Rondaan Pematuhan PKPD Di Perkampungan Atas
Air
23 Julai 2021 – RTM Sandakan dengan kerjasama Maritim
Malaysia, Zon Maritim Sandakan melakukan rondaan
pamantauan di dua buah kampung yang dikenakan Perintah
Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).
Kerjasama ini merupakan salah satu daripada usaha
berterusan untuk memastikan arahan semasa tempoh PKPD
dipatuhi dan membantu mengekang penularan wabak
seterusnya mempercepatkan negara keluar dari situasi
pandemik ini.
Hasil pemantauan mendapati keseluruhan penduduk
Kampung Tinusa 2 dan Kampung Bokara mematuhi SOP
yang dikuatkuasakan oleh kerajaan.
Pemantauan berterusan dibuat untuk memastikan rakyat
sentiasa patuh kepada perintah kawalan pergerakan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa.
35
Program myPortfolio
Selaras dengan kehendak pucuk pimpinan Ketua Setiausaha
Negara (KSN) agar kesemua jabatan kerajaan mengantikan
Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja dengan Myportfolio,
Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Zainudin
bin Mohd Zuki telah mengarahkan Timbalan Pengarah
Pengurusan iaitu En Fredoline untuk melaksanakan program
myportfolio di Zon Maritim Sandakan bagi memastikan
kesemua warga dapat menyiapkan tugasan ini. Program ini
telah dimulakan dengan penubuhan kumpulan “Master
Trainer” yang telah dilatih sendiri oleh En Fredoline Gilbert
yang pernah terlibat secara langsung dalam pengwujudan
Myportfolio semasa bertugas di MAMPU. Kumpulan “Master
Trainer” ini terdiri daripada 3 Pegawai, 3 Pegawai Lain-Lain
Pangkat, dan 3 pegawai gunasama yang bertujuan untuk
memberi tunjuk ajar kepada keseluruhan warga zon. Program
penyediaan myportfolio ini telah berjalan selama 2 bulan
sehingga anggota Zon Maritim Sandakan mampu
menyiapkan myportfolio seratus peratus mengikut waran
perjawatan.
36
Program Penyerahan Floating Pontoon
Keperluan yang mendesak bagi aset-aset dan kelancaran
operasi menyebabkan Kementerian Dalam Negeri bersetuju
dengan cadangan pembinaan floating pontoon di Zon Maritim
Sandakan. Projek yang terkesan oleh pelbagai masalah
teknikal dan impak pandemic Covid-19 ini berjaya disiapkan
dan diserahkan oleh project team dari ibu pejabat pada 14
Sep 2021. Penyiapannya membolehkan aset disimpan
dengan lebih baik bagi memanjangkan jangka hayatnya dan
meningkatkan kesiapsiagaan untuk beroperasi.
37
Lawatan Tapak Cadangan Pembinaan Kuarters Zon
Maritim Sandakan
Sejak penubuhannya Zon Maritim Sandakan belum pernah
memiliki kuarters untuk anggota yang bertugas di sini. Zon
Maritim Sandakan telah mengemukakan pelbagai cadangan
untuk penyewaan tetap tidak berjaya disebabkan oleh
pelbagai kekangan seperti kekurangan projek perumahan
yang bersesuaian untuk disewa.
Melihat kepada keperluan untuk mempunyai kuarters, Zon
Maritim Sandakan telah mencadangkan agar pembinaan
kuarters dilaksanakan segera. Pada 14 September 2021,
Rombongan Project Team dari ibu pejabat APMM yang
diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik),
Laksamana Madya Maritim Dato Abu Bakar Bin Idris telah
melawat tapak cadangan pembinaan kuarters yang strategik
di Batu 7 bersebelahan lapangan terbang untuk warga Zon
Maritim Sandakan. Adalah amat diharapkan agar pembelian
tanah dan pembinaan dapat dilaksanakan dengan segara.
