4.3 KESIMPULAN
Perkongsian kediaman bersama penghuni asing telah menimbulkan masalah
keselamatan terhadap penghuni tempatan. Hal ini demikian dapat dilihat bahawa
kehadiran penghuni asing di Pangsapuri Berembang Indah telah meyebabkanpenghuni
tempatan terpaksa menghadapi masalah pemonopolian kemudahan yang disediakan di
lokasi kediaman, persekitaran kediaman tercemar dan terpaksa berhadapan dengan
sikap penghuni asing yang tidak bermoral. Hal ini demikian juga, berdasarkan hasil
kajian yang diperolehi daripada kajian lapangan dapat dilihat bahawa penghuni
tempatan di Pangsapuri Berembang Indah telah menerima impak negatif daripada
perkongsian kediaman ini. Namun demikian, di dalam bab seterusnya perbincangan
yang lebih mendalam akan diterang dalam melihat penerimaan kesan yang dialami oleh
penghuni tempatan akibat masalah yang timbul berpunca daripada perkongsian
kediaman bersama penghuni asing.
45
BAB
5
KESAN PERKONGSIAN KEDIAMAN BERSAMA WARGA ASING
TERHADAP KESELAMATAN PENGHUNI TEMPATAN
PANGSAPURI BEREMBANG INDAH
5.1 PENGENALAN
Bahagian ini akan membincangkan dan menganalisis data terhadap kesan yang diterima
oleh penghuni tempatan akibat daripada perkongsian kediaman bersama penghuni asing
di Pangsapuri Berembang Indah, Ampang. Selain itu, bahagian ini juga akan
menganalisis data yang melibatkan nilai peratusan, nilai skor min dan sisihan piawaian.
Tambahan pula, penganalisisan data yang lebih terperinci akan dibincangkan mengikut
sub topik- sub topik yang terdapat di dalam kajian.
5.2 KESAN PERKONGSIAN KEDIAMAN TERHADAP PENGHUNI
TEMPATAN
Kehadiran penghuni asing ke dalam kawasan kediaman penduduk tempatan di
Pangsapuri Berembang Indah telah mewujudkan beberapa masalah terutamanya
melibatkan kesejahteraan dan keselamatan penduduk yang mendiami lokasi kediaman
tersebut. Tambahan pula, rentetan daripada masalah yang timbul di kawasan kediaman
tersebut telah memberikan kesan terhadap aspek keselamatan penghuni tempatan. Hal
ini demikian kerana kesan daripada perkongsian kediaman bersama penghuni asing
telah mewujudkan suasana kediaman yang tidak selesa, aktiviti harian penduduk
tempatan menjadi terhad dan kemudahan kediaman tidak dapat digunakan oleh
penduduk tempatan kerana pemonopolian yang dilakukan oleh penghuni asing. Oleh
yang demikian, perkongsian kediaman bersama penghuni asing ini telah memberikan
kesan yang negatif terhadap aspek keselamatan penghuni tempatan Pangsapuri
Berembang Indah.
5.2.1 Mendatangkan Ketidakselesaan Kepada Penghuni Tempatan Di Kawasan
Pangsapuri Berembang Indah
Mendatangkan ketidakselesaan kepada penghuni tempatan merupakan kesan yang
diterima oleh penghuni kediaman. Bagi melihat sejauhmanakah kesan ini dihadapi oleh
penghuni tempatan beberapa pernyataan situasi telah diajukan kepada penghuni
tempatan untuk melihat adakah benar atau tidak bahawa kehadiran penghuni asing ke
dalam kawasan kediaman memberikan impak terutamanya dari segi aspek keselamatan
penduduk.
46
a. Penghuni merasakan tidak selamat menggunakan laluan bertangga
Berdasarkan pilihan jawapan sangat setuju merupakan peratusan paling tinggi iaitu
dengan nilai peratusannya sebanyak 61.4 peratus. Manakala peratusan paling rendah
adalah bagi pilihan jawapan tidak setuju iaitu sebayak 1.4 peratus. Bagi penghuni yang
menyatakan pilihan jawapan tidak pasti nilai peratusan yang dicatatkan adalah sebanyak
11.4 peratus. Selebihnya adalah penghuni tempatan yang mengatakan pilihan jawapan
setuju bagi penyataan merasakan tidak selamat menggunakan laluan bertangga dengan
nilai peratusan sebanyak 25.7 peratus.
Menerusi data analisis yang diperolehi dapat dilihat bahawa penduduk lebih
cenderung untuk bersetuju dengan pernyataan di mana penghuni tempatan akan merasa
tidak selamat ketika melalui laluan bertangga. Penghuni tempatan yang mengatakan
jawapan setuju kerana ketika melalui laluan bertangga terdapat sisa buangan botol-botol
minum keras dan sampah telah ditemui. Hal ini demikian akan mengundang bahaya
kepada pengguna laluan bertangga sekiranya sisa buangan sedemikian tidak diuruskan
dengan baik. Justeru itu, keadaan ini telah menimbulkan ketidakselesaan terhadap
pengguna laluan bertangga. Tambahan pula, penghuni terpaksa menggunakan laluan
bertangga yang berkeadaan tidak selesa ini akibat daripada pemonopolian kemudahan
lif oleh penghuni asing. Sebaliknya, bagi penghuni yang mengatakan tidak setuju dan
tidak pasti faktor tempoh menetap dan kekerapan penggunaan laluan bertangga adalah
kurang diaplikasikan. Hal ini demikian kerana rumah penghuni berada di dalam
bahagian blok yang menempatkan kurang penghuni asing serta kedudukan rumah
mereka yang berada pada aras bawah yang tidak memerlukan tangga atau lif untuk naik
dan turun. Oleh yang demikian, ia telah mempengaruhi pilihan jawapan di kalangan
penghuni tempatan.
b. Keadaan lif yang berbau busuk
Bagi peratusan bagi keadaan lif yang berbau busuk. Peratusan paling tinggi telah
dicatatkan bagi pilihan jawapan setuju dan sangat setuju iaitu sebanyak 48.6 peratus.
Hal ini demikian dapat dibuktikan berdasarkan pemerhatian lapangan yang dijalankan
telah mendapati bahawa keadaan lif pangsapuri tersebut mempunyai bau yang kurang
menyenangkan. Hal ini demikian berlaku kerana penggunaan lif banyak digunakan oleh
penghuni daripada bangsa asing berbanding penghuni tempatan. Tambahan pula, sikap
waga asing yang tidak mementingkan kebersihan telah memburukkan lagi keadaan. Hal
ini demikian kerana terdapat juga di antara mereka yang gemar membuang sampah dan
meludah di merata-rata serta mengamalkan tradisi memakan sirih. Amalan pemakanan
sirih ini akan menghasilkan bau yang kurang senang tatkala penghuni tempatan
berhadapan dengan mereka ketika menggunakan lif. Justeru itu, kehadiran penghuni
asing telah menyebabkan ketidakselesaan dan kekotoran berlaku dalam kawasan
kejiranan.
47
Di samping itu pula, peratusan terendah adalah dicatatkan bagi pilihan jawapan
tidak pasti dengan nilai peratusannya sebanyak 2.9 peratus. Catatan peratusan
sedemikian terhasil kerana dipengaruhi oleh kedudukan kawasan rumah penghuni
tempatan. Hal ini demikian kerana pangsapuri tersebut terbahagi kepada beberapa blok.
Bagi penghuni yang menafikan keadaan sedemikian dan kurang prihatin tentang kondisi
lif adalah kerana mereka menetap di bahagian blok yang kurang menerima penghuni
asing. Oleh yang demikian, penghuni tempatan ini hanya menghadapi keadaan lif yang
lebih bersih dan baik sepanjang kehidupan mereka di kawasan kajian.
c. Keadaan dinding bangunan dan lif yang kotor dan comot
Berdasarkan kepada keadaan dinding bangunan dan lif yang kotor pilihan jawapan
sangat tidak setuju telah menunjukkan nilai peratusan sebanyak 1.4. Peratusan bagi
pilihan jawapan sangat tidak setuju ini merupakan peratusan paling rendah dicatatkan
dalam bahagian ini. Seterusnya, bagi piluhan jawapan tidak setuju adalah sebanyak 2.9
peratus. Selebihnya adalah pilihan jawapan tidak pasti iaitu dengan nilai peratusannya
sebanyak 5.7 peratus. Hal ini demikian kerana tempoh menetap telah menjadi faktor
pilihan jawapan tidak setuju dipilih oleh penghuni. Hal ini demikian juga kerana
terdapat penghuni yang tidak pernah melalui keseluruhan kawasan pangsapuri. Senario
ini berlaku kerana penghuni tempatan lebih meluangkan masa untuk bekerja dan berada
di dalam rumah.
Seterusnya adalah bagi peratusan paling tinggi adalah bagi pilihan jawapan setuju
iaitu sebanyak 51.4 peratus dan pilihan jawapan sangat setuju pula nilai peratusan yang
dicatatkan adalah sebanyak 38.6 peratus. Hal ini demikian kerana kehadiran penghuni
asing telah menyebabkan masalah seperti vandalisme wujud di dalam kawasan
kediaman. Tambahan pula, sikap penghuni asing yang tidak menjaga kebersihan juga
turut mengundang kepada isu kebersihan di dalam kawasan kejiranan mereka. Penghuni
tempatan yang mengatakan pilihan jawapan setuju merupakan di antara mereka yang
menetap di dalam blok yang menerima ramai penghuni asing. Oleh yang demikian,
senario ini mempengaruhi pilihan jawapan penghuni tempatan untuk bersetuju dengan
pernyataan berikut kerana penghuni tempatan terkesan dengan ketidakselesaan akibat
isu kebersihan yang dicetuskan oleh penghuni asing.
d. Berasa terancam berjiran dengan penghuni asing
Seterusnya, dapat dilihat bahawa skala likert bagi pilihan jawapan sangat setuju
terhadap pernyataan berasa terancam berjiran dengan penghuni asing adalah
mencatatkan nilai peratusan sebanyak 77.1 peratus. Tambahan pula, bagi penghuni yang
mengatakan pilihan jawapan setuju telah mencatatkan nilai peratusan sebanyak
12.9 peratus. Hal ini demikian kerana jumlah penghuni asing yang menghuni di dalam
48
pangsapuri tersebut adalah semakin meningkat. Tambahan pula, penghuni turut
mengatakan bahawa pernah mendengar tentang kes pencabulan yang melibatkan
penghuni asing dan warga tempatan di kawasan kejiranan mereka. Senario ini telah
memberikan satu tamparan negatif terhadap penghuni asing yang berkongsi kediaman
bersama mereka. Justeru itu, kehadiran penghuni asing dalam kawasan kejiranan telah
menyebabkan mereka berasa terancam dan tidak senang dengan kehadiran warga asing.
