The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MUHAMMAD HAZWAN HELMI BIN SHAMSOL
ROSNIZA AZNIE CHE ROSE
Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

eISBN 978-983-2795-43-8

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aznie, 2020-10-21 23:39:05

KETERANCAMAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL DI TANJUNG BALAU, KOTA TINGGI DAN KESANNYA KEPADA KEDATANGAN PENGUNJUNG

MUHAMMAD HAZWAN HELMI BIN SHAMSOL
ROSNIZA AZNIE CHE ROSE
Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

eISBN 978-983-2795-43-8

KETERANCAMAN DAYA TAMPUNG
FIZIKAL DI TANJUNG BALAU, KOTA

TINGGI DAN KESANNYA KEPADA
KEDATANGAN PENGUNJUNG

MUHAMMAD HAZWAN HELMI BIN SHAMSOL
ROSNIZA AZNIE CHE ROSE

Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

KETERANCAMAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL
DI TANJUNG BALAU, KOTA TINGGI DAN
KESANNYA KEPADA KEDATANGAN
PENGUNJUNG

Muhammad Hazwan Helmi Bin Shamsol
Rosniza Aznie Che Rose

2

Cetakan Pertama / First Printing 2020

Hakcipta / Copyright Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020

Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran
atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya
tanpa kebenaran daripada Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form, electronics or
mechanical including photocopy, recording or any information storage and retrieval system, without permission in
writing from Geography Programme, Center for Research in Development, Social and (SEEDS), Faculty of Social
Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial &
Kemanusiaan, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D. E. Malaysia

Dicetak di Malaysia oleh / printed in Malaysia by
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial &
Kemanusiaan, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D. E. Malaysia

http://www.ukm.my/ppspp/

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

KETERANCAMAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL DI TANJUNG BALAU, KOTA TINGGI DAN KESANNYA
KEPADA KEDATANGAN PENGUNJUNG/ Muhammad Hazwan Helmi Bin Shamsol, Rosniza Aznie Che Rose

eISBN 978-983-2795-43-8

1. Kesesakan
2. Jalan Raya
3. Aktiviti Pelancongan
I. Muhammad Hazwan Helmi Bin Shamsol
II. Rosniza Aznie Che Rose

3

Prakata
Buku Keterancaman Daya Tampung Fizikal Di Tanjung Balau Kota Tinggi dan Kesannya
Kepada Kedatangan Pengunjung ini merupakan satu aktiviti sosial manusia dan pembangunan
kawasan sekitar yang semakin merundum dari segi kualiti infrasturktur serta kesannya kepada
pengunjung yang datang ke kawasan ini. Antara perkara yang mendorong terhadap perkara ini
berlaku adalah sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dalam memastikan kawasan
tumpuan ini sentiasa bersih dan terjaga. Tanjung Balau ini merupakan sebuah kawasan yang
bersih dan amat selesa untuk dijadikan kawasan riadah kerana pemandangan yang terdapat di
kawasan ini amat cantik. Namun begitu, faktor kelewatan tindakan yang diambil serta sikap
pengunjung yang tidak mengamalkan kebersihan telah menyebabkan kawasan ini kotor dan
terdapat juga fasiliti yang tidak dapat digunakan dengan selamat. Buku ini bertujuan untuk
menilai keterancaman daya tampung fizikal yang berlaku di kawasan ini dan kesannya kepada
pengunjung yang datang. Kajian di dalam buku ini adalah menilai enam indikator uatama iaitu
lokasi, fasilti awam, kebersihan, sikap manusia, keselamatan dan persekitaran. Buku ini boleh
digunakan sebagai rujukan utama dalam pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada pengunjung yang terlibat di Tanjung Balau, Kota
Tinggi di mana membantu dan melancarkan dalam mengendalikan penyelidikan dan
memberikan kerjasama yang cukup baik. Penghargaan kepada Geran TAP-K012925, dan Geran
Penyelidikan FRGS/1/2019/SS07/UKM/02/2 kerana membiayai sebahagian daripada kajian ini.

Muhammad Hazwan Helmi Bin Shamsol
Rosniza Aznie Che Rose
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universtiti Kebangsaan Malaysia

4

KANDUNGAN Halaman

KANDUNGAN 9-10
SENARAI JADUAL 11-12
SENARAI SINGKATAN
SENARAI SIMBOL 13
PRAKATA 13
PENYUMBANG MAKALAH 14
RUJUKAN 14-15
INDEKS 16

BAB 1 PENDAHULUAN 17
17
1.1 Pengenalan 17-18
1.2 Permasalahan Kajian 18-19
1.3 Persoalan Kajian 19-20
1.4 Objektif Kajian 20-21
1.5 Skop Kajian 21
1.6 Kepentingan Kajian 21-22
1.7 Kesimpulan 22
22-23
BAB 2 LATAR BELAKANG KAWASAN 23

2.1 Pengenalan 24
2.2 Kawasan Kajian 24-25
25-28
2.2.1 Latar Belakang Negeri Johor
2.2.2 Latar Belakang Daerah Kota Tinggi 29
2.2.3 Latar Belakang Tanjung Balau 29
2.3 Reka Bentuk Kajian
2.4 Kaedah Pengumpulan Data 29
2.4.1 Data Primer
2.4.2 Data Sekunder
2.4.3 Pendekatan Kuantitatif
2.4.4 Temubual Tidak Berstruktur Dan Pemerhatian
Tidak Turut Serta
2.5 Kaedah Analisis Data
2.5.1 Peringkat 1 : Mengenalpasti Masalah
2.5.2 Peringkat 2 : Pengumpulan Data Dan Maklumat
2.5.3 Peringkat 3 : Penganalisian Data
2.5.4 Rumusan Dan Cabaran

2.6 Kesimpulan

5

BAB 3 MODEL KAJIAN KETERANCAMAN DAYA
TAMPUNG FIZIKAL DI TANJUNG BALAU, KOTA
TINGGI DAN KESANNYA KEPADA KEDATANGAN
PENGUNJUNG

3.1 Pengenalan 30
3.2 Definisi Dan Konsep 30
30-31
3.2.1 Daya Tampung 31-32
3.2.2 Daya Tampung Fizikal 32
3.2.3 Keterancaman 32-34
3.2.4 Pengunjung 34
3.3 Keterancaman Daya Tampung Fizikal Dan Kesannya
Kepada Kedatangan Pengunjung 35-37
3.3.1 Kerosakan Fasilti Awam 37-39
3.3.2 Sikap Pengunjung 39-40
3.3.3 Tahap Kebersihan Tandas Awam 40-42
3.3.4 Tempat Meletakkan Kenderaan
3.4 Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Dalam 43
Mengatasi Keterancaman Daya Tampung Fizikal
3.4.1 Langkah Perundangan 43-45
3.4.2 Langkah Bukan Perundangan 46-49
3.5 Kesimpulan
50
BAB 4 KESAN KETERANCAMAN DAYA TAMPUNG
FIZIKAL DI TANJUNG BALAU, KOTA TINGGI 51
KEPADA KEDATANGAN PENGUNJUNG 51-58
59-63
4.1 Pengenalan 63-83
4.2 Latar Belakang Pengujung
4.3 Keterancaman Daya Tampung Fizikal 84
4.4 Kesan Keterancaman Daya Tampung Fizikal Di Tanjung
Balau, Kota Tinggi Kepada Kedatangan Pengunjung 85
4.5 Kesimpulan 85-88
88-90
BAB 5 LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL
DALAM MENGATASI KETERANCAMAN DAYA 91
TAMPUNG FIZIKAL

5.1 Pengenalan
5.1.1 Langkah Perundangan
5.1.2 Langkah Bukan Perundangan

5.2 Kesimpulan

6

BAB 6 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP
MASALAH KETERANCAMAN DAYA TAMPUNG
FIZIKAL DI TANJUNG BALAU, KOTA TINGGI,
JOHOR

6.1 Pengenalan 92
6.2 Meningkatkan Tahap Pemantauan Kebersihan 92-93
6.3 Meningkatkan Tahap Kepatuhan Prosedur Terhadap
Penggunaan Failiti Awam 93
6.4 Menambah Bilangan Kawasan Tempat Meletakkan
Kenderaan 94
6.5 Kesimpulan
94
BAB 7 KESIMPULAN
95
7.1 Pengenalan 95-98
7.2 Ringkasan Penemuan 98-99
7.3 Kesimpulan
100-104
RUJUKAN 105-106
INDEKS

7

No. Jadual SENARAI JADUAL Halaman

Jadual 4.1 Profil Pengunjung 52-53
Jadual 4.2 Keterancaman Daya Tampung Fizikal 61
Jadual 4.3 Keadaan Fasiliti Awam 66
Jadual 4.4 Semua Fasiliti Awam Mencukupi 67
Jadual 4.5 Terdapat Kawasan Rehat Yang Selesa 68
Jadual 4.6 Bangku Yang Mencukupi Untuk Dijadikan Tempat Berehat 69
Jadual 4.7 Pengunjung Dapat Menggunakan Fasiliti Dengan Selamat 70
Jadual 4.8 Pesisiran Pantai Terjaga Dengan Baik 71
Jadual 4.9 Selamat Untuk Dijadikan Tempat Beriadah 72
Jadual 4.10 Keadaan Persekitaran Pesisiran Pantai Yang Selesa Dan 73
Bersih
Jadual 4.11 Pengunjung Mengamalkan Nilai Kebersihan Dengan Baik 74
Jadual 4.12 Tandas Dapat Digunakan Dengan Selesa 75
Jadual 4.13 Tandas Berfungsi Dengan Baik 76
Jadual 4.14 Bayaran Dikenakan Amat Berpatutan Untuk Menggunakan 77
Tandas Awam
Jadual 4.15 Bayaran Dikenakan Amat Berpatutan Untuk Menggunakan 78
Tandas Awam
Jadual 4.16 Dibersihkan Mengikut Jadual Yang Telah Ditetapkan 79
Jadual 4.17 Pengunjung Dapat Meletakkan Kenderaan Dengan Selamat 81
Jadual 4.18 Keadaan Tempat Meletakkan Kenderaan Yang Selamat 82
Jadual 4.19 Tempat Meletakkan Kenderaan Yang Selamat 83
Jadual 4.20 Langkah Perundangan 85-86
Jadual 4.21 Langkah Bukan Perundangan 88

8

CCTV SENARAI SINGKATAN

GG Closed Circuit Television
KEJORA
NEA Government Guangzhou
PBT Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
RAMSAR National Environment Agency
Pihak Berkuasa Tempatan
RMK3 Convention on Wetlands of International Importance Especially as
RFN Waterfowl Habitat
SWcorp Rancangan Malaysia Ketiga
UUK Rancangan Fizikal Negara
IPTA Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
IPTS Undang-Undang Kecil
WTO Institut Pengajian Tinggi Awam
Institut Pengajian Tinggi Swasta
World Tour Organization

9

SENARAI SIMBOL
n Saiz sampel
N Saiz populasi
e Paras keyakinan (0.1)
% Peratus

10

BAB
1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Keterancaman daya tampung fizikal ini berlaku di serata dunia terutama di kawasan yang menjadi
tumpuan pelancong. Hal ini demikian kerana, kawasan tersebut tidak mempunyai perancangan dan
pengamalan pengurusan yang baik dalam memastikan kawasan tumpuan pelancongan itu terjaga.
Keterancaman daya tampung fizikal boleh dilihat dalam konteks kawasan pelancongan tersebut
tidak mempunyai fasiliti awam yang mencukupi untuk menampung kehadiran pelancong yang
berkunjung di kawasan tersebut dalam satu-satu masa. Hal ini telah memberi kesan terhadap
pengurangan jumlah pengunjung yang datang ke kawasan tumpuan pelancong tersebut. Selain itu,
akibat daripada keterancaman daya tampung fizikal ini telah berlaku beberapa permasalahan yang
utama seperti pesisir pantai menjadi kotor, kekurangan jumlah parkir kenderaan dan terdapat
fasiliti awam yang rosak. Hal ini telah menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap
keterancaman daya tampung fizikal di sesebuah kawasan pelancongan tersebut.

Menyedari hakikat ini dalam memastikan tempat pelancongan tersebut selesa untuk
dikunjungi maka perlu dipastikan persekitaran kawasan pelancongan tersebut berada dalam
keadaan yang selamat. Pengunjung yang berkunjung ke sesuatu kawasan pelancongansemestinya
mahukan keadaan yang tenang dan selesa. Hal ini demikian kerana, tujuan mereka datang adalah
untuk berehat dan beriadah. Sekiranya keadaan sekeliling tidak lagi menggambarkan keadaan yang
selesa dan selamat maka dia akan memberi kesan terhadap reputasi kawasan pelancongan tersebut
untuk membangun dengan baik. Hal ini demikian kerana, kepuasan pelancong adalah petunjuk
yang baik dalam menentukan pembelian kembali pakej pelancongan berkenaan. Oleh yang
demikian, pihak yang telah diamanahkan untuk menjaga kelestarian sesebuah kawasan
pelancongan tersebut hendaklah memastikan kawasan persekitaran pelancongan tersebut berada
pada keadaan yang terpelihara. Perkara ini amat memberi kesan terhadap kepuasan pengunjung
yang datang untuk beriadah di kawasan pelancongan tersebut.

Kemajuan dan perkembangan sesebuah pusat pelancongan itu amat bergantung kepada
pengunjung. Hal ini demikian kerana, pengunjung diibaratkan sebagai penilai terhadap sesebuah
tempat pelancongan tersebut. Persepsi pelancong terhadap perkhidmatan dan pengalaman yang
diterima di sesuatu destinasi pelancongan secara tidak langsung akan mempengaruhi
kecenderungan seseorang pelancong sama ada akan membuat lawatan ulangan ke sesuatu destinasi
pelancongan ataupun tidak (Baker & Crompton 2000). Sekiranya pengunjung berasa selesa dan
selamat di kawasan pelancongan tersebut, kemungkinan besar untuk mereka datang kembali
adalah tinggi. Pada masa yang sama, mereka akan mengesyorkan dan mewar-warkan kepada
kenalan mereka berkenaan pusat pelancongan tersebut. Pengunjung yang berpuas hati dan
bersemangat akan menyebarkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh kepada ahli keluarga dan

11

rakan-rakan bagi memperolehi pengalaman yang sama (Jamieson & Noble 2000). Melalui kaedah
ini, ia merupakan satu pengiklanan percuma oleh pengunjung dalam mempromosikan kawasan
tersebut. Namun sekiranya penjagaan fasiliti dan persekitaran kawasan pelancongan tercemar dan
tidak selesa maka pengunjung akan memberikan pandangan yang negatif terhadap kawasan
tersebut. Hal ini akan menyebabkan peratusan untuk pengunjung datang ke kawasan tumpuan
tersebut akan menurun. Oleh yang demikian, amat penting dalam memastikan pengunjung
memberikan penilaian positif terhadap sesuatu kawasan pelancongan tersebut kerana ia
mempengaruhi terhadap kemajuan sesebuah kawasan tumpuan itu.

Berdasarkan permasalahan ini, pengkaji telah memilih Tanjung Balau, Kota Tinggi sebagai
kawasan untuk menjalankan kajian berkenaan dengan keterancaman daya tampung fizikal yang
berlaku di kawasan tersebut. Kajian ini melibatkan sejumlah pengunjung yang terdiri daripada
pengunjung yang hadir ke Tanjung Balau, Kota Tinggi. Pengunjung yang dipilih adalah dalam
lingkungan umur 20 tahun dan ke atas. Kaedah yang digunakan dalam mengumpul data ini ialah
kaedah kuantitatif. Oleh yang demikian, data yang diperoleh hasil daripada kajian ini dijalankan
dapat mengetahui tentang tindakan yang perlu di ambil dalam mengatasi masalah yang berlaku.
Seterusnya, melalui hasil kajian ini, pengkaji dapat menyalurkan data ini kepada pihak kerajaan
agar penambahbaikkan dapat dilaksanakan di kawasan kajian tersebut. Hal ini dapat
mengurangkan masalah keterancaman daya tampung fizikal yang berlaku di kawasan kajian
tersebut.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Pengunjung yang datang ke sesuatu tempat untuk tujuan rekreasi dan bercuti sudah pasti akan
memilih sebuah kawasan yang dapat memberi ketenangan kepada mereka. Pada masa yang sama
juga, akan melihat persekitarannya seperti fasiliti yang dapat memberi kemudahan dalam
menikmati percutian mereka. Tanjung Balau, Kota Tinggi merupakan sebuah destinasi pilihan
pengunjung dalam menikmati ketenangan pantai dan pada masa yang sama tempat mereka untuk
beriadah. Namun begitu, keterancaman daya tampung fizikal di kawasan tumpuan pelancong
tersebut telah memberi perspektif yang negatif terhadap pengunjung yang hadir.

Permasalahan keterancaman daya tampung fizikal yang dapat dilihat di Tanjung Balau,
Kota Tinggi ini adalah dari sudut kekurangan fasiliti awam di kawasan tersebut. Hal ini demikian
kerana, di kawasan tersebut banyak fasiliti yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi dan
sekiranya digunakan akan mengancam keselamatan diri pengunjung tersebut. Sebagai contoh,
terdapat kerusi rehat yang telah pecah dan terdapat juga kawasan rehat seperti gazebo yang telah
musnah strukturnya. Hal ini akan mendatangkan kesan bahaya kepada pengunjung. Ekoran
daripada masalah ini telah menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada pengunjung yang datang ke
kawasan pelancongan ini.

Selain itu, permasalahan keterancaman daya tampung fizikal dapat dilihat dari segi
kekurangan tong sampah di kawasan pantai dan telah menyebabkan kawasan pesisiran pantai
menjadi kotor. Hal ini demikian kerana, apabila tong sampah kurang dan telah rosak maka sikap
pengunjung yang gemar membuang sampah merata-rata tempat telah menyebabkan masalah ini
berlaku. Oleh itu, pengunjung mengambil jalan mudah dengan membuang sampah merata-rata
tempat. Tambahan pula, di sekitar kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi ini, terdapat kedai-kedai
dan gerai-gerai jualan yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan. Makanan yang dijual

12

tersebut, kebanyakan di bungkus ke dalam plastik. Sekaligus, sisa-sisa makanan ini dibuang secara
merata tempat dan menyebabkan pantai menjadi kotor.