38
Kawalan Keselamatan Bagi Operasi STS Produk LNG
Bandar Sandakan sedang mempelbagaikan sumber ekonomi
dan memberikan fokus kepada penerokaan program aktiviti
perdagangan bernilai tinggi. Salah satu daripada usaha yang
dilaksanakan ialah aktiviti Ship To Ship (STS) Transfer bagi
produk Gas Cecair Asli (LNG) di perairan Sandakan. Pada 6
hingga 7 Oktober 2021, sebuah kapal tanker yang
berpangkalan di Labuan telah melaksanakan aktiviti tersebut
kepada kapal tanker yang berdaftar di Panama. Zon Maritim
Sandakan turut memainkan peranan utama dalam aktiviti ini
dengan memastikan keselamatan perairan sepanjang
operasi tersebut berlangsung. Walaupun terdedah kepada
pelbagai risiko, tiada sebarang insiden yang tidak diingini
berlaku dan ia mencapai objektif yang disasarkan. Turut
terlibat dalam program yang julung-julung kalinya diadakan
itu ialah Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Jabatan
Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Jabatan Laut Sabah,
Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Petronas, Sabah Ports Sdn
Bhd dan beberapa pemain industri lain.
39
Pengauditan Pengurusan Kewangan
Bahagian Audit Dalam, Kementerian Dalam Negeri telah
melaksanakan Pengauditan Pengurusan Kewangan di Zon
Maritim Sandakan pada 11 hingga 15 Oktober 2021.
Dokumen yang diaudit adalah bagi tempoh Januari 2020
sehingga September 2021. Seramai tiga orang auditor
berpengalaman telah meneliti dokumen-dokumen berkaitan.
Aspek-aspek yang dinilai ialah Kawalan Pengurusan,
Kawalan Bajet, Kawalan Terimaan, Pengurusan Perolehan,
Kawalan Perbelanjaan, Pengurusan Aset, Pengurusan Stor,
dan Pengurusan Kenderaan menjadikan pengauditan
dilaksanakan merangkumi sebanyak 243 kriteria. Secara
keseluruhannya prestasi pengurusan kewangan di Zon
Maritim Sandakan adalah BAIK pada tahap 4 Bintang. Skor
markah yang diperolehi menunjukkan peningkatan sebanyak
2.09% dengan memperolehi skor 90.38% berbanding
88.29% pada tahun 2017. Jawapan dan ulasan terhadap
penemuan pengauditan telah dikemukakan beserta dengan
bukti-bukti pembetulan dan penambahbaikan yang telah
dilaksanakan dengan segera.
40
Kunjungan Hormat Ke Zon Maritim Sandakan Oleh
Bahagian Operasi Laut Eastern Sabah Security
Command
Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi Bin Che
Engku Daik Ketua Staf Bahagian Operasi Laut telah
mengadakan kunjungan hormat ke Zon Maritim Zandakan pada
pada 28 Oktober 2021 (Khamis) diiringi oleh pegawai kanan
Tentera Laut Diraja Malaysia, Cawangan Sandakan. Ini
merupakan kunjungan kedua yang diadakan oleh beliau ke
Pejabat Zon Maritim Sandakan.
Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk
mempereratkan lagi kerjasama sedia ada yang terjalin di
samping membincangkan dan berkongsi pendapat serta
pengalaman terutamanya ketika negara dilanda wabak
pandemik Covid-19 serta juga isu-isu keselamatan.
Kesepaduan kolaborasi dua hala dalam menggerakkan dan
mengkoordinasikan agensi-agensi keselamatan terutamanya
pihak APMM, ESSCOM, dan ATM telah terbukti dalam
pelbagai insiden yang berlaku selama ini.
PZM juga amat berharap agar setiap agensi sentiasa
bekerjasama antara satu sama lain bagi menjaga keselamatan
perairan negara.
41
Lawatan Setiausaha Persekutuan Sabah
Pada 1 November 2021, satu mesyuarat yang
dipengerusikan oleh Datuk Setiausaha Persekutuan Sabah
telah diadakan di Pejabat Zon Maritim Sandakan. Mesyuarat
tersebut bertujuan untuk melihat kemungkinan membina
sebuah jeti bagi kegunaan bersama oleh agensi-agensi
kerajaan yang berada di Sandakan. Pelbagai agensi yang
memiliki bot seperti ESSCOM, Angkatan Tentera Laut Diraja
Malaysia, Polis Diraja Malaysia, APMM, Jabatan Kastam
Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,
dan Jabatan Perikanan, telah menghadiri mesyuarat
tersebut. Satu lawatan tapak turut diadakan sejurus selepas
mesyuarat untuk mengenalpasti lokasi yang bersesuaian.
Langkah ini adalah susulan dari maklum balas oleh pelbagai
agensi yang menghadapi kesukaran mengoperasikan kapal
dan bot masing-masing kerana ketiadaan jeti yang
bersesuaian. Sebuah kompleks jeti bersepadu dicadangkan
untuk dibina di bandar Sandakan. Lokasi, rekabentuk, dan
pengurusannya akan dibincangkan lebih lanjut dalam
mesyuarat-mesyuarat pada masa hadapan.
