The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Abdul Aziz bin Marzuki Rosniza Aznie Che Rose
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
eISBN 978-983-2795-48-3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aznie, 2020-10-22 01:24:30

PENGARUH PENUAAN PENDUDUK BANDAR TERHADAP KEPERLUAN KEMUDAHAN AWAM MESRA WARGA TUA

Abdul Aziz bin Marzuki Rosniza Aznie Che Rose
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
eISBN 978-983-2795-48-3

Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGARUH PENUAAN PENDUDUK BANDAR TERHADAP
KEPERLUAN KEMUDAHAN AWAM
MESRA WARGA TUA

Abdul Aziz Marzuki
Rosniza Aznie Che Rose

Cetakan Pertama / First Printing 2020

Hakcipta / Copyright Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan
Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2020

Hakcipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan
untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk, sama ada dengan cara elektronik,
gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran daripada Program Geografi, Pusat Kajian
Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form,
electronics or mechanical including photocopy, recording or any information storage and retrieval
system, without permission in writing from Geography Programme, Center for Research in
Development, Social and (SEEDS), Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan
Malaysia

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial
& Kemanusiaan, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D. E. Malaysia

Dicetak di Malaysia oleh / printed in Malaysia by
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains
Sosial & Kemanusiaan, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 UKM Bangi, Selangor D. E. Malaysia

http://www.ukm.my/ppspp/

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
PENGARUH PENUAAN PENDUDUK BANDAR TERHADAP KEPERLUAN KEMUDAHAN AWAM
MESRA WARGA TUA/ Abdul Aziz Marzuki, Rosniza Aznie Che Rose
eISBN 978-983-2795-48-3
1. Penuaan Penduduk Bandar
2. Kemudahan Awam
3. Warga Tua
I. Abdul Aziz Marzuki
II. Rosniza Aznie Che Rose

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL ii

SENARAI KEPENDEKAN iii

PRAKATA iv

Mukasurat

Bab 1 : PENDAHULUAN PENUAAN PENDUDUK BANDAR TERHADAP

KEPERLUAN KEMUDAHAN AWAM MESRA WARGA TUA

1

Bab 2:LATAR BELAKANG BANDAR KUALA LUMPUR DAN METOD

KAJIAN 9

Bab 3:MODEL KAJIAN PENGARUH PENUAAN PENDUDUK BANDAR 22

TERHADAP KEPERLUAN KEMUDAHAN AWAM MESRA

WARGA TUA

Bab 4: PROFIL PENDUDUK TUA BANDAR KUALA LUMPUR 43

Bab 5:KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM BAGI KEPERLUAN 51

WARGA TUA

Bab 6:KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM BAGI KEPERLUAN 61

WARGA TUA

Bab 7:LANGKAH YANG SESUAI KEPADA MASYARAKAT UNTUK 70

MEMBANTU WARGA TUA BANDAR

Bab 8: KESIMPULAN 78

RUJUKAN 85

PEYUMBANG MAKALAH 92

INDEKS 93

i

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

Jadual 2.1 Jumlah penduduk tua mengikut kumpulan umur dan 14
Jadual 2.2 mukim Kuala Lumpur 2000 15
Jumlah penduduk tua mengikut kumpulan umur dan
mukim Kuala Lumpur 2010

Jadual 3.1 Jumlah warga tua 60 dan 65 tahun dan ke atas di dunia, 30
negara maju, negara membangun daripada tahun 1950
Jadual 3.2 hingga tahun 2050 32
Jumlah (juta) warga tua 60 tahun dan ke atas di kawasan-
Jadual 4.1 kawasan utama dunia daripada tahun 1950 sehingga tahun 44
Jadual 5.1 2050 60
Jadual 6.1 69
Jadual 7.1 Jadual profil penduduk 76
Skor min penggunaan pengangkutan awam
Skor min kemudahan kesihatan awam
Skor min langkah membantu warga tua bandar

ii

AIDS SENARAI KEPENDEKAN
DBKL
DWEN Acquired Immunodeficiency Syndrome
HIV Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
KTM Dasar Warga Emas Negara
KL Human Immunodeficiency Virus
LRT Keretapi Tanah Melayu
MRT Kuala Lumpur
PhD Light Rail Transit
PTWEN Mass Rapid Transit
RM Doctor of Philosophy
SAGE Pelan Tindakan Warga Emas Negara
SPSS Ringgit Malaysia
SPM Scientific Advisory Group for Emergencies
WHO Statistical Package for the Social Sciences
Sijil Pelajaran Malaysia
World Health Organization

iii

PRAKATA

Buku Pengaruh Penuaan Penduduk Bandar Terhadap Keperluan Kemudahan Awam Mesra Warga Tua
di Kuala Lumpur ini merupakan sebuah negara membangun akan merasai penuaan penduduk dalam
masa terdekat dan akan mencapai status negara tua yang lebih pesat berbanding negara maju (Unites
Nations, 2001). Malah, menurut United Nations (2001), antara tahun 1950 sehingga tahun 2010 jumlah
warga tua 60 tahun ke atas di Malaysia telah menunjukkan peningkatan daripada 7.3 peratus kepada
8.3 peratus pada tahun 2010 dan seterusnya akan meningkat kepada 20.8 peratus pada tahun 2050 yang
akan datang. Peningkatan warga emas atau warga tua ini berlaku disebabkan perancangan berkahwin
lambat, melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, menumpukan kerja, amalan perancangan
keluarga yang mengehadkan bilangan anak dan lain-lain lagi. Oleh itu, hal ini telah menyebabkan
berlakunya perubahan terhadap keperluan masyarakat berkaitan dengan kemudahan dan perkhidmatan
awam kerana warga tua mempunyai keperluan yang khusus yang mesti dipenuhi. Menganalisis
perkhidmatan awam yang digunakan oleh warga tua bandar adalah objektif utama kajian dijalankan.
Kaedah kuantitatif berdasarkan pengumpulan data primer daripada borang soal selidik berstruktur
diedarkan kepada 100 penduduk yang terdiri daripada penduduk tua di kawasan sekitar Kuala Lumpur
dengan menggunakan teknik Persampelan Rawak Mudah. Pengaruh penuaan penduduk bandar
terhadap keperluan kemudahan awam mesra warga tua dianalisis daripada Ujian Kenormalan, Analisis
Deskriptif dan Ujian Kolerasi Pearson menggunakan IBM SPSS 25. Melalui analisis yang dijalankan,
hasil kajian menunjukkan kemudahan awam yang sedia ada ini telah membantu warga tua dalam
menjalankan kegiatan seharian mereka dan kemudahan awam yang sedia ada ini juga turut merupakan
keperluan warga tua untuk meneruskan kelangsungan hidup. Oleh itu, pihak bertanggungjawab perlulah
menyediakan lebih banyak kemudahan awam yang mesra terhadap warga tua bagi menghadapi status
negara tua pada tahun 2030 akan datang. Penghargaan kepada Geran TAP-K012925, dan Geran
Penyelidikan FRGS/1/2019/SS07/UKM/02/2 kerana membiayai sepenuhnya kajianini.

Abdul Aziz bin Marzuki
Rosniza Aznie Che Rose
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran,
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

iv

BAB
I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sedang membangun. Pertumbuhan ekonomi
di Malaysia berlaku dengan sangat pesat sekali sejak tiga dekad yang lalu (United Nations
2011). Hal ini secara tidak langsung telah memberi kesan positif kepada perubahan
sosioekonomi seperti peningkatan taraf pendidikan, perkerjaan, tahap penjagaan kesihatan,
penurunan kadar kelahiran, penurunan kadar kematian dan peningkatan jangka hayat
individu (Simpson 2009). Perubahan sosioekonomi ini telah membawa kepada peningkatan
warga tua dan sekaligus membawa kepada perubahan pola penuaan penduduk di Malaysia
(Heller 2006).

Umumnya, penuaan penduduk menunjukkan pertambahan sebahagian individu
yang didefinisikan sebagai ‘tua’ (United Nations 1973) dan ‘lemah’ (vulnerable) yang
memerlukan perhatian khusus daripada masyarakat (United Nations 1973; Lukman 2000).
Menurut Santo dan Sarwono (2003) warga tua digelar sebagai golongan yang lemah kerana
mengalami penurunan tahap kesihatan, keadaan fizikal yang lemah, kurang berkemampuan,
kurang penjagaan dan keadaan rumah yang agak uzur.

Malaysia sebagai negara membangun akan merasai penuaan penduduk dalam masa
terdekat dan akan mencapai status negara tua lebih pesat berbanding negara maju. Warga
tua di Malaysia akan berganda daripada 7 peratus kepada 14 peratus dalam masa 28 tahun
sahaja, berbanding Sweden yang telah mengambil masa selama 112 tahun untuk perubahan
yang sama (Ibrahim et al. 2014). Pada tahun 2020, Malaysia sedang menuju ke

1

arah negara tua apabila jumlah penduduk 60 tahun ke atas telah mencatatkan seramai 9.3
peratus atau seramai 3.0 juta orang pada tahun 2017. Mengikut Noraida (2016), Malaysia
akan mencapai mencapai status negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60
tahun ke atas mencapai 15 peratus daripada jumlah penduduk. Berdasarkan proses penuaan
penduduk yang dialami oleh Malaysia sekarang, menjelang tahun 2030 ia juga merupakan
proses yang sama berlaku di negara Jepun pada tahun 2010 (Noraida 2016). Oleh itu,
berdasarkan apa yang dialami atau dilalui oleh Malaysia sekarang, sejauhmanakah
persediaan Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang berstatus negara tua dalam
menyediakan keperluan kemudahan awan yang mesra warga tua terutamanya di bandar-
bandar dalam Malaysia

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Perkembangan yang positif dalam bidang sosiekonomi telah menyebabkan berlakunya
penurunan kadar kematian, penurunan kadar kesuburan dan peningkatan jangka hayat
individu. Perkara ini berlaku disebabkan antaranya ialah penduduk wanita dan lelaki
membuat keputusan untuk berkahwin lambat, menyambung pelajaran ke peringkat lebih
tinggi, menfokuskan diri kepada kerjaya dan mengambil keputusan tidak berkahwin awal.
Sebaliknya pasangan yang sudah berkahwin, kebanyakkanya mereka mengamalkan amalan
perancangan keluarga dengan mengehadkan bilangan anak dan ada juga pasangan yang
mengambil keputusan untuk tidak mempunyai anak (Abdul Hamid 2018). Hal ini akan
mengakibatkan golongan muda semakin berkurangan, manakala golongan tua semakin
meningkat.

Seterusnya, kawasan bandar merupakan kawasan tumpuan orang ramai terutamanya
bandar besar seperti Kuala Lumpur kerana peluang pekerjaan yang tinggi (Lukman 2000).
Kawasan bandar ini merupakan kawasan tumpuan orang ramai kerana kegiatan
sosioekonominya yang rancak berlaku. Tahap penyediaan kemudahan awam di Kuala

2

Lumpur seperti kita tahu amat baik kerana kemudahan awamnya dari segi pengangkutan
adalah menyeluruh intra kota. Walaubagaimanapun, kemudahan awam yang sedia ada ini
masih belum mampu menampung penduduk di kawasan tersebut dan ianya juga belum lagi
mesra terhadap warga tua (Unit Perancang Ekonomi 2014).

Oleh itu, perkara ini telah membawa kepada beberapa permasalahan kajian.
Permasalahan kajian pertama ialah penduduk menua di kawasan Kuala Lumpur telah
menunjukkan sebuah pola penduduk menua yang turun naik. Hal ini berlaku kerana hanya
sebahagian warga tua sahaja yang tinggal secara tetap di Kuala Lumpur, sebahagian lagi
kebanyakkanya menetap di lokasi asal selepas persaraan.

Seterusnya, permasalahan kedua ialah kemudahan awam di Kuala Lumpur yang
sedia ada seperti pengangkutan awam, fasiliti awam dan perkhidmatan awam, sukar diakses
oleh warga tua terutamanya dari segi darjah ketersampaian, letakan kemudahan dan
perkhidmatan yang disediakan. Hal ini akan menyebabkan warga tua sukar untuk
melibatkan diri mereka dalam aktiviti harian seperti penduduk yang lain.

