepada aspek
permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian dan kepentingan
kajian yang dijalankan. Bahagian kedua penulisan buku ini ialah penekanan kepada latar
belakang kawasan kajian. Bahagian kawasan kajian menerangkan berkaitan lokasi dan
geografi bandar Muar, Johor. Malah bab dua juga pengkaji akan menerangkan reka
bentuk kajian yang digunakan, kaedah pengumpulan data dan instrumen kajian.
Bahagian ini akan menerangkan perkara berkaitan pengumpulan data primer dengan
mengedarkan borang soal selidik. Pengumpulan data sekunder diperoleh daripada bahan
bacaan di internet, Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas
Mengikut Negeri Dan Daerah Pentadbiran 2016 dan Rancangan Tempatan Daerah Muar
2002 hingga 2015. Penekanan kajian yang digunakan adalah secara kuantitatif turut
dijelaskan pada bab ini. Bagi bab tiga pula, penenekanan akan diberikan iaitu model
kajian kenaikan harga barang terhadap penduduk B40.
Bab keempat dalam penulisan kajian ini pula menganalisis impak kenaikan
harga barang terhadap penduduk berpendapatan rendah. Bahagian ini melihat kepada
aspek kos sara hidup, kuasa beli serta perubahan taraf hidup. Kesemua aspek ini dinilai
bagi melihat sejauh mana kenaikan harga barang memberikan impak kepada kehidupan
penduduk ini. Penilaian impak ini diukur dengan menggunakan skala likert. Selain itu,
bab kelima pula menjelaskan tentang tahap kelangsungan hidup akibat peningkatan
harga barang. Antara aspek yang dinilai ialah pekerjaan sampingan, aktiviti tabungan
dan amalan berhutang. Seterusnya, cadangan dan langkah-langkah bagi menangani
masalah peningkatan harga barang. Bahagian terakhir iaitu bab tujuh pula akan
merumuskan dapatan kajian secara keseluruhan daripada proses penyelidikan yang telah
dijalankan.
1.8 KESIMPULAN
Kenaikan harga barangan adalah realiti yang harus diharungi oleh penduduk sesebuah
negara terutamanya oleh golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah iaitu
penduduk B40. Terdapat sesetengah kalangan penduduk yang membuat pekerjaan
sampingan semata-mata untuk menampung kos sara hidup yang membebankan mereka
pada masa kini. Ia bukan sahaja untuk menampung kenaikan harga barangan malah
komitmen-komitmen lain yang harus diselesaikan. Untuk menangani barah yang terus
menular dalam kalangan penduduk B40 pada hari ini, semua pihak tidak kira individu,
kerajaan, mahupun sektor swasta haruslah memainkan peranan masing-masing
5
bersama-sama berbincang dan berganding bahu bagi menangani peningkatan harga
barangan yang berkemungkinan akan meningkatkan lagi jurang kekayaan di antara
masyarakat berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah di mana golongan yang
kaya akan terus menjadi kaya dan golongan miskin akan terus ditindas.
6
BAB II
LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN
2.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan berkaitan dengan kawasan kajian yang digunakan bagi
menyempurnakan kajian ini. Muar, Johor merupakan kawasan yang dipilih bagi
menjalankan kajian. Penerangan terperinci berkaitan dengan kawasan kajian akan
dikupas pada bahagian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan faktor
yang dikaji wujud di kawasan kajian berkenaan. Secara umumnya kajian ini bertujuan
mengkaji impak kenaikan harga barang terhadap penduduk B40 di Muar, Johor. Oleh
itu, kajian berbentuk kajian tinjauan (survey) dengan menggunakan instrumen utama
iaitu soal selidik adalah amat sesuai bagi mencapai matlamat kajian. Kajian tinjauan
juga membantu penyelidik bagi mendapatkan data primer dan data sekunder. Selain itu,
kaedah pemilihan sampel dalam kalangan penduduk B40 di Muar, Johor juga akan
dibincangkan pada bab ini. Manakala bahagian akhir bab ini menerangkan kaedah
menganalisis data secara terperinci bagi mememastikan objektif kajian dapat dicapai.
2.2 KAWASAN KAJIAN
Lokasi kajian merupakan komponen yang penting. Berdasarkan kajian yang dijalankan,
pengkaji memilih bandar Muar, Johor sebagai lokasi dalam menjalankan kajian. Oleh
itu, latar belakang berkaitan ciri-ciri guna tanah dan topografi berkaitan bandar Muar,
Johor dijelaskan pada bab ini.
7
2.2.1 Latar Belakang Bandar Muar
Muar merupakan daerah yang terletak di barat laut negeri Johor, Malaysia. Muar
bersempadan dengan Melaka iaitu di bahagian utara manakala Segamat di bahagian
timur dan Batu Pahat di bahagian selatan. Muar berkeluasan 2, 346.12 km persegi
dengan penduduk seramai 247,957 orang mengikut Bancian 2010. Muar terletak pada
koordinat 2°3’N 102°34’E, di muara sungai Muar. Bandar ini berada pada kedudukan
150 km ke barat daya ibu negara Malaysia. Bahagian barat dan utara Daerah Muar
bersempadan dengan Negeri Melaka, Negeri Sembilan, dan Negeri Pahang (Majlis
Pembandaran Muar 2016).
Bandar Muar menikmati iklim khatulistiwa sepanjang tahun sama seperti
kawasan lain di Semenanjung Malaysia serta mempunyai taburan hujan banyak pada
bulan April hingga September. Selain itu, sungai yang bersebelahan iaitu Sungai Muar
mempengaruhi ilkim dan sistem angin di Bandar Muar. Daerah Muar juga pernah
mengalami bencana banjir pada tahun 2006 dan 2007 disebabkan oleh taburan hujan
yang luar biasa di Muar dan Melaka. Bandar Maharani Bandar Di Raja, merupakan
nama rasmi bagi bandar Muar di daerah Muar, Johor (rujuk Gambar 1). Pengisytiharan
bandar Maharani sebagai bandar Diraja Johor telah disempurnakan oleh Duli Yang
Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 10 Muharram 1434
Hijrah bersamaan 24 November 2012 (Majlis Pembandaran Muar 2016). Jalan
Maharani pula merupakan jalan utama di Muar, nama jalan Maharani diberi sempena
nama isteri kepada Maharaja Abu Bakar sempena pembukaan bandar Maharani pada
tahun 1884.
Pembandaran di Bandar Muar pesat disebabkan oleh rebakan bandar dan
pembangunan semula. Dulu Bandar Muar digelarkan sebagai ‘Bandar Pencen’ kerana
suasana kawasannya kurang pembangunan dan aktiviti perindustrian. Selepas itu,
pembangunan semakin meningkat dengan kemunculan zon perindustrian di Tanjung
Agas, Daerah Ledang. Hal ini disebabkan peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi
menyebabkan berlaku rebakan bandar terhadap Bandar Muar. Kini pembandaran
semakin pesat di Bandar Muar kerana pertambahan penduduk dan kemudahan
infrastruktur.
Selain itu, Muar juga dikenali sebagai pusat perabot negara. Bandar ini
mempunyai lebih banyak kilang perabot berbanding dengan bandar-bandar lain di
Malaysia. Kawasan perindustrian di sekitar Muar terletak di Bakri, Tanjung Agas,
Pagoh, dan Tangkak. Pada masa akan datang, Muar akan mengalami perubahan besar
dari segi corak guna tanah di mana kawasan pertanian akan dibangunkan dengan
pembangunan perumahan, perniagaan, dan perindustrian. Kawasan-kawasan
perindustrian akan diperluaskan lagi bagi menambah kawasan perindustrian sedia ada
di Bakri, Tanjong Agas, Pagoh, dan Tangkak (Rancangan Tempatan Daerah Muar 2002-
2015).
Kawasan perumahan terdiri daripada perumahan terancang dan perkampungan
tradisi yang merangkumi keluasan sebanyak 3,326.37 hektar (1.41 peratus). Berbanding
pada tahun 2002 keluasan kawasan perumahan yang merangkumi perumahan terancang
dan perumahan kampung adalah sebanyak 5,936.55 hektar (2.51 peratus). Perumahan
8
terancang lebih tertumpu di kawasan petempatan utama seperti Bandar Maharani,
Tangkak, Bukit Bakri, Parit Jawa, Pagoh dan lain-lain (Rancangan Tempatan Daerah
Muar 2002-2015). Kawasan perkampungan rata-rata didiami oleh orang-orang Melayu.
Orang-orang Cina dan India pula tinggal secara berselerak di sekitar Bandar Muar.
Penduduk golongan B40 di Muar rata-ratanya mempunyai pekerjaan yang biasa.
Pendapatan golongan ini biasanya dalam anggaran RM 900-RM 2000.
Dari aspek perhubungan, Muar boleh dihubungi melalui Lebuhraya pintasan
Muar (Muar ByPass) sepanjang 14 km yang menyusuri persisiran bandar Muar. Laluan
ini akan memudahkan perjalanan dengan mengalihkan aliran trafik daripada kawasan
bandar dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan di Jambatan Sultan Ismail Muar.
Di samping jalan persekutuan, Muar turut dihubungkan oleh Lebuhraya Utara-Selatan
melalui susur keluar di Tangkak dan Pagoh yang terletak 20 hingga 30 km dari Muar.
Jika dilihat kepada struktur pekerjaan di Muar, ianya memberi fokus kepada perniagaan
seperti kedai runcit, kilang swasta seperti ST Microelectronics dan Micron
Semiconductor. Kawasan ini semakin berkembang dengan kemasukan pekerja asing
yang bekerja di kilang-kilang swasta atau di pusat membeli belah di The Store. Terdapat
penduduk yang tinggal di sekitarnya membuat perniagaan sendiri seperti menjual
makanan, kedai tukang jahit, kedai Hardware di sekitar Jalan Arab di Muar. Pada masa
sama, terdapat juga sekolah rendah dan sekolah menengah yang dibina di daerah Muar.
Selain itu, deretan bangunan yang dibina sebelum Perang Dunia II masih
mewarnai senibina bandar ini. Bangunan tersebut menempatkan kedai-kedai di
sepanjang Jalan Abdullah yang juga dikenali sebagai pusat dagangan Muar (rujuk Foto
1). Mercu tanda terbaru bandar ini ialah Lebuhraya pintasan Muar yang telah disiapkan
pada tahun 2005 dengan reka bentuk yang menarik. Lebuhraya yang menyusuri
persisiran bandar Muar ini memudahkan perjalanan dengan mengalihkan daripada
kawasan bandar dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan di Jambatan Sultan
Ismail Muar.
Cadangan pembangunan pada masa hadapan adalah berdasarkan kepada
matlamat pembangunan Daerah Muar untuk menjadikan Muar dan Ledang sebagai
kawasan pelancongan yang berasaskan sumber jaya semulajadi iaitu sungai dan gunung
selain industri yang berasaskan perabot dan pembangunan pertanian secara terancang.
Ia juga selaras dengan konsep dan strategi pembangunan yang dirangka. Secara
umumnya, zon cadangan guna tanah utama yang dicadangkan adalah kawasan
kediaman, industri, perniagaan dan perkhidmatan serta institusi dan kemudahan
masyarakat.
Oleh itu, daerah Muar ini dipilih sebagai kawasan kajian kerana kawasan ini
merupakan kawasan yang sedang membangun dengan nilai kos sara hidup yang semakin
meningkat. Kawasan ini merupakan sebuah tempat yang sesuai dijadikan sebagai tempat
penyelidikan kerana terdapat pelbagai penduduk golongan B40 yang tinggal di sini yang
mempunyai latar belakang dari segi ekonomi dan sosial yang pelbagai yang perlu
berdepan atau beradaptasi dengan isu kenaikan harga barangan .
9
2.3 REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data atau susunan untuk
pengumpulan data yang dipungut berdasarkan perancangan khusus dan sistematik
terhadap konsep pembentukan rangkaian antara pembolehubah yang terlibat dalam
sesuatu kajian. Reka bentuk kajian juga adalah untuk menyelaraskan bagi mencapai
objektif penyelidikan (Kerlinger 1970; Selltiz et.al 1950). Selain itu, reka bentuk kajian
yang sesuai juga adalah penting bagi penyelidik agar hasil kajian yang diperoleh dapat
membantu pengkaji lain untuk membuat rujukan hasil daripada kajian tersebut.
Oleh itu, kajian ini merupakan salah satu kajian kuantitatif dengan menggunakan
kaedah tinjauan. Kajian ini juga memilih persampelan bertujuan. Borang soal selidik
digunakan sebagai instrumen utama bagi mengumpul data primer daripada sampel
kajian iaitu penduduk B40 di Muar, Johor. Selain itu, kajian ini juga disokong dengan
temubual secara informal dan pemerhatian tidak turut serta. Pengkaji telah menjalankan
kajian lapangan pada Januari 2020.
2.4 KERANGKA PENYELIDIKAN
Kajian ini dijalankan di sekitar kawasan Muar, Johor. Pengkaji menggunakan kaedah
borang soal selidik kemudian diberikan kepada penduduk B40 di samping menjalankan
kaedah semi-struktur iaitu kaedah temubual secara informal. Lawatan kajian mengambil
masa 3 hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bersamaan pada akhir bulan Januari tahun
2020. Pemilihan pula adalah khusus kepada golongan B40 di sekitar kawasan Muar,
Johor.