42
Zon Maritim Sandakan Terima Kunjungan Hormat Dari
Pangwilla 2
Pada 02 November 2021 Zon Maritim Sandakan telah
menerima kunjungan hormat daripada Panglima Wilayah Laut
2 Sandakan, Laksamana Muda Dato’ Roslan Bin Mohd Yunus.
Seluruh warga ZM Sandakan mengucapkan tahniah atas
penempatan beliau sebagai Panglima Wilayah 2 yang baharu
di Sandakan. Agensi amat berbesar hati menerima kunjungan
buat julung kalinya ini ke Pejabat Zon
Maritim Sandakan. Kawalan Kehormat
diberikan setibanya Pangwilla 2 di
Pejabat Zon
Maritim Sandakan.
Pangwilla 2 menandatangani buku
pelawat diiringi Kepten Maritim Zainudin
Bin Mohd Zuki, Pengarah Zon Maritim
dan Komander Maritim Ahmad Firdaus
Bin Shaari, Timbalan Pengarah Zon
(Operasi).
Perbincangan kerjasama strategik
antara kedua-dua pihak telah diadakan.
Sesi penyampaian cenderamata dan
bergambar kenangan
43
Pembinaan Bumbung Aras G
Warga ZM Sandakan kini dapat mengadakan pelbagai aktiviti
dengan lebih selesa setelah ruang di Aras G dipasangkan
dengan bumbung. Kawasan seluas 30 kaki x 72 kaki ini kini
menjadi lokasi tetap untuk perhimpunan warga. Majlis
sambutan Hari Raya turut diadakan di ruangan ini yang boleh
menampung kehadiran warga dan keluarga masing-masing.
Acara lain seperti majlis berbuka puasa dan memasak
pelbagai juadah seperti bubur lambuk turut diadakan.
Semasa tiada sebarang aktiviti dilaksanakan, ruang ini turut
berfungsi sebagai tempat meletak kenderaan warga agar
terlindung dari panas dan hujan.
Dengan adanya kemudahan yang selesa ini, diharapkan
warga akan lebih dapat merasai suasana keluarga besar Zon
Maritim Sandakan dan lebih bersemangat untuk berkhidmat
dengan cemerlang seterusnya meningkatkan produktiviti.
44
Kursus Asas Masakan Zon Maritim Sandakan
Kursus ini melibatkan seramai 12 orang peserta dari Zon
Maritim Sandakan yang berpangkat Laskar Kelas II Maritim
hingga Laskar Kanan Maritim. Kursus ini telah diadakan pada
09 hingga 11 November 2021 bertempat di aras G Pejabat
Zon Maritim Sandakan.
Objektif kursus adalah memperkenalkan kemahiran asas
penyediaan makanan kepada anggota serta meningkatkan
kebolehan anggota melaksanakan tugas dengan baik dan
berkesan serta mengetahui tatacara memasak makanan
dengan betul semasa di lapangan.
Laskar Kanan Maritim Mohd Sufian bin Kamarudin dilantik
sebagai tenaga pengajar yang memiliki pengalaman yang
luas dalam bidang kulinari.
Para peserta juga telah diberi pendedahan mengenai teknik
masakan terkini dalam meningkatkan pengetahuan dan
kebolehan dalam menganggarkan keperluan bahan mentah
dan jenis-jenis menu yang bersesuaian di samping itu
memupuk sikap tanggungjawab serta menjelaskan peranan
dalam pengurusan makanan.
45
Kunjungan Hormat Hakim Seksyen Mahkamah
Sandakan Dan Rombongan
16 November 2021 (Selasa), Hakim Seksyen Mahkamah
Sandakan, Tuan Darmafikri Bin Abu Adam bersama
rombongan telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat
Zon Maritim Sandakan
Dalam pertemuan yang berlangsung penuh mesra ini, kedua-
dua pihak berkongsi dan bertukar-tukar pandangan
mengenai kerjasama yang terjalin antara Jabatan Kehakiman
Cawangan Sandakan dan Zon Maritim Sandakan.
Pengarah Zon Maritim Sandakan menzahirkan penghargaan
atas hubungan erat dan segala bantuan yang diberikan oleh
pihak Seksyen Mahkamah selama ini. Adalah amat
diharapkan agar kerjasama erat ini akan berterusan demi
faedah kedua-dua belah pihak.
