The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Abdul Aziz bin Marzuki Rosniza Aznie Che Rose
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
eISBN 978-983-2795-48-3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aznie, 2020-10-22 01:24:30

PENGARUH PENUAAN PENDUDUK BANDAR TERHADAP KEPERLUAN KEMUDAHAN AWAM MESRA WARGA TUA

Abdul Aziz bin Marzuki Rosniza Aznie Che Rose
Program Geografi, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
eISBN 978-983-2795-48-3

Jadual 4.1 Jadual profil penduduk

Kategori Bilangan (orang) Peratus (%)

Jantina 63 63
Lelaki 37 37

Perempuan 5
73
Umur 5 22
60 tahun - 64 tahun 73
22 83
65 tahun - 69 tahun 15
70 tahun dan ke atas 2

Status atau taraf perkahwinan 83 76
Berkahwin 15 15
2 7
Duda/Balu 2
Bercerai
79
Etnik 76 10
Melayu 15 9
7 2
Cina 2
India 5
Lain-lain 35
60
Agama 79
Islam 10 92
9 8
Budhha 2
Hindu 25
Kristian 26
40
Jenis pekerjaan 5 9
Bekerja (Awam) 35
60 15
Bekerja (Swasta) 17
Bersara 43
4
Status pekerjaan 92 16
Sepenuh masa 8 1
4
Separuh masa

Pendapatan bulanan kasar isi rumah 25
RM 600 dan ke bawah 26
40
RM 601 - RM 1200 9
RM 1201 - RM 3000
RM 3001 dan ke atas

Taraf pendidikan

Penilaian darjah lima/UPSR 15

LCE/SRP/PMR 17

MCE/SPM/SPVM/O Level 43

STPM/STP/HSC/A Level/Diploma 4

Sarjana Muda 16

Sarjana/PHD 1

Lain - lain 4

Sumber: Data kerja lapangan 2020

44

4.2.1 Jantina

Mengikut jantina penduduk, hasil daripada kajian yang telah dianalisis mendapati bahawa
majoriti warga tua bandar ialah lelaki iaitu 63 peratus daripada keseluruhan. Manakala,
jumlah perempuan yang mewakili 37 peratus jumlah penduduk. Hal ini kerana, sejarah
migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar menunjukkan ramai penduduk yang terdiri
daripada lelaki telah berhijrah ke kawasan bandar bagi mendapatkan peluang pekerjaan
untuk meningkatkan taraf hidup mereka berbanding perempuan, ini secara tidak langsung
kebanyakkan mereka yang pernah berhijrah telah menetap secara tetap dikawasan bandar.
Oleh sebab itulah jumlah lelaki lebih tinggi berbanding jumlah perempuan di Kuala
Lumpur.

Trend ini menunjukkan jantina dari lelaki lebih tinggi berbanding perempuan kerana
menurut penduduk sewaktu mereka berhijrah ke kawasan untuk bekerja, sebahagian besar
peluang pekerjaan di bandar terdiri daripada industri berat yang mana industri ini
memerlukan tenaga kerja daripada lelaki disebabkan bidang pekerjaannya yang sangat berat
dan memerlukan tenaga fizikal yang kuat. Oleh itu, kebanyakkanya penduduk terdiri
daripada lelaki berbanding perempuan.

4.2.2 Umur

Seterusnya, iaitu kumpulan umur pula, pengkaji telah membahagikan peringkat
umur kepada beberapa kumpulan umur. Kumpulan umur yang pertama ialah 60 tahun
hingga 64 tahun di mana terdapat sebanyak 5.0 peratus yang terlibat dengan kajian ini dan
mencatatkan peratusan yang paling sikit. Manakala, kumpulan umur 65 tahun hingga 69
tahun pula mencatatkan peratusan yang paling tinggi iaitu sebanyak 73.0 peratus dan yang
kedua tertinggi ialah kumpulan umur dalam lingkungan 70 tahun ke atas iaitu sebanyak
22.0 peratus. Secara keseluruhannya, dalam kajian ini pengkaji hanya memfokuskan kepada
golongan warga tua yang berumur 60 tahun dan ke atas oleh itu dapat dilihat hanya terdapat
tiga kelompok kumpulan umur sahaja. Berdasarkan data tersebut dilihat warga tua pada
peringkat umur 65 tahun hingga 69 tahun mempunyai

45

peratusan yang tinggi. Hal ini kerana di Malaysia mempunyai taraf kesihatan yang tinggi
yang mana ianya dapat meningkat kadar jangka hayat seseorang individu itu sendiri dan
membolehkan mereka hidup lebih lama. Oleh itu, warga tua di Malaysia akan berganda
daripada 7 peratus kepada 14 peratus dalam masa 28 tahun sahaja, berbanding Sweden yang
telah mengambil masa selama 112 tahun untuk perubahan yang sama (United Nations 2011)

Trend diatas ini berlaku kerana disebabkan taraf kesihatan warga tua tersebut yang
sudah berkurang. Menurut United Nation (1973), warga tua merupakan individu yang
didefinisikan sebagai seorang yang tua dan lemah, malah umurnya ialah 60 tahun dan ke
atas. Mereka ini memerlukan kemudahan kesihatan yang baik untuk memastikan mereka
sentiasa terus sihat dan kuat bagi meneruskan kehidupan mereka. Oleh itu, trend tersebut
berlaku disebabkan setiap warga tua mempunyai taraf kesihatan mereka sendiri dan bagi
memastikan mereka terus sihat, mereka perlulah mendapatkan rawatan dan pemeriksaandi
hospital atau klinik kesihatan kerajaan.

4.2.3 Status atau taraf perkahwinan

Di samping itu, dari segi status atau taraf perkahwinan pengkaji telah
membahagikan kelompok status ini kepada tiga bahagian iaitu berkahwin, duda atau balu
dan bercerai. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti penduduk yang pengkaji telah pilih
iaitu 83.0 peratus pe adalah sudah berkahwin dan 15.0 peratus ialah berstatus duda atau
balu. Manakala yang selebihnya ialah penduduk yang mempunyai status bercerai iaitu
sebanyak 2 peratus. Hal ini menunjukkan secara majoritinya penduduk warga tua bandar
ini sudah berkahwin dan sudah mempunyai keluarga sendiri, tetapi terdapat juga golongan
ibu tunggal dan bapa tunggal yang masih lagi bekerja untuk menyara diri sendiri dan
keluarga mereka.

46

4.2.3 Etnik

Dari segi etnik pula ialah 76.0 peratus etnik Melayu dan 15.0 peratus lagi ialah etnik
Cina manakala yang selebihnya ialah etnik India sebanyak 7.0 peratus dan selebihnya 2.0
peratus lagi adalah etnik Iban yang berhijrah dan menetap di Kuala Lumpur. Hal ini kerana,
taburan penduduk warga tua di Kuala Lumpur memang terdiri daripada pelbagai etnik,
tetapi etnik yang mendominasi ialah Melayu, Cina dan India. Kemajmukan etnik di Kuala
Lumpur ini adalah disebabkan fungsi bandaraya yang menjadi tumpuan penduduk kerana
terdapat pelbagai kegiatan ekonomi seperti kewangan, insurans, hartanah, khidmat
perniagaan, pemborongan dan peruncitan, restoran dan hotel, pengangkutan, simpanan dan
komunikasi, utiliti, khidmat peribadi dan khidmat kerajaan yang mana sektor ekonomi telah
membuka peluang pekerjaan untuk penduduk di Malaysia.

Seterusnya, trend ini terjadi disebabkan kerana majoriti penduduk yang tinggal di
sini merupakan terdiri daripada etnik Melayu kerana menurut penduduk asal kawasan Kuala
Lumpur ini terdiri daripada etnik Melayu berbanding etnik dan Malaysia kebanyakkan
majoriti etnik melayu yang lebih ramai. Oleh sebab itu, trend ini menunjukkan etnik Melayu
lebih tinggi.

4.2.4 Agama

Selain itu, dengan adanya pelbagai etnik ini maka terdapat juga pelbagai agama di
Kuala Lumpur. Terdapat empat agama utama dikawasan kajian tersebut. Hasil kajian
menunjukkan majoriti agama Islam mempunyai sebanyak 79 peratus penganutya, manakala
agama Buddha pula mempunyai sebanyak 10.0 peratus. Seterusnya bagi agama Hindu dapat
dilihat penganutnya sebanyak 9 peratus dan agama Kristian pula 2,0 peratus sahaja. Kalau
dilihat antara jadual etnik dan agama terdapat perbezaan peratusan, keadaan ini berlaku
kerana menurut pengkaji terdapat dua orang dari etnik India merupakan penganut agama
Islam dan ini menyebabkan peratusan bagi antara etnik dan agama terdapat sedikit
perbezaan.

47

Berdasarkan trend diatas berlaku disebabkan kerana majoriti warga tua di Kuala
Lumpur terdiri daripada etnik Melayu yang mana etnik ini merupakan agama rasminya ialah
islam. Walau bagaimanapun, trend agama Islam ini lebih tinggi berbanding trend etnik
Melayu kerana menurut pengkaji terdapat warga tua dari etnik India dan Cina beragama
islam. Oleh sebab itulah, agama Islam lebih tinggi berbanding agama yang lain.

4.2.5 Jenis pekerjaan

Sementara itu, pengkaji telah mengenalpasti dan membahagikan kepada tiga
kelompok jenis pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk tua bandar iaitu bekerja (awam),
bekerja (swasta) dan bersara. Berdasarkan jadual tersebut menunjukkan majoriti warga tua
bandar 60.0 peratus telah bersara. Manakala 35.0 peratus lagi masih bekerja dalam bidang
swasta dan 5.0 peratus lagi bekerja dalam perkhidmatan awam. Keadaan ini menunjukkan
kebanyakkan warga tua bandar sudah tidak bekerja dan menurut pengkaji warga tua bandar
yang telah bersara ini kebanyakkanya semua sudah berumur 61 tahun ke atas kerana tempoh
seseorang individu bekerja di Malaysia dalam perkhidmatan awam mahupun swasta
maksimum usia bekerja hanya sampai usia 60 tahun sahaja. Kalau dilihat dalam jadual
masih ada warga tua bandar yang bekerja dalam bidang swasta dan berdasarkan
pemerhatian pengkaji, warga tua yang bekerja dalam bidang swasta kebanyakkanya bekerja
dalam sektor seperti keselamatan, tukang cuci, pemandu teksi dan sebagainya.

Keadaan ini berlaku disebabkan kerana menurut Jamaluddin (2013), umur persaraan
yang ditetapkan oleh kerajaan ialah 60 tahun dan ke atas. Oleh itu, dapat dilihat bahawa
majoriti warga tua banyak yang sudah bersara, namun terdapat juga beberapa orang
penduduk yang masih bekerja dalam bidang perniagaan, ini kerana mereka mempunyai
perusahaan mereka sendiri dan juga terdapat pekerjaan awam yang masih menggunakan
khidmat warga tua.

48

4.2.6 Status pekerjaan

Selanjutnya, hasil kajian juga menunjukkan status pekerjaan penduduk tua bandar
di Kuala Lumpur. Terdapat tiga kelompok bagi status pekerjaan dan mengikut jadual
tersebut majoriti menunjukkan 90.0 peratus warga tua bekerja secara tetap, manakala 6.0
peratus pula menunjukkan penduduk tua bandar bekerja hanya sementara dan selebihnya
4.0 peratus penduduk tua bandar hanya bekerja sebagai berstatus kontrak sahaja. Hal ini
menunjukkan, walaupun mereka ini sudah bergelar sebagai warga tua, tetapi disebabkan
kos sara hidup yang tinggi di bandar telah menyebabkan mereka untuk bekerja bagi
menampung diri sendiri dan keluarga mereka.
4.2.7 Pendapatan bulanan

Dalam masa yang sama, pendapatan bulanan penduduk tua bandar, secara
majoritinya berada di bawah paras miskin bandar. Majoriti 40.0 peratus penduduk tua
bandar mempunyai pendapatan bulanan RM 1201 hingga RM 3000 . Seterusnya, jumlah
kedua tertinggi yang diperoleh daripada hasil kajian adalah RM 600 hingga RM 1200
sebanyak 26.0 peratus, tidak jauh beza dengan tingkat pendapatan RM 600 dan ke bawah
menunjukkan sebanyak 23.0 peratus. Walau bagaimanapun terdapat 9.0 peratus daripada
penduduk tua bandar yang mempunyai pendapat bulanan yang RM 3001 dan ke atas.

Perkara ini berlaku disebabkan kerana kebanyakkan warga tua sudah tidak lagi
bekerja dan mereka hanya mempunyai sumber pendapatan daripada hasil duit persaraan
mereka setiap bulan. Selain itu, terdapat juga penduduk yang hasil pendapatannya hanya
bergantung kepada pemberian daripada anak-anak mereka setiap bulan. Namun, warga tua
yang mempunyai pendapatan yang tinggi ini masih lagi bekerja dan kebanyakkan mereka
hanya bekerja melakukan pekerjaan sendiri sahaja.

49

4.2.8 Taraf pendidikan

Seterusnya, berdasarkan rajah 4.9 taraf pendidikan penduduk pula menunjukkan
bahawa jumlah penduduk yang mendapat pendidikan terakhir sebelum melangkah ke alam
pekerjaan adalah di kalangan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan
mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 43.0 peratus. Manakala taraf pendidikan lain
ialah Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah pula, masing-
masing mencatatkan jumlah sebanyak 15 peratus dan 17 peratus. Pada peringkat Diploma
dan Sarjana Muda pula, masing-masing mencatatkan jumlah sebanyak 4,0 peratus dan
16.0 peratus. Selain itu Sarjana dan Phd pula mencatakan hanya 1.0 peratus sahaja daripada
keseluruhan penduduk. Terdapat juga 4.0 peratus penduduk daripada keseluruhan telah
mencatakan lain-lain dan mengikut pengkaji mereka yang mengisi bahagian ini ialah
mereka yang tidak mendapat peluang pendidikan. Hal ini, menunjukkan bahawa
kebanyakkan penduduk di Kuala Lumpur adalah berpendidikan rendah kerana
kebanyakkan mereka ini berasal dari kawasan luar bandar dan pendalaman yang
mempunyai latar belakang keluarga yang susah. Oleh itu, banyak diantara belajar setakat
yang mampu sahaja dan mereka akan mula berhijrah untuk mencari pekerjaan dikawasan
bandar bagi meningkat taraf hidup mereka.

Akhir sekali, trend diatas ini berlaku disebabkan kerana menurut penduduk mereka
hanya mendapatkan pelajaran sampai ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sahaja,
malah ada diantara mereka yang hanya mendapatkan pelajaran peringkat yang lagi rendah
daripada itu dan ada juga yang langsung tidak mendapatkan pelajaran. Hal ini kerana
menurut penduduk kebanyakkan mereka berasal daripada luar bandar dan pada masa itu,
kehidupan disana agak susah dan mereka mengalami masalah kewangan untuk bersekolah.
Oleh sebab itu, banyak diantara mereka berhijrah ke kawasan bandar seperti Kuala Lumpur
untuk mendapatkan pekerjaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

50

BAB
5

KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM BAGI KEPERLUAN WARGA TUA
5.1 PENGENALAN

Pengangkutan awam di Kuala Lumpur terdiri daripada perkhidmatan bas, teksi dan kereta
api. Sistem alihan laju di Kuala Lumpur terdiri daripada Laluan Sungai Buloh- Kajang,
Laluan Ampang/Sri Petaling, Laluan Kelana Jaya, KL Monorail dan KTM Komuter, di
mana KL Sentral menjadi hab utama pengangkutan rel. Selain sebagai hab pengangkutan
aliran pantas, KL Sentral juga menjadi hab utama bagi sistem pengangkutan kereta api
kendalian KTM antara bandar yang berkhidmat dari Singapura di selatan, sampai Hat
Yai, Thailand, di utara.

Pengendali pengangkutan awam yang terbesar di Kuala Lumpur dan Lembah Klang
ialah RapidKL Semenjak mengambil alih tugas Intrakota Komposit Sdn Bhd, RapidKL
telah menyusun semula seluruh rangkaian bas di Kuala Lumpur dan kawasan metropolitan
Lembah Klang demi mempertingkatkan mutu sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur
(Langston et al. 2008). Dalam kajian ini, pengkaji akan menganalisis penggunaan
pengangkutan awam yang digunakan oleh warga tua di Kuala Lumpur.

5.2 PENGANGKUTAN AWAM SANGAT MESRA WARGA TUA

Berdasarkan hasil analisis daripada borang soal selidik yang telah diedar kepada penduduk
warga tua bandar di Kuala Lumpur. Majoriti penduduk tua bandar bersetuju mengatakan
bahawa pengangkutan awam yang sedia ada ini sangat mesra warga tua dapat dilihat
sebanyak 45.0 peratus penduduk bersetuju dan 32.0 peratus penduduk mengatakan bahawa
mereka sangat bersetuju. Walau bagaimanapun, terdapat 15.0 peratus mengatakan bahawa
mereka tidak pasti dan 8.0 peratus mengatakan tidak setuju. Namun begitu, jadual
5.1 menunjukkan nilai min bagi pengangkutan awam yang mesra warga tua ini ialah 4.01
dan berada pada tahap nilai min yang tinggi iaitu menunjukkan penduduk bersetuju

51

dengan penyataan saya mendapat pengangkutan awam sangat mesra warga tua (Rujuk
jadual 5.1). Hal ini kerana, bagi memudahkan golongan warga tua menggunakan
kemudahan pengangkutan awan, syarikat pengangkutan awam telah menambahbaik sistem
pengangkutan awam dengan menyediakan kemudahan seperti tempat duduk khas untuk
warga tua menggunakannya.

Trend ini menunjukkan bahawa warga tua bandar memerlukan kemudahan
pengangkutan awam untuk membolehkan dan memudahkan mereka bergerak dari satu
tempat ke tempat yang lain kerana faktor fizikal mereka yang agak lemah berbanding
penduduk bandar diperingkat umur yang lebih muda. Berdasarkan trend ini ianya
menunjukkan bahawa warga tua bandar merasakan pengangkutan awam yang sedia ada ini
mesra terhadap mereka kerana servis dan kemudahan yang terdapat didalam pengangkutan
awam seperti tempat duduk khas untuk warga tua telah membolehkan mereka tidak perlu
berebut dengan pengguna yang lain dan mereka juga tidak perlu berdiri ketika
menggunakannya, malah tempat duduk khas untuk warga tua juga ditambah lebih banyak
pengangkutan awam. Oleh itu, trend menunjukkan bahawa warga tua bersetuju mengatakan
pengangkutan awam mesra terhadap warga tua.

5.3 STESEN PERHENTIAN PENGANGKUTAN AWAM YANG MUDAH
DIAKSES DARIPADA RUMAH

Pengangkutan awam seperti bas rapid KL, LRT, MRT dan KTM mempunyai stesen
perhentian di setiap kawasan perkhidmatan tersebut dijalankan. Kemudahan stesen atau
perhentian bas akan berada dikawasan yang dekat dengan kawasan perumahan dan
dikawasan bandar, manakala stesen bagi lrt, mrt dan ktm selalunya berada dikawasan
tengah bandar kerana pekhidmatan mereka membolehkan orang ramai bergerak dari satu
kawasan ke satu kawasan yang lain.

Majoriti penduduk bersetuju bahawa mereka mendapat akses yang mudah daripada
rumah iaitu sebanyak 37.0 peratus setuju dan 24,0 peratus sangat setuju. Namun begitu,
sebanyak 17 peratus tidak pasti dan 18.0 peratus tidak setuju dengan pernyataan

52

ini. Hal ini disebabkan beberapa keadaan yang menyebabkan terdapat beberapa orang
penduduk tidak bersetuju antaranya ialah perhentian dan tempat menunggu bas yang tidak
sesuai, kerosakan kemudahan awam di stesen dan sebagai. Oleh sebab itu, jadual 5.1
menunjukkan bahawa nilai min untuk penyertaan ini ialah 3.59 dan merupakan tahap nilai
min yang sederhana (Rujuk jadual 5.1)

Seterusnya, trend bagi stesen perhentian pengangkutan awam yang mudah diakses
daripada rumah berlaku disebabkan kerana kebanyakkanya stesen pengangkutan berada di
kawasan tengah bandar yang agak jauh dari kawasan perumahan dan kediaman warga tua
seperti MRT. LRT dan KTM, malah stesen perhentian pengangkutan awam seperti bas
rapid KL juga tidak berada menyeluruh dikawasan kediaman warga tua. Namun perkara
tersebut hanya berlaku kepada segelintir warga tua bandar kerana berdasarkan trend
tersebut juga menunjukkan warga tua bandar kebanyakkanya mendapat akses daripada
kawasan kediaman perumahan mereka dan ketika pengkaji turun ke kawasan kajian,
kebanyakkan penduduk mengatakan stesen perhentian terutamanya bas rapid KL dan bas
MRT semakin diperbanyakkan jumlahnya dikawasan sekitar kediaman mereka dan ianya
telah memudahkan mereka untuk mendapatkan akses pengangkutan awam dari rumah.

5.4 PEMANDU ATAU OPERATER SANGAT PRIHATIN DENGAN PENUMPANG
WARGA TUA

Pemandu dan operater adalah individu yang bertanggungjawab mengendalikan pergerakan
pengangkutan awam dari satu tempat ke tempat yang lain. Majoriti menunjukkan penduduk
bersetuju bahawa pemandu atau operater perkhidmatan awam prihatan kepada penumpang
warga tua iaitu sebanyak 45.0 peratus penduduk setuju dan
21.0 peratus penduduk pula menunjukkan mereka sangat setuju. Malahan pula, jadual 5.1
menunjukkan nilai min ialah 3.76 dan ianya berada pada tahap tinggi yang membuktikan
bahawa penduduk secara majoritinya bersetuju dengan penyataan ini (Rujuk jadual 5.1).
Namun begitu, terdapat juga penduduk yang tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.

53

Hal ini kerana sikap sesetengah pemandu yang yang kurang sopan dan cara pemanduan
mereka yang agak merbahaya.

Disamping itu, trend diatas berlaku kerana mengikut pengkaji hasil daripada
kawasan kajian mendapati bahawa terdapat penduduk yang pernah mengalami situasi yang
mana pemandu dan operater bersikap agak kurang sopan terhadap mereka.
Walaubagaimanapun, ianya hanya melibatkan seglintir penduduk sahaja kerana
kebanyakkan penduduk mengatakan bahawa mereka mendapat layanan yang sangat
prihatin daripada pemandu atau operater pengangkutan awam sehingga ada yang membantu
mereka menaiki pengangkutan awam tersebut dan ada juga pemandu yang sanggup
menegur pengguna lain yang menggunakan tempat duduk khas yang disediakan untuk
warga tua.

5.5 PENGGUNAAN PENGANGKUTAN AWAM DALAM AKTIVTI SEHARIAN
KERANA MURAH

Pengangkutan awam seperti bas, LRT, MRT dan KTM merupakan pengangkutan awam
yang mempunyai pengguna yang ramai. Keadaan ini disebabkan salah satunya ialah
tambang penggunaanya yang murah. Menurut laman portal Rapid KL menunjukkan
tambang bagi setiap jenis pengangkutan adalah dibawah RM5 dalam satu hala perjalanan.
Berdasarkan jadual 5.1 menunjukkan nilai bagi penyataan ini adalah 3.81 dan merupakan
nilai min yang berada pada tahap tinggi dan ianya membuktikan bahawa penyataan ini
majoritinya penduduk bersetuju dengan mengatakan bahawa penggunaan pengangkutan
awam dalam akitviti sehari adalah disebabkan harga tambangnya yang murah (Rujuk jadual
5.1). Majoriti penduduk mengatakan bahawa setuju iaitu sebanyak 38.0 peratus penduduk
setuju dan 29.0 peratus mengatakan bahawa mereka sangat setuju.

Impaknya, pengangkutan awam dapat menjimatkan kos perbelanjaan dengan
tambang yang berpatutan seperti juga pengangkutan awam yang lain iaitu LRT dan MRT
yang menjadi pilihan ramai terutamanya golongan pertengahan di kawasan bandar.
Malahan kita boleh pergi ke mana-mana destinasi tanpa perlu memikirkan kos petrol yang

54

semakin meningkat dan pengguna tidak perlu memikirkan bayaran tol serta bayaran tempat
meletak kenderaan.

Akhir sekali, trend ini berlaku disebabkan kerana pengangkutan awam yang terdapat
di Kuala Lumpur mempunyai kadar tambamg yang murah dan sangat berpatutan
khususunya kepada warga tua, sebagai contoh tambang bas rapid KL dan bas MRT dengan
perjalanan ke kawasan sekitar bandar Kuala Lumpur hanya RM 1 setiap kali menaiki bas
tersebut. Namun begitu, terdapat segelintir penduduk mengatakan bahawa tambang
pengangkutan awam seperti Grab, Mycar dan teksi masih lagi mengenakan caj atau
tambang yang agak tinggi berbanding pengangkutan awam yang lain.

5.6 PENGGUNAAN PENGANGKUTAN AWAM DALAM AKTIVTI SEHARIAN
KERANA MUDAH

Penggunaan pengangkutan awam dalam aktiviti seharian giat dijalankan dikawasanbandar
terutamanya di Kuala Lumpur dan kebanyakkanya pengguna ini terdiri daripada golongan
warga tua. Hal ini kerana penggunaan pengangkutan awam ini telah memudahkan akitviti
seharian warga tua yang tinggal di Kuala Lumpur. Bandaraya Kuala Lumpur adalah sebuah
bandar yang pesat dan sesak dengan ekonominya. Bagi warga tua cara salah satu untuk
membolehkan mereka melakukan aktivti seharian adalah dengan menggunakan
pengangkutan awam.

Penyataan ini menunjukkan sebanyak 48.0 peratus penduduk mengatakan setuju
dan 23.0 peratus mengatakan bahawa mereka sangat setuju. Seterusnya, jadual 5.1
menunjukkan nilai min ialah 3.80 dan ianya berada pada tahap nilai min yang tinggi (Rujuk
jadual 5.1). Hal ini bermaksud, majoriti bagi penyataan tersebut mengatakan bahawa
penggunaan pengangkutan awam untuk aktiviti seharian telah memudahkan perjalanan dan
urusan mereka.

Selain itu, trend ini berlaku disebabkan kerana pengangkutan awam yang sedia ada
ini sudah membolehkan warga tua bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain,

55

malah pengangkutan awam ini juga turut dihubungkan ke pusat membeli belah seperti Aeon
Mall yang mana ianya secara tidak langsung telah memudahkan warga tua untuk
mendapatkan barangan keperluan. penduduk kebanyakkanya mengatakan bahawa mereka
tidak lagi perlu menghiraukan masalah untuk mendapat barangan keperluan terutamanya
penduduk yang tinggal berseorangan kerana pengangkutan awam yang sedia ada ini telah
memudahkan urusan mereka.

5.7 PENGGUNAAN PENGANGKUTAN AWAM UNTUK AKITIVITI SEHARIAN
KERANA IA MENEPATI MASA

Kuala Lumpur adalah sebuah bandaraya yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi,
apabila jumlah penduduknya tinggi ini bermaksud bahawa penggunaan kenderaan
persendirian di bandaraya adalah tinggi. Hal ini menyebabkan berlakunya kesesakan lalu
lintas dan menyebabkan perjalanan ke sebuah destinasi tersebut mengambil masa yang
lama. Keadaan ini telah mengalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan
awam terutamanya golongan orang tua kerana pengangkutan awam ini lebih menepati masa
sama ada waktu ketibaan dan waktu pelepasan.

Nilai min yang terdapat dalam jadual 5.1 menunjukkan di bahagian penggunaan
pengangkutan awam untuk aktivti seharian kerana ia menepati masa ialah 3.32 iaitu berada
pada tahap sederhana (Rujuk jadual 5.1). Hal ini kerana sebanyak 34.0 peratus penduduk
menjawab setuju manakala 31.0 peratus penduduk menjawab tidak pasti dan tidak setuju
mempunyai jumlah sebanyak 20.0 peratus. Oleh itu, secara keseluruhannya penggunaan
pengangkutan awam seharian kerana ia menepati masa adalah masih kurang memuaskan
semua penduduk.

Seterusnya, trend ini terbentuk disebabkan kerana terdapat beberapa perkhidmatan
pengangkutan awam yang mengalami masalah tidak menepati masa yang ditetapakan. Hal
ini berlaku kerana bukan disebabkan masalah daripada perkhidmatan pengangkutan awam
tersebut tetapi ianya disebabkan kawasan sekitar tersebut merupakan kawasan tumpuan
orang ramai yang menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang

56

menghalang laluan pengangkutan awam seperti bas rapid KL dan bas MRT untuk sampai
tepat pada waktunya. Namun begitu masih ada pengangkutan awam yang menepati masa
iaitu seperti MRT dan LRT yang membolehkan warga tua mendapatkan pengangkutan
awam yang menepati masa.

5.8 PENGGUNAAN PENGANGKUTAN AWAM UNTUK AKITIVITi SEHARIAN
KERANA IA MENGHUBUNGKAN ANTARA SATU KAWASAN KE KAWASAN
YANG LAIN

Pengangkutan awam yang sedia ada berfungsi juga sebagai untuk menghubungkan antara
satu kawasan ke kawasan yang lain adalah penting kerana ianya memudahkan penduduk
terutamanya golongan warga tua untuk bergerak ke suatu tempat dengan kadar yang segera.
Berdasarkan jadual 5.1, nilai min bagi penyataan ini ialah 3.81 (Rujuk jadual 5.1). Ini
bermakna, penyataan ini majoritinya penduduk bersetuju dengan mengatakan bahawa
penggunaan pengangkutan awam untuk aktiviti seharian kerana ia menghubungkan antara
satu kawasan ke kawasan yang lain. Majoriti penduduk menunjukkan sebanyak 49.0 peratus
penduduk bersetuju dan 22.0 peratus penduduk lagi mengatakan bahawa mereka sangat
setuju dengan penyataan tersebut.

Selain itu juga, trend ini berlaku kerana pengangkutan awam yang dibina ini ialah
berfungsi untuk menghubungkan antara satu kawasan ke kawasan yang lain. Kuala Lumpur
mempunyai sistem pengangkutan awam yang menghubungkan antara satu bandar dan
bandar yang lain. Hal ini telah memudahkan perjalanan warga tua bandar untuk pergi ke
sebuah lokasi atau tempat dengan kadar segara kerana kawasan tersebut mempunyai darjah
ketersampaian yang tinggi dengan hanya menggunakan pengangkutan awam. Walau
bagaimanapun, masih terdapat kawasan yang sukar untuk dihubungkan dengan
menggunakan pengangkutan awam kerana beberapa masalah seperti masalah bentuk muka
bumi kawasan tersebut dan sebagainya.

57

5.9 PENGANGKUTAN AWAM ADALAH KEMUDAHAN YANG TERBAIK

Kemudahan awam yang paling pesat digunakan adalah pengangkutan awam. Setiap
individu mempunyai akitivti seharian yang bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain.
Bagi kawasan yang padat seperti Kuala Lumpur, untuk memudahkan aktiviti harian setiap
individu berjalan dengan lancar dan baik, pengangkutan awam adalah kemudahan yang
sering digunkan oleh setiap individu. Hal ini kerana ianya mengurangkan kesesakan
lalulintas, menjimatkan masa individu dan menjimatkan kos perbelanjaan. Ini
menjadikannya sebuah kemudahan yang terbaik terutamanya kepada golongan warga tua
bandar untuk menjalankan aktiviti harian mereka.

Hasil kajian menunjukkan bahawa sebanyak 41,0 peratus penduduk bersetuju
mengatakan bahawa pengangkutan awam merupakan kemudahan yang terbaik. Malah,
25.0 peratus penduduk pula sangat setuju dengan perkara tersebut. Dapatan kajian
berdasarkan analisis deskriptif dalam jadual min 5.1 pula mempunyai nilai min 3.77 dan
ianya merupakan nilai yang berada pada tahap tinggi (Rujuk jadual 5.1). Nilai min tersebut
menunjukkkan penduduk dalam pernyataan ini secara majoritinya bersetuju dengan
pernyataan tersebut.

Trend ini berlaku disebabkan pengangkutan awam merupakan perkhidmatan yang
amat diperlukan oleh penduduk bandar terutamanya warga tua bandar kerana dengan
pengangkutan awam ini ianya membolehkan warga tua bandar tidak lagi perlu memandu
kenderaan sendiri untuk ke destinasi yang dituju. Hal ini secara tidak langsung ianya telah
menyebabkan berlakunya pengurangan kenderaan diatas jalanraya dan sekaligus ianya
dapat mengurangkan kesesakan jalanraya. Namun, terdapat juga segelintir lebih memilih
memandu kenderaan sendiri kerana mereka tidak perlu beratur dan menunggu, mereka
beranggapan bahawa dengan membawa kenderaan sendiri mereka lebih mudah untuk
sampai ke destinasi yang dituju.

58

5.10 MENDAPAT KAD DISKAUN WARGA EMAS BAGI PENGGUNAAN
PENGANGKUTAN AWAM

Kad diskaun digunakan untuk membolehkan warga emas yang menggunakan
pengangkutan awam mendapat tambang pengangkutan yang murah. Kad ini atau dikenali
dengan kad konsesi RapidKL ini hanya layak untuk warga tua yang berumur 60 tahun dan
ke atas sahaja. Setiap tambang pengangkutan awam, dengan adanya kad ini warga tua
mempunyai diskaun tambang sebanyak 50 peratus daripada kos tambang tersebut.

Berdasarkan dapatan kajian analisis deskriptif dalam jadual 5.1 menunjukkan nilai
min pernyataan ini ialah 3.55 dan ianya berada pada tahap sederhana (Rujuk jadual 5.1).
Mengikut hasil kajian yang dianalisis sebanyak 30.0 peratus penduduk bersetuju dan 28.0
peratus penduduk lagi sangat setuju. Manakala, terdapat 19.0 peratus penduduk tidak pasti
dengan pernyataan ini, malah 15.0 peratus pula tidak setuju dan 8.0 peratus sangat tidak
setuju dengan pernyataan tersebut. Hal ini disebabkan, mengikut pemerhatian pengkaji
mendapati bahawa ada sesetengah warga tua sukar untuk memohon kad diskaun ini kerana
untuk memohon ianya perlulah melalui laman web portal dan ini menyukarkan warga tua
kerana kadar celik IT mereka agak rendah.

Akhir sekali, trend diatas berlaku kerana menurut pengkaji sewaktu ke kawasan
kajian, kebanyakkan penduduk yang terdiri daripada warga tua sudah tidak lagi bekerja dan
mereka tidak mempunyai sumber pendapatan yang cukup. Kad diskaun yang diberikan ini
telah memudahkan penduduk untuk menggunakan pengangkutan awam tanpa perlu
membayar tambangnya dengan kadar harga biasa dan ini secara tidak langsung ianya telah
memberi penjimatan kepada warga tua bandar. Namun begitu, terdapat segelintir penduduk
yang tidak mendapat kad diskaun tersebut, hal ini kerana mereka kurang menggunakan
pengangkutan awam jadi mereka berasa bahawa tidak untuk mereka memhonon kad
diskaun warga emas tersebut.

59

Jadual 5.1 Skor Min Penggunaan Pengangkutan Awam

Pernyataan Statistik
Min
Saya mendapati pengangkutan awam sangat mesra warga 4.01
tua (mudah naik dan turun) 3.59
Saya mendapati stesen menunggu bas/ lrt adalah mudah 3.76
diakses daripada rumah 3.81
Saya mendapati pemandu/ agen/ operator sangatperihatin 3.80
terhadap penumpang yang terdiri daripada warga tua 3.32
Saya menggunakan pengangkutan awam untuk aktiviti
seharian kerana ia murah. 3.81
Saya menggunakan pengangkutan awam untukaktiviti
seharian kerana ia mudah.
Saya menggunakan pengangkutan awam untuk aktiviti
seharian kerana ia menepati masa.
Saya menggunakan pengangkutan awam untuk aktiviti
seharian kerana ia menghubungkan ke mana sahaja saya
hendak pergi.

Saya mendapati pengangkutan awam adalah yang terbaik 3.77
Saya mendapat kad diskaun warga emas bagi penggunaan 3.55
pengangkutan awam

Sumber: Data kerja lapangan 2020

60

BAB
6

KEMUDAHAN KESIHATAN AWAM BAGI KEPERLUAN WARGA TUA
6,1 PENGENALAN

Kualiti hidup yang baik dalam kalangan warga emas adalah disebabkan kemudahan
kesihatan awam yang dilakukan oleh negara tersebut. Kesihatan dalam kalangan warga
emas merupakan perkara yang perlu dititiberatkan dan merupakan aspek yang mepengaruhi
kualiti hidup mereka. Terdapat pelbagai pusat kesihatan yang berada di Kuala Lumpur
untuk memastikan kesihatan golongan warga tua mendapat kesihatan yang baik. Antara
pusat kesihatan yang ada ialah Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Hospital Kuala Lumpur,
Institut Jantung Negara dan sebagainya. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi,
pengkaji akan membincangkan tentang keadaan kemudahan kesihatan warga tua di Kuala
Lumpur.

6.2 HOSPITAL ATAU KLINIK KESIHATAN KERAJAAN SANGAT MESRA
WARGA TUA

Hospital atau klinik kesihatan kerajaan adalah merupakan sebuah pusat kesihatan yang
paling banyak menerima pesakit terutamanya daripada golongan warga tua. Warga tua
merupakan insan yang lemah dan kurang bermaya, mereka ini memerlukan layanan yang
baik dan mesra bagi memastikan mereka memperolehi kesihatan diri yang baik.
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, menunjukkan sebanyak 60.0 peratus penduduk
bersetuju dan 32.0 peratus penduduk pula mengatakan mereka sangat setuju. Hasil analisis
deskriptif jadual 6.1 pula menunjukkan nilai min ialah 4.20 dan ianya berada pada tahap
tinggi (Rujuk jadual 6.1). Secara majoritinya penduduk bersetuju mengatakan bahawa
mereka mendapat layanan yang sangat mesra di hospital dan klinik kesihatan kerajaan.

61

Trend ini menunjukkan bahawa warga tua bandar memerlukan kemudahan
kesihatan untuk membolehkan dan memudahkan mereka untuk mendapatkan rawatan dan
pemerikasaan kesihatan. penduduk mengatakan bahawa kemudahan kesihatan awam di
hospital atau klinik kesihatan mempunyai layanan yang mesra warga tua seperti terdapat
kemudahan khas untuk warga tua iaitu laluan berbaris untuk warga tua, kerusi khas untuk
menunggu serta layanan daripada pihak hospital dan klinik kesihatan. penduduk juga turut
mengatakan bahawa hospital atau klinik kesihatan sentiasa dipenuhi pesakit yang ingin
mendapatkan rawatan, walaupun sentiasa dipenuhi oleh pesakit dengan adanya kemudahan
yang mesra warga tua menyebabkan mereka berasa senang dan selesa sewaktu melakukan
urusan.

6.3 HOSPITAL ATAU KLINIK KESIHATAN KERAJAAN ADALAH MUDAH
DIAKSES DARIPADA RUMAH

Pusat kesihatan kerajaan seperti hospital dan klinik selalunya akan berada dikawasan yang
mudah diakses oleh penduduk sekitar terutamanya warga tua. Selain itu, terdapat juga servis
Klinik Bergerak 1 Malaysia yang memberi rawatan percuma kepada penduduk. Hal ini
kerana bertujuan untuk mengelakkan daripada berlakunya kes kecemasan dan menyukarkan
pesakit untuk mendapatkan rawatan. Hasil kajian menunjukkan sebanyak
50.0 peratus penduduk bersetuju dan 29.0 peratus penduduk lagi pula mengatakan mereka
sangat setuju, manakala jadual 6.1 menunjukkan nilai min ialah 4.02 (Rujuk jadual 6.1) dan
ini menunjukkan hospital dan klinik kesihatan kerajaan mudah diakses daripada rumah.

Berdasarkan trend tersebut berlaku kerana kebanyakkan hospital atau klinik
kesihatan sememangnya mudah diakses daripda rumah terutamanya klinik kesihatan.
penduduk mengatakan bahawa klinik kesihatan selalunya memang berada dekat dengan
kawasan kediaman mereka dan memang sangat mudah untuk mereka pergi mendapatkan
rawatan di klinik kesihatan. Kebanyakkan mereka hanya perlu menaiki pengangkutan
awam untuk pergi mendapatkan rawatan malah ada juga hanya dengan berjalan kaki sahaja
kerana jarak klinik kesihatan dan kediaman mereka agak dekat. Namun begitu, ada

62

segelintir penduduk mengatakan bahawa mereka sukar untuk mendapatkan akses hospital
atau klinik kesihatan kerana kediaman mereka agak jauh dan juga mereka juga mengalami
kesukaran untuk bergerak ke hospital atau klinik kesihatan.

6.4 DOKTOR DAN PEKERJA HOSPITAL SANGAT PRIHATIN TERHADAP
PESAKIT TERDIRI DARIPADA WARGA TUA

Organisasi hospital dan klinik kesihatan yang terdiri daripada doktor, pembantu kesihatan,
jururawat dan lain-lain lagi, mereka merupakan pihak yang memainkan peranan penting
bagi memastikan pesakit, terutamanya pesakit yang terdiri daripada warga tua kerana
warga tua memerlukan lebih penjagaan dan kerpihatinan. Sebanyak 53 peratus penduduk
setuju dan 36 peratus penduduk pula sangat setuju mengatakan bahawa doktor dan
pekerja hospital sangat prihatin terhadap pesakit terdiri daripada warga tua. Manakala
jadual 6.1 menunjukkan nilai min 4.22 dan ianya berada pada tahap tinggi yang
mengatakan bahawa penduduk secara keseluruhannya bersetuju dengan pernyataan
tersebut (Rujuk jadual 6.1).

Selain itu, trend ini berlaku kerana kebanyakkan penduduk mengatakan bahawa
mereka mendapatkan layanan yang baik daripiada doktor, jururawat dan staff hospital yang
lain. Walaupun dengan keadaan hospital atau klinik kesihatan yang sentiasa dipenuhi ramai
pesakit dan doktor serta staff kesihatan yang sentiasa melakukan kerja tanpa berhenti tetapi
layanan mereka masih lagi prihatin dan baik. Malah ada diantara jururawat yang sanggup
membantu urursan pesakit dari mula hinggalah urusan pesakit tersebut selesai. Namun
begitu, terdapat juga segelintir penduduk mengatakan bahawa layanan yang mereka terima
daripada doktor dan staff kesihatan agak kurang memuakn malah mereka juga terpaksa
menunggu lama untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan.

63

6.5 RAWATAN KESIHATAN DI HOSPITAL DAN KLINIKKESIHATAN
KERAJAAN MEMPUNYAI KOS RAWATAN YANG MURAH

Kos perubatan sememangnya sesuatu yang sangat mahal dan terdapat golongan warga tua
yang kurang berkemampuan tidak mendapatkan rawatan kerana kekurangan wang. Namun
begitu, di Malaysia kos perubatan ditanggung oleh pihak kerajaan supaya golongan warga
tua yang kurang berkemampuan juga boleh menerima rawatan supaya kesihatan mereka
turut terjamin. Dapatan kajian jadual 6.1 menunjukkan nilai min bagi pernyataan ini ialah
berada tahap tinggi iaitu 4.43 (Rujuk jadual 4.3). Hal ini kerana ramai penduduk menjawab
sangat setuju iaitu 52.0 peratus dan sebanyak 41.0 peratus penduduk menjawab setuju,
bahawa rawatan kesihatan di hospital dan klinik kesihatan kerajaan mempunyai kos rawatan
yang murah.

Akhir sekali, trend ini berlaku kerana berdasarkan pengalaman penduduk yang pergi
mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kesihatan kerajaan mendapati bahawa kos
rawatan dan pemeriksaan amatlah murah iaitu dengan hanya RM 1 sahaja setiap kali
pemeriksaan dan rawatan. Malah bagi rawatan yang memerlukan pembedahan dilakukan,
kos rawatan yang dikenakan amatlah murah dan berpatutan serta sesuai untuk warga tua
bandar membiayai. Hal ini menyebabkan warga tua tidak berasa terlalu risau dan teragak
untuk mendapatkan rawatan di hospital atau klinik kesihatan kerajaan kerana harga
rawatannya yang murah serta berpatutan, malah servis yang mereka dapat juga amatlah
baik.

6.6 RAWATAN KESIHATAN DI HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN
KERAJAAN MENEPATI MASA

Pesakit yang mengalami kecederaan atau kesakitan terutamanya warga selalunya ingin
mendapatkan rawatan secepat mungkin untuk mengubati kecederaan atau kesakitan
tersebut kerana keadaan diri mereka yang agak lemah berbanding individu yang lebih muda
daripada mereka. Apabila keadaan ini berlaku ianya memerlukan rawatan yang menepati
masa dan cepat untuk merawat. Berdasarkan jadual 6.1, menunjukkan nilai min

64

bagi pernyataan ini ialah 3.25 iaitu berada ada tahap sederhana (Rujuk jadual 6.1) kerana
sebanyak 36.0 peratus penduduk menjawab tidak pasti dan 18.0 peratus menjawab tidak
setuju. Namun begitu sebanyak 29.0 penduduk menjawab setuju dan 12.0 peratus penduduk
menjawab sangat setuju. Oleh sebab itulah nilai min bagi pernyataan ini menjadi sederhana.
Hal ini berlaku kerana, isu mengenai masalah tempoh masa menunggu atau tidakmenepati
masa untuk mendapatkan rawatan dari doktor hospital atau klinik kesihatan kerajaan ialah
disebabkan bilangan doktor yang terhad dan jumlah pesakit yang ramai dalam satu-satu
masa.

Berdasarkan trend ini menunjukkan bahawa terdapat penduduk yang mengatakan
bahawa rawatan kesihatan di hospital dan klinik kesihatan agak kurang menepati masa
kerana mereka perlu menunggu agak lama untuk mendapatkan rawatan sehingga berjam-
jam dan disebabkan mereka kurang berkemampuan, untuk mendapat di klinik atau hospital
swasta mereka terpaksa juga menunggu untuk mendapatkan rawatan tersebut. Hal ini
berlaku kerana dalam satu-satu masa jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital
dan klinik kesihatan kerajaan amatlah tinggi, malah di hsopiral sehingga waktu tengah
malam kehadiran pesakit masih lagi tinggi. Perkara ini terjadi kerana kos rawatannya yang
murah, jadi dengan kehadiran pesakit yang terlalu ramai dan kakitangan yang agak kurang
telah menyebabkan rawatan yang diberikan agak kurang menepati masa. Namun, terdapat
juga penduduk yang mendapatkan rawatan yang cepat dan tidak perlu menunggu lama
kerana mereka mengatakan bahawa di klinik kesihatan tersebut agak kurang pesakit dan
tempoh menunggu hanya sebentar sahaja berbanding waktu pesakit ramai.

6.7 RAWATAN KESIHATAN DI HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN
KERAJAAN SENTIASA MEMANTAU KEHADIRAN TEMUJANJI PESAKIT.

Temujanji pesakit adalah satu perkara yang penting bagi setiap pesakit yang menjalani
rawatan jangka masa panjang. Temujanji ini berfumgsi untuk melihat kemajuan keadaan
pesakit hasil daripada rawatan yang diterima oleh pesakit tersebut terutamanya warga tua.

65

Pemantaun ke atas temujanji kepada setiap pesakit warga tua amatlah penting bagi
mengelakkan daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Setiap hospital dan
klinik kesihatan akan memastikan setiap pesakit yang mempunyai temujanji dengan pihak
hospital atau klinik kesihatan diberi pemantaun yang lebih untuk memastikan mereka hadir
ke temujanji tersebut. Dapatan kajian analisis deksriptif jadual 6,1 menunjukkan nilai min
bagi pernyataan ini ialah 3.94 (Rujuk jadual 6.1) dan ini menunjukkan sebanyak 44.0
peratus penduduk bersetuju dan 30.0 peratus penduduk lagi sangat bersetuju dengan
pernyatan ini yang mengatakan rawatan kesihatan di hospital dan klinik kesihatankerajaan
sentiasa memantau kehadiran temujanji pesakit.

Disamping itu, trend ini berlaku kerana penduduk semuanya terdiri daripada warga
tua dan menurut pengkaji berdasarkan sewaktu mendapatkan data di lapangan kebanyakkan
penduduk mempunyai penyakit tua seperti kencing manis, jantung dan sebagainya yang
mana mereka sentiasa mendapatkan temujanji di hospital atau klinik kesihatan kerjaaan.
Menurut penduduk pihak hospital dan klinik kesihatan akan sentiasa memantau kehadiran
pesakit yang telah mendapatkan temujanji untuk rawatan malah jika pesakit tidak hadir
pihak hospital atau klinik kesihatan akan menelefon pesakit minta hadir ke temujanji yang
telah ditetapkan. Namun begitu, terdapat segelintir penduduk yang tidak pernah
mendapatkan temujanji pesakit di hospital dan klinik kesihatan kerajaan kerana mereka
tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang memerlukan temujanji pesakit.

6.8 PENGGUNAAN APLIKASI EMAIL, SMS DAN WEB BAGI TUJUAN
PENGHANTARAN UBAT KE RUMAH

Penggunaan aplikasi bagi tujuan penghantaran ubat ke rumah adalah berfungsi untuk
memudahkan warga tua mendapatkan bekalan ubat tanpa perlu hadirkan diri di hospital
atau klinik kesihatan. Perkhidmatan ini dikenali sebagai Perkhidmatan Tambah Nilai
Farmasi (VAS) iaitu ianya mempunyai kaedah antaranya ialah Ubat Melalui Pos
(UMP),Farmasi Pandu Lalu, Locker4U dan Sistem Temu Janji Farmasi (Kementerian
Kesihatan Malaysia, 2020). Namun begitu, hasil kajian jadual 6.1 menunjukkan bahawa

66

nilai min bagi pernyataan ini ialah 2.35 iaitu berada pada tahap rendah (Rujuk jadual 6.1).
Hal ini kerana kebanyakkan penduduk menjawab tidak setuju iaitu sebanyak 32.0 peratus
penduduk dan 31.0 peratus penduduk lagi menjawab sangat tidak setuju, serta 16.0 peratus
penduduk menjawab tidak pasti. Keadaan ini menunjukkan secara majoritinya penduduk
tidak bersetuju dengan pernyataan ini kerana kebanyakkan warga tua agak sukar untuk
mengakses aplikasi ini disebabkan masalah kadar celik IT yang tinggi serta dalam kalangan
warga tua masih terdapat mereka yang belum tahu aplikasi ini.

Berdasarkan trend ini berlaku disebabkan ialah menurut penduduk mereka
kebanyakkanya agak kurang mahir dengan penggunaan aplikasi seperti email, sms dan web
ini kerana mereka hanya menggunakan telefon bimbit untuk menelefon sahaja dan tidak
lebih dari itu, jadi untuk mereka menggunakan telefon dengan tujuan untuk penghantaran
ubat ke rumah agak sukar kerana mereka tidak tahu cara untuk menggunakannya. Malah
mereka lebih memilih untuk pergi sendiri ke hospital dan klinik kesihatan kerajaan untuk
mendapatkan ubat kerana bagi mereka cara itu lebih mudah dan mereka tidak perlu untuk
belajar perkara baru yang agak sukar untuk mereka lakukan. Selain itu, mereka juga tidak
tahu tentang penggunaan aplikasi juga boleh dilakukan untuk membuat penghantran ubat
kerana menurut penduduk, mereka tidak tahu akan perkara tersebut malah ianya tidak
pernah diberitahu oleh mana-mana pihak. Namun begitu, terdapat segelintir penduduk tahu
menggunakan aplikasi tersebut kerana mereka mendapat bantuan daripada ahli keluarga
mereka yang membantu mereka untuk membuat penghantaran ubat ke rumah.

6.9 PENGGUNAAN KAD DISKAUN WARGA TUA BAGI PENGGUNA HOSPITAL
DAN KLINIK KESIHATAN KERAJAAN

Kad diskaun atau lebih dikenali sebagai kad bantuan kebajikan masyarakat amat penting
kepada warga tua bagi meringankan beban kos rawatan mereka di hospital atau klinik
kesihatan kerajaan. Kad ini diberikan kepada warga tua untuk meneruskan kelangsungan
dan kesejahteraan kehidupan dalam komunit dan ianya juga memboleh mereka mendapat
rawatan yang murah dan percaya di hospital dan klinik kesihatan kerajaan. Hasil kajian

67

menunjukkan sebanyak 34.0 peratus penduduk setuju dengan pernyataan tersebut dan
24.0 peratus penduduk lagi juga mengatakan bahawa mereka sangat setuju. Namun begitu
terdapat 24.0 peratus penduduk mengatakan bahawa mereka tidak pasti dan 13.0 peratus
penduduk mengatakan mereka tidak setuju. Walau bagaimanapun, hasil analisis deksriptif
jadual 6.1 menunjukkan nilai min bagi pernyataan ini ialah 3.59 (Rujuk jadual 6.1) dan ini
membuktikan bahawa majoriti penduduk setuju kerana nilai minya berada pada tahap
sederhana yang cenderung kearah tahap tinggi.

Selain itu, trend ini berlaku disebabkan menurut penduduk kebanyakkan mereka
mendapat kad diskauan iaitu kad bantuan kebajikan masyarakat yang membolehkan mereka
untuk mendapatkan pengurangan kos rawatan di hospital dan klinik kesihatan kerajaan.
Menurut penduduk, mereka yang menerima bantuan ini ialah dari golongan B40 yang mana
mereka tidak mempunyai sumber pendapatan yang agak kurang dan mereka merupakan
golongan yang berpendapatan bawah RM 3000 iaitu merupakan golongan miskin bandar.
Namun begitu, terdapat beberapa orang penduduk yang tidak mendapat kad diskaun ini dan
apabila dilihat semula penduduk yang tidak mendapat kad diskaun ialah penduduk yang
mempunyai sumber pendapatan yang tinggi dan mereka mampu untuk menampung kos
rawatan hospital dan klinik kesihatan.

6.10 MENDAPAT LALUAN KHAS BAGI PENGGUNAAN HOSPITAL DAN KLINIK
KESIHATAN KERAJAAN

Laluan khas digunakan untuk memudahkan pesakit kurang berupaya untuk seperti warga
tua untuk mendapatakan rawatan di hospital dan klinik kerajaan. Hal ini kerana mereka
merupakan pesakit yang uzur dan perlu diberi keutamaan terlebih dahulu. Terdapat 38.0
peratus penduduk setuju dengan pernyataan tersebut, manakala 14.0 peratus penduduk lagi
menjawab bahawa mereka sangat setuju. Namun begitu terdapat 25.0 peratus penduduk
menjawab tidak pasti dan 18.0 peratus penduduk menjawab tidak setuju serta
5.0 peratus penduduk menjawab sangat tidak setuju. Dapatan kajian jadual 6.1,
menunjukkan nilai bagi pernyataan ini ialah 3.38 iaitu berada pada tahapsederhana (Rujuk
jadual 6.1) dan menunjukkan bahawa terdapat penduduk yang setuju dan tidak

68

setuju dalam pernyataan ini. Hal ini berlaku kerana berdasarkan pemerhatian pengkaji
terdapat segelintir masyarakat yang kurang peka dan tidak bertanggungjawab tentang
penggunaan laluan khas tersebut dan ianya menyebabkan segelintir pesakit yag terdiri
daripada warga tua tidak dapat menggunkan laluan tersebut.

Berdasarkan trend tesebut berlaku kerana menurut penduduk pihak hospital dan

klinik kesihatan kerajaan memang ada menyediakan laluan khas untuk kegunaan warga tua

tetapi disebabkan sikap masyarakat yang tidak memikirkan tentang kepentingan warga tua,

laluan khas tersebut tidak dapat digunakan oleh mereka untuk memudahkan urusan mereka.

Walau bagaimanapun, hal ini tidak berlaku di semua hospital dan klinik kesihatan kerajaan

kerana menurut penduduk yang berada di kawasan yang lain, mereka masih dapat

menggunakan laluan khas tersebut dan masyarakat dikawasan tersebut peka dengan laluan

khas tersebut bertujuan untuk memudahkan warga tua.

Jadual 6.1 Skor min kemudahan kesihatan awam

Pernyataan Statistik

Min

Saya mendapati hospital/ klinik kesihatan kerajaan sangat 4.20

mesra warga tua

Saya mendapati hospital/ klinik kesihatan kerajaan adalah 4.02

mudah diakses daripada rumah

Saya mendapati Doktor/ pembantu hospital/ jururawat dll 4.22
sangat perihatin terhadap pesakit yang terdiri daripada warga

tua

Saya mendapatkan rawatan kesihatan di hospital/ klinik 4.43

kesihatan kerajaan kerana ia murah.

Saya mendapatkan rawatan kesihatan di hospital/ klinik 3.25

kesihatan kerajaan kerana ia ia menepati masa.

Saya mendapatkan rawatan kesihatan di hospital/ klinik 3.94
kesihatan kerajaan kerana ia sentiasa memantau kehadiran

temujanji saya. 2.35
Saya tahu menggunakan aplikasi email/ sms dan web bagi

tujuan penghantaran ubat ke rumah. 3.59
Saya mendapat kad diskaun warga emas bagi penggunaan

hospital/ klinik kesihatan kerajaan 3.38
Saya mendapat laluan khas bagi penggunaan hospital/ klinik

kesihatan kerajaan

Sumber: Data kerja lapangan 2020

69

BAB
7

LANGKAH YANG SESUAI KEPADA MASYRAKAT UNTUK MEMBANTU
WARGA TUA BANDAR

7.1 PENGENALAN

Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar yang sedap pesat membangun dari segi ekonom,
politik dan sebagainya. Pembangunan ini telah sekali gus telah meningkatkan taraf hidup
penduduk di bandaraya ini. Walau bagaimanapun, dalam pembangunan yang pesat ini
terdapat segelintir warga tua yang malang tidak terbela pada hari ini. Tambahan pula,
Malaysia pada tahun 2030 akan dijangka menjadi negara tua kerana mempunyai jumlah
warga tua yang ramai. Warga tua merupakan golongan yang paling berjasa kepada
negara. Mereka telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-
anak. Namun, pada hari ini warga tua sering diabaikan dan jasa mereka dilupakan oleh
masyarakat. Sehubungan itu, pengkaji telah pergi ke kawasan kajian dan mendapatkan
cadangan daripada penduduk yang terdiri dari golongan warga tua mengenai langkah-
langkah yang boleh membantu warga tua di Kuala Lumpur.

7.2 MASYARAKAT MUDA PERLU LEBIH MENYAYANGI, MENGHORMATI DAN
MEMBANTU WARGA TUA

Masyarakat muda merupakan individu yang penting dalam membantu warga tua kehidupan
harian mereka kerana mereka adalah golongan yang masih kuat dan dapat membantu orang
sekeliling. Bantuan yang dimaksudkan ialah dari segi penggunaan kemudahan awam seperti
mengutamakan dahulu warga tua ketika memasuki pengangkutan awam, memberi tempat
duduk kepada terlebih dahulu dan sebagainya. Hasil kajian menunjukkan sebanyak
52.0 peratus penduduk menjawab sangat setuju dan
43.0 peratus penduduk pula menjawab setuju, manakala analisis deksriptif jadual 7.1
menunjukkan nilai min bagi pernyataan in ialah 4.46 (Rujuk jadual 7.1) dan ianya
menunjukkan majoriti bersetuju dengan pernyataan masyrakat muda perli lebih

70

menyayangi, menghormati dan membantu warga tua kerana nilai min berada pada tahap
tinggi.

Trend tersebut berlaku kerana warga tua merupakan penduduk yang sudah tidak
kuat dari fizikalnya, malah setiap perkara yang dilakukan oleh warga tua memerlukan
bantuan daripada masyarakat sekeliling untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan
seharian mereka dengan mudah. Menurut penduduk, sekarang ini masyarakat sekeliling
kurang mempunyai kesedaran untuk membantu atau menghormati warga tua, malah mereka
lebih mementingkan diri mereka berbanding warga tua, Hal ini menyebabkan penduduk
berpendapat bahawa masyarakat muda perlulah lebih menyayangi, menghormati dan
membantu warga tua dalam kegiatan aktiviti seharian.

7.3 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MESRA WARGA TUA SEPERTI APLIKASI
TELEFON

Pada zaman sekarang ialah merupakan zaman yang menggunakan teknologi dalam semua
perkara dan termasuklah dalam aktiviti seharian masyarakat di Kuala Lumpur. Perkara ini
menyebabkan agak sukar bagi warga tua bandar untuk menggunakan teknologi dalam
aktiviti seharian mereka kerana warga tua sudah biasa hidup dalam keadaan yang tidak
memerlukan pengguna teknologi aktiviti seharian mereka, jadi mereka terpaksa belajar
penggunaan teknologi ini bagi memudahkan aktiviti seharian mereka. Oleh sebab itu, telah
langkah untuk membantu penggunaan teknologi mesra warga tua seperti aplikasi telefon.
Berdasarkan langkah tersebut, jadual 7.1 menunjukkan nilai min bagi pernyataan ini ialah
4.34 (Rujuk jadual 7.1) dan secara majoritinya penduduk semua bersetuju dengan langkah
tersebut kerana sebanyak 46.0 peratus penduduk sangat setuju dan 43.0 peratus penduduk
pula setuju bahawa mereka memerlukan penggunaan teknologi mesra warga tua seperti
aplikasi telefon.

Selain itu, trend tersebut berlaku disebabkan dunia sekarang sudah semakin moden
dan kebanyakkanya semua urusan dilakukan secara atas talian tanpa memerlukan kehadiran
pelanggan atau pengguna. Oleh itu, penduduk berpendapat bahawa penggunaan

71

teknologi dalam kalangan mereka amatlah diperlukan terutamanya penggunaan aplikasi
telefon.. Hal ini kerana untuk memudahkan mereka melakukan pelbagai petkara melalui
atas talian dan mereka tidak perlu keluar untuk berurusan. Hal ini secara tidak langsung
dengan fizikal mereka yang sudah tidak kuat ini, mereka dapat menjimatkan tenaga fizikal
mereka untuk kegunaan aktiviti lain.

7.4 ANAK-ANAK PERLU BERI KASIH SAYANG YANG CUKUP KEPADA IBU
BAPA

Peranan anak-anak dalam membantu akitivti seharian warga tua juga amatlah penting
kerana mereka orang yang paling rapat dengan ibu bapa mereka dan sebagai seorang anak
mereka perlulah memberi kasih sayang yang secukup kepada ibu bapa mereka yang sudah
bergelar warga tua kerana golongan ini mereka memerlukan perhatian yang lebih dalam
kehidupan seharian mereka. Hasila kajian yang didapati menunjukkan sebanyak 43.0
peratus penduduk setuju dengan pernyatan ini dan terdapat 23.0 peratus penduduk juga
menjawab sangat setuju, tetapi 26.0 peratus penduduk pula mengatakan bahawa mereka
tidak pasti dengan pernyataan tersebut. Namun begitu, jadual 7.1 menunjukkan nilai min
ialah 3.80 iaitu ianya merupakan nilai min yang berada pada tahap tinggi (Rujuk jadual 7.1)
dan membuktikan bahawa secara majoriti penduduk bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Disamping itu, trend ini berlaku disebabkan penduduk merasakan bahawa anak-
anak amatlah memainkan peranan penting dalam membantu ibu bapa mereka sebelum
melibatkan peranan masyarakat sekeliling. Kebanyakkan penduduk bercerita bahawa
anak-anak mereka sibuk dengan komitmen mereka sendiri iaitu komitmen sebagai pekerja,
suami, isteri dan sebagainya sehingga masa mereka untuk membantu ibu bapa mereka
menjadi kurang. Selain itu, terdapat juga penduduk yang tinggal seorang diri disebabkan
tiada keluarga dan ada juga diantara mereka yang ditinggalkan oleh anak-anak mereka
sendiri di pusat jagaan orang tua. Oleh itu, penduduk merasakan bahawa anak-anak
perlulah memainkan peranan mereka terlebih dahulu bagi memastikan kesejahteraan
hidup warga tua.

72

7.5 ANAK-ANAK PERLU SENTIASA MELUANG MASA BERSAMA IBU BAPA

Selain itu, anak-anak juga digalakkan untuk sentiasa meluang masa bersama ibu bapa
mereka kerana untuk memudahkan urusan mereka. Kebanyakkan anak-anak sibuk bekerja
demi menyara keluarga mereka tetapi masa mereka bersama ibu bapa juga amatlah
diperlukan bagi membantu mereka, walaupun tidak secara kerap tetapi seminggu sekali
sudah cukup memandai bagi mereka. Hasil kajian analisis deksriptif jadual 7.1
menunjukkan nilai min ialah 3.80 iaitu ianya merupakan nilai min yang berada pada tahap
tinggi (Rujuk jadual 7.1) kerana majoriti penduduk menjawab setuju iaitu sebanyak 30.0
peratus dan sangat setuju pula menunjukkan 23.0 peratus penduduk. Namun begitu, terdapat
33.0 peratus penduduk tidak pasti dengan pernyataan ini, walau bagaimanapun secara
majoritinya penduduk bersetuju dengan mengatakan anak-anak perlu sentiasa meluang
masa bersama ibu bapa mereka.

Selain itu juga, trend ini berlaku disebabkan menurut penduduk kebanyakkan anak-
anak mereka terlalu sibuk dengan aktiviti harian, sehingga mereka tidak ada masa untuk
meluang bersama ibu bapa mereka. Oleh itu, ramai warga tua melakukan urusan seharian
mereka secara sendirian seperti mendapatkan rawatan di klinik, keluar membeli barangan
dan sebagainya. Hal ini telah menyebabkan bahawa ibu bapa yang terdiri daripada warga
tua memerlukan masa yang lebih bersama anak mereka bagi dapat membantu mereka
menjalankan urusan yang perlu dilakukan, kerana disebabkan kekuatan fizikal mereka yang
semakin lemah, mereka memerlukan penjagaan yang lebih untuk mengelakkan dari
berlakunya perkara yang tidak diingini terhadap diri warga tua.

7.6 KERAJAAN PERLU MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK RUMAH KHAS
UNTUK MENEMPATKAN WARGA TUA

Selain itu, langkah-langkah lain yang boleh diambil ialah kerajaan harus menyediakan lebih
banyak rumah khas untuk untuk menempatkan warga tua yang malang dan tidak terbela ini
supaya kehidupan mereka lebih terjamin. Rumah yang dibina mestilah sesuai dengan
mereka yang memerlukan kawasan yang luas, berhampiran taman, laut atau

73

dilengkapi kemudahan kesihatan yang lengkap. Rumah yang disediakan ini harus secara
percuma dan didiami oleh beberapa warga tua yang lain untuk menjadikan suasana di rumah
itu lebih ceria dan menarik. Reka bentuk rumah tersebut haruslah moden dan tidak nampak
membosankan. Ini sedikit sebanyak dapat menceriakan warga emas dan membantu dalam
menempuh kehidupan harian mereka.

Berdasarkan hasil kajian yang didapati menunjukkan sebanyak 50.0 peratus
penduduk menjawab setuju dan 16.0 peratus penduduk menjawab sangat setuju. Namun
begitu, terdapat 31.0 peratus penduduk menjawab tidak pasti dengan pernyataan ini dan
3.0 peratus penduduk menjawab tidak setuju. Walau bagaimanapun, jadual 7.1
menunjukkan nilai min ialah 3.79 (Rujuk jadual 7.1) iaitu membuktikan bahawa secara
majoritinya penduduk bersetuju mengatakan kerajaan perlu menyediakan lebih banyak
rumah khas untuk menempatkan warga tua.

Akhir sekali, trend ini berlaku disebabkan kerana menurut penduduk ramai diantara
mereka yang tidak mempunyai kawasan kediaman yang baik dan ada diantara mereka yang
tidak mempunyai keluarga dan rumah. Keadaan ini disebabkan kadar sewa rumah di
kawasan bandar amatlah tinggi dan warga tua hanya berpendaapatan rendah, jadi ianya agak
sukar untuk menyewa dikawasan bandar seperti Kuala Lumpur. Oleh itu, mereka terpaksa
untuk tinggal dikawasan yang mereka boleh tidur dan dapat perlindungan dari ancaman
jenayah dan perkara yang tidak diingini. Mengenai langkah kerajaan perlu menyediakan
lebih banyak rumah khas, penduduk amat menyokong langkah tersebut. Hal ini supaaya
untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan warga tua bandar dapat dijaga dengan
baik dan dijamin selamat.

7.7 KERAJAAN PERLU MENGADAKAN PROGRAM BERCORAK EKONOMI
BAGI MENJANA PENDAPATAN WARGA TUA DI BANDAR

Seterusnya, terdapat juga warga tua yang tidak terbela ini mencari pendapatan mereka
sendiri dengan menjual barang-barang di tepi jalan, mengutip tin minuman untuk dijual dan
sebagainya. Warga tua mempunyau badan yang lemah berbanding dengan warga

74

muda. Hal in menyebabkan pelbagai masalah yang timbul antaranya dari segi kesihatan
mereka. Lantaran itu kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu
menjana pendapatan kepada warga emas ini. Pendapatan itu pula boleh disalurkan untuk
kepentingan warga tersebut. Semua aktiviti yang dijalankan mestilah bersesuaian dengan
keadaan fizikal warga tua. Langkah ini turut menjadikan kehidupan mereka lebih menarik
dan tidak membosakan. Warga tua turut berpeluang untuk menggunakan idea mereka ke
arah sesuatu yang lebih bermakna.

Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 51.0 peratus bersetuju dan seramai 43.0
peratus reponden lagi menjawab sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Jadual 7.1
menunjukkan nilai min bagi pernyataan ini ialah 4.37 (Rujuk jadual 7.1), iaitu ianya berada
tahap nilai min yang tinggi sekali gus membuktikan bahawa penduduk setuju dengan
pernyataan ini.

Berdasarkan trend tersebut menunjukkan bahawa penduduk amat bersetuju kerana
kebanyakkan warga tua tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap malah mereka
hanya mengharapkan bantuan daripada kebajikan masyrakat serta duit persaraan mereka.
Oleh itu, dengan adanya langkah kerajaan untuk mewujudkan program bercorak ekonomi,
penduduk bersetuju kerana mereka dapat menjana pendapatan lebih untuk menyara diri
mereka yang tinggal dikawasan bandar yang mempunyai taraf hidup yang itnggi berbanding
luar bandar. Selain itu, langkah ini juga dilakukan bertujuan untuk mengalakkan
penglibatan warga tua dalam pembangunan ekonomi negara, sekaligus warga tua juga
mempunyai peranan yang penting untuk memajukan ekonomi negara.

75

Jadual 7.1 Skor min langkah membantu warga tua bandar

Pernyataan Stastik
Min
Diskaun tambang pengangkutan awam 4.46
Penggunaan teknologi mesra warga tua seperti skrin 4.34
paparan infografik 3.81
Anak-anak perlu beri kasih sayang yang cukup kepada ibu
bapa

Anak-anak perlu sentiasa meluang masa bersama ibu bapa 3.80
Kerajaan perlu menyediakan lebih banyak rumah khas 3.79
untuk menempatkan warga tua
Kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi 4.37
bagi menjana pendapatan warga tua di bandar.

Sumber: Data kerja lapangan 2020

7.8 KESIMPULAN

Tuntasnya, bab ini membincangkan tentang keseluruhan hasil yang diperlukan untuk
menjawab semua objektif kajian. Pada permulaan perbincangan diperkenalkan dengan latar
belakang penduduk yang terlibat dengan kajian ini iaitu seramai 100 orang yang terdiri
daripada warga tua bandar di Kuala Lumpur. Selain itu, latar belakang tentang pekerjaan
dan pendapatan juga dianalisi untuk mengetahui taraf hidup sebenar penduduk. Analisis ini
dilakukan bagi membantu perbincangan di bahagian berikutnya.

Seterusnya, penilaian berkaitan dengan keperluan kemudahan awam yang mesra
warga tua dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kemudahan pengangkutan awam dan
kemudahan kesihatan awam. Terdapat 18 item yang diuji untuk berdasarkan kepada
penilaian melalui skala likert yang dikelompokkan ke dalam beberapa bahagian. Analisis
skor mean dibuat untuk melihat tahap secara purata yang diberikan oleh penduduk. Setiap
tahap yang diberikan dibincangkan bersama dengan sebab dan sokongan daripada kajian
lepas. Hasil analisis mendapati bahawa terdapat item yang positif dan negatif.

Selain itu, dalam bab ini juga membincangkan tentang langkah membantu warga tu
bandar. Penilaian ini mempunyai 6 item yang diuji dalam borang soal selidik. Analisis
dilakukan dengan membincangkan kekerapan dan peratusan serta nilai skor min. Oleh itu,

76

pelbagai langkah perlu diambil untuk membantu warga tua bandar agar memudahkan
mereka menjalan aktiviti seharian mereka seperti masyarkat muda.

Kesimpulannya, hasil analisis yang telah dilakukan menunjukkan keputusan yang
berbeza-beza berdasarkan kepada item yang diuji. Item yang menunjukkan keputusan
positif perlu dikekalkan dan ditambahbaik lagi dari masa ke masa untuk memastikan
keperluan kemudahan penduduk tua bandar dapat dipenuhi sebelum Malaysia menjadi
negara tua pada tahun 2030 nanti. Segala cadangan dan langkah akan dibincangkan dalam
bab yang seterusnya.

77

BAB
8

KESIMPULAN

8.1 PENGENALAN

Bab akhir ini akan merumuskan hasil perbincangan kajian ini secara keseluruhan.
Kemudian bab ini juga akan membincangkan batasan kajian yang dihadapi sepanjang
tempoh untuk mendapatkan data bagi menyiapkan Latihan Ilmiah ini. Di samping itu,
usulan penyelidikan lanjutan juga dikemukakan dalam bab ini.

8.2 RUMUSAN KAJIAN

Berdasarkan penelitian, pengumpulan dan penganalisan bab secara keseluruhannya,
penemuan kajian menerusi dapatan hasil daripada Bab empat, lima, enam dan tujuj didapati
telah menjawab kesemua objektif utama iaitu tiga objektif seperti mana yang telah
ditetapkan di awal penulisan Bab satu. Pencapaian objektif ini menunjukkan bahawa
pengkaji telah berjaya mengaitkan pengaruh penuaan penduduk bandar terhadapkeperluan
kemudahan awam mesra warga tua dengan objektif yang ingin dicapai dalam penulisannya.
Terdapat beberapa objektif kajian yang telah dikenalpasti dan disokong dengan kenyataan
daripada hasil kajian bagi mengukuhkan dan membuktikan bahawa penyelidikan yang
dijalankan menepati kehendak kajian.
.

Berdasarkan kepada objektif pertama iaitu untuk mengenalpasti kemudahan
pengangkutan awam bagi keperluan warga tua, terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan
awam yang disediakan untuk memudahkan warga tua bandar melakukan akiviti seharian
mereka dengan mudah. Dapatan kajian mendapati bahawa warga tua di

78

kawasan kajian tersebut secara keseluruhannya mengatakan bahawa mereka mendapat
kemudahan pengangkutan awam yang mesra terhadap warga tua. Hal ini demikian kerana
kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Bas RapidKL dan KTM yang sedia
ada ini amatlah mudah untuk diakses daripada rumah mereka, malah layanan pemandu dan
operater pengangkutan awam terhadap warga tua amatlah prihatin dalam memudahkan
mereka untuk menggunakannya.

Selain itu, warga tua bandar juga berpuas hati dengan pengangkutan awam kerana
harga tambangnya yang murah serta penggunaannya yang mudah dan mempuyai tempat
khas untuk warga tua. Pengangkutan awam menjadi pilihan warga tua bandar kerana ianya
menepati masa dan juga memudahkan pergerakan warga tua dari satu tempat ke tempat
yang lain kerana jaringan pengangkutan di Kuala Lumpur meliputi bandaraya Kuala
Lumpur dan juga bandar disekelilingnya. Disamping itu, warga tua bandar juga mendapat
kad diskaun bagi semua jenis penggunaan pengangkutan awam yang terdapat di Kuala
Lumpur. Oleh itu, secara keseluruhannya pengkaji mendapati bahawa pengangkutan awam
yang sedia ada ini sangat mesra warga tua bandar terutamanya bandar yang pesat
membangun ekonominya seperti Kuala Lumpur.

Selanjutnya, objektif kedua ialah untuk mengenalpasti kemudaha kesihatan awam
bagi keperluan warga tua. Objektif ini bertujuan untuk melihat dan menilai kemudahan
kesihatan awam yang disediakan bagi keperluan warga tua bandar untuk membolehkan
mereka mempunyai taraf kesihatan yang baik. Secara keseluruhannya penduduk bagi
objektif ini mengatakan bahawa mereka mendapat kemudahan kesihatan awam yang mesra
warga tua dan mereka juga turut mempunyai akses yang mudah dari rumah mereka bagi
mendapatkan kemudahan kesihatan awam. Selain itu, penduduk juga mengatakan bahawan
layanan yang diberikan oleh doktor, jururawat dan kakitangan hospital atau klinik kesihatan
amatlah baik dan mereka semua mesra terhadap warga tua.

79

Seterusnya juga, penduduk juga mengatakan bahawa kemudahan kesihatan awam
yang disediakan ini juga mempunyai harga yang murah dan mereka mampu untuk
menggunakannya, malah layanan hospital dan klinik kesihatan juga dikatakan menepati
masa. penduduk juga mengatakan bahawa pihak hospital dan klinik kesihatan juga sentiasa
memantau kehadiran temujanji pesakit warga tua bagi mendapatkan pemeriksaan yang tepat
pada hari yang ditetapkan, namun begitu penduduk yang terdiri daripada warga tua ini
mengalami kesukaran dengan servis penghantaran ubat ke rumah kerana merek kurang
mengetahui tentang penggunaan aplikasi tersebut tetapi masih ada dikalangan mereka yang
mengetahui cara penggunaannya cuma hanya sebilangan yang sedikit sahaja. Disamping
itu, penduduk juga bersetuju dengan penggunaan kad diskaun yang diterima oleh mereka
untuk mendapat rawatan kesihatan dan mereka juga turut diberikan laluan khas dan tempat
khas untuk menerima rawatan di hospital atau klinik kerajaan. Oleh itu, secara
keseluruhannya penduduk telah menerima kemudahan kesihatan awam dengan baik sekali
dan ianya memenuhi keperluan warga tua bandar.

Akhir sekali, objektif ketiga ialah mencadangkan langkah yang sesuai kepada
masyarakat untuk membantu warga tua bandar. Objektif ini dilakukan untuk bertujuan
memastikan masyarakat sekeliling memainkan peranan mereka untuk membantu warga tua
dalam melakukan aktiviti seharian mereka. Secara kesuluruhannya langkah yang
dicadangkan ini mendapat maklum balas bahawa penduduk semua bersetuju mengatakan
diskaun tambang pengangkutan awam masih lagi perlu dilakukan kerana masih terdapat
pengangkutan awam yang mempunyai tambang yang agak tinggi terutamanya
pengangkutan awam yang melakukan perjalanan jarak jauh seperti bas dan keretapi, malah
mereka juga bersetuju mengatakan bahawa paparan infografik juga amatlah penting bagi
membantu mendidik masyarakat bandar.

Seterusnya, penduduk juga bersetuju mengatakan bahawa anak-anak perlulah
memberi kasih sayang dan meluangkan masa yang secukupnya kepada ibu bapa mereka
agar ianya dapat membantu mereka dalam memudahkan urusan seharian mereka. Selain itu,
penduduk juga bersetuju mengatakan bahawa pihak kerajaan perlu menyediakan rumah
khas untuk menempatkan warga tua kerana sebilangan warga tua bandar tidak

80

mempunyai tempat tinggal yang tetap dan mereka juga bersetuju bahawa kerajaan perlu
mengadakan program yang bercorak ekonomi agar ianya dapat memberikan sumber
pendapatan kepada warga tua bandar kerana kos hidup dibandar agak tinggi dan warga tua
bandar kebanyakkannya sudah tidak bekerja, jadi dengan ada program seperti itu ianya
dapat membantu warga tua menjana pendapatan mereka untuk meneruskan kehidupan di
bandar.

8.3 BATASAN KAJIAN

Bagi menyiapkan Latihan Ilmiah ini, pelbagai kekangan kajian, halangan dan cabaran telah
dihadapi oleh penduduk. Cabaran utama ialah ada segelintir penduduk tidak memberi
kerjasama yang baik untuk menjawab soal selidik yang diedarkan. Hal ini demikian kerana
mereka takut untuk menjawab pertanyaan tersebut kerana terdapat beberapa kes ragut dan
penipuan yang menggunakan modus operandi sebegini. Hal ini menyebabkan penduduk
mengalami trauma disebabkan perkara tersebut kerana ada diantara mereka yang
mengalami kecederaan yang teruk dan ada diantara mereka yang kehilangan wang yang
banyak. Oleh hal demikian, maka penduduk kebanyakan lebih cenderung untuk
memberikan secara cepat dan ada diantara mereka yang tidak membaca soalan kajian
tersebut terlebih dahulu. Oleh hal demikian, dalam situasi seperti ini pengkaji tidak dapat
menganalisis dengan tepat kajian yang dilakukan di kawasan kajian tersebut dan ada
segelintir penduduk menyatakan bahawa mereka tidak mahu menjawab soalan ini kerana
soalan terlalu banyak dan mereka tidak mempunyai masa kerana mempunyai urusan yang
lain yang perlu diuruskan.

Masalah seterusnya ialah terdapat segelintir penduduk yang berpandangan bahawa
pengkaji diberi upah oleh pihak universiti untuk membuat bancian terhadap penduduk.
Masalah ini telah menyebabkan mereka tidak ingin bekerjasama untuk menjawab soal
selidik yang diberikan sehingga ada yang menutup pintu setelah memberi salam. Selain itu,
masalah ketika ditemui semasa sesi soal selidik mereka tidak mempunyai keyakinan untuk
menjawab soal selidik kerana mereka menyatakan bahawa soalan yang ditanya menyentuh
isu sangat sensitif. Oleh hal demikian, mereka sangat berhati-hati untuk

81

memberikan jawapan dan pendapat semasa sesi soal selidik dilakukan kerana mereka takut
memberikan jawapan berkaitan dengan masalah peribadi.

Akhir sekali, masalah yang dihadapi oleh pengkaji bagi menjalankan kajian ini ialah
sumber rujukan perpustakaan yang terhad dan kurang. Hal ini kerana pada awal tahun ini
Malaysia telah dilanda wabak Covid-19 dan wabak ini melanda seluruh dunia. Kesan
daripada itu, pihak kerajaan Malaysia melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
bertujuan untuk mencegah penularan wabak tersebut. Hal ini menyebabkan institusi
pendidikan tinggi ditutup dan menyebabkan perpustakaan juga turut ditutup dan ianya
menyebabkan sumber rujukan untuk menulis bagi kajian ini agak terhad.

Kesimpulannya, hal ini telah menyusahkan pengkaji kerana penduduk enggan
memberi kerjasama dan maklumat yang didapati sukar untuk dianalisis dan dikaji kerana
pengumpulan data maklumat yang dihasilkan tidak tepat kerana sikap segelintir penduduk
yang ingin menyuarakan pandangan dan jawapan yang betul semasa pengkaji melakukan
kajian. Malah dengan sumber rujukan yang agak terhad ini pengkaji juga turut sukar
memperolehi rujukan kajian lepas bagi menghasilkan sebuah penulisan yang baik. Namun
begitu, kajian ini berjaya disiapkan dengan baik setelah pengkaji menemui penduduk lain
yang lebih komited dan menggunakan sumber yang sedia ada sehabis baik seperti sumber
dari internet untuk menjadikan rujukan bagi menyiapkan penulisan ini.

8.4 USULAN KAJIAN

Pada masa akan datang, kajian berkaitan dengan geografi penduduk tua bandar perlu
dilakukan di kawasan ini. Analisis penduduk tua bandar juga boleh dilakukan namun
pengkaji akan datang haruslah berfokuskan kepada kawasan bandar yang terdapat di
Malaysia. Hal ini kerana, mereka ini merupakan golongan yang perlu diberi keutamaan bagi
membolehkan pembangunan ekonomi di Malaysia dapat dibangunkan dengan baik kerana
menjelang tahun 2030 Malaysia akan menjadi sebuah negara tua. Tujuan kajian ini
dilakukan adalah untuk mengkaji keperluan kemudahan awam yang diperlukan oleh warga
tua bandar bagi membolehkan dan memudahkan mereka menjalankan akitviti

82

seharian mereka. Galakan juga diberikan kepada mereka yang berhasrat untuk mengkaji
kajian ini pada tahun yang akan datang. Hal ini penting untuk mengkaji kerana bagi
mengtahui sejauhmana kemudahan awam yang sedia ada ini membantu warga tua dalam
kehidupan seharian mereka dan juga untuk mengetahui apakah lagi perkara yang perlu
dilakukan penambaikan dalam kemudahan awam yang sedia ada untuk mendepani negara
tua pada tahun 2030 nanti.

Kemudian pengkaji akan datang juga boleh menjalankan kajian tentang analisis
aplikasi dan kemudahan teknologi yang dapat membantu warga tua dalam apa jua kegiatan
seharian. Pengkaji mestilah berfokuskan kepada dua kelompok penduduk tua iaitu
penduduk tua bandar dan penduduk tua luar bandar. Kajian ini penting kerana untuk menilai
sejauhmana kemudahan teknologi membantu warga tua dan sejauhmana warga tua
menggunakan kemudahan teknologi dalam akitiviti seharian mereka. Ini kerana
kebanyakan kajian yang dilakukan tidak banyak kajian berkaitan geografi penduduk
terutamanya yang berfokuskan kepada kesejahteraan penduduk tua dalam kegiatan
ekonomi negara dan juga peranan kerajaan dalam mewujudkan keterlibatan penduduk tua
dalam kegiatan ekonomi Malaysia.

8.5 PENUTUP

Secara keseluruhannya, kajian ini telah menunjukkan bahawa kemudahan awam yang
terdapat di Kuala Lumpur ini telah memenuhi keperluan warga tua bandar pada masa
sekarang. Walau bagaimanapun, pihak bertanggungjawab perlulah mewujudkan langkah
dan penambahbaikan terhadap kemudahan awam yang sedia ada ini bagi menghadapi status
negara tua pada tahun 2030 nanti. Hal ini kerana, jika dilihat berdasarkan jumlah penduduk
Kuala Lumpur pada setiap 10 tahun ianya menunjukkan berlaku peningkatan jumlah
penduduk dalam setiap peringkat umur dan pihak bertanggungjawab perlulah memastikan
bahawa kemudahan awam ini cukup untuk menampung penggunaan jumlah penduduk yang
lain dalam masa yang sama juga ianya dapat menampung penggunaan penduduk tua bandar
dengan mudah dan mesra warga tua.

83

Akhir sekali, pengkaji berharap supaya pihak bertanggungjawab seperti kerajaan
perlulah merangka sebuah pembangunan sosial dan ekonomi yang dapat meningkatkan
taraf hidup penduduk tua bandar dan luar bandar. Hal ini kerana pembangunan tersebut
bertujuan untuk membolehkan warga tua dapat menghasilkan sumber pendapatan mereka
sendiri dalam dan dalam masa yang sama juga ianya dapat meningkatkan taraf hidup warga
tua dan mengurangkan bebanan kerajaan terhadap mereka. Bukan itu sahaja, dengan
wujudnya langkah-langkah penambahbaikan yang bakal dibuat oleh pihak kerajaan,
pengkaji berharap bahawa warga tua bandar dapat hidup dalam keadaan yang harmoni serta
dapat melakukan akitivti seharian tanpa halangan seiring dengan penduduk bandar yang
lain, ini akan menyebabkan negara menjadi lebih bersedia dan mantap untuk menjadi
sebuah negara tua.

84

RUJUKAN

Abdul Aziz Jemain. 2001. “Model Umur Berkahwin Pertama di Semenanjung Malaysia”.
Matematika. Jilid 17 (1). Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia: 33-44.

Abdul Hamid Abdul dan Mokhtar Nadzri. 2018. Malaysia menuju negara tua: apakah yang
boleh dipelajari daripada pengalaman negara Jepun?. Human Sustainability
Procedia, pp.406-419.

Abdul Rahman, Normala Daud dan Rohaya Mohd Hussien. 2006. Assessing the training
needs of academic staff in the Faculty of Business Management, UiTM, Shah Alam.
Institute of Research, Development and Commercialization.

Aris Ananta dan Eri Nurvidya Arifin. (2009). “Older Persons in Southeast Asia: From
Liability to Asset”. Eri Nurridya Arifin dan Aris Ananta. (ed). Older Person in
Southeast Asia: An Emerging Asset. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies:
3-46.

Basic Population Characteristics by Administrative Districts. 2006. Jabatan Perangkaan
Malaysia. Putrajaya.

Baochang, G. (2007). “Low Fertility in China: Trend, Policy and Impact”. Asia-Pacific
Population Journal. Vol. 22 (2): 73-90.

Bauer PW. 1990. “Recent Developments in the Econometrics Estimation of Frontiers”. J
Econometrics. 46:39-56.

Bell Susan S, Fonseca Mark S dan Motten Little B. 1997. Linking Restoration and
Landscape Ecology. Restoration Ecology. 5(4) 318-323.

Berleen Goran. 2004. A healthier elderly population in Sweden. Stockholm. National
Institute of Public Health. Sweden.

85

Bowling, J., Herbenick, D Fu, T.C., Dodge, B., Guerra-Reyes, L. and Sanders, S., 2017.
Sexual diversity in the United States: Results from a nationally representative
probability sample of adult women and men. PloS one, 12(7), p.e0181198.

Bunnell Tom. 2002. Cities for nations? Examining the city-nation-state relation in
Information Age Malaysia. International Journal of Urban and Regonal Research
26(2). 284-298.

Caldwell, B.K. 2005. “Factors Affecting Female Age at Marriage in South Asia: Contrasts
between Sri Lanka and Bangladesh”. Asian Population Studies. Vol. 1 (3): 283-301.

Caughley Graeme. 1994. Directions in Conservation Biology. The Journal of Animal
Ecology. 63(2) 215.

Center E.W. 2008. Asia’s aging population. East Asia, 114(244,082), pp.393-802.
Dodge Kenneth A, Dishion Thomas J dan Lansford Jennifer E. 2006. Deviant Peer

Influences in Intervention and Public Policy for Youth. Social Policy Report. 20(1)
1-20.
Du, P., dan Guo, Z.G. (2000). “Population Ageing in China”. Phillips, D.R. (ed). Ageing in
the Asia-Pacific Region: Issues, Policies and Future Trend. New York: Routledge,
Taylor & Francis Group: 194-209.
Farquhar, M. 1995. Definitions of quality of life: a taxonomy. Journal of Advanced
Nursing, 22(3), 502–508.
Fillenbaum, G. G. 1985. Screening the Elderly. Journal of the American Geriatrics Society,
33(10), 698–706.
Gabriel Z and Bowling A. 2004. Quality of life from the perspectives of older people.
Ageing and Society. 24(05), 675–691.
GDP Per Capita by State, Annual Percentage Growth and Percentage Share to Malaysia
DGP. 2008. Jabatan Perangkaan Malaysia. Putrajaya.

86

Hamilton Max. 1967. Development of a Rating Scale for Primary Depressive Illness.
British Journal of Social and Clinical Psychology. 6(4) 278-296.

Harrel, S., Wang, Y., Han, H., Santos, G.D., dan Zhou, Y. (2011). “Fertility Decline in
Rural China: A Comparative Analysis. Journal of Family History. 36 (1): 15-36.
Sage.

Hashimoto, A. 1992. “Ageing in Japan”. Philips, D.R (ed). Ageing in East and South
East Asia. London: Edward Arnold: 36-44.

Heller. M.P.S. 2006. Is Asia prepared for an aging population?. No. 6-272.International
Monetary Fund.

Helling, A. and Mokhtarian, P.L. 2001. Worker telecommunication and mobility in
transition: consequences for planning. Journal of Planning Literature, 15(4),
pp.511-525.

Hongpeng, S., Qiuju, Z., Xiao, L., Hude, Q., Feng, Z., Chang, L. dan Meina, L. (2011).
“Changes of Adult Population Health Status in China from 2003 to 2008.” PLoS
ONE. 6 (12): e28411.

Ibrahim Nasri, Mat Saad Zulkarnaian dan Ahmad Ramli.. 2014. Dasar warga emas negara
dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia. 2010. Pusat Jabatan Meteorlogi. Petaling Jaya.
Jamaluddin, S.Z. and Wah, F.Y., 2013. Bersara tetapi bekerja: Senario pesara Malaysia

pada masa hadapan. Kanun Jurnal Undang-Undang Malaysia, pp.238-254.
Joseph Coughlin and Lisa D’Ambrosio. 2012. Aging America and Transportation:

Personal Choices and Public Policy. Springer Publishing Company.
Knodel, J., dan Ofstedal, M.B. 2003. “Gender and Aging in the Developing World:

Where are The Men”. Population and Development Review. 29 (4): 677-698.

87

Kuroda, T. 1993. “Population Ageing in Asia and its Economic and Social Implications”.
Asian Population Studies Series No.124. New York: United Nations. 155-165.

Kusumaratna Rina K. 2016. Impact of physical activity on quality of life in the elderly.
Universa Medicina. Vol 27, No 2.

Langston, C., Wong, F.K., Hui, E.C. and Shen, L.Y., 2008. Strategic assessment of building
adaptive reuse opportunities in Hong Kong. Building and environment, 43(10),
pp.1709-1718.

Lebreton Jean-Dominique, Blondel Jacques dan Pradel Roger. 1992. Low fecundity insular
blue tits do not survive better as adults than high fecundity mainland ones.Journal
of Animal Ecology. pp.205-213.

Lee, S.H., dan Mason, A. 2000. “Population Aging Raises Questions for Policymakers”.
Asia Pacific Population and Policy. East-West Center. 53: 1-4.

Lowsky, D. J., Olshansky, S. J., Bhattacharya, J., & Goldman, D. P. 2013. Heterogeneity
in Healthy Aging. The Journals of Gerontology Series A: Biological Sciences
and Medical Sciences, 69(6), 640–649.

Lukman Z. Mohamad dan Zainal Mustafa. 2000. “Warga Tua: Satu Penelitian Umum”.
Abdul Aziz Jemain, Rahimah Abdul Aziz dan Lukman Z. Mohamad (ed). Warga Tua:

Isu dan Fenomena. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. (11-33).
Martin, L.G. 1990. “Changing Intergenerational Family Relations in East Asia”. Annals

of the American Academy of Political and Social Science. 510: 102-114.
Martin, L.G., dan Culter, S. 1983. “Mortality and Japanese Family Structure”. Population

and Development Review. 9 (4): 633-649.
Mason, A. 2008. “Sustainable Economic Policies in a Aging World”. Forum Economic

Globalization and the Choice of Asia: Transformation, Growth and Welfare.
University Shanghai.

88

Mather, M. and Ponzio, A., 2016. Emotion and aging. Handbook of emotions, pp.319-335.

Mollenkopf James Douglas. 2005. Device and method for coupling with electrical
distribution network infrastructure to provide communications. Current
Technologies LLC. U.S. Patent 6,980,090.

Musselwhite Charles dan Haddad Hebba. 2010. Mobility, accessibility and quality of later
life. Quality in Ageing and Older Adults. 11(1) 25-37.

Nafis Sadik. 1999. 6 Billion: A Time for Choices. New York: United Nations Population
Fund.

Nik Norliati Fitri Md Noor. 2019. Demographic Issues in Malaysia. Canadian Center of
Science and Education. Vol. 15, No. 11:2019.

Noraida Ibrahim. 2016. Kesejahteraan warga emas yang mengikuti aktiviti di pusat aktiviti
warga emas (PAWE), di negeri Selangor (Doctoral dissertation, Universiti Utara
Malaysia).

Pelan Struktur KL 2020. 2007. DBKL. Kuala Lumpur.
Posner, R.A. 1995. Aging and Old Age. London: The University of Chicago.
Rafnsson, S.B., Shankar, A. and Steptoe, A., 2015. Longitudinal influences of social

network characteristics on subjective well-being of older adults: findings from the
ELSA study. Journal of Aging and Health, 27(5), pp.919-934.
Ramashala, M.F. 2001. “Living Arrangements, Poverty and the Health of Older Persons in
Africa”. Living Arrangements of Older Persons: Critical Issues and Policy
Responses. New York: United Nations: 360-375.
Reichenberg, A., Weiser, M., Rabinowitz, J., Caspi, A., Schmeidler, J., Mark, M., Kaplan,
Z. and Davidson, M., 2002. A population-based cohort study of premorbid
intellectual, language, and behavioral functioning in patients with schizophrenia,
schizoaffective disorder, and nonpsychotic bipolar disorder. American Journal of
Psychiatry, 159(12), pp.2027-2035.

89

Ruhiza Mohamad Yasin. 2010. Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Pemindahan
Pembelajaran berdasarkan Pendekatan Model Rasch: Kajian Rintis.

Santo, K., dan Sarwono. S. 2003. “Managing the Elderly in a Crisis Situation”. Aris Ananta.
(ed). The Indonesian Crisis: A Human Development Perspectives. Singapore:
Institute of Southeast Asian Studies: 382-416.

Simpson, R. 2009. “Delayed Childbearing and Childlessness”. Stillwell, J, Coast, E dan
Knealae, D. (ed). Fertility, Living Arrangements, Care and Mobility:
Understanding Population Trend and Processes- Volume 1. New York: Springer:
23-40

Smith, T.L., dan Zopf, P.E. 1970. Demography Principles and Methods. Philadelphia:
F.A Davis Company.

Statistik Demografi Suku Keempat (S4). 2018. Jabatan Perangkaan Malaysia. Putrajaya.
Sterner Robert W. 1986. Herbivores Direct and Indirect Effects on Algal
Populations. Science. 231(4738) 605-607.

Tabata, K. 2005. “Population Aging: The Costs of Health Care for the Elderly and Growth”.
Journal of Macroeconomics. 27: 472-493.

Thom David. 1998. Variation in estimates of urinary incontinence prevalence in the
community: effects of differences in definition, population characteristics, and study
type. Journal of the American Geriatrics Society. 46(4), pp.473-480.

United Nations. 1973. The Determinants and Consequences of Population Trend. 1 (5).
New York: 92-94.

United Nations. 2000. World Population Monitoring 1999: Population Growth, Structure
and Distribution. New York: Department of Economic and Social Affairs
Population Division.

United Nations. 2001. Living Arrangements of Older Persons: Critical Issues and Policy
Responses. Special Issues Nos 42/43 2001. New York: Population Division
Department of Economic and Social Affair.

90

United Nations. 2011. Living Arrangements of Older Persons: Critical Issues and Policy
Responses. Sepcial Issues Nos 42/43 2001. New York: Population Division
Department of Economic and Social Affair.

Unit Perancang Ekonomi. 2014. “Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10)”.
http://www.epu.gov.my/tenth-malaysia-plan-10th-mp-. [15 Januari 2020].

Wan Ibrahim Wan Ahmad dan Zainab Ismail. 2010. Kualiti hidup dan harapan masa depan
ibu tunggal melayu muslim di Pantai Timur Malaysia. Islamiyyat : Jurnal
Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 32 . pp.
173-202. ISSN 0216-5636.

Westley, S.B., dan Mason, A. 2002. “Asia’s Aging Population”. East West-Center. The
Future of Population in Asia. Honolulu, Hawaii: 83-96.

Westley, S.B. 1998. “Asia’s Next Challenge: Caring for the Elderly”. Asia-Pacific
Population and Policy. Honolulu: East- West Center. (45).

World Health Statistics. 2010. WHO Statistical Information System. [ 25 Januari 2020].
Wu, J., Zhang, N., Hayes, A., Panoutsopoulou, K. dan Oliver, S. G. 2004. Global analysis

of nutrient control of gene expression in Saccharomyces cerevisiae during growth
and starvation. Proceedings of the National Academy of Sciences, 101(9), 3148–
3153.

91

Penyumbang Makalah
Abdul Aziz Marzuki adalah mahasiswa di Program Geografi, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku ini merupakan kajian sulung beliau
dalam mengikuti kursus latihan industri secara maya yang menumpukan kajian berkenaan
penduduk.
[email protected]
Rosniza Aznie Che Rose (PhD) adalah pensyarah kanan di Program Geografi, Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian terbaru beliau
menumpukan kepada demografi, perancangan pelancongan dan penilaian impak sosial.
[email protected]

92

INDEKS persampelan .....................................5, 17
A R
alternatif ..............................................19 reka bentuk...................................... 7, 17
analisis.......iii, viii, 4, 8, 9, 19, 20, 23, 26, S
45, 51, 58, 59, 61, 66, 68, 70, 73, 76, 77, sistematik ............................................17
79, 80, 82, 83 skala likert....................................... 8, 19
aspek ............................................7, 8, 19 sosioekonomi .............. 1, 2, 4, 10, 36, 38
B Statistical Package For The Social
bandar......vi, viii, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, Science .................................................19
11, 12, 13, 14, 15, 16, 20, 21, 25, 26, 28, T
39, 42, 43, 45, 46, 47, 48, 49, 50, 51, 52, tempatan.................................... 6, 16, 25
53, 54, 55, 56, 57, 58, 59, 62, 64, 68, 70, topografi................................................ 9
71, 74, 75, 76, 77, 78, 79, 80, 81, 83, 84 V
berpendapatan rendah ..................7, 8, 20 vulnerable ........................................1, 25
D W
data primer .......................... , 7, 9, 17, 18 warga emas .... viii, 13, 22, 25, 27, 39, 40,
data sekunder................................7, 9, 18 41, 42, 59, 60, 61, 69, 74, 75, 87, 89Warga
Demografi .........., viii, 19, 20, 23, 43, 90 Tua , 30, 88
Deskriptif .......................................... , 20
G
geografi .........................7, 10, 23, 83, 84
guna tanah .............................................9
I
impak..........................................., 19, 28
individu ............... 1, 6, 23, 24, 25, 39, 40,
46, 48, 53, 58, 64, 70
J
jangka hayat .. 1, 2, 25, 34, 35, 36, 37, 39,
46
K
kadar kelahiran .......................... 1, 13,
23kadar kematian ...................... 1, 2, 23,
36, 37, 40
kesihatan awam ...... vi, 4, 7, 8, 20, 61, 62,
69, 76, 80
N
negara maju ...................... , viii, 1, 29, 30
negara tua ....... viii, 1, 4, 6, 31, 33, 37, 70,
77, 83, 84
P
peluang pekerjaan ..................2, 4, 45, 47
pengangkutan awam........vi, 3, 4, 7, 8, 20,
38, 39, 51, 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59,
60, 62, 70, 76, 79, 81
penuaan ...... viii, 1, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 21, 27,
28, 34, 35, 42, 78

93


Click to View FlipBook Version