Seterusnya, jumlah populasi penduduk B40 di Muar, Johor adalah seramai 197,
582 orang dan tingkat kesalahan yang dikehendaki adalah 1% maka jumlah sampel yang
diperolehi berdasarkan kepada formula Taro Yamane (1976) adalah:
n = saiz sampel yang diperlukan …(0.1)
N = jumlah populasi adalah 197,582
e = paras kesignifikan adalah0.1 …(0.2)
…(0.3)
…(0.4)
= …(0.5)
1 + ( )2
197,582
=
1 + 197,582(0.1)2
197,582
=
1976.83
= 100
Berdasarkan kepada formula tersebut, saiz sampel yang dikenalpasti adalah
seramai 100 orang dimana jumlah populasi penduduk adalah seramai 197, 582 orang.
Bagi mencapai objektif dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan soalan kepada
golongan B40 berdasarkan obektif utama kajian ini dilaksanakan. Borang soal selidik
diagihkan kepada penduduk B40 secara berselarak di kawasan Muar, Johor. Soalan yang
dibina adalah untuk mendapatkan persepsi penduduk B40. Individu yang dipilih juga
adalah berumur 20 tahun dan ke atas kerana golongan ini adalah lebih
10
berpengalaman serta mereka mampu memberi tindak balas yang berkualiti.
2.5 KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Kaedah pengumpulan data merupakan suatu teknik yang digunakan oleh pengkaji untuk
mengumpul data dalam kajian yang dilaksanakan. Antara kaedah yang digunakan dalam
kajian ini ialah dengan mengumpul data primer, sekunder, temubual secara informal dan
pemerhatian tidak turut serta di lapangan.
2.5.1 Data Primer
Pengkaji mendapatkan data primer berdasarkan pendekatan kaedah tinjauan dalam
menyempurnakan kajian ini. Chua (2011) menyatakan bahawa kaedah tinjauan
merupakan satu pendekatan yang paling popular digunakan dalam kalangan pengkaji
terutamanya dalam bidang sains sosial. Hal ini demikian kerana kaedah tinjauan ini
dapat membantu penyelidik memungut data dengan cepat iaitu dalam tempoh masa yang
singkat. Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan maklumat dan
data primer secara terus daripada sampel kajian iaitu para penduduk B40 di Muar, Johor.
2.5.2 Data Sekunder
Kajian perpustakaan dilakukan bagi mendapatkan maklumat daripada data sekunder.
Data sekunder merupakan data yang tidak diperoleh daripada sumber pertama yang
ingin dikaji pengkaji. Data sekunder diperoleh daripada terbitan kementerian, jabatan,
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan terbitan lain. Pengkaji banyak mendapatkan
jurnal, makalah, tesis dan akhbar bagi mendapatkan penerangan yang jelas berkaitan isu
kenaikan harga barang dalam melaksanakan kajian ini. Selain itu, sumber jurnal,
makalah dan tesis juga digunakan bagi mendapatkan kajian-kajian lepas yang telah
dijalankan pengkaji lain. Pengkaji juga mendapatkan maklumat berkaitan kawasan
kajian daripada Jabatan Perangkaan Malaysia berkenaan dengan senarai penduduk B40
di Muar, Johor dan Rancangan Tempatan Daerah Muar 2020 serta laporan cadangan
pembangunan semula Bandar Muar daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Rujukan
sumber daripada internet juga digunakan bagi menyempurnakan kajian ini.
2.5.3 Temubual Tidak Berstruktur dan Pemerhatian Tidak Turut Serta
Temubual tidak berstruktur dan pemerhatian tidak turut serta di lapangan adalah
bertujuan untuk mengukuhkan dapatan yang diperoleh daripada penduduk B40.
Temubual secara informal merupakan satu kaedah temubual yang dijalankan tanpa
membina soalan dan pengkaji mengemukakan soalan secara spontan kepada responden
(Chua 2011). Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah menjalankan temubual
tidak berstruktur (informal) bersama penduduk B40 di Muar, Johor. Hal ini demikian
kerana, pengkaji ingin memahami dengan lebih mendalam berkenaan kenaikan harga
barangan dan impaknya terhadap penduduk B40 di Muar, Johor. Selain itu, temubual
ini juga diperkukuhkan lagi dengan pemerhatian pengkaji di lapangan. Pembuktian
pemerhatian ini adalah melalui foto di lapangan. Oleh hal demikian dapat disimpulkan
11
bahawa temubual dan pemerhatian merupakan kaedah alternatif bagi mendapatkan data
tambahan daripada responden dan kawasan yang dikaji.
2.6 INSTRUMEN KAJIAN
Kajian berkaitan kenaikan harga barang dan impaknya terhadap penduduk B40 di Muar,
Johor melibatkan penggunaan borang soal selidik berstruktur. Bentuk soal selidik yang
dibina dalam kajian ini menggunakan tiga pendekatan iaitu soalan tertutup, soalan
subjektif terbuka dan skala likert. Selain itu, pengkaji banyak menggunakan ayat pendek
dan ringkas bagi setiap item yang dikaji. Hal ini adalah bertujuan untuk memudahkan
mereka memahami setiap item soalan yang dibina. Soalan ini juga dapat mewakili
dengan tepat aspek yang dinilai bagi mencapai objektif kajian.
Pengkaji telah membentuk lima bahagian dalam soal selidik ini. Bahagian A
merupakan soalan-soalan yang lebih memfokuskan kepada ciri-ciri demografi
penduduk B40 manakala Bahagian B adalah untuk mengenalpasti impak kenaikan harga
barangan terhadap pendapatan penduduk B40. Bahagian C pula mengenalpasti tahap
kelangsungan hidup penduduk B40 dan seterusnya Bahagian D pula adalah lebih
memfokuskan kepada langkah pengguna untuk mengatasi masalah peningkatan harga
barangan. Jadual 2.1 menunjukkan secara ringkas pembahagian bahagian soal selidik
dalam kajian ini.
Jadual 2.1 Format bahagian soal selidik
Bahagian Nombor Item Penerangan Bil. Soalan
A A1 – A9 Profil Penduduk B40 9
B B10 – B18 9
Impak kenaikan harga terhadap penduduk
berpendapatan rendah
C C19 – C31 Impak kenaikan harga barang terhadap tahap 13
kelangsungan hidup 4
D D31– D34 Langkah pengguna untuk mengatasi masalah
peningkatan harga barang
Sumber: Kajian Lepas (2020).
12
2.7 KAEDAH MENGANALISIS DATA
Borang soal selidik yang telah dijawab dan diisi lengkap oleh penduduk B40 akan
diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The
Social Science (SPPS) versi 22.0. Penggunaan perisian ini memudahkan pengkaji untuk
menginterpretasi keseluruhan data daripada borang soal selidik serta membuat penilaian
dan rumusan kajian dengan lebih tepat. Data daripada kajian ini akan melibatkan kaedah
analisis deskriptif melalui peratusan dan juga ukuran kecederungan memusat iaitu min.
2.7.1 Analisis Deskriptif
Menurut William (2003), analisis deskriptif ialah satu transformasi data mentah
ke dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami dan ditafsir. Selain itu, data-data
juga disusun semula serta dimanipulasi untuk menghasilkan maklumat deskriptif.
Berdasarkan dapatan yang diperoleh dalam kajian yang telah dijalankan, pengkaji
melakukan analisis deskriptif bagi menghuraikan dapatan kajian secara mendalam.
Penerangan ini dilakukan ke atas data yang telah dikumpul melalui soal selidik. Kajian
ini menggunakan analisis deskriptif yang terdiri daripada analisis kekerapan dan ukuran
kecedurangan memusat iaitu min. Hasil analisis ini adalah dalam unit peratus dan
bilangan. Selain itu persembahan data daripada hasil analisis ini adalah dalam bentuk
rajah, carta pai dan jadual. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa penggunaan analisis
deskriptif adalah salah satu cara menyediakan ringkasan mudah ke atas sampel yang
dikaji.
2.8 PENGKELASAN DATA
Pengiraan jawapan bagi soal selidik ini yang dikelaskan dengan menggunakan skala
likert yang dapat dilihat dalam Jadual 2.2. Pengkelasan skala 5 menunjukkan sangat
setuju, skala 4 setuju, skala 3 adalah tidak pasti, skala 2 pula tidak setuju dan skala 1
adalah sangat tidak setuju.
Jadual 2.2 Jadual pengkelasan skala likert
Skala Pengkelasan
5 Sangat Setuju
4
3 Setuju
2 Tidak Pasti
1 Tidak Setuju
Sangat Tidak Setuju
Sumber: Mohd Qhairil Anwar Azhar (2018)
Bagi tujuan menganalisis data, pengkelaskan lima peringkat skor likert kepada
tiga peringkat. Pengkaji menetapkan tahap min iaitu julat pengkelasan ini dapat dilihat
berdasarkan kepada Jadual 2.3 iaitu jika skor min 3.68 hingga 5.00 berada pada tahap
yang tinggi, 2.34 hingga 3.67 menunjukkan nilai skor min yang berada pada tahap
sederhana dan nilai skor 1.00 hingga 2.33 pula di tahap yang rendah.
13
Jadual 2.3 Nilai skor min
Nilai Skor Min Tahap
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi
Sumber: Mohd Qhairil Anwar Azhar (2018)
2.9 BATASAN KAJIAN
Semasa proses menjalankan penyelidikan, terdapat beberapa masalah yang berlaku
semasa pengkaji berada di lapangan. Antara masalah yang dihadapi oleh pengkaji ialah:
a) Pengkaji menghadapi kesukaran dalam menentukan klasifikasi
pendapatan masyarakat ketika mengedarkan borang soal selidik. Hal ini
kerana, kajian yang dilakukan adalah berfokuskan kepada golongan B40.
Oleh itu, bagi memastikan seseorang yang dipilih itu adalah B40,
pengkaji terpaksa menyoalkan mengenai jumlah pendapatan serta
menerangkan secara ringkas definisi B40 tersebut. Pengkaji menghadapi
kesukaran apabila sesetengah mereka tidak memberikan maklumat
pendapatan mereka.
b) Sesetengah orang berwaspada untuk mengisi borang soal selidik yang
telah diedarkan. Hal ini kerana, terdapat maklumat sulit seperti jumlah
pendapatan di dalam borang tersebut. Bagi meningkatkan keyakinan
mereka, pengkaji telah menunjukkan bukti surat menjalankan kajian
daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM). Situasi ini menyebabkan masa yang diambil untuk
mengedarkan 100 borang soal selidik adalah agak panjang.
c) Faktor cuaca merupakan satu halangan kepada pengkaji ketika
mengedarkan borang serta menunggu mereka untuk menjawab soalan
yang telah disediakan. Terdapat juga sesetengah yang kurang jelas
mengenai soalan yang tertera dalam borang soal selidik. Ketika itu,
pengkaji menghadapi kesukaran dalam memberikan penjelasan kerana
sesetengah daripada golongan ini kurang faham mengenai isu yang
dibincangkan serta terdapat juga golongan B40 yang buta huruf. Pengkaji
terpaksa menjelaskan secara mendalam supaya mereka jelas mengenai
soalan tersebut dan ia merupakan satu cabaran kepada pengkaji kerana
jawapan yang diperolehi adalah berdasarkan kepada penjelasan yang
telah diberikan.
d) Pengkaji juga menghadapi limitasi dalam mencari sumber rujukan dan
sorotan literatur yang sahih. Hal ini kerana, kajian mengenai B40 adalah
14
sangat terhad dan masih kurang dikaji. Kebanyakan sumber rujukan yang
diperolehi oleh pengkaji adalah berdasarkan sumber di internet. Oleh itu,
pengkaji telah mengambil masa yang lama untuk meneliti sumber-
sumber tersebut kerana ingin memastikan bahawa ianya bertaraf
akademik dan bersesuaian untuk dijadikan sorotan literatur bagi
menyokong kajian yang dilakukan oleh pengkaji.
e) Pengkaji juga menghadapi kesukaran untuk menganalisis data daripada
borang soal selidik kerana pemahaman pengkaji terhadap aplikasi
Statistical Package for the Science Sosial (SPSS) adalah rendah. Pengkaji
terpaksa meminta bantuan daripada kawan serta melayari internet untuk
menggunakan perisian tersebut. Pengkaji juga telah mengambil masa
yang lama untuk mencari formula-formula statistik yang bersesuaian
untuk digunakan dalam penganalisan dapatan kajian. Pengkaji telah
membuat kajian secara mendalam mengenai statistik tersebut
menyebabkan tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan dapatan
kajian agak panjang.
f) Kemunculan wabak Coronavirus (Covid-19) serta pengisytiharaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan merupakan satu
halangan yang terbesar kepada pengkaji. Hal ini kerana pergerakan ke
sesuatu tempat adalah terhad dan situasi ini merupakan suatu norma yang
baharu kepada pengkaji. Pengkaji menghadapi limitasi untuk berjumpa
dengan penyelia secara bersemuka dan segala perbincangan serta
penghantaran draf penulisan kepada penyelia adalah atas talian. Kadang
kala capaian internet yang perlahan menyukarkan pengkaji untuk
mencari maklumat.
