Jadual 4.6 Bangku yang mencukupi untuk dijadikan tempat rehat
Item Mean Std.Deviation
Bangku yang mencukupi untuk dijadikan 1.84 .370
tempat rehat
Nota : N=50
Sumber: Kajian Lapangan 2020
v. Pengunjung Dapat Menggunakan Fasiliti Dengan Selamat
Item kelima yang dikaji ialah berkaitan dengan pengunjung dapat menggunakan fasiliti dengan
selamat di kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi. Pengkaji mendapati sebanyak 16 peratus yang
berpendapat sangat tidak bersetuju terhadap kenyataan pengunjung dapat menggunakan fasiliti
dengan selamat di Tanjung Balau daripada nilai keseluruhan pengunjung. Terdapat 84 peratus
yang berpendapat tidak bersetuju terhadap kenyataan bahawa pengunjung dapat menggunakan
fasiliti dengan selamat di Tanjung Balau daripada nilai keseluruhan pengunjung. Hal ini
membuktikan bahawa pengunjung tidak berasa selamat apabila menggunakan fasiliti di Tanjung
Balau. Keadaan fasiliti yang tersedia ada sememangnya boleh digunakan tetapi sekiranya diukur
dari segi tahap keselamatannya mampu untuk mengundang bahaya.
Secara keseluruhan penilaian skor mean bagi pengunjung dapat menggunakan fasiliti
dengan selamat di Tanjung Balau, Kota Tinggi menunjukkan bacaan mean yang rendah dengan
nilai mean keseluruhan 1.84 (rujuk Jadual 4.7). Perkara ini amat signifikan dengan peratusan yang
tinggi menyatakan sememangnya tidak bersetuju apabila pengkaji memberikan kenyataan bahawa
pengunjung dapat menggunakan fasiliti dengan selamat di Tanjung Balau, Kota Tinggi. Sekiranya
berlaku kemalangan yang boleh mengancam nyawa akan menyebabkan pelbagai masalah yang
timbul. Hal ini mampu memberikan ketakutan kepada pengunjung untuk datang ke kawasan ini
semula.
Jadual 4.7 Pengunjung dapat menggunakan fasiliti dengan selamat
Item Mean Std.Deviation
Pengunjung dapat menggunakan fasiliti 1.84 .370
dengan selamat
Nota : N=50
Sumber: Kajian Lapangan 2020
51
vi. Pengunjung Dapat Menggunakan Fasilti Awam Pada Bila Bila Masa
Item keenam yang dikaji ialah berkaitan dengan pengunjung dapat menggunakan fasiliti dengan
selamat di kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi. Pengkaji mendapati sebanyak 22 peratus yang
berpendapat sangat tidak bersetuju terhadap kenyataan pengunjung dapat menggunakan fasiliti
awam pada bila-bila masa daripada keseluruhan pengunjung. Terdapat 78 peratus yang
berpendapat tidak bersetuju terhadap kenyataan pengunjung dapat menggunakan fasiliti awam
pada bila-bila masa daripada keseluruhan pengunjung. Hal ini telah menunjukkan bahawa
pengunjung berasa tidak semua fasiliti di Tanjung Balau itu dapat digunakan dengan baik.
Walaupun fasiliti tersebut masih berada di situ namun keadaan fizikal fasiliti tersebut yang
menyebabkan pengunjung sukar untuk menggunakannya.
Secara keseluruhan penilaian skor mean bagi pengunjung dapat menggunakan fasiliti
dengan selamat pada bila-bila masa di Tanjung Balau, Kota Tinggi menunjukkan bacaan mean
yang rendah dengan nilai mean keseluruhan 1.78 (rujuk Jadual 4.8). Hal ini membuktikan, fasiliti
yang terdapat di Tanjung Balau, Kota Tinggi tidak mesra pengguna. Ekoran daripada pelbagai
masalah yang dihadapi menyebabkan pengunjung tidak dapat menggunakan perkhidmatan
tersebut dengan sempurna.
Jadual 4.8 Pengunjung dapat menggunakan fasilti awam pada bila bila masa
Item Mean Std.Deviation
Pengunjung dapat menggunakan fasiliti 1.78 .418
pada bila-bila masa
Nota : N=50
Sumber: Kajian Lapangan 2020
4.4.2 Pesisiran Pantai Menjadi Kotor
Menurut Karen P.Fabbri (1998) dalam kajiannya menegaskan bahawa, pengurusan zon pesisir
pantai dan sumber alam amat penting bagi perkembangan ekonomi serta sosial sesebuah negara
yang dikelilingi laut. Ini disebabkan hampir setengah daripada penduduk dunia menginap, berkerja
serta menjalankan aktiviti perdagangan di zon pesisir pantai. Zon pesisir pantai yang sering
dikaburi dengan pelbagai kesan negatif akibat pertumbuhan industri, penerokaan sumber asli,
pelancongan dan urbanisasi. Hal ini terjadi di Tanjung Balau, pada asalnya dahulu merupakan
sebuah tempat yang cantik Sejarah awal Tanjung Balau adalah merupakan sebuah kawasan
persisiran pantai yang menjadi persinggahan para Nelayan zaman dahulu yang terdiri daripada
kepulauan Riau, Mersing, Batam, dan lain-lain (KEJORA 2020). Namun selepas arus pemodenan
terus berlaku maka kawasan itu menjadi tempat pelancongan tetapi kerana sikap manusia yang
kurang prihatin maka persisiran Tanjung Balau, Kota Tinggi menjadi kotor. Oleh itu, pelbagai item
kesan keterancaman daya tampung fizikal yang diuji untuk melihat sejauhmanakah pandangan
pengunjung terhadap situasi yang berlaku. Item yang dikaji ini telah dikelompokkan kepada empat
elemen iaitu persisiran pantai terjaga dengan baik, selamat untuk diajadikan tempat beriadah,
keadaan persekitaran persisiran pantai yang selesa dan bersih dan pengunjung mengamalkan nilai
kebersihan dengan baik.
52
a. Persisiran Pantai Terjaga Dengan Baik
Item pertama yang diuji ialah berkaitan dengan persisiran pantai terjaga dengan baik di kawasan
Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hal ini demikian kerana, pengkaji ingin mengatahui pendapat
pengunjung terhadap persekitaran pantai ini. Penilaian dilakukan bagi mendapatkan jawapan
berhubung dengan situasi yang berlaku.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan mendapati sebanyak 20 peratus yang berpendapat
sangat tidak bersetuju dengan kenyataan berkaitan dengan persisiran pantai terjaga dengan baik
daripada nilai keseluruhan pengunjung. Terdapat 80 peratus yang berpendapat tidak bersetuju
dengan kenyataan berkaitan dengan persisiran pantai terjaga dengan baik daripada nilai
keseluruhan pengunjung. Hal ini menunjukkan bahawa keadaan persisiran sememangnya tidak
dijaga dengan baik dan kotor.
Jadual 4.9 Persisiran Pantai Terjaga Dengan Baik
Item Mean Std.Deviation
.404
Persisiran Pantai Terjaga Dengan Baik 1.80
Nota : N=50
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Secara keseluruhan penilaian skor mean bagi persisiran pantai terjaga dengan baik di
Tanjung Balau, Kota Tinggi menunjukkan bacaan mean yang rendah dengan nilai mean
keseluruhan 1.80 (rujuk Jadual 4.9). Hal ini menunjukkan nilai yang signifikan dalam
menerangkan keadaan kawasan Tanjung Balau ini berada pada keadaan yang kotor.
b. Selamat Untuk Dijadikan Tempat Beriadah
Item kedua yang diuji ialah berkaitan dengan selamat untuk dijadikan tempat beriadah di kawasan
Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hal ini demikian kerana, pengkaji ingin mengatahui pendapat
pengunjung terhadap persekitaran pantai ini. Penilaian dilakukan bagi mendapatkan jawapan
berhubung dengan situasi yang berlaku.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan mendapati sebanyak 16 peratus yang berpendapat
sangat tidak bersetuju dengan kenyataan berkaitan dengan selamat untuk dijadikan tempat riadah
daripada nilai keseluruhan pengunjung. Terdapat 82 peratus yang berpendapat tidak bersetuju
dengan kenyataan berkaitan dengan selamat untuk dijadikan tempat riadah daripada nilai
keseluruhan pengunjung. Hanya 2 peratus yang menyatakan tidak pasti dengan kenyataan
berkaitan dengan selamat untuk dijadikan tempat riadah daripada nilai keseluruhan pengunjung.
Secara keseluruhan penilaian skor mean bagi persisiran pantai selamat untuk dijadikan
tempat beriadah di Tanjung Balau, Kota Tinggi menunjukkan bacaan mean yang rendah dengan
nilai mean keseluruhan 1.86 (rujuk Jadual 4.10). Hal ini menunjukkan nilai yang signifikan dalam
menerangkan keadaan kawasan Tanjung Balau ini. Kawasan tersebut boleh sahaja untuk
digunakan bagi tujuan aktiviti riadah tetapi pengunjung perlu lebih berhati-hati.
53
Jadual 4.10 Selamat Untuk Dijadikan Tempat Riadah
Item Mean Std.Deviation
Selamat untuk dijadikan tempat riadah 1.86 .405
Nota : N=50
Sumber: Kajian Lapangan 2020
c. Keadaan persekitaran persisiran pantai yang selesa dan bersih
Item ketiga yang diuji ialah berkaitan dengan keadaan persekitaran persisiran pantai yang selesa
dan bersih di kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hal ini demikian kerana, pengkaji ingin
mengatahui pendapat pengunjung terhadap kebersihan persekitaran pantai ini. Penilaian dilakukan
bagi mendapatkan jawapan berhubung dengan situasi yang berlaku.
Mendapati sebanyak 18 peratus yang berpendapat sangat tidak bersetuju dengan kenyataan
berkaitan dengan keadaan persekitaran persisiran pantai yang selesa dan bersih daripada nilai
keseluruhan pengunjung. Terdapat 80 peratus yang berpendapat tidak bersetuju dengan kenyataan
berkaitan dengan keadaan persekitaran persisiran pantai yang selesa dan bersih daripada nilai
keseluruhan pengunjung. Hanya 2 peratus yang menyatakan tidak pasti dengan kenyataan
berkaitan dengan keadaan persekitaran persisiran pantai yang selesa dan bersih daripada nilai
keseluruhan pengunjung.