Akhir sekali, permasalahan ketiga ialah banyak langkah yang pihak kerajaan telah
lakukan untuk membantu memudahkan warga tua dalam menggunakan perkhidmatan
awam, walaubagaimanapun sikap segelintir masyarakat yang kurang prihatin menyebabkan
warga tua mengalami masalah semasa menggunakan kemudahan awam tersebut. Langkah
pendidikan wajar dilakukan supaya budaya bantu membantu dan memudahkan urursan
warga tua dapat dilakukan dengan kerjasama semua penduduk bandar.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian merupakan ramalan secara formal yang mungkin dicapai dalam kajian
yang dijalankan. Persoalan yang ditimbulkan adalah selaras dengan objektif kajian.
Menurut Chua (2011), persoalan kajian tidak boleh berdiri sendiri tanpa merujuk objektif
kajian yang digunakan bagi menilai pencapaian matlamat penyelidikan yang dijalankan.

3

a) Apakah kemudahan pengangkutan awam bagi keperluan warga tua?
b) Apakah kemudahan kesihatan awam bagi keperluan warga tua?
c) Apakah langkah yang sesuai kepada masyarakat untuk membantu warga tua

bandar?

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya kajian ini dijalankan adalah betujuan untuk menilai pengaruh penuaan
penduduk bandar terhadap keperluan kemudahana awam yang mesra warga tua di Kuala
Lumpur. Oleh itu beberapa objektif telah dikenal pasti bagi melengkapkan kajian tersebut.

a) Menganalisis kemudahan pengangkutan awam bagi keperluan warga tua.
b) Menganalisis kemudahan kesihatan awam bagi keperluan warga tua.
c) Mencadangkan langkah yang sesuai kepada masyarakat untuk membantu warga

tua bandar.

1.5 SKOP KAJIAN

Kajian ini memfokuskan kepada golongan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas kerana
golongan ini merupakan golongan yang semakin meningkat dalam negara dan akan
menjadikan Malaysia sebagai negara tua pada tahun 2020. Golongan warga tua ini juga
memerlukan perhatian dan penjagaan yang lebih daripada penduduk setempat serta pihak
kerajaan terutamanya dalam mewujudkan kemudahan awam yang mesra warga tua bandar
supaya mereka ini boleh melibatkan diri mereka dalam aktiviti harian seperti penduduk
biasa.

Kuala Lumpur dipilih sebagai kawasan kajian adalah kerana Kuala Lumpur merupakan
ibu negara Malaysia yang pesat membangun dengan pelbagai kegiatan sosioekonomi.
Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai kerana ia, merupakan kawasan yang
mempunyai peluang pekerjaan yang banyak dan turut terdiri daripada

4

penduduk dari pelbagai peringkat umur. Kemudahan awam yang terdapat di Kuala Lumpur
telah banyak memudahkan aktiviti seharian penduduk setempat. Namun begitu, kemudahan
awam yang sedia ada ini masih belum mesra terhadap warga tua bandar bagi memudahkan
mereka menjalankan aktiviti seharian seperti penduduk biasa. Oleh itu, untuk menjalankan
kajian berkaitan dengan penuaan penduduk dan kemudahan awam, maklumat yang
berkaitan akan dikumpul daripada pihak kerajaan, agensi swasta, laman web dan
sebagainya.

1.5.1 Sampel Kajian

i. Penduduk tua yang tinggal di sekitar bandar Kuala Lumpur.
ii. Jumlah penduduk yang dipilih ialah berdasarkan metod persampelan

bertujuan. Kajian ini hanya dijalankan untuk penduduk tua 60 tahun ke atas
sahaja dan tidak melibatkan penduduk peringkat umur yang lain.
iii. Penduduk yang dipilih ialah dalam lingkungan umur 60 tahun dan ke atas.

1.5.2 Kawasan Kajian

i. Kajian dijalankan di bandar Kuala Lumpur.
ii. Kawasan Kuala Lumpur yang terlibat dalam proses pengedaran borang

soal selidik:
• Bandaraya Kuala Lumpur
• Setapak
• Ampang
• Cheras
• Wangsa Maju
• Ulu Kelang
• Gombak
• Petaling

5

iii. Kawasan ini merupakan sebuah tempat yang sesuai dijadikan sebagai tempat
penyelidikan kerana ianya merupakan kawasan yang berada dalam mukim
Kuala Lumpur dan ianya juga merupakan kawasan bandar yang mempunyai
pelbagai kemudahan awam yang disediakan.

1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian yang dilakukan ini mempunyai beberapa kepentingan kepada penyelidik dan kepada
pihak yang terlibat. Sesuatu kajian itu sangat penting untuk membantu menyelesaikan
sesuatu masalah sama ada masalah pada masa sekarang atau masalah pada makan akan
datang. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa kepentingan yang boleh
dimanfaatkan oleh pihak yang tertentu.

Kepentingan penyelidikan kajian ini ialah dapat memberi sumber rujukan kepada
pihak yang terlibat terutamanya pihak kerajaan dan pihak berkuasa seperti Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penduduk tempatan dan pengkaji lain. Hasil kajian
yang diperolehi dalam kajian ini dapat dijadikan sumber rujukan dan panduan kepada pihak
yang terlibat untuk membuat tindakan usulan yang boleh dilakukan bagi membuat
penambahbaikan untuk menangani masalah yang berlaku dalam penuaan penduduk bandar
dan kemudahan awam yang mesra warga tua. Selain itu, hasil kajian ini juga boleh dijadikan
sebagai rujukan bagi membuat kajian yang lebih mendalam dan terperinci berkaitan tentang
penuaan penduduk bandar dan kemudahan awam mesra warga tua. Hal ini, secara tidak
langsung dapat membantu negara dalam menangani masalah negara tua pada masa akan
datang.

Akhir sekali, kepentingan kajian yang terakhir ialah penyelidik berharap dengan
hasil kajian yang diperolehi dalam kajian ini, dapat membuka minda pembaca tentang
masalah yang sedang dihadapi oleh negara Malaysia sekarang. Oleh itu, penyelidik
berharap hasil pembacaan ini juga akan melahirkan individu yang lebih peka dan saling
membantu untuk bersama menghadapi negara tua yang bakal dialami oleh Malaysia.

6

1.7 ORGANISASI PENYELIDIKAN

Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji membahagikan penulisan penyelidik
kepada lapan bab. Bab pertama pengenalan, bab kedua latar belakang kawasan kajian dan
metod kajian yang digunakan. Seterusnya bab ketiga pula pengkaji akan menfokuskan
kepada penuaan penduduk bandar terhadap keperluan kemudahan awam mesra warga tua.
Bab empat pula mengenai profil penduduk penduduk tua bandar Kuala Lumpur. Bab lima
ialah perbincangan mengenai kemudahan pengangkutan awam terhadap warga tua, bab
enam pula mengenai kemudahan kesihatan awam terhadap warga tua, manakala, bab tujuh
ialah mengenai langkah yang sesuai kepada masyarakat untuk membantu warga tua bandar
dan ke lapan ialah kesimpulan bagi keseluruhan penyelidikan yang dijalankan oleh
pengkaji.

Pada bahagian pengenalan, pengkaji menceritakan secara umum berkaitan latar
belakang kajian. Selain itu, bahagian ini juga memberi fokus kepada aspek permasalahan
kajian, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian dan kepentingan kajian yang
dijalankan. Bahagian kedua penulisan buku ini ialah penekanan kepada latar belakang
kawasan kajian. Bahagian kawasan kajian menerangkan berkaitan lokasi dan geografi
bandar Kuala Lumpur. Malah bab dua juga pengkaji akan menerangkan kepada reka bentuk
kajian yang digunakan, kaedah pengumpulan data dan instrumen kajian. Bahagian ini akan
menerangkan perkara berkaitan pengumpulan data primer dengan mengedarkan borang soal
selidik. Pengumpulan data sekunder diperoleh daripada bahan bacaan di internet, Taburan
Penduduk Mengikut Kawasan PBT dan Mukim 2000 dan 2010, Dasar Warga Emas Negara
dan Pelan Tindakan Kuala Lumpur 2020. Penekanan kajian yang digunakan adalah secara
kuantitatif turut dijelaskan pada bab ini. Bagi bab tiga pula, penenekanan akan diberikan
iaitu penuaan penduduk bandar terhadap keperluan kemudahan awam mesra warga tua.

7

Bab keempat dalam penulisan kajian ini pula menjelaskan berkaitan profil
penduduk tua 60 tahun dan ke atas. Seterusnya bab kelima pula menganalisis kemudahan
pengangkutan awam bagi keperluan warga tua bandar dan bab keenam juga menganalisis
kemudahan kesihatan awam bagi keperluan warga tua bandar. Bahagian ini melihat kepada
aspek keselesaan, harga penggunaan kemudahan dan tahap mesra terhadap warga tua
Kesemua aspek ini dinilai bagi melihat sejauh mana kemudahan pengangkutan awam dan
kemudahan kesihatan ini mesra terhadap warga tua bandar. Penilaian impak ini diukur
dengan menggunakan skala likert. Seterusnya, bab ketujuh menjelaskan tentang cadangan
dan langkah-langkah yang sesuai kepada masyarakat untuk membantu warga tua bandar.
Antara aspek yang dinilai ialah tanggungjawab anak-anak, masyarakat dan kerajaan
Bahagian terakhir iaitu bab lapan pula akan merumuskan dapatan kajian secara keseluruhan
daripada proses penyelidikan yang telah dijalankan. Implikasi kajian serta cadangan kajian
lanjutan turut diterangkan pada bab lapan.

1.8 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, penuaan penduduk ini merupakan satu proses yang setiap negara
akan menghadapinya terutamanya negara membangun. Proses penuaan penduduk di
Malaysia berlaku sangat cepat berbanding dengan negara membangun yang lain dan akan
menjadikan negara kita negara menua pada tahun 2030. Peningkatan warga tua ini
menyebabkan pelbagai pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak kerajaan perlu
melakukan persediaan untuk menghadapi negara menua pada masa akan datang,
terutamanya dalam mewujudkan kemudahan awam yang mesra warga tua bagi
membolehkan mereka menjalankan aktiviti seharian mereka seperti penduduk biasa.

Melalui hasil kajian ini, kita dapat mengetahui dengan lebih jelas tentang pola
penuaan penduduk yang sedang berlaku dan pengaruhnya terhadap keperluan kemudahan
awam yang mesra wargat tua serta langkah pendidikan yang boleh dilakukan untuk
memupuk semangat membantu warga tua di bandar. Oleh itu, kajian ini hanya
memfokuskan mengenai pengaruh penuaan penduduk bandar terhadap keperluan
kemudahan awam yang mesra warga tua di Kuala Lumpur.

8

BAB
2

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN DAN METOD KAJIAN

2.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan berkaitan dengan kawasan kajian yang digunakan bagi
meyempurnakan kajian ini. Bandaraya Kuala Lumpur merupakan kawasan yang dipilih
bagi menjalankan kajian. Penerangan terperinci berkaitan dengan kawasan kajian akan
dikupas pada bahagian ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan faktor yang
dikaji wujud di kawasan kajian berkenaan. Secara umumnya kajian ini bertujuan mengkaji
pengaruh penuaan penduduk bandar terhadap keperluan kemudahan awam mesra watrga
tua di Kuala Lumpur. Oleh itu, kajian berbentuk kajian tinjauan (survey) dengan
menggunakan instrumen utama iaitu soal selidik adalah amat sesuai bagi mencapai
matlamat kajian. Kajian tinjauan juga membantu penyelidik bagi mendapatkan data primer
dan data sekunder. Selain itu, kaedah pemilihan sampel dalam kalangan penduduk Kuala
Lumpur juga akan dibincangkan pada bab ini. Manakala bahagian akhir bab ini
menerangkan kaedah menganalisis data secara terperinci bagi mememastikan objektif
kajian dapat dicapai.

