KESAN PERKONGSIAN KEDIAMAN
BERSAMA WARGA ASING TERHADAP
KESELAMATAN PENGHUNI TEMPATAN
PANGSAPURI BEREMBANG INDAH
NurHadirrah Azmi
Rosniza Aznie Che Rose
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
KESAN PERKONGSIAN KEDIAMAN BERSAMA WARGA ASING
TERHADAP KESELAMATAN PENGHUNI TEMPATAN
PANGSAPURI BEREMBANG INDAH
oleh:
NurHadirrah Azmi
Rosniza Aznie Che Rose
Cetakan Pertama / First Printing 2020
Hakcipta / Copyright Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan
Malaysia, 2020
Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran
atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran daripada Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan
Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia terlebih dahulu.
All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form, electronics or
mechanical including photocopy, recording or any information storage and retrieval system, without permission
in writing from Geography Programme, Center for Research in Development, Social and (SEEDS), Faculty of
Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia
Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial &
Kemanusiaan, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D. E. Malaysia
Dicetak di Malaysia oleh / printed in Malaysia by
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial &
Kemanusiaan, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D. E. Malaysia
http://www.ukm.my/ppspp/
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Kesan Perkongsian Kediaman Bersama Warga Asing Terhadap Keselamatan Penghuni Tempatan Pangsapuri
Berembang Indah/ NurHadirrah Azmi, Rosniza Aznie Che Rose
eISBN 978-983-2795-42-1
1. Perkongsian Kediaman
2. Warga Asing
3. Keselamatan Penghuni Tempatan
I. NurHadirrah Azmi
II. Rosniza Aznie Che Rose
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL ii
SENARAI KEPENDEKAN iii
PRAKATA iv
Mukasurat
Bab 1 : Pengenalan Kesan Perkongsian Kediaman Bersama Warga Asing 1
Terhadap Keselamatan Penghuni Tempatan Pangsapuri Berembang Indah
Bab 2: Latar Belakang Pangsapuri Berembang Indah 9
21
Bab 3: Model Kajian Perkongsian Kediaman Bersama Warga Asing Terhadap
Keselamatan Penghuni Tempatan Pangsapuri Berembang Indah
Bab 4: Masalah Keselamat Perkongsian Kediaman Bersama Warga Asing Terhdap 43
Keselamatan Penghuni Tempatan Pangsapuri Berembang Indah
Bab 5: Kesan Perkongsian Kediaman Bersama Warga Asing Terhadap 66
Keselamatan Penghuni Tempatan Pangsapuri Berembang Indah
Bab 6:Langkah Mengatasi Kesan Perkongsian Kediaman Bersama Warga Asing 84
Terhadap Keselamatan Penghuni Tempatan Pangsapuri Berembang Indah
91
Bab 7:Kesimpulan
97
RUJUKAN 101
PEYUMBANG MAKALAH 102
INDEKS
i
Jadual SENARAI JADUAL ms
Tajuk
15-16
2.1 Struktur borang soal selidik 18
2.2 Rules of Thumb saiz sampel 19
2.3 Pengkelasan Skala Likert 49
4.1 Pemonopolian kemudahan di Pangsapuri Berembang Indah,
56
Ampang 62-63
4.2 Persekitaran Pangsapuri Berembang Indah dalam keadaan
71
bersih 76
4.3 Perbuatan tidak bermoral dalam kalangan penghuni asing 81
5.1 Kesan mendatangkan ketidakselesaan kepada penghuni
88-89
tempatan di Pangsapuri Berembang Indah
5.2 Pergerakan aktiviti harian tempatan menjadi terhad
5.3 Kemudahan pangsapuri tidak dapat digunakan oleh penghuni
tempatan dengan kerap
6.1 Langkah mengatasi kesan pendatang asing terhadap
keselamatan penghuni tempatan di Pangsapuri Berembang
Indah
PMR SENARAI KEPENDEKAN
RM Peperiksaan Menengah Rendah
SPM Ringgit Malaysia
SPSS Sijil Pelajaran Malaysia
STPM Statistical Package For The Social Science
Sijil Tinggi Pelajaran
iv
Prakata
Buku Kesan Perkongsian Kediaman Bersama Pendatang Asing Terhadap Keselamatan
Penghuni Tempatan ini merupakan satu aktiviti untuk melihat tahap kesejahteraan
penduduk tempatan dalam menghadapi isu perkongsian lokasi petempatan bersama
bukan warganegara. Selain itu, aktiviti ini dijalankan untuk melihat bagaimana
penduduk tempatan beradaptasi dengan persekitaran suasana kediaman dalam
menerima kedatangan pendatang asing dalam kawasan petempatan mereka. Tambahan
pula, menerusi aktiviti ini juga telah membantu masyarakat tempatan dalam
meningkatkan lagi tahap kualiti sejahteraan sosial. Hal ini demikian kerana wujudnya
peningkatan sekuriti bagi menjamin keselamatan penduduk tempatan terutamanya
dalam aspek petempatan. Buku ini bertujuan untuk melihat kesan keselamatan yang
terpaksa diterima oleh penghuni tempatan akibat daripada perkongsian kediaman
bersama pendatang asing. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada penghuni
tempatan di Pangsapuri Berembang Indah dalam membantu melancarkan proses bagi
pengendalian penyelidikan dijalankan. Penghargaan kepada Geran Penyelidikan TAP
K012925, dan FRGS/1/2019/SS07/UM/02/2 kerana membiayai sepenuhnya
penyelidikan dan penerbitan ini dan banyak memberi pertolongan dalam memantapkan
penyelidikan dalam pelbagai aspek.
NurHadirrah Azmi
Rosniza Aznie Che Rose
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
iv
BAB
1
PENGENALAN KESAN PERKONGSIAN KEDIAMAN BERSAMA WARGA
ASING TERHADAP KESELAMATAN PENGHUNI TEMPATAN
PANGSAPURI BEREMBANG INDAH
1.1 PENGENALAN
Isu kebanjiran pendatang asing pada masa kini bukanlah satu perkara yang baru. Isu
pendatang asing ini merupakan satu isu sejagat yang berlaku hampir di setiap negara
yang sedang membangun mahupun bagi negara yang telah mencapai kemajuan. Senario
ini juga turut dapat dilihat berlaku di dalam negara kita. Kehadiran pendatang asing
telah mengakibatkan wujudnya perkongsian dalam aspek kediaman bersama dengan
penduduk tempatan. Keadaan ini telah mengugat kesejahteraan penduduk tempatan di
kawasan kediaman tersebut terutamanya dalam aspek keselamatan. Hal ini demikian
dapat dilihat sebagaimana yang berlaku di sebuah pangsapuri tempatan iaitu di
Pangsapuri Berembang Indah, Ampang.
Keselamatan penghuni tempatan di Pangsapuri Berembang Indah menjadi
semakin terjejas apabila wujudnnya perkongsian kediaman bersama pendatang asing di
dalam kawasan kejiranan mereka. Hal ini demikian kerana didapati kawasan kediaman
pangsapuri tersebut pada permulaannya dibina untuk penduduk tempatan kini telah
berubah dengan menerima kehadiran warga asing dalam sistem kejiranan mereka.
Keadaan ini sedikit sebanyak telah mencetuskan pelbagai masalah terutamanya dalam
aspek keselamatan yang sering berlaku di kawasan pangsapuri tersebut antaranya
seperti masalah gangguan seksual, memonopoli kemudahan pangsapuri, meludah serta
mengotorkan kawasan pangsapuri. Namun demikian kajian hanya ingin memfokuskan
kepada aspek keselamatan yang dihadapi oleh penghuni tempatan pangsapuri dalam
masalah pemonopolian kemudahan pangsapuri, kegiatan tidak bermoral serta
mengotorkan kawasan pangsapuri tersebut.
Tambahan pula, berikutan rentetan daripada masalah keselamatan yang dihadapi
oleh penghuni tempatan di Pangsapuri Berembang Indah akibat kewujudan perkongsian
kediaman bersama pendatang asing ini telah meninggalkan kesan negatif kepada
penghuni itu sendiri. Hal ini demikian kerana masalah-masalah keselamatan yang
timbul telah mengakibatkan penghuni tempatan di kawasan pangsapuri tersebut
merasakan tidak selesa, tidak dapat melakukan aktiviti seharian dengan bebas, tidak
dapat menggunakan kemudahan pangsapuri dengan baik dan sentiasa berasa terancam
dengan kehadiran mereka di dalam kawasan kediaman. Oleh yang demikian, kehadiran
pendatang asing di dalam kawasan kediaman ini telah memberikan kesan kepada aspek
keselamatan penghuni tempatan pangsapuri tersebut.
Selain itu, masalah dan kesan keterancaman dalam aspek keselamatan yang
berlaku terhadap penghuni pangsapuri perlulah diusulkan penyelesaiannya bagi
membantu menyelesaikan permasalahan isu yang berlaku di dalam kawasan kediaman
pangsapuri tersebut. Melalui kajian yang akan dilakukan di Pangsapuri Berembang
Indah, hasil kajian yang akan dijangkakan ini dapat menemukan langkah bagi mengatasi
kesan keselamatan yang dihadapi oleh penghuni tempatan akibat daripada perkongsian
1
kediaman bersama pendatang asing dalam kawasan petempatan mereka. Oleh yang
demikian, kajian yang dijalankan adalah wajar dilaksanakan bagi menyelesaikan
masalah keselamatan yang dihadapi oleh penghuni tempatan di Pangsapuri Berembang
Indah, Ampang.
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Kehadiran pendatang asing ke dalam negara telah memberikan kesan negatif terhadap
negara dan masyarakat tempatan. Hal ini demikian dapat dilihat di mana kehadiran
pendatang asing ke dalam negara telah mewujudkan masalah dalam isu petempatan.
Rentetan masalah ini telah membawa kepada isu perkongsian kediaman bersama
penduduk tempatan dalam aspek petempatan. Perkongsian kediaman bersama
pendatang asing telah mengugat keselamatan penduduk tempatan dalam sesebuah
kawasan petempatan. Hal ini demikian kerana penduduk tempatan merasakan
keselamatan mereka tergugat dan terancam. Senario yang sama dapat dilihat apabila
berlaku di sebuah pangsapuri tempatan yang turut menetapkan penduduk tempatan dan
warga asing menetap bersama iaitu di Pangsapuri Berembang Indah, Ampang.
Permasalahan yang timbul di Pangsapuri Berembang Indah, Ampang ini adalah
melibatkan isu keselamatan dalam kalangan penghuni tempatan di kawasan tersebut.
Hal ini demikian di mana penghuni tempatan merasakan keselamatan mereka terancam
dan terjejas kerana berlakunya beberapa masalah berkaitan aspek keselamatan yang
timbul di kawasan kediaman mereka akibat kehadiran pendatang asing ini. Masalah
keselamatan seperti sikap meludah, memonopoli kemudahan pangsapuri dan gangguan
seksual. Namun demikian, kajian yang dijalankan ini hanya memfokuskan kepada
permasalahan aspek keselamatan dari segi memonopoli kemudahan pangsapuri, sikap
meludah dan mengotorkan persekitaran pangsapuri.
Selain itu, masalah keselamatan yang menimpa penghuni tempatan di
pangsapuri tersebut telah meninggalkan kesan terhadap mereka. Kehadiran pendatang
asing yang menetap bersama penduduk tempatan di dalam pangsapuri itu telah
menimbulkan kesan negatif kepada mereka. Antaranya, mendatangkanketidakselesaan
dalam kawasan kediaman, aktiviti seharian tidak dapat dijalankan dengan bebas dan
kemudahan pangsapuri tidak dapat digunakan oleh penghuni tempatan kerana terdapat
gangguan daripada penghuni pendatang asing. Justeru itu, penghuni tempatan di
kawasan Pangsapuri Berembang Indah telah menerima kesan daripada perkongsian
kediaman bersama pendatang asing di kawasan kejiranan mereka.
Seterusnya, penghuni tempatan di kawasan pangsapuri tersebut telah mengalami
masalah dan kesan daripada isu keselamatan yang mereka hadapi akibat daripada
kehadiran pendatang asing yang berkongsi kawasan kediaman bersama penduduk
tempatan. Namun begitu, terdapat juga beberapa langkah yang telah diambil bagi
menangani masalah yang timbul ini. Antaranya, operasi daripada pihak berkuasauntuk
menangkap pendatang asing di kawasan pangsapuri serta rondaan daripada ahli jawatan
kuasa kawasan kediaman turut dilaksanakan, namun permasalahan masih lagi tetap
berlaku. Oleh yang demikian, melalui kajian yang dilakukan akan mengusulkan atau
meningkatkan langkah dalam membantu menyelesaikan masalah kesejahteraan
penghuni tempatan pangsapuri dalam aspek keselamatan akibat perkongsian bersama
pendatang asing dalam kawasan kediaman.
2
1.3 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian merupakan ramalan secara formal yang mungkin dicapai dalam
kajian yang dijalankan. Persoalan yang ditimbulkan adalah selaras dengan objektif
kajian. Menurut Chua (2011), persoalan kajian tidak boleh berdiri sendiri tanpa
merujuk objektif kajian yang akan dijalankan. Pada akhirnya, persoalan kajian
digunakan bagi menilai pencapaian matlamat penyelidikan yang dijalankan.
i. Apakah masalah keselamatan yang dihadapi oleh penghuni di
Pangsapuri Berembang Indah, Ampang?
ii. Sejauhmanakah kesan pendatang asing terhadap keselamatan
penghuni Pangsapuri Berembang Indah, Ampang?
iii. Bagaimanakah langkah untuk mengatasi kesan pendatang asing
terhadap keselamatan penghuni Pangsapuri Berembang Indah,
Ampang?
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menilai kesan yang
terhadap aspek keselamatan yang diterima oleh penghuni tempatan di Pangsapuri
Berembang Indah akibat daripada perkongsian kediaman bersama penghuni asing. Oleh
yang demikian terdapat beberapa objektif telah dikenal pasti bagi melengkapkan kajian
tersebut.
i. Mengenalpasti masalah keselamatan yang dihadapi oleh penghuni di
Pangsapuri Berembang Indah, Ampang.
ii. Menjelaskan kesan pendatang asing terhadap keselamatan penghuni
di Pangsapuri Berembang Indah, Ampang.
iii. Mencadangkan langkah untuk mengatasi kesan pendatang asing
terhadap keselamatan penghuni di Pangsapuri Berembang Indah,
Ampang.
1.5 SKOP KAJIAN
Kajian yang akan dilakukan ini adalah melibatkan sebuah kawasan kediaman
pangsapuri. Pangsapuri Berembang Indah merupakan sebuah pangsapuri yang
penghuninya adalah terdiri daripada penghuni tempatan dan penghuni daripada bangsa
asing. Hasil daripada perkongsian kawasan kediaman bersama pendatang asing ini telah
memberikan kesan keselamatan terhadap penghuni tempatan di kawasan kediaman
tersebut. Kajian yang dilakukan ini adalah lebih menumpukan kepada penghuni
tempatan yang menetap di pangsapuri tersebut. Pemilihan responden adalah hanya
melibatkan penghuni tempatan sahaja kerana golongan ini merupakan yang menerima
implikasi daripada kehadiran pendatang asing di kawasan perumahan mereka. Oleh
yang demikian bagi mendapatkan maklumat pengedaran borang soal selidik dan
pemerhatian akan dilakukan di dalam kajian ini.
3
Selain itu, pengenalpastian masalah keselamatan yang dihadapi oleh penghuni
tempatan akibat perkongsian kediaman bersama pendatang asing perlu dikenal pasti
terlebih dahulu. Hal ini demikian kajian yang dilakukan hanyalah berkaitan dengan
masalah keselamatan yang dihadapi oleh penghuni tempatan di dalam kediaman
pangsapuri tersebut sahaja. Kajian ini hanya melibatkan masalah keselamatan yang
melibatkan permasalahan seperti memonopoli kemudahan pangsapuri, perbuatan
aktiviti tidak bermoral dan mengotorkan kawasan pangsapuri adalah diberikan
penekanan dalam kajian ini.
Seterusnya, kajian yang dilaksanakan hanya mengkaji tentang kesan daripada
masalah keselamatan yang dihadapi oleh penghuni tempatan akibat daripada kehadiran
pendatang asing di pangsapuri tersebut. Antara yang dikaji hanyalah melibatkan kesan
seperti mendatangkan ketidakselesaan dalam kediaman, penggunaan kemudahan
pangsapuri yang menjadi terhad dan aktiviti seharian tidak dapat dijalankan dengan
bebas oleh penghuni tempatan akibat daripada perkongsian kediaman bersama
pendatang asing tersebut di Pangsapuri Berembang Indah. Oleh yang demikian,
penjelasan lebih mendalam tentang kesan yang dihadapi oleh penghuni tempatan akibat
daripada masalah keselamatan akan dibincangkan.
Tambahan pula, kajian ini akan melibatkan cadangan bagi menyelesaikan
permasalahan yang timbul akibat kehadiran pendatang asing yang turut menetap di
kawasan pangsapuri tersebut. Penambahbaikan langkah hanya akan melibatkan langkah
bukan pengstrukturan sahaja bagi membantu menangani masalah ini. Hal ini demikian
adalah demi untuk mengurangkan implikasi keselamatan yang dihadapi oleh penghuni
tempatan di Pangsapuri Berembang Indah akibat perkongsian kawasan kediaman. Oleh
yang demikian, hasil daripada kajian yang dilakukan dijangkakan akan menyusulkan
beberapa langkah baharu yang dapat diambil bagi mengatasi permasalahan tersebut.
Seterusnya, bilangan penghuni di pangsapuri tersebut hanya melibatkan
bilangan isi rumah kasar iaitu seramai 1388 orang penghuni yang menetap di kawasan
kediaman tersebut. Namun demikian, bagi melaksanakan kajian ini hanya melibatkan
seramai 70 orang penghuni tempatan sahaja bagi dijadikan responden untuk
mendapatkan maklumat dan data. Tambahan pula, responden yang terlibat juga
hanyalah melibatkan penghuni tempatan sahaja kerana fokus dalam kajian ini hanya
menumpukan kepada penghuni tempatan yang menerima kesan daripada isu
perkongsian kediaman bersama pendatang asing dalam kawasan kediaman mereka.
Oleh yang demikian, bilangan responden yang terlibat akan mewakili bilangan
keseluruhan untuk penghuni tempatan yang menetap di Pangsapuri Berembang Indah
tersebut.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan adalah dapat memberikan kebaikan kepada pelbagai pihak yang
terlibat. Antaranya, melalui kajian yang dilakukan ini dapat membantu membuka minda
pembaca tentang isu perkongsian kawasan kediaman bersama warga asing. Hal ini
demikian kerana dapat memberikan gambaran kepada pembaca tentang pentingnya
penjagaan untuk mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan dalam aspek
keselamatan di kawasan kediaman. Tambahan pula, kajian yang dilakukan ini juga
4
dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya menjadi lebih prihatin
terhadap isu keselamatan di kawasan kediaman.