46
Kursus First Responding Officer And Boarding
Sebagai salah satu usaha untuk memantapkan lagi proses
pengurusan kes terutama apabila adanya tangkapan, satu
kursus bersepadu telah dikendalikan untuk melatih pegawai-
pegawai dalam pengendalian barangan eksibit. Kursus
tersebut juga memberi pendedahan berkaitan teknik-teknik
menggeledah semasa operasi pemeriksaan vesel.
Latihan yang diadakan pada 23 dan 24 November 2021 telah
disertai oleh 22 orang pegawai dan anggota yang terdiri
daripada enam orang pegawai dan anggota Angkatan
Tentera Bersama 2 (ATB 2), dan 16 orang lagi pegawai dan
anggota APMM sendiri. Penglibatan peserta dari pelbagai
agensi mampu meningkatkan lagi keberkesanan operasi
bersepadu kelak. Latihan seumpama ini akan diperluaskan
lagi pada masa hadapan dengan skop yang lebih
komprehensif demi meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan,
kecekapan, dan keberkesanan penguatkuasaan undang-
undang di perairan negara. Zon Maritim Sandakan selaku
tuan rumah untuk kursus pada kali ini mengalu-alukan
kehadiran semua peserta.
47
Kunjungan Hormat Pegawai Memerintah Batalion
Kedua Rejimen Renjer Diraja (ATB)
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Zainudin Bin Mohd Zuki
menerima kunjungan hormat daripada Leftenan Kolonel
Firdaus Bin Shah Budin, Pegawai Memerintah Batalion
Kedua Rejimen Renjer Diraja pada 8 Disember 2021.
Kunjungan hormat ini antara lain bertujuan membincangkan
kerjasama dua hala dan strategi operasi keselamatan serta
kerjasama yang dilaksanakan oleh kedua-dua agensi
keselamatan ini bagi memperkasakan lagi atur gerak aset
dan penempatan anggota keselamatan ESSZONE.
Kunjungan hormat ini menyumbang secara signifikan untuk
memastikan keselamatan dan kedaulatan pantai timur Sabah
sentiasa terpelihara. Ia juga dapat meningkatkan tahap
kesiapsiagaan Zon Maritim Sandakan dalam melaksanakan
tanggungjawabnya.
48
Maritim Malaysia Selamatkan 15 Warga Filipina
Selepas Kapal Yang Mereka Naiki Dihanyutkan Ke
Sandakan
11 Jan 2022 – 15 Warga Filipina terdiri daripada 12 lelaki dan
tiga wanita berusia di antara 19 hingga 60 tahun selamat
kembali ke tanah air selepas penyerahan kesemua mangsa
dilakukan di sempadan Malaysia – Filipina, kira-kira pukul
5.45 petang semalam.
Terdahulu, bot kumpit MV DAYANG JUBAIRA yang
membawa beberapa orang pensyarah Kolej Politeknik di
Tawi-tawi dalam perjalanan dari Pulau Bongao menuju ke
Pulau Taganak, Filipina untuk mengadakan program di sana.
Walau bagaimanapun, bot mereka telah mengalami
kerosakan enjin dan dihanyutkan lalu memasuki perairan
Kinabatangan pada 7 Jan.
Kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke Jeti
Maritim Malaysia, Sandakan pada pukul 3.15 petang hari
yang sama sebelum diberikan bantuan makanan, ubat-
ubatan dan tempat berehat sementara menunggu proses
penghantaran pulang.
49
Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus Back
To Back Bil 4/2021
Mesyuarat Jawatan Kuasa Keutuhan Tadbir Urus telah
dipengerusikan oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan
Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim
Datuk Mohd Rosli bin Abdullah.
Mesyuarat Back to Back ini telah diadakan di Aras 3 Pejabat
Zon Maritim Sandakan. Ia berlangsung selama dua hari
melibatkan ahli mesyuarat yang terdiri daripada Pengurusan
Tertinggi Maritim Negeri Sabah, Pengarah - Pengarah Zon,
dan pegawai-pegawai.
Mesyuarat kali ini membincang, menyelaras serta merancang
urus tadbir pengurusan dan operasi dengan memfokuskan
strategi bagi mempertingkatkan keberkesanan operasi agar
setiap tindakan dan koordinasi di semua peringkat dilihat
selaras, teratur dan terancang kemas.