2.2 KAWASAN KAJIAN

Lokasi kajian merupakan komponen yang penting. Berdasarkan kajian yang dijalankan,
pengkaji memilih bandar Muar, Johor sebagai lokasi dalam menjalankan kajian. Oleh itu,
latar belakang berkaitan ciri-ciri guna tanah dan topografi berkaitan bandar Kuala Lumpur
dijelaskan pada bab ini.

9

2.2.1 Latar Belakang Kuala Lumpur

Kajian dilakukan adalah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai
Kuala Lumpur, merupakan ibu negara Malaysia. Kuala Lumpur juga merupakan bandaraya
yang terbesar di Malaysia. Kawasan Kuala Lumpur ini meliputi tanah seluas 244 kilometer
persegi dan jumlah penduduknya ialah seramai 1.796 juta orang mengikut banci pada tahun
2018. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini tergolong dalam sebuah kawasan
metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah
Klang yang mempunyai penduduk sebanyak 7.2 juta orang. Kuala Lumpur ini merupakan
kawasan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan
sosioekonomi.

Selain itu, geografi Kuala Lumpur dicirikan oleh lembah besar yang dikenali
sebagai Lembah Klang yang bersempadan dengan Banjaran Titiwangsa di timur, beberapa
banjaran kecil di utara dan selatan serta Selat Melaka di barat. Kuala Lumpur terletak di
tengah negeri Selangor, pernah berada di bawah pemerintahan kerajaan negeri Selangor,
sehingga dipisahkan pada tahun 1974 untuk menjadi Wilayah Perekutuan pertama yang
ditadbir sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia.

Seterusnya, pentadbiran bandaraya Kuala Lumpur meliputi kawasan seluas 243.65
km persegi dengan ketinggian tanah purata 21.95 m. Tugas pentadbiran bandaraya dipikul
oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sebuah agensi di bawah Kementerian
Wilayah Persekutuan Malaysia. DBKL bertanggungjawab terhadap kesihatan dan
kebersihan awam, pelupusan dan pengurusan sampah dan bahan buangan, perancangan
bandar, perlindungan alam sekitar dan kawalan pembinaan, pembangunan sosial dan
ekonomi serta penyelenggaraan prasarana bandar secara amnya. Antara kawasan
pentadbiran Kuala Lumpur ialah Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa,
Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak.

Kuala lumpur dibina pada tahun 1880 di tapak beberapa penempatan perlombongan.
Pada tahun 1880 ia menjadi ibu kota Kepimpinan Selangor dan menjadi

10

pusat pentadbiran Prinsip-prinsip Melayu Bersekutu yang dicipta oleh penjajah-penjajah
British.Pada tahun 1946, Kuala Lumpur menjadi pusat koloni British yang kemudian
dikenali sebagai Malayan Union dan pada tahun 1948 ianya dikenal sebagai Persekutuan
Tanah Melayu. Pada 16 September 1963,Kuala Lumpur telah menjadi ibu negara
Persekutuan Malaysia dan juga merupakan salah satu pusat utama pergerakan pekerja di
negara ini. Disamping itu juga, Kuala Lumpur adalah merupakan sebuah bandar yang
mempunyai pengangkutan yang cekap. Terdapat pelbagai perkhidmatan pengangkutan
yang disediakan antaranya ialah MRT, KTM, Komuter, LRT, KLIA 1 dan KLIA 2 serta
jalanraya yang menghubungkan antara bandar Kuala Lumpur dan bandar sekitarnya (Pelan
Struktur KL 2020 2007).

2.2.1.1 Iklim

Terlindung oleh banjaran titiwangsa di timur dan pulau sumatera, indonesia di barat, Kuala
Lumpur beriklim hutan hujan tropika yang panas dan cerah dengan curahan hujan yang
lebat sepanjang tahun, terutamanya ketika musim monsun timur laut dari bulan oktober
hingga mac. Menurut Jabatan Meterologi Malaysia, suhunya agak malar iaitu
maksimumnya sekitar 31 dan 33 °c (88 dan 91 °f) tetapi tidak pernah melampaui 37 °c
(99 °f), sementara minimumnya sekitar 22 dan 23.5 °c (71.6 dan 74.3 °f) dan tidak pernah
kurang daripada 19 °c (66 °f). Kuala lumpur lazimnya menerima curahan hujan sebanyak
2,266 mm (89.2 in) setiap tahun bulan jun dan julai agak kering, namun demikian curahan
hujan biasanya melebihi 125 mm (5 in) sebulan (Jabatan Meterologi Malaysia 2010).

Banjir seringkali berlaku di kuala lumpur apabila hujan turun dengan lebatnya,
khususnya di pusat bandaraya dan kawasan hilir. Adakalanya, kuala lumpur dan kawasan
sekitarnya dicemari oleh jerebu akibat kepulan zarah-zarah habuk dari kebakaran hutan di
pulau sumatera, menjadikan jerebu sebagai salah satu punca utama pencemaran di
bandaraya di samping pembakaran terbuka, pengeluaran bahan-bahan pencemar dari
kenderaan bermotor dan kerja-kerja pembinaan.

11

2.2.1.2 Corak gunatanah

Gunatanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengikur Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur adalah seluas 59,850.87 hektar. Manakala mengikut tafsiran Peta Guna Tanah
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkeluasan fizikal sebanyak 23,924 hektar pada tahun
1995, 24,407 hektar pada tahun 1997, 24,407 hektar pada tahun 2000, 24, 407 hektar pada
tahun 2004 dan 24,408 hektar pada tahun 2006. Perubahan gunatanah dapat dapat dilihat
dengan lebih jelas mengikut jenis gunatanah (Pelan Struktur KL 2020 2007)

Gunatanah untuk kawasan kediaman tahun 2000 oleh Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur adalah seluas 12,401.18 hektar iaitu satu jumlah keluasan yang tinggi berbanding
dengan keluasan tanah perindustrian. Keluasan gunatanah yang semakin luas untuk
kawasan kediaman adalah untuk menampung bilangan penduduk yang semakin meningkat.
Keluasan yang digunakan untuk pentadbiran pula merangkumi pejabat kerajaan dan
ketenteraan pada tahun 2000 iaitu seluas 4,299.21 hektar. Namun, kini keluasan ini telah
menjadi semakin kecil kerana kebanyakan pusat pentadbiran yang dahulunya berpusat di
Bandaraya Kuala Lumpur telah berpindah ke kawasan pentadbiran negara yang baru iaitu
Wilayah Persekutuan Putrajaya (Bunnell 2002)

Akhir sekali, gunatanah untuk kegiatan pertanian, perhutanan dan perikanan pada tahun
200 hanya seluas 160.33 hektar kerana kerajaan lebih menumpukan gunatanah di kawasan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada projek kawasan kediaman untuk penduduk dan
kemudahan infrastruktur (Pelan Struktur KL 2020 2007).

2.2.1.3 Statistik penduduk

Jumlah penduduk dalam lingkungan sebenar bandaraya Kuala Lumpur pada tahun 2006
dianggarkan berjumlah 1.58 juta dan meningkat menjadi 796 juta pada 2018 (Demographic
Statistics Fourth Quarter (Q4) Malaysia 2018). Ketumpatan penduduknya adalah 6,696
inhabitants per kilometer persegi (17,340/sq mi), menjadikannya kawasan pentadbiran
paling tumpat penduduknya di Malaysia. Dengan anggaran jumlah penduduk

12

metropolitan sebanyak 7.2 juta pada tahun 2007 (termasuk bandar-bandar berhampiran di
sempadan Selangor), Kuala Lumpur boleh dianggap sebagai bandar raya primat (Basic
Population Characteristics by Administrative Districts, Jabatan Perangkaan Malaysia
2006). Penurunan kadar kelahiran yang berterusan di Kuala Lumpur telah menyebabkan
peratusan kanak-kanak bawah umur 15 tahun menjunam dari 33 peratus pada tahun 1980
ke 27 peratus pada tahun 2000. Sebaliknya, golongan usia bekerja 15–59 tahun pula
meningkat dari 63 peratus (1980) kepada 67 peratus (2000). Golongan warga emas pula,
iaitu berusia 60 tahun ke atas juga naik dari 4 peratus (1980) kepada 6 peratus (2000)
(Pelan Struktur KL 2020 2007).

Berdasarkan kajian banci Jabatan Statistik, peratusan penduduk Bumiputera di
Kuala Lumpur sahaja adalah 38 peratus pada tahun 2000 (banci seterusnya pada tahun
2010) manakala penduduk Cina dan India masing-masing merangkumi 43 peratus dan 10
peratus. Juga kelihatan adalah fenomena peningkatan kehadiran penduduk warga asing di
Kuala Lumpur, yang kini meliputi 9 peratus penduduk bandar (Pelan Struktur KL 2020
2007).

2.2.1.4 Statistik penduduk tua

Hasil bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia telah memperolehi jumlah
statistik penduduk tua pada tahun 2000 dan 2010 di Kuala Lumpur. Berdasarkan jadual 2.1,
menunjukkan bilangan jumlah penduduk tua mengikut umur dan mukim Kuala Lumpur
tahun 2000. Jumlah warga tua yang paling ramai ialah di kawasan Kuala Lumpur iaitu pada
peringkat 60 tahun hingga 64 tahun ialah berjumlah 7160 ribu orang, peringkat 65 tahun
hingga 69 tahun ialah 4188 ribu orang, peringkat 70 tahun hingga 74 tahun ialah 2936 ribu
orang dan 75 tahun dan ke atas ialah seramai 2878 ribu orang. Hal ini menunjukkan bahawa
mukim Kuala Lumpur merupakan mungkin yang mempunyai penduduk tua bandar yang
ramai, namun mukim Bandar Kuala Lumpur, Batu Caves, Petaling dan Setapak turut juga
mempunyai jumlah penduduk tua bandar yang tingg iaitu 4000 ribu orang dan ke atas.

13

Seterusnya, berdasarkan 1.1 pada peringkat umur 2000 meunjukkan warga tua yang
berumur 60 tahun hingga 64 tahun mempunyai jumlah yang ramai berbanding dengan
peringkat umur yang lain iaitu seramai 29194 ribu orang penduduk tua. Pada peringkat
umur 65 tahun hingga 69 tahun menunjukkan jumlah seramai 17572 ribu orang, peringkat
70 tahun hingga 74 tahun seramai 12188 ribu orang dan 75 tahun dan ke atas seramai 12134.
Hal ini menunjukkan bahawa walaupun umur penduduk tua semakin meningkat ianya
masih menunjukkan jumlah warga tua bandar masih lagi tinggi.

Jadual 2.1 Jumlah penduduk tua mengikut kumpulan umur dan mukim Kuala Lumpur 2000
Mukim Kumpulan Umur

60 - 64 65 - 69 70 - 74 75+

Ampang 738 441 301 259

Bandar Kuala Lumpur 5666 3736 2634 2608

Batu Caves 5979 3680 2377 2530

Cheras 221 125 91 76

Kuala Lumpur 7106 4188 2936 2878

Petaling 4849 2671 1938 2081

Setapak 4460 2629 1852 1637

Ulu Kelang 175 102 59 65

Jumlah 29194 17572 12188 12134

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Selain itu, jadual 2.2 pula menunjukkan jumlah penduduk tua mengikut kumpulan
umur dan mukim Kuala Lumpur pada tahun 2010. Bilangan penduduk tua bandar pada
tahun 2010 menunjukkan berlaku peningkatan jumlah penduduk tua di Kuala Lumpur.
Mukim yang mempunyai ramai penduduk tua bandar ialah mukim Kuala Lumpur iaitu pada
umur 60 tahun hingga 64 tahun menunjukkan jumlahnya ialah 11578 ribu orang, pada umur
65 tahun hingga 69 tahun ialah seramai 6938 ribu orang, Peringkat umur 70 hingga 74 tahun
menunjukkan jumlah warga tua bandar ialah 5470 ribu orang dan 75 tahun dan ke aras ialah
6510 ribu otang. Walau bagaimanapun, mukim seperti Bandar Kuala Lumpur, Petaling,
Batu Caves dan Setapak juga mempunyai jumlah warga tua yang ramai.