Di samping itu, permasalahan keterancaman daya tampung fizikal dapat dilihat dari segi
keadaan tandas awam yang tidak memuaskan. Tandas awam yang disediakan adalah bertujuan
bagi kemudahan pengunjung yang datang ke kawasan pelancongan ini. Tujuannya adalah untuk
memudahkan pengunjung menukar pakaian apabila selesai bermandi-manda di pantai. Namun
begitu, masalah yang dihadapi adalah apabila pengunjung ramai yang datang maka jumlah
pengguna akan meningkat. Perkara ini telah menyebabkan tandas menjadi teramat kotor dan tidak
selesa. Walhal untuk memasuki tandas tersebut pengguna perlu bayar dengan bayaran yang tidak
setanding dengan keadaan tandas. Bayaran yang dikenakan kepada pengunjung untuk masuk ke
tandas tersebut adalah RM 2.00 untuk menukar pakaian dan mandi manakala RM 1.00 untuk
membuang air kecil dan air besar. Oleh yang demikian, akibat daripada keterancaman daya
tampung fizikal ini pengunjung akan memberi gambaran negatif terhadap kawasan pelancongan
ini.

Seterusnya, permasalahan keterancaman daya tampung fizikal juga boleh dilihat dari segi
kekurangan jumlah parkir kenderaan di kawasan kajian. Jumlah parkir kenderaan dipengaruhi oleh
jumlah pengunjung yang datang ke sesebuah kawasan. Kehadiran jumlah pengunjung yang ramai
telah menyebabkan kawasan tersebut tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang datang.
Kebanyakan pengunjung yang hadir membawa kenderaan sendiri kerana mereka membawa
jumlah ahli keluarga yang ramai. Apabila jumlah tempat parkir kereta berkurangan maka ini akan
memberi gambaran kepada pengunjung lain yang baru sahaja tiba bahawa tempat tersebut susah
untuk dimasuki. Hal ini akan menyebabkan jumlah kunjungan pengunjung ke kawasan tumpuan
pelancongan ini berkurangan.

Oleh yang demikian, permasalahan keterancaman daya tampung fizikal yang berlaku di
Tanjung Balau, Kota Tinggi ini akan memberi impak yang negatif terhadap pengunjung yang
hadir. Mereka akan berpandangan bahawa tempat ini tidak sesuai untuk di kunjungi dan beriadah
kerana masalah yang dihadapi, Tujuan mereka berkunjung ke kawasan pelancongan ini adalah
untuk beriadah dan bercuti dengan keadaan yang tenang dan damai. Namun begitu, akibat masalah
yang berlaku ini telah memberi ketidakselesaan kepada pengunjung. Perkara ini perlu dipandang
serius dalam memastikan kawasan tumpuan pelancong ini sentiasa berada dalam keadaan yang
baik dan selamat untuk dikunjungi pada masa yang akan datang.
1.3 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian merupakan ramalan secara formal yang mungkin dicapai dalam kajian yang
dijalankan. Persoalan yang ditimbulkan adalah selaras dengan objektif kajian. Menurut Chua
(2011), persoalan kajian tidak boleh berdiri sendiri tanpa merujuk objektif kajian yang akan
dijalankan. Pada akhirnya, persoalan kajian digunakan bagi menilai pencapaian matlamat
penyelidikan yang dijalankan.

1. Apakah daya tampung fizikal yang terdapat di Tanjung Balau Kota Tinggi Johor semakin
terancam?

2. Bagaimanakah keterancaman daya tampung fizikal ini dapat memberi kesan kepada
pengunjung yang hadri ke Tanjung Balau Kota Tinggi Johor?

3. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah yang berlaku
ini?

13

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menilai keterancaman daya tampung
fizikal yang terdapat di Tanjung Balau, Kota Tinggi Johor. Oleh itu beberapa objektif telah dikenal
pasti bagi melengkapkan kajian tersebut.

1. Mengenalpasti keterancaman daya tampung fizikal yang terdapat di Tanjung Balau Kota
Tinggi Johor.

2. Menghuraikan kesan-kesan daripada keterancaman daya tampung fizikal yang terdapat di
Tanjung Balau Kota Tinggi Johor kepada pengunjung.

3. Menjelaskan langkah-langkah yang boleh di ambil dalam menangani masalah
keterancaman daya tampung fizikal yang terdapat di Tanjung Balau Kota Tinggi Johor.

1.5 SKOP KAJIAN

Kajian ini memfokuskan kepada keterancaman daya tampung fizikal yang berlaku di sesebuah
kawasan tumpuan pelancong. Daya tampung fizikal ini dilihat dari sudut kemampuan kawasan
tersebut dalam menyediakan fasiliti awam yang mencukupi dan baik terhadap pengunjung yang
datang ke kawasan berkenaan. Keterancaman daya tampung fizikal telah menyebabkan
pengunjung yang berkunjung di kawasan tersebut tidak dapat menikmati percutian mereka dengan
baik dan selesa akibat daripada masalah kerosakan dan kekurangan fasiliti awam yang terdapat di
kawasan tersebut. Tanjung Balau, Kota Tinggi Johor dipilih sebagai kawasan kajian adalah kerana
Tanjung Balau, Kota Tinggi merupakan kawasan tumpuan pelancong kerana terdapat kawasan
pantai di kawasan itu. Namun begitu, kebelakangan ini dapat dilihat bahawa fasiliti awam yang
terdapat di kawasan ini berada pada tahap yang sangat memuaskan. Hal ini telah menyebabkan
pengkaji ingin mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di kawasan tersebut menerusi kajian
yang dibuat iaitu keterancaman daya tampung fizikal. Data yang dikumpul adalah melalui kaedah
pemerhatian dan kaedah soal selidik. Responden pengkaji terdiri daripada pengunjung dalam
lingkungan umur 20 tahun dan keatas. Maklumat yang berkaitan dengan kawasan kajian juga
diperoleh menerusi maklumat yang dikumpulkan melalui agensi kerajaan, laman web dan
sebagainya.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Keterancaman daya tampung fizikal yang berlaku di sesebuah kawasan pelancongan memberi
kesan yang buruk terhadap potensi kawasan tersebut untuk maju. Hal ini demikian kerana, apabila
pengunjung yang berkunjung ke kawasan tersebut akan memberi respon yang negatif terhadap
masalah yang berlaku. Pengunjung tidak dapat untuk menikmati percutian mereka dengan baik
dan selesa. Keterancaman daya tampung fizikal ini dilihat dari sudut masalah kekurangan dan
kerosakan fasiliti awam yang terdapat di kawasan tumpuan pelancong tersebut.

Melalui kajian yang telah dijalankan berkenaan dengan keterancaman daya tampung fizikal
di Tanjung Balau, Kota Tinggi dapat dilihat pelbagai masalah yang telah berlaku. Hal ini telah
menimbulkan rasa kebimbangan kerana sekiranya tidak diambil tindakan segera pasti akan
mendatangkan kesan buruk kepada reputasi tempat pelancongan tersebut. Oleh yang demikian itu,

14

melalui data-data yang diperoleh pengkaji dapat membantu dalam menyalurkan maklumat
berkenaan dengan masalah dan kesan serta langkah yang boleh dibuat oleh kerajaan dalam
menyelesaikan masalah ini.

Selain itu juga, hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai sumber rujukan oleh semua pihak
dalam memastikan masalah keterancaman daya tampung fizikal ini dapat diatasi pada masa yang
akan datang. Hal ini demikian kerana, melalui buku ini dapat diterbitkan untuk tujuan pembacaan
dan rujukan semua masyarakat agar dapat memberi kesedaran kepada mereka terhadap masalah
keterancaman daya tampung fizikal yang dapat memberi kesan buruk kepada kawasan tumpuan
ini.

Di samping itu, kepentingan kajian ini adalah sebagai sumbangan dan keprihatinan
pengkaji dalam memastikan fasiliti di Tanjung Balau, Kota Tinggi ini terus dijaga dengan baik.
Hal ini kerana, perkara ini mempengaruhi terhadap kunjungan pengunjung yang datang ke
kawasan ini. Sekiranya tidak dijaga dengan baik maka keindahan kawasan ini tidak lagi dapat
dinikmati oleh generasi pada masa akan datang.

Oleh yang demikian buku ini dapat dijadikan sebagai rujukan kepada generasi akan datang
agar mereka dapat mengetahui tentang masalah yang pernah dihadapi di kawasan ini. Pada masa
yang sama, nilai rasa tanggungjawab yang tinggi dalam menjaga kawasan Tanjung Balau, Kota
Tinggi ini dapat diterapkan dalam diri setiap generasi di kawasan tersebut dalam menjaganya
dengan baik.

1.7 KESIMPULAN

Kesimpulannya, keterancaman daya tampung fizikal ini dapat dilihat dari skop masalah
kekurangan dan kerosakan fasiliti awam yang terdapat di sesebuah kawasan tumpuan pelancong.
Hal ini terjadi disebabkan oleh pengurusan yang tidak begitu baik dan berkesan. Apabila perkara
ini berlaku, maka memberi kesan terhadap reputasi kawasan pelancongan tersebut. Ekoran
daripada masalah ini, dapat mempengaruhi jumlah bilangan pengunjung yang hadir ke kawasan
berkenaan. Melalui hasil kajian yang dibuat oleh pengkaji di Tanjung Balau, Kota Tinggi
menunjukkan bahawa masalah yang berlaku di kawasan tersebut perlu dipandang serius. Hal ini
kerana, melibatkan keselesaan dan keselamatan pengunjung yang berkunjung di kawasan tersebut.
Oleh yang demikian, pihak kerajaan hendaklah mengambil tindakan yang segera dalam
memastikan kawasan tersebut terus terjaga dengan baik. Pada masa yang sama, penduduk setempat
dan pengunjung juga hendaklah memainkan peranan penting dalam memastikan penjagaan
kawasan sekitar terus dipelihara. Melalui kerjasama ini persekitaran kawasan Tanjung Balau, Kota
Tinggi akan dapat dipelihara dengan baik.

15

BAB
2

LATAR BELAKANG KAWASAN

2.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan berkaitan dengan kawasan kajian yang digunakan bagi menyempurnakan
kajian ini. Tanjung Balau, Kota Tinggi Johor merupakan kawasan yang dipilih bagi menjalankan
kajian. Penerangan terperinci berkaitan dengan kawasan kajian akan dikupas pada bahagian ini.
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan faktor yang dikaji wujud di kawasan kajian
berkenaan. Secara umumnya kajian ini bertujuan mengkaji keterancaman daya tampung fizikal
dan kesannya kepada kedatangan pengunjung . Oleh itu, kajian berbentuk kajian tinjauan (survey)
dengan menggunakan instrumen utama iaitu soal selidik adalah amat sesuai bagi mencapai
matlamat kajian. Kajian tinjauan juga membantu penyelidik bagi mendapatkan data primer dan
data sekunder. Selain itu, kaedah pemilihan sampel dalam kalangan pengunjung yang datang ke
Tanjung Balau, Kota Tinggi ini juga akan dibincangkan pada bab ini. Manakala bahagian akhir
bab ini menerangkan kaedah menganalisis data secara terperinci bagi mememastikan objektif
kajian dapat dicapai.

2.2 KAWASAN KAJIAN

Lokasi kajian merupakan komponen yang penting. Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji
memilih Tanjung Balau yang terletak di Daerah Kota Tinggi, Johor sebagai lokasi dalam
menjalankan kajian. Oleh itu, latar belakang berkaitan ciri-ciri guna tanah dan topografiberkaitan
Kota Tinggi, Johor dan Tanjung Balau akan dijelaskan pada bab ini.

2.2.1 Latar Belakang Negeri Johor

Negeri Johor merupakan sebuah negeri yang dari segi geografinya terletak di bahagian selatan
Semenanjung Malaysia. Pada asalnya, Johor merupakan sebuah negeri yang rata kecuali di
bahagian utaranya. Johor mempunyai pantai yang terpanjang di Semenanjung Malaysia, dengan
400 km di pantai timur dan barat semenanjung. Johor merupakan negeri yang paling selatan di
Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang di utara, dan
Singapura di selatan. Dahulunya, ibu negeri dan bandar diraja Johor ialah Tanjung Puteri tetapi
kini dikenali sebagai Johor Bahru. Pada awalnya, Negeri Johor mempunyai hanya mempunyai 8
buah daerah yang terdiri daripada Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Muar,
Pontian dan Segamat. Namun begitu pada 1 Januari 2008 kawasan Kulai telah diisytiharkan
sebagai sebahagian daripada daerah yang terdapat dalam negeri Johor dan pada 9 Jun 2008
kawasan Ledang juga diisytiharkan sebagai sebahagian daripada daerah dalam negeri Johor. Oleh
yang demikian, dalam negeri Johor terdiri daripada 10 buah daerah.

16

2.2.2 Latar Belakang Daerah Kota Tinggi

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor. Bandar Kota Tinggi
terletak di laluan Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 kilometer dari bandaraya Johor
Bahru. Keluasan daerah Kota Tinggi dianggarkan sekitar 3488.7 kilometer persegi (Rajah 1.0).
Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit, getah dan pertanian
lain di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di
Tanjung Sedili. Antara aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.

Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan Melayu tradisional
serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga petempatan orang asli di daerah ini. Antara
tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah Air Terjun Kota
Tinggi yang terletak lebih kurang 16 kilometer dari bandar Kota Tinggi. Kota Tinggi juga
mempunyai Hutan Lipur Pantai. Selain itu, Gunung Panti dan Gunung Muntahak merupakan
tempat pendakian yang menarik. Terdapat juga pantai-pantai yang menarik minat pelancong.
Antara pantai yang boleh dilawati adalah seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar, Teluk
Ramunia dan Tanjung Sedili. Perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi ialah
satu-satunya petempatan kaum ini di dunia.

Negeri Johor juga terkenal dengan Kota Johor Lama. Kota Johor Lama terletak di tepi kiri
Sungai Johor, kira-kira 27 kilometer dari Bandar Kota Tinggi yang bertempat di Teluk Sengat.
Sekiranya menggunakan jalan darat melalui Desaru ia mengambil masa 30 minit ke Teluk Langat.
Terdapat juga sebilangan penempatan orang Melayu seperti Kampung Teluk Sengat dan Kampung
Lama Lama. Kota Johor Lama merupakan sebuah tempat yang begitu signifikan kepada sejarah
Kesultanan Melayu Johor. Hal ini demikian kerana, Kota Johor Lama pernah menjadi ibu negara
iaitu pada kali pertama selama 24 tahun di bawah pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah
(1540-1564). Manakala selama 13 tahun pada pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah
(1574-1587). Kota Johor Lama pernah dilupakan sehingga pemerintahan Sultan Ibrahim (1677-
1685). Pada tahun 1678, Laksamana Tun Abdul Jamil Paduka Raja (bapa mertua Sultan Ibrahim)
datang ke Johor Lama dari Siak dan membunuh Temenggong. Sultan Ibrahim berusaha membina
semula Kota Johor Lama dan memindahkan pusat pentadbirannya di sana. Malangnya hasrat itu
tidak pernah tercapai, kerana dia meninggal di Riau pada 16 Februari 1685. Kota Johor Lama
kemudian menjadi kediaman sementara Sultan Mahmud Shah II (1685-1699). Pusat
pentadbirannya ketika itu adalah di Pasir Raja, Kota Tinggi (sekarang Kampung Makam). Selepas
kematiannya, Kota Johor Lama tidak lagi digunakan.

Pada hari ini, dapat dilihat tapak-tapak warisan yang terdapat di Kota Johor Lama. Ke
semua runtuhan kubu yang pernah dibanggakan dahulu kini sentiasa dipelihara dan dijaga bagi
memastikan nilai sejarahnya tidak hilang. Segala kemakmuran dan kebanggaan Kesultanan
Melayu Kota Batu telah digantikan dengan sebuah penempatan yang diliputi kedamaian dan
ketenangan.

17

2.2.3 Latar Belakang Tanjung Balau

Kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi terletak kawasan pembangunan wilayah Lembaga
Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA). Tanjung Balau ini terletak pada kedudukan Latitud:

1.611772 Longitud: 104.257808. Kawasan Bandar Penawar mula diteroka pada tahun 1972, oleh
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara atau singkatannya KEJORA yang ditubuhkan di bawah Akta
Parlimen 75/1972 dan Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972. Melalui keluasan
1,314.333 hektar, kawasan bandar baru Bandar Penawar ini merupakan sebahagian daripada
300,364 hektar iaitu 16% daripada keluasan Negeri Johor yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan
Negeri Johor untuk dibangunkan di bawah KEJORA.

Tanjung Balau merupakan salah sebuah destinasi pelancongan yang tidak asing lagi
terutama bagi penggemar pantai. Pesisir pantai yang bersih, cantik dan mempesonakan menjadikan
pantai di Tanjung Balau begitu sinonim dengan KEJORA. Melihat potensi dan populariti yang
telah sedia ada dimilikinya, penumpuan kepada pembangunan infrastruktur pelancongan di
Tanjung Balau turut diberikan oleh KEJORA. Selian daripada itu, KEJORA juga telah pun
membangunkan sebuah Muzium Nelayan Tanjung Balau. Muzium Nelayan ini telah dibina pada
tahun 1990 lagi. Muzium ini dibina berhampiran pesisiran pantai Tanjung Balau. Muzium ini
berkonsepkan ciri-ciri warisan nelayan yang terdapat di seluruh Malaysia. Muzium ini di
bahagikan kepada empat bahagian penting iaitu bahagian Induk, Galeri Geologi, Galeri
Keselamatan laut, Galeri Kapal Karam Desaru dan Galeri bermusim yang menempatkan pelbagai
pameran yang berlainan daripada Galeri yang sedia ada (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
2014).

Sejarah awal Tanjung Balau adalah merupakan sebuah kawasan persisiran pantai yang
menjadi persinggahan para Nelayan zaman dahulu yang terdiri daripada kepulauan Riau, Mersing,
Batam, dan lain-lain. Sudah menjadi kebiasaan bagi para nelayan mereka akan berteduh di Tanjung
Balau sementara menunggu musim tengkujuh yang biasanya berlaku pada September sehingga
November berlalu. Selain itu, Tanjung Balau juga dikenali oleh masyarakat sebagai “Terumbu
Emas” kerana kawasan Tanjung Balau Kaya dengan sumber laut disamping persisiran pantai
dilitupi oleh hutan pantai dan paya bakau pada ketika itu (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
2014).