50
Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Pemerintah KM
Kota Belud Dan Serah Terima Tugas PZM Lahad Datu
Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan
Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli bin
Abdullah telah menyempurnakan Acara Pemakaian Pangkat
Leftenan Maritim Zulhairy bin Abdul Halim yang dinaikan
pangkat kepada Leftenan Komander menggantikan Leftenan
Komander Maritim Mohd Hafidz Mohd Tajuddin sebagai
Pengawai Memerintah KM Kota Belud yang baharu.
Dalam acara yang sama majlis serah terima tugas Pegawai
memerintah Zon Maritim Lahad Datu turut diadakan.
Komander Maritim Abdul Muhaimin bin Mohamad Salleh
menyerahkan tugas selaku Pegawai Memerintah Zon Maritim
Lahad Datu kepada Komander Maritim Nik Mohd Rizam bin
Nik Mohd Fauzi.
Seluruh warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai yang telah
diberikan kepercayaan untuk memegang tampuk kepimpinan.
51
Kelas Agama (Fardhu Ain)
Demi memantapkan pertumbuhan kerohanian anggota ZM
Sandakan, Kepten Maritim Zainuddin Bin Mohd Zuki telah
mewujudkan kelas fardhu ain dengan bimbingan ustaz
Komander Maritim Ahmad Firdaus Bin Ashaari yang
berkelulusan dalam bidang keagamaan. Kelas agama ini
telah dilaksanakan pada bulan Januari 2022 di Bilik
Mesyuarat Aras 3. Kelas ini bermula setiap Jumaat pada jam
9 pagi. Berikutan penambahan jumlah anggota yang hadir,
kelas ini kemudiannya berpindah ke Surau Al Ihsan Zon
Maritim Sandakan pada Mei 2022. Tujuan utama kelas
agama ini adalah untuk memantapkan kerohanian dan
sahsiah semua warga ZM Sandakan yang beragama Islam
khususnya ilmu fardhu ain. Kitab Kifayah al-Muhtadi Bekalan
Bagi orang Yang Mendapat Petunjuk merupakan sumber
rujukan utama bagi pengajian kelas fardhu ain ini dan
beberapa lagi kitab sebagai bahan rujukan. Kesinambungan
dari kelas ini, Pengarah Zon Maritim Sandakan telah
melancarkan juga kumpulan whataspp fardhu ain di antara
warga yang beragama Islam agar setiap permasalahan
agama dapat di kemukakan pada bila bila masa.
52
Pelancaran Program Ekosistem Kondusif Sektor
Awam (EKSA) Di Zon Maritim Sandakan
Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Zainudin bin Mohd
Zuki telah secara rasminya melancarkan Program
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Zon Maritim
Sandakan. Perasmian ini telah dilancarkan di Aras G Pejabat
Zon Maritim Sandakan sewaktu Perhimpunan Bulanan
diadakan.
Pengarah Zon Maritim Sandakan melalui ucapanya
menyatakan bahawa bagi memastikan program EKSA ini
berjaya, kerjasama dan perhatian seluruh warga Zon Maritim
Sandakan amat diperlukan kerana ia bukan kerja secara
individu melainkan kerja berpasukan yang memerlukan
kerjasama daripada semua. Sewaktu pelancaran
dilaksanakan, Pengarah juga telah menyerahkan surat
pelantikan Jawatankuasa EKSA Zon Maritim Sandakan
kepada anggota-anggota yang telah dilantik.
53
Mess Pegawai Dan Mess Pegawai Lain-Lain Pangkat
Hasil musyawarah dari semua pegawai di Zon Maritim
Sandakan maka timbullah sebuah idea dan cadangan bagi
mewujudkan Mess Pegawai dan Mess Pegawai Lain-Lain
Pangkat. Perlantikan pegawai yang bertanggungjawab
terhadap mess pegawai ialah KDR (M) Ahmad Firdaus Bin
Shaari selaku Yang Dipertua Mess. Lokasi mess ini dipilih
berdasarkan kesesuaian dan juga penggunaan modal yang
rendah. Mess ini diwujudkan untuk kegunaan semua pegawai
untuk sesi perbincangan ataupun sebagai bilik rehat dan
riadah sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim
antara pegawai-pegawai di ZM Sandakan. Selain itu, mess ini
juga dijadikan bilik rehat untuk Pegawai Tinggi APMM sendiri
mahupun dari lain-lain jabatan yang hadir untuk lawatan kerja
atau tugas rasmi ke pejabat ZMS. Kerajasama erat dari
semua pegawai telah membuahkan hasil apabila tertubuhnya
mess ini dengan jayanya. Mess Pegawai ini dirasmikan oleh
Pengarah Zon Maritim Sandakan, YBrs. Kepten (M)
Zainuddin Bin Mohd Zuki pada tanggal 07 Mac 2022 hari
Isnin bersamaan dengan 04 Shaaban 1443H.