Jadual 4.11 Keadaan persekitaran persisiran pantai yang selesa dan bersih
Item Mean Std.Deviation
Selamat untuk dijadikan tempat riadah 1.86 .405
Nota : N=50
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Secara keseluruhan penilaian skor mean bagi keadaan persekitaran persisiran pantai yang
selesa dan bersih di Tanjung Balau, Kota Tinggi menunjukkan bacaan mean yang rendah dengan
nilai mean keseluruhan 1.86 (rujuk Jadual 4.11). Hal ini menunjukkan bahawa pengunjung
berpendapat bahawa persekitaran persisiran pantai tidak begitu memuaskan. Tahap kebersihannya
juga tidak berapa baik.
d. Pengunjung Mengamalkan Nilai Kebersihan Dengan Baik.
Item keempat yang diuji ialah berkaitan dengan pengunjung mengamalkan nilai kebersihan dengan
baik di kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hal ini demikian kerana, pengkaji ingin mengetahui
pendapat pengunjung terhadap kebersihan persekitaran pantai ini. Penilaian dilakukan bagi
mendapatkan jawapan berhubung dengan situasi yang berlaku.
Berdasarkan kajian yang dijalankan mendapati sebanyak 18 peratus yang berpendapat
sangat tidak bersetuju dengan kenyataan berkaitan dengan pengunjung mengamalkan nilai
54
kebersihan dengan baik daripada nilai keseluruhan pengunjung. Terdapat 82 peratus yang
berpendapat tidak bersetuju dengan kenyataan berkaitan dengan pengunjung mengamalkan nilai
kebersihan dengan baik daripada nilai keseluruhan pengunjung.
Jadual 4.12 Mean dan Std.Deviation pengunjung mengamalkan nilai kebersihan dengan baik
Item nilai Mean Std.Deviation
1.82 .388
Pengunjung mengamalkan
kebersihan dengan baik
Nota : N=50
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Secara keseluruhan penilaian skor mean bagi pengunjung mengamalkan nilai kebersihan dengan
baik di Tanjung Balau, Kota Tinggi menunjukkan bacaan mean yang rendah dengan nilai mean
keseluruhan 1.84 (rujuk Jadual 4.12). Hal ini membuktikan bahawa pengunjung yang datang ke
kawasan tumpuan ini tidak mengamalkan nilai kebersihan dengan baik.
Hal ini dapat dibuktikan dengan pemerhatian pengkaji bahawa terdapat sebuah keadaan di
mana tong sampah tersebut telah penuh dengan sampah tetapi pengunjung tetap membuang
sampah di situ tanpa memikirkan soal kebersihan. Perkara ini telah menyebabkan kawasan tersebut
berlakunya longgokan sampah yang banyak akibat daripada perbuatan sebahagian pengunjung
yang tidak mengendahkan kebersihan. Hal ini telah membuktikan bahawa pengunjung tidak
mengamalkan nilai kebersihan dengan baik. Pada masa yang sama, pihak pengurusan yang
bertanggungjawab dalam memastikan kawasan sekitar ini sentiasa bersih dan terjaga tidak
memandang serius terhadap perkara ini.
4.4.3 Ketidakselesaan Tandas Awam Untuk Digunakan
Tandas awam merupakan sebuah kemudahan yang dibangunkan bertujuan untuk memudahkan
manusia sekiranya ia perlu digunakan pada masa-masa tertentu. Menurut Radin (2019)
ketamadunan sesebuah bandar boleh dilihat dari segi keadaan tandas awamnya. Walaupun kini
tandas awam sudah semakin maju, namun pada hakikatnya, 40% daripada warga dunia kurang
kemudahan untuk membersihkan tandas awam selepas menggunakannya. Sementara itu, lebih
sebilion orang terpaksa buang air di luar bangunan setiap tahun, dan sekurang-kurangnya 1.2 juta
kanak-kanak di bawah umur lima tahun meninggal dunia akibat penyakit kolera (Radin 2019). Hal
ini dapat dikaitkan dengan situasi yang berlaku di Tanjung Balau Kota Tinggi di mana tandas
awam yang terdapat di situ memberi ketidakselesaan kepada pengunjung untuk menggunakannya.
Oleh itu, pelbagai item kesan keterancaman daya tampung fizikal yang diuji untuk melihat
sejauhmanakah pandangan pengunjung terhadap situasi yang berlaku. Item yang dikaji ini telah
dikelompokkan kepada 4 elemen iaitu tandas dapat digunakan dengan selesa, tandas berfungsi
dengan baik, bayaran dikenakan amat berpatutan untuk menggunakan tandas awam ini dan
dibersihkan mengikut jadual yang ditetapkan.
55
a. Tandas Dapat Digunakan Dengan Selesa
Item pertama yang diuji oleh pengkaji kepada pengunjung adalah berkenaan dengan tandas dapat
digunakan dengan selesa di Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hal ini demikian kerana, pengkaji ingin
mengetahui pendapat oleh pengunjung terhadap tandas yang berada di situ dapat digunakan
dengan selesa atau tidak oleh pengunjung.
Berdasarkan kajian yang dijalankan mendapati sebanyak 16 peratus yang berpendapat
sangat tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan dengan tandas dapat digunakan dengan selesa
daripada nilai keseluruhan responden. Terdapat 84 peratus berpendapat tidak bersetuju dengan
kenyataan berkenaan dengan tandas dapat digunakan dengan selesa daripada nilai keseluruhan
pengunjung. Hal ini menunjukkan bahawa pengunjung berasa tidak selesa menggunakan tandas
awam yang terdapat di Tanjung Balau.
Jadual 4.13 Tandas dapat digunakan dengan selesa
Item Mean Std.Deviation
Tandas dapat digunakan dengan selesa 1.84 .370
Nota : N=50
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Secara keseluruhan penilaian skor mean bagi tandas dapat digunakan dengan baik di
Tanjung Balau, Kota Tinggi menunjukkan bacaan mean yang rendah dengan nilai mean
keseluruhan 1.84 (rujuk Jadual 4.13). Hal ini membuktikan bahawa tandas awam ini tidak dapat
digunakan dengan selesa.
b. Tandas Berfungsi Dengan Baik
Item kedua yang diuji oleh pengkaji kepada pengunjung adalah berkenaan dengan tandas dapat
berfungsi dengan baik di Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hal ini demikian kerana, pengkaji ingin
mengetahui pendapat oleh pengunjung terhadap tandas yang berada di situ dapat berfungsi dengan
baik atau tidak oleh pengunjung.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan mendapati sebanyak 14 peratus yang berpendapat
sangat tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan dengan tandas berfungsi dengan baik daripada
nilai keseluruhan pengunjung. Terdapat 86 peratus berpendapat tidak bersetuju dengan kenyataan
berkenaan dengan tandas berfungsi dengan baik daripada nilai keseluruhan pengunjung. Peratusan
bagi tidak bersetuju adalah tinggi dan ini menunjukkan bahawa tandas tersebut tidak dapat
berfungsi dengan baik.
56
Jadual 4.14 Tandas berfungsi dengan baik
Item Mean Std.Deviation
.351
Tandas berfungsi dengan baik 1.86
Nota : N=50
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Secara keseluruhan penilaian skor mean bagi tandas berfungsi dengan baik di Tanjung
Balau, Kota Tinggi menunjukkan bacaan mean yang rendah dengan nilai mean keseluruhan 1.86
(rujuk Jadual 4.14). Hal ini membuktikan bahawa tandas awam yang terdapat di situ tidak dapat
berfungsi sepenuhnya.
c. Bayaran Dikenakan Amat Berpatutan Untuk Menggunakan Tandas Awam
Item ketiga yang diuji oleh pengkaji kepada pengunjung adalah berkenaan dengan bayaran
dikenakan amat berpatutan untuk menggunakan tandas awam di Tanjung Balau, Kota Tinggi.Hal
ini demikian kerana, pengkaji ingin mengetahui pendapat oleh pengunjung terhadap tandas yang
berada di situ dapat berfungsi dengan baik atau tidak oleh pengunjung.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan mendapati seramai 16 peratus yang berpendapat
sangat tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan dengan bayaran yang dikenakan amat
berpatutan untuk menggunakan tandas awam dengan daripada nilai keseluruhan pengunjung.
Terdapat 84 peratus berpendapat tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan dengan bayaran
dikenakan amat berpatutan untuk menggunakan tandas awam daripada nilai keseluruhan
pengunjung.
Jadual 4.15 Bayaran dikenakan amat berpatutan untuk menggunakan tandas awam.
Item Mean Std.Deviation
1.84 .370
Bayaran yang dikenakan amat berpatutan
untuk menggunkan tandas awam
Nota : N=50
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Secara keseluruhan penilaian skor mean bagi bayaran tandas yang dikenakan amat
berpatutan untuk menggunakan tandas awam di Tanjung Balau, Kota Tinggi menunjukkan bacaan
mean yang rendah dengan nilai mean keseluruhan 1.84 (rujuk jadual 4.15). Hal ini membuktikan
bahawa pengunjung tidak berpuas hati dengan bayaran yang dikenakan kerana tidak releven
terhadap servis yang diberi.
d. Dibersihkan mengikut jadual yang ditetapkan
Item keempat yang diuji oleh pengkaji kepada reponden adalah berkenaan tandas awam tersebut
dibersihkan mengikut jadual yang ditetapkan di Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hal ini demikian
kerana, pengkaji ingin mengetahui pendapat oleh pengunjung terhadap tandas yang berada di situ
dapat berfungsi dengan baik atau tidak oleh pengunjung.
Berdasarkan kajian yang dijalankan mendapati sebanyak 22 peratus yang berpendapat
57
sangat tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan tandas awam dibersihkan mengikut jadual
yang telah ditetapkan daripada nilai keseluruhan pengunjung. Terdapat 78 peratus berpendapat
tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan dengan tandas awam dibersihkan mengikut jadual
yang telah ditetapkan daripada nilai keseluruhan pengunjung.
Jadual 4.16 Tandas awam dibersihkan mengikut jadual yang telah ditetapkan
Item Mean Std.Deviation
1.78 .418
Dibersihkan mengikut jadual yang telah
ditetapkan.
Nota : N=50
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Secara keseluruhan penilaian skor mean bagi tandas awam dibesihkan mengikut jadual
yang telah ditetapkan di Tanjung Balau, Kota Tinggi menunjukkan bacaan mean yang rendah
dengan nilai mean keseluruhan 1.74 (rujuk Jadual 4.16). Hal ini membuktikan bahawa tandas
awam tersebut tidak dibersihkan mengikut jadual yang telah ditetapkan kerana keadaan dalam dan
luaran tandas yang kotor dan tidak selesa.