Manakala peratusan paling rendah adalah bagi pilhan jawapan tidak setuju dengan
nilai peratusannya sebanyak 1.4 peratus dan bagi penghuni tempatan yang mengatakan
pilihan jawapan tidak pasti iaitu dengan nilai peratusannya sebanyak 8.6 peratus. Pilihan
jawapan ini wujud kerana penghuni mungkin jarang untuk bertembung dengan
penghuni asing. Hal ini demikian kerana penghuni tempatan mungkin lebih meluangkan
masa bekerja di luar berbanding berada di kawasan kediaman. Tambahan pula, terdapat
juga penghuni yang mengamalkan langkah keselamatan yang tinggi ketika berada di
dalam pangsapuri dengan kaedah berjalan secara berkumpulan untuk dielakkan
daripada diganggu. Oleh yang demikian, perasaan untuk merasakan terancam terhadap
penghuni asing itu adalah rendah. Justeru itu, pilihan jawapan sedemikian telah
direkodkan.
e. Kesan mendatangkan ketidakselesaan kepada penghuni tempatan di
Pangsapuri Berembang Indah, Ampang
Bahagian ini akan membincangkan analisis kajian mengenai nilai skor min dan sisihan
piawaian. Bagi melihat kesan yang diterima oleh penghuni tempatan akibat perkongsian
kediaman bersama penghuni asing beberapa situasi telah dikenalpasti iaitu berasa tidak
selamat menggunakan laluan bertangga, keadaan lif yang berbau, keadaan dinding
bangunan dan lif yang bercontengan serta berasa terancam berjiran dengan pendatang
asing telah wujud di pangsapuri tersebut. Hasil skor min yang direkodkan bagi setiap
situasi yang dinyatakan telah membuktikan bahawa perkongsian kediaman bersama
penghuni asing telah mengundang ketidakselesaan terhadap penghuni tempatan.
Jadual 5.1 Kesan Mendatangkan Ketidakselesaan Kepada Penghuni Tempatan Di
Pangsapuri Berembang Indah, Ampang
Kategori Skor min Sisihan
Piawaian
Penghuni merasakan tidak selamat menggunakan 4.4714
laluan bertangga .75607
Keadaan lif yang berbau busuk 4.4571
Keadaan dinding bangunan dan lif yang kotor 4.2286 .55653
Berasa terancam berjiran dengan penghuni asing 4.6571 .80165
.69960
Sumber: Kajian Lapangan 2020
49
i. Penghuni merasakan tidak selamat menggunakan laluan bertangga
Berdasarkan jadual 5.1 dapat dilhat bahawa paling tinggi bagi skor min adalah penghuni
merasakan tidak selamat menggunakan laluan bertangga iaitu sebanyak 4.4714 dan
sisihan piawaian .75607. Menerusi nilai skor min yang dicapai telah menunjukkan
bahawa skor min bagi berasa tidak selamat menggunakan laluan bertangga berada
dalam kategori nilai min yang tinggi bacaannya. Hal ini telah membuktikan bahawa
perkongsian kediaman antara penghuni tempatan dan asing telah membawa kepada
ketidakselesaan di kalangan penghuni tempatan terutamanya. Tambahan pula, situasi
ini dilihat kerap berlaku kerana rentetan pemonopolian kemudahan yang dilakukan oleh
penghuni asing terhadap penggunaan lif telah menyebabkan penghuni tempatan
terpaksa menggunakan laluan bertangga untuk menjamin keselamatan mereka.
ii Keadaan lif berbau busuk
Menerusi jadual 5.1 bagi nilai skor min keadaan lif berbau busuk telah mencatatkan
nilai min sebanyak 4.4571 dengan sisihan piawaiannya sebanyak .55653. Berdasarkan
nilai skor min yang direkodkan dapat dilihat bahawa penghuni tempatan sering
berhadapan dengan situasi ini ketika menggunakan kemudahan lif. Hal ini demikian
kerana skor min yang dicapai adalah berada dalam kategori tertinggi iaitu dalam nilai
3.00 hingga 4.00. Oleh yang demikian, situasi ini telah membuktikan bahawa keadaan
lif yang berbau akan mendatangkan kesan terhadap ketidakselesaan kepada penghuni
tempatan akibat perkongsian kediaman.
iii Keadaan dinding bangunan dan lif yang kotor
Seterusnya adalah bagi keadaan dinding bangunan dan lif yang kotor. Nilai skor min
yang direkodkan hasil daripada analisis didapati adalah sebanyak 4.2286 dengan sisihan
piawaiannya sebanyak .80165 (rujuk jadual 5.1). Berdasarkan kepada nilai skor min
yang direkodkan skor min adalah berada dalam kategori tahap yang tinggi. Hal ini
demikian juga telah menunjukkan bahawa situasi ini pernah berlaku di pangsapuri
tersebut kerana majoriti purata penghuni tempatan mengatakan benar atas pernyataan
yang diberikan. Rentetan senario ini telah mengakibatkan penghuni tempatan menerima
kesan daripada situasi ini iaitu mereka berasa tidak selesa dengan kehadiran penghuni
asing. Oleh yang demikian kehadiran penghuni asing ke dalam kawasan kediaman akan
mendatangkan kesan yang negatif terutamanya dalam aspek keselematan.
50
iv Berasa terancam berjiran dengan penghuni asing
Berdasarkan kepada jadual 5.1 nilai skor min bagi berasa terancam berjiran dengan
penghuni asing adalah sebanyak 4.6571 dengan sisihan piawaiannya iaitu sebanyak
.69960. Menerusi nilai skor min yang direkodkan adalah berada dalam kategori tahap
yang tinggi. Hal ini demikian telah membawa maksud bahawa situasi berasa terancam
berjiran dengan penghuni asing telah dihadapi oleh penghuni tempatan di Pangsapuri
Berembang Indah. Tambahan pula, sikap tidak bermoral yang ditunjukkan oleh
penghuni asing telah meningkatkan lagi kerisauan dalam isu keselamatan di kawasan
kejiranan. Oleh yang demikian, situasi ini telah menyebabkan ketidakselesaan berlaku
di kalangan penghuni tempatan.
5.2.2 Pergerakan Aktiviti Harian Tempatan Menjadi Terhad
Bahagian lebih memfokuskan kepada aktiviti yang menyebabkan kepada pergerakan
penghuni semakin terbatas. Rentetan senario yang berlaku di dalam kawasankediaman
tersebut akan memberikan kesan kepada penghuni tempatan terutamanya dalam aspek
keselamatan. Oleh yang demikian beberapa situasi telah dikenalpasti bagi membuktikan
bahawa wujudnya kesan aktiviti harian menjadi terhad yang diterima oleh penghuni
tempatan akibat perkongsian kediaman bersama warga asing.
a. Anak-anak kurang bermain di sekitar kawasan tapak permainan
pangsapuri
Peratusan paling rendah bagi pilihan jawapan tidak setuju iaitu sebanyak 1.4 peratus.
Manakala peratusan paling tinggi adalah bagi penghuni yang menyatakan pilihan
jawapan sangat tidak setuju iaitu sebanyak 75.7 peratus. Seterusnya, bagi pilihan
jawapan setuju pula dapat dilihat bahawa nilai peratusannya adalaah sebanyak 14.3
peratus telah direkodkan. Manakala bagi pilihan jawapan tidak pasti pula telah
menunjukkan nilai peratusannya sebanyak 8.6 peratus. Seterusnya, pernyataan yang
mengatakan anak-anak kurang bermain di kawasan tapak permainan pangsapuri telah
memperolehi persetujuan daripada majoriti penghuni tempatan di pangsapuri tersebut.
Hal ini demikian kerana penghuni tempatan lebih memastikan anak-anak mereka untuk
berada di dalam rumah berbanding di luar. Hal ini demikian untuk memastikan
keselamatan anak-anak mereka terjamin. Keadaan ini berlaku kerana kehadiran
pendatang asing ke dalam sesebuah kawasan akan mencetuskan masalah jenayah. Oleh
yang demikian, penghuni lebih cenderung untuk bersetuju dengan memastikan anak-
anak mereka lebih berada di rumah berbanding di luar.
b. Penghuni tempatan banyak meluangkan masa di rumah
51
Bagi pernyataan di mana penghuni tempatan lebih banyak meluangkan masa di rumah
akibat perkongsian kediaman bersama penghuni asing telah menujukkan bahawa
peratusan paling tinggi adalah bagi pilihan jawapan sangat bersetuju iaitu sebanyak 75.7
peratus. Seterusnya adalah penghuni tempatan yang memilih pilihan jawapan setuju
dengan pernyataan berikut iaitu sebanyak 20.0 peratus. Hal ini demikian kerana mereka
lebih meluangkan masa di rumah berbanding di luar kerana mereka merasakan lebih
selamat dan tenteram apabila berada di dalam rumah. Tambahan pula, penghuni
tempatan memilih lebih berada di rumah bagi mengelakkan diri mereka daripada
bertembung dengan penghuni asing. Oleh yang demikian, ramai penghuni tempatan
memilih untuk bersetuju dengan pernyataan tersebut.
Namun demikian terdapat penghuni yang menyatakan pilihan jawapan tidak
pasti iaitu sebanyak 4.3 peratus. Peratusan yang direkodkan bagi pilihan jawapan tidak
pasti merupakan peratusan paling rendah. Hal ini demikian kerana faktor pekerjaan
telah mempengaruhi pilihan jawapan mereka. Hal ini demikian kerana terdapat
penghuni yang bekerja lebih masa untuk menjamin pendapatan telah berlaku. Senario
ini rentetan peningkatan kos hidup yang kian meningkat telah menyebabkan mereka
terpaksa beradaptasi dengan kehidupan sedemikian untuk meneruskan kehidupan di
bandar. Justeru itu, penghuni tempatan ini menyatakan bahawa mereka jarang berada di
rumah. Oleh yang demikian, pilihan jawapan ini telah direkodkan dalam kajian.
c. Penghuni wanita perlu berteman sekiranya berjalan di sekitar kawasan
kediaman
Berdasarkan pilihan jawapan bagi sangat setuju merupakan peratusan paling tinggi iaitu
sebanyak 92.9 peratus. Manakala peratusan paling rendah adalah bagi pilihan jawapan
tidak pasti iaitu sebanyak 2.9 peratus. Manakala bagi pilihan jawapan setuju nilai
peratusan yang dicatatkan adalah sebanyak 4.3 peratus. Menerusi data menunjukkan
bahawa penghuni tempatan amat bersetuju dengan pernyataan tersebut kerana penghuni
yang menjawab soalan ini adalah terdiri daripada penghuni wanita. Hal ini demikian
kerana kehadiran penghuni asing di pangsapuri tersebut pernah mencetuskan isu
gangguan seksual di mana mangsa kejadian itu adalah daripada penghuni tempatan.