14

Akhir sekali, jadual 2.2 meunjukkan jumlah penduduk tua pada peringkat umur
umur 60 tahun hingga 64 tahun ialah seramai 46628 ribu orang penduduk tua. Pada
peringkat umur 65 tahun hingga 69 tahun ialah seramai 29474 ribu orang, peringkat 70
tahun hingga 74 tahun pula ialah seramai 21167 ribu orang dan 75 tahun dan ke atas ialah
seramai 24152. Keadaan ini menunjukkan berlaku peningkatan jumlah pendnduk tua
bandar dari tahun 2000 hingga tahun 2010.

Jadual 2.2 Jumlah penduduk tua mengikut kumpulan umur dan mukim Kuala Lumpu 2010
Mukim Kumpulan Umur

60 - 64 65 - 69 70 - 74 75+

Ampang 1132 1007 521 855

Bandar Kuala Lumpur 6613 4122 2989 3617

Batu Caves 10929 7406 4606 5121

Cheras 463 244 150 209

Kuala Lumpur 11578 6938 5470 6510

Petaling 8020 5169 4121 4193

Setapak 7575 4404 3214 3463

Ulu Kelang 318 184 96 184

Jumlah 46628 29474 21167 24152

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

2.2.1.4 Ekonomi

Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan bandar di sekelilingnya membentuk sebuah rantau
yang paling pesat pembangunan ekonominya di Malaysia. Walaupun pentadbiran kerajaan
persekutuan berpindah ke Putrajaya, namun jentera-jentera kerajaan tertentu seperti Bank
Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta
kebanyakan kedutaan dan misi diplomatik kekal di Kuala Lumpur.

Bandaraya ini merupakan pusat ekonomi dan perniagaan negara, tidak lupa juga pusat
kewangan, insurans, hartanah, media dan kesenian Malaysia. Pembangunan prasarana di
kawasan-kawasan sekeliling seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

15

Lumpur di Sepang, pembinaan Koridor Raya Multimedia dan peluasan Pelabuhan Klang
mengukuhkan lagi kepentingan ekonomi bandaraya ini.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) Kuala Lumpur dianggarkan bernilai RM73,536
juta pada tahun 2008 dengan purata kadar pertumbuhan tahunan 4.2%. KDNK per kapita
untuk Kuala Lumpur pada tahun 2008 ialah RM48,556, dengan purata kadar pertumbuhan
tahunan 5.9 peratus (Jabatan Statistik Malaysia 2008) Jumlah tenaga kerja di Kuala Lumpur
dianggarkan sekitar 838,400 orang. Sektor perkhidmatan merangkumi kewangan, insurans,
hartanah, khidmat perniagaan, pemborongan dan peruncitan, restoran dan hotel,
pengangkutan, simpanan dan komunikasi, utiliti, khidmat peribadi dan khidmat kerajaan,
membentuk paling ramai tenaga kerjanya iaitu 83.0 peratus daripada jumlah guna tenaga
dan 17 peratus yang selebihnya berada dalam sektor perkilangan dan pembinaan (Pelan
Struktur KL 2020 2007).

Pelbagai kegiatan ekonomi penting yang dijalankan di Kuala Lumpur termasuk
perkhidmatan pendidikan dan kesihatan. Banyak sekali institusi-institusi pendidikan utama
yang menawarkan kursus-kursus beraneka bidang dalam lingkungan sempadannya,
termasuk institusi awam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaya,
Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perubatan Antarabangsa dan Fakulti Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia, serta sebilangan besar kolej swasta seperti Universiti Tun
Abdul Razak dan Universiti Tunku Abdul Rahman yang menarik penuntut dari dalam dan
luar negara. Terdapat juga pelbagai pusat kepakaran perubatan dan hospital awam dan
swasta yang menawarkan perkhidmatan kesihatan am serta rawatan dan pembedahan pakar
untuk kegunaan warga tempatan mahupun pelancong dari luar seperti Institut Jantung
Negara, Hospital Kuala Lumpur dan sebagainya.

2.3 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian merupakan satu tatacara pengolahan data atau susunan untuk
pengumpulan data yang dipungut berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap
konsep pembentukan rangkaian antara pembolehubah yang terlibat dalam

16

sesuatu kajian. Reka bentuk kajian juga adalah untuk menyelaraskan bagi mencapai objektif
penyelidikan (Kerlinger 1970; Selltiz et.al 1950). Selain itu, reka bentuk kajian yang sesuai
juga adalah penting bagi penyelidik agar hasil kajian yang diperoleh dapat membantu
pengkaji lain untuk membuat rujukan hasil daripada kajian tersebut.

Oleh itu, kajian ini merupakan salah satu kajian kuantitatif dengan menggunakan
kaedah tinjauan. Kajian ini juga memilih persampelan bertujuan. Borang soal selidik
digunakan sebagai instrumen utama bagi mengumpul data primer daripada sampel kajian
iaitu penduduk tua di Kuala Lumpur. Selain itu, kajian ini juga disokong dengan temubual
secara informal dan pemerhatian tidak turut serta. Pengkaji telah menjalankan kajian
lapangan pada Januari 2020.
2.4 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kaedah pengumpulan data merupakan suatu teknik yang digunakan oleh pengkaji untuk
mengumpul data dalam kajian yang dilaksanakan. Antara kaedah yang digunakan dalam
kajian ini ialah dengan mengumpul data primer, sekunder, temubual secara informal dan
pemerhatian tidak turut serta di lapangan.

2.4.1 Data Primer

Data primer merupakan sumber data yang diperoleh secara langsung dari sumber asli atau
pihak pertama dan dikenali sebagai data mentah. Data ini diperolehi melalui pengumpulan
data di lapangan sama ada dari segi kaedah soal selidik dan kaedah temubual bersama
penduduk di Kuala Lumpur. Malah kaedah pemerhatian juga perlu diambil sebagai
maklumat tambahan di dalam data primer tersebut. Data primer ini boleh dianggap sebagai
data yang diambil daripada sumber maklumat yang tepat dan boleh dipercayai di dalam
penyelidikan ini.

17

2.4.2 Data Sekunder

Data sekunder merupakan sumber data yang diperoleh peneliti secara tidak langsung
melalui media perantara seperti media cetak dan media elektronik. Menurut Sabitha
Marican (2005), data sekunder ini diperolehi melalui sumber yang sahih seperti dalam
bentuk tulisan dan dalam bentuk penghayatan serta pendengaran. Data sekunder ini
merupakan data yang mudah diperolehi kerana menjimatkan masa, kos dan tenaga dalam
mendapatkan maklumat. Malah data sekunder juga berperanan sebagai data yang
digunapakai untuk mengukuhkan data primer.

Data sekunder ini merupakan sokongan utama terhadap data-data primer dan boleh
diperolehi melalui bahan-bahan bercetak seperti artikel, laporan tahunan, tesis dan
sebagainya. Terdapat juga data-data yang dikumpul dan diperolehi daripada sumber media
massa dan cetak seperti majalah, jurnal, internet, keratan akhbar, artikel, surat pekeliling
dan laporan tahunan. Data-data ini digunakan untuk mengukuhkan setiap maklumat, hasil
dan interpretasi daripada keputusan yang diperolehi.

2.4.3 Temubual Tidak Berstruktur dan Pemerhatian Tidak Turut Serta

Temubual tidak berstruktur dan pemerhatian tidak turut serta di lapangan adalah bertujuan
untuk mengukuhkan dapatan yang diperoleh daripada penduduk. Temubual secara informal
merupakan satu kaedah temubual yang dijalankan tanpa membina soalan dan pengkaji
mengemukakan soalan secara spontan kepada penduduk (Chua 2011). Berdasarkan kajian
yang dijalankan, pengkaji telah menjalankan temubual tidak berstruktur (informal) bersama
penduduk tua di Kuala Lumpur. Hal ini demikian kerana, pengkaji ingin memahami dengan
lebih mendalam berkenaan pengaruh penduduk tua terhadapa warga tua dan kemudahan
awam yang mesra terhadap warga tua di Kuala Lumpur. Selain itu, temubual ini juga
diperkukuhkan lagi dengan pemerhatian pengkaji di lapangan. Pembuktian pemerhatian ini
adalah melalui foto di lapangan. Oleh hal

18

demikian dapat disimpulkan bahawa temubual dan pemerhatian merupakan kaedah
alternatif bagi mendapatkan data tambahan daripada penduduk dan kawasan yang dikaji.

2.5 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian berkaitan pengaruh penuaan penduduk bandar terhadap keperluan kemudahan awam
mesra warga tua di Kuala Lumpur melibatkan penggunaan borang soal selidik berstruktur.
Bentuk soal selidik yang dibina dalam kajian ini menggunakan tiga pendekatan iaitu soalan
tertutup, soalan subjektif terbuka dan skala likert. Selain itu, pengkaji banyak menggunakan
ayat pendek dan ringkas bagi setiap item yang dikaji. Hal ini adalah bertujuan untuk
memudahkan penduduk memahami setiap item soalan yang dibina. Soalan ini juga dapat
mewakili dengan tepat aspek yang dinilai bagi mencapai objektif kajian.

Pengkaji telah membentuk lima bahagian dalam soal selidik ini. Bahagian A
merupakan soalan-soalan yang lebih memfokuskan kepada ciri-ciri demografi penduduk
manakala Bahagian B adalah untuk mengenalpasti kemudahan pengangkutan awam
terhadap warga tua. Bahagian C pula mengenalpasti tahap kemudahan kesihatan
awamterhadap warga tua dan seterusnya Bahagian D pula adalah lebih memfokuskan
kepada langkah yang sesuai kepada masyarakat untuk membantu warga tua bandar.

2.6 KAEDAH ANALISIS DATA

Borang soal selidik yang telah dijawab dan diisi lengkap oleh penduduk akan diproses dan
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPPS)
versi 22.0. Penggunaan perisian ini memudahkan pengkaji untuk menginterpretasi
keseluruhan data daripada borang soal selidik serta membuat penilaian dan rumusan kajian
dengan lebih tepat. Data daripada kajian ini akan melibatkan kaedah analisis deskriptif
melalui peratusan dan juga ukuran kecederungan memusat iaitu min.

19

2.6.1 Analisis Deskriptif

Menurut William (2003), analisis deskriptif ialah satu transformasi data mentah ke dalam
bentuk yang lebih mudah untuk difahami dan ditafsir. Selain itu, data-data juga disusun
semula serta dimanipulasi untuk menghasilkan maklumat deskriptif. Berdasarkan dapatan
yang diperoleh dalam kajian yang telah dijalankan, pengkaji melakukan analisis deskriptif
bagi menghuraikan dapatan kajian secara mendalam. Penerangan ini dilakukan ke atas data
yang telah dikumpul melalui soal selidik. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif yang
terdiri daripada analisis kekerapan dan ukuran kecedurangan memusat iaitu min.

Analisis kekerapan dilakukan dalam kajian ini bagi memberi gambaran secara
umum ke atas ciri-ciri demografi penduduk dan latar belakang penduduk tua di Kuala
Lumpur. Pengkaji juga menggunakan kaedah analisis kekerapan dengan mengambil kira
bilangan dan peratusan serta ukuran kecenderungan memusat iaitu min bagimengenalpasti
kemudahan pengangkutan awam bagi keperluan warga tua, mengenalpasti kemudahan
kesihatan awam bagi keperluan warga tua serta cadangan langkah yang sesuai kepada
masyarakat untuk membantu warga tua bandar. Hasil analisis ini adalah dalam unitperatus
dan bilangan. Selain itu persembahan data daripada hasil analisis ini adalah dalam jadual
iaitu bagi min sahaja. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa penggunaan analisis deskriptif
adalah salah satu cara menyediakan ringkasan mudah ke atas sampel yang dikaji.

2.7 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penuaan penduduk bandar telah menunjukkan peningkatan di seluruh
dunia dan peningkatan yang paling pesat sekali ialah di negara yang membangun. Hal ini
akan menyebabkan berlaku permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan awam yang
terdapat di bandar bagi membolehkan penduduk tua atau warga tua dapat melakukan
aktiviti sehari mereka dengan mudah sama seperti golongan muda. Walau bagaimanapun,
perkara tersebut tidak dapat dilakukan tanpa bantuan daripada masyarkat sekeliling. Oleh
itu, beberapa langkah pendidikan telah diperkenalkan untuk mendidik masyarakat bagi
membantu warga tua supaya mereka tidak merasa terpinggir dengan golongan muda dan
arus kemodenan negara.

20

BAB
3

PENUAAN PENDUDUK BANDAR TERHADAP KEMUDAHAN AWAM MESRA
WARGA TUA

3.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan beberapa definisi konsep bagi tujuan untuk memahami
konsep yang digunakan dalam kajian. Penjelasan istilah ini sangat penting untuk seseorang
pengkaji dalam menggunakan konsep yang bersesuaian dengan objektif kajian ini. Selain
itu, bab ini akan mempersembahkan kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan oleh
penyelidik lain bagi mendapatkan bahan bukti sebagai bahan sokongan terhadap kajian
yang dijalankan dan seterusnya mengukuhkan lagi hasil kajian yang diperolehi

3.2 DEFINISI KONSEP

Definisi konsep merupakan suatu persoalan asas kepada tajuk kajian yang dijalankan oleh
pengkaji. Bahagian ini seterusnya akan memperincikan dengan lebih jelas konsep yang
digunapakai dalam kajian ini. Ia bertujuan untuk memudahkan pemahaman mengenai
pelbagai konsep kendalian yang digunakan dalam penyelidikan ini.. Oleh itu, kajian ini
membahagikan definisi konsep kajian kepada beberapa bahagian iaitu penduduk, warga
emas, kemudahan awam, Dasar Warga Emas Negara (DWEN).
3.2.1 Penduduk

Penduduk pada asalnya merujuk kepada orang yang tinggal di (iaitu menampung) tempat
tertentu (Thom 2010). Menurut Thom (2010) juga menjelaskan bahawa penduduk juga
mempunyai maksud dari segi teknikal iaitu dalam statistik, ia merujuk kepada

21

keseluruhan objek atau individu yang dipertimbangkan, di mana atribut statistik boleh
dianggarkan oleh kajian sampel atau sampel yang diambil.

Penduduk ditakrifkan sebagai sekumpulan individu (spesies) yang hidup dan
berpasangan dalam satu kawasan tertentu. Anggota penduduk bergantung kepada sumber
yang sama, persekitaran yang sama, dan bergantung antara satu sama lain untuk
meneruskan kehidupan. Para saintis mengkaji penduduk dengan mengkaji bagaimana
individu-individu dalam penduduk itu berinteraksi antara satu sama lain dan bagaimana
penduduk secara keseluruhan berinteraksi dengan persekitarannya. Bagi menjalankan
kajian penduduk secara objektif, ahli ekologi penduduk bergantung pada satu siri langkah
statistik, yang dikenali sebagai parameter demografi, untuk menggambarkan populasi
penduduk (Lebreton et al. 1992). Bidang sains yang menjalankan proses mengumpul dan
menganalisis populasi penduduk juga disebut sebagai demografi penduduk atau juga
dikenali sebagai demografi.

Demografi ialah kajian tentang ciri-ciri penduduk. Ia memberikan gambaran dari
sudut matematik tentang bagaimana ciri-ciri tersebut berubah dari semasa ke semasa.
Demografi boleh merangkumi sebarang faktor statistik yang mempengaruhi pertumbuhan
penduduk atau penurunan, tetapi beberapa parameter amat penting seperti saiz penduduk,
kepadatan, struktur usia, fecunditi (kadar kelahiran), kematian (kadar kematian), dan nisbah
seks (Dodge et al. 2006).

3.2.1.1 Saiz penduduk

Parameter demografi yang paling asas adalah bilangan individu dalam populasi penduduk
(Lebreton et al. 1992). Saiz penduduk ditakrifkan sebagai bilangan individu yang hadir
dalam julat geografi yang ditetapkan secara subjektif. Ahli ekologi biasanya
menganggarkan saiz penduduk dengan menghitung individu di dalam kawasan sampel kecil
dan mengekstrak sampel itu kepada penduduk yang lebih besar. (Lebreton et al. 1992).
Penduduk memaparkan tingkah laku tersendiri berdasarkan ukuran mereka. Penduduk kecil
menghadapi risiko kepupusan yang lebih besar (Caughley 1994). Individu

22

dalam penduduk ini boleh mengalami kesulitan mencari rakan-rakan yang berkualiti
sehingga, kurang individu pasangan dan mereka yang melakukan risiko pembiakbakaan
(Hamilton 1967). Di samping itu, individu dalam penduduk kecil lebih mudah terdedah
kepada kematian rawak. Peristiwa seperti kebakaran, banjir, dan penyakit mempunyai
peluang yang lebih besar untuk membunuh semua individu dalam penduduk kecil.

3.2.1.2 Kepadatan penduduk

Penerangan lebih lengkap mengenai saiz penduduk ialah kepadatan penduduk. Saiz
penduduk berhubung dengan jumlah ruang yang diduduki. Kepadatan biasanya dinyatakan
sebagai bilangan individu per unit kawasan atau isipadu (Lebreton et al. 1992). Contohnya,
bilangan gagak setiap kilometer persegi atau bilangan plankton seliter (Sterner 1986).
Seperti semua ciri penduduk, kepadatan adalah ciri dinamik yang berubah dari masa ke masa
apabila individu ditambah atau dikeluarkan dari populasi penduduk. Kelahiran dan
imigresen ialah kemasukan individu baru dari kawasan lain yang dapat meningkatkan
kepadatan penduduk, sementara kematian dan pergerakan ialah pergerakan individu dari
populasi ke kawasan lain yang dapat mengurangkan kepadatannya (Lebreton et al. 1992).
Sama seperti saiz penduduk, kepadatan penduduk memaparkan ciri-ciri tersendiri pada
kedua-dua nilai tinggi dan rendah. Faktor-faktor kepadatan penduduk ialah persaingan,
predasi, penghijrahan dan penyakit yang menyebabkan berlakunya peningkatan penduduk.
Sebaliknya, faktor berlakuknya kekurangan kepadatan penduduk ialah seperti cuaca,
kebakaran, dan banjir (Lebreton et al. 1992).

3.2.1.3 Struktur umur

Tidak semua individu menyumbang sama rata kepada penduduk. Sumbangan setiap
individu berbeza mengikut peringkat umur penduduk masing-masing. Pertama, individu
disusun mengikut kategori khusus umur yang dipanggil kohort, seperti "remaja" atau
"subadults" (Dodge 2006). Kemudian mencipta profil saiz dan struktur umur kohort untuk
menentukan potensi pembiakan penduduk itu, untuk menganggarkan pertumbuhan semasa
dan masa depan. Biasanya, penduduk yang berkembang pesat akan mempunyai

23

kohort pembiakan yang lebih besar, penduduk yang stabil menunjukkan pengagihan kelas
yang lebih banyak, dan penduduk yang semakin menurun secara mendadak mempunyai
kohort yang lebih tua (Lebreton et al. 1992).

3.2.2 Warga emas (Penduduk tua)

Penuaan penduduk menunjukkan pertambahan sebahagian individu yang didefinisikan
sebagai ‘tua’ dan ‘lemah’ (vulnerable) yang memerlukan perhatian khusus daripada
masyarakat (United Nations 1973). Warga tua atau warga emas bermaksud mereka yang
berumur 60 tahun ke atas. Takrifan ini berpandukan kepada takrifan yang dibuat di “ World
Assembly On Ageing 1982” di Vienna. Penuaan penduduk dunia adalah hasil daripada
penurunan kadar kesuburan yang berterusan dan peningkatan jangka hayat. Perubahan
demografi ini telah mengakibatkan peningkatan jumlah dan perkadaran orang yang berusia
lebih dari 60 tahun. Akibatnya, kali pertama dalam sejarah apabila akan ada lebih banyak
orang yang lebih tua daripada orang muda dengan cepat mendekati (WHO 2010).

3.2.3 Kemudahan awam

Kemudahan awam dianggap sebagai tanggungjawab pemerintah, sama ada pusat, wilayah
atau tempatan, dan lebih sering daripada tidak disediakan oleh institusi pemerintah. Walau
bagaimanapun, kemudahan awam juga disediakan secara persendirian, apabila
perkhidmatan yang disediakan kerajaan dianggap tidak mencukupi (Bell et al. 1997).

3.2.3.1 Jenis kemudahan awam

Kemudahan awam boleh dikelaskan memalui tiga kelas iaitu kelas tinggi, kelas
pertengahan, kelas rendah dan mudah alih, kelas ini bergantung pada saiz kawasan tersebut.
Kemudahan awam kelas tinggi ini biasanya perkhidmatanya seluruh rantau, kawasan
metropolitan atau bandar (misalnya hospital, universiti) dan tidak diperuntukkan dalam
proses perancangan susun atur untuk penempatan kediaman tunggal. Lokasi

24

kemudahan awam ini ditentukan dengan menganalisis lokasi yang paling sesuai dan dapat
diakses untuk bilangan orang yang paling banyak. Pada asasnya, kemudahan ini dirancang
dari segi rangka kerja pembangunan keseluruhan.

Seterusnya, kemudahan awam kelas tengah pula ialah kemudahan yang disediakan
untuk pelbagai komuniti yang berbeza dan (misalnya sekolah tinggi, klinik). Kemudahan
ini adalah penting untuk penempatan kediaman individu, tetapi kemudahan tersebut
menyediakan populasi ambang yang melebihi penyelesaian individu, dan oleh itu disokong
oleh beberapa penempatan. Kemudahan awam kelas rendah ini adalah kemudahan yang
digunakan oleh satu atau beberapa komuniti kediaman yang terhad (misalnya sebuah
sekolah atau sekolah pra-sekolah rendah) dan biasanya disediakan dalam reka bentuk dan
tata letak penempatan kediaman. Kemudahan awam mudah alih: Ini adalah kemudahan
yang bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain, yang melayani sejumlah besar komuniti.
Banyak masalah yang berkaitan dengan lokasi ruang kemudahan awam semakin
diselesaikan (terutamanya dalam komuniti kurang bergerak) melalui penggunaan
kemudahan awam bergerak seperti klinik, pejabat pos dan telefon awam. Melalui
kemudahan mudah alih yang ideal untuk memperuntukkan sumber- sumber yang terhad,
sementara pada masa yang sama menyediakan bilangan orang yang paling banyak, dapat
dicapai (Mollenkopf et al. 2005)

Di China, telah ditakrifkan bahawa kemudahan awam bandar adalah bangunan dan
tumbuhan komunal yang disediakan oleh kerajaan atau organisasi sosial lain untuk
memenuhi keperluan awam. Di negara-negara lain, seperti AS, pada asasnya CDBG
Tahunan , ia menggambarkan bahawa secara umum, kemudahan awam bandar ditafsirkan
untuk memasukkan semua kemudahan awam yang dimiliki secara umum, atau yang dimiliki
oleh bukan keuntungan dan terbuka kepada umum awam, misalnya jalan, sekatan,
kemudahan rekreasi, taman, taman permainan dan kemudahan untuk orang yang
mempunyai keperluan istimewa seperti rumah jagaan kejururawatan, atau rumah kumpulan
untuk orang kurang upaya. Secara amnya, bahan-bahan yang berkaitan hendaklah direka
mengikut lapan prinsip iaitu kegunaan, keselamatan, sistematik, estetik, keanehan, keadilan,
tanggungjawab, dan mesra alam (Musselwhite dan Haddad 2010).

25

Akhir sekali, kemudahan awam ialah tertakluk kepada bentuk kawalan awam dan
peraturan yang terdiri daripada kumpulan berasaskan komuniti setempat kepada monopoli
kerajaan seluruh negara. Kemudahan awam juga boleh merujuk kepada set perkhidmatan
yang disediakan oleh organisasi-organisasi tertentu yang digunakan oleh orang awam
seperti elektrik, air, telefon, dan pengangkutan serta perkhidmatan internet jalur lebar
(kedua-dua talian tetap dan mudah alih) (Musselwhite dan Haddad 2010).

3.2.4 Dasar Warga Emas Negara (DWEN)
Dasar warga emas negara merupakan sebuah dasar yang mengiktiraf warga emas sebagai
warganegara yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman, mempunyai
hak untuk menikmati kehidupan sejahtera, dihormati dan boleh terus menyumbang kepada
pembangunan negara. Dasar ini juga merupakan komitmen kerajaan untuk mewujudkan
warga emas yang berdikari, bermartabat diri dan dihormati dengan mengoptimumkan
potensi diri melalui penuaan sihat, positif, aktif, produktif dan menyokong untuk
meningkatkan kesejahteraan hidup dalam pembangunan negara.

Seterusnya, dalam menggubal dasar ini terdapat beberapa prinsip yang diguna
pakai iaitu menggunakan pendekatan perkembangan sepanjang hayat, mengiktiraf hak
untuk mendapat keperluan asas yang berkualiti, mengutamakan kesaksamaan peluang
untuk mengakses pelbagai sumber, meningkatkan martabat diri dan berdikari, mengeratkan
hubungan antara generasi, meningkatkan penyertaan dan penglibatan, dan mengukuhkan
kerjasama dan perkongsian tanggungjawab.

Akhir sekali, matlamat dasar ialah mendayaupayakan individu, keluarga dan
masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan
berkesan serta membangunkan persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga
emas hidup sejahtera.

26

3.3 KAJIAN LEPAS

Ulasan kajian lepas merupakan satu perkara penting dalam menjalankan kajian baharu.
Melalui ulasan kajian lepas, pengkaji dapat membuat penilaian ke atas penemuan kajian
oleh penyelidik terdahulu berkaitan fokus kajian. Ulasan kajian lepas dalam kajian ini
adalah memfokuskan kepada impak penempatan semula di luar negara dan di Malaysia.

3.4 POLA PENUAAN PENDUDUK TUA SECARA GLOBAL

3.4.1 Penuaan penduduk di dunia

Menurut United Nations (2000), jumlah warga tua adalah kecil jika dibandingkan dengan
jumlah penduduk muda, tetapi jumlah warga tua telah meningkat dengan pantas di seluruh
dunia di antara tahun 1950-2050. Hal ini telah memberi kesan kepada pasaran tenaga buruh
kerana apabila kekurangan tenaga kerja dan terpaksa mengimport tenaga kerja mahir dari
luar negara seperti yang berlaku di Jepun (Bauer 1990).

Menurut World Health Organization (WHO), terdapat tiga fokus utama yang WHO
fokuskan mengenai kesan secara langsung terhadap penuaan iaitu pencegahan penyakit
kronik, akses kepada penjagaan kesihatan primer yang mesra umur dan pembentukan
persekitaran yang mesra umur. WHO telah membangunkan garis panduan yang membantu
negara-negara memahami jenis-jenis program yang mereka boleh lakukan untuk
memperbaiki tetapan penjagaan kesihatan dan bandar supaya mereka lebih sesuai dengan
keperluan orang tua. WHO menyokong rangkaian di mana negara boleh berkongsi
maklumat teknikal, membincangkan strategi dan dasar yang telah bekerja di negara mereka
untuk memperbaiki kehidupan orang tua.

Selain itu, WHO (2010), juga telah meningkatkan pemahaman negara yang
menghadapi penduduk tua mengenai implikasi kesihatan penuaan, terutama di negara-
negara kurang maju. WHO sedang menjalankan kajian mengenai penuaan global dan
kesihatan dewasa (SAGE). Kajian ini telah melibatkan kira-kira 50 000 orang dewasa

27

yang dijalankan di China, Ghana, India, Mexico, Persekutuan Rusia dan Afrika Selatan.
Kajian ini menghubungkan rangkaian pengawasan kesihatan dan demografi antarabangsa
yang berkaitan penilaian populasi demografi dan kesihatan mereka (INDEPTH).
Perbandingan dengan kajian serupa di negara berpendapatan tinggi akan memberikan
peluang untuk memahami persamaan dan perbezaan dalam kesihatan dan kesejahteraan
orang dewasa yang lebih tua di dunia.

Akhir sekali, menurut WHO (2010), peranan orang tua dalam masyarakat ialah
orang tua bekerja dalam kapasiti berbayar atau tidak dibayar, menjaga ahli keluarga dan
rakan-rakan, dan menjalankan kerja selepas persaraan dalam organisasi dan persatuan.
Perkara tersebut akan dikongsi mengenai pengalaman mereka kepada generasi muda dan
dengan berbuat demikian, ini akan dapat membantu mereka menguatkan kapasiti mereka
sebagai orang tua. Peratusan menujukkan orang tua ini mempunyai peranan lain dalam
kehidupan mereka iaitu menjaga cucu mereka atau saudara-mara dan rakan-rakan lain
secara berkala dan dengan ini menujukkan bahawa anak dan cucu serta masyarakat
sekeliling menyokong keberadaan mereka dalam komuniti masyarakat (WHO 2010). Di
Afrika, misalnya, sokongan keluarga datuk nenek memainkan peranan yang sangat penting
untuk menyokong kanak-kanak, kerana generasi ibu bapa mereka kebanyakkanya
menghidapi HIV/AIDS (WHO 2010).

Berdasarkan Jadual 3.1 menunjukkan jumlah warga tua yang berumur 60 tahun dan
ke atas dianggarkan akan meningkat daripada 205 juta orang pada tahun 1950 kepada 1968
juta orang pada tahun 2050. Peningkatan jumlah warga tua ini lebih pantas di negara-negara
membangun seperti Malaysia, berbanding negara maju (United Nations, 2001). Jadual 3,1
juga membuktikan bahawa peningkatan jumlah warga tua di negara membangun ialah
sebanyak 260 peratus manakala di negara maju pula ialah 52 peratus sahaja dalam tempoh
tahun 1950 sehingga tahun 2050.

28

Jadual 3.1 Jumlah warga tua 60 dan 65 tahun dan ke atas di dunia, negara maju, negara membangun
daripada tahun 1950 hingga tahun 2050

Umur (tahun) Warga tua (juta)

60 tahun ke atas 1950 1975 2000 2025 2050
65 tahun ke atas Bil % Bil % Bil %
Jumlah penduduk dunia Bil % Bil %
205 8.2 350 8.6 1968 21.7
132 5.2 232 5.7 609 10.0 1192 15.1 1464 16.1

2520 4074 421 6.9 832 10.5 9075

6085 7905

Warga Tua Di Negara Maju

60 tahun ke atas 95 11.7 161 15.4 232 19,5 343 27.5 400 32.4
65 tahun ke atas 64 7.9 113 10.7 171 14.3 260 20.8 321 25.9
Jumlah penduduk di negara
813 1047 1193 1249 1236
maju

Warga Tua Di Negara Membangun

60 tahun ke atas 110 6.4 188 6.2 366 7.7 849 12.8 1568 20.0
65 tahun ke atas 66 3.9 119 3.9 250 5.1 571 8.6 1144 14.0
Jumlah penduduk di negara
1707 3027 4892 6656 7839
membangun

Sumber: United Nations 2005

Menurut Nafis (1992), seluruh dunia khususnya negara maju akan menghadapi
cabaran dalam memberikan sokongan sosial dan juga bantuan perubatan kepada warga tua
yang semakin meningkat. Keadaan ini tentunya akan mengakibatkan berlakunya
peningkatan kos kerajaan dalam menyediakan kemudahan kesihatan kepada warga tua dan
akan membebankan golongan muda apabila mereka (golongan muda) terpaksa berhadapan
dengan nisbah tanggungan tua yang semakin meningkat. Ini bermaksud golongan bekerja
pada masa sekarang terpaksa menanggung golongan tua pada masa sekarang.

Seterusnya, jadual 3.2 pula menunjukkan jumlah dan peratus warga tua yang
berumur 60 tahun dan ke atas di kawasan utama dunia seperti Afrika, Eropah, Asia dan
lain-lain pada tahun 1950 hingga tahun 2050. Berdasarkan jadual 2.2 menunjukkan bahawa
negara Eropah mencatatkan peratusan yang tertinggi bagi warga tua yang berumut 60 tahun
dan ke atas. Di Eropah, pada tahun 1950 menunjukkan sebanyak 12.1

30

peratus bersamaan dengan 66.1 juta orang dan apabila tiba pada tahun 2050 yang akan
datang menunjukkan peningkatan sebanyak 36.6 peratus dan jumlah penduduk tua di
Eropah pada masa tersebut ialah 220.8 juta orang. Jumlah peratusan ini mempunyai nilai
yang sama bagi warga tua yang berumut 65 tahun dan ke atas (Nik Norliati 2019).

Manakala, pada tahun 2010 menunjukkan jumlah warga tua 60 tahun dan ke atas di
Eropah ialah sebanyak 22.1 peratus. Namun begitu, negara Afrika dan Oceania mencatatkan
jumlah warga tua yang terendah pada tahun 2010 iaitu masing-masing 5.3 peratus dan 5.4
peratus. Tetapi, menjelang tahun 2040 negara Afrika akan digelar sebagai negara tua
apabila warga tua negara mereka mencapai 7 peratus iaitu 8.1 peratus dan ianya berbeza
pula dengan negara Oceania yang mencapai sebagai negara tuanya pada tahun 2020 apabila
jumlah warga tuanya ialah 18.2 peratus (Nik Norliati 2019).

31

Jadual 3.2 Jumlah (juta) warga tua 60 tahun dan ke atas di kaw

Negara 1950 2000 2010 6
Juta % Juta % Juta %
Dunia 206 8.2 606 10.0 759 11.1 J
Negara Maju 96 11.7 231 19.4 265 21.9 1
Negara 110 6.4 375 7.7 494 8.8 3
Membangun 7
Afrika 11.5 5.3
Asia 95.1 6.8 39.5 5.1 52.8 5.3 7
Eropah 66.1 12.1 322.2 8.8 418.9 10.2 8
Amerika Latin & 9.4 5.9 146.6 20.3 157.6 22.1 1
Caribbean 40.0 8.0 56.4 9,5 8
Amerika Utara 21.2 12.4
Australia / New 1.3 12.6 49.9 12.3 63.2 13.0 8
Zealand 3.7 16.2 4.8 19.1
Oceania 1.4 11.2
4.1 13.4 5.3 5.4

Sumber: Unite

32

wasan-kawasan utama dunia daripada tahun 1950 sehingga tahun 2050

60 tahun dan keatas

2020 2030 2040 2050
Juta % Juta %
Juta % Juta % 1663 18.8 1967 21.1
385 32.0 396 33.5
1024 13.5 1364 16.5 1278 16.7 571 19.3

318 26.1 362 29.8

706 11.1 1002 14.2

72.6 5.9 99.7 6.7 141.8 8.1 204.0 10.2
888.9 13.0 824.2 16.8 1025.3 19.8 1222.2 22.6
183.4 26.4 206.4 30.8 217.2 34.0 220.8 36.6
80.9 12.2 114.2 15.8 149.5 19.4 181.2 22.5

85.1 16.5 103.4 20.4 111.0 21.3 119.0 21.4
6.2 23.0 7.5 26.2 8.3 27.7 8.8 28.4

6.9 8.2 8.6 20.7 9.9 22.1 11.0 23.3

ed Nations 2001

Disamping itu, kebanyakan negara seperti Eropah, Amerika Utara, Australia dan
Oceania sebenarnya telah mencapai negara tua sejak tahun 1950 lagi (United Nations 2001).
Menurut United Nations, 2001, jumlah warga tua yang berumur 65 tahun dan ke atas di
negara utama dunia seperti Afrika, Asia, Eropah dan sebagainya sentiasa mencatatkan
peningkatan antara tahun 1950 hingga 2050. Oleh itu, ini bermakna menjelang tahun 2010
semua negara utama dunia akan digelar negara tua seperti Eropah, New Zealand, dan
Amerika Utara yang telah menunjukkan peratus warga tua yang terus meningkat sejak
tahun 1950.

Akhir sekali, menurut Smith dan Zopf (1970) Amerika Syarikat menunjukkan
penduduk yang berumur 65 tahun dan ke atas berjumlah 3.1 juta orang atau 4.1 peratus
daripada jumlah penduduknya pada tahun 1900 dan di antara tahun 1900 hingga tahun 1960
jumlah penduduk 65 tahun dan ke atas meningkat sebanyak 425 peratus manakala bilangan
penduduknya hanya bertambah 135 peratus. Seterusnya, Amerika Syarikat juga
menunjukkan daripada tahun 1960 hingga tahun 2000, jumlah penduduk 65 tahun dan ke
atas meningkat daripada 9.2 peratus iaitu 17.1 juta orang kepada 12.3 peratus iaitu 34.8 juta
orang (United Nations 2001).

3.4.2 Penuaan Penduduk di Asia

Menurut Westley dan Mason (2002) penduduk Asia yang berumur 65 tahun dan ke atas
dianggarkan akan bertambah dengan mendadak dalam tempoh 50 tahun akan datang. warga
tua di negara Asia akan bertambah dengan mendadak bermula tahun 2000 hingga tahun
2050 yang dimulai di Asia Tenggara, diikuti oleh Asia Selatan dan seterusnya di negara-
negara Asia Timur yang terdiri daripada China, Hong Kong, Korea Utara, Korea Selatan,
dan Jepun (Lee dan Mason 2000). Selain itu, Jumlah warga tua di Jepun akan meningkat
dari 23.3 iaitu pada tahun 2000 kepada 42.3 peratus pada tahun 2050 (United Nations 2001).
Peningkatan jumlah warga tua di Jepun telah menyebabkan berlakunya perubahan struktur
keluarga dan perubahan corak pengaturan kehidupan warga tua (Martin & Culter, 1983).
Menurut Martin (1990) lebih ramai warga tua Jepun yang

33

tinggal di institusi kebajikan atau tinggal seorang diri berbanding tinggal dengan ahli
keluarga.

Seterusnya, menurut Wesley dan Mason (2002) juga memberitahu bahawa negara
Jepun mencatatkan peratusan tertinggi bagi warga tua yang berumur 60 tahun dan ke atas
iaitu sebanyak 7.7 peratus pada tahun 1950, diikuti oleh China 7.5 peratus. Walau
bagaimanapun, pada tahun 2000 Hong Kong mencatatkan kedudukan kedua tertinggi
selepas Jepun iaitu 14.3 peratus. Namun begitu, peratusan warga tua di Jepun menunjukkan
peratusan yang sangat tinggi di antara tahun 1950 hingga tahun 2050 yang akan datang iaitu
sebanyak 42.3 peratus pada tahun 2050 (United Nations, 2001). Menurut United Nations
(2001) jumlah warga tua 60 tahun dan ke atas di negara Jepun akan meningkat daripada 6.4
juta orang pada tahun 1950 kepada 29.5 juta orang pada tahun 2000 dan 46.2 juta orang
pada tahun 2050 . Jepun ialah merupakan negara tertua di Asia kerana mempunyai jumlah
penduduk 60 tahun dan ke atas yang ramai serta mempunyai jangka hayat tertinggi di
seluruh dunia (Wu et al. 2004).

Disamping itu, Jepun juga merupakan negara pertama yang mencatatkan
kesuburan rendah kemudiannya diikuti oleh Singapura (Lee dan Mason 2000). Menurut
Mason (2008) seorang daripada lima orang rakyat Jepun adalah yang berumur 65 tahun
atau lebih dan unjuran PBB menjangkakan menjelang tahun 2050, kira-kira 40 peratus
daripada penduduk Jepun akan menjadi 65 tahun atau lebih tua. Menurut Westley dan
Mason (2002) negara Jepun menunjukkan kadar penuaan yang paling cepat berlaku iaitu
mempunyai 17 peratus yang berumur 65 tahun dan ke atas. Selain itu, menurut Menurut
Hashimoto (1992) pada tahun 2015 warga tua di Jepun akan meningkat kepada 30.6 juta
orang disebabkan penurunan kesuburan dan penurunan kelahiran.

Seterusnya, menurut Posner (1995) jumlah warga tua di Jepun yang berumur 65
tahun dan ke atas pada tahun 2020 sebanyak 23.7 peratus daripada jumlah penduduk,
manakala 6.0 peratus adalah jumlah warga tua yang berumur 80 tahun dan ke atas. Pada
tahun 2025 jumlah nisbah tanggungan di Jepun dijangka akan bertambah kepada 66.1 per
100 penduduk 15-64 tahun iaitu 27.2 per 100 penduduk 15- 64 tahun bagi nisbah

34

tanggungan muda dan 38.8 per 100 penduduk 15-64 tahun bagi nisbah tanggungan tua.
Kajian di Jepun menunjukkan pada tahun 1995 seorang warga tua adalah bagi empat orang
golongan bekerja tetapi pada tahun 2025 dijangkakan seorang warga tua bagi dua orang
golongan bekerja (Westley 1998). Ini menunjukkan apabila berlakunya penurunan
kesuburan maka nisbah tanggungan muda juga akan berkurangan (Kuroda 1993).

Trend penuaan penduduk China menunjukkan pada tahun 2005 kira-kira 8 peratus
penduduk China yang berumur 65 tahun atau lebih dan dijangkakan sekitar satu perempat
daripada penduduk China akan dihuni penduduk tua menjelang tahun 2050 (Mason 2008).
Peningkatan jumlah warga tua di China berlaku ekoran penurunan kelahiran dan penurunan
kematian dengan drastik berlaku antara tahun 1970 hingga tahun 2000 (Harrel et al. 2011).
Namun begitu, tahap kesihatan penduduk China menunjukkan peningkatan yang
menjadikan jangka hayat penduduk juga semakin meningkat iaitu 71.4 tahun (tahun 2000)
kepada 73 tahun (tahun 2005) (Hongpeng et al. 2011). Selain itu, jangka hayat wanita di
China mempunyai jumlah tinggi berbanding lelaki (Baochang 2007). Kajian pada tahun
1995 mendapati bahawa wilayah Shanghai di China mempunyai warga tua yang paling
ramai berbanding wilayah Qinghai yang paling sedikit warga tua (Du dan Guo 2000).

3.4.3 Penuaan Penduduk di Asia Tenggara

Asia Tenggara terdiri daripada sebelas buah negara telah mengalami perubahan demografi
sejak pada tahun 1960 lagi. Kebanyakkan semua negara di Asia Tenggara telah mengalami
dengan peralihan demografi penduduk yang pesat iaitu daripada baby boom kepada elderly
boom (Aris & Eri 2009).

Menjelang tahun 2050 semua negara di Asia Tenggara akan mengalami masalah
penuaan penduduk yang kritikal kecuali Laos dan Cambodia (United Nations 2001).
Malaysia merupakan sebuah negara membangun di Asia Tenggara yang mengalami
pertumbuhan warga tua yang pesat. Menurut United Nations (2001), negara Malaysia
menunjukkan seramai 7.2 juta ataupun 8.3 peratus penduduknya yang berumur 60 tahun

35

ke atas pada tahun 2010. Kemudiannya akan meningkat kepada 7.9 juta peratus ataupun
20.8 peratus jumlah warga tua pada tahun 2050 akan datang (United Nations 2001).

Menurut Cardwell (2005), perkara atau kejadian peningkatan penduduk tua ini
berlaku disebabkan berlakunya penurunan kadar kesuburan yang ketara terutamanya etnik
Cina yang menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan warga tua di Malaysia.
Penduduk wanita yang menangguhkan perkahwinan atau melewatkan perkahwinan
mendorong kepada berlakunya penurunan kadar kesuburan kerana mengikut kajian tahap
kesuburan wanita hanya sampai pada usia 40 tahun sahaja (Cardwell 2005). Penurunan
kadar kesuburan ini telah mencapai tahap kesuburan yang rendah di Malaysia iaitu 1.9
kanak-kanak per wanita di bawah paras penggantian dan 2.1 kanak-kanak per wanita pada
tahun 2016 akibat daripada peningkatan taraf pendidikan dalam kalangan wanita,
penyertaan wanita dalam bidang pekerjaan, menangguhkan perkahwinan dan juga
mengamalkan perancangan keluarga.

Selain itu, menurut Nafis Sadik (1999) peningkatan warga tua di Malaysia berlaku
akibat penurunan kadar kematian bayi dan kanak-kanak, sistem pemakanan yang lebih baik,
peningkatan pendidikan, penjagaan kesihatan yang lebih baik, penggunaan perancang
keluarga dan juga peningkatan jangka hayat seseorang individu. Jumlah warga tua yang
semakin meningkat juga hasil daripada perkembangan positif dalam bidang sosioekonomi
iaitu peningkatan taraf pendidikan, penambahbaikan taraf kesihatan dan penyertaan wanita
dalam tenaga buruh (Ramashala 2001).

Seterusnya, menurut Abdul Aziz (2001) perubahan dalam sosioekonomi seperti
peningkatan taraf pendidikan dan juga penyertaan wanita dalam tenaga buruh telah menjadi
punca kepada penangguhan perkahwinan atau kahwin lambat dan didapati min umur
perkahwinan pertama etnik cina di Malaysia lebih tinggi berbanding etnik melayu dan etnik
india. Taraf pendidikan merupakan faktor utama yang menjadi titik perubahan penyertaan
wanita dalam bidang pekerjaan dan jumlah bilangan anak yang dimiliki. Menurut Abdul
Aziz (2001), umur perkahwinan dalam kalangan wanita merupakan faktor penting yang
mempengaruhi kadar kesuburan dan jumlah kelahiran kerana semakin

36

lambat seorang wanita itu berkahwian semakin kurang kadar kesuburannya. Penurunan
kesuburan di Malaysia ini telah memberi beberapa kesan kepada kehidupan berkeluarga
yang disebabkan oleh amalan melewatkan perkahwinan, penurunan kadar kematian dan
peningkatan jangka hayat penduduk (Abdul Aziz 2001).

Disamping itu, berdasarkan taburan penduduk di Malaysia mengikut kumpulan
umur pada tahun 1970 hingga tahun 2010, menunjukkan bagi kumpulan umur 0-4 tahun
berlaku peningkatan jumlah penduduk iaitu 1,651,364 orang pada tahun 1970, seterusnya
2,166,170 orang pada tahun 1991 dan terus meningkat kepada 2,290,776 orang pada tahun
2010. Namun begitu, kumpulan umur lain juga menunjukkan peningkatan dari segi jumlah
orang, tetapi dari segi peratusan ianya menujukkan berlaku penurunan. Walau
bagaimanapun, ianya menunjukkan situasi yang berbeza bagi kumpulan umur 60 tahun dan
ke atas yang sentiasa menunjukkan peningkatan dalam tempoh berkenaan. Berdasarkan
jadual tersebut didapati jumlah penduduk 60 tahun dan ke atas ialah 8.7 peratus daripada
jumlah penduduk pada tahun 2010. Oleh itu, Rancangan Malaysia ke 10 menunjukkan
Malaysia akan menjadi negara tua pada tahun 2035, apabila jumlah penduduk tua
mencatatkan 15 peratus daripada jumlah penduduk pada masa tersebut (Unit Perancang
Ekonomi 2014).

Selain itu, menurut data daripada Unit Perancangan Ekonomi (2014) menunjukkan
bahawa jumlah warga tua yang berumur 60 tahun dan ke atas menunjukkan peratusan warga
tua wanita lebih tinggi secara berterusan daripada tahun 1970 hingga 2010 berbanding
peratusan warga tua lelaki. Hal ini sekali gus telah membuktikan bahawa warga tua wanita
lebih cenderung untuk hidup lebih lama berbanding warga tua lelaki dan pada tahun 2009,
warga tua wanita telah melebihi lelaki sebanyak 66 juta daripada warga tua lelaki di seluruh
dunia (United Nations 2011). Menurut Knodel dan Ofsedal (2003), jumlah warga tua wanita
yang lebih ramai daripada warga tua lelaki telah menyebabkan berlakunya ketidaksamaan
gender dan juga ketidakseimbangan dalam sokongan dan penjagaan warga tua.

37

Akhir sekali, piramid penduduk pada tahun 1970 dan tahun 2010 bagi penduduk
Malaysia, menunjukkan terdapatnya pengembangan dan peningkatan peratus bagi
warga tua 60 tahun dan ke atas, manakala peratus golongan muda 0-14 tahun semakin
menguncup dan mengecil pada tahun 2010. Menurut Tabata (2005), peningkatan warga
tua ini akan menimbulkan pelbagai masalah sosioekonomi dan politik kepada negara
dan memberikan impak kepada peningkatan kos penjagaan kesihatan warga tua.

3.5 PERKHIDMATAN AWAM YANG DIGUNAKAN OLEH WARGA TUA
BANDAR

Perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan
untuk keperluan orang ramai seperti pengangkutan awam, kemudahan kesihatan dan
sebagainya.

3.5.1 Pengangkutan awam

Kajian mengenai pengangkutan menunjukkan mobiliti atau perjalanan memperoleh
permintaan yang paling utama dalam kalangan penduduk berdasarkan melalui aktiviti
perjalanan yang diperolehi daripada corak aktiviti atau gaya hidup penduduk setempat
(Helling dan Mokhtarian 2001). Beberapa kajian lepas telah menunjukkan bahawa
pergerakan dan keupayaan untuk meninggalkan rumah adalah penting dalam kualiti
hidup orang tua (Farquhar 1995) (Gabriel dan Bowling 2004) dan keupayaan untuk
menggunakan sistem pengangkutan tanpa bantuan telah lama ditakrifkan sebagai salah
satu daripada tujuh perkara yang paling penting dalam Instrumental Activities of Daily
Living (IADL) terhadap kebajikan dan kualiti hidup orang tua (Fillenbaum 1985).

Penuaan penduduk dikebanyakan negara-negara Barat telah memberi cabaran
terhadap keupayaan sistem pengangkutan untuk memberi kemudahan terhadap mobiliti
orang tua seperti kenderaan, keselesaan penumpang, penyediaan maklumat, sistem jalan
dan kualiti pengangkutan awam adalah merupakan faktor yang perlu dipertimbangkan
(Helling dan Mokhtarian 2001).

38

Seterusnya, menurut Berleen (2004) jangka hayat yang tinggi dan kehidupan yang
sihat serta gaya hidup yang sihat akan menyebabkan berlaku permintaan terhadap
perkhidmatan pengangkutan awam. Malah, bagi sesetengah individu yang berpendapatan
yang tinggi berkemungkinan akan melakukan aktiviti yang lebih pelbagai termasuklah
aktiviti perjalanan yang memerlukan pengangkutan awam.

Selain itu, menurut Joseph dan Lisa (2012), wanita akan menjadi majoriti dalam
kumpulan umur ini. Sehubungan itu, memahami keperluan perjalanan dan corak perjalanan
kumpulan warga tua yang majoritinya wanita ini akan menjadi yang paling utama dalam
pemikiran perancangan jalanraya dan pengangkutan oleh pihak berkuasa. Sebahagian besar
penyelidikan pengangkutan warga tua adalah tertumpu pada tingkah laku perjalanan mereka
yang menunjukkan berlaku pengurangan dalam menjalankan aktiviti harian dan pergerakan
mereka dari satu destinasi ke destinasi yang lain (Joseph dan Lisa 2004).

Akhir sekali, menurut Center (2008), wanita dalam kumpulan umur 60 tahun ke atas
kurang menggunakan kenderaan sendiri untuk melakukan perjalanan kerana mereka berasa
kurang selamat dengan keadaan lalu lintas terutamanya di kawasan bandar. Hal ini
menunjukkan bahawa kebanyakkan penggunaan kemudahan awam mendapat permintaan
yang tinggi daripada warga tua wanita kerana mereka merasakan ianya lebih selamat dan
mudah untuk melakukan aktiviti harian (Center 2008). Selain itu juga, menurut Center
(2008), di Norway terdapat Perkhidmatan Pengangkutan Khas yang bertujuan untuk orang
ramai terutamanya warga tua yang tidak dapat menggunakan sistem pengangkutan awam
biasa dan memerlukan pengangkutan serta bantuan dari pintu ke pintu. Namun,
perkhidmatan ini sangat terhad dalam sesuatu masa serta jarak perjalanan.

3.5.2 Kemudahan kesihatan

Menurut Bowling et al. (2017) kualiti hidup dalam kalangan warga emas semakin mendapat
perhatian disebabkan oleh jumlah peningkatan warga emas dan terdapat pelbagai usaha
untuk meningkatkan kualiti hidup, kesihatan dan sosial warga emas.

39

Walau bagaimanapun, menurut Lowsky (2013), beliau mengatakan bahawa pembangunan
yang melibatkan warga emas masih mempunyai cabaran terutamanya dalam isu
meningkatkan kualiti hidup yang terdiri daripada aspek kesihatan, kesejahteraan hidup dan
keseronokan. Kesihatan dalam kalangan warga emas merupakan isu yang perlu
dititikberatkan dan merupakan aspek yang mempengaruhi kualiti hidup.

Seterusnya menurut Wan Ibrahim dan Zainab (2014) aspek kesihatan merupakan
satu aspek yang paling penting dalam meningkatkan kualiti hidup warga tua. Kajian
mendapati faktor kesihatan merupakan sebuah faktor yang paling penting untuk
mempengaruhi kualiti hidup dalam kalangan warga tua (Wan Ibrahim dan Zainab 2000).
Kualiti hidup dalam kalangan warga emas memberikan penekanan kepada individu yang
menghidap penyakit berbanding dengan individu yang tidak menghidapi penyakit (Wan
Ibrahim dan Zainab 2000).

Selain itu, menurut Kusumaratna (2016), kualiti hidup dipengaruhi oleh amalan dan
tahap penglibatan aktiviti fizikal dalam kalangan warga emas namun, penglibatan aktiviti
fizikal ini masih di tahap yang kurang memuaskan. Kebanyakan warga emas tidak
mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal (Kusumaratna 2016). Tahap penglibatan warga
emas dalam aktiviti fizikal masih berada pada tahap yang rendah (Kusumaratna 2016).
Kesan kurangnya penglibatan warga emas dalam aktiviti fizikal menyebabkan berlakunya
peningkatan penyakit kronik, kadar kematian, dan kemerosotan kualiti hidup (Kusumaratna
2016).

Disamping itu, menurut Rafnsson (2015), kesejahteraan psikologi merupakan salah
satu aspek yang penting dalam kalangan warga emas. Walau bagaimanapun, kesejahteraan
psikologi mempunyai kesan yang negatif dalam perkaitannya dengan masalah kemurungan
dalam kalangan warga emas (Rafnsson 2015). Wujud perkaitan yang sangat kompleks
antara kemurungan dengan faktor kesejahteraan psikologi dalam kalangan warga emas
(Reichenberg et al. 2002). Malah wujud juga kesukaran dalam menentukan faktor
kemurungan disebabkan oleh faktor kesihatan (Reichenberg et al. 2002). Tambahan lagi, di
Amerika Syarikat kemurungan merupakan punca utama kepada

40

hilang keupayaan dan risiko kematian dalam kalangan warga emas (Reichenberg et al.
2002).

Akhir sekali, menurut Mather dan Ponzio (2016), masalah ketidakupayaan dalam
kalangan warga emas semakin meningkat disebabkan oleh peningkatan usia dan masalah
kesihatan. Hal ini ditambah kesan daripada ketidakupayaan dan mengalami masalah
kesihatan yang memerlukan penjagaan khusus dalam menjalankan kehidupan seharian
(Mather dan Ponzio 2012).

3.6 LANGKAH PENDIDIKAN YANG SESUAI KEPADA MASYARAKAT
UNTUK MEMBANTU WARGA TUA BANDAR

Langkah pendidikan ialah langkah yang diwujudkan untuk mendidik rakyat atau penduduk
di negara tersebut dari pelbagai peringkat umur yang berumur 5 tahun hinggalah ke
peringkat dewasa. Langkah ini selalunya dijalankan berdasarkan dasar-dasar kerajaan yang
telah diwujudkan.

Di Malaysia, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Warga Emas Negara (DWEN)
dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara (PTWEN) yang telah diluluskan oleh Kabinet
pada 5 januari 2011. Berdasarkan dasar dan pelan ini terdapat beberapa langkah
pendidikan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Langkah pendidikan yang pertama menurut (DWEN) dan (PTWEN) 2011, ialah
kesedaran terhadap warga tua. Langkah ini lebih menjurus kepada kesedaran terhadap
penduduk atau masyarakat sekeliling tentang warga tua yang berada di Malaysia. Pelbagai
akitiviti yang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang warga tua
dengan mempromosikan warga tua melalui aktiviti-aktiviti yang sesuai seperti program
angkat warga tua, menganjurkan hari antara generasi, program penuuan sihat antara
generasi dan kempen menghormati warga tua. Sasaran langkah ini lebih menumpukan
kepada murid sekolah, pelajar Ipt, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan komuniti
setempat.

41

Seterusnya, menurut Dasar Warga Emas Negara (DWEN) dan Pelan Tindakan
Warga Emas Negara (PTWEN) 2011, kerajaan juga turut menggalakkan aktiviti
kesukarelaan untuk warga tua. Langkah ini bertujuan untuk menunjukkan penerimaan
masyarakat Malaysia terhadap dalam kegiatan sosial seharian. Aktiviti yang dijalankan
dalam langkah ini lebih bersifat kepada khidmat sosial. Pelbagai aktiviti yang telah
dijalankan seperti lawatan melawat warga emas di rumah dan pusat jagaan, melakukan
kegiatan gotong royong dengan membersihkan kawasan kediaman, memberi penghargaan
seperti sambutan hari lahir dan perayaan. Hal ini akan menyebabkan hubunganmasyarakat
setempat antara warga emas dapat dieratkan lagi serta secara tidak langsung menyebabkan
warga tua tidak akan tersisih daripada komuniti sekeliling.

Akhir sekali, menurut (DWEN) dan (PTWEN) 2011, kerajaan Malaysia juga turut
membudayakan penglibatan warga emas dalam aktiviti sekolah ke arah masyarakatan.
Langkah ini bertujuan untuk menggalakkan warga emas melibatkan diri dalam apa jua
aktiviti masyarakat seperti aktiviti ko-kurikulum, persatuan dan sukan disekolah atau
dikawasan setempat seperti menjadi tetamu jemputan, sebagai pengawai dan juga
mengadakan aktiviti berkongsi ilmu serta pengalaman kepada anak muda atau masyarakat
sekeliling.

3.7 KESIMPULAN

Kesimpulannya, penuaan penduduk bandar telah menunjukkan peningkatan di seluruh
dunia dan peningkatan yang paling pesat sekali ialah di negara yang membangun. Hal ini
akan menyebabkan berlaku permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan awam yang
terdapat di bandar bagi membolehkan penduduk tua atau warga tua dapat melakukan aktiviti
sehari mereka dengan mudah sama seperti golongan muda. Walau bagaimanapun, perkara
tersebut tidak dapat dilakukan tanpa bantuan daripada masyarkat sekeliling. Oleh itu,
beberapa langkah pendidikan telah diperkenalkan untuk mendidik masyarakat bagi
membantu warga tua supaya mereka tidak merasa terpinggir dengan golongan muda dan
arus kemodenan negara.

42

51

BAB
4

PROFIL PENDUDUK TUA BANDAR KUALA LUMPUR

4.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan profil penduduk penduduk tua bandar Kuala Lumpur iaitu
melihat kepada kriteria umur, jantina, status perkahwinan, bangsa serta agama, taraf
pendidikan, jenis pekerjaan dan pendapatan penduduk. Seramai 100 penduduk tua bandar
telah dipilih bagi menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan oleh pengkaji.

4.2 DEMOGRAFI PENDUDUK

Seramai 100 orang penduduk golongan penduduk tua bandar yang memerlukan kemudahan
awam yang mesra warga tua telah mengisi borang soal selidik yang diedarkan di Kuala
Lumpur. Aspek yang diberi perhatian dalam bahagian demografi penduduk ialah umur,
jantina, status perkhawinan, bangsa, agama, taraf pendidikan, jenis pekerjaan dan pekerjaan
sampingan sekiranya ada serta pendapatan isi rumah sebulan (rujuk Jadual 4.1).

43


Click to View FlipBook Version