The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Green & Beige Aesthetic Illustration Gratitude Journal Cover

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khairulasyraf555, 2022-11-28 10:41:20

Peribahasa

Green & Beige Aesthetic Illustration Gratitude Journal Cover

SATU HARI

SATU

PERIBAHASA

DIREKA OLEH: KHAIRUL ASYRAF

Putih tulang, jangan putih mata

MAKSUD :Biar mati daripada menanggung malu
Contoh: Tokoh-tokoh Melayu sanggup menggadai nyawa
untuk mempertahankan tanah air kerana baginya, biar putih
tulang, jangan putih mat

Bagai aur dengan tebing

MAKSUD :Tolong-menolong antara satu sama lain

Contoh: Hubungan antara Adib dengan Farhan yang
bagai aur dengan tebing sepatutnya dicontohi

Usaha tangga kejayaan




MAKSUD :Orang yang berusaha pasti akan berjaya

Contoh: Setelah 4 tahun berlatih, Akmal akhirnya
mendapatkan pingat pertamanya dalam acara lontar
peluru kerana baginya, usaha tangga kejayaan

Membuka mata

MAKSUD :Meluaskan pandangan/menyedarkan atau
menginsafkan

Contoh: Filem 3 Idiots telah membuka mata saya
tentang erti persahabatan

Ibarat belayar sambil memapan

MAKSUD :Melakukan dua perkara dalam masa yang
sama

Contoh: Ibu mendukung adik sambil memasak ibarat
belayar sambil memapan

Zaman tuk nadur berkajang kain

MAKSUD :zaman yang lampau; sudah lama sekali

Contoh: Zaman tuk nadur berkajang kain dulu kita
perlu berdepan dengan guru untuk belajar. Sekarang,
melalui media sosial pun orang boleh belajar.

Jika pengayuh sayang dibasahkan,

sampan tidak akan sampai ke seberang




Maksud - Usaha diperlukan untuk mendapatkan sesuatu

yang dihajati

Contoh: Zafran berusaha
bersungguh - sungguh dan
sedaya - upaya mengusahakan tanah peninggalan
ayahnya untuk menjadi petani yang berjaya kerana
baginya , kalau pengayuh sayang dibasahkan,
sampan tidak akan sampai ke seberang.

Bertangguh itu pencuri masa



Maksud : melakukan kerja secara bertangguh akan
merugikan diri sendiri

Contoh ayat : Janganlah kita suka menangguh-nangguhkan
segala urusan penting kerana bertangguh itu pencuri masa.

Untung sabut timbul, untung

batu tenggelam




MAKSUD :Jika bernasib baik akan selamat, jika
bernasib malang binasalah

Contoh: Nasib Tan dan rakan-rakannya yang sesat di
hutan ibarat untung sabut timbul, untung batu
tenggelam

Berganding bahu



MAKSUD :Bekerjasama

Contoh:Rakyat Malaysia perlu berganding bahu
dalam usaha menangani penularan CoVID-19.

Titik peluh



MAKSUD :Penat lelah / usaha yang bersungguh-
sungguh

Contoh: Kita perlulah menghargai titik peluh guru-
guru yang mendidik kita.

Hujan halau mentua pun turun

MAKSUD :-hujan sebentar sahaja

Contoh: Amira sudah membawa payung kerana
menyangka hujan yang lebat akan berterusan hingga
malam ternyata hujan halau mentua pun turun.

Kecil-kecil cili padi

MAKSUD :meskipun kecil tetapi berani

Contoh: Iman Sikap berani Fatin di atas sesuatu
perkara amat diketahui oleh rakan-rakannya kerana
perilakunya sama seperti kecil kecil cili padi kerana
walaupun beliau berbadan kecil, tetapi berani untuk
melakukan sesuatu perkara bahaya yang pasti tidak
sanggup dilakukan oleh orang lain

Kembang hidung

MAKSUD :Bangga kerana dipuji

Contoh: Ali terus kembang hidung selepas dipuji
gurunya kerana berjaya menjawab soalan dengan
tepat.

Kecil jangan disangka anak besar jangan
disangka bapa

MAKSUD :-pengetahuan dan kelebihan itu tidak
khusus pada orang-orang tua sahaja

Contoh:Walaupun Haziq baru berumur 20an, tetapi
corak pemikiran dan juga ilmu pengetuan tentang
sesuatu perkara yang beliau miliki tidak tumpah
seperti pepatah kecil jangan disangka anak besar
jangan disangka bapa.

kalau takut dilambung ombak jangan
berumah di tepi pantai

MAKSUD :jangan melakukan sesuatu kerja yang
berisiko yang kita tidak sanggup

Contoh: Ibu selalu pesan sekiranya tidak mampu buat
jangan sesekali cuba kerana kalau takut dilambung
ombak jangan berumah di tepi pantai.