Selain itu juga, kajian yang dilakukan ini juga dapat menyedarkan pihak pemaju
dan pemilik perumahan supaya tidak sewenang-wenangnya memberikan kelulusan
kepada penyewa bukan tempatan untuk menetap di kawasan perumahan penduduk
tempatan. Hal ini demikian kerana untuk meningkatkan lagi kesejahteraan dan
keselamatan penduduk tempatan di dalam kawasan kediaman semakin terjamin.
Tambahan pula, pihak pemaju dan pemilik perumahan juga dapat menyediakan
kemudahan kediaman yang lebih baik dan selamat kepada penghuni tempatan.
Seterusnya, kajian sebegini juga dapat membantu pihak-pihak berkuasa seperti
pihak kerajaan tempatan dan majlis perbandaran untuk menangani permasalahan
sedemikian. Hal ini demikian kerana pihak-pihak berkuasa dapat meningkatkan dan
mencari alternatif yang lebih baik serta sistematik bagi menangani isu perkongsian
pendatang asing di kawasan kediaman penduduk tempatan. Hal ini demikian juga untuk
memastikan keselamatan penduduk tempatan terutamanya akan terjamin dan selamat.
Oleh yang demikian, kajian melibatkan isu perkongsian kediaman di antara penghuni
asing dan tempatan akan memberikan manfaat kepada pelbagai pihak.
Tambahan pula, dengan adanya kajian sedemikian dapat memberikan kesedaran
kepada pihak kerajaan, swasta serta pemaju dalam konteks penyediaan kemudahan
kediaman yang lebih selamat dan sejahtera kepada penduduk tempatan. Pihak kerajaan
dan pemaju sewajarnya perlu memastikan bahawa tiada lagi isu terhadap perkongsian
mahupun pemonopolian kediaman awam kepada orang luar. Penekanan dalam
penyediaan piawaian yang ketat perlu diuruskan oleh pihak pemaju dalam
membenarkan pembelian unit rumah kepada penghuni bukan tempatan. Oleh yang
demikian, dapat mengurangkan permasalahan dalam isu perumahan di kalangan
penduduk tempatan dan warga asing di samping dapat meningkatkan kesejahteraan
penduduk.
1.7 KESIMPULAN
Kesimpulannya keseluruhan menerusi daripada bab ini menerangkan tentang gambaran
pengenalan kepada tajuk dan tujuan kajian ini ingin dilakukan oleh pengkaji. Walau
bagaimanapun penerangan menerusi bab satu ini hanyalah melibatkan penerangan yang
secara tidak mendalam dan menyeluruh. Penerangan seterusnya adalah bab kedua iaitu
penerangan berkaitan kawasan kajian dan metod kajian yang digunakan.
5
BAB
2
LATAR BELAKANG PANGSAPURI BEREMBANG INDAH
2.1 PENGENALAN
Menerusi bab ini akan menjelaskan tentang kawasan kajian ynang dipilih bagi
menyempurnakan kajian ini. Pangsapuri Berembang Indah merupakan kawasan kajian
yang dipilih bagi menjalankan kajian. Penerangan yang lebih terperinci berkaitan
dengan kawasan kajian akan diterangkan lebih mendalam dalam bahagian ini. Kajian
ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kesan yang dikaji wujud di kawasan kajian
berkenaan. Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk melihatkan kesan dalam
aspek keselamatan yang diterima oleh penghuni tempatan akibat daripada perkongsian
kediaman bersama penghuni asing. Oleh yang demikian, tinjuan dengan menggunakan
instrument utama kajian iaitu borang soal selidik telah digunakan bagi mencapai
matlamat kajian. Kajian tinjauan juga membantu penyelidik bagi mendapatkan data
primer dan data sekunder. Selain itu, pemilihan sampel dalam kalangan penghuni
tempatan turut akan dibincangkan menerusi bab ini. Manakala pada akhir bab ini akan
menerangkan kaedah menganalisis data secara terperinci bagi memastikan objektif
kajian dapat dicapai.
2.2 KAWASAN KAJIAN
Kuala Lumpur muncul pada tahun 1857 bersempena pertemuan yang menghubungkan
dua jenis sungai utama iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang (Wikipedia 2018).
Kuala Lumpur pada zaman era pra-kemerdekaan iaitu pada tahun 1857 hingga 1957
mula menerima kedatangan penduduknya setelah pembukaan Lembah Klang yang
berfungi sebagai pusat untuk kegiatan perlombongan bijih timah (Wikipedia 2018).
Lembah Klang pada ketika itu telah berjaya menarik ramai pedagang-pedagang
daripada luar untuk berdagang dan berlombong. Seterusnya membawa kepada
peningkatan pembinaan rumah-rumah kedai serta petempatan di sekitar kawasan
perlombongan. Oleh yang demikian, kawasan tersebut telah menjadi tumpuan
penduduk kerana wujudnya aktiviti ekonomi yang kian meningkat dan akhirnya
membentuk sebuah bandar iaitu Kuala Lumpur.
Pada asalnya Kuala Lumpur merupakan ibu negeri kepada Selangor pada tahun
1880 atas kejayaan yang dijayakan oleh Kapitan Yap. Namun selepas zaman
kemerdekaan pada tahun 1957 Kuala Lumpur telah dijadikan ibu negara Persekutuan
Tanah Melayu berdasarkan kepada laman web Wikipedia (2018). Pada tahun 1963
Kuala Lumpur telah berubah menjadi ibu negara kepada Persekutuan Malaya atau
Malaysia dan telah kekal sehingga ke hari ini. Kuala Lumpur dijadikan sebagai Wilayah
Persekutuan pada tahun 1974 dan ia telah dikuat kuasakan di bawah Akta Perlembangan
(Pindaan) (No.2) tahun 1973 (Akta A206). Keluasan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur adalah seluas 40,593.14 hektar dan terdapat 8 mukim di dalamnya. Antara
mukimnya adalah Mukim Ampang, Mukim Hulu Klang, Mukim Setapak, Mukim
Cheras, Mukim Petaling, Mukim Batu dan Mukim Kuala Lumpur.
6
Kuala Lumpur yang meliputi tanah seluas 244 kilometer persegi atau 94 batu
persegi dengan anggaran penduduk lebih daripada 1.6 juta orang (Junaidi Awang Besar
et al. 2014). Jumlah anggaran penduduk tersebut telah meliputi sebahagian besar
penduduk di sekitar kawasan Lembah Klang iaitu di antara pengelompokan bandar-
bandar yang didiami seramai lebih daripada 7.2 juta orang penduduk (Junaidi Awang
Besar et al. 2014). Kini Kuala Lumpur telah mencapai status bandaraya kerana telah
berjaya menjadi sebuah pusat industri, kebudayaan, pendidikan dan ekonomi (Junaidi
Awang Besar et al. 2014). Hal ini demikian kerana kedudukan Kuala Lumpur
merupakan bandaraya primat serta telah ditarafkan sebagai bandaraya dunia alfa dan
satu-satunya bandaraya global di Malaysia (Junaidi Awang Besar et al. 2014).
Kuala Lumpur dari aspek fizikalnya merupakan sebuah kawasan yang
terlindung daripada Banjaran Titiwangsa timur dan Pulau Sumatera, Indonesia di Barat
(Junaidi Awang Besar et al. 2014). Iklim yang diterima di sekitar Kuala Lumpur adalah
beriklimkan hutan hujan tropika yang panas serta menerima curahan purata hujan
sepanjang tahun. Tambahan pula menurut Junaidi Awang Besar et al. (2014), keadaan
suhu di bandaraya Kuala Lumpur adalah agak malar dengan nilai suhu maksimumnya
sekitar 31°C dan 33°C manakala nilai minimumnya adalah sekitar 22°C dan 23.5°C.
Menurut Junaidi Awang Besar et al. (2014), Kuala Lumpur menerima curahan hujan
sebanyak 2,266 mm (89.2 in) manakala bagi setiap tahun pada bulan Jun dan Julai
adalah agak kering. Namun demikian, curahan hujan yang diterima kebiasaanya
menerima lebih daripada 125 mm (5 in) sebulan. Oleh yang demikian, kejadian banjir
kilat sering berlaku di Kuala Lumpur terutamanya di kawasan hilir bandar (Junaidi
Awang Besar et al. 2014).
Seterusnya, Kuala Lumpur telah berperanan sebagai pusat pentadbiran negara
dan komersial (Junaidi Awang Besar et al. 2014). Menurut Junaidi Awang Besar et al.
(2014) dalam artikelnya mengatakan bahawa Kuala Lumpur merupakan bandar
kosmopolitan yang dapat terus bertahan kerana jumlah penduduknya yang ramai serta
semakin meningkat. Di samping itu juga, kegiatan ekonomi, perdagangan dan
pembangunan di Kuala Lumpur juga kian memesat. Dari aspek pentadbiran urusan
tanah terletak di bawah kawalan Jabatan Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan
manakala khidmat perbandaran di seluruh kawasan Kuala Lumpur yang berkeluasan
244 kilometer persegi diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
(Junaidi Awang Besar et al. 2014). Oleh yang demikian pengurusan pentadbiran dan
pembangunan di Kuala Lumpur diuruskan oleh dewan bandaraya.
Selain itu, berdasarkan Pelan Struktur Kuala Lumpur (2020), guna tanah bagi
kawasan kediaman telah bertambah daripada 3,822 hektar kepada 5,490 hektar di antara
tahun 1984 hingga 2000. Manakala bagi guna tanah untuk perdagangan adalah lebih
ketara telah meningkat kepada 116.5 peratus daripada 504 hektar kepada 1,092 hektar
di antara tahun 1984 dan 2000 (Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020). Tambahan pula,
bagi guna tanah untuk pembangunan perindustrian, kawasan lapangan kemudahan
rekreasi dan sukan, infrastruktur dan utiliti juga turut meningkat keluasannya (Pelan
Struktur Kuala Lumpur 2020). Seterusnya seperti yang ditunjukkan di dalam Pelan
Struktur Kuala Lumpur 2020 yang berjaya membuka KL Sentral sebagai hub
pengangkutan utama Kuala Lumpur dan merupakan terminal kereta api bersepadu
terbesar di Asia Tenggara.
7
Kajian yang dijalankan adalah di sebuah lokasi perumahan pangsapuri yang terletak di
dalam sebuah perkampungan kecil dalam kawasan bandaraya Kuala Lumpur.
Perkampungan yang menetapkan kediaman pangsapuri tersebut adalah di
Perkampungan Berembang dan pangsapuri yang menjadi lokasi utama dalam
melaksanakan kajian ini. Keadaan guna tanah di sekitar kawasan perkampungan
Kampung Berembang banyak dibangunkan pembangunan-pembangunan ekonomi,
pentadbiran, hospitaliti kesihatan, petempatan serta pendidikan. Antara pusat
pentadbiran yang terletak di kawasan Kampung Berembang ini adalah Pejabat
Kedutaan Korea Selatan, Pejabat Kedutaan Rusia, Pejabat Pihak Kemajuan Pekebun
dan lain-lain.
Tambahan pula, di dalam kawasan Kampung Berembang ini banyak kawasan
petempatan yang dibangunkan. Antaranya seperti Pangsapuri Berembang Indah, Suria
Jelatek Residence, Reizz Residence, The Elements dan lain-lain kawasan perumahan.
Kemudahan lain turut didapati di kawasan tersebut seperti Gleneagles Kuala Lumpur
Hospital, SK Kuala Ampang 2 dan lain-lain. Tambahan pula, kawasan kajian juga
berdekatan dengan jalan-jalan utama yang menghubungkan kawasan tersebut dengan
kawasan lain. Antara jalan yang berhampiran dengan kawasan kajian adalah Jalan
Jelatek dan Jalan Ampang. Darjah ketersampaian sistem perhubungan ini membolehkan
pengaksesan kepada kemudahan pengangkutan awam seperti LRT Jelatek. Keadaan
geografi kawasan kajian ini mampu menarik ramai penduduk untuk menetap di kawasan
tersebut.
Kewujudan pelbagai kemudahan serta infrastruktur di kawasan tersebut telah
berjaya menarik lebih ramai penduduk untuk menetap di kawasan tersebut serta
kawasan sekitarnya. Peningkatan penduduk di kawasan tersebut telah membawa kepada
persaingan dalam isu perumahan. Sebuah pangsapuri tempatan telah dijadikan kawasan
pilihan dalam menjalankan kajian tentang isu keselamatan penduduk tempatan di
kawasan kediaman. Hal ini demikian kerana didapati pembangunan yang kian memesat
di kawasan Perkampungan Berembang telah membawa masuk pekerja-pekerja asing ke
dalam kawasan tersebut. Rentetan daripada peristiwa itu, golongan warga asing ini telah
memilih kediaman tempatan sebagai tempat untuk mereka menetap. Oleh yang
demikian, senario ini telah membawa kepada isu keselamatan di kalangan penghuni
tempatan akibat daripada perkongsian kediaman bersama penghuni asing.
Pangsapuri Berembang Indah merupakan sebuah pangsapuri yang telah siap dibina dan
dibuka kepada pembeli pada tahun 2012. Pangsapuri Berembang Indah ini merupakan
sebuah pangsapuri yang bertaraf strata. Tambahan pula, Pangsapuri Berembang Indah
ini juga merupakan satu-satunya perumahan pangsapuri yang mempunyai harga mampu
milik di dalam kawasan Perkampungan Berembang. Keluasan bagi satu unit rumah di
pangsapuri tersebut adalah berkeluasan seluas 650 kaki per segi. Bagi setiap unit rumah
terdapat tiga bilik tidur dan dua tandas. Tambahan pula, kediaman di pangsapuri
tersebut dilengkapi dengan kawasan tempat meletak kenderaan serta kelengkapan
pengawal keselamatan. Bagi keseluruhan jumlah unit rumah di dalam pangsapuri
tersebut adalah sebanyak 694 unit rumah. Seterusnya, jumlah bagi penduduk yang
mendiami kediaman itu adalah seramai 1388 ribu orang penghuni bagi setiap bilangan
pintu rumah.
8
Kawasan ini menjadi lokasi pilihan dalam melaksanakan kajian penyelidikan ini adalah
kerana kawasan kediaman tersebut telah menerima penghuni daripada penghuni bukan
tempatan. Hal ini demikian telah menimbulkan isu dalam aspek keselamatan terhadap
penghuni tempatan akibat daripada perkongsian kediaman bersama pendatang asing.
Pangsapuri Berembang Indah ini menjadi pilihan untuk kediaman warga asing ini
kerana keadaan sekitar kawasan pangsapuri tersebut banyak menjalankan aktiviti-
aktiviti pembangunan, Oleh yang demikian, kumpulan ini juga memilih untuk menetap
di pangsapuri tersebut kerana faktor nilai kadar sewa yang rendah dan berdekatan
dengan kawasan tempat kerja mereka. Justeru itu, wujud perkongsian kediaman di
antara penghuni tempatan dan warga asing dalam Pangsapuri Berembang Indah. Oleh
yang demikian, kawasan ini wajar dijadikan lokasi kajian kerana wujudnya konflik
keselamatan akibat pengaruh perkongsian kediaman bersama warga asing seperti yang
difokuskan dalam penyelidikan yang dilaksanakan.
2.3 REKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data atau susunan untuk
pengumpulan data yang diperolehi berdasarkan kepada perancangan khusus dan
sistematik terhadap konsep pembentukan rangkaian antara pembolehubah khusus dan
sistematik yang terlibat dalam sesuatu kajian. selain itu, reka bentuk kajian adalah
penting dalam bagi menghasilkan hasil kajian yang dapat membantu penyelidik lain
untuk membuat rujukan hasil daripada kajian tersebut. oleh yang demikian, kajian ini
merupakan salah satu kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Kajian
ini juga memilih sampel secara persampelan bersutujuan. Borang soal selidik digunakan
sebagai instrument utama bagi mengumpul data primer daripada sampel kajian iaitu
penghuni tempatan di Pangsapuri Berembang Indah. Kajian lapangan telah dijalankan
pada bulan Februari 2020.
2.4 KAEDAH PENGUMPULAN DATA PRIMER
Data primer merupakan kumpulan set data mentah yang dikumpulkan oleh para
pengkaji untuk digunakan dalam menjalankan kajian. Data primer ini juga dikenali
sebagai data utama dalam kajian. Data primer diperolehi melalui beberapa kaedah
seperti kaedah soal selidik, kaedah pemerhatian serta kaedah temubual yang telah
dilakukan di lapangan bagi mendapatkan data dan maklumat tambahan secara langsung
untuk kajian tersebut. Pengumpulan data primer melibatkan kaedah borang soal selidik.
Penggunaan kaedah borang soal selidik merupakan satu kaedah pengumpulan
maklumat yang paling mudah dan berkesan di samping nilai kos yang rendah diperlukan
bagi melaksanakannya (Poh 2000). Penggunaan kaedah soal selidik ini juga turut
disokong penggunaannya untuk mendapatkan data dan maklumat kajian (Izham 2000).
Borang soal selidik ini dibentuk daripada hasil objektif dan isu permasalahan yang
dinyatakan dalam kajian. Oleh yang demikian, penyediaan borang soal selidik untuk
mendapatkan data penduduk di kawasan kediaman terhadap kajian tentang kesan
keselamatan terhadap penghuni tempatan akibat perkongsian kediaman bersama
pendatang asing di Pangsapuri Berembang Indah telah dilakukan.
Selain itu, data primer turut dapat diperolehi melalui kaedah pemerhatian.
Pemerhatian dilakukan secara tidak langsung di samping pengedaran borang soal
selidik sedang berjalan. Pemerhatian melibatkan melihat keadaan persekitaran kawasan
9
kediaman serta melihat gelagat penghuni tempatan dan penghuni bukan tempatan.
Pemerhatian dilakukan secara berperingkat iaitu dengan melibatkan pemerhatian pada
waktu pagi dan tengah hari. Hal ini demikian kerana waktu ini para penghuni kediaman
tersebut keluar daripada rumah mereka. Oleh yang demikian, Tambahan pula,
pemerhatian juga dilakukan di dalam pangsapuri tersebut. Pemerhatian dilakukan
dengan melihat laluan penjalan kaki, laluan bertangga, lif dan koridor di dalam
pangsapuri tersebut. Hal ini demikian untuk mendapatkan maklumat yang lebih
mendalam tentang penyelidikan yang dijalankan.
2.4.1 Instrumen Kajian
Instrumen kajian merupakan alatan yang digunakan oleh pengkaji bagi mengumpul dan
mendapatkan maklumat serta data yang diperlukan dalam menjalankan kajian ini.