Oleh yang demikian, penghuni tempatan terutamanya bagi wanita tidak akan keluar
berseorangan apabila melewati laluan-laluan di dalam pangsapuri tersebut.
d. Sentiasa memastikan pintu rumah terkunci tatkala berada di dalam rumah
Bagi pernyataan sentiasa memastikan pintu rumah terkunci ketika berada di dalam
rumah telah mencatatkan rekod data peratusan paling tinggi iaitu sebanyak 92.9 peratus
dengan menyatakan pilihan jawapan sangat setuju dan pilihan jawapan setuju pula
adalah sebanyal 5.7 peratus (rujuk Rajah 7.0). Menerusi hasil kajian yang ditunjukkan
dapat dilihat bahawa penghuni majoritinya mengunci pintu rumah ketika berada di
rumah. Hal ini demikian kerana kehadiran penghuni asing ke dalam kawasan kejiranan
sering melibatkan kes rompakan dan kecurian. Tambahan pula, penghuni tempatan turut
menyatakan bahawa mereka berasa lebih terancam apabila berjiran dengan warga asing.
52
Hal ini demikian kerana rumah yang didiami oleh penghuni asing akan didiami melebihi
muatan. Justeru itu, keadaan ini memberikan kerisauan kepada penghuni tempatan.
Selain itu, bagi peratusan paling rendah adalah bagi pilihan jawapan tidak setuju dengan
nilai peratusannya iaitu 1.4 peratus. Hal ini demikian kerana penghuni tempatan
mungkin tidak mengalami situasi berjiran dengan penghuni asing. Justeru itu, mereka
mengatakan pilihan jawapan tidak bersetuju bahawa berasa terancam berjiran dengan
penghuni asing. Oleh yang demikian, perkongsian kediaman bersama penghuni asing
telah menyebakan penghuni tempatan sentiasa memastikan rumah mereka adalah dalam
keadaan terkunci.
e. Pergerakan aktiviti harian tempatan menjadi terhad
Bahagian ini akan menerangkan hasil analisis skor nilai min dan sisihan piawaian yang
direkodkan bagi situasi anak-anak kurang bermain di kawasan tapak permainan
pangsapuri, penghuni tempatan banyak meluangkan masa di rumah, penghuni wanita
perlu berteman sekiranya berjalan di sekitar kawasan kediaman dan penghuni sentiasa
memastikan pintu rumah terkunci. Menerusi hasil yang direkodkan telah menunjukkan
bahawa penghuni tempatan terpaksa menerima kesan bahawa mereka mengalami
kesukaran dalam menjalankan aktiviti harian.
Jadual 5.2 Pergerakan Aktiviti Harian Tempatan Menjadi Terhad
Katogeri Skor Nilai Sisiahan
Min Piawaian
Anak-anak kurang bermain di kawasan tapak 4.6429 .70270
permaianan pangsapuri
Penghuni tempatan banyak meluangkan masa di 4.7143 .54221
rumah
Penghuni wanita perlu berteman sekiranya berjalan 4.9000 .38636
di sekitar kawasan kediaman
Sentiasa memastikan pintu rumah terkunci tatkala 4.9000 .42221
berada di dalam rumah
Sumber: Kajian Lapangan 2020
i. Anak-anak kurang bermain di kawasan tapak permainan pangsapuri
Berdasarkan jadual 5.2 skor min yang direkodkan bagi anak-anak kurang bermain di
kawasan tapak permainan pangsapuri adalah sebanyak 4.6429 dengan sisihan
piawainnya sebanyak .70270. Menerusi nilai skor min yang direkodkan adalah berada
dalam kategori nilai skor min yang tinggi. Hal ini demikian telah menunjukkan bahawa
situasi ini telah memberikan kesan terhadap isu pergerakan aktiviti harian penghuni
tempatan menjadi terhad. Oleh yang demikian, kehadiran penghuni asing dalam
kawasan kediaman telah memberikan kesan yang negatif terhadap penghuni tempatan.
53
ii. Penghuni tempatan banyak meluangkan masa di rumah
Seterusnya bagi nilai skor min penghuni tempatan banyak meluangkan masa di rumah
adalah sebanyak 4.7143 dengan sisihan piawaiannya sebanyak .54221. Hal ini demikian
telah menunjukkan bahawa berjiran dengan penghuni asing akan menyebabkan
penghuni tempatan meluang lebih masa untuk berada di dalam rumah. Hal ini demikian
juga kerana bertujuan untuk mengelakkan daripada bertemu dengan warga asing. Oleh
yang demikian, penghuni tempatan sukar untuk melakukan aktiviti luar kerana
dikhuatiri diganggu oleh penghuni asing.
iii. Penghuni wanita perlu berteman sekiranya berjalan di sekitar kawasan
kediaman
Kehadiraan warga asing ke dalam kawasan kediaman semestinya akan menggugat
keselamatan penduduk terutamanya bagi golongan wanita. Merujuk kepada kepada
jadual 5.2 bagi situasi penghuni wanita perlu berteman sekiranya berjalan di sekitar
kawasan kediaman telah merekodkan nilai skor min sebanyak 4.9000 dengan sisihan
piawainya .38636. Nilai skor min yang ditunjukkan bagi situasi tersebut merupakan
skor min paling tinggi direkodkan. Tambahan pula, hasil nilai skor min yang direkodkan
telah membuktikan bahawa situasi ini berlaku di pangsapuri tersebut dan akhirnya telah
menyukarkan pergerakan untuk penghuni wanita bebas melakukan aktiviti seharian
kerana bimbang diganggu oleh penghuni asing.
iv. Sentiasa memastikan pintu rumah terkunci tatkala berada di dalam
rumah
Berdasarkan jadual 5.2 dapat dilihat bahawa nilai skor min yang dicapai bagi sentiasa
memastikan pintu rumah terkunci tatkala berada di dalam rumah adalah pada tahap yang
tinggi. Hal ini demikian kerana skor min yang direkodkan merupakan paling tinggi iaitu
4.9000 dengan nilai sisihan piawaiannya sebanyak .42221. Menerusi data yang
dianalisis dapat dilihat bahawa kehadiran penghuni asing ke dalam kawasan kediaman
telah mengakibatkan pergerakkan aktiviti harian penduduk menjadi terhad. Oleh yang
demikian, telah mengugat keselamatan penghuni tempatan Pangsapuri Berembang
Indah, Ampang.
54
5.2.3 Kemudahan Pangsapuri Tidak Dapat Digunakan Oleh Penghuni
Tempatan Dengan Kerap
a. Penghuni Terpaksa Menggunakan Tangga Dengan Lebih Kerap
Berdasarkan pernyataan yang mengatakan bahawa penghuni yang terpaksa
menggunakan tangga dengan lebih kerap telah mencatatkan peratusan paling tinggi
dengan menunjukkan nilai peratusan sebanyak 54.3 peratus iaitu bagi mewakili pilihan
jawapan setuju. Manakala peratusan paling rendah adalah direkodkan bagi pilihan
jawapan sangat setuju iaitu dengan nilai peratusannya sebanyak 4.3 peratus. Hal ini
demikian kerana pemonopolian penggunaan kemudahan pangsapuri seperti lif telah
digunakan oleh penghuni asing. Tambahan pula, penghuni asing sering menggunakan
lif secara berkumpulan dan ini telah mendatangkan perasaan keterancaman di kalangan
penghuni tempatan untuk menggunakan kemudahan lif tersebut. Justeru itu, penghuni
tempatan terpaksa menggunakan laluan bertangga untuk naik dan turun bagi
mengelakkan bertembung dengan penghuni asing.
Namun demikian, sebanyak 24.3 peratus telah menunjukkan bahawa penghuni
tempatan telah memilih pilihan jawapan tidak pasti. Akhir Sekali, bagi penghuni yang
memilih pilihan jawapan tidak setuju adalah sebanyak 17.1 peratus. Hal ini demikian
kerana kediaman penghuni berada di dalam bahagian blok yang kurang dihuni oleh
penghuni asing. Justeru itu, penggunaan lif di kalangan penghuni asing adalah kurang
dilihat oleh penghuni tempatam. Tambahan pula, keadaan ini menyebabkan penghuni
tempatan tidak berasa terancam dengan kehadiran mereka dan kegunaan menggunakan
laluan bertangga adalah rendah di kalangan penghuni tempatan kerana tiada isu
perebutan menggunakan lif berlaku.
c. Sering Bertemu Dengan Penghuni Asing Ketika Menggunakan Lif
Berdasarkan hasil kajian hanya dua pilihan jawapan sahaja yang telah menjadi pilihan
penghuni tempatan terhadap pernyataan yang diberikan. Bagi pernyataan sering
bertemu dengan penghuni asing ketika menggunakan lif telah mencatatkan peratusan
paling tinggi bagi pilihan jawapan setuju dengan nilai peratusan sebanyak 67.1 peratus.
Manakala sebanyak 23.9 peratus telah mewakili pilihan jawapan sangat setuju.
Berdasarkan data yang telah dianalisis dapat dilihat bahawa penghuni tempatan telah
bersetuju dengan pernyataan yang diberikan. Hal ini demikian dapat dibuktikan bahawa
peningkatan kehadiran pendatang asing telah memberikan kesan terhadap petempatan
penduduk. Hal ini demikian akan menyebabkan pemonopolian kemudahan kediaman.
Oleh yang demikian, penerimaan kehadiran pendatang asing sebagai penghuni di
sesebuah kawasan kediaman akan mengakibatkan pemonopolian dan salah laku dalam
kalangan mereka.