54
Latihan Kebakaran Di Premis Zon Maritim Sandakan
Isu persekitaran, keselamatan dan kesihatan pekerja
merupakan perkara terpenting di dalam sesebuah organisasi.
Menyedari kepentingan itu, pada 01 April 2022 Seksyen
Keselamatan telah mengadakan Latihan Kebakaran dengan
kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan.
Objektif latihan ini diadakan adalah untuk memberi
pendedahan dan latihan kepada warga ZMS serta pekerja
pembersihan dan kantin tentang tindakan yang perlu
dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau bencana.
Ini juga penting untuk memastikan warga ZMS sentiasa
berwaspada dan peka terhadap amaran kecemasan di
samping mengetahui akan tindakan segera yang perlu
diambil dan mengambil maklum tentang laluan kecemasan
yang perlu dilalui di kala berlaku sebarang kejadian tak
diingini terutama kebakaran.
Selain itu, taklimat ringkas berkenaan langkah-langkah
keselamatan semasa berlakunya kebakaran turut
disampaikan oleh Pegawai Bomba KB19 Encik Muhammad
Saddam bin Buge.
55
Program Jelajah Ramadan Panggilan Pulau
Zon Maritim Sandakan dengan kerjasama RTM Sandakan,
Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Gerakan Am, dan
Pejabat Wakil Rakyat DUN Sungai Manila telah mengadakan
program Jelajah Ramadan Panggilan Pulau dan membuka
tirainya di Sandakan. Tema yang dipilih ialah Sedekad
Panggilan Pulau. Kali ini lokasi yang dipilih ialah Pulau
Nunuyan Laut dan Pulau Selingan. Objektif utama program
ini ialah untuk mendekati golongan yang agak terpinggir
terutama semasa pandemik Covid-19 melanda dunia.
Semasa program tersebut, penduduk di situ telah diberikan
bantuan berupa bakul makanan dan pelbagai bantuan lain
untuk menjalani bulan Ramadan dengan lebih bermakna.
Melalui program ini, pelbagai agensi yang terlibat berpeluang
untuk menyelami denyut nadi sebenar rakyat dan
berkolaborasi untuk meningkatkan tahap penyampaian
perkhidmatan. Selain itu, para peserta dapat merasai sendiri
suasana semulajadi penyu bertelur dan usaha-usaha yang
dijalankan oleh pihak Taman - Taman Sabah untuk
memastikan ekosistem penyu sebagai salah satu khazanah
negara sentiasa terpelihara.
56
Pembinaan Surau Baharu
Zon Maritim Sandakan mempunyai keanggotaan seramai 198
orang termasuk pegawai gunasama yang telah diisi dari
jumlah keseluruhan perjawatan iaitu 227. Disebabkan surau
yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah jemaah yang
semakin ramai maka timbul satu cadangan untuk pembinaan
surau baharu yang mampu untuk menampung ahli jemaah
yang lebih ramai. Surau baharu ini dirancang dan diputuskan
untuk dibina di Anjung Hijau Aras 5. Pembinaan surau ini
dilaksanakan oleh anggota dan pegawai Zon Maritim
Sandakan dan mengambil masa hampir 3 bulan untuk siap
sepenuhnya. Dana pembinaan surau baharu ini bernilai
RM15,875.00 adalah hasil sumbangan individu serta infaq
dari setiap anggota. Surau baharu ini dirasmikan oleh
Pengarah Zon Maritim Sandakan, YBrs Kepten (M) Zainuddin
Bin Mohd Zuki pada tanggal 14 April 2022 bersamaan 12
Ramadhan 1443H. Mengambil kira bulan yang barokah
secara rasminya surau ini diberi nama Surau Al-Ihsan. Surau
baharu ini diaktifkan serta merta selepas perasmiannya.
Aktiviti rohani yang kerap dilakukan adalah kelas Fardhu Ain
pada setiap hari Jumaat dan juga tazkirah ringkas setiap kali
solat fardhu.
57
Serahan Bingkisan Raya Dan Sumbangan Anak Yatim
Mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia, Maritim
Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan turut tidak
ketinggalan melaksanakan ibadah bersedekah dengan
memberikan sumbangan duit raya kepada 48 anak-anak
yatim dari Rumah Amal Selawat Nabi, Sandakan.
Majlis pada 25 April lalu bersamaan 26 Ramadhan diadakan
di Pejabat Zon Maritim Sandakan dan dihadiri oleh Pengarah
Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,
Laksamana Pertama Maritim Datuk Hj. Mohd Rosli bin
Abdullah.
Penganjuran program amal secara tahunan ini sudah
menjadi kebiasaan bagi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan ketika bulan Ramadan dan
menjelangnya Aidilfitri. Selain meraikan anak-anak yatim,
warga Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan
Labuan turut memberikan sumbangan kurma dan bakul
makanan kepada komuniti maritim setempat.
Dalam majlis yang sama sumbangan bingkisan raya turut
diberikan kepada anggota-anggota yang bertugas pada Hari
Lebaran di Zon Maritim Sandakan, Lahad Datu, Semporna,
Tawau dan ESSCOM.
58
Program Silaturrahim Murni Ramadan Zon Maritim
Sandakan
Zon Maritim Sandakan telah mengadakan program gotong-
royong memasak bubur lambuk bertempat di perkarangan
Pejabat Zon Maritim Sandakan.
Program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan untuk
memenuhi tanggungjawab sosial korporat Zon Maritim
Sandakan bagi memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadan.
Seramai 130 dan anggota telah menyertai program ini.
Menurut Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Zainudin
bin Mohd Zuki, penyerahan sumbangan sebanyak 200
bungkusan bubur lambuk kali ini dilaksanakan kepada agensi
Kerajaan, komuniti maritim serta masyarakat setempat di
Sandakan sebagai salah satu inisiatif untuk mengeratkan lagi
hubungan antara penguatkuasa dan masyarakat.
59
Kunjungan Hormat Pengarah Zon Maritim Sandakan
Ke Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2)
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Zainudin
bin Mohd Zuki telah melakukan kunjungan hormat ke atas
Panglima Wilayah Laut 2 ( PANGWILLA 2) Laksamana Muda
Sazalee bin Shoib bertempat di Markas Wilayah Laut 2
(MAWILLA 2).
Kunjungan hormat ini bertujuan mengeratkan hubungan dan
mengukuhkan kerjasama di antara Agensi Penguatkuasaan
Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Tentera Laut DiRaja
Malaysia (TLDM).
Perbincangan dan kerjasama strategik ini adalah tradisi yang
mana memberi mesej jelas berkaitan keutuhan hubungan di
antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam berkongsi idea dan
pelan operasi bersama untuk penguatkuasaan dan
keselamatan di perairan Sandakan.
60
Lawatan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik)
Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia,
Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim
mengadakan lawatan kerja rasmi ke Zon Maritim Sandakan.
Ketibaan beliau disambut dengan Kawalan Kehormat
Setempat dan diiringi oleh Pengarah Zon Maritim Sandakan,
Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki.
Lawatan kerja rasmi ini bertujuan untuk melihat sendiri
keupayaan limbungan yang terdapat di sini selain turut
menyaksikan penyerahan Bot Halilintar 7 yang menjalani
program repowering oleh pihak Scana Industries Sdn. Bhd.
kepada Zon Maritim Tawau. Selain itu, beliau juga turut
melawat tapak cadangan untuk pembinaan Sistem
Pengawasan Laut (SWASLA) di Zon Maritim Sandakan.
Turut hadir dalam lawatan tersebut Pengarah Bahagian
Kejuruteraan, Laksamana Pertama Maritim Mazlan bin Mat
Rejab, Pengarah Bahagian Pembangunan, Laksamana
Pertama Maritim Md Fauzi bin Othman dan Pengarah Maritim
Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana
Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli bin Abdullah.
61
Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Zon Maritim
Sandakan
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Zon Maritim Sandakan
Tahun 2022 yang diadakan di Pejabat Zon Maritim Sandakan
disambut meriah namun penuh berhemah dengan
pematuhan SOP dalam pelaksanaannya.
Meskipun negara baharu saja memasuki fasa endemik,
kemeriahan sambutan tetap dirasai, apatah lagi dengan
kehadiran Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim
Zainudin bin Mohd Zuki serta seluruh pegawai dan anggota.
Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga
pegawai dan anggota.