Antara instrumen kajian yang telah digunakan dalam kajian ini adalah dengan
menggunakan instrumen borang soal selidik dan penggunaan kamera untuk
pengambilan foto di kawasan kajian. Selain itu, penggunaan instrumen borang soal
selidik dan pengambilan foto, pengkaji turut melakukan temubual secara tidak
berstruktur bagi mendapatkan lagi maklumat yang lebih terperinci.
a. Struktur Borang Soal Selidik
Struktur borang soal selidik yang digunakan oleh pengkaji dalam mendapatkan
maklumat dan data mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A, bahagian B,
bahagian C dan bahagian D. setiap bahagian dibentuk berdasarkan kepada objektif dan
permasalahan yang dinyatakan dalam kajian.
Jadual 2.1 Struktur Borang Soal Selidik
Bil. Bahagian Catatan
1. Bahagian A Bahagian ini mengandungi tentang data-data berkaitan
dengan demografi penghuni tempatan yang terlibat. Data
demografi yang terdapat dalam bahagian ini adalah terdiri
daripada umur, bangsa, agama, tempoh menetap serta
kriteria lain yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan.
2. Bahagian B Bahagian ini adalah mengenai permasalahan keselamatan
yang dihadapi oleh penghuni pangsapuri akibat daripada
perkongsian kediaman bersama pendatang asing di dalam
kawasan kediaman. Bahagian ini melibatkan beberapa
soalan seperti adakah berlaku monopoli kemudahan
kediaman oleh pendatang asing dalam kawasan kediaman,
perlakuan tidak bermoral oleh pendatang asing dalam
kediaman mereka serta soalan-soalan lain yang berkaitan
dengan objektif kajian. Bahagian ini juga menggunakan
Skala Likert dalam menentukan jawapan kepada soalan
yang diajukan dalam instrumen borang soal selidik ini.
Skala Likert ini bermula dengan tahap sangat tidak setuju,
tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat tidak setuju.
3 Bahagian C Bahagian ini adalah untuk mengetahui tentang kesan
terhadap keselamatan penghuni tempatan di pangsapuri
akibat perkongsian kediaman bersama pendatang asing di
kawasan kajian tersebut. Soalan yang disediakan dalam
bahagian ini adalah seperti adakah kehadiran pendatang
10
asing dalam kawasan kediaman memberikan
ketidakselesaan kepada penghuni tempatan, adakah
pergerakan aktiviti harian penghuni tempatan terganggu
serta soalan lain yang dinyatakan pada bahagian ini.
4 Bahagian D Bahagian ini membincangkan tentang inisiatif-inisiatif
yang pernah dilakukan bagi mengatasi kesan daripada
perkongsian kediaman bersama pendatang asing dalam
aspek keselamatan penduduk tempatan di pangsapuri
tersebut.
Sumber: Kajian Lapangan 2020
2.4.2 Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian dilakukan oleh pengkaji sewaktu menjalankan kajian lapangan.
Pemerhatian dilakukan dengan melihat gelagat penghuni tempatan dan keadaan
persekitaran kawasan kajian dilakukan. Kaedah pemerhatian merupakan salah satu
kaedah penyelidikan yang boleh digunakan pakai dalam menentukan pengukuran
pemboleh ubah dalam penyelidikan yang dijalankan (Chua 2006). Kaedah pemerhatian
ini juga merupakan salah satu kaedah alternatif yang dapat membantu para pengkaji
mendapatkan data dan maklumat selain menggunakan borang soal selidik. Kaedah
pemerhatian ini menggunakan kamera sebagai instrumen kajian dalam menggambarkan
keadaan senario yang berlaku di kawasan kajian. Kaedah ini adalah penting dalam
sesuatu penyelidikan kerana melalui kaedah ini penambahan maklumat dapat
diperolehi.
2.5 KAEDAH PENGUMPULAN DATA SEKUNDER
Pengumpulan bagi data sekunder adalah dilakukan sebelum dan selepas kajian
dilakukan. Hal ini demikian kerana untuk memastikan pembinaan kerangka teoritikal
kajian dapat dibina. Tambahan pula, pengumpulan data sekunder ini lebih melibatkan
kepada aktiviti merujuk dan membaca bahan-bahan bacaan, kajian lepas dan
sebagainya. Oleh yang demikian, pengumpulan data sekunder ini sedikit sebanyak
dapat digunakan bagi menyokong data primer yang telah diperolehi daripada kajian
lapangan yang telah dijalankan.
2.5.1 Kajian Kepustakaan
Pengumpulan data sekunder yang dilakukan adalah dengan mendapatkan maklumat
melalui pembacaan daripada kajian kepustakaan. Kajian kepustakaan ini adalah
melibatkan aktiviti di mana para pengkaji perlu membaca dan merujuk kajian-kajian
lepas untuk dijadikan rujukan dalam menjalankan penyelidikan. Selain itu juga, kajian
kepustakaan ini melibatkan pengkaji merujuk kajian-kajian lepas seperti artikel jurnal,
tesis-tesis lepas, bahan-bahan bacaan dan sebagainya. Rujukan yang dilakukan
berdasarkan kajian kepustakaan ini hanya berkaitan dengan penyelidikan yang
dilakukan sahaja. Oleh yang demikian, data-data sekunder daripada bahankepustakaan
ini amat bermanfaat. Hal ini demikian kerana data sekunder daripada rujukan kajian-
kajian lepas dapat menyokong dan membantu pengkaji dalam menjalankan
penyelidikan.
11
2.5.2 Laman Web
Data sekunder ini juga dikumpulkan melalui penggunaan melayari laman-laman web
yang berkaitan dengan penyelidikan yang dijalankan. Laman-laman web rasmi kerajaan
seperti laman web rasmi majlis perbandaran, majlis daerah adalah diperlukan untuk
mendapatkan maklumat secara langsung. Tambahan pula, rujukan-rujukan jurnal
elektronik juga digunakan dalam mendapatkan data serta maklumat yang diperlukan.
Penggunaan laman web adalah menjadi salah satu platform mudah untuk parapengkaji
mendapatkan data kerana kebanyakan data-data asas telah disediakan di dalam laman
web tersebut untuk diakses oleh pengguna. Oleh yang demikian, pengumpulan data
sekunder sedikit sebanyak telah menggunakan laman-laman web yang berkaitan untuk
tujuan penyelidikan.
2.5.3 Populasi dan Persampelan Kajian
Populasi penduduk di kawasan kajian yang dilakukan adalah seramai 1388 orang
penduduk. Penentuan bilangan saiz populasi penduduk di kawasan kediaman
pangsapuri tersebut ditentukan dengan menghitung jumlah pintu rumah yang terdapat
di pangsapuri tersebut. Kemudian bilangan kasar anggaran isi rumah bagi saiz populasi
penduduk di kawasan tersebut didarabkan dengan dua bagi setiap penghuni untuk setiap
pintu rumah. Maka jumlah anggaran kasar penghuni yang menetap di dalam pangsapuri
tersebut dapat ditentukan.
Kajian yang dilakukan ini adalah menggunakan kaedah persampelan data iaitu
dengan mengaplikasikan kaedah persampelan secara berkelompok. Kaedah
persampelan berkelompok ini digunakan kerana pemilihan sampel bagi responden yang
mempunyai kriteria-kriteria yang tertentu sahaja dipilih bagi mendapatkan maklumat
data untuk kajian yang dilakukan ini. Pemilihan sampel responden yang terlibat dalam
kajian ini adalah terdiri daripada penghuni tempatan di kawasan kediaman pangsapuri
tersebut sahaja.
Penentuan bilangan sampel penghuni yang diperlukan bagi menjawab borang soal
selidik ini adalah dengan menggunakan kaedah Rules Of Thumb. Penentuan sampel
menggunakan Rules Of Thumb ini telah menjelaskan bahawa saiz populasi yang besar
hanya memerlukan nilai peratusan yang kecil bagi mewakili keseluruhan jumlah
populasi di sesebuah kawasan itu (Van Belle & Millard 1998). Berdasarkan jadual 3.2
telah menunjukkan jumlah saiz populasi dan nilai peratussan sampel yang diperlukan
dalam menentukan jumlah sampel yang diperlukan untuk menjalankan kajian.
Jadual 2.2: Rules Of Thumb Saiz Sampel
Saiz Populasi Peratus Sampel
0 -100 100 (peratus)
101 - 1, 000 10 (peratus)
1, 001 - 5, 000 5 (peratus)
5, 000 - 10, 000 3 (peratus)
10, 000 + 1 (peratus)
Sumber: Van Belle & Millard (1998)
12
Berdasarkan kepada Rules Of Thumb tersebut seramai 1388 orang penghuni
yang menetap di Pangsapuri Berembang Indah tersebut. Penentuan pengiraan populasi
bagi menentukan sampel bagi kajian ini dapat dilaksanakan dengan mengira setiap
bilangan ketua isi rumah di pangsapuri tersebut. Oleh yang demikian, berdasarkan
kepada formula persampelan kaedah Rules Of Thumb saiz sampel yang diperlukan bagi
mewakili populasi di kawasan kajian adalah terdiri daripada 70 orang penghuni
tempatan sahaja.
2.6 KAEDAH MENGANALISIS DATA
Bahagian ini adalah menerangkan kaedah bagaimana data-data yang telah diperolehi
daripada lapangan dan bahan bacaan dianalisis. Oleh yang demikian, terdapat beberapa
perkara yang perlu dilakukan bagi mendapatkan hasil kajian yang tepat.
2.6.1 Pengkelasan Data
Pengiraan jawapan bagi borang soal selidik yang dilaksanakan dalam penyelidikan
adalah dikelaskan dengan menggunakan Skala Likert. Skala Likert merupakan satu
skala psikometrik yang digunakan untuk menentukan nilai skala dalam penyelidikan.
Pengkelasan Skala Likert melibat 5 skala iaitu bermula dengan sangat tidak setuju
hingga sangat setuju. Pengkelasan yang lebih terperinci dapat dilihat di dalam jadual
berikut
Jadual 2.3: Pengkelasan Skala Likert
Skala Pengkelasan
5 Sangat Setuju
4 Setuju
3 Tidak Pasti
2 Tidak Setuju
1 Sangat Tidak Setuju
Sumber: Olahan Pengkaji 2019
2.7 KESIMPULAN
Pangsapuri Berembang Indah merupakan sebuah pangsapuri tempatan yang terletak di
Ampang. Pembangunan yang kian memesat telah membawa kepada peningkatan
bilangan kemasukan warga asing ke dalam negara. Kehadiran warga asing ini telah
menyebabkan isu perkongsian kediaman di antara penghuni tempatan dan penghuni
asing telah wujud dalam kawasan petempatan mereka. Hal ini demikian kerana
perkongsian kediaman bersama penghuni asing telah mengugat aspek keselamatan
penghuni tempatan yang menetapi kediaman di Pangsapuri Berembang Indah. Oleh
yang demikian, secara keseluruhannya kajian telah menggunakan borang soal selidik
untuk mendapatkan data berkaitan profil, masalah yang timbul serta kesan yang
diterima oleh penghuni tempatan akibat perkongsain kediaman bersama penghuni asing
di Pangsapuri Berembang Indah.
13
BAB
3
MODEL KAJIAN PERKONGSIAN KEDIAMAN BERSAMA WARGA ASING
TERHADAP KESELAMATAN PENGHUNI TEMPATAN PANGSAPURI
BEREMBANG INDAH
3.1 PENGELANAN
Bab ini akan membincangkan berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan oleh para
pengkaji pada sebelum ini. Bahagian ini akan mengulas mengenai masalah yang timbul
dan kesan yang diterima oleh penghuni tempatan di pangsapuri tersebut akibat daripada
perkongsian kediaman bersama penghuni asing. Bahagian ini juga memfokuskan
kepada kesan yang diterima dalam aspek keselamatan terhadap penghuni tempatan yang
mendiamai kawasan kajian tersebut. Selain itu, ulasan kajian lepas juga yang telah
diolah adalah berdasarkan kepada kajian berkaitan kesan perkongsian kediaman
bersama penghuni asing terhadap penduduk tempatan.
3.2 DEFINISI DAN KONSEP
Definisi dan konsep kajian akan diterangkan berdasarkan rujukan ilmiah bagi
menerangkan makna bagi setiap perkataan yang terkandung dalam kajian. Hal ini
demikian untuk memberikan penerangan dan kefahaman yang mendalam terhadap
kajian yang dijalankan. Oleh yang demikian, pandangan dan pendefinasian daripada
pelbagai bidang sosial telah diberikan.
3.2.1 Aspek keselamatan
Menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat, keselamatan dapat didefinisikan
sebagai satu perkara yang bebas daripada kecederaan atau bahaya. Keselamatan juga
merupakan kesejahteraan atau keamanan serta perihal selamat. Keselamatan juga
membawa maksud satu keadaan terlindung daripada masalah dan ancaman daripada
sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, fizikal dan sebarang perkara
yang melibatkan kerosakan mahupun kejadian yang tidak diingini. Menurut Indeks
Kualiti Hidup Malaysia (2006) menjelaskan keselamatan awam merujuk kepada suatu
isu yang sangat luas dengan meliputi soal alam sekitar, kebersihan, jenayah dan
sebagainya. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa keselamatan merupakan
suatu perkara yang membawa maksud kepada kesejahteraan dan keamanan kepada diri
sendiri.
Menerusi kamus Cambridge Dictionary, keselamatan turut diertikan di mana
sesorang itu berada dalam keadaan selamat atau tidak berbahaya. Menurut Cambridge
Dictionary, keselamatan juga adalah dapat ditafsirkan di mana suatu keadaan yang tidak
membawanya kepada risiko bahaya atau kemalangan. Sebagai contoh yang diberikan
oleh Dictionary Cambridge adalah memakai tali pinggang keledar ketika penerbangan
kapal terbang adalah penting untuk memastikan nyawa penumpang selamat dan selesa.
Hal ini demikian untuk menggambarkan situasi selamat itu ditafsirkan daripada laman
web Dictionary Cambridge.
14
Menerusi Google Dictionary pula, safety merupakan suatu keadaan yang
terlindung dan terpelihara daripada sebarang faktor yang menyebabkan kecederaan,
risiko serta kecederaan kepada seseorang. Perkataan safety juga disinonimkan dengan
perkataan welfare, well-being, protection, harmlessness dan security (Google
Dictionary). Hal ini demikian dapat dilihat bahawa pendefinasian perkataan
keselamatan adalah sama seperti yang dinyatakan daripada sumber rujukan
sebelumnya. Keselamatan membawa erti bebas daripada ancaman manakala dalam
disiplin pengajian politik, istilah ini boleh merujuk kepada keselamatan ekonomi dan
keselamatan politik. Dalam kajian keselamatan, istilah ini dikaitkan dengan
keselamatan negara iaitu idea asalnya yang dicetuskan oleh Amerika Syarikat selepas
tamatnya Perang Dunia ke-2. Oleh demikian, keselamatan negara di sini bermaksud
mempertahankan sempadan negara daripada ancaman musuh dan ketenteraan asing
supaya negara terus aman dan berdaulat (Intan Suraya Hamzah & Siti Daud 2016).
Menurut Wikipedia (2019), keselamatan membawakan maksud kepada perihal
selamat, kesejateraan atau keamanan. Selain itu, menurut Wikipedia (2019),
keselamatan juga bermaksud di mana suatu keadaan yang membawa sesuatu perkara itu
terlindung daripada masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, psikologi serta
perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini.
Menerusi Wikipedia (2019) turut menyatakan bahawa keselamatan terdiri daripada
beberapa jenis iaitu seperti keselamatan pengguna, keselamatan masyarakat,
keselamatan pekerjaan serta keselamatan negara. Oleh yang demikian, dapat dilihat
bahawa perkataan selamat adalah membawa kepada maksud bebas daripada sebarang
bencana dan risiko yang mendatangkan kemudaratan kepada sesuatu perkara atau
kepada seseorang.
3.2.2 Penghuni Tempatan
Penghuni tempatan juga dapat didefinisikan sebagai individu yang datang ke suatu
tempat lalu menubuhkan petempatan kediamannya dan menetap di kawasan itu dalam
satu tempoh masa yang lama atau singkat (Farlex International 2016). Menurut Kamus
Law Insider, penghuni tempat merupakan seseorang penduduk yang menetap dalam
kawasan yang ditadbir oleh pihak kerajaan. Tempatan dapat ditakrifkan sebagai satu hal
yang berkaitan dengan ruang mahupun kawasan atau tempat tertentu yang dikatakan
dimiliki oleh seseorang itu sendiri (Collins Dictionary 2020).
Menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Kedua, penghuni membawa maksud orang
yang menghuni dalam sesebuah kawasan seperti rumah, bilik, dan sebagainya. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, tempatan merujuk kepada perihal yang berkaitan dengan
tempat tertentu atau di tempat itu sendiri. Penghuni tempatan pula dapat difahami
sebagai golongan penghuni yang berasal daripada kawasan itu sendiri. Penghuni
tempatan dalam bahasa mudahnya dapat difahami sebagai penduduk asal sesebuah
kawasan yang mendiami satu kawasan tempat tinggal itu. Oleh yang demikian, dapat
dirumuskan bahawa penghuni tempatan merupakan mereka yang berasal daripada
warganegara yang menetap di sesebuah kawasan kediaman.
Penghuni atau dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai occupant turut
didefinisikan sebagai seseorang, sekeluarga, sekumpulan atau satu organisasi yang
15
tinggal bersama di dalam satu ruang atau kawasan (Dictionary.com 2020). Seseorang
atau sekelompok manusia yang menghuni sesuatu kawasan ini boleh dikategorikan
sebagai penyewa rumah, penyewa pejabat, penduduk dan lain-lain (Dictionary.com
2020). Manakala tempatan merujuk kepada bahagian atau kawasan yang memiliki
autoritinya yang tersendiri. Oleh yang demikian, dapat difahami bahawa penghuni
tempatan adalah merujuk kepada mereka yang tinggal di suatu kawasan yang memiliki
autoritinya yang tersendiri. Sebagai contoh, individu yang lahir di Malaysia merupakan
rakyat tetap atau lebih dikenali sebagai penduduk tempatan.
3.2.3 Pendatang Asing
Pekerja asing ini terbahagi kepada dua iaitu merujuk kepada pekerja sah dan
berdokumen. Pekerja tidak sah, tiada dokumen dan menggunakan saluran tidak sah.
Dahulu negara Malaysia menggunakan istilah pendatang haram namun negara jiran
berasa marah dengan penggunaan istilah tersebut dan menganggap ia satu istilah yang
tidak sopan dan kasar. Justeru negara telah mengubah istilah tersebut kepada PATI iaitu
pendatang asing tanpa izin (Intan Suraya Hamzah & Siti Daud 2016).