Takkan lari gunung dikejar

MAKSUD :membuat sesuatu kerja biarlah dengan
cermat dan berhati-hati

Contoh: Ali menasihati Adib untuk melakukan kerjanya
dengan cermat dan berhati-hati kerana tidak lari
gunung dikejar.

Hujan emas di negeri orang,hujan batu di
negeri sendiri

MAKSUD :walau bagaimanapun kelebihan di
negara orang,tetap negeri sendiri lebih baik

Contoh: Negara orang putih memang cantik,
walaubagaimanapun betul lah kata orang hujan emas
di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri

Indah khabar daripada rupa

MAKSUD :Perkhabaran sesuatu perkara yang
lebih-lebihkan

Contoh: Ahmad pergi ke kedai yang telah menjadi
buah mulut orang ramai tetapi dia kecewa kerana
ternyata kedai tersebut hanya Indah khabar daripada
rupa

Bapa borek anak rintik

MAKSUD :anak menurut baka,kelakuan dan lain-
lain dari bapanya

Contoh:Reaksi serta kelakuannya apabila terkejut
sama seperti bapanya, bak kata peribahasa bapa
borek anak rintik.

Tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang
tak kata

MAKSUD :Orang mengatakan tentang sesuatu
pekara tentu ada sebabnya

Contoh: Berita perkahwinan penyanyi terkenal itu
menjadi perbualan di kalangan peminat seni tanah
air. Walaupun berita itu dinafikan oleh pihak
pengurusan penyanyi itu sendiri, tetapi bak kata orang
tua-tua tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak
kata.

Lain hulu lain parang,lain dulu lain
sekarang




MAKSUD :Perbezaan zaman yang berubah
mengikut peredaran zaman

Contoh:Teknologi zaman dulu sangatlah berbeza
dengan yang kini kerana zaman telah berubah bak
kata peribahasa lain hulu lain parang,lain dulu lain
sekarang.

Kera mendapat bunga

MAKSUD : Tidak menghargai pemberian orang lain

Contoh:Rokiah tidak mahu lagi memberikan hadiah
kepada Samad kerana sikapnya yang tidak pandai
menghargai pemberian orang lain seperti kera
mendapat bunga.

Bagaimana acuannya,begitulah
kuihnya

MAKSUD :seseorang anak itu akan mengikut
perangai bapa atau ibunya

Contoh:Sikap pemurah Fitri saling tidak tumpah
seperti ibu bapanya bak kata peribahasa bagaimana
acuannya,begitulah kuihnya.

Sambil menyelam minum air

MAKSUD :-sekali melakukan pekerjaan,dua tiga
maksud tercapai

Contoh: Ali membuat latihan Fizik sambil mendengar
radio ibarat sambil menyelam minum air.

Jauh berjalan luas pandangan

MAKSUD :Jika kita banyak merantau banyaklah
perkara yang kita ketahui

Contoh:Alif suka mengembara ke pelbagai negara
negara kerana jauh berjalan luas pandangan

Sepandai-pandai tupai
melompat,sekali akan gawal juga

MAKSUD :Walaupun seseorang itu mahir dalam
sesuatu kerja yang dilakukan,namun akan ada

silapnya juga

Contoh:Ali sangat mahir m
enipu orang ramai namun
sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal juga

Kalau tidak berada-ada,takkan

tempua bersarang rendah




MAKSUD :Berbuat baik atas sebab tersembunyi



Contoh:Dia hanya berkela
kuan sopan di hadapan
perempuan itu untuk memikatnya kerana kalau tidak
berada- ada, masakan tempua bersarang rendah.

Bagai itik mendapat air




MAKSUD :kegembiraan yang amat sangat kerana
beroleh sesuatu yang disukai



Contoh:Patrick bagai itik mendapatkan air apabila
ayahnya menghadiahkan seutas rantai pada hari
jadinya.

Air yang tenang jangan disangka

tiada buaya

MAKSUD :Orang yang pend
iam jangan disangka bodoh

atau penakut



Contoh:Faridah itu umpama air tenang jangan
disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa
pendiam tetapi bijak dan berani memberikan
pendapat

kalau tiada angin bertiup takkan

pokok bergoyang

MAKSUD :Tentu ada
sebab nya maka terjadi

sesuatu hal



Contoh: Kecurangan isteri Rama hangat diperkatakan
oleh jirannya. “ Jika tiada angin, takkan pokok
bergoyang”, kata Rama kepada isterinya.

TAKLAPUKDEKHUJAN,TAKLEKA

NGDEKPANAS

MAKSUD :Sesuatu yang utuh dan tidak berubah-
ubah



Contoh:pendiriannya terhadap komunisme dari dulu
hingga sekarang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek
panas.

BAGAI AUR DENGAN TEBING

MAKSUD :Orang yang hidup tolong-menolong



Contoh::kami dengan jiran hidup bagai aur dengan
tebing.