4.4.4 Kesukaran Pengunjung Untuk Meletakkan Kenderaan
Di Malaysia permintaan kepada ruang letak kereta yang semakin meningkat saban hari. Menurut
Mohd Noor Awang (2003) Bagi kawasan rekreasi, taman permainan dan rekreasi awam terdapat
tiga perkara utama dalam menilai kebolehan kawasan itu untuk diwujudkan tempat letak kenderaan
iaitui [1] Parking duration/ Jangka masa pengguna meletak kereta. [2] Parking demand
/ Permintaan tempat letak kereta. [3] Parking turnover/ Perolehan tempat letak kereta. Menerusi
tiga perkara ini dapat mengetahui cara dalam membuat tempat letak kenderaan dengan baik. Hal
ini sebenarnya boleh dipratikkan di Tanjung Balau oleh pihak yang bertanggungjawab dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengunjung. Oleh itu, pelbagai item kesan
keterancaman daya tampung fizikal yang diuji untuk melihat sejauhmanakah pandangan
pengunjung terhadap situasi yang berlaku. Item yang dikaji ini telah dikelompokkan kepada 3
elemen iaitu pengunjung dapat meletakkan kenderaan dengan selamat, keadaan tempat meletakkan
kenderaan yang selamat dan tempat meletakkan kenderaan yang tersusun dan mudah dicari.
a. Pengunjung Dapat Meletakkan Kenderaan Dengan Selamat
Item pertama yang diuji oleh pengkaji kepada reponden adalah berkenaan dengan pengunjug dapat
meletakkan kenderaan dengan selamat di Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hal ini demikian kerana,
pengkaji ingin mengetahui pendapat pengunjung terhadap tempat letak kenderaan yang berada di
kawasan tersebut sama ada selamat atau tidak.
Berdasarkan rajah 4.23 mendapati sebanyak 14 peratus yang berpendapat sangat tidak
bersetuju dengan kenyataan berkaitan pengunjung dapat meletakkan kenderaan dengan selamat di
sekitar kawasan Tanjung Balau daripada nilai keseluruhan pengunjung. Terdapat 60 peratus yang
berpendapat tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Manakala terdapat 26 peratus yang bependapat
setuju dengan kenyataan ini. Bagi pengunjung yang tidak bersetuju kebarangkalian mereka tidak
dapat meletakkan kenderaan yang dibawa ke tempat yang selamat. Hal ini demikian kerana,
58
kawasan parkir yang tersedia ada telah penuh sewaktu mereka tiba di lokasi. Manakala bagi
pengunjung yang menyatakn bersetuju dengan kenyataan ini, mereka dapat meletakkan kenderaan
mereka dengan selamat dengan parkir di kawasan yang telah disediakan di Tanjung Balau, Kota
Tinggi.
Jadual 4.17 Pengunjung dapat meletakkan kenderaan dengan selamat
Item Mean Std.Deviation
2.38 1.028
Pengunjung dapat meletakkan kenderaan
dengan selamat
Nota : N=50
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Secara keseluruhan penilaian skor mean bagi pengunjung dapat meletakkan kenderaan
dengan selamat di Tanjung Balau menunjukkan bacaan mean yang rendah dengan nilai
keseluruhan 2.38 (rujuk Jadual 4.17). Hal ini telah membuktikan bahawa sekiranya pengunjung
tersebut datang lebih awal atau berkunjung pada waktu hari bekerja pasti tidak akan mengalami
masalah parkir. Namun begitu, sekiranya pengunjung datang pada hujung minggu, mereka sukar
untuk mendapatkan tempat parkir yang selamat iaitu kawasan parkir yang telah tersedia ada di
Tanjung Balau.
b. Keadaan Tempat Meletakkan Kenderaan Yang Selamat
Item kedua yang diuji oleh pengkaji kepada reponden adalah berkenaan dengan keadaan tempat
meletakkan kenderaan yang selamat di Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hal ini demikian kerana,
pengkaji ingin mengetahui pendapat pengunjung terhadap keadaan tempat meletakkan kenderaan
di Tanjung Balau sama ada selamat ataupun sebaliknya.
Berdasarkan kajian yang dijalankan mendapati seramai 16 peratus berpendapat sangat
tidak bersetuju dengan kenyataan keadaan tempat meletakkan kenderaan yang selamat. Terdapat
58 peratus berpendapat tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut daripada keseluruhan nilai
pengunjung. Manakala terdapat 26 peratus yang berpendapat bersetuju dengan kenyataan keadaan
tempat meletakkan kenderaan yang selamat. Hal ini demikian kerana, pengunjung yang
menyatakan pendapat tidak bersetuju itu terpaksa parkir kenderaan yang di bawa pada jarak yang
jauh. Pengunjung tersebut merasakan tidak selamat kerana kawasan yang mereka parkir itu jauh
dari pengawasan mereka. Ditambah pula dengan keadaan yang dipenuhi pokok dan hutan. Wujud
perasaan was-was dalam diri untuk meletakan kenderaan di kawasan tersebut. Manakala bagi
mereka yang bersetuju ini, mereka telah memperoleh kawasan parkir yang berdekatan. Pada masa
yang sama, pengawasan mereka terhadap kenderaan yang dibawa adalah tinggi kerana walaupun
mereka beriadah bersama keluarga di pantai, masih boleh kelihatan keadaan kenderaan mereka
dari jauh. Oleh sebab tu mereka menyatakan keadaan tempat meletakkan kenderaan di Tanjung
Balau, Kota Tinggi selamat.
59
Jadual 4.18 Keadaan tempat meletakkan kenderaan yang selamat
Item Mean Std.Deviation
2.36 1.045
Keadaan tempat meletakkan kenderaan
yang selamat
Nota : N=50
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Secara keseluruhan penilaian skor mean bagi keadaan tempat meletakkan kenderaan yang
selamat di Tanjung Balau menunjukkan bacaan mean yang rendah dengan nilai keseluruhan 2.36
(rujuk Jadual 4.18). Perkara ini membuktikan bahawa sebahagian besar pengunjung yang datang
berkunjung ke Tanjung Balau bependapat mereka tidak dapat meletakkan kenderaan yangdibawa
pada tempat yang sesuai dalam keadaan yang selamat.
c. Tempat Meletakkan Kenderaan Yang Tersusun dan Mudah Dicari
Item ketiga yang diuji oleh pengkaji kepada reponden adalah berkenaan dengan tempat meletakkan
kenderaan yang tersusun dan mudah dicari di Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hal ini demikian
kerana, pengkaji ingin mengetahui pendapat pengunjung terhadap keadaan tempat meletakkan
kenderaan di Tanjung Balau sama ada tersusun dan mudha dicari atau tidak.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan mendapati seramai 14 pengunjung berpendapat
sangat tidak setuju dengan kenyataan berkaitan tempat meletakkan kenderaan yang tersusun dan
mudah dicari di Tanjung Balau, Kota Tinggi daripada keseluruhan nilai pengunjung. Terdapat 60
peratus yang berpendapat tidak bersetuju dengan kenyataan ini daripada nilai keseluruhan
pengunjung. Hal inid demikian kerana, mereka terpaksa parkir kenderaan mereka pada tempat
yang bukan dikhususkan untuk parkir. Adakalanya sekiranya pengunjung ramai, mereka terpaksa
“double parking” untuk meletakkan kenderaan mereka. Apabila ini terjadi, maka di situ dapat kita
lihat keadaan kenderaan yang tidak tersusun begitu banyak dan ini merupakan punca utama
kesesakan berlaku. Namun begitu terdapat 26 peratus yang menyatakan setuju terhadap kenyataan
ini daripada nilai keseluruhan pengunjung. Hal ini demikian kerana, pengunjung ini tidak
mengalami masalah parkir kenderaan kerana mereka meletakkan kenderaan mereka dengan
selamat.
Jadual 4.19 Tempat meletakkan kenderaan yang tesusun dan mudah dicari.
Item yang Mean Std.Deviation
2.38 1.028
Tempat meletakkan kenderaan
tersusun dan mudah dicari
Nota : N=50
Sumber: Kajian Lapangan 2020
Secara keseluruhan penilaian skor mean bagi keadaan tempat meletakkan kenderaan yang
tersusun dan mudah dicari di Tanjung Balau menunjukkan bacaan mean yang rendah dengan nilai
keseluruhan 2.38 (rujuk Jadual 4.19). Perkara ini membuktikan bahawa sebahagian besar
60
pengunjung yang datang berkunjung ke Tanjung Balau berpendapat sukar bagi mereka untuk
meletakkan kenderaan yang di bawa dengan tersusun dan sempurna kerana pelbagai faktor
menghalang. Antaranya adalah keluasan kawasan tersebut.
4.5 KESIMPULAN
Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, penyelidik mendapati bahawa kesemua pengunjung
yang telah dipilih secara rawak oleh penyelidik dalam menjawab borang soal selidik ini
memberikan jawapan yang tidak berpuas hati dengan keadaan sekeliling yang terdapat di Tanjung
Balau, Kota Tinggi. Keadaan fasilti awam yang terdapat di kawasan tersebut tidak dapat memenuhi
keperluan pengunjung apabila ingin menggunakannya. Maka, masalah yang berlaku ini sedikit
sebanyak menjejaskan kualiti masa pengunjung yang datang ke sini untuk tujuan beriadah bersama
keluarga. Selain itu, dari sudut keselamatan juga turut diperkatakan oleh pengunjung. Hal ini
demikian kerana terdapat beberapa fasiliti yang disediakan untuk tujuan melihat pemandangan
sekitar telah rosak dan tidak selamat digunakan. Masalah sampah yang bergelimpangan di sekitar
kawasan pesisir pantai telah menyebabkan pemandangan di situ dicemari dengan sampah sarap
tidak terurus dengan betul. Pengunjung memberikan respon yang tidak begitu baik terhadap tahap
keselesaan persekitaran apabila merek berkunjung di kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi Johor.
61
BAB
5
LANGKAH PERUNDANGAN DAN LANGKAH BUKAN PERUNDANGAN
5.1 LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DI AMBIL DALAM MENGATASI
KETERANCAMAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL DI TANNJUNG BALAU, KOTA TINGGI,
JOHOR
Keterancaman daya tampung fizikal yang berlaku di kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi
memberi impak yang negatif terhadap persepsi pengunjung yang berkunjug ke kawasan ini.