Selain itu, pendatang tanpa izin PATI atau pendatang haram merupakan
golongan orang yang memasuki atau tinggal di sesebuah negara secara haram dan tidak
mengikut undang-undang imigrasi dengan memasuki negara tanpa permit dan bukan
dengan melalui pintu masuk utama (Jabatan Penerangan Malaysia 2015). Menurut
Andika (2010) di dalam kajian Muhammad Farhan Fadzal et al (2016), pendatang asing
atau warga asing adalah merupakan kedatangan individu atau sekumpulan manusia
yang berasal dari satu negara ke satu negara lain dengan tujuan yang khusus. Menurut
Muhammad Farhan Fadzal et al. (2016), golongan ini turut dapat dibahagikan kepada
dua kelompok iaitu pendatang asing yang sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI).
Justeru itu dapat disimpulkan pendatang merupakan individu luar atau asing yang
datang suatu wilayah yang bukan kepunyaannya.
Selain itu, warga asing atau bukan warganegara merujuk kepada seseorang yang
bukan penduduk atau warganegara yang tetap dari kawasan, negeri, daerah atau negara
tertentu (Google Dictionary 2020). Menurut United Nation High Commissioner for
Refugess (UNHCR) (2006), pendatang asing atau mereka yang bukan warganegara
mentakrifkan ia kepada individu tanpa kewarganegaraan atau lebih mudah difahami
individu yang tidak dianggap sebagai warganegara di bawah operasi undang-undang
oleh negara tersebut. Oleh yang demikian, dapat difahami bahawa pendatang asing
merupakan individu yang hadir daripada kawasan lain dan menetap di kawasan orang
lain tanpa perjalanan yang sah.
Warga asing pada dasarnya terbahagi kepada dua kelompok iaitu warga asing yang
berada di sesebuah negara dengan izin yang dikenali sebagai PADI dan juga warga
asing yang menetap secara haram iaitu PATI. Pendatang asing juga merupakan
golongan manusia yang memasuki mahupun tinggal di sesebuah negara atau kawasan
secara haram atau dengan izin. Pendatang asing juga merupakan mereka yang berasal
daripada negara atau luar kawasan lain yang datang menetap di dalam negara kita.
Pendatang asing juga merujuk kepada bukan penduduk tempatan di sesebuah negara
tersebut. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa pendatang asing ini
16
merupakan penduduk bukan berasal daripada warganegara yang menetap di dalam
negara tanpa dokumen yang sah (Merriam-Webster 2020).
3.2.4 Perkongsian Kediaman
Perkongsian adalah sesuatu perkara yang digunakan secara bersama dengan orang lain
dalam satu masa yang sama (Cambridge Dictionary 2020). Selain itu juga, perkongsian
dapat ditakrifkan sebagai menggunakan atau menikmati sesuatu perkara bersama
dengan orang lain (Collin Dictionary 2020). Menurut Collin Dictionary (2020),
kediaman merupakan tempat di mana seseorang itu menetap atau tinggal. Tambahan
pula, kediaman juga merupakan sebuah bangunan yang digunakan oleh individu untuk
dijadikan sebagai rumah atau tempat berteduh (Collin Dictionary 2020).
Menurut Kamus Merriam-Webster, sharing atau perkongsian merujuk kepada
kata kerja yang menunjukkan kepada untuk mencapai kebahagiaan dalam sesuatu
perkara, menggunakan, mengalami, menduduki atau menikmati sesuatu perkara dengan
orang lain. Kediaman pula merujuk kepada satu kawasan untuk manusia menetap dan
dijadikan sebagai tempat tinggal untuk berlindung (Google Dictionary 2020). Hal ini
demikian dapat difahami bahawa perkongsian kediaman adalah merujuk kepada satu
kawasan atau tempat tinggal yang dikongsi bersama orang lain pada waktu dan tempat
yang sama.
Menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Kedua perkongsian bermaksud hal
berkongsi, persekutuan atau persatuan dalam kegiatan. Perkongsian juga mempunyai
maksud sinonim yang sama iaitu membawa maksud sekutu, gabungan, kumpulan
mahupun syarikat. Perkongsian lebih mudah difahami dengan berkongsi sesuatu
perkara secara bersama. Menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Kedua, kediaman
merupakan kawasan tempat tinggal. Kediaman juga secara umumnya boleh
didefinisikan sebagai tempat kediaman yang terdiri seperti berbentuk rumah, rumah
pangsa, rumah teres, apartmen dan lain-lain lagi. Oleh yang demikian, perkongsian
kediaman dapat difahami dengan membawa maksud berkongsi satu kediaman bersama-
sama orang lain.
3.2.5 Kediaman Pangsapuri
Pangsapuri merupakan sejenis unit perumahan lengkap diri. Bangunan pangsapuri ini
juga boleh dipanggil sebagai bangunan rumah pangsa, blok bangunan flat atau blok
rumah agam (Wikipedia 2020). Rumah pangsapuri juga dikatakan terdiri daripada lebih
daripada satu unit biji rumah di dalamnya dan ia juga direka khas bagi tujuan kegunaan
domestik (Encyclopaedia Britannica, First Edition). Tambahan pula, menurut
Encyclopaedia Britannica First Edition, kediaman jenis pangsapuri telah wujud sejak
berabad lalu pembinaanya bagi memenuhi keperluan bagi penduduk mendapatkan
tempat tinggal.
Kediaman merupakan sebuah tempat di mana hidupan seperti manusia dan haiwan
boleh menetap di dalamnya. Menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Kedua,
kediaman merupakan kawasan tempat tinggal. Kediaman juga secara umumnya boleh
didefinisikan sebagai tempat kediaman yang terdiri seperti berbentuk rumah, rumah
pangsa, rumah teres, apartmen dan lain-lain lagi. Menurut Kamus Dewan dan Pustaka
17
Edisi Keempat, pangsapuri merupakan rumah pangsa moden yang lazimnya besar dan
luas dan dipenuhi dengan beberapa kelengkapan dan kemudahan untuk penghuni di situ.
Pangsapuri juga merupakan sebuah bangunan yang mengandungi sebilangan rumah di
dalamnya. Oleh yang demikian, kediaman pangsapuri merujuk kepada tempat tinggal
atau rumah yang berada di dalam sesebuah bangunan yang dikenali sebagai pangsapuri.
Menurut Kuo et al. 2011; Machiha 2005; Paris & Kangari 2005, dalam artikel Rohaya
Ghani et al. (2014), perumahan bertingkat merupakan skim perumahan yang
mempunyai pelbagai kemudahan contohnya laluan pintu masuk, kolam renang, tempat
pembuangan sampah, halaman persendirian dan taman permainan tertutup yang
membolehkan penghuni petak menggunakan hara bersama secara berkongsi oleh
kesemua penghuni. Tambahan pula perumahan bertingkat merupakan perumahan yang
diminati oleh segolongan masyarakat (Rohaya Ghani, Mastura Jaffar & Mohd Yahaya
Mohd Daud 2014).
Menurut Rohaya Ghani, Mastura Jaffar & Mohd Daud (2014), perumahan bertingkat
juga turut dikenali sebagai kondominium, pangsapuri, apartmen atau flat mengikut
negara-negara tertentu. Namun demikian, menurut Jamila (2014) dalam artikel Rohaya
Ghani, Mastura Jaffar & Mohd Daud (2014) menyatakan bahawa perumahan bertingkat
di Malaysia dibahagikan kepada tiga jenis iaitu rumah pangsa atau flat, pangsapuri dan
kondominium mengikut kemudahan yang disediakan.
3.3 KAJIAN LEPAS
Ulasan kajian lepas merupakan satu perkara penting dalam menjalankan kajian baharu.
Melalui ulasan kajian lepas, pengkaji dapat membuat penilaian ke atas penemuan kajian
oleh penyelidik terdahulu berkaitan dengan fokus kajian. Ulasan kajian lepas dalam
kajian ini adalah memfokuskan kepada kesan keselamatan yang diterima oleh penghuni
tempatan akibat perkongsian kediaman bersama penghuni asing di luar negara dan di
Malaysia.
3.3.1 Masalah Yang Mengugat Keselamatan Penghuni Pangsapuri Akibat
Perkongsian Kediaman Bersama Pendatang Asing
Kehadiran pendatang asing ke dalam negara telah menyebabkan wujudnya perkongsian
kediaman bersama penduduk tempatan. Perkongsian kediaman di antara penghuni
tempatan dan penghuni asing yang berlaku di Pangsapuri Berembang Indah telah
menimbulkan masalah dalam aspek keselamatan. Oleh yang demikian, terdapat
beberapa masalah yang telah menggugat keselamatan penghuni tempatan kerana
kehadiran penghuni asing dalam kawasan kediaman.
a. Kemudahan Kediaman Dimonopoli Oleh Penghuni Daripada Pendatang
Asing
Menurut Intan Suria Hamzah & Sity Daud (2016), musuh kedua bagi negara adalah
kemasukan daripada pendatang asing ke dalam negara. Menurut Intan Suria Hamzah &
Sity Daud (2016) Malaysia kini sedang menghadapi cabaran dalam menangani isu dan
masalah yang ditimbulkan oleh pendatang asing seperti pengedaran dadah, pecah
rumah, kerosakan harta benda, memonopoli perniagaan, penempatan haram, pergaulan
18
bebas dan sebagainya. Hal ini demikian dapat dilihat bahawa kemasukan pendatang
asing ke sesebuah kawasan akan memberikan kesan negatif. Hal ini demikian kerana
kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji turut menunjukkan bahawa kedatangan
pendatang asing akan menyebabkan masalah memonopoli sesuatu kemudahan yang
disediakan kepada masyarakat tempatan.
Selain itu juga, sebahagian mereka yang bekerja di negara ini telah dikenali
mengambil peluang-peluang perniagaan daripada orang tempatan (Intan Suria Hamzah
& Sity Daud 2016). Tambahan pula, keadaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati
terhadap penduduk tempatan kerana mereka ini tidak mempunyai permit lesen
perniagaan yang sah dan masalah kebersihan kawasan premis dan perniagaan (Intan
Suria Hamzah & Sity Daud 2016). Hal ini demikian telah menunjukkan bahawa
kehadiran pendatang asing telah mewujudkan masalah memonopoli kemudahan yang
disediakan kepada penduduk tempatan. Oleh yang demikian, kemudahan yang
disediakan kepada penduduk tempatan digunakan oleh pendatang asing.
Seterusnya, kehadiran pendatang asing dalam kawasan penempatan semestinya
mendatangkan kesan terhadap hak penghuni tempatan. Hal ini demikian dapat dilihat di
mana kehadiran pendatang asing ke dalam negara akan melibatkan diri mereka dalam
aktiviti perniagaan, misalnya dengan membuka gerai-gerai makanan, kedai runcit dan
sebagainya (Jabatan Penerangan Malaysia). Hal ini demikian juga dapat dilihat di mana
akan mewujudkan isu pemonopolian kemudahan-kemudahan awam yang lebih
memfokuskan kepada pengguna bukan tempatan. Oleh yang demikian, dapat dibuktikan
bahawa dengan kehadiran pendatang asing ke dalam sesebuah kawasan akan
menjejaskan hak penduduk tempatan (Jabatan Penerangan Malaysia 2015).
Pemonopolian oleh pendatang asing dalam kemudahan perumahan yang
ditawarkan kepada penduduk tempatan turut berlaku di luar negara seperti Amerika
Syarikat, apabila dilaporkan jumlah pemilikan rumah adalah dimiliki oleh pendatang
asing berbanding penduduk tempatan (Singer, Hardwick & Brettel 2009). Hal ini
demikian dapat dilihat bahawa kemasukkan pendatang asing ke dalam sesebuah
kawasan akan menggugat pemilikan hak milik kemudahan yang disediakan kepada
penduduk tempatan. Menurut Sturtevant (2017), kebanyakan pendatang asing dapat
ditemui petempatan mereka di kawasan-kawasan bandar. Oleh yang demikian,
kemudahan yang ditawarkan tidak dapat digunakan oleh penduduk tempatan.
Seterusnya, kemudahan kediaman yang pada awalnya disediakan kepada
penghuni tempatan telah dimonopoli oleh pendatang asing seperti di Los Angelas,
Chigaco dan Miami (Ramey 2013). Hal ini demikian kerana populasi kehadiran
pendatang asing ke dalam kawasan kejiranan di kawasan tersebut telah melangkaui
jumlah penghuni tempatan (Ramey 2013). Hal ini demikian dapat dilihat bahawa
kehadiran pendatang asing yang mendiami sesebuah petempatan akan menyebabkan
penduduk tempatan hilang keistimewaannya. Hal ini demikian juga kerana penghuni
tempatan tidak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan malah terpaksa
berpindah ke tempat lain. Justeru itu, kehadiran pendatang asing dalam isu perkongsian
kediaman bersama penghuni tempatan telah mencetuskan pelbagai masalah.
Senario ini turut berlaku di luar negara seperti Amerika Syarikat yang banyak
menerima kehadiran warga asing ke dalam negaranya. Menurut Adam dan Osho (2008)
dalam kajiannya telah menunjukkan peningkatan dalam bilangan warga asing yang
19
menetap di Amerika Syarikat bermula dari tahun 1995 sehingga tahun 2005. Hal ini
juga turut dibuktikan dalam laporan yang dinyatakan oleh McGaha dan Kudlowitz
(2008). Kawasan petempatan yang melibatkan kawasan bandar telah menjadi tumpuan
pendatang asing untuk menetap tetapi tidak dinafikan bahawa trend baharu telah dikenal
pasti di mana mereka telah menjadikan kawasan luar bandar sebagai destinasi untuk
petempatan didirikan (Adam & Osho 2008). Keadaan ini telah mengambarkan bahawa
kedatangan pendatang asing yang ramai akan menyebabkan persaingan dalam
mendapatkan kemudahan asas terutamanya isu kediaman di antara penduduk tempatan
dan penduduk bukan tempatan. Oleh yang demikian, kehadiran pendatang asing ke
dalam kawasan kediaman akan menyebabkan pemonopolian kemudahan perumahan
berlaku.
Pemonopolian kemudahan kediaman turut berlaku di sebuah pangsapuri
tempatan. Hal ini berlaku di mana penghuni daripada bangsa asing terutamanya dari
Bangladesh kerap menggunakan kemudahan lif serta menyewa rumah-rumah kedai
yang pada asalnya diperuntukkan kepada penduduk tempatan (Aduan Rakyat 31 Julai
2019). Keadaan ini menyebabkan penghuni tempatan perlu menggunakan laluan
bertangga untk naik dan turun. Tambahan pula, penghuni tempatan di kawasan
kediaman tersebut dikatakan kurang melalui leretan rumah kedai yang dikendali oleh
penghuni asing tersebut (Aduan Rakyat 31 Julai 2019). Hal ini demikian kerana
kebimbangan aspek keselamatan penghuni tempatan mungkin terancam sekiranya
melalui kawasan tersebut. Oleh yang demikian, kehadiran penghuni asing ini
menyebabkan limitasi kepada pengguna tempatan untuk bergerak bebas dan
menggunakan kemudahan kediaman yang disediakan.
b. Keadaan Persekitaran Kediaman Menjadi Kotor
Kedatangan penghuni daripada bangsa asing ini telah mencetuskan permasalahan dari
segi pencemaran alam sekitar di kawasan kediaman. Hal ini demikian kerana penghuni
kediaman yang terdiri daripada bangsa asing ini gemar melakukan aktiviti pembuangan
sampah secara merata-rata. Menurut Nor Aini & Goh (2009), impak daripada
berlakunya globalisasi ke atas pertumbuhan ekonomi dunia adalah seperti berlakunya
migrasi antarabangsa sama ada pendatang asing mahupun pelarian, isu alam sekitar,
jurang pelaburan asing dan lain-lain. Hal ini demikian kerana berdasarkan kajian yang
telah dilakukan menunjukkan bahawa kedatangan pendatang asing ke dalam negara
turut menyumbang kepada isu pencemaran persekitaran menjadi kotor. Justeru itu,
keadaan persekitaran yang semakin kotor memberikan permasalahan kepada penghuni
tempatan.
Tambahan pula, penduduk tempatan di sebuah kawasan kediaman telah
mendakwa kehadiran warga asing telah menyebabkan kawasan kediaman menjadi kotor
(Ibrahim Isa 2018). Hal ini demikian kerana jumlah sampah yang dibuang terlalu
banyak sehingga melebihi kapasiti muatan tong sampah yang disediakan. Tambahan
pula, keadaan bertambah buruk dengan kehadiran anjing yang menyelongkar sampah
dan menyebabkan sampah tersebut bertaburan dan berselerak (Ibrahim Isa 2018).
Keadaan ini telah membuktikan bahawa kehadiran warga asing yang ramai dalam
sesebuah kawasan kediaman akan menyebabkan masalah sampah berlaku. Hal ini
demikian kerana daya tampung muatan sisa pepejal yang disediakan melebihi had
20
muatan yang disediakan untuk penghuni tempatan. Justeru itu, keadaan kediaman akan
menjadi kotor dan menyebabkan ketidakselesaan di kalangan penduduk tempatan.
Seterusnya, kehadiran warga asing dalam sesebuah kawasan kediaman
semestinya mewujudkan persekitaran yang kurang membersihkan. Situasi ini dapat
dibukti apabila penduduk di Pangsapuri Cheras Ria juga turut menerima nasib
sedemikian (Bernama 5 Mei 2017). Penduduk tempatan di pangsapuri tersebut
mendakwa bahawa sikap tidak bertanggungjawab penghuni yang terdiri daripada warga
asing ini gemar membuang sampah di kawasan laluan bertangga pangsapuri tersebut
(Bernama 5 Mei 2017). Tambahan pula, rentetan daripada keadaan ini juga, dibuktikan
bahawa Pangsapuri Cheras Ria telah dilabelkan sebagai kawasan hitam demam denggi
akibat keadaan kawasan kediaman mereka yang kotor (Bernama 5 Mei 2017).
Situasi yang sama berlaku apabila dikatakan kawasan kediaman di Pangsapuri
Alora di Shah Alam turut menjadi kawasan panas bagi isu denggi kerana keadaan
persekitaran kediaman mereka yang kotor (Berita Harian 21 Ogos 2019). Tambahan
pula, dikatakan peningkatan wabak denggi di kawasan kediaman mereka berlaku
disebabkan kehadiran warga asing yang ramai (Berita Harian 21 Ogos 2019). Justeru
itu, kehadiran penghuni daripada warga asing akan mengundang kepada peningkatan
pencemaran dalam kawasan kediaman.
Kehadiran pendatang asing ke dalam kawasan kediaman akan memberikan
impak negatif kepada petempatan penghuni tempatan. Senario ini turut berlaku di
Jupiter, Florida yang menempatkan ramai pendatang asing yang menetap di kawasan
tersebut (Vega & Steigenga 2013). Hal ini demikian kerana dikatakan bahawa kehadiran
pendatang asing ke dalam kawasan kejiranan telah mencetuskan aduan daripada pihak
penghuni tempatan bahawa penghuni daripada bangsa asing ini sering mengotorkan
persekitaran kediaman, membuat bising serta masalah lain (Vega & Steigenga 2013).