YANG BAIK DIJADIKAN TELADAN,YANG
BURUK DIJADIKAN SEMPADAN

MAKSUD :Contohi sesuatu yang baik tetapi jauhkan
daripada sesuatu yangburuk



Contoh:budaya barat tidak semuanya baik oleh itu
yang baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan
sempadan.

PISANG TIDAK BERBUAH DUA
KALI

MAKSUD :sesuatu yang berlaku dua kali berturut-
turut( biasanya yang jarangberlaku)

Contoh:nampaknya pisang berbuah dua kali apabila
pengurus pemasaran yang baru juga diberhentikan.

SESAT DIHUJUNG JALAN BALIK

KEPANGKAL JALAN

MAKSUD :jika tahu kita sudah bersalah hendaklah
Kembali kepada jalan yang benar atau jika tahu
sudah bersalah , jangan diulangi kesalahan yang
sama

Contoh:Elok kamu sudah s
edar dan inilah peluang
untuk kamu sesat dihujung jalan balik kepangkal jalan.

TITIK HITAM

MAKSUD :sesuatu yang menandakan keburukan
bagi seseorang atau sesuatu



Contoh:Perselisihan kaum pada 13 mei 1969
merupakan satu titik hitam dalam sejarah Malaysia.

sakit sama mengaduh, luka sama
menyiuk

MAKSUD :Maksud sama sama bertanggungjwab



Contoh:Hidup di alam perkahwinan ini haruslah
dipupuk seperti pepatah sakit sama mengaduh luka
sama menyiuk supaya masing-masing
bertanggungjawab antara satu sama lain.

Serumpun bak serai, sesusun bak

sirih

MAKSUD :Bersatu padu dalam segala hal



Contoh:Di dalam komuniti bermasyarakat, kita
seharusnya bersatu padu di dalam setiap perkara
mahupun melibatkan apa-apa kerja supaya
mendatangkan kebaikan kepada kita semua. Konsep
bersatu padu yang diterapkan di dalam masyarakat
seiring dengan peribahasa seikat bak sirih serumpun
bak serai

Adat pulau limburan pasang

MAKSUD :Kehidupan manusia hendaklah bantu-
membantu, yang kaya membantu yang miskin dan
yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa

melindungi yang lemah

Contoh:Patutlah negara ini aman dan sejahtera
kerana rakyatnya saling membantu antara satu sama
lain seperti adat pulau limburan pasang.

Mulut biar Manis, hati biar Baik

MAKSUD :orang yang mulutnya manis mestilah baik
juga hatinya

Contoh:budak yang tutur katanya baik itu pasti
hatinya baik juga kerana mulut biar manis,hati biar
baik

Budi bahasa budaya kita

MAKSUD :-tutur kata, kelakuan,sopan santun dan
tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan

tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata
lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran

dan perasaan baik terhadap orang lain.



Contoh:Kita hendaklah menjaga tutur kata dan
perlakuan kita kerana budi bahasa budaya kita

Bahasa Jiwa bangsa

MAKSUD :bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa
yang menjadi identiti kebangsaan.

Contoh:Kita perlu menghormati serta bangga dalam
menggunakan bahasa Melayu kerana bahasa jiwa
bangsa.

Ke mana perginya layang-layang,
talinya ada pada kita

MAKSUD :Orang yang berhutang itu tidak akan
dapat melarikan diri.



Contoh:Abu ditangkap po
lis dek ke mana perginya
layang-layang, talinya ada pada kita.

Hendak seribu daya, tak hendak

seribu dalih

MAKSUD :Setiap yang berkemahuan, tentu ada
jalan.



Contoh:Walau hidup serba kekurangan, Hilman tetap
tekun berusaha sehingga memperoleh kejayaan
kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Di mana ada gula, di situ ada

semut




MAKSUD :Apabila sesuatu tempat itu mudah
mendapat kesenangan atau kemewahan di situlah

ramai orang berkumpul.

Contoh: Ramai anak muda kini lebih suka merantau
mencari rezeki di bandar-bandar besar kerana di
sana lebih banyak peluang untuk mendapatkan
pekerjaan bak kata orang tua-tua, di mana ada gula,
di situ ada semut.

Cermat masa banyak, jimat masa
sedikit

MAKSUD :Beringat-ingat menggunakan atau
membelanjakan wang



Contoh:Encik Dheo berpegang dengan prinsip cermat
masa banyak, jimat masa sedikit agar pembaziran
dapat dielakkan.

Besar periuk, besarlah keraknya




MAKSUD :Kalau berpendapatan besar,
perbelanjaan pun besar.



Contoh:Encik Riftan kerap kehabisan wang walaupun
bergaji besar kerana besar periuk, besarlah keraknya.

Condong diumpil, lemah

dianduh




MAKSUD :Memberi pertolongan kepada orang
yang dalam kesusahan (akal dan lain-lain)



Contoh: Pihak Berkuasa Tempatan memberikan
pertolongan kepada mangsa banjir itu diibaratkan
condong diumpil, lemah dianduh.


Click to View FlipBook Version