Pengunjung akan berasa kurang selesa untuk melakukan aktiviti sosial seperti beriadah di sekitar
kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hal ini disebabkan oleh persekitaran yang tidak bersih serta
fasiliti awam yang tidak dapat menampung keperluan pengunjung yang datang serta banyak yang
rosak. Oleh yang demikian, menerusi dua jenis langkah iaitu langkah perundangan dan langkah
bukan perundangan dapat mengurangkan masalah yang dihadapi.
5.1.1 Langkah Perundangan
Jadual 4.20 Langkah Perundangan
Item Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Mean Std.
Tidak Bersetuju Pasti Beretuju Deviati
Bersetuju on
Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
Kerajaan hendaklah 0 0 0 0 0 0 11 22 39 78 4.78 .418
memperkasa
Strategi
Perancangan di
Tanjung Balau,
Kota Tinggi
Mengenakan denda 0 0 0 0 0 0 12 24 38 76 4.76 .431
terhadap indiviu
yang membuang
sampah merata-rata
(RM250)
Akta Kualiti Alam 0 0 0 0 1 2 10 20 39 78 4.76 .476
Sekitar 1974
Nota: Bil=Bilangan (orang), N=50
Berdasarkan jadual 4.20 pengkaji telah membahagikan langkah perundangan ini kepada 3 elemen
62
iaitu kerajaan hendaklah memperkasa Strategi Perancangan di Tanjung Balau, Kota Tinggi Johor,
Mengenakan denda terhadap individu yang membuang sampah merata-rata (RM250) dan Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974. Pengkaji menggunkan 3 elemen ini dalam menilai fahaman
pengunjung terhadap langkah yang boleh diambil khusus yang berkaitan dengan perundangan.
Hasil kajian mendapati sebanyak 22 peratus yang memilih setuju dalam kenyataan bahawa
pihak kerajaan hendaklah memperkasa Strategi Perancangan di Tanjung Balau, Kota Tinggi
daripada nilai keseluruhan pengunjung. Bagi pengunjung yang berpendapat sangat bersetuju pula
terdapat sebanyak 78 peratus daripada keseluruhan nilai pengunjung. Nilai bacaan skor mean bagi
perkara ini adalah sangat tinggi iaitu dengan nilai keseluruhan sebanyak 4.78. Hal ini menunjukkan
pengunjung mahukan pihak kerajaan mengambil langkah yang proaktif dalam membangunkan
kawasan ini semula dengan baik. Mereka berharap sekiranya kawasan Tanjung Balau ini
dibangunkan semula dari segi infrastruktur dan fasiliti pasti memberi banyak manfaat kepada
pengunjung dan termasuk juga pihak kerajaan. Oleh yang demikian, pihak kerajaan hendaklah
memainkan peranan penting dalam meneliti semula pembangunan yang tersedia ada khususnya
pusat tumpuan pelancongan seperti ini agar tidak musnah. Apabila kawasan seperti ini musnah,
sudah pasti ia merupakan kerugian besar buat negara kerana kehilangan khazanah yang memberi
nilai ekonomi kepada negara.
Selain itu, setelah dianalisis hasil kajian mendapati sebanyak 24 peratus telah memilih
setuju dalam menjawab kenyataan yang berkaitan dengan mengenakan denda terhadap individu
yang membuang sampah merata-rata (RM250) daripada keseluruhan nilai pengunjung. Bagi
pengunjung yang memilih sangat bersetuju terhadap kenyataan ini adalah sebanyak 76 peratus
daripada keseluruhan nilai pengunjung. Nilai bacaan skor mean bagi kenyataan mengenakan denda
terhadap individu yang membuang sampah merata-rata (RM250) ini adalah sangat tinggi iaitu nilai
keseluruhan 4.76. Hal ini menunjukkan bahawa, pengunjung yang hadir inginkan pihak berwajib
membuat sesuatu yang dapat memberikan kesedaran kepada pelaku yang tidak bertanggungjawab.
Melalui penguatkuasaan undang-undang seperti ini, ia dapat membantu dalam mengurangkan
masalah yang sukar dibendung iaitu aktiviti pembuangan sampah secara merata-rata. Walaupun
pada dasarnya dilihat perkara ini hanyalah sekadar perkara remeh tetapi sekiranya perkara ini tidak
dibendung maka ia akan memberi impak negatif yang sangat besar terhadap persekitaran
khususnya kawasan tumpuan seperti Tanjung Balau, Kota Tinngi. Oleh yang demikian, pihak yang
berwajib diseru agar mengambil langkah yang lebih proaktif dalam membendung masalah ini terus
berleluasa. Sekiranya tidak dibendung maka banyak pencemaran akan terjadi dan ia mampu
merosakkan sistem biodiverisiti negara ini.
Seterusnya, hasil kajian mendapati seramai 20 peratus yang bersetuju dengan pendapat
yang menyatakan dalam menangani masalah ini tertakluk pada Akta Kualiti Alam Sekitar daripada
keseluruhan nilai pengunjung. Bagi pengunjung yang memilih sangat bersetuju bagi menyokong
kenyataan ini adalah sebanyak 78 peratus daripada keseluruhan nilai pengunjung. Namun begitu
terdapat sebanyak 2 peratus yang menyatakan tidak pasti terhadap perkara ini. Nilai bacaan skor
mean bagi perkara ini adalah sangat tinggi iaitu dengan nilai keseluruhan sebanyak 4.76. Hal ini
membuktikan bahawa pengunjung tahu bahawa kewujudan akta ini mampu memberikan kebaikan
kepada mereka kerana melalui akta ini dapat memastikan alam sekitar terus terjaga. Oleh itu,
dengan wujudnya akta ini diharapkan agar pihak yang bertangungjawab dalam mengelola Akta
Kualiti Aalam Sekitar dapat membantu dalam meningkat semula tahap kualiti alam sekitar yang
tersedia ada. Walaupun diketahui bukan mudah untuk memastikan kesemuanya berhasil dengan
63
sempurna tetapi dengan usaha yang ada dapat membantu dalam membendung masalah ini sedikit
demi sedikit.
Oleh yang demikian, pengunjung yang menjawab soal selidik ini semua tahu akan
kepentingan menjaga alam sekitar dan mereka mahukan agar alam sekitar ini terus terpelihara. Hal
ini demikian kerana, sekiranya kita mampu mengekalkan kelestarian alam sekitar kita ini maka
kita dapat hidup dengan lebih sejahtera. Selain itu juga, generasi akan datang akan memperoleh
manfaat sekiranya alam sekitar bersih. Pada yang sama, kita dapat menjaga warisan dan khazanah
alam yang cukup bermakna.
5.1.2 Langkah Bukan Perundangan
Jadual 4.21 Langkah Bukan Perundangan
Item Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Mean Std.
Tidak Bersetuju Pasti Beretuju Deviati
Bersetuju on
Bil % Bil % Bil % Bil % BIl %
Fasiliti awam mesti 0 0 0 0 0 0 8 16 42 84 4.84 .370
diselenggara
mengikut jadual
Kebersihan 0 0 0 0 0 0 8 16 42 84 4.84 .370
persisiran pantai
dijaga oleh orang
awam dengan cara
sampah sampah
dibuang ke dalam
tong sampah atau di
bawa peluang
Tandas awam 0 0 0 0 0 0 11 22 39 78 4.78 .418
diselenggara dengan
baik
Rizab atau kawasan 0 0 0 0 0 0 9 18 41 82 4.82 .388
meletakkan
kenderaan dizonkan
Nota: Bil=Bilangan (orang), N=50
64
Berdasarkan jadual 4.21 pengkaji telah membahagikan langkah bukan perundangan kepada 4
elemen yang terdiri daripada fasilti awam mesti diselenggara mengikut jadual, kebersihan
persisiran pantau dijaga oleh orang awam dengan cara sampah-sampah dibuang ke dalam tong
sampah atau di bawa pulang, tandas awam diselenggara dengan baik dan rizab atau kawasan
meletakkan kenderaan dizonkan.
Hasil kajian mendapati sebanyak 16 peratus berpendapat setuju dengan kenyataan
berkenaan fasilti awam mesti diselenggara mengikut jadual. Terdapat sebanyak 84 peratus yang
berpendapat sangat bersetuju dengan kenyataan ini daripada keseluruhan pengunjung. Nilai bacaan
mean skor pula mencatatkan bacaan yang sangat tinggi dengan nilai keseluruhan mean sebanyak
4.84. Hal ini menunjukkan bahawa pengunjung mahukan agar fasiliti awam yang telah
dibangunkan di Tanjung Balau diselenggara mengikut jadual. Melalui cara ini, ia dapat
memastikan keadaan fizikal fasiliti tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Sekiranya
itu berlaku maka pengunjug yang datang ke Tanjung Balau dapat memanfaatkan fasiliti sebaik
mungkin untuk tujuan beriadah.
Selain itu, hasil kajian mendapati sebanyak 16 peratus berpendapat setuju dengan
kenyataan berkenaan kebersihan persisiran pantai dijaga oleh orang awam dengan cara sampah-
sampah dibuang ke dalam tong sampah atau di bawa pulang. Terdapat sebanyak 84 peratus yang
berpendapat sangat bersetuju dengan kenyataan ini daripada keseluruhan pengunjung. Nilai bacaan
mean skor pula mencatatkan bacaan yang sangat tinggi dengan nilai keseluruhan mean sebanyak
4.84. Hal ini demikian kerana, dengan cara ini dapat memastikan kebersihan pesisir pantai terus
terjaga kerana pengunjung yang datang peka terhadap amalan menjaga kebersihan. Perkara ini
juga berkait rapat dengan fasiliti khusus tempat membuang sampah iaitu tong sampah. Pihak yang
berwajib disarankan agar perbanyakkan tong sampah di sekitar kawasan tersebut bagi
memudahkan pengujung membuang sampah ke tempat yang sepatutnya. Pada masa yang sama,
pihak yang berwajib disarankan mencari pekerja pembersihan khusus untuk memastikan ke semua
tong sampah ini sentiasa diselenggara dengan baik. Pengujung juga digalakkan membawa balik
semula sisa makanan yang telah dibawa ke Tanjung Balau agar dapat memastikan kebersihan
sentiasa terjaga. Melalui cara ini ada dapat mengurangkan masalah pencemaran berlaku di
kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi.