Oleh yang demikian dapat dilihat perkongsian kediaman bersama pendatang asing telah
mencetuskan isu sampah dalam kawasan penempatan.
c. Wujudnya Perbuatan Tidak Bermoral di Kawasan Kediaman
Menurut Intan Suria Hamzah & Sity Daud (2016), mengatakan dalam kajian yang telah
dilakukan kemasukan pendatang asing ke dalam negara telah menimbulkan masalah
seperti ancaman dalam aspek keselamatan terhadap penduduk serta wujudnya pergaulan
bebas dalam kalangan mereka. Hal ini demikian dapat dilihat pergaulan bebas merupakan
suatu perbuatan yang tidak bermoral dan mampu memberikan kesan yang negatif
kepada penghuni tempatan. Tambahan pula, permasalahan yang timbul di kawasan
kediaman seperti perbuatan tidak bermoral ini telah disokong oleh kajian- kajian lepas
yang dilakukan oleh para tokoh ilmuan.
Selain itu, menurut Azita Ali et al. (2015), di dalam kajiannya yang dijalankan
di sebuah kawasan perumahan yang menunjukkan penemuan hasil kajiannya banyak
menyatakan tentang luahan penduduk di kawasan kediaman tersebut di mana mereka
terpaksa berdepan dengan kes kecurian yang kerap berlaku di kawasan perumahan
mereka. Hal ini demikian dapat dilihat perbuatan sedemikian merupakan satu perbuatan
yang tidak bermoral. Tambahan pula, sejak tahun 1970-an kes jenayah keganasan dan
harta benda telah banyak dihiasi di dada-dada akhbar, media elektronik dan menjadi
21
perbualan masyarakat (Mustaffa 2007). Hal ini demikian juga telah menunjukkan
bahawa sering berlaku masalah perbuatan tidak bermoral dalam sesebuah kawasan
kediaman.
Di samping itu, kehadiran warga asing yang menghuni kediaman bersama
penduduk tempatan turut mendatangkan kemarahan dalam kalangan mereka. Hal ini
demikian kerana warga asing yang menetap bersama mereka seringkali bertindak
membuang sampah dari tingkat atas blok pangsapuri. Tambahan pula, keadaan
bertambah buruk terdapat segelintir daripada mereka gemar membuang sisa sirih, botol-
botol minuman keras di lorong-lorong laluan penjalan kaki serta membuat bising pada
waktu malam (Bernama 5 Mei 2017). Hal ini demikian telah menunjukkan bahawa
kehadiran warga asing dalam kawasan kediaman mewujudkan isu perbuatan tidak
bermoral dalam kalangan mereka seperti membuang bekas minuman keras merata-rata.
Justeru itu, perkongsian kediaman bersama warga asing memberikan implikasi yang
negatif kepada penduduk tempatan.
Seterusnya, perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh penghuni daripada
warga asing ini juga turut dapat dibuktikan apabila telah berlaku satu kes di sebuah
kediaman tempatan di mana warga asing tersebut melakukan aksi tidak senonoh di
hadapan pintu rumah seorang wanita tempatan (Mstar 23 Oktober 2019). Hal ini
demikian telah menyebabkan penghuni merasa tidak selesa dan terancam dengan sikap
yang ditunjukkan oleh penghuni asing dalam kediaman mereka. Justeru itu, perkongsian
kediaman bersama pendatang asing akan memberikan kesan yang negatif terutamanya
dalam aspek keselamatan.
Menurut Azhar (2012) dalam artikel Oliver et al. (2017) mengatakan
kebanyakan kes jenayah berlaku adalah dikaitkan dengan pendatang asing. Tambahan
pula, menurut Azhar (2012) dalam artikel Oliver et al. (2017), turut mengkaitkan
bahawa jenayah yang sering dilakukan oleh pendatang asing ini adalah seperti
melakukan gangguan seksual, vandalisme, merompak dan pergaduhan bersama
penduduk tempatan di kawasan kediaman turut sering berlaku. Aktiviti tidak bermoral
seperti mabuk dan bercakap kasar terhadap penghuni tempatan turut berlaku (Oliver et
al. 2017). Hal ini demikian telah membuktikan bahawa perkongsian kediaman bersama
pendatang asing akan mewujudkan masalah tidak bermoral di kawasan kediaman.
Kehadiran penghuni asing ke dalam kawasan perumahan turut membawa
kepada kerisauan penduduk tempatan terutamanya dari aspek keselamatan. Hal ini
dapat dibuktikan apabila seorang penduduk tempatan telah menyatakan pernah menjadi
mangsa dalam kes ragut dan pecah rumah yang didalangi oleh warga asing (Ahmad
Fazdly Esa 2010). Kemunculan perbuatan tidak bermoral ini telah membawa ancaman
keselamatan kepada penduduk tempatan di kawasan kediaman tersebut. Oleh yang
demikian, dapat dilihat bahawa kehadiran pendatang asing terutamanya banyak
menimbulkan permasalahan di kalangan penduduk tempatan.
3.3.2 Kesan Yang Perlu Dihadapi Oleh Penghuni Tempatan Akibat Daripada
Perkongsian Kediaman Bersama Pendatang Asing
Perkongsian kediaman bersama penghuni asing telah menimbulkan masalah di
kediaman Pangsapuri Berembang Indah, Ampang. Senario yang berlaku di kawasan
pangsapuri tersebut telah menyebabkan penghuni tempatan terkesan dengan kehadiran
22
mereka dalam kawasan kejiranan. Hal ini demikian kerana keselamatan dan keselesaan
penghuni tempatan telah terganggu. Justeru itu, terdapat beberapa kesan yang terpaksa
dihadapi oleh penghuni tempatan di Pangsapuri Berembang Indah akibat daripada
perkongsian kediaman bersama warga asing.
a. Mendatangkan Ketidakselesaan Di Dalam Kawasan Kediaman
Menurut Intan Suria Hamzah & Sity Daud (2016), keadaan persekitaran yang tidak
bersih dan tidak teratur akan mengakibatkan penyakit berjangkit disebarkan secara
meluas. Hal ini demikian kerana berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji,
menyatakan bahawa pendatang asing yang datang memasuki negara segelintirnya
mengalami masalah kesihatan yang kurang baik. Keadaan ini akan menyebabkan
penularan penyakit berjangkit berlaku dalam kalangan penduduk tempatan. Justeru itu,
akan memberikan ancaman dan menyebabkan perasaan tidak selesa kepada penduduk
tempatan di sesebuah kawasan.
Ibrahim Isa (2018), kehadiran warga asing yang menduduki lebih 100 buah biji rumah
di dalam kawasan kediaman telah membimbangkan penghuni tempatan. Hal ini
demikian kerana penduduk tempatan di kawasan kediaman tersebut telah mendakwa
kehadiran warga asing telah menyebabkan kawasan kediaman menjadi kotor di samping
membimbangkan keselamatan penduduk wanita (Ibrahim Isa 2018). Tambahan pula,
menurut artikel yang ditulis oleh Ibrahin Isa (2018), majikan telah menempatkan 15
hingga lebih 20 orang warga asing dalam setiap rumah. Keadaan ini telah menimbulkan
masalah bising dan sampah. Rentetan senario yang berlaku ini telah menyebabkan
penghuni tempatan di kawasan kediaman tidak selesa dan terganggu. Oleh yang
demikian, kehadiran warga asing dalam perkongsian kediaman akan mewujudkan
masalah ketidakselesaan di kalangan penghuni tempatan.
Menerusi Bernama (5 Mei 2017), menyatakan bahawa kehadiran pendatang asing yang
turut menetap bersama penghuni tempatan di Pangsapuri Cheras Ria telah mengakibat
kehidupan mereka menjadi tidak kurang selesa kerana sikap penghuni yang terdiri
daripada warga asing ini gemar membuang sampah dan melepak. Tambahan pula,
keadaan menjadi semakin parah tatkala terdapat segelintir sikap penghuni yang terdiri
daripada warga asing ini sering membuang objek keras dan membuat bising pada waktu
malam (Bernama 5 Mei 2017).
Xiong (2017) menyatakan bahawa kehadiran pendatang asing yang ramai dalam
sesuatu kawasan akan menyebabkan berlakunya masalah kesesakan, tahap
keterdedahan yang tinggi terhadap penyakit berjangkit serta kemudah terancaman
dalam aspek keselamatan fizikal. Meskipun masalah ini turut dihadapi dalam kalangan
penghuni daripada pendatang asing itu sendiri malah penduduk tempatan juga turut
merasakan tempiasnya. Hal ini demikian kerana, kehadiran pendatang asing yang ramai
dalam sesebuah kawasan ini akan menyebabkan penduduk tempatan yang menetap di
kawasan tersebut kurang selesa dengan persekitaran yang didiami. Justeru itu,
perkongsian kediaman bersama pendatang asing ini akan menyebabkan keselesaan
penduduk tempatan terganggu.
23
Menurut Tanasescu & Smart (2010) dalam artikel Thomas (2013) peningkatan
kehadiran pendatang asing dalam komuniti kediaman akan mengakibatkan berlakunya
kesesakan dalam sesebuah kawasan. Menurut Thomas (2013), seramai 44 peratus isi
rumah di Calcary adalah terdiri daripada penduduk bukan tempatan. Malah petempatan
yang didiami oleh pendatang asing ini turut dikongsi bersama dengan penduduk
tempatan (Thomas 2013). Hal ini demikian dapat membuktikan bahawa perkongsian
bersama pendatang asing akan memberikan ketidakselesaan kepada penduduk
tempatan. Tambahan pula, dengan bilangan penghuni daripada bangsa asing yang ramai
ini akan mengakibatkan penduduk tempatan tidak selesa akan kehadiran mereka kerana
faktor berlain budaya dan tradisi yang diamati. Oleh yang demikian, ia akan
menambahkan lagi tahap ketidakselesaan di kalangan penghuni tempatan di sesebuah
kawasan kediaman.
Menurut Berita Harian (23 Mac 2019), kehadiran warga asing ke dalam kawasan
kediaman telah mengundang ketidakselesaan di kalangan penduduk tempatan. Hal ini
demikian kerana peningkatan kes jenayah yang melibatkan warga asing dalam kawasan
kediaman penduduk tempatan. Menurut Berita Harian (23 Mac 2019), seorang wanita
tempatan telah mengalami detik cemas apabila seorang warga asing daripada Myanmar
telah menyerang mangsa di sekitar kawasan kediamannya. Perasaan keterancaman telah
menyebabkan penduduk tempatan tidak dapat menjalani kehidupan mereka dalam
keadaan sejahtera dan diselubungi perasaan kerisauan serta terancam. Oleh yang
demikian, kehadiran warga asing yang semakin meningkat terutamanya di kawasan
kediaman telah mengundang masalah kepada penduduk tempatan.
Seterusnya, menurut Adam dan Osho (2008) dalam artikel penulisannya turut
mengatakan bahawa peningkatan kehadiran warga asing ke kawasan kediaman telah
mengundang kepada ketidakselesaan dalam kalangan penduduk tempatan. Hal ini
demikian kerana kehadiran mereka yang semakin meningkat di suatu kawasan telah
mengakibatkan “overcrowding” dalam petempatan terutamanya di dalam kawasan
bandar dan luar bandar (Adam & Osho 2008). Menurut Adam dan Osho (2008),
kesesakan dalam sebuah kawasan akan lebih cenderung membawa kepada keadaaan
yang tidak sihat dan tahap keselamatan menjadi rendah. Justeru itu dapat dilihat bahawa
kehadiran warga asing yang ramai akan mengakibatkan ketidakselesaan dalam kalangan
penghuni tempatan.
Senario ini juga turut berlaku di kawasan kediaman rumah pangsa di Kampung
Haji Abdullah Hukum, di mana kehadiran warga asing yang ramai telah mencetus
masalah kebersihan (Amira Nutfah Zulkifli 2016). Menurut Amira Nutfah Zulkifli
(2016) kelakuan penghuni asing yang tidak menjaga kebersihan telah menyebabkan
penghuni tempatan berasa tidak selesa. Hal ini demikian kerana kelakuan penghuni
asing yang gemar membuang air kecil di merata-rata dan dianggap sebagai kelakuan
normal bagi mereka. Hal ini demikian telah meningkatkan lagi rasa tidak selesa di
kalangan penghuni tempatan. Hal ini demikian juga kerana penghuni tempatan terpaksa
menghidu bau busuk di sekitar kawasan kejiranan mereka. Tambahan pula, penghuni
tempatan juga berasa kurang senang dengan kehadiran penghuni asing yang menyewa
di tempat yang sama. Hampir separuh penyewa di kawasan kediaman itu didiami oleh
penghuni asing (Amirah Nutfah Zulkifli 2016). Oleh yang demikian, situasi ini telah
mendatangkan ketidakselesaan kepada penghuni tempatan untuk menjalankan
kehidupan seharian.
24
b. Aktiviti Harian Tidak Dapat Dilakukan Dengan Bebas
Kehadiran pendatang asing jelas telah menggugat keamanan masyarakat setempat. Hal
ini demikian kerana berdasarkan kajian yang dilakukan kehadiran pendatang asing
dalam sesebuah kawasan akan memberikan ancaman kepada penduduk tempatan. Hal
ini demikian juga akan menyebabkan kehidupan penduduk tempatan menjadi terancam
dan aktiviti luar tidak dapat dilakukan dengan bebas. Menurut Intan Suria Hamzah &
Sity Daud (2016), kawasan sekitar Selangor dan bandaraya Kuala Lumpur telah
menunjukkan masyarakat di sekitar kawasan tersebut telah di ganggu gugat. Oleh yang
demikian, dapat ditafsirkan bahawa kehidupan masyarakat di kawasan tersebut menjadi
terancam dan terhad.
Keselamatan individu di kawasan perumahan adalah merangkumi keselamatan
ahli keluarga dan fokus utama adalah kepada keselamatan anak-anak mereka (Azita Ali
et al. 2015). Dalam kajian Md Sakip (2013) di dalam kajian Nor Hayatie Abdul Halim
(2015), menegaskan bahawa penduduk yang sudah berkahwin mempunyai ketakutan
yang lebih tinggi daripada jenayah kerana mereka lebih prihatin tentang keselamatan
keluarga dan anak-anak mereka. Hal ini demikian dapat dilihat bahawa kehadiran
pendatang asing dalam kawasan kediaman akan menyebabkan penghuni tempatan
merasa terancam dan aktiviti harian mereka menjadi terhad. Hal ini demikian juga
kerana mereka terpaksa sentiasa memastikan keselamatan anak-anak mereka terjamin.
Oleh yang demikian, anak-anak mereka tidak dapat bermain atau berjalan seorang di
kawasan kediaman. Keadaan ini berlaku kerana ibu bapa khuatir tentang keselamatan
anak mereka. Justeru itu, aktiviti harian penghuni tempatan menjadi terhad.
Tambahan pula, kehadiran pendatang asing ke dalam kediaman telah
menyebabkan isu keselamatan penghuni tempatan menjadi semakin tergugat. Hal ini
demikian dapat dilihat apabila seorang penghuni tempatan mendakwa bahawa
kehadiran golongan ini telah mewujudkan kes-kes kecurian dan pecah rumah (Bernama
5 Mei 2017). Keadaan ini menyebabkan penghuni tempatan merasa terancam dan
aktiviti harian mereka untuk keluar rumah menjadi terhad serta terganggu
keamanannya.
Menurut (Valenzula et al. 2006; Valenzula 2007) dalam artikel Vega &
Steigenga (2013) kehadiran pendatang asing daripada luar ke kawasan kejiranan akan
mewujudkan isu keselamatan serta kesihatan. Keadaan ini sedikit sebanyak telah
membawa kepada konflik dalam komuniti penghuni kediaman (Vega & Steigenga
2013). Hal ini demikian juga turut menyebabkan penghuni tempatan akan merasa
terancam akan kehadiran penghuni berbangsa asing. Justeru itu, pergerakan penghuni
tempatan akan menjadi terbatas kerana bimbang akan keterancaman yang dicetuskan
oleh penghuni yang terdiri daripada bangsa asing ini.
Menurut Harian Metro 2 Mei 2020, kehadiran pendatang asing ke kawasan
kediaman tempatan telah menimbulkan ketakutkan di kalangan penghuni tempatan. Hal
ini demikian kerana terdapat kes di sebuah pangsapuri awam yang melibatkan seorang
pengawal keselamatan dari bangsa asing yang telah bertindak memukul seorang warga
tempatan yang dipercayai sedang mahu menghantar makanan (Berita Harian 2 Mei
2020). Keadaan ini sedikit sebanyak telah memberikan perasaan keterancaman terhadap
25
penghuni tempatan. Oleh yang demikian, senario ini telah menganggu keselesaan
penghuni tempatan untuk menjalani kehidupan mereka di kawasan kediaman.
Menurut Kubrin & Ishizawa (2012), mengatakan bahawa kehadiran warga asing ke
kawasan kediaman telah meningkatkan kes jenayah. Hal ini demikian telah
menyebabkan penduduk tempatan merasakan terancam dan tidak selamat. Kubrin &
Ishizawa (2012), turut mengatakan kehadiran warga asing di dalam kawasan kejiranan
telah meningkatkan bilangan kes pembunuhan. Oleh yang demikian, keadaan ini telah
menyebabkan penduduk tempatan tidak dapat melakukan aktiviti harian dengan bebas.
c. Kemudahan Kediaman Tidak Dapat Digunakan
Menurut Kamaruddin (2006) dalam kajian Mustaffa (2007) mendedahkan bahawa
kebanyakan kes jenayah yang melibatkan harta benda masih mengalami peningkatan
kadar walaupun setelah Program Bandar Selamat telah dilaksanakan. Azita Ali et al.
(2015), menyatakan di dalam kajiannya bahawa meskipun telah banyak langkah telah
diambil tetap masih lagi berlaku jenayah harta benda. Hal ini demikian dapat dilihat
apabila berlaku keadaan sedemikian akan menyebabkan penduduk di sesebuah kawasan
tidak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan dengan baik. Justeru itu,
kemudahan yang disediakan untuk penduduk tidak dapat digunakan.
Menurut Oliver et al. (2017) perkongsian kediaman di antara penghuni tempatan
dan penghuni daripada kalangan pendatang asing telah memberikan ketidakselesaan
kepada penghuni tempat. Hal ini demikian kerana pennghuni tempatan terpaksa
berkongsi kemudahan fasiliti yang disediakan di kawasan kediaman bersama penghuni
asing (Oliver et al. 2017). Hal ini turut dapat dibuktikan dengan kehadiran pendatang
asing yang menetap di sebuah pangsapuri tempatan di Damansara Damai dan Taman
Perumahan Rakyat Lima Kedai (Oliver et al. 2017). Oleh yang demikian, penghuni
tempatan tidak dapat menggunakan kemudahan kediaman yang disediakan.