2.3 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data atau susunan untuk pengumpulan
data yang dipungut berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan
rangkaian antara pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu kajian. Reka bentuk kajian juga adalah
untuk menyelaraskan bagi mencapai objektif penyelidikan (Kerlinger 1970; Selltiz et.al 1950).
Selain itu, reka bentuk kajian yang sesuai juga adalah penting bagi penyelidik agar hasil kajian
yang diperoleh dapat membantu pengkaji lain untuk membuat rujukan hasil daripada kajian
tersebut.

Oleh itu, kajian ini merupakan salah satu kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah
tinjauan. Kajian ini juga memilih persampelan rawak. Borang soal selidik digunakan sebagai
instrumen utama bagi mengumpul data primer daripada sampel kajian iaitu peniaga di Tanjung
Balau, Kota Tinggi. Selain itu, kajian ini juga disokong dengan temubual secara informal dan
pemerhatian tidak turut serta. Pengkaji telah menjalankan kajian lapangan pada Januari 2020.

18

2.4 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kaedah pengumpulan data merupakan suatu teknik yang digunakan oleh pengkaji untuk
mengumpul data dalam kajian yang dilaksanakan. Antara kaedah yang digunakan dalam kajian ini
ialah dengan mengumpul data primer, sekunder, temubual secara informal dan pemerhatian tidak
turut serta di lapangan.

2.4.1 Data Primer

Data primer boleh didapati menerusi kaedah soal selidik yang telah dibina sebelum pengumpulan
data dijalankan dan juga menerusi kaedah pemerhatian. Penyelidik perlu menyediakan borang soal
selidik yang berkaitan berkenaan dengan data-data yang diperlukan iaitu berkaitan dengan
keterancaman daya tampung fizikal dan kesannya kepada pengunjung yang datang ke kawasan
Tanjung Balau, Kota Tinggi serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah
yang dihadapi. Kategori soalan-soalan yang dikemukakan hendaklah mempunyai kriteria yang
mudah difahami, pendek, jelas dan tidak menyinggung perasaan pengunjung. Penyelidik
hendaklah bersemuka dengan pengunjung bagi tujuan untuk menemu ramah pengunjung
berkenaan dengan perkara yang hendak dikaji mengikut soalan-soalan yang terkandung dalam soal
selidik.

Bagi mendapatkan data dengan mudah dan lebih sistematik adalah menerusi kaedah
pengumpulan data menggunakan borang soal selidik. Menurut Poh (2000), soal selidik merupakan
kaedah pengumpulan maklumat yang paling mudah dan murah untuk dilakukan. Pada masa yang
sama pelbagai data dapat diperoleh daripada menggunakan borang soal selidik. Perkara ini
disokong oleh Izham (2000), menyatakan bahawa banyak penyelidikan boleh dijalankan dengan
menggunakan borang soal selidik yang dijawab sendiri oleh pengunjung. Oleh yang demikian,
borang soal selidik telah disediakan bagi tujuan untuk mendapatkan data berkenaan dengan
keterancaman daya tampung fizikal dan kesannya kepada pengunjung di Tanjung Balau, Kota
Tinggi. Kandungan yang terdapat dalam borang soal selidik yang telah disediakan oleh penyelidik
mengandungi empat bahagian yang terdiri daripada bahagian A, bahagian B, bahagian C, bahagian
D. Bahagian A mempersoalkan mengenai demografi pengunjung dan bahagian B pula
mempersoalkan berkenaan dengan keterancaman daya tampung fizikal. Manakala bahagian C
mempersoalkan berkenaan dengan kesan-kesan keterancaman daya tampung fizikal terhadap
pengunjung dan bahagian D mempersoalkan berkenaan dengan langkah-langkah yang boleh
diambil dalam mengatasi keterancaman daya tampung fizikal di Tanjung Balau, Kota Tinggi
Johor.

2.4.2 Data Sekunder

Data sekunder merupakan data-data yang diperolehi hasil daripada pembacaan. Data sekunder ini
merupakan sokongan utama terhadap data-data primer dan boleh diperolehi melalui bahan-bahan
bercetak seperti artikel, laporan tahunan, tesis dan sebagainya. Terdapat juga data-data yang
dikumpul dan diperolehi daripada sumber media massa dan cetak seperti majalah, jurnal, internet,
keratan akhbar, artikel, surat pekeliling dan laporan tahunan. Data-data ini digunakan untuk
mengukuhkan setiap maklumat, hasil dan interpretasi daripada keputusan yang diperolehi.

19

2.4.3 Pendekatan Kaedah Kuantitatif

Penyelidik telah menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif dalam menjalankan kajian ini.
Penggunaan kaedah penyelidikan secara kuantitatif dalam menjalankan kajian ini merupakan
kajian nilai yang terkandung dalam bidang ilmu Sains Sosial. Menerusi kaedah ini, ia lebih
cenderung terhadap penggunaan teknik atau metadologi saintifik yang terkandung dalam kajian
yang menjurus kearah fenomena sosial. Melalui perkembangan sesetengah sejarah disiplin sains
sosial terdapat suatu gerakan untuk membawa masuk kaedah pemikiran saintifik berasaskan sains
tulen yang dikenali sebagai “positivisme” ke dalam bidang ilmu sains sosial. Berdasarkan kaedah
positivisme ini ia menekankan kepada ketepatan terhadap bukti penyelidikan dengan
menggunakan analisis secara numerikal. Menurut Chua (2006) penyelidikan eksperimental dan
tinjauan adalah antara kaedah yang banyak digunakan dalam aliran positivisme ini.

Penyelidik juga telah memilih untuk menggunakan kaedah pemungutan data secara skala
jawapan likert lima mata sebagai skala jawapan responden terhadap semua persoalan yang
digunakan dalam instrument kajian ini. Hal ini demikian kerana, Skala Likert adalah sesuai
digunakan bagi mengukur pandangan yang diberikan oleh responden menerusi ruang tertentu
secara berterusan tentang sesuatu amalan persepsi dan sikap (Cohen et al. 2000). Menerusi soalan
yang terkandung dalam instrumen kajian ini, pengunjung diminta memilih jawapan mereka dengan
menandakan salah satu dari nombor 1 hingga 5 berdasarkan keterangan yang telah ditetapkan bagi
setiap nombor-nomrbor tersebut. Setiap nombor mempunyai keterangan yang tersendiri iaitu
Sangat Tidak Bersetuju (1), Tidak Bersetuju (2), Tidak Pasti (3), Setuju (4) dan Sangat Bersetuju
(5).

2.4.4 Temubual Tidak Berstruktur dan Pemerhatian Tidak Turut Serta

Temubual tidak berstruktur dan pemerhatian tidak turut serta di lapangan adalah bertujuan untuk
mengukuhkan dapatan yang diperoleh daripada responden. Temubual secara informal merupakan
satu kaedah temubual yang dijalankan tanpa membina soalan dan pengkaji mengemukakan soalan
secara spontan kepada responden (Chua 2011). Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah
menjalankan temubual tidak berstruktur (informal) bersama pengunjung yang datang berkunjung
ke kawasan kajian. Selain itu, pengunjung yang datang juga menjadi sebahagian sampel kajian
turut terlibat dalam temubual secara informal ini. Hal ini demikian kerana, pengkaji ingin
memahami dengan lebih mendalam berkenaan dengan masalah yang berlaku dan kesannya kepada
pengunjung. Selain itu, temubual ini juga diperkukuhkan lagi dengan pemerhatian pengkaji di
lapangan. Pembuktian pemerhatian ini adalah melalui foto di lapangan. Oleh hal demikian dapat
disimpulkan bahawa temubual dan pemerhatian merupakan kaedah alternatif bagi mendapatkan
data tambahan daripada responden dan kawasan yang dikaji.

2.5 KAEDAH ANALISIS DATA

Berikut akan menerangkan tentang cara penyelidik melakukan proses pengumpulan data dan
memproses data yang telah diperoleh hasil daripada kajian yang telah dijalankan. Menerusi
daripada proses ini penyelidik dapat memproleh jawapan yang dikehendaki berkenaan dengan
perkara yang dikaji iaitu berkenaan dengan keterancaman daya tampung fizikal dan kesannya
kepada pengunjung yang datang ke kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi ini. Pada masa yang

20

sama, penyelidik dapat memberi beberapa idea yang dapat digunakan dalam membantu
menyelesaikan masalah yang berlaku ini.

2.5.1 Peringkat 1: Mengenalpasti Masalah

Pengetahuan serta pemahaman berkenaan dengan definisi dan konsep keterancaman daya tampung
fizikal amat dititikberatkan sebelum menjalankan penyelidikan. Perkara ini penting bagi tujuan
untuk mendapatkan satu gambaran awal dan hala tuju bagi permulaan kajian ini. Bagi mencapai
objektif dalam kajian ini, matlamat kajian perlu jelas diketahui terlebih dahulu agar menjadi
panduan dalam kajian yang dijalankan. Melalui kaedah penyelidikan secara kuantitatif digunakan
bagi tujuan memperoleh maklumat yang diperlukan kerana andaian yang dibuat menerusi
kebenaran ilmu adalah tetap dan perlu dipamerkan dalam bentuk nilai angka yang boleh
dimanipulasikan dan perlu dikawal dengan menggunakan peralatan statistik.

Kaedah Kuantitatif yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah bertujuan bagi
memperoleh maklumat dan data yang sebenar terhadap keterancaman daya tampung fizikal dan
kesannya terhadap pengunjung di Tanjung Balau, Kota Tinggi ini. Menerusi daripada kaedah ini,
ia dapat membantu dalam mendapatkan persepsi dan pandangan pengunjung terhadap perkara
yang hendak dilakukan penyelidikan. Apabila menggunakan penyelidikan kauntitatif, penyelidik
akan mengumpul data hasil daripada borang soal selidik yang telah diberikan kepada pengunjung
yang datang ke kawasan kajian bagi tujuan mendapatkan jawapan yang sahih dan tepat terhadap
perkara yang terjadi di sekitar kawasan tersebut. Selain itu, peyelidikan yang dijalankan secara
bersifat kuantitatif ini digunakan kerana bersesuaian dengan kajian yang yang dilaksanakan. Hal
ini kerana, pembolehubah yang diperoleh hasil daripada kajian dijalankan perlu dihuraikan secara
deskriptif.

2.5.2 Peringkat 2: Pengumpulan Data dan Maklumat

Pada peringkat 2 ini akan menunjukkan berkenaan cara pengumpulan data serta maklumat
dilakukan mengikut kepada beberapa perkara. Melalui kaedah ini penyelidik dapat mengetahui
dengan lebih khusus berkenaan dengan perkara yang hendak dikaji dan jumlah sampel responden
yang diperlukan bagi menjawab segala persoalan penyelidik. Perkara ini amat memainkan peranan
untuk memastikan sama ada perkara yang dikaji tersebut benar berlaku ataupun tidak.

i. Proses Bancian Soal Selidik

Proses untuk mendapatkan data primer yang diperlukan perlu melalui proses bancian soal selidik
terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana, bertujuan untuk memberi gambaran tentang populasi dan
sampel di kawasan yang dipilih untuk menjalakan penyelidikan.

ii. Populasi

Populasi ini merujuk kepada pengunjung yang datang ke kawasan penyelidikan iaitu di Tanjung
Balau, Kota Tinggi. Hal ini demikian kerana, mereka merupakan sumber yang paling penting
dalam melaksanakan penyelidikan ini khususnya berkaitan dengan soalan-soalan yang telah
dikemukakan dalam soal selidik.

21

iii. Persampelan

Persampelan yang dibuat hendaklah mempunyai sifat representetif dan mempunyai ciri-ciri umum
terhadap populasi sekitar. Hal ini demikian kerana, persampelan ini merupakan satu proses
pemilihan sampel kajian menerusi satu populasi yang besar dan dipilih menjadi satu populasi yang
kecil untuk dikaji bagi membolehkan data yang diperoleh dapat digeneralisasikan oleh penyelidik
berkaitan dengan populasi. Tujuan persampelan ini digunakan apabila populasi untuk dilakukan
kajian itu adalah besar sehingga penyelidik mengalami masalah dari segi masa yang terhad dan
kos yang tinggi serta penyelidik menghadapi kekurangan tenaga kerja untuk mengajuakan soalan
kepada seluruh populasi berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Bagi mengelakkan penyelidik
mendapat sampel yang bias, proses pemilihan sampel hendaklah dilakukan dengan bebas bagi
mewakili keseluruhan populasi yang terdapat di kawasan kajian.

iv. Rangka Persampelan

Rangka persampelan ini merujuk kepada senarai data atau elemen yang lengkap terhadap perkara
yang hendak dikaji. Perkara yang terkandung dalam rangka persampelan antaranya iaitu senarai
data yang lengkap tentang populasi yang hendak dikaji. Namun begitu, menerusi kajian ini
penyelidik sukar untuk mengetahui rangka persampelan yang tepat kerana sukar untuk
menganggarkan bilangan pengunjung yang datang ke Tanjung Balau, Kota Tinggi. Oleh yang
demikian penyelidik hanya mengambil sampel sekitar radius 3 kilometer (km) sahaja bagi
mewakili pengunjung yang datang ke kawasan ini. Bagi mendapatkan sampel kajian pula,
penyelidik melihat dari segi jumlah pengunjung yang hadir ke kawasan Tanjung Balau ini. Dari
sudut pemerhatian, penyelidik mendapati bahawa jumlah pengunjung yang hadir ke kawasan ini
adalah sekitar 20 hingga 30 orang pada hari biasa. Manakala jumlah pengunjung akan meningkat
pada hujung minggu sekitar 70 hingga ke 100 orang yang datang ke Tanjung Balau. Oleh yang
demikian, penyelidik telah menetapkan 100 orang sebagai satu aras sampel bagi mendapatkan
jumlah responden yang perlu penyelidik cari untuk tujuan persampelan kajian. Justeru penyelidik
menggunakan formula Taro Yamanae (1967) bagi mendapatkan jumlah sampel kajian.

v. Sampel Kajian

Sampel kajian dilakukan menggunakan kaedah persampelan rawak. Persampelan rawak
bermaksud setiap unsur dalam populasi mempunyai peluang memilih. Persampelan rawak adalah
kaedah yang mudah bagi memilih unit ataupun responden dan merupakan asas kepada bentuk-
bentuk persampelan yang lain. Kaedah persampelan rawak ini sesuai digunakan apabila terdapat
populasi yang mempunyai sifat yang hampir seragam. Menerusi kaedah ini, selepas rangka
dibahagikan ke dalam unit-unit persampelan, jumlah unit yang diperlukan berdasarkan
persampelan akan dibuat secara rambang daripada populasi. Hal ini dapat menunjukkan setiap unit
daripada populasi mempunyai peluang yang sama dengan unit yang lain untuk dipilih dalam
menjalankan penyelidikan. Justeru itu, pemilihan satu subjek adalah bersifat bebas dan tidak
bersandar dengan mana-mana pemilihan subjek lain.

Bagi saiz sampel dalam penyelidikan ini diambil daripada jumlah responden yang telah
ditentukan untuk menjalankan pengumpulan data. Sampel yang digunakan dalam kajian ini adalah
terdiri daripada pengunjung yang datang berkunjung ke sekitar kawasan Tanjung Balau, Kota

22

Tinggi ini. Pemilihan jumlah sampel dalam kajian ini adalah berdasarkan formula Taro Yamanae
(1967).

Saiz Sampel

N

n= 1 + N (e) ²
1 + 100 (0.1)²
n = saiz sampel yang diperlukan n=
N = Jumlah Populasi (100 orang)
e = Paras Keyakinan (0.1)
N= 100 orang
e = (0.1)
n = orang

11000
Jumlah sampel sebanyak 50 pengunjung daripada 100 orang pengunjung.

vi. Tempoh Bancian

Tempoh bancian ditentukan selepas soal selidik yang telah dirangka dan dibincang mendapat
kelulusan daripada pihak penyelia. Tempoh bancian bagi penyelidikan ini telah dijalankan selama
satu bulan di kawasan terpilih. Menerusi skala radius sekitar 3 kilometer dari kawasan Tanjung
Balau, Kota Tinggi merupakan kawasan penyelidik mendapatkan responden bagi mendapatkan
data.

vii. Pemerhatian

Penyelidik juga telah menggunakan kaedah pemerhatian bagi mendapatkan data yang perlu dicari.
Kaedah pemerhatian ini digunakan bertujuan bagi melihat kawasan sekitar Tanjung Balau, Kota
Tinggi berkenaan dengan keterancaman daya tampung fizikal yang berlaku di sekitar kawasan
tersebut. Selain itu, peyelidik melihat reaksi pengunjung yang datang ke kawasan Tanjung Balau,
Kota Tinggi menerusi tingkah laku mereka dalam menjaga kawasan sekitar pantai. Seterusnya,
penyelidik juga mengambil gambar di sekitar kawasan kajian bagi menjadi bahan rujukan dan
bukti terhadap perkara yang hendak dikaji.

2.5.3 Peringkat 3: Penganalisian Data

Pada peringkat ini, setiap maklumat yang diperolehi perlu dianalisa terlebih dahulu. Penapisan,
penyemakan dan perincian ke atas keserasian dan kesesuaian data-data yang diperoleh dilakukan
untuk memastikan setiap data yang di kumpulkan dapat diguna pakai dalam menjanakan hasil yang
tepat kepada objektif kajian yang telah ditetapkan. Paparan hasil akan ditunjukkan dalam bentuk
graf, jadual, carta pai dan sebagainya untuk mentaksirkan hasil analisis secara lebih efektif.
Penemuan kajian membincangkan secara terperinci hasil kajian menurut segala hasil yang telah

23

diperoleh semasa analisis kajian dilakukan. Selain itu juga, penggunaan perisian komputer iaitu
SPSS22 digunakan bagi tujuan menganalisa data-data yang diperoleh.