55
c. Kawasan Tempat Meletakkan Kenderaan Adalah Mencukupi
Bagi pernyataan kawasan tempat meletakkan kenderaan adalah mencukupi telah
menunjukkan nilai peratusan paling tinggi adalah bagi pilihan jawapan tidak pasti iaitu
nilai peratusannya sebanyak 44.3 peratus. Bagi pilihan jawapan tidak setuju telah
menunjukkan nilai peratusan sebanyak 21.4 peratus manakala bagi pilihan jawapan
tidak setuju pula adalah sebanyak 4.3 peratus. Hal ini demikian kerana penghuni yang
menyatakan jawapan sedemikian kerana mereka di antara penghuni yang tidak
mempunyai kenderaan persendirian. Tambahan pula, kebanyakkan daripada mereka
adalah bujang serta lebih cenderung untuk menggunakan kenderaan awam.
Di samping itu juga, jarak di antara kawasan kediaman dan tempat kerja penduduk
adalah berhampiran. Justeru itu, ia mempengaruhi pilihan jawapan di kalangan
penduduk. Manakala peratusan paling rendah adalah bagi pilihan jawapan sangat setuju
dengan nilai peratusannya sebanyak 2.9 peratus. Tidak ketinggalan juga, bagi pilihan
jawapan setuju telah menunjukkan sebanyak 27.1 peratus. Hal ini demikian kerana
penghuni asing juga menggunakan kemudahan tersebut untuk meletakkan kenderaan
mereka. Oleh yang demikian, ia telah mencetuskan masalah ruang dalam kalangan
mereka.
d. Premis Perniagaan Dimiliki Oleh Penghuni Daripada Warga Asing
Berdasarkan peratusan paling tinggi adalah di mana penghuni tempatan telah memilih
pilihan jawapan sangat bersetuju dengan nilai peratusannya sebanyak 75.7 peratus dan
pilihan jawapan setuju pula adalah sebanyak 20.0 peratus. Hal ini demikian kerana
premis perniagaan yang disediakan kepada penghuni tempatan telah dimiliki oleh
mereka. Aktiviti perniagaan makanan dan runcitan barangan dijalankan oleh warga
asing di kawasan kediaman tersebut. Hal ini demikian telah menyebabkan penduduk
tempatan tidak mepunyai peluang untuk memiliki premis tersebut.
Manakala peratusan paling rendah adalah direkodkan bagi pilihan jawapan tidak pasti
sebanyak 1.4 peratus dan pilihan jawapan sangat tidak bersetuju adalah sebanyak 2.9
peratus. Catatan rekod ini berlaku kerana penghuni mungkin tidak pernah atau jarang
melewati kawasan premis-premis perniagaan ini. Justeru itu, penghuni tempatan
menyatakan pilihan jawapan sedemikian. Hal ini demikian telah menunjukkan bahawa
kehadiran penghuni asing telah menyebabkan kemudahan kediaman tidak dapat
digunakan oleh penghuni tempatan. Justeru itu, ia telah memberikan kesan terhadap
kesejahteraan penghuni tempatan Pangsapuri Berembang Indah, Ampang.
56
e. Kemudahan Pangsapuri Tidak Dapat Digunakan Oleh Penghuni Tempatan
Dengan Kerap
Bahagian ini akan membincangkan hasil analisis nilai skor mmin dan sisihan piawaian
bagi situasi yang menyebabkan kemudahan pangsapuri tidak dapat digunakan oleh
penghuni tempatan dengan kerap.
Jadual 5.3 Kemudahan Pangsapuri Tidak Dapat Digunakan Oleh Penghuni Tempatan
Dengan Kerap
Kategori Skor Min Sisihan Piawaian
Penghuni terpaksa menggunakan tangga 3.4571 .82858
dengan lebih kerap 4.3286 .47309
Sering bertemu dengan pendatang asing ketika 3.0286 .88418
menggunakan lif 4.6571 .77806
Kawasan tempat meletakkan kenderaan adalah
mencukupi
Premis perniagaan dimiliki oleh penghuni
daripada warga asing
Sumber: Kajian Lapangan 2020
i. Penghuni terpaksa menggunakan laluan bertanga dengan lebih kerap
Berdasarkan jadual 5.3 bagi penghuni terpaksa menggunakan tangga dengan lebih kerap
telah menunjukkan nilai skor min sebanyak 3.4571 dengan sisihan piawaian
.82858. Nilai skor min yang ditunjukkan adalah berada dalam kategori pada tahap yang
tinggi. Hal ini demikian telah menunjukkan bahawa situasi di mana penghuni tempatan
terpaksa menggunakan laluan bertangga dengan lebih kerap adalah berlaku di dalam
kawasan kediaman setelah menerima kehadiran penghuni asing. Hal ini demikian
kerana sikap penghuni asing yang menggunakan kemudahan lif secara kerap dan
berkumpulan telah menyebabkan penghuni tempatan berasa takut untuk
menggunakannya. Oleh yang demikian, penghuni tempatan terpaksa menggunakan
laluan alternatif lain untuk turun dan naik dalam pangsapuri melalui penggunaan laluan
bertangga. Justeru itu, ramai penduduk tempatan menyatakan bahawa mereka sering
menggunakan laluan bertangga.
ii. Sering bertemu dengan pendatang asing ketika menggunakan lif
Rentetan daripada penghuni tempatan terpaksa menggunakan laluan bertangga, sering
bertemu dengan penghuni asing ketika menggunakan lif merupakan salah satu punca
utama keadaan sedemikian berlaku. Berdasarkan kepada jadual 5.3, nilai skor min yang
ditunjukkan bagi situasi sering bertemu dengan pendatang asing ketika menggunakan
57
lif adalah sebanyak 4.3286 dengan sisihan piawaian .47309. Menerusi nilai skor min
yang ditunjukkan telah membuktikan bahawa senario ini telah menyebabkan penghuni
tempatan menerima kesan di mana mereka tidak dapat menggunakan kemudahan yang
disediakan dalam kawasan kediaman. Hal ini demikian kerana penggunaan kemudahan
perumahan lebih digunakan oleh penghuni asing berbanding penghuni tempatan. Oleh
yang demikian, perkongsian kediaman bersama warga asing memberikan impak yang
negatif.
iii. Kawasan tempat meletakkan kenderaan adalah mencukupi
Seterusnya ialah kawasan tempat meletakkan kenderaan adalah mencukupi. Nilai skor
min yang dicatatkan bagi kawasan tempat meletakkan kenderaan adalah mencukupi
adalah sebanyak 3.0286 dengan sisihan piawaian .88418. Berdasarkan kepada jadual
5.3 dapat dilihat bahawa nilai skor min yang dicatatkan merupakan skor min paling
rendah di antara yang lain. Hal ini demikian kerana penghuni asing di pangsapuri
tersebut terdiri daripada bangsa Bangladesh. Tambahan pula, tidak dinafikan bahawa
golongan ini kurang memiliki kenderaan persendirian kerana mereka lebih gemar
berjalan kaki dan berbasikal. Justeru itu, nilai skor min yang dicatatkan adalah lebih
rendah berbanding yang lain.
iv. Premis perniagaan dimiliki oleh penghuni daripada warga asing
Berdasarkan jadual 5.3 situasi bagi premis perniagaan dimiliki oleh penghuni daripada
warga asing telah menunjukkan catatan nilai skor min paling tinggi iaitu sebanyak
4.6571 dengan sisihan piawaian .77806. Hal ini demikian kerana premis perniagaan
seperti gerai makanan, minuman, dan peruncitan telah dikendalikan oleh warga asing.
Tambahan pula, kuota untuk penduduk tempatan berniaga di kawasan tersebut menjadi
kecil kerana perlu bersaing dengan mereka. Senario ini bertambah buruk lagi apabila
pelanggan yang datang ke premis mereka juga terdiri daripada bangsa asing. Hal ini
demikian telah menyebabkan kesukaran untuk premis tempatan untuk beroperasi kerana
pelanggan tempatan akan berasa terancam apabila berhadapan dengan mereka. Oleh
yang demikian, situasi ini telah membuktikan bahawa kehadiran pendatang asing ke
dalam kawasan kediaman akan menyebabkan penduduk tempatan tidak berpeluang
untuk mendapatkan kemudahan yang disediakan.
5.3 KESIMPULAN
Menerusi bab ini dapat dilihat bahawa perkongsian kediaman bersama penghuni asing
telah mendatangkan kesan negatif kepada penghuni tempatan terutamanya dari segi
aspek keselamatan. Hal ini demikian kerana sikap dan tatacara kehidupan pendatang
asing yang berbeza dengan penduduk tempatan. Tambahan pula, perkongsian kediaman
bersama penghuni asing ini telah menggugat kesejahteraan kejiranan penduduk
tempatan. Namun demikian, bab seterusnya akan menerangkan berkaitan cadangan dan
langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi kesan yang diterima oleh penduduk
tempatan akibat daripada perkongsian kediaman bersama pendatang asing.
58
BAB
6
LANGKAH MENGATASI KESAN PERKONGSIAN KEDIAMAN BERSAMA
WARGA ASING TERHADAP KESELAMATAN PENGHUNI TEMPATAN
PANGSAPURI BEREMBANG INDAH
6.1 PENGENALAN
Bahagian ini membincangkan tentang langkah yang telah diambil oleh pihak penghuni
kediaman dan berkuasa dalam membendung isu keselamatan yang menimpa penghuni
tempatan akibat daripada perkongsian kediaman bersama penghuni asing. Perbincangan
melibatkan bilangan kekerapan, nilai skor min dan sisihan piawaian akan diterangkan
dengan lebih mendalam pada bahagian ini. Segala huraian dan alasan yang diberikan
oleh penghuni adalah berdasarkan kepada masalah yang dihadapi oleh penghuni di
kawasan kajian tersebut. Menerusi medium soal selidik yang telah diberikan pilihan
jawapan menggunakan 5 skala likert bagi menginterpretasi tentang isu keselamatan
yang dihadapi oleh penghuni tempatan akibat daripada perkongisan kediaman bersama
peghuni asing tersebut. 5 skala likert tersebut adalah terdiri daripada sangat tidak setuju,
tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju.