3.3.3 Langkah Mengatasi Masalah Keselamatan Akibat Daripada Perkongsian
Kediaman Bersama Pendatang Asing
Perkongsian kediaman bersama penghuni asing telah memberikan kesan terhadap
penghuni tempatan di Pangsapuri Berembang Indah. Bagi mengurangkan kesan yang
dihadapi oleh penghuni tempatan akibat perkongsian bersama penghuni asing ini,
beberapa langkah telah diambil untuk memastikan keselamatan penghuni terjamin.
a. Operasi Daripada Pihak Berkuasa
Bagi menangani isu keselamatan yang sering dihadapi oleh penduduk tempatan, operasi
daripada pihak berkuasa kerap dilakukan. Menurut Intan Suria Hamzah & Sity Daud
(2016) menerusi kajian yang telah dilakukan, pihak polis terpaksa melakukan
penambahkan peruntukan bagi meningkatkan kawalan dan perkhidmatan. Tambahan
pula, pihak polis turut mengadakan beberapa operasi dan bertindak tegas terhadap
pendatang asing yang terbabit dalam jenayah (Intan Suria Hamzah & Sity Daud 2016).
Menerusi kajian yang dilakukan ini, langkah yang perlu dilakukan bagi mengatasi
26
masalah keselamatan dalam kalangan penduduk tempatan ini adalah perlunya operasi
daripada pihak berkuasa dengan lebih efektif dan kerap lagi. Oleh yang demikian,
permasalahan yang dihadapi oleh penduduk tempatan dalam aspek keselamatan
misalnya dapat dibendung.
Selain itu, pihak berkuasa turut bersama-sama membantu membanteras isu ini
daripada terus berlaku. Hal ini demikian kerana program pemantauan yang dilakukan
oleh pihak berkuasan adalah bertujuan untuk mengawal dan menguruskan warga asing
yang berada di Malaysia. Pemantauan ini dikenali sebagai Operasi Nasihat yang mana
pemeriksaan terhadap PATI akan diadakan (Jabatan Penerangan Malaysia 2015). Hal
ini demikian kerana program pemantauan yang dilakukan oleh pihak berkuasa ini telah
membantu dalam menangani isu kehadiran pendatang asing yang hadir di dalam negara.
Justeru itu, permasalahan yang dihadapi oleh penduduk tempatan dapat diatasi.
Seterusnya, serbuan daripada pihak berkuasa seperti Jabatan Imigresen turut
dilakukan untuk membanteras kehadiran pendatang asing yang mendiami kawasan
kediaman tempatan. Hal ini demikian dapat dibukti iaitu seramai 130 pendatang asing
tanpa izin yang berasal daripada Afrika telah ditahan oleh pihak imigresen di kawasan
Kajang dan Puchong (Berita Harian 21 Jun 2019). Tambahan pula, serbuan dilakukan
kerana susulan aduan daripada penduduk tempatan yang menyatakan kehadiran
pendatang asing di kawasan mereka sering menimbulkan masalah sosial serta telah
menganggu ketenteraman kejiranan mereka (Berita Harian 21 Jun 2019). Oleh yang
demikian, peranan operasi daripada pihak berkuasa dalam membendung permasalahan
ini dapat membantu meningkatkan sekuiriti keselamatan penduduk tempatan dalam
kawasan kediaman mereka.
Tambahan pula, Ops Cegah Jenayah Khas Tangkap PATI oleh pihak berkuasa
daripada Balai Polis Ampang jaya telah dilakukan di sebuah pangsapuri tempatan dalam
menangani masalah kebanjiran warga asing yang menentap di kawasan kediaman
penduduk tempatan (Aduan Rakyat 31 Julai 2019). Tambahan pula menerusi ops
tangkapan tersebut telah melibatkan serbuan ke atas presmis-premis haram yang
dikendalikan oleh warga asing di bahagian bawah pangsapuri serta rumah sewa mereka
(Aduan Rakyat 31 Julai 2019). Menerusi serbuan tersebut pihak berkuasa telah berjaya
menahan 111 orang warga asing dan 56 daripada tahan tersebut gagal menunjukkan
dokumen rasmi perjalanan yang sah dan permit perjalanan yang tamat tempoh. Oleh
yang demikian, operasi daripada pihak berkuasa telah membantu dalam menangani isu
keselamatan yang dialami oleh penghuni tempatan akibat daripada perkongsian
kediaman bersama warga asing.
b. Peranan Rukun Tetangga Kediaman
Peranan jawatankuasa Rukun Tetangga di kediaman adalah dengan menganjurkan
kumpulan rondaan yang bertugas mengawasi kawasan kediaman. Hal ini demikian
bertujuan untuk mengurangkan kegiatan jenayah dan masalah yang berlaku di dalam
kawasan kediaman. Ahli anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai oleh
penduduk di kawasan kediaman tersebut. Hal ini demikian dapat dilihat pada sekitar
tahun 2010, penduduk di Taman Teja menubuhkan Kelab Rukun Tetangga untuk
mengawal kawasan kediaman mereka daripada berlaku sebarang masalah.
27
Selain itu, penduduk kawasan kediaman di Seri Gombak A turut melaksanakan
aktiviti perondaan dalam kawasan kediaman (Bernama 11 Februari 2017). Rondaan
dilakukan secara bergilir-gilir oleh sukarelawan yang terdiri daripada penduduk di
kawasan tersebut. Hal ini demikian kerana untuk memastikan kawasan kediaman
sentiasa berada dalam keadaan selamat daripada ancaman luar. Oleh yang demikian,
permasalahan melibatkan ancaman dari luar dalam konteks keselamatan penduduk
dapat dibendung.
Berbeza dengan negara luar seperti Amerika Syarikat, menerusi artikel yang
ditulis (Adam & Osho 2008), telah mengatakan dalam kajiannya bahawa pada tahun
2006, majlis persatuan penduduk telah menyekat pembelian rumah pangsapuri kepada
pendatang asing. Namun demikian, kelonggaran telah diberikan pada hujung tahun
2007 iaitu pembelian dibenarkan kepada mereka yang berstatus keluarga yang memiliki
darah campuran Amerika (Adam & Osho 2008). Hal ini demikian untuk membendung
daripada pemonopolian kawasan kediaman penduduk tempatan. Oleh yang demikian,
keselamatan penduduk tempatan akan terjamin kesejahteraanya.
3.4 KESIMPULAN
Menerusi bab ini dapat menyimpulkan tentang definisi dan konsep yang berkaitan
dengan tajuk kajian yang dijalankan. Penerangan definisi dan konsep serta sorotan
literatur ditulis berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dikaji oleh para pengkaji
dalam bidang tersebut. Menerusi pendefinasian dan konsep yang berkaitan kajian telah
membantu pengkaji untuk membentuk sebuah kerangka teoritikal dalam penyelidikan.
Oleh yang demikian, penerangan yang lebih mendalam terhadap kajian akan
diterangkan di dalam bab yang seterusnya.
28
BAB
4
MASALAH KESELAMATAN PERKONGSIAN KEDIAMAN BERSAMA
WARGA ASING TERHADAP KESELAMATAN PENGHUNI TEMPATAN
PANGSAPURI BEREMBANG INDAH
4.1 PENGENALAN
Menerusi bab 4 ini akan menerangkan tentang masalah yang dihadapi oleh penghuni
tempatan akibat daripada perkongsian kediaman bersama warga asing. Pemonopolian
kemudahan kediaman, persekitaran kediaman menjadi kotor dan wujudnya sikap tidak
bermoral di kalangan penghuni asing merupakan antara masalah yang terpaksa dihadapi
oleh penghuni tempatan di lokasi kediaman tersebut. Namun demikian, tujuan utama
kajian ini adalah untuk mengkaji kesan terhadap keselamatan yang dihadapi oleh
penghuni tempatan akibat daripada perkongsian kediaman bersama penghuni daripada
warga asing. Penyelidikan ini dilakukan berdasarkan daripada kemunculan isu dalam
kalangan penghuni tempatan ketika kediaman mereka didiami oleh penghuni asing.
Oleh yang demikian, menerusi bab ini akan menjelaskan dan membincangkan hasil
kajian yang diperolehi.
4.2 MASALAH KESELAMATAN AKIBAT DARIPADA PERKONGSIAN
LOKASI KEDIAMAN
Bahagian ini membincangkan tentang masalah yang dihadapi oleh penghuni tempatan
akibat daripada perkongsian lokasi kediaman bersama penghuni asing. Perbincangan
melibatkan bilangan nilai skor min dan sisihan piawaian akan diterangkan dengan lebih
mendalam pada bahagian ini. Segala huraian dan alasan yang diberikan oleh penghuni
tempatan adalah berdasarkan kepada masalah yang dihadapi oleh penghuni di kawasan
kajian tersebut. Menerusi medium soal selidik yang telah diberikan pilihan jawapan
menggunakan 5 skala likert bagi menginterpretasi tentang isu keselamatan yang
dihadapi oleh penghuni tempatan akibat daripada perkongisan kediaman bersama
peghuni asing tersebut. 5 skala likert tersebut adalah terdiri daripada sangat tidak setuju,
tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju.
Namun demikian, perbincangan yang dilakukan berdasarkan nilai skor min pula
adalah terhasil daripada analisis daripada nilai skala likert. Penggunaan nilai skor min
adalah bertujuan untuk memperolehi nilai purata daripada keseluruhan tindak balas
yang diberikan oleh penghuni tempatan dalam kajian yang dilakukan. Nilai skor min ini
telah dibahagi kepada tiga jenis kategori iaitu:
1.00 - 1.99 = Rendah
2.00 - 2.99 = Sederhana
3.00 - 4.00 = Tinggi
Tujuan penilaian ini dilakukan adalah bertujuan untuk melihat kebenaran
masalah yang dihadapi oleh penghuni tempatan akibat daripada perkongsian kediaman
bersama penghuni asing di Pangsapuri Berembang Indah, Ampang. Oleh yang
demikian, beberapa soalan telah diajukan kepada penghuni tempatan untuk menilai isu
keselamatan yang terpaksa mereka hadapi di kawasan kediaman tersebut.
29
4.2.1 Pemonopolian Kemudahan yang Terdapat di Pangsapuri Berembang
Indah
Bahagian ini lebih memperincikan tentang isu pemonopolian yang dilakukan oleh
penghuni asing terhadap kemudahan kawasan kediaman tersebut. Pemonopolian ini
telah mengakibatkan penghuni tempatan tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut
dengan baik. Oleh yang demikian, dengan menggunakan skala likert telah
mengambarkan tentang situasi yang dihadapi oleh penghuni tempatan di Pangsapuri
Berembang Indah, Ampang.
a. Penggunaan lif sering digunakan oleh penghuni asing
Penggunaan lif di kawasan kediaman tersebut sering digunakan oleh penghuni bukan
tempatan. Hal ini demikian kerana skor bagi skala likert yang menyatakan setuju telah
menunjukkan rekod paling tinggi. Nilai peratusan yang mewakili skor likert bagi
penghuni tempatan yang bersetuju dengan pernyataan bahawa sering melihat penghuni
asing menggunakan lif adalah sebanyak 64.3 peratus. Manakala, sebanyak 34.3 peratus
telah mewakili penghuni yang menyatakan sangat setuju bagi situasi yang dinyatakan.
Majoritinya dapat dilihat bahawa penghuni di pangsapuri tersebut telah bersetuju
dengan pernyataan situasi yang dinyatakan Hal ini demikikan kerana mereka sering
bertembung dengan penghuni asing ketika menggunakan lif tersebut.
Tambahan pula, kegunaan lif di kalangan penghuni asing ini bertambah sesak
terutamanya melibatkan waktu kemuncak iaitu pada waktu pagi dan petang. Hal ini
demikian kerana pada waktu ini penghuni tempatan dan penghuni asing ini telah
bergerak menuju dan pulang dari tempat kerja. Walau bagaimanapun, kenyataan
tersebut menunjukkan bahawa penghuni tempatan adalah tidak bersetuju. Keadaan ini
mungkin berlaku kerana penghuni tempatan tersebut tidak pernah mahupun jarang
berhadapan menggunakan lif pada waktu-waktu kemuncak. Oleh yang demikian,
sebanyak 1.4 peratus telah menyumbang kepada nilai peratusan tidak setuju.
b. Penghuni tempatan terpaksa menggunakan laluan bertangga untuk naik
dan turun dalam pangsapuri
Bagi pernyataan masalah di mana penghuni terpaksa menggunakan laluan bertangga
untuk naik dan turun dalam pangsapuri iaitu sebanyak 18.6 peratus yang mewakili
penghuni tempatan di pangsapuri tersebut telah menyatakan tidak setuju. Manakala
sebanyak 17.1 peratus pula telah menyatakan tidak pasti tentang situasi di mana
penghuni tempatan di Pangsapuri Berembang Indah terpaksa menggunakan laluan
bertangga. Hal ini demikian kerana mungkin penghuni tempatan yang menyatakan
perkara tersebut jarang dan tidak pernah menggunakan laluan bertangga ketika naik dan
turun di dalam kawasan kediaman. Tambahan pula, penghuni tempatan yang
menyatakan pernyataan tersebut merupakan di antara mereka yang baru menetap di
kawasan kediaman tersebut dan kebanyakkan mereka adalah paling lama adalah dalam
tempoh 3 tahun. Justeru itu, kenyataan penghuni tempatan terpaksa menggunakan
tangga dalam kawasan pangsapuri telah dinafikan oleh mereka.
30
Namun demikian, peratusan tertinggi telah direkodkan iaitu sebanyak 61.4
peratus iaitu melibatkan penghuni tempatan telah bersetuju dengan situasi yang
dihadapi dalam kawasan kediaman. Namun demikian, terdapat 2.9 peratus pula telah
menyatakan rasa sangat bersetuju dengan keadaan di mana penghuni tempatan terpaksa
menggunakan laluan bertangga untuk naik dan turun. Keadaan ini berlaku kerana
penggunaan kemudahan lif sering digunakan oleh penghuni asing berbanding penghuni
tempatan. Tambahan pula, penghuni asing ini sering menaiki lif secara berkumpulan
dan ini menyukarkan penghuni tempatan untuk menggunakannya. Oleh yang demikian,
penghuni tempatan yang menyatakan sangat setuju dengan pernyataan situasi ini
merupakan mereka yang mempunyai pengalaman terpaksa menggunakan laluan
bertangga untuk naik dan turun dalam kawasan kediaman tersebut.
c. Kawasan tapak perniagaan untuk penghuni tempatan berniaga di kawasan
kediaman dimiliki oleh penghuni asing
Seterusnya adalah berkaitan pemonopolian yang melibatkan kawasan tapak perniagaan
yang disediakan di pekarangan bawah Pangsapuri Berembang Indah telah dimilik oleh
penghuni daripada bangsa asing. Catatan rekod paling rendah telah direkodkan adalah
di mana penghuni tempatan menyatakan ketidakpastian tentang situasi yang berlaku di
dalam kawasan kediaman tersebut. Nilai peratusan yang direkodkan bagi mereka yang
menyatakan tidak pasti bagi pernyataan tersebut adalah sebanyak 2.9 peratus. Hal ini
demikian kerana penghuni tempatan merupakan di antara mereka yang tidak pernah
melalui penjalan kaki berhampiran kawasan tapak perniagaan tersebut. Hal ini demikian
juga kerana pangsapuri Berembang Indah ini terbahagi kepada beberapa blok dan hanya
blok hadapan sahaja yang mempunyai rumah kedai. Oleh demikian, wajarlah terdapat
di antara mereka yang menyatakan tidak pasti tentang perkara ini.
Namun demikian, majoriti penghuni tempatan yang ditemui adalah bersetuju
dengan keadaan yang berlaku di kawasan kediaman mereka. Sebanyak 18.6 peratus
telah bersetuju mengatakan bahawa kawasan perniagaan yang disediakan pada asalnya
kepada penduduk tempatan telah dimonopoli oleh warga asing. Skala likert bagi sangat
setuju telah mencatatkan rekod peratusannya iaitu sebanyak 78.6 peratus telah
membenarkan kenyataan berikut. Pemonopolian ini sememangnya telah berlaku
sehingga Pangsapuri Berembang Indah tersebut pernah dilabelkan sebagai “Little
Bangla” kerana kepadatan penjual dan pembeli yang terdiri daripada mereka berbangsa
asing terutamanya daripada Bangladesh (Aduan Rakyat 31 Julai 2019). Justeru itu,
keadaan ini telah memberikan masalah keselamatan kepada penghuni tempatan
Pangsapuri Berembang Indah, Ampang.
Di samping itu juga, kehadiran warga asing ke dalam kawasan kediaman
membuatkan penghuni tempatan berasa tidak berani untuk berada di perkarangan
kawasan kediaman. Hal ini demikian kerana kawasan tapak perniagaan tersebut dimiliki
oleh penghuni asing. Hal ini demikian juga kerana rumah-rumah kedai adalah
kebanyakkannya adalah dimiliki oleh penghuni asing. Tambahan pula, dapat dilihat
bahawa golongan ini telah menjalankan aktiviti premis niaga seperti membuka gerai
makanan dan pelanggannya juga terdiri adalah terdiri daripada warga asing yang
menetap di kawasan tersebut. Hal ini demikian juga, kerana kemasukan warga asing
31
yang kian meningkat ke dalam negara. Hal ini demikian kerana golongan ini akan
mengambil kesempatan untuk menggunakan kemudahan yang diberikan kepada
penduduk tempatan jika dibiarkan. Oleh yang demikian, kehadiran penghuni asing ke
dalam kediaman akan mencetuskan isu pemonopolian kemudahan.
d. Kemudahan alatan permainan di kawasan kanak-kanak sering berlaku
kerosakan
Menerusi hasil kajian, sebanyak 14.3 peratus adalah tidak bersetuju dengan kenyataan
kemudahan alatan permaian di kawasan permainan kanak-kanak sering berlaku
kerosakan. Manakala, bagi jawapan tidak pasti pula telah mencatatkan nilai peratusan
sebanyak 41.4 yang merupakan peratusan paling tinggi di antara pilihan jawapan bagi
skala likert yang telah direkodkan. Penghuni tempatan menyatakan jawapan sedemikian
kerana mereka kawasan tapak permaianan di pangsapuri tersebut jarang digunakan oleh
anak mereka. Tambahan pula, penghuni tempatan yang ditemui kebanyakkan adalah
mereka yang berstatus bujang berbanding yang telah berkahwin. Oleh yang demikian,
jawapan sedemikian telah dicatatkan dalam kajian yang dilaksanakan.
Selain itu, sebanyak 38.6 peratus yang mewakili penghuni tempatan yang telah
mengatakan setuju bahawa kehadiran penghuni asing telah mengakibatkan kerosakan
terhadap kemudahan alatan permainan di kawasan tapak permaianan. Manakala
selebihnya adalah sebanyak 5.7 peratus bagi mewakili pilihan jawapan amat bersetuju
dengan kenyataan yang diberikan. Oleh yang demikian, keadaan ini telah menyebabkan
isu-isu keselamatan berbangkit sehingga menyebabkan penghuni tempatan berasa
terancam dengan kehadiran mereka ke dalam kawasan kediaman.
