The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Rajeswary Mutsamy
Rosniza Aznie Che Rose


Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

eISBN 978-983-2795-45-2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aznie, 2020-10-22 01:29:30

KENAIKAN HARGA BARANGAN DAN IMPAKNYA TERHADAP PENDUDUK B40 DI MUAR, JOHOR

Rajeswary Mutsamy
Rosniza Aznie Che Rose


Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

eISBN 978-983-2795-45-2

lama-lama menjadi bukit’. Amalan ini juga dikatakan persiapan yang bijak sebelum
berdepan dengan pelbagai masalah pada masa akan datang.

Kenaikan harga barang memaksa individu atau isi rumah mengambil langkah
dengan mengubah corak perbelanjaan serta simpanan mereka. Hal ini kerana melalui
perbuatan berkenaan, mereka dapat melakukan tabungan sekurang-sekurangnya pada
tahap yang minimum. Selain itu, kajian daripada Suhaila et al. (2016) turut menyatakan
bahawa kadar kenaikan kos sara hidup yang tinggi berbanding dengan kadar pendapatan
menyebabkan simpanan hanya dapat dilakukan dengan terhad. Hal ini sedemikian
kerana jumlah pendapatan yang diperolehi digunakan untuk membeli barangan
keperluan asas terdahulu menyebabkan aktiviti tabungan mereka tidak menentu. Malah,
tahap dan kadar untuk menyimpan adalah bergantung kepada perubahan yang dijangka
dalam pendapatan dan juga keperluan untuk menyara hidup (Rahmah et al. 2010).

5.3 Aktiviti Tabungan Berkurangan

Jika dilihat menerusi status kewangan penduduk B40 secara keseluruhannya ia adalah
berbeza-beza. Hal ini kerana kategori pendapatan adalah tidak sama iaitu di antara julat
dari RM 980 hingga RM 3860. Berdasarkan analisis dapatan kajian didapati bahawa
jumlah tabungan golongan ini adalah dipengaruhi oleh jumlah saiz pendapatan yang
diperolehi oleh isi rumah. Jumlah tabungan isi rumah adalah tinggi apabila pendapatan
meningkat dan sebaliknya jumlah tabungan adalah sedikit apabila pendapatan rendah.
Pernyataan ini turut disokong dalam teori kitar hidup iaitu jenis pekerjaan akan
menentukan jumlah tabungan seseorang (Efriyani 2008). Hal ini kerana jenis pekerjaan
mempunyai hubungan yang signifikan terhadap tabungan. Kajian mengenai ini turut
disokong secara empiris oleh Sutarno (2005) serta kajian yang dilakukan oleh Efriyani
(2008) yang menyatakan bahawa jenis pekerjaan akan menentukan jumlah tabungan.

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, kenaikan harga barang secara relatifnya
memberi kesan negatif ke atas perbelanjaan isi rumah dimana jumlah perbelanjaan akan
semakin bertambah menyebabkan kemampuan untuk menabung semakin berkurangan.
Namun, golongan B40 tetap berusaha untuk melakukan tabungan walaupun dalam
jumlah wang adalah sedikit. Jelaslah bahawa hubungan antara jumlah pendapatan dan
tabungan isi rumah adalah positif.

Pengkaji turut menganalisis secara mendalam mengenai jenis tabungan yang
dilakukan oleh golongan ini. Didapati bahawa majoriti daripada mereka melakukan
amalan menabung untuk masa tua. Dapatan kajian menerusi analisis deskriptif dalam
Jadual 5.2 menunjukkan pencapaian skor pada tahap yang tinggi iaitu 3.90. Semasa di
lapangan, penduduk B40 mengatakan bahawa tabungan masa tua mereka adalah
caruman KWSP yang dipotong secara automatik daripada pendapatan mereka. Mereka
turut mengatakan bahawa tabungan untuk masa tua adalah penting kerana pada masa
tersebut mereka tidak perlu bergantung kepada sesiapa malah menggunakan wang yang
telah ditabung. Lebih-lebih lagi sekiranya mereka mempunyai masalah kesihatan dan
tidak mampu untuk meneruskan pekerjaan yang dilakukan itu, maka tabungan inilah
yang akan digunakan untuk meneruskan kehidupan mereka. Selain itu, walaupun
caruman KWSP boleh diambil apabila mencapai satu tempoh tertentu, mereka tetap
tekad untuk tidak mengambilnya kerana selagi mampu untuk meneruskan pekerjaan

43

maka pendapatan yang diperolehi melalui pekerjaan tersebut akan digunakan untuk
menyara kehidupan semasa.

Jadual 5.2 Skor Min Jenis Tabungan Penduduk B40

Pernyataan Statistik
Tabungan untuk masa tua Min
3.90

Tabungan untuk pendidikan anak-anak 3.10
Tabungan untuk melancong 2.56

Tabungan untuk kesihatan 3.50

Sumber: Data Analisis Kerja Lapangan (SPSS 2020)

Seterusnya, jenis tabungan yang majoriti penduduk B40 tidak melakukan adalah
tabungan untuk melancong. Hal ini terbukti dalam Jadual 5.2 apabila tahap pencapaian
skor yang paling rendah dicapai oleh pernyataan ini iaitu skor pencapaian sebanyak 2.56
sahaja. Sepanjang pemerhatian pengkaji, kemewahan hanyalah satu pilihan minimal
kepada golongan berpendapatan rendah kerana kemewahan tidak akan menjamin
kebahagiaan sesebuah keluarga. Motif utama mereka adalah untuk memenuhi segala
keperluan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Selepas memenuhi segala keperluan
tersebut, barulah kehendak difikirkan. Majoriti golongan ini mengatakan bahawa
mereka kurang berniat untuk melakukan tabungan pelancongan kerana terdapat
perkara-perkara lain yang lebih penting perlu ditabungkan seperti tabungan untuk
kesihatan dan pendidikan anak-anak. Kenaikan kos sara hidup ini menyebabkan
perbelanjaan mereka terus meningkat dan kemampuan untuk simpanan adalah pada
tahap yang sederhana. Justeru itu, tabungan untuk tujuan-tujuan penting sahaja akan
dijadikan pilihan utama mereka.