2.5.4 Peringkat 4: Rumusan dan Cabaran

Pada peringkat ini, rumusan dan cadangan lanjut daripada hasil kajian akan diberi supaya dapat
memberi kesinambungan untuk kajian pada masa akan datang. Selain itu, ia juga digunakan untuk
tujuan membuat perbandingan menerusi kajian-kajian yang telah dilaksanakan sebelum ini. Di
samping itu, rumusan akan dibuat dan beberapa cadangan turut diutarakan kepada pihak-pihak
terbabit untuk menyempurnakan persoalan kajian. Seterusnya, penemuan bagi hasil kajian yang
dilakukan akan dijadikan sebagai sumber rujukan serta panduan untuk menghasilkan beberapa
cadangan dan harapan pengunjung yang datang ke Tanjung Balau, Kota Tinggi.

2.6 KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan kaedah kajian ini penyelidik telah mempamerkan kaedah yang telah
digunakan bagi tujuan memperoleh data dan maklumat serta penyelidik menyatakan berkenaan
kawasan kajian yang hendak dikaji. Selain itu, kawasan kajian yang hendak dijalankan
penyelidikan telah diskopkan oleh penyelidik bagi mengumpul data yang diperlukan. Di samping
itu, penyelidikan ini juga melalui beberapa peringkat proses yang penting dalam mendapatkan data
dan maklumat yang diperlukan oleh penyelidik. Seterusnya, bagi mendapatkan jumlah responden
untuk tujuan mengumpul data penyelidik telah menghuraikan berkenaan kaedah pengiraan bagi
menentukan saiz sampel dalam penyelidikan yang dijalankan ini.

BAB
3

MODEL KAJIAN KETERANCAMAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL DI TANJUNG BALAU,
KOTA TINGGI DAN KESANNYA KEPADA KEDATANGAN PENGUNJUNG

3.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan berkenaan dengan definisi konsep bagi tujuan untuk menjelaskan
dan memahami konsep yang digunakan dalam penyelidikan yang dijalankan. Penjelasan istilah ini
amat penting bagi seseorang pengkaji dalam menggunakan konsep yang bertepatan dengan
objektif penyelidikan yang dilaksanakan. Selain itu, bab ini juga memperlihatkan sorotan kajian-
kajian lepas yang telah dilaksanakan oleh penyelidik lain bagi mendapatkan bahan bukti sebagai
bahan sokongan terhadap kajian yang dijalankan. Di samping itu, penyelidik juga membincangkan
tentang formula yang digunakan bagi mendapatkan jumlah responden untuk menjawab borang
soal selidik yang dirangka oleh penyelidik. Hal ini bertujuan bagi membuktikan kesesuaian
responden yang dicari berdasarkan jumlah pengunjung yang datang ke kawasan berkenaan.

3.2 DEFINISI DAN KONSEP

Melalui definisi dan konsep ini dapat memberi pengetahuan yang lebih mendalam terhadap
perkara yang hendak dikaji menerusi kajian yang dilakukan berkaitan keterancaman daya tampung
fizikal. Maklumat definisi dan konsep diperoleh daripada kajian-kajian lepas yang terdapat isu

24

yang sama dengan perkara yang hendak dikaji oleh pengkaji dalam kajian ini. Pengkaji
memberikan beberapa definisi dan konsep dalam menjelaskan kajian yang dilakukan.

3.2.1 Daya Tampung

Daya tampung mula diperkenalkan dalam konteks penggunaan tanah untuk ternakan antara
lingkungan tahun 1880 hingga 1885 (Azizul et al. 2013). Selepas itu, pembaharuan telah dibuat
menerusi definisi ini dan lebih difahami dalam konteks yang lebih luas dalam pelbagai pandangan
seperti dalam bidang penyelidikan tentang hidupan liar, asas ekologi manusia, pertumbuhan dan
penduduk manusia. Dari segi daya tampung, dalam konteks pelancongan pula menurut (Matheison
& Wall 1982) keupayaan daya tampung pelancongan ini merujuk kepada bilangan maksimum
orang yang dapat menggunakan sesuatu tempat tanpa mengakibatkan perubahan yang tidak dapat
diterima oleh persekitaran dan tanpa menjejaskan mutu pengalaman yang diperoleh oleh pelawat.

Middleton & Hawkins (1998) pula menyatakan keupayaan daya tampung adalah ukuran
terhadap had atau batasan di mana sesuatu kawasan boleh mengalami impak yang lebih buruk jika
aktiviti pelancongan dijalankan melebihi had tersebut. Apabila aktiviti pelancongan yang
dijalankan melebihi tahap ambang pada nilai tertentu ia boleh mengakibatkan kerosakan kepada
alam sekitar termasuk habitat semulajadi. Pada masa kini, konsep dalam menerangkan daya
tampung ini telah digunakan dalam menjelaskan beberapa perkara dalam sektor pelancongan.
Menurut World Tourism Organization, (1981) telah mendefinasikan keupayaan daya tampung
pelancongan sebagai “bilangan maksimum orang yang boleh melawat sesebuah destinasi
pelancongan pada suatu masa yang sama, tanpa mengakibatkan kerosakan dari segi fizikal,
ekonomi, persekitaran sosio-budaya dan kemerosotan dalam kualiti pengalaman pelawat yang
tidak disangka”. Berdasarkan kepada tahap ambang yang telah diterangkan adalah berkaitan
dengan had toleransi yang masih boleh diterima bagi sesuatu destinasi pelancongan sebelum
mendatangkan kesan negatif kegiatan pelancongan (Mathieson & Wall 1982). Menurut Mohd
Faizul Muhammad et al. (2018) penduduk setempat mampu menggunakan kemudahan dengan
selesa dan memberi kesejahteraan kepada semua.

3.2.2 Daya Tampung Fizikal

Unsur daya tampung terdiri daripada beberapa komponen. Kebiasaannya wujud apabila dikaitkan
dengan pelancongan yang mapan yang melibatkan infrastruktur atau pembangunan di sesebuah
lokasi pelancongan dengan tujuan untuk menampung jumlah kunjungan orang ke kawasan tersebut
mengikut had. Antara komponen yang dilihat adalah daya tampung fizikal. Menurut Mandake
(2001) diertikan sebagai menumpukan kepada ruang fizikal dan infrastruktur di sesebuah destinasi
dan meliputi kuantiti serta kualiti penginapan, pengangkutan, bekalan air, tenaga dan sebagainya.
Konsep keupayaan daya tampung fizikal ini boleh diintegrasikan dalam pelbagai destinasi
pelancongan seperti kawasan pantai, pulau, kawasan perlindungan, kawasan luar bandar, resort
pergunungan serta bangunan warisan dan bandar (Coccossis & Mexa 2004). Hal ini bermaksud
sesuatu lokasi hanya boleh digunakan tanpa melebihi ukuran maksimum penggunaan yang
diwakilkan dengan suatu nombor. Jika lokasi pelancongan tersebut digunakan melampaui tahap
keupayaan tampung, maka akan memberi kesan negatif kepada destinasi pelancongan dan
seterusnya merosotkan mutu pengalaman pelancong (Fauziah Che Lah 2017).

3.2.3 Keterancaman

25

Keterancaman adalah berasal dari kata dasar iaitu ancam yang membawa erti membahayakan
(Kamus Pelajar Edisi Kedua 2016). Perkara ini merujuk kepada situasi yang boleh mendatangkan
risiko kepada seseorang sekiranya sesuatu perkara itu berlaku. Menurut Apa et al. (2012),
keterancaman didefinisikan sebagai titik lemah komuniti dalam berhadapan dengan peristiwa yang
agresif dan sukar untuk diuruskan. Manakala bagi Fekete (2009) pula, keterancaman merujuk
kepada potensi manusia yang terkesan akibat malapetaka yang berlaku ke atas dirinya. Apabila
dikaitkan dengan keterancaman daya tampung fizikal yang terdapat di sesebuah kawasan
pelancongan maka ia menjurus ke arah situasi yang boleh mendatangkan bahaya kepada
pengunjung melalui infrastruktur atau fasiliti yang terdapat di kawasan tersebut. Hal ini berkaitan
dengan manusia dan persekitarannya. Menurut Abdul Samad Hadi (2000) kemerosotan
persekitaran akan mengundang pula kemunculan bencana yang diakibatkan oleh faktor semula jadi
dan juga yang diakibatkan oleh kegiatan manusia. Definisi ini telah diperluas dan lebih difahami
dalam konteks mudah dan cenderung untuk cedera, tergugat kesejahteraan hidup, kehidupan
semakin terhimpit, berasa susah dan pedih lantaran kekecewaan kerana kemusnahan harapan,
semakin terpinggir daripada arus utama kehidupan, tergugatnya kesihatan serta keselamatan
masyarakat adalah antara rujukan yang boleh dirangkaikan dengan kesejahteraan manusia
(Shaharudin Idrus et al. 2004).

3.2.4 Pengunjung

Sehingga kini, istilah pengunjung tidak mempunyai takrifan yang ilmiah untuk dibahaskan.
Namun boleh diketahui sebagai seseorang yang melawat atau melancong ke sesuatu kawasan
dalam tempoh tertentu. Konteks kajian ini lebih cenderung kepada aktiviti pelancongan. Menurut
Noresah (1997) pelancongan berasal daripada perkataan lancong atau melancong yang membawa
maksud melawat sambil melihat-lihat atau bersenang-senang. Menurut Mason (2003) pula,
pelancongan adalah suatu aktiviti yang menggalakkan manusia keluar dari habitat asalnya untuk
memenuhi kehendak individu dan memberi manfaat kepada sektor industri tertentu dari segi sosial,
ekonomi dan persekitaran fizikal. Manakala menurut Leiper (1981) pula menjelaskan pelancongan
sebagai suatu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas. Terdapat
lima elemen dalam pelancongan iaitu [1] manusia iaitu pelancong, [2] kawasan iaitu kawasan asal,
[3] kawasan persinggahan dan kawasan destinasi terpilih, [4] ekonomi iaitu industri pelancongan
dan [5] dinamik iaitu terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat jauh dari
tempat asal mereka selama lebih kurang satu hari. Menurut John (2017) pelancong merupakan
tindakan dan proses oleh individu tersebut menghabiskan waktunya jauh daripada tempat asal
mereka dengan tujuan untuk bersantai, bereakreasi dan bersenang-senang sambil memanfaatkan
penyediaan pekhidmatan komersial. Oleh yang demikian istilah pengunjung itu sendiri membawa
definisi yang hampir sama dengan istilah pelancongan.

Seterusnya, Pertubuhan Pelancongan Dunia atau World Tourism Organization (WTO)
mendefinisikan pelancongan sebagai orang yang pergi atau tingal di luar kebiasaan mereka untuk
bercuti dengan tidak melebihi tempoh satu tahun. Di samping itu, World Tourism Organization
(WTO) merujuk kepada aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada
persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi tujuan rehat, perniagaan
dan sebagainya. Definisi WTO ini secara langsung membawa kepada pengertian yang
dimaksudkan sebagai pelancongan antarabangsa, pelancongan dalaman, pelancongan domestik
dan pelancongan kebangsaan.

26

Malaysia amat komited dalam merancang pembangunan pelancongan bagi memastikan
sektor pelancongan negara ini akan terus berkembang. Perkembangan pembangunan pelancongan
diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3: 1976-1980) di mana hala tuju pelancongan
lebih menjurus untuk mencapai matlamat pembangunan pelancongan sama ada di peringkat
domestik mahupun antarabangsa. Perkara ini bertujuan bagi membolehkan pelancong yang datang
dapat menerokai keunikan yang terdapat dalam Malaysia. Pada masa yang sama, sumbangan
terhadap ekonomi juga dapat ditingkatkan. Kerajaan juga menekankan kepada pembangunan
industri pelancongan untuk menghasilkan pendapatan, mewujudkan pertambahan guna tenaga
dalam perkhidmatan, menaik taraf hidup rakyat serta mewujudkan peluang pekerjaan terutamanya
dalam sektor industri pelancongan seperti urus niaga runcit, pengangkutan dan pembekalan
makanan serta lain-lain.

Hal ini berikutan daripada berlakunya peningkatan dalam penghasilan output pengeluaran
subsektor di bawahnya seperti sektor perdagangan borong dan runcit serta komunikasi yang
mengalami peningkatan yang paling memberansangkan pada tahun 2010 sehingga Malaysia
mengunjurkan subsektor runcit mengalami peningkatan yang memberangsangkan kesan daripada
kedatangan pelancong yang lebih tinggi dari negara berpendapatan tinggi pada tahun 2011
(Norlida Hanim et al 2016). Peningkatan output keluaran dalam sektor pelancongan telah
memberikan kesan positif kepada peningkatan dalam peluang pekerjaan di Malaysia. Industri
perdagangan runcit serta industri makanan dan minuman merupakan subsektor yang mendominasi
keperluan tenaga manusia iaitu sebanyak 668,500 orang dan 418,900 orang pekerja pada tahun
2010 (Norlida Hanim et al 2016). Secara keseluruhannya, semua subsektor dalam pelancongan
mengalami peningkatan setiap tahun dalam tenaga manusia. Oleh yang demikian, perkembangan
positif ini telah membolehkan perancangan terhadap sektor pelancongan terus dikembangkan.

3.3 KETERANCAMAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL DAN KESANNYA KEPADA
KEDATANGAN PENGUNJUNG

Keterancaman daya tampung fizikal yang berlaku di sesebuah kawasan tumpuan atau pelancongan
pasti akan memberi kesan kepada pengunjung yang datang ke kawasan tersebut. Oleh itu pengkaji
akan membincangkan beberapa perkara berkaitan keterancaman daya tampung fizikal yang
berlaku di Tanjung Balau, Kota Tinggi Johor dan kesan daripada berlakunya situasi ini kepada
pengunjung.

3.3.1 Kerosakan Fasiliti Awam

Kerosakan fasiliti awam yang berlaku di sesebuah kawasan pelancongan telah memberi impak
yang besar terhadap persepsi pengunjung yang datang ke kawasan tersebut. Kerosakan fasiliti
awam yang berlaku kebiasannya dikaitkan dengan pengurusan fasiliti di kawasan itu. Pengurusan
fasiliti ini dapat dilihat dari cara sesebuah organisasi tersebut menguruskan fasiliti yang telah
dipertanggungjawabkan kepada mereka. Dunia ketika ini menghadapi kemerosotan sumber
semula jadi, peningkatan kos utiliti, dan pemanasan global. Oleh itu, pihak berkepentingan di
dalam bidang binaan haruslah bertanggungjawab untuk memastikan kelestarian dan keselamatan
fasilti yang dibina hanya memerlukan sumber daya minimum untuk dibangunkan,
mengoperasikan, dan memelihara (Tladi 2012). Tumpuan yang sepenuhnya diberikan kepada
struktur binaan fasiliti yang baik dapat menyumbang kepada efisiensi penggunaan kemudahan dan

27

kos pembuatan fasiliti tersebut. Dengan berbuat demikian, mereka dapat mencapai objektif mereka
secara kompeten dan melaksanakan penyelesaian reka bentuk yang menjimatkan kos yang
memberi manfaat kepada seluruh kitaran hidup bangunan (Enoma 2005). Menurut Zuhairi (2004)
yang menyatakan bahawa pengurusan fasiliti dikenali sebagai pengurusan harta dan menyediakan
perkhidmatan bagi menyokong operasi sesebuah organisasi. Pengurusan fasiliti adalah satu
pendekatan bersepadu kepada operasi, selenggaraan, peningkatan dan penyesuaian bangunan dan
infrastruktur sebuah organisasi dengan tujuan mewujudkan satu persekitaran yang kuat
menyokong objektif utama sesebuah organisasi (Atkin & Brooks 2000). Menurut International
Facility Management Association (2004), pengurusan fasiliti menggambarkan suatu kerjaya yang
meliputi pelbagai disiplin bagi menjamin peranan alam bina dapat berfungsi melalui integrasi
manusia, tempat, proses dan teknologi. Menurut Kamaruzzaman & Zawawi (2010) istilah
pengurusan kemudahan merangkumi pelbagai perkhidmatan, termasuk pengurusan harta tanah,
pengurusan kontrak, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, dan pengurusan
kesihatan dan keselamatan. Istilah ini juga merangkumi pembinaan penyelenggaraan, bekalan
utiliti, dan perkhidmatan domestik seperti pembersihan dan keselamatan. Bagi memastikan fasiliti
awam ini terjaga seharusnya organisasi tersebut tahu tentang matlamat dan keperluan mereka
dalam menjaga tahap kefungsian fasiliti dengan baik.

Kesan daripada kerosakan fasiliti awam ini akan menyebabkan kekurangan fasiliti awam
di kawasan tersebut. Hal ini demikian kerana, dengan jumlah fasilti yang tersedia ada, tidak dapat
menampung kedatangan pelancong yang berkunjung ke kawasan tersebut. Pemerhatian telah
dibuat dan mendapati bahawa rakyat Malaysia masih berada pada tahap rendah terhadap budaya
penyelenggaraan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa
pembukaan Kuala Lumpur 21 Comvention and Exposition berkata, “Jika rakyat Malaysia
mengubah mentaliti mereka menjadi lebih prihatin terhadap keperluan untuk menyediakan
perkhidmatan yang baik serta memperbaiki penyelenggaraan sesuatu bangunan, kita akan
sentiasa menjadi negara dunia ketiga yang mempunyai infrastruktur negara dunia pertama”
(Abdullah Ahmad Badawi 2001). Penyelenggaraan yang bermutu juga dapat memastikan fasiliti
awam akan terus terjaga dengan baik. Menurut Brown (1996) sesebuah organisasi pengurusan
penyelenggaraan perlu mempunyai kakitangan efektif serta latihan yang berkesan, struktur
perancangan yang tersusun, bajet mencukupi dan rekod yang lengkap untuk mencapai matlamat
memberi perkhidmatan yang sentiasa menepati masa, penyelenggaraan berkualiti dan berupaya
memastikan fasiliti kelas pertama dalam semua aspek setiap masa. Pada masa yang sama,
keselamatan fasiliti awam juga dititikberatkan. Perkara ini bagi memastikan keselamatan
pengunjung semasa menggunakan fasiliti awam di kawasan tersebut terjaga. Menurut Reese
(2004) kepentingan penyelenggaraan bukan sahaja untuk memanjangkan jangka hayat sesuatu
sistem atau peralatan tetapi ia juga mampu mencegah sebarang kemalangan atau penyakit daripada
berlaku.