Perkongisan kediaman bersama penghuni asing telah menyebabkan kerosakan
harta benda berlaku. Hal ini demikian dapat dilihat bahawa alatan permainan di kawasan
kediaman didapati telah berlaku kerosakan. Hal ini demikian kerana sikap tidak
tanggungjawab di kalangan penghuni asing yang melepak dan merosakan alatan
permainan di tapak permaianan tersebut. Justeru itu, sikap prihatin dalam kalangan
penghuni asing adalah kurang dan akhirnya menyebabkan anak-anak daripada penghuni
tempatan tidak dapat menggunakannya.
e. Pemonopolian Kemudahan yang Terdapat Di Pangsapuri Berembang
Indah, Ampang
Berdasarkan jadual 4.2 dapat dilihat bahawa nilai skor min bagi penggunaan lif sering
digunakan oleh penghuni asing, penghuni tempatan terpaksa menggunakan laluan
bertangga untuk naik dan turun dalam pangsapuri, kawasan tapak perniagaan untuk
penghuni tempatan berniaga di kawasan kediaman dimiliki oleh penghuni asing dan
kemudahan alatan permainan di kawasan permaianan sering berlaku kerosakan.
Menerusi rekod yang dicatatkan, kesemua kategori-kategori yang dinyatakan telah
menyokong bahawa berlaku pemonopolian kemudahan dalam kalangan penghuni asing
di Pangsapuri Berembang Indah.
32
Jadual 4.1 Pemonopolian Kemudahan di Pangsapuri Berembang Indah, Ampang
Kategori Skor Min Sisihan Piawaian
Penggunaan lif sering digunakan oleh 4.3143 .55280
penghuni asing 3.4857 .82958
4.7571 .49448
Penghuni tempatan terpaksa 3.3571 .79920
menggunakan laluan bertangga untuk
naik dan turun dalam pangsapuri
Kawasan tapak perniagaan untuk
penghuni tempatan berniaga di kawasan
kediaman dimiliki oleh penghuni asing
Kemudahan alatan permainan di kawasan
permainan sering berlaku kerosakan
Sumber: Kajian Lapangan 2020
i. Penggunaan lif sering digunakan oleh penghuni asing
Menerusi jadual 4.1 nilai skor min yang dicapai bagi penggunaan lif sering digunakan
oleh penghuni asing adalah sebanyak 4.3143 dan sisihan piawaiannya .55280.
Berdasarkan nilai skor min yang dicapai bagi penggunaan lif sering digunakan oleh
penghuni asing telah dikategorikan di dalam kategori skor min yang tinggi kerana
berada dalam skala 3.00 hingga 4.00. Hal ini demikian telah menunjukkan bahawa
masalah yang melibatkan penggunaan lif tidak dapat digunakan oleh penghuni tempatan
sering berlaku. Tambahan pula, penghuni tempatan terpaksa berhadapan dengan situasi
lebih teruk apabila melalui masa kemuncak iaitu melibatkan waktu pagi dan petang. Hal
ini demikian juga kerana pada ketika ini penghuni akan menuju ke tempat kerja dan
pulang ke rumah. Senario ini akan menyebabkan penghuni tempatan dan penghuni
asing bertembung ketika ingin menggunakan lif tersebut. Oleh yang demikian,
kehadiran penghuni asing telah membawa kepada isu pemonopolian kemudahan kerana
menyebabkan penghuni tempatan tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut.
ii. Penghuni tempatan terpaksa menggunakan laluan bertangga untuk naik
dan turun dalam pangsapuri
Kehadiran penghuni asing telah menyebabkan penghuni tempatan terpaksa
menggunakan laluan bertangga untuk naik dan turun dalam pangsapuri. Hal ini
33
demikian berdasarkan jadual 4.1 telah menunjukkan nilai skor yang dicapai adalah
sebanyak 3.4857 dengan sisihanan piawaian iaitu .82958. Masalah ini juga sering
dihadapi oleh penghuni tempatan. Hal ini demikian kerana rentetan senario penggunaan
lif sering digunakan oleh penghuni asing telah menyebabkan penghuni tempatan
terpaksa menggunakan alternatif lain untuk bergerak. Hal ini demikian juga kerana
penghuni tempatan berasa terancam dan tidak selamat ketika mahu menggunakan lif
tersebut. Penggunaan lif secara berkumpulan dalam kalangan penghuni asing telah
memburukkan lagi keadaan kerisauan di kalangan penghuni tempatan. Oleh yang
demikian, berdasarkan nilai skor min yang direkodkan telah menguatkan lagi bahawa
pemonopolian kemudahan dalam kawasan kediaman akan berlaku sekiranya
perkongsian tempat tinggal wujud.
iii. Kawasan tapak perniagaan untuk penghuni tempatan berniaga di
kawasan kediaman dimiliki oleh penghuni asing
Bagi kawasan tapak perniagaan untuk penghuni tempatan berniaga di kawasan
kediaman telah menunjukkan hasil analisis bahawa dimiliki oleh warga asing. Hal ini
demikian berdasarkan jadual 4.1 telah menunjukkan nilai skor min iaitu sebanyak
4.7571 dengan sisihan piawaian sebanyak .49448. Hal ini demikian telah menunjukkan
bahawa keadaan ini berlaku di kediaman pansgapuri tersebut. Tambahan pula, nilai skor
min yang direkodkan adalah berada pada kategori yang tinggi. Keadaan ini telah
menguatkan lagi bahawa penghuni tempatan terpaksa berhadapan dengan isu
pemonopolian yang dalam kalangan penghuni asing terhadap kemudahan kediaman.
iv. Kemudahan alatan permaianan di kawasan permainan sering berlaku
kerosakkan
Kemudahan alatan permainan di kawasan permainan juga dikatakan sering berlaku
kerosakan. Berdasarkan jadual 4.1 dapat dilihat bahawa skor min yang direkodkan
adalah sebanyak 3.3571 dengan sisihan piawainya sebanyak .79920. Nilai skor yang
dicapai telah membawa maksud ia berada pada kategori yang tinggi. Tambahan pula,
nilai skor min bagi isu kemudahan alatan permainan sering berlaku kerosakkan
merupakan paling rendah nilai skor minnya. Hal ini demikian kerana penghuni
tempatan yang menjawab kaji selidik ini majoritinya adalah berstatus bujang. Justeru
itu, mereka kurang prihatin terhadap keadaan tapak kawasan permainan kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, keadaan ini telah menunjukkan bahawa pemonopolian
kemudahan kediaman di Pangsapuri Berembang Indah telah berlaku ketika menerima
warga asing sebagai penghuni di kawasan tersebut.
34
4.2.2 Mengotorkan Persekitaran Pangsapuri Berembang Indah
Bahagian ini lebih memfokuskan kepada aspek keadaan persekitaran di kawasan
kediaman apabila menerima kehadiran penghuni daripada bangsa asing. Oleh yang
demikian, soalan-soalan yang diberikan kepada penghuni tempatan adalah turut
melibatkan penggunaan skala likert bagi mengetahui keadaan persekitaran di kawasan
kajian tersebut.
a. Keadaan Koridor Pangsapuri Berada Dalam Keadaan Bersih
Berdasarkan skala likert untuk sangat tidak setuju telah mencatatkan rekod bacaan
paling tinggi dengan nilai peratusannya iaitu sebanyak 65.7 peratus. Hal ini demikian
kerana kehadiran penghuni asing ke dalam kawasan kediaman telah menyebabkan
kekotoran. Sikap tidak menjaga kebersihan dalam kalangan penghuni asing telah
dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka ketika menetap di pangsapuri tersebut.
Tambahan pula, ketika soal selidik diedarkan penghuni tempatan mengatakan bahawa
mereka sering menemukan kesan-kesan buangan plastik makanan dan putung rokok
ketika melalui koridor penjalan kaki. Justeru itu, penghuni tempatan menafikan
kenyataan bahawa kawasan koridor mereka dalam keadaan bersih ketika menerima
penghuni asing di sekitar kawasan kediaman.
Manakala kedua tertinggi adalah sebanyak 30.0 peratus mewakili penghuni yang
telah menyatakan jawapan tidak setuju bagi kenyataan yang diberikan. Hal ini demikian
kerana berdasarkan pemerhatian di kawasan kajian keadaan koridor pangsapuri tersebut
adalah berada dalam keadaan kotor. Hal ini demikian juga kerana terdapat sampah-
sarap dan serangga seperti lipas di sepanjang laluan penjalan kaki. Justeru itu, penghuni
yang terlibat majoritinya memilih sangat tidak setuju dengan pernyataan yang
mengatakan koridor kawasan kediaman mereka berada dalam keadaan yang bersih.
Namun demikian, terdapat juga sebahagian kecil yang bersetuju iaitu sebanyak
4.3 peratus terhadap pernyataan bahawa koridor pangsapuri berada dalam keadaan
bersih. Hal ini demikian berlaku kerana kedudukan rumah penghuni tempatan mungkin
berada di bahagian blok yang kurang dihuni oleh penghuni asing. Tambahan pula,
kawasan blok pangsapuri yang dihuni oleh majoritinya penghuni tempatan adalah
berada dalam keadaan bersih. Hal ini demikian kerana sikap prihatin dan
tanggungjawab di kalangan penghuni tempatan adalah tinggi bagi memastikan kawasan
kediaman mereka berada dalam keadaan bersih. Oleh yang demikian, penghuni yang
bersetuju dengan kenyataan tersebut adalah terdiri daripada mereka yang menetapi
kediaman di bahagian blok dipenuhi dengan penghuni tempatan.
35
b. Kawasan Laluan Bertangga Pangsapuri Berada Dalam Keadaan Bersih
Menerusi hasil kajian telah menunjukkan sebanyak 68.6 peratus telah menyatakan
sangat tidak bersetuju dengan pernyataan kawasan laluan bertangga pangsapuri mereka
berada dalam keadaan bersih. Tambahan pula, skala likert yang menyatakan sangat
tidak setuju ini merupakan paling tinggi direkodkan pada bahagian ini. Manakala
sebanyak 28.6 peratus pula adalah mengatakan tidak setuju. Hal ini demikian dapat
dilihat bahawa majoriti penghuni tempatan yang terlibat dalam menjawab soal selidik
ini telah menafikan terhadap pernyataan yang menyatakan bahawa kawasan laluan
bertangga di dalam pangsapuri tersebut berada dalam keadaan bersih. Hal ini demikian
dapat dibuktikan dengan kaedah pemerhatian di lapangan di mana pengkaji telah
meronda dan melalui kawasan bertangga tersebut. Tambahan pula dapat diihat bahawa
terdapat tinggalan barangan tidak terpakai dibiarkan di kawasan laluan bertangga.
Justeru itu, kenyataan bagi kawasan laluan bertangga di dalam pangsapuri adalah bersih
adalah dinafikan oleh penghuni tempatan.
Namun demikian, terdapat minoriti penghuni tempatan yang tidak pasti dan
bersetuju dengan pernyataan yang diberikan. Nilai peratusan sebanyak 1.4 peratus telah
mewakili penghuni tempatan yang menyatakan jawapan tidak pasti dan bersetuju
terhadap kawasan laluan bertangga pangsapuri yang berada dalam keadaan bersih. Hal
ini demikian berlaku kerana penghuni mungkin terdiri daripada mereka yang tidak
pernah atau jarang sekali melalui laluan bertangga. Tambahan pula, penghuni tempatan
yang menyatakan jawapan sedemikian mungkin di kalangan mereka yang menghuni di
bahagian blok yang tidak dan kurang dihuni oleh warga asing. Justeru itu, penghuni
tempatan ini lebih menggunakan kemudahan lif berbanding tangga untuk naik dan
turun. Oleh yang demikian, senario sedemikian telah mempengaruhi pilihan jawapan
untuk bersetuju dengan kenyataan yang dinyatakan.
c. Keadaan Lif Yang Baik dan Bersih
Berdasarkan kenyataan keadaan lif berada dalam keadaan yang baik dan bersih,
sebanyak 61.4 peratus mewakili penghuni tempatan telah menyatakan jawapan tidak
setuju. Penghuni tempatan yang menafikan keadaan lif berada dalam keadaan yang baik
dan bersih telah merekodkan nilai peratusan paling tinggi dalam bahagian ini. Manakala
peratusan sebanyak 31.4 peratus adalah daripada penghuni tempatan yang menyatakan
jawapan sangat tidak setuju. Menerusi nilai peratusan yang ditunjukkan melalui kaedah
analisis ini, dapat dilihat bahawa majoriti penghuni tempatan yang menjawab soal
selidik ini telah menafikan keadaan sedemikian. Hal ini demikian kerana keadaaan
sebenar lif di kawasan kediaman mereka adalah tidak berada dalam keadaan yang baik
dan bersih. Hal ini demikian kerana kehadiran daripada penghuni asing yang lebih kerap
menggunakan lif telah menyebabkan kualiti kebersihan kemudahan pangsapuri
menurun. Oleh yang demikian, penghuni tempatan tidak menyokong pernyataan yang
diketengahkan.
36
Selain itu, terdapat jawapan tidak pasti yang telah dinyatakan oleh penghuni
tempatan dengan mewakili nilai peratusan sebanyak 4.3 peratus. Keadaan ini berlaku
kerana penghuni tidak atau jarang menggunakan kemudahan lif yang disediakan dalam
kawasan kediaman. Tambahan pula, kemungkinan besar penghuni tempatan yang
menyatakan pilihan jawapan tidak pasti akan keadaan lif kerana rumah kedudukan
rumah mereka berada di bahagian bawah. Justeru itu, penghuni tempatan ini tidak
menggunakan laluan bertangga dan kemudahan lif. Manakala hanya 2.9 peratus telah
bersetuju mengatakan bahawa keadaan lif di dalam kawasan pangsapuri mereka dalam
keadaan baik dan bersih. Hal ini demikian kerana kediaman penghuni tempatan berada
dalam blok yang kurang penghuni asing. Justeru itu, penggunaan kemudahan lif di
dalam blok tersebut adalah digunakan oleh penghuni tempatan berbanding pennghuni
asing. Oleh yang demikian, kebersihan kemudahan lif adalah lebih terjaga.
d. Kemudahan Kawasan Pembuangan Sampah Yang Disediakan Di
Pangsapuri Adalah Diurus dengan Baik
Berdasarkan kenyataan kemudahan pembuangan sampah yang disediakan di pangsapuri
adalah diurus dengan baik, paling ramai penghuni telah menyatakan tidak setuju dengan
bilangan peratusannya sebanyak 64.3 peratus. Manakala penghuni tempatan yang
sangat tidak setuju melibatkan sebanyak 17.1 peratus. Berdasarkan nilai peratusan yang
direkodkan dapat dilihat bahawa peratusan bagi penghuni tempatan yang tidak bersetuju
dengan keadaan kawasan pembuangan sampah yang bersih dan terurus telah mencapai
81.4 peratus bagi mewakili jawapan menafikan pernyataan tersebut. Hal ini demikian
kerana kerana kehadiran penghuni asing yang ramai dalam kawasan kediaman telah
menyebabkan kawasan sampah tidak mampu menampung bebanan sisa domestik yang
dihasilkan oleh isi rumah. Tambahan pula, sikap penghuni asing yang gemar membuang
sampah merata-rata menambah burukkan lagi keadaan.
Namun demikian, terdapat 11.4 peratus menyatakan tidak pasti tentang keadaan
kawasan pembuangan sampah di kawasan kediaman mereka. Bagi yang penghuni
tempatan yang menyatakan setuju pula adalah mencatatkan nilai peratusan sebanyak
7.1 peratus. Hal ini demikian kerana penghuni tempatan kurang prihatin terhadap
kawasan pembuangan sampah di kawasan kediaman mereka. Hal ini demikian berlaku
kerana penghuni tempatan merupakan di kalangan mereka yang baru sahaja menetap di
kawasan tersebut. Seterusnya, kehadiran penghuni asing juga merupakan salah satu
faktor penyebab penghuni tempatan tidak prihatin dengan kawasan persekitaran
kediaman. Hal ini demikian kerana penghuni tempatan lebih memilih untuk berada di
dalam rumah demi keselamatan mereka. Oleh yang demikian, senario ini
mempengaruhi pilihan jawapan sedemikian.
e. Keadaan Persekitaran Pangsapuri Berembang Indah, Ampang
Menerusi analisis yang diperolehi didapati bahawa situasi yang dinyatakan telah
menafikan bahawa persekitaran pangsapuri berada dalam keadaan yang baik. Hal ini
demikian kerana nilai skor min yang ditunjukkan adalah berada pada kategori yang
lemah. Hal ini demikian telah menunjukkan bahawa kehadiran penghuni asing dalam
37
kediaman telah mengakibatkan penghuni tempatan berhadapan dengan masalah
kebersihan dalam kawasan kediaman.
Jadual 4.2 Persekitaran Pangsapuri Berembang Indah Dalam Keadaan Bersih
Kategori Skor Min Sisihan Piawaian
Keadaan koridor pangsapuri sentiasa 1.4286 .71366
berada dalam keadaan bersih
Kawasan laluan bertangga pangsapuri 1.3571 .59064
berada dalam keadaan bersih
Keadaan lif yang baik dan bersih 1.7857 .65702
Kemudahan kawasan pembuangan 2.0857 .75648
sampah yang disediakan di pangsapuri
adalah diuruskan dengan baik
Sumber: Kajian Lapangan 2020
i. Keadaan koridor pangsapuri berada dalam keadaan bersih
Skor nilai min paling tinggi yang ditunjukkan dalam jadual 4.2 adalah direkodkan bagi
kemudahan kawasan pembuangan sampah yang disediakan di pangsapuri adalah
diuruskan dengan baik dengan nilai skor adalah sebanyak 2.0857 dan sisihan
piawaiannya adalah .75648. Menerusi skor min dapat dikategorikan bahawa kemudahan
kawasan pembuangan sampah yang disediakan di pangsapuri adalah diuruskan dengan
baik adalah pada skala min yang sederhana. Hal ini demikian kerana catatan rekod yang
telah dianalisis menunjukkan nilai min tersebut berada di antara min
2.00 hingga 2.99 yang mewakili maksud sederhana. Hal ini demikian telah
menerangkan bahawa situasi melibatkan kawasan pembuangan sampah yang
disediakan telah diuruskan di kawasan kediaman adalah tidak berlaku. Justeru itu,
kehadiran penghuni asing telah menyebabkan penghuni tempatan berhadapan dengan
kondisi persekitaran kediaman yang kotor.
ii. Kawasan laluan bertangga pangsapuri berada dalam keadaan bersih
Berdasarkan kepada jadual 4.2 skor min paling terendah adalah sebanyak 1.3571
dengan sisihan piawaiannya sebanyak .65702 bagi kawasan laluan bertangga
pangsapuri berada dalam keadaan bersih. Hal ini demikian kerana penghuni tempatan
sering menemukan kotoran di sekitar kawasan laluan bertangga. Tambahan pula, tiada
khidmat pembersihan dilakukan dalam kawasan kediaman. Hal ini demikian telah
38
memburukkan lagi keadaan persekitran pangsapuri terutamanya bagi laluan bertangga.