15
2.10 KESIMPULAN
Bandar Muar merupakan sebuah bandar yang sedang berkembang dengan nilai kos
hidup yang semakin meningkat. Kajian mengenai kenaikan harga barang adalh unutk
melihat sejauh mana ia memberi impak kepada penduduk B40 di Muar, Johor. Secara
keseluruhannya, kajian ini menggunakan satu kaedah yang ringkas dan terperinci bagi
menghasilkan dapatan yang selari dengan objektif kajian. Penggunaan soal selidik
dalam kajian ini adalah bagi mendapat profil penduduk B40 di Muar johor. Borang soal
selidik yang diedarkan adalah untuk mendapatkan pandangan penduduk B40 mengenai
impak kenaikan harga barang. Selain itu, temubual informal dan pemerhatian tidak turut
serta adalah satu kaedah yang digunakan pengkaji dalam kajian ini bagi mengukuhkan
dapatan. Penggunaan SPSS pula adalah untuk menganalisis data secara deskriptif dan
perisian ini memudahkan pengkaji untuk menganalisis data.
16
BAB III
MODEL KAJIAN IMPAK KENAIKAN HARGA BARANG
3.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan beberapa definisi konsep bagi tujuan untuk memahami
konsep yang digunakan dalam kajian. Penjelasan istilah ini sangat penting untuk
seseorang pengkaji dalam menggunakan konsep yang bersesuaian dengan objektif
kajian ini. Selain itu, bab ini akan mempersembahkan kajian-kajian lepas yang telah
dilaksanakan oleh penyelidik lain bagi mendapatkan bahan bukti sebagai bahan
sokongan terhadap kajian yang dijalankan dan seterusnya mengukuhkan lagi hasil
kajian yang diperolehi.
3.2 DEFINISI KONSEP
Definisi konsep merupakan suatu persoalan asas kepada tajuk kajian yang dijalankan
oleh pengkaji. Menurut Ahmad Shukri Mohd. Nain dan Rosman Md. Yusoff (2003)
definisi konsep adalah bukan sesuatu yang penting berbanding dengan isu yang dikaji.
Oleh itu, kajian ini membahagikan definisi konsep kajian kepada beberapa bahagian
iaitu penduduk B40, pendapatan, harga barang, kos sara hidup dan kelangsungan hidup.
3.2.1 Penduduk B40
Berdasarkan kepada penyiasatan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah (Jabatan
Perangkaan Malaysia 2017), kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah
(B40 atau Bottom 40) merujuk kepada isi rumah yang berpendapatan purata di bawah
RM3,860. Kumpulan isi rumah B40 juga merangkumi isi rumah miskin yang
berpendapatan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK). Nilai
PGK rasional adalah RM 950.00 sebulan (Wan Khairu et al. 2020).
Pada tahun 2015, terdapat 2.7 juta kumpulan B40 dengan 63 peratus tinggal di
bandar dan selebihnya 37 peratus berada di luar bandar. Manakala pada tahun 2014,
Unit Perancangan Ekonomi melaporkan pendapatan bulanan purata kumpulan ini ialah
RM 2537 iaitu jauh lebih rendah daripada pendapatan bulanan purata isi rumah
Malaysia RM 6141, lima kali ganda kurang daripada pendapatan T20 (RM 14,305) dan
dua kali ganda kurang daripada pendapatan purata M40 (RM 5662) (Chamhuri Siwar et
al. 2019). Pekerjaan penduduk B40 adalah serba biasa dengan kadar upah dan gaji yang
secara relatifnya diterima agak kecil dan terlalu rendah (Dicky et al. 2019). Selain itu,
penduduk B40 juga merupakan kumpulan yang diberikan keutamaan dalam mencapai
17
kemiskinan sifar daripada pelbagai dimensi menjelang tahun 2030 (United Nations
2016; World Bank 2017). Perlaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK)
menunjukkan usaha untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat bukan sahaja golongan
miskin tegar tetapi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah iaitu B40.
3.2.2 Pendapatan
Pendapatan adalah satu pemboleh ubah dalam mengukur kesejahteraan di dalam
sesebuah isi rumah. Melalui pendapatan yang diperolehi setiap bulan, ia dapat
membantu isi rumah dalam merancang perbelanjaan sama ada dari segi makanan,
pakaian, tempat tinggal, pendidikan mahupun kesihatan (Nurul Nadia et al. 2017).
Menurut (Nordhaus 2004; Samuelson 2004) keadaan seseorang dapat diukur
dengan menggunakan konsep pendapatan yang menunjukkan sejumlah wang yang
diterima oleh seseorang atau isi rumah dalam tempoh tertentu. Definisi pendapatan lain
ialah jumlah pendapatan yang diperoleh daripada sesuatu kerja dan biasanya pendapatan
seseorang dikira setiap tahun atau setiap bulan. Oleh itu, pendapatan adalah gambaran
kedudukan ekonomi seseorang atau sesebuah keluarga dalam menjalani kehidupan
mereka.
Di samping itu, pendapatan isi rumah biasanya digunakan oleh pihak bank untuk
menentukan kelayakan pinjaman bank. Ia juga penting sebagai indikator ekonomi dalam
menentukan paras atau standard gaya hidup dalam sesuatu kawasan (Noorasiah et al.
2014). Di samping itu, punca yang meningkatkan ketidaksamaan pendapatan ialah taraf
pendidikan (Nabilah et al. 2018). Hal ini dibuktikan oleh Rashid (2008) yang
menyatakan bahawa punca agihan pendapatan berbeza disebabkan oleh jenis pekerjaan
dan tingkat pencapaian pendidikan.
3.2.3 Harga Barang
Harga merupakan satu perundangan yang telah dikuatkuasakan bermula dari tahun 1977
dengan 111 barang terpilih (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal
Pengguna 2020). Harga dalam konsep ekonomi pula adalah nilai sesuatu barang atau
perkhidmatan dengan kiraan wang. Harga merupakan satu pemboleh ubah penting
dalam teori pembahagian sumber. Ia juga penting dalam pemasaran di mana harga
merupakan satu daripada empat pemboleh ubah yang digunakan untuk merangka pelan
pemasaran (Norlaila et al. 2010).
Harga barang pula merupakan sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu
keluaran atau perkhidmatan yang diberikan. Secara luasnya, harga barang adalah jumlah
kesemua nilai yang pengguna tukarkan bagi mendapatkan faedah memiliki atau
menggunakan produk atau perkhidmatan. Selain itu, harga barangan ditentukan oleh
faktor permintaan dan penawaran. Harga barangan akan meningkat sekiranya
permintaan melebihi penawaran dan sebaliknya harga barangan akan merosot sekiranya
penawaran melebihi permintaan (Julizah 2014).
18
3.2.4 Kos Sara Hidup
Kos sara hidup merujuk kepada belanjawan minimum untuk membeli sekumpulan
barang dan perkhidmatan dalam mencapai tingkat taraf hidup tertentu (Tan, B. S 2016).
Kos sara hidup dan taraf hidup adalah dua perkataan yang saling berkait rapat antara
satu sama lain. Kos sara hidup adalah kos yang terpaksa ditanggung oleh isi rumah
bukan sahaja untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat
tinggal tetapi juga keperluan-keperluan lain untuk keselesaan hidup termasuk kos
pendidikan, kos sambungan jalur lebar dan kos kenderaan untuk kegunaan harian
(Julizah 2014). Kos sara hidup meningkat pada kadar yang lebih tinggi berbanding
dengan kadar pendapatan menyebabkan sebahagian besar dari pendapatan yang diterima
hanya dibelanjakan untuk keperluan asas sahaja (Faeza 2016).
Situasi ekonomi kini menunjukkan dan membuktikan bahawa kos sara hidup
masyarakat semakin meningkat dari tahun ke tahun. Menurut laporan tahunan Bank
Negara Malaysia pada tahun 2015, analisis data pendapatan dan perbelanjaan
membuktikan bahawa terdapat sekelompok masyarakat yang mengalami peningkatan
kos sara hidup. Mereka ini adalah isi rumah yang berbelanja lebih daripada pendapatan
yang diterima terutamanya kumpulan pendapatan 40 peratus terendah (B40) dan isi
rumah berpendapatan tetap (Bank Negara Annual Report 2015). Selain itu, kumpulan
isi rumah berpendapatan rendah merupakan kumpulan paling terdedah kepada isu kos
sara hidup (Bank Negara Malaysia 2013).
3.2.5 Kelangsungan Hidup
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kelangsungan hidup adalah
kemampuan untuk mempertahankan hidup dan menjaga keturunannya supaya tetap
lestari. Dalam rangka mempertahankan kehidupannya, manusia dituntut untuk
melakukan adaptasi. Dalam hal ini adaptasi menunjuk pada suatu proses timbal balik
antara makhluk hidup dengan lingkungannya (Hardesty 1977).
Selain itu, kelangsungan hidup juga merujuk kepada bagaimana kompetensi
individu dalam mempertahan dan meneruskan kehidupan, atau kemampuan mereka
untuk terus wujud terutamanya dalam menghadapi keadaan hidup yang genting dan
sukar (Nur Syazrin Syahira 2019). Jangka hayat seseorang pula bergantung kepada
sejauh mana masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka di kawasan
tersebut. Kelangsungan hidup seseorang itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti
faktor kualiti hidup dalam sesebuah negara (Syafiq Sham et al. 2018). Kenaikan harga
minyak serta barang dan perkhidmatan jelas memberi tekanan kepada rakyat yang
berpendapatan rendah dan sederhana dalam meneruskan kelangsungan hidup (Nurul
Nadia 2017).
3.3 IMPAK KENAIKAN HARGA BARANG TERHADAP PENDUDUK
BERPENDAPATAN RENDAH
Bahagian ini membincangkan mengenai kajian lepas berkaitan objektif satu iaitu impak
kenaikan harga barang terhadap pendapatan penduduk B40. Kajian lepas diambil adalah
19
meliputi aspek berkenaan kos sara hidup meningkat, penurunan kuasa beli dan
perubahan taraf hidup. Ulasan kajian lepas merupakan satu perkara penting dalam
menjalankan kajian baharu. Melalui ulasan kajian lepas, pengkaji dapat membuat
penilaian ke atas penemuan kajian oleh penyelidik terdahulu berkaitan fokus kajian.
3.3.1 Kos Sara Hidup Meningkat
Isu kenaikan kos sara hidup merupakan satu isu global yang dihadapi oleh banyak
negara membangun. Malahan, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun
juga turut berhadapan dengan masalah kenaikan sara hidup rakyat mereka (Mohd
Aqmin et al. 2018). Peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos sara
hidup menghimpit masyarakat pada hari ini. Kerajaan Malaysia juga memfokuskan isu
kos sara hidup sebagai salah satu bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di dalam
Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11).
Menurut Dr. Mohamad Fazli Sabri, Ketua Jabatan Sumber dan Pengajian
Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), kadar inflasi
dijangka sekitar 3.2 peratus pada tahun 2014 dan peningkatan gaji tahunan rakyat
Malaysia hanya dua hingga tiga peratus ini menyebabkan kebanyakan pendapatan boleh
guna dibelanjakan ke atas keperluan asas. Majoriti pendapatan digunakan untuk bayaran
ansuran seperti perumahan, kenderaan, pendidikan, dan pinjaman peribadi. Situasi ini
menyebabkan mereka tidak mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan ke atas
barangan lain (Julizah 2014).
Sementara itu, menurut Worldwide Cost of Living Survey (2017), Singapura
merupakan bandar yang mepunyai kos sara hidup paling tinggi di dunia. Malahan, lima
daripada sepuluh bandar yang mempunyai kos sara hidup tinggi terletak di Asia. Harga
rumah dan barang pengguna yang tinggi telah dikenalpasti sebagai punca kepada kos
sara hidup yang tinggi di bandar-bandar ini. Isu kos sara hidup yang tinggi ini telah
mewujudkan jurang ketidakseimbangan ekonomi yang tinggi di dalam masyarakat di
antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah.
Malaysia secara tidak langsung turut menghadapi masalah kos sara hidup yang
tinggi. Kuala Lumpur amnya telah menduduki tempat ke-96 dalam bandar termahal di
dunia menurut Worldwide Cost of Living Survey (2017). Kenaikan kos sara hidup ini
memberikan impak yang berbeza-beza mengikut tingkat pendapatan isi rumah. Kajian
daripada Bank Negara Malaysia (2013) mendapati kumpulan isi rumah berpendapatan
rendah merupakan kumpulan paling terdedah kepada kos sara hidup.
Kajian berkenaan kos sara hidup menjadi topik hangat pada penghujung abad
ke-20. Nelson (1991) membawa cadangannya untuk mewujudkan indeks kos sara hidup
mengikut negeri di Amerika Syarikat. Menurut beliau, kos sara hidup adalah berbeza-
beza mengikut negeri di Amerika Syarikat disebabkan perbezaan gaji, harga barangan,
taraf hidup dan corak perbelanjaan isi rumah yang berubah mengikut lokasi tempat
tinggal. Kajian ini turut menyatakan perubahan pada gaji memberi kesan langsung
kepada perbelanjaan isi rumah.