Melalui majlis seperti ini, keluarga pegawai dan anggota turut
sama merasai kemeriahan Aidilfitri sambil merapatkan
silaturrahim dalam kalangan anggota keluarga besar Maritim.
Sebanyak 4 gerai juadah tradisional yang mewakili setiap unit
turut mengambil bahagian dalam sambutan kali ini dengan
gerai dari Unit Bot terpilih sebagai gerai tercantik.
62
Cubaan Seludup 48,600 Batang Rokok Putih
Digagalkan
20 Jun 2022 – Zon Maritim Sandakan menggagalkan cubaan
menyeludup masuk rokok putih disyaki dari negara jiran di
sekitar Pulau Sulok, Beluran awal pagi semalam.
Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Zainudin
bin Mohd Zuki berkata, bot ronda Maritim Malaysia telah
mengesan pergerakan tiga bot mencurigakan di perairan
Semawang di mana salah satunya sedang menunda sebuah
sampan dalam keadaan bergelap sekitar jam 1.00 pagi
semalam.
Setelah hampir 20 minit insiden kejar mengejar, salah satu
bot suspek bertindak memotong tali sampan yang ditunda
dan ketiga-tiga bot suspek menuju kawasan paya bakau
cetek untuk melarikan diri.
Hasil pemeriksaan ke atas sampan yang ditinggalkan
menemui 48,600 batang rokok putih yang dipercayai
diseludup dari negara jiran dengan anggaran nilai RM33,000
beserta cukai.
63
Op Pluto Timur: Tahan Empat Nelayan Positif Dadah
20 Jun 2022 – Zon Maritim Sandakan menahan empat
nelayan yang disyaki positif dadah di perairan Sandakan
pada awal pagi kelmarin.
Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Zainudin
bin Mohd Zuki berkata, kesemua lelaki terbabit ditahan di
atas dua buah bot berasingan semasa rondaan rutin Op
Pluto Timur di kedudukan 1.0 batu nautika selatan Pulau
Nunuyan Laut, Sandakan, sekitar jam 1.00 pagi, Sabtu.
Kedua-dua bot terbabit dikendalikan oleh empat lelaki warga
asing berusia antara 34 hingga 44 tahun.
Semasa diperiksa, kesemua mereka gagal mengemukakan
dokumen pengenalan diri yang sah dan mengemukakan
dokumen pengenalan diri tempatan yang meragukan.
Mereka ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan
bagi tujuan pengesahan dokumen. Hasil ujian saringan awal
air kencing mendapati kesemuanya positif dadah jenis
methamphetamines.
Zon Maritim Sandakan
sentiasa memandang serius
kes berkaitan dadah dan
mengambil tindakan segera
untuk membanters
kegiatannya agar tidak
mendatangkan kesan buruk
kepada masyarakat di
Sandakan khususnya.
64
Program Sahabat Maritim Jiwa Murni 2022
22 Julai 2022 - Zon Maritim Sandakan dengan jayanya telah
menganjurkan Program Sahabat maritim di Kg Sungai
Semawang yang mempunyai seramai 100 buah keluarga
dengan 120 orang pelajar. Program ini merupakan salah satu
daripada program gerak saraf bagi memudahkan pihak
agensi mendekati komuniti maritim dan masyarakat yang
dianggap sebagai mata dan telinga kepada pihak Agensi.
Program ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada
masyarakat berkenaan fungsi dan juga peranan Agensi.
Program ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 21 dan
22 Julai. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti baik pulih jeti
awam dan jeti sekolah, baik pulih gelanggang bola tampar,
penanaman semula pokok - pokok hutan, dan gotong royong
pembersihan kawasan kampung. Selain daripada aktiviti
tersebut, pihak agensi juga telah memberi sumbangan bakul
makanan kepada warga emas, pembersih hampagas kepada
pihak masjid, dan taklimat kesedaran keselamatan di laut.
Perlawanan bola tampar dan futsal juga diadakan antara
anggota agensi dengan orang kampung. Program ini telah
mendapat sambutan dan kerjasama padu penduduk
kampung.
65
Dari kiri
Laskar Kanan Maritim Ardiansyah Bin Johansyah
Leftenan Madya Maritim Lim Chih Hoo
Encik Fredoline Gilbert
Puan Hasmawati Binti Abdul Hakim
Leftenan Komander Maritim Muhammad Rasul Bin Abu Bakar Ah
Laskar Kanan Maritim Mohd Shuhfiq Amir Bin Mohd Din