Di samping itu, hasil kajian mendapati sebanyak 22 peratus berpendapat setuju dengan
kenyataan tandas awam yang terdapat di Tanjung Balau tersebut diselenggara denga baik. Terdapat
sebanyak 78 peratus yang berpendapat sangat bersetuju dengan kenyataan ini daripada keseluruhan
pengunjung. Nilai bacaan mean skor pula mencatatkan bacaan yang sangat tinggi dengan nilai
keseluruhan mean sebanyak 4.78. Hal ini kerana, tandas awam yang terdapat di Tanjung Balau
sememangnya pada tahap yang memuaskan dan perlu di atasi masalah tersebut. Dengan
penyelenggaraan yang betul ia dapat memastikan tandas tersebut selesa untuk digunakan oleh
pengguna. Diketahui bahawa tandas bukan merupakan tempat yang bersih tetapi ia juga perlu
dijaga kebersihannya.
Seterusnya, hasil kajian mendapati seramai 18 peratus berpendapat setuju dengan
kenyataan rizab atau kawasan meletakkan kenderaan dizonkan. Terdapat sebanyak 82 peratus yang
berpendapat sangat bersetuju dengan kenyataan ini daripada keseluruhan pengunjung. Nilai bacaan
mean skor pula mencatatkan bacaan yang sangat tinggi dengan nilai keseluruhan mean sebanyak
4.82. Hal ini demikian kerana, dengan merizabkan kawasan tempat meletakkan kenderaan ini ia
65
mudahkan pengunjung untuk meletakkan kenderaan mereka dengan selamat. Tujuan utama
mereka datang ke Tanjung Balau adalah untuk beriadah dan menenangkan fikiran. Namun begitu,
sekiranya mendatangkan kerisauan kepada mereka terhadap kenderaan yang dibawa, sudah pasti
mengganggu emosi mereka. Selain itu juga, dengan mengzonkan kawasan meletakkan kenderaan
ini dapat membantu mengurangkang kesesakan. Masalah ketara terhadap sesebuah tempat
tumpuan merupakan tempat meletakkan kenderaan kerana pengunjung akan datang bersama
kenderaan mereka. Oleh itu, dengan langkah ini ia dapat membantu dalam menangani masalah
tempat meletakkan kenderaan di Tanjung Balau Kota Tinggi.
Oleh yang demikian, menerusi langkah-langkah bukan perundangan ini responden
berpendapat mampu untuk menjadikan kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi ini kembali bersih
dan selamat seperti dahulu. Keadaan yang bersih dan selamat mampu untuk meyakinkan
pengunjung untuk datang kembali semula ke kawasan ini. Responden memberikan pandangan
positif terhadap semua langkah-langkah ini. Dengan terdapatnya langkah seperti ini, pengunjung
dapat menikmati percutian mereka dengan selesa bersama keluarga.
5.2 Kesimpulan
Kesimpulannya, keterancaman daya tampung fizikal ini memberikan keburukan kepada
sesebuah tempat tumpuan dan pelancongan. Hal ini demikian kerana, pengujung yang datang ke
sesebuah lokasi itu akan mengalami kesukaran untuk menggunakan segala kemudahan penting
yang sedia ada. Perkara ini akan memberikan persepsi negatif kepada mereka untuk tidak datang
kembali ke kawasan pelancongan tersebut. Apabila ini terjadi maka ia juga menjadi faktor
pendorong terhadap kemerosotan penjanaan ekonomi daripada tempat pelancongan tersebut.
Pengujung mulai kurang dan menyebabkan kawasan yang dahulunya cantik tetapi terbiar akibat
daripada sikap manusia yang tidak tahu menjaga kebersihan persekitaran kawasan pelancongan
atau tumpuan tersebut. Di Tanjung Balau tahap keterancaman daya tampung fizikal masih boleh
diatasi sekiranya pihak berwajib memainkan pernan penting serta memandang serius terhadap
perkara ini. Dengan pembaharuan serta pembaikkan yang dibuat sudah pastu kawasan Tanjung
Balau ini mampu menarik ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara. Penduduk kawasan
sekitar Tanjung balau hendaklah memainkan peranan penting dalam membantu pihak kerajaan
dalam menjaga khazanah yang sedia ada agar tidak musnah. Kerjasama daripada pelbagai pihak
dapat memastikan kawasan Tanjung Balau ini terus terpelihara daripada pencemaran dan
keterancaman daya tanpung fizikal.
66
BAB
6
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TERHADAP MASALAH KETERANCAMAN
DAYA TAMPUNG FIZIKAL DI TANJUNG BALAU, KOTA TINGGI, JOHOR
6.1 PENGENALAN
Terdapat beberapa langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan di Tanjung Balau, Kota
Tinggi Johor dalam memastikan masalah ini dapat diselesaikan secara berperingkat. Perbincangan
ini bertujuan untuk memastikan masalah keterancaman daya tampung fizikal di Tanjung Balau
Kota Tinggi Johor dapat diatasi dengan mengambil kira langkah penambahbaikan yang lebih
proaktif. Menerusi perkara ini dapat memastikan masalah keterancaman daya tampung fizikal
dapat dikurangkan dan pengunjung yang datang ke kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi Johor ini
dapat menikmati percutian atau masa riadah mereka di kawasan ini dengan selesa.
6.2 MENINGKATKAN TAHAP PEMANTAUAN KEBERSIHAN
Cadangan yang pertama adalah meningkatkan tahap pemantauan kebersihan di sekitar
kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi. Hal ini demikian kerana, masalah yang berlaku di Tanjung
Balau, Kota Tinggi ini melibatkan tahap kebersihan kawasan Tanjung Balau yang semakin
menurun. Terdapat banyak longgokan sampah yang terdapat di sekitar kawasan ini. Perkara ini
berpunca daripada sikap pengunjung yang tidak peka terhadap kebersihan kawasan ini. Terdapat
sebahagian pengunjung yang tidak mengendahkan tentang kebersihan dan membuang sampah
merata-rata. Selain itu juga, terdapat sebahagian pemilik kedai di sekitar kawasan ini yang tidak
menitikberatkan kebersihan dan membuang sisa-sisa makanan tersebut berhampiran dengan
kawasan laut. Apabila perkara ini terjadi secara berterusan maka ia membawa kepada isu
pencemaran yang besar. Hal ini akan menyebabkan banyak masalah akan berlaku seperti pesisiran
pantai menjadi kotor, kawasan sekitar menjadi busuk, air laut tercemar akibat bahan buangan dan
sebagainya. Perkara ini akan menjejaskan ekosistem yang terdapat di kawasan tersebut. Justeru,
pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kawasan sekitar ini sentiasa bersih maka
pemantauan secara berkala perlu dilaksanankan bagi memastikan kawasan ini sentiasa terjaga
dengan baik. Pemantauan dibuat di sekitar kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi berdasarkan
ketepatan yang telah buat dalam memastikan aktiviti pemantauan sentiasa dilakukan. Oleh yang
demikian, dengan cadangan ini dapat memastikan keadaan sekitar kawasan ini dapat dikawal
dengan sebaik mungkin dan masalah pencemaran dapat dikurangkan. Melalui penyelidikan ini,
tinjaun dapat dilakukan bagi memastikan kawasan tersebut terus terpelihara dengan baik.
6.3 MENINGKATKAN TAHAP KEPATUHAN PROSEDUR TERHADAP
PENGGUNAAN FASILITI AWAM
Cadangan yang kedua adalah meningkatkan tahap kepatuhan prosedur dalam memastikan
fasiliti awam selamat digunakan. Bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan yang
67
melibatkan nyawa maka prosedur yang khusus perlu dilaksanakan mengikut undang-undang yang
telah ditetapkan. Hal ini demikian kerana, pengkaji mendapati di kawasan ini terdapat pelbagai
fasitili yang berguna untuk pengunjung tetapi tidak dijaga dan diselenggara dengan baik. Fasiliti
yang terdapat di sesebuah kawasan tumpuan amat penting kerana ia memberikan keselesaan
kepada pengunjung untuk menikmati percutian mereka. Masalah fasiliti yang berlaku di Tanjung
Balau ini telah menyebabkan pengunjung berasa takut untuk gunakan kerana bimbang akan
keselamatan diri mereka serta ahli keluarga. Selain itu juga, turut diketahui bahawa kawasan
seperti ini kebiasaannya akan dikunjungi oleh masyarakat yang sudah berkeluarga dan semestinya
sebahagian besar daripada mereka membawa anak-anak yang terdiri daripada pelbagai lapisan
umur. Pengunjung mahu agar kawasan ini selamat untuk mereka dan ahli keluarga mereka. Justeru,
antara perkara yang dapat dilakukan adalah meletakkan papan tanda amaran atau papan tanda
peraturan di sekitar kawasan kunjungan ini. Melalui cara ini sedikit sebanyak dapat memberi
informasi secara terus kepada pengunjung terhadap tahap keselamatan fasiliti awam tersebut. Oleh
yang demikian, dengan cadangan ini dapat memastikan keadaan fasiliti di kawasan ini sentiasa
mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan agar selamat digunakan.
6.4 MENAMBAH BILANGAN KAWASAN TEMPAT MELETAKKAN KENDERAAN
Cadangan yang ketiga adalah menambah bilangan kawasan tempat meletakkan kenderaan.
Hal ini demikian kerana, kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi ini merupakan kawasan tumpuan
yang sering dilawati oleh pengunjung dan masalah yang sering timbul adalah berkenaan dengan
masalah ketidakcukupan tempat meletakkan kenderaan. Kesemua pengunjung yang datang
berkunjung ke kawasan ini masing-masing membawa kenderaan sendiri kerana mereka datang
bersama ahli keluarga mereka. Apabila pada musim percutian, terdapat sebahagian kereta yang
terpaksa meletakkan kenderaan di tempat yang bukan untuk tujuan meletakkan kenderaan. Faktor
keselamatan kereta menjadi satu isu berbangkit kerana pengunjung yang meletakkan di tempat
yang tidak sepatutnya risau akan keadaan kenderaan mereka. Selain itu, apabila kenderaan ini
diletakkan secara merata-rata atas faktor kurang tempar meletakkan kenderaan, maka ia
menyebabkan masalah kesesakan laluan keluar dan masuk kenderaan. Hal ini telah menyebabkan
masa pengunjung terbuang akibat tersekat dalam kesesakan lalu lintas yang disebabkan oleh
keadaan kenderaan pengunjung lain yang di letakkan secara salah. Justeru, dengan menambah
bilangan kawasan tempat meletakkan kenderaan ini, pengunjung yang datang dapat meletakkan
kenderaan mereka dengan selamat. Pada masa yang sama, mereka tidak perlu untuk risau akan
keselamatan kenderaan mereka kerana kenderaan tersebut diletakkan pada tempat yang
sepatutnya.