6.2 LANGKAH MENGATASI KESAN PERKONGSIAN KEDIAMAN
BERSAMA PENGHUNI ASING
Perkongsian kediaman bersama penghuni asing di dalam kawasan kediaman tempatan
akan memberikan kesan yang negatif terutamanya melibatan keselamatan penduduk
tempatan yang menetapi lokasi kediaman tersebut. Oleh yang demikian, bagi mengatasi
kesan yang diterima oleh penduduk tempatan akibat daripada perkongsian kediaman
bersama penghuni asing ini beberapa langkah produktif telah diambil. Hal ini demikian
bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk tempatan lebih
terjamin. Justeru itu, menerusi hasil kajian yang dianalisis terdapat langkah yang telah
diambil dan penambahbaikkan telah dilakukan.
6.2.1 Kerap Berlaku Operasi Pemantauan Daripada Pihak Berkuasa Di
Kawasan Kediaman
Peratusan paling tinggi adalah direkodkan oleh skala likert pilihan jawapan setuju di
mana melibatkan nilai peratusan sebanyak 62.9 peratus. Bagi pilihan jawapan sangat
setuju pula nilai peratusannya ialah sebanyak 5.7 peratus. Hal ini demikian kerana
penghuni yang menjawab soal selidik ini telah mengatakan bahawa mereka sering
melihat dan mengadukan aduan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan
terhadap penghuni asing yang menetap di kawasan pangsapuri tersebut tanpa izin.
Tambahan pula, operasi pemantauan sering melibatkan pihak berkuasa dan majlis
perbandaran dalam memberkas penghuni asing yang menetap di pangsapuri tersebut
tanpa permit yang sah. Selain itu, jawapan bagi skala likert setuju menunjukkan jawapan
paling menjadi pilihan kerana penghuni yang menjawab soalan soal selidik tersebut
adalah terdiri daripada mereka yang telah lama menetap di kawasan pangsapuri
59
tersebut. Justeru itu, mereka lebih berpengalaman tentang keadaan yang berlaku dalam
kawasan kediaman mereka.
Seterusnya, terdapat penghuni tempatan yang telah mengatakan pilihan jawapan
tidak pasti terhadap pernyataan yang diberikan. Tambahan pula, nilai peratusan bagi
yang mengatakan tidak pasti ini adalah sebanyak 24.3 peratus. Hal ini demikian kerana
penghuni tempatan yang menjawab soal selidik mungkin di antara mereka yangbaharu
berpindah ke kawasan tersebut dan kurang mesra dengan kawasan tersebut. Tambahan
pula, ramai di antara mereka yang bekerja dan ini telah mempengaruhi jawapan mereka.
Hal ini demikian kerana mereka lebih meluangkan masa di tempat kerja berbanding di
rumah. Oleh yang demikian, mereka kurang prihatin terhadap segala kejadian yang
berlaku di kawasan kediaman. Manakala paling rendah bacaan skala likert direkodkan
bagi pilihan jawapan sangat tidak setuju pula nilai peratusannya adalah sebanyak 2.9
peratus. Selain itu, bagi bagi jawapan tidak bersetuju adalah sebanyak 4.3 peratus. Hal
ini demikian kerana penghuni mungkin tidak pernah mengetahui tentang keadaan yang
berlaku di dalam kawasan kediaman. Tambahan pula, mereka mungkin tidak pernah
menyertai persatuan kejiranan rukun tertangga di kawasan kediaman. Oleh yang
demikian, perkara sedemikian telah mempengaruhi pemilihan jawapan di kalangan
penghuni tempatan.
6.2.2 Rondaan Sering Dilakukan Di Dalam Kawasan Kediaman
Peratusan paling tinggi telah dicatatkan dengan nilai peratusannya sebanyak 70.0
peratus iaitu bagi pilihan jawapan bersetuju dengan langkah pencengahan bahawa
rondaan sering dilaksanakan di dalam kawasan kediaman. Hal ini demikian kerana
penduduk sering menyertai aktiviti rondaan yang diadakan oleh jawatan kuasa
kediaman dalam membendung masalah ini daripada terus berlaku. Bagi penduduk yang
mengatakan pilihan jawapan sangat setuju pula adalah sebanyak 4.3 peratus. Hal ini
demikian kerana penghuni telah lama menghuni kawasan kediaman tersebut. Justeru
itu, aktiviti pencegahan demi menjaga keselamatan penghuni sering diadakan.
Selain itu, terdapat di antara penghuni yang mengatakan pilihan jawapan tidak
pasti dengan nilai peratusannya sebanyak 21.4 peratus. Hal ini demikian kerana mereka
tidak pasti akan aktiviti rondaan yang dilakukan di dalam kawasan kediaman. Manakala
bagi pilihan jawapan tidak setuju merupakan paling rendah peratusannya iaitu sebanyak
1.4 peratus. Tambahan pula, pilihan jawapan sangat tidak setuju pula adalah sebanyak
2.9 peratus. Hal ini demikian adalah di mana penduduk tidak pernah dan jarang
melibatkan diri dalam aktiviti pencengahan seperti rondaan di kawasan kediaman demi
untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan penghuni Pangsapuri Berembang Indah.
6.2.3 Pernah Menyertai Rondaan Keselamatan Yang Dilakukan Di Kawasan
Kediaman
60
Bagi pilihan jawapan tidak setuju merupakan peratusan paling tinggi dicatatkan dengan
nilai peratusan sebanyak 32.9 peratus. Hal ini demikian kerana penghuni tempatan
merupakan di antara penghuni yang baharu menetap di pangsapuri tersebut. Tambahan
pula, ramai di kalangan mereka yang berstatus bujang dan bekerja. Justeru itu, penghuni
lebih meluangkan masa untuk bekerja daripada menyertai aktiviti persatuan kediaman.
Seterusnya, sebanyak 7.1 peratus adalah bagi penghuni tempatan yang menyatakan
pilihan jawapan sangat tidak setuju. Manakala bagi peratusan paling rendah telah
dicatatkan sebanyak 4.3 peratus bagi pilihan jawapan sangat setuju. Seterusnya
sebanyak 30.0 peratus adalah penghuni tempatan yang bersetuju dengan pernah
menyertai rondaan yang diadakan di dalam kawasan kediaman. Selebihnya adalah
melibatkan penghuni tempatan yang mengatakan pilihan jawapan tidak pasti terhadap
pernyataan tersebut dengan nilai peratusannya sebanyak 25.7 peratus. Hal ini demikian
kerana penghuni tidak berminat atau tidak mengetahui tentang kewujudan jawatankuasa
kediaman untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan penghuni tempatan terjaga.
Oleh yang demikian, ia mempengaruhi pemilihan jawapan di kalangan penduduk.
6.2.4 Langkah Mengatasi Kesan Pendatang Asing Terhadap Keselamatan
Penghuni Tempatan Di Pangsapuri Berembang Indah
Bahagian ini akan membincangkan nilai skor min dan sisihan piawaian yang direkodkan
melalui analisis yang telah dilakukan. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa
terdapat beberapa langkah yang telah diambil bagi menangani permasalahan
keselamatan akibat perkongsian kediaman bersama warga asing.
Jadual 6.1 Langkah Mengatasi Kesan Pendatang Asing Terhadap Keselamatan
Penghuni Tempatan Di Pangsapuri Berembang Indah
Kategori Skor Min Sisihan Piawaian
Kerap berlaku operasi pemantauan 3.6429 .78085
daripada pihak berkuasa di kawasan
kediaman 3.7143 .70491
2.9143 1.04594
Rondaan sering dilakukan di dalam
kawasan kediaman
Pernah menyertai rondaan
keselamatan yang dilakukan di
kawasan kediaman
Sumber: Kajian Lapangan 2020
61
i. Kerap berlaku operasi pemantauan daripada pihak berkuasa di kawasan
kediaman
Berdasarkan jadual 6.1 menunjukkan nilai skor min bagi setiap kategori untuk langkah
yang telah diambil bagi membendung kesan daripada isu keselamatan yang dialami oleh
penghuni tempatan di pangsapuri tersebut. Paling tinggi nilai skor min adalah
melibatkan aktiviti rondaan yang sering dilakukan oleh penduduk di kawasan
pangsapuri tersebut. Nilai skor min yang dicapai adalah sebanyak 3.7143 dengan sisihan
piawaiannya iaitu sebanyak .70491. Hasil nilai skor min yang diperolehi adalah
mempunyai hubungan yang kuat. Hal ini demikian kerana penduduk di pangsapuri
tersebut mempunyai jawatan kuasa persatuan kejiraanan yang bertanggungjawab dalam
menjaga kesejahteraan penghuni.
ii. Rondaan sering dilakukan di dalam kawasan kediaman
Tambahan pula berdasarkan kepada jadual 6.1 skor min bagi rondaan sering dilakukan
di dalam kawasan kediaman adalah sebanyak 3.7143 dengan sisihan piawaian .70491.
Menerusi nilai skor min yang direkodkan dapat dilihat bahawa nilai min bagi rondaan
sering dilakukan di dalam kawasan kediaman adalah berada dalam kategori skor min
yang tinggi. Hal ini demikian telah menunjukkan bahawa rondaan melibatkan ahli
jawatan kuasa kawasan kediaman sering dilakukan. Tambahan pula, dapat dilihat juga
bahawa wujudnya kerjasama di kalangan penduduk dan pihak berkuasa dalam
menjalankan rondaan dan pembasmian warga asing demi menjaga kesejahteraan dan
keselamatan penghuni di Pangsapuri Berembang Indah.
iii. Pernah menyertai rondaan keselamatan yang dilakukan di kawasan
kediaman
Namun demikian, bagi aktiviti penglibatan penduduk dalam menyertai rondaan
keselamatan yang dilakukan di kawasan kejiranan telah mencatatkan skor min paling
rendah iaitu sebanyak 2.9143 dengan sisihan piawaian sebanyak 1.04594 (rujuk jadual
6.1). Nilai skor min yang direkodkan bagi penglibatan penduduk dalam aktiviti rondaan
keselamatan telah berada dalam kategori yang sederhana. Hal ini demikian kerana
kebanyakkan penghuni yang terlibat dalam menjalankan kajian ini adalah mereka yang
lebih meluangkan masa di tempat kerja. Tambahan pula, sampel yang dipilih adalah
kebanyakkannya terdiri daripada penghuni wanita. Oleh yang demikian, nilai skor min
yang direkodkan adalah pada tahap yang rendah.
6.3 KESIMPULAN
Tuntasnya bab ini telah membincangkan tentang keselurahan hasil yang diperlukan bagi
menjawab semua objektif kajian. Pada permulaan perbincangan telah diperkenalkan
dengan menceritakan tentang demografi bagi penghuni Pangsapuri Berembang Indah.
62
Penghuni tempatan yang terlibat merupakan di antara penghuni tempatan dengan
melibatkan seramai 70 orang penghuni tempatan. Analisis dilakukan bagi membaantu
dalam menyokong perbincangan pada bahagian kesan keselamatan yang dialami oleh
penghuni tempatan akibat perkongsian kediaman bersama penghuni asing. Seterusnya,
menerusi bab ini juga dapat melihatkan kekerapan masalah yang sering ditimbulkan
oleh penghuni asing sehingga mampu mengancam keselamatan penghuni tempatan di
pangsapuri awam tersebut. terdapat 13 item yang telah diuji untuk penilaian kepada
skala likert yang dikelompokkan kepada beberapa bahagian iaitu memonopoli
kemudahan pangsapuri, pencemaran di sekitara pangsapuri serta tingkah laku tidak
bermoral dalam kalangan penghuni asing. Analisis skor min yang dilakukan dapat
melihat tahap secara purata yang diberikan oleh penduduk. Hasil analisis mendapati
bahawa wujud masalah apabila berlaku perkongisan kediaman di antara penghuni
tempataan dan asing di dalam kawasan kajian.
Selain itu, bab ini juga telah menganalisis kesan yang timbul daripada
permasalahan yang diwujudkan oleh penghuni asing di dalam kawasan kediaman
tersebut. Bagi menilai kesan yang dialami oleh penghuni tempatan akibat perkongsian
kediaman bersama penghuni asing ini skala likert telah diaplikasikan dalam kajian ini.
Hasil analisis telah menunjukkan kesan yang negatif yang diterima oleh penghuni
tempatan apabila kawasan tempat tinggal mereka menerima penghuni bukan daripada
warga tempatan. Akhir sekali, bab ini juga turut membincangkan keberkesanan langkah
yang telah diambil oleh penduduk Pangsapuri Berembang Indah dalam menangani isu
perkongsian kediaman ini. Hasil analisis yang diperolehi berdasarkan kajian lapangan
dan ujian statistik mendapati bahawa telah berlaku kekurangan dalam isu keselamatan
yang melibatkan penghuni tempatan. Hal ini demikian kerana banyak kerjasama di
antara pihak penduduk serta pihak berkuasa dalam membanteras pendatang asing yang
menghuni di pangsapuri tersebut. Oleh yang demikian, maka wajarlah bahawa
perkongsian kediaman bersama penghuni asing akan mengugat keselamatan dan
kesejahteraan penghuni tempatan. Kesimpulanya, segala cadangan dan mitigasi yang
lebih produktif dan efektif akan dibincangkan dalam bab seterusnya.
63
BAB
7
KESIMPULAN
7.1 PENGENALAN
Pengakhiran bab ini akan merumuskan hasil dan perbincangan daripada kajian yang
dijalankan berdasarkan kepada objektif kajian yang telah ditetapkan pada awal kajian.
Segala huraian yang dikemukakan akan meliputi rumusan, limitasi kajian serta usulan
penyelidikan lanjutan pada masa akan datang. Perbincangan ini adalah bertujuan untuk
menambah baik dan meningkatkan sekuiriti aspek keselamatan dalam kalangan
penduduk tempatan di kawasan kediaman. Oleh yang demikian, rumusan tentang kajian
ini akan dibincangkan dengan lebih mendalam menerusi bab ini.
7.2 RINGKASAN PENEMUAN
Secara keseluruhannya perkongsian kediaman bersama penghuni asing sewajarnya
telah menimbulkan isu keselamatan terhadap penghuni tempatan. Hal ini demikian
kerana berdasarkan kepada objektif pertama kajian tentang menyatakan masalah yang
dihadapi oleh penghuni tempatan akibat perkongsian kediaman bersama penghuni asing
telah menunjukkan beberapa masalah yang perlu dihadapi oleh penghuni tempatan
Pangsapuri Berembang Indah. Antaranya adalah masalah melibatkan pemonopolian
kemudahan pangsapuri, isu kebersihan kediaman dan isu tingkah laku penghuni asing
di kawasan kediaman tersebut. Kehadiran penghuni asing telah menyebabkan penghuni
tempatan terpaksa berhadapan dengan masalah pemonopolian kemudahan yang
disediakan dalam kawasan pangsapuri. Hal ini demikian kerana sebanyak 97.2 peratus
penghuni tempatan telah bersetuju di mana kemudahan kawasan perniagaan di dalam
kawasan pangsapuri majoritinya adalah dimiliki oleh bangsa asing. Hal ini demikian
semakin bertambah buruk apabila penghuni tempatan juga terpaksa berhadapan dengan
masalah dalam penggunaan lif. Keadaan ini berlaku kerana sikap pengguna di kalangan
penghuni asing ini gemar menggunakan lif secara berkumpulan. Rentetan keadaan ini
telah menyukarkan lagi penghuni tempatan untuk menggunakan lif tersebut kerana
perlu berebut di antara satu sama lain. Justeru penghuni tempatan terpaksa akur
sehingga mencari alternatif lain untuk naik dan turun dengan menggunakan laluan
bertangga. Akhir sekali, kehadiran penghuni asing ke dalam kawasan kediaman
tempatan juga telah meninggalkan kesan yang negatif di mana alatan permainan di
taman kanak-kanak didapati sering berlaku kerosakkan. Hal ini demikian telah
menyebabkan kanak-kanak terutamanya bagi anak penghuni tempatan tidak dapat
bermain di kawasan itu. Oleh yang demikian, masalah utama yang perlu dihadapi oleh
penghuni tempatan adalah perlu berhadapan dengan kesukaran untuk menggunakan
kemudahan yang disediakan oleh pangsapuri kepada penghuni.
Selain itu, akibat perkongsian kediaman bersama penghuni asing penghuni
tempatan juga terpaksa menghadapi sikap tidak baik yang ditunjukkan oleh penghuni
asing. Hal ini demikian kerana sebanyak 88.5 peratus mewakili penghuni tempatan yang
menyatakan bahawa kediaman mereka berada dalam keadaan yang tidak bersih. Hal ini
demikian kerana sikap penghuni asing yang gemar membuang sampah merata-rata di
dalam kawasan kediaman. Justeru itu, ia telah menyumbang kepada isu kebersihan
dalam kawasan kediaman. Tambahan pula, penghuni tempatan sering merungut kerana
64
sikap mereka yang gemar meludah merata-merata. Di samping itu juga, sikap tidak
bermoral yang sering ditunjukkan oleh penghuni asing ini adalah di mana mereka sering
dikatakan melakukan vandalisme. Hal ini demikian kerana keadaan dinding-dinding
pangsapuri tersebut berada dalam keadaan kotor. Kehadiran penghuni asing ini turut
membimbangkan keselamatan penghuni tempatan di mana mereka terpaksa berhadapan
dengan sikap tidak bermoral yang ditunjukkan oleh penghuni asing yang pernah
melakukan gangguan seksual dan meminum minuman keras di kawasan pangsapuri.
Oleh yang demikian, penghuni tempatan perlu berhadapan dengan masalah sikap tidak
bermoral yang ditunjukkan oleh penghuni asing di Pangsapuri Berembang Indah.
Seterusnya adalah penghuni tempatan di Pangsapuri Berembang Indah terpaksa
menghadapi isu kebersihan di kawasan kediaman. Rentetan daripada sikap tidak
bermoral yang ditunjukkan oleh penghuni asing ini sudah tentu akan memberi kesan
terhadap aspek kebersihan. Hal ini demikian didapati bahawa sistem pembuangan
sampah di kawasan kediaman berasa dalam keadaan tidak teratur. Hal ini demikian juga
kerana sikap penghuni asing yang gemar membuang sampah merata-rata dan
mengotorkan kawasan kediaman. Lebih merumitkan di mana penghuni tempatan juga
terpaksa menggunakan laluan bertangga kerana keadaan lif pangsapuri yang berada
dalam keadaan kotor dan berbau. Senario ini berlaku kerana rentatan penghuni asing
yang kerap menggunakan kemudahan tersebut. Justeru itu, kehadiran penghuni asing
dalam perkongsian kediaman telah mencetuskan isu kebersihan terhadap penghuni
tempatan.Walau bagaimanapun, rentetan daripada permasalahan yang timbul akibat
daripada perkongsian kediaman bersama penghuni asing di Pangsapuri Berembang
Indah telah meninggalkan kesan yang negatif terhadap aspek keselamatan di kalangan
penghuni tempatan. Antaranya kesan yang perlu dihadapi oleh penghuni tempatan
adalah berasa tidak selesa ketika di dalam kediaman, aktiviti harian menjadi terhad dan
kemudahan pangsapuri tidak dapat digunakan dengan baik.
Kesan yang perlu dihadapi oleh penghuni tempatan Pangsapuri Berembang
Indah ketika menerima kehadiran warga asing ke dalam kawasan kejiranan adalah
pergerakan aktivti harian menjadi terhad. Hal ini demikian kerana majoriti penghuni
tempatan bersetuju di mana mereka lebih meluangkan masa berada di dalam rumah
berbanding di luar. Hal ini demikian kerana dikhuatiri sikap tidak bermoral yang
ditunjukkan oleh penghuni asing akan menggugat keselamatan penghuni tempatan.
Tambahan pula, bagi penghuni wanita tempatan mereka akan berteman sekiranya
melewati laluan-laluan koridor, bertangga serta lif sekiranya hendak ke mana-mana. Hal
ini demikian bagi memastikan tiada gangguan dan keselamatan diri mereka terjamin.
Tambahan pula, kehadiran penghuni asing dalam kawasan kejiranan pangsapuri
membuatkan penghuni tempatan lebih kerap mengunci pintu ketika keluar dan pulang.
Keadaan ini bagi mengelakkan kes seperti pecah rumah, rompakan dan sebagainya
daripada berlaku. Oleh yang demikian, kehadiran penghuni asing ke dalam kawasan
kediaman sudah tentu meninggalkan kesan buruk terhadap aspek keselamatan penghuni
tempatan.