20
Laporan daripada Unit Perancang Ekonomi (2015) juga turut membincangkan
secara mendalam tentang isu kos sara hidup dalam Rancangan Malaysia Kesebelas.
Menurut laporan ini, kumpulan isi rumah B40 merupakan kumpulan paling berisiko
dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup. Berdasarkan data tahun 2009 dan tahun
2014, kumpulan B40 berhadapan dengan peningkatan perbelanjaan sebanyak 10.1
peratus setiap tahun. Justeru itu, pelan pemansuhan subsidi dalam pelbagai barangan
masa hadapan akan memberikan kesan yang besar kepada golongan ini (Mohd Aqmin
et al. 2018).
Laporan tahunan Bank Negara Malaysia (2015) turut menjelaskan bahawa
masalah kos sara hidup berkait dengan peningkatan inflasi dan corak perbelanjaan
individu. Pendapatan yang diperolehi oleh isu rumah hampir sama dengan jumlah
perbelanjaan dan isu ini seringkali dihadapi oleh kumpulan B40 (Mohd Azlan et al.
2018). Laporan tersebut turut disokong oleh Pakarperunding UKM yang menyimpulkan
bahawa peningkatan kos sara hidup adalah disebabkan oleh peningkatan ketara harga
barangan, pertumbuhan pendapatan yang perlahan dan corak perbelanjaan isi rumah
yang melebihi pendapatan (Laporan UKM Pakarperunding 2016).
Menurut M. Fadzli (2017), kenaikan kos sara hidup di Malaysia lebih besar
berbanding dengan pertumbuhan pendapatan isi rumah menyebabkan pendapatan boleh
guna isi rumah berkurangan. Kesannya, isi rumah terbeban dengan pelbagai bentuk
masalah seperti lewat membayar bil, berada dalam kemurungan dan menghadapi
masalah keberhutangan yang tinggi (Thinagaran et al. 2017). Berdasarkan kajian Asian
Development Bank (2010), majoriti populasi kelas pertengahan di Malaysia
menghadapi kos sara hidup yang terus meningkat kerana kemelut gaji yang bertumbuh
perlahan.
3.3.2 Kuasa Beli Menurun
Sejak tahun 2008, Malaysia terpaksa berdepan dengan masalah kenaikan harga minyak
mentah dunia yang seterusnya menyumbang kepada peningkatan harga barang secara
berterusan atau inflasi (Joseph et al. 2008). Kenaikan harga terutamanya barang
keperluan harian telah menjejaskan pendapatan benar dan kuasa beli masyarakat.
Walaupun pendapatan nominal yang diterima semakin meningkat, namun inflasi yang
tinggi menyebabkan kuasa beli pengguna semakin berkurangan. Ini menyebabkan setiap
keluarga terpaksa mengurangkan perbelanjaan, tabungan dan mungkin terpaksa
berhutang (Doris Padmini et al. 2010).
Kenaikan harga barang ekoran kenaikan harga minyak secara berterusan
sepanjang tahun 2008 telah meningkatkan Indeks Harga Pengguna (IHP) di Malaysia.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, Indeks Harga Pengguna bagi Januari 2009
meningkat sebanyak 3.9 peratus kepada 111.7 berbanding 107.5 pada bulan yang sama
tahun lepas. Secara teori, keadaan ini menjejaskan kuasa beli pengguna dan keupayaan
menabung di kalangan pengguna. Isi rumah terpaksa memperuntukkan perbelanjaan
yang lebih tinggi berbanding sebelumnya khususnya untuk perbelanjaan barangan
harian (Eh Run Eh Noi et al. 2017).
21
Menurut Mohamad Ayyub (2009), telah mengkaji kesan kenaikan harga
makanan kepada pengguna di kawasan Bandar Baru Bangi. Hasil daripada kajian yang
dijalankan mendapati, kenaikan harga barang makanan telah menyebabkan kuasa beli
pengguna terjejas dan pengguna terpaksa mengubah corak perbelanjaan sedia ada.
Selain itu, harga barang yang meningkat secara berterusan diikuti dengan pendapatan
nominal yang tidak berubah menyebabkan pendapatan benar isi rumah menurun dan
seterusnya menurunkan kuasa beli pengguna.
Disamping itu, Amerika Syarikat turut menghadapi masalah perbezaan kuasa
beli yang tinggi di antara bandar-bandar. Walaupun bandar New York merupakan
bandar yang mempunyai gaji pertengahan ke lapan tertinggi di Amerika Syarikat, harga
barang mereka merupakan antara tertinggi di Amerika Syarikat. Ini telah menyebabkan
bandar New York berada di kedudukan yang rendah di kalangan bandar-bandar
Amerika Syarikat dalam tahap kuasa beli pada tahun 2014 (Mohd Azlan et al. 2018).
Keadaan yang sama juga telah meletakkan bandar Philadelphia pada kedudukan yang
rendah dalam kuasa beli mengikut bandar di Amerika Syarikat (Adam 2017; Sen 2017).
Menurut Basil (2017), secara asasnya peningkatan harga barangan berkait rapat
dengan kemampuan atau kuasa beli pengguna. Hal ini kerana ia akan memberi tekanan
khususnya kepada isi rumah berpendapatan rendah kerana kuantiti barangan yang
mampu dibeli akan berkurangan. Kajian daripada Bank Negara Malaysia (2013),
membincangkan tentang kecenderungan perbelanjaan isi rumah telah mendapati
bahawa isi rumah dengan pendapatan tinggi hanya berbelanja RM0.25 daripada
tambahan RM 1 yang diperoleh, berbanding isi rumah dengan berpendapatan rendah
yang berbelanja sebanyak RM0.80 daripada tambahan RM 1 yang diperoleh. Jelaslah
bahawa golongan berpendapatan rendah cenderung untuk berbelanja lebih berbanding
golongan berpendapatan tinggi.
3.3.3 Perubahan Taraf Hidup
Perubahan taraf hidup boleh berlaku akibat daripada perubahan status barang ekonomi
isi rumah daripada barang keperluan kepada barang kehendak. Sebagai contoh, taraf
kehidupan yang semakin meningkat menyebabkan penggunaan telefon pintar dan
internet menjadi suatu keperluan bagi isi rumah. Ini sekaligus menjadikan jumlah
perbelanjaan isi rumah tersebut meningkat untuk tujuan komunikasi berbanding dengan
sebelumnya, walaupun harga barangan tidak berubah (Mohd Aqmin et al. 2018).
Sekiranya pendapatan meningkat dengan lebih pesat berbanding harga
barangan, barangkali faktor yang lebih dominan menyumbang kepada tekanan kos sara
hidup adalah faktor peningkatan taraf kehidupan melalui perubahan corak perbelanjaan
sesebuah isi rumah. Hal ini menyebabkan kemungkinan taraf hidup isi rumah meningkat
dengan lebih cepat berbanding peningkatan pendapatan mereka. Implikasinya,
pendapatan isi rumah yang sedia ada tidak mampu untuk memenuhi corak perbelanjaan
isi rumah yang telah berubah (Hazrul Izuan 2017).
Isu kos sara hidup juga berkait rapat dengan dengan taraf kehidupan.
Peningkatan pada taraf kehidupan akan membawa kepada peningkatan kos
perbelanjaan. Hal ini selari dengan beberapa dapatan seperti (Petras 2007; Veltmeyer
22
2007) yang mendapati kemajuan sesebuah negara akan membawa kepada peningkatan
kualiti dan taraf kehidupan, sekaligus mendorong peningkatan harga barangan dan kos
sara hidup. Namun, menurut Christopher Muller (2002) pula, peningkatan harga yang
mendadak akan melambatkan peningkatan taraf kehidupan memandangkan isi rumah
hanya dapat membeli barangan berdasarkan pendapatan mereka. Dapatan mereka ini
menunjukkan bahawa peningkatan taraf kehidupan akan membawa kepada peningkatan
kos sara hidup, tetapi peningkatan harga yang berpunca daripada faktor lain, seperti
kekurangan penawaran akan menyukarkan peningkatan taraf kehidupan.
Nurizan et al. (2007) pula membincangkan faktor taraf kehidupan dan corak
perbelanjaan. Menurut mereka, taraf kehidupan yang tinggi di bandar menyebabkan
corak perbelanjaan isi rumah di sana turut berubah menjadi lebih tinggi, sekaligus
menjadikan kos sara hidup di bandar lebih tinggi. (Bo Song 2011; Dang Luo 2011) pula
telah mengkaji secara spesifik keanjalan permintaan penduduk luar bandar di China
terhadap perubahan pendapatan bagi melihat perubahan pada corak perbelanjaan dan
taraf kehidupan mereka. Kajian mendapati peningkatan pendapatan tidak meningkatkan
perbelanjaan dengan ketara kerana penduduk luar bandar di China masih mengekalkan
taraf kehidupan yang sama.
3.4 IMPAK KENAIKAN HARGA BARANG TERHADAP TAHAP
KELANGSUNGAN HIDUP
Pelbagai kajian telah dilakukan dalam meneliti impak kenaikan harga barang terhadap
tahap kelangsungan hidup sama ada di dalam dan luar negara. Bahagian ini bertujuan
mengemukakan kajian-kajian lepas yang berkaitan adaptasi tahap kelangsungan hidup
akibat kenaikan harga barang. Antara aspek kajian lepas yang dilihat dalam bahagian
ini adalah pekerjaan sampingan, keupayaan menabung dan seterusnya kebergantungan
kepada amalan berhutang .
3.4.1 Melakukan Pekerjaan Sampingan
Senario semasa kenaikan kos hidup di Malaysia kesan daripada kenaikan harga barang
dan perkhidmatan menyebabkan banyak pihak termasuk mahasiswa di negara ini
terpaksa memilih membuat kerja sambilan untuk menampung perbelanjaan seharian
mereka. Peningkatan ekonomi pada masa kini telah menyebabkan ramai golongan
berpendapatan rendah terpaksa melakukan kerja sambilan bagi menampung
perbelanjaan harian, yuran dan sebagainya (Suhaila et al. 2016).
Kenaikan kadar inflasi didapati telah memberikan kesan yang negatif terhadap
pekerjaan dan pendapatan (Attanasio 2011; Szekely 2011). Selain itu, kenaikan kadar
inflasi juga didapati lebih memberi kesan kepada kenaikan kos sara hidup bagi
kumpulan yang berpendapatan rendah dan sederhana (Bank Negara Malaysia 2010).
Kenaikan harga yang semakin meningkat menyebabkan sebahagian besar daripada
pendapatan bulanan yang diterima dibelanjakan untuk keperluan asas sahaja dan
keadaan ini dikatakan semakin membebankan. Upah benar juga semakin merosot
berikutan dengan kenaikan kadar inflasi. Masalah kewangan dan masalah sosial yang
berlaku menunjukkan bahawa perlunya strategi dalam menangani dan menguruskan
kewangan yang baik dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup.
23
Menjana pendapatan dengan melakukan dua pekerjaan merupakan satu strategi
ke hadapan dalam mengatasi ketidakcukupan pendapatan dalam menghadapi kenaikan
kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun. Menjana pendapatan melalui
pekerjaan kedua juga didefinisikan oleh (Rostker 1976; Shishko 1976) sebagai satu
situasi di mana individu yang sudah mempunyai pekerjaan utama memilih untuk bekerja
lebih dari satu pekerjaan dengan motif untuk meningkatkan sumber pendapatan. Strategi
ini melibatkan usaha individu itu sendiri untuk menambah pendapatan bagi memenuhi
keperluan asas dan keperluan lain rentetan dari ketidakcukupan pendapatan akibat dari
kenaikan kos sara hidup (Faeza et al. 2016).
Kajian yang dijalankan oleh (Gandotra 2006; Joshi 2006) didapati terdapat dua
strategi yang digunakan oleh isi rumah di India dalam menangani kenaikan harga
barang, antaranya ialah strategi menangani ke hadapan iaitu strategi yang digunakan
untuk menjana pendapatan kedua dan strategi menangani ke belakang iaitu strategi
mengubah corak perbelanjaan. Pekerjaan sampingan dipilih sebagai alternatif bagi
menambahkan pendapatan isi rumah.
Manakala menurut (Leduc 2004; Sill 2004) berpendapat bahawa isi rumah akan
meningkatkan masa kerja dan mengurangkan masa rehat untuk mengimbangkan kesan
kenaikan harga petrol ke atas tingkat perbelanjaan dan pengurangan baki wang benar
mereka. Ini kerana, kesan tersebut telah mendorong para isi rumah menggantikan masa
rehat dengan masa kerja untuk menampung kos kehidupan yang semakin meningkat.
(Conway 2001; Kimmel 2001) dalam kajiannya di Amerika Syarikatmendapati
bahawa individu yang mempunyai pekerjaan kedua biasanya adalah individu yang
bekerja sepenuh masa pada pekerjaan pertama dengan kadar upah yang rendah dengan
waktu bekerja yang sedikit berbanding individu yang tidak mempunyai pekerjaan
kedua. Ini disokong oleh kajian Heineck (2009) yang menggunakan data dari negara
United Kingdom dalam kajiannya membuktikan bahawa motif utama individu
mempunyai pekerjaan kedua adalah berpunca dari kekangan jam bekerja pada pekerjaan
pertama yang menyebabkan individu tidak berpuas hati dengan bayaran pendapatan
yang rendah. Waktu bekerja yang sedikit akan menyebabkan individu menerima kadar
upah yang rendah dan seterusnya menyebabkan pendapatan yang diterima tidak
mencukupi untuk menampung kos sara hidup.