6.5 KESIMPULAN
Hasil daripada kajian yang telah diperoleh, penyelidik telah memberikan beberapa cadangan yang
di mana mampu untuk membantu dalam menyelesaikan masalah yang telah dihadapi. Cadangan
yang diusulkan ini hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan dan dilaksanakan secara proaktif
dalam melihat keberkesanannya. Tanggungjawab dan penglibatan dari semua pihak sama pihak
pengurusan dan pengunjung amat penting kerana dengan wujudnya kerjasama yang baik maka
masalah ini dapat diatasi secara berperingkat dengan kadar yang segera. Oleh itu, melalui cadangan
68
ini maka penambahbaikan yang lebih baik dapat dilaksanakan bagi memastikan pengunjung dapat
menggunakan dengan selesa dan selamat.
69
BAB
7
KESIMPULAN
7.1 PENGENALAN
Bab ketujuh ini merupakan bab yang akan mengupas segala dapatan daripada analisis kajian yang
telah diterangkan pada bab yang lepas. Rumusan kajian yang dikupas adalah berdasarkan kepada
objektif kajian. Penyelidik akan memberikan rumusan keseluruhan terhadap perkara yang yang
telah diperoleh sepanjang tempoh penyelidikan dilaksanakan di Tanjung Balau Kota Tinggi
terhadap perkara keterancaman daya tampung fizikal dan kesannya kepada kedatanngan
pengunjung.
7.2 RINGKASAN PENEMUAN
Secara keseluruhan hasil daripada kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa keterancaman
daya tampung fizikal yang terdapat di Tanjung Balau, Kota Tinggi berada pada tahap yang kritikal.
Keadaan ini telah menyebabkan ramai pengunjung yang datang untuk berkunjung ke kawasan ini
merasakan tidak selesa dengan keadaan sekeliling. Hasil kajian mendapati, semua pengunjung
yang menjawab soal selidik ini memberikan pendapat yang menjurus kepada perkara negatif.
Persepsi mereka dalam menilai sekitar kawasan ini menunjukkan mereka berasa kesal dan tidak
selesa dengan kawasan sekeliling. Perkara ini telah menyebabkan ramai pengunjung yang
mahukan kawasan ini dibangunkan semula agar ia kembali beroperasi pada tahap yang amat baik
demi keselesaan pengunjung dan keceriaan sekitar kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi.
Antara perkara yang dapat dilihat adalah dari segi fasiliti awam yang terdapat di sekitar
kawasan Tanjung Balau, Kota Tinggi Johor. Pada awalnya fasilti di sini amat baik dan pengunjung
yang datang ke sini amat gembira kerana dapat menggunakan segala fasiliti yang telah disediakan.
Namun begitu, pada awal tahun 2018, pengunjung sudah mula membuat aduan bahawa kawasan
Tanjung Balau ini tidak seperti dahulu lagi. Keadaan fasilitinya yang tidak dijaga dan diselenggara
telah menyukarkan pengujung yang datang untuk menikmati percutian mereka. Fasilti awam yang
disediakan di kawasan ini banyak pada awalnya. Antaranya bangku untuk tujuan berehat, gazebo
dan pondok kecil. Akibat daripada kurang kepekaan daripada pihak yang bertanggungjawab telah
menyebabkan kesemua fasiliti ini semuanya rosak dan tidak selamat digunakan. Bangku yang
disediakan telah pecah dan rosak manakala gazebo yang dibina telah kotor dan dicemari dengan
sisa-sisa sampah yang banyak. Selain itu juga, di Tanjung Balau ini telah disediakan satu laluan
khas buat pengunjung bagi merasai pengalaman untuk melihat lautan serta batuan yang cantik di
kawasan tersebut dan setiap laluan itu telah disediakan pondok kecil untuk digunakan oleh
pengunjung untuk menikmati suasana sekeliling. Pada awalnya, pondok ini dapat berfungsi dengan
baik dan selamat. Pengunjung dapat menikmati pemandangan dengan lebih selesa. Namu begitu,
kini pondok-pondok kecil ini telah tidak selamat digunakan. Terdapat pondok yang bumbungnya
sudah runtuh kerana besi yang digunakan untuk menampung bumbung tersebut telah reput dan
rapuh. Hal ini berpunca daripada kesan air laut yang mengandungi larutan garam memberi reaksi
kepada besi tersebut hingga menyebabkan ia berkarat dan mereput. Akhirnya menyebabkan
70
pondok kecil tersebut tidak selamat digunakan. Perkara ini telah menimbulkan rasa kurang selamat
kepada pengunjung untuk melalui kawasan tersebut.
Selain itu, antara perkara yang dapat dilihat adalah dari segi sikap pengunjung yang datang
ke kawasan Tanjung Balau Kota Tinggi, Johor. Hal ini dikaitkan dengan kepekaan pengunjung
yang datang terhadap penjagaan kawasan sekitar Tanjung Balau. Sekitar kawasan Tanjung Balau
dipenuhi dengan sampah yang terdiri daripada polistren, plastik botol minuman dan sebagainya.
Pengunjung yang datang berkunjung ke sini semestinya akan membawa makanan atau
membelinya di kedai yang berhampiran bagi tujuan untuk beriadah. Namun begitu, sikap
pengunjung yang tidak mengendahkan tentang kebersihan telah menyebabkan banyak berlakunya
pencemaran di sekitar kawasan ini. Apabila ini dilakukan oleh seglintir pengunjung yang tidak
bertanggungjawab maka ia memberi kesan kepada pengunjung yang lain untuk beriadah di sini.
Kawasan sekitar yang dicemari dengan longgokan sisa sampah kadang-kala menyebabkan
berlakunya pencemaran bau. Ekoran daripada itu, pengunjung berasa kurang selesa untuk
beriadah. Pekara ini telah memberi gambaran yang negatif oleh pengunjung terhadap kawasan
yang sepatutnya menjadi tumpuan utama untuk aktiviti keluarga dijalankan.
Di samping itu, perkara yang dapat dirumuskan hasil daripada dapatan kajian ini adalah
tandas awam yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Kewujudan tandas awam dibuat adalah
bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pengunjung yang datang. Hal ini kita mengetahui
dengan terdapatnya tandas di kawasan ini maka ia memudahkan pengunjung untuk menggunakan
apabila ia memerlukan. Namun begitu, tandas awam yang terdapat di Tanjung Balau ini berada
pada tahap yang memuaskan. Hampir keseluruhan pengunjung menyatakan kenyataan ini benar.
Tandas awam yang disediakan mempunyai tahap kebersihan yang memuaskan dan ini telah
menyebabkan pengunjung yang datang kurang selesa untuk menggunakannya. Perkara ini dilihat
sebagai satu isu kerana tandas awam ini perlu dibayar sebelum digunakan. Justeru, apabila
pengunjung telah bayar untuk memasuki tandas awam ini, pengunjung mengharapkan keadaannya
adalah bersih dan selesa tetapi sebaliknya tidak begitu. Dari segi kefungsian alatan yang terdapat
dalam tandas seperti cermin, paip, getah paip, singki dan sebagainya juga tidak beberapa
memuaskan. Terdapat sebahagiannya yang mengalami kerosakan kepala paip air dan terdapat juga
yang paip airnya pecah dan tidak dapat digunakan. Hal ini telah memberikan kesukaran kepada
pengunjung yang datang untuk menggunakan tandas awam ini dengan selesa.
Seterusnya, antara perkara yang dapat dirumuskan adalah berkaitan dengan kawasan
tempat meletakkan kenderaan yang kurang. Tanjung Balau, Kota Tinggi merupakan sebuah
kawasan tumpuan yang sering dikunjungi khususnya apabila hujung minggu. Pengunjung yang
datang membawa kenderaan yang tersendiri. Akibat daripada situasi ini maka ramai pengunjung
yang memberi pendapat bahawa sukar bagi mereka untuk mencari tempat parking yang sesuai dan
selamat. Tempat meletakkan kenderaan yang disediakan tidak mampu untuk menampung jumlah
kunjungan pengunjung khususnya pada hari minggu. Pengunjung yang tidak dapat meletakkan
kenderaan mereka di tempat sepatutnya terpaksa meletakkan kenderaan dengan jauh. Hal ini telah
membuatkan mereka risau dengan keadaan kereta mereka kerana terpaksa meletakkan kenderaan
di tempat yang tidak sepatutnya.
Oleh yang demikian, keterancaman daya tampung fizikal yang terdapat di Tanjung Balau
ini memberi kesan yang negatif kepada pengunjung. Hal ini demikian kerana, pengunjung yang
datang ke sini dengan tujuan untuk beriadah dan bercuti tidak dapat merealisasikan impian mereka
71
dengan sempurna. Persekitaran yang tercemar serta terdapat pelbagai kerosakan yang berlaku pada
fasiliti awam yang disediakan telah menyebabkan pengunjung sukar untuk menikmati percutian
mereka di sini dengan baik. Pengunjung mengharapkan pihak yang bertanggungjawab dalam
menjaga kawasan ini untuk mengambil tindakan yang sewajarnya dalam membangunkan kawasan
ini. Membangunkan semula kawasan ini dengan dengan membaiki segala kerosakan pada fasiliti
awam dan membersihkan kawasan sekitar Tanjung Balau agar kelihatan lebih bersih dan selamat
untuk digunakan. Kawasan yang indah ini perlu diperlihara agar warisan yang terdapat di sini tidak
akan musnah pada masa akan datang.
7.3 KESIMPULAN
Keterancaman daya tampung fizikal khususnya di kawasan pelancongan berlaku di seluruh dunia.