Justeru itu, skor min yang dicatatkan adalah rendah untuk meyokong pernyataan
bahawa keadaan persekitaran Pangsapuri Berembang Indah berada dalam kondisi
bersih.
iii. Keadaan lif yang baik dan bersih
Bagi keadaan koridor pangsapuri sentiasa berada dalam keadaan bersih nilai skor min
adalah 1. 4286 dan sisihan piawaian adalah .71366. Berdasarkan nilai skor min yang
direkodkan bagi setiap kategori adalah berada pada tahap skor min yang rendah. Hal ini
demikian kerana skor min yang direkodkan bagi adalah berada dalam anggaran skor
min 1.00 hingga 2.00 yang mewakili skor min yang rendah. Tambahan pula, sikap
penghuni asing yang tidak menjaga kebersihan telah mencemarkan keadaan koridor
pangsapuri dengan sisa buangan sampah, putung rokok dan sebagainya. Oleh yang
demikian, situasi ini menafikan bahawa persekitaran pangsapuri dalam keadaan bersih.
iv. Kemudahan Kawasan Pembuangan Sampah Yang Disediakan Di
Pangsapuri Adalah Diuruskan Dengan Baik
Bagi keadaan lif yang baik dan bersih nilai skor min adalah 1.7857 dan sisihan
piawannya iaitu .65702. Berdasarkan nilai skor min yang direkodkan bagi setiap
kategori adalah berada pada tahap skor min yang rendah. Hal ini demikian kerana skor
min yang direkodkan bagi adalah berada dalam anggaran skor min 1.00 hingga 2.00
yang mewakili skor min yang rendah. Walau bagaimanapun, meskipun nilai min yang
ditunjukkan adalah rendah kerana didapati ramai penghuni tempatan lebih cenderung
untuk memberikan jawapan yang berunsurkan negatif. Hal ini demikian berlaku kerana
faktor pembentukan soalan soal selidik pada bahagian ini adalah berbentuk positif. Oleh
yang demikian, skor min yang ditunjukkan adalah rendah dan sederhana.
4.2.3 Perbuatan Tidak Bermoral
Bahagian ini melibatkan gelagat penghuni daripada bangsa asing ketika mendiami
kawasan kediaman pangsapuri tersebut. Hal ini demikian menjadi ukuran bagi
melihatkan bagaimanakah gelagat kelakuan seharian mereka sebagai penghuni asing
mendatangkan permasalahan dalam isu keselamatan di kalangan penghuni tempatan di
Pangsapuri Berembang Indah, Ampang.
a. Pernah Melihat Penghuni Daripada Bangsa Asing Meludah Merata-rata
39
Menerusi hasil kajian telah menunjukkan bahawa paling ramai penghuni tempatan telah
menyatakan setuju akan pernah melihat penghuni asing meludah merata-rata di sekitar
kawasan kediaman dengan nilai peratusan sebanyak 61.4 peratus. Manakala, kedua
tertinggi adalah direkodkan oleh penghuni tempatan yang menjawab sangat setuju
dengan nilai peratusannya iaitu sebanyak 28.6 peratus. Hal ini demikian dapat dilihat
kebanyakkan penghuni tempatan yang menjawab soal selidik ini lebih cenderung untuk
mengatakan setuju akan sikap yang ditunjukkan oleh penghuni asing tersebut. Penghuni
tempatan yang sering melihat perbuatan tidak bermoral ini merupakan mereka yang
telah menetap lebih lama di kawasan kediaman tersebut. Tambahan pula, kehadiran
penghuni asing ke dalam kawasan kediaman telah menunjukkan sikap yang negatif
terhadap penghuni tempatan. Oleh yang demikian, ia mempengaruhi pilihan jawapan
penghuni tempatan dalam menilai persepsi mereka terhadap penghuni asing.
Seterusnya adalah penghuni tempatan yang mengatakan tidak setuju tentang
kelakukan penghuni daripada kalangan bangsa asing ini yang sering meludah merata-
rata di kawasan kediaman. Sebanyak 10.0 peratus telah menyatakan jawapan tidak
setuju bagi pernyataan yang dinyatakan dalam kajian ini. Keadaan ini berlaku kerana
penghuni tempatan merupakan di antara penghuni yang baru sahaja menetap di kawasan
pangsapuri. Justeru itu, mereka jarang untuk melihat gelagat tidak bermoral di kalangan
penghuni asing ini. Tambahan pula, kesan ludahan ini sering ditemui di bahagian laluan
bertangga dan koridor pejalan kaki. Hal ini demikian dapat dibuktikan di mana
penghuni menafikan keadaan koridor dan laluan bertangga yang bersih di dalam
kawasan kediaman mereka. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa perbuatan
meludah merata-rata di kalangan penghuni asing ini telah menyebabkan persekitaran
pangsapuri menjadi kotor.
b. Pernah Mengalami Gangguan Seksual Di Sekitar Kawasan Kediaman
Menerusi catatan paling tinggi direkodkan adalah bagi jawapan tidak pasti iaitu
sebanyak 42.9 peratus. Manakala peratusan paling rendah adalah direkodkan adalah
bagi jawapan sangat tidak setuju dengan iaitu dengan nilai peratusannya sebanyak 2.9
peratus. Bagi jawapan tidak setuju pula, nilai peratusan yang direkodkan adalah
sebanyak 30.0 peratus. Hal ini demikian kerana penghuni tempatan tidak pernah
mengalami situasi gangguan yang dilakukan oleh penghuni asing terhadap mereka.
Tambahan pula, penghuni menyedari bahawa kehadiran penghuni asing dalam kawasan
kediaman mereka akan mengancam keselamatan mereka. Oleh yang demikian, langkah
berjaga-jaga demi keselamatan diri telah dipraktikan dalam diri dan persekitaran
mereka. Namun demikian terdapat juga penghuni tempatan yang menyatakan jawapan
setuju iaitu dengan nilai peratusannya sebanyak 24.3 peratus. Hal ini demikian kerana
penghuni tempatan pernah mendengari kes pencabulan yang berlaku melibatkan kanak-
kanak perempuan di pangsapuri tersebut (Aduan Rakyar 31 Julai 2019).
Jawapan tidak pasti merupakan paling tinggi rekodnya bagi pernyataan pernah
mengalami gangguan seksual di sekitar kawasan kediaman. Hal ini demikian kerana
penghuni tempatan tidak menetap di kawasan kediaman tersebut dalam tempoh yang
lama. Justeru itu, mereka menyatakan kurang pasti akan isu gangguan seksual yang
melibatkan penghuni tempatan akibat daripada kehadiran penghuni asing dalam
kawasan kediaman mereka. Manakala, bagi penghuni tempatan yang bersetuju dengan
40
pernyataan bahawa pernah mendengar mahupun menjadi mangsa gangguan seksual
telah bersetuju dengan kenyataan berikut. Hal ini demikian kerana kehadiran penghuni
daripada berbangsa asing akan mengakibatkan masalah keselamatan (Rusniah Ahmad
et al. 2014). Oleh yang demikian, akan memberikan keterancaman kepada penduduk
tempatan.
c. Banyak Sisa Buangan Ditemui Di Sekitar Kawasan Pangsapuri
Menerusi catatan rekod peratusan bagi jawapan yang telah dipilih oleh penghuni
tempatan terhadap pernyataan keadaan di mana sisa buangan telah banyak ditemui di
sekitar kawasan pangsapuri. Bagi jawapan tidak setuju dan tidak pasti telah mencatatkan
rekod peratusan paling rendah. Nilai peratusan yang direkodkan bagi kedua jawapan
tersebut adalah sebanyak 5.7 peratus. Manakala bagi pilihan jawapan untuk sangat
setuju telah merekodkan catatan paling tinggi nilai peratusannya iaitu sebanyak 47.1
peratus. Manakala selebihnya adalah pilihan jawapan bagi setuju nilai peratusan
sebanyak 41.4 peratus.
Tambahan pula, majoriti penghuni tempatan yang bersetuju dengan situasi banyak
sisa buangan ditemui di kawasan pangsapuri tersebut adalah sebanyak 88.57 peratus.
Hal ini demikian juga kerana peningkatan kehadiran penghuni asing ke dalam kawasan
kediaman telah mengakitbatkan kekotoran. Keadaan ini seiring dengan sikap mereka
yang tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah di merata-rata. Tambahan
pula, melalui pemerhatian di lapangan dapat dilihat di mana banyak sampah sarap
dibuang merata-rata terutama di bahagian bumbung rumah penghuni. Seterusnya,
terdapat juga aduan daripada penghuni tempatan yang mengatakan penghuni asing
pernah mecampakkan sampah dari tingkat atas ke bawah. Oleh yang demikian, telah
mendatangkan bahaya kepada penghuni yang melalui kawasan tersebut. Justeru itu,
perbuatan tidak bermoral di kalangan penghuni asing ini telah mendatang mengugat
kesejahteraan kehidupan penghuni tempatan di Pangsapuri Berembang Indah.
d. Pernah Menjumpai Dan Melihat Kesan Tinggalan Botol-botol Minuman
Keras Di Sekitar Kawasan Kediaman
Menerusi analisis data yang ditunjukkan dapat dilihat bahawa jawapan skala likert yang
menyatakan pilihan jawapan setuju telah mencatatkan catatan peratusan paling tinggi
iaitu sebanyak 55.7 peratus. Hal ini demikian kerana penghuni tempatan sering
menemui sisa buangan tersebut terutamanya di laluan bertangga. Manakala peratusan
paling rendah adalah direkod bagi jawapan sangat tidak setuju dan sangat setuju iaitu
hanya sebanyak 1.4 peratus. Hal ini demikian kerana setelah pencengahan telah
dilakukan oleh pihak berkuasa dan kediaman, golongan ini tidak lagi melakukan aktiviti
sedemikian, maka keadaan ini telah mempengaruhi pilhan jawapan penduduk.
Seterusnya, bagi pilihan jawapan tidak setuju dengan pernyataan yang dinyatakan pula
sebanyak 28.6 peratus telah direkodkan. Selebihnya adalah melibatkan mereka yang
41
menjawab pilihan jawapan tidak pasti akan pernyataan yang diberikan iaitu dengan nilai
peratusannya sebanyak 12.9 peratus.
e. Kesan Contengan Banyak Ditemui Di Bahagian Dinding Lif dan Bangunan
Berdasarkan pilihan jawapan bagi kesan contengan banyak ditemui di bahagian dinding
lif dan bangunan adalah direkodkan paling tinggi merupakan jawapan setuju. Sebanyak
57.1 peratus telah mengatakan bersetuju dengan pernyataan tersebut. Manakala
peratusan paling rendah adalah terdiri daripada pilihan jawapan tidak setuju iaitu
sebanyak 4.3 peratus. Selain itu, bagi pilihan jawapan sangat tidak setuju pula sebanyak
5.7 peratus telah direkodkan. Seterusnya, sebanyak 10.0 peratus telah menunjukkan
catatan rekod di mana penghuni tempatan telah memilih pilihan jawapan tidak pasti
bagi pernyataan yang dinyatakan. Selebihnya pula adalah melibatkan penghuni yang
menjawab sangat setuju iaitu dengan nilai peratusannya sebanyak 22.9 peratus.
Menerusi analisis data yang diperolehi dapat dilihat bahawa majoriti penghuni
tempatan telah bersetuju dengan pernyataan kesan contengan banyak ditemui di
bahagian dinding lif dan bangunan. Hal ini demikian kerana dapat dibuktikan melalui
pemerhatian lapangan. Kesan contengan, kotoran dan bau busuk banyak ditemui di
bahagian dalam lif. Namun demikian, bagi mereka yang tidak bersetuju dengan
pernyataan tersebut, penghuni tempatan merupakan di antara penghuni yang tinggal di
blok pangsapuri yang mempunyai jumlah penghuni asing yang sedikit. Oleh yang
demikian, taburan data sedemikian telah diperolehi melalui kajian lapangan yang
dilaksanakan.
f. Perbuatan Tidak Bermoral Di Kalangan Penghuni Asing
Bahagian ini akan membincangkan analisis bagi nilai skor min dan sisihan piawaian
yang dicatatkan bagi setiap situasi yang dinyatakan. Analisis mendapati bahawa
kehadiran penghuni asing ke dalam kawasan kediaman telah memberikan masalah
penghuni tempatan. Hal ini demikian kerana penghuni tempatan terpaksa berhadapan
dengan sikap dan perbuatan yang tidak bermoral yang ditunjukkan oleh penghuni asing
ketika mendiami pangsapuri tersebut. Justeru demikian, perbuatan sedemikian telah
menggugat kesejahteraan hidup berjiran di kalangan penduduk di kawasan kajian.
42
Jadual 4.3 Perbuatan Tidak Bermoral Dalam Kalangan Penghuni Asing
Kategori Skor Min Sisiahan
Piawaian
Pernah melihat penghuni daripada bangsa asing 4.0857
meludah merata-rata .82958
Pernah mengalami gangguan seksual di sekitar 2.8857 .80834
kawasan kediaman
.82269
Banyak sisa buangan ditemui di sekitar kawasan 4.3000
pangsapuri .94672
Pernah menjumpai dan melihat kesan tinggalan 3.2714 1.00609
botol-botol minuman keras di sekitar kediaman
Kesan contengan banyak ditemui di bahagaian 3.8714
dinding lif dan bangunan
Sumber: Kajian Lapangan 2020
i. Pernah melihat penghuni asing meludah merata-rata
Berdasarkan jadual 4.3 pernah melihat penghuni daripada bangsa asing meludah
merata-rata adalah sebanyak 4.0857 dan sisihan piawaian sebanyak .82958. Nilai skor
min yang direkodkan telah menunjukkan bahawa situasi ini sering berlaku. Tambahan
pula, penghuni tempatan turut menyatakan bahawa mereka sering menemukan kesan
ludahan di kawasan penjalan kaki. Perbuatan tidak bermoral ini telah mengundang
kepada ketidakselesaan penghuni tempatan untuk melalui kawasan tersebut. Justeru itu,
kehadiran penghuni asing ke dalam kawasan kediaman telah menyebabkan penghuni
tempatan terpaksa berhadapan dengan sikap tidak bermoral di kalangan penghuni asing.
ii. Pernah mengalami gangguan seksual di sekitar kawasan kediaman
Seterusnya adalah skor min paling rendah adalah pernah mengalami gangguan seksual
di kawasan pangsapuri tersebut dengan nilai min 2.8857 dan sisihan piawaian .80834.
Nilai skor min yang direkodkan bagi situasi tersebut telah berada dalam kategori skor
min sederhana. Hal ini demikian kerana penghuni tempatan peka dengan keadaan
persekitaran kawasan kejiranan yang terdiri dari kalangan penghuni asing. Keadaan ini
telah menyebabkan penghuni tempatan lebih berhati-hati dalam menjaga keselamatan.
Justeru itu, penghuni tempatan kurang menghadapi pengalaman berhadapan dengan
situasi gangguan seksual. Namun demikian, terdapat juga di kalangan penghuni yang
tidak pernah mengalami situasi tersebut, tetapi pernah mendengar kisah mahupun
pengalaman jiran lain yang menghadapinya. Oleh yang demikian ia mempengaruhi
jawapan dalam menentukan nilai skor min. Justeru itu, kehadiran pendatang asing ke
43
dalam negara semestinya telah menimbul isu sosial dalam kalangan masyarakat
(Rusniah Ahmad et al. 2014).
iii. Banyak sisa buangan ditemui di sekitar kawasan pangsapuri
Berdasarkan jadual 4.3 dapat dilihat bagi banyak sisa buangan ditemui di sekitar
kawasan pangsapuri merupakan paling tinggi dalam merekodkan nilai skor min iaitu
sebanyak 4.3000 dengan nilai sisihan piawaiannya adalah .82269. Menerusi nilai skor
min yang diperolehi telah menunjukkan bahawa situasi ini dikatakan kerap berlaku di
kawasan pangsapuri tersebut. Hal ini demikian kerana nilai skor min yang ditunjukkan
berada dalam kategori 3.00 hingga 4.00 yang membawa erti tinggi hubungannya.
Justeru itu, situasi ini telah membuktikan bahawa sikap dan perbuatan yang tidak baik
sering ditunjukkan oleh penghuni asing ketika berkongsi kediaman bersama penduduk
tempatan.
iv Pernah menjumpai dan melihat kesan tinggalan botol-botol minuman keras
di sekitar kediaman
Selain itu, kesan tinggalan botol minum keras di kawasan kediaman telah mencatatkan
nilai skor min iaitu 3.2714 dan sisihan piawaiannya iaitu .94672. Nilai skor min yang
dicatatkan bagi pernyataan tersebut telah berada pada tahap yang tinggi kerana berada
dalam anggaran min 4.00 hingga 5.00 yang mewakili maksud yang tinggi. Hal ini
demikian juga telah menunjukkan bahawa sikap tidak bermoral telah ditunjukkan oleh
penghuni asing dalam kawasan kejiranan. Justeru itu, situasi yang berlaku ini telah
membuktikan bahawa penghuni tempatan terpaksa berhadapan dengan masalah etika
yang ditunjukkan oleh penghuni asing.
v. Kesan contengan banyak ditemui di bahagian dinding lif dan bangunan
Skor min bagi kesan contengan banyak ditemui di bahagian dinding lif dan bangunan
berdasarkan jaduak 4.3 adalah sebanyak 3.8714 dengan sisihan piawaiannya adalah
sebanyak 1.00609. Nilai skor min yang dicatatkan bagi pernyataan tersebut telah berada
pada tahap yang tinggi kerana berada dalam anggaran nilai skor min 3.00 hingga 4.00
yang mewakili maksud yang tinggi. Hal ini demikian dapat dilihat bahawa ia telah
menyokong kehadiran penghuni asing ke dalam kawasan kediaman akan
mengakibatkan perbuatan tidak bermoral berlaku serta mengakibatkan isu keselamatan
di kalangan penghuni tempatan timbul. Tambahan pula, kesan contengan di bahagian
lif dan bangunan akan mencemarkan pandangan mata yang melihat. Senario yang
berlaku ini turut membawa kepada kemerosotan kebersihan persekitaran kawasan
tempat tinggal. Oleh yang demikian, situasi ini telah membuktikan bahawa perkongsian
kediaman bersama penghuni asing akan menimbulkan isu perbuatan tidak bermoral
yang ditunjukkan oleh mereka di Pangsapuri Berembang Indah.
44