Terdapat kajian yang dilakukan oleh Hafizuddin et al. (2019) mengenai
pemilikan takaful mikro dalam kalangan kumpulan berpendapatan rendah. Secara
umumnya, takaful mikro adalah salah satu mekanisme kewangan yang boleh digunakan
untuk menyediakan sokongan kewangan terhadap risiko luar jangka. Analisis daripada
dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa golongan ini mempunyai kesukaran untuk
mendapatkan perlindungan takaful tersebut. Chiew (2018) dan Tang, K. S (2016) turut
mengetengahkan pendapat dalam kajian mereka bahawa kos yang tinggi merupakan
salah satu penyebab utama kepada pemilikan insurans dan takaful yang rendah dalam
kalangan B40 di Malaysia. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa tabungan yang
dilakukan oleh golongan B40 adalah pada tahap yang sangat minimal dan bergantung
kepada saiz pendapatan yang diperolehi oleh mereka.

44

5.4 AMALAN BERHUTANG MENINGKAT

Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa majoriti penduduk
pernah berhutang. Hal ini terbukti melalui persoalan yang telah ditanyakan dalam
borang soal selidik. Daripada 100 orang penduduk B40, 90 peratus orang menjawab Ya
dalam bahagian jawapan yang telah disediakan.

Bagi menganalisis secara mendalam, pengkaji telah memecahkan tujuan
berhutang kepada beberapa kategori. Antaranya sewa rumah, makanan dan pakaian.
Berdasarkan analisis deskriptif min (Jadual 5.3), didapati bahawa tahap pencapaian skor
yang tertinggi adalah bagi hutang untuk sewa rumah yang mencatatkan nilai skor 4.05.
Rumah adalah satu keperluan yang penting kepada manusia. Sejak zaman prasejarah
lagi tempat perlindungan atau rumah telah menjadi keperluan asas yang penting selain
makanan dan minuman kepada kehidupan manusia. Kemampuan golongan ini untuk
memiliki kediaman semakin merosot kerana harga rumah yang sangat tidak mampu
dimiliki. Harga rumah pada masa ini dikatakan semakin meningkat menyebabkan
mereka memilih alternatif untuk menyewa rumah. Hal ini terbukti dalam Laporan
‘Memikirkan Semula Perumahan: Antara Negara, Pasaran dan Masyarakat’ (2019)
yang mendapati terdapat ketidakpadanan antara gaji penengah tahunan dan harga rumah
penengah. Laporan tersebut turut menyatakan bahawa kadar pertumbuhan pendapatan
isi rumah jauh lebih rendah daripada pertumbuhan harga rumah penengah. Keadaan ini
menyebabkan kebanyakan golongan berpendapatan rendah cenderung untuk memiliki
rumah sewa.

Jadual 5.3 Skor Min Peningkatan Amalan Berhutang

Pernyataan Statistik
Tujuan berhutang: Min
Sewa rumah
4.05
Makanan 1.67

Pakaian 1.98

Hutang menyebabkan saya/pengguna 2.40
mampu hidup lebih selesa

Sumber: Data Kerja Lapangan 2020

Seterusnya, pengkaji turut menganalisis persepsi berhutang di kalangan B40.
Pernyataan tersebut adalah, hutang menyebabkan pengguna mampu hidup lebih selesa.
Berdasarkan analisis deskriptif dalam Jadual 5.3, pencapaian skor min adalah pada
tahap yang sederhana iaitu 2.40 dimana 69 peratus penduduk B40 menjawab tidak
setuju. Lazimnya, seseorang berhutang adalah untuk memenuhi keperluan atau
kehendak tertentu. Akibat kekangan kewangan, berhutang merupakan alternatif
termudah untuk memiliki sesuatu barangan dan perkhidmatan. Golongan ini turut
mengatakan bahawa mereka berusaha untuk mengelakkan diri daripada berhutang
kerana beban yang ditanggung akan lebih meningkat. Orang yang dibebani dengan

45

hutang tidak akan berasa tenang dan bebas jika sebahagian besar daripada
pendapatannya terpaksa digunakan untuk membayar pelbagai jenis pinjaman (Fadly
2018).

Penduduk B40 memilih untuk melakukan perbelanjaan yang ideal bagi
melepaskan diri daripada sebarang risiko. Perbelanjaan yang ideal adalah dengan cara
bersederhana iaitu tidak terlalu bermewah-mewah dan tidak juga terlalu berkira.
Realitinya, berhutang akan terjerumus seseorang untuk melakukan perbelanjaan di luar
kemampuan. Hal ini terbukti dalam Laporan Pertumbuhan Perbelanjaan Pengguna
Malaysia (2010) iaitu perkembangan yang kian rancak dalam budaya mewah telah
didorong oleh akses kredit yang meluas serta mudah diperoleh. Natijahnya, peningkatan
gejala perbelanjaan melebihi kemampuan dan pengurusan kewangan peribadi yang
teruk menyebabkan peningkatan hutang isi rumah di Malaysia (Othman 2014; Sipon
2014). Oleh itu, golongan ini memilih langkah yang bijak iaitu berhutang untuk tujuan-
tujuan tertentu sahaja dan ianya jelas menunjukkan bahawa pengguna tidak mampu
hidup selesa sekiranya berhutang.
5.5 KESIMPULAN
Kesimpulannya, kenaikan harga barang turut menjejaskan tahap kelangsungan hidup
golongan ini. Hal ini kerana terdapat sesetengah daripada mereka yang terpaksa
melakukan pekerjaan sampingan serta berhutang untuk menampung segala kos hidup
yang dihadapi. Namun begitu, golongan ini sentiasa memperlengkapkan diri mereka
dengan beradaptasi mengikut situasi semasa yang tidak memihak kepada mereka.

46

BAB VI

LANGKAH PENGGUNA MENGATASI MASALAH PENINGKATAN HARGA
BARANG

6.1 PENGENALAN

Bahagian terakhir ini akan membincangkan tentang beberapa langkah yang perlu
diambil oleh penduduk B40 untuk menangani masalah peningkatan harga barangan dan
perkhidmatan. Langkah-langkah yang diambil ini merupakan satu strategi ke hadapan
untuk menghadapi segala cabaran yang bakal dihadapi khususya dalam menampung
perbelanjaan yang kian meningkat.

6.2 LANGKAH PENGGUNA BAGI MENGATASI MASALAH PENINGKATAN
HARGA BARANG

Pengkaji telah mengusulkan beberapa langkah dalam borang soal selidik untuk
golongan B40 menjawab. Berdasarkan dapatan kajian analisis deskriptif min (Jadual
6.1) didapati dua daripada empat langkah yang telah diusulkan mencapai tahap
keberkesanan tertinggi iaitu bagi langkah berjimat cermat dan langkah mengutamakan
barang keperluan apabila melakukan perbelanjaan. Skor min yang dicapai adalah 4.45
dan 4.55 masing-masing. Masalah kenaikan harga barangan sememangnya begitu
ketara pada masa kini. Sebagai pengguna, kita perlu memiliki sifat-sifat pengguna yang
bijak untuk berupaya mengharungi kenaikan kos sara hidup ini. Amalan berjimat cermat
perlu disemaikan dalam diri seseorang ketika melakukan perbelanjaan kerana ia dapat
mengelakkan pembaziran daripada berlaku. Sebagai contoh, barangan yang boleh
digunakan janganlah dibuang dengan begitu sahaja. Perancangan perbelanjaan juga
adalah penting untuk mengelakkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya berlaku.
Matlamat perbelanjaan adalah untuk mengutamakan barang keperluan terdahulu.

Kajian yang dilakukan oleh Norlaila et al. (2010) tentang kenaikan harga barang
turut mengusulkan cadangan-cadangan mereka untuk menangani kesan kenaikan harga
tersebut. Daripada kajian tersebut, majoriti penduduk B40 iaitu 95 peratus
mencadangkan supaya pengguna mengamalkan budaya berjimat cermat dalam
pembelian dan 91 peratus mencadangkan supaya pengguna mengurangkan kekerapan
makan di luar. Berikutan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat dan
kuasa beli yang semakin menurun, pengguna digalakkan untuk mengamalkan langkah
yang sepatutnya agar dapat mendepani kenaikan harga barang ini.

47

Jadual 6.1 Skor Min Langkah Mengatasi Kenaikan Harga Barangan (Bukan
Perundangan)

Pernyataan Statistik
Berjimat cermat Min

4.45

Masak/ atau tidak makan luar 3.09

Membuat pekerjaan sampingan 3.66

Mengutamakan barang keperluan apabila 4.55
melakukan perbelanjaan

Sumber: Data Analisis Kerja Lapangan (SPSS 2020)

Seterusnya, bagi langkah masak atau tidak makan luar serta membuat pekerjaan
sampingan telah mencapai skor min sebanyak 3.09 dan 3.66 iaitu berada pada tahap
yang sederhana. Berdasarkan pandangan golongan ini, langkah-langkah tersebut
mungkin boleh diamalkan oleh sesetengah orang sahaja. Hal ini kerana, faktor masa dan
umur memainkan peranan yang penting dalam langkah tersebut. Sesetengah orang
mungkin tidak mampu untuk meneruskan pekerjaan sampingan atas masalah-masalah
tertentu seperti masalah kesihatan serta ketidakcukupan tenaga untuk meneruskan
pekerjaan kedua. Begitu juga, sekiranya seseorang itu mempunyai masa kerja yang
panjang dan tidak mampu untuk memasak di rumah, pilihannya adalah untuk membeli
makanan di luar.

6.3 KESIMPULAN

Keputusan yang diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan ini telah membantu
pengkaji dalam menganalisis maklumat yang diperolehi. Kesimpulannya, masalah
kenaikan harga barang ini boleh diatasi jika pengguna menggunakan akal fikiran ketika
berbelanja. Semua perbelanjaan yang dirancang akan mampu memberikan lebih banyak
manfaat kepada pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah iaitu B40.
Sikap penggunalah yang menentukan kejayaan mereka dalam mengharugi kemelut
kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

48

BAB VII

KESIMPULAN

7.1 PENGENALAN

Bahagian terakhir ini merupakan intipati bagi merumuskan segala dapatan kajian yang
diperoleh di samping menghuraikan beberapa penemuan kajian yang dikaitkan
bertepatan dengan objektif kajian seperti mana yang dikemukakan dalam Bab 1.
Penemuan kajian yang telah dikenalpasti mencapai sasaran dalam objektif kajian akan
disimpulkan secara menyeluruh dalam bab ini dan ianya adalah mengenai kenaikan
harga barang dan impaknya kepada penduduk B40 di Muar, Johor daripada 100 orang
yang dipilih untuk menjadi sampel kajian.

Antara perkara yang terlibat dalam bab ini ialah rumusan hasil kajian yang
diperoleh dan cadangan kajian akan datang yang hendak dijalankan. Selain itu,
cadangan untuk penyelidikan di masa hadapan juga turut dinyatakan dalam pengakhiran
bab ini supaya kajian berkaitan dengan kenaikan harga barang ini terus-menerus
dijalankan oleh pengkaji lain pada masa akan datang.

7.2 RUMUSAN KAJIAN

Berdasarkan penelitian, pengumpulan dan penganalisan bab secara keseluruhannya,
penemuan kajian menerusi dapatan hasil daripada Bab IV, V dan VI didapati telah
menjawab kesemua objektif utama iaitu tiga objektif seperti mana yang telah ditetapkan
di awal penulisan Bab I. Pencapaian objektif ini menunjukkan bahawa pengkaji telah
berjaya mengaitkan situasi kos hidup di kalangan penduduk B40 di Muar, Johor dengan
objektif yang ingin dicapai dalam penulisannya. Terdapat beberapa objektif kajian yang
telah dikenalpasti dan disokong dengan kenyataan daripada hasil kajian bagi
mengukuhkan dan membuktikan bahawa penyelidikan yang dijalankan menepati
kehendak kajian.

7.2.1 Objektif Pertama: Mengenalpasti Impak Kenaikan Harga Barangan Terhadap
Pendapatan Penduduk B40 di Muar, Johor

Berdasarkan dapatan kajian secara keseluruhannya, kenaikan harga barang yang berlaku
telah menyebabkan kemerosotan dalam pendapatan benar golongan B40. Keadaan ini
dibuktikan melalui aspek seperti peningkatan kos sara hidup, penurunan kuasa beli serta
perubahan taraf hidup mereka. Pendapatan yang diperolehi secara khususnya adalah
pada tahap yang sederhana dan segala perbelanjaan dilakukan dengan

49

menggunakan jumlah wang tersebut. Situasi ini merupakan satu cabaran kepada
golongan B40 untuk mendepani masalah kenaikan harga barang.

Walaupun golongan ini menghadapi masalah kekurangan wang tetapi dari
pengamatan pengkaji, golongan ini masih berbelanja lebih daripada kemampuan.
Mereka lebih mengutamakan kehendak berbanding keperluan yang menjerumus kepada
pembaziran. Keinginan yang tidak terhad menyebabkan mereka melakukan
perbelanjaan yang tidak perlu sebaik sahaja pendapatan diterima tanpa memikirkan
tentang komitmen yang ditanggung. Hal ini menyebabkan mereka mendepani masalah
kekurangan pendapatan untuk menampung kos hidup semasa yang semakin meningkat.

7.2.2 Objektif Kedua: Mengenalpasti Tahap Kelangsungan Hidup Penduduk B40 di
Muar, Johor

Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kelangsungan hidup penduduk B40 adalah
pada kategori sederhana. Antara aspek yang telah dibincangkan dalam bahagian ini
merangkumi pekerjaan sampingan, tabungan serta amalan berhutang. Ketiga-tiga aspek
ini berkait rapat dengan tahap survival yang dilakukan oleh golongan ini dalam
mendepani masalah kenaikan harga barang.

Melalui pemerhatian pengkaji, penduduk B40 kian untuk melakukan amalan
berhutang demi mencapai kepuasan tanpa memikirkan kesan yang bakal mereka hadapi.
Malah, berhutang menjadi satu tabiat kepada mereka untuk melepasi diri daripada
masalah kewangan. Lebih-lebih lagi terdapat pelbagai agensi kewangan tanpa berlesen
pada masa kini yang mendorong mereka kepada budaya berhutang.Terdapat juga
golongan B40 yang langsung tidak melakukan tabungan. Hal ini berlaku kerana mereka
tidak mengendahkan tentang masa depan serta kecemasan yang tidak dapat
dijangkakan. Akibatnya, mereka menghadapi kesukaran untuk meneruskan
kelangsungan hidup dan beradaptasi diri mereka mengikut situasi.

7.2.3 Objektif Ketiga: Mencadangkan Langkah Yang Bersesuaian Bagi Meningkatkan
Tabungan Penduduk B40 di Muar, Johor

Objektif terakhir pula menghuraikan tentang cadangan langkah yang bersesuaian bagi
meningkatkan tabungan penduduk B40. Berjimat cermat serta mengutamakan barang
keperluan apabila melakukan perbelanjaan merupakan langkah strategik yang harus
diamalkan oleh pengguna ketika melakukan sesuatu perbelanjaan. Tindakan sedemikian
mampu membantu mereka untuk meningkatkan tabungan kerana jumlah yang
dibelanjakan akan lebih tertumpu kepada perbelanjaan yang penting sahaja. Amalan
berjimat cermat juga dapat mengelakkan seseorang daripada pembaziran.

Namun daripada pengamatan pengkaji, golongan B40 tidak mengambil serius
akan kepentingan perancangan kewangan berdasarkan jumlah pendapatan yang
diperolehi. Mereka cenderung untuk berbelanja mengikut kemahuan tanpa memikirkan
barang-barangan yang lebih penting yang harus diutamakan. Terdapat juga golongan
B40 yang tidak mengamalkan langkah berjimat cermat serta bersikap boros. Pengkaji
juga berpendapat bahawa pendapatan yang diperolehi oleh mereka secara relatifnya

50

adalah rendah. Tetapi golongan ini tidak sedar akan realitinya dan mereka sepatutnya
peka terhadap setiap perbelanjaan yang dilakukan. Oleh itu, sekiranya mereka
mengamalkan langkah-langkah yang diusulkan oleh pengkaji, mereka mampu
meningkatkan tabungan dan seterusnya dapat digunakan pada waktu kecemasan.

7.3 USULAN PENYELIDIKAN LANJUTAN

Pengkaji juga mengemukakan beberapa cadangan untuk kajian yang akan datang agar
sebarang penambahbaikan boleh dilakukan oleh pengkaji sendiri atau pihak lain dengan
lebih efisien dan sistematik bagi memperoleh hasil yang terbaik. Antara cadangan untuk
memantapkan lagi kajian ini ialah:

i. Kajian Mengenai Hubungan Pendapatan, Perbelanjaan dan Tabungan Isi Rumah
B40 di Muar, Johor

Kajian ini memperlihatkan tentang hubung kait ketiga-tiga aspek iaitu pendapatan,
perbelanjaan dan tabungan isi rumah B40 dengan lebih mendalam. Fokus utama adalah
untuk melihat bagaimana jumlah pendapatan mempunyai hubungan langsung dengan
tahap perbelanjaan dan seterusnya mempengaruhi jumlah tabungan mereka. Kajian ini
dilihat lebih menarik kerana pengkaji dapat melihat corak pengurusan perbelanjaan isi
rumah yang berbeza dan seterusnya cara mereka mengendalikan dengan jumlah
pendapatan yang diperolehi. Analisis daripada dapatan kajian boleh menjelaskan
bahawa keupayaan perbelanjaan dan tabungan amat berkaitan dengan tingkat
pendapatan isi rumah.

ii. Kajian Mengenai Kesejahteraan Hidup Penduduk B40 di Muar, Johor Akibat
Peningkatan Harga Barang

Kajian ini dijalankan bagi melihat tahap kesejahteraan hidup golongan ini dalam
mendepani isu peningkatan harga barang. Konsep kesejahteraan hidup merupakan satu
proses dinamik yang memberikan nilai kepada manusia tentang bagaimana mereka
berkembang sama ada bertambah baik atau sebaliknya (Azizah et al. 2010). Pengukuran
yang diambil kira dalam kajian ini adalah melalui petunjuk ekonomi iaitu tingkat
pendapatan isi rumah. Melalui kajian ini, pengkaji dapat melihatkan bagaimana
peningkatan harga barang memberikan kesan yang signifikan kepada kualiti hidup
golongan ini. Dengan adanya kajian ini, maka ia akan memudahkan pengkaji untuk
memahami situasi yang dialami oleh penduduk B40.

iii. Kesinambungan Peningkatan Harga Barang Terhadap Taraf Hidup Masyarakat
B40 di Muar, Johor