Perkara ini sukar untuk dielakkan kerana kebiasaannya kawasan-kawasan tumpuan ini kerap
dikunjungi dengan ramai orang dan sukar untuk dijaga dengan baik sekiranya tidak mengikut
kaedah yang betul. Namun begitu, perlu diketahui bahawa sekiranya perkara ini berlaku dengan
serius dan tidak dikawal maka ia akan memberi impak negatif kepada sesebuah kawasan tumpuan
tersebut. Perkara ini akan menjadikan tempat itu tidak lagi dikunjungi oleh pengunjung dan
akhirnya boleh menyebabkan kawasan itu tutup serta-merta kerana dikhuatiri keselamatan
pengunjung akan terjejas.
Tanjung Balau, Kota Tinggi merupakan sebuah kawasan yang cantik dan amat sesuai untuk
digunakan bagi tujuan aktiviti bersama keluarga mahupun beriadah. Kawasan ini mempunyai
pesisiran pantai yan cantik dan selesa. Namun begitu, akibat daripada sikap manusia itu sendiri
yang tidak mementingkan kebersihan serta tidak peka dengan keadaan sekeliling telah
menyebabkan Tanjung Balau, Kota Tinggi ini tidak lagi seindah dahulu. Terdapat banyak
longgokan sampah yang berterbangan di sekitar kawasan pantai. Selain itu juga, fasiliti yang
terdapat dikawasan tersebut tidak diselenggara dengan baik. Apabila ini berlaku, keadaan kawasan
itu menyebabkan pengunjung berasa tidak selamat untuk digunakan. Di samping itu juga, masalah
kebersihan tandas awam yang semakin meruncingkan kerana pengunjung berasa tidak selesa untuk
menggunakan tandas tersebut. Tambahan lagi, kawasan tempat letak kenderaan yang kurang
menyebabkan pengunjung sukar untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang selamat
apabila mereka datang ke Tanjung Balau ini. Kesemua perkara yang berlaku ini telah
menyebabkan pengunjung memberi tanggapan yang negatif kepada tempat ini.
Oleh yang demikian, pengkaji berharap agar pihak yang bertanggungjawab dalam menjaga
dan memastikan kawasan ini sentiasa selamat digunakan oleh pengunjung mengambil tindakan
yang sewajarnya agar kawasan ini kembali seperti dahulu. Pengkaji juga menyeru agar pengunjung
yang datang sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling dan menjaga kawasan ini dengan sebaiknya.
Prinsipkan diri agar tidak membuang sampah merata-rata dan menjaga kawasan sekitar Tanjung
Balau ini dengan sebaiknya.
72
RUJUKAN
Abdul Samad Hadi. 2000. Kemerosotan kualiti persekitaran dan persoalan kemudah-terancaman
manusia. Dlm. Jamaluddin Md Jahi (pnyt.). 2000. Pengurusan persekitaran di Malaysia:
isu dan cabaran. Bangi: Program Pengurusan Pesekitaran, Pusat Pengajian Siswazah,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Irham. 2019. Kebersihan tandas awam tanggungjawab semua: Berita Harian, 25 Ogos: 5.
Ajzen, I dan Fishbein, M. 2005. The influence of attitude on behavior dalam kajian Sharifah Nor
Puteh & Kamarul Azman Abd Salam (pnyt). 2011. Tahap kesediaan penggunaan ICT
dalam pengajaran dan kesan-kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid
prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1): 25-34.
Ajzen, I. dan Fishbein, M. 1980. Understanding attitudes and predicting social behavior. Eagle
Wood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Anonim. 1994. Metode pengambilan dan pengukuran contoh timbulan dan komposisi sampah
perkotaan. SNI 19-3964-1994. BSN.
Apa, M.I.P, Kouokam, E, Akoko, R.B, Nana C, Buongiorno M.F. 2012 An ethical approach to
socioeconomic information sources in ongoing vulnerability and resilience studies: The
Mount Cameroon case. Annals of Geophysics 55 (3): 393-399.
Atkin, B dan Brooks, A (2000). Total Facilities Management. Oxford: Blackwell Science Ltd.
Azizul Ahmad, Mohd Fauzi, Norhasimah Ismail & Tarmiji Marson. 2013. Ke arah pelancongan
lebih baik pelaksanaan konsep keupayaan daya tampung pelancongan: Satu tinjauan awal.
Dalam Wan Mohd Muhiyuddin Wan Ibrahim, Zullyadini, Jabil Mapjabil, Norizan Md.
Nor, Zikri Mohamad & Ruslan Rainis (Eds.), Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar. 115-
126. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Azkha, N. 2006. Analisis timbulan: komposisi dan karakteristik sampah di kota padang. Jurnal
Kesehatan Masyarakat. I(1): 14-18.
Baker DA, Cromton JL. 2000. Quality, satisfaction and behaviour intentions. Annal of Tourism
Research, 27(3): 785-804.
Beunen, R., Jaarsma, C.F., & Kramer, R.N.A. 2004. Counting of visitors in the meijendel dunes,
The Netherlands. Journal of Coastal Conservations 10, pp. 109-118.
73
Brown, D. W. 1996. Facility maitenance-the manager’s practical guide and handbook, New York:
American Management Association.
Coccossis, Harry & Mexa, Alexandra. 2004. The challenge of tourism carrying capacity
assessment: theory and practice. England: Ashgate Publishing Limited.
Crompton, J. 1979. Motivations for pleasure travel. Annual of Tourism Research 6: 408–424.
Damel M.A, K. Johnson. 2001. Why customers stay: measuring the underlying dimensions of
services switching costs and managing their differential strategic outcomes. Journal of
Business Research 55, 441-450.
Eckelman MJ. 2016. Environmental impacts of the u.s health care system and effect on public
health. US National Library of Medicine National Institutes of Health.
Enoma, A. 2005. The role of facilities management at the design stage, in khosrowshahi, F. (ed.),
21st Annual ARCOM Conference, 7-9 September 2005, SOAS, University of London.
Association of Researchers in Construction Management, London, Volume 1, pp. 421–
430.
Fauziah Che Leh. 2017. Keupayaan daya tampung fizikal bagi pusat pelancongan bandar di johor
bahru. Jurnal Geografi: Jabatan Geografi dan Alam sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Fekete A. 2009.Validation of a social vulnerability index in context to river-floods in Germany.
Natural Hazards Earth System Science 9, 393-403.
Fujikura. 2015. Environmental policy in japan: progress and challenges after the era of industrial
pollution. Environmental Policy and Governance: University of Hosei.
George A. Devlin. 1983. Car parking: the economic of policy enforcement. Publisher: Cranfield
Press, Bedford, England.
Harry Dupree. 1987. Clamp: a model to stimulate parking behaviour in town centres, proceeding
of the utsg conference, Cardiff.
International Facility Management Association. 2004. Definition of facility management.
http://www.ifma.org/what_is_fm/index.cfm.html [13 April 2020].
Irwan Shafrizan. 2019. Kualiti tandas awam mengecewakan. : Berita Harian, 13 Ogos: 8
Jaller. M, Holguín-Veras. J, and Hodge. S. 2013. Parking in the city: challenges for freight traffic.
Transportation Research Record: Journal of the Transportation Research Board, no. 2379,
pp. 46–56.
John Brierry. 1972. Enforcement of Parking Regulation. The Audit Commission for Local
Authorities and the NHS in England and Wales.
74
Kamaruzzaman, S.N., Zawawi, E.M.A. 2010. Development of facilities management in Malaysia.
Journal of Facilities Management, Volume 8(1), pp. 75–81.
Kamus Pelajar Edisi Kedua. 2019. Edisi baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kozak M. 2000. Comparative assessment of tourist satisfaction with destinations across two
nationalities. Journal of Tourism Management 22 (4), 391-401.
Leiper, N. 1981. towards a cohesive curriculum in tourism: the case for a distinct discipline.
Annals of Tourism Research 7(2): 255-258.
Leong, K.C. 2004. The essence of good facility management- aguide for maximization of facility
assets economic life and asset optimization for reliable services and user satisfaction.
Buletin Ingenieur. Vol. 24.pp.7-19.
Malaysia. 2019. Ringkasan Eksekutif Rancangan Struktur Negeri Johor 2030. Hala tuju
Rancangan Negeri Johor.
Mandake, P. et al. 2001. Carrying capacity as a tool for tourism management, community tourism
destination management: principles and practices. Canada, Canadian Universities
Consortium Urban Environmental Management Project.
Mathieson, A. & Wall, G. 1982. Tourism: Economic physical and social impacts. Singapura:
Longman Singapore Publishers Limited.
Middleton, V.C. & Hawkins, R. 1998. Sustainable tourism: A marketing perspective. Butterworth:
Oxford.
Mohd Faizul Muhammad, Mazdi Marzuki, Muhammad Hasbi Abdul Rahman. 2018. Daya
tampung kemudahan pendidikan dan implikasi kepada kesejahteraan penduduk di mukim
serendah. Jurnal Geografi: Jabatan Geografi Dan Alam Sekitar, Fakulti Sains
Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mohd Noor Awang. 2003. Analisis penyediaan tempat letak kereta mengikut jenis gunatanah
bandar-bandar di Malaysia. Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Fakulti Alam Bina.
Penerbit: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Rafi Mamat. 2019. Kutip Dua Tan Sampah Dalam Dua Jam: Berita Harian, 22 September:
7
Nadiasa, M., Sudarsana, D.K dan Yasmara, I N. 2009. Manajemen pengankutan sampah di Kota
Amlapura. Jurnal Ilmiah Teknik Sipil. 13(2).
Neubauer. 2019. Bali: Tourim is a rubbish Issue. Asian Review https://asia.nikkei.com/Life-
Arts/Life/For-Bali-tourism-is-a-rubbish-issue.html [12 Mac 2020].
75
Norlida Hanim Mohd Salleh, Nurul Ain Mokhtar dan Poo Bee Tin. 2016. Analsis Keperluan
Tenaga Manusia Dalam Industri Pelancongan di Malaysia. Fakulti Ekonomi dan
Pengurusan Universiti kebangsaan Malaysia. Bangi: Universiti kebangsaan Malaysia
Petrick, J.F. 2002. Experience Use History As A Segmentation Tool To Examine Golf Travelers’
Satisfaction, Perceived Value And Repurchase Intentions. Journal of Vacation Marketing
8 (4), 332-342.
Radin Fikri. 2019. Sejarah evolusi tandas sepanjang peradaban manusia.
https://www.thepatriots.asia/sejarah-evolusi-tanda-sepanjang-peradaban-manusia/.html [2
May 2020].
Reese, C. D. 2004. Office Building Safety and Health. Florida: CRC Press LCC.
