Air tangan
MAKSUD :Masakan seseorang
Contoh:“Lauk Rendang hasil air tangan ibu memang
enak,” kata Qard kepada ibunya.
PANAS BARAN
MAKSUD :cepat marah
Contoh:Ammar seorang yang panas baran
TERLAJAK PERAHU BOLEH
DIUNDUR,TERLAJAK
KATA BADAN BINASA
MAKSUD :Maksud:Berhati-hati apabila bercakap
kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang
lain
Contoh:ayat:Orang tua se
lalu berpesan agar
menjaga percakapan supaya tidak terlajak perahu
boleh diundur,terlajak kata badan binasa
Membalas Budi
MAKSUD :Balas jasa dan berterima kasih
Contoh:Rezal menyara kos perubatan ibu angkatnya
sebagai membalas budi keluarga angkatnya itu
Anak didik
MAKSUD :Orang di bawah jagaan kita.
Contoh:Guru besar sedang memberikan taklimat
kepada anak didiknya.
Malang tidak berbau
MAKSUD : Kecelakaan yang berlaku secara tiba-
tiba.
Contoh:Pak Kasim berpesan kepada anaknya Meon
supaya sentiasa berwaspada ketika menunggang
motosikal kerana malang tidak berbau.
Turun padang
MAKSUD :Pergi sendiri ke suatu tempat untuk
melihat/meninjau/menyiasat sesuatu keadaan,
masalah dan sebagainya(biasanya merujuk kepada
pemimpin/pembesar).
Contoh:Khairy Jamaluddin turun padang mendengar
keluh kesah penduduk yang mengalami masalah banjir
di sekitar kawasan Kampung Melayu Subang,
Selangor.
Anak buah
MAKSUD :
Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga.
Orang yang termasuk dalam sesuatu pasukan
atauterletak di bawah tanggungjawab seseorang.
Pekerja di atas kapal.
Contoh:Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah
saya siang tadi.
Adik yang cerdik banyak bertanya,
Mencari ilmu tak buang masa,
Lain kata lain maknanya
Itulah dia keindahan bahasa