Tambahan pula, kesan lain adalah mencetuskan ketidakselesaan kepada
penghuni tempatan. Hal ini demikian kerana kehadiran penghuni asing ke dalam
kawasan kediaman telah menyebabkan penghuni tempatan tidak berasa selamat. Hal ini
demikian dapat dibuktikan apabila penghuni tempatan menunjukkan tindak balas yang
negatif apabila mereka berasa tidak selamat ketika menggunakan laluan bertangga. Hal
65
ini demikian kerana penghuni tempatan pernah menjumpai bekas-bekas minuman keras
di kawasan laluan tersebut. Senario ini menunjukkan bahawa terdapat segelintir
penghuni asing yang menjadi kawasan laluan bertangga sebagai tempat untuk
melakukan aktiviti tidak berfaedah tersebut. Justeru itu, ia mendatangkan rasa tidak
selamat dan selesa dalam kalangan penghuni tempatan. Keadaan kemudahan lif yang
kotor dan berbau juga telah memberikan ketidakselesaan kepada pengguna tempatan.
Bertambah teruk apabila didapati keadaan dinding dan koridor di kawasan Pangsapuri
Berembang Indah berada dalam keadaan tidak bersih. Rentetan keadaan ini telah
menyebabkan penghuni tempatan berasa amat tidak selesa untuk menggunakan
kemudahan yang disediakan. Oleh yang demikian, kehadiran warga asing dalam
perkongsian kediaman bersama penghuni tempatan telah menggugat aspek keselamatan
penduduk.
Seterusnya, perkongsian kediaman melibatkan penghuni asing sudah tentu
memberikan tamparan hebat kepada penghuni asing terutamanya dalam isu keselamatan
yang perlu mereka hadapi. Kemudahan pangsapuri tidak dapat digunakan oleh penghuni
tempatan merupakan salah satu kesan yang diterima oleh mereka. Hal ini demikian
kerana kehadiran penghuni asing yang memonopoli kemudahan pangsapuri seperti lif
telah menyebabkan penghuni tempatan terpaksa menggunakan laluan bertangga untuk
naik dan turun. Menerusi kajian yang dijalankan ini dapat dilihat bahawa penghuni
tempatan sering bertemu dengan penghuni asing apabila mahu menggunakan
kemudahan lif. Tambahan pula, pertambahan penghuni asing ke dalam kawasan
kediaman turut menimbulkan isu dalam kawasan meletakkan kenderaan. Hal ini
demikian kerana terdapat penghuni tempatan terpaksa berebut untuk mendapatkan
tapak bagi meletakkan kenderaan. Hal ini demikian kerana kawasan tempat meletakkan
kenderaan menjadi terhad kerana kehadiran penghuni asing yang menetap di Pangsapuri
Berembang Indah. Kemudahan lain yang tidak dapat digunakan oleh penghuni tempatan
adalah untuk memiliki premis-premis perniagaan di pangsapuri tersebut. Hal ini
demikian kerana majoritinya premis perniagaan yang terdapat di Pangsapuri
Berembang Indah adalah dimiliki oleh bukan warganegara. Justeru itu, kehadiran
penghuni asing dalam kawasan kediaman telah meninggalkan kesan terhadap
keselamatan penghuni tempatan.
Akhir sekali bagi mengatasi masalah keselamatan yang dihadapi oleh penghuni
tempatan akibat perkongsian kediaman bersama penghuni asing telah mewujudkan
beberapa pelaksanaan langkah dalam menangani permasalahan tersebut. Dapat
dirumuskan kehadiran warga asing sebagai penghuni kawasan kediaman Pangsapuri
Berembang Indah telah didapati sering berlaku operasi pemantauan daripada pihak
berkuasa. Hal ini demikian untuk menjaga keamanan dan keselamatan penduduk
terutamanya melibatkan warga tempatan. Tambahan pula, bagi meningkatkan lagi
keselamatan penghuni tempatan di Pangsapuri Berembang Indah kerjasama penghuni
pangsapuri membentuk satu pasukan rondaan juga telah diadakan. Pasukan rondaan ini
sering diadakan pada dua belah sesi iaitu melibatkan sesi siang dan malam. Rondaan
yang diadakan meliputi kawasan laluan bertangga, kawasan permaianan, koridor dan
tempat meletakkan kenderaan. Di samping itu juga, pasukan rondaan ini turut mendapat
sambutan dan sokongan daripada penghuni tempatan pangsapuri tersebut. Didapai
ramai penghuni tempatan yang menyertai aktiviti rondaan bagi memastikan
keselamatan penghuni Pangsapuri Berembang Indah terjamin. Justeru itu, masalah
66
dalam aspek keselamatan yang meninmpa penghuni tempatan akibat daripada
perkongsian kediaman bersama warga asing ini dapat dikurangkan dan diselesaikan.
7.3 PENUTUP
Isu kebanjiran pendatang asing pada masa kini bukanlah satu perkara yang baru. Isu
pendatang asing ini merupakan satu isu sejagat yang berlaku hampir di setiap negara
yang sedang membangun mahupun bagi negara yang telah mencapai kemajuan. Senario
ini juga turut dapat dilihat berlaku di dalam negara kita. Kehadiran pendatang asing
telah mengakibatkan wujudnya perkongsian dalam aspek kediaman bersama dengan
penduduk tempatan. Keadaan ini telah mengugat kesejahteraan penduduk tempatan di
kawasan kediaman tersebut terutamanya dalam aspek keselamatan. Hal ini demikian
dapat dilihat sebagaimana yang berlaku di sebuah pangsapuri tempatan iaitu di
Pangsapuri Berembang Indah, Ampang.
Perkongsian kediaman bersama penghuni asing sewajarnya akan mendatangkan
impak terhadap penghuni tempatan terutamanya dari segi aspek keselamatan. Hal ini
demikian kerana menerusi kajian yang dijalankan telah mendapati bahawa wujudnya
kesan-kesan negatif yang diterima oleh penduduk tempatan dalam sesebuah kawasan.
Namun demikian, kehadiran pendatang asing ke dalam negara juga turut memberikan
kesan positif terutamanya dalam aspek pembangunan dan ekonomi. Justeru itu,
pengawasan dan pengawalan yang ketat terhadap pendatang asing perlu diperketatkan
agar keselamatan penduduk tempatan terjamin. Oleh yang demikian, isu keselamatan
melibatkan penduduk tempatan dapat diatasi bagi mencapai tahap kualiti hidup yang
maksimum.
Akhir sekali, kerjasama di antara pelbagai pihak amat diperlukan demi
mencegah dan membendung masalah melibatkan isu keselamatan di antara penghuni
tempatan dan bukan tempatan. Hal ini demikian bagi melahirkan masyarakat kejiranan
yang harmoni dan sejahtera. Tambahan pula, menguatkan lagi hubungan diplomatik di
antara Malaysia dengan negara luar kerana membenarkan rakyat luar mendiami negara
tanpa mengingkari peraturan-peraturan yang ditetapkan. Oleh yang demikian, dapat
meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat terutamanya dalam aspek
keselamatan.
67
RUJUKAN
Aduan Rakyat. 2019. Op Cegah Jenayah Khas Tangkap PATI. Video. Buletin TV 3.
Affizal Ahmad. 2008. Kepentingan pendidikan dalam pembentukan kualiti hidup
sejahtera. Malaysian Education Dean’s Council Journal (2): 1-8.
Amirah Nutfah Zulkifli. 2016. Foreigner problems at Kampung Haji AbdullahHukum.
http://mole.my/foreigners-problem-at-kampung-haji-abdullah-hukum/.html [20
Februari 2020].
Anon. 2018. Sejarah Kuala Lumpur.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Kuala_Lumpur.html [28 Februari 2020].
Anon. 2019. Makna keselamatan. c=https://ms.wikipedia.org/wiki/Keselamatan.html
[26 Februari 2020].
Anon. 2020. Google Dictionary.
https://www.google.com/search?q=safety+meaning&oq=safety+meaning&aqs=
chrome..69i57.8090j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8.html [26 Februari 2020].
Anon. 2020. Resident. https://www.lawinsider.com/dictionary.html [23 Februari 2020].
Anon. 2020. Shelter.
https://www.google.com/search?q=shelter+meaning&oq=shelter+meaning&aqs
=chrome..69i57j0l2j46j0l4.6120j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8.html [12
Mac 2020].
Azahan Awang, Kadaruddin Aiyub & Abdul Hadi Harman Shah. 2008. Penilaian
Makna kualiti hidup dan aplikasinya dalam bidang pengurusan persekitaran di
Malaysia. Jurnal Akademika (72): 46-78.
Azita Ali et al. 2015. Tahap Keselamatan Kediaman Perumahan Flat di Taman
Cendana: Satu Kajian. Seremban. Prosiding Persidangan Antarabangsa
Kelestarian Insan Kali Ke-2, hlm. 421-434.
Azril Khairol Ismail. 2015. Kemampuan memiliki rumah oleh golongan belia
bumiputera. Kajian Kes: Gelang Patah. Tesis. Ijazah Sarjana Muda (Harta Tanah).
Fakulti Goeinformasi Dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia.
Berita Harian. 2017. 12 September.
Berita Harian. 2019. 21 Ogos.
Berita Harian. 2019. 23 Mac.
Berita Harian. 2019. 28 Jun.
Berita Harian. 2019. 29 Mei.
68
Bernama. 2017. 11 Februari
Bernama. 2017. 5 Mei.
Brian Kariger d& Daniel Fierro. 1995. Dictionary.com.
https://www.dictionary.com/.html [24 Februari 2020].
Cambridge University Press. 2008. Cambridge Advanced Learner’s Dictionary. United
Kingdom: Cambridge University Press.
Charis E.Kubrin & Hiromi Ishizawa. 2012. Why some immigrant neighborhoods are
safer than others: Divergent findings from Los Angeles and Chicago. SAGE
Journals 641(1): 148-173
https://journals.sagepub.com/doi/abs/10.1177/0002716211431688.html [17
Mac 2020].
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. 2020. Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020.
Farlex International. 2016. Complete English Grammar Rules: Example, Exceptions:
Exercises, and Everything You Need to Master Proper Grammar. Dublin: Farlex
International.
Fazrik Kamarudin. 2019. Imigren fempur pendatang Afrika. Berita Harian. 21 Jun.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/06/574425/imigresen-gempur-
pendatang-afrika.html [28 Mac 2020].
George Merriam & Charles Merriam. 2003. Merriam Webster Dictionary. United
States: Encyclopaedia Britannica Inc.
Gerald Van Belle & Steven. P Millard. 1998. STRUTS: Statistical Rules Of Thumb.
Seattle: University of Washington.
Gerald van Belle. 200. Statistical Rules of Thumb. Second Edition. United States: Wile
Publisher.
Harper Collins. 1979. Collins English Dictionary. New York: HarperCollins Publisher.
Harper Collins. 2020. Local. https://www.collinsdictionary.com/.html [23 Februari
2020].
Housing Assistance Council (HAC). 2007. Immigration And Housing In Rural
America. Vermount Avenue, New York, D.R., September.
Intan Suria Hamzah & Sity Daud. 2016. Implikasi kemasukan pekerja asing di
Malaysia: Suatu tinjauan awal. Jurnal Sains Insani (1): 69-77.
Jabatan Penerangan Malaysia. 2015. PATI: Pendatang tanpa izin. Bahagian Penerbitan
Dasar Negara. Putrajaya.
69
Jamaludin Mustaffa. 2007. Aspek keselamatan awam dalam pembentukan bandar
selamat di Malaysia: Kajian kes Alor Star, Kedah. Tesis Dr. Fal. Pusat Pengajian
Kerajaan, Universiti Utara Malaysia.
Junaidi Awang Besar et al. 2014. Pembangunan Program Perumahan Rakyat (PPR):
Impak geopolitik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam pilihan raya
umum 2004, 2008 dan 2013. Journal e-Bangi 9(1): 001-023.
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara. 2019. Kajian Kesan
Pendatang Asing Ke Atas Penduduk Tempatan.
Michael O.Adams & Gbolahan S.Osho. 2007. Impact of race, ethnicity, and
immigration policy: A polico-economic perspective. Journal of Business &
Economics Research 5(6): 37-42.
Moleong & Lexy J. 2007. Metodologi Penelitian Kualitatif. Bandung: PT Remaja
Rosdakarya Offset.
Mstar. 2019. 23 Oktober. https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/10/23/lelaki-
meracau-depan-rumah.html [25 Mac 2020].
Muhammad Farhan Fadzal et al. 2016. Persepsi Pelanggan Tempatan Terhadap Warga
Asing Yang Bekerja Di Restoran Kapitan Di Sekitar Bukit Mertajam, Pulau
Pinang. Pulau Pinang: Politeknik Pulau Pinang.
Nor Aini & Goh Lea Koon. 2009. Kesan globalisasi terhadap kemiskinan.
Dlm.Ekonomi Malaysia ke arah pembangunan seimbang. pytg. Nor Aini &
IshakYussof. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Hayatie Abdul Halim. 2015. Hubungan antara tahap keselamatan dengan disiplin
dan stress dalam kalangan pekerja industri. Tesis. Fakulti Pendidikan Teknikal
dan Vokasional, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
Noresah binti Baharom. 2010. Kamus Dewan. Edisi ke-4. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Nurul Ain Hassan & Suresh Kumar N Velleymalay. 2018. Wanita bekerja dan kahwin
lewat; Satu kajan di Kuantan, Pahang. e-Bangi Journal of Social Sciences and
Humanities 15 (5): 128-144.
Oliver Ling Hoon Leh et al. 2017. Social impact of foreign immigrants in affordable
housing area. Case study: Mentari Court, Selangor, Malaysia. Journal of the
Malaysian Institute of Planner 15(2): 37-50.
https://www.researchgate.net/publication/318754339_Social_impact_of_foreig
n_immigrants_in_affordable_housing_area_Case_study_Mentari_Court_Selan
gor_Malaysia/link/598933e4aca27266ada4e14f/download.html [19 Februari
2020].
Ren Thomas. 2013. Resilience and housing choices among Filipino immigrants in
Toronto. International Journal of Housing Policy 13(4): 408-432.
https://www.tandfonline.com/doi/citedby/10.1080/14616718.2013.840112?scr
oll=top&needAccess=true.html [19 Februari 2020].
70
Ren Thomas. 2013. Viewing immigrants’ neighbourhood and housing choices through
the lens of community resilience. Survey and Perspectives Integrating
Environment & Society 5(1): 1516.
https://journals.openedition.org/sapiens/1516.html [20 Mac 2020].
Rohaya Ghani, Mastura Jaffar & Mohd Yahaya Mohd Daud. 2014. Faktor-faktor
penentu kepuasan perumahan yang memberi kesan terhadap gelagat
pembayaran caj perkhidmatan bagi perumahan bertingkat. Jurnal Intelek 9(1):
52-62.
Rusniah Ahmad, Mohamed Naiem AJis & Saadon Awang. 2014. Permasalahan
pendatang asing tanpa izin di Malaysia dari aspek sosial dan perundangan.
Jurnal Kanun 26 (2): 173-191.
Sandara Lazo de la Vega & Timothy Steigenga. 2013. Facing immigration fears: A
constructive local approach to day labor, community, and integration. Journal
on Migration and Human Security 1(1): 1-16.
https://journals.sagepub.com/doi/pdf/10.1177/233150241300100101.html [23
Januari 2020].
Steven P.Millard. 2012. EnvironmentalStas for S-Plus: User’s Manual for Windows and
UNIX. New York City: Springer Science & Business Media.
Teuku Iskandar. 1984. Kamus Dewan. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
UNCHR. 2006. Refugees and Migrants. Geneva: United Nation High Commissioner
for Refugess.
Ungku Norulkamar Ungku Ahmad et al. 2017. Kajian Impak Kehadiran Pekerja Asing
Terhadap Komuniti Pengerang (e-ISBN 978-967-0792-23-1) Di Kota Tinggi.
Prosiding Penyelidikan Sains Sosial, hlm. 104-113.
Wan Shawaluddin Wan Hassan & Ramli Dollah. 2005. Impak Kehadiran Pendatang
Filipina Di Kampung-kampung Air: Satu Tinjaun Di Sabah. Kuala Lumpur:
Univerisiti Malaya.
71
PEYUMBANG MAKALAH
NurHadirrah Azmi adalah mahasiswa di Program Geografi, Fakulti Sains Sosial &
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku ini merupakan kajian sulung
beliau dalam mengikuti Latihan industri secara maya yang menumpukan kepada aspek
kesejahteraan penduduk.
► [email protected]
Dr. Rosniza Aznie Che Rose (Phd) adalah pensyarah kanan di Program Geografi,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian terbaru
beliau menumpukan kepada demografi, perancangan pelancongan dan penilaian impak
sosial.
► [email protected]
72
INDEKS
A
Alternatif ..........17, 18, 28, 82, 127, 139 N
Ampang…………………11, 12, 13, Negatif……………….12, 13, 41, 45,
14, 15, 20, 23, 32, 47, 93, 104, 110, 111, 46, 92, 93, 103, 104, 109, 112, 139, 140,
121, 125, 134, 143, 148 141, 143
D P
Data primer.................................. 26, 29 Pekerjaan… ....................34, 35, 57, 58,
Data sekunder........................ 19, 29, 30 60, 63, 64, 65, 115
Demografi ......................61, 70, 74, 136 Pemonopolian……………….11, 18,
Deskriptif ..........................................57 41, 42, 43, 55, 72, 76, 77, 80, 81, 82, 83,
I 103, 104, 105, 111, 121, 122, 138
Implikasi ........................15, 16, 46, 145 PendidikaN……………….20, 23, 57,
K 58, 65, 66, 67, 144, 146
Kadar bayaran ……………57, 59, 70,
Positf......................................... 92, 143
71 Premis………………..41, 54, 78, 124,
Kamus……………….33, 34, 35, 38,
125, 126, 128, 142
39, 146, 147 Profil………………………….32, 58,
Kemudahan kediaman ...................... 17, 59
18, 28, 40, 42, 43, 52, 53, 83, 104, 122, Proses…........................................... 10
125 S
Kesejahteraan …………………10, 11, Sisihan piawaian……………..32, 71,
14, 17, 18, 33, 34, 55, 65, 67, 96, 100, 81, 82, 90, 91, 92, 100, 101, 102, 103,
104, 125, 128, 112, 132, 133, 135, 137, 110, 111, 112, 113, 118, 119, 120, 126,
143 127, 128, 129, 134, 135
Kualiti hidup …………………34, 67, Skala likert………………..28, 31, 32,
143, 144 72, 73, 76, 78, 83, 84, 85, 98, 109, 129,
M 130, 136
Malaysia ......................... 20, 34, 36, 40, Skim perumahan ............................... 39
Sosial………………………33, 34, 35,
41, 54, 58, 64, 65, 66, 143, 145
Mitigasi… .......................................137 54, 59, 62, 67, 70, 102, 47
Statistik .....................................63, 13
102
KESAN PERKONGSIAN KEDIAMAN BERSAMA WARGA ASING
TERHADAP KESELAMATAN PENGHUNI TEMPATAN
PANGSAPURI BEREMBANG INDAH
Buku Kesan Perkongsian Kediaman Bersama Warga Asing Terhadap Keselamatan
Penghuni Tempatan Di Pangsapuri Berembang Indah ini merupakan inisiatif penyelidik
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (SEEDS),
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam usaha
memperkasakan bidang Geografi yang telah membawa revolusi dalam metodologi
kajian geografi. Terdapat tujuh bab dalam buku ini yang mempunyai keterangkuman
keseluruhan wacana geografi yang penting dalam memastikan perbincangan
merangkumi ilmu geografi fizikal dan manusia. Kekuatan buku ini ialah ditulis dan
digarap oleh pakar dalam bidang ilmu Geografi UKM yang berpengelaman dalam
menghuraikan aspek ontologi, epistemologi dan aksiologi geografi. Tujahan ilmu
geografi dalam buku ini fokus kepada cadang ilmu geografi manusia yang merungkai
aspek kesejahteraan hidup penduduk di Malaysia. Buku ini bertujuan membincangkan
wacana geografi untuk masa hadapan yang menjadi sumber rujukan utama dalam
pengajaran dan pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia dan sesuai
dijadikan sebagai bacaan umum.
NURHADIRRAH AZMI (Ijazah Sarjana Muda Geografi)
adalah pelajar di Program Geografi, Fakulti Sains Sosial
dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kajian yang dilakukan adalah menumpukan kepada aspek
kesejahteraan penduduk.
ROSNIZA AZNIE CHE ROSE (PhD) adalah Ketua
Program dan pensyarah kanan di Program Geografi, Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Kajian terbaru beliau menumpukan kepada
demografi, perancangan pelancongan dan penilaian impak
sosial.
Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
103