Remali Yusoff, et all. 2012. Lessons from the Planning of Kota Bharu City Centre - The Waterfront
City Centre of Kota Bharu. Proceeding of BIMP EAGA, 2012. BIMP-EAGA Conference
2012, pp. 1-13.
Ringkasan Eksekutif Draf Perancangan Struktur Negeri Johor. 2018.
Rosie D. Lyles. 2015. Cleaning for Health in Public Restrooms. Head Of Clinical Affairs For
Clorox Professional Products Co. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) and
the Chicago Antimicrobial Resistance and Infection Prevention Epicenter.
Shamsuddin Bin Suhor. 2003. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127): Peranan dan
Keberkesanan Peraturan, Perintah dan Keadah-kaedah di Bawahnya. Jurnal Undang-
undang dan Masyarakat.
Shaharudin Idrus, Lim Choun Sian dan Abdul Samad Hadi. 2004. Kemudahterancaman
(Vulnerability) Penduduk Terhadap Perubahan Guna Tanah di Selangor. Malaysian
Journal of Environmental Management.
Shoup. D. C. 2013. Cruising for parking, transport policy. Department of Urban Planning,
University of California, Los Angeles, CA 90095-1656, USA. vol. 13, no. 6, pp.479–486,
2013.
Stephen. 2017. An integrated collaborative approach for FM-Sydney Opera House FMExempler.
CSIRO Manufacturing And Infrastructure Technology Australia: University of Sydney
Australia.
SuhailaAnnuar. 2019. Berita Harian. Kebersihan tandas tanggunjawab bersama.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/574909/kebersihan-tandas-
tanggungjawab-bersama-37890-tandas-bersama.html [23 Mei 2020].
SelangorKini. 2019. Mentaliti jaga kebersihan tandas awam perlu diperbetul.
https://selangorkini.my/2019/11/mentaliti-jaga-kebersihan-tandas-awam-perlu-
diperbetul/.html [12 Mac 2020].
76
Taylor, S.E. Peplau, L.A dan Sears, D.O. 1997. Social Psychology. New Jersey: Prentice Hall
Tladi, K. 2012. Evaluating the Facility Manager’s Role in Project Design. Johannesburg:
University of the Witwatersrand.
Ugur Sunlu. 2017. Environmental Impact of Tourism. Ege University, Faculty of Fisheries, Dept.
of Hydrobiology, Bornova/Izmir, Turkey: Ege University.
World Tourism Organization. 1981. Saturation of tourist destinations. Report of the secretary
general, Madrid.
Yusri Muzamir. 2020. Berita Harian. Pembuangan sampah negara meningkat 100.75 peratus.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/643354/pembuangan-sampah-
negara-meningkat-10075-peratus.html [21 Mei 2020].
Zuraidah Mohamed. 2015. Denda RM250 buang sampah merata-rata. Berita Harian 14 April: 10
Zuhairi Abd. Hamid. 2004. Role Of Information Technology In Facility Management. Buletin
Ingenieur, Vol 24. pp, 25-31.
77
INDEKS
afektif, 37 jurnal, 22
aktiviti, 8, 18, 31, 32, 33, 36, 38, 42, 47, 71, 73, kajian tinjauan, 17
kerajaan, 10, 14, 15, 16, 38, 45, 58, 86, 91
85, 87, 93, 96, 98 kerosakan, 14, 16, 31, 35, 42, 97
alam sekitar, 31, 38, 42, 44, 45, 87, 88 kerosakan, 3, 34
analisis, 23, 29, 51, 55, 56, 60, 95 keselamatan, 8, 11, 16, 32, 35, 36, 42, 44, 48, 50,
antarabangsa, 33, 43, 44
arus pemodenan, 71 62, 66, 84, 93, 94, 98
cedera, 32 keterancaman, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16,
cenderung, 22, 32
closed circuit television, 6, 42 17, 21, 22, 24, 28, 30, 32, 34, 50, 51, 53, 58,
data primer, 17, 21, 22, 25 59, 60, 63, 64, 65, 71, 76, 80, 91, 92, 95, 97
data primer, 21 keupayaan, 31, 41, 100
data sekunder, 22 komited, 33
daya tampung, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, kualiti, 8, 31, 38, 45, 46, 48, 84, 87, 100
kuantitatif, 10, 17, 21, 22, 24
17, 21, 22, 24, 28, 30, 31, 32, 34, 42, 50, 51, laluan, 18, 42, 94, 96
53, 58, 59, 60, 61, 63, 64, 65, 71, 76, 80, 85, latitud, 19
91, 92, 95, 97, 98, 100, 101 longitud, 19
daya tampung fizikal, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, meletakkan kenderaan, 40, 41, 49, 63, 80, 81,
16, 17, 21, 22, 24, 28, 30, 31, 32, 34, 42, 51, 82, 83, 88, 89, 90, 94, 97, 98
53, 58, 59, 60, 61, 63, 64, 65, 71, 76, 80, 85, muzium, 20
91, 92, 95, 97, 98, 101 negatif, 10, 11, 12, 14, 31, 32, 37, 38, 42, 66, 71,
diintegrasikan, 31 85, 87, 91, 95, 96, 97, 98, 99
disiplin, 22, 35 numerikal, 23
domestik, 33, 35 operasi, 35
duda, 53 pantai, 11, 12, 14, 17, 18, 20, 28, 31, 37, 46, 47,
elemen, 26, 33, 42, 60, 65, 71, 76, 80, 86, 89 62, 71, 72, 73, 74, 82, 88, 89, 98
estetik, 42 pelan induk, 44
fasiliti awam, 9, 11, 14, 16, 34, 35, 42, 46, 60, pelancong, 9, 10, 11, 12, 14, 16, 18, 32, 33, 34,
61, 65, 66, 67, 70, 85, 89, 93, 95, 98 35, 36, 37, 38, 39, 41, 44, 47, 91
fenomena, 22, 36 pelancongan, 8, 9, 10, 11, 12, 14, 15, 16, 20, 31,
fizikal, 9, 10, 12, 14, 15, 22, 31, 33, 34, 42, 43, 32, 33, 34, 36, 37, 38, 43, 71, 86, 91, 98, 100,
44, 50, 51, 59, 60, 63, 70, 89, 91, 92 101
formal., 57 pembolehubah, 20, 25
galeri, 20 pengunjung, 8, 9, 10, 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17,
gazebo, 11, 96 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 32, 34,
geologi, 20 36, 37, 40, 41, 42, 43, 46, 48, 49, 50, 51, 53,
geopark, 43 54, 55, 56, 57, 58, 60, 61, 62, 63, 65, 66, 67,
habitat, 31, 33 68, 69, 70, 71, 72, 73, 74, 75, 76, 77, 78, 79,
impak, 8, 12, 31, 34, 38, 85, 87, 98 80, 81, 82, 83, 84, 85, 86, 87, 89, 90, 92, 93,
industri, 33, 34, 46, 71 94, 95, 96, 97, 98, 99
inovatif, 42 persekitaran, 8, 9, 10, 16, 31, 32, 33, 35, 36, 37,
internet, 22 40, 42, 45, 46, 51, 62, 68, 71, 72, 73, 74, 84,
janda, 53, 54 85, 87, 91, 100
78
persisiran, 20, 37, 46, 71, 72, 73, 74, 88, 89
pesisir pantai, 9, 47, 71, 84, 89
pesisiran pantai, 11, 18, 20, 92, 98
pondok kecil, 96
populasi, 7, 25, 26
positivisme, 22
representetif, 25
responden, 3, 5, 14, 51, 90
responsif, 42
riadah, 8, 53, 73, 74, 92
saintifik, 22, 44
sampah, 11, 37, 44, 48, 49, 60, 61, 62, 63, 68,
75, 84, 86, 87, 88, 89, 92, 96, 98, 99, 100,
102, 104
sisa bahan buangan, 38
soal selidik, 14, 17, 21, 24, 25, 28, 30, 53, 57,
60, 84, 88, 95
sokongan, 22, 30, 42
staphylococcus aureus, 39
statistik, 24
subsektor, 34
surat pekeliling, 22
tandas awam, 12, 39, 40, 47, 48, 60, 62, 75, 76,
77, 78, 79, 89, 90, 97, 98, 100, 101, 103
tumpuan, 8, 9, 10, 11, 12, 14, 15, 16, 34, 36, 37,
38, 40, 41, 43, 44, 45, 47, 49, 53, 54, 55, 60,
62, 65, 75, 86, 87, 90, 91, 93, 94, 96, 97, 98
utiliti, 35
vandalism, 69
warisan, 19, 20, 32, 43, 88, 98
79
KETERANCAMAN DAYA TAMPUNG FIZIKAL
DI TANJUNG BALAU, KOTA TINGGI DAN KESANNYA
KEPADA KEDATANGAN PENGUNJUNG
Buku Keterancaman Daya Tampung Fizikal Di Tanjung Balau, Kota Tinggi Dan
Kesannya Kepada Kedatangan Pengunjung ini merupakan inisiatif para penyelidik
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (SEEDS),
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam
usaha memperkasa bidang Geografi yang telah membawa revolusi dalam
metadologi kajian geografi. Terdapat tujuh bab dalam buku ini yang mempunyai
keterangkuman keseluruhan wacana geografi fizikal dan manusia. Kekuatan buku
ini ialah ditulis dan digarap oleh pakar dalam bidang ilmu Geografi UKM yang
berpengalaman dalam menghuraikan aspek ontologi, epistemologi dan aksiologi
geografi. Tujahan ilmu geografi dalam buku ini fokus kepada cabang ilmu
geografi pelancongan di Malaysia terhadap unsur keterancaman daya tampung
fizikal di sesebuah tempat tumpuan pengunjung. Buku ini merupakan dimensi
baharu dalam pembelajaran geografi masa kini dan kemapanan geografi dalam
Revolusi Industri ke-4. Buku ini bertujuan membincangkan wacana geografi
untuk masa hadapan yang menjadi sumber rujukan utama dalam pengajaran dan
pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia dan sangat sesuai juga bagi
bacaan umum
MUHAMMAD HAZWAN HELMI BIN
SHAMSOL, BA (HONS) adalah graduan Program
Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
ROSNIZA AZNIE CHE ROSE (PHD) adalah
pensyarah kanan di Program Geografi, Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Kajian terbaru beliau menumpukan kepada
demografi, perancangan pelancongan dan penilaian
impak sosial.
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia