Prakata
Segala puji dan syukur ke hadrat Tuhan Yang Maha Esa di
atas rahmat dan hidayahNya, selawat serta salam ke atas
junjungan besar penghulu nabi dan rasul, satu pasukan
dalam kalangan warga Zon Maritim Sandakan berhasil
menyiapkan sebuah karya berjudul “Seribu Hari Menerajui
Zon Maritim Sandakan”.
Kepten Zainudin Bin Mohd Zuki merupakan seorang
pemimpin yang berjiwa besar dan sentiasa mengorak
langkah ke hadapan. Memulakan karier sebagai Pegawai
Kadet Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1999, beliau
mula diperjawatkan di sebuah kapal yang berpangkalan KD
Sri Sandakan (kini MAWILLA 2) setelah tamat latihan pada
tahun 2001. Pelbagai kejayaan dicapai di setiap lokasi beliau
ditempatkan.
Kembali berkhidmat di Sandakan dalam kapasiti berbeza
dengan berbekalkan semangat yang sentiasa menyala,
beliau terus menerajui Zon Maritim Sandakan mencipta
pelbagai kejayaan yang membanggakan. Semoga catatan
dalam buku ini menjadi rekod rasmi kejayaan bersama dan
memberikan inspirasi kepada setiap pembaca agar sentiasa
memberikan yang terbaik dalam kerjaya dan kehidupan.
Tahniah dan terima kasih.
Komander Maritim Ahmad Firdaus Bin Shaari
Timbalan Pengarah Zon (Operasi)
Zon Maritim Sandakan
Penghargaan
Penghasilan buku ini merupakan satu perjalanan yang sukar
kerana beberapa faktor. Pertama ialah ruang masa yang
amat sempit kerana perlu merangkumi perkara-perkara yang
berlaku sehingga ke penggenapan tempoh seribu hari dan
pelancaran yang dirancang sehari selepasnya agar ianya
lebih bermakna. Kedua ialah kekurangan pelbagai sumber
yang diperlukan baik kemahiran menulis, kewangan,
mahupun kemudahan lain. Namun di sebalik pelbagai
kekangan, cabaran, dan kesukaran, 6 warga yang
membentuk kumpulan kecil telah berjaya mengharunginya
dan menghasilkan buku kecil ini pada masa yang terbaik.
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan diberikan kepada
Leftenan Komander Maritim Muhammad Rasul Bin Abu
Bakar Ah, Leftenan Madya Maritim Lim Chih Hoo, Puan
Hasmawati Binti Abdul Hakim, Laskar Kanan Maritim
Ardiansyah Bin Johansyah, dan Laskar Kanan Maritim Mohd
Shuhfiq Amir Bin Mohd Din atas komitmen tinggi yang
diberikan sepanjang proses penyiapan buku kecil ini.
Semoga turut mendapat manfaat daripadanya.
Sesungguhnya buku kecil ini tidak dapat menzahirkan
penghargaan dan rasa terima kasih warga Zon Maritim
Sandakan khususnya atas segala bakti yang dicurahkan
kepada Sandakan khasnya komuniti maritim yang sentiasa
memerlukan kehadiran agensi penguatkuasaan dalam
memastikan keselamatan dan kebajikan mereka sentiasa
dilindungi.
Tahniah Tuan Zainudin Bin Mohd Zuki dan terima kasih atas
segala yang disumbangkan kepada Zon Maritim Sandakan,
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, dan perkhidmatan
awam serta negara tercinta. Zon Maritim Sandakan pasti
akan mencipta banyak lagi kejayaan di bawah kepimpinan
tuan dalam memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa
selamat dan terpelihara.
Fredoline Gilbert
Timbalan Pengarah Zon (Pengurusan)
Zon Maritim Sandakan
Seribu Kata Pemula Bicara
Pada 14 November 2019, Zon Maritim Sandakan dengan
rasminya menerima Pengarah baharu. Melapor diri semasa
pandemik Covid-19 sedang melanda dunia, memerlukan
seorang yang penuh pengalaman, pengetahuan, kemahiran,
dan dedikasi yang tinggi untuk mengemudi satu zon maritim
yang diberikan tanggungjawab besar. Kehadiran kali kedua
untuk berkhidmat, Sandakan bukanlah satu lokasi yang
asing. Pengalaman berkhidmat lebih lima tahun di MAWILLA
2 menyediakan bekalan untuk terus menabur bakti dengan
lebih efektif di Daerah Sandakan yang penuh dengan
keunikan tersendiri.
Zon Maritim Sandakan merupakan lokasi perkhidmatan yang
amat unik walau dalam kalangan Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia sendiri. Dengan kawasan tanggungjawab
seluas 9,435 kilometer persegi, yang merangkumi perairan
dari Pulau Jambongan sehingga ke Tambisan, ditambah
dengan pelbagai risiko sedia ada seperti penculikan (KFR),
PATI, penyeludupan, perikanan haram dan sebagainya, Zon
Maritim Sandakan diberikan sasaran yang amat tinggi.
Sekurang-kurangnya 6 buah aset mesti melaksanakan
rondaan pada setiap masa. Untuk tujuan itu 6 buah kapal dan
16 buah bot diletakkan di Zon Maritim Sandakan.
Berbekalkan kekuatan 227 perjawatan, setiap arahan yang
diterima dan sasaran KPI yang ditetapkan disahut dengan
semangat dan dengan sedaya upayanya dipenuhi.
Antara aspek terawal yang dilaksanakan ialah kekukuhan,
keselamatan, dan kesiapsiagaan pangkalan dan aset.
Untuk tujuan itu, perimeter pangkalan telah dinaiktaraf
dengan mengubah struktur pagar sediada, termasuk
meningkatkan ketinggian dan menambah ciri-ciri
keselamatan. Gedung senjata telah dialihkan dan ditambah
dengan ciri-ciri keselamatan. Selain itu ciri-ciri keselamatan
lokap juga ditambah baik. Hasilnya Premis Zon Maritim
Sandakan secara keseluruhannya telah diwartakan sebagai
Kawasan Larangan Tempat Larangan (KLTL) oleh Pejabat
Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia.
Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian besar
memandangkan peranan pejabat ini sebagai agensi
penguatkuasaan yang memiliki banyak aset penting
termasuk senjata dan sentiasa berdepan dengan risiko.
Zon Maritim Sandakan juga sedang dalam proses
mendapatkan pengiktirafan daripada Pihak Berkuasa
Tempatan dari segi keselamatan untuk menduduki
bangunan. Proses ini tergendala akibat kesukaran
mendapatkan hak milik tanah yang diperolehi untuk membina
pangkalan. Pada tahun 2021, proses ini telah diaktifkan
semula di mana proses pengukuran tanah dan penyediaan
pelan telah dilengkapkan pada November 2021. Permohonan
pewartaan tanah di mana jeti dibina juga telah diluluskan oleh
LUC yang bersidang pada 14 Disember 2021. Ini
bagaimanapun memerlukan pengukuran sebelum dapat
diteruskan. Pos Maritim Beluran juga tidak dikecualikan.
Proses permohonan pewartaan tanah juga diteruskan dan
dokumen lengkap pengukuran telah diterima oleh Pejabat
Tanah pada Januari 2022.
Pada 11 hingga 15 Oktober 2021, Zon Maritim Sandakan
telah diaudit oleh Bahagian Audit Dalam Kementerian Dalam
Negeri. Pengauditan Pengurusan Kewangan yang
melibatkan 243 kriteria bukanlah sesuatu yang mudah.
Walau bagaimanapun pengauditan adalah penting sebagai
check and balance bagi memastikan agensi sentiasa berada
di landasan yang betul. Sekalipun berdepan pelbagai
cabaran, Zon Maritim Sandakan telah berjaya memperolehi
penarafan 4 Bintang dengan markah 90.38%. Ia merupakan
satu peningkatan berbanding markah 88.29% yang diperolehi
semasa audit sebelumnya. Sekaligus menunjukkan
pengurusan kewangan berada dalam keadaan yang baik dan
terkawal.
Melihat betapa pentingnya untuk setiap warga kerja
mengetahui dengan jelas peranan yang perlu dimainkan dan
tanggungjawab yang perlu dipikul di organisasi, satu langkah
drastik telah diambil iaitu memastikan semua 227 jawatan
yang diwujudkan di Zon Maritim Sandakan mempunyai
myPortfolio sendiri. Penyediaan myPortfolio mengikut
pekeliling yang dikeluarkan oleh MAMPU amat penting agar
setiap warga dapat berfungsi dengan efektif dan menjadi
team player. Proses penyediaan myPortfolio ini telah
menempuhi pelbagai cabaran sebelum membuahkan hasil.
Pendekatan menubuhkan Kumpulan “Master Trainer” yang
menjadi peneraju utama aktiviti ini terbukti berkesan dengan
siapnya myPortfolio untuk Zon Maritim Sandakan dan Pos
Beluran mengikut spesifikasi MAMPU. Satu lagi pencapaian
signifikan Zon Maritim Sandakan.
Sebagai salah satu usaha untuk mengekalkan tempat kerja
yang selesa dan dapat meningkatkan motivasi warga, Zon
Maritim Sandakan telah mengambil langkah melaksanakan
Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA. Pada 2 Mac
2022, pelaksanaan EKSA telah dilancarkan dengan
rasminya. Ahli - Ahli Jawatankuasa dilantik dan diberikan
amanah untuk memastikan pelaksanaanya berjalan lancar.
Siri taklimat kepada warga dilaksanakan dan lawatan
penandarasan ke salah satu agensi terbaik di Sabah iaitu
Pejabat Kastam Sandakan juga telah diadakan bagi
mendapatkan input dan pandangan. Gotong royong
dilaksanakan secara berjadual dan proses audit dalam
sedang dilaksanakan. Zon Maritim Sandakan menyasarkan
untuk memperolehi sijil pengiktirafan dari pihak MAMPU pada
suku ketiga tahun ini.
Keselamatan setiap warga yang merupakan aset terpenting
agensi terutama semasa dalam premis sentiasa diutamakan.
Malang tidak berbau, kemalangan dan kecemasan boleh
berlaku dalam sekelip mata. Oleh itu setiap warga diberikan
latihan yang cukup dan berterusan untuk bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan. Pada 1 April 2022, satu
latihan intensif menangani kebakaran telah diadakan di
dalam premis Zon Maritim Sandakan dengan kerjasama
pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan
Sandakan. Melalui latihan seumpama ini, pengetahuan dan
kemahiran warga diasah semula dan akan lebih bersiap
sedia menghadapi suasana kecemasan. Latihan ini akan
diteruskan demi keselamatan warga kerja.
Agensi tidak dapat bergerak secara silo dalam melaksanakan
tanggungjawabnya. Untuk menjadi lebih efektif dan efisien,
agensi memerlukan rakan strategik yang bersesuaian
dengan fungsinya. Sejak awal lagi, Zon Maritim Sandakan
telah menjalinkan kolaborasi dengan pelbagai agensi. Di
bawah ESSCOM, APMM memainkan peranan secara efektif
semasa operasi bersepadu di mana sumber-sumber
digembleng dengan sebaiknya untuk mencapai matlamat
bersama. Pasukan seperti Angkatan Tugas Bersama (ATB)
dapat melaksanakan tugasannya secara efektif dengan
adanya koordinasi. Fungsi APMM sebagai agensi utama bagi
aktiviti carilamat (SAR) juga dapat dilaksanakan dengan
jayanya dengan adanya kerjasama dari pelbagai pihak.
Kerjasama juga dijalinkan dengan negara-negara jiran demi
memastikan perairan negara kekal selamat.
Dalam tempoh 1000 hari, ZM Sandakan telah membuat lebih
11,000 pemeriksaan yang menghasilkan 78 tangkapan
dengan pelbagai kesalahan. Antara kesalahan yang kerap
dilakukan ialah penyalahgunaan lesen bot, penyeludupan
masuk rokok tidak bercukai, penyeludupan keluar barangan
kawalan seperti minyak masak, tepung gandun dan gula
serta perikanan yang melanggar syarat-syarat lesen.
Bilangan pemeriksaan dan tangkapan dalam tempoh ini
terpaksa dikurangkan memandangkan risiko pandemik
Covid-19 yang terpaksa ditanggung oleh krew kapal dan bot.
Pendekatan yang lebih kerap diambil ialah pengusiran
terutama bot dan kapal asing demi menjaga keselamatan
warga sebagai aset terpenting agensi.
Bagi menetapkan hala tuju strategik Zon Maritim Sandakan
agar dapat berfungsi dengan lebih efektif, satu Pelan
Strategik yang bersifat operasional akan dibangunkan. Ia
akan menjadi panduan untuk seluruh warga Zon Maritim
Sandakan menyumbang dengan signifikan kepada
pencapaian visi Maritim Negeri dan seterusnya visi APMM.
Kepten Maritim Zainudin Bin Mohd Zuki
Pengarah Zon Maritim Sandakan
7 Ogos 2022
Senarai Kandungan
Prakata
Penghargaan
Seribu Kata Pemula Bicara
Sauh Kapal 1
Nelayan Asing Vietnam Ditahan Kerana Menceroboh dan 2
Merompak Hasil Laut Sabah
584 Biji Telur Penyu Dan 455 Kilogram Balat Dirampas. 3
Program Kampung Angkat Sahabat Maritim 2019 4
Kunjungan Hormat Pengarah Zon Maritim Sandakan 5
Kepten Maritim Zainudin Bin Mohd Zuki Ke Ibu Pejabat
Polis Daerah Sandakan
Pembinaan Jeti Baharu Pos Maritim Beluran 6
Mesyuarat Pengukuhan Konsep Operasi APMM Di 7
Pejabat Zon Maritim Sandakan pada 20 Januari 2020
Maritime Skill Training Mint 19 - 2 8
Pengazzetan Lokap Dan Gedung Senjata 9
Program Kelestarian Alam 10
Tragedi Bot Karam Di Bandar Sandakan 11
Kunjungan Hormat Daripada Pegawai Memerintah Markas 12
Operasi Pasukan Marin Sandakan
Sambutan Hari Ulang Tahun APMM (HUT) ke 15 Zon 13
Maritim Sandakan
Pengawasan Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan 14
Penyerahan Semula Kapal Kelas PZ 15
Lucut Hak KM Alu-Alu 16
Program Ibadah Korban 17
Zon Maritim Sandakan Cekup PATI Seludup Rokok 18
Bernilai RM4 Juta
Zon Maritim Sandakan Meronda Sambil Berbakti 19
OPS SAR : Bot Tunda Karam Di Kinabatangan, 3 Hilang 20
Penyerahan Bot Maritim Halilintar 1, Halilintar 3, dan 21
Halilintar 4
Zon Maritim Sandakan Berjaya Rampas Rokok Seludup 22
Zon Maritim Sandakan Rampas 900 Karton Rokok Dan 23
Barangan Kawalan
Program Derma Darah 24
Program Pegawai Contoh 25
Pemilikan Tanah Pejabat Zon Maritim Sandakan 26
Pemilikan Tanah Jeti Zon Maritim Sandakan 28
Pemilikan Tanah Pos Maritim Beluran 30
Program Vaksinasi Covid - 19 dan Bakul Makanan 32
Program Kesedaran Maritim 33
Cadangan Kajian Kenaikan Pangkat Pegawai Lain-Lain 34
Pangkat APMM
Rondaan Pematuhan PKPD Di Perkampungan Atas Air 35
Program myPortfolio 36
37
Program Penyerahan Floating Pontoon
Lawatan Tapak Cadangan Pembinaan Kuarters Zon 38
Maritim Sandakan
Kawalan Keselamatan Bagi Operasi STS Produk LNG 39
Pengauditan Pengurusan Kewangan 40
Kunjungan Hormat Ke Zon Maritim Sandakan Oleh 41
Bahagian Operasi Laut Eastern Sabah Security Command
Lawatan Setiausaha Persekutuan Sabah 42
Zon Maritim Sandakan Terima Kunjungan Hormat Dari 43
Pangwilla 2
Pembinaan Bumbung Aras G 44
Kursus Asas Masakan Zon Maritim Sandakan 45
Kunjungan Hormat Hakim Seksyen Mahkamah Sandakan 46
Dan Rombongan
Kursus First Responding Officer And Boarding 47
Kunjungan Hormat Pegawai Memerintah Batalion Kedua 48
Rejimen Renjer Diraja (ATB)
Maritim Malaysia Selamatkan 15 Warga Filipina Selepas 49
Kapal Yang Mereka Naiki Dihanyutkan Ke Sandakan
Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus Back To 50
Back Bil 4/2021
Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Pemerintah KM Kota 51
Belud Dan Serah Terima Tugas PZM Lahad Datu
Kelas Agama (Fardhu Ain) 52
Pelancaran Program Ekosistem Kondusif Sektor Awam Di 53
Zon Maritim Sandakan
Mess Pegawai Dan Mess Pegawai Lain-Lain Pangkat 54
Latihan Kebakaran Di Premis Zon Maritim Sandakan 55
Program Jelajah Ramadan Panggilan Pulau 56
Pembinaan Surau Baharu 57
Serahan Bingkisan Raya Dan Sumbangan Anak Yatim 58
Program Silaturrahim Murni Ramadan Zon Maritim 59
Sandakan
Kunjungan Hormat Pengarah Zon Maritim Sandakan Ke 60
Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2)
Lawatan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) 61
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Zon Maritim 62
Sandakan
Cubaan Seludup 48,600 Batang Rokok Putih Digagalkan 63
Op Pluto Timur: Tahan Empat Nelayan Positif Dadah 64
Program Sahabat Maritim Jiwa Murni 2022 65
Sauh Kapal
Dengan ketinggian 2.5 Meter, sauh ini diletakkan kukuh di
hadapan pejabat Zon Maritim Sandakan. Perletakan sauh ini
mempunyai maksud yang amat signifikan dengan Maritim
Malaysia kerana ia melambangkan aktiviti utama agensi ini
adalah berkaitan dengan penugasan di perairan negara. Ia
turut memberikan mesej agensi ini tidak akan berganjak dari
objektif penubuhannya sekalipun banyak cabaran dan
dugaan yang mendatang. Amanah yang diberikan akan
sentiasa dijunjung tinggi dan ditunaikan seperti dilafazkan
dalam ikrar setiap warga Maritim Malaysia. Dalam
melaksanakan tugasan di lautan, pelbagai kesukaran pasti
ditempuhi pada setiap masa, sauh ini memberikan semangat
dan dorongan bagi setiap warga untuk terus berkhidmat dan
taat setia demi menjaga kedaulatan negara tercinta.
Adalah amat diharapkan
semangat juang setiap
warga akan terus kental
sepanjang
1
Nelayan Asing Vietnam Ditahan Kerana Menceroboh
dan Merompak Hasil Laut Sabah
19 November 2019 – Sebuah bot nelayan asing bersama
empat awak-awak warga Vietnam ditahan kerana disyaki
menceroboh dan merompak hasil laut negara di perairan
Kinabatangan, semalam.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin
Mohd Zuki berkata bot itu ditahan lebih kurang pukul 4
petang selepas insiden kejar mengejar selama 30 minit di
posisi 18.6 batu nautika timur Kuala Kinabatangan Besar.