Kawasan pelancongan atau tumpuan pengunjung yang ramai amatlah dipengaruhi oleh
tahap fasiliti yang baik. Menurut Ugur Sunlu (2017) keadaan fasiliti yang baik dapat
mempengaruhi tahap kepuasan pelancong yang datang ke kawasan tersebut berasa selesa untuk
melakukan melakukan aktiviti pelancongan mereka. Sebagai contoh, Grupo Punta Cana Resort
yang terdapat di Dominican Republik, Sepanyol merupakan salah sebuah pusat peranginan yang
diiktiraf sebagai salah sebuah pusat peranginan yang mempunyai fasiliti terbaik di dunia. Fasiliti
yang dibangunkan adalah mesra pengguna dan pengunjung akan dapat pengalaman yang berbeza

28

semasa berada di pusat peranginan ini. Hal ini jelas membuktikan bahawa sekiranya sesebuah
tempat pelancongan tersebut mempunyai fasiliti dan persekitaran yang baik maka pengunjung
akan datang ke pusat pelancongan itu semula. Perkara ini dapat dijelaskan melalui pemahaman
terhadap kunjungan ulangan pelancong ke sesebuah kawasan pelancongan.

Kunjungan atau lawatan secara ulangan merupakan satu fenomena yang penting dalam
pelancongan. Hal ini demikian kerana, ia dapat menmenyumbang kepada pendapatan ekonomi
sesebuah negara, malah ia juga digunakan untuk mengenal pasti ciri tarikan yang mendorong
seseorang pelancong untuk berkunjung ke sesuatu tempat (Darnell & Johnson 2001). Kajian
mendapati kebanyakan pelancong akan melakukan lawatan ulangan ke sesuatu tempat sekiranya
mereka berpuas hati dengan layanan atau tarikan semasa mereka melancong ke kawasan tersebut
buat kali pertama (Kozak 2000).

3.3.2 Sikap Pengunjung

Sikap sering dikaitkan dengan perilaku seseorang dan tindak balas mereka terhadap perkara yang
terjadi di sekeliling mereka. Menurut Taylor (1997) sikap boleh dilihat dari tiga komponen iaitu
afektif, tingkah laku dan kognitif. Komponen afektif diertikan kepada perasaan seseorang, kognitif
pula merujuk kepada pengetahuan terhadap objek dan tingkah laku pula di tafsirkan kepada aksi
seseorang terhadap objek. Sementara itu, (Sharifah Nor Puteh et al. 2005) turut membahagikan
sikap itu kepada tiga komponen iaitu afketif, tingkah laku dan kognitif. Sikap yang dipamerkan
oleh pengunjung terhadap keadaan persekitaran kawasan pelancongan akan memberi kesan
terhadap keadaan kawasan itu. Hal ini disokong oleh Ajzen (1980) yang menyatakan bahawa sikap
merupakan gambaran individu yang merujuk untuk berkelakuan positif mahupun negatif. Perkara
ini menggariskan bahawa sekiranya sikap positif yang dibudayakan oleh pengunjung ke tempat
pelancongan maka kawasan tersebut akan terjaga. Namun begitu sekiranya pengunjung
membudayakan sikap negatif maka memberi kesan buruk terhadap kawasan pelancongan tersebut.

Kesan daripada sikap pengunjung yang tidak prihatin ini telah menyebabkan berlakunya
masalah persisiran pantai menjadi kotor. Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa 2019 telah
diadakan di Pantai Pelindung, Pahang bagi tujuan membersihkan kawasan tumpuan tersebut.
Menurut Presiden Persatuan Pencinta Alam Sekitar Pahang iaitu Noor Jehan Abu Bakar berkata
anatara bahan buangan yang dikumpul ialah 2051 pelbagai botol plastik, 1680 cebisan plastik,
1206 plastik pembungkus, 714 selipar dan lebih 500 kilogram (kg) peralatan menangkap ikan (Rafi
2019). Secara teorinya, menurut Azkha (2006) semakin banyak jumlah penduduk, semakin banyak
timbunan sampah yang dihasilkan sehingga perlu pengelolaan sampah untuk mengurangi jumlah
sampah. Teori ini dapat digunakan dalam hubungan antara pengunjung dan jumlah sampah yang
terdapat pada kawasan tumpuan ini. Menurut Nadiasa (2009), pengelolaan sampah dapat diertikan
sebagai pengawalan terhadap timbunan sampah, pengumpulan, pengangkutan, proses dan
pembuangan akhir sampah. Menurut (Berita Harian 2 Januari 2020) pembuangan sampah negara
meningkat sebanyak 100.75 peratus. Penghasilan sampah harian dalam kalangan rakyat di negara
ini mencatat peningkatan 100.75 peratus kepada 38,142 tan pada tahun 2018, berbanding 19,000
tan pada 2005. Berdasarkan angka dikeluarkan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (SWCorp), seorang rakyat dianggar menghasilkan 1.17 kilogram (kg) sampah
sehari pada 2018, berbanding 0.8kg (2005). Berdasarkan laporan sama, peratusan sisa plastik
direkodkan meningkat 20 peratus pada 2018, berbanding 44.5 peratus daripada keseluruhan

29

sampah adalah sisa makanan, manakala sisa plastik (13.2 peratus) dan lampin pakai buang (12.1
peratus), pada 2005. Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Mohd Azmi Abdul Hamid
menyatakan bahawa kadar kitar semula di negara ini juga direkodkan pada tahap rendah iaitu 28
peratus dan sasaran ditingkatkan kepada 30 peratus pada tahun ini. Beliau juga menyatakan
bahawa kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk menangani sikap rakyat yang gemar
membuang sampah tanpa mempedulikan kesannya kepada kualiti kehidupan, selain
memperuntukkan RM 200,000 sebulan hanya bagi kerja pengurusan sampah di kawasan tidak
dibenarkan di sekitar Kuala Lumpur.

Bali, Indonesia merupakan sebuah tempat tumpuan pelancong yang terkenal dan kerap
dikunjungi oleh pelancong pelbagai negara. Namun begitu, daripada aktiviti pelancongan ini
mereka terpaksa menghadapi situasi yang memberi impak terhadap alam sekitar mereka. Situasi
tersebut adalah mereka terpaksa menanggung jumlah sisa bahan buangan yang besar setiap tahun.
Antara faktor yang mendorong kepada peningkatan jumlah sisa bahan buangan ini adalah sikap
pelancong yang tidak mementingkan kebersihan semasa melakukan aktiviti pelancongan. Menurut
Neubauer (2019) pelancong yang datang berfikiran bahawa tempat ini sudah mempunyai
penyeliaan yang tersendiri terhadap sisa bahan buangan dan mereka mengambil kesempatan untuk
mengetepikan soal penjagaan kebersihan kawasan pelancongn ini kerana akan ada orang yang
membersihkannya. Sikap yang negatif dalam diri pelancong ini telah mempengaruhi keindahan
yang terdapat pada kawasan pelaancongan tersebut.

3.3.3 Tahap Kebersihan Tandas Awam

Masalah terhadap tahap kebersihan tandas awam sering kali disebut dalam media massa dan media
sosial. Berdasarkan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan
dan Kerajaan Tempatan Bilangan 4 (2017) Jawatankuasa Task Force Tandas Bersih telah
ditubuhkan pada tahun 2012 bertujuan untuk merangka satu Pelan Tindakan bagi menangani
masalah kebersihan tandas di negara ini. Pelan Tindakan Pengurusan Tandas Awam Kebangsaan
telah dibangunkan dan menjadi rujukan pihak-pihak yang berkepentingan. Matlamatnya adalah
untuk mengangkat martabat kebersihan tandas-tandas awam di seluruh negara ke suatu tahap yang
boleh dibanggakan, sehingga menjadi rujukan atau sebutan dalam kalangan pelabur, pelancong
asing malah menjadi kebanggaan rakyat tempatan. Namun begitu, Malaysia telah mencapai
kemerdekaan selama enam dekad namun mentaliti rakyat Malaysia dalam menjaga kebersihan
tandas masih berada pada tahap yang rendah.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya iaitu Muhammad Bakhtiar Wan Chik
berkata dalam majlis perasmian program sempena sambutan Hari Kebangsaan peringkat Parlimen
Balik Pulau “Kita mohon kerjasama semua untuk menjaga tandas awam termasuk Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT), jangan berharap kepada kontraktor cuci sahaja sebaliknya kita sendiri apabila
masuk tandas, kita pastikan sebelum keluar tandas itu bersih seperti kita masuk” (Berita Harian
25 Ogos 2019). Oleh itu, menurut Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia iaitu Prof Dr
Ahmad Ismail berkata, pemupukan amalan kebersihan biarpun nampak remeh oleh sesetengah
pihak ia sebenarnya perlu diberi penekanan jitu dan sewajarnya bermula sejak dari awal lagi iaitu
semasa kanak-kanak (SelangorKini 2 November 2019). Oleh itu, mentaliti dalam menjaga
kebersihan tandas awam perlu diperbetul bagi memastikan kebersihan terus terjaga.

30

Kebersihan tandas awam amat memainkan peranan penting terhadap kesejahteraan awam.
Hal ini demikian kerana, kita mengetahui bahawa tandas merupakan sebuah fasiliti yang paling
penting dalam kehidupan seharian. Sekiranya tandas tidak dibersihkan dengan sempurna maka ia
akan memberi infeksi kepada pengguna lebih-lebih lagi tandas awam yang digunakan oleh ramai
orang. Menurut Rosei (2015) sebuah kajian telah dibuat berkenaan dengan sejenis bakteria yang
dikenali sebagai Staphylococcus aureus yang merupakan bakteria yang boleh menyebabkan
seseorang individu itu mengalami penyakit kulit dan penyakit khusus apabila dijangkiti. Hasil
kajian tersebut mendapati, bakteria ini mudah diperoleh dan tersebar antara kalangan individu
melalui sentuhan di permukaan tandas. Potensi penularan bakteria di tandas awam akan sentiasa
tinggi dan sukar untuk dibasmi secara sepenuhnya. Walaubagaimanapun, dengan melaksanakan
protokol pembersihan dan pembasmian kuman secara betul ia dapat membantu menyediakan
persekitaran tandas yang sihat untuk penghuni bangunan dan pengunjung.

Kesan daripada masalah ini telah menyebabkan ketidakselesaan kepada pengunjung yang
ingin menggunakan tandas awam tersebut. Walaupun pada hakikatnya kita mengetahui bahawa
tempat tersebut memang diwujudkan khusus untuk manusia membuangkan “najis” tetapi tidak
semestinya kebersihan di tandas awam tidak dijaga dengan baik. Menurut Perdana Menteri
Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa “Saya tidak mengharapkan tandas
awam kita sebersih di Tokyo, Seoul, London, Venice dan lain-lain kota di negara bukan Islam
yang pernah saya kunjungi. Tetapi tidaklah juga saya mengharapkan tandas awam kita sama teruk
dan sama busuk dengan tandas angkut di rumah kita zaman sebelum merdeka dulu” (Berita Harian
15 Ogos 2019). Oleh itu, mentaliti rakyat Malaysia perlu diubah dalam memastikan tandas awam
sentiasa terjaga khususnya di tempat-tempat tumpuan pengunjung kerana ia membawa imej
terhadap perilaku rakyat negara ini.

3.3.4 Tempat Meletakkan Kenderaan

Tempat meletakkan kenderaan didefinisikan sebagai ruang yang disediakan secara terancang
sebagai tempat untuk meletakkan kenderaan-kenderaan lain (Garis Panduan dan Piawaian
Perancangan Tempat Letak Kenderaan 2000). Kewujudan sejarah awal berkenaan dengan tempat
meletakkan kenderaan ini adalah sekitar tahun 1920. Pembinaan kawasan tempat meletakkan
kenderaan pada ketika itu khusus untuk orang-orang kaya yang mahu melindungi keadaan kereta
mereka seperti cat pada badan kereta berkenaan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan
mendapati bahawa secara puratanya 8360 jam daripada 8760 jam dalam setahun, sebuah kereta
berada dalam keadaan “berhenti” (John Brierry 1972).

Menurut George (1983) pada tahun 1950-an keadaan kawasan meletakkan kenderaan telah
berubah bentuk iaitu daripada bertutup kepada terbuka iaitu dengan tidak mempunyai dinding
untuk menjimatkan kos dan ini juga selari dengan perubahan struktur bentuk kereta pada masa itu.
Selain itu dapat dilihat pada penghujung tahun1950an kaedah pemandu sendiri berubah dalam
meletakkan kenderaan. Pada masa yang sama sistem tiket juga telah diperkenalkan dan sekitar
tahun 1960-an sehingga sekarang banyak berlaku perubahan terhadap kawasan meletakkan
kenderaan. Perbezaan dapat dilihat berdasarkan ciri-ciri guna tanah dan memberikan lebih
keselesaan kepada pengguna. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia telah
menggunakan beberapa piawaian dalam membuat penyesuaian ke atas keperluan setempat dalam
hal meletakkan kenderaan. Kebanyakan piawaian digubal adalah untuk mengimbangi anatara

31

penawaran dan permintaan tempat meletakkan kenderaan. Piawaian yang digunakan oleh PBT
pada masa ini dalam isu tempat meletakkan kenderaan adalah piawaian lama yang telah
dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa atau badan professional di negara maju yang mungkin tidak
releven digunakan lagi di Malaysia, (Mohd Noor Awang 2003). Oleh yang demikian, apabila
wujudnya masalah terhadap kawasan meletakkan kenderaan ini maka pengunjung akan berasa
tidak selamat untuk meninggalkan kenderaan mereka.

Kesan daripada masalah ini adalah pengunjung sukar untuk meletakkan kenderaan dengan
baik. Menurut Mohd Noor Awang (2003), penawaran tempat letak kereta seharusnya disesuaikan
dengan permintaan dan juga keupayaan ruang dalam sesuatu kawasan. Apabila berlaku masalah
terhadap kekurangan kawasan meletakkan kenderaan ini, ia memberi persepsi kepada pengunjung
untuk tidak datang semula ke kawasan tersebut. Sekiranya melibatkan kawasan tumpuan
pelancong ia akan menjejaskan dari sudut ekonomi setempat. Menurut Harry Dupree (1987),
keadaan ini menyebabkan perlunya tempat-tempat khas disediakan untuk menempatkan kenderaan
yang berada dalam keadaan “berhenti”. Berdasarkan Garis Panduan Perancangan Tempat Letak
Kenderaan (2018) terdapat lima komponen utama dalam menyediakan tempat letak kenderaan
yang terbaik iaitu:

a. Sistematik dan mesra pengguna. Susunan tempat letak kenderaan hendaklah teratur,
dipapar maklumat yang jelas, mudah difahami dan di lokasi yang mudah mendapat
perhatian. Saiz lot tempat letak kenderaan pula hendaklah selesa, terutamanya lot untuk
OKU.

b. Kemudahan sampaian. Penyediaan tempat letak kenderaan perlu memberi penekanan
terhadap kemudahsampaian di mana lokasi serta laluan masuk dan keluar perlu berada di
tempat yang strategik dan dalam jarak yang sesuai untuk semua pengguna.

c. Inovatif dan responsif. Susun atur reka bentuk ruang perlu inovatif dan responsive kepada
semua pengguna dan juga alam sekitar. Ia perlu mengutamakan reka bentuk dan teknologi
yang mesra pengguna serta mesra alam.

d. Estetik dan keindahan. Tempat letak kenderaan hendaklah diindahkan dengan elemen
landskap. Reka bentuk landskap adalah bergantung kepada jenis tempat letak kenderaan,
lokasi dan keluasan kawasan.

e. Keselamatan. Tempat letak kenderaan hendaklah direka bentuk dengan mengutamakan
keselamatan bukan sahaja kepada pengguna malah kepada struktur fizikal kenderaan
tersebut. Reka bentuk ruang, persekitaran dan peletakan tempat letak kenderaan yang
strategik yang boleh mengelakkan risiko kemalangan, kecurian, kerosakan harta benda dan
kesesakan juga perlu diberi keutamaan.

Aspek pencahayaan lampu yang mencukupi dan terang (mengikut kuasa iluminasi yang
bersesuaian) serta alat keselamatan sokongan lain seperti Closed Circuit Television (CCTV), tanda
laluan keluar kecemasan (emergency exit) dan butang kecemasan yang bersesuaian bagi tujuan
keselamatan juga perlu disediakan.

3.4 LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL DALAM MENGATASI
KETERANCAMAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL

32

Keterancaman daya tampung fizikal yang berlaku di kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi
memberi kesan yang negatif terhadap persepsi pengunjung yang datang ke kawasan ini.
Pengunjung akan berasa kurang selesa untuk melakukan aktiviti sosial seperti beriadah di sekitar
kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hal ini disebabkan oleh persekitaran yang tidak selesa serta
fasiliti awam yang tidak dapat menampung keperluan pengunjung yang datang. Oleh yang
demikian, menerusi dua jenis langkah iaitu langkah perundangan dan langkah bukan perundangan
dapat mengurangkan masalah yang dihadapi.

3.4.1 Langkah Perundangan

Langkah perundangan merupakan sebuah langkah yang dibuat berdasarkan undang-undang yang
telah digubal dan digunakan untuk merujuk kepada satu undang-undang khusus. Menerusi langkah
perundangan ini, pihak berkuasa tempatan dapat menjadikan undang-undang yang digubal itu
sebagai panduan dalam memastikan sesebuah kawasan pelancongan tersebut berada dalam
keadaan yang lebih baik dari segi infrastruktur dan persekitarannya.

a. Kerajaan Memperkasa Strategi Perancangan di Tanjung Balau, Kota Tinggi

Berdasarkan Bahagian III, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, (Akta 172 1976)
memperuntukan penyediaan Rancangan Struktur Negeri untuk melengkapkan sistem perancangan
fizikal negara dan menterjemahkan dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara (RFN) ke peringkat
Negeri Johor. Keperluan dalam memperkasa Strategi Perancangan ini bertepatan dengan Matlamat
Pembangunan Negeri Johor 2030 iaitu untuk mengarusperdanakan kelestarian negeri melalui
pemeliharaan aset semulajadi dan warisan tradisi budaya rakyat Johor yang tidak ternilai dan
berdaya tahan (Ringkasan Eksekutif Draf Rancangan Struktur Negeri Johor 2018). Negeri Johor
dikenali sebagai sebuah negeri yang kaya dengan khazanah semulajadi yang sangat berpotensi
untuk dimajukan sebagai produk pelancongan. Antaranya adalah kawasan Tanjung Balau, Kota
Tinggi yang terdapat pelbagai keunikan dan keindahan. Halatuju yang dilaksanakan dalam konteks
pelancongan adalah mewujudkan pelancongan bernilai tinggi dan pengurusan pelancongan
mampan melalui pengukuhan koridor pelancongan negeri, pengiktirafan produk bertaraf
antarabangsa seperti RAMSAR dan Geopark dan menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan
pelancongan selain penyediaan pelan pengurusan pelancongan mapan untuk produk eko dan
warisan (Rancangan Negeri Johor 2030 2018). Oleh itu, dengan strategi perancangan yang
dilakukan di Tanjung Balau, Kota Tinggi dapat meningkatkan lagi tahap keselesaan pengunjung
yang datang ke kawasan tumpuan ini.

China telah menjadi sebuah negara tumpuan antarabangsa sejak bertahun-tahun. Hal ini
demikian kerana terdapat banyak pertumbuhan pembangunan ekonomi dan sosial. Perkembangan
ekonomi yang ketara telah mempercepatkan langkah ke arah pembandaran. Bilangan kota-kota
meningkat, seperti Beijing dan Shanghai. Perkembangan kawasan bandar secara drastik
disebabkan oleh tumpuan ramai pelancong yang ingin datang berkunjung ke China. Bagi
meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan pelancong yang berkunjung ke China maka
Kerajaan Guangzhou (Governmant Guangzhou) cuba untuk membangunkan satu pelan yang cekap
dan dasar yang saintifik untuk membangunkan fizikal pembangunan, ekonomi dan sosial negara
tersebut. Hal ini bertujuan untuk melindungi sumber yang berharga secara baik. Pelan Induk
bandar juga diselaraskan untuk cuba mengatasi kelemahan kota yang menjadi tumpuan pelancong

33

ini. Pada tahun 2003, Biro Perancangan Bandar Guangzhou (mewakili GG) memulakan
Perancangan Pelancongan dan Perundingan Reka Bentuk Bandar sebagai cadangan menyeluruh
untuk mengawal pembangunan Seagull Island, yang merupakan sebuah pulau pertanian dan kini
sebahagian daripada New-City Guangzhou..

b. Mengenakan Denda Terhadap Individu Yang Membuang sampah merata-rata (RM250.00)

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menguatkuasakan peraturan mengenakan denda maksimum
RM250 mengikut Akta 171 Undang-undang Kecil PBT (Mencegah Kekotoran) terhadap orang
awam yang didapati bersalah membuang sampah merata-rata di tempat awam (Berita Harian 14
April 2015). Pihak Berkuasa Tempatan akan meletakkan beberapa orang pegawai bagi memantau
keadaan sekeliling bagi memastikan penguatkuasaan ini terlaksana. Tujuan penguatkuasaan ini
dibuat adalah bertujuan bagi memberi pengajaran kepada orang awam supaya sentiasa peka
terhadap kebersihan alam sekitar. Hal ini dapat meningkatkan tahap kesedaran orang awam
bahawa pentingnya menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar.

Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang sering menjadi perhatian kerana
kemajuan negara tersebut yang sentiasa mendahului dari negara lain. Namun begitu dalam
kemajuan yang dikecapi oleh negara tersebut tidak terlepas daripada masalah pengurusan sisa
sampah yang banyak. Dianggarkan hampir 100 juta tan sampah yang dihasilkan di Amerika
Syarikat setiap hari. Antara masalah paling ketara adalah tentang kesedaran rakyat Amerika
Syarikat yang gemar membuang sampah merata-rata di kawasan sekitarnya. Oleh itu bagi
menangani masalah ini, pihak berkuasa tempatan telah membuat peraturan di mana pesalah yang
didapati bersalah akan dikenakan denda sebanyak 50 USD dan boleh mencecah hingga 50,000
USD serta penjara (Eckelman 2016).

c. Akta Kualiti Alam Sekitar 1974

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 terkandung lebih kurang 13 peraturan-peraturan Kualiti Alam
Sekeliling yang berkaitan dengan pelbagai perkara yang telah diluluskan sejak Akta 127 mula
dikuatkuasakan hingga ke hari ini. Kandungannya menyentuh tentang amalan pengurusan dan
tindakan tertentu terhadap beberapa perkara umum Akta 127. Perkara ini merupakan suatu akta
berhubung dengan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran dan membaiki alam sekeliling
dalam usaha mencapai dan memenuhi hasrat dasar alam sekitar negara (Shamsuddin Bin Suhor
2003). Oleh itu, temaktubnya akta ini dapat memastikan kualiti alam sekitar yang terdapat di
sekitar kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi terus terpelihara.

Berdasarkan Akta Asas Alam Sekitar 1993 Jepun, mereka telah menubuhkan akta ini
bertujuan untuk mengintegrasikan undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan alam
sekitar. Akta ini memperkenalkan pelbagai jenis undang-undang yang berkaitan dengan
persekitaran dan pembangunan (Fujikura 2015). Melalui akta ini kerajaan Jepun dapat memastikan
kelestarian alam sekitar sentiasa terjaga walaupun pembangunan semakin rancak membangun.

3.4.2 Langkah Bukan Perundangan

Langkah bukan perundangan merupakan sebuah langkah yang dibuat oleh sebuah organisasi yang
berwajib dalam menjaga kebajikan sesuatu kawasan tersebut. Langkah ini dibuat bertujuan bagi

34

memberi kesedaran kepada orang awam tentang perkara asas yang perlu dipatuhi semasa berada
di sekitar kawasan tumpuan tersebut.

a. Fasiliti Awam Mesti Diselenggara Mengikut Jadual

Pembahagian masa terhadap kerja-kerja penyelenggaraan hendaklah dilakukan agar dapat
memastikan infratruktur tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan.
Menurut Leong (2004) penyelenggaraan berjadual dilakukan bagi tujuan untuk langkah
pencegahan melalui perancangan yang telah ditentukan dan mengikut masa yang ditetapkan. Oleh
yang demikian, kualiti fasiliti akan terjamin. Pada masa yang sama, pengunjung dapat
menggunakan fasiliti tersebut dengan selamat.

Australia merupakan sebuah negara yang terkenal melalui sektor pelancongannya. Bagi
memastikan sektor pelancongannya terus berkembang maju pelbagai langkah telah di ambil
terutama dalam pengurusan fasiliti. Oleh yang demikian Facilities Management Australia (FMA)
telah berkolaberasi bersama tiga buat syarikat yang menguruskan hal-hal berkenaan dengan fasiliti
iaitu Benchmarking, Procurement dan Digital Modelling. Kerjasama dibuat untuk memastikan
industri pengurusan kemudahan Australia dapat menginovasikan strategi yang sedia ada ke arah
yang lebih baik lagi (Stephen 2017). Melalui gabungan ini, pengurusan fasiliti Australia dapat
memantau dan memastikan segala fasiliti yang terdapat di Australia berada dalam keadaan yang
selamat dan baik. Pemantauan yang berkala dapat meningkatkan lagi kualiti penjagaan fasiliti
awam agar ia dapat digunakan oleh semua lapisan masyarakat dengan selamat.

b. Kebersihan Persisiran Pantai Dijaga Oleh Orang Awam Dengan Cara Sampah-Sampah
Dibuang Ke Dalam Tong Sampah Atau Dibawa Pulang

Jabatan Pengairan dan Saliran mendefinisikan kawasan persisiran pantai sebagai satu kawasan
persisiran yang meliputi kawasan bersempadanan 5 kilometer ke sebelah darat (back shore) dan
16.1 kilometer nautika ke sebelah laut dari paras purata air pasang perbani (front shore).
Kebersihan kawasan persisiran pantai perlu dijaga bagi memastikan keindahan kawasan
persekitaran pantai tidak tercemar. Berdasarkan Garis Panduan dan Piawaian Perancangan
Kawasan Pantai (2000) prinsip kebersihan amat dititikberatkan bagi memastikan kawasan
persisiran pantai berada dalam keadaan bersih, indah dan teratur dengan penyediaan segala
kemudahan asas dan awam yang mencukupi seperti lalulintas dan pengangkutan yang berkesan
dan selesa. Pada masa yang sama, ia merupakan langkah bagi menggalakan orang awam supaya
menghargai kebersihan dan menanam kesedaran dalaman terhadap penjagaan kebersihan.

Menurut Department of Land and Natural Resources of Hawaii (2015), pihak mereka
sentiasa peka terhadap isu penjagaan pesisir pantai di Hawaii. Hal ini demikian kerana, tempat ini
merupakan sebuah tempat tumpuan pelancong dan bagi memastikan kebersihan sentiasa terjaga
pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap penjagaan
pesisir pantai ini. Antara aktivti yang dilaksanakan adalah seperti kempen membersih pesisir pantai
dan explorasi yang melibatkan pencarian bahan terbuang. Program ini bertujuan bagi memupuk
kesedaran kepada orang ramai agar menjaga pesisir pantai dengan baik.

35

c. Tandas Awam Diselenggara Dengan Baik

Menurut Jawatankuasa Task Force (2012) terdapat tiga teras utama yang menyumbang kepada
masalah tandas awam tidak bersih di Malaysia. Teras pertama berkaitan dengan Pengurusan
Tandas Awam yang di mana teras ini mengandungi sembilan strategi bagi memastikan tandas
awam diurus dan diselenggara dengan baik. Secara amnya strategi ini mengariskan keperluan bagi
kontraktor dan operator, kerjasama pintar, penguatkuasaan, penilaian kepuasan pengguna,
pengiktirafan dan penarafan bintang, penglibatan pengurusan atasan, kebersihan sekolah dan
IPTA/IPTS, penyeragaman Undang-Undang Kecil (UUK) dan memaklumkan kewujudan UUK
kepada orang awam, kebersihan di stesen minyak dan rumah ibadat, perkhidmatan tandas bergerak
dan juga peruntukan khas bagi pembersihan dan penyelenggaraan peralatan.

Teras kedua mengenai etika pengguna mengandungi dua strategi yang memberi keutamaan
bagi menyampai maklumat kepada orang awam mengenai etika penggunaan tandas. Strategi
pertama menyentuh berkaitan pendidikan awal mengenai etika penggunaan tandas dan strategi
kedua berkaitan cara-cara mencegah vandalisma. Di samping itu, teras ketiga merujuk kepada reka
bentuk tandas awam di mana teras ini mengandungi dua strategi yang secara amnya menyentuh
berkaitan keseragaman reka bentuk tandas awam di samping penyelenggaraan dan pengurusan
dalam memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna. Bagi tujuan tersebut, peralatan dan
kemudahan seperti basin cuci tangan, cermin, dinding, lantai, siling, pintu, mangkuk tandas dan
alat simbah, urinal, longkang dan saliran permukaan, pili, bidet dan sambungannya, tong sampah
dan tong sanitar, dan kelengkapan elektrik wajib disediakan. Strategi pertama berkaitan prototaip
tandas awam yang seragam dan strategi kedua berkaitan penambahbaikan kemasan dan peralatan
tandas awam. Oleh itu, dengan penyelenggaraan yang baik dapat memastikan kualiti tandas awam
yang terdapat di Tanjung Balau, Kota Tinggi ini sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selesa
digunakan oleh pengunjung.

The Restroom Association (Singapore) atau lebih dikenali sebagai RAS dan National
Environment Agency (NEA) telah mengadakan majlis pelancaran di Lifelong Learning Institute
untuk meraikan Hari Tandas Sedunia menerusi kempen yang dikenali sebagai The Public Toilet
Cleanliness. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk menggalakkan pengguna mengguna tandas
dengan baik dan sering menjaga kebersihan tandas untuk memastikan pengguna lain dapat
menggunakannya dengan selesa. Kempen ini menyasarkan empat kelakuan tertentu iaitu:

i. Membersihkan tandas selepas digunakan.

ii. Menjaga tempat duduk tandas dengan bersih.

iii. Memastikan lantai berada dalam keadaan bersih dan kering.
iv. Membuang sisa pepejal yang telah digunakan ke dalam tong sampah (National

Environment Agency 2018).

Menerusi pengamalan penjagaan kebersihan tandas yang baik dapat memastikan tandas
tersebut dapat digunakan oleh semua orang. Kempen ini disertai oleh sebahagian daripada pemilik
premis yang di mana mereka akan diberikan senarai semak dan garis panduan tentang cara menjaga
kebersihan tandas di premis mereka.

36

Mengekalkan keadaan tandas awam dalam keadaan yang bersih terutamanya yang
mempunyai tahap penggunaan yang tinggi amat sukar untuk dilakukan. Namun begitu, sesetengah
pengendali tandas telah menunjukkan cara yang betul untuk mengendalikan tandas walaupun
tandas tersebut kerap digunakan. Kaedah yang ditekankan adalah menerusi pemeriksaan yang
berkesan dan memastikan kemudahan tandas asas, seperti tisu tandas, sabun tangan, pengering
tangan kertas atau tuala disediakan. Selain itu, kemudahan seperti cermin, getah paip dan tong
sampah diselenggara dengan berkala agar kelihatan bersih (National Environment Agency 2018).

d. Rizab Atau Kawasan Meletakkan Kenderaan Dizonkan

Di Taman Negara Veluwezoom, Netherland dianggarkan hampir 1,000,000 pengunjung yang
datang ke kawasan ini setiap tahun menggunakan kereta. Masalah yang ketara timbul apabila
pengunjung yang datang sukar untuk meletakkan kereta mereka dengan baik kerana masalah
kekurangan kawasan tempat letak kenderaan. Hampir 500,000 kereta yang akan memasuki
kawasan Taman Negara Veluwezoom setiap tahun. Keadaan telah menjadikan ia bertambah sesak
kerana kereta yang dibawa oleh pengunjung tidak dapat diletakkan di tempat yang betul. Pada
masa yang sama, apabila berlakunya masalah berkenaan dengan kawasan tempat meletakkan
kenderaan yang kurang ini ia akan membawa kepada isu lain seperti masalah pembaziran masa
untuk meletakkan kenderaan dengan baik dan selamat. Menurut Shoup (2013) bahawa hampir 30
peratus rakyat Amerika yang tinggal di bandar menghabiskan masa sekitar 15 hingga 20 minit
untuk mendapatkan tempat meletakkan kenderaan mereka dengan selamat bergantung kepada
keadaan semasa. Apabila ini terjadi maka perkara ini akan menimbulkan masalah iaitu orang awam
akan meletakkan kenderaan mereka dengan sesuka hati dan menyebabkan berlakunya kesesakan
lalu lintas yang teruk. Tinjauan telah dilakukan di Midtown Manhattan dan hampir 378 kenderaan
didapati melakukan kesalahan meletakkan kenderaan di tempat yang salah setiap satu jam (Jaller
et al. 2013). Oleh itu, bagi kawasan yang semestinya akan menjadi tumpuan pengunjung
seharusnya pihak berwajib hendaklah merizabkan atau dizonkan kawasan tempat meletakkan
kenderaan. Melalui cara ini, pengunjung yang datang ke kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi ini
akan berasa selamat untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang sepatutnya.

3.5 KESIMPULAN

Kesimpulannya, keterancaman daya tampung fizikal ini amat memberi kesan kepada pengunjung
yang datang berkunjung di Tanjung Balau. Menerusi kajian lepas menunjukkan keterancaman
daya tampung fizikal yang berlaku di sesebuah kawasan tumpuan tersebut akan menyebabkan
pengunjung tidak selesa untuk beriadah di situ dengan baik. Pengunjung juga terdedah kepada
situasi bahaya akibat daripada kerosakan fasiliti awam yang terdapat di situ. Perkara ini akan
menyebabkan tahap keselamatan pengunjung tidak berada pada tahap yang baik dan selamat. Oleh
yang demikian, dengan langkah-langkah yang proaktif khususnya daripada pihak
bertanggungjawab akan dapat memastikan perkara ini dapat diatasi dengan cara yang lebih
proaktif.

37

BAB
4

KESAN KETERANCAMAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL DI TANJUNG BALAU, KOTA
TINGGI KEPADA KEDATANGAN PENGUNJUNG

4.1 PENGENALAN

Bab 4 ini akan menerangkan tentang latar belakang semasa pengunjung ini adalah berdasarkan
kepada hasil analisis deskriptif yang akan membentuk pernyataan secara umum berkenaan dengan
pandangan mereka terhadap keterancaman daya tampung fizikal di Tanjung Balau, Kota Tinggi
dan kesannya kepada kedatangan pengunjung. Selain itu, ia akan memberi fokus terhadap
persekitaran semasa pengunjung di Tanjung Balau yang terdiri daripada profil sosial, profil
ekonomi, profil pendidikan tinggal dan kesan keterancaman ini kepada pengunjung. Di samping
itu, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keterancaman daya tampung
fizikal yang terdapat di Tanjung Balau Kota Tinggi Johor.

Penyelidikan ini telah dijalankan dengan cara bersifat pemantauan terhadap situasi yang
berlaku di sekitar kawasan Tanjung Balau. Seterusnya, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
menghuraikan kesan-kesan daripada keterancaman daya tampung fizikal yang terdapat di Tanjung
Balau Kota Tinggi Johor kepada pengunjung. Setelah itu, menerusi penyelidikan ini dapat
Menjelaskan langkah-langkah yang boleh di ambil dalam menangani masalah keterancaman daya
tampung fizikal yang terdapat di Tanjung Balau, Kota Tinggi Johor.

4.2 LATAR BELAKANG PENGUNJUNG

Kajian ini melibatkan seramai 50 orang pengunjung yang terdiri daripada pengunjung yang datang
ke Tanjung Balau, Kota Tinggi. Pemilihan jumlah sampel responden telah dibuat berdasarkan
formula Taro Yamanae (1967). Pemilihan pengunjung adalah dibuat secara rawak seperti yang
dibincangkan dalam bahagian metadologi. Penerangan terhadap demografi pengunjung yang
datang ke Tanjung Balau, Kota Tinggi ini adalah berdasarkan kepada hasil kajian yang dilakukan
pada bulan Januari 2020. Menerusi penilaian demografi ini terdapat lapan ciri yang di nilai oleh
pengakaji iaitu [1] jantina, [2] status perkahwinan, [3] umur, [4] bangsa, [5] agama, [6] pendidikan,
[7] pendapatan, [8] pekerjaan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1.