Dalam kajian lain, Wu et al. (2009) yang mengkaji faktor penentu pemilikan dua
pekerjaan menyatakan bahawa insentif untuk mempunyai pekerjaan kedua adalah
kerana tekanan kewangan dan keinginan untuk mempunyai pelbagai jenis pekerjaan.
Melalui penjanaan pendapatan kedua, individu dapat meningkatkan taraf hidup serta
kelangsungan hidup.
3.4.2 Aktiviti Tabungan Berkurangan
Pendapatan, perbelanjaan dan tabungan adalah saling berkaitan di antara satu sama lain.
Peningkatan usaha dalam tahap kebajikan dan kesihatan isi rumah, perbelanjaan yang
dilakukan terhadap pelbagai keperluan adalah amat penting. Perbelanjaan isi rumah
akan menunjukkan corak tabungan di samping corak penggunaan isi rumah (Rahmah
Ismail et al. 2010).
24
Seterusnya, tabungan penting dalam menjamin keperluan penggunaan masa
depan. Menurut teori penggunaan, corak perbelanjaan berubah mengikut tahap
pendapatan isi rumah dengan semakin tinggi pendapatan, semakin kecil peratus yang
diperuntukkan kepada keperluan harian seperti makanan dan pakaian, dan semakin
tinggi peruntukan perbelanjaan untuk barangan mewah. Peratus tabungan pula adalah
rendah pada tahap pendapatan rendah, meningkat apabila pendapatan meningkat dan
seterusnya peratusnya menurun semula apabila pendapatan terus meningkat.
Kenaikan harga barang sememangnya memberi kesan negatif ke atas
perbelanjaan isi rumah. Menurut (Mehra 2005; Petersen 2005) kenaikan harga petrol
akan mendorong peningkatan dalam tingkat harga agregat seterusnya mengurangkan
baki wang benar yang dipegang oleh isi rumah, pengguna dan peniaga. Kenaikan ini
akan mengurangkan tabungan serta perbelanjaan pengguna terutamanya dalam
permintaan untuk barangan tahan lama, barangan tidak tahan lama dan perkhidmatan.
Peningkatan perbelanjaan bulanan menyebabkan lebihan pendapatan untuk ditabungkan
berkurangan malah ada yang tidak berbaki.
Menurut Chiew (2018), golongan berpendapatan rendah dikatakan lebih mudah
terjejas terhadap risiko kerana kemampuan kewangan serta tahap simpanan yang
rendah. Malahan, golongan berpendapatan rendah amat sukar untuk kembali kepada
kedudukan kewangan yang asal sekiranya sesuatu krisis berlaku, terutamanya yang
melibatkan wang simpanan yang besar (Cohen 2006; Sebtad 2006). Hal ini kerana,
golongan B40 mungkin mempunyai simpanan yang kecil atau tidak mempunyai
simpanan langsung untuk membiayai kejadian-kejadian tidak jangka atau pada waktu
kecemasan. Malah, kos hidup yang semakin meningkat kesan daripada ketidaktentuan
ekonomi dan peningkatan harga barang dan perkhidmatan memberikan tekanankepada
semua tetapi lebih ketara kepada golongan B40 (Hafizuddin Syah et al. 2019).
Selain itu, pinjaman kredit akan mengurangkan jumlah tabungan, kerana
pengguna harus membayar secara ansuran setiap bulan. Komitmen rumah tangga akan
bertambah dengan adanya hutang. Apabila perbelanjaan bertambah, sedangkan
pendapatan tetap maka tabungan akan berkurangan. Kajian empiris yang dilakukan oleh
(Kwack 2003; Loayza 2000; Sarantis 2001; Stewart 2001) menunjukkan bahawa
hubungan antara kredit dan tabungan adalah negatif. Menurut Keynes (1936) pula,
pendapatan merupakan faktor utama dalam menentukan tabungan rumah tangga.
Menurut kajian (Kray 2000; Loayza 2000; Shankar 2000) menunjukkan bahawa
inflasi mempunyai kesan negatif terhadap simpanan isi rumah. Hal ini kerana isi rumah
harus berbelanja lebih semasa mendapatkan barang dan perkhidmatan. Seterusnya,
menurut teori kitar hidup, jenis pekerjaan akan menentukan jumlah tabungan (Efriyani
2008). Perkara tersebut turut disokong secara empiris oleh Sutarno (2005) yang
menyatakan bahawa jenis pekerjaan berpengaruh secara signifikan terhadap tabungan
isi rumah. Justeru, jelaslah menunjukkan bahawa tabungan isi rumah adalah berbeza
mengikut jenis pekerjaan.
Berdasarkan statistik penduduk daripada Perbadanan Labuan, jumlah penduduk
di Labuan adalah seramai 83, 500 orang pada tahun 2014 dengan pendapatan purata
bulanan adalah sebanyak RM 6,317 (2012) kepada RM 7,591 (Jabatan Perangkaan
25
Malaysia 2014) manakala gaji minimum adalah bermula dari RM 800 kepada RM 920
sebulan. Namun begitu, impak kenaikan harga barang dan kos hidup yang semakin
meningkat menyebabkan corak perbelanjaan turut berubah dan berlakunya peningkatan
bagi memenuhi keperluan dan kehendak isi rumah. Berdasarkan Jabatan Perangkaan
Malaysia (2014), corak perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan meningkat daripada
RM 2,143 pada tahun 2009 kepada RM 3,497 pada tahun 2014.
3.4.3 Amalan Berhutang Meningkat
Hutang lazimnya melibatkan golongan miskin dan pertengahan untuk memenuhi
keperluan seharian mereka. Kadar upah dan gaji yang mereka terima secara relatifnya
diterima agak kecil atau terlalu rendah (Dicky et al. 2019). Selepas menyelesaikan
beberapa keperluan asas, tinggal sedikit sahaja daripada gaji yang diterimanya bagi
memenuhi tuntutan hidup. Ada ketikanya mereka terpaksa meminjam wang daripada
pihak lain untuk memenuhi keperluan-keperluan lain dan akibatnya mereka perlu
membayar semula hutang tersebut. Fenomena ini sering berlaku kepada golongan
miskin, miskin bandar dan pinggir bandar termasuk masyarakat di Felda (Ab Rahim et
al. 2012).
Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia (2013), sebanyak 18, 179 kes bankrap
telah didaftarkan dengan purata lebih kurang 50 kes setiap hari. Bank Negara Malaysia
juga merekodkan nisbah hutang isi rumah meningkat kepada 76.6 peratus pada tahun
2009 dan angka ini telah meletakkan Malaysia sebagai negara yang menduduki
peratusan tertinggi di Asia (Bank Negara Malaysia 2010). Selain itu, nisbah hutang isi
rumah terhadap pendapatan boleh guna individu mencatatkan 140.4 peratus pada tahun
2009, iaitu lebih tinggi daripada Singapura sebanyak 105.3 peratus dan Amerika
Syarikat sebanyak 123.3 peratus.
Pendapatan yang tidak selari dengan perbelanjaan menyebabkan mereka
terpaksa melakukan pinjaman atau berhutang dalam memperolehi barang yang ingin
dimiliki. Antara jenis pinjaman yang ditawarkan dalam pasaran adalah seperti sewa beli,
pinjaman bank, pinjaman peribadi, pinjaman kad kredit, pinjaman perumahan dan
kenderaan. Kecenderungan menggunakan perkhidmatan pinjaman ini adalah kerana ia
memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pengguna. Kesannya, statistik daripada
Bank Negara Malaysia (2013), mendapati bahawa hutang isi rumah di Malaysia adalah
sebanyak RM854.3 bilion atau 86.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) dengan 61.0 peratus daripada jumlah hutang adalah digunakan bagi membiayai
pembelian hartanah dan sewa beli kenderaan.
Budaya berhutang ini telah lama diterima dalam kehidupan masyarakat sejak
awal abad ke-20 kerana menjadi satu perkara yang tidak dapat dielakkan (Webley et al.
1995). Individu berhutang untuk memperoleh aset seperti memiliki rumah, kenderaan,
dan sebagainya dalam usaha meningkatkan taraf hidup seseorang individu itu. Ini adalah
kerana hutang atau kredit memberikan laluan mudah kepada individu dalam memiliki
barangan dan perkhidmatan (National Summit on Retirement Savings 2002). Pembelian
yang tidak terancang mendorong kepada perbelanjaan secara berlebihan sehinggakan
terdapat individu yang berbelanja di luar kemampuan sendiri. Disebabkan kos sara
hidup yang tinggi di Malaysia, meminjam untuk memenuhi keperluan-keperluan asas
26
sudah menjadi lumrah dalam kehidupan mereka yang berpendapatan rendah (Barba
2008; Pivetti 2008). Namun, disebabkan peredaran masa, mungkin hutang dalam
kalangan B40 tidak lagi sepenuhnya dibelanjakan ke arah keperluan asas tetapi juga
kepada kehendak lain.
Selain itu, disebabkan kebergantungan kepada hutang adalah tinggi (Barba
2008; Pivetti 2008), keinginan mereka juga adalah tinggi untuk mendapatkan lagi
pinjaman setelah ditawarkan oleh pihak institusi kewangan kepada mereka. Sebagai
contoh, keinginan warga Felda kumpulan yang berpendapatan rendah untuk menambah
pinjaman telah dilaporkan dalam BH Online yang menyatakan mereka memerlukan lagi
bantuan pinjaman bersesuaian dengan perkembangan semasa (Badrul 2016). Aktiviti
masyarakat berkaitan penggunaan hutang ketika ini sebenarnya lebih menggambarkan
sifat dan ciri-ciri masyarakat yang suka kemudahan kredit berbanding penggunaan
tunai.
Tambahan pula, tujuan seseorang berhutang sebenarnya adalah mengikut
keperluan dan mempunyai matlamat tertentu, seperti untuk membebaskan dirinya
daripada kesempitan hidup (Syahnaz 2009). Keinginan untuk memenuhi tuntutan hidup
boleh menjurus seseorang itu untuk berhutang, lebih-lebih lagi terdapat banyak
pinjaman wang berlesen pada masa kini. Berdasarkan Laporan Pertumbuhan dan
Perkembangan Perbelanjaan Pengguna Malaysia (BNM 2010), budaya hidup mewah
telah didorong dengan penggunaan akses kredit yang meluas menyebabkan peningkatan
gejala perbelanjaan melebihi kemampuan dan mengakibatkan peningkatan hutang isi
rumah di Malaysia (Othman 2014; Sipon 2014).
Di samping itu, bagi menambahkan pendapatan, terdapat individu yang
mengambil jalan mudah iaitu dengan berhutang (Dicky et al. 2019). Pada tingkat upah
yang rendah, isi rumah akan berhutang bagi memenuhi permintaan agregat yang tinggi.
Kajian yang dilakukan oleh (Pressman 2009; Scott 2009) mengkaji hutang isi rumah,
ukuran kemiskinan dan jurang pendapatan di Amerika Syarikat mendapati peningkatan
hutang isi rumah disebabkan oleh pertumbuhan upah benar yang perlahan menyebabkan
isi rumah sukar untuk membeli barang dan perkhidmatan.
3.5 LANGKAH DAN CADANGAN BAGI MENINGKATKAN TABUNGAN
PENDUDUK BERPENDAPATAN RENDAH
Pengkaji juga melihat kajian lepas berkaitan langkah dan cadangan bagi meningkatkan
tabungan penduduk berpendapatan rendah agar masa depan mereka lebih terjamin.
Antara cadangan yang telah diusulkan oleh pengkaji adalah berjimat cermat, melakukan
pekerjaan samping dan mengutamakan barangan keperluan semasa melakukan
perbelanjaan.
3.5.1 Langkah Bukan Perundangan
Kenaikan harga barang dan kesan negatif daripadanya boleh dikurangkan dengan
beberapa tindakan yang boleh diambil oleh pihak pengguna (Norlaila et al. 2010).
Antaranya ialah berjimat cermat, masak atau tidak makan di luar, membuat pekerjaan
27
sampingan, dan mengutamakan barangan keperluan semasa melakukan perbelanjaan.
Melalui amalan ini, pengguna dapat melakukan tabungan kerana perbelanjaan yang
dilakukan khususnya terhad dan motif utamanya adalah untuk meningkatkan taraf hidup
(Efriyani Sumastuti 2008).
Tabungan merupakan amalan mulia yang perlu dijadikan budaya hidup dan
dipraktikkan. Amalan ini boleh menjana kestabilan ekonomi seseorang individu dan
mengekalkan keharmonian hidup. Menabung juga boleh dijadikan sebagai wahana
mendisiplinkan keluarga. Hal ini kerana amalan menabung membolehkan pengguna
menyemai dan menyuburkan amalan berjimat cermat. Amalan menabung juga perlu
dijadikan instrumen dalam mendepani kos sara hidup yang semakin kompleks dan
mencabar. Malah, menabung merupakan alternatif untuk menambahkan pendapatan
sekiranya dilakukan secara berterusan dan dalam jangka masa panjang.