Secara umumnya, peningkatan harga barang menyebabkan majoriti pendapatan yang
diterima oleh golongan ini terpaksa digunakan untuk membeli barang keperluan sahaja
pada setiap bulan. Keadaan ini menyebabkan mereka untuk mengutamakan segala
komitmen yang ditanggungi serta tidak dapat memiliki barang-barangan mewah yang
diinginkan. Malahan, situasi ini juga menyukarkan mereka untuk meningkatkan dan
memperbaiki taraf hidup ke arah yang lebih baik and tinggi. Kajian ini juga akan

51

memfokuskan langkah untuk meningkatkan taraf hidup golongan B40 agar mereka
dapat memajukan diri dalam mendepani arus pemodenan kini. Melalui kajian ini,
pengkaji percaya bahawa golongan ini dapat meneruskan kehidupan sekaligus taraf
hidup ditingkatkan dari semasa ke semasa.
7.4 KESIMPULAN
Bidang ekonomi iaitu peningkatan harga barang dan kos hidup ini sememangnya boleh
dikaji dengan lebih meluas lagi. Dalam kajian ini, pengkaji lebih memfokuskan impak
kenaikan harga barang terhadap penduduk B40 di Muar, Johor. Rumusan kajian telah
membuktikan bahawa kenaikan harga barang secara langsung memberi impak kepada
pendapatan dan tahap kelangsungan hidup mereka. Namun, berdasarkan cadangan
langkah yang diusulkan itu, tabungan penduduk B40 dapat dipertingkatkan. Secara
keseluruhannya, berdasarkan penelitian dan perbincangan dari awal penulisan hingga
ke bab yang terakhir, didapati kajian ini telah berjaya menjawab kesemua objektif kajian
yang disasarkan.

52

RUJUKAN

Ab Rahim, N. M. Z., Suliaman, I., Abd Razzak, M. 2012. Kesempitan hidup
penghutang: Analisis ayat 280 Surah Al Baqarah. Proceedings: The 2nd Annual
International Qur’anic Conference 2012.

Adam Hayes, Michael J., 2020. What is Purchasing Power? Dotdash SF.
Adam, S. Sen, E. 2017. Regional Spotlight: Purchasing Power across the U.S. Federal

Reserve Bank of Philadelphia.
Ahmad Ezzudin, Mohamad Zaid, Muhammad Talhah, Muhammad Naim. 2019.

Kaedah dan Ciri Pendidikan Dalam Melahirkan Sebuah Keluarga Sejahtera.
Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad Mahdzan. 1993. Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
Aida Idris, Kim Keum Hyun, Nur Jannah Bukhari. 2018. Hubungan Antara Pendapatan
dan Perbelanjaan Harian Bagi Golongan Belia Melayu di Kuala Lumpur. Journal
of Social Sciences and Humanities 13(2): 24-35.
Aminudin Basir, Jaffary Awang, Nor Nazimi. 2017. Teori Maslow dan Kaitannya
Dengan Kehidupan Muslim. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Asian Development Bank, 2010. Macroeconomic Management beyond the Crisis.
Asian Development Outlook 2010, page(s) 209-214.
Attanasio, Székely, M. 2001. Going beyond income: redefining poverty in Latin
America. Portrait of the Poor an Assets-based Approach, hlm. 1-44.
Azalia Asmira, Hafizuddin Syah, Rubayah. 2019. Penentu Pemilikan Takaful Mikro
dalam Kalangan Kumpulan Berpendapatan Rendah. Journal of NusantaraStudies
4(2): 101-125.

Azizah, Jamal ali, Roslina. 2014. Kesejahteraan hidup subjektif: pengaruh elemen
ekonomi dan bukan ekonomi. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi
Malaysia (PERKEM), hlm. 719-727.

Badrul Kamal. 2016. Bajet 2016: Peneroka FELDA resah kos sara hidup meningkat
Berita Harian, 20 Disember.

Baimbridge, M., Wu, Z,. Zhu, Y. 2009. Multiple job holding in the United Kingdom:
Evidence from the British household panel survey. Applied Economics, 41(21):
2751-2766.

Bank Negara Annual Report. 2015. Inflation and Cost of Living 64-69.
Bank Negara Malaysia 2013. The Marginal Propensity to Consume across Household

Income Groups the Marginal Propensity to Consume across Household Income
Groups (Working Paper Series: WP2/2013).
Bank Negara Malaysia. 2010. Pertumbuhan dan perkembangan perbelanjaan
pengguna di Malaysia. www.bnm.gov.my/files/publication/ar/.../2010/
cp01_001_ rencana. Pdf.
Barba, A., Pivetti, M. 2008. Rising Household Debt: Its Causes and Macroeconomic
Implications – A Long-Period Analysis. Cambridge Journal of Economics.
Basil M. 2017. Have Profits Kept Pace with the Cost of Living? The Annals of the
American Academy of Political and Social Science 89 (1): 157-162.

53

Chamhuri Siwar, Mohd Khairi, Nur Ashikin, Siti Zalikha. 2019. Kumpulan Isi Rumah
Berpendapatan 40 Peratus Terendah (B40) di Malaysia: Mengenal Pasti Trend,
Ciri, Isu dan Cabaran. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI).

Chiew, H. L. 2018. Expanding Insurance and Takaful Solutions for the Underserved
Segment. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

Cohen, M., Sebstad, J. 2006. The Demand for Micro-Insurance. In Churchill, C. (Ed.),
Protecting the Poor: A Micro-Insurance Compendium. Geneva, Switzerland:
International Labour Office.

Dicky Wiwittan, Hairunnizam Wahid, Salmy Edawaty. 2019. Pengaruh Hubungan
Sosial terhadap Gelagat Pembelian Barangan Bukan Asas dan Niat Berhutang
dalam Kalangan Isi Rumah B40. Jurnal Ekonomi Malaysia 53(1): 35-46.

Doris Padmini, Nabilah Syahida, Roziana. 2018. Hubungan ketidaksamaan pendapatan
dan pertumbuhan ekonomidi Malaysia pada tahun 1987-2016: Pendekatan ARDL
dan Kuznet’s. Proceeding of INSIGHT 2018, hlm. 322-332.

Doris Padmini, Nor Aini, Norlaila. 2010. Kesan kenaikan harga barang terhadap
perbelanjaan, tabungan dan kredit pengguna di Lembah Klang. Prosiding Seminar
Kebangsaan MACFEA, hlm. 30-40.

Draf Rancangan Tempatan Daerah Muar: 2002-2015 (Pengubahan). 2010. Jabatan
Perancang Bandar dan Desa Negeri Johor.
edu.https://www.academia.edu/14751473/BAB_3_METODOLOGI_PENYELID
IKAN. Di akses pada 21 March 2020.

Efriyani Sumastuti. 2008. Model Tabungan Rumah Tangga. Jurnal Ekonomi dan Bisnis
Indonesia.

Eh Run Eh Noi, Hairunnizam. 2017. Gelagat tabungan dan tahap pengetahuan pembeli
rumah terhadap proses kelayakan pembiayaan perumahan: Kajian di Lembah
Klang. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-12, hlm.1199-
1209.

F. Howard Nelson. 1991. An Interstate Cost-of-Living Index. Educational Evaluation
and Policy Analysis 13(1): 103-111.

Fadly Samsudin. 2018. Jiwa Tertekan Kerana Hutang. Berita Harian, 5 Disember.
Faeza, Hairulnizam, Suhaili. 2016. Strategi belia dalam menghadapi kos sara hidup

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke-11, hlm.
648-657.
Farahaini. 2015. Kenaikan Harga Barang di Malaysia: Peranan Pengguna, Kerajaan
dan Koperasi. Pusat Konsultasi dan Penyelidikan 46: 29-35.
Gandotra, V. S, Joshi, S.S. 2006. Rising prices and coping strategies of urban families
in India. International Journal of Consumer Studies 30(1): 55-63.
George, Joseph, Wodon, Quentin. 2008. Assessing the Potential Impact on Poverty of
Rising Cereals Prices. The World Bank Research Working Papers, pp.1-37.
Hamzah, S., Ismail, R., Saukani, M.N,. 2011. Modal manusia dan perbezaan pendapatan
isi rumah mengikut wilayah di Malaysia. Prosiding Persidangan Kebangsaan
Ekonomi Malaysia Ke-6, hlm. 69-79.
Hardesty. 1977. Komunitas lokal di kawasan pesisir dan pemberdayaan. Makalah
Lokarya Pembangunan Pesisir Depok, hlm. 275-316.
Haroon AR, 2010. UM Student’s Repository. Bab Empat Metodologi Kajian.
http://studentsrepo.um.edu.my/1944/6/Bab4.pdf. Di akses pada 21 March 2020.
Hawati Janor, Hawati Janor, Nur Ain Khamis. 2015. Tahap Literasi Kewangan Dalam
Kalanganpelajar Universiti Awam: Kajian Di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jurnal Personalia Pelajar 18(1): 75-88.

54

Hazrul Izuan, Mohd Aqmin, Mohd Azlan, Mustazar Mansur. 2018. Kos Sara Hidup

Tinggi di Malaysia: Pertumbuhan Pendapatan Isi Rumah Yang Perlahan atau

Taraf Hidup Yang Meningkat. Jurnal Ekonomi Malaysia 52(1): 125-139.

Hazrul Izuan, Mustazar, Mohd Aqmin. 2017. Kos sara hidup meningkat: Pendapatan

rendah atau taraf hidup miningkat. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi

Malaysia Ke-12, hlm. 607-621.

Heineck, G. 2009. The determinants of secondary jobholding in Germany and the UK.

Zeitschrift fur ArbeitsmarktForschung, 42(2): 107-120.

Ishak Ghani, Nurizan, Mohd Rashid. 2007. Migrasi dan kemiskinan bandar: Suatu

kajian literatur. PKPPM, Pulau Pinang.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2014. Laporang Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah

2013/14.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2017. Buku tahunan perangkaan. Malaysia: Percetakan

Nasional.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2017. Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan

Kemudahan Asas 2106. Sumber Statistik Rasmi Malaysia.

Jacobson, D., Mavrikiou, P. M., Minas, C. 2010. Household Size, Income and

Expenditure on Food: The Case of Cyprus. Journal of Socio-Economics 39(2):
319–328.

Jon. D. Petersen, P. Mehra. 2005. Oil Price and Consumer Spending. Jurnal Economic

Quarterly 91 (3): 53-72.

Julizah Sabstu. 2014. Kenaikan Kos Sara Hidup, Kesan Kepada Rakyat. Maktab

Koperasi Malaysia Cawangan Selantan.

Kamus Dewan. 1991. Edisi baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pergadangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. 2020.

Penguatkuasaan Tanda Harga.

https://www.kpdnhep.gov.my/ms/component/content/category/47-

penguatkuasaan.html. Di akses pada 21 Januari 2020.

Keynes J.M, 1936. The General Theory of Employment Interest and Money. Harcourt,

Brace and Company, New York.

Khadijah Alavi, Noor Izyani. 2018. Meneroka Literasi Perancangan Kewangan Belia

B40 Berpandukan Pendidikan Psikososial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Khoong TW. 2016. Perancangan Kewangan Dan Aplikasi Teori Tingkah Taku

Kewangan dan Teori Keperluan Maslow: Kajian Kes KWSP di Malaysia. Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kimmel, J., Smith Conway, K. 2001. Who moonlights and why? Evidence from the

SIPP. Industrial Relations: A Journal of Economy and Society, 40(1): 89-120.

Kray, Loayza N, Shankar. 2000. Private Saving In India. The World Bank Economic

Review 14(3): 571-594.

Kwack S.Y, 2003. Household Saving Behavior and the Effect of Income Growth

Evidence from Korean Household Survey Data. Seoul Journal of Economics.

Laporan Memikirkan Semula Perumahan: Antara Negara, Pasaran dan Masyarakat.
2019. Kemeterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas Mengikut Negeri
dan Daerah Pentadbiran: Johor. 2017. Jabatan Statistik Malaysia (DOSM).

55

Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas. 2016. Jabatan
Statistik Malaysia (DOSM).

Lea, S.E. G., Walker, C. M., Webley, P. 1995. Psychological Factors in Consumer
Debt: Money Management, Economic Socialization and Credit Use. Journal of
Economic Physchology.

Leduc, Sill .2004. A Quantitative Analysis of Oil – Price Shocks, Systematic Monetary
Policy and Economic Downturn. Journal of Monetary Economics.

Likert R. A technique for the measurement of attitudes. Arch Psychology. 1932;22
(140):55. [Google Scholar]

Luo, D, Song, B. 2011. Analysis and prediction for the income elasticity of the
consumer demand in Chinese rural areas. Proceedings of 2011 IEEE International
Conference on Grey Systems and Intelligent Services, hlm. 93–96.

M. Fadzli. 2017. Cabaran Kewangan Isi Rumah Miskin Bandar Rentetan Peningkatan
Kos Sara Hidup. Ringgit (April), Bank Negara Malaysia & Persatuan-Persatuan
Pengguna Malaysia.

Majlis Pembandaran Muar. 2016. Info Muar: Halaman 2-3.
http://www.mpmuar.gov.my/ms/pelawat/info-muar/page/0/1. Di akses pada 12
November 2019.

Malaysia. 2018. Rancangan Malaysia Kesebelas 2007-2011.
Moga, M.Fazli, Thinagaran. 2017. The Financial Status and Factors Affecting Personal

Well-Being among Urban Poor in Kuala Lumpur. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities 2(1):21- 39.
Mohamad Ayyub. 2009. Kesan Kenaikan Harga Barang Makanan Terhadap Pengguna
Di Bandar Baru Bangi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamad Azhar. 2015. Memupuk Gaya Hidup Berhemat. Institute of Islamic
Understanding Malaysia.
Mohd Nasir, Noorasiah Sulaiman, Rahmah Ismail, Syazuani Alias. 2014. Analisis
modal sosial terhadap tingkat pendapatan individu di Malaysia. Prosiding
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) ke-9, hlm. 292-302.
Mohd Zainudin. 2019. Semakin Rami Buat Kerja Sambilan Sara Keluarga. Berita
Harian, 21 October.
Muller, C. 2002. Prices and living standards: Evidence for Rwanda. Journal of
Development Economics 68(1): 187–203.
National Summit on Retirement Savings: Final Report. 2002.
Nor Sharmainie, Nurza Mohamed, Nor Rosmawati, Shuhaimi. 2019. Kesan Kenaikan
Harga Barang Asas Terhadap Mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Swasta.
Selangor: Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Nordhaus, Sameulson. 2004. Penghantar Ilmu Makro Ekonomi. Penerbit Kanisius
(Anggota IKAPI).
Norlinda, Rahmah Ismail. 2010. Hubungan pendapatan, perbelanjaan dan tabungan
isirumah di semenanjung Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Macfea, hlm.
500-520.
Nur Fatin Nabilah, Noor Azryani. 2015. Faktor-Faktor Ekonomi Isi Rumah yang
Menyebabkan Peningkatan Hutang Isi Rumah. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nur Syazrin Syahira, Salleh Amat. 2019. Kelangsungan hidup pegawai perubatan
siswah: salah satu kajian preliminary. Prosiding Cabaran Pengajian Islam dalam
Era Revolusi Industri 4.0, hlm. 145-154.

56

Nurul Huda, Zaimah, R,. 2019. Perancangan Kewangan Persaraan Dalam Kalangan
Generasi Milenium: Kerangka Konsep. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Nurul Nadia, Wan Zawiah, Wan Ibrahim. 2017. Analisis Pendapatan Isi Rumah di
Malaysia: Kesan Etnik dan Zon. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nuzul Akthar, Rabiatul, Siti Syuhada, Suhaila. 2016. Faktor yang mendorong
mahasiswa IPT membuat kerja sambilan. Prosiding of the 2nd International on
Economic and Banking 2016, hlm. 285-301.

Othman, K., Sipon, S. 2014. The Relationship of Financial Stress and Religious Coping
from Islamic Perspective. International Review of Management and Business
Research 3(1): 133-13.

Petras, J. & Veltmeyer, H. 2007. The Standard of Living Debate in Development Policy.
Critical Sociology 33(1):181–209.

Pressman, S., Scott, R. 2009. Consumer Debt and the Measurement of Poverty and
Inequality in the US. Review of Social Economy.

Rahim HA, Sabri MF. 2014. Malaysian Public Sector Employees’ Financial
Preparedness and Personal Financial Plan Implementation. Journal of Wealth
Management and Financial Planning.

Ramli R, 2011. Bab 3 Metodologi Kajian. Data Sekunder UM Student’s Repository
Rashid. 2008. Peluang dan Cabaran Pendidikan dalam Kalangan Masyaraka Luar

Bandar: Satu Kajian Kes Isi Rumah Melayu Miskin di Jajahan Bachok Kelantan.
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan.
Rostker, Shishko, R. 1976. The Economics of Multiple Job Holding. American
Economic Review 66(6): 298-308.
Sarantis N, Stewart C. 2001. Saving Behaviour in OECD Countries: Evidence from
Panel Cointegration Test. The Manchester School Supplement.
Shariffah Mamat. 2011. Litersasi Kewangan Belia. Buletin Institut Penyelidikan
Pembangunan Belia Malaysia. Edisi 1: 4.
Sutarno, 2005. Perilaku Menabung Rumah Tangga di Pedesaan: Studi Kasus di
Kecamatan Delanggu Kabupaten Klaten. UNDIP, Semarang.
Syafiq Red, 2019. Bab 3: Metodologi Penyelidikan, Academia.
http://studentsrepo.um.edu.my/5205/4/Bab_3_Metodologi_kajian.pdf. Di akses
pada 21 March 2020.
Syafiq Sham, Doris Padmini. 2018. Strategi Kelangsungan Hidup Gelandangan di
Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Syahnaz, S. 2009. Konsep Pinjaman Menurut Perspektif Islam. Jurnal Penyelidikan
Islam.
Tan, B. S. 2016. On comparing cost of living of cities using expatriate price survey.
Policy Studies 37(1): 53-71.
Tang, K. S. 2016. Evolution of Life Insurance and Family Takaful Distribution
Channels. Journal of International Development.
UKM Pakarunding. 2016. Kajian Menangani Kos Sara Hidup, Kementerian Kewangan
Malaysia (MOF).
Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, 2015 ‘Rancangan Malaysia ke-
11’, Kertas Strategi 2, pp 2.9 – 2.11.
United Nations. 2016. Sustainable Development Goals - 17 Goals to Transform Our
World. United Nations Development Program (UNDP).

57

Wan Khairu, Mohd Radzani. 2020. Hubungan taraf kehidupan keluarga dengan tahap
kecergasan pelajar di Felda Wilayah Negeri Terengganu. International Proceeding
on Busines, Education, Innovation and Social Sciences, hlm. 190-196.

World Bank. 2017. Atlas of Sustainable Development Goals 2017: From World
Development Indicator. Washington, DC.

Worldwide Cost of Living Survey 2017, The Economist.com. Laman sesawang:
http://www.eiu.com/topic/worldwide-costof-living.

Yan Piaw, Chua. 2006. Kaedah Penyelidikan. Serdang. McGraw-Hill.

58

Penyumbang Makalah
Rajeswary Mutsamy adalah mahasiswa di Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku ini merupakan kajian sulung
beliau dalam mengikuti latihan industri secara maya yang menumpukan kajian
berkenaan penduduk B40.
[email protected]
Rosniza Aznie Che Rose (phD) adalah Pensyarah Kanan dan Ketua Program di Program
Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kajian terbaru beliau menumpukan kepada demografi, perancangan pelancongan dan
penilaian impak sosial.
[email protected]

59

INDEKS

A K

adaptasi........................................................... 32, 38 kajian tinjauan....................................................... 16
alternatif ........................9, 22, 40, 46, 55, 61, 69, 70 Kamus ................................................................... 32
anggaran ............................................................... 18 kelangsungan hidup .. 7, 9, 10, 11, 13, 14, 15, 23,29,
aspek ... 13, 14, 18, 23, 33, 38, 49, 50, 58, 61, 63, 65,
32, 33, 38, 41, 48, 54, 63, 68, 71, 76, 77, 79
76, 78 kos sara hidup 8, 9, 10, 11, 13, 14, 15, 19, 29, 32, 33,

B 34, 35, 37, 38, 39, 40, 44, 46, 52, 53, 54, 55, 59,
60, 65, 66, 68, 72, 73, 76
barang.... 7, 10, 13, 14, 16, 23, 28, 29, 31, 32, 33, 34, kuasa beli ............8, 10, 14, 33, 36, 37, 53, 56, 73, 76
36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 43, 45, 46, 48, 49, 53,
54, 55, 56, 57, 59, 60, 62, 63, 65, 66, 71, 72, 73, M
74, 75, 76, 77, 78, 79
model.................................................................... 14
berbelanja ... 9, 10, 32, 37, 42, 44, 53, 54, 57, 61, 74,
76, 77 N

berhutang ................................15, 39, 48, 63, 71, 76 negatif............................ 8, 39, 41, 42, 45, 54, 65, 66
berjimat cermat .........................8, 45, 46, 72, 73, 77
berpendapatan rendah .8, 13, 14, 15, 23, 32, 33, 34, P

37, 39, 41, 44, 45, 46, 48, 53, 55, 56, 57, 62, 63, pekerjaan sampingan.. 15, 39, 45, 46, 51, 52, 63, 64,
65, 67, 68, 69, 74 71, 73, 76

D Pekerjaan Sampingan ................................39, 63, 64
pendapatan....7, 8, 10, 11, 13, 26, 29, 30, 31, 32, 33,
data primer ......................................... 14, 16, 20, 21
data sekunder ................................................. 14, 16 34, 35, 36, 37, 38, 39, 40, 41, 42, 43, 45, 46, 49,
Data Sekunder....................................................... 22 52, 54, 55, 56, 58, 59, 60, 62, 63, 66, 67, 68, 69,
demografi.............................................. 7, 23, 49, 62 76, 77, 78, 79, 82, 84
deskriptif .... 12, 24, 28, 53, 56, 61, 63, 67, 68, 70, 72 populasi .....................................................20, 21, 35
positif .............................................................. 56, 66
E proses ...................... 7, 12, 15, 26, 32, 53, 55, 58, 78

efisien.................................................................... 78 R
ekonomi 7, 12, 17, 19, 31, 32, 34, 37, 39, 42, 46, 49,
reka bentuk................................................14, 19, 20
52, 54, 56, 58, 78, 79
S
G
sistematik ........................................................ 20, 78
guna tanah..................................................16, 18, 19 skala likert..................................................15, 23, 25
Sosial............................................................7, 26, 27
I Statistical Package For The Social Science (SPPS) . 24
statistik ..........................................27, 42, 43, 53, 55
iklim....................................................................... 17
impak 7, 9, 11, 13, 14, 16, 23, 28, 33, 34, 38, 42, 49, T

53, 54, 62, 63, 65, 79 tabungan...7, 9, 10, 11, 13, 15, 36, 41, 42, 45, 46, 48,
indikator................................................................ 31 54, 55, 56, 63, 65, 66, 67, 68, 76, 77, 78, 79

J Taraf Hidup ......................................3, 37, 59, 60, 79
topografi................................................................ 16
Jangka hayat.......................................................... 33

60

KENAIKAN HARGA BARANGAN DAN IMPAKNYA TERHADAP
PENDUDUK B40
DI MUAR, JOHOR

Buku Kenaikan Harga Barangan dan Impaknya Terhadap Penduduk B40 di Muar, Johor
ini merupakan sumber rujukan terhadap kajian mengenaikan impak kenaikan harga
barang terhadap penduduk B40 di Muar, Johor. Muar merupakan sebuah kawasan yang
semakin maju seiring dengan pembangunan ekonomi yang turut menyumbang kepada
peningkatan harga barang dan perkhidmatan. Situasi ini memberi kesan yang besar
kepada kehidupan rakyat terutamanya golongan B40 akibat ketidakcukupan pendapatan
untuk menampung kos hidup yang tinggi. Peningkatan harga barang turut meningkatkan
perbelanjaan pengguna serta menjejaskan tabungan mereka. Oleh itu, kajian dalam buku
ini bertujuan untuk mengenalpasti impak kenaikan harga barangan terhadap
pendapatan, mengenalpasti tahap kelangsungan hidup serta mencadangkan langkah
yang bersesuaian bagi meningkatkan tabungan penduduk ini. Buku ini boleh digunakan
sebagai rujukan utama dalam pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada penduduk B40 yang terlibat di sekitar
kawasan Muar, Johor dimana membantu dan melancarkan proses dalam mengendalikan
penyelidikan dan memberikan kerjasama yang cukup baik.

RAJESWARY MUTSAMY, BA (HONS) adalah graduan
Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

ROSNIZA AZNIE CHE ROSE (PHD) adalah Pensyarah Kanan
dan Ketua Program di Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian terbaru
beliau menumpukan kepada demografi, perancangan pelancongan
dan penilaian impak sosial.

Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

61


Click to View FlipBook Version