Hasil pemeriksaan mendapati kesemua empat tekong dan
awak-awak lelaki warga Vietnam berumur di antara 36
hingga 61 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan
diri dan dokumen perjalanan yang sah.
Bot itu disyaki menceroboh perairan Malaysia untuk
melakukan aktiviti menangkap balat (gamat) secara haram
dengan menggunakan peralatan yang dilarang dan
menyebabkan kerosakkan kepada ekosistem laut
terutamanya terumbu karang.
2
584 Biji Telur Penyu Dan 455 Kilogram Balat
Dirampas.
27 November 2019 – Zon Maritim Sandakan telah
menggagalkan cubaan menyeludup masuk 584 biji telur
penyu dan 455 kilogram balat (gamat) dengan menggunakan
sebuah bot penumpang di sini, semalam.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin
Mohd Zuki berkata bot itu ditahan lebih kurang pada pukul
1.30 petang di posisi 1.3 batu nautika barat Pulau Berhala.
Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot itu kemudian menemui 1
karung berisi 584 biji telur penyu dan 13 karung berisi balat
dianggarkan seberat 35 kilogram setiap satu disyaki cuba
diseludup dari negara jiran.
Bot itu kemudiannya diiringi masuk ke Jeti ZM Sandakan dan
diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga
Sabah dan Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.
3
Program Kampung Angkat Sahabat Maritim 2019
28 November 2019 – Kampung Tanjung Aru telah dipilih
sebagai kampung angkat oleh Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia, Zon Maritim Sandakan sempena Program
Sahabat Maritim 2019 yang dianjurkan di sini hari ini.
Progam ini antara lain bertujuan untuk membina hubungan
rapat dengan penduduk kampung agar dapat bertindak
sebagai mata dan telinga tambahan kepada Maritim dan
membolehkan Maritim melaksanakan tugasnya dengan lebih
efektif.
Antara pengisian program adalah taklimat berkenaan
keselamatan di laut dan sesi dialog bersama komuniti
nelayan Kampung Tanjung Aru bagi mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh komuniti nelayan di sini.
Aktiviti sampingan iaitu gotong royong membaik pulih Masjid
Nurul Iman seperti membersihkan kawasan persekitaran,
mengecat dan membina khubah baharu dilaksanakan sehari
sebelum program yang disertai oleh warga Zon Maritim
Sandakan dan penduduk Kampung Tanjung Aru.
4
Kunjungan Hormat Pengarah Zon Maritim Sandakan
Kepten Maritim Zainudin Bin Mohd Zuki Ke Ibu Pejabat
Polis Daerah Sandakan
Pada 9 Disember 2019, Kepten Maritim Zainudin Bin Mohd
Zuki, Pengarah Zon Maritim Sandakan telah mengadakan
Kunjungan Hormat ke atas YDH ACP Mohd Azhar Bin Hamin,
Ketua Polis Daerah Sandakan di pejabat beliau.
Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi
hubungan dan jalinan kerjasama antara Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Diraja
Malaysia (PDRM).
Kepten Maritim Zainudin
Bin Mohd Zuki, Pengarah
Zon Maritim, Sandakan,
Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia
menandatangani buku
pelawat.
Kunjungan hormat berlangsung lancar dan diakhiri dengan sesi
penyampaian cenderamata serta bergambar kenangan.
5
Pembinaan Jeti Baharu Pos Maritim Beluran
Pos Maritim Beluran telah mula beroperasi pada
pertengahan tahun 2013 sebagai Front Operational Based
(FOB) di bawah arahan ESSCOM susulan kejadian di
Tanduo, Lahad Datu. Ia menjadi pangkalan untuk
melaksanakan pemantauan keselamatan di pantai timur
dengan lebih efektif. Pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah
dan Galian Sabah telah meluluskan untuk APMM diberikan
tapak bekas bangunan Klinik Pejabat Kesihatan beserta
tanah kosong di sekitarnya serta jeti sedia ada. Keadaan jeti
yang agak daif semasa diambil alih menyebabkan ia telah
runtuh pada April 2018.
Pihak Pos Beluran telah mengemukakan beberapa
permohonan kepada pihak JKR pada tahun 2017 dan 2018
untuk mendapatkan khidmat nasihat penilaian dan anggaran
kos pembaikan jeti tersebut. Namun JKR kekurangan staf
yang berkepakaran untuk melukis dan memenuhi keperluan
tersebut. Atas inisiatif Zon Maritim Sandakan, sebuah jeti
kayu telah dibina dengan segera untuk kegunaan bot yang
berpangkalan di situ. Walau bagaimanapun pembinaan jeti
konkrit amatlah diperlukan bagi kegunaan jangka panjang
dan keselamatan anggota yang bertugas di Pos Maritim
Beluran. Surat permohonan peruntukan tambahan juga telah
dihantar kepada Cawangan Prasarana dan Infrasturktur di
ibupejabat pada 10 November 2017 untuk tujuan membaiki
struktur jeti. Kini apa yang diperlukan ialah peruntukan untuk
pembinaan jeti baharu yang lebih kukuh dan selamat.
6
Mesyuarat Pengukuhan Konsep Operasi APMM Di
Pejabat Zon Maritim Sandakan pada 20 Januari 2020
Julung kalinya Mesyuarat Pengukuhan Konsep Operasi APMM
dilaksanakan di Pejabat Zon Maritim Sandakan. Mesyuarat ini
dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia,
Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som. Turut hadir
TKP (O) Laksdya Maritim Datuk Haji Ibrahim Bin Haji Mohamed,
TKP (P) Encik Mohd Yusoff bin Aman, P (BKPM) Laksda
Maritim Dato’ Abu Bakar bin Idris, P(BPPM) Laksda Maritim
Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar, Pengarah-Pengarah Maritim
Negeri dan SWASLA serta Pengarah ESSCOM, dan Pegawai
Khas Menteri. Seramai 36 pegawai telah menghadiri mesyuarat
tersebut.
Intipati mesyuarat adalah menyelaras serta merancang operasi
penguatkuasaan dan tugas carilamat di Zon Maritim Malaysia
supaya lebih efektif dan efisien. Mesyuarat ini adalah usaha
untuk memfokuskan strategi bagi mempertingkatkan
keberkesanan operasi di setiap negeri agar setiap tindakan dan
koordinasi di semua peringkat dilihat selaras, teratur dan
terancang kemas.
PZM Sandakan amat berbesar hati atas
kepercayaan pihak ibu pejabat APMM
kerana Sandakan telah dipilih untuk
menjayakan satu mesyuarat peringkat
APMM dengan jayanya.
7
Maritime Skill Training Mint 19 - 2
Program kursus Maritim Skill Training telah dianjurkan pada
3 hingga 14 Februari 2020 di Zon Maritim Sandakan. Kursus
ini telah dihadiri oleh beberapa wakil daripada pelbagai
agensi.
Kursus telah dilaksanakan oleh International Narcotics & Law
Enforcement dan Joint Interagency Task Force West
daripada Negara Amerika Syarikat untuk memberi maklumat
dan perkongsian ilmu pengetahuan dalam bidang
penguatkuasaan maritim.
8
Pengazzetan Lokap Dan Gedung Senjata
Pejabat Zon Maritim Sandakan dibina dengan fasiliti lokap
dan gedung senjata sesuai dengan peranannya untuk
menguatkuasakan undang-undang. Menyedari keperluan
untuk mengazetkan fasiliti ini, ZM Sandakan telah mengambil
tindakan untuk memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Gedung sentjata telah dipindahkan ke Aras 3 dan lokap telah
diubah suai dengan menambah ciri-ciri keselamatan. Pagar
di sekeliling premis ZM Sandakan juga telah dinaik taraf.
Setelah diaudit, pihak Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan
Kerajaan Malaysia telah mengazetkan lokap dan gedung
senjata pada 18 Februari 2022. Ini merupakan satu
pencapaian ke arah pelaksanaan penguatkuasaan yang lebih
berkesan.
9
Program Kelestarian Alam
Menyedari kepentingan pemuliharaan dan kelestarian alam
sekitar, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki telah
melancarkan satu program jangka masa panjang untuk
melestarikan landskap halaman dan tanah terbiar di seluruh
kawasan pejabat Zon Maritim Sandakan seluas 6.74 ekar
kepada kawasan hijau. Program yang dikelolakan oleh
Leftenan Komander Maritim Mohd Hafidz bin Mohd Tajuddin
ini dilaksanakan secara berperingkat melibatkan penanaman
pelbagai spesies pokok hutan dan pokok buah buahan.
Jabatan Perhutanan Sandakan yang diwakili oleh Puan Kuina
Kimjus telah menyumbangkan sebanyak 60 batang anak
pokok yang terdiri daripada 9 spesies hutan seperti Belian
(Eusideroxylon Zwageri Teijsm), Pukul Lima (Samanea
Saman), Kelumpang Sarawak (Sterculia Megistophylla),
Mahogany (Khaya Grandifoliola), Kayu Putih (Eucalyptus
Hybrid), Obah Merah (Syzygium Myrtifolium), Takoma
(Tabebuia), Talisai Paya (Terminalia Copelandii Elmer),
Kenangan (Cananga Odorata), dan 3 spesies buah-buahan
seperti Pokok Kristal (Pometia Pinnata), Durian (Durio
Zibethinus Murr), dan Jambu Air (Syzygium).
10
Tragedi Bot Karam Di Bandar Sandakan
15 Februari 2020 - Jenazah Allahyarham Koperal Asman
Ongkal, 40, dari Batalion 15 PGA Sandakan ditemui terapung
pada hari kedua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di
sini lewat petang semalam. Koperal Asman telah
menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa insiden
tetapi mengalami kemalangan akibat kesukaran situasi dan
cuaca tidak menentu semasa kejadian tersebut. Jasa dan
pengorbanan beliau menyelamatkan ramai mangsa akan
tetap dikenang.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin
Mohd Zuki merakamkan setinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua jabatan dan agensi serta komuniti
nelayan yang membantu dalam pencarian mangsa.
Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi Khamis, bot
penambang yang dalam perjalanan dari Kampung Tanjung
Aru ke pusat Bandar Sandakan membawa muatan 37 orang
termasuk juragan terlanggar sebuah bot yang sedang ditunda
oleh sebuah bot lain ketika dalam perjalanan sebelum karam.
Seramai 28 orang pelajar sekolah menengah, 8 orang awam
dan seorang juragan berada dalam bot tersebut.
11
Kunjungan Hormat Daripada Pegawai Memerintah
Markas Operasi Pasukan Marin Sandakan
Pada 20 Feb 2020, Zon Maritim Sandakan menerima
kunjungan hormat daripada Pegawai Memerintah Markas
Operasi Pasukan Marin Sandakan, DSP Rusdin Bin Banin.
Kunjungan ini berjaya mengeratkan hubungan dan kerjasama
antara Zon Maritim Sandakan dengan Pasukan Marin
Sandakan dalam mengawal perairan Sandakan.
12
Sambutan Hari Ulang Tahun APMM (HUT) ke 15 Zon
Maritim Sandakan
Pada 6 Mac 2020, Zon Maritim Sandakan mengadakan Hari
Terbuka dengan menjemput agensi kerajaan lain dan orang
awam untuk terlibat sama dalam meraikan Hari Ulang Tahun
APMM yang ke 15. Aktiviti ini dapat membantu warga Zon
Maritim Sandakan mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan
dan hubungan silaturrahim antara keluarga warga Zon
Maritim Sandakan dan masyarakat. Melaluinya Maritim dapat
menyalurkan pelbagai info kepada orang ramai dan juga
mendapatkan maklumat yang berguna dalam melaksanakan
tanggungjawab APMM.
13
Pengawasan Pematuhan Perintah Kawalan
Pergerakan
25 Mac 2020 – Inisiatif bersama antara Zon Maritim
Sandakan dan Pasukan Polis Marin Sandakan
mendatangkan kesan positif dalam memberi kesedaran
kepada komuniti maritim setempat memandangkan
Sandakan mempunyai perairan yang amat luas.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin
Mohd Zuki bersama Pegawai Markas Operasi Pasukan Polis
Marin Sandakan, ASP Safri Anuar Jamin hari ini bersama-
sama turun ke laut bagi melihat sendiri tahap kesedaran
komuniti maritim setempat.
Rata-rata yang ditemui adalah dalam kalangan komuniti yang
baru pulang membeli keperluan harian di Pasar Awam.
Mereka dinasihati agar patuh pada Perintah Kawalan
Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.
Rondaan yang dilaksanakan turut mendapati perkhidmatan
bot penambang hampir tiada pergerakan.
14
Penyerahan Semula Kapal Kelas PZ
Tanggal 9 Julai 2020 merupakan detik yang bersejarah
kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),
Zon Maritim Sandakan (ZMS) apabila dipilih sebagai Tuan
Rumah majlis penyerahan 2 buah kapal milik APMM iaitu KM
Budiman dan KM Berani kepada Pasukan Polis Marin (PPM).
Ini boleh diumpamakan seperti sireh pulang ke gagang
kerana kapal tersebut telah bekhidmat selama 26 tahun di
PPM sebelum diserahkan kepada APMM secara berperingkat
mulai Jun 2005 hingga Jun 2006. Setelah 15 tahun
bekhidmat dalam APMM, kapal tersebut diserahkan semula
kepada PPM. Penyerahan dua buah kapal ini adalah
bertujuan untuk memperketatkan lagi kawalan di perairan
negara oleh PPM. Kapal KM Berani (PZ 7) dan KM Budiman
iaitu (PZ 14) merupakan kapal kelas GAGAH (ex PZ) iaitu
kapal peronda yang telah memasuki perkhidmatan PPM pada
tahun 1980. Panjang kapal ini adalah 39.5 meter, lebar 7
meter, dan kedalaman 1.8 meter. Kapal ini menggunakan
jentera 2 MTU 20V 538 TB92 diesel dan boleh mencapai
kelajuan 23 knot dengan berat 230 ton.
15
Lucut Hak KM Alu-Alu
Pada 6 Ogos 2020, KM Alu-Alu telah dilucut hak dan dilupus
secara lelongan setelah 14 tahun berkhidmat dalam Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Kapal ini telah
dilucut hak di Zon Maritim Sandakan (ZMS) kerana kos
pembaikan dan selenggaraan kapal yang tidak lagi ekonomi.
KM Alu-Alu merupakan kapal kelas SEMBILANG (ex SIRI
100) iaitu ex-P 102 dari Jabatan Perikanan. KM Alu-Alu
mempunyai panjang 21 meter, lebar 5.5 meter, dan
kedalaman 1.5 meter. Menggunakan jentera DEUTZ SBA
12M 816CR, KM Alu-Alu boleh mencapai kelajuan sehingga
25 knot dengan berat 77 ton. KM Alu-Alu telah mula
berkhidmat dalam perkhidmatan Jabatan Perikanan pada
awal tahun 1986 dan ditugaskan untuk membuat
pemantauan nelayan-nelayan tempatan laut dalam. Setelah
berkhidmat selama 20 tahun di dalam perkhidmatan Jabatan
Perikanan, kapal tersebut telah diserahkan kepada APMM
pada bulan Jun 2006.
16
Program Ibadah Korban
Program ibadah korban peringkat Zon Maritim Sandakan
(ZMS) adalah inisiatif Kelab Sukan dan Kebajikan Maritim
(KESMAR) Zon Maritim Sandakan. Program ini dirancang
untuk dilaksanakan secara tahunan pada Hari Raya
Aidiladha. Tujuan utama Program Ibadah Korban ini adalah
untuk mengajak seluruh warga Zon Maritim Sandakan
khususnya dan ahli keluarga yang berkemampuan untuk
menunaikan ibadah korban yang sangat dituntut dalam
agama Islam. Perlaksanaan program ini telah dimulakan
pada Hari Raya Aidiladha tahun 2020 dengan melibatkan
pegawai serta ahli keluarga warga Zon Maritim Sandakan.
Ianya dilakukan secara gotong royong dari proses
penyembelihan, melapah, pengagihan daging dan seterusnya
aktiviti memasak daging korban untuk dihidangkan kepada
warga yang terlibat. Dengan adanya program sebegini,
hubungan silaturrahim dalam kalangan warga Zon Maritim
Sandakan dapat dieratkan serta budaya kerjasama dapat
dipupuk dan dipertingkatkan lagi.
17
Zon Maritim Sandakan Cekup PATI Seludup Rokok
Bernilai RM4 Juta
22 Oktober 2020 – Zon Maritim Sandakan berjaya
menggagalkan cubaan sebuah bot nelayan tempatan yang
dikendalikan oleh enam Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
untuk menyeludup masuk 3.98 juta batang rokok putih sekitar
jam 2 petang semalam di posisi 6.1 batu nautika timur laut
Tanjung Casuarina, Pulau Tetabuan.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin
Mohd Zuki berkata, enam kru termasuk tekong berumur
antara 20 hingga 54 tahun disyaki warga Filipina telah
ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan
diri yang sah serta lesen bot yang telah tamat tempoh.
Hasil pemeriksaan lanjut telah menemui 398 kotak berisi
19,900 karton rokok putih yang disyaki cuba diseludup masuk
dengan anggaran nilai tanpa cukai RM1.99 juta, manakala
nilai cukai pula dianggarkan RM 2.825 juta.
Nilai keseluruhan rampasan rokok putih beserta cukai
termasuk bot dianggarkan berjumlah RM4.867 juta.
18
Zon Maritim Sandakan Meronda Sambil Berbakti
6 November 2020 – Zon Maritim Sandakan menerusi
ESSCOM melaksanakan pengawasan dan rondaan di sektor
tanggungjawab bagi mendekati komuniti maritim setempat
dan bertanya khabar.
Selain pemeriksaan, golongan nelayan pantai didekati bagi
mendapatkan perkhabaran semasa tentang masalah yang
dialami dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB).
Mereka juga diberi nasihat dan peringatan agar sentiasa
mematuhi SOP semasa Pandemik COVID-19.
Bekalan makanan turut diagih hasil sumbangan warga Zon
Maritim Sandakan yang prihatin dengan kesusahan golongan
nelayan tradisional pesisir pantai, terutamanya di musim
peralihan monsun.
19
OPS SAR : Bot Tunda Karam Di Kinabatangan, 3
Hilang
14 Januari 2021 – Sebuah bot tunda dalam perjalanan dari
Kinabatangan menuju ke Sandakan dipercayai telah karam di
perairan Kuala Kinabatangan Besar, awal pagi semalam.
Bot tunda Ever Winner itu yang dikendalikan oleh empat kru
termasuk kepten difahamkan sedang menunda sebuah
tongkang (barge) Ever Eternity tanpa muatan bersama
seorang kru. Ia disyaki mengharungi cuaca buruk sebelum
disedari hilang oleh syarikat pengangkutan bot tersebut pada
jam 4.00 pagi.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin
Mohd Zuki berkata maklumat tentang kejadian diterima pada
jam 4.20 petang semalam melalui Maritime Rescue Sub
Centre (MRSC) Kota Kinabalu. Operasi mencari dan
Menyelamat (SAR) diaktifkan pada jam 5.20 petang.
Ketua jurutera bot Ever Winner terselamat dan berjaya
berenang ke pantai berhampiran. Manakala kapten bot serta
dua kru masih belum ditemui.
20
Penyerahan Bot Maritim Halilintar 1, Halilintar 3, dan
Halilintar 4
Pada 11 Feb 2021, Zon Maritim Sandakan telah menerima
tiga buah aset untuk memantapkan lagi penguatkuasaan di
kawasan yang dipertanggungjawabkan. Bot Maritim yang
diterima ialah Bot Maritim Halilintar 1, Bot Maritim Halilintar 3
dan Bot Maritim Halilintar 4.
Dengan pertambahan aset ini, Zon Maritim Sandakan dapat
memperingkatkan lagi rondaan dan menguatkuasakan
undang-undang dengan lebih efektif dan efisien.
21
Zon Maritim Sandakan Berjaya Rampas Rokok
Seludup
17 Februari 2021 - Zon Maritim Sandakan berjaya merampas
sejumlah 103,460 batang rokok putih dan kretek tidak
bercukai sekitar jam 2.00 pagi semalam di Perkampungan Air
Batu 3, Sandakan.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin
bin Mohd Zuki berkata, bertindak atas maklumat daripada
Bahagian Perisikan ESSCOM, sebuah bot peronda Maritim
Malaysia diaturgerak bagi melakukan serbuan ke atas premis
tidak bernombor dan tiada berpenghuni di Perkampungan Air
Batu 3 yang disyaki dijadikan tempat penyimpanan rokok
seludup.
Hasil pemeriksaan ke atas premis menemui lebih kurang
103,460 batang rokok putih serta kretek tidak bercukai
disembunyikan di ruangan dinding dan lantai premis
berkenaan.
Rokok pelbagai jenama yang dirampas itu dianggarkan
bernilai RM18,978.00 tanpa cukai, manakala cukai rokok
dianggarkan bernilai RM70,181.00.
22
Zon Maritim Sandakan Rampas 900 Karton Rokok
Dan Barangan Kawalan
SANDAKAN, 8 Mac 2021 - Zon Maritim Sandakan berjaya
merampas 900 karton rokok putih dipercayai cuba diseludup
masuk dari negara jiran pada awal pagi semalam.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin
bin Mohd Zuki berkata, ketika dalam proses kejar mengejar,
kedua-dua juragan terjun dari bot dan melarikan diri ke arah
hutan bakau berdekatan.
Hasil pemeriksaan ke atas bot pertama menemui lapan kotak
besar berisi 400 karton rokok putih, manakala enam kotak
besar berisi 300 karton rokok jenis yang sama ditemui di atas
bot kedua.
Turut ditemui ialah sebuah kenderaan pacuan empat roda
dan sebuah van tanpa pemandu di kawasan berdekatan
yang disyaki terbabit sama berikutan penemuan empat kotak
besar berisi 200 karton rokok putih serta tiga kampit beras
dengan berat 50 kilogram setiap satu, 200 kilogram tepung
gandum, 120 kilogram gula, dan 51 kilogram minyak masak.
23
Program Derma Darah
Program Derma Darah yang diadakan di Aras 1 Pejabat
Maritim Sandakan ialah hasil kolaborasi bersama Tabung
Darah Hospital Duchess Of Kent, Sandakan
Program ini diadakan bagi menampung keperluan tabung
darah di Hospital Duchess Of Kent, Sandakan untuk
kegunaan pesakit yang amat memerlukan.
Pada masa yang sama, pihak ZM Sandakan telah
menyediakan hadiah kepada pegawai yang paling kerap
menderma darah. Johan ialah Bintara Muda Maritim
Muhamad Khairi Bin Ismail, manakala Naib Johan ialah
Pegawai Waran Maritim Rodi Bin Hussin dan tempat ketiga
ialah Laskar Kanan Maritim Nadzrul Nabit Bin Mat Ziker.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada warga ZM
Sandakan yang telah menderma darah dan membantu pihak
Hospital memenuhi keperluan bekalan tabung darah.
24
Program Pegawai Contoh
Bagi menzahirkan penghargaan dan meningkatkan semangat
untuk bekerja dengan penuh dedikasi dalam kalangan warga
ZM Sandakan, Program Pegawai Contoh telah diaktifkan
semula dengan beberapa penambahbaikan. Di bawah
program ini, setiap warga diberi peluang untuk mencalonkan
anggota yang paling layak untuk diberikan pengiktirafan dan
dicontohi pada bulan tersebut.
Pemenang ditentukan oleh jumlah undi yang diperolehi oleh
setiap pegawai yang dicalonkan dan disahkan oleh Ketua
Seksyen/Kapal/Bot setelah perbincangan diadakan. Para
pemenang kemudian diumumkan kepada semua warga.
Pekerja contoh bulanan diberikan beberapa keistimewaan
termasuk ruang parkir berbumbung, merit dalam pemilihan
untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, dan sesi bual
santai bersama pengurusan tertinggi.
25
Pemilikan Tanah Pejabat Zon Maritim Sandakan
Premis Zon Maritim Sandakan dibina di atas tanah yang
dibeli daripada pemilik persendirian. Bagi tujuan pemilikan,
Permohonan Tanah telah dikemukakan kepada pihak
Jabatan Tanah Dan Ukur melalui Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan, nombor PT ialah 20-10070423. Permohonan
tersebut telah diluluskan oleh Pengarah Tanah Dan Ukur
Negeri Sabah melalui surat yang bertarikh 6 Jun 2016
dengan tempoh pajakan selama 99 tahun bermula 1 Januari
2016 sehingga 31 Disember 2114. Bagaimanapun proses
pengukuran oleh Jurukur Berlesen yang berdaftar dengan
Lembaga Jurukur Sabah tertangguh.
Menyedari keperluan pemilikan tanah terutama bagi tujuan
mendapatkan Sijil Kebenaran Pendiaman, Zon Maritim
Sandakan telah melantik Jurukur Tempatan Sdn Bnd dan
kerja pengukuran telah dilaksanakan pada pertengahan
tahun 2021. Dokumen lengkap telah dihantar kepada
Jabatan Tanah dan Ukur Daerah Sandakan pada bulan
November 2021. Dokumen sedang dalam semakan
Peringkat Kedua oleh pihak Jabatan Tanah dan Ukur
Sandakan sebelum diangkat ke Ibupejabat Jabatan Tanah
Dan Ukur untuk proses seterusnya. Setelah diluluskan,
Geran Draf akan dikeluarkan dan pihak APMM perlu
membayar cukai tanah yang tertunggak sejak tahun 2017.
Premium dan cukai tanah tahun 2016 telah dijelaskan oleh
Jabatan Perdana Menteri. Setelah itu Geran Berdaftar akan
dikeluarkan dan pembayaran cukai tanah tahunan adalah di
bawah tanggungjawab Pesuruhjaya Tanah Persekutuan.
26
27
Pemilikan Tanah Jeti Zon Maritim Sandakan
Pejabat Zon Maritim Sandakan dibina dengan jeti bagi
memenuhi keperluan utamanya iaitu ruang untuk semua aset
berlabuh. Walau bagaimanapun, kedalaman air di tanah
yang dimiliki oleh ZM Sandakan adalah tidak mencukupi
untuk pembinaan jeti yang bersesuaian. Oleh itu, kepala jeti
telah dibina di atas tanah Kerajaan Negeri. Untuk tujuan itu
satu pewartaan dari Kerajaan Negeri adalah diperlukan agar
pengoperasian jeti adalah sah di sisi undang-undang.
Sebagai agensi yang menguatkuasakan undang-undang
sudah semestinya APMM tertakluk kepada perkara ini.
Zon Maritim Sandakan telah mengemukakan permohonan
pewartaan melalui Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dengan
surat bertarikh 3 April 2017. PT 20.-17070064 untuk
keluasan tanah 1.73 ekar telah dikeluarkan. Proses ini
tertanggguh kerana tiada menerima ulasan daripada Majlis
Perbandaran Sandakan dan Jabatan Pelabuhan Dan
Dermaga Sabah. Surat susulan telah dihantar kepada kedua-
dua agensi ini pada Ogos 2021 dan perkara ini telah dibawa
ke mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah
pada 14 Disember 2021 untuk kelulusan. Setelah
memperolehi kelulusan proses seterusnya seperti
pengukuran tapak akan perlu dilaksanakan sehingga
pewartaan diperolehi.
Pewartaan ini penting kerana ia membolehkan Zon Maritim
Sandakan mengistiharkan jeti sebagai Pusat Tahanan Vesel
(PTV) dan mengenakan caj kepada semua bot dan kapal
yang ditahan untuk menjadi hasil kepada Kerajaan.
28
29
Pemilikan Tanah Pos Maritim Beluran
Pos Maritim Beluran ditubuhkan susulan peristiwa berdarah
di Tanduo, Lahad Datu. ESSCOM yang ditubuhkan selepas
peristiwa tersebut dengan segera mengenalpasti lokasi-
lokasi strategik sebagai Front Operational Base (FOB) untuk
memastikan keselamatan di Pantai Timur Sabah. Beberapa
lokasi dicadangkan namun setelah mengambil kira semua
faktor, Beluran telah dipilih sebagai FOB. APMM telah diberi
kepercayaan untuk mengendalikan Pos tersebut.
Sehubungan itu 10 perjawatan telah diluluskan dan sebuah
bot diletakkan untuk melakukan pengawasan di situ.
Kedudukannya yang strategik membolehkan ia berperanan
sebagai staging point untuk operasi di sekitar Beluran dan di
sebelah utara sehingga ke Pulau Jambongan.
Permohonan pewartaan tanah telah dikemukakan kepada
Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah melalui Pesuruhjaya Tanah
Persekutuan pada 17 Jun 2013 dan kelulusan diberikan pada
6 November 2013 dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Penggunaan Tanah Daerah Beluran. Proses terhenti kerana
tidak mendapat ulasan dari Jabatan Pengairan Dan Saliran
Sabah. Tindakan susulan dibuat dengan menghantar surat
bertarikh 3 Februari 2021 kepada Pengarah JTU Sabah.
Setelah diberikan Reserved Survey Paper, pengukuran
dilaksanakan dan dokumen lengkap telah dihantar ke
ibupejabat JTU untuk tujuan pengeluaran warta. Apabila
pewartaan telah diperolehi kelak, satu pembangunan bagi
menempatkan pejabat kekal dan jeti akan dibuat untuk
memantapkan lagi peranan Pos Beluran.
30
31
Program Vaksinasi Covid - 19 Dan Bakul Makanan
Menyahut seruan Kerajaan untuk menjayakan program
vaksinasi di semua peringkat demi mencapai imuniti
kelompok, Zon Maritim Sandakan telah turut berkerjasama
dengan pelbagai agensi seperti ESSCOM, Majlis
Perbandaran Sandakan, Hospital Duchess of Kent dan Polis
Marin Sandakan untuk membawa team vaksinasi ke
kawasan terpencil di mana penduduk menghadapi kesukaran
untuk mendapatkan suntikan. Program ini berlangsung pada
25 Jun 2021 dan dihadiri oleh Ahli Parlimen P187
Kinabatangan, YB Datuk Bung Mokhtar dan Ahli Dewan
Undangan Negeri N59 Sukau, YB Datuk Jafry Bin Ariffin
bersama pemimpin-pemimpin masyarakat.
32
Program Kesedaran Maritim
Sepanjang perkhidmatan Kepten Maritim Zainudin Bin Mohd
Zuki sebagai Pengarah Zon Maritim Sandakan, beliau amat
menekankan pelaksanaan program kesedaran maritim. Atas
usaha dan komitmen beliau dan semua warga Zon Maritim
Sandakan, statistik Preventive SAR tahunan telah meningkat
daripada 9 kali setahun kepada 52 kali setahun (sehingga
Julai 2022).
Hasil daripada program ini, kesedaran keselamatan di laut
terutamanya penggunaan jaket keselamatan dalam kalangan
komuniti maritim di perairan Sandakan telah meningkat.
Beliau percaya keselamatan di laut bukan hanya bergantung
kepada aspek penguatkuasaan semata-mata tetapi lebih
penting lagi adalah faktor pencegahan dengan memberikan
pendidikan dan kesedaran dalam kalangan komuniti maritim
setempat.
33
Cadangan Kajian Kenaikan Pangkat Pegawai Lain-
Lain Pangkat APMM
Sebagai seorang ketua yang prihatin terhadap kemajuan
kerjaya dan kebajikan anggota, Kepten Maritim Zainudin Bin
Mohd Zuki telah mengangkat Kertas Cadangan Kenaikan
Pangkat untuk anggota lain-lain pangkat APMM yang sudah
lama berkhidmat agar mendapat kenaikan pangkat yang
sewajarnya bersesuaian dengan kelayakan yang mereka
miliki. Ini diharap akan dapat memberikan motivasi agar
mereka akan lebih bersemangat untuk memberikan
perkhidmatan terbaik kepada negara.
34