Seterusnya, melakukan pekerjaan sampingan dapat meningkatkan taraf hidup
seseorang pengguna. Hal ini demikian kerana, pendapatan yang diperolehi boleh
dijadikan sebagai alternatif bagi mengharungi bebanan hidup yang semakin mencabar.
Pendapatan yang diterima juga boleh dijadikan sebagai salah satu sumber untuk
meningkatkan tabungan pengguna. Menabung merupakan satu amalan proaktif
berpaksikan kesedaran seseorang dalam membuat persediaan bagi menjamin masa
depan yang cerah (Suhaila et al. 2016). Peningkatan harga barang menyebabkan kos
untuk sara diri turut meningkat dan menyebabkan golongan berpendapatan rendah
terpaksa bekerja sambilan bagi menampung perbelanjaan harian mereka.
Menurut kajian Nor Aini Idris et al. (2010), hasil kajian mendapati, sebahagian
golongan B40 telah mengambil langkah berjimat cermat dengan memasak di rumah dan
mengurangkan aktiviti-aktiviti luar yang boleh mengelakkan perbelanjaan yang tidak
sepatutnya. Selain itu, amalan ini juga secara langsung dapat meningkatkan tabungan
isi rumah kerana perbelanjaan berkurangan.
28
3.6 KERANGKA TEORITIKAL
Rajah 3.1 Keran
Rajah Diolah Semula Daripada Mohd Aqmin et al
ngka Teoritikal Kajian
l. 2018, Suhaila et al. 2016, Doris Padmini et al. 2010
29
3.7 KESIMPULAN
Sesetengah barangan dan perkhidmatan merupakan keperluan asas kepada manusia
tidak kira apa pun jenis lapisan masyarakat terutamanya Kumpulan B40. Kesan-kesan
kenaikan harga barang terhadap penduduk berpendapatan rendah perlulah dikenal pasti
supaya Kumpulan B40 dapat membuat perancangan awal semasa melakukan
perbelanjaan mereka. Selain itu, mengenalpasti kompetensi Kumpulan B40 dalam
meneruskan kelangsungan hidup mereka seperti melakukan pekerjaan sambilan dan
peningkatan amalan berhutang. Oleh itu, langkah bukan perundangan untuk
meningkatkan tabungan perlulah diamalkan oleh Kumpulan B40 agar kehidupan
mereka lebih terjamin.
30
BAB IV
IMPAK KENAIKAN HARGA BARANG TERHADAP PENDUDUK
BERPENDAPATAN RENDAH
4.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan dengan lebih terperinci mengenai ciri profil dan latar
belakang penduduk B40 di Muar, Johor. Secara umumnya, bahagian yang akan
dianalisis dan dihuraikan dalam bab ini adalah dari segi kriteria umur, jantina, status
perkhawinan, bangsa serta agama, taraf pendidikan, jenis pekerjaan dan pendapatan
penduduk B40. Seramai 100 penduduk B40 telah dipilih bagi menjawab borang soal
selidik yang telah diedarkan oleh pengkaji.
4.2 LATAR BELAKANG PENDUDUK B40
Bahagian ini menceritakan tentang latar belakang sosial dan ekonomi penduduk B40
yang menunjukkan beberapa aspek penting dalam ciri demografi seperti jantina, umur
dan bangsa. Aspek ekonomi pula terdiri daripada jenis pekerjaan dan pendapatan.
Kajian ini melibatkan seramai 100 orang yang terdiri daripada penduduk B40 yang
mengalami impak akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
4.2.1 Demografi Penduduk B40
Bahagian ini membincangkan tentang kekerapan dan peratusan demografi penduduk
B40. Mengikut umur, peratus tertinggi umur golongan B40 di Muar, Johor yang telah
menjawab borang soal selidik adalah dalam kalangan umur 41-50 tahun iaitu mewakili
30 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk B40. Kumpulan umur yang paling
rendah ditunjukkan pada umur 20-30 tahun iaitu sebanyak 19 peratus. Penduduk B40
lain diwakili oleh kumpulan umur antara 31-40 tahun iaitu sebanyak 26 peratus dan
diikuti dengan kumpulan umur antara 51-60 tahun iaitu sebanyak 25 peratus. Tiada
perbezaan yang ketara antara struktur umur kerana setiap lingkungan umur
menunjukkan terdapatnya kumpulan B40.
Menurut Jadual 4.1, hasil kajian mendapati seramai 55 peratus adalah lelaki dan
45 peratus adalah perempuan. Terdapat perbezaan sebanyak 10 peratus di antara jantina
lelaki dan perempuan. Berdasarkan pengalaman pengkaji, penduduk B40 golongan
lelaki lebih senang didapati dan mudah untuk mendapatkan maklumat serta mudah
memberikan kerjasama berbanding golongan perempuan. Dari aspek status
perkhawinan pula, majoriti golongan B40 yang tinggal di Muar, Johor ini didapati sudah
berumah tangga iaitu sebanyak 72 peratus manakala jumlah terendah diwakili oleh
31
penduduk yang berstatus ibu/bapa tunggal iaitu hanya 4 peratus sahaja. Status
perkhawinan lain menunjukkan berstatus bujang mencatatkan jumlah sebanyak 24
peratus. Hal sedemikian ini menunjukkan bahawa kebanyakan kumpulan B40 di bandar
ini sudah berkeluarga. Selain itu, majoriti penduduk B40 adalah berbangsa Melayu iaitu
sebanyak 65 peratus diikuti dengan bangsa India sebanyak 20 peratus dan bangsa Cina
sebanyak 15 peratus. Di samping itu, jika dilihat dari sudut agama pula, ia menunjukkan
bilangan peratusan yang sama seperti bangsa iaitu penduduk B40 yang beragama Islam
seramai 65 peratus, agama Hindu seramai 20 peratus dan seterusnya agama Buddha
seramai 15 peratus.
Jadual 0.1 Ciri Demografi Penduduk B40
Profil Penduduk B40 Bilangan (Org) Peratusan (%)
Umur 19 19.0
20 - 30 26 26.0
31 - 40 30 30.0
41 - 50 25 25.0
51 – 60 100 100
Jumlah
55 55.0
Jantina 45 45.0
Lelaki 100 100
Perempuan
Jumlah 24 24.0
72 72.0
Status 4 4.0
Bujang 100 100
Berkhawin
Ibu/ Bapa Tunggal 65 65.0
Jumlah 15 15.0
20 20.0
Bangsa/ Agama 100 100
Melayu/ Islam
Cina/ Buddha
India/ Hindu
Jumlah
Sumber: Kajian Lapangan 2020
4.2.2 Status Sosioekonomi Penduduk B40
Taraf pendidikan penduduk B40 yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2 pula, jumlah
penduduk yang mendapat pendidikan terakhir sebelum melangkah ke alam pekerjaan
adalah dalam kalangan pelajar lepasan Sekolah Menengah dengan mencatatkan jumlah
tertinggi iaitu sebanyak 73 peratus dan jumlah terendah ditunjukkan bagi yang tidak
bersekolah diwakili oleh 4 peratus sahaja. Manakala taraf pendidikan lain ialah Sekolah
Rendah yang mencatatkan jumlah sebanyak 23 peratus. Berdasarkan pengalaman
pengkaji semasa di lapangan, kebanyakan penduduk B40 mempunyai kekangan
kewangan untuk melanjutkan pelajaran serta keinginan untuk membantu keluarga
mereka daripada kesusahan.
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Seterusnya, latar belakang sosioekonomi yang meliputi pekerjaan utama
golongan B40 di Muar, Johor adalah majoriti penduduk B40 bekerja sebagai kerani
32
dengan mencatatkan jumlah seramai 20 peratus. Manakala mereka yang bekerja sebagai
penjaja pula menunjukkan jumlah yang paling rendah iaitu sebanyak 3 peratus sahaja.
Jenis pekerjaan utama yang lain melibatkan penduduk B40 yang bekerja sebagai buruh
dan pemandu masing-masing mencatatkan 19 peratus dan 13 peratus. Terdapat juga
golongan B40 yang sedang bekerja sebagai pekerja kilang, pengawal keselamatan, guru
tadika dan lain-lain. Pemilihan skop pekerjaan ini dipengaruhi oleh faktor tahap
pendidikan dan usia seseorang tersebut. Jika dilihat dari segi pekerjaan sampingan pula,
terdapat 17 peratusan golongan B40 sahaja yang melakukan pekerjaan sampingan.
Jadual 4.2 Status Sosioekonomi Penduduk B40
Status Sosioekonomi Penduduk Bilangan (Org) Peratusan (%)
B40
23 23.0
Taraf Pendidikan 73 73.0
Sekolah Rendah 4 4.0
Sekolah Menengah 100 100
Tidak Bersekolah
Jumlah 20 20.0
10 10.0
Jenis Pekerjaan 10 10.0
Kerani 3 3.0
Pekerja Kilang 9 9.0
Pegawai Keselamatan 13 13.0
Penjaja 19 19.0
Guru/Guru Tadika 16 16.0
Pemandu 100 100
Buruh
Lain-lain 9 9.0
Jumlah 76 76.0
15 15.0
Pendapatan 100 100
<RM 980
RM 1201 – RM 3000
RM 3000 – RM 3860
Jumlah
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Status kewangan penduduk B40 dalam Jadual 4.2 menunjukkan bahawa
pendapatan bulanan berada pada paras yang sederhana. Majoriti didapati memperoleh
pendapatan dalam lingkungan antara RM1201-RM3000 sebulan iaitu mewakili 76
peratus. Manakala jumlah pendapatan yang terendah adalah pada paras RM980 ke
bawah mencatatkan jumlah iaitu sebanyak 9 peratus. Jumlah pendapatan lain diwakili
oleh penduduk B40 yang berpendapatan antara RM3001-RM3860 dengan mencatatkan
sebanyak 15 peratus. Jika dilihat dari status kewangan secara keseluruhannya, ianya
dikatakan pendapatan penduduk B40 adalah pada tahap yang sederhana. Kenaikan kos
sara hidup di bandar memberikan tekanan ekonomi kepada kumpulan B40 di Muar,
Johor. Hal ini sedemikian mendorong sesetengah daripada mereka untuk melakukan
pekerjaan sampingan bagi memperkukuhkan kedudukan kewangan mereka.
33
4.3 IMPAK KENAIKAN HARGA BARANG TERHADAP PENDUDUK
BERPENDAPATAN RENDAH
Kenaikan harga barang pada masa kini menyebabkan perbelanjaan rakyat terutamanya
penduduk golongan B40 semakin bertambah. Kenaikan ini menyebabkan kehidupan
golongan yang berpendapatan rendah semakin terhimpit. Oleh itu, bahagian ini akan
membincangkan impak kenaikan harga barang terhadap penduduk berpendapatan
rendah. Antara impak yang telah dikaji ialah kenaikan kos sara hidup, penurunan kuasa
beli serta perubahan taraf hidup. Setiap impak ini akan dipecahkan kepada beberapa
pernyataan bagi mendapatkan sokongan golongan ini terhadap impak kenaikan harga
barang.
4.3.1 Kos Sara Hidup Meningkat
Bahagian ini melihat kepada sejauh mana peningkatan kos sara hidup berhubung kait
dengan penduduk B40 di Muar, Johor. Kajian menunjukkan bahawa majoriti penduduk
B40 mampu melakukan perbelanjaan barangan harian/ runcit iaitu mencatatkan
bilangan seramai 76 peratus. Dapatan kajian menerusi statistik deskriptif (Jadual 4.3)
juga menunjukkan nilai min paling tinggi diwakili oleh pernyataan tersebut dengan
mencatatkan nilai 3.97. Barang harian/ runcit yang dimaksudkan dalam pernyataan
tersebut adalah barangan keperluan asas seperti beras, gula, garam dan minyak. Semasa
proses pengisian borang soal selidik, kebanyakan penduduk B40 menyatakan bahawa
mereka mampu berbelanja barang-barangan dapur tersebut kerana ia merupakan
barangan yang wajib diperlukan untuk menjamin kesejahteraan hidup. Pendapatan
boleh guna yang diterima oleh mereka digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang
utama terdahulu seperti pembelian barangan runcit walaupun majoriti pendapatannya
dihabiskan dengan aktiviti tersebut. Pernyataan ini turut disokong dalam artikel Julizah
(2014) yang menyatakan bahawa golongan ini tidak mempunyai lebihan wang untuk
dibelanjakan ke atas barangan lain.
Menurut artikel Faeza et al. (2016), ekoran dari perubahan ekonomi dunia secara
tidak langsung telah mengakibatkan kenaikan kadar inflasi serta mengakibatkan
perbelanjaan untuk kelangsungan hidup semakin meningkat. Inflasi atau lebih dikenali
sebagai kenaikan harga barang secara berterusan merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan kenaikan kos sara hidup. Secara umumnya, Indeks Harga Pengguna
(IHP) merupakan pengukur perubahan harga purata sekumpulan barang dan
perkhidmatan serta juga digunakan sebagai alat ukuran inflasi dan kos sara hidup
masyarakat. Peningkatan harga barangan seperti sayur-sayuran serta barangan harian
lain turut memberi impak kepada golongan B40 ini. Pernyataan ini jelas dibuktikan
dalam laporan Unit Perancangan Ekonomi (2016) iaitu sebelas daripada dua belas
kumpulan utama barangan dan perkhidmatan seperti makan dan minuman bukan
alkohol telah mencatatkan peningkatan di mana ia telah memberikan kesan negatif
terhadap pendapatan isi rumah. Kos sara hidup juga turut menggambarkan perihal
keadaan pembangunan golongan B40 yang hidup dalam lingkungan sesuatu kos yang
terpaksa dibayar bagi meneruskan kelangsungan hidup.
34
Jadual 4.3 Skor Min Kos Sara Hidup Meningkat
Pernyataan Statistik
Min
Pengguna mampu melakukan perbelanjaan
barangan harian/ runcit 3.97
Amalan berhutang wujud semasa berbelanja 2.96
Simpanan/ tabungan dilakukan 3.53
Sumber: Data Analisis Kajian Lapangan (SPSS 2020)
Seterusnya, dari segi amalan berhutang ketika melakukan perbelanjaan,
kebanyakan mereka menjawab tidak pasti iaitu mencatatkan bilangan sebanyak 42
peratus. Tahap keberkesanan min dalam Jadual 4.3 bagi pernyataan tersebut telah
mendapat skor 2.96 yang menunjukkan skor sederhana. Berdasarkan kajian semasa di
lapangan, sesetengah golongan B40 menyatakan bahawa kadang-kala mereka akan
berhutang sekiranya peniaga tersebut membenarkan mereka untuk melakukannya. Hal
ini sedemikian kerana terdapat komitmen lain yang terpaksa diselesaikan dan
menyebabkan mereka memilih alternatif ini. Walau bagaimanapun, mereka tetap akan
membayarnya secara ansuran seperti yang telah dibincangkan dengan pihak peniaga.
Pernyataan ini disokong dalam laporan National Summit on Retirement Saving (2002)
yang menyatakan bahawa hutang atau kredit memberikan laluan mudah kepada individu
terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah untuk memiliki barangan dan
perkhidmatan.
Menurut Dicky et al. (2019) dalam artikelnya menyatakan bahawa golonganini
mempunyai kadar upah dan gaji yang rendah menyebabkan mereka untuk melakukan
amalan berhutang bagi memenuhi sesuatu barangan dan perkhidmatan. Selain daripada
gaji, hasil statistik kaji selidik juga mendapati bahawa kos sara hidup yang tinggi
menyumbang kepada keperluan untuk membuat pinjaman. Semasa proses pengisian
soal selidik, sesetengah mereka turut mengakui bahawa ketidakcukupan jumlah gaji
yang diterima adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada perlunya hutang. Hal
ini turut disokong dalam kajian Nur Fatin et al. (2015) iaitu realitinya amalan berhutang
berlaku apabila gaji yang diperoleh tidak mencukupi dan ianya semakin bertambah
apabila masalah kenaikan harga barang ini berterusan.
Walaupun amalan berhutang berlaku di kalangan golongan ini, namun ia bukan
menjadi penghalang untuk melakukan tabungan atau simpanan. Hal ini dibuktikan
dalam pernyataan simpanan/ tabungan dilakukan dan kebanyakan penduduk ini
melakukannya iaitu mencatatkan bilangan sebanyak 44 peratus dan sesetengahnya
menjawab tidak pasti iaitu 30 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk B40. Nilai
min dalam Jadual 4.3 yang diperolehi adalah sebanyak 3.53 iaitu berada pada tahap
sederhana. Sebagaimana yang kita ketahui, menabung merupakan suatu amalan yang
perlu dipratikkan dan ianya akan membantu seseorang semasa berada dalam
35
kecemasan. Berdasarkan kajian di lapangan, terdapat golongan B40 yang turut
berkongsi cara hidup mereka dengan mengatakan bahawa walaupun majoriti
pendapatan digunakan untuk perbelanjaan, namun sebahagian kecil akan disimpan
untuk tujuan kecemasan dan bagi yang tidak pasti berkemungkinan amalan menabung
tidak dilakukan secara konsisten. Terdapat juga segelintir daripada mereka yang tidak
melakukan tabungan kerana pendapatan yang diperoleh digunakan sepenuhnya untuk
tujuan-tujuan tertentu. Bahkan, boleh dikatakan bahawa golongan berpendapatan
rendah lebih mudah terdedah kepada risiko kerana kemampuan kewangan serta tahap
simpanan yang rendah dan ianya turut disokong dalam kajian Chiew (2018).
Selain itu, teori ekonomi meramalkan bahawa hubungan antara pendapatan dan
tabungan adalah positif iaitu apabila pendapatan meningkat, tabungan juga akan
meningkat (Rahmah et al. 2010). Sebaliknya, situasi yang dihadapi oleh golongan ini
adalah pendapatan adalah sama tetapi perbelanjaan kian meningkat menyebabkan
jumlah yang ditabungkan adalah pada kadar yang rendah. Sekiranya berlaku sesuatu
krisis, golongan ini akan menghadapi kesukaran untuk menempuhi kejadian tersebut
akibat simpanan yang rendah. Kajian yang dilakukan oleh Hafizuddin Syah et al. (2019)
turut menyatakan bahawa kenaikan kos hidup akibat ketidaktentuan ekonomi dan
peningkatan harga barang memberi tekanan kepada semua akan tetapi golongan B40
menerima kesan yang lebih ketara.
4.3.2 Kuasa Beli Menurun
Fenomena peningkatan harga barangan dan perkhidmatan secara realitinya telah
menjejaskan kuasa beli pengguna ketika melakukan perbelanjaan. Secara umumnya,
kuasa beli adalah jumlah barangan dan perkhidmatan yang boleh dibeli dengan suatu
unit mata wang (Adam Hayes et al. 2020).
Bagi pernyataan pengguna hanya mampu membeli barangan dalam kuantiti
yang kecil menunjukkan bahawa kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan
mencatatkan bilangan sebanyak 32 peratus. Dapatan kajian berdasarkan analisis
deskriptif dalam Jadual 4.4 menunjukkan bahawa nilai min adalah sebanyak 3.39 iaitu
di bawah tahap sederhana. Hal ini sedemikian kerana kebanyakan penduduk B40
mampu untuk membeli barangan dalam kuantiti yang sederhana iaitu tidak terlalu
sedikit atau terlalu banyak. Barang-barangan keperluan akan dibeli sekaligus untuk
mengelakkan perbelanjaan berlebihan. Perbuatan ini juga boleh digelarkan sebagai
smart consumer kerana ia lebih menjimatkan. Walaupun harga barangan meningkat,
golongan berpendapatan rendah mampu untuk membeli barangan dalam kuantiti yang
sederhana, tetapi kencederungan perbelanjaan isi rumah tersebut adalah lebih
berbanding golongan berpendapatan tinggi. Hal ini dibuktikan melalui kajian yang
dilakukan oleh Bank Negara Malaysia yang menyatakan bahawa isi rumah yang
berpendapatan tinggi hanya berbelanja RM0.25 daripada tambahan RM 1 yang
diperoleh berbanding isi rumah berpendapatan rendah yang berbelanja RM0.80
daripada tambahan RM1 yang diperolehi.
Peningkatan terhadap perbelanjaan yang paling ketara dilihat berlaku dalam
kategori makanan dan minuman kerana peningkatan harga banyak melibatkan barangan
berkenaan. Pernyataan ini turut dibuktikan dalam Laporan Unit Perancangan Ekonomi
36
(2016) bahawa daripada dua belas kumpulan barangan tersebut, peningkatan yang
berada pada tahap yang pertama adalah kumpulan makanan dan minuman. Tambahan
pula, kajian yang hampir sama telah dilakukan oleh Norlaila et al. (2010) mengenai
kesan kenaikan harga barang terhadap pengguna di Lembah Klang. Analisis
perbincangan didapati mempunyai kesamaan dengan analisis yang dilakukan oleh
pengkaji iaitu pengguna mampu mendapatkan kuantiti barang tersebut pada kadar yang
sama tetapi berbeza dari segi jumlah wang yang perlu dibelanjakan. Hal ini kerana isi
rumah tidak dapat mengurangkan kuantiti pembelian secara majoriti kerana ia
merupakan barang keperluan asas yang penting untuk menjamin kesejahteraan hidup.
Jadual 4.4 Skor Min Kuasa Beli Menurun
Pernyataan Statistik
Min
Pengguna hanya mampu membeli barangan
dalam kuantiti yang kecil 3.39
Pengguna melakukan perancangan sebelum 4.09
membuat perbelanjaan
Pengguna mampu membeli barangan mewah 3.05
Sumber: Data Analisis Kerja Lapangan (SPSS 2020)
Seterusnya, peratusan penduduk B40 menunjukkan bahawa sebahagian besar
daripada mereka melakukan perancangan sebelum melakukan sesuatu perbelanjaan
iaitu masing-masing mewakili jumlah yang sama sebanyak 38 peratus bagi skala setuju
dan sangat setuju. Tahap keberkesanan min dalam Jadual 4.4 pula adalah sebanyak 4.09
menunjukkan skor yang tinggi. Hal ini sedemikian kerana dengan merancang
kewangan, seseorang itu berupaya mengelakkan perbelanjaan berlebihan atau
kebergantungan kepada orang lain. Perancangan dari segi perbelanjaan turut dilakukan
oleh mereka, iaitu menyenaraikan barangan mengikut keutamaan supaya pembaziran
tidak berlaku. Mereka turut menyatakan bahawa dengan berbuat demikian, kestabilan
kewangan lebih terjamin. Selain daripada itu, pengurusan kewangan membantu
individu menguruskan kewangan rumah termasuklah belanjawan, simpanan,
pengurusan hutang dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan wang (Rahim 2014;
Sabri 2014). Dalam kata lain, pengurusan kewangan adalah proses mengawal
pendapatan dan menyusun perbelanjaan melalui perancangan kewangan. Pernyataan ini
turut disokong dalam kajian Noor Izyani et al. (2018) yang mengatakan bahawa
perancangan kewangan yang berkesan membolehkan pengurusan kewangan dilakukan
dengan baik.
Perancangan kewangan juga merupakan proses penentuan bagaimana seseorang
individu mencapai wawasan kewangan melalui sumber kewangan yang bersesuaian
(Tan, 2016). Perkara ini telah menjerumus golongan ini untuk mengurus perbelanjaan
agar bersesuaian dengan kemampuan mereka. Ia juga merupakan satu strategi yang
bijak untuk mengelakkan perbelanjaan di luar kemampuan. Kajian yang dilakukan oleh
37
Shariffah (2011) turut mengatakan bahawa kepekaan isi rumah terhadap perancangan
kewangan secara tidak langsung dapat meningkatkan kesejahteraan hidup mereka
walaupun ekonomi negara sedang meruncing. Perancangan kewangan yang cekap juga
boleh dilakukan dengan menentukan objektif yang khusus supaya individu lebih
berdisiplin ketika melakukan perbelanjaan.
Di samping itu, bagi pernyataan pengguna mampu membeli barangan mewah,
kebanyakan telah menjawab tidak pasti iaitu sebanyak 36 peratus dan hal ini dapat
dibuktikan melalui penilaian skor min pada tahap yang sederhana iaitu sebanyak 3.05
dalam Jadual 4.4. Keadaan ini adalah disebabkan oleh jumlah pendapatan yang
diperoleh oleh golongan B40 digunakan untuk perbelanjaan barang-barangan utama
terdahulu. Sekiranya, terdapat lebihan wang, maka ianya akan digunakan untuk
membeli barangan mewah. Semasa di lapangan, mereka turut menyatakan bahawa
matlamat utama adalah untuk memenuhi barangan keperluan terdahulu, di samping
barang kehendak pula diletakkan pada pilihan yang kedua. Hal ini kerana barangan
keperluan merupakan kepentingan asas yang diperlukan oleh setiap manusia untuk
meneruskan kehidupan. Keperluan ini terdiri daripada barang atau perkhidmatan yang
membolehkan manusia hidup pada tahap yang minimum. Manakala barangan kehendak
pula adalah keinginan terhadap barang dan perkhidmatan untuk mencapai tahap
kehidupan yang lebih selesa.
Bahkan, perkara ini turut dibuktikan dalam Teori Hierarki Maslow iaitu suatu
teori yang boleh dianggap memenuhi keperluan fizikal manusia (Nor Nazimi et al.
2017). Dalam teori piramid tersebut, terdapat lima peringkat dan tahap paling bawah
ialah tahap fisiologi iaitu keperluan kepada makanan dan keperluan-keperluan penting
untuk meneruskan kehidupan. Menurut beliau, kehendak yang paling atas hanya akan
tercapai setelah keperluan paling bahawa dipenuhi. Mereka turut menyatakan bahawa
kehendak lain tidak sekali menjadi tumpuan mereka selagi keperluan asas ini dipenuhi.
Apabilamereka mencapai segala keperluan-keperluan tersebut, barulah kehendak yang
diinginkan akan diberi perhatian. Kajian yang dijalankan turut membincangkan bahawa
apabila manusia dapat memenuhi keperluan asas maka ia akan memotivasikan manusia
untuk mencapai kepuasan dalam diri mereka sendiri.
4.3.3 Perubahan Taraf Hidup
Taraf hidup mengukur perbandingan di antara pendapatan boleh guna yang diterima
oleh isi rumah dengan kos sara hidup. Sekiranya peningkatan pendapatan berada pada
kadar yang lebih rendah berbanding kos sara hidup, bererti taraf hidup seseorang
dikatakan semakin merosot dan sebaliknya sekiranya taraf pendapatan meningkat pada
kadar yang lebih tinggi dari kos sara hidup dikatakan taraf hidup semakin meningkat
(Jacobson et al. 2010).
Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti penduduk B40 bersetuju dengan
pernyataan bagi pengguna mampu membeli barangan berkualiti rendah berbanding
kualiti tinggi iaitu mencatatkan bilangan sebanyak 77 peratus. Tahap keberkesanan min
juga adalah tinggi iaitu sebanyak 4.00 (rujuk Jadual 4.5). Keadaan sedemikian ini adalah
kerana barangan berkualiti rendah adalah jauh lebih murah berbanding barangan
berkualiti tinggi. Bagi mengawal perbelanjaan, ianya didapati bahawa kualiti tersebut
38
dapat memenuhi tahap keselesaan mereka. Sesetengah golongan ini turut mengatakan
bahawa, kadang-kala mereka mampu untuk membeli barangan berkualiti tinggi
walaupun harganya agak mahal. Realitinya, langkah yang diambil dikatakan kurang
baik apabila kemewahan tersebut bukan sebahagian daripada keperluan. Tambahan
pula, barangan yang murah tidak semestinya kurang kualitinya. Produk tersebut
mungkin hanya berkualiti rendah dan fungsinya adalah sama seperti barangan berkualiti
tinggi. Taraf hidup sesebuah isi rumah adalah bergantung kepada corak perbelanjaan
yang dilakukan oleh mereka berdasarkan pendapatan yang diperolehi (Nurizan et al.
2007). Jelaslah bahawa barang berkualiti rendah turut memberikan kepuasan yang
maksimum kepada golongan B40 ini.
Namun, peningkatan harga barang dan perkhidmatan juga telah menyebabkan
taraf hidup golongan B40 mengalami pertumbuhan yang perlahan. Hal ini terbukti
dalam kajian Christopher (2002) yang menyatakan bahawa kenaikan harga barangan
akan melambatkan peningkatan taraf hidup isi rumah kerana isi rumah hanya dapat
membeli barang dengan pendapatan yang diperolehi. Pertumbuhan yang perlahan ini
adalah kerana mereka mempunyai kesukaran untuk memenuhi kehendak tersebut.
Dapatan daripada kajian tersebut turut membincangkan bahawa peningkatan taraf hidup
akan membawa kepada peningkatan kos sara hidup. Keadaan ini akan menyebabkan
perbelanjaan isi rumah turut menjadi lebih tinggi. Bagi mengelakkan beban daripada
terus meningkat, mereka tidak menjadikan kualiti sesuatu barang dan peningkatan taraf
hidup sebagai pilihan utama, bahkan mereka hanya melihat kepada fungsi kebendaan
tersebut serta mengamalkan gaya hidup yang biasa.
Jadual 4.5 Skor Min Perubahan Taraf Hidup
Pernyataan Statistik
Min
Pengguna mampu membeli barangan berkualiti
rendah berbanding kualiti tinggi 4.00
Pengguna memperuntuk masa dengan 3.29
menyediakan makanan sendiri di rumah
Pengguna berbelanja secara berhemah (keperluan 4.21
asas)
Sumber: Data Analisis Kerja Lapangan (SPSS 2020)
Selain itu, berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa
kebanyakan penduduk B40 tidak pasti dan kurang bersetuju iaitu mencatatkan sebanyak
36 peratus dan 24 peratus masing-masing bagi pernyataan pengguna memperuntuk
masa dengan menyediakan makanan sendiri di rumah. Analisis deskriptif min dalam
Jadual 4.5 juga adalah pada tahap yang sederhana iaitu 3.29. Faktor masa merupakan
aspek paling utama yang diambil kira dalam situasi tersebut. Sesetengah golongan ini
39
turut mengatakan bahawa ianya lebih mudah untuk mereka membeli makanan yang
tersedia ada di kedai. Perkara tersebut menjadi alternatif kepada mereka akibat
kekangan masa untuk menyediakan makanan sendiri dan salah satu sebabnya adalah
syif kerja yang tidak menentu. Mereka juga turut berkongsi pandangan dengan
menyatakan bahawa ia lebih jimat untuk membeli makanan di luar, sedangkan memasak
di rumah memerlukan banyak bahan yang menelan kos tinggi. Oleh itu, mereka
cenderung untuk membeli makanan di restoran seperti KFC yang menawarkan satu set
menu dalam lingkungan RM10.00 sahaja. Dengan berbuat demikian, mereka dapat
menjimatkan masa, tenaga dan juga wang.
Di samping itu, dapatan kajian juga menjelaskan bahawa majoriti penduduk B40
iaitu 84 peratus berbelanja secara berhemah. Tahap pencapaian min juga adalah pada
skor yang tertinggi iaitu 4.21 (rujuk Jadual 4.5). Pernyataan ini jelas menunjukkan
bahawa sikap berhemah adalah amalan mulia yang perlu dipratikkan ketika melakukan
perbelanjaan. Sebagai pengguna, memiliki sifat-sifat pengguna yang bijak berupaya
untuk mengharungi kenaikan harga barangan pada masa kini. Perbelanjaan yang
dirancang akan mampu memberikan lebih banyak manfaat kepada golongan
berpendapatan rendah. Secara umumnya, memupuk gaya hidup berhemah ialah
membentuk kesedaran pengguna untuk berbelanja secara berhemah, iaitu mengikut
keperluan dan kemampuan diri sendiri dan keluarga (Mohamad Azhar 2015).
Pendapatan yang diperolehi oleh mereka secara relatifnya adalah rendah dan
perbelanjaan yang dilakukan adalah berdasarkan pada pendapatan tersebut. Oleh itu,
sikap berhemah adalah penting untuk mengimbangkan belanjawan sesebuah isi rumah
iaitu memperuntukkan sejumlah wang yang sepatutnya sahaja untuk melakukan sesuatu
perbelanjaan. Dengan berbuat demikian, pembaziran juga dapat dielakkan.
Artikel daripada Nurul Huda et al. (2019) turut membincangkan bahawa
perbelanjaan secara berhemah akan dijadikan teras utama untuk mengelakkan daripada
bersikap boros ketika melakukan sesuatu perbelanjaan. Semasa di lapangan, mereka
turut mengemukakan pandangan bahawa etika berhemah akan dipratikkan ketika
melakukan perbelanjaan untuk mengatasi norma kenaikan harga barang. Dapatan kajian
daripada Nur Ain et al. (2015) juga turut mengatakan bahawa pengurusan kewangan
yang berhemah akan mengelakkan kepada pengurusan hutang yang lemah.
4.4 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, bab ini telah menerangkan tentang profil dan latar belakang
penduduk B40 yang meliputi ciri demografi, latar belakang sosioekonomi dan impak
kenaikan harga barang terhadap penduduk berpendapatan rendah. Secara tuntasnya,
kenaikan harga barang telah menjejaskan pendapatan golongan ini, namun penduduk
B40 sedang berusaha untuk mengharungi situasi yang sedang dihadapi dengan
melakukan tindakan-tindakan yang sewajarnya.
40
BAB V
IMPAK KENAIKAN HARGA BARANG TERHADAP TAHAP KELANGSUNGAN
HIDUP
5.1 PENGENALAN
Bahagian ini melihat sejauh mana impak kenaikan harga barang mempengaruhi tahap
kelangsungan hidup golongan B40 khususnya di Muar, Johor. Antara impak yang akan
dibincangkan adalah mengenai pekerjaan sampingan, tabungan dan juga amalan
berhutang. Bahagian ini juga adalah untuk melihat bagaimana kompetensi golongan
berpendapatan rendah dalam meneruskan kehidupan atau kemampuan untuk
menghadapi keadaan hidup pada masa kini.
5.2 Melakukan Pekerjaan Sampingan
Separuh daripada penduduk B40 iaitu mencatatkan bilangan sebanyak 51 peratus tidak
bersetuju dengan pernyataan ‘pengguna mempunyai pekerjaan sampingan’, yang
bermakna mereka tiada pekerjaan kedua. Dapatan kajian menerusi analisis deskriptif
min (rujuk Jadual 5.1) menunjukkan nilai min adalah pada tahap sederhana iaitu 2.77.
Menjana pendapatan dengan melakukan pekerjaan sampingan adalah salah satu strategi
dalam mengatasi ketidakcukupan pendapatan. Namun, faktor masa, umur dan juga
kesihatan menjadi salah satu aspek utama yang diambil kira dalam pemilihan
melakukan pekerjaan sambilan. Hal ini sedemikian kerana, tempoh masa pekerjaan
utama meliputi kira-kira lapan jam dimana ia merupakan satu jangka masa yang panjang
terutamanya bagi mereka yang bekerja di kilang. Mereka turut mengatakan bahawa
kepenatan daripada pekerjaan utama menyebabkan tidak mempunyai tenaga yang
secukupnya untuk meneruskan pekerjaan sambilan. Sekiranya mereka paksa untuk
melakukan sedemikian mungkin golongan ini bakal berhadapan dengan risiko seperti
tahap kesihatan terganggu. Hal ini turut disokong oleh Mohd Zainudin (2019) iaitu
pelbagai masalah akan dihadapi ketika mula melakukan kerja sambilan. Oleh itu,
keputusan yang bijak harus dipilih agar tidak memudaratkan mana-mana pihak.
Malah, penduduk B40 turut mengatakan bahawa strategi yang bijak harus
diaturkan sebelum melakukan pekerjaan sampingan dan pernyataan tersebut turut
disokong dalam artikel Mohd Zainudin (2019). Antara perkara yang perlu
dipertimbangkan adalah kos, masa serta perkara yang terpenting adalah ia berbaloi dan
memberi pulangan setimpal dengan penat lelah yang dipikul. Golongan B40 yang
melakukan pekerjaan sampingan adalah mereka yang mempunyai kekangan jam
bekerja pada pekerjaan pertama menyebabkan kadar upah yang diperolehi adalah sangat
rendah. Dapatan kajian yang sama turut dibincangkan dalam kajian Heineck (2009)
41
yang menggunakan data dari United Kingdom dalam kajiannya, menyatakan bahawa
upah yang diperolehi daripada pekerjaan pertama tidak mencukupi untuk menampung
kos hidup.
Jadual 5.1 Skor Min Pekerjaan Sampingan
Pernyataan Statistik
Pengguna mempunyai pekerjaan sampingan Min
2.77
Pengguna mengurangkan masa bersama 2.37
keluarga 3.80
Pengguna mampu menabung
Sumber: Data Analisis Kerja Lapangan (SPSS 2020)
Seterusnya, keluarga ialah satu institusi yang berperanan sebagai penyumbang
terpenting kepada kesejahteraan diri seseorang. Hal ini terbukti apabila kebanyakan
penduduk B40 yang tidak bersetuju iaitu mencatatkan bilangan sebanyak 66 peratus
bagi pernyataan, pengguna mengurangkan masa bersama keluarga. Nilai min yang
diperolehi dalam Jadual 5.1 juga adalah pada tahap yang sederhana iaitu 2.37. Semasa
berada di lapangan, pengkaji turut memperhati bahawa aspek kekeluargaan dijadikan
sebagai tunggak utama dalam meneruskan kehidupan yang bahagia. Hal ini kerana
kebahagiaan sesebuah keluarga memberi impak yang berbeza sama ada emosi,
pemikiran, tindakan dan jiwa seseorang (Muhammad Talhah et al. 2019). Walaupun
sibuk mencari nafkah bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup, aspek kekeluargaan
menjadi keutamaan mereka. Mereka turut mengatakan bahawa masa kualiti bersama
keluarga dapat melepaskan segala tekanan yang dihadapi dan seterusnya meningkatkan
semangat mereka dalam meneruskan kehidupan yang genting ini. Hubungan serta kasih
sayang yang erat mendorong mereka untuk bekerja dengan lebih tenang dan seterusnya
lebih berani untuk menempuh segala cabaran kehidupan yang bakal dihadapi pada masa
akan datang.
Jika dilihat dari segi tabungan pula, kebanyakan golongan ini mampu menabung
iaitu sebanyak 72 peratus. Tahap keberkesanan skor min dalam Jadual 5.1 juga adalah
tinggi iaitu 3.80. Tabungan adalah penting dalam menjamin keperluan masa hadapan
seseorang. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan sememangnya memberi kesan
negatif ke atas perbelanjaan isi rumah. Namun, ia bukan menjadi satu rintangan kepada
golongan ini untuk melakukan tabungan. Menurut Chiew (2018), golongan
berpendapatan rendah mempunyai kemampuan serta tahap simpanan yang rendah. Hal
ini terbukti apabila terdapat invdividu yang turut mengatakan bahawa walaupun jumlah
yang ditabungkan adalah sedikit, ia tetap akan membantu mereka ketika berada dalam
kecemasan dan kejadian-kejadian yang tidak dijangkakan. Biarlah menabung dan
menyimpan walaupun dengan jumlah yang sedikit pada awalnya kerana ‘sedikit-sedikit
42