38

Kategori Jadual 4.1 Profil Pengunjung Peratusan (%)

Jantina Bilangan (orang) 66
Lelaki 34
Perempuan 33
17 28
Umur 50
20-30 tahun 14 18
31-40 tahun 25 4
41-50 tahun 9
51 tahun dan ke atas 2 90
6
Bangsa 45 4
Melayu 3 0
Cina 2
India 0 90
Lain-lain 4
45 4
Agama 2 2
Islam 2
Buddha 1 8
Hindu 14
Kristian 4 42
7 36
Pendapatan 21
RM600 dan ke bawah 18 4
RM601-RM1200
RM1201-RM3000 2 90
RM3001 dan keatas 6
45 0
Pekerjaan 3
Kakitangan Kerajaan 0 100

Kakitangan Swasta 50
Tidak Bekerja
Lain-lain

Jumlah

Berdasarkan profil pengunjung dalam Jadual 4.1 menunjukkan peratusan lelaki lebih tinggi
berbanding perempuan iaitu lelaki sebanyak 66 peratus manakala perempuan 34 peratus. Selain
itu juga profil pengunjung ini menunjukkan bangsa yang mempunyai peratusan tertinggi ialah
bangsa Melayu iaitu 90 peratus manakala bagi bangsa Cin dan India adalah 6 peratus dan 4 peratus.

4.2.1 Jantina

Seramai 50 pengunjung telah dipilih secara rawak dalam membuat penilaian berkenaan dengan
keterancaman daya tampung fizikal dan kesannya kepada pengunjung di Tanjung Balau, Kota

39

Tinggi. Ciri pertama yang dikaji adalah berkenaan dengan ciri jantina pengunjung. Ciri ini telah
dianalisis untuk mengetahui berkenaan dengan peratusan.

Berdasarkan kajian ini menunjukkan ciri jantina pengunjung yang telah dianalisis. Hasil
daripada kajian yang telah dianalisis mendapati bahawa sebanyak 66 peratus terdiri daripada
jantina lelaki daripada keseluruhan pengunjung. Manakala 34 peratus terdiri daripada jantina
perempuan daripada keseluruhan jumlah pengunjung. Hal ini demikian kerana, pengunjung yang
datang kebanyakannya datang bersama ahli keluarga. Terdapat sebahagian keluarga apabila
pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada mereka, para isteri enggan untuk menjawab dan
lebih selesa untuk menjawab borang soal selidik bersama para suami mereka ataupun ahli keluarga.
Namun begitu, terdapat juga para isteri yang ingin menjawab borang selidik dengan sendiri untuk
menyatakan pendapatnya berkenaan dengan keterancaman daya tampung fizikal yang berlaku di
Tanjung Balau, Kota Tinggi.

4.2.2 Status Perkahwinan

Ciri demografi yang dikaji adalah berkenaan dengan status perkahwinan pengunjung. Hal ini
demikian kerana, tempat kunjungan ini merupakan tempat riadah umum yang sering didatangi oleh
orang ramai. Oleh itu dengan mengkaji ciri ini, pengkaji dapat mengetahui berkenaan dengan
peratusan status perkahwinan individu yang datang berkunjung ke Tanjung Balau, Kota Tinggi.
Kategori bagi status perkahwinan ini terbahagi kepada empat item iaitu bujang, berkahwin, janda
dan duda. Kategori ini dibahagikan kepada empat item kerana kawasan ini merupakan kawasan
tumpuan pengunjung dan pengkaji berpendapat bahawa setiap pengunjung yang datang
mempunyai status perkahwinan yang berbeza.

Berdasarkan kajian yang dijalankan pengkaji telah membahagikan ciri ini kepada empat
kumpulan. Hasil daripada kajian yang telah dianalisis mendapati bahawa sebanyak 34 peratus
terdiri daripada kumpulan status perkahwinan bujang daripada keseluruhan pengunjung. Selain
itu, sebanyak 62 peratus terdiri daripada status perkahwinan berkahwin daripada keseluruhan
pengunjung. Di samping itu, hanya 4 peratus terdiri daripada status perkahwinan janda daripada
keseluruhan pengunjung. Peratusan status perkahwinan yang tertinggi adalah daripada status

berkahwin iaitu 62 peratus manakala peratusan status perkahwinan yang terendah adalah daripada
status janda iaitu sebanyak 2 peratus. Hasil keseluruhan menunjukkan pengunjung yang paling
kerap datang ke kawasan ini adalah daripada golongan yang telah berkahwin. Hal ini demikian
kerana, tempat ini sering menjadi tumpuan bagi kumpulan mereka yang telah berkahwin kerana
mereka akan meluangkan masa mereka untuk beriadah bersama keluarga tersayang. Terdapat juga
ahli keluarga yang datang untuk berkelah bersama seperti membawa makanan sambil menikmati
pemandangan laut yang terdapat di kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi ini.

4.2.3 Umur

Ciri demografi seterusnya adalah berkenaan dengan umur. Pengkaji meletakkan ciri ini kerana
ingin mengetahui tentang peratusan lingkungan umur yang datang berkunjung ke Tanjung Balau,
Kota Tinggi ini. Pengkaji telah membahagikan peringkat umur kepada beberapa kumpulan.
Kumpulan umur yang pertama ialah 20 tahun hingga 30 tahun. Kumpulan umur kedua ialah 31
tahun hingga 40 tahun. Kumpulan umur ketiga ialah 41 tahun hingga 50 tahun manakala kumpulan
umur keempat adalah 51 tahun dan ke atas. Hal ini demikian kerana, pengkaji meletakkan
sebanyak empat pilihan peringkat umur kerana pengunjung yang datang ke sini terdiri daripada

40

pelbagai peringkat umur.

Berdasarkan kajian yang telah dianalisis mendapati pengunjung yang berumur 20 tahun
hingga 30 tahun mencatatkan sebanyak 28 peratus daripada nilai keseluruhan. Bagi kumpulan
umur 31 tahun hingga 40 tahun sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan pengunjung. Kumpulan
umur 41 tahun hingga 50 tahun mencatatkan sebanyak 18 peratus daripada nilai keseluruhan
pengunjung. Manakala kumpulan umur 51 tahun dan ke atas mencatatkan sebanyak 4 peratus
daripada nilai keseluruhan. Peratusan bagi demografi bagi ciri umur yang tertinggi adalah 31 tahun
hingga 40 tahun iaitu sebanyak 50 peratus manakala peratusan yang terendah adalah 51 tahun dan
ke atas iaitu 4 peratus. Perkara ini amat jelas diketahui bahawa dalam lingkungan usia 30 tahun
dan keatas kebanyakan mereka sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang
cukup dewasa. Oleh itu, mereka lebih gemar membawa anak-anak mereka ke tempat yang boleh
diluangkan masa bersama dan beriadah khususnya di tempat tumpuan seperti Tanjung Balau, Kota
Tinggi.

4.2.4 Bangsa

Selain itu, ciri demografi yang dikaji adalah berkenaan dengan bangsa. Hal ini demikian kerana
pengkaji ingin melihat peratusan bangsa yang kerap datang ke Tanjung Balau, Kota Tinggi.
Pengkaji telah membahagikan kepada tiga jenis bangsa yang utama di Malaysia iaitu yang pertama
adalah bangsa Melayu. Bangsa yang kedua adalah bangsa Cina manakala bangsa yang ketiga
adalah bangsa India. Pengkaji juga menyediakan ruang jawapan lain-lain bangsa sekiranya
pengunjung tersebut bukan berasal daripada tiga bangsa utama ini.

Berdasarkan hasil daripada dapatan kajian yang telah dianalisis mendapati sebanyak 90
peratus pengunjung merupakan bangsa Melayu daripada nilai keseluruhan pengunjung.
Seterusnya, sebanyak 6 peratus pengunjung merupakan bangsa Cina daripada keseluruhan
pengunjung. Manakala seramai sebanyak 4 peratus yang terdiri daripada kaum India daripada
keseluruhan pengunjung. Bagi ruangan bangsa lain-lain tidak terdapat pengunjung yang
menandakan bahagian tersebut. Hasil daripada analisis ini, dapat diketahui bahawa kawasan
Tanjung Balau, Kota Tinggi ini kerap dikunjungi oleh bangsa Melayu. Hal ini demikian kerana,
persekirtaran kawasan Tanjung Balau ini ramai didiami oleh masyarakat melayu kerana terdapat
juga perkampungan yang wujud di sekitar kawasan tersebut. Oleh itu, amat releven sekiranya
ramai pengunjung yang datang berkunjung ke Tanjung Balau, Kota Tinggi adalah daripada bangsa
Melayu.

4.2.5 Agama

Ciri demografi seterusnya adalah berkaitan dengan Agama. Pengkaji telah meletakkan ciri ini
kerana pengkaji ingin mengetahui peratusan berkenaan agama yang dianuti oleh pengunjung yang
berkunjung ke Tanjung Balau. Pengkaji telah membahagikan kepada empat agama utama yang
terdapat di Malaysia. Antara agama yng dipilih adalah agama Islam, agama Buddha, agama Hindu
dan agama Kristian. Pengkaji juga ada meletakkan pilihan agama lain-lain sekiranya terdapat
pengunjung yang menganuti selain dari agama yang disenaraikan.

Berdasarkan hasil daripada analisis yang telah dibuat mendapati sebanyak 90 peratus
41

pengunjung menganuti agaman Islam daripada keseluruhan pengunjung. Selain itu, bagi agama
Buddha mempunyai peratusan sebanyak 4 peratus. Di samping itu, bagi pengunjung yang
menganuti agama Hindu pula sebanyak 4 peratus daripada keseluruhan pengunjung. Seterusnya,
bagi agama Kristian sebanyak 2 peratus pengunjung yang didapati menganuti agama ini. Bagi
ruang jawapan agama lain-lain tidak diisikan oleh pengunjung kerana kesemua agama yang dianuti
telah disenaraikan oleh pengkaji. Hasil daripada kajian ini dapat dilihat bahawa pengunjung yang
menganuti agama Islam menunjukkan peratusan paling tinggi dalam kalangan agama lain yang
berkunjung ke Tanjung Balau. Namun begitu terdapat juga agama lain yang datang berkunjung.
Hal ini telah menunjukkan perbezaan agama dan kepercayaan tidak menghalang individu tersebut
untuk beriadah di tempat terbuka seperti Tanjung Balau. Ini telah menunjukkan bahawasa rakyat
Malaysia amat menyantuni perpaduan yang telah sedia ada dan saling menghormati sesama agama.

4.2.6 Pendapatan

Ciri demografi seterusnya adalah berkenaan dengan pendapatan. Hal ini demikian kerana pengkaji
ingin mengetahui berkenaan anggaran pendapatan pengunjung yang berkunjung ke Tanjung Balau.
Pengkaji menggunakan peratusan dalam menilai pendapatan ini. Pengkaji telah memberikan
kepada empat kumpulan pendapatan iaitu RM 600 dan kebawah, RM 601-RM1200, RM 1201-
RM 3000 dan RM 3001 dan ke atas. Hal ini demikian kerana, setiap pengunjung yang datang
mempunyai tahap pendapatan yang berbeza. Oleh itu, dengan cara ini, pengunjung dapat memilih
kumpulan pendapatan mereka menerusi jumlah pendapatan yang mereka peroleh.

Bagi pendapatan yang pertama iaitu RM600 dan ke bawah menunjukkan peratusan
sebanyak 8 peratus pengunjung yang memperoleh pendapatan sedemikian. Pendapatan RM600-
RM1200 menunjukkan peratusan sebanyak 14 peratus daripada keseluruhan pengunjung.
Sebanyak 42 peratus pengunjung telah memperoleh pendapatan RM1201 hingga RM3000. Bagi
pengunjung yang memperoleh pendapatan RM3001 dan ke atas pula menunjukkan peratusan
sebanyak 36 peratus daripada keseluruhan pengunjung (rujuk Rajah 4.6). Peratusan tertinggi dalam

ciri demografi pendapatan adalah pengunjung yang memproleh pendapatan sekitar RM1201-
RM3000 iaitu sebanyak 42 peratus manakala peratusan terendah adalah pengunjung yang
memperoleh pendapatan RM600 dan ke bawah iaitu sebanyak 8 peratus. Hal ini menunjukkan
bahawa, pengunjung yang datang ke sini mempunyai pendapatan yang stabil. Oleh yang demikian,
ini juga merupakan faktor mereka mampu untuk membawa ahli keluarga datang ke sini kerana
mempunyai sumber ekonomi yang baik.

4.2.7 Pendidikan

Ciri demografi seterusnya adalah berkenaan dengan pendidikan. Hal ini demikian kerana pengkaji
ingin mengetahui berkenaan dengan pendidikan pengunjung yang berkunjung ke Tanjung Balau.
Pengkaji menggunakan peratusan dalam menilai tahap pendidikan ini. Pengkaji telah memberikan
kepada empat tahap dalam kategori pendidikan iaitu sekolah rendah, sekolah menengah, ijazah /
pengajian tinggi dan tidak ada pendidikan formal. Hal ini demikian kerana, pengunjung yang
datang terdiri daripada pelbagai tahap pendidikan. Oleh itu, dengan cara ini, pengkaji dapat
mengetahui tahap pendidikan pengunjung berdasarkan soal selidik ini.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan tahap pendidikan yang pertama adalah sekolah
42

rendah dan hasil kajian menunjukkan peratusan sifar pada tahap pendidikan sekolah rendah. Tahap
pendidikan yang kedua adalah sekolah menengah iaitu peratusan sebanyak 44 peratus daripada
keseluruhan pengunjung. Selain itu, tahap pendidikan ketiga adalah ijazah/pengajian tinggi iaitu
peratusan sebanyak 56 peratus daripada keseluruhan pengunjung. Bagi tahap tidak ada pendidikan
formal menunjukkan peratusan sifar kerana tiada pengunjung yang menandakan bahagian ini. Hal
ini menunjukkan pengunjung yang berkunjung ke Tanjung Balau mempunyai tahap pendidikan
yang baik. Mereka mendapat pendidikan formal yang sempurna.

4.2.8 Pekerjaan

Ciri demografi seterusnya adalah berkenaan dengan pekerjaan. Hal ini demikian kerana pengkaji
ingin mengetahui berkenaan dengan pekerjaan pengunjung yang berkunjung ke Tanjung Balau.
Pengkaji menggunakan peratusan dalam menilai hasil kajian ini. Pengkaji telah membahagikan
kategori pekerjaan ini kepada empat kumpulan iaitu kakitangan kerajaan, kakitangan swasta dan
tidak bekerja. Hal ini demikian kerana, pengunjung yang datang terdiri daripada pelbagai latar
belakang pekerjaan. Oleh itu, dengan pembahagian kumpulan ini memudahkan pengunjung untuk
memilih kumpulan pekerjaan yang mereka ceburi.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan pengkaji telah membahagikan kepada tiga jenis
pekerjaan yang boleh dijawab oleh pengunjung. Pekerjaan pertama adalah kakitangan kerjaaan
iaitu dengan peratusan sebanyak 4 peratus daripada keseluruhan pengunjung. Pekerjaan kedua
adalah kakitangan swasta iaitu dengan peratusan sebanyak 90 peratus daripada nilai keseleuruhan
pengunjung. Selain itu juga, sebanyak 6 peratus daripada nilai keseluruhan pengunjung yang
menyatakan bahawa dia tidak bekerja. Bagi golongan yang tidak bekerja ini adalah terdiri daripada
isteri yang menjadi surirumah. Peratusan pekerjaan yang tertinggi adalah daripada kakitangan
swasta iaitu sebanyak 90 peratus manakala yang terendah adalah kakitangan kerajaan iaitu 4
peratus. Hal ini menunjukkan, kebanyakan pengunjung yang datang berkunjung ke Tanjung Balau
ini merupakan daripada mereka yang bekerja sebagai kakitangan swasta.

4.3 KETERANCAMAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL DI TANJUNG BALAU, KOTA TINGGI

Bahagian ini akan membincangkan bilangan (orang), peratus dan nilai skor mean yang diberikan
oleh pengunjung berkaitan dengan keterancaman daya tampung fizikal yang berlaku di Tanjung
Balau, Kota Tinggi. Segala huraian dan alasan yang diberikan adalah berdasarkan kepada perkara
yang berlaku pada waktu tersebut. Pandangan terhadap masalah keterancaman daya tampung
fizikal di Tanjung Balau, Kota Tinggi ini diukur dengan berdasarkan kepada skala likert 1 hingga
5 sebagaimana di bawah:

a. Sangat tidak beretuju: Keadaan daya tampung fizikal yang berada dalam keadaan yang
sangat baik dan sangat selamat digunakan.

b. Tidak beretuju: Keadaan daya tampung fizikal yang berada dalam keadaan yang baik dan
boleh digunakan.
43

c. Tidak pasti: Keadaan daya tampung fizikal yang berada dalam keadaan yang boleh
digunakan tetapi perlu berhati-hati.

d. Bersetuju: Keadaan daya tampung fizikal yang teruk dan tidak berapa selamat digunakan
tetapi masih boleh digunakan.

e. Sangat bersetuju: Keadaan daya tampung fizikal yang sangat teruk dan langsung tidak
selamat untuk digunakan.

Menerusi perbincangan keterancaman daya tampung fizikal ini pengkaji akan menunjukkan nilai
skor mean untuk mengetahui tahap penilaian secara purata sama ada sangat rendah, rendah,
sederhana, tinggi dan sangat tinggi seperti mana berikut:

0.0-1.50 = Sangat Rendah
1.51-2.50 = Rendah

2.51-3.50 = Sederhana

3.51-4.50 = Tinggi

4.51- 5.00 = Sangat Tinggi

4.3.1 Keterancaman Daya Tampung Fizikal

Keterancaman daya tampung fizikal yang berlaku di Tanjung Balau, Kota Tinggi telah
memberikan satu pandangan yang berbeza oleh pengunjung terhadap kawasan tumpuan ini. Hal
ini demikian kerana, tujuan utama pengunjung yang datang adalah untuk beriadah akan tetapi
sekiranya daya tampung fizikal ini terancam maka ia akan memberi kesan terhadap keselesaan
pengunjung yang datang. Oleh itu, pelbagai item daya tampung fizikal yang dikaji untuk melihat
sejauhmanakah pandangan pengunjung terhadap situasi yang berlaku.

Berdasarkan jadual 4.2 menerangkan tentang bilangan (orang) dan peratusan pengunjung
alam menjawab borang soal selidik berkaitan dengan keterancaman daya tampung fizikal yang
terdapat di Tanjung Balau, Kota Tinngi. Pengkaji telah membahagikan kepada empat elemen
dalam bahagian ini untuk tujuan pengunjung menjawab. Menerusi pemerhatian yang di buat oleh
pengunjung, mereka perlu memilih jawapan berdasarkan 5 pilihan jawapan iaitu sangat tidak

44

bersetuju, tidak bersetuju, tidak pasti, setuju dan sangat bersetuju. Item yang dikaji ini telah
dikelompokkan kepada 4 elemen iaitu fasiliti awam rosak, pengunjung membuang sampah merata-
rata, tandas awam rosak dan kenderaan di parkir dalam keadaan jarak yang jauh.

Setelah itu, pengkaji akan membuat analisis berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh
pengunjung dalam borang soal selidik tersebut. Analisis dilakukan bertujuan untuk mengetahui
tentang kebenaran fakta yang dikaji oleh penyelidik dalam menjawab persoalan tentang
berlakunya keterancaman daya tampung fizikal di Tanjung Balau, Kota Tinggi. Oleh yang
demikian, dengan cara ini pengkaji dapat mengenalpasti masalah yang berlaku dan dapat memberi
pandangan yang lebih baik dalam menyelesaikan perkara ini.

Jadual 4.2 Keterancaman daya tampung fizikal

Item Sangat Tidak Tidak Bersetuju Sangat Mean
Tidak Bersetuju Pasti Beretuju
Bersetuju

Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %

Fasiliti awam rosak 0 0 0 0 1 2 32 64 17 34 4.32

Pengunjung 0 0 0 0 0 0 34 68 16 32 4.32
4.24
membuang sampah

merata-rata

Tandas awam kotor 0 0 0 0 0 0 38 76 12 24

Kenderaaan di parkir 0 0 13 26 0 0 25 50 12 24 3.75
dalam keadaan jarak
yang jauh

Nota: Bil=Bilangan (orang), N=50

Sumber: Kajian Lapangan 2020

a. Fasiliti Awam Rosak

Item pertama yang dikaji ialah berkaitan dengan fasilti awam rosak kepada pengunjung yang
datang ke Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hasil kajian mendapati sebanyak 64 peratus yang

45

menyatakan setuju serta 34 peratus menyatakan sangat bersetuju dengan item ini. Namun begitu
terdapat 2 peratus yang menyatakan tidak pasti. Secara keseluruhannya, penilaian skor mean bagi
fasiliti awam menunjukan bacaan skor mean yang tinggi dengan nilai mean keseluruhan 4.32
(rujuk jadual 4.2). Hal ini membuktikan bahawa fasiliti awam yang terdapat di kawasan sekitar
Tanjung Balau ini memang berada dalam keadaan yang bahaya digunakan. Sekiranya pengunjung
yang datang ingin menggunakan fasiliti yang tersedia ada, mereka perlu lebih berhati-hati. Perkara
ini boleh mengancam keselamatan pengunjung yang datang.

b. Pengunjung Membuang Sampah Merata-rata

Item kedua yang duji ialah berkaitan dengan pengunjung membuang sampah merata-rata ke
kawasan sekitar Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hasil kajian mendapati sebanyak 68 peratus yang
menyatakan setuju serta 32 peratus menyatakan sangat bersetuju dengan item ini. Secara
keseluruhannya, penilaian skor mean bagi pengunjung membuang sampah merata-rata
menunjukan bacaan skor mean yang tinggi dengan nilai mean keseluruhan 4.32 (rujuk jadual 4.2).
Hal ini membuktikan bahawa kawasan sekitar Tanjung Balau memang terdapat banyak sampah
yang dibuang merata-rata. Keadaan persekitaran yang kotor kerana terdapat longgokan sampah
telah menjadikan sebahagian kawasan tersebut mempunyai pemandangan yang tidak
menyenangkan. Terdapat sebahagian sampah-sampah ini yang berterbangan hingga ke kawasan
permukaan pantai kerana di tiup angina. Hal ini menyebabkan kawasan Tanjung Balau sedikit
tercemar kerana sikap pengunjung yang kurang keprihatinan terhadap penjagaan kebersihan
kawasan tumpuan ini.

c. Tandas Awam Kotor

Item ketiga yang duji ialah berkaitan dengan tanda awam kotor yang terdapat di kawasan Tanjung
Balau, Kota Tinggi. Hasil kajian mendapati sebanyak 76 peratus yang menyatakan setuju serta 24
peratus menyatakan sangat bersetuju dengan item ini. Secara keseluruhannya, penilaian skor mean
bagi pengunjung membuang sampah merata-rata menunjukan bacaan skor mean yang tinggi
dengan nilai mean keseluruhan 4.24 (rujuk jadual 4.2). Hal ini telah membuktikan bahawa tandas
awam yang terdapat di Tanjung Balau ini adalah kotor. Perkara ini telah menyebabkan pengunjung
yang datang berasa tidak selesa untuk menggunakannya. Perkara ini berbangkit kerana sekiranya
pengunjung ingin menggunakan tandas awam tersebut, pengunjung perlu membayar tetapi tahap
penjagaan kebersihan tandas oleh organisasi yang mengelola kebersihan tandas awam itu tidak
menjalankan tugas dengan baik. Perkara ini telah menyebabkan tandas awam tersebut sukar untuk
digunakan dengan baik sedangkan wujudnya tandas awam itu adalah untuk kemudahan semua.

d. Kenderaan Di Parkir Dalam Keadaan Jarak Yang Jauh

Item keempat yang duji ialah berkaitan dengan kenderaan di parkir dalam keadaan jarak yang jauh
di kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hasil kajian mendapati sebanyak 50 peratus yang
menyatakan setuju serta 24 peratus menyatakan sangat bersetuju dengan item ini. Secara
keseluruhannya, penilaian skor mean bagi pengunjung membuang sampah merata-rata
menunjukan bacaan skor mean yang tinggi dengan nilai mean keseluruhan 3.75 (rujuk jadual 4.2).
Hal ini membuktikan keadaan di kawasan tersebut agak sukar untuk mencari tempat meletakkan

46

kereta terutama pada cuti hujung minggu. Pengunjung terpaksa meletakkan kenderaan mereka
dengan keadaan jarak yang jauh daripada kawasan yang hendak di lawati. Namun begitu 26 peratus
menyatakan tidak bersetuju berkenaan dengan kawasan tempat letak kenderaan yang jauh (rujuk
jadual 4.9). Hal ini terjadi mungkin disebabkan faktor masa yang di mana pengunjung ini tiba di
lokasi dengan lebih awal. Selain itu juga, keadaan tempat letak kereta yang tersedia ada masih
kosong dan pengunjung tersebut dapat meletakkan kenderaannya tidak jauh dari lokasi yang
hendak dituju.

4.4 KESAN KETERANCAMAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL KEPADA PENGUNJUNG DI
TANJUNG BALAU, KOTA TINGGI

Bahagian ini akan membincangkan peratusan dan nilai skor mean yang diberikan oleh pengunjung
berkaitan dengan kesan keterancaman daya tampung fizikal kepada pengunjung yang berlaku di
Tanjung Balau, Kota Tinggi. Segala huraian dan alasan yang diberikan adalah berdasarkan kepada
perkara yang berlaku pada waktu tersebut. Pandangan terhadap masalah keterancaman daya
tampung fizikal di Tanjung Balau, Kota Tinggi ini diukur dengan berdasarkan kepada skala likert
1 hingga 5:

a. Sangat tidak bersetuju: Keadaan daya tampung fizikal yang sangat teruk dan langsung tidak
selamat untuk digunakan.

b. Tidak bersetuju: Keadaan daya tampung fizikal yang teruk dan tidak berapa selamat
digunakan tetapi masih boleh digunakan.

c. Tidak pasti: Keadaan daya tampung fizikal yang berada dalam keadaan yang boleh
digunakan tetapi perlu berhati-hati.

d. Beretuju: Keadaan daya tampung fizikal yang berada dalam keadaan yang baik dan boleh
digunakan.

e. Sangat bersetuju: Keadaan daya tampung fizikal yang sangat selamat untuk digunakan.

Melalui perbincangan keterancaman daya tampung fizikal ini pengkaji akan menunjukkan nilai
skor mean untuk mengetahui tahap penilaian secara purata sama ada sangat rendah, rendah,
sederhana, tinggi dan sangat tinggi seperti mana berikut:

0.0- 1.50 = Sangat Rendah

1.51-2.50 = Rendah

2.51-3.50 = Sederhana

47

3.51-4.50 = Tinggi

4.51- 5.00 = Sangat Tinggi

4.4.1 Kekurangan Fasiliti Awam

Fasilti merupakan perkara yang paling utama apabila ia dikaitkan dengan tempat awam.
Kewujudan fasiliti digunakan sebagai satu kemudahan kepada orang ramai yang berkunjung ke
sesuatu kawasan. Masalah akan berlaku apabila sesebuah tempat tersebut tidak mempunyai jumlah
fasiliti awam yang mencukupi untuk menampung jumlah pengunjung yang datang ke tempat
tersebut. Hal ini terjadi di Tanjung Balau, Kota Tinggi di mana kawasan ini merupakan kawasan
tumpuan tetapi jumlah fasilitinya tidak mencukupi untuk menampung jumlah pengunjung yang
datang ke situ. Oleh itu, pelbagai item kesan keterancaman daya tampung fizikal yang diuji untuk
melihat sejauhmanakah pandangan pengunjung terhadap situasi yang berlaku. Item yang dikaji ini
telah dikelompokkan kepada 6 elemen iaitu fasiliti awam berada dalam keadaan baik, semua fasiliti
awam mencukupi dikawasan ini, terdapat kawasan rehat yang selesa, bangku yang mencukupi
untuk dijadikan tempat berehat, pengunjung dapat menggunakan fasiliti dengan selamat dan
pengunjung dapat menggunakan fasiliti awam pada bila-bila masa.

i. Fasiliti Awam Berada Dalam Keadaan Baik

Item pertama yang dikaji ialah berkaitan dengan fasiliti awam berada dalam keadaan baik di
kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi. Pengurusan fasiliti di negara ini tidak mempunyai konsep
dan arah tuju yang jelas serta masih banyak kekeliruan dalam memahami konsep pengurusan
fasiliti yang sebenar (Maziah 2001). Ekoran daripada itu, banyak fasiliti di negara kita ini tidak
dapat diuruskan dengan baik.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa sebanyak 16 peratus
berpendapat sangat tidak bersetuju apabila pengkaji menyatakan bahawa fasiliti awam yang
terdapat di Tanjung Balau berada dalam keadaan yang baik daripada nilai keseluruhan pengunjung.
Terdapat 84 peratus berpendapat tidak bersetuju apabila pengkaji menyatakan bahawa fasiliti
awam yang terdapat di Tanjung Balau berada dalam keadaan yang baik daripada nilai keseluruhan
pengunjung.

Secara keseluruhannya, penilaian skor mean bagi fasiliti awam berada dalam keadaan baik
menunjukkan bacaan skor mean yang rendah dengan nilai mean keseluruhan 1.84 (rujuk Jadual
4.3). Perkara ini telah membuktikan bahawa pengunjung tidak bersetuju bahawa fasiliti yang
terdapat di Tanjung Balau tersebut berada dalam keadaan yang baik. Hal ini demikian kerana,
pengunjung berasa kurang selesa apabila mahu menggunakan fasiliti yang terdapat di situ.

Jadual 4.3 Keadaan fasilti awam

Item Mean Std.Deviation
1.84 .370
Fasiliti awam berada dalam
keadaan baik
Nota : N = 50

Sumber: Kajian Lapangan 2020
48

Hal ini demikian kerana, fasiliti yang terdapat di kawasan ini amat berada pada tahap yang
membahayakan pengunjung. Keadaannya yang telah rapuh dan tidak kukuh akan memberikan
kecelakaan kepada pengunjung yang menggunakan fasiliti ini. Tinjauan yang dibuat oleh pengkaji
menunjukkan sebuah pondok yang digunakan untuk tujuan pengunjung menikmati pemandangan
lautan telah runtuh bumbungnya kerana besinya untuk menampung bumbung tersebut telah
terhakis. Hal ini disebabkan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menjaga kawasan ini tidak
menyelenggara pondok ini dengan baik.

Perkara ini jelas kelihatan bahawa pondok ini tidak selamat digunakan. Kejadian seperti
ini akan menyebabkan pengunjung memberi tanggapan yang negatif terhadap tempat ini dan tidak
akan berkunjung semula ke sini kerana pengunjung risau akan keselamatan diri mereka dan ahli
keluarga.

ii. Semua Fasiliti Awam Mencukupi Di Kawasan Ini

Item kedua yang dikaji ialah berkaitan dengan semua fasiliti awam mencukupi di kawasan Tanjung
Balau, Kota Tinggi. Pengkaji mendapati bahawa sebanyak 18 peratus berpendapat sangat tidak
bersetuju apabila pengkaji menyatakan bahawa semua fasiliti awam yang terdapat di Tanjung
Balau adalah mencukupi daripada nilai keseluruhan pengunjung. Terdapat 82 peratus berpendapat
tidak bersetuju apabila pengkaji menyatakan bahawa semua fasiliti awam yang terdapat di Tanjung
Balau adalah mencukupi daripada nilai keseluruhan pengunjung.

Secara keseluruhan, penilaian skor mean bagi semua fasiliti awam mencukupi di kawasan
ini menunjukkan bacaan skor mean yang rendah dengan nilai mean keseluruhan 1.82 (rujuk Jadual
4.4). Perkara ini telah membuktikan bahawa pengunjung tidak bersetuju apabila pengkaji
menyatakan bahawa semua fasiliti mencukupi di Tanjung Balau. Hal ini demikian kerana, setiap
kali apabila pengunjung datang sudah pasti sukar bagi mereka untuk beriada dengan baik. Fasiliti
yang tersedia ada dan masih boleh digunakan tidak mampu untuk menampung jumlah pengunjung.

Jadual 4.4 Semua fasiliti awam mencukupi di kawasan ini

Item Mean Std.Deviation
1.82 .388
Semua fasiliti awam mencukupi
di kawasan ini
Nota : N = 50

Sumber: Kajian Lapangan 2020

iii. Terdapat Kawasan Rehat Yang Selesa

Item ketiga yang dikaji ialah berkaitan dengan terdapat kawasan rehat yang selesa di kawasan
Tanjung Balau, Kota Tinggi. Pengkaji mendapati bahawa sebanyak 18 peratus yang berpendapat
bahawa sangat tidak bersetuju apabila pengkaji menyatakan bahawa terdapat kawasan rehat yang
selesa di Tanjung Balau Kota Tinggi daripada nilai keseluruhan pengunjung. Terdapat 82 peratus
berpendapat tidak bersetuju apabila pengkaji menyatakan bahawa terdapat kawasan rehat yang
selesa di Tanjung Balau daripada nilai keseluruhan pengunjung.

49

Secara keseluruhan, penilaian skor mean bagi terdapat kawasan rehat yang selesa di
Tanjung Balau menunjukkan bacaan mean yang rendah dengan nilai mean keseluruhan 1.82 (rujuk
Jadual 4.5). Perkara ini telah membuktikan bahawa pengunjung tidak bersetuju dengan kenyataan
pengkaji yang menyatakan bahawa terdapat kawasan rehat yang selesa di Tanjung Balau. Hal ini
demikian kerana, kawasan rehat yang terdapat di Tanjung Balau masih boleh digunakan tetapi
persekitaran kawasan rehat tersebut telah dicemari dengan sisa-sisa makanan yang kotor dan
sampah-sampah yang terlonggok. Terdapat juga kawasan rehat yang di mana keadaannya di
penuhi dengan serangga seperti lalat kerana terdapat bekas atau sisa makanan yang tidak dibuang
ditempat yang betul.

Jadual 4.5 Terdapat kawasan rehat yang selesa

Item Mean Std.Deviation
1.82 .388
Terdapat kawasan rehat yang
selesa
Nota : N=50

Sumber: Kajian Lapangan 2020

Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian yang telah dibuat oleh pengkaji terdapat sebuah
tempat yang dibangunkan untuk tujuan pengunjung bersantai tetapi kawasan tersebut tidak bersih.
Hal ini telah menyebabkan persekitaran kawasan tersebut menjadi kotor. Oleh yang demikian,
menjadikan kawasan rehat ini menjadi tidak selesa untuk digunakan.

iv. Bangku Yang Mencukupi Untuk Dijadikan Tempat Rehat

Item keempat yang dikaji ialah berkaitan dengan bangku yang mencukupi untuk dijadikan tempat
rehat di kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi. Pengkaji mendapati sebanyak 16 peratus yang
berpendapat sangat tidak bersetuju terhadap kenyataan bahawa bangku yang mencukupi untuk
dijadikan tempat rehat di Tanjung Balau daripada nilai keseluruhan pengunjung. Terdapat 84
peratus yang berpendapat tidak bersetuju terhadap kenyataan bahawa bangku yang mencukupi
untuk dijadikan tempat rehat di Tanjung Balau daripada nilai keseluruhan pengunjung.

Secara keseluruhan penilaian skor mean bagi bangku yang mencukupi untuk dijadikan
tempat rehat di Tanjung Balau, Kota Tinggi menunjukkan bacaan mean yang rendah dengan nilai
mean keseluruhan 1.84 (rujuk Jadual 4.6). Perkara ini telah membuktikan bahawa pengunjung
tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa bangku yang terdapat di kawasan Tanjung Balau
mencukupi untuk dijadikan tempat berehat. Pada asalnya terdapat banyak bangku yang ada di
Tanjung Balau tersebut. Khusus dibuat untuk kegunaan orang awam sambil menikmati
pemandangan di situ tetapi disebabkan vandalism dan tindakan pengurusan fasiliti yang kurang
produktif telah menyebabkan banyak bangku telah rosak dan tidak boleh digunakan semula.

50


Click